The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycejmg78, 2021-12-05 20:08:54

Buku Kolokium Transformasi

Buku Kolokium Transformasi

Modul PLAM

Rajah 2.3.1

Sebelum Modul PLAM dilaksanakan, tinjauan awal perlu dilaksanakan
iaitu mengenalpasti sasaran, penilaian yang dibuat terhadap responden
dan penetapan target yang perlu dibuat agar objektif dan matlamat
program tercapai. Bagi mengenal pasti sasaran, ujian saringan pemulihan
khas dijadikan sebagai rujukan dalam pemilhan responden dan. Pada
mulanya seramai 25 orang murid tahun 2 yang telah dicalonkan untuk
mengikuti ujian saringan tersebut. Seramai 15 orang yang melepasi ujian
saringan tersebut dan 10 orang tidak melepasi dalam ujian tersebut. Murid
yang tidak melepasi akan menjadi sasaran terlibat dalam program ini.

Senarai nama responden yang terlibat

Rajah 2.4.1
Selain itu, pemilhan responden juga dibuat melalui tahap penguasan
minima dalam pentaksiran bilik darjah matapelajaran Bahasa Melayu.
Tahap penguasaan minima ini juga menjadi isu utama danpunca dalam
pemilihan responden

46

Isu dan punca pemilihan responden

Rajah 2.4.2

Seterusnya, headcount PLAM diwujudkan bagi merekod setiap penilaian ujian
lisan yang dilaksanakan oleh responden. Melalui headcount yang dibuat akan
menghasilkan satu analisis pencapaian yang boleh diukur bagi menunjukan
tahap pencapaian murid.

Headcount PLAM

Rajah 2.4.3

Walaubagaimanapun, setiap program yang ingin dilaksanakan mesti
mendapat tentangan cabaran yang perlu dihadapi. Begitu juga dengan
program PLAM yang dijalankan ini. Antara Cabaran yang dihadapi dalam
menjaya program ini adalah Penularan Covid 19 yang menyebabkan PKP
dilaksanakan dan penutupan sekolah serta merta. Selain itu juga, cabaran
program ini adalah masalah kehadiran murid, murid tidak yakin membaca,
murid jemu dan cepat penat, ganguan talian internet untuk berhubung, dan
tiada interaksi bimbingan bersama guru. Oleh demikian, cabaran-cabaran

47

yang dihadapi dalam program ini boleh menggangu bimbingan dan penilaian
terhadap responden.
3.0 IMPAK /OUTCOMES

Pencapaian yang diperolehi daripada program in iadalah hasil pencapaian
responden yang terlibat melaksanakan Modul PLAM. Hasil kutipan data yang
diperolehi melalui ujian-ujian lisan yang dibuat terhadap responden. Peratus
pencapaian telah diperolehi hasil Analisa yang dibuat berdasarkan
headcount PLAM bagi menentukan sasaran target tercapai. Bermula daripada
Praujian yang dilakukan pada bulan April 2021, keputusan responden dijadikan
sebaga iTOV atau penilaian pertama bagi menentukan kelemahan penguasaan
responden di peringkat awal. Penilaian semasa telah dibuat sehingga bulan Jun,
Peratusan pencapaian adalah 50% responden yang telah berjaya menguasai
kemahiran asas membaca. Walau bagaimanapun penetapan target 80% tidak
tercapai, perkara in iterjadi kerana penutupan sekolah akibat penularan covid 19
berlaku PKP serta merta. Tindakan susulan akan dibua tbagi mencapai target
30% yang belum tercapai.

Headcount PLAM

Rajah 3.1.1

Seterusnya, penggunaan Modul PLAM yang dilaksanakan dirumah mendapat
sambutan yang baik daripada pihak ibubapa responden. Ibubapa atau penjaga
banyak menyatakan bahawa Modul PLAM sangat berguna dalam pembelajaran
anak-anak mereka. Selain itu, mereka dapat menjadikan Modul PLAM sebagai
aktiviti bacaan kepada anak-anak dan mereka menyarankan agarmodul ini dapat
digunakan kepada semua murid tahap 1. Oleh itu, modul ini memberikan impak
yang positifk epada semuapihak yang terlibat terutamanya kepada murid.

48

Modul PLAM dilaksanakan di rumah

Rajah 3.2.1

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Beberapa cadangan yang perlu dilakukandalam program ini adalah
rekabentuk Modul PLAM perlu diceriakan lagi agar dapat menarik minat
responden gemar membaca. Misalnya, menggunakan animasi yang
menarik dan mempelbagaikan warnabagi menceriakan hiasan pada
modul. Modul juga perlud isisipkan video kemahiran membaca dengan
menggunakan QR code bagi memudahkan ibubapa membimbing
responden ketika berada di rumah.
Cadangan seterusnya adalah bimbingan melalui media dalam talian
seperti Google Meet, Zoom, Voice Chart, dan video call whatapps dapat
membantu guru dan responden bersemuka. Dengan carai ini dapat
membantu guru membuat bimbingan secaraberkala. Dilaksanakan
sekurang- kurangnya seminggu 2 kali membimbing responden atas talian.
Taklimat bersama ibubapa setiap bulan juga perlu dilaksanakan.
Tujuannya adalah membantu ibubapa membimbing responden Ketika
berada di rumah dan mereka berhadapan dengan responden. Melalui
taklimat yang diberikan juga dapat memantau pelaksanaan modul Ketika
berada di rumah.

49

5.0 RUMUSAN

Melalui program ini, masalah murid tidak boleh membaca dapat di kurangkan
dikalangan murid-murid di sekolah ini terutamanya murid-murid tahap 1. Jika
ianya tidak dibendung diperingkat awalusia, boleh menyebabkan murid ini
tercicir dalam pembelajaran. Tunggak utama dalam pembelajaran adalah
mahir dalam membaca bagi membantu setiap murid memahami perkara yang
dipelajari. Melalui data yang diperolehi dalam program ini, terdapat banyak
faktor dan punca yang telah dikenalpasti. Guru dan ibubapa perlu memainkan
peranan penting dalam membimbing pembelajaran dan sahsiah murid. Selain
itu, pihak pentadbir, PIBG dan LPS perlu mengenal pasti cara mengatasi isu
atau masalah murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran
membaca. Justeru itu. Semua pihak perlu berkerjasama bagi mengatasi
masalah ini supaya tidak terus berlaku di sekolah. Jika ianya dapat diatasi,
sekolah ini akan melahirkan prestasi murid yang meningkat dalam semua
matapelajaran diajar di sekolah.

6.0 RUJUKAN

Abu Zahari Abu bakar( 1988), Memaham iPsikologi Pembelajaran.

Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib.(1998). Pengajaran
Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi Masa Enterprise. Kajang
Selangor.

Mok Soon Sang (1995), Asas Pendidikan I : Pedagogi Sebagai Suatu Proses.
Terbitan Kumpulan Budiman Bhd. Kuala Lumpur

50

PENGGUNAAN “RANGKAPOLY” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM SAINS SUKAN SEMESTER 2 DALAM TOPIK SISTEM RANGKA DAN

OTOT RANGKA

Mohd Nordin bin Khadis
Pusat Tingkatan Enam SMK. Limbanak, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian adalah bagi membantu pelajar menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dalam topik
anatomi dan fisiologi khususnya berkaitan dengan sub topik sistem rangka dan otot rangka. Hasil
tinjauan awal menunjukkan pelajar tidak dapat menjawab soalan secara lisan mahu pun bertulis
berkaitan dengan sistem rangka dan sistem otot rangka berpunca dari kefahaman dan penguasaan
terhadap topik yang rendah. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Sains Sukan ini,
kaedah pembelajaran berasaskan Game Based Learning (GBL) diaplikasikan. Penggunaan
Rangkapoly memerlukan pelajar melakukan pergerakan berdasarkan nombor dadu yang diperoleh
dan setiap hentian pergerakan pelajar kehendaki mengambil kad pelbagai warna yang mengandungi
soalan sistem rangka dan sistem otot rangka untuk disoal kepada rakan. Seramai 25 orang pelajar
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Sebanyak enam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dalam tempoh dua bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 25-30 minit pada setiap hari
Khamis. Dapatan kajian melalui ujian pertengahan semester dan peperiksaan percubaan semester
dua menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar didapati dapat menjawab soalan berkaitan
dengan topik sistem rangka dan sistem otot rangka dengan baik dan menjadikan topik tersebut lebih
mudah dipelajari dan difahami serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Kaedah ini perlu diteruskan agar dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar
dan menguasai topik anatomi dan fisiologi yang sering disebut sebagai sukar di Semester 2.

Kata Kunci: Sains Sukan, anatomi, fisiologi, sistem rangka, otot rangka, game based learning,
rangkapoly

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Guru kini sedang bertugas dan mengajar di Pusat Tingkatan Enam Limbanak, Penampang, Sabah
dan merupakan guru akademik tingkatan enam yang mengajar subjek Sains Sukan di mana terdapat
25 orang pelajar berumur antara 18 hingga 19 tahun yang terdiri dari 10 orang pelajar lelaki dan 15
orang pelajar perempuan.

Guru telah mengajar mereka sejak dari semester satu sehingga mereka menamatkan pengajian dan
menduduki peperiksaan STPM 2021 yang lepas. Sepanjang proses sesi persekolahan dan pdpc,
guru berusaha mewujudkan hubungan yang baik dan rapat dengan pelajar-pelajar. Guru sentiasa
berharap untuk mempunyai masa yang lebih agar dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar, dan
berpeluang untuk mengetahui latar belakang, kecenderungan dan keperluan para pelajar, selain
berkongsi pengalaman, informasi dan sentiasa mengikuti perkembangan dan potensi para pelajar
(Peyton, 2000).

Banks (2015) menyatakan bahawa latar belakang pelajar yang berbeza, menjadi salah satu
halangan kepada pelajar untuk memenuhi keperluan untuk memahami isi pelajaran yang diajar di
dalam kelas. Berpandukan dari latar belakang pendidikan terdahulu pelajar di peringkat perdana
adalah bukan dari aliran sains, ia telah menjadi salah satu sebab mengapa pelajar tidak boleh
menguasai sepenuhnya topik 6.0 Anatomi dan Fisiologi terutamanya sub topik 6.4 Sistem Rangka
dan sub topik 6.5 Sistem Otot Rangka dalam sukatan pelajaran Sains Sukan Semester Dua yang
rata-rata pelajar menyebutnya sebagai susah hendak diingat dan sukar untuk difahami.

51

Oleh itu adalah sangat penting kepada guru, untuk mencari satu kaedah pdpc yang berkesan yang
boleh membantu pelajar untuk mempunyai kefahaman yang jelas bagi mengatasi masalah pelajar
yang tidak boleh menguasai sepenuhnya topik 6.0 Anatomi dan Fisiologi terutamanya sub topik 6.4
Sistem Rangka dan sub topik 6.5 Sistem Otot

FOKUS KAJIAN

Semasa dalam sesi pdpc, guru mendapati bahawa dari 25 orang pelajar yang mengambil subjek
Sains Sukan di dalam kelas yang diajar mengalami masalah tidak boleh menguasai sepenuhnya
topik 6.0 Anatomi dan Fisiologi terutamanya sub topik 6.4 Sistem Rangka dan sub topik 6.5 Sistem
Otot Rangka. Keupayaan untuk menguasai topik sistem rangka dan sistem otot rangka adalah
bergantung kepada tahap kefahaman pelajar tentang konsep sains biologi dan kekerapan latihan
yang diberikan oleh guru kepada pelajar dan selain dari itu ia juga berkait rapat dengan pengalaman
dan pengetahuan sedia ada yang diperoleh dari pembelajaran lepas semasa di aliran perdana.

Sistem rangka dan sistem otot rangka adalah merupakan salah satu topik yang penting dengan
pemberatan masa pdpc keseluruhan adalah selama 12 jam dan sentiasa menjadi topik pilihan untuk
disoal oleh dalam peperiksaan STPM sebenar dan merupakan sebahagian dari topik yang termasuk
di dalam kerja kursus yang mempunyai pemberatan masa penaksiran selama enam jam, yang perlu
dilaksanakan oleh pelajar di semester dua.

Keupayaan pelajar menguasai topik bukan sahaja sekadar pelajar dapat memahami dan mengingat
berkaitan dengan topik yang dipelajari, tetapi pelajar perlu mengaplikasi dan mengaitkan
pengetahuan yang dipelajari dalam bentuk situasi kerana soalan STPM sentiasa menggunakan
situasi senaman dan sukan sebagai salah satu bentuk penerapan unsur KBAT dalam soalan STPM
semester dua, bagi mengaitkannya dengan topik sistem rangka dan sistem otot rangka.

Kelemahan penguasaan topik sistem rangka dan sistem otot rangka diperoleh berpandukan tinjauan
awal yang telah dijalankan melalui temu bual dan ujian pra, dan mendapati bahawa terdapat pelajar
tidak dapat menjawab soalan secara lisan yang diajukan dan yang paling serius apabila pelajar
bertindak untuk tidak menjawab soalan berkaitan dengan sistem rangka dan sistem otot rangka
dengan membiarkan soalan kosong tidak berjawab dalam ujian pertengahan semester dua. Hal ini
menyebabkan pelajar hilang lapan hingga 23 markah dari 60 markah keseluruhan. Terdapat
keperluan untuk mencari cara penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi untuk membantu
meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar untuk menguasai topik sistem rangka dan otot
rangka serta memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan STPM.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah mempelajari konsep
berkaitan sains dengan mengambil bahagian dalam proses pembelajaran berasaskan permainan
yang dinamakan Rangkapoly dan seterusnya membantu pelajar penguasaan topik sistem rangka
dan sistem otot rangka. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu;

Objektif umum
i. Pelajar dapat menguasai nama dan jenis tulang dan otot rangka.
ii. Pelajar dapat memerihalkan fungsi sistem rangka dan otot rangka.

Objektif khusus
i. Pelajar dapat menjawab 8 dari 10 soalan berkaitan sistem rangka dan otot rangka dengan
betul.
ii. Pelajar memperoleh markah sekurang-kurangnya 6 markah dari 8 markah di bahagian
soalan struktur dan 13 markah dari 15 markah di bahagian soalan esei.

52

KUMPULAN SASARAN

25 orang pelajar yang mengambil subjek sains sukan STPM ambilan 2019/2020 yang berumur
antara 18 hingga 19 tahun yang terdiri dari 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.
Pencapaian mereka dalam ujian pertengahan semester yang tidak memberangsangkan dan
memperoleh markah yang rendah.

PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah

Kajian ini menggunakan kaedah pelaksanaan penyelidikan secara kajian tindakan. Terdapat
beberapa penjelasan berkaitan dengan maksud kajian tindakan. Antara yang menjadi panduan asas
kepada pengertian kajian tindakan, salah satu yang terkenal adalah berdasarkan takrifan oleh
Kemmis dan McTaggart (1988); Kemmis, McTaggart dan Nixon (2013) yang menyatakan bahawa
kajian tindakan adalah merupakan satu bentuk pertanyaan kepada diri penyelidik secara kolektif
yang dilakukan oleh para pengkaji yang mengkaji sesuatu isu dalam ruang litup situasi sosial
sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap rasionalisasi dalam amalan dari aspek sosial,
pendidikan dan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan hendak dilaksanakan.

Selain itu McNiff (2013) turut mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu bentuk pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar tentang amalan-amalan mereka sendiri serta kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan yang kurang berkesan.

Manakala bagi Lomax (1995) pula menjelaskan kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan
adalah berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan kerana guru itu sendiri yang berperanan
sebagai penyelidik itu yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya Sebagai
tambahan, Lomax juga turut menegaskan bahawa kajian tindakan adalah satu usaha dasar yang
penting yang boleh membantu guru untuk melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
Oleh itu dapat dirumuskan bahawa, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru.

Sebagai usaha menjadikan sesuatu kajian tindakan tersebut lebih bermakna dan mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, penggunaan instrumen kajian yang bersesuaian
adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu kajian dan ia juga merupakan alat ukur yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang dikaji. Sebagai tambahan alat ukur yang baik akan
mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak diukur (Majid, 1990). Dalam kajian
ini, instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual tidak berstruktur, ujian pra dan pos topik sistem
rangka dan otot rangka.

Kajian ini bermula dengan masalah pelajar dalam menguasai topik tidak boleh menguasai
sepenuhnya topik 6.0 Anatomi dan Fisiologi terutamanya sub topik 6.4 Sistem Rangka dan sub topik
6.5 Sistem Otot Rangka. Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam topik sistem
rangka dan sistem otot rangka, satu tinjauan awal dilaksanakan untuk mengesan tahap kefahaman
pelajar. Berpandukan refleksi dari pdpc lepas, guru telah membahagikan pelajar kepada dua
kumpulan kecil (berdasarkan pencapaian ujian pertengahan semester dua) di gelung pertama kajian
tindakan.

Oleh itu guru sebagai pengkaji, telah memilih prosedur kajian tindakan ini dilaksanakan dalam satu
kitaran berpandukan proses melaksanakan kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis dan
MacTaggart (1988) yang melibatkan empat peringkat atau langkah, iaitu: Peringkat I : Mereflek,
Peringkat II : Merancang, Peringkat III : Bertindak dan Peringkat IV : Memerhati untuk membentuk
gelung yang pertama.

53

Model Kajian Tindakan Kemmis dan MacTaggart (1988)

Peringkat I:
Mereflek

Peringkat IV: Peringkat II:
Memerhati Merancang

Peringkat III:
Bertindak

Guru telah merancang untuk melaksanakan sesi pembelajaran berasaskan Game Based Lerning
(GBL) atau pembelajaran berasaskan permainan menggunakan kaedah Rangkapoly yang
diadaptasi dari permainan Monopoly. Pelaksanaan intervensi adalah dalam tempoh empat hingga
enam minggu. Pelaksanaan pdpc berasaskan permainan bermula dalam tempoh, dua minggu
sebelum pelajar menduduki ujian pertengahan semester 2. Guru akan membuat pemerhatian dan
menganalisis data terhadap pelaksanaan yang dilakukan dan kembali semula melakukan refleksi
terhadap langkah yang telah diambil terhadap pembelajaran berasaskan permainan di gelung
pertama iaitu dengan melihat prestasi pelajar dalam ujian, pemerhatian terhadap kompetensi dan
interaksi pelajar bagi membolehkan penambahbaikan dibuat di gelung yang berikutnya.

Penilaian semula untuk gelung yang pertama yang mengambil masa selama empat minggu dan dua
minggu dalam gelung ke dua sebagai pengukuhan dan pengayaan kepada intervensi yang
digunakan. Pelajar dipecahkan kepada lima kumpulan kecil yang heterogen dan akan mengikut
melaksanakan proses pembelajaran berasaskan GBL menggunakan kaedah Rangkapoly. Apabila
pencapaian pelajar dalam topik sistem rangka dan otot rangka telah mencapai tahap tertinggi dari
segi min pencapaian digelung yang ke dua, gelung ke tiga (susulan) tidak diteruskan dan
pencapaian pelajar akan diuji dalam peperiksaan percubaan semester dua.

Kaedah GBL menggunakan kaedah Rangkapoly akan melibatkan semua pelajar dalam bentuk
proses pembelajaran aktif. Berdasarkan kajian oleh Anderson, Anderson dan Taylor (2009); Whitton
(2012) kaedah GBL mampu meningkatkan persepsi pelajar yang positif, mempromosikan sikap
positif terhadap pembelajaran dan kemahiran membina memori, dan membantu pelajar membina
suasana pembelajaran yang dibina sendiri dan berkesan untuk membantu pelajar menguasai sistem
rangka dan otot rangka yang dikatakan susah untuk difahami dan diingati dan seterusnya dapat
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam peperiksaan percubaan mahupun dalam peperiksaan
sebenar.

Kaedah GBL menggunakan kaedah Rangkapoly yang digunakan oleh guru mengandungi elemen
pembelajaran kolaboratif, dan turut menggalakkan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar dan kerja
berkumpulan juga dapat menambahkan kemahiran pembelajaran pelajar. Antara kelebihan GBL
yang paling relevan ialah, kaedah GBL merupakan kaedah yang cekap dan berkesan untuk
memotivasi para pelajar, menggalakkan pembelajaran aktif, meningkatkan pelbagai kemahiran yang
berkaitan dengan pelbagai disiplin seperti kemahiran penyelidikan, penyelesaian masalah,
kepimpinan, kerja berpasukan, kreativiti, logik, mengambil keputusan, menyesuaikan diri,
berkomunikasi dan berinteraksi (Liu dan Chen, 2013).

Analisis Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dilakukan dengan berpandukan tinjauan awal yang dilakukan selepas selesai
pdpc topik sistem rangka dan otot rangka, dengan memberikan pelajar 10 soalan latihan yang perlu
pelajar selesaikan semasa pdpc dan dapatan dari tinjauan awal tersebut adalah seperti berikut;

54

Topik Bilangan Bilangan pelajar Jumlah Soalan Yang
Dapat Dijawab
Sistem rangka soalan latihan menjawab soalan
Sistem otot rangka 3
12345 3

5 25 20 15 0 0

5 25 19 8 0 0

Data Tinjauan Awal

Hasil tinjauan awal berdasarkan 10 soalan struktur yang diberikan oleh guru, didapati bahawa hanya
sebilangan pelajar sahaja pelajar menjawab 6 dari 10 soalan yang diberikan, namun jawapan yang
diberikan tidak tepat, dan terdapat meninggalkan soalan kosong tidak berjawab walaupun telah
diberikan masa untuk menjawab soalan selama 1 jam. Bagi mengukuhkan lagi dapatan tinjauan
awal, guru telah melakukan temu bual untuk mendapatkan maklumat, punca pelajar tidak dapat
menjawab soalan dengan tepat dan membiarkan soalan kosong tidak berjawab. Hasil temu bual
mendapati 25 orang pelajar tersebut menyatakan bahawa topik tersebut adalah susah difahami dan
diingati.

Tindakan Menangani Masalah

Kajian ini telah menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan permainan (GBL) untuk menangani
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Setelah membuat pembacaan dan tinjauan
beberapa kajian lepas, menunjukkan bahawa motivasi dan kecekapan pembelajaran dalam
kalangan pelajar dapat dipertingkatkan melalui permainan pendidikan dapat meningkatkan
pengetahuan saintifik para pelajar (Liu dan Chen, 2013).

Guru membuat keputusan memilih kaedah pembelajaran berasaskan permainan dengan
memperkenalkan permainan “Rangkapoly” yang memerlukan pelajar melakukan pergerakan

berdasarkan nombor dadu yang diperoleh dan setiap hentian pergerakan pelajar dikehendaki

mengambil kad pelbagai warna yang mengandungi soalan sistem rangka dan sistem otot rangka

untuk disoal kepada rakan.

Pelajar akan melakukan ulangkaji sebelum bermain Rangkapoly. Rangkaopoly adalah dimainkan
sama seperti permainan Monopoli iaitu melakukan pergerakan berpandukan nombor dadu yang
dilambung, namun Rangkapoly adalah berbeza dari segi isi kandungan, matlamat dan sifat, serta
mempunyai genre tersendiri di papan permainan. Rangkaopoly akan dapat dimainkan oleh para
pelajar selepas selesai pdpc sesuatu topik dan tugasan di dalam kelas hari itu dan hari Khamis
dipilih sebagai hari untuk pelajar bermain Rangkapoly selama 6 kali dalam tempoh 2 bulan selama
25-30 minit.

Peralatan yang digunakan adalah murah dan hanya perlu menyediakan kad manila, dadu, dan kad
pelbagai warna yang mengandungi pelbagai soalan berkaitan dengan topik sistem rangka dan otot
rangka. Cara untuk bermain Rangkapoly adalah sangat mudah dan menyeronokkan. Kaedah
permainan adalah seperti berikut;
1. 25 orang pelajar akan dibahagikan 5 kumpulan
2. Memulakan pergerakan secara bergilir dan mengikut urutan dan pergerakan dilakukan

berdasarkan jumlah nombor dadu yang diperoleh
3. Setiap hentian pelajar akan mengambil kad dan memilih rakan untuk diajukan soalan yang

terdapat di dalam kad
4. Setiap pelajar akan diajukan satu soalan dalam setiap pusingan dan dikehendaki menjawab

soalan yang diajukan dalam tempoh kurang dari 30 saat
5. Kad yang telah diguna pakai untuk menyoal pelajar akan diasingkan dan tidak digunakan lagi

semasa permainan berlangsung
6. Pelajar yang tidak berjaya menjawab soalan dengan tepat atau tidak dapat menjawab soalan,

muka pelajar akan dicalit dengan bedak sejuk cair
7. Pelajar akan bersama-sama menyebut 1, 2, 3 Calit semasa mencalit muka rakan yang tidak

berjaya menjawab soalan.
8. Pelajar yang mempunyai calit yang kurang akan diiktiraf sebagai pemenang dan akan diberikan

hadiah.

55

Kaedah ini akan menjadi pdpc akan lebih menyeronokkan dan pada sesi yang akan datang pelajar
akan lebih bersedia dan akan terdorong untuk membuat ulang kaji sebelum permainan dilaksanakan
pada setiap Khamis dan kaedah ini dipercayai berkesan untuk meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar dalam topik sistem rangka dan otot rangka.

Dapatan Kajian

Tinjauan awal mendapati, punca pelajar sukar pelajar untuk menguasai topik sistem rangka dan otot
rangka disebabkan pelajar tidak memahami konsep sains biologi, tidak boleh mengingati, keliru
dengan jenis dan nama tulang dan juga otot rangka serta tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan
yang dipelajari dan mengaitkannya dalam situasi sukan. Dapatan ini menyokong kajian terdahulu
oleh Senin (2004) berkaitan dengan punca kesukaran pelajar untuk menguasai fakta sains
disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak suka membaca buku atau membuat rujukan sebelum
pengajaran bermula menjadi punca pencapaian rendah dalam subjek tersebut.

Berpandukan tinjauan awal yang dilakukan, pencapaian pelajar sebelum pelajar mengikuti proses
kaedah GBL menggunakan kaedah Rangkapoly, guru mendapati bahawa hanya sebilangan pelajar
sahaja pelajar menjawab 6 dari 10 soalan yang diberikan, namun jawapan yang diberikan tidak
tepat, dan terdapat meninggalkan soalan kosong tidak berjawab walaupun telah diberikan masa
untuk menjawab soalan selama 1 jam. Berdasarkan keputusan dari tinjauan awal tersebut
mengesahkan bahawa terdapat masalah pembelajaran pelajar sukar pelajar untuk menguasai topik
sistem rangka dan otot rangka.

Topik Bilangan Bilangan pelajar Jumlah Soalan Yang
Dapat Dijawab
Sistem rangka soalan latihan menjawab soalan
Sistem otot rangka 3
12345 3

5 25 20 15 0 0

5 25 19 8 0 0

Data Tinjauan Awal

Dapatan ini disokong dengan keputusan ujian pertengahan semester, iaitu pada peringkat awal
pelajar mengikuti proses kaedah GBL menggunakan kaedah Rangkapoly, didapati pada gelung
pertama iaitu selama dua minggu pertama, ujian pertengahan semester dua menunjukkan bahawa
terdapat 5 pelajar yang mendapat gred F (gagal), 2 orang mendapat gred D, 7 orang mendapat gred
C dan C- (lulus) dan 12 orang mendapat gred C+ dan C dan hanya 2 orang mendapat gred B+, B
dan B- dan tidak ada yang mendapat gred A. Jumlah pelajar lulus penuh adalah seramai 14 orang
( 56 %), lulus sebahagian seramai 9 orang ( 36 %) dan gagal seramai 5 orang (2 %).

Ujian Pertengahan Semester Dua

Billangan Gred Gred Gred Gred Gred Gred
Pelajar F
A, A- B+, B, B- C+, C C- D 5
25
02 12 7 2

Jadual Keputusan Ujian Pertengahan Semester Dua

Pada peringkat selepas 6 minggu pelajar mengikuti proses kaedah GBL menggunakan kaedah
Rangkapoly didapati, terdapat perubahan ketara ke atas pencapaian pelajar di dalam peperiksaan
percubaan semester dua, dengan menunjukkan tidak ada pelajar yang gagal dengan mendapat
gred F, hanya 3 orang pelajar mendapat gred C-, 14 orang pelajar mendapat gred C dan C+, 7 orang
pelajar mendapat gred B, B dan B+ dan 2 orang pelajar telah memperoleh gred A, dengan peratus
lulus sebanyak 100 peratus.

Ujian Pertengahan Semester 2

Billangan Gred Gred Gred Gred Gred Gred
Pelajar A, A- D F
B+, B, B- C+, C C- 2 5
25 0
2 12 7

56

Peperiksaan Percubaan Semester 2

Billangan Gred Gred Gred Gred Gred Gred

Pelajar A, A- B+, B, B- C+, C C- DF

25 2 7 14 3 0 0

Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pertengahan Semester 2 dan Peperiksaan

Percubaan Semester 2

Selain dari itu implikasi positif juga dapat dilihat apabila dilihat apabila peningkatan kualiti dan gred
purata subjek sebanyak 2.94 berbanding sebelumnya pada tahap 1.82 dengan peningkatan 1.12.

Ujian Pertengahan Peperiksaan Percubaan

Semester 2 Semester 2

GP 1.82 2.94
Perbezaan - +1.12

Jadual Perbandingan GP: Ujian Pertengahan Semester dan Peperiksaan Percubaan
Semester 2

Berdasarkan temu bual dan pemerhatian guru, didapati terdapat perubahan sikap pelajar yang
positif kesan dari pembelajaran berasaskan permainan (GBL) menggunakan kaedah Rangkapoly
ke atas topik sistem rangka dan otot rangka. Dapatan kajian hasil temu bual dan pemerhatian
menunjukkan bahawa GBL menggunakan kaedah Rangkapoly telah dapat membantu pelajar
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kolaborasi dalam proses pembelajaran mereka,
meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan serta dapat membantu pelajar membina
pengalaman tersendiri dalam pembelajaran mereka dan kesemua pelajar aktif dalam permainan
secara kumpulan (Ad Norazli dan Jamil, 2014; Thomas dan Brown, 2007).

Beberapa pelajar yang dianggap lemah juga memberi respon yang mereka berasa seronok dan
merasa lebih mudah belajar menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan permainan. Ini
menunjukkan GBL menggunakan kaedah Rangkapoly dapat meningkatkan sikap positif pelajar
terhadap pembelajaran mereka. Ini bermakna GBL menggunakan kaedah Rangkapoly merupakan
salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan guru
sebagai pembimbing merupakan sesuatu yang praktikal untuk dilaksanakan bagi memaksimumkan
proses belajar pelajar.

Secara keseluruhan pembelajaran berasaskan permainan (GBL) menggunakan kaedah
Rangkapoly memberikan kesan yang positif ke atas pelajar seperti dapat meningkat kefahaman,
mengurangkan kekeliruan, meningkatkan daya ingatan dan penguasaan pelajar terhadap topik
sistem rangka dan otot rangka dengan harapan akan dapat melihat perubahan yang sangat positif
pada gelung ke dua dan menunjukkan hasil yang sangat memberansangkan dalam keputusan
peperiksaan percubaan semester dua.

Guru sebagai penyelidik merasa amat gembira dan diharap dapat merealisasikan keupayaan dan
potensi pelajar untuk memperoleh gred dalam peperiksaan yang lebih baik dan dapat meningkatkan
kualiti prestasi pelajar dalam subjek Sains Sukan. Guru juga merasa bahawa kaedah pembelajaran
berasaskan permainan (GBL) menggunakan kaedah Rangkapoly boleh diteruskan di masa akan
datang.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Guru selalu berhadapan dengan masalah pembelajaran yang, menunjukkan pelajar tidak
memahami dan tidak menguasai topik yang diajar dan memperoleh skor yang rendah. Pelajar juga
turut yang mengadu kurang berkeyakinan, kurang motivasi dan kehilangan minat dalam belajar.
Oleh itu, guru telah membuat keputusan untuk berubah dan mengambil inisiatif untuk menggunakan
kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan pembelajaran dan
mempromosikan pembelajaran aktif.

57

Proses belajar aktif memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang
dirancang oleh guru mendorong pelajar untuk membuat refleksi dan menjana idea bagaimana
mereka menggunakan idea tersebut (Seng, 2014). Ia juga merujuk kepada proses pdpc melalui
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang memerlukan pelajar mengumpulkan maklumat, berfikir untuk
menyelesaikan masalah. Menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan permainan (GBL)
dijadikan salah satu strategi kreatif untuk menggalakkan pembelajaran aktif sebagai dan juga untuk
memulihkan isu-isu pembelajaran dalam subjek Sains Sukan.

Guru harus membuat pdpc mengikut pemahaman dan keperluan pelajar. Guru harus menilai
pembelajaran dengan cara yang berbeza untuk mengelakkan kesan gaya kognitif dan juga cuba
membuat pelajarnya menyedari kelemahan mereka dalam situasi penilaian dan melatih mereka
strategi penyediaan pelajar menghadapi peperiksaan (Vanderheiden, Donavan, dan Duluth, 2007).

Oleh itu penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan permainan dalam pdpc bukan sahaja sesuai
diaplikasikan dalam subjek Sains Sukan, malah boleh juga diaplikasikan dalam subjek-subjek lain
yang pelbagai bidang dan juga pelbagai peringkat pengajaran kesimpulannya bahawa pembelajaran
berasaskan permainan dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah secara kreatif
dalam Sains Sukan dan ia perlu diteruskan penggunaannya.

RUJUKAN

Ad Norazli & Jamil Ahmad. (2014). Peranan Game-Based Learning Dalam Pembelajaran Bagi
Meningkatkan Prestasi Murid Linus. International Seminar On Global Education
II:Education Tranformation Toward A Develop Nation.

Anderson, B., Anderson, M., & Taylor, T. (2009). New Territories in Adult Education: Game-based
Learning for Adult Learners. Adult Education Research Conference, 0–5. Retrieved from
https://newprairiepress.org/cgi/viewcontent.cgi?article=3747&context=aerc

Banks, J. A. (2015). Multicultural Education, School Reform, and Educational Equality. Opening the
Doors to Opportunity for All: Setting a Research Agenda for the Future (1st ed.). Seattle:
American Institute for Research. Retrieved from www.air.org

Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R. (2013). The Action Research Planner. The Action Research
Planner. http://doi.org/10.1007/978-981-4560-67-2

Liu, E. Z. F., & Chen, P.-K. (2013). The Effect of Game-Based Learning on Students’ Learning
Performance in Science Learning – A Case of “Conveyance Go.” Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 103, 1044–1051. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.430

Lomax, P. (1995). Action research for professional practice. British Journal of In-Service Education,
21(1), 49–57. http://doi.org/10.1080/0305763950210105

McNiff, J. (2013). Action Research: Principles and Practice. (J. McNiff, Ed.) (3rd ed.). New York:
Taylor & Francis Group. http://doi.org/10.1177/0340035206070163

Mohd Majid Konting. (1990). Alat Penyelidikan Pendidikan. In Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Peyton, J. K. (2000). Interactive writing to develope language & literacy. Dialogue Journals, 6.

Retrieved from http://www.cal.org/ncle/DIGEST
Seng, E. L. K. (2014). Investigating teachers’ views of student-centred learning approach.

International Education Studies, 7(7), 143–148. http://doi.org/10.5539/ies.v7n7p143
Whitton, N. (2012). The Place of Game-Based Learning In An Age of Asuterity. In ERIC (Vol. 10,

pp. 249–256). Retrieved from https://eric.ed.gov/?id=EJ985426

58

KAD TEKMEN SPROKON

Connie Laurenco Marlag
Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak, Sabah

ABSTRAK

Inovasi ini meningkatkan kemahiran menjawab soalan Bincangkan dalam kalangan pelajar
Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Tinjauan awal mendapati jawapan pelajar hanya
mengemukakan fakta dan contoh tanpa huraian pro dan kontra fakta yang merupakan unsur
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan Bincangkan merupakan soalan paling popular
dalam peperiksaan Semester 1, 2 dan 3. TEKMEN SPROKON memperkenalkan teknik
mudah menguasai kemahiran menjawab melalui Kad Imbas TEKMEN SPROKON yang
mengandung lima unsur. Setiap unsur dipermudahkan dengan penggunaan kata kunci.
Kumpulan sasar terdiri daripada seramai 16 orang pelajar yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semester 1 STPM 2019. Proses dan pelaksanaan kajian
mengambil masa selama 12 minggu dalam masa 40 minit, dua kali seminggu semasa PdPc.
Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang ketara. Pencapaian pelajar dalam Peperiksaan
STPM Semester 1 menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dengan sejumlah 15/16
orang pelajar lulus penuh atau sekurang-kurangnya C (93.8%, GP: 2.75) dan terus
menunjukkan peningkatan kualiti dalam peperiksaan STPM Semester 2 dengan 12/14 orang
lulus penuh sekurang-kurangnya C (85.7%, GP: 3.10). Kesimpulannya, bahan ini amat
bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan pelajar ke arah meningkatkan prestasi
pelajar.

Kata Kunci: Teknik menjawab, Bincangkan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pertama sekali guru ingin meluahkan rasa kesal guru kerana cara menjawab soalan esei
para pelajar masih terbawa-bawa dengan cara menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), iaitu setiap isi terdiri daripada fakta dan contoh semata-mata. Pelajar juga
sepenuhnya bergantung kepada guru untuk memberi nota dan tunjuk ajar serta enggan
mencabar diri mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat huraian yang
berbentuk penghujahan fakta yang matang dan relevan. Walau bagaimanapun, guru
bermuhasabah diri dan tidak mempersalahkan pelajar sepenuhnya kerana pelajar mempunyai
pelbagai masalah seperti tidak mengambil subjek Kesusasteraan Melayu semasa SPM,
pengaruh telefon bimbit, kurangnya perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, masalah
kewangan, buku rujukan turut membataskan pembelajaran mereka.

Markah rendah Tiada hurraian pro dan kontra
Tiada kemahiran menjawab

Contoh jawapan pelajar sebelum menggunakan TEKMEN SPROKON

59

Guru selalu menegur pelajar “Mana ayat huraian? Kalau soalan Bincangkan kamu perlu
kemukakan huraian berbentuk penghujahan, pro dan kontra bagi fakta. Di tingkatan 6,
cara berfikir mesti menggunakan KBAT. Cuba lagi”
Situasi di atas jelas menujukkan bahawa taraf pemikiran pelajar masih pada tahap yang
rendah dengan hanya belajar berpandukan buku teks dan menghafal. Menurut Wan Zahid
(2003), pendidikan bukanlah untuk menyekolahkan ingatan tetapi untuk menyekolahkan
minda.
Lantaran itu, guru mengambil inisiatif mencari punca masalah yang dihadapi oleh pelajar
ketika belajar Kesussasteraan Melayu Komunikatif dengan menjalankan menjalankan temu
bual. Berikut ialah hasil temu bual.

Jadual 1: Borang Temu bual

Soalan Guru Jawapan Pelajar

Adakah kamu mengambil subjek Kesusasteraan i. Ya (2 orang)
Melayu semasa SPM? ii. Tidak (14 orang)
Apakah subjek elektif yang kamu ambil semasa SPM?
i. Sains Tulen (3 orang)
Adakah kamu meminati subjek Kesusasteraan ii. ICT (3 orang)
Melayu? iii. Ekonomi (2 orang)
Adakah subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini iv. Pendidikan Seni (1 orang)
sukar dipelajari? v. Prinsip Akaun (6 orang)
Apakah masalah yang kamu hadapi ketika belajar vi. Sains Sukan (1 orang)
subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif? i. Ya (4 orang)
ii. Tidak (12 orang)
Apakah masalah yang kamu hadapi ketika menjawab i. Ya (8 orang)
soalan Bincangkan Kesusasteraan Melayu ii. Tidak (8 orang)
Komunikatif? i. Sukar faham
ii. Pengaruh telefon bimbit
Adakah kamu akan bertanya jika tidak faham? iii. Kurangnya perhatian dan
sokongan daripada ibu bapa
iv. Masalah kewangan untuk
membeli buku
i. Sukar menyusun idea
ii. Sukar mengembangkan idea,
iaitu huraian pro dan kontra (KBAT)
yang tepat
iii. Kekangan masa yang tidak
mencukupi
iv. Markah yang rendah
i. Ya (3 orang)
ii Tidak (13 orang) .

Melihat prestasi pelajar dalam peperiksaan awam yang kurang memuaskan walaupun telah
didedahkan dengan cara menjawab yang sebenar, guru bertekad untuk membuat satu kajian
tindakan dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki kelemahan diri guru sekali gus
meningkatkan pemahaman dan penguasaan kemahiran menjawab pelajar agar mampu
meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Guru telah memulakan
kajian dengan melakukan beberapa langkah, iaitu, memeriksa buku latihan, menjalankan
temubual dan ujian. Kemudian guru merancang aktiviti dan kaedah yang akan guru gunakan,
iaitu TEKMEN SPROKON.

60

TEKMEN SPROKON merupakan singkatan kepada Teknik Menjawab Soalan Pro Kontra.
Dalam peperiksaan Kesusasteraan Melayu STPM, pelajar dikehendaki menjawab tiga
daripada enam soalan esei dalam masa dua jam. Antara soalan yang paling kerap disoal ialah
soalan berbentuk Bincangkan. Soalan inilah yang kerap mengelirukan pelajar kerana untuk
menjawab soalan ini pelajar mesti mengemukakan hujahan berbentuk pro dan kontra bagi
fakta yang diberikan. Hujahan pro dan kontra ini memerlukan pelajar menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang selalunya dipandang remeh oleh pelajar. Hal ini
bersesuaian dengan pendapat Chew Fong Feng dan Munir dan Azlena (2003), menyatakan
aktiviti berfikir sebagai suatu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai namun sering kali
dipandang enteng. Pelajar selalunya hanya mengemukakan fakta dan contoh tanpa
mengemukakan sebarang huraian hujahan pro dan kontra bagi setiap isi atau fakta yang
dikemukakan. Kesannya pelajar akan kehilangan dua markah bagi setiap perenggan isi.
Bayangkan jika soalan tersebut merupakan soalan tunggal yang memperuntukkan 25 markah
dengan sejumlah 20 markah untuk bahagian isi. Untuk lebih jelas, perhatikan perincian
pemarkahan isi di bawah:

Isi : 20 markah (5 isi × 4 markah)
Fakta : 1 markah
Huraian : 2 markah
Contoh : 1 markah

(*Huraian isi MESTI dalam bentuk hujahan pro dan kontra fakta.
Calon yang gagal mengemukakan hujahan akan kehilangan markah huraian)

Berdasarkan perincian di atas, jelas menunjukkan bahawa jika pelajar gagal mengemukakan
huraian pro dan kontra bagi setiap fakta (dalam hal ini lima fakta), maka pelajar akan
kehilangan sejumlah 10 markah untuk satu soalan tunggal. Jika pelajar gagal mengemukan
huraian pro dan kontra bagi tiga set soalan tunggal, pelajar akan kehilangan 30 markah.
Dalam hal ini, pelajar berrisiko tinggi untuk gagal dalam peperiksaan bagi subjek ini.

Menyedari hal yang bakal menjejaskan masa depan pelajar, guru bertekad akan membantu
memudahkan penguasaan kemahiran menjawab pelajar melalui TEKMEN SPROKON.
Langkah-langkah yang seterusnya akan diterangkan dalam perenggan-perenggan yang
berikutnya.

Sepanjang kajian ini guru telah menyedari tentang pentingnya Kajian Tindakan, iaitu
mengeluarkan dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan
professional khususnya dalam menguji diri sendiri dan mengembangkan idea-idea baru
tentang amalan tersebut. Oleh itu, guru akan mempunyai hak milik (ownership) dalam
memperkenalkan amalan-amalan yang efektif.

Guru mengajar subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif di kelas PU2R yang terdapat 14
orang pelajar berumur antara 18 hingga 19 tahun yang terdiri dari tiga (4) orang pelajar lelaki
dan sebelas (12) orang pelajar perempuan. Guru sentiasa mewujudkan hubungan baik dan
mesra dengan pelajar kerana percaya bahawa hubungan baik antara guru dan pelajar akan
memudahkan pelajar menerima isi PdPc yang disampaikan. Hubungan baik antara guru dan
pelajar memudahkan guru mengenali latar belakang setiap pelajar yang sememangnya
berbeza.

Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu

61

dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, guru-guru harus memahami perkara ini dalam kalangan
pelajar-pelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Banks (2015) menyatakan bahawa latar belakang pelajar yang berbeza, menjadi salah satu
halangan kepada pelajar untuk memenuhi keperluan untuk memahami isi pelajaran yang
diajar di dalam kelas. Berpandukan dari latar belakang pendidikan terdahulu pelajar di
peringkat SPM di mana daripada seramai 16 orang pelajar yang mengambil subejk
Kesusasteraan Melayu Komunikatif, hanya dua orang pelajar yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu semasa SPM. Selebihnya tidak mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu semasa SPM dengan tiga orang daripadanya ialah darii aliran sains. Faktor ini telah
menjadi salah satu sebab pelajar tidak boleh menguasai sepenuhnya subjek Kesusasteraan
Melayu Komunikatif. Rata-rata pelajar merungut bahawa teknik menjawab soalan esei
Kesusasteraan Melayu Komunikatif amat sukar kerana memerlukan penghujahan fakta yang
tepat dan matang yang memerlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis sedangkan di
peringkat SPM mereka hanya perlu mengemukakan fakta dan menghuraikan contoh. Oleh
itu, guru perlu mencari satu kaedah PdPc berkesan yang boleh membantu pelajar untuk
mempunyai kefahaman yang jelas tentang teknik menjawab bagi mengatasi masalah pelajar
yang tidak boleh menguasai sepenuhnya kemahiran menjawab soalan esei Kesusasteraan
Melayu Komunikatif.

FOKUS KAJIAN

Kajian dijalankan adalah berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran menjawab soalan
esei berbentuk perbincangan melalui TEKMEN SPROKON. sekali gus meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Kajian ini adalah penting untuk membantu
pelajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM membina jawapan yang tepat, dengan
mengemukakan fakta yang tepat, penghujahan huraian yang matang, contoh yang relevan,
dan kesimpulan idea yang jelas dengan menggunakan kaedah TEKMEN SPROKON.
Membina jawapan yang tepat, mantap, dan matang sememangnya memerlukan kemahiran
berfikir, menulis dan keyakinan diri yang tinggi. Sekiranya pelajar gagal mengemukakan
huraian penghujahan yang mantap dan matang, tidak mustahil pelajar akan hilang minat untuk
belajar kerana menganggap subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif sebagai subjek yang
sukar.

Semasa sesi PdPc, guru mendapati bahawa hanya dua (2) daripada 16 orang pelajar
yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif semasa di Tingkatan 5.
Keupayaan untuk menguasai kemahiran menjawab bergantung kepada tahap kefahaman
pelajar tentang teknik menjawab yang jelas dan mudah difahami. Kekerapan latihan yang
diberikan oleh guru kepada pelajar selain bimbingan secara berterusan yang diberikan oleh
guru akan membantu memudahkan pemahaman dan penguasaan kemahiran menjawab
soalan esei Kesusasteraan Melayu Komunikatif dalam kalangan pelajar.

Soalan esei merupakan merupakan bentuk soalan Kesusasteraan Melayu Komunikatif
STPM dalam setiap semester dengan pemberatan markah sebanyak 25 markah bagi setiap
soalan dan pelajar wajib menjawab tiga soalan esei dalam tempoh masa dua (2) jam. Soalan
esei ‘Bincangkan” merupakan paling popular dalam peperiksaan Kesusasteraan Melayu
Komunikatif STPM sebenar.

Keupayaan pelajar menguasai teknik menjawab yang betul akan membantu penguasaan
kemahiran menjawab pelajar dalam mengemukakan fakta yang tepat, penghujahan yang
matang, contoh yang relevan dan penegasan idea yang sesuai. Pelajar perlu menguasai
teknik menjawab yang betul agar dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut ketika menjawab
soalan STPM.

Kelemahan penguasaan kemahiran menjawab diperoleh berpandukan tinjauan awal
yang telah dijalankan melalui semakan buku latihan dan ujian pra. Penyelidik mendapati
bahawa terdapat pelajar yang tidak dapat menjawab soalan secara lisan yang diajukan dan
yang lebih menyedihkan ialah apabila pelajar gagal mengemukakan huraian fakta yang

62

berbentuk penghujahan, iaitu huraian pro dan kontra bagi fakta yang diberikan. Hal ini
menyebabkan pelajar hilang 10 hingga 30 markah daripada 75 markah keseluruhan. Oleh itu
keperluan guru untuk mencari cara penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi adalah tinggi
bagi membantu memaksimumkan kefahaman dan keupayaan pelajar untuk menguasai
kemahiran menjawab soalan esei Bincangkan agar memperoleh markah yang baik dalam
peperiksaan STPM.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menjawab
soalan esei dalam subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Objektif kajian ini
terbahagi kepada dua, iaitu;

Objektif umum
i. Pelajar dapat menyatakan huraian pro dan kontra yang tepat bagi fakta yang
dikemukakan.

Objektif khusus
i. Pelajar dapat menguasai kemahiran menjawab soalan berbentuk Bincangkan.
ii. Pelajar memperoleh sekurang-kurangnya 12 markah daripada 16 markah (soalan
pecahan) dan 20 markah daripada 25 markah (soalan tunggal)

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 16 orang pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu Komunikatif STPM 2019 yang berumur antara 18 hingga 19 tahun yang terdiri dari
empat (4) orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Pencapaian mereka dalam
ujian pertengahan semester yang tidak memberangsangkan dan memperoleh markah yang
rendah.

PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah

Transformasi sistem pendidikan negara yang bermula pada tahun 2011 menekankan konsep
pengajaran pemikiran kritis dan kreatif dalam pelaksanaan penyoalan KBAT kepada sekolah-
sekolah di seluruh Malaysia (Chew Fong Peng dan Sashipriya Nadaraja, 2014). Perubahan
ini juga merupakan satu bentuk transformasi dalam bidang pendidikan di Malaysia dengan
memberi fokus kepada pemikiran kritis, kreatif dan inovatif (Sharifah Nor, 2012). Malangnya
sebahagian besar pelajar sasaran tidak menguasai kemahiran berfikir kritis dan kreatif
sehingga gagal mengemukakan huraian penghujahan pro dan kontra yang berbentuk KBAT
bagi soalan yang dikemukakan. Dalam usaha membentuk pelajar yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis, guru telah menjalankan penyelidikan secara kajian tindakan.. McNiff (2013)
mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu bentuk pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih
sedar tentang amalan-amalan mereka sendiri serta kritis terhadap amalan-amalan tersebut
dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan yang kurang berkesan.

63

Peringkat I:
Mereflek

Peringkat IV: Peringkat II:
Memerhati Merancang

Peringkat III:
Bertindak

Model Kajian Tindakan Kemmis dan MacTaggart (1988)
Kemmis dan McTaggart (1988); Kemmis, McTaggart dan Nixon (2013) menyatakan bahawa
kajian tindakan adalah merupakan satu bentuk pertanyaan kepada diri penyelidik secara
kolektif yang dilakukan oleh para pengkaji yang mengkaji sesuatu isu dalam ruang litup situasi
sosial sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap rasionalisasi dalam amalan dari
aspek sosial, pendidikan dan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan hendak
dilaksanakan. Kemmis dan MacTaggart (1988) yang melibatkan empat peringkat atau
langkah, iaitu: Peringkat I : Mereflek, Peringkat II : Merancang, Peringkat III : Bertindak dan
Peringkat IV : Memerhati untuk membentuk gelung yang pertama.

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual,
ujian pra dan pos, dan soal selidik.

Jadual 2 : Kaedah Mengutip Data

Langkah Cara Kumpulan Tujuan
Langkah 1: Penilaian Sasaran
Langkah 2: 16 orang Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
Pemerhatian pelajar dalam menjawab soalan berbentuk
(Semakan pelajar PU2R perbincangan
latihan) Temubual dijalankan untuk mengenal pasti
Temubual 16 orang masalah-masalah yang dihadapi pelajar
pelajar PU2R ketika belajar Kesusasteraan Melayu
Langkah 3: Ujian Pra Komunikatif.
Langkah 4: (Peperiksaan 16 orang Bertujuan untuk mengenal pasti masalah
Pertengahan pelajar PU2R yang dihadapi ketika menjawab soalan esei
Semester 1) Bincangkan.
Ujian Pos
(Peperiksaan 16 orang Bertujuan untuk menguji keberkesanan
Percubaan pelajar PU2R TEKMEN SPROKON dalam membantu
Semester 1)
pelajar menjawab soalan esei Bincangkan.

Langkah 5: Soal selidik 16 orang Bertujuan untuk mendapatkan maklum
pelajar PU2R balas penguasaan kemahiran menjawab
sebelum dan selepas TEKMEN SPROKON
diperkenalkan.

64

Langkah 6: Peperiksaan 16 orang Bertujuan untuk menguji keberkesanan
Langkah 7: STPM pelajar PU2R TEKMEN SPROKON dalam membantu
Semester 1 pelajar menjawab soalan esei Bincangkan.
Peperiksaan 14 orang Bertujuan untuk menguji keberkesanan
STPM pelajar PU2A TEKMEN SPROKON dalam membantu
Semester 2 pelajar menjawab soalan esei Bincangkan.

Analisis Tinjauan Masalah
Hasil pemerhatian, ujian pra dan pos, dan soal selidik yang dijalankan berikut ialah analisis
tinjauan masalah yang telah dikenal pasti.

Jadual 3: Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara Kumpulan Masalah telah dikenal pasti
Langkah 1:
Langkah 2: Penilaian Sasaran

Langkah 3: Pemerhatian 16 orang Pelajar gagal menulis jawapan yang
Langkah 4:
Langkah 5: (Semakan pelajar mengandung huraian berbentuk hujahan pro dan
Langkah 6:
Langkah 7: latihan) PU2R kontra yang memerlukan Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi.

Temubual 16 orang i. Hanya dua orang pelajar yang mengambil

pelajar subjek Kesusasteraan Melayu semasa SPM

PU2R 2017

ii. Hanya tiga orang pelajar yang meminati

subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif

iii. Hanya tiga orang pelajar yang akan bertanya

jika tidak faham.

iv. Antara masalah yang dihadapi pelajar:

- Tiada perhatian dan sokongan daripada ibu

bapa

- Pengaruh telefon bimbit

- Masalah kewangan : Tidak mampu membeli

buku rujukan.

Ujian Pra 16 orang Seramai 14 orang pelajar tidak dapat menulis

pelajar huraian berbentuk hujahan pro dan kontra yang

PU2R tepat bagi fakta.

Ujian Pos 16 orang Dua orang pelajar tidak dapat menulis huraian

(Peperiksaan pelajar berbentuk hujahan pro dan kontra yang tepat

Percubaan PU2R bagi fakta.

Semester 1)

Soal selidik 16 orang Semua pelajar (16/16) bersetuju bahawa

pelajar TEKMEN SPROKON meningkatkan

PU2R penguasaan kemahiran menjawab mereka.

STPM 16 orang Semua pelajar (16/16) dapat menjawab soalan

Semester 1 pelajar berbentuk perbincangan

PU2R

STPM 14 orang Semua pelajar (16/16) dapat menjawab soalan

Semester 2 pelajar berbentuk perbincangan

PU2A

65

Analisis Soal Selidik
Pelajar memberikan maklum balas positif dan membina terhadap soal selidik yang diberikan.

Skala Likert: 1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
3- Kurang setuju
4- Setuju
5- Sangat setuju

BIL SKALA 1 2 3 45
ITEM (BILANGAN MURID)

1 Sebelum TEKMEN SPROKON diperkenalkan saya sukar 0 0 0 0 16
menjawab soalan Bincangkan.
16 0 0 0 0
2 Soalan Bincangkan mudah dikuasai walaupun tanpa
TEKMEN SPROKON

3 Saya lebih mudah memahami teknik menjawab soalan 0 0 0 5 11
Bincangkan selepas guru memperkenalkan TEKMEN
SPROKON

4 Saya lebih menguasai kemahiran menjawab soalan 0 0 0 5 11
Bincangkan selepas guru memperkenalkan TEKMEN
SPROKON

5 Saya dapat menyususn idea dengan baik dan lancar 0 0 0 4 12
menggunakan TEKMEN SPROKON

6 Saya dapat menjimatkan masa menjawab dengan
menggunakan TEKMEN SPROKON

7 Saya akan menggunakan TEKMEN SPROKON setiap 0 0 0 0 16
kali menjawab soalan Bincangkan.

8 TEKMEN SPROKON mampu meningkatkan prestasi 0 0 0 7 9
saya dalam peperiksaan

Jadual 4 : Dapatan Soal Selidik

Tindakan Menangani Masalah
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, pelajar kurang dan lemah dalam
penguasaan kemahiran menjawab soalan esei Bincangkan. Hal ini demikian kerana
sebahagian besar pelajar, iaitu 87.5 % tidak mengambil subjek Kesusasteraan Melayu di
peringkat SPM, kurangnya perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, dan kekurangan buku
rujukan. Hal ini ditambah lagi dengan sikap pelajar yang menjadikan menghafal sebagai
budaya belajar. Dan tidak menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk
diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan.Sashipriya Nadraja (2014) menyatakan
bahawa masalah kemahiran berfikir ini adalah kelemahan utama dalam sistem negara di
mana sistem yang sedia ada hanya melahirkan pelajar yang kurang berkemampuan dalam
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pemikiran kritikal dalam konteks di luar akademik.
Oleh itu, guru berasa amat bertanggungjawab untuk memberikan didikan dan bimbingan yang
terbaik kepada semua pelajar khususnya dalam kemahiran menjawab soalan Bincangkan.
Untuk mengatasi masalah ini, kaedah TEKMEN SPROKON diperkenalkan untuk
melaksanakan kajian ini.
a. Guru menyediakan kad imbas TEKMEN SPROKON menggunakan kertas A4 berwarna.
b. Satu perenggan isi contoh jawapan lengkap yang menggunakan TEKMEN SPROKON turut
dicetak pada kertas A4 warna berbeza. (Penggunaan warna dalam kehidupan penting
sebagaimana yang dinyatakan oleh Tony Buzan bahawa “People are 80% likely to remember
what they read if it’s in colour.”)

66

c. Sebelum masuk ke kelas, guru kan memastikan bahawa kad imbas dan contoh jawapan
lengkap TEKMEN SPROKON mencukupi untuk setiap murid.

Jadual 5 : Langkah-langkah Pendedahan TEKMEN SPROKON
Langkah 1 Guru memberi kad imbas dan contoh set jawapan lengkap TEKMEN SPROKON
Langkah 2 Guru meminta pelajar membandingkan kad imbas TEKMEN SPROKON

dengan contoh set jawapan lengkap yang menggunakan TEKMEN SPROKON
Langkah 3 Guru mengemukakan soalan dan meminta pelajar membina jawapan lengkap

berpandukan bingkai TEKMEN SPROKON .
Langkah 4 Pelajar membentangkan jawapan di hadapan kelas - Sumbang saran.
Langkah 5 Guru kemukakan jawapan sebenar.
Langkah 6 Latihan Pengukuhan

Jadual 6 : Langkah-langkah Penggunaan TEKMEN SPROKON
Langkah 1 Kemukakan fakta
Langkah 2 Huraikan kepentingan fakta (Huraian Pro)
Langkah 3 Ramalkan peristiwa yang berlaku jika fakta tidak diamalkan. (Huraian Kontra)
Langkah 4 Contoh peristiwa
Langkah 5 Kesimpulan Kecil (Penegasan idea/Pengukuh huraian KBAT)

Sebelum Penggunaan TEKMEN SPROKON SemasaPenggunaan TEKMEN SPROKON

67

SemasaPenggunaan TEKMEN SPROKON

Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu dalam masa 40 minit, dua
kali seminggu semasa PdPc. Guru membimbing pelajar menggunakan bingkai TEKMEN
SPROKON. Pelajar telah menjalani Ujian Pos dua minggu selepas TEKMEN SPROKON
diperkenalkan dan Peperiksaan STPM Semester 1 pula dijalankan lima (5) minggu selepas
Ujian Pos.

Berdasarkan pemerhatian guru, TEKMEN SPROKON berjaya membantu pelajar
menguasai kemahiran menjawab soalan esei Bincangkan. Pelajar melibatkan secara aktif
dalam PdPc untuk menjawab soalan guru dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai skor markah yang baik semasa Program Tekad Cemerlang (latih tubi menjawab
soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain). Pelajar juga berusaha menyiapkan jawapan
mengikut standard masa yang ditetapkan, iaitu 40 minit bagi setiap soalan.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
Penguasaan kemahiran menjawab pelajar
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah guru lalui ini pelbagai pengalaman yang
guru peroleh terutamanya semasa PdPc. Selepas kajian ini guru dapat melihat perubahan
yang besar dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah para pelajar menunjukkan peningkatan
penguasaan kemahiran menjawab soalan Bincangkan. Jika sebelum ini pelajar hanya
mengemukakan fakta dan contoh dalam perenggan isi dan gagal mengemukakan huraian
yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi, namun selepas pelaksanaan TEKMEN
SPROKON, pelajar didapati dapat menguasai kemahiran menjawab soalan Bincangkan.
Pelajar didapati melibatkan diri dalam aktiviti PdPc KBAT yang membantu mereka
menyelesaikan masalah dengan cepat, cenderung memberi pendapat sendiri, mampu menilai
hasil kerja rakan lain, dan mengaitkan teknik KBAT dalam kehidupan harian. Dalam hal ini,
pelajar didapati dapat mengasah minda mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir kritis
dan kreatif dalam mengemukakan huraian pro dan kontra bagi setiap fakta yang dikemukakan.
Yahya (2014) menyimpulkan bahawa pelaksanaan KBAT dalam PdPc berupaya melahirkan
murid yang mampu berfikir dengan konsisten, berkesan, mendalam dan produktif.

Penguasaan kemahiran menjawab ini dapat dilihat melalui perubahan perkembangan idea
pelajar yang di bawah:

68

SEBELUM TEKMEN SPROKON Latihan SELEPAS TEKMEN SPROKON
(Markah 2/4) PdPc (Markah 4/4)

Ujian Pra SEBELUM (Markah5/25) Ujian Pos SELEPAS (Markah 24/25)

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan TEKMEN SPROKON dan kaedah
pengajaran teks andaian, iaitu strategi untuk meningkatkan kefahaman kesedaran tentang
struktur cerita dan perbendaharaan kata murid, banyak meningkatkan keyakinan diri, daya
ingatan, pemahaman, dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran menjawab. Hal ini selari
dengan pendapat Ernest Balajthy dan Sally Lipa-Wade (2003) yang menyatakan bahawa
kaedah pengajaran teks andaian yang dibina oleh Wood (1988) yang mengajar murid
membaca melalui ramalan merupakan strategi mental yang penting untuk murid mempunyai
kemahiran membaca. Strategi ini menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada
mereka, memberikan tumpuan kepada perbendaharaan kata yang penting, mengaitkan
hubungan, membentuk imej visual, dan menggunakan ramalan untuk membina pemikiran
aktif mengenai teks yang dibaca. Strategi ini membantu pelajar agar lebih kritikal akan struktur
cerita dan memberi penjelasan atau huraian bagi fakta yang terdapat di dalam teks.

69

Peningkatan Prestasi Pelajar

Ujian Pra dan Ujian Pos yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan yang ketara. Daripada
sejumlah 62..5% pelajar lulus penuh dalam Ujian Pra, jumlah ini meningkat kepada 100 %
lulus penuh dalam Ujian Pos. Jumlah gagal dalam Ujian Pra, iaitu 37.5% berjaya disifarkan
dalam Ujian Pos. Hal ini demikian kerana semasa Ujian Pra dijalankan, para pelajar belum
mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan berbentuk perbincangan. Ujian
Pasca berjaya menunjukkan peningkatan kerana pelajar telah didedahkan dengan teknik
menjawab soalan perbincangan yang sebenar.

Setelah lapan minggu menggunakan TEKMEN SPROKON, perubahan yang ketara dapat
dilihat dalam Peperiksaan STPM Semester 1, iaitu daripada 62.5 % lulus (Ujian Pra) kepada
93.8% lulus. Seramai enam orang pelajar mendapat B+, dua orang mendapat B, seorang
mendapat B-, lima orang mendapat C+, dan seorang mendapat C. dan hanya seorang pelajar
yang lulus sebahagian dengan memperoleh gred C-. Pelajar ini merupakan pelajar yang kerap
tidak hadir ke sekolah kerana masalah pengangkutan kerana tinggal agak jauh dari sekolah.
Sebagai guru,pengkaji sentiasa memastikan pelajar ini tidak ketinggalan dalam mempelajari
TEKMEN SPROKON dengan menerangkan cara menggunakan kad imbas TEKMEN
SPROKON melalui pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp. Perbincangan secara
bersemuka dengan pelajar guru lakukan sebaik-baik sahaja pelajar hadir ke sekolah.
Prestasi pelajar semakin menunjukkan peningkatan kualiti dalam peperiksaan sebenar STPM
Semester 2. yang mencatatkan peratus lulus 85.71%. Daripada sejumlah 14 orang pelajar
(sebelumnya 16 orang namun dua orang telah berhenti sekolah di awal semester 2), seramai
tiga orang mendapat A, tiga orang mendapat A-, dua orang mendapat B+, seorang mendapat
B, dan dua orang mendapat B-. Hanya dua orang yang mendapat C- (Lulus Sebahagian) dan
tiada pelajar yang gagal (.memperoleh gred F).

Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Pos, Peperiksaan STPM

GRED BILANGAN PELAJAR

A Ujian Pra Ujian Pos Peperiksaan Peperiksaan
A-
B+ (Peperiksaan (Peperiksaan Sebenar STPM Sebenar STPM
B
B- Pertengahan) Percubaan) Semester 1 Semester 2
C+
C 00 0 3
C-
D+ 00 0 3
D
F 00 6 2
Lulus
Penuh 13 2 1
Lulus
Sebahagian 32 1 2

34 5 1

37 1 2

10 1 0

40 0 0

00 0 0

10 0 0

10/16 16/16 15/16 12/14

(62.5) (100 %) (93.8) (85.7)

5/16 0 1 2/14

(31.5 %) (0%) (6.2 %) (14.3)

Semester 1 dan Peperiksaan STPM Semester 2

70

Impak positif juga terlihat melalui peningkatan kualiti dan gred purata sebanyak 0.55, iaitu
daripada 2.20 (Ujian Pra) kepada 2.35 (Ujian Pos), dan terus meningkat .kepada 2.75 dalam
Peeperiksaan STPM Semester 1 dan meningkat lagi kepada 3.10 dalam Peeperiksaan STPM
Semester 2. Pencapaian Peperiksan STPM Semester 2 ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 0.90 berbanding Ujian Pra dan sebanyak 0.35 berbanding STPM Semester 1.

Jadual 5 : Perbandingan Gred Purata Ujian Pra, Pos, Peperiksaan STPM Semester 1
dan Peperiksaan STPM Semester 2

Gred Ujian Pra Ujian Pos Peperiksaan Peperiksaan
Purata (Peperiksaan (Peperiksaan STPM STPM
Perbezaan Pertengahan) Percubaan)
Semester 1 Semester 2
2.20 2.35 2.75 3.10

- +0.15 +0.55 +0.90

Guru berasa amat yakin bahawa penggunaan TEKMEN SPROKON yang merangsang
kemahiran berfikir kriitis dan kreatif menjadi pelajar dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaian mereka dalam subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Hal ini selari dengan
pandangan Yahya (2014) yag menjelaskan penguasaan dan amalan terhadap kemahiran
berfikir menjadi sangat penting bagi membina dan membentuk kualiti murid yang mampu
bersaing di pentas global yang kian mencabar. Dalam sesuatu PdPc, pastinya penyoalan ialah
elemen yang tidak dapat lari daripada penyoalan seseorang guru. Hal ini kerana teknik
penyoalan sememngnya tergolong dalam proses PdPc sehinggakan teknik ini mnjdi nadi dan
paling diminati dalm sesuatu pengajaran

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Kesimpulannya, penggunaan TEKMEN SPROKON dapat memenuhi objektif kajian selain
memberi impak yang positif kepada prestasi dan pencapaian pelajar Kesusasteraan Melayu
Komunikatif Semester 1 & Semester 2. Oleh itu, guru akan mengekalkan penggunaan
TEKMEN SPROKON pada setiap semester demi mencapai prestasi 100% lulus sekali gus
meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Guru juga bercadang
untuk membukukan hasil jawapan pelajar untuk rujukan pelajar.

71

RUJUKAN

Banks, J. A. (2015). Multicultural Education, School Reform, and Educational Equality.
Opening the Doors to Opportunity for All: Setting a Research Agenda for the Future
(1st ed.). Seattle: American Institute for Research. Retrieved from www.air.org

Chew Fong Peng & ShashipriyaNadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif
dan Kritis dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah Menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2) : 10-24.

Ernest Balajthy dan Sally Lipa-Wade. (2003). Struggling Readers: Assessments and
Intructions In Grade K-6. New York : The Guilford Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putra Jaya,
Percetakan Nasional Malaysia. Bhd.

Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R. (2013). The Action Research Planner. The Action
Research Planner. http://doi.org/10.1007/978-981-4560-67-2

Khairul Yusri (2007). In Noraini Juhary. Kepelbagaian Pelajar. Diperoleh pada 11 April
2019.

Lomax, P. (1995). Action research for professional practice. British Journal of In-Service
Education, 21(1), 49–57. http://doi.org/10.1080/0305763950210105

McNiff, J. (2013). Action Research : Principles and Practice. (J.McNiff, Ed.) (3rd ed.). New
York : Taylor & Francis Group. http://doi.org.10.1177/0340035206070163 daripada
http://www.academia.edu

Mohd. Majid Konting.(1990). Alat Penyelidikan Pendidikan. In Kaedah Penyelidikan
Pendidikan.

Nathesan S. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Edisi kedua.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peyton, J. K. (2000). Interactive writing to develope language & literacy. Dialogue Journals,
6. Retrieved from http://www.cal.org/ncle/DIGEST

Seng, E. L. K. (2014). Investigating teachers’ views of student-centred learning approach.
International Education Studies, 7(7), 143–148. http://doi.org/10.5539/ies.v7n7p143

Sharifah Nor Puteh. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2 (2) :
19-31

Wan Zahid Mohd. Noordin. (2003). Guru Cemerlang : Satu Perspektif. Kertas Kerja.
Konvensyen Pendidikan Guru Kebangsaan. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Yahya Othman. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Bahasa Melayu : Peranan
Guru dalam Zamri Mahamod et.aql (pnyt.). Prosiding Seminar Pascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga, 7-14. Bangi :
Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

72

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL “KITA BACA” DAN PENGLIBATAN IBUBAPA
UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1

WIRA KETIKA PANDEMIK COVID-19

Noraini Ombi
Sekolah Kebangsaan Penampang
Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang,

89500 Penampang, Sabah.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul bacaan dan penglibatan ibu bapa
untuk meningkatkan kemahiran bacaan dalam kalangan murid- murid Tahun 1 Wira semasa
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Kajian tindakan ini melibatkan 34
orang murid, 34 orang ibu bapa danseorang guru. Tinjauan awal telah dibuat ke atas keputusan ujian
diagnostik dan temubual ibu bapa. Hasil keputusan ujian diagnostik pada awal tahun mendapati
purata konstruk yang dikuasai murid Tahun 1 Wira ialah pada konstruk 2 ke bawah iaitu seramai 18
orang murid, konstruk 4 ke atas seramai 14 orang murid dan hanya2 orang murid menguasai
konstruk 12. Hasil temubual terhadap ibu bapa pula mendapati bahawa mereka tidak mempunyai
pengetahuan untuk membimbing anak- anak menguasai kemahiran bacaan semasa berada di
rumah. Berdasarkan maklumattersebut, pengkaji telah mengambil pendekatan untuk menyediakan
modul bacaan yang disusun merangkumi konstruk 1 sehingga konstruk 12. Bimbingan membaca
menggunakan modul ini kemudiannya dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah dengan seliaan guru.
Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi
murid di dalam penguasaan kemahiran membaca.Berdasarkan analisis senarai semak penguasaan
literasi murid November 2020, didapati 85% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai
kemahiran membacasehingga sekurang-kurangnya konstruk 3 dan melayakkan mereka mencapai
TP 2 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Kata kunci: Pandemik Covid-19, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), modul bacaan,
kemahiran bacaan, penglibatan ibu bapa.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas untuk tidak dapat disampaikan secara berkesan oleh guru. Keputusan
ujian diagnostik Januari 2020 menunjukkan bahawa purata konstruk yang dikuasai murid Tahun 1
Wira ialah pada konstruk 2 ke bawah iaitu 53% (18 daripada 34 orang murid). Hasil pemerhatian
pengkaji setelah sebulan lebih mengajar kelas tersebut, melalui aktiviti yang dijalankan seperti ujian
saringan bacaan LINUS dan latih tubi bacaan suku kata mendapati seramai 34 orang murid belum
dapat menguasai objektif 1 standard kurikulum Bahasa Melayu Tahun 1 iaitu mengajuk dan
menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi vokal, konsonan, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul (DSKP KSSR
Semakan Bahasa Melayu Tahun 1, 2006). Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak
terutamanya pihak pentadbir dan pengkaji.

Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac
sehingga 12 Mei 2020, sektor pendidikan juga terpaksa ditutup bagi membendung penularan Covid-
19. Situasi pertama kali yang berlaku ini menyebabkan guru-guru terpaksa mencari solusi terbaik
untuk memastikan pendidikan tetap dapat disampaikan kepada murid-murid. Ketika arahan PKP kali
pertama dikeluarkan, tiada pelan atau strategi yang dapat dijadikan panduan oleh guru-guru
mahupun ibu bapa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pembelajaran dan

73

pengajaran secara bersemuka terpaksa dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi
WhatsApp dan ini memaksa ibu bapa menjadi pembimbing anak-anak di rumah dalam menyalurkan
maklumat pembelajaran kepada murid-murid.

Justeru, pengkaji berasa bertanggungjawab untuk mencari kaedah yang praktikal bagi memastikan
kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa dan guru dapat memainkan peranan masing-masing dengan
berkesan. Hasil perbincangan dengan rakan-rakan guru Bahasa Melayu Tahun 1, pengkaji dan
rakan-rakannya telah sepakat untuk memberi fokus kepada penguasaan kemahiran bacaan
menggunakan modul bacaan melalui program “Kita Baca”. Program “Kita Baca” ini adalah program
membaca modul bacaan yang mengandungi 12 konstruk. Program ini dinamakan “Kita Baca” kerana
modul ini perlu dibaca bersama-sama ibubapa atau ahli keluarga sehingga murid menguasai
konstruk tertentu dibawah kawal selia guru. Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia
mengumumkan operasi sekolah rendah bagi tahap 1 dibuka semula pada 22 Julai 2020, pengkaji dan
rakan-rakan guru Bahasa Melayu Tahun 1 telah mengambil kesempatan ini untuk mengedarkan
modul bacaan kepada murid-murid secara bersemuka ataupun diambil sendiri oleh ibu bapa.
Bagaimanapun untuk kajian ini, pengkaji hanya memberikan fokus kepada hasil dapatan bagi Tahun
1 Wira sahaja.

FOKUS KAJIAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menurut Harris dan Sipay (1980) proses membaca
merupakan proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak
atau bertulis. Manakala Kennedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan menafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).
Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah
satu proses yang kompleks.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

1) Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat
2) Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna
3) Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia

ada
4) Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea

yang lengkap
5) Mencuba menghuraikan idea kepada orang lain

Sewaktu melaksanakan kajian ini, pengkaji cuba memastikan sekurang-kurangnya murid dapat
menguasai sehingga proses bacaan yang ketiga iaitu menterjemahkan makna perkataan itu dengan
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan modul
bacaan yang telah disusun mengikut konstruk. Melalui kaedah ini, murid diajar untuk mengajuk dan
menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi vokal, konsonan, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul melalui penglibatan
ibu bapa membimbing anak mereka di rumah.

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak berkait rapat dengan pencapaian akademik
anak-anak. Semakin meningkatnya penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, maka
kecenderungan untuk pencapaian atau perkembangan anak-anak untuk meningkat juga adalah
tinggidan begitu juga sebaliknya (Ishak, 2004). Kajian yang dilaksanakan oleh Zulkifli, Jamilah,
Aminah dan Ismi (2011) pula mendapati bahawa pencapaian akademik murid mempunyai perkaitan
positif dengan penglibatan ibu bapa terutama sekali dalam aspek keibubapaan, komunikasi dan
perbincangan. Manakala menurut Paezah dan Faridah (2017) pula penyertaan, sokongan ibu bapa

74

danpenyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan kemampuan belajar sendiri
dalam kalangan anak-anak. Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak adalah
perlu kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak di rumah.

Model Epstein (2002) menyenaraikan enam aspek penglibatan ibu bapa yang sangat penting dalam
proses pembelajaran anak-anak. Bagaimanapun untuk tujuan kajian tindakan ini, pengkaji hanya
menggunakan tiga aspek penglibatan sahaja iaitu keibubapaan, komunikasi dan pembelajaran di
rumah. Tiga aspek ini digunakan oleh pengkaji sebagai panduan dalam mengawal selia
keberkesananpenglibatan ibu bapa semasa PdPR.

i. Keibubapaan (parenting)
Pendidikan pertama kepada anak-anak sebenarnya bermula dari keluarga bukannya di sekolah.
Keluarga menjadi tunggak utama untuk pendidikan awal anak-anak, iaitu menyediakan acuan dasar
tentang pendidikan agama, nilai budaya, serta nilai moral sebagai modal dalam bersosial dalam
lingkungan masyarakat (Supriyono, Iskandar &, Sucahyon, 2015). Pendidikan dalam lingkungan
keluarga menjadikan ibu bapa sebagai pendidik utama pada anak, menjadi salah satu proses dalam
pendidikan informal. Setiap keluarga memiliki strategi yang berbeza dalam mendidik anak,
disebabkan oleh itu sikap, sifat dan tahap perkembangan anak-anak juga adalah berbeza-beza.

Dalam aspek keibubapaan, sekolah perlu memainkan peranan membantu ibu bapa memahami cara
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sesi PdPR yang dilaksanakan di rumah. Ibu bapa
perlu mewujudkan rangsangan persekitaran secara kognitif seperti menyediakan telefon bimbit atau
komputer riba, akses talian internet, jadual waktu PdPR, buku atau bahan bertulis, dan
melaksanakanaktiviti seperti yang ditetapkan oleh guru-guru. Rangsangan ini secara tidak langsung
akan mempertingkatkan kesediaan murid-murid untuk menjalani proses PdPR dirumah.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mencipta suasana pembelajaran di rumah untuk menarik minat anak
belajar. Rumah yang mempunyai ruang pembelajaran yang selesa dan sesuai merupakan satu
keperluan kepada anak-anak untuk memastikan proses pembelajaran di rumah lebih berkesan (Abd
Razak, 2011). Ibu bapa turut berperanan untuk memastikan anak-anak mematuhi jadual waktu
PdPR yang ditetapkan oleh pihak sekolah terutama sekali dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan.

Melalui aspek keibubapaan ini juga dapat membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang
sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. Perbezaan tahap
pendidikan, sosioekonomi serta persekitaran tempat tinggal adalah antara faktor yang
mempengaruhiaspek keibubapaan (Murry & Brody, 1999). Oleh yang demikian, guru perlu bersifat
lebih terbuka dan fleksibel dalam pendekatan PdPR mereka.

ii. Komunikasi (communication)
Komunikasi dua hala di antara sekolah dan ibu bapa dalam perkembangan pendidikan anak-anak
adalah sangat penting. Sekolah berperanan untuk memaklumkan kepada ibu bapa mengenai
perkembangan anak-anak dalam pendidikan mereka serta program yang dirancang oleh sekolah
untuk membantu meningkatkan perkembangan tersebut. Manakala ibubapa pula perlu cakna
dengan program sekolah dan memberikan kerjasama yang baik agar setiap program dapat
dilaksanakan mengikut perancangan. Komunikasi dua hala ini sangat penting bagi memastikan
objektif program yang disasarkan oleh pihak sekolah dapat dicapai.

Oleh kerana penggunaan modul bacaan “Kita Baca” ini akan dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah,
adalah penting bagi guru mempunyai komunikasi yang baik dengan ibu bapa. Komunikasi yang
berkesan adalah asas kepada perkongsian dalam membina semangat bermasyarakat dan
bekerjasamaantara sekolah dan rumah (Norsiah Bt Mohamed Hanid, 2020). Selain daripada itu,
komunikasi yang berkesan juga adalah komunikasi yang dapat mencapai tujuan sebenar ia
dilaksanakan. Salah satu teknik komunikasi yang baik adalah mewujudkan kemesraan pada awal
setiap perhubungan yang ingin dijalankan. Kemesraan yang wujud akan menimbulkan satu suasana
positif dalam diri individu lain untuk turut sama dalam komunikasi tersebut. Teknik komunikasi
berkesan yang lain ialah menggunakan bahasa yang jelas dan khusus agar mudah difahami terutama

75

sekali apabila komunikasiitu berlaku dalam bentuk penulisan. Dalam hal ini, pengkaji memastikan
penggunaan bahasa yang digunakan untuk membimbing ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp adalah
ayat mudah untuk difahami.

iii. Pembelajaran di rumah (learning at home)
Pembelajaran di rumah merupakan elemen penting dalam perkembangan anak-anak dalam
pendidikan. Menurut Oktaria dan Putra (2020), dalam suasana pandemik Covid-19 ini, pembelajaran
di rumah merupakan strategi jitu untuk memastikan anak-anak tetap mendapat hak pendidikan.
Sekolah berperanan membantu ibu bapa menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
manakala ibu bapa pula memainkan peranan sebagai pelaksana. Jenis penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran ini pula biasanya akan mempengaruhi pencapaian serta perkembangan kanak-kanak
itu sendiri (Sudirman, 2013). Dalam pembelajaran di rumah ini, adalah penting bagi ibu bapa terlibat
dalam memastikan anak-anak melaksanakan tugasan melalui bimbingan. Penglibatan yang
dilakukan ibu bapa boleh dalam berbagai cara seperti membantu anak ketika tidak memahami
tugasan, mengadakan pengajaran, atau melakukan pembelajaran dalam talian (Kurniati, Nur Alfaeni
& Andriani, 2020).

Ketika arahan PKP kali pertama dilaksanakan pada 18 Mac 2020, pembelajaran dan pengajaran
secara bersemuka terpaksa dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi WhatsApp.
Melaluicara ini, guru berperanan memberikan tugas melalui aplikasi WhatsApp dan memberikan
arahan, bimbingan dan tunjuk cara kepada ibu bapa tentang tugasan sekolah yang perlu
dilaksanakan oleh murid. Setyowahyudi dan Ferdiyanti (2020) menekankan bahawa selain
memberikan tugas, guru jugaperlu menyediakan bahan bantu mengajar seperti rakaman audio atau
video kepada murid, disamping memeriksa hasil tugasan murid dengan memberikan komen
membina atau pujian.

Dalam pelaksanaan program “Kita Baca” ini, ibu bapa dan ahli keluarga memikul tanggungjawab
untuk menyampaikan maklumat dan membimbing murid membaca di rumah. Guru pula berperanan
sebagai fasilitator kepada ibu bapa untuk memastikan cara pengajaran modul bacaan ini
dilaksanakandengan betul melalui bimbingan arahan, penyediaan video ataupun audio. Oleh kerana
itu, pada para 1 panduan penggunaan modul bacaan ini, pengkaji menekankan bahwa
keberkesanan modul bacaanadalah bergantung kepada komitmen dan kerjasama daripada ibu
bapa/ penjaga. Penggunaan modul ini juga memerlukan komunikasi dua hala terutama sekali
berkaitan pemantauan tahap penguasaan bacaan murid-murid. Oleh yang demikian, ibu bapa
dikehendaki membuat rakaman audio ataupun video apabila murid telah menguasai konstruk
tertentu. Rakaman ini kemudiannya perlu dihantar kepada guru untuk ditaksir dan direkodkan dalam
borang senarai semak penguasaan bacaan murid.

Dalam kajian ini, pengkaji meletakkan konstruk 3 sebagai sasaran yang sekurang-kurangnya perlu
dikuasai oleh murid kerana konstruk 3 merupakan perkataan yang mengandungi suku kata VKV,
KVKV dan KVKVKV. Manakala TP 2 dijadikan sebagai sasaran tahap penguasaan yang perlu
dicapai oleh murid dalam PBD kerana TP 2 merujuk kepada mencapai pengetahuan dan kemahiran
bahasa yang terhad. Dalam TP 2 ini, murid diklasifikasikan sebagai dapat memberi maklum balas
terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan
memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat mudah dalam karangan dengan sedikit
bimbingan guru (Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Edisi 2, 2019).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am
Tujuan Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan modul“kita
baca” dan penglibatan ibu bapa untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca Bahasa
Melayu dalam kalangan murid Tahun 1 Wira semasa PdPR dilaksanakan.

76

Objektif Khusus
i. Memastikan 34 orang murid mengenal abjad
ii. Memastikan sekurang-kurangnya 25 orang murid menguasai kemahiran bacaan
dengan menguasai konstruk 3

iii. Mensasarkan sekurang-kurangnya 25 orang murid mencapai TP2 ke atas dalam PBD
akhir tahun

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 34 orang murid Tahun 1 Wira. Pengkaji
mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas semua murid Tahun 1 Wira untuk melihat
keberkesanan penggunaan modul bacaan “Kita Baca” dan penglibatan ibu bapa terhadap
peningkatan kemahiran membaca murid-murid terbabit.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

i. Ujian Diagnostik

Sepanjang bulan Januari 2020, pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik kepada murid-murid
Tahun 1 Wira. Ujian dignostik ini terbahagi kepada 2 iaitu ujian bertulis dan ujian lisan. Ujian bertulis
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen saringan literasi menulis, saringan 2, Tahun 1, edisi
2016. Di dalam instrumen ini, terdapat 12 muka suratsoalan bertulis yang merangkumi 12 konstruk.
Ujian bertulis ini dilaksanakan selama seminggu pada minggu ketiga persekolahan. Setelah selesai
ujian bertulis, pengkaji melaksanakan pula ujian lisan terhadap murid-murid Tahun 1 Wira. Ujian
saringan lisan ini menggunakan instrumen saringan literasi membaca, saringan 1, Tahun 1, edisi
2016. Pengkaji telah membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada
6 orang murid. Terdapat 12 muka surat bacaan yang merangkumi 12 konstruk. Dapatan daripada
ujian ini boleh dirujuk pada Jadual 1.

ii. Temubual

Tindakan susulan telah diambil oleh pengkaji dengan menemu bual ibu bapa melalui aplikasi
WhatsApp untuk mendapatkan maklumat latar belakang pendidikan tadika anak- anak mereka,
maklumat kesediaan ibu bapa mengajar di rumah serta maklumat berkaitanperanti seperti telefon
bimbit dan komputer riba serta status capaian internet. Dapatan daripada sesi temubual ini boleh
dirujuk pada Jadual 2.

Analisa Tinjauan Masalah

i. Ujian Diagnostik

Hasil semakan ujian diagnostik yang dijalankan, mendapati bahawa seramai 8 orang murid tidak
mengenal abjad, 8 orang murid hanya menguasai konstruk 1, manakala 2 orang murid menguasai
konstruk 2. Seramai 16 orang menguasai konstruk 3 ke atas dengan hanya 2 orang yang menguasai
literasi Bahasa Melayu. 2 orang murid dikecualikan daripada kumpulan sasaran kerana muri-murid
ini dirujuk kepada UBK untuk penilaian tahap kemampuan dalam pembelajaran. Secara
keseluruhannya hanya 44% daripada keseluruhan murid yang menguasai sekurang-kurangnya
konstruk 3. Dapatan ujian diagnostik ini boleh dirujuk pada Jadual 1 seperti yang berikut:

77

Jadual 1: Senarai Semak Penguasaan Literasi Murid Januari 2020

BIL MURID KONSTRUK PENCAPAIAN

1 234 5 6 7 8 9 10 11 12

1 L0 K1

2 P / /// /// / / K10

3 P / /// K5

4 L // K2
5 L0 K1

6 L / / / / / / / / / / / / MENGUASAI

7 L / /// // K7

8 L/ K2

9 L/ K2

10 L / / / / / / / / / / K11

11 P 0 K1

12 P / K2

13 L / / / / / / / / / K10

14 P / / / / K1

15 L 0 K1

16 L / K2

17 L / K2

18 L / / / / K5

19 L / / / / K5
20 P 0 RUJUK UBK

21 L / K2

22 L 0 K1

23 L 0 K1

24 P / / / / / K6

25 L / K1

26 L 0 RUJUK UBK

27 P / / / / / / / / / / / / MENGUASAI

28 P / K2

29 P / / K3

30 P / / / / / K6

31 L / / / / / K6

32 L 0 K1

33 P 0 K1

34 P / / / / / / / / / / K11

35 P / / / K4

36 L / / / K4

Nota kaki: L=Lelaki, P= Perempuan; 0= tidak mengenal abjad: / = konstruk yang dikuasai

78

ii. Temubual

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji ke atas ibu bapa mendapati murid-murid
Tahun 1 Wira ini mempunyai latar belakang pendidikan tadika yang berbeza-beza. Seramai 13 orang
daripada murid-murid ini juga tidak mendapat pendidikan awal di tadika menyebabkan mereka tidak
mengenal abjad dantidak mempunyai pengalaman suasana persekolahan. Pemerhatian pengkaji
turut mendapati murid-murid yang tidak pernah bersekolah tadika ini mempunyai tahap keyakinan
diri yang rendah dan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan situasi persekolahan. Selain itu,
pengkaji turut mendapati 2 orang murid mempunyai masalah pertuturan dan ini memberi kesan
terhadap kemampuan mereka membaca.

Melalui tinjauan awal masalah ini juga, pengkaji mendapati beberapa kekangan lain dalam
melaksanakan PdPR. Walaupun kesemua 36 orang ibu bapa Tahun 1 Wira inimempunyai telefon
pintar tetapi 5 orang daripadanya tidak aktif dalam kumpulan WhatsApp kelas disebabkan oleh
kekangan capaian internet. Hasil temubual ini bolehdirujuk pada Jadual 2 yang berikut:

Jadual 3: Temubual ibu bapa

Aktiviti Penilaian Kumpulan Dapatan
Temubual sasaran
Temubual Memeriksa 36 orang 7 orang murid PRA KPM 5 orang murid
maklumat murid Tahun tadika perpaduan5 orang murid tadika
Temubual pendidikan murid- 1 Wira KEMAS 6 orang murid tadika swasta 13
murid orang tidak pernah mengikuti
Temubual 36 ibu bapa persekolahan tadika
Memeriksa dan
maklumat penjaga 35 ibu bapa yang sekurang-kurangnya
pendidikan ibu Tahun 1 lulus SPM 1 ibu bapa bukan
bapa Wira warganegara tetapiboleh membaca 30
orang ibu bapa tidak mempunyai
Memeriksa latar 2 orang pengetahuan dalam membimbing anak-
belakang murid murid anak menguasai kemahiran bacaan

Memeriksa 36 ibu 2 murid dirujuk kepada unit UBK untuk
maklumat akses bapa/ tindakan susulan.
talian internet ibu penjaga Kedua-dua murid ini mengalami
bapa Tahun 1 masalah pertuturan yang nyata. Murid
Wira perempuan mengikuti terapi pertuturan
secara berkala.
36 ibu bapa mempunyai telefon pintar.5
orang tidak aktif dalam kumpulan
WhatsApps kelas kerana kekangan
capaian internet dan hanya membuka
WhatsApps seminggu sekali.

Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan yang dijalankan lebih bertumpu kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan murid membaca modul bacaan “Kita Baca” dengan bimbingan ibu bapa di rumah.
Strategi perlaksanaan program “Kita Baca” ini adalah seperti dalam Jadual 4 berikut:

79

Jadual 4: Strategi Perlaksanaan

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan
1 3 Ogos 2020 Guru Bahasa Melayu
-Berkongsi pencapaian murid-murid
dengan ibubapa bagi memberi
kesedaran tentang tahap pencapaian
anak-anak mereka.
-Memberikan kesedaran pentingnya
membimbing anak-anak menguasai
kemahiran membaca dirumah.
-Berkongsi maklumat tentang perlunya
ibubapa mempunyai modul “Kita Baca”
sebagai panduan mengajar membaca
dirumah.

2 17 Ogos 2020 – Menguar-uarkan penjualan modul Guru kelas
21 Ogos 2020 bacaan “Kita Baca” melalui WhatsApp Penyelaras Bahasa
Kelas. Modul berharga RM 3 senaskah Melayu Tahun 1
Guru Bahasa Melayu
-Ibubapa membuat pembayaran Guru Bahasa Melayu

3 7 September – -Memperbanyakkan modul mengikut Guru Bahasa Melayu
18 September permintaan ibubapa

2020

4 21 September - -Mengedarkan modul kepada murid-
2 Oktober 2020 murid
-Guru mula membuat bimbingan di
dalam kelas

5 12 Oktober -Murid-murid membaca dengan

2020 bimbingan ibubapa dan guru

(PKPB -Murid membuat rakaman bacaan
berkuatkuasa) –
mereka mengikut konstruk yang telah
30 November
2020 dikuasai

-Guru membuat pentaksiran

berdasarkan rakaman video ataupun

audio

- Merekod tahap penguasaan murid

dalam borang senarai semak

penguasaan

bacaan murid

6 01-05 Mengisi tahap penguasaan murid dalam

Disember 2020 templet PBD

Nota kaki: kertas kerja Program “Kita Baca” 2020.

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Aktiviti 1- Modul Bacaan

Modul bacaan “Kita Baca” ini merupakan modul bacaan yang mengandungi 12 konstruk bacaan.
Modul ini digubal mengikut instrumen literasi membaca Tahun 1.Penerangan 12 konstruk yang
terdapat dalam modul ini adalah seperti dilampirkan dalam Jadual 5:

80

Jadual 5: Senarai 12 Konstruk Bacaan Modul “Kita Baca”

Konstruk Huraian

1 Huruf vokal dan huruf konsonan
2 Suku kata KV contohnya “da”
3 Suku kata VKV contohnya “ada”

Suku kata KVKV contohnya “beli”
Suku kata KVKVKV contohnya “petola

4 Suku kata KVK contohnya “yah”
5 Suku kata KVK perkataan contohnya “jam”

Suku kata VKVK contohnya “adik”
Suku kata KVKVK contohnya “betik” Suku
kata KVKKV contohnya “bomba” Suku kata
KVKKVK contohnya “cermin” Suku kata
KVKVKVK contohnya “basikal”
Suku kata KVKKVKVK contohnya “cempedak”

6 Suku kata KVKK contohnya “wang” Suku
kata VKVKK contohnya “orang” Suku
kata KVKVKK contohnya “kucing”
Suku kata KVKKKV contohnya “mangga”
Suku kata KVKKVKK contohnya “jantung”
Suku kata KVKKKVK contohnya “pinggan”
Suku kata KVKKKVKK contohnya “pingpong”

7 Perkataan diftong contohnya “tupai”
8 Perkataan vokal berganding contohnya “durian”
9 Perkataan konsonan bergabung contohnya “khemah”

10 Perkataan berimbuhan awalan contohnya
“memandu”Perkataan berimbuhan akhiran
contohnya “mainan” “

11 Membaca ayat mudah

12 Membaca petikan 3 perenggan dan memahami maklumat yang terdapat dalam

petikan.

Aktiviti 2 – Penglibatan ibu bapaPemerhatian

Bimbingan bacaan modul ini dilakukan secara kerjasama diantara ibu bapa dan guru. Proses
bimbingan dilaksanakan seperti berikut:

i. Guru membahagikan murid mengikut kumpulan berdasarkan konstruk yang belum
mereka kuasai.

ii. Guru memberikan bimbingan kepada ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp, menyediakan
video atau audio bacaan sebagai bahan bantu mengajar kepada ibu bapa.

iii. Ibu bapa akan membuat bimbingan bacaan sekurang-kurangnya 20 minit sehari.

iv. Murid dibimbing membaca mengikut kemampuan masing-masing contohnya 3 hingga 5
abjad atau perkataan sahaja dalam sehari bagi murid yang lambat menguasai bacaan.
Manakala bagi murid yang cepat menguasai bacaan, mereka boleh membaca sehingga
selesai konstruk tersebut.

v. Ibu bapa diberikan kebebasan melaksanakan bimbingan bacaan mengikut kesesuaian
masa mereka di rumah.

vi. Apabila murid telah menguasai konstruk tertentu, ibu bapa perlu membuat rakaman
bacaan sama ada secara audio atau video mengikut kemampuan capaian internet
masing-masing.

81

vii. Guru akan membuat pentaksiran terhadap rakaman audio atau video bacaan murid dan
merekodkan dalam borang senarai semak penguasaan bacaan murid.

Refleksi
Berdasarkan kerjasama dan maklum balas daripada ibu bapa, pengkaji mendapati murid- murid
Tahun 1 Wira berjaya menguasai sekurang-kurangnya 1 konstruk dalam masa sekurang-kurangnya
3 hari bimbingan. Penglibatan ibu bapa dalam proses belajar membaca memberikan motivasi
kepada anak-anak. Komunikasi berkesan diantara ibu bapa dan pengkaji juga membantu kedua-
dua pihak untuk menjayakan penggunaan modul bacaan ini. Pengkaji menggunakan laras bahasa
yang mudah difahami oleh ibu bapa dalam memberikan arahan melalui aplikasi WhatsApp. Pengkaji
turut memberikanbimbingan dan tunjuk cara sekiranya ibu bapa memerlukan bantuan dalam PdPR.
Selain itu, pengkaji turut memberikan galakan dan pujian terhadap semua hasil usaha yang
dilakukan oleh ibu bapa. Ia adalah penting untuk memotivasikan ibu bapa dalam usaha mereka
membimbing anak-anak di rumah. Proses bacaan ini berterusan sehinggalah murid berjaya
menguasai keseluruhan 12 konstruk bacaan. Pada akhir pentaksiran, pengkaji mendapati bahawa
peningkatan penguasaan murid-murid dalam kemahiran bacaan meningkat sebanyak 85% iaitu
sekurang-kurangnya murid telah menguasaikonstruk 3. Berikut ialah gambar aktiviti bimbingan dan
bacaan yang telah direkodkan oleh pengkaji.

Gambar 1: Aktiviti bimbingan dan bacaan

82

Aktiviti 2- Semakan Penguasaan Bacaan Murid

Jadual 6: Senarai Semak Penguasaan Bacaan Murid November
2020

KONSTRUK PENCAPAIAN

BIL MURID 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1 L/ TIDAK AKTIF
2 P /// / / / / / / / / / MENGUASAI
3 P /// / / /
4 L /// K6
5 L/ K3
6 L /// / / / / / / / / / TIDAK AKTIF
MENGUASAI
7 L /// / / / / / / / / /
8 L /// / MENGUASAI
9 L /// K4
10 L / / / / / / / / / / / / K3
11 P /
12 P / / / / / MENGUASAI
13 L / / / / / / / / / / / / TIDAK AKTIF
14 P / / / / /
15 L / K5
16 L / / / / / MENGUASAI
17 L / / / / /
18 L / / / K5
19 L / / / / / / / / TIDAK AKTIF
20 P /
21 L / / / / / / K5
22 L / / / K5
23 L / / / K3
24 P / / / / / / / K8
25 L / / / / RUJUK UBK
26 L / K6
27 P / / / / / / / / / / / / K3
28 P / / / / K3
29 P / / / / K7
30 P / / / / / / / / / / / / K4
31 L / / / / / / / / / / / / RUJUK UBK
32 L / MENGUASAI
33 P / / / / K4
34 P / / / / / / / / / / / / K4
35 P / / / / / MENGUASAI
36 L / / / / / / MENGUASAI
Nota kaki: L=Lelaki, P= Perempuan TIDAK AKTIF
K4
MENGUASAI
K5
K6

83

Pemerhatian

Semakan bacaan murid ini adalah kesinambungan daripada ujian diagnostik yang dijalankan pada
Januari 2020. Ianya bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan modul bacaan “Kita Baca”
dan penglibatan ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan kemahiran.

Refleksi

Pengkaji sempat melaksanakan PdP secara bersemuka pada 21 September sehingga 2 Oktober
2020 dan merekodkan pencapaian murid sebelum PKPB dikuatkuasakan semula pada 12 Oktober
2020. Berdasarkan senarai semak ini, didapati bahawa murid-murid Tahun 1 Wira berjaya
menguasai sekurang-kurangnya konstruk 1 semasa PdP bersemuka dilaksanakan. Apabila PKPB
dilaksanakan, ibu bapa mengambil alih peranan guru di rumah sebagai pembimbing anak-anak
membaca modul ini. Melalui kajian ini jelas membuktikan bahawa penglibatan ibu bapamemainkan
peranan penting dalam perkembangan pendidikan anak-anak semasa PdPR dijalankan. Murid-
murid yang terlibat berjaya menguasai sekurang-kurangnyakonstruk 3. Dapatan dalam kajian ini
turut membuktikan bahawa 5 orang murid yang hanya menguasai konstruk 1 semasa PdP
bersemuka tiada perkembangan seterusnyasemasa PdPR akibat daripada tiada penglibatan aktif
ibu bapa semasa PdPR. 2 orangmurid lagi dikecualikan daripada ini disebabkan murid tersebut
dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

REFLEKSI KESELURUHAN
Hasil kajian dapat dilihat dengan merujuk jadual perbandingan analisa berikut.

Jadual 7: Perbandingan Penguasaan Murid Dalam Kemahiran Bacaan mengikut konstruk

Konstruk Bilangan murid menguasai bacaan
mengikutikonstruk

Tidak kenal abjad Januari 2020 November 2020
K1 8 5
K2 5
K3 5 5
K4 2 5
K5 4 5
K6 3 3
K7 1 1
K8 1
K9 2
K10 2 9
K11 2
K12 85%
47%
Peratus menguasai sekurang-
kurangnya konstruk 3

84

Jadual 8: Perbandingan Penguasaan Murid dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah

Tahap Penguasaan Bilangan murid mengikut tahap penguasaan

TP 1 Jun 2020 November 2020
TP 2
TP 3 11 5
TP 4
TP 5 95
TP 6
89
Peratus menguasai sekurang-
kurangnya 66
TP 2
09

00

68% 85%

Hasil daripada kajian ini mendapati 85% (29 orang daripada 34 murid) yang terlibat telah berjaya
menguasai sekurang-kurangnya konstruk 3 dalam bacaan mereka berbanding hanya 47% (16
daripada 34 murid) pada Januari 2020. Peningkatan pencapaian murid-murid ini turut
mempengaruhi TP yang mereka perolehi dalam PBD iaitu meningkat daripada 68% (pentaksiran
bulan Jun 2020) kepada 85% (pentaksiran November 2020). Perbandingan analisis ini jelas
menunjukkan keberkesanan penggunaan modul “Kita Baca” dan penglibatan ibu bapa dalam
membantu murid-murid menguasai kemahiran bacaan di rumah semasa PdPR dilaksanakan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji mencadangkan agar program bimbingan bacaan menggunakan modul ini diteruskan
sehingga murid-murid berjaya menguasai konstruk 12. Pengkaji turut mencadangkan agar
penggunaan modul bacaan ini diperluaskan kepada murid-murid kelas pemulihan khas, murid cicir
dan murid bukan warganegara. Selain itu, modul bacaan ini perlu diedarkan lebih awal kepada
murid-murid terbabit memandangkan pandemik Covid-19 masih belum ada tanda-tanda akan
berakhir pada masa terdekat. Bagi tujuan menambah kualiti modul bacaan, pengkaji bercadang
untuk menambah ayat tunggal dan petikan-petikan pendek pada setiap konstruk sebagai latih tubi
bacaan murid dan menjenamakan semula modul dan program ini sebagai program “Cakna
Bacaan” pada tahun 2021.

85

RUJUKAN

Abd. Razak Zakaria (2011). Hubungan Penglibatan Ibu Bapa dan Konteks Keluarga dengan
Pencapaian Akademik Murid. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

DSKP KSSR Semakan Bahasa Melayu Tahun 1, 2006. Muat turun dari
http://www.cikgusuhaimin.com/2019/09/dskp-bahasa-melayu-kssr-semakan-tahun-1.html

Harris, R. A. & Sipay, E. R. 1980. How to Increase Reading Ability. NY: David McKay.

Joyce L. Epstein, M.G. Sanders, B.S. Simon, K.C. Salinas, N.R. Jansorn & F.L. Voorhis. 2002.
School, Family and Community Partnership: Your Handbook for Action 2nd edition.
Thousand Oaks, CA.

Kanammah a/p Manukaram, Melissa Ng Lee Yen Abdullah & Shahizan Hasan. 2013. Pengaruh
Faktor Keluarga Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah.
Malaysian Journal of Learning and Instruction: Vol. 10 9: 179- 201.

Kennedy, Eddie C. 1981. Methods in Teaching Developmental Reading: Second Edition. Illinois:
F.E. Peacock Publisher.

Kurniati, E., Nur Alfaeni, D. K., & Andriani, F. (2020). Analisis Peran Orang Tua dalam Mendampingi
Anak di Masa Pandemi Covid-19. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5(1),
241. https://doi.org/10.31004/obsesi.v5i1.54.

Ishak Mad Shah (2004). Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat
sejauhmana gaya kepimpinan kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi,
40(E), 33-44.

Marohaini Yusoff. 1999. Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Murry, V. M., & Brody, G. H. (1999). Self-regulation and self-worth of Black children reared in
economically stressed, rural, single mother-headed families: The contribution of risk and
protective factors. Journal of Family Issues, 20(4), 458–484.

Norsiah Bt Mohamed Hanid, 2020. PdPR: Apa peranan ibu bapa? Muat turun pada pautan
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1926022

Oktaria, R., & Putra, P. (2020). Pendidikan Anak dalam Keluarga sebagai Strategi Pendidikan
Anak Usia Dini Saat Pandemi Covid-19. Jurnal Ilmiah PESONA PAUD, 7(1), 41–51.

Paezah Abd. Halim & Faridah Yunus (2017). Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti
Pembelajaran Kanak-Kanak Di Prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Edisi ke-2, 2019. Muat turun dari
https://anyflip.com/sspsh/yysj/basic

Setyowahyudi, R., & Ferdiyanti, T. (2020). Keterampilan Guru PAUD Kabupaten Ponorogo Dalam
Memberikan Penguatan Selama Masa Pandemi COVID-19 Rendy. Jurnal Golden Age,
04(1), 100–111.

Sudirman. (2013). Perhatian Orang Tua Dan Motivasi Belajar Siswa. Jurnal Madaniyah, 2(XI), 253.

Supriyono, Iskandar, H., & Sucahyono. (2015). Pendidikan Keluarga Dalam Perspektif Masa
Kini. Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Direktorat PAUD dan Dikmas.

Zulkifli, Jamilah, Aminah dan Ismi (2011) Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian
akademik pelajar miskin di negeri Selangor. Journal of Arabic and Islamic education 3(2),
2011, 31-40.

86

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN
TEKNIK NERACA BUNDAR

PONG SU ZEEN
Sekolah Kebangsaan St. Theresa Inobong

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengatasi masalah penguasaan kemahiran
membundar nombor hingga ratus ribu terdekat dalam mata pelajaran Matematik. Seramai tiga puluh
orang murid tahun lima yang belum menguasai kemahiran membundar nombor dan seorang guru
terlibat dalam kajian ini. Kajian tindakan ini menggunakan ujian pra, temu bual, ujian pos dan soal
selidik untuk menguji keberkesanan teknik ini. Ujian pra dan temu bual digunakan untuk mengenal
pasti masalah murid dalam kemahiran membundar. Ujian pos digunakan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan teknik tersebut manakala soal selidik digunakan untuk menilai minat,
keseronokan dan persepsi murid membundar nombor. Hasil tinjauan awal ujian pra mendapati
bahawa murid-murid kurang mahir dalam membundar nombor dengan betul. Temu bual dengan
murid menyatakan mereka tidak tahu nilai tempat perlu dibundar. Kekeliruan murid dalam menjawab
soalan yang diberikan adalah mereka tidak tahu nilai tempat terlibat untuk dibundarkan dan keliru
nilai tempat sepatutnya dirujuk untuk menentukan tambah 1 atau kekal semasa membundar. Saya
telah menjalankan intervensi menggunakan teknik Neraca Bundar untuk meningkatkan kemahiran
membundar nombor. Pelaksanaan kajian ini mengambil masa selama 3 minggu. Dapatan kajian
menunjukkan semua murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat dalam ujian pos selepas
intervensi dijalankan. Berdasarkan soal selidik, murid menyatakan mereka seronok belajar dan
teknik tersebut telah membantu mereka menjawab soalan bundar dengan betul. Kesimpulannya,
penggunaan teknik Neraca Bundar memberikan impak positif dalam meningkatkan penguasaan
murid dalam membundar nombor. Teknik ini mudah dijalankan dan dapat memotivasikan murid
untuk terus belajar dalam transformasi pendidikan norma baharu.

Kata Kunci: Matematik, teknik Neraca Bundar, kemahiran membundar nombor, nilai tempat, tahun
lima

PENGENALAN

Kemunculan penyakit virus COVID-19 telah mewujudkan situasi pandemik yang mengubah
kehidupan harian masa kini. Sektor pendidikan turut terjejas dengan perubahan mod pengajaran
dan pembelajaran secara bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah. Sebilangan
besar murid menghadapi kekangan pencapaian talian internet dan tiada kemudahan peranti.
Berikutan dengan masalah ini menyebabkan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas
secara atas talian dengan baik sekaligus menyebabkan pelajar mengalami keciciran dalam
pembelajaran (Siti Aisyah Ibrahim dan Khadijah Abdul Razak, 2021).

Cabaran yang dihadapi semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ialah menarik
perhatian murid terutama murid yang lemah serta kurang berminat dalam pembelajaran.
Pemahaman konsep nombor bulat adalah sangat penting bagi seseorang murid mempelajarinya
terlebih dahulu sebelum kemahiran, konsep atau topik matematik yang lain. Salah satu kemahiran
yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid di bawah topik nombor bulat ialah kemahiran
membundar (Yusairi & Nor Razana, 2018).

Saya berasa tidak puas hati dengan jawapan murid dalam kertas Ujian Mac lalu kerana ramai murid
tidak dapat membundar nombor dengan betul. Murid didapati keliru nilai tempat yang perlu dirujuk
untuk membundar nombor. Murid telah mempelajari topik ini semasa PdPR pada bulan Februari lalu
melalui video tutorial yang diapungkan dalam aplikasi Whatapps menggunakan teknik menulis
nombor atas bawah. Berdasarkan temubual bersama murid, saya mendapati terdapat beberapa
orang murid yang tidak menonton video tersebut; tidak memahami teknik membundar; lupa cara

87

membundar dan soalan sukar untuk diselesaikan. Selain itu, murid juga tidak mahu mengemukakan
permasalahan mereka kepada saya semasa sesi pembelajaran. Maka, murid tidak mencapai TP3
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam ujian. Saya mendapati pengajaran teknik membundar
dalam video tutorial kurang berkesan. Selain itu, tiada pengawasan guru secara bersemuka dan
murid hanya belajar sambil lewa semasa kelas PDPR. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan
kerana murid akan menghadapi masalah dalam topik seterusnya seperti nombor perpuluhan dan
wang.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan analisis item soalan ujian Mac, saya mendapati ramai murid tahun 5 tidak dapat
membundar nombor dengan betul. Saya telah melaksanakan ujian pra ke atas murid-murid untuk
mengenal pasti pemguasaam mereka dalam membundar nombor. Berdasarkan keputusan ujian
pra, seramai 30 orang murid tidak dapat membundar nombor dengan betul. Dapatan kajian yang
dijalankan oleh Reney, 2016; Yusairi & Nor Razana, 2018 membuktikan bahawa pemahaman dan
penguasaan konsep dan kemahiran membundar yang masih belum memuaskan dan murid sering
berhadapan dengan masalah untuk memahami dan menguasai kemahiran membundar. Rajah 1
menunjukkan beberapa contoh kesilapan yang dapat dikesan dalam ujian pra murid-murid.

Rajah 1: Contoh kesilapan jawapan murid

Murid tidak tahu digit yang menentukan sama Kesilapan murid tidak tahu nilai tempat terlibat

ada nombor meningkat atau kekal. yang perlu dibundar

Berdasarkan rajah 1, murid-murid telah melakukan 2 kesilapan semasa membundar nombor iaitu
tidak tahu digit yang menentukan nombor nombor meningkat atau kekal dan nilai tempat yang perlu
dibundar.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman murid membundar nombor dalam kalangan
murid tahun 5 yang belum menguasai kemahiran tersebut. Ia berfokuskan peningkatan kemahiran
murid untuk membundar nombor dan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
matematik.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar nombor hingga ratus
ribu terdekat.

Objektif Khusus

i. Semua murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan membundar nombor hingga
ratus ribu terdekat.

ii. Meningkatkan minat murid belajar matematik menggunakan teknik baharu dalam topik bundar.

88

TINJAUAN LITERATUR

Masalah dalam kemahiran membundar sering dihadapi oleh murid-murid dari aspek kekeliruan
semasa membundar dan miskonsepsi konsep topik tersebut. Anizah binti Othman (2013) telah
melaksanakan kajian bertajuk Penggunaan Bubundar Dalam Membantu Murid Tahun Empat
Membundar Nombor Bulat kepada 5 orang murid tahun 4 yang lemah dalam membundar nombor.
Perkataan pembundaran dianggap asing dan jarang didengar oleh murid dalam kehidupan seharian
mereka dan menyebabkan pemahaman mereka terhadap konsep dan proses pembundaran adalah
sukar. Penggunaan bahan bantu mengajar dikenali sebagai Bubundar, telah meningkatkan
pencapaian kesemua peserta kajian dan menarik minat peserta kajian melibatkan diri dalam PdPC
dijalankan.

Kajian yang dijalankan Renney Pantun (2016) pula menggunakan teknik nyanyian meningkatkan
kefahaman murid topik bundar bagi murid tahun 2. Beliau melaksanakan kajian kepada 9 orang
murid tahun 2 yang telah lulus ujian LINUS. Beliau memilih teknik nyanyian menggunakan melodi
lagu kanak-kanak beserta bersesuaian dengan kawasan pedalaman. Murid menghadapi masalah
memahami konsep bundar semasa membundar nombor. Teknik ini bersesuaian dengan murid
kerana membantu meningkatkan daya ingatan menggunakan lirik lagu dan menarik minat murid
untuk belajar.
Dalam kajian Kiu Kwong Xian dan Narawi Abu Bakar (2017), bertajuk Membantu Murid Tahun 3
Membundar Nombor Bulat Dengan Menggunakan Kaedah “Rumah Bundar” terhadap 5 orang murid
tahun 3. Beliau mendapati murid tidak boleh membundar kepada puluh, ratus dan ribu terdekat
kerana tanpa bahan bantu mengajar murid-murid kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
Murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran pembundaran nombor melalui kaedah “Rumah
Bundar”.
Yusairi bin Hj. Othman dan Nor Razana bt. Ismail (2018) pula telah melaksanakan kajian
tindakannya yang bertajuk Papan Magnetik Bugano meningkatkan kemahiran membundar nombor
pada 46 orang murid yang lemah dalam tajuk membundar nombor dalam 3 buah sekolah rendah.
Pengkaji mendapati murid sering melakukan kesalahan dalam membundar nombor iaitu
membulatkan nombor, tidak tahu nilai tempat, menyalin semula jawapan yang salah dan tidak tahu
perlu tambah 1 ataupun tidak. Penggunaan Papan Magnetik Bugano dapat meningkatkan
kemahiran membundar nombor dan menguasai konsep nilai tempat nombor yang hendak
dibundarkan serta dapat menyelesaikan soalan berbentuk KBAR dan KBAT.
Nor Adibah binti Abdullah (2021) juga telah melaksanakan kajian bertajuk Keberkesanan
Penggunaan KOBUNA dalam Kemahiran Membundar Murid Sekolah Rendah terhadap 31 orang
murid tahun 1. Penggunaan KOBUNA berjaya membantu dalam meningkatkan penguasaan murid
sekolah rendah dalam kemahiran membundar nombor sekolah rendah.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan iaitu Model Kajian Tindakan
Kemmis dan McTaggart (1988) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Model ini melibatkan empat
langkah tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Dalam pelaksanaan kajian
ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian ujian Mac dan ujian pra, temu bual secara
tidak langsung, ujian pos dan soal selidik.

Rajah 2: Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

Mereflek

Memerhati Merancang

Bertindak

89

Huraian berