The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idi_5581, 2016-01-23 06:00:30

RBT Thn 6

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Bil. Alatan Tangan Cara Penyelenggaraan Cara Penyimpanan

1 Gergaji puting  Bersihkan habuk dengan berus Gantung atau simpan di

 Sapu minyak pada bahagian logam tempat yang betul

2 Gergaji lengkung halus

3 Gergaji tangan

4 Pahat tepi serong

5 Gerimit

6 Playar muncung tirus

7 Pemutar Skru Philip
8 Tukul Warrington

9 Kikir parut

10 Pembaris keluli
11 Sesiku L

12 Pelucut wayar Bersihkan habuk dengan berus Letakkan di tempat yang
13 Gandin getah betul
14 Gerudi mudah alih  Bersihkan habuk dengan berus
 Tanggalkan mata gerudi Simpan di tempat yang
 Minyakkan mata gerudi selamat

143



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TEKNOLOGI PERTANIAN

TAHUN 6

Bahagian Pembangunan Kurikulum

0



Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 5.2 Menanam Secara Hidroponik
KANDUNGAN

STANDARD 5.2.1 Mengenal hidroponik
PEMBELAJARAN 5.2.2 Menyatakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk

menyemai biji benih seperti dulang semaian, span atau reja
benang, biji benih dan air.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Mengenal hidroponik dengan betul.
2. Mengenal alatan dan bahan semaian dengan betul.

RINGKASAN Murid diperkenalkan dengan penanaman secara hidroponik serta
didedahkan dengan peralatan dan bahan semaian yang betul.

KEMAHIRAN 1. Mengenal hidroponik.
2. Mengenalpasti alatan dan bahan semaian.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian.

2. Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru.
3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.
4. TMK - Video atau powerpoint

BAHAN BANTU Slaid powerpoint pengenalan hidroponik.
MENGAJAR
Bahan
1. Span atau reja benang
2. Biji benih sayuran daun.

Alatan
1. Gunting atau pisau
2. Dulang semaian.

147

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN Guru menunjukkan gambar sayuran yang ditanam secara
PEMBELAJARAN hidroponik dan geoponik. Guru menyoal apakah perbezaan di
antara gambar A dan B. (Rujuk Lampiran 1)

Langkah 1
1. Murid melihat tayangan powerpoint . (Rujuk Lampiran 2)
2. Murid diterangkan tentang nama, fungsi alatan dan bahan

yang ditunjukkan. (Rujuk Lampiran 3)

Penutup
Guru membuat rumusan tentang topik pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini.

PENILAIAN Murid menyatakan sayuran yang boleh ditanam secara hidroponik
PENGAJARAN DAN takung. (Rujuk Lampiran 4).
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Pengalaman mengenai kerja menyemai semasa di Tahun 5.
SEDIA ADA

REFLEKSI

148

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 1

Set Induksi

Gambar sayuran di batas dan di takungan.

Yang manakah di antara gambar berikut kelihatan lebih segar? A atau B.

AB

149

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 2

Slaid Powerpoint Hidroponik

150

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

151

Fungsi Alatan Dan Bahan Draf Modul Pengajaran
Peralatan Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

a) Lampiran 3
Fungsi
Dulang Semaian
b) Untuk meletakkan span yang mengandungi biji
benih semaian
Span atau Medium Fiber
c) Sebagai medium semaian dan tanaman

Pisau atau Gunting Untuk memotong medium semaian dan
Biji Benih Sayuran tanaman

Sawi Kailan CondtiopLhaabsmiajirpabinreannih4
152

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Soalan Lisan
1. Sebutkan nama sayuran yang boleh ditanam secara hidroponik takung?
Jawapan
a) Semua jenis sayur jenis daun seperti sawi, bayam, kangkung dan salad
b) Tomato
c) Melon / Timun
d) Terung
e) Cili / bell pepper
f) Herba jenis daun

153

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 5.2 Menanam Secara Hidroponik
KANDUNGAN

STANDARD 5.2.3 Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul.
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan
PEMBELAJARAN kerja menyemai biji benih mengikut kaedah yang betul.

RINGKASAN Murid boleh menyemai biji benih dengan kaedah yang betul.

KEMAHIRAN 1. Memotong span mengikut saiz yang sesuai.
2. Membuat lubang semaian pada span.
3. Melakukan penyemaian biji benih pada span.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian.

2. Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru.
3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.

BAHAN BANTU Bahan
MENGAJAR 1. Span atau reja benang
2. Biji benih sayuran daun.

Alatan
1. Gunting atau pisau
2. Dulang semaian.

154

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN Guru menunjukkan alatan dan bahan penanaman secara hidroponik
PEMBELAJARAN takung

Langkah 1:
1. Murid menamakan alatan dan bahan hidroponik takung secara

lisan.
2. Murid melihat tunjuk cara tentang penyemaian biji benih secara

hidroponik takung. (Rujuk Lampiran 1)

Langkah 2:
1. Murid melakukan aktiviti penyemaian biji benih dengan kaedah

yang betul.
2. Murid meletakkan semaian yang telah siap di tempat yang sesuai

iaitu terlindung daripada hujan serta matahari terik. (KBAT)

Penutup:
Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran
serta mengingatkan murid tentang kerja-kerja penjagaan semaian.
(Rujuk Lampiran 2)

PENILAIAN Murid menyatakan cara-cara menyemai biji benih secara hidroponik
PENGAJARAN DAN takung. (Rujuk Lampiran 3).
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Pengalaman melakukan kerja menyemai semasa di Tahun 5.
SEDIA ADA

REFLEKSI

155

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 1
Cara-Cara Menyemai Biji Benih Sayuran Dalam Dulang Semaian:

a) Ukur, tanda dan potong span mengikut saiz yang dikehendaki.

b) Gunting atau potong span di bahagian tengah untuk membuat lubang semaian.

c) Letakkan span tersebut ke dalam dulang semaian.

d) Rendam span sehingga lembap.

e) Letakkan satu atau dua biji benih sayuran daun ke dalam lubang semaian sedalam
0.5cm.

156

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 2

Kerja Penjagaan Semaian Biji Benih
a) Menyiram untuk memastikan span sentiasa lembap.

b) Mendedahkan anak benih kepada cahaya matahari selepas bercambah.

c) Memastikan anak benih tidak diserang perosak dan penyakit dengan cara pemerhatian.

d) Kutip perosak dengan tangan.
157

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 3

Soalan Lisan

1. Bagaimanakah cara-cara penyemaian biji benih sayuran daun dilakukan bagi
penanaman secara hidroponik takung?

Jawapan
a) Ukur, tanda dan potong span mengikut saiz yang dikehendaki.
b) Gunting atau potong span di bahagian tengah untuk membuat lubang semaian.
c) Letakkan span tersebut ke dalam dulang semaian.
d) Rendam dan ramas span sehingga lembap.
e) Letakkan satu atau dua biji benih sayuran daun ke dalam lubang semaian sedalam 0.5cm.

158

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 5.2 Menanam Secara Hidroponik
KANDUNGAN

STANDARD 5.2.4 Menyediakan peralatan menanam iaitu takung, penutup takung
PEMBELAJARAN
dan raga tanaman. .

5.2.5 Membancuh larutan nutrien dengan kadar yang betul.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Menyatakan semua peralatan hidroponik dengan betul.
2. Memasang set hidroponik dengan sistematik.
3. Membancuh larutan nutrien dengan kadar yang betul.

RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti fungsi alatan hidroponik takung dan
boleh membancuh larutan nutrien dengan betul.

KEMAHIRAN 1. Menyediakan semua peralatan penanaman secara hidroponik
takung dan mengetahui kadar campuran larutan nutrien.

2. Membancuh larutan nutrien.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK 2 - Berinovasi dengan menambahbaik idea yang dipilih.

2. Kreativiti dan inovasi -
Boleh menambahbaik idea mengikut situasi atau keperluan
masyarakat.

3. Nilai murni - Bersungguh-sungguh dan berhati-hati.
4. TMK - Melayari internet untuk mendapat maklumat mengenai

hidroponik.

BAHAN BANTU Bahan:
MENGAJAR Larutan stok A dan B.

Alatan:
Takung, raga tanaman dan penutup takung.

159

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN Guru menunjukkan gambar pelbagai sayuran yang ditanam
PEMBELAJARAN dengan cara hidroponik. (Lampiran 1).
Guru menyoal murid:
(a) Apakah nama sayuran yang terdapat dalam gambar?
(b) Apakah medium penanaman sayuran itu?
(c) Bagaimanakah keadaan sayuran tersebut ?

Langkah 1
1. Murid didedahkan beberapa cara penanaman hidroponik

menggunakan takung. (Lampiran 2)
2. Murid mengenalpasti nama dan fungsi alatan yang ditunjukkan.

(Lampiran 3)

Langkah 2
1. Murid melihat guru menunjuk cara pemasangan set hidroponik.
2. Murid melakukan pemasangan set hidroponik.

Langkah 3
1. Murid melihat guru menunjuk cara menyukat dan membancuh

Larutan stok A dan B di dalam takung. (Rujuk Lampiran 4)
2. Murid melakukan aktiviti menyukat dan membancuh larutan

stok A dan B.

Langkah 4
Murid mengemas dan menyimpan alatan serta bahan yang
digunakan.

Penutup
Murid dan guru membuat rumusan isi pembelajaran.

PENILAIAN Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang
PENGAJARAN DAN diedarkan oleh guru. (Lampiran 5)
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Mengetahui nama-nama sayuran dan cara penanaman yang pernah
SEDIA ADA mereka lihat.

REFLEKSI

160

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Maklumat Tambahan Guru:

1. Pelbagai nama sayuran
2. Konsep hidroponik
3. Cara membancuh larutan stok A dan B. ’Stok’- Larutan Kepekatan Tinggi yang dikenali

sebagai Larutan A - kalsium nitrat & zat besi dan Larutan B - (unsur-unsur yang lain)

Lampiran 1

Beberapa Contoh Sistem Hidroponik

Hidroponik takung Hidroponik NFT Hidroponik takung
(Nutrien Film Technic)

Hidroponik NFT Hidroponik NFT Hidroponik NFT

Hidroponik dijadikan taman hiasan dalam rumah
161

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Pelbagai Sayuran Daun Yang Boleh Ditanam Dengan Penanaman Secara
Hidroponik

Salad Sawi putih Kobis

Kangkung Bayam Kailan

Sawi hijau Bayam hijau Daun saderi

162

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 2

Pengenalan Hidroponik

Menanam secara hidroponik adalah kaedah penanaman yang menggunakan larutan nutrien di
dalam air tanpa menggunakan tanah. Akar tanaman dalam medium pengakaran tenggelam di
dalam larutan nutrien. Medium pengakaran terdiri daripada beberapa pilihan bahan, seperti
span, sabut kelapa dan reja benang.

Kelebihan Penanaman Secara Hidroponik

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu:
1. Tidak memerlukan tanah.
2. Sistem ini menjimatkan air.
3. Tiada pencemaran alam sekitar.
4. Menjamin kualiti hasil yang lebih tinggi.
5. Memudahkan pengawalan penyakit dan haiwan perosak.
6. Mudah menuai hasil.
7. Sesuai untuk kawasan yang terhad.
8. Bebas dari racun makhluk perosak.
9. Mengurangkan kerja penjagaan seperti merumpai dan menyiram.

163

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 3

Fungsi Alatan Dan Bahan Penanaman Secara Hidroponik

Alatan/Bahan Fungsi

Takung Menakung larutan nutrien

Raga tanaman Menempatkan medium pengakaran bersama
Reja benang anak benih

Medium pengakaran

Span

Medium pengakaran

Stok A dan Stok B AB Untuk dijadikan larutan hidroponik

Penutup takung Menutup takung dan menempatkan medium
pengakaran bersama anak benih

164

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 4

Kaedah Menyediakan Larutan Hidroponik Dalam Takung
1. Masukkan air ke dalam takung sehingga 3cm dari bibir takung.

2. Sukat larutan stok A sebanyak 100 ml, tuang ke dalam takung yang berisi air dan kacau
hingga sebati.

Sukat pula larutan stok B sebanyak 100 ml, tuang ke dalam takung yang berisi air dan
larutan A, serta kacau hingga sebati.
3. Tutup takung dengan penutup takung.

Takung hidroponik sudah sedia untuk penanaman.
Catatan: Setiap jenama set hidroponik disertakan bersama manual cara penggunaan

tersendiri. Sila baca dan patuhi langkah-langkah penyediaan yang tercatat pada
label atau arahan. Maklumat di atas merupakan panduan asas sahaja.

165

Lembaran Kerja Draf Modul Pengajaran
1. Namakan alatan hidroponik berikut: Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Alatan Lampiran 5

Nama

2. Tuliskan bahan medium pengakaran yang boleh digunakan dalam raga
a. ______________________________________________________
b. ______________________________________________________

166

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit ( 2 waktu)

STANDARD 5.2 Menanam Secara Hidroponik
KANDUNGAN

STANDARD 5.2.6 Mengubah anak benih ke dalam raga tanaman mengikut
PEMBELAJARAN prosedur.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh mengubah
PEMBELAJARAN anak benih ke dalam raga tanaman dengan betul.

RINGKASAN Murid mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat serta melakukan
kerja mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman
pada takung.

KEMAHIRAN Mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat dan melakukan
aktiviti mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga
tanaman.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK 3 - Berupaya mengumpul maklumat dan melaksana projek
mengikut prosedur.

2. Kreativiti dan inovasi -
Berupaya menjana idea mengikut keperluan semasa.

3. Nilai murni -
Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.

BAHAN BANTU Bahan:
MENGAJAR Anak benih yang sedia untuk diubah.

Alatan:
Set hidroponik takung.

167

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN 1. Guru menunjukkan contoh set hidroponik yang telah siap
PEMBELAJARAN
ditanam.
2. Guru menunjukkan anak-anak benih yang telah disemai.
3. Murid diminta memberi pendapat bagaimana untuk mengubah

anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman.

Langkah 1
Murid dan guru membincangkan ciri-ciri memilih anak benih yang
sihat dan sesuai untuk diubah. (Rujuk Lampiran 1)(KBAT)

Langkah 2
1. Guru melakukan tunjuk cara mengubah anak benih dari dulang

semaian ke takung hidroponik. (Rujuk Lampiran 2)
2. Murid melakukan aktiviti mengubah anak benih dengan

bimbingan guru.

Penutup
Guru membuat rumusan tentang topik pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini.

PENILAIAN Guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan seperti dalam
PENGAJARAN DAN Lampiran 3
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah melakukan kerja menyemai biji benih.
SEDIA ADA Murid pernah melakukan kerja menyediakan larutan nutrien dalam
takung hidroponik.

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru
Kaedah mengubah anak benih dari dulang semaian ke takung hidroponik.
Langkah mengubah anak benih.

168

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 1

Ciri Anak Benih Yang Sihat

1. Tidak diserang serangga
2. Tiada penyakit
3. Tidak cedera/patah
4. Tidak terbantut

Anak-anak benih yang sihat Anak-anak benih yang tidak sihat
dengan pertumbuhan yang sekata

(sesuai untuk diubah)

Anak benih subur Anak benih terbantut (perlu ditakai)

Daun anak benih sihat Daun anak benih berpenyakit
169

Cara Mengubah Anak Benih Draf Modul Pengajaran
Bil. Aktiviti Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6
1
Lampiran 2

Huraian

Pilih anak benih yang sihat

2
Mengeluarkan anak benih dari
dulang semaian dengan cermat
dan dilakukan satu persatu.

3
Masukkan anak benih yang
telah disisipkan pada medium
ke dalam raga.

Letakkan raga tanaman anak
benih yang telah bercambah
pada lubang penutup takung.

Letakkan penutup takung pada
takung yang telah diisi dengan
larutan nutrien.

170

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 3

Soalan Lisan

No. Soalan Antara jawapan yang boleh diterima

1 Berikan dua medium penanaman yang boleh Span

digunakan dalam hidroponik. Reja benang

Berapakah anak benih boleh disisipkan ke Satu sahaja
2 dalam medium penanaman?

Berikan 2 aktiviti penjagaan hidroponik. Mengacau larutan hidroponik sekali dalam
3 seminggu.
Mengawal makhluk perosak tanaman.

171

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD 5.2 Menanam Secara Hidroponik
KANDUNGAN

STANDARD 5.2.7 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman seperti mengacau
PEMBELAJARAN larutan nutrien dalam takung dan mengawal perosak.

5.2.8 Mengira kos bahan hidroponik

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Melakukan aktiviti penjagaan tanaman hidroponik dengan betul.
2. Mengira kos bahan hidroponik dengan tepat.

RINGKASAN Murid dapat melakukan aktiviti penjagaan tanaman hidroponik
seperti mengacau larutan nutrien dan mengawal makhluk perosak
serta menghitung kos bahan hidroponik.

KEMAHIRAN 1. Melakukan aktiviti penjagaan tanaman hidroponik.
2. Menghitung kos bahan projek hidroponik.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan:
KURIKULUM EK 3 - Berupaya mengumpul maklumat dan melaksana projek
mengikut prosedur.

2. Kreativiti dan inovasi:
Berupaya menjana idea mengikut keperluan semasa.

3. Nilai murni:
Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.

BAHAN BANTU Alatan:
MENGAJAR Set hidroponik takung, alat pengancau (bahan bukan logam) dan
borang pengiraan kos.

Bahan:
Anak benih yang telah diubah

172

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN 1. Guru mengaitkan tajuk pada pengajaran dan pembelajaran yang
PEMBELAJARAN
lalu.
2. Murid diminta menyatakan langkah seterusnya yang perlu

dilakukan pada tanaman tersebut.

Langkah 1
1. Murid dan guru membincangkan tentang penjagaan tanaman

hidroponik. (Rujuk Lampiran 1).
2. Murid melakukan akrtiviti penjagaan tanaman hidroponik dengan

bimbingan guru.

Langkah 2
Murid diterangkan tentang bahan yang terlibat dalam projek
tanaman hidroponik. (Rujuk Lampiran 2)

Langkah 3
1. Perbincangan dalam kumpulan mengenai kos bahan yang terlibat

dalam projek hidroponik.
2. Murid melengkapkan lembaran kerja berkenaan kos bahan projek

tanaman hidroponik.
3. Hasil perbincangan dipaparkan di hadapan kelas.

Penutup
Murid dan guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran yang
telah dijalankan.

PENILAIAN Murid menjawab soalan secara lisan. (Rujuk Lampiran 3)
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah melakukan kerja menyemai biji benih.
SEDIA ADA Murid pernah melakukan kerja menyediakan larutan nutrien dalam
takung hidroponik.

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru
Kos bahan dan alatan:
Kos takung, penutup takung, raga, medium, nutrien, biji benih dan dulang semaian.

173

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 1

Aktiviti Penjagaan Tanaman Hidroponik

Air hendaklah ditambah sekiranya campuran
atau larutan nutrien berkurangan. Larutan
nutrien hendaklah dikacau setiap minggu
supaya kandungan nutrien sekata di setiap
bahagian takung. Racun pembunuh jentik-
jentik hendaklah dicampur ke dalam larutan
nutrien bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Menambah dan mengacau larutan

Menggunakan gunting untuk memotong anak
benih yang kurang subur atau tidak sihat.

Menjarangkan anak benih

Mengawal perosak Kutip perosak dengan tangan.
174

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Contoh Perosak Tanaman

Perosak termasuklah serangga, kumbang dan siput babi. Perosak boleh dihapuskan dengan
cara mengutip dan mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh dilakukan
dengan cara menanam atau membunuh perosak.
Racun pembunuh jentik-jentik juga perlu dicampurkan ke dalam larutan nutrien bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk.

Siput Ulat beluncas

Lelabah merah Kumbang

Pianggang Koya-koya

175

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lampiran 2

Rekod Kos Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah Kos
(RM) (RM)
Bil. Bahan 1 unit
1 unit 7.50 7.50
1 Takung 1 unit 1.50 1.50
2 Penutup takung 1 unit 0.10 0.10
3 Raga 1 Liter 0.10 0.10
4 Medium 1 Liter 10.00 10.00
5 Stok A 1 unit 10.00 10.00
6 Stok B 1 unit 1.00 1.00
7 Biji Benih 4.00 4.00
8 Dulang semaian 34.20

Jumlah

Soalan Lisan Soalan Lampiran 3
No.
Antara jawapan yang boleh diterima
1. Berikan 2 aktiviti penjagaan hidroponik.
Mengacau larutan hidroponik sekali dalam
seminggu.
Mengawal makhluk perosak tanaman.

2. Berapakah jumlah kos bahan hidroponik?

176

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

Lembaran Kerja

Rekod Kos Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah Kos
Bil. Bahan (RM) (RM)

Jumlah
177

TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
STANDARD
KANDUNGAN 5.0 Teknologi Pertanian
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit ( 2 waktu)

OBJEKTIF 5.2 Menanam Secara Hidroponik
PEMBELAJARAN
5.2.9 Menuai hasil mengikut tempoh matang dan fizikal
RINGKASAN tanaman.

KEMAHIRAN 5.2.10 Merekod pendapatan hasil hidroponik.

ELEMEN MERENTAS Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
KURIKULUM 1. Mengenal pasti ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai.
2. Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang dituai.
BAHAN BANTU 3. Memungut hasil mengikut jenis sayuran.
MENGAJAR 4. Menimbang dan merekod hasil dengan betul.

Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tempoh matang sayuran
yang sesuai serta boleh dituai, menimbang dan merekod hasil
hidroponik.

1. Mengenal ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai.
2. Mengenal tempoh matang sayuran yang dituai.
3. Boleh melakukan aktiviti memungut hasil mengikut jenis

sayuran.
4. Boleh merekod pendapatan hasil hidroponik.

1. Keusahawanan:
EK 5 - Berupaya mereka cipta sesuatu produk dan boleh
mengkomersialkan idea.

2. Kreativiti:
Boleh meningkatkan kualiti tugasan.

3. Nilai murni:
Bekerjasama, kebersihan, sabar dan berhati-hati.

Bahan:
Sayur-sayuran

Alatan:
Pisau, penimbang dan bakul .

178

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan tajuk
yang lalu.

Langkah 1
1. Murid didedahkan dengan ciri-ciri sayuran yang sesuai untuk

dituai. (Rujuk Lampiran 1)
2. Murid bersoal jawab dan berbincang dengan guru mengenai

ciri-ciri sayuran hidroponik. (KBAT)
3. Jadual tempoh matang sayuran jenis daun ditunjuk dan

diterangkan kepada murid. (Rujuk Lampiran 2)
4. Demonstrasi cara menuai hasil dibuat oleh guru supaya

murid boleh menjalankan amali dengan betul.
(Rujuk Lampiran 3)

Langkah 2
Murid melakukan aktiviti menuai hasil mengikut jenis sayuran.

Langkah 3
Murid melakukan aktviti mengumpul dan menimbang sayuran
dengan pemantauan guru.
(Rujuk Lampiran 4)

Langkah 4
Murid merekod pendapatan hasil. (Rujuk Lembaran Kerja)

Penutup
Guru membuat ulasan.

PENILAIAN Guru membuat penilaian hasil kerja melalui rekod pendapatan
PENGAJARAN DAN yang telah dilakukan oleh murid.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid telah didedahkan dengan jenis-jenis sayuran daun seperti
ADA sawi, bayam, kangkung dan salad.

REFLEKSI

179

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Maklumat Tambahan Guru:

1. Ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai.
2. Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran

jenis daun.
3. Kaedah memungut hasil sayuran jenis daun.
4. Rekod hasil.

Lampiran 1

Ciri-Ciri Sayuran Daun Yang Sesuai Dituai Ialah Tempoh Umur Dan Saiz
Tumbuhan (Cukup Besar Tetapi Belum Berbunga)

Nama Sayuran Sayuran Cukup Memungut Hasil Hasil Tuaian
Sawi Matang

Salad

Kangkung

180

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 2

Peringkat Penuaian Yang Sesuai Mengikut Kiraan Masa Selepas Ditanam Bagi
Sayuran Jenis Daun

Sayur Daun Selepas Ditanam
Bayam 4 minggu
Brokoli 8 minggu
Kailan 6 minggu
3 minggu
Kangkung 8 minggu
Kubis bulat 8 minggu
Kubis bunga 4 minggu

Sawi

181

Kaedah Menuai Hasil Sayuran Jenis Daun Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
Nama Sayuran Aktiviti
Lampiran 3

Gambar

Sawi Memotong

Bayam Mencabut

Kangkung Mencabut

182

Memungut Dan Merekod Pendapatan Hasil Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
Perkara Aktiviti
Lampiran 4

Gambar

Mengumpul Mengumpulkan hasil tuaian
di tempat pengumpulan.

Menimbang Menimbang semua hasil
bagi tujuan rekod.

Merekod Merekod pendapatan hasil

183

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lembaran Kerja

Rekod Pendapatan Hasil

Tarikh Perkara Kuantiti (Kg)

JUMLAH
184

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL

BIL. NAMA

1 EN. MAZLAN BIN HJ. TALIB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2 HJ. ASHIM BIN YAHAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 PN. MASSITA BINTI RAMLAN (PENGERUSI)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

4 PN. JAMILAH BINTI ABDUL RASHID

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

5 PN. RAHAYU BINTI HJ. JAAPAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

6 EN AZLAN BIN ARSHAD (K)

SRK STELLA MARIS (M), JLN SYED SAFFI, 01000 KANGAR, PERLIS

7 EN. SHAHRIL BIN KAMARUDIN (P)

SK INDERA MAHKOTA UTAMA, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25000 KUANTAN,
PAHANG

8 EN. ROSLI BIN HARUN

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75450 DURIAN DAUN, MELAKA

9 HJ. ZAKARIYAH BIN JULAS

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75450 DURIAN DAUN, MELAKA

10 HJ. ABD GHANI BIN IHWAN

IPG KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK, KOMPLEK PENDIDIKAN ENSTEK, 71760
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

11 EN. MOHAMAD LATIFF BIN SAARI

SK BUKIT KERAYONG, JLN SEKOLAH, KG BUKIT KERAYONG 1, 42200 KAPAR,
SELANGOR

12 EN. MOHAMAD HILMI BIN ABDULLAH

SK SUNGAI PUSU, KM 11 JLN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR

13 EN. MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF

SK SRI LANGAT, JLN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING, SELANGOR

185

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

14 EN. MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD ASRI

SK BUKIT PANTAI, JLN CENDERAI, BANGSAR, 59100 WP KUALA LUMPUR

15 EN. IDRIS BIN MOHAMAD DARUM

SK KAMPUNG IDAMAN, JLN IDAMAN 17, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

16 EN. MAHAMAD SHUKRI BIN JUSOH

SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, 31000 BATU GAJAH, PERAK.

17 EN. ABDUL HALIM BIN MOHD HANIFA

SK BUKIT MINYAK, BUKIT MERTAJAM, 14000 SEBERANG PERAI,
PULAU PINANG

18 EN. MOHD ASRI BIN ARIFFIN

SMK PERMATANG RAWA, JLN PERMATANG RAWA, 14000 BUKIT MERTAJAM,
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

19 EN. NGAZUDDIN BIN MASJUDI

SK KHIR JOHARI, JLN RAJA CHULAN, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

20 EN. RAZAK BIN ADOM

SMK DANGI, 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

21 HJ. KURNAIN BIN ALI

SK ISLAH, JLN LONG YUNUS, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN

22 EN. MOHD NAZRI BIN JAAFAR

SK JLN TANJUNG, BATU 9 SIJANGKANG, 42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR

23 EN. MUHAMMAD HAZWAN BIN SHAMSUDDIN

SK TAMAN SERI PAGI, 70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

24 EN. AZRIN BIN MOHAMAD HAMZAH

SK KUALA KUBU BHARU DUA, 44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

25 EN. HOSLAN BIN MINTOL

SK BANDAR BARU BANGI, SEKSYEN 2, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

26 EN. KHAIRUDDIN BIN RAZALI

SK TAMAN JANA, 34000 KAMUNTING, TAIPING, PERAK

27 HJH. AISHAH BINTI ABD. RASHID

SK PULAU SERAI, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

186

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

28 PN. HJH. FAIZAH BINTI ISMAIL

SMK BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

29 CIK NORKHAZHIMA BINTI ZALKARNAIN

SK BANDAR TUN RAZAK 1, JLN YAACOB LATIF, 56000 KUALA LUMPUR

30 PN. HJH. LATIFAH BINTI HASSAN

SK TELOK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

31 PN. SITI ZARINA BINTI AZIRUN

SMK JLN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM , SELANGOR

32 PN. RUBAIZAH BINTI MAT DIN

SK ST. AIDAN (M), 72100 BAHAU, NEGERI SEMBILAN

33 PN. RATHNA BINTI ISMAIL

SK KING GEORGE V AMPANGAN,70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

34 PN. SARINA BINTI DESA

SK PASUKAN POLIS HUTAN, 31150 ULU KINTA, IPOH, PERAK.

35 PN. HJH. JAMI’AH BINTI MD SALLEH

SMK TUNKU MAHMUD ISKANDAR, SUNGAI MATI, 84400 LEDANG JOHOR

36 PN. HJH. MASAHMAH BINTI JARKASE

SMK CHAAH, JLN KAMPUNG JAWA BARU, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

37 PN. HJH. RAHIMAH BINTI ELIAS

SMK SRI GADING, SRI GADING, 83300 BATU PAHAT, JOHOR

38 CIK HASNAH BINTI ABU BAKAR

SK SAINT JOSEPH, JKR (P) 197 JLN ABDUL RAHMAN ANDAK, 80100 JOHOR BAHRU.

39 PN. MAKHTOM BINTI ABDULLAH

SMK MAMBAU, JLN PORT DICKSON, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

40 PN. SITI RUKIAH BINTI MOHD HUSSAIN

SK PAK BADOL, 16400 BACHOK, KELANTAN

187

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk & Teknologi KSSR Tahun 6

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN

BIL. NAMA
1 EN. MOHD NASIR BIN YOP AHMAD (K)
SK BANDAR BARU PUTERA, JALAN BERCHAM, 31400 IPOH, PERAK
2 EN. FAHAM BIN KOSIRAN (P)
SMK TIRAM JAYA, 45500 TANJUNG KARANG, SELANGOR
3 PN. HJH. MAIMUNAH BINTI BAHRON
SMK TUNKU ISMAIL, SG.PETANI, KEDAH
4 EN. RUZIHAN BIN SAID
SK PERMATANG SINTOK, 13100 PENAGA SEBERANG PRAI, PULAU PINANG
5 EN. ABDUL BIN MOHAMAD
SK OLAK LEMPIT, BANTING, 42700 KUALA LANGAT, SELANGOR
6 HJH. BEDAH BINTI HASSAN
SMK RAJA JUMAAT, KM 5 JALAN SEREMBAN, 71007 PORT DICKSON, NEGERI
SEMBILAN

188



Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.
Tel: 03-88842000 Faks: 03-88889917

http://www.moe.gov.my/bpk


Click to View FlipBook Version