PRAKATA
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam JPN Sabah Hebat
Katakan TIDAK kepada No. 16,
Katakan YA kepada 10 terbaik
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan
Penerbitan buku Kolokium Perkongsian Amalan Terbaik,
Kajian Tindakan dan Inovasi Sekolah Transformasi 2025
Pejabat Pendidikan Daerah Penampang merupakan salah
satu usaha Pejabat Pendidikan Daerah Penampang untuk
menyebarluaskan perkongsian amalan terbaik, kajian
tindakan dan inovasi yang telah dilaksanakan oleh
pengetua, guru besar dan guru-guru di bawah seliaan PPD
Penampang. Matlamat utama penerbitan buku ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi menerusi kajian yang dilaksanakan di samping menjadi
pemangkin kepada semua warga pendidikan untuk berkongsi amalan terbaik, kajian tindakan
dan inovasi.
Kajian tindakan dan inovasi memberi ilmu dan peluang kepada guru-guru untuk menjadi lebih
dinamik dan bersedia dengan idea yang inovatif untuk setiap perubahan. Perubahan senario
pendidikan disebabkan pandemik Covid-19 jelas menuntut kreativiti dan pendekatan norma
baharu sama ada dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPC). Buku ini juga boleh dijadikan wadah perkongsian idea dan
kepelbagaian aktiviti dalam bilik darjah yang akan meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti
kemenjadian murid.
Akhir kata, semoga penerbitan buku ini memberi manfaat dalam kalangan warga pendidikan
khususnya di PPD Penampang agar terus berkongsi amalan terbaik, menghasilkan kajian
tindakan dan inovasi serta dapat menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan pada
masa hadapan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan
kepakaran, buah fikiran, tenaga dan masa untuk menghasilkan buku Kolokium Perkongsian
Amalan Terbaik, Kajian Tindakan dan Inovasi Sekolah Transformasi 2025 Pejabat Pendidikan
Daerah Penampang.
Sekian, terima kasih.
Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL NAMA DAN TAJUK PEMBENTANGAN
1. Prakata i
2. ‘eDatang’ Dalam Pengurusan Sekolah 1-7
Encik Haji M. Rahim bin Haji Md Lair
Pengetua SMK Limbanak
3. Formative and Interventive Consultation (FIC) 8 - 14
Mengurus Prestasi Guru Semasa Pandemik
Encik Jackson Sigo @ Siga
Pengetua SMK Limbanak
4. Go Digital 15 – 20
Pengurusan Sekolah
Puan Rosidah binti Abdul Murat
Guru Besar SK Pendidikan Khas Tuaran, Putatan
5. Transformasi Infrastruktur Sekolah Melalui Permuafakatan 21 - 27
Sekolah dan PIBG
Encik Kasbulah Mangun
Guru Besar SK Pekan Putatan
6. Sekolah Perkasa Melestari Kecemerlangan 28 – 41
Puan Zurainah Omar
Guru Besar SK Putaton Inobong
7. Program Literasi Asas Membaca (PLAM) 42 – 50
Encik Lawrence George (Guru Besar) & Encik Zulizam Abidin
SK ST Aloysius Limbanak
8. Penggunaan “Rangkapoly” Bagi Meningkatkan Penguasaan Pelajar 51 – 58
Tingkatan 6 Sains Sukan Semester 2 Dalam Topik Sistem Rangka
Dan Otot Rangka
Encik Mohd Nordin bin Khadis
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak
9. Kad Tekmen Sprokon 59 – 72
Puan Connie Laurenco Marlag
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak
10. Keberkesanan Penggunaan Modul “Kita Baca” Dan Penglibatan 73 – 86
Ibubapa Untuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam
Kalangan Murid Tahun 1 Wira Ketika Pandemik Covid-19
Dr Noraini Ombi
SK Penampang
11. Meningkatkan Kemahiran Membundar Nombor Murid Tahun 5 87 – 98
Menggunakan Teknik Neraca Bundar Semasa Pandemik Covid -19 99 – 106
Puan Pong Su Zeen 107 – 122
SK ST Theresa Inobong 123 – 134
135 – 145
12. Penggunaan Teknik Ss (Siok Sendiri) Exc-Piu Untuk Meningkatkan 146 – 161
Penguasaan Topik Simple Present Tense Dalam Kalangan Murid-
Murid Tahun 6 Mawar Sk Buit Hill Semasa Pandemik Covid-19 162 – 169
Puan Jumaniah binti Abd Mutalib 170 – 175
SK Buit Hill
13. Meningkatkan Kemahiran Aplikasi Alatan Perkebunan Dalam
Kalangan Murid Tahun 4 Masalah Pembelajaran Melalui Projek
Let's Plant Together Semasa Pandemik Covid-19
Puan Suzanna Jusimin
SK Pendidikan Khas Tuaran, Putatan
14. Penerapan Budaya Ucapan Salam Di Kelas 1 Anggerik
Menggunakan Kaedah K-Bas Dalam Fasa Pandemik Covid-19
Puan Norzurianah binti Gedat & Encik Hazmi Awang Kassim
SK Tombovo, Penampang
15. Meningkatkan Pemahaman Murid Tingkatan 1 Amanah Dalam
Membina Laman Sesawang Interaktif Yang Memaparkan Banner,
Menu, Ruangan Komen, Frame Dan Pull Down Menu
Puan Elnora Jane binti Nicholas
SM ST Michael, Penampang
16. Meningkatkan Tahap Penguasaan Murid 5 Cekap SMK Datuk Peter
Mojuntin Dalam Subtopik Tapak Tangan Karbon Dengan
Menggunakan Kaedah Cakar Lakar Semasa Fasa Pandemik Covid-
19
Puan Aminah binti Jekri
SMK Datuk Peter Mojuntin
17. Teknik Nota Origami Kreatif Meningkatkan Minat Dan Pencapaian
Murid Tingkatan 5 Progresif Terhadap Tajuk Bab 1 Sains
Tumbuhan
Encik Samson Philippinus
SMK Limbanak
18. Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Tajuk Tingkatan 5 Bab 1:
Dasar Fiskal Dengan Menggunakan Teknik Hand Dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan 5 Exora Smk Tansau Penampang Semasa
Pandemik Covid-19
Puan Kamariah binti Liashin
SMK Tansau
19. Meningkatkan kemahiran Menulis Esei Dalam Mata Pelajaran 176 – 189
Pengajian Am Dengan Menggunakan Teknik ABCs Kepada 30
Orang Pelajar Kelas PUA2 Semasa Pandemik Covid-19 Di Pusat 190 – 198
Tingkatan 6 SMK Limbanak Penampang 199 – 203
Puan Mine @ Minnie binti Suiking 204 – 216
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak 217 – 243
20. Aplikasi Mudah Alih - Teknik Pantulan Tanpa Graf 244
Puan Fiona June Simon & Cik Karen M Milin
SMK Datuk Peter Mojuntin
21. Model 5K
Puan Siti Nazahah binti Mingu
SK Buit Hill
22. Vocaprace
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Awesome 7
Puan Lilianna Tessensohn, Puan Christie Peritos, Puan Karin
Ting Kang Ching, Puan Amina Olot, Puan Koh Li Sia, Puan
Diana Christie Philip & Puan Erna Kartinawaty Laho
SK Pekan Putatan
23. Sengkaban
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pendawan
Puan Rose Mary Fabian @ Nur Syuhada Abdullah, Puan Siti
Noraidah Unuh, Puan Noraninah binti Murah, Puan Nawwar
Abdul Mumen, Puan Babara Melissa Liew, Encik Willey Taluan,
& Puan Ema Patimah binti Naharuddin
SMK Tansau
24. Sekalung Penghargaan
‘eDatang’ Dalam Pengurusan Sekolah
Oleh
Tuan Haji M. Rahim Bin Haji Md Lair
Pengetua
SMK Datuk Peter Mojuntin,
Penampang
[email protected]
ABSTRAK
Peranan dan tanggungjawab kepimpinan sekolah dalam Norma Baharu ini telah memberikan cabaran yang
amat besar dalam memastikan pengurusan sekolah dapat mengadaptasikan diri dalam pengurusan dan
suasana baharu yang tidak pernah dihadapi oleh pemimpin sekolah sebelum ini. Keadaan ini telah
menyebabkan kepimpinan sekolah perlu bergerak ke hadapan dan mempunyai kreativiti untuk
melaksanakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dalam mengurus persekolahan. Kepimpinan sekolah
perlulah bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk mengalas cabaran dalam memastikan agenda
pendidikan dapat dilestarikan. Pelbagai isu dan cabaran yang timbul dalam melaksanakan tanggungjawab
dan amanah ini perlulah dihadapi dan seterusnya mencari jalan penyelesaian tanpa menunggu daripada
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.
Berdasarkan kepada idea ‘Peranan pemimpin dalam membuat perubahan’ yang telah diutarakan oleh
Fullan (1998) dan juga Hall dan Hord (2014). Berdasarkan penyatakan bahawa ‘keperluan perubahan’ ini
bolehlah digunakan oleh para pemimpin sekolah untuk menghadapi norma baharu akibat daripada Covid-
19 dalam memastikan SOP dapat dipatuhi oleh semua warga sekolah demi untuk membendung penularan
pandemik ini seperti yang digariskan dalam ‘Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah’.
Oleh yang demikian penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada penggunaan aplikasi kehadiran
dalam membantu pihak pentadbiran agar dapat mengurus warga sekolah dengan memenuhi SOP yang
ditetapkan serta menyelesaikan masalah yang berbangkit hasil daripada ketidak patuhan tersebut.
Kata Kunci : Peranan Kepimpinan Sekolah dalam Norma Baharu: melahirkan idea baharu.
PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang adalah salah sebuah sekolah luar bandar
yang mempunyai 98 orang guru, 19 Anggota Khidmat Pelaksana, 11 orang Pengawal Keselamatan, 5
orang Pekerja Pembersihaan, 1464 orang pelajar dan 235 orang pelajar tinggal di asrama. Sekolah ini juga
merupakan Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Pendidikan Khas
Intigerasi (Pekak). Sekolah ini juga terletak di kawasan kampung dan berdekatan dengan Pusat membeli
belah. Keadaan ini amat memberikan cabaran kepada sekolah dalam menghadapi norma baharu dalam
kehidupan dan pengurusan pendidikan.
Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan cabaran kepada pelbagai lapisan masyarakat dan
juga agensi samada agensi kerajaan mahupun swasta. Pendemik ini telah merubah rutin kehidupan dan
seterusnya cara berfikir kepimpinan di semua peringkat. Dalam dunia pendidikan pula tidak ketinggalan,
pelbagai cabaran telah timbul dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk membantu
pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan seterusnya sekolah dalam menyediakan
garis panduan bagi memudahkan para pemimpin di peringkat akar umbi untuk menguruskan pembukaan
sekolah. Pengumuman kerajaan untuk membenarkan pembukaan sekolah secara berperingkat memberi
kelegaan kepada ibu bapa dan pelajar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dengan lebih teratur
terutamanya pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu pihak sekolah
1
telah mengalami pelbagai cabaran terutamanya melibatkan pematuhan yang digariskan dalam Garis
Panduan Pembukaan Sekolah iaitu Perkara 6. Pelaksanaan, 6.3 Keselamatan Murid, Guru dan Warga
Sekolah. Pentadbiran bertanggungjawab, 6.3.2 memastikan murid, guru dan warga sekolah dalam
keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. Serta perkara 6.3.5 …mengawal pergerakan dipintu utama,
memastikan saringan dan suhu… 6.3.8 … memastikan warga sekolah mencuci tangan menggunakan
sabun.. dan pelbagai SOP (Standard Operating Procedure) yang ditekankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Kementeria Pelajaran Malaysia bagi Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Corona virus
2019 (COVID-19).
Hasil daripada pemerhatian dan temubual bersama guru-guru sewaktu minggu pertama
persekolahan adalah didapati bahawa ketidakpatuhan SOP berlaku sewaktu warga sekolah hadir pada
waktu pagi. Pada hari pertama lagi pihak sekolah pentadbir dan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran
terutama sekali berlakunya kesesakan di pintu pagar utama sekolah. Para pelajar didapati membuang
banyak waktu sewaktu mencuci tangan menggunakan sabun, mengimbas suhu dan seterusnya membuat
catatan pada buku yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya cabaran lain iaitu masa
pengajaran dan pembelajaran terbuang begitu sahaja terutama pada masa pertama. Kesesakan di pintu
pagar utama ini pula menjadi peluang kepada pelajar yang bermasalah disiplin sengaja lewat masuk ke
kawasan sekolah dengan memberikan alasan untuk mengelakkan daripada terlibat dalam keadaan sesak
dan berebut-rebut untuk masuk ke kawasan sekolah dan seterusnya bilik darjah.
INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini seorang pemimpin itu harus berani untuk mengubah
dan merancang sesuatu penyelesaian yang perlu bersifat mudah ubah (agility). Ini bermaksud seorang
pemimpin pendidikan itu perlu berubah mengikut keperluan semasa. Cabaran krisis pandemik COVID-19
ini menyebabkan wujudnya risiko yang perlu dihadapi oleh pemimpin sekolah. Sehubungan itu, sepanjang
tempoh ini pengurusan risiko merupakan elemen utama yang perlu dititikberatkan bagi mana-mana
organisasi yang terkesan Dalam menghadapi sesuatu krisis, pemimpin secara bersepadu bersama warga
organisasi perlu menetapkan hala tuju dan mengawal risiko (MS ISO 31000 : Risk Management – Principles
and Guidelines). Oleh yang demikian pemimpin perlu mempunyai keupayaan dalam menganalisis risiko
memberi fokus kepada penilaian ke atas;
i) kebarangkalian sesuatu peristiwa atau kejadian itu berlaku,
ii) kesan dan impak daripada sesuatu peristiwa atau kejadian terhadap organisasi.
Secara umumnya, pengurusan risiko adalah;
a. mengenal pasti ancaman dan kelemahan utama terhadap organisasi;
b. menganalisa apakah fungsi organisasi yang kritikal dari segi pengoperasian;
c. mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan untuk melindungi fungsi organisasi yang kritikal.
d. Menubuhkan pasukan krisis dan melantik individu tertentu dalam pasukan berkenaan bagi
bertanggungjawab terhadap aspek komunikasi organisasi.
Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan dunia yang
berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan (Drucker, 2017). Menurut Fullan (1998), peranan
pemimpin pendidikan dalam membuat perubahan boleh dijana dan dilestarikan dalam lima tindakan yang
berikut;
i) Menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks.
ii) Mengamalkan komunikasi berkesan.
iii) Mempunyai fleksibiliti.
2
iv) Mengaplikasi teknologi terkini.
v) Menggabungkan konsep lama dan baharu.
Dalam mengenalpasti cabaran dalam mengendalikan pengurusan sekolah, setelah diteliti didapati terdapat
cabaran yang perlu untuk ditangani oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah mengenal pasti melalui
pemerhatian dan temubual mendapati 70% guru yang bertugas menyatakan terdapat beberapa isu yang
menjadi cabaran dan perlu untuk ditangani oleh pihak sekolah, antaranya;
1. Jangka masa yang diambil oleh pelajar sewaktu kehadiran murid agak lama menyebabkan
berlakunya kesesakan dan berlakunya ketidak patuhan kepada SOP.
2. Masa yang lama diambil sewaktu mematuhi SOP berkenaan menyebabkan ramai pelajar yang
lewat masuk ke kelas dan menyebabkan mata pelajaran masa pertama tidak dapat dilaksanakan
dan hanya segelintir murid sahaja yang mengikutinya.
3. Kesesakan ini menyebabkan berlakunya pelajar ponteng hanya kerana tidak mahu mengalami
kesesakan di pintu masuk utama.
Dalam mendepani isu tersebut pihak pentadbir telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Ahli
Jawatankuasa untuk menangani permasalahan tersebut. Ahli Jawatankuasa ini telah cuba untuk
mengupas dan seterusnya mencari jalan kalau pun tidak menyelesaikan tetapi mampu untuk
mengurangkan ketidak patuhan terhadap SOP yang telah digariskan dalam Garis Panduan Pembukaan
Sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
SWOT ANALISIS
Setelah penubuhan Jawatankuasa bertindak tersebut, Ahli Jawatankuasa telah memperhalusi
dengan mewujudkan SWOT analisis bagi memudahkan pihak pentadbir untuk mengetahui Kekuatan (S),
Kelemahan (W), Peluang (O), dan Ancaman (T).
SWOT ANALISIS KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
PELUANG (O) S.1 Mempunyai Guru yang pakar dalam ICT. W.1 Sikap pelajar pagi yang kerap datang lewat
S.2 Mempunyai Guru-guru yang mempunyai ke sekolah.
Komitment yang tinggi dalam tugas.
S.3 Kepimpinan selalu memberikan sokongan W.2 Terdapat sebilangan Ibu bapa yang tidak
kepada bawahan. begitu prihatin terhadap sikap anak
S.4 Guru dan pelajar selalu terlibat dalam mereka
Inovasi peringkat Antarabangsa.
S.5 Kerjasama padu antara Pihak Sekolah dan W.3 Sikap Ibu bapa yang selalu menghantar
Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis). pelajar petang awal pagi ke sekolah.
STRATEGI (SO) W.4 Pelajar selalu kehilangan Kad dan kerap
rosak dan perlu diganti.
W.5 Terdapat pelajar yang selalu lewat datang
ke sekolah
STRATEGI (WO)
O.1 Mempunyai PIBG yang kerap membantu dalam S1+S3+O2+O1 O3+W4
soal kewangan. Kepakaran dan sokongan Pentadbir serta PIBG Sokongan padu oleh ibu bapa memudahkan
O.2 Talian internet yang stabil memudahkan dan persekitaran Internet yang baik membantu pihak sekolah untuk mengantikan Kad yang
pengurusan sekolah untuk mengaplikasikan pihak sekolah dalam melakukan Inovasi dalam hilang atau rosak.
program yang berkaitan dengan internet. pentadbiran
O.3 Kebanyakan Ibu Bapa memberikan sokongan
terhadap program yang dirancang oleh sekolah.
ANCAMAN (T) STRATEGI (ST) STRATEGI (WO)
T.1 Terdapat Pusat Perniagaan ITCC T1+T2+S3 T1+T2+W2
berdekatan dengan sekolah. Kerjasama dengan Polis memudahkan Pihak Penglibatan Ibu Bapa melalui perkongsian
T.2 Terdapat Kedai Runcit berdekatan Sekolah dalam mengekang masalah disiplin masalah dan ditangani bersama antara Pihak
sekolah yang tidak membantu dalam dalam kalangan pelajar. Sekolah, PIBG,Ibu Bapa dan Polis
mendisiplin pelajar.
3
PEMILIHAN STRATEGI
Daripada SWOT analisis tersebut pihak pentadbir telah berjaya membuat beberapa strategi yang boleh
digunapakai dalam menyelesaikan isu tersebut, antaranya;
SO = S1+S3+02+01
- Kepakaran dan sokongan Pentadbir serta PIBG dan persekitaran Internet yang
baik membantu pihak sekolah dalam melakukan Inovasi dalam pentadbiran.
WO = O3 + W4
- Sokongan padu oleh ibu bapa memudahkan pihak sekolah untuk mengantikan
Kad yang hilang atau rosak.
ST = T1 + T2 +S3
- Kerjasama dengan Polis memudahkan Pihak Sekolah dalam mengekang masalah
disiplin dalam kalangan pelajar.
WO = T1+T2+W2
- Penglibatan Ibu Bapa melalui perkongsian masalah dan ditangani bersama antara Pihak Sekolah,
PIBG,Ibu Bapa dan Polis
CARTA GANTT
Pihak Pentadbir juga memahami agar jangka masa perlu ditetapkan agar penyelesaian kepada isu
yang dibangkitkan akan dapat memberikan impak yang positif, oleh yang demikian maka bagi
memudahkan pemantauan Ahli Jawatankuasa yang dilantik menyediakan Carta Gantt sebagai panduan
bagi pentabir untuk memantau intervensi tersebut.
PERKARA / BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
Kenal pasti masalah
Perbincangan
Buat Intervensi
Menambahbaik Program
Sedia ada
edatang
Pengedaran QR Code untuk
semua warga Sekolah
Pelaksanaan edatang secara
menyeluruh
eDATANG SATU PELAN INTERVENSI
Hasil daripada perbincangan yang dijalankan dengan membuat SWOT analisis dan mengenalpasti
strategi yang sesuai pihak sekolah telah mengambil pendekatan dengan mencari cara penggunaan
Teknologi Maklumat selaras dengan cadangan Fullan iaitu; ‘peranan pemimpin pendidikan dalam membuat
4
perubahan boleh dijana dan dilestarikan dengan mengaplikasikan teknolongi terkini dan mengabungkan
konsep lama dan baharu’ dalam pengurusan sekolah. Akhirnya atas usaha dan inisiatif seorang guru
teknologi maklumat sekolah ini telah berjaya menemui satu aplikasi yang diperolehi dalam ‘Play Store’ dan
mengubah suainya mengikut keperluan sekolah. Aplikasi ini dikenali sebagai eDatang. Aplikasi eDatang
ini merupakan penggunaan imbasan barcode (QR code) untuk mengambil kehadiran semua warga sekolah
yang hadir ke sekolah.
OBJEKTIF eDatang
Objektif aplikasi edatang ini bertujuan untuk;
a) Membantu pihak sekolah untuk mempercepatkan masa untuk mengimbas suhu dan mencatat
suhu.
b) Membantu guru-guru kelas untuk menentukan pelajar yang hadir pada hari tersebut.
c) Membantu Pentadbir untuk mengetahui Guru atau Anggota Khidmat Pelaksana yang hadir dan
tidak hadir.
QUALITY CONTROL (QC)
Dalam memastikan agar tidak berlaku penipuan dalam pengambilan kehadiran ini oleh pelajar
pihak sekolah telah melantik admin bagi mengawal kualiti penggunaan imbasan barcode (QR code)
tersebut. Antara syarat pelaksanaan edatang ini Barcode tersebut hanya boleh diimbas oleh Guru sahaja.
Guru ini pula akan didaftarkan oleh pihak admin seorang dan orang lain tidak boleh mendaftarkan rakan-
rakannya. Setiap guru pula akan diberikan kata laluan yang tidak boleh dikongsikan bersama orang lain.
Tatacara pengimbasan suhu bagi warga sekolah adalah seperti berikut, semua warga perlu terlebih
dahulu memastikan agar kebersihaan tangan perlu dijaga dengan mencuci tangan menggunakan sabun di
paip air yang disediakan dibahagian hadapan sekolah iaitu dipintu masuk utama. Selepas mereka mencuci
tangan pelajar perlu untuk mengimbas suhu terlebih dahulu dan seterusnya setelah selesai baharulah guru
yang bertugas mengimbas kad mereka. Setiap pelajar akan diberikan Kad nama yang mempunyai Barcode
secara percuma, pada kad nama tersebut tercatat Nama pelajar, Tingkatan dan nama kelas, serta nombor
telepon ibu bapa atau penjaga. Maklumat ibu bapa ini penting kerana sekiranya pelajar tersebut tidak
sedarkan diri pihak sekolah akan terus dapat menghubungi ibu bapa atau penjaga dengan cepat tanpa
perlu lagi merujuk kepada guru kelas atau pihak Hal Ehwal Murid.
CABARAN
Setiap sesuatu yang baharu pasti memberikan pelbagai cabaran kepada penggunanya, begitu juga
dengan aplikasi ini. Pada awalnya guru-guru tidak mengetahui kelebihan yang terdapat dalam aplikasi
tersebut. Dan hanya digunakan untuk mengimbas kehadiran pelajar semata-mata. Terdapat juga guru-
guru lama yang tidak begitu mesra dengan teknologi maklumat menghadapi kesukaran untuk
mengaplikasikan penggunaannya. Cabaran yang seterusnya adalah sikap yang tidak bertanggungjawab
dalam diri pelajar sendiri, ramai dalam kalangan pelajar selalu menghilangkan kad nama atau kad nama
tertinggal di rumah, ini menyukarkan guru bertugas untuk melaksanakan pengambilan kehadiran dan
menyebabkan mereka perlu untuk mencatat nama pada buku yang disediakan, sikap begini menyukarkan
pihak pentadbir kerana pelajar akan mengambil masa yang lama untuk membuat catatan pada buku dan
5
terkadang menyebabkan mereka berkongsi penggunaan pen dan buku tempat mencatat kehadiran
mereka.
IMPAK POSITIF PENGGUNAAN eDATANG
Penggunaan aplikasi edatang ini telah memberikan impak yang amat positif kepada pihak sekolah
dan mampu mengurangkan permasalahan yang timbul sebelum penggunaan aplikasi tersebut. Antara
impak positif yang dikenal pasti oleh pihak sekolah adalah seperti berikut iaitu;
i. Masa yang diambil oleh Guru bertugas dapat disingkatkan dan telah Berjaya mengurangkan
berlakunya kesesakan dan ketidak patuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan.
ii. Melalui aplikasi ini guru kelas juga telah mampu untuk mengetahui dengan cepat bilangan
pelajar yang hadir dan tidak hadir pada hari tersebut dengan hanya merujuk dalam aplikasi
edatang tersebut.
iii. Masalah ketidak patuhan kepada SOP telah Berjaya diminimumkan.
iv. Masa masuk ke kelas telah Berjaya dipercepatkan masalah tidak mengikuti Pengajaran dan
Pembelajaran pada masa pertama Berjaya dilaksanakan dan MMI dapat dioptimumkan.
v. Masalah Disiplin berkaitan denganponteng kelas pada masa pertama telah dapat diatasi
kerana pelajar yang lewat datang dapat dikesan oleh semua guru yang mengajar melalui
aplikasi tersebut.
vi. Ibu bapa atau penjaga akan dapat dihubungi dengan cepat kerana maklumat perhubungan
seperti nombor telefon ibu bapa penjaga tercatat pada kad pelajar tersebut.
DATA KEBERKESANAN APLIKASI eDATANG
PERKARA SEBELUM SELEPAS PENEMUAN
Anggaran Masa untuk 1 hingga 3 30 - 40 saat Perbezaan 30 saat
mencuci tangan, minit
mengimbas suhu dan Data boleh diakses Dapat dikesan
mencatat kehadiran murid Data murid secara real time oleh dengan mudah
Tidak Hadir Pentadbir/Guru dan cepat
Mengenal pasti murid tidak Disiplin dan Guru
Tidak Hadir diperolehi Kelas Data dianalisis
segera terus oleh sistem
Mengenal pasti murid Data boleh diperolehi
lewat Data perlu segera daripada
dianalisis oleh admin sistem
Ketua Guru
Disiplin untuk
tindakan lanjut
6
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah pelaksanaan aplikasi edatang ini adalah didapati bahawa terdapat penambahbaikan
yang perlu dilakukan oleh pihak pentadbir antaranya adalah;
i. Pihak sekolah perlu menyediakan satu Buku yang mengandungi Barcode untuk setiap
kelas dan diletakkan di atas meja guru setiap kelas. Buku ini bertujuan untuk memastikan
agar pelajar yang terlupa untuk membawa tanda nama pelajar hanya perlu melaporkan
kepada guru yang mengajar pada masa pertama didalam kelas berkenaan.
ii. Untuk menarik minat para pelajar menggunakan Kad Nama masing-masing dan
menjaganya dengan baik, pihak pengurusan mencadangkan agar dibuat satu kad nama
yang bergambar dan keras seperti Kad Bank dan dikenakan bayaran melalui koperasi
sekolah.
iii. Penggunaan aplikasi ini akan diperluaskan penggunaannya ke asrama melibatkan
sewaktu makan, belajar malam dan keluar hujung minggu.
RUMUSAN
Secara keseluruhan dapatlah disimpulkan bahawa Aplikasi edatang ini telah berjaya
mengurangkan masa mencatat kehadiran dan juga mengurangkan ketidak patuhan pelajar terhadap SOP
yang telah ditetapkan. Hasil daripada penggunaan aplikasi ini telah memudahkan pihak pentadbiran
mendapatkan data secara real time untuk tindakan segera menangani ketidakhadiran pada masa
berkenaan. Di samping itu aplikasi ini telah mampu menyediakan data untuk tindakan lanjut unit Hal Ehwal
Murid dan Disiplin bagi menangani kes-kes lewat tegar.
RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki, (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
Genting Highlands. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior of principals. The
Elementary School Journal.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Garis Panduan Pembukaan Sekolah (2020). Kementerian Pelajaran Malaysia.
7
FORMATIVE AND INTERVENTIVE CONSULTATION (FIC)
Mengurus Prestasi Guru Semasa Pandemik
Jackson Sigo@Siga
SMK Limbanak Penampang
[email protected]
Abstrak
Kata kunci : Intervensi.Konsultasi.Pandemik
Pandemik Covid-19 telah memberikan pelbagai impak terhadap bidang pendidikan. Ini termasuklah
prestasi guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Melalui analisis terhadap SKPMG2 Standard 4,
didapati bahawa terdapat 30 (30%) orang guru daripada 105 orang mempunyai skor di bawah 90%.
Peratusan ini agak tinggi dan perlu dirungkaikan kerana membabitkan prmbelajaran dan seterusnya
kemanjadian pelajar. Oleh itu, perkara ini telah dijadikan sebagai isu strategik yang perlu diselesaikan.
Amalan terbaik ini bertujuan untuk mengekalkan prestasi guru kekal pada tahap maksima meskipun
dalam situasi pandemik. Maka bagi mengatasi isu tersebut, teknik FIC atau Formative and Interventive
Consultation telah dihasilkan bagi membantu guru kekal fokus terutama daripada segi teknik pengajaran
di samping aspek emosi serta psikologi. Teknik FIC ini bertunggakkan kepada 3 aspek bagi mengurus
prestasi guru, iaitu coaching dan mentoring, intervensi dan konsultasi. Sesi-sesi FIC telah dilaksanakan
secara individu dan berkumpulan mengikut unit atau subjek dengan membincangkan 5 aspek utama FIC
iaitu Root Cause Analysis (RCA), analisis item, Headcount, intervensi dan Traffic Light System setiap subjek
bagi setiap guru. Melalui teknik ini, proses coaching dan mentoring serta konsultasi dan pemantauan yang
berterusan telah dapat dilaksanakan secara sistematik, khusus dan berfokus. Akhirnya, teknik ini telah
menampakkan hasil apabila keputusan SPM dan STPM telah meningkat bagi tahun 2020, setiap guru
mempunyai intervensi yang konkrit dan guru mempunyai kesediaan secara emosi dan psikologi.
1.0 PENGENALAN
Novel Coronavirus (COVID – 19) telah memberikan pelbagai impak terhadap kehidupan
masyarakat. Kesan terhadap virus ini juga telah memberikan kesan yang sangat besar
terhadap bidang pendidikan. Pandemik ini telah menterbalikkan sistem penyampaian
pendidikan sebanyak 360 darjah. Namun satu persoalan yang menjadi pertanyaan ialah
bagaimanakah agar prestasi guru kekal berada pada tahap maksima?
Kertas ini membentangkan satu amalan terbaik yang telah direka bentuk untuk mengurus
prestasi guru semasa pandemik. Ia memaparkan bagaimana amalan terbaik tersebut
dihasilkan dengan menggunakan teknik dan prosedur yang sistematik.
8
2.0 MAKLUMAT SEKOLAH
Amalan terbaik ini telah laksanakan di SMK Limbanak, iaitu sebuah sekolah yang terletak
di daerah Penampang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ia
mempunyai sebuah asrama yang menempatkan pelajar Tingkatan Enam. Sekolah ini
mempunyai 105 tenaga pengajar dengan 12 Anggota Kumpulan Pelaksana. Sekolah ini
menempatkan pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam yang berjumlah 1360
orang.
3.0 ANALISIS SWOT, TOWS DAN PEMILIHAN STRATEGI
Dapatan skor 105 guru dalam Standard 4 SKPMG2 menunjukkan bahawa sebanyak 30%
mempunyai pencapaian di bawah 90%. Ini membimbangkan kerana ia akan memberikan
impak terhadap kesan pembelajaran murid. Oleh sebab itu, isu ini dijadikan sebagai isu
strategik iaitu prestasi pencapaian guru dalam Standard 4 SKMPG2 di bawah 90%.
Sementara matlamat strategik pula ialah meningkatkan prestasi pencapaian guru
semasa pandemik. Seterusnya berpandukan kepada isu strategik ini, analisis SWOT
telah dibuat dan menghasilkan dapatan seperti dalam Rajah 1.
Rajah 1: Analisis SWOT
Analisis SWOT yang dibuat telah mengenalpasti 4 Kekuatan (Strength) iaitu sokongan
penuh Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT), kemudahan akses
yang stabil, guru-guru yang komited dan semua guru adalah celik ICT. Sementara
Kelemahan (Weakness) pula ialah segelintir guru kurang menunjukkan inisiatif,
segelintir guru kurang menggunakan kemudahan ICT dengan semaksima dan masih
terdapat kekurangan guru opsyen. Selain daripada itu, terdapat juga Peluang
(Opportunity) iaitu, sokongan kuat PIBG, ibu bapa mementingkan pendidikan anak-anak
9
dan jaringan dan jalinan yang baik. Ancaman (Treat) yang dikenalpasti dalam analisis
SWOT tersebut ialah masalah pandemik, ekspektasi ibu bapa terhadap sekolah tinggi
dan lokaliti ibu bapa tiada capaian internet.
Seterusnya analisis TOWS digunakan untuk mendapatkan kombinasi strategi yang
terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu strategik ini. Terdapat empat
kombinasi iaitu Strength dan Opportunity (SO), Strength dan Treat (ST), Weakness dan
Opportunity (WO) dan Weakness dan Treat (WT).
Berikut merupakan strategi-strategi yang telah dikenal pasti berdasarkan
kombinasikombinasi tersebut.
Kombinasi Strategi
ST1.Meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui CPD
Strategi S+O ST2.Meningkatkan penggunaan ICT semasa PdPR
S1+S3+O2 ST3.Meningkatkan prestasi guru melalui bimbingan dan
pemantauan berterusan.
Strategi W+O ST4. Jaringan dan jalinan dengan sekolah lain untuk
W3+O3 membantu meningkatkan kemahiran guru.
Strategi S+T ST5. Memastikan PdPR dapat dijalankan dengan berkesan
S3+C3 melalui penggunaan modul dan bahan bercetak.
Strategi W+T ST6.Meningkatkan kesedaran ibu bapa dengan mengadakan
W3+C2 DP secara dalam talian.
Jadual 1: Analisis TOWS
Bagi menyelesaikan isu strategik ini, strategi yang ke-3 (ST.3) telah dipilih iaitu
meningkatkan prestasi guru melalui bimbingan dan pemantauan yang berterusan.
4.0 SENARIO SEMASA
Keadaan pandemik ini telah memberikan impak terhadap persekitaran pengajaran dan
pembelajaran. Ia telah menghalang semua aktiviti bersemuka. Ini menghadkan
pelaksanaan tugasan guru. Selain daripada itu, ia juga menghadkan sesi coaching dan
mentoring dalam kalangan SLT dan MLT.
3
Pandemik ini juga telah memberikan kesan terhadap emosi, mental dan psikologi guru
berikutan dengan kerisauan terhadap wabak ini. Ini seterusnya telah menyumbang
kepada gangguan terhadap prestasi guru terutama sekali dalam penyampaian maklumat
kepada murid. Di samping itu, pandemik ini juga telah menghadkan pemantauan prestasi
kerja guru. Ini kerana pemantauan prestasi kerja guru sebenar hanya boleh dilaksanakan
10
secara bersemuka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Perkara-perkara ini adalah senario semasa yang berkaitan dengan prestasi guru.
5.0 ISU DAN PUNCA
Bagi meluaskan lagi skop penelitian terhadap isu strategik ini, aspek isu dan punca
dihuraikan dengan menggunakan tulang ikan Ishikawa seperti Rajah 2 di bawah.
Keadaan pandemik telah menghadkan aktiviti bersemuka. Di samping itu, ia juga telah
memberikankan impak terhadap emosi dan psiologi guru. Seterusnya, kekurangan
pendedahan dalam penggunaan teknologi dan aplikasi baharu telah melemahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara online. Perkara yang paling jelas
apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) ialah
kekurangan kemahiran untuk meningkatkan penyertaan murid dalam sesi PdPR. Semua
punca ini telah menyumbang kepada pencapaian 30% guru dalam Standard 4 SKPMG2
adalah kurang daripada 90%.
Rajah 2: Tulang Ikan Ishikawa bagi isu dan punca
11
6.0 INTERVENSI
Melalui analisis TOWS yang telah dibuat, strategi meningkatkan prestasi guru melalui
bimbingan dan pemantauan yang berterusan (ST.3) telah dipilih untuk menangani isu
strategik iaitu pencapaian guru dalam Standard 4 SKPMG2 adalah di bawah 90%.
Berpandukan kepada Strategi ST.3 ini, teknik Formative and Interventive Consultation
(FIC) telah direka bentuk untuk menangani isu strategik.
7.0 OBJEKTIF
Terdapat empat objektif utama teknik FIC ini dilaksanakan, iaitu seperti berikut:
a. Mengembalikan prestasi emosi dan psikologi guru yang terganggu kesan
daripada pandemik Covid-19.
b. Memastikan pengajaran dan pembelajaran guru kekal berfokus kepada
meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM dan STPM.
c. Membolehkan pihak pentadbir menjalankan aktiviti coaching dan mentoring
secara berterusan.
d. Membolehkan pihak pentadbir membuat pemantauan terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
8.0 PELAN PELAKSANAAN
Bagi memastikan teknik FIC ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut
perancangan, satu hamparan One Page Projek Management (OPPM) telah dibuat.
Selain daripada itu, satu carta perbatuan juga dibentuk untuk melihat tahap-tahap
pelaksanaannya. Kedua-dua alat ini sangat membantu dalam memastikan segala
perancangan dapat dijalankan dengan sempurna. Carta perbatuan pelaksanaan teknik
FIC ini menunjukkan enam tahap iaitu pembinaan kertas kerja, pembangunan, ujilari,
pelancaran, penggunaan dan pembudayaan. Di antara tahap-tahap tersebut diselitkan
mesyuarat, penilaian pembangunan dan semak semula penggunaan. Proses reka bentuk
yang sistematik dan menggunakan kaedah Plan Do Check Action (PDCA) ini telah
menghasilkan satu reka bentuk FIC yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Teknik ini memertabatkan tiga aspek kekuatan dalam meningkatkan prestasi guru iaitu
coaching dan mentoring, intervensi dan konsultasi. Ketiga-tiga aspek ini digunakan untuk
memangkin prestasi guru.
Teknik FIC ini dilaksanakan dalam dua mod konsultasi, iaitu individu dan berkumpulan.
Dalam kedua-dua mod ini, peserta akan membawa peralatan berikut sebagai bahan dan
eviden perbincangan:
12
a. Root Cause Analysis (RCA)
b. Head Count
c. Analisis Item
d. Intervensi
e. Traffic Light System
Seterusnya pada akhir proses konsultasi, resolusi akan dibuat untuk mempertingkatkan
lagi prestasi pelajar.
9.0 SENARIO SELEPAS PROGRAM
Selepas pelaksanaan teknik FIC, terdapat perubahan-perubahan dalam aspek-aspek
yang telah dikenalpasti. Keadaan pandemik Covid-19 tidak lagi menghalang aktiviti
pelaksanaan tugasan guru kerana boleh dibuat secara online sahaja. Begitu juga dengan
sesi coaching dan mentoring SLT – Guru yang boleh dilaksanakan secara online sahaja.
Seterusnya, bimbingan teknik kepada guru juga telah mengembalikan keyakinan emosi,
mental dan psikologi guru. Bagi aspek pemantauan pula, oleh kerana boleh dilakukan
secara online maka aktiviti pemantauan boleh dilaksanakan secara berterusan.
10.0 KEBERKESANAN PROGRAM
Pelaksanaan teknik FIC ini telah menunjukkan keberkesanan dan telah membantu dalam
meningkatkan beberapa aspek yang berkaitan dengan pedagogi guru.
a. Ia telah meningkatkan skor Standard 4 bagi SKPMG2 secara keseluruhan.
Dalam hal ini,iIa telah berjaya mengurangkan peratusan guru yang mempunyai
pencapaian di bawah 90% sehingga 75%.
b. Membantu meningkatkan pencapaian Gred Purata Sekolah bagi SPM (5.44
pada tahun 2019 kepada 5.06 pada tahun 2020, PNGK STPM 2.52 pada tahun
2019 kepada 2.78 pada tahun 2020.
c. Memudahkan pelaksanaan sesi coaching dan mentoring antara SLT – Guru.
d. Menstabilkan emosi, mental dan psikologi guru sehingga proses pengajaran
dan pembelajaran telah dapat dilaksanakan seperti sedia kala. Kesediaan guru
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti kelas tambahan secara
online dan agihan kerja secara offline dan offsite menunjukkan bahawa guru
telah bersedia secara emosi, mental dan psikologi untuk meningkatkan
prestasi murid.
e. Pemantauan yang berterusan dapat dilaksanakan walaupun secara online.
13
11.0 CABARAN PELAKSANAAN
Tiada kejayaan semanis madu, tiada cabaran sepahit hempedu. Terdapat beberapa
cabaran dalam proses pelaksanaan teknik FIC ini. Cabaran pertama ialah pemahaman
guru masih kurang jelas tentang pelaksanaan FIC. Cabaran ini diatasi dengan
mengadakan taklimat tentang teknik FIC. Cabaran kedua ialah terlalu banyak mata
pelajaran yang terlibat iaitu sebanyak 26 mata pelajaran. Perkara ini diatasi dengan
membentuk jadual. Akhirnya, semua cabaran ini dapat diatasi.
12.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi meningkatkan lagi penggunaan teknik FIC pada masa akan datang, terdapat dua
cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan iaitu:
a. Melatih SLT dan MLT untuk menggunakan teknik FIC agar kemahiran
mengendalikan sesi FIC dapat disebar luas.
b. Membangunkan rubrik yang khusus agar skala prestasi guru dapat ditentukan.
Ini akan memudahkan tindak susul seterusnya.
13.0 RUMUSAN
Akhirnya, dapat dirumuskan bahawa teknik FIC ini telah berjaya menyelesaikan isu
strategik yang dibawa iaitu prestasi pencapaian guru dalam Standard 4 SKMPG2 di
bawah 90% dan matlamat strategik meningkatkan prestasi guru semasa pandemik telah
dapat dicapai.
Teknik FIC berjaya meningkatkan skor Standard 4 dalam SKPMG2 secara keseluruhan,
membolehkan sesi coaching dan mentoring dilaksanakan secara berterusan,
menstabilkan emosi, mental dan psikologi guru dan membantu meningkatkan prestasi
SPM dan STPM.
14
GO DIGITAL
PENGURUSAN SEKOLAH
ROSIDAH BINTI ABDUL MURAT
Guru Besar
SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Dunia kini memasuki Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0. Sebahagian besar rakyat
Malaysia adalah pengguna internet dan sebahagian besar melayarinya melalui telefon bimbit.
Masyarakat kini lebih cenderung dihubungkan melalui media digital dalam menjalani urusan
seharian. Secara langsung dan tidak langsung, sekolah juga turut bergerak mengikut
perubahan semasa khususnya dalam dunia digital. Pengurusan maklumat dan data
dahulunya lebih banyak secara manual dan disimpan menggunakan sistem fail tetapi kini
berubah kepada penyimpanan data ke sistem data digital. Lebih-lebih lagi dalam keadaan
pandemik COVID-19, masalah seperti kekurangan bekalan kertas dan fail, berhadapan
dengan mesin fotostat yang kadangkalanya tidak boleh digunakan, kos barang semakin hari
semakin meningkat dan banyak lagi perkara yang berkaitan, yang akhirnya akan
mengakibatkan sistem pengurusan sekolah tidak dapat dijalankan dengan lebih efisien dan
sistematik. Maka dengan itu, tercetuslah program untuk membudaya pengurusan sekolah
yang lebih banyak menggunakan sistem dunia digital. Objektif utama program ini adalah
memantapkan sistem pengurusan sekolah agar dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan
sistematik serta memastikan maklumat sekolah yang berkaitan dapat diurus dan bersifat
lestari. Analisis persekitaran SWOC telah digunakan untuk mengenalpasti isu dan juga
menggunakan metodologi secara temubual di kalangan warga sekolah dan pemerhatian
untuk mendapatkan data tentang impak program ini iaitu penggunaan bahan digital dalam
aktiviti pengurusan sekolah. Program ini merangkumi pengurusan data dan maklumat
sekolah, sistem eRPH dan PSS Digital. yang lebih sistematik, bersifat lestari dan mudah
diakses untuk kegunaan sekolah pendidikan khas. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat
peningkatan yang sangat positif untuk produktiviti, kecekapan dan keberkesanan pengurusan
sekolah melalui pengintegrasian ICT serta banyak membantu memudahkan pengurusan
sekolah. Hasrat pada masa hadapan untuk menambahbaik program ini seperti Sistem Mesra
OKU / MBK, Sistem Ganjaran atau Penghargaan dan Sistem mentor-mentee serta menjadi
sumber rujukan semua sekolah pendidikan khas di seluruh negara.
1.0 PENGENALAN
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, revolusi dunia digital berkembang dengan
lebih cepat dan semakin pesat, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19
yang melanda di seluruh dunia pada masa kini. Revolusi dunia digital 4.0 telah
menyediakan keupayaan aplikasi baharu dalam pengurusan organisasi bagi
memastikan tugas dilaksanakan dengan lebih lancar. Impak daripada revolusi
dunia digital turut mengubah sistem pengurusan sekolah yang lebih mengutamakan
‘paperless’ . mudah akses, lebih efektif dan efisien sesuai dengan ledakan dunia
teknologi dan maklumat (ICT) masa kini. Perkembangan ini akan mengundang
15
permasalahan jika guru besar kurang mengambil peduli dalam membudayakan
pengintegrasian ICT dalam pengurusan organisasi.. Adalah menjadi satu keperluan
kepada guru besar mengambil peluang serta menilai potensi ICT terkini yang
memberi keuntungan kepada murid, guru dan sekolah. Di samping itu, guru besar
perlu mengupayakan pengaruh dan dorongan yang kuat terhadap kualiti pentadbiran
dan penggunaan ICT yang lebih sistematik dalam pengurusan sekolah. Kajian
terdahulu telah membuktikan ICT dapat meningkatkan kualiti sistem pengurusan
dan pentadbiran organisasi dengan lebih cekap dan tersusun (Arumugam & Som
Shariff, 2018; Unal, Uzun, & Karatas, 2015). Justeru, guru besar perlu menggunakan
pengaruhnya dalam mendorong warga sekolah membudayakan ICT dalam
mengatur strategi terbaik bagi menguruskan sekolah dalam dunia teknologi yang
serba canggih.
2.0 INOVASI / AMALAN TERBAIK YANG DILAKSANAKAN
(i) Sistem eRPH SKPK Tuaran
Pada tahun 2020, sekolah memulakan sistem eRPH yang telah dibangunkan dengan
kerjasama Guru ICT / Bestari SK Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Sistem ini
dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan barisan pentadbiran
memantau dan membimbing Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru sekolah.
Sistem ini bukan sahaja memudahkan pentadbir dalam memantau RPH dengan lebih
cepat dan efisien tetapi menjimatkan penggunaan kertas dikalangan guru yang
digunakan untuk membuat RPH, kertas tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk
tujuan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid sekolah. Sistem ini juga
dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan mesra pengguna kepada rakan
guru OKU penglihatan. Sistem eRPH ini masih dalam proses perlaksanaan dan cuba
jaya di kalangan para guru-guru sekolah.
(ii) Sistem eKehadiran SKPK Tuaran
Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama dengan Guru ICT / Bestari SK Sembulan,
Kota Kinabalu, Sabah. Sistem ini digunakan dengan menyediakan pautan QRCode
pada setiap ‘Name Tag’ murid sekolah dan setiap kali hadir ke sekolah, murid hanya
perlu mengimbas pada sistem pengimbas telefon guru atau pembantu pengurusan
murid yang bertugas dan data tersebut dikumpulkan pada pangkalan data utama
eKehadiran. Sistem ini bukan sahaja memudahkan pengurusan untuk mendapatkan
data kehadiran murid tetapi tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
terutama bagi guru yang bertugas untuk mendapatkan data kehadiran disetiap kelas
atau guru perlu melaporkan pada kumpulan WhatsApp yang berkaitan.
16
(ii) Sistem QRCode atau Pautan
(Panitia, Buku Pengurusan Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain)
Sistem ini bukan sahaja menjimatkan kertas dan fail, tetapi bersifat lestari iaitu data-
data yang berkaitan boleh diubah atau dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
Salah satu contoh yang telah dilaksanakan di sekolah adalah buku pengurusan
sekolah dibuat dengan menggunakan flipbook dan warga sekolah atau pihak luar
hanya perlu klik pautan yang diberikan untuk mendapatkan kandungan atau maklumat
yang berkaitan dengan sekolah bagi tahun semasa. Bahkan, sepanjang pandemik
Covid-19, bahan bacaan banyak menggunakan pautan QRCode yang telah
disediakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah. Malah, setiap panitia telah
menggunakan pautan QRCode bagi penyimpanan dan penyemakan data-data yang
berkaitan seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
(iii) Jelajah Dunia Digital
Bukan sahaja warga sekolah terutamanya para guru diberi pendedahan
menggunakan aplikasi-aplikasi yang menarik dalam dunia digital yang boleh
digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas mahupun dirumah,
tetapi murid khususnya bagi murid tahap II didedahkan dengan dunia digital. Murid
diberi ilmu dengan meneroka aplikasi dan bahan-bahan digital yang lain bagi
menyediakan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ICT dan turut
berkebolehan menyertai pertandingan yang berkaitan dengan teknologi. Program
Jelajah Dunia Digital merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan dengan
kerjasama pihak Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah untuk memberi pendedahan
kepada murid OKU penglihatan mendalami dunia digital sesuai dengan potensi dan
keperluan ketidakupayaan murid.
(iv) PSS Digital
Kaedah Program eNILAM iaitu pembacaan buku oleh murid secara maya dalam era
pandemaik Covid 19 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).
Murid-murid dapat mengakses bahan bacaan secara dalam talian dan merekodkan
bacaan mereka dengan kaedah pengisian Google Form bagi menggantikan Buku
Bacaan NILAM murid.
3.0 IMPAK AMALAN
Impak daripada membudayakan dunia digital dalam sistem pengurusan sekolah
bukan sahaja melibatkan kepada pihak pentadbiran sekolah, bahkan juga turut
memberi impak positif kepada setiap warga sekolah dan juga kepada pihak luar yang
melawat sekolah.
(i) Pengurusan dan Pentadbiran
Aspek penyampaian maklumat atau data yang berkaitan daripada pihak pentadbiran
dapat disampaikan dengan lebih cepat dan efisien kepada warga sekolah termasuklah
dengan pihak ibu bapa murid dengan menggunakan medium digital. Malah, pihak
pentadbiran dapat mengakses data yang berkaitan dengan mudah dan lebih cepat
17
berbanding bergantung dengan sistem fail sepenuhnya. Contohnya, para pentadbir
boleh memantau penghantaran RPH dengan lebih cepat dengan hanya menyemak
pada sistem data utama eRPH sekolah. Data dan maklumat sekolah dapat disimpan
dengan lebih selamat melalui penggunaan Google Drive atau mana-mana pangkalan
data yang bersesuaian dan selamat. Pihak pentadbiran juga berperanan menjadi
pelopor kepada warga sekolah dalam mengaplikasikan ‘paperless’ dalam urusan
sistem fail dan ini menjimatkan penggunaan kertas atau fail dan seterusnya boleh
digunakan sepenuhnya sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran
untuk murid.
(ii) Warga sekolah
Melalui sistem digital yang berkaitan memudahkan kerja guru dan anggota kumpulan
perlaksana mengakses maklumat atau data yang berkaitan. Malah bagi guru, melalui
sistem eRPH memudahkan urusan guru melaksanakan dan merekod RPH pada
sistem yang telah disediakan berbanding menggunakan sistem fail yang memerlukan
kerja yang banyak. Persediaan guru untuk mengajar juga lebih sistematik dan berada
pada tahap yang tinggi kerana maklumat RPH telah disediakan secara atas talian.
Bagi sistem eKehadiran, memudahkan urusan para AKP dan guru yang bertugas
untuk mendapatkan data kehadiran murid dengan lebih cepat berbanding
mendapatkan maklumat dari kelas ke kelas atau mengganggu guru yang sedang
mengajar dengan meminta maklumat dikemaskini di kumpulan WhatsApp yang
berkaitan. Melalui penggunaan aplikasi eRPH, QR Pautan dan eKehadiran ini juga
kompetensi ICT guru dapat ditingkatkan.
(iv) Murid dan Ibu Bapa
Pembudayaan dunia digital dalam pengurusan sekolah bukan sahaja memberi impak
kepada sekolah tetapi turut memberi nilai pengalaman kepada murid untuk
didedahkan kepada dunia digital seperti dalam pengurusan eKehadiran atau bahan-
bahan digital yang digunakan di dalam kelas. Budaya digital memberi peluang dan
kesediaan murid sekolah untuk melihat dunia digital dengan lebih luas dan
pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Bagi ibu bapa, maklumat dan data sekolah
yang berkaitan dapat diakses dengan lebih mudah dengan hanya mengklik pautan
yang berkaitan seperti hebahan melalui media sosial atau penggunaan aplikasi seperti
video Canva dan flipbook. Malah penyampaian maklumat daripada pihak sekolah
dapat disampaikan sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga murid berbanding
dengan hanya bergantung sepenuhnya permakluman melalui penggunaan surat
rasmi.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan dalam membudayakan dunia digital dalam sistem
pengurusan sekolah ialah membangunkan lebih banyak sistem digital yang mesra
pengguna orang kurang upaya OKU. Ini antara cabaran terbesar dalam
membudayakan sistem dunia digital, iaitu memastikan tidak ada sesiapa yang
ketinggalan dan terkebelakang dalam arus perubahan yang dilakukan oleh pihak
sekolah, termasuklah warga sekolah daripada golongan OKU.
18
Dunia digital memerlukan kemudahan teknologi dan akses internet yang baik untuk
memastikan membudayaan dunia digital dalam pengurusan sekolah dapat
dilaksanakan dengan lebih luas dan lebih efisien. Masalah capaian internet antara
cabaran utama dalam membudayakan dunia digital dalam urusan pengurusan
sekolah. Bagi mengatasi cabaran ini, kebanyakkan para warga sekolah terutama guru
dan anggota kumpulan perlaksana (AKP) menggunakan data sendiri untuk
mengakseskan bahan-bahan digital atau untuk urusan sekolah yang berkaitan secara
atas talian.
Benda baru, sukar untuk dilaksanakan pada peringkat awal. Bagi membudayakan
dunia digital dalam sistem pengurusan sekolah adalah sukar pada peringkat awal,
terutama bagi mana-mana warga sekolah yang sudah terbiasa dengan cara
tradisional. Walau bagaimanapun, pihak sekolah secara keseluruhannya mengambil
semangat satu keluarga dan semangat berpasukan untuk sama-sama
membudayakan dunia digital dalam sistem pengurusan sekolah yang berkaitan.
Kumpulan mentor, mentee diaplikasikan dengan warga sekolah yang berkemahiran
dalam bidang digital membantu atau berfungsi sebagai mentor kepada mana-mana
warga sekolah yang kurang berkemahiran atau tidak biasa menggunakan urusan yang
melibatkan aktiviti pengurusan sekolah yang berkaitan secara atas talian.
5.0 RUMUSAN / KESIMPULAN
Kesimpulannya, bahan dunia digital banyak membantu memudahkan pengurusan
sekolah walaupun pada awalnya agak sukar untuk dilaksanakan tetapi pada akhirnya,
dunia digital ini banyak memberi impak yang positif kearah pengurusan sekolah yang
lebih sistematik, bersifat lestari dan mudah diakses. Oleh itu, kesedaran kepentingan
dalam pengurusan sekolah secara digital akan dapat diterima sepenuhnya, lebih-lebih
lagi dengan kemajuan teknologi maklumat dan teknologi-teknologi dalam PdP.
Justeru, adalah menjadi tugas dan matlamat institusi dan para pendidik untuk
menerima kemudahan teknologi dalam membentuk kesedaran terhadap
pembelajaran digital. Selain itu juga, dengan adanya dunia digital meningkatkan lagi
penggunaan teknologi media dalam setiap aspek khususnya dalam bidang pendidikan
di mana penggunaan tersebut dapat membantu melancarkan proses pengurusan
sekolah yang lebih cekap, sistematik dan efisien.
19
6.0 RUJUKAN
Abdul Hadi Mat Dawi, Lee Siong Theam, Mohan Palaniandy, dan J. D. 2016. Penerimaan Alat
Web 2.0 dalam Pelaksanaan Kurikulum Program Berasaskan Pembelajaran Abad Ke-
21 di Institut Pendidikan Guru
Allison Littlejohn. 2003. e-Learning Series No 3 A guide for Teachers. Learning and Teaching
Support Network (LTSN), The Network Centre, 4 Innovation Close, York Science Park,
Heslington, York YO10 5ZF. Retrieved from https://www.dur.
ac.uk/resources/its/lt/elearning/ELN063.pdf
Arumugam, R., & Som Shariff. (2018). Relationship between technology leadership,
ICT facility, competency, commitments towards effectiveness of school
management tasks in Schools. PEDAGOGIA: Jurnal Pendidikan, 7(1), 4–11.
https://doi.org/10.21070/pedagogia.v7i1.1292
Lee, M. K., Cheung, C. M., & Chen, Z. (2005). Acceptance of Internet-based learning medium:
the role of extrinsic and intrinsic motivation. Information & management, 42 (8), 1095-
1104.
Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Pusat
Pembangunan Akademik, UKM. Retrieved from http://www. ukm.my/ctlt/wp-
content/media/eb
Saadé, R., & Bahli, B. (2005). The impact of cognitive absorption on perceived usefulness and
perceived ease of use in online learning: an extension of the technology acceptance
model. Information & Management, 42 (2), 317-327.
20
TRANSFROMASI INFRASTRUKTUR SEKOLAH MELALUI
PERMUAFAKATAN SEKOLAH DAN PIBG
Kasbulah Mangun
Guru Besar
SK Pekan Putatan, Penampang
ABSTRAK
Persekitaran sekolah dan kemudahan fizikal pembelajaran khususnya di bilik darjah
merupakan elemen penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan
menyeronokkan. Penulisan ini bagi mengenal pasti tahap kualiti pengurusan persekitaran
serta kemudahan fizikal pembelajaran di SK Pekan Putatan sejak guru besar mula bertugas
di SK Pekan Putatan iaitu dari bulan Julai 2015 sehingga kini. Data yang dikumpulkan
daripada student voice, teacher voice dan komuniti telah membuktikan bahawa isu ini
bukan agenda sekolah yang boleh dijayakan secara bersendirian. Sehubungan itu, pihak
sekolah telah mengambil inisiatif melalui analisis persekitaran bagi mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah. Strategi utama inisiatif ini ialah meningkatkan hubungan dengan
komuniti. PIBG dilibatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan persekitaran sekolah
yang lebih kondusif dan selamat. Pelbagai program yang dianjurkan terbukti sangat
berkesan. Penglibatan PIBG ini telah diberi pengiktirafan dengan memperolehi Anugerah
Ikon PIBK Bidang Pembangunan Fizikal (2016) dan Anugerah Pengurusan PIBK Terbaik
Peringkat Daerah (2019). Sehingga Disember 2020, 98% persekitaran fizikal SK Pekan
Putatan telah berubah wajah. Kesannya, peratus kehadiran murid telah meningkat kepada
0.7% setiap bulan. Kemenjadian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum juga
meningkat. Sikap murid menjadi semakin positif dalam menjaga keceriaan sekolah. Begitu
juga dengan sokongan dan semangat guru–guru serta kakitangan sekolah. Adalah
diharapkan amalan ini akan diteruskan dengan memberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk menjadikan SK Pekan Putatan sekolah indah
berimpak tinggi dalam menjana pembelajaran bermakna.
Kata kunci: Pengurusan fizikal, sumber, PIBG, kemenjadian
1.0 PENGENALAN
1.1 Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan, Penampang memulakan sesi
persekolahannya pada 3 Januari 1989. Guru besar yang pertama ditugaskan di
sekolah ini ialah Puan Hajjah Jamilah bte Datuk Haji Fadzil dan dibantu oleh
seorang Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Amirkasan bin Abdul Rahim.
Jumlah guru pada awal tahun 1989 ialah seramai 20 orang dan jumlah murid-
murid pada tahun 1989 ialah seramai 487 orang. Sekolah ini juga telah
menubuhkan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh
Encik Majid Etting bagi sesi 1989-1990.
Pada awal tahun 1990, jumlah murid telah meningkat kepada 647 orang. Justeru,
bilangan kelas telah ditambah dari 13 buah kepada 17 buah kelas. Tenaga
pengajar juga ditambah dari 20 orang kepada 33 orang serta dibantu oleh 4 orang
kakitangan bukan mengajar.
SK Pekan Putatan telah beroperasi hampir 32 tahun. Infarstruktur sekolah yang
ada ialah 1 blok pentadbiran, 18 buah bilik darjah untuk 36 kelas, 2 blok
21
prasekolah, pusat sumber sekolah, makmal ICT, bilik gerakan, bengkel kemahiran
hidup, dewan terbuka, surau, beberapa buah bilik khas, tandas, tapak permainan
dan padang. Kini, SK Pekan Putatan merupakan sebuah sekolah rendah jenis
Gred A. Mempunyai jumlah murid seramai 1520 orang (APDM, April 2021), 90
orang guru dan 15 orang AKP.
1.2 Isu dan masalah
Isu dapat dikenal pasti melalui tinjauan, sumbang saran dan pemerhatian
persekitaran, teacher voice (TC), student voice (SV) dan parents voice (PV).
Daripada tinjauan yang dilakukan, jelas sekali suasana persekitaran di SK Pekan
Putatan kurang selamat dan kondusif untuk pembelajaran murid.
Fenomena ini wujud akibat kurangnya ruang dan peluang untuk PIBG membantu
menaiktaraf kemudahan. Maka, Analisis SWOT telah digunakan untuk mengenal
pasti punca dan masalahseterusnya merancang intervensi bagi melaksanakan
projek.
2.0 AMALAN TERBAIK
Konsep permuafakatan antara pihak sekolah dengan pihak PIBG merupakan satu
bentuk kerjasama yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak untuk
mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama (Friend & Cook, 2007), merujuk
kepada perhubungan erat atau kesepakatan dalam pelaksanaan pelbagai
program atau aktiviti di sekolah (Sheldon, 2015).
2.1 Objektif
Objektif program ialah:
a) Meningkatkan jaringan dan jalinan antara PIBG dengan sekolah melalui
hubungan sekurang-kurangya dengan lima agensi yang boleh membantu sekolah
dalam pelbagai bidang fokus.
b) Meningkatkan dan merangsang persekitaran pembelajaran dan fizikal yang
kondusif untuk menyediakan pembelajaran bermakna kepada murid dengan
mensasarkan semua kelas berada dalam keadaan yang kondusif dan ceria.
c) Meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
serta dapat memperbaiki kehadiran murid ke sekolah sehingga 90% pada tahun
semasa.
22
2.2 Analisis SWOT
Jadual 1.1 : Analisis Persekitaran (SWOT)
Jadual 1.2 : Penjanaan strategik menggunakan Analisis TOWS Matriks
DALAMAN
LUARAN
Jadual 1.3 : Pemilihan Inisiatif / Strategi Berdasarkan Jadual Pemberatan
Menggunakan Skala Likert : 1.Amat rendah 2.Rendah 3.Sederhana 4.Tinggi 5. Amat Tinggi
Senarai Strategi :
Strategi 1 : Meningkatkan keceriaan dan prasarana sekolah
Strategi 2 : Menaik taraf infrastruktur sekolah
Strategi 3 : Membaik pulih kerosakan fizikal sekolah secara berkala
Strategi 4 : Menambah bilangan bilik-bilik khas
Strategi 5 : Memastikan kemudahan fizikal selamat dan kondusif untuk digunakan
warga sekolah
Berdasarkan jadual pemberatan pada Jadual 1.3, strategi yang dipilih ialah
kelima- lima strategi kerana ia saling berkaitrapat antara satu sama lain dalam
menjamin kemenjadian sekolah. Oleh itu, Program Transformasi Kondusif telah
dirancang bermula Ogos 2015.
2.3 Pelaksanaan Projek
Pelan Intervensi Program Transformasi Kondusif (2015-2021) telah dirancang
bagi tujuan melaksanakan program transformasi infrastruktur dalam usaha
mencapai objektif yang ditetapkan. Tempoh pelaksanaan selama 7 tahun yang
bermula pada bulan Julai 2015 hingga bulan Jun 2021 (OPPM,2015-2021).
23
Jadual 1.4 : Pelan Intervensi Program Transformasi Kondusif
Jadual 1.5 : One Page Project Manager (OPPM) Program Transformasi Kondusif
2.4 Cabaran
Proses yang paling mencabar dalam melaksanakan projek ini ialah proses
membeli hati. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi oleh pentadbir
sekolah dalam menjadikan pemuafakatan ini sebagai jambatan yang kukuh.
Dalam proses membeli hati ini pihak sekolah telah menghadapi halangan yang
besar apabila ada antara komuniti mempertikaikan keutamaan sekolah dalam
bidang keceriaan fizikal dan bukannya bidang akademik.
Pada peringkat awal, segelintir ahli komuniti terutamanya agensi-agensi luar
kurang yakin dengan keupayaan sekolah ini. Atas semangat pihak pentadbir
sekolah dan semua warga sekolah, segala program dapat dilaksanakan
sepenuhnya. Kekurangan sokongan ditambah pulak dengan kurangnya sumber
menjadikan harapan kejayaan projek ini semakin pudar. Namun apabila
permuafakatan antara sekolah PIBG dan PIBK berjaya dilaksanakan maka semua
cabaran menjadi mudah.
24
3.0 IMPAK
Hasil kepimpinan guru besar dan sokongan daripada PIBG dan komuniti,
persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat serta bilik darjah yang bercirikan
kelas abad ke-21 dapat dilaksanakan. Infrastruktur yang dinaik taraf termasuklah
dewan terbuka, ruang parkir guru, ruang kokurikulum, tandas, pagar sekolah,
laluan pejalan kaki, kelas, bilik guru dan prasekolah. Terdapat juga kemudahan
yang ditambah peralatan seperti kerusi iaitu di ruang RMT dan kantin.
Guru besar bersama YDP PIBG, Semua Guru Penolong Kanan, Setiausaha PIBG
dan guru pembangunan merupakan penggerak utama dalam menjayakan
transformasi ini. Sumber kewangan dan manusia merupakan aset penting dalam
melaksanakan program ini. Bagi menjamin kelancaran, Pemantauan Program
Transformasi Kondusif, Mesyuarat PIBK, PIBG dan Mesyuarat Pengurusan
Sekolah telah diadakan.
Hasilnya sehingga bulan Jun 2021, 98% persekitaran fizikal sekolah telah
berubah wajah. Manakala 100% bilik darjah kondusif dan persekitaran sekolah
yang selamat dapat diwujudkan (OPPM, 2015-2021). Program Transformasi
Kondusif ini telah menelan belanja keseluruhan sebanyak RM 394 972. Program
ini membawa tiga impak utama iaitu:
a) Menambah infrastruktur sekolah
Program ini berjaya mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan kondusif dan
sesuai dengan kehendak program. Pembinaan dan pengubahsuaian infrastruktur
merangkumi projek membina bumbung untuk dewan terbuka dan membina
ruangan Kokurikulum berbumbung, membesarkan ruangan serta menambah
bilangan kerusi meja kantin dan RMT. Selain itu, beberapa kemudahan telah
dinaik taraf seperti ruang parkir guru,laluan pejalan kaki, tandas, prasekolah,
pagar sekolah, kelas dan bilik guru. Projek ini dapat menampung kekurangan
infarstruktur yang wujud di kawasan sekolah. Berdasarkan Aspek 2.5: Iklim
SKPMg2, 98% persekitaran fizikal sekolah telah berubah wajah yang bermula
pada bulan Julai 2015 sehingga bulan Jun 2021 (OPPM, 2015- 2021).
b) Meningkatkan pencapaian dalam kurikulum, kokurikulum dan kehadiran
murid Penggunaan dewan terbuka, ruang Kokurikulum, ruang RMT dan
kantin sebagai tempat untuk mengadakan kelas tambahan, kelas moral,
bengkel dan teknik menjawab, ceramah dan motivasi, latihan sukan dan
permainan dan lain-lain mampu meningkatkan kemenjadian murid dalam
aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Buktinya, pencapaian
murid pada UPSR tahun 2019 telah meningkat kepada 55.26 % berbanding
hanya 49% pada tahun 2015 (Analisis Pencapaian UPSR 2015-2019).
Manakala berdasarkan Laporan Penglibatan Murid dalam Kokurikulum (2015-
2019) yang meliputi bidang sukan, permainan dan ko akademik telah berjaya
membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya ialah pasukan
bola jaring telah menjadi juara selama 5 tahun berturut-turut di peringkat daerah
(2015-2019), pasukan badminton dan ping pong (Johan, 2018), bola tampar (Naib
Johan, 2019) dan permainan dalaman seperti Sahibba (Naib Johan, 2019),
25
scrabble dan catur (Ketiga, 2019). Seterusnya bidang ko akademik yang turut
menyumbang kejayaan ialah pidato (Johan, 2019), pantun (Ketiga,2019) dan
action song (Johan,2019). Tidak ketinggalan ialah nyanyian solo (Ketiga, 2018),
tarian dan nasyid (Naib Johan, 2018).
Didapati terdapat peningkatan peratus kehadiran murid kepada 0.7% setiap bulan
(APDM, Januari 2019). Sikap murid juga menjadi semakin positif untuk hadir ke
sekolah.
Banyak program dan aktiviti yang murid sertai seperti aktiviti keagamaan (bacaan
Yassin, dan Kem Solat Bestari), program panitia (Minggu Panitia), program
kebudayaan dan aktiviti kemerdekaan serta majlis anugerah (MAPEC, HEM,
Graduasi Tahun 6) yang diadakan di dewan terbuka dapat meningkatkan lagi
sahsiah dan disiplin murid.
c) Mewujudkan hubungan erat antara sekolah,PIBG dan komuniti
Program ini juga dapat membina hubungan erat antara pihak sekolah, PIBG dan
komuniti. Ini terbukti apabila sekolah telah diberi pengiktirafan dengan
memperoleh Anugerah Ikon PIBK Bidang Pembangunan Fizikal (2016) dan
Anugerah Pengurusan PIBK Terbaik Peringkat Daerah (2019). Dalam hal ini,
sokongan dan semangat pentadbir, guru–guru, kakitangan sekolah dan komuniti
merupakan amalan terbaik yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di SK Pekan Putatan sebagai sekolah berimpak tinggi
bagi menjana pembelajaran bermakna.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada dasarnya, program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan
berpotensi menjadi amalan. Kejayaan program ini adalah hasil gabungan bersama
para pentadbir, guru, murid, kakitangan sokongan dan komuniti serta kemantapan
pelaksanaan strategi yang dirancang. Malah pihak sekolah akan melestarikan
Anjakan ke 9 dalam PPPM yang mana keutamaan kepada kemenjadian murid dan
komuniti haruslah sejajar. Sehubungan itu, penekanan kepada peningkatan
akademik dengan melibatkan komuniti amat diharap akan dapat direalisasikan
secara lebih meluas melalui pemantapan PIBG dan memperkukuh jalinan sekolah
dengan pihak luar.
5.0 RUMUSAN
Tanggungjawab mengurus persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah tidak
seharusnya diletakkan kepada guru besar sekolah semata-mata. Semua pihak
terutamanya JPNS, PPD, PIBG dan komuniti perlu berganding bahu dalam
membantu mengurus persekitaran fizikal sekolah agar matlamat untuk mencapai
visi dan misi sekolah tercapai. Cadangan juga supaya peruntukan khas
penyelenggaraan diberikan setiap tahun supaya persekitaran sekolah lebih
kondusif untuk menyokong pembelajaran murid yang lebih berkesan.
26
6.0 RUJUKAN
Analisis Pencapaian UPSR (2015-2019).
Analisis SWOT Sekolah (2015-2021).
Friend, M., & Cook, L. (2007). Interaction: Collaboration skills for school professionals. (5 th ed.).
Boston, Allyn and Bacon.
Hairuddin Mohd. Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf. (2009). Perancangan Strategik Sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Retrieved from https://www.moe.gov.my
Laporan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM),(2019-2021).
Laporan One Page Project Manager (OPPM) Program Transformasi Kondusif , (2015-202).
Laporan Penglibatan Murid dalam Kokurikulum (2015-2019)
Mary Yap Kain Ching. (2007). Visi Ke Realiti. Kuala Lumpur: Kreatif Kembara Sdn Bhd.
Pelan Intervensi Program Transformasi Kondusif, (2015-2021).
Robiah Kulup Hamzah (2001). Kepimpinan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah-sekolah Malaysia (2006). Kuala Lumpur: Institut
Aminuddin Baki.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) (2018). Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sheldon, S.B. (2015). Moving beyond monitoring: A District Leadership Approach to School,
Family, and Community Partnerships. In Sheldon, S.B., & Kim, E.M. (Eds.), Family-school
partnerships in context (pp 45-63). Springer International Publishing.
27
SEKOLAH PERKASA MELESTARI KECEMERLANGAN
Zurainah Omar
Guru Besar
Sk Putaton Inobong Penampang
Sabah
ABSTRAK
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) salah satu fokus penting ialah usaha memperkasa
kan sekolah kebangsaan termasuk sekolah rendah.Dasar memperkasakan sekolah dapat menjadikan
sekolah lebih beraspirasi nasional,meningkat kan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan
meningkatkan kualiti prasarana.Mengikut PIPP antara ciri –ciri sekolah perkasa itu ialah seperti
infrastruktur yang lengkap dan berkualiti,pemimpin dan guru yang cekap,kurikulum berasaskan
pelanggan,kokurikulum yang berkesan,iklim dan budaya yang sihat dan sebagainya.Namun begitu dalam
usaha memperkasakan sesebuah sekolah masih terdapat kelemahan yang perlu di atasi. Justru
itu,kewujudan Persekitaran Sekolah yang kondusif,iklim dan budaya yang sihat berupaya untuk menjalin
rangkaian antara ilmu dan murid serta para guru di sekolah. Oleh itu, anjakan paradigma dalam
pengurusan memperkasakan Sekolah terutama menaik taraf prasarana perlu dilaksanakan untuk
memastikan keberkesanan dan fungsinya dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Kini nyata bahawa, infrastruktur yang lengkap dan berkualiti mampu melahirkan budaya kerja
yang positif dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan motivasi murid serta mengeratkan
hubungan warga sekolah dengan pelbagai pihak
Kata Kunci : sekolah kondusif ;pengetahuan ;pembangunan modal insan
1.0 Maklumat Asas Sekolah
Sekolah Kebangsaan Putaton sebelumnya dikenali sebagai Natives Valuntary English
School (NVES) mula ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah ini telah didirikan di atas
tanah bergeran (N.T 215310062) seluas 1.89 ekar, yang dimiliki oleh Encik Gomuru
Bin Guntawoi di atas persetujuan ibunya iaitu Puan Maya Bte Gombiau @ Philimena.
Sekolah ini telah diwujudkan atas dasar untuk memenuhi tuntutan dan keperluan
pendidikan di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya telah sudah lanjut umur
(melebihi umur) pada ketika itu bagi memulakan pelajaran biasa yang terhalang atas
sebab masalah ekonomi dan halangan sistem perhubungan ketika itu.Atas
perbincangan dan persetujuan bersama antara Encik Gomuru Guntawoi, Encik
Tongkukui Gabui, Encik Gindahong Godinda, Encik Palanting Mosimbit dan puan Maya
Gombiau bersama-sama dengan Pegawai Pendidikan di Jabatan Pendidikan Jesselton
North Borneo, maka terdirilah sebuah bangunan sekolah berukuran 50’ x 16’ hasil kerja
secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Bahan asas seperti kayu dan bambu
yang digunakan sebagai tiang dan dinding diperolehi banyak daripada kawasan
28
persekitaran sekolah, manakala bahan sampingan seperti zink, semen, paku dan papan
dibeli dengan wang yang diperolehi hasil dari kutipan mereka sendiri.
Sekolah ini terletak lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Donggongan.Mempunyai
seramai 15 anggota kakitangan termasuk guru dan AKP.Sekolah ini juga telah
mendapat bangunan baru 6 bilik darjah sekitar tahun 2018 dan sekali lagi telah
mendapat bangunan pusat sumber dan kantin baharu pada tahun 2020.Sekolah ini
mempunyai bilangaan murid 177orang dan masih berada dibawha kategori Sekolah
Kurang Murid (SKM).Disamping itu juga,kedudukan sekolah ini berhampiran lereng
bukit dan berdekatan dengan sungai serta dikelilingi oleh pelbagai jenis tumbuhan.
Situasi serta keadaannya pada ketika ini boleh dikatakan sangat kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran walaupun berada jauh sedikit dari kawasan pekan.
1.1 Pengenalan Projek :
Berdasarkan isu persekitaran dan analisis SWOT, kekuatan yang dikenal pasti ialah
100% guru adalah terlatih dan majoriti guru mempunyai kelulusan ijazah. Selain itu,
Anggota Kumpulan Perkhidmatan juga dilihat bertanggungjawab dan dapat
mematuhi SOP yang ditentukan. Di samping itu, sekolah juga dikendalikan dalam
satu sesi. Pengurusan Aset juga adalah kompeten dan amat efisien.
Meninjau dari segi aspek kelemahan, peruntukan kewangan didapati tidak
mencukupi ditambah lagi kerana sekolah ini adalah kategori sekolah kurang murid
maka peruntukan yang dibekalkan oleh kerajaan agak terhad.Oleh yang demikian
,pihak sekolah terpaksa memikirkan alternatif bagaimana untuk menjadikan sekolah
lebih kondusif dan mudah untuk mengkases maklumat.Memandangkan pada tahun
2019 bangunan pusat sumber dan kantin Masih lama dan selalu di hadapi masalah
banjir. Seterusnya, kemudahan prasarana yang terhad juga menyebabkan timbul
kekangan bagi penyimpanan alatan sekolah dan kemudahan lain. Kelemahan
terakhir ialah pagar belakang sekolah menjadi laluan orang kampung dan ini menjadi
satu cabaran yang sukar diatasi kerana berada diluar bidang kuasa sekolah apabila
ada setengah orang kampung mendesak pagar sekolah dibuka bagi memudahkan
mereka menjadikan kawasan sekolah sebagai laluan alternatif keluar masuk orang
kampung yang tinggal berhampiran disekitar kampung tersebut.
Oleh yang demikian,dengan adanya peluang seperti sokongan dari pihak PPD
secara tidak langsung dapat membantu memperkasakan sekolah Kebangsaan
Putaton Inobong. Bukan itu sahaja, penglibatan padu dalam memberikan sokongan
kepada warga sekolah seperti penglibatan mereka dalam menjayakan gotong royong
sekolah merupakan peluang yang sangat membantu untuk menjadikan sekolah lebih
ceria dan kondusif.Di samping itu, hubungan baik dengan Pihak NGO,Syarikat
Swasta , institusi pendidikan tertinggi (IPG) serta sekolah- sekolah lain juga
merupakan peluang yang wujud di sekolah ini.Tidak ketinggalan juga sokongan dari
ibubapa sekolah ini yang sentiasa memberikan sumbangan dalam bentuk material
dan tenaga adalah meupakan salah satu peluang yang dapat diambil oleh pihak
sekolah sebagai langkah mewujudkan “Sekolah Perkasa”.
Justru itu,pihak sekolah mengambil langkah melalui perancangan strategik sekolah
yang dibina menjana satu strategi bagi mewujudkan persekitaran kondusif dengan
mengambil kira peluang menaik taraf bangunan pusat sumber dan kantin tidak
ketinggalan juga memperkasa fungsi pusat sumber itu sendiri di sekolah.Di bawah
29
ini di tunjukkan jadual bagaimana pihak sekolah merancang strategi memantapkan
sistem pengurusan organisasi sekolah.
1. KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
S1 100% guru terlatih
S2 Majoriti guru berkelulusan ijazah W1 Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi
S3 Anggota Kumpulan Perkhidmatan yang
W2 Segelintir guru tidak memahami peraturan pekeliling dan
Bertanggungjawab dan mematuhi SOP kurang kompeten
S4 Sekolah satu sesi
S5 Pengurusan Aset yang kompeten dan efisen W3 Bangunan Pusat Sumber dan kantin Masih lama dan selalu
di hadapi masalah banjir
W4 Pancapaian peratus A dalam akademik murid masih belum
memuaskan
W5 Kekurangan prasarana bagi penyimpanan alat-alat sekolah
dan kemudahan lain.
PELUANG (O) CABARAN (T)
O1 PPD memberi sokongan padu T1 Binatang seperti anjing dan ayam berkeliaran di kawasan
sekolah
O2 Sokongan padu PIBG
T2 Segelintir jiran setempat meletakkan kenderaan di
O3 Hubungan baik dengan Pihak NGO , Syarikat Swasta , kawasan sekolah.
institusi pendidikan tertinggi (IPG)serta sekolah- sekolah lain
T3 Pagar belakang sekolah menjadi laluan orang kampung
O4. Ibubapa memberi sokongan dari segi idea, material dan
tenaga
Jadual 1 : Analisis swot
JADUAL 2 : TOWs Matriks UNIT PENGURUSAN ORGANISASI SEKOLAH
DALAMAN KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
LUARAN S1 100% guru terlatih W1 Peruntukan kewangan yang tidak
S2 Majoriti guru berkelulusan ijazah dan mencukupi
cekap W2 Segelintir guru tidak memahami peraturan
S3 Anggota Kumpulan Perkhidmatan pekeliling dan kurang kompeten
W3 Bangunan Pusat Sumber Masih lama dan
yang Bertanggungjawab dan mematuhi selalu di hadapi masalah banjir
SOP W4 Pancapaian peratus A dalam akademik
S4 Sekolah satu sesi murid masih belum memuaskan
S5 Pengurusan Aset yang kompeten dan W5 Kekurangan prasarana bagi penyimpanan
efisen alat-alat sekolah dan kemudahan lain.
PELUANG (O) S1+S2+S3 +O1+O2+O3 W1+W2+W3+W5 +O1+O2+O3+O4
O1 PPD memberi sokongan padu 1. Memantapkan Kompetensi guru dan
O2 Sokongan padu PIBG 1. Menambah baik struktur bangunan dan
O3 Hubungan baik dengan Pihak AKP Pendawaian eletrik dengan kerjasama
NGO , Syarikat Swasta , institusi PPD/JPN/KPM/NGO/PIBG
pendidikan tertinggi (IPG)serta 2. Mengadakan bengkel/ ceramah
sekolah- sekolah lain dengan sokongan dan kerjasama 2. Meningkatkan motivasi Guru dan AKP
O4. Ibubapa memberi sokongan PIBG, PPD dan institusi lain. melalui pengiktirafan oleh pihak
dari segi idea, material dan tenaga sekolah/PIBG/NGO
CABARAN (T) S1+S2+O2+T1+T2 3. Memperkasa sistem pengurusan pusat
T1 Binatang seperti anjing dan 1. Meningkatkan kesedaran ibubapa sumber sekolah
ayam berkeliaran di kawasan
sekolah terhadap kepentingan mematuhi S4+S5+O3+ T3
T2 Segelintir jiran setempat peraturan sekolah
meletakkan kenderaan di 1. Menerapkan nilai EKSA kepada semua
kawasan sekolah. kakitangan sekolah melalui kursus dan latihan
T3 Pagar belakang sekolah
menjadi laluan orang
kampung
30
Jadual 3 : Kedudukan Matriks Ranking PENGURUSAN ORGANISASI
JENIS STRATEGI YANG DIJANA
W1+W2+W3+ W5+O1+O2+O3+O4 S1 1. Menambah baik struktur bangunan dan
Pendawaian eletrik dengan kerjasama
PPD/JPN/KPM/NGO/PIBG
2. Meningkatkan motivasi Guru dan AKP melalui
pengiktirafan oleh pihak sekolah/PIBG/NGO
S1+S2+S3 +O1+O2+O3 3. Memperkasa sistem pengurusan pusat sumber
sekolah
4. Menmantapkan kompetensi guru dan AKP
S2 5. Mengadakan bengkel/ ceramah dengan
sokongan dan kerjasama PIBG, PPD dan
institusi lain.
6. Membuat intervensi,dialog prestasi bagi
meningkatkan prestasi akademik murid
S1+S2+O2+T1+T2 S3
7. Meningkatkan kesedaran ibubapa terhadap
kepentingan mematuhi peraturan sekolah
S4+S5+O3+ T3 S4
8.. Menerapkan nilai EKSA kepada semua
kakitangan sekolah melalui kursus dan latihan
Daripada jadual 3 di atas,Sekolah telah memilih strategi 1 untuk di jana dan di jadikan
sebagai saalah satu amalan terbaik sekolah di mana melalui strategi 1 ini pihak sekolah
akan menngambil langkah menambah baik serta menaik taraf bangunan lama seperti
pusat sumber dan kantin bagi mewujudkan persekitaran kondusif. Disamping itu juga
sekolah akan membuat beberapa intervensi untuk meningkatkan motivasi guru dan
AKP agar kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan di sekolah dapat
dicapai.Selain daripada itu,pihak sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk
memperkasakan lagi pusat sumber sekolah disamping menjalinkan hubungan baik
dengan PIBG dengan mewujudkan program bersama PIBG agar Sokongan daripada
pihak PIBG tidak akan pernah luntur kepada sekolah ini.
31
2.0 ISU/PUNCA
Jadual 4 PERANCANGAN STRATEGIK PENGURUSAN DAN ORGANISASI
NKRA : Memantapkan Kualiti pengurusan dan Organisasi
Petunjuk Sasaran (ETR)
Prestasi
Isu Masalah Matlamat Strategi Utama (KPI) TOV 2019 2020 2021
(2018) Ar 1 AR2 100%
Bangunan Bangunan yang 1.Meningkatka 100% 100%
Pusat Sumber selamat dan n program mempunyai
dan kantin kondusif kerjasama bangunan
yang masih bersama kondusif
lama dan PPD/JPN/PIB 70% 85% 90%
kurang G/NGO
Keadaan kondusif
infrastuktur Program Sekolah lebih
sekolah Kekurangan latihan amalan ceria dan
yang kurang tempat EKSA kondusif
Kondusif penyimpanan dikalangan
alat-alat guru dan AKP
persekolahan 70% 80% 90%
yang lebih
selamat
Pengurusan Segelintir guru Peningkatan Pelaksanaan 100% Guru 90% 95 98% 100%
Sumber masih kurang kompetensi guru Kursus Dalam kompeten
manusia kompeten Peningkatan Perkhidmatan, dalam 4 56
masih belum prestasi A murid Ceramah dan perkhidmatan 0 orang orang orang
mencapai Pencapaian dalam semua Bengkel pendidikan
tahap yang Akademik subjek.
cemerlang murid masih Pelaksanaan Peningkatan
berada program dalam dan
ditahap yang peningkatan UPSR
belum akademik
memuaskan
Jadual 4 yang ditunjukkan diatas adalah perancangan strategiK yang dibuat selamat
tiga tahun dimana sekolah mensasarkan bahawa pada tahun 2021 keseluruhan
infrastruktur sekolah berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat serta
mempunyai pengurusan sumber manusia yang cekap
Jadual 5: Isu dan punca
32
Persekitaran kurang Murid kurang Capaian akses Penglibatan murid
kondusif motivasi internet agak terhad dalam nilam kurang
menggalakkan
Jumlah naskah Pengurusan pusat Susun atur bilik Bilik Guru kurang
buku terhad sumber yang Darjah dan bilik kreativiti
kurang efisien Pusat Sumber
kurang menarik
Dalam jadual 5 diatas adalah punca kepada isu yang dihadapi sekolah, iaitu
persekitaran yang kurang kondusif seperti kantin yang hanya berasaskan kayu dan
tiada tempat untuk murid berehat semasa rehat,ini juga boleh menyebabkan murid
kurang bermotivasi untuk hadir penuh kesekolah .Disamping itu juga, pusat sumber
juga berhadapan dengan kesukaran mengakses internet kerana kedudukan jauh dari
pejabat sekolah. Penglibatan murid dalam nilam juga dilihat kurang menggalakkan. Hal
ini demikian, mungkin disebabkan cara pengurusan guru pusat sumber yang kurang
efisien bersama dengan panitia yang terlibat kerana kekurangan kreativiti guru itu
sendiri.seperti susun atur bilik darjah kebanyakannya lebih berbentuk mastery learning
dan tidak berfokus kepada student centred. Oleh kerana ,bangunan pusat sumber
sebelum ini adalah sangat kecil secara tidak langsung ia nya mempengaruhi jumlah
naskah buku yang tersedia juga adalah terhad.
3.0 INTERVENSI
Apabila melihat kepada isu dan punca seperti yang tersebut di atas maka pihak sekolah
melaksanakan beberapa intervensi seperti yang di sediakan dalam jadual dia bawah
ini:
Jadual 6 : Intervensi
Bagi melaksanakan intervensi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5,pihak sekolah
juga telah merancang pelan pelaksanaan seperti dalam jadual 6 yang ditunjukkan di
bawah ini agar perancangan yang dibuat dapat mencapai matlamat yang dikehendaki
oleh pihak sekolah.
33
4.0 OBJEKTIF
Objektif yang ingin dicapai ialah ingin menjadikan persekitaran sekolah dan bilik darjah
sebagai sumber memperoleh ilmu pengetahuan. Selain itu, menjadikan pusat sumber
sebagai pusat mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat.
Seterusnya, menjadikan pusat sumber sebagai ruangan kondusif untuk guru
merancang dan menghasilkan sumber PdP
5.0 PELAN PELAKSANAAN
JADUAL 6 : CARTA GANTT
BIL AKTIVITI TINDAKAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEP OKT NOV
1 PERTANDING PK1/GURU
AN KELAS KELAS
PAK 21
2 BOOKWORM PK1/GURU
CAMPAIGN PUSAT
SUMBER
3 GOTONG PK HEM
ROYONG /SU PIBG/
PERDANA PENYELAR
AS EKSA
4 HARI KUALITI GURU
BESAR/PK1
5 COACHING & GURU
MENTORING BESAR
6 TOASTMASTE PK1 /KP/
R GURU
PUSAT
SUMBER
7 PROGRAM PK1
KOLABORASI /KP/SEMUA
3G GURU
Ini adalah carta pelaksanaan bagaimana intervensi itu d laksanakan.carta ini
mengambil kira pelaksaanaan dalam masa setahun.kemudian sekiranya ada program
yang belum selesai dan masih diteruskan maka nya tahun seterusnya kami masih
menggunakan pelan pelaksanaan yang sama.
34
GAMBAR 1: PELAKSANAAN PROGRAM
LORONG ILMU
35
Pusat Sumber Digital
https://youtu.be/TGePUV66gMM
36
6.0. KEBERKESANAN PROGRAM/ IMPAK
Jadual 8 : Perbandingan peratus lulus Bahasa Inggeris tahap 2
PERBANDINGAN PERATUS LULUS BAHASA INGGERIS 91
100
100
80
74 69
60
40 BI PEMAHAMAN BI PENULISAN
20
0 2020 Tahun 4 2021 Tahun 5
2020 Tahun 4 2021 Tahun 5
Jadual 9: Perbandiangan Pencapaian TP PBD tahap 1
37
Hasil daripada intervensi yang telah dilaksanakan oleh sekolah dalam memperkasakan
sekolah bagi melestarikan kecemerlangan ilmu,maka dapat di lihat melalui jadual 8 di
atas dengan mengambil satu contoh subjek Bahasa Inggeris yang menunjukkan
peningkatan peratus murid lulus bagi tahun 4 pada tahun 2020 di mana subjek
pemahaman pada tahun itu seramai 74% peratus murid lulus dan apabila mereka naik
ketahun 5 pada tahun 2021 meningkat kepada 100% lulus dalam subjek pemahaman
Bahasa Inggeris.Manakala subjek penulisan Bahasa Inggeris juga melihatkan
peningkatan peratus iaitu pada tahun 2020 murid lulus seramai 69% dan pada tahun
2021 telah meningkat kepada 91%.
Bagi penilaian PBD tahap 1 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 9 juga telah
menunjukkan peningkatan di mana murid tahun satu pada tahun 2020 telah mendapat
TP 4 seramai 4 orang daripada 28orang murid bagi subjek Bahasa Inggeris manakala
pada tahun 2021 apabila mereka naik ke tahun 2 murid yang berada d TP 1 hanya 3
orang.Dan TP 2 pada tahun 2020 seramai 8 orang dan pabila mereka berada d tahun
2 2021 murid mendapat TP 2 hanya 7 orang.seterusnya peningkatan juga di lihat
apabila pada tahun 2021 seramai 10 orang mendapat TP 3 untuk subjek Bahasa
inggeris berbanding 12 orang berada di TP 3 apabila mereka berada di tahun 1 pada
taahun 2020.Sekali lagi peningkatan murid juga dapat dilihat pada tahun 2021 dimana
seramai 10 orang mendapat TP4 berbanding hanya 4 orang pada tahun 2020.
Bagi Pusat Sumber pula melalui data yang diberikan oleh guru Pusat sumber,
penglibatan murid dalam program Nilam juga telah bertambah sebanyak 25% pada
tahun 2020 berabnding tahun 2019 seramai 22 % sahaja tetapi pada tahun 2021 ada
penurunan sedikit sebanyak 2% iaitu hanya 20% saja penglibatan murid dalam Nilam
dalam rekod yang di catatkan.petunjuk prestasi penglibatan muird dalam nilam dapat di
lihat melalui jadual 10 seperti berikut: :
Jadual 10: Rekod Perbandingan Penglibatan Murid Nilam tahun 2019-2021
38
Jadual 11 : Perbandingan Peratusan Penggunaan Rangkaian Pss Digital sekolah
Manakala untuk penggunaan rangkaian Pss Digital sekolah menunjukkan peningktatan
peratus penggunaan dimana purata penggunaan Pss digital pada tahun 2020 adalah
secara keseluruhannya dalam sekitar 45% berbanding pada tahun 2021 telah
meningkat kepada 67% secara keseluruhan.
7.0 Anugerah dan Pencapaian
Anugerah dan Pencapaian yang berjaya dirangkul oleh pusat sumber sekolah ini ialah
pusat sumber sekolah ini juga mendapat tempat Johan Pertandingan Pusat Sumber
Cemerlang Kategori Skm Peringkat Ppd pada tahun 2018. Pada tahun 2019 pula, pusat
sumber sekolah ini sekali lagi berjaya mendapat kategori Johan dalam Pertandingan
Pusat Sumber Cemerlang Kategori Skm Peringkat Negeri Sabah . Seterusnya,
anugerah Kelas Showcase Terbaik Abad 21 juga berjaya diperolehi. Disamping itu,
anugerah Smart School Qualification Standard juga telah dinobatkan kepada Sk
Putaton Inobong. Kemudian, pada tahun 2020, pusat sumber sekolah ini telah
dicalonkan dalam Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020.Selain dari
itu,sekolah juga telah menerima beberapa anugerah pencapaian seperti Johan Robotik
peringkat negeri Sabah,Johan inovasi terbaik Robotik dan juga anugerah gangsa
peringkat kebangsaan tahun 2019.
39
GAMBAR 2 : NAIK TARAF PUSAT SUMBER DAN KANTIN 2021
KANTIN LAMA SEKOLAH KANTIN BAHARU 2021
40
8.0 CABARAN
Walaubagaimanapun dalam usaha melaksanakan program yang di rancang demi untuk
mencapai matlamat yang di inginkan oleh pihak sekolah masih terdapat cabaran yang
agak sukar di atasi kerana setengah cabaran itu berada diluar bidang kuasa sekolah itu
sendiri. Antara cabaran yang dihadapi ialah capaian internet di sekolah ini masih terhad.
Latar belakang ekonomi ibubapa yang sederhana dan kurang berkemampuan. Di
samping itu, peruntukan kewangan yang terhad. Bahkan, segelintir ibubapa kurang
memberi sokongan terhadap program sekolah.
9.0 PENAMBAHBAIKAN
Justeru,beberapa cadangan penambahbaikan sedang diusahakan oleh pihak
sekolah.Antaranya seperti memohon perluasan capaian internet kepada
KPM/JPN/TELCO. Seterusnya, menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada
ibubapa dan murid bagi meningkatkan motivasi murid membaca dan belajar. Di
samping itu, mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan ibu bapa
10.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, Objektif sekolah untuk menjadikan persekitaran sekolah dan
bilik darjah sebagai sumber memperolehi ilmu pengetahuan ,maklumat yang mudah
diakses serta sekolah yang mempunyai persekitaran kondusif memberikan impak
kepada sekolah antara nya seperti peningkatan subjek Bahasa Inggeris bagi murid
tahun 5 dan murid tahun 2 2021,peningkatan rekod membaca nilam,penggunaan
rangkaian pusat sumber digital sekolah dan tidak ketinggalan bebrapa anugerah dan
pencapaian juga telah diterima diperingkat negeri dan juga kebangsaan,antara nya
seperti Anugerah Inovasi reka bentuk Robotik peringkat negeri Sabah dan akhirnya
terpilih untuk mewakili negeri Sabah untuk mengikuti pertandingan Pusat Sumber
Cemerlang peringkat Kebangsaan.Bagi Meningkatkan kualiti prasarana sekolah secara
tidak langsung ianya dapat memperkasakan sekolah untuk terus meningkatkan
kecemerlangan dalam pelbagai bidang samada dari segi akademik,sahsiah dan juga
kokurikulum .Ini terbukti kerana sekolah Kebangsaan Putaton Inobong Penampang
telah menerima beberapa anugerah dan pencapaian hasil daripada amalan terbaik
sekolah.
41
PROGRAM LITERASI ASAS MEMBACA (PLAM)
Lawrence George dan Zulizam Abidin
SK ST Aloysius, Limbanak Penampang
[email protected]
ABSTRAK
Program ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid
tahun 2 Gemilang dan 2 Cemerlang. Seramai 10 orang murid yang terlibat menjadi
responden dalam program ini. Tinjauan awal yang dilakukan dengan menggunakan kaedah
ujian saringan bulan mac tahun 2021 yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas. Seramai
25 orang murid tahun 2 yang terlibat mengikuti ujian tersebut. 15 orang murid yang melepasi
ujian dan 10 orang murid tidak melepasi ujian tersebut.Selain itu, kaedah pemerhatian hasil
kerja murid dan tahap penguasaan yang minima dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Hasil
perbincangan bersama guru matapelajaran, guru pemulihan khas dan pihakpentadbir agar
program ini dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah membaca di peringkat awal
persekolahan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir
membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi
tumpuan dengan menghasilkan satu modul membaca bagi membolehkan murid mencapai
kemahiran asas membaca dan lancar membaca. Bagi menjayakan modul ini, kerjasama
ibubapa, guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas sebagai penilai dan pembimbing
dapat membantu responden menguasai asas membaca dan lancar membaca. Program ini
telah berjaya 50 peratus hasil penilaian semasa dalam mengatasi masalah membaca dalam
kalangan murid-murid tahun 2. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk
membolehkan murid membacadengan lancar dan betul.
Kata kunci :Masalah Kemahiran Asas, Membaca
1.0 PENGENALAN
Sekolah ini terletak di kampung Limbanak Penampang. Jarak di antara
PPD daerah Penampang ke sekolah ini ialah 20 km. Sekolah ini
mempunyai 28 orang guru , 3 orang AKP dan seramai 385 orang murid.
Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa bumiputera
Sabah dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa India dan warga asing.
Murid - murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek ke
daerah mereka dan bahasa inggeris yang merupakan bahasa
berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah. Sekolah ini juga di bawah
kawalan Lembaga dan kerajaan.
Program ini disediakan adalah untuk membantu murid mengatasi masalah
keciciran/kelemahan, khususnya dalam pembelajaran iaitu menguasai
kemahiran 2M. PLAM (Program Literasi Asas Membaca) merupakan
program yang membantu murid-murid menguasai kemahiran asas
membaca dan lancar membaca. Tanpa bantuan, mereka akan gagal
membina keyakinan diri untuk belajar dari sistem persekolahan lebih awal
lagi. Mereka ini berasa rendah diri dan malu untuk tampil ke hadapan
bersama- sama rakan sebaya mereka di arus perdana. Oleh itu, program
ini dapat memantapkan jati diri mereka agar berasa yakin pada diri sendiri
dalam pelajaran .
42
2.0 ISU/INOVASI/ AMALAN TERBAIK
Berdasarkan analisis SWOT yang telah dibuat, kekuatan yang dikenal
pasti adalah sekolah ini mempunyai guru opsyen pemulihan khas dan
guru mata pelajaran bahasa melayu yang berpengalaman serta majoriti
guru-guru yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang pendidikan.
Selain itu, program ini telah mendapat sokongan daripada guru-guru
panitia Bahasa Melayu bagi memastikan program ini berjaya
dilaksanakan. Sokongan ibubapa juga diberikan perhatian penuh bagi
membantu program ini berjalan dengan lancar. Malahan, pihak pentadbir
menyokong agar program ini dilaksanakan di sekolah. Dari segi peluang,
program ini mendapat bimbingan dan sokongan yang penuh daripada
pihak pentadbir, PPD, PIBG dan LPS. Keempat-empat pihak ini sentiasa
memberikan bimbingan dan nasihat serta membantu dalam memberikan
peruntukan kewangan bagi melancarkan program ini dilaksanakan di
sekolah. Disamping itu,hubungan antara guru dan ibu bapa yang akrab
memberi peluang lagi program ini berjaya dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, program ini mempunyai beberapa kelemahan yang
perlu perlu dihadapi. Antaranya adalah penguasaan murid dalam literasi
yang sangat lemah, murid yang tidak dapat dibimbing secara berterusan
kerana berlakunya lanjutan PKP dan kesibukan ibubapa yang
bekerja,murid yang cepat jemu dan penat Ketika melaksanakan aktiviti,
kehadiran murid yang tidak memuaskan dan kedudukan kelas pemulihan
yang tidak kondusif. Sehubungan itu, progam ini juga mendapat tentangan
ancaman antaranya adalah masalah tingkahlaku murid di dalam kelas,
murid terlalu bergantung sepenuhnya dengan guru dan ibubapa yang
kurang berpengetahuan dalammembimbing pembelajaran anak-anak di
rumah, penutupan sekolahakibat pkp dan kekangan gangguan capaian
internet di rumah.
43
Jadual 2.1.1
Merujuk kepada perancangan pelaksanaan program, perancangan
program ini telah menggunakan kaedah OPPM bagi menyusun atur
strategi sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Di dalam pengisian
OPPM PLAM yang telah dibuat, terdapat pelbagai aspek yang perludi
lakukan mengikut perancangan yang telah ditetapkan antara pengisian
OPPM PLAM adalah tempoh masa, mesyuarat dan taklimat, objektif, kos,
penilaian dan pihak-pihak yang terlibat.
Penggunaan kaedah OPPM ini dapat melancarkan lagi program yang
ingin dilaksanakan.
PerancanganProgram (PLAM)
Rajah 2.2.1
Penggunaan modul membaca menjadi pilihan sebagai pelaksanaan program ini.
Modul bacaan ini dinamakan sebagai Modul PLAM. Modul ini mengandungi 32
kemahiran dalam pemulihan Bahasa melayu yang dapat membantu responden
menguasai asas membaca dan lancar membaca. Selain itu, modul ini dilaksanakan
di dalam kelas dan di rumah dan melibatkan 3 penilai iaitu ibubapa/penjaga, guru
mata pelajaran dan guru pemulihan khas. Tempoh pelaksanaan modul ini adalah
selama 5 bulan bermula bulan April hingga September. Ujian lisan akan diberikan
terhadap responden bagi mengukur kemampuan dalam kemahiran penguasaan
bacaan dan ianya dibuat pada bulan April, Jun dan Ogos. Bagi menarik semangat
dan keyakinan responden, majlis pengiktifan responden dengan memberikan sijil
penyertaan dan hadiah sebagai penghargaan. Majlis ini akan dilaksanakan pada
bulan September. Oleh demekian, Modul ini dapat membantu responden mencapai
TP 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pentaksiran bilik darjah yang dilakukan
di dalam kelas.
44
TOWs Matriks Program Literasi Asas Membaca (PLAM)
DALAMAN KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
LUARAN S1 Guru opsyen Pemulihan Khas. W1. Murid tidak dapat
S2 Guru yang berpengalaman menguasai kemahiran
PELUANG (O) literasi.
O1. Mendapat sokongan mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu. W2. Murid kurang
yang baik daripada S3 Mendapat sokongan di bimbingan secara
pihakpentadbir dan kalangan guru-guru berterusan
ppd. panatia Bahasa Melayu.
O2. Hubungan yang baik S4 Mendapat sokongan W3. Murid kurang
antara ibubapa dan ibubapa berkeyakinan, cepat
guru S5 Pihak pentdabir penat dan jemu.
O3. Mendapat memberi
sokonganPIBG perhatian sepenuhnya. W1+W2+W3+O1+O2+03
dan LPS
CABARAN 1. Mewujudkan kesedaran
(T) Kerjasamadalam
meningkatkan prestasi
T1. Masalah tingkah laku murid sekolah.
T2. Murid terlalu bergantung kepada
2. Menjadikan program
gurusepenuhnya sebagai perintis bagi
T3. Ibubapa kurang berpengetahuan memajukan
kemenjadian murid.
membimbing pembelajaran
anak-anakdi rumah. 3. Sumbangan dan
perhatian dari pelbagai
pihak dapatmelahirkan
murid berpotensi
dalam pembelajaran.
S1+S2+S3+S4+S5+O1+O S1+S2+S3+S4+S5+T1+T2+T3+T4 S4+S5+O2+T3
2+O3
1. Meningkatkan kesedaran ibubapa 1. Menerapkan nilai Kerjasama
1. Membantu terhad kepentingan pembelajaran dia ntara semua pihak.
memantapkan anak- anak.
kemenjadian murid.
2. Mewujukan hubungan
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah
baik pihak sekolah dan ibubapa.
dengankomunti.
3. Meningkatkan prestasi
sekolah.
45