MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID 5 CEKAP,
SMK DATUK PETER MOJUNTIN, DALAM SUBTOPIK TAPAK TANGAN KARBON
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH CAKAR LAKAR
SEMASA FASA PANDEMIK COVID-19
Aminah Binti Jekri
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin
ABSTRAK
Landskap pendidikan di negara mengalami perubahan drastik apabila sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) secara bersemuka digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
(PdPR) akibat penularan wabak Covid-19. Antara implikasi transformasi ini adalah seramai 29
daripada 37 orang murid 5 Cekap tidak menguasai subtopik tapak tangan karbon. Tinjauan awal
menerusi semakan buku latihan, pemerhatian dan analisis Ujian Pra mendapati murid kurang
berminat dan tidak terlibat secara aktif dalam sesi PdP secara bersemuka semasa fasa pandemik
Covid-19. Hal ini menyebabkan murid menghadapi kesukaran untuk menghafal fakta dan tidak
dapat menjawab soalan struktur mudah dengan tepat. Akhirnya, tahap penguasaan murid adalah
minima. Maka, intervensi utama melalui kaedah Cakar Lakar dan dua aktiviti sokongan iaitu pair
and share dan pembentangan spontan telah dilaksanakan dalam tempoh tiga hari. Selepas
intervensi, di dapati suasana pembelajaran berubah menjadi aktif. Tahap penguasaan murid juga
meningkat apabila seramai lebih 70% murid mendapat minimum skor 5 semasa Ujian Pos dan Ujian
Pengukuhan serta 62% murid mendapat minimum skor 5 semasa Ujian Bilangan 1. Walaupun
kajian dijalankan secara ringkas dalam tempoh yang singkat, intervensi ini memberikan impak positif
kepada proses PdP dan pencapaian murid. Kesimpulannya tindakan penambahbaikan perlu
dilaksanakan secara berterusan agar kaedah ini dapat dimanfaatkan dengan lebih efektif.
Kata kunci: Pandemik Covid-19, Kaedah Cakar Lakar, tapak tangan karbon, Pengajaran dan
Pembelajaran di rumah (PdPR), minat belajar
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sesi PdP secara bersemuka bagi sesi 2021 hanya bermula pada 05 April 2021. Pada hari tersebut,
guru mengajar subtopik 3.1.3 iaitu tapak tangan karbon, subtopik kecil dalam Bab 3 Kelestarian
Alam Sekitar. Dalam subtopik ini, murid perlu mewajarkan tindakan yang perlu diambil iaitu langkah
tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam
kehidupan individu. Subtopik ini memerlukan murid menghafal banyak fakta dan contoh terutama
sekali berkaitan isu alam sekitar, maka murid berasa cepat bosan dan melabel Bab 3 sebagai bab
yang membosankan. Sepanjang proses PdP tersebut, guru mendapati murid tidak responsif dan
tidak aktif seperti tahun lalu. Murid juga tidak fokus dan sering menguap. Sebilangan besar murid
meletakkan kepala di atas meja. Pemerhatian ini jelas menunjukkan murid kurang berminat dan
dalam mempelajari subtopik 3.1.3.Guru berpendapat bahawa implikasi utama PdPR dalam tempoh
yang panjang adalah murid kehilangan minat dan konsentrasi untuk belajar.
Selain itu, murid turut menunjukkan sifat negatif seperti tidak mengeluarkan buku teks ketika sesi
PdP. Implikasinya, sesi PdP secara bersemuka menjadi kurang aktif dan sepenunhya berpusatkan
guru. Apabila guru mengutarakan soalan, hanya murid yang duduk di barisan hadapan sahaja
memberi respon. Pemerhatian ini menunjukkan murid tidak terlibat secara aktif dalam sesi PdP.
Apabila guru menyemak buku latihan murid, guru mendapati majoriti murid tidak menjawab soalan
yang diberikan dengan tepat, memberi jawapan yang salah dan ada yang langsung tidak menjawab
soalan. Pemerhatian ini menunjukkan murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan struktur
mudah berkaitan subtopik 3.1.3 iaitu murid tidak dapat mewajarkan tindakan yang perlu diambil
bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam satu hari kehidupan individu. Dan sehari
146
selepas itu, guru telah mengadakan Ujian Pra dan mendapati hanya 22% (8/37) murid yang
mendapat minimum skor 5 dan hanya 1 orang murid mendapat skor 8. Majoriiti muridmenggunakan
istilah yang tidak tepat seperti “pembebasan gas karbon”, “singki karbon diokisda” dan “tenaga tidak
boleh diperbaharui”. Pemerhatian ini membuktikan antara faktor yang menyebabkan murid
mendapat skor yang rendah adalah murid tidak menghafal fakta dan contoh dengan tepat.
Sebenarnya, minat murid dapat ditingkatkan sekiranya strategi pengajaran yang dipraktikkan sesuai
dengan gaya pembelajaran murid (Norzila et al. 2002). Apabila minat murid meningkat, murid akan
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dan akhirnya, sesi PdP lebih
menarik, aktif dan berpusatkan murid (Kemp et al., 2000). Merujuk kajian Rosniah Mustaffa (2007),
minat mendorong murid untuk kekal belajar dalam tempoh yang lebih lama dan dalam pada masa
yang sama murid dapat mengekalkan konsentrasi ketika belajar. Justeru itu, menerusi tinjauan
masalah, guru berusaha menentukan gaya pembelajaran murid agar strategi pengajaran yang
dipraktikkan dapat menarik minat murid untuk kekal belajar dan seterusnya menguasai subtopik ini.
FOKUS KAJIAN
Antara faktor yang menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan struktur dengan tepat adalah
murid tidak berminat untuk belajar dan murid sukar menghafal maklumat atau fakta yang terlalu
banyak. Justeru itu, fokus kajian tindakan ini adalah untuk menarik minat murid 5 Cekap mempelajari
subtopik tapak tangan karbon dan seterusnya membantu murid menghafal maklumat atau fakta
penting yang berkaitan. Impaknya, tahap penguasaan murid terhadap subtopik tapak tangan karbon
dapat ditingkatkan. Kepentingan usaha ini adalah untuk membantu murid mendapat markah yang
lebih baik dalam Peperiksaan SPM. Guru telah mencari kaedah yang mudah, fleksibel, ekonomik
dan sesuai dengan minat serta kecenderungan murid 5 Cekap. Maka, dalam kajian ini, guru
melaksanakan tindakan intervensi uatam kaedah Cakar Lakar dan dua aktiviti sokongan iaitu pair
and share dan pembentangan spontan bagi menarik minat murid belajar dan sekaligus menguasai
subtopik tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan dua objektif, iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan:
Objektif Umum
Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan bagi murid 5 Cekap
Objektif Khusus
i. 70% (26/37 orang) murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 5 aktiviti manusiayang
mengurangkan kandungan gas karbon dioksida dalam tapak tangan karbon.
ii. 70% (26/37 orang) murid dapat menggunakan istilah yang tepat seperti singki karbon,
kitarhayat produk, 5R dan panel suria.
iii. 70% (26/37 orang) murid dapat menjelaskan kesan aktiviti manusia terhadap kandungan
karbondioksida di atmosfera.
iv. 70% (26/37 orang) murid 5 Cekap mendapat skor 5 dan ke atas dalam Ujian Pos dan
UjianPengukuhan.
v. 50%(19/37 orang) murid 5 Cekap mendapat sekurang-kurangnya skor 5 dalam satu
soalanBahagian B, Kertas 2 semasa Ujian Bilangan 1.
147
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 37 orang murid 5 Cekap, SMK Datuk Peter Mojuntin,
Penampang iaitu melibatkan seramai 14 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Bumiputera Sabah. Secara keseluruhannya, berdasarkan
keputusan Ujian Bilangan 1, purata markah subjek sains bagi kelas 5 Cekap adalah 43. Justeru itu,
guru mengambil keputusan untuk melibatkan semua murid 5 Cekap agar semua murid mendapat
faedah dan manfaat daripada intervensi kajian ini.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah adalah asas utama dalam mencari persoalan kajian sebelum sesuatu kajian
dijalankan (Mohd Majid Konting, 2005). Justeru, dalam kajian ini, tinjauan awal melibatkan
pemeriksaan buku latihan murid, pemerhatian dan Ujian Pra. Pelaksanaan tinjauan masalah
dibincangkan seperti berikut:
Langkah Cara Kumpulan Tarikh Tujuan
Pelaksanaan
Penilaian Sasaran /
1 Semakan 37 murid Perincian Mengenal pasti tahap
05 April 2021
Buku 5 Cekap kefahamandan kesalahan murid
Buku Kerja
Latihan berkaitan pembelajaran subtopik
Revisi Smart
KSSM Sains 3.2
(m/s 18)
Tapak Tangan Karbon
2 Pemerhatia 37 murid 05 April 2021 Mengenal pasti tingkah laku
n 5 Cekap pembelajaran dalam aspek
Makmal Kimia 2 sikap, kesediaan dan respon
murid ketika proses PdP
berlangsung.
3 Ujian Pra 37 murid 08 April 2021 Mengenal pasti masalah yang
5 Cekap dihadapi oleh murid dalam
Makmal Kimia 2 menjawab soalan sturktur mudah
Soalan struktur
mudah 8 markah
Analisis Tinjauan Masalah
Analisis tinjauan masalah dijalankan bagi mengenalpasti situasi permasalah PdP yang saya hadapi.
Berikut merupakan penjelasan bagi setiap analisis yang terlibat:
i. Analisis Semakan Buku Kerja Murid
Guru mendapati majoriti murid tidak menjawab soalan yang diberikan dengan tepat, memberi
jawapan yang salah dan tidak menjawab soalan. Rajah 1 menunjukkan contoh semakan buku kerja
tiga orang murid dan beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh murid tersebut.
148
Murid tidak
menjawab soalan
Penjelasan tidak
tepat
Jawapan
tiada kaitan
Rajah 1 : Contoh Semakan Buku Kerja Murid
ii. Analisis Pemerhatian
Guru mendapati, terdapat murid seperti MuridA dan MuridB tertidur. Murid juga tidak fokus dan
sering menguap. Sebilangan besar murid menunjukkan sifat negatif seperti tidak mengeluarkan
buku teks ketika sesi PdP dan meletakkan kepala di atas meja. Pemerhatian ini jelas menunjukkan
murid kurang berminat dan dalam mempelajari subtopik 3.1.1. Selain itu, sesi PdP menjadi kurang
aktif dan berpusatkan guru. Apabila guru mengutarakan soalan, hanya murid yang duduk di barisan
hadapan sahaja memberi respon.
iii. Analisis Ujian Pra
Berdasarkan analisis Ujian Pra pada Jadual 1, guru mendapati hanya 22% (8/37) murid yang
149
mendapat minimum skor 5 dan hanya 1 orang murid mendapat skor 8. Majoriiti murid
menggunakan istilah yang tidak tepat seperti “pembebasan gas karbon”, “singki karbon diokisda”
dan “tenaga tidak boleh diperbaharui”. Pemerhatian ini membuktikan antara faktor yang
menyebabkan murid mendapat skor yang rendah adalah murid tidak menghafal fakta dan contoh
dengan tepat, kesalahan ejaan, penggunaan istilah tidak tepat dan jawapan terlalu umum.
Jadual 1: Analisis Ujian Pra mengikut Skor Murid
a. Tindakan Penyelesaian Masalah
Guru menggunakan kaedah Cakar Lakar sebagai intervensi utama kepada isu PdP yang telah
dikenalpasti. Selain itu, guru juga memilih dua aktiviti sokongan iaitu pair and share dan
pembentangan rawak bagi memaksimukan impak intervensi ini. Kaedah Cakar Lakar adalah satu
strategi pengajaran berbantukan visual seperti rajah, gambar, simbol atau grafik. Menurut Ahmad
Nazir Muhammad Ali (2006), penggunaan visual merupakan salah strategi pengajaran yang amat
berkesan dalam menarik minat murid untuk kekal belajar dalam tempoh yang lebih lama dan
berupaya membantu murid untuk mengingat fakta dengan lebih mudah (Rosniah Mustaffa, 2007).
Sebenarnya dalam subtopik Tapak tangan karbon, murid hanya dibekalkan dengan rajah tapak
tangan kosong. Tidak seperti Jejak karbon yang mereka pelajari semasa di Tingkatan 4. Rajah 2
jelas menunjukkan strategi pembelajaran secara visual telah diaplikasikan pada subtopik jejak
karbon sahaja. Justeru itu, adalah relevan menggunakan strategi pengajaran ini.
Rajah 2: Subtopik Jejak Karbon dan Tapak Tangan Karbon
Secara keseluruhannya, intervensi ini dilaksanakan secara sistematik untuk menghasilkan impak
yang lebih nyata. Perincian setiap tindakan adalah seperti berikut:
150
i. Tindakan 1: Pembinaan Cakar Lakar
Intervensi utama dijalankan pada 12 April 2021 (Isnin). Aktiviti pembinaan Cakar Lakar mengambil
masa selama 30 minit. Bahan-bahan asas yang diperlukan dan langkah-langkah pembinaan Cakar
Lakar Tapak Tangan Karbon adalah seperti dalam Jadual 2 Antara cabaran ketika melaksanakan
aktiviti ini adalah murid mengambil masa yang agak panjang dalam menyiapkan cakar lakar.Namun,
murid sangat teruja dalam menyiapkan tugasan tersebut
Perkara Perincian
Bahan 1. Kertas Kajang/ A4 berwarna putih
yang 2. Pensil/ Pen/ Pensil warna
diperlukan 3. Buku Teks Sains KSSM Tingkatan 5 (ms 94-
Langkah- 96).
Langkah I. Setiap murid akan mendapat sehelai kertas kajang bersaiz A4
Penyedia II. Murid diwajibkan merujuk buku teks ketika menyiapkan
an
CakarLakar.
III. Murid perlu menekap/ melukis tapak tangan di atas
kertas A4. Saiz tapak tangan tersebut perlulah memenuhi
atau 3/4 daripadasaiz kertas A4.
IV. Murid melabel setiap jari seperti rajah di bawah:
V. Dengan menggunakan kreativiti, murid perlu melakarkan
grafik/rajah/ gambar atau simbol berkaitan lima langkah
dalam kitar karbon.
VI. Setiap jari mewakili satu langkah seperti rajah di atas. Di
bahagian tengah tapak tangan, murid perlu memilih
aktivitiumum manusia yang mengurangkan kandungan
Karbon dioksida di atmosfera.
Jadual 2: Pembinaan Cakar Lakar
151
Pemerhatian dan Refleksi
5 minit pertama, murid mula mengantuk, hilang fokus dan kurang responsif kepada soalan yang
diutarakan oleh guru secara lisan. Tambahan pula, masa PdP ini adalah pada slot terakhir. Murid
kehilangan tenaga dan bersedia untuk balik. Namun begitu, apabila fasa pengenalan Kaedah
Cakar Lakar dimulakan, murid mula fokus, kelihatan sedikit teruja dan mula memusingkan badan
ke hadapan. Ketika dalam proses menyiapkan cakar lakar tersebut, murid asyik bertanya..”
teacher, begini kah?” , “teacher, betulkah ni?”. Guru sentiasa memberi respon positif agar murid
menyiapkan cakar lakar mereka. Pada akhir sesi PdP, kesemua murid menghantar cakar lakar
yang lengkap. Rajah 3 menunjukkan beberapa hasil Cakar Lakar murid 5 Cekap.
Rajah 3: Hasil Cakar Lakar Tapak Tangan Karbon Murid 5 Cekap
Sebenarnya, kaedah Cakar Lakar yang merupakan salah satu contoh strategi pengajaran
berbantukan visual dapat meningkatkan kefahaman murid, membantu murid mengingati sesuatu
fakta dengan lebih mudah (Kang Mu Huai & Lim Hooi Lian, 2015) dan dapat meningkatkan minat
murid untuk belajar (Brophy & Good, 1974).
ii. Tindakan 2: Aktivit sokongan 1- Pair and Share
Selepas murid menyiapkan Cakar Lakar, guru memberi arahan berkaitan aktiviti pair and share.
Dalam aktiviti ini, murid secara berpasangan berkongsi idea dan cuba menjelaskan tapak tangan
karbon berdasarkan hasil cakar lakar mereka dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 10 minit, Objektif
utama aktiviti ini adalah untuk membantu murid mengesahkan ketepatan idea yang dihasilkan.
Semasa aktiviti dijalankan, murid akan dipantau oleh guru bagi memastikan semua murid terlibat
secara aktif dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Antara cabaran yang dihadapi ketika
melaksanakan aktiviti ini adalah memastikan murid mematuhi SOP yang ditetapkan seperti
mengekalkan penjarakkan sosial. Rajah aktiviti pelaksanaan Pair and Share adalah seperti dalam
Lampiran 1.
152
Pemerhatian dan Refleksi:
Aktiviti sokongan ini secara tidak langsung mendorong murid mengulang info yang diperolehi dan
difahami dengan lebih kerap. Menurut Thelen et al. (2015) pengulangan maklumat atau informasi
dengan rakan sekelas dapat membantu murid dalam proses menghafal dengan baik. Selain itu
aktiviti ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif (Slameto, 2015). Secara
keseluruhannya, murid lebih aktif dan berusaha menjelaskan idea masing-masing. Ada murid yang
begitu teruja sehingga berdiri ketika membuat penjelasan. Ketika sesi ini dijalankan, guru sentiasa
memberi peringatan mengenai SOP yang perlu dipatuhi terutama sekali berkaitan penjarakkan
sosial.
iii. Tindakan 3: Aktiviti Penilaian- Ujian Pos
Selepas melaksanakan intervensi utama dan aktiviti sokongn 1, Ujian Pos dijalankan untuk
mengetahui keberkesanan dan impak pelaksanaan Kaedah Cakar Lakar. Set soalan yang diberikan
adalah sama dengan Ujian Pra. Murid diminta menjawab soalan berbentuk struktur berkaitan 5
langkah tapak tangan karbon seperti menyenaraikan dan mewajarkan 5 aktiviti manusia yang
terdapat dalam tapak tangan karbon. Murid diberi masa selama 15 minit untuk menjawab 10 soalan
struktur mudah. Kemudian, murid dan guru menjalankan sesi perbincangan soalan yang diberikan.
Gambar murid melaksanakan aktiviti ini adalah seperti dalam Lampiran 1.
Pemerhatian dan Refleksi
Tujuan utama guru menjalankan ujian pos adalah untuk mengenalpasti perubahan dari segi cara
menjawab dan kualitii jawapan murid selepas intervensi dijalankan. Selepas intervensi, secara
keseluruhannya, murid dapat memberikan jawapan yang lebih baik dan mendapat skor yag lebih
tinggi. Perbezaan jawapan murid semasa ujian pra dan ujian pos dibincangkan pada Bahagian 5.4
Refleksi proses PdP secara keseluruhan.
iv. Tindakan 4: Aktiviti Sokongan 2- Pembentangan Spontan
Kitaran pelaksanaan diteruskan dengan sesi pembentangan spontan hasil Cakar Lakar oleh 4 orang
murid pada 13 April 2021 (selasa). Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan kedua pelaksanaan
intervensi utama. Dalam aktiviti ini, murid diminta menerangkan secara terperinci mengenai cakar
lakar mereka selama lebih kurang 4 minit. Semasa sesi ini dijalankan, murid lain dibenarkan
menyoal sekiranya terdapat percanggahan idea. Guru sentiasa memberi komen atau maklum balas
bagi setiap pembentangan. Gambar murid menjalankan aktiviti adalah seperti dalam Lampiran 1.
Pemerhatian dan Refleksi:
Antara cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan aktiviti ini ialah pemilihan pembentang kerana
majoriti murid berminat untuk ke hadapan dan cuba membentang. Akhirnya, guru terpaksa memilih
murid secara rawak sahaja. Namun begitu, guru menerima situasi ini sebagai respon positif yang
diberikan oleh murid 5 Cekap yang menunjukkan mereka gemar berkongsi idea. Sebenarnya
pembentangan dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu subjek
(Ainon Ahmad, 2003). Semasa pembentangan, murid berkomunikasi atau bersoal jawab. Keadaan
kelas menjadi aktif dan suasana kelas menjadi menarik walaupun agak sedikit bising. Abdul Aziz
Abd Rahman (2020) mengesahkan bahawa tahap kefahaman dan ingatan murid meningkat melalui
aktiviti pembentangan kerana murid dapat mengumpulkan informasi melalui penggunaan bahan
berbantukan visual, intonasi dan gaya bahasa badan serta gaya penghuraian pembentang.
v.Tindakan 5: Aktiviti Penilaian - Ujian Pengukuhan
Ujian Pengukuhan dilaksanakan pada 14 April 2021. Tujuan utama ujian ini dijalankan adalah untuk
menguji sama ada murid masih ingat fakta atau maklumat selepas dua hari intervensi dilaksanakan.
Murid tidak dibenarkan merujuk buku ketika menjawab soalan yang diedarkan. Instrumen ujian
153
merangkumi 8 soalan subjektif mudah. Soalan ini berbeza dengan soalan ujian pos tetapi item yang
disoal masih mencakupi subtopik tapak tangan karbon. Gambar murid ketika menjawab Ujian
Pengukuhan adalah seperti dalam Lampiran 1.
Pemerhatian dan Refleksi
Selepas dua hari intervensi, murid kelihatan lebih santai dalam menjawab soalan yang diberi.Majoriti
murid fokus melihat kertas soalan. Terdapat sebahagian murid selesai menjawab soalan selepas 5
minit. Selepas dua hari intervensi, berdasarkan Ujian Pengukuhan, murid dapat menggunakan
istilah dan jawapan yang tepat serta mampu memberikan lebih daripada 1 jawapan tepat. Perbezaan
kualiti jawapan murid sebelum dan selepas intervensi akan dibincangkan pada Bahagian 5.4
Refleksi proses PdP secara keseluruhan.
Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Walaupun kajian ini dijalankan dalam tempoh yang singkat iaitu bermula dengan tinjauan masalah
pada 05 April 2021 sehingga pelaksanaan tindakan 5 pada 14 April 2021, namun guru dapat
mengenalpasti beberapa perubahan atau impak positif yang melibatkan pencapaian murid,
perubahan sikap dan tingkah laku murid, perubahan suasana PdP bersemuka dan perubahan sikap
guru. Antara faktor yang menentukan kejayaan intervensi Kaedah Cakar Lakar adalah minat,
kemahiran dan bakat murid 5 Cekap dalam aktiviti melukis. Hal ini kerana kesemua murid 5 Cekap
mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) sebagai subjektif elektif SPM. Ini menjelaskan
mengapa pembelajaran berbantukan visual dengan penggunaan ilustrasi, rajah, dan simbol sesuai
dengan murid 5 Cekap. Selain itu, guru berpendapat murid gemar aktiviti ‘hands on’ dan berinteraksi
secara bersemuka dengan rakan sebaya setelah melalui fasa PdPR yang terlalu panjang. Berikut
merupakan 5 perubahan atau impak positif kajian ini:
i. Perubahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, kelas menjadi aktif dan berpusatkan murid. Murid cenderung melontarkan
idea dan komen terutama sekali ketika aktiviti pengukuhan dijalankan. Selain itu, guru juga
mendapati aktiviti hand on ringkas perlu dijalankan ketika mengajar topik kelestarian alam sekitar
kerana topik ini banyak membaca. Apabila teks bacaan terlalu banyak, murid malas membaca dan
kesannya PdP tidak berkesan. Hal ini disahkan oleh kajian Honey & Mumford (1992) yang
menyatakan bahawa nota dan catatan bertulis yang banyak merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan murid tertekan dan memilih untuk tidak belajar. Selepas intervensi dijalankan,
terdapat murid yang menggunakan kaedah ini secara penuh dalam menyiapkan nota, bukan sahaja
dalam subjek sains tetapi subjek lain. Rajah 4 menunjukkan beberapa dua contoh nota yang
menggunakan Kaedah Cakar Lakar.
Rajah 4: Dua Contoh Aplikasi Kaedah Cakar Lakar
Cakar Lakar Pencemaran Cakar Lakar Pembentukan Ion
AlamSekitar
154
ii. Perubahan Sikap dan Tingkahlaku Murid
Guru mendapati intervensi ini memberi impak positif kepada sikap dan tingkahlaku murid 5 Cekap.
Murid lebih tekun dan dapat menumpukan perhatian terutama ketika menyiapkan Cakar Lakar Murid
menjadi aktif dan berlumba-lumba ingin bercakap di hadapan rakan mereka semasa aktiviti pair and
share dan pembentangan spontan. Rajah 5 menunjukkan gelagat murid semasa menjalankan
aktiviti sokongan.Sebelum kelas berakhir, guru telah meminta seorang murid berkongsi
pengalaman menyertai intervensi ini, Murid tersebut menyatakan dia tidak mengantuk kerana dia
suka melukis dan selepas habis belajar, masih boleh menghafal fakta dan isi penting dalam subtopik
ini. Guru percaya bahawa minat dapat membentuk nilai positif murid ketika belajar.
Hal ini kerana menurut Mohamad Shatar Sabran (2005), minat dalam pembelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dan positif dengan sikap murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian
hasil pembelajaran.
Rajah 5: Gelagat murid semasa menjalankan aktiviti sokongan.
iii. Perubahan Kualiti Jawapan
Perbandingan jawapan sebelum dan selepas intervensi
Didapati, selepas intervensi dijalankan, majoriti murid dapat menjawab soalan dengan
menggunakan istilah yang tepat seperti tenaga biojisim dan singki karbon. Sebagai contoh, Rajah 6
menunjukkan perbandingan kualiti jawapan murid semasa Ujian Pra ( sebelum intervensi) dan Ujian
Pos (selepas intervensi). Yang paling ketara, murid sudah tidak menggunakan singkatan perkataan
dan mampu memberikan jawapan yang berkaitan.
Rajah 6: Perbandingan jawapan murid semasa Ujian Pra dan Ujian Pos
155
Kualiti Jawapan Murid selepas dua hari intervensi
Ujian Pengukuhan dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan intervensi ini selepas dua hari
pelaksanaan. Rajah 7 menunjukkan contoh skrip jawapan murid semasa ujian pengukuhan.
Didapati, murid menggunakan istilah yang tepat seperti singki karbon dan kitar hayat serta dapat
memberikan lebih daripada satu jawapan yang tepat.
Rajah 7: Jawapan Murid pada Ujian Pengukuhan
Kualiti Jawapan murid semasa Ujian Bilangan 1
Pada 03 Mei 2021, murid menduduki Ujian Bilangan 1. Soalan 6 pada Bahagian B, Kertas 2 Sains
1511/2 mengandungi soalan berkaitan tapak tangan karbon. Markah penuh bagi soalan 6 adalah 6
markah. Rajah 8 dan Rajah 9 menunjukkan dua contoh jawapan murid 5 Cekap.
Rajah 8 : Skrip Jawapan Murid 1 Ketika Ujian Bilangan 1
156
Rajah 9 : Skrip Jawapan Murid 2 Ketika Ujian Bilangan
Secara keseluruhannya, jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh murid adalah lengkap
denganpenggunaan istilah yang tepat. Ada antara murid yang mampu memberikan jawapan lebih
daripada 1. Ini menunjukkan intervensi ini mempunyai pengaruh yang positif terhadap kualiti
jawapan murid.Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan analisis item berdasarkan skor dalam Ujian
Bilangan 1.
Jadual 3 :Analisis Item Soalan Ujian Bilangan 1
Berdasarkan analisis, guru mendapati antara faktor yang menyebabkan murid tidak mendapat skor
6 adalah murid memberikan jawapan tidak lengkap bagi soalan (d) seperti dalam Rajah 5.6.
157
Kelemahan ini boleh diperbaiki melalui latihan pengukuhan secara berkala. Namun secara
keseluruhannya, majoriti murid boleh memberikan jawapan yang tepat bagi soalan 6 (a) dan6 (c).
Didapati peratus murid yang mendapat skor bagi soalan (b), (c) dan (e) melebihi 70%. Murid
keseluruhannya dapat menghafal fakta dan contoh, menggunakan istilah yang tepat serat
menjelaskan kesan aktiviti manusia secara tepat. Ini mengesahkan bahawa objektif khusus (i), (ii)
dan (iii) tercapai. Guru membuat kesimpulan bahawa murid masih ingat maklumat atau faktapenting
berkaitan tapak tangan karbon walaupun selepas sebulan intervensi dilaksanakan.
Peningkatan pencapaian murid dalam ketiga-tiga ujian
i. Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos
Analisis perbandingan skor semasa Ujian Pra dan Ujian Pengukuhan adalah seperti dalam Graf 1.
Anaisis skor menunjukkan skor minima bagi Ujian Pos adalah 4. Peratus murid yang mendapat skor
5 dan ke atas meningkat daripada 22.2% (8 orang murid) kepada 78.4% (29 orang murid). Dapatan
ini menunjukkan objektif khusus (iv) kajian ini tercapai iaitu peratus murid 5 Cekap berjaya mendapat
minima skor 5 melebihi 70%.
Graf 1 : Perbandingan Skor bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan Skor Ujian Pos dan Ujian Pengukuhan
Seterusnya, Graf 2 menunjukkan analisis perbandingan skor murid 5 Cekap bagi ujian pos dan ujian
pengukuhan. Didapati, murid 5 Cekap berjaya mendapat skor lebih baik semasa Ujian Pengukuhan.
Graf 2 : Perbandingan Skor bagi Ujian Pos dan Ujian Pengukuhan
Berdasarkan Graf 2, guru mendapati skor minima bagi kedua-dua ujian dalah 4. Namun, peratus
murid yang mendapat skor 5 dan ke atas meningkat daripada 78.4% (29 orang murid) kepada
89.2% (33 orang murid). Dapatan ini menunjukkan murid 5 Cekap masih boleh menghafal fakta
penting walaupun selepas dua hari Kaedah Cakar Lakar dilaksanakan. Oleh itu, objekitfkhusus (iv)
tercapai.
158
Pencapaian Murid Semasa Ujian Bilangan 1
Carta pai 3 menunjukkan peratusan murid yang mendapat skor 2 hingga 6 semasa Ujian Bilangan
1. Guru mendapati, skor terendah adalah 2 manakala 38% (14 orang murid) mendapat skor tertinggi
iaitu 5. Item yang diuji adalah hampir sama dengan item Ujian Pos dan Ujian Pengukuhan. Secara
keseluruhannya 62% murid mendapat minimum skor 5. Oleh itu, objektif khusus (v) tercapai iaitu
50% murid yang mendapat minimum skor 5.
Graf 3: Peratus murid 5 Cekap berdasarkan Skor
Perubahan Sikap Guru
Guru mendapati bahawa minat murid adalah elemen penting dalam menentukan hala tuju suatu
sesi PdP. Hal ini kerana, minat murid akan mempengaruhi konsentrasi murid semasa sesi PdP
dijalankan.Di samping itu, guru perlu sentiasa mencari strategi pengajaran yang sesuai dengan
gaya pembelajaran murid. Hal ini kerana, menurut Dunn & Dunn (1978), pencapaian dan potensi
murid dapat ditingkatkan sekiranya strategi pengajaran yang digunakan bertepatan dengan gaya
pembelajaran murid. Secara keseluruhannya, kajian ini mengubah guru menjadi seorang yang
tidak berputus asa dan sentiasa mencari intervensi terbaik bagi membantu murid dari semasa ke
semasa.
CADANGAN KAJIAN
Walaupun intervensi ini secara amnya menunjukkan impak positif kepada murid dan guru, namun
masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Justeru, untuk cadangan
seterusnya, kaedah ini boleh digandingkan dengan pelbagai aktiviti sokongan seperti hot seat dan
e- permainan asalkan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan. Selain
itu, guru boleh cuba menggunakan intervensi ini untuk murid dalam kategori lemah dalam
membantu mereka menghafal fakta dengan lebih baik. Memandangkan situasi Covid-19 pada
hari, adalahtidak mustahil sesi PdPR dilanjutkan dalam tempoh yang lama. Maka, guru boleh
menggunakan kaedah ini untuk membantu murid menghasilkan nota yang lebih kreatif dan
menggalakkan lagi minat murid untuk belajar, sekaligus menghafal fakta dengan lebih cekap.
Sesungguhnya, kajian tindakan merupakan usaha baik yang patut dilaksanakan secara
berterusan sekiranya terdapat isu pembelajaran selepas setiap kali guru membuat refleksi
pengajaran.
159
RUJUKAN
Abdul Aziz Abd Rahman (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Ahmad Nazir Muhammad Ali (2006). Penyelidikan Tentang Pembelajaran Visual dalam
Mempertingkatkan Kefahaman Murid.
Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Brophy, J., & Good, T. 1974. Teacher-student relationships: Causes andconsequences. New York:
Holt, Rinehart and Winston.
Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles. Reston,
VA: Reston.
Fowler, F. (2002). Survey Research Methods. Sage Publications
Honey, P. & Mumford, A. (1992). The Manual of Learning Style. United Kingdom: Peter
HoneyKang Mu Huai & Lim Hooi Lian (2015). Pengetahuan dan Keprihatinan Guru-Guru Terhadap
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jurnal PendidikanBitara UPSI.
8, 22-31.
Kemp, J. E., Morrison, G. R., Ross, S. M., & Kalman, H. (2010). Designing EffectiveInstruction.
London: John Wiley & Sons.
Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San
Francisco: Jossey-Bass
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Edisi ke 7. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohamad Shatar Sabran (2005). Rahsia Kecemerlangan Akademik. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Norzila, A.R, Parilah, M. S., & Fauziah, A. (2007). Perceived and Peferred Teaching Styles
(Methods) of English for Specific Purposes (ESP) Students. Social Science and Humanities
Research. 2(2), 1-20.
Rosniah Mustaffa (2006). Mengadaptasi Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar
Tahun Satu di UKM.
Slameto (2010). Belajar dan Faktor- Faktor yang Mempengaruhinya. Jakarta: PT. Rineka Cipta.
Thelen. A. , Talsma, D., and Murray, M. (2015). Single-Trial Multisensory Memories Affect Later
Auditory and Visual Object Discrimination. Cognition. 138, 148–160.
160
LAMPIRAN 1 : Gambar murid 5 Cekap melaksanakan Tindakan 1 sehingga Tindakan 5
Murid 5 Cekap Membina Cakar Lakar Tapak Tangan Karbon
Murid 5 Cekap Melaksanakan Aktiviti Pair and Share
Murid 5 Cekap Melaksanakan Aktiviti Pembentangan Spontan
Murid 5 Cekap Melaksanakan Ujian Pos
Murid 5 Cekap Melaksanakan Ujian Pengukuhan
161
TEKNIK NOTA ORIGAMI KREATIF MENINGKATKAN MINAT DAN PENCAPAIAN MURID
TINGKATAN 5 PROGRESIF TERHADAP TAJUK BAB 1.0 SAINS TUMBUHAN
SAMSON PHILIPPINUS
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid Pertanian 5 Progresif kurang minat
dalam topik Sains Tumbuhan kerana tidak dapat menghasilkan nota belajar yang berkesan.
Seramai 9 orang murid Pertanian Kelas 5 Progresif terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku murid dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan khususnya dalam musim Pandemik Covid 19. Hasil tinjauan menunjukkan murid-
murid Pertanian 5 Progresif menyalin nota daripada buku teks secara baris demi baris tanpa
memahami sepenuhnya fakta yang dibaca. Hal ini menjadi rutin sehingga aktiviti menulis nota
menjadi aktiviti mekanikal tanpa menimbulkan minat murid dalam topik yang dipelajari. Selain itu,
mereka turut tidak berminat untuk membaca semula nota yang ditulis dalam buku nota kerana terlalu
panjang. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran
menghasilkan nota belajar yang menarik serta berkesan untuk memudahkan murid mengulang kaji
dengan mudah. Dalam Ujian Pra, manakala yang lain mendapat markah kurang
memberangsangkan. Teknik Nota Origami Kreatif ini menggalakkan murid menulis nota secara
grafik dan ringkas. Penggunaan kertas berwarna dan pen berwarna turut digunakan dalam teknik
ini. Penggunaan warna memainkan peranan dalam menarik minat murid terhadap penghasilan nota
ringkas di samping merangsang ingatan murid terdapat sesuatu topik. Sebuah nota Origami kreatif
ini boleh memuatkan sesebuah topik yang ditulis secara grafik dan ringkas kerana nota ini
mengandungi 18 permukaan yang boleh dilipat secara tersusun rapi. Murid membaca nota tersebut
secara teratur dengan membuka lipatan nota mengikut susunan yang ditentukan oleh murid itu
sendiri. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu iaitu bermula 12 April hingga 30 April
2021. Keputusan setelah melaksanakan ujian pra telah menunjukkan prestasi murid yang kurang
memberangsangkan iaitu hanya seorang sahaja yang lulus dan selebihnya gagal. Dapatan dari
ujian pasca pula menunjukkan murid-murid lebih yakin dalam menjawab soalan yang diberi dan
semua murid lulus dengan baik dalam ujian ini.
Kata kunci: PdPc, pandemik COVID-19, Teknik Nota Origami Kreatif, Kelas Pertanian,
Tingkatan 5 Progresif, berpusatkan pelajar
PENGENALAN
Teknik Nota Origami Kreatif merupakan satu kaedah membantu murid dalam pembelajaran mereka
terutama dalam penyediaan nota mereka berdasarkan pemahaman mereka terhadap sesuatu topik
pelajaran. Menurut kajian Chang (2009), pembelajaran seni lipatan (origami) akan menunjukkan
peningkatan dalam prestasi pelajar serta perubahan sikap pelajar ke arah yang positif dari segi
minat, keyakinan diri, bertanggungjawab dan membuka peluang berkongsi idea. Penggunaan warna
sama ada kertas berwarna dan pen berwarna turut ditekankan dalam Teknik Nota Origami Kreatif.
Menurut Dzulkifli dan Mustafar (2013), warna dapat membantu kita dalam menghafal maklumat
tertentu dengan meningkatkan tahap perhatian kita. Semakin banyak perhatian tertumpu pada
rangsangan tertentu semakin banyak rangsangan tersebut dipindahkan ke dalam simpanan memori
kekal dalam otak kita. Idea untuk menjalankan kajian penggunaan Teknik Nota Origami Kreatif
timbul setelah guru mendapati prestasi murid-murid Pertanian 5 Progresif dalam ujian lepas kurang
memberangsangkan. Mereka didapati tidak mengulang kaji kerana kurang memahami topik lepas
dan mereka telah menghasilkan nota yang tidak digunakan untuk tujuan ulang kaji. Penghasilan
nota yang panjang dan tidak menarik dalam buku nota dibuat hanya sekadar melaksanakan arahan
guru sahaja. Kajian penggunaan teknik Nota Origami ini membantu murid-murid dalam
162
menyediakan nota ringkas, padat dan menarik serta berkesan terutama dalam pemahaman mereka
terhadap topik yang telah dipelajari.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Ketika PdPc mata pelajaran Pertanian berjalan, guru mendapati kebanyakan murid kurang
menguasai topik Sains Tumbuhan. Hal ini jelas terbukti hanya seorang sahaja murid daripada 9
orang murid yang lulus dalam Ujian Pra. Masalah ini mendorong guru untuk membuat tinjauan
kaedah murid menghasilkan nota terutama bab Sains Tumbuhan. Terdapat kelemahan dalam
kaedah murid menghasilkan nota sebelum ini. Bagi mengatasi masalah ini, guru memikirkan teknik
menghasilkan nota secara inovasi dan kreatif untuk memperbaiki kelemahan yang dikesan melalui
tinjauan awal ini.
ISU KEPERHATINAN
Isu kajian ini berfokus kepada kurang minat dan pencapaian murid Pertanian 5 Progresif dalam bab
Sains Tumbuhan berpunca daripada kelemahan murid dalam menghasilkan nota iaitu murid
menyalin nota daripada buku teks baris demi baris tanpa memahami sepenuhnya fakta yang dibaca.
Penghasilan nota cara ini menjadi rutin bagi murid sehingga aktiviti ini menjadi lebih mekanikal
tanpa menimbulkan minat murid dalam topik yang dipelajari. Di samping itu, murid-murid turut tidak
berminat untuk membaca semula nota yang ditulis dalam buku nota atau latihan kerana terlalu
panjang dan membosankan. Penggunaan Teknik Nota Origami Kreatif dalam penghasilan nota
dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah ini melalui penggunaan seni lipatan (origami)
yang kreatif, berwarna dan nota yang dihasilkan oleh murid-murid sendiri adalah ringkas, padat dan
bergrafik.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif berikut:
Objektif Umum
1. Murid dapat menguasai Bab 1.0 Sains Tumbuhan melalui penggunaan Nota belajar yang
kreatif.
2. Murid dapat membuat ulangkaji dengan lebih cepat dan sistematik bab 1.0 Sains Tumbuhan.
Objektif Khusus
1. Murid dapat menghasilkan 2 nota Origami Kreatif Bab 1.0 Sains Tumbuhan.
2. Murid dapat mengaplikasi teknik menulis nota yang berkesan untuk bab 1.0 Sains Tumbuhan.
3. Meningkatkan minat murid untuk membuat ulangkaji bab 1.0 Sains Tumbuhan menggunakan
Nota Origami.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 9 orang murid Tingkatan 5 Progresif yang mengambil Mata Pelajaran Elektif
Pertanian. Bilangan murid yang sedikit dalam kajian ini adalah disebabkan hanya murid-murid dari
kelas 5 Progresif sahaja yang mengambil Mata Pelajaran Pertanian pada tahun ini. Jumlah murid
untuk kajian ini bergantung kepada jumlah murid yang hadir pada masa Ujian Pra dan Ujian Pasca
dibuat. Setelah kedua-dua ujian ini dilaksanakan hanya terdapat 9 orang murid sahaja yang dipilih
untuk mendapatkan data kajian ini. Pemilihan ini dibuat untuk mengelakkan berlakunya ‘bias’ dalam
keputusan yang diperoleh sepanjang pelaksanaan kajian.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal Kajian
Sebelum Teknik Nota Origami ini dilaksanakan, instrumen untuk mengumpul data yang digunakan
ialah Ujian Pra. Ujian Pra ini dilaksanakan pada 08 April 2021, murid perlu menjawab soalan ujian
ini dalam tempoh sejam.
163
Gambar 1: Murid-murid sedang menjawab soalan Ujian Pra pada 08 April 2021
Kertas Soalan Ujian Pra ini mengandungi 2 Bahagian iaitu Bahagian A sebanyak 14 soalan dan
Bahagian B sebanyak 1 soalan sahaja. Soalan Ujian Pra ini mencakupi pembelajaran dalam Bab
3.0 Sains Tumbuhan. Bab Sains Tumbuhan mengandungi dua sub topik iaitu sub topik 3.1 Fisiologi
Tumbuhan dan sub topik 3.2 Proses Fisiologi Tumbuhan. Bentuk soalan yang digunakan dalam
Ujian Pra ini ialah bentuk Subjektif dan Esei sama seperti bentuk soalan SPM sebenar. Namun
begitu, jumlah soalan yang terdapat di dalam bahagian A dan bahagian B ini dikurangkan dan
disesuaikan dengan tempoh 1 jam sahaja. Untuk maklumat yang jelas lagi, contoh bentuk soalan
Ujian Pra ini boleh dirujuk pada gambar 2.
Gambar 2: Bentuk soalan yang terdapat dalam Bahagian A dan Bahagian B
Analisis Tinjauan masalah
Berdasarkan analisis Ujian Pra, hanya seorang murid lulus dengan mendapat gred C iaitu markah
50%. Manakala, 8 orang murid lagi mendapat gred G iaitu terdapa murid yang mendapat markah
8%, 14%, 26%, 30%, 32%, 34%, 36% dan 38%. Berdasarkan kertas Ujian Pra, didapati kebanyakan
murid tidak menjawab pada ruang jawapan dan kebanyakan soalan yang dijawab kurang tepat. Hal
ini demikian kerana murid-murid tidak dapat mengingat fakta dan kurang memahami topik Fisiologi
Tumbuhan dan proses Fisiologi Tumbuhan yang telah dipelajari. Hal ini menunjukkan murid tidak
minat untuk mengulangkaji kerana nota yang panjang dan kurang menarik yang dihasilkan oleh
mereka sebelum ini. Oleh itu, hasil daripada analisis tersebut, tindakan telah dirancang dan
dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.
164
BIL MURID
UJIAN PRA
50-54 ( C ) 0-39 ( G )
C MARKAH BIL
GRED MURID
11% 50-54 C1
G 0 - 39 G8
89%
JUMLAH 9
Jadual 1: Bilangan markah yang diperoleh daripada 9 orang murid Tingkatan 5 Progresif
Tindakan Yang Dijalankan
Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini:
a) Teknik Nota Origami Kreatif dengan menggunakan nota yang berlipat dan dibuka satu
persatu bahagian yang hendak dibaca dan bahagian lain dilipat semula.
Gambar 3 : Guru memberi arahan dan bimbingan kepada murid-murid
● Murid diminta untuk menghasilkan nota ringkas dengan penggunaan kertas
berwarna atau pen berwarna pada nota origami yang dihasilkan sebelum kelas ini.
Penggunaan warna dalam pembelajaran dapat merangsang serta mencetus minat
dan kreativiti murid dalam menghasilkan nota yang menarik.
Gambar 4 : Murid-murid menghasilkan Nota Origami Kreatif
165
● Untuk Sub topik 3.1 Fisiologi Tumbuhan, origami bentuk empat segi sama digunakan
oleh murid untuk penghasilan nota ringkas bergrafik. Manakala, untuk Sub topik 3.2
Proses Fisiologi Tumbuhan, origami bentuk Oktagon digunakan oleh murid untuk
penghasilan nota ringkas bergrafik. Penggunaan pengetahuan bentuk dalam subjek
Matematik diapilikasi dalam subjek Pertanian sesuai dengan elemen merentas
kurikulum. Penghasilan Nota untuk kedua-dua sub topik ini dilaksanakan pada waktu
kelas yang berasingan.
Gambar 5: Nota Origami Kreatif berbentuk empat segi sama dan oktagon.
● Setiap sesi PdPc, guru menggunakan teknik ‘Round Robin’ untuk pemantauan dan
bimbingan murid dalam menghasilkan nota ringkas bergrafik.
● Murid membentang hasil tugasan mereka secara bergilir dengan menggunakan nota
yang dihasilkan oleh mereka.
Gambar 6: Murid membentang hasil tugasan mereka secara bergilir
● Sesi menjawab soalan berdasarkan bahan nota yang dihasilkan.
● Penghasilan Teknik Nota Origami Kreatif ini dijalankan dalam tempoh tiga minggu
pada setiap PdPc Pertanian iaitu enam waktu seminggu iaitu sebelum Ujian Pasca
dijalankan.
Pemerhatian
Pemerhatian guru sepanjang pelaksanaan Teknik Nota Origami Kreatif ini dijalankan, murid
bersemangat dan menunjukkan minat dalam menjalankan aktiviti ini. Teknik ini berjaya menukarkan
166
kaedah lama menghasilkan nota yang panjang dan membosankan kepada nota yang kreatif dalam
bentuk ringkas dan bergrafik. Di samping itu, penggunaan kertas warna dan pen berwarna dalam
Nota Origami Kreatif membantu murid dalam mengingat fakta dengan berkesan. Bimbingan guru
dalam aktiviti penghasilan Nota Origami Kreatif ini turut membantu meningkatkan pemahaman murid
dalam menggunakan teknik ini dalam pembelajaran mereka.
Dapatan Kajian
UJIAN PASCA
BIL MURID UJIAN PASCA
11% 22% BIL
MARKAH GRED MURID
C+ A
11%
80 - 89 A 2
B 3
2
70 - 79 A- 1
1
B+ A- 9
22% 34%
65 - 69 B+
60 - 64 B
80 - 89 ( A ) 70 - 79 ( A- ) 65 - 69 ( B+ ) 55 - 59 C+
60 - 64 ( B ) 55 - 59 ( C+ )
JUMLAH
Jadual 2 : Bilangan markah yang diperoleh daripada 9 orang murid Tingkatan 5 Progresif.
Melalui Analisis ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam pencapaian murid dalam ujian
pasca yang telah dijalankan pada 29 April 2021. Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas
dalam ujian kali ini, terdapat dua orang murid yang mendapat gred A manakala dua orang
murid yang mendapat gred A- dan dua orang murid yang mendapat gred B+. Di samping
itu, seorang murid mendapat gred B dan seorang murid mendapat gred C+ berbanding
dengan keputusan murid dalam ujian pra hanya seorang murid yang lulus dengan gred C,
manakala murid yang lain mendapat gred G. Dalam ujian pasca ini, tidak ada murid yang
mendapat gred G iaitu gagal menjawab soalan ujian dengan baik. Bentuk soalan yang
digunakan dalam ujian pasca ini adalah sama seperti ujian pra dan soalan-soalan diubah
namun masih dalam tahap pengujian dan bab yang sama.
Gambar 7: Murid-murid sedang menjawab soalan kertas Ujian Pasca
167
Dalam ujian pasca ini, murid-murid telah membuktikan bahawa mereka dapat menjawab dengan
baik dalam ujian pasca dengan memberi jawapan yang lengkap serta memenuhi keperluan soalan
yang diberi. Hal ini demikian kerana dengan adanya Nota Origami Kreatif, murid-murid turut
menunjukkan mereka mampu ingat fakta dan memahami topik yang telah dipelajari. Melalui maklum
balas murid, teknik nota Origami Kreatif banyak membantu mereka dalam membuat persiapan untuk
menghadapi ujian pasca melalui. Tambahan mereka lagi, bentuk nota Origami yang bersaiz kecil
memudahkan mereka membawa nota itu ke mana-mana dan membuat ulangkaji tanpa buku-buku
yang besar dan nota yang panjang.
Refleksi Kajian
Ketika menjalankan Teknik Nota Origami ini di dalam bilik Darjah, guru mendapati murid berjaya
menghasilkan nota yang ringkas bergrafik yang menarik. Murid-murid turut mampu membentang
hasil mereka dengan penuh keyakinan. Murid-murid menunjukkan perubahan positif dalam sikap
mereka terhadap mata pelajaran Pertanian khususnya minat dan keyakinan mereka dalam bab yang
dipelajari. Penghasilan Teknik Nota Origami berjaya mencetus minat murid dalam menghasilkan
nota yang dapat membantu mereka dalam pemahaman dan mengingat fakta dengan berkesan.
Pencapaian murid dalam mata pelajaran turut meningkat dengan ketara dan hal ini telahpun
dibuktikan melalui pencapaian mereka dalam ujian pra.
UJIAN PRA UJIAN PASCA
Gambar 8: Peningkatan pencapaian murid kod 01 dalam ujian pasca
Perubahan positif dari segi tingkah laku murid dapat dilihat melalui aktiviti penghasilan Nota Origami
Kreatif iaitu murid berasa lebih seronok dan teruja menghasilkan nota yang berwarna warni dengan
penggunaan kertas berwarna warni dan pen berwarna. Dalam penghasilan Nota Origami Kreatif ini,
murid-murid turut belajar meringkaskan nota mereka dengan menggunakan kaedah grafik dan peta
I Think. Murid-murid yang kurang aktif juga turut menunjukkan minat dalam penghasilan nota ini dan
menjadikan mereka berani untuk membentang di dalam bilik darjah.
CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
Gelung kedua kajian tindakan seterusnya akan dijalankan pada masa akan datang dengan
mengambil kira penambahbaikan terhadap Teknik Nota Origami Kreatif ini. Responden kajian ini
tidak terhad kepada murid tingkatan 5 sahaja tetapi juga murid tingkatan 4 khususnya murid yang
168
mengambil mata pelajaran Pertanian. Teknik Nota Origami boleh diperluaskan penggunaannya
kepada mata pelajaran selain Pertanian. Teknik penghasilan nota ini amat sesuai untuk semua mata
pelajaran dan penggunaanya pasti akan menyelesaikan masalah nota murid yang panjang dan
kurang menarik.
Untuk gelung kedua kajian tindakan ini, reka bentuk nota Origami ini dipelbagaikan untuk mencetus
lagi minat dan kreatif murid dalam penghasilan nota origami. Kepelbagaian reka bentuk nota Origami
boleh lagi diterokai dan dicipta melalui ilham yang diperolehi melalui pemerhatian sekeliling
termasuklah di dalam alam maya. Akhir sekali, memperoleh kejayaan potensi murid itu perlu
dirangsang dan teknik pembelajaran yang betul perlu didedahkan kepada mereka.
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, (1995)
Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER – Sub Program 4, BPPP, KPM.
Chang, K. K. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi dan
Perubahan sikap pelajar Tahun Dua Dalam Aktiviti “ORIGAMI” Mata Pelajaran Pendidikan
Seni Visual. Laporan Akhir. Open Universiti Malaysia
Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A review. Malaysia
Journal of Medical Sciences, 20(2), 3-9.
Mohd Asrul (2014). Seni Origami sebagai medium pengajaran. Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.
SMK Bandaraya Kota Kinabalu (2014), Action Research Collection 4.
169
MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM TAJUK TINGKATAN 5 BAB 1: DASAR
FISKAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “HAND” DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 5 EXORA DI SMK TANSAU, PENAMPANG SEMASA PANDEMIK COVID19
Kamariah Binti Liashin
Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang
ABSTRAK
Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam tajuk tingkatan 5
bab 1 : Dasar Fiskal dengan menggunakan Teknik “Hand” dalam kalangan pelajar tingkatan 5 Exora
di SMK Tansau, Penampang semasa pandemik COVID-19. Kumpulan sasaran kajian adalah terdiri
daripada 33 orang pelajar tingkatan 5 Exora yang mengambil subjek Ekonomi. “Hand” digunakan
dalam kajian untuk meningkatkan pemahaman dan pengaplikasian pelajar dalam topik (Tingkatan
5 Bab 1: Dasar Fiskal) yang disampaikan oleh guru. Kaedah pengumpulan maklumat yang
digunakan adalah termasuk pemerhatian, ujian dan penilaian. Dapatan kajian ini telah
membuktikan bahawa penggunaan “HAND” meningkatkan kefahaman pelajar yang mengambil
subjek Ekonomi dalam subtopik Dasar Fiskal. “Hand” boleh diperluaskanpenggunaannya dalam
amalan mengajar kerana dapatmendatangkan banyak kesan positif.
Kata kerja: Dasar fiskal, ekonomi, Teknik Hand
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Masalah utama yang telah saya hadapi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalamkelas saya
adalah, para pelajar tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah saya rancangkan.
Semasa sesi perbincangan diadakan, mereka tidak berani memberi idea atau pandangan sendiri.
Pada pendapat saya, mereka masih bersifat pasifdan malu untuk menjawab soalan saya semasa
pengajaran. Selain daripada itu, saya mendapati bahawa pelajar mula hilang minat dan semangat
untuk belajar sekiranya saya menyampaikan isi pelajaran secara lisan untuk satu tempoh yang lama.
Hasil daripemerhatian saya, ini disebabkan oleh situasi dimana suasana PDPC secara bersemuka
telah lama tidak dijalankan berikutan dengan pendamik Covid 19 yang sedang melanda negera kita.
Selain itu juga, terdapat masalah penguasaan pelajar untuk menghafal cara untuk mengatasi
masalah ekonomi dengan menggunakan Dasar Fiskal. Berdasarkan pemerhatian , murid sukar
mengingat perbezaan cara untuk mengatasi masalah ekonomi iaitu inflasi dan kemelesetan ekonomi
samada menggunakan Dasar Fiskal Menguncup atau Dasar Fiskal Mengembang.
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemampuan pelajar untuk membezakan dua
masalah ekonomi iaitu inflasi dan kemelesatan ekonomi. Pelajar jugasukar menentukan apakah
cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ekonomi tersebut menggunakan alat dasar ekonomi
yang mereka pelajari dalam (Tingkatan 5 Bab1 : Dasar Fiskal)
Dalam realiti kehidupan sebenar pula , masalah ekonomi negara boleh menjejaskan kestabilan
pendapatan individu secara langsung. Oleh itu, sebagai pelajar yang bakal menempuh menjadi
pewaris untuk mentadbir negara dalam tempoh masa beberapa tahun akan datang, mereka perlu
disediakan dengan pengetahuan dan pendedahan tentang bagaiamana mengatasi masalah
sekiranya negara mengalami masalah ekonomi.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi
(Tingkatan 5 Bab 1: Dasar Fiskal) denganmenggunakan teknik “Hand”.
170
Objektif Khusus
i. Pelajar membezakan dua cara menyelesaikan masalah ekonomimenggunakan Dasar Fiskal.
ii. Pelajar bezakan Dasar Fiskal Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 33 orang pelajar kelas 5 Exora mengambil mata pelajaran elektif
Ekonomi. Secara keseluruhannya kajian ini dijalan ke atas pelajar 5 Exora yang mengambil subjek
Ekonomi agar semua murid kelas ini boleh mendapat faedah dan manfaat kerana teknik “Hand” ini
boleh membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka dalam subjek ekonomi dan secara tidak
langsung menarik minat mereka kerana para pelajar ini dilihat sudah kekurangan motivasi akibat
dari keadah pembelajaran yang mereka alami dalam norma baharu ini.
PERLAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian pra dan
pos.
Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang
aktif dan memberi respon danseolah-olah tidak berminat dengan tajuk ini. Hal ini kerana mereka
merasakantajuk ini susah untuk difahami.
Pra Ujian
Pra ujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman Tingkatan
5 Bab 1 : Dasar Fiskal. Item pra ujian merupakan dua soalan esei pendek yang mempunyai 5
markah setiap soalan esei tersebut. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak
memulangkan kertas jawapan dan berbincang jawapannya sebaliknya saya telah memperkenalkan
teknik “Hand”.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulansasaran didapati :
i. Pelajar agak pasif dan kurang memberikan respon kerana mereka dilihat malu untuk
memberikan jawapan apabila disoal oleh guru kerana mereka tidak faham topik Dasar Fiskal
ini.
ii. Pelajar tidak mendapat markah penuh dalam soalan yangdiberikan oleh guru.
iii. Peluang sekiranya ada intervensi awal untuk meningkatkan kefahaman pelajar kerana
Dasar Fiskal ini masih dalam topik yang baharu dalam Ekonomi tingkatan 5.
iv. Ancaman sekiranya masalah ini tidak atasi kerana akan memberikan kesan kepada markah
peperiksaan SPM para pelajar.
171
Analisis Praujian
Pencapaian pelajar dalam Praujian sebelum “Hand” dilaksanakan.
Jumlah Bilangan pelajar yang
markah memperolehi markah
10
21
32
45
56
63
76
85
92
10 2
Daripada jadual tersebut membuktikan bahawa hanya dua orang sahaja murid yang mendapat
markah 10/10.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan tinjuan awal yang telah dijalankan didapati pelajar memang lemah bagi tajuk Dasar
Fiskal, ini adalah kerana mereka kurang yakin dengan tajuk ini kerena mereka telah meletakkan
dalam minda mereka bahawa tajuk ini adalah susah. Hal ini ditambahkan lagi dengan suasana
pembelajaran norma baharu dan situasi PDPR yang agak lama.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai guru subjek Ekonomi kepada para murid sayaini, saya telah
menghasilkan satu teknik yang dikenali sebagai “Hand”.
Kaedah pelaksaana bagi teknik “Hand” ini ialah :-
Langkah 1 Guru membuat hasil idea dengan menggunakan sarung tangan bagi memudahkan
guru menerangkan kepada pelajar semasa PDPC berlangsung nanti.
Langkah 2 Pelajar dikehendaki membuka tangan dan diminta untuk melabelkan tangan
mereka berdasarkan apa yang akan diterangkan oleh guru.
Langkah 3 Pelajar diminta untuk membuka tangan dan ini adalah simbol bagi Dasar Fiskal
Mengembang dan untuk mengatasi masalah ekonomi kemelesatan
ekonomi.
Langkah 4 Pelajar akan melabelkan setiap 5 jari mereka sebagai simbol 5 cara mengatasi
masalah kemelesatan ekonomi.
Langkah 5 Pelajar diminta untuk mengenggam tangan dan ini adalah simbol bagi Dasar Fiskal
Menguncup dan untuk mengatasi masalah ekonomi inflasi.
Langkah 6 Pelajar akan melabelkan setiap 5 jari mereka sebagai simbol 5 cara
mengatasi masalah inflasi.
Langkah 7 Pelajar akan menggunakan teknik ini untuk menjawab soalan yang
diberikan.
172
PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Proses Keterangan / Pelaksanaan Gambar semasa
pelaksanaan
1 Sebelum PDPC :-
• Guru membuat hasil idea dengan
menggunakan sarung tangan bagi
memudahkan guru menerangkan
kepada pelajar semasa PDPC
berlangsung nanti.
Refleksi :
• 1. Guru sangat bersemangat
untukmenghasilkan ideateknik ini dan
berkongsi dengan murid-murid.
2 Semasa PDPC :-
• Guru menerangkankepada pelajar
tips mengingat perbezaan Dasar Fiskal
Mengembang dan Dasar Fiskal
Menguncup menggunakan teknik
“Hand”.
• Guru menerangkankepada pelajar:
o Dasar Fiskal Mengembang
untuk menyelesaikan masalah
kemelesatan ekonomi.
Pelajar perlu membuka tangan
(sebagai simbol kembang) dan
meletakkan 5 isi penting
menyelesaikan masalah di
setiap jari mereka.
o Jari 1 : Masalah kemelesatan
ekonomi
o Jari 2: Tujuan Dasar Fiskal
Memgembang dijalankan
ialah untuk meningkatkan
permintaan agregat
o Jari 3 : Kadar cukai diturunkan
o Jari 4 : Perbelanjaan
kerajaan ditingkatkan.
o Jari 5 : Kesan pelaksanaan
Dasar Fiskal Mengembang
ialah permintaan bertambah,
pengeluaran meningkat
dan peluang kerja meningkat.
173
• Guru menerangkan kepada pelajar :
o Dasar Fiskal Menguncup untuk
menyelesaikan masalah ekonomi
inflasi.
o Pelajar perlu menggenggam
tangan (sebagai simbol menguncup)
dan meletakkan 5 isi penting
menyelesaikan masalah ekonomi
inflasi di setiapjari mereka.
o Jari 1 : Masalah inflasi
o Jari 2 : TujuanDasar Fiskal
Meguncup dijalankan
ialah untuk mengurangkan
permintaan agregat
o Jari 3 : Kadarcukai ditingkatkan
o Jari 4 : Perbelanjaan
kerajaan dikurangkan.
o Jari 5 : Kesan pelaksanaan Dasar
Fiskal Menguncup ialah permintaan
agregat berkurang, pertumbuhan
ekonomi perlahan dan Tingkat harga
umum jatuh.
Refleksi :
o 1. Pelajar dilihat faham pelaksanaan
teknikini tetapi susah untukmengingat
langkah yang diletakkan di setiap jari.
Semasa PDPC:-
• Hasil nota pelajar setelah teknik “Hand”
digunakan.
• Hasil ayat yang dicipta oleh pelajar untuk
mengingat 5 isi penting cara Dasar Fiskal
Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup
menyelesaikan masalah ekonomi
174
REFLEKSI KAJIAN
Jumlah Bilangan pelajar yang
markah memperolehi markah
1 0
2 1
3 2
4 5
5 6
6 3
7 6
8 5
9 2
10 2
Markah pelajar sebelum teknik “Hand”
Jumlah Bilangan pelajar yang
markah memperolehi markah
1 0
2 0
3 0
4 0
5 1
6 0
7 3
8 4
9 8
10 17
Markah pelajar selepas teknik “Hand”
Secara umumnya daripada kajian ini objektif tidak berjaya berjaya dicapai kerana hanya17/33 pelajar
mendapat markah penuh walaupun selepas teknik “Hand” diperkenalkan.Akhirnya saya mengambil
keputusan untuk menjalan kajian di kitaran 2.
KITARAN 2
PERLAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkanpemerhatian dan ujian pra dan
pos dalam kitaran 1.
175
Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dan pencapaianmarkah mereka dalam
kitaran 1 menggunakan teknik “Hand”. Analisis data menunjukkan walaupun teknik “Hand”
digunakan, hanya 17/33 orang sahaja pelajar yang berjaya mendapat 10 markah penuh dalam
soalan praujian. Sayamendapati pelajar tidak dapat mengingat langkah menyelesaikan masalah
ekonomi menggunakan Dasar Fiskal Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup.
Pra Ujian
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran yang sama mnggunakan soalanpra ujian yang sama
di kitaran 1. Hal ini bertujuan untuk mengesan sejauh mana kefahaman Tingkatan 5 Bab 1 : Dasar
Fiskal. Item praujian merupakan dua soalan esei pendek yang mempunyai 5 markah setiap
soalan esei tersebut. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkankertas
jawapan dan berbincang jawapannya sebaliknya saya telah memperkenalkan teknik “Hand 2.0”
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian di kitaran 1 terhadap kumpulan sasaran didapati:
Pelajar tidak dapat mengingat langkah menyelesaikan masalah ekonomi menggunakan Dasar
Fiskal Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup.
Analisis Praujian
Jumlah Bilangan pelajar yang
markah memperolehi markah
1 0
2 0
3 0
4 0
5 1
6 0
7 3
8 4
9 8
10 17
Pencapaian murid dalam praujian semasa teknik “Hand” dilaksanakan.
Daripada jadual di atas membuktikan bahawa hanya 17/33 orang sahaja murid yang mendapat
markah 10/10.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan tinjuan dan refleksi dalam kajian di kitaran 1, saya mendapati masalah dan sebab
mengapa tidak semua pelajar boleh mendapat 10 markah penuh dalam soalan praujian kerana
176
pelajar tidak dapat mengingat langkah menyelesaikan masalah ekonomi mengunakan Dasar
Fiskal.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai guru subjek Ekonomi kepada para murid sayaini, saya
sekali lagi menghasilkan satu teknik yang baharu iaitu penambaikan dari teknik “Hand” yang
dikenali sebagai “Hand 2.0”.
Kaedah pelaksanaan bagi teknik “Hand 2.0” ini ialah :
Langkah 1 Guru membuat hasil idea dengan menggunakan sarung tangan bagi
Langkah 2 memudahkan guru menerangkan kepada pelajar semasa PDPC berlangsung
Langkah 3 nanti.
Langkah 4
Langkah 5 Pelajar dikehendaki membuka tangan dan diminta untukmelabelkan tangan
Langkah 6 mereka berdasarkan apa yang akan
Langkah 7
Langkah 8 diterangkan oleh guru.
Pelajar diminta untuk membuka tangan dan ini adalah simbol bagi
Dasar Fiskal Mengembang dan untuk mengatasi masalahekonomi kemelesatan
ekonomi.
Pelajar akan melabelkan setiap 5 jari mereka sebagai simbol 5
cara mengatasi masalah kemelesatan ekonomi.
Pelajar diminta untuk mengenggam tangan dan ini adalah simbolbagi Dasar
Fiskal Menguncup dan untuk mengatasi masalah
ekonomi inflasi.
Pelajar akan melabelkan setiap 5 jari mereka sebagai simbol 5
cara mengatasi masalah inflasi.
Pelajar mencipta ayat yang senang mereka ingat mengikut
huruf pangkal setiap isi penting yang diletakkan di setiap jari pelajar.
(Penambahbaikan dalam kitaran 1)
Pelajar akan menggunakan teknik ini untuk menjawab soalan yang
diberikan.
177
PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Proses Keterangan / Pelaksanaan Gambar semasa pelaksanaan
1 Sebelum PDPC :-
• Guru membuat hasil idea
dengan menggunakan
sarung tangan bagi
memudahkan guru
menerangkan kepada pelajar
semasa PDPC berlangsung
nanti.
Refleksi :
Guru sangat bersemangat
untuk menghasilkan idea
teknik ini dan berkongsi
dengan murid-murid.
2 Semasa PDPC :-
• Guru menerangkan kepada
pelajar tips mengingat
perbezaan Dasar Fiskal
Mengembang dan Dasar
Fiskal Menguncup
menggunakan teknik“hand”.
• Guru menerangkan kepada
pelajar :
o Dasar Fiskal
Mengembang untuk
menyelesaikan masalah
kemelesatan ekonomi.
o Pelajar perlu membuka
tangan (sebagai simbol
kembang)dan meletakkan
5 isi pentingmenyelesaikan
masalah di setiap jari
mereka.
o Jari 1 : Masalah
kemelesatan ekonomi
o Jari 2: TujuanDasar Fiskal
Memgembang dijalankan
ialah untuk meningkatkan
permintaan agregat.
171
o Jari 3 : Kadar cukai
diturunkan
o Jari 4 : Perbelanjaan
kerajaan ditingkatkan.
o Jari 5 : Kesan pelaksanaa
Dasar Fiskal Mengembang
ialah permintaan bertambah,
pengeluaran meningkat dan
peluang kerjameningkat.
• Guru menerangkan kepada
pelajar :
o Dasar Fiskal Menguncup
untuk menyelesaikan
masalah ekonomi inflasi.
o Pelajar perlu menggenggam
tangan (sebagai simbol
menguncup) danmeletakkan
5 isipenting menyelesaikan
masalah ekonomi inflasi di
setiap jari mereka.
o Jari 1 : Masalah inflasi
o Jari 2 : Tujuan Dasar Fiskal
Meguncup dijalankan ialah
untuk mengurangkan
permintaan agregat
o Jari 3 : Kadar cukai
ditingkatkan
o Jari 4: Perbelanjaan
kerajaan dikurangkan.
o Jari 5 : Kesan pelaksanaa
Dasar Fiskal Menguncup
ialah permintaan agregat
bertambah, pertumbuhan
ekonomi perlaha dan tingkat
harga umum jatuh.
Refleksi :
1. Pelajar dilihat faham
pelaksanaan teknikini
tetapi susah untuk
mengingat langkah
yang diletakkan di
setiap jari.
2. Guru memikirkan idea
untuk menambahbaik
teknik ini dengan
memperkenalkan
“Hand 2.0”
172
Penambahbaikan dalam
kitaran 2 “Hand 2.0” :
Cara mengingat 5 isi penting
cara Dasar Fiskal Mengembang
dan Dasar Fiskal Menguncup
menyelesaikan masalah
ekonomi iaitu guru meminta
pelajaruntuk mencipta ayatyang
senang mereka ingat mengikut
huruf pangkal setiap isi penting
yang diletakkan di setiap jari
pelajar.
Semasa PDPC:-
• Hasil nota pelajar
setelah teknik “hand”
digunakan.
• Hasil ayat yang dicipta
oleh pelajar untuk
mengingat 5 isi penting
cara Dasar Fiskal
Mengembang dan Dasar
Fiskal Menguncup
menyelesaikan masalah
ekonomi
• Ayat yang telah dicipta
oleh pelajar ialah :-
M – Mat
T – Tak
C – Cukup
PK – Pensil Ke
K – Kelas
Dan
M – Mak
T – Tolong
C – Cuci
PK – PaKaian
K – Kita
Refleksi :-
1. Pelajar menunjukkan
minat dan memberikan
respon yang sangat
baik.
Pelajar boleh menggunakan teknik
ini untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh guru
173
REFLEKSI KAJIAN
Jumlah markah Bilangan pelajar yang
memperolehi markah
1
2 0
3 0
4 0
5 0
6 1
7 0
8 3
9 4
10 8
17
Markah pelajar dengan menggunakan teknik “Hand”.
Jumlah markah Bilangan pelajar yang
memperolehi markah
1
2 0
3 0
4 0
5 0
6 0
7 0
8 0
9 0
10 0
33
Markah pelajar selepas menggunakan teknik “Hand 2.0”
Secara umumnya daripada kajian ini objektif berjaya dicapai kerana 33/33 pelajar mendapat
markah penuh selepas teknik “Hand 2.0” diperkenalkan. Pelajar boleh mengaplikasikan teknik
“Hand 2.0” untuk membezakan Dasar Fiskal Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup dengan
betul. Manakala secara khususnya pula objektif untukmemastikan 33/33 menghuraikan 5 isi penting
cara menyelesaikan masalah ekonomi iaitu inflasi dan kemelesetan ekonomi menggunakan Dasar
Fiskal Mengembang dan Dasar Fiskal Menguncup tercapai iaitu 33/33 pelajar mendapat markah
penuh 10/10 dalam ujian pra dan pos.
Dari segi tingkah laku dan emosi pula, sebelum menggunakan teknik “Hand 2.0” diperkenalkan
pelajar susah menghafal 5 isi penting yang berkaitan dengan Dasar Fiskal menyelesaikan masalah
ekonomi. Selain itu, pelajar telah menanamkan di dalam minda bahawa tajuk Dasar Fiskal ini adalah
174
susah. Tetapi selepas teknik “Hand 2.0” inidiperkenalkan pelajar sangat gembira bila mereka telah
berjaya ingat dan faham cara Dasar Fiskal menyelesaikan masalah ekonomi dan boleh
membezakan 2 jenis Dasar Fiskal dan sudah pasti murid lebih bermotivasi.
Sebagai seorang guru yang menjalankan kajian ini, sebelum kajian dijalankan saya sangat
berusaha berfikir untuk mencari idea bagaimana membantu pelajar untuk menguasai tajuk Dasar
Fiskal. Setelah idea timbul dan teknik ini berjaya dihasilkan, guru sangat teruja semasa berkongsi
teknik ini dengan pelajar. Akhir sekali selepas kajian tindakan dijalankan guru sangat gembira dan
lega kerana akhirnya berjaya membantu pelajar.
CADANGAN KAJIAN
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan keranakaedah ini
adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk meningkatkan kefahamanpelajar. Selain daripada
itu, cara ini juga oleh digunakan dalam mata pelajaran yang lain iaitu Perniagaan, kerana dalam
Perniagaan terdapat juga tajuk yang berkaitan dengan Dasar Fiskal.
175
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM
KEPADA 30 ORANG PELAJAR TINGKATAN 6 KELAS PUA2 DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH ABCs
Mine @ Minnie binti Suiking
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan kerana kesedaran pada diri sendiri seperti anjakan paradigma untuk
keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan sasaran ialah para
pelajar tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan
mata pelajaran Pengajian Am, merupakan mata pelajaran wajib dan teras dalam peperiksaan ini.
Pelajar juga wajib lulus dalam mata pelajaran ini untuk membolehkan mereka mendapat tempat di
Instituasi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kelulusan minimum C dalam Pengajian Am merupakan
syarat asas pelajar STPM untuk memohon masuk ke Instituasi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja pelajar, ujian pra, temu bual serta
pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mahir mengutarakan isi dengan ayat-ayat
yang berulang-ulang dan panjang-panjang. Kemahiran menghuraikan isi setiap esei adalah
penting bagi setiap pelajar untuk menghasilkan esei yang baik dan mendapat markah yang tinggi.
Saya telah memperkenalkan “Teknik ABCs” yang meminta pelajar menyatakan Apa,
Bagaimana, Contoh/kesan dan simpul kecil dengan membuat ayat-ayat yang mudah dan
menghasilkan esei yang baik. Seramai 30 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian
ini. Aktiviti ini dijalankan setiap waktu penulisan esei sekali seminggu iaitu 80 minit. Pelajar dapat
menghuraikan isi esei dengan baik dan terancang dengan menggunakan teknik ini. Pengajaran
dan pembelajaran menggunakan teknik ini haruslah dikekalkan agar pelajar lebih berminat untuk
belajar mata pelajaran Pengajian Am.
Kata Kunci: Teknik ABC, esei, Pengajian Am
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pertama sekali saya ingin menyatakan perasaan yang bergitu kesal dan tidak berpuashati
terhadap diri sendiri kerana tidak dapat memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak
didik saya. Biasanya saya menganggap mereka pelajar SPM yang berjaya masuk ke tingkatan 6,
sudah pandai menghasilkan esei dan tidak perlu diajar cara untuk menghuraikan isi. Tetapi saya
selalu memeriksa esei yang lemah dari segi huraiannya.
Saya sendiri menghadapi masalah untuk membiasakan pelajar saya menulis esei dengan lebih
cepat dan tidak meleret-lelet. Pelajar juga sering menghuraikan isi-isi esei dengan tidak jelas.
Sesetengah pelajar mencampuradukan beberapa isi dalam satu perenggan. Terdapat juga
pelajar yang menulis huraian, tetapi yang dibina tidak jelas, tidak menerangkan isi yang ditulis.
Oleh itu melalui kajian saya ini, kaedah penulisan “Teknik ABCs” iaitu penulisan esei yang
berkesan dengan menyatakan Apa, Bagaimana, Contoh/kesan dan simpul kecil, sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar saya menghuraikan isi esei yang ditulis dengan lebih kemas,
tersusun dan jelas.
Saya pernah menghadiri kursus Kajian Tindakan, jadi kali ini saya membuat keputusan untuk
melaksanakan Kajian dengan bersungguh-sungguh bagai memperbaiki kelemahan pada diri saya
serta mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah memulakan kajian
dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian, memeriksa esei pelajar, dan temu bual.
Kemudian saya merancang aktiviti serta kaedah yang akan saya jalankan untuk menjayakan
kaedah penulisan “Teknik ABCs” ini.
176
Selepas ujian awal saya telah mengenalpasti kelemahan setiap pelajar dan seterusnya
mendedahkan aktiviti “Teknik ABCs” kepada pelajar peringkat demi peringkat. Latih tubi serupa
ini perlu diteruskan agar pelajar mahir dalam menghuraikan setiap isi bagi setiap esei. Ujian
seterusnya adalah untuk menilai penguasaan pelajar terhadap kaedah ini. Sepanjang kajian ini
saya mendapati bahawa Kajian Tindakan ini adalah penting bagi guru-guru untuk keluar dari
kongkongan amalan rutin guru dan meningkatkan amalan professional khususnya dalam menguji
diri sendiri dan perkembangan idea-idea baru mengenai amalan guru. Oleh itu guru-guru
mempunyai hakmilik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang efektif.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran menulis esei para pelajar
tingkatan 6. Kajian ini penting bagi membantu para pelajar tingkatan 6 untuk mendapat gred yang
lebih baik dalam peperiksaan subjek Pengajian Am kerana dalam peperiksaan setiap penggal
bahagian penulisan esei markahnya lebih banyak daripada bahagian yang lain. Jika dilihat pada
cara pemarkahan subjek ini, markah tertumpuh di bahagian penulisan esei dan oleh sebab itu
pelajar perlu dilatih untuk menghasilkan esei yang baik. Berikut merupakan pemarkahan setiap
penggal yang markah lebih banyak tertumpuh di bahagian esei.
Pemarkahan Penggal 1 (2 jam)
Bahagian A : Objektif ( 15 markah)
Bahagian B: Struktur (15 markah)
Bahagian C: Esei perlu jawab dua esei(50 markah)
Pemarkahan Penggal 2 (1jam 30 minit)
Bahagian A : Struktur ( 15 markah)
Bahagian B: Alih Bentuk Komunikasi (20 markah)
Bahagian C: Esei – perlu jawab satu esei (25 markah)
Pemarkahan Penggal 3 (2 jam)
Bahagian A : Objektif ( 15 markah)
Bahagian B: Alih Benuk Komunikasi (15 markah)
Bahagian C: Esei - perlu jawab dua esei (50 markah)
Cara Pemberian markah bagi setiap satu esei
Isi/Idea = 10 markah (5 isi/idea x 2)
Huraian = 10 markah (5 huraian x 2)
Bahasa = 4 markah
Impak = 1 markah
Jumlah = 25 markah
Memandangkan markah yang diperuntukkan dalam bahagian esei banyak maka calon biasanya
akan memberikan masa dan tumpuan yang lebih banyak pada soalan bahagian ini. Pelajar
biasanya akan menjawab soalan ini lebih awal dan adakalanya menggunakan masa yang banyak
untuk bahagian ini. Hal ini menyebabkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang lain lebih
pendek. Oleh itu cara menulis esei yang berkesan perlu dititikberatkan agar pembahagian masa
untuk menjawab semua soalan lebih seragam.
Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah menjawab soalan esei dengan ayat
yang panjang dan meleret-leret. Adakalanya ayat-ayat yang dibina tidak mempunyai kaitan
dengan isi yang diberikan. Sesetengah pelajar mencampuradukkan beberapa isi esei dalam satu
177
perenggan. Hal ini menyebabkan huraian esei pelajar tidak jelas dan menyumbang kepada
perolehan markah yang rendah bagi isi tersebut. Kegagalan pelajar memperoleh kelulusan
minimum “C” bermaksud mereka gagal mendapat ‘tiket’ untuk menjejakkan kaki ke universiti.
Oleh itu kajian ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menulis esei dalam masa yang
diperuntukkan dan dapat menghuraikan isi esei dengan lebih baik dan berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis para pelajar
tingkatan 6 dalam penulisan esei mata pelajaran Pengajian Am dan menganggap
penulisan esei adalah senang dan mereka suka menulis esei.
Objektif Khusus
Selepas kajian ini dijalankan diharapkan pelajar dapat mencapai objektif-objektif berikut:
i) dapat menentukan kehendak soalan esei.
ii) dapat membina ayat idea dan ayat huraian yang menenpati kehendak soalan esei.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah pelajar tingkatan 6, kelas PU2A. Bilangan pelajar pada
keseluruhannya ialah 30 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 23 orang perempuan.
Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar kohort ke-7 di sekolah ini. Mereka terdiri daripada pelajar-
pelajar kemanusiaan yang mempunyai pelbagai pencapaian peperiksaan SPM.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah
Langkah & Cara Kumpulan Tujuan
Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 1 Memeriksa 30 orang Mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi
Feb.2021 esei pelajar pelajar.
pelajar
Langkah 2 Ujian Esei 30 orang Saya telah menjalankan ujian kepada 30 orang
08.02.2021 pelajar pelajar PUA2 iaitu kelas yang saya ajar. Ujian ini
ialah ujian menghasilkan esei dan untuk mengenal
Langkah 3 Soal 30 orang pasti masalah yang pelajar hadapi semasa
08.02.2021 jawab pelajar menghasilkan esei.
Guru telah menjalankan sesi soaljawab secara
terbuka untuk mengenal pasti masalah yang pelajar
hadapi semasa menulis esei.
Analisis Tinjauan Masalah
Langkah Cara KumpulanSasaran Masalah telah dikenalpasti
&Tarikh Penilaian
Langkah 1 Memeriksa 30 orang pelajar Pelajar tidak mahir menghurai isi esei dan
Feb.2021 esei pelajar huraian isi terlalu panjang meleret-leret dan
berulang-ulang serta menunjukkan idea yang
Langkah 2 Ujian Esei 30 orang pelajar tidak matang dan tidak relevan.
08.02.2021 Setelah membuat ujian pra saya mendapati
semua pelajar melakukan kesalahan dengan
huraian yang terlalu panjang meleret-leret dan
berulang-ulang serta menunjukkan idea yang
tidak matang dan tidak relevan.
178
Langkah 3 Soal jawab 30 orang pelajar i. Semua mengaku penulisan esei adalah
15.02.2021 susah.
Langkah 4 Pemerhatian 30 orang pelajar ii. Kurang mendapat tunjuk ajar daripada
15.02.2021 ibubapa atau keluarga.
Saya melakukan pemerhatian terhadap pelajar
semasa menjalankan soaljawab untuk
mengenal pasti masalah dari segi:
i. Sikap – Ada pelajar yang tidak suka
membuat esei yang mereka anggap susah dan
membuat kerja asal siap saja.
Tindakan yang dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan pelajar memang agak lemah dalam penulisan
esei. Hal ini disebabkan oleh sikap pelajar yang menganggap penulisan esei adalah susah dan
mereka membuat kerja asal siap sahaja. Keadaan persekitaran seperti tiada tunjuk ajar daripada
ibu bapa dan keluarga juga merupakan penyebab mengapa pelajar lemah dalam penulisan esei.
Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing anak-anak didik saya ke
arah kejayaan memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan STPM kelak.
Saya telah memperkenalkan kaedah penulisan “Teknik ABCs” menyatakan Apa, Bagaimana,
Contoh/kesan dan simpul kecil sebagai kajian saya, seperti berikut:
Bil Aktiviti
1 Pertama saya mengambil kertas A4 dan membuat Jadual 1 Teknik ABCs dan Jadual 2
Teknik ABCs pada kertas tersebut.
2 Kemudian saya memperbanyak jadual tersebut. Semua pelajar diberikan 2 helai kertas
Jadual 1 dan Jadual 2.
3 Guru memberikan tajuk esei yang akan dijadikan latihan berserta isi esei.
4 Semasa dalam kelas guru akan memperkenalkan “Teknik ABCs” dalam dua jenis jadual.
Jadual 1 Teknik ABCs untuk menentukan kehendak soalah dan Jadual 2 Teknik ABCs
untuk menetukan isu dan idea serta dapat menghuraikan idea tersebut dengan
menyatakan Apa, Bagaimana, Contoh/kesan dan simpul kecil. Guru menerangkan
setiap esei mesti ada 5 isi dan setiap isi perlu ada huraian yang jelas.
5 Guru menggunakan Jadual 1 Teknik ABCs untuk aktiviti menentukan kehendak soalan dan
sekiranya pelajar sudah mahir dalam bahagian ini guru akan menggunakan Jadual 2 Teknik
ABCs untuk berbincang dengan pelajar tentang isi/idea esei. Guru akan menentukan
isi/idea esei yang berbeza bagi setiap kumpulan/individu untuk melengkapkan jadual
“Teknik ABCs”. (satu jadual akan mewakili satu perenggan isi esei)
6 Semasa aktiviti penggunaan Jadual 2 , pelajar diminta membina ayat yang dikehendaki
seperti dalam jadual. Ayat tersebut mestilah pendek dan padat (ada subjek dan pradekat).
Anggaran patah perkataan dalam satu ayat ialah 10-20 patah perkataan.
7 Setelah semua kumpulan berjaya melengkapkan jadual, guru akan membincangkan ayat-
ayat yang dibina oleh setiap kumpulan selepas pelajar tulis hasil kerja masing-masing di
atas papan tulis. Guru akan terus membuat pembetulan sekiranya perlu selepas pelajar
membuat pembentangan. Pelajar yang berjaya melengkapkan jadual dengan betul akan
diberi hadiah berupa makanan (gula-gula) atau alat tulis (pen/pencil). Esei pelajar diperiksa
mengikut perenggan. Setiap perenggan menyumbangkan 4 markah, iaitu dua markah isi
dan dua markah huraian.
8 Semua hasil pelajar akan disatukan dan ditaip oleh pelajar yang diberikan tugas lalu
diperbanyak untuk diberikan kepada semua pelajar.
179
Jadual 1 “Teknik ABCs” menentukan kehendak soalan esei untuk subjek Pengajian Am
SOALAN:
A (Apa)
Apa isu?
Apa Fokus Soalan?
B (Bagaimana)
Bagaimana Skema?
(5+0) @ (1+4) dan
(2+3) @ (3+2)
C (contoh ayat)
Contoh ayat
gabungan isu dan
fokus soalan.
Jadual 2 Teknik ABCs membina ayat idea dan ayat huraian yang menepati kehenda soalan
untuk subjek Pengajian Am STPM
SOALAN:
A (Apa)
Apa isu?
Apa Fokus
Soalan/idea ?
B (Bagaimana)
Bagaimana idea
merupayakan
jawapan) 5W1H
C (Cara @ Contoh)
Masukkan kesan
jika perlu
S (Simpul kecil)
Penegasan Isi
(Jelaslah, Oleh itu,
Tegasnya dll)
180
Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
i. Pelaksanaan
Pengajaran dimulakan oleh guru dengan memperkenalkan kaedah penulisan esei,menggunakan
dua jadual iaitu Jadual 1 Teknik ABCs menentukan kehendak soalan dan Jadual 2 Teknik
ABCs menyatakan Apa, Bagaimana, Contoh/kesan dan simpul kecil. Berikut merupakan
langkah pelaksanaan. Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.
Bil. Aktiviti (contoh aktiviti kumpulan)
1 Penggunaan Jadual 1 (menentukan kehendak soalan)
Guru memulakan pengajaran dengan menggunakan Jadual 1 (menentukan kehendak
soalan) . Semua pelajar akan diberikan jadual 1 dan senarai soalan esei untuk aktiviti ini.
Aktiviti ini mesti dijalankan sehingga pelajar mahir agar karangan yang akan dihasilkan
oleh pelajar tidak terpesong. Sekiranya semua pelajar mahir dalam menentukan
kehendak soalan barulah guru beralih kepada penggunaan Jadual 2.
2 Penggunaan Jadual 2 (membina ayat idea dan ayat huraian)
Guru meneruskan pelajaran dengan memberikan tajuk esei yang akan dijadikan latihan
berserta senarai idea/isi esei. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti ini secara
kumpulan atau secara individu. Sekiranya guru membuat aktiviti kumpulan, setiap
kumpulan akan diberikan sehelai kertas jadual 2 dan kertas majung dan satu idea/isi esei
yang berbeza bagi setiap kumpulan.
3 Guru menerangkan tajuk dan berbincang dengan pelajar tentang idea/isi esei, secara
ringkas.
4 Seterusnya guru akan menerangkan cara penggunaan Jadual 2 (membina ayat idea dan
ayat huraian) dengan menekankan kepada cara menghuraikan isi secara sistematik iaitu
dengan menggunakan jadual 2. Guru menerangkan setiap esei mesti ada 5 isi dan setiap
isi perlu ada 3 huraian.
5 Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat idea dan ayat
huraian yang sistematik dengan menjawab soalan-soalan yang terdapat pada Jadual 2.
(Termasuklah menjawab 5W 1H jika perlu) Pelajar secara akan berbincang dan terus
membina ayat yang dikehendaki seperti dalam jadual. Ayat tersebut mestilah pendek dan
padat (ada subjek dan pradekat). Anggaran patah perkataan dalam satu ayat ialah 10-20
patah perkataan. Setiap kumpulan akan menghasilkan satu perenggan yang lengkap.
(satu jadual akan mewakili satu perenggan idea/isi esei yang telah ditetapkan oleh guru)
6 Setelah semua pelajar berjaya melengkapkan jadual, pelajar menulis hasil kerja masing-
masing di atas kertas majung atau papan tulis. Wakil kumpulan akan membentangkan
hasil kerja mereka. Guru akan terus membuat pembetulan sekiranya perlu selepas
pelajar membuat pembentangan. Disamping itu guru juga akan terus memberikan markah
kepada hasil kerja pelajar tersebut agar pelajar tahu akan bagaimana ayat yang baik
dengan markah yang baik.
7 Pelajar/kumpulan yang berjaya melengkapkan jadual dengan baik dan memperoleh
markah sekurang-kurangnya 3 daripada markah penuh 4, akan diberi hadiah berupa
makanan (gula-gula) atau alat tulis (pen/pencil). Esei pelajar diperiksa mengikut
perenggan. Setiap perenggan menyumbangkan 4 markah, iaitu 2 markah isi dan 2
markah huraian.
8 Semua hasil pelajar akan disatukan dan ditaip oleh pelajar (bergilir) lalu
diperbanyak untuk dikongsikan kepada semua pelajar. (bergilir)
9 Pembelajaran menggunakan Teknik ABCs ini akan berulang-ulang sehingga pelajar mahir
menggunakan Jadual 1 dan Jadual 2. Pelajar akan diminta membuat esei lengkap
selepas mereka mahir menggunakan Jadual 2.
181
No Nama Pelajar Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
Huraian 2 markah Huraian 2 markah
1 Pelajar 1
2 Pelajar 2 1 2
3 Pelajar 3 1 1
4 Pelajar 4 0 1
5 Pelajar 5 1 2
6 Pelajar 6 2 2
7 Pelajar 7 1 2
8 Pelajar 8 2 2
9 Pelajar 9 1 2
10 Pelajar 10 2 2
11 Pelajar 11 1 2
12 Pelajar 12 0 1
13 Pelajar 13 1 2
14 Pelajar 14 0 1
15 Pelajar 15 2 2
16 Pelajar 16 1 2
17 Pelajar17 0 2
18 Pelajar 18 2 2
19 Pelajar 19 1 2
20 Pelajar 20 1 1
21 Pelajar 21 1 2
22 Pelajar 22 0 1
23 Pelajar 23 2 2
24 Pelajar 24 1 2
25 Pelajar 25 1 1
26 Pelajar 26 1 2
27 Pelajar 27 1 2
28 Pelajar 28 2 2
29 Pelajar 29 1 2
30 Pelajar 30 0 2
1 1
Jadual 5.5.1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Sasaran PUA2
Pemerhatian : Pelajar-pelajar masih binggung untuk mengisi borang tetapi dengan bimbingan
guru pelajar lebih yakin, terutama semasa membentangkan hasil kerja masing-
masing. Pelajar menunjukkan keyakinan semasa menulis ayat idea dan ayat
huraian.
Refleksi : Sepanjang aktiviti dijalankan pelajar-pelajar begitu tekun membina ayat dengan
bimbingan guru. Semasa membuat pembentangan pelajar yakin dengan hasil
kerja masing-masing.
REFLEKSI KAJIAN
Analisis ujian pra dan ujian pos
Setelah Ujian Pra dijalankan, Tindakan intervensi telah dijalankan kepada kumpulan sasaran
yang telah dikenal pasti. Pelajar kemudiannya diajar menggunakan jadual 1 dab jadual 2, ketika
membuat esei. Jadual 5.5.1 menunjukkan perbandingan analisis markah Ujian Pra dan Ujian
Pos kumpulan tersebut.
182
Secara keseluruhan perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos, menunjukkan kumpulan
sasaran yang terlibat telah menunjukkan peningkatan markah dalam huraian esei mereka.
Daripada 30 orang pelajar hanya 4 orang pelajar sahaja yang tidak menunjukkan peningkatan
iaitu pelajar no 2, 19, 24, 30. Manakala 26 orang pelajar yang lain kekal dan menunjukkan
peningkatan dalam markah huraian esei (satu perenggan) mereka.
Jadual 5.5.2 Keputusan Ujian 1 & Percubaan Penggal 1 bagi Mata Pelajaran Pengajian Am,
Kelas PUA2
Bil Nama Ujian 1 Percubaan STPM Catatan
Nama MG MG Sebenar
1 Pelajar 1 26 F 40 C B. ada +
2 Pelajar 2 23 F 38 C- B. ada +
3 Pelajar 3 31 D 18 F B. ada -
4 Pelajar 4 34 D+ 56 B- B. ada +
5 Pelajar 5 64 B 68 B+ B. ada +
6 Pelajar 6 33 D+ 44 C B. ada +
7 Pelajar 7 48 C+ 64 B B. ada +
8 Pelajar 8 34 D+ 52 B- B. ada +
9 Pelajar 9 40 C 50 C+ B. ada +
10 Pelajar 10 53 B- 29 F B. ada -
11 Pelajar 11 43 D+ 69 B B. ada +
12 Pelajar 12 21 F 41 C B. ada +
13 Pelajar 13 23 F 18 F B. ada -
14 Pelajar 14 56 B- 67 B+ B. ada +
15 Pelajar 15 47 C+ 80 A B. ada +
16 Pelajar 16 10 F 43 D+ B. ada +
17 Pelajar 17 29 F 40 C B. ada +
18 Pelajar 18 56 B- 63 B B. ada +
19 Pelajar 19 35 D+ 47 C+ B. ada +
20 Pelajar 20 28 F 33 D+ B. ada +
21 Pelajar 21 20 F 31 D B. ada +
22 Pelajar 22 38 C- 69 B+ B. ada +
23 Pelajar 23 38 C- 35 D+ B. ada -
24 Pelajar 24 22 F 21 F B. ada -
25 Pelajar 25 23 F 67 B+ B. ada +
26 Pelajar 26 60 B 50 C+ B. ada -
27 Pelajar 27 35 D+ 56 B- B. ada +
28 Pelajar 28 53 B- 48 C+ B. ada -
29 Pelajar 29 33 D+ 9F B. ada -
30 Pelajar 30 51 C+ 14 F B. ada -
Pengajaran esei dengan menggunakan jadual ini telah dapat meningkatkan markah huraian
pelajar bagi setiap huraian isi yang dibuat. Pelajar juga lebih fokus menghuraikan isi.
Penggunaan jadual ketika pelajar membuat esei ini menyebabkan esei pelajar menjadi lebih
mantap. Pelajar tidak lagi cenderung membina ayat yang meleret-leret yang menyebabkan
huraian pelajar sukar untuk difahami. Ayat-ayat yang ditulis oleh pelajar dalam huraian esei
mereka lebih pendek menyebabkan strukrut ayat mereka menjadi lebih baik. Esei yang dibina
dengan menggunakan jadual ini menjadikan pelajar mengarang dalam masa yang lebih singkat.
Pelajar dapat mengarang dengan lebih cepat dan hasil esei lebih bermutu dan berkesan.
183
GRED BIL PELAJAR DLM BIL PELAJAR DLM PERUBAHAN
UJIAN 1 PERCUBAAN
A 0 1 +1
A- 0 0 0
B+ 0 4 +4
B 2 3 +1
B- 1 3 +2
C+ 3 4 +1
C 1 4 +3
C- 2 1 -1
D+ 7 3 -4
D 1 1 0
D- 0 0 0
F 10 6 -4
PERATUS LULUS 23% 63% +40
(A-C)
Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa pengajaran dan
pembelajaran. Selepas kajian saya dapat melihat perubahan yang besar pada anak-anak didik
saya antaranya:
i. Perubahan sikap murid dan saya sendiri
Perubahan sikap dapat dilihat dimana sebelum ini adalah amat susah untuk menarik minat pelajar
untuk menghasilkan esei yang baik kerana bagi mereka menulis esei adalah sangat susah
dengan pengetahuan tentang hal ehwal semasa yang terhad. Tetapi setelah saya melaksanakan
Kajian Tindakan saya dapati sikap para pelajar telah berubah sedikit demi sedikit kepada gemar
menulis esei. Kalau sebelum ini apabila saya meminta mereka menghasilkan esei, mereka akan
mengeluh dengan menyatakan … “ala…. Esei lagi cikgu” tapi setelah saya perkenalkan kaedah
penulisan “Teknik ABCs” mereka akan menjawab ...” ok cikgu…mari kita buat ABCs”…
Perasaan saya pada masa itu begitu tersentuh, dan mengingatkan diri saya bahawa untuk
menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran kita mestilah menggunakan kaedah
masing-masing. Saya juga sedar bahawa peranan guru dalam menyampaikan pelajaran bukan
sekadar menghabiskan sukatan pelajaran tetapi berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dan
mereka berminat akan subjek kita.
ii. Perubahan pada pembelajaran murid
Perubahan sikap murid dapat dilihat apabila saya minta mereka menghasilkan esei, mereka akan
menghasilkan esei dengan berpandukan jadual. Sekiranya saya tidak menyediakan jadual kerana
mahu mereka menulis esei lengkap mereka akan memastikan setiap perenggan mematuhi
peraturan jadual kaedah penulisan ”Teknik ABCs” menyatakan Apa, Bagaimana,
Contoh/kesan dan simpul kecil. Mereka lebih bersikap positif dalam menghasilkan esei dan
tidak lagi takut kepada esei.
Berdasarkan Jadual 5.5.2 di atas, terdapat peningkatan pada keputusan akademik pelajar.
Kaedah penulisan esei dengan menggunakan jadual ini banyak membantu pelajar dalam usaha
memperbaiki keputusan peperiksaan mereka kerana pelajar perlu menghasilkan dua esei (50
markah daripada 80 markah) dalam peperiksaan Pengajian Am penggal 1 sebagai contoh.
Kaedah ini perlu diteruskan ke penggal 2 dan penggal 3 untuk membantu pelajar dalam usaha
mencapai keputusan yang lebih baik.
184
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan teknik ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana ini adalah
kaedah paling mudah dan berkesan untuk mengajar kemahiran menulis esei dalam mata
pelajaran Pengajian Am tingkatan 6. Teknik ini adalah perlu diketahui oleh semua pelajar kerana
memang saya akui bahawa untuk menulis esei bukannya mudah dan sekiranya tiada panduan
seperti Jadual ini sudah pastilah esei yang dihasilkan akan terpesong. Para pelajar perlu akur
kepada cara pemarkahan esei subjek Pengajian Am, oleh itu Teknik ABCs adalah teknik yang
dapat membantu pelajar untuk mendapat markah yang baik dalam penulisan esei. Pendedahan
awal adalah perlu supaya para pelajar tidak menghadapi masalah dalam penulisan esei bagi
setiap semester. Markah setiap penggal mesti baik agar para pelajar tidak perlu membuang duit
untuk masa mengulang mata pelajaran Pengajian Am setiap semester. Adalah harapan saya
agar guru-guru Pengajian Am menggunakan Teknik ABCs ini dalam usaha membantu anak didik
kita ke arah kecemerlangan akademik mereka.
RUJUKAN
Mustapha Saud. (2012). Score in STPM Pengajian Am Penggal 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
R. Kuberan, Foo Kok Man & Mohd. Azami Ahmad. (2014). Teks Efektif STPM Pengajian Am
Penggal 1, Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Thurai Raj. (2012). Effective Practice STPM Pengajian Am Penggal 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wang Hong Keng, Mohammed bin Hashim & Goh Xuan Hui. (2014). Teks STPM Pengajian Am
Penggal 1, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
185
LAMPIRAN 1
Soalan Esei dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
1. Lambakan pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai persepsi
negatif dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan
untuk membendung kemasukan meeka ke negara ini. Huraikan.
2. Walaupun sikap perkauman dan prasangka terhadap kaum lain merupakan halangan
pertama bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia, tetapi masih
terdapat halangan lain yang menjejaskan usaha tersebut. Bincangkan.
LAMPIRAN 2
Jadual 1 “Teknik ABCs” menentukan kehendak soalan esei untuk subjek Pengajian Am
STPM
SOALAN:
A (Apa)
Apa isu?
Apa Fokus Soalan?
B (Bagaimana)
Bagaimana Skema?
(5+0) @ (1+4) dan
(2+3) @ (3+2)
C (contoh ayat)
Contoh ayat
gabungan isu dan
fokus soalan.
Jadual 2 Teknik ABCs membina ayat idea dan ayat huraian yang menepati kehendak
soalan untuk subjek Pengajian Am STPM
SOALAN:
A (Apa)
Apa isu?
Apa Fokus
Soalan/idea?
B (Bagaimana)
Bagaimana idea
merupayakan
jawapan) 5W1H
C (Cara @ Contoh)
Masukkan kesan
jika perlu
S (Simpul kecil)
Penegasan Isi
(Jelaslah, Oleh itu,
Tegasnya dll)
186
Jadual 1 “Teknik ABCs” menentukan kehendak soalan esei untuk subjek Pengajian Am STPM
SOALAN:
A
Apa Isu?
Apa Fokus soalan?
B
Bagaimana skema?
(5+0) @ (1+4)
(2+3) @ (3+2)
C
Contoh Ayat
Jadual 2 ”Teknik ABCs” membina ayat idea dan ayat huraian yang menepati kehendak soalan
esei
SOALAN:
A
Apa?
ISU dan IDEA fokus
soalan
B
Bagaimana?
IDEA merupakan
jawapan
C
Cara &Contoh
Masukkan kesan jika
perlu
S
Simpul kecil
Penegasan
Jelaslah, Oleh itu,
Tegasnya dll
Lampiran 3 ( Skim Pentaksiran Pengajian Am)
187
Lampiran 4 (Contoh pengisian Jadual ABCs)
Lampiran 5 (Contoh pengisian Jadual ABCs - sambungan)
Lampiran 6 (Contoh pengisian Jadual ABCs - sambungan)
188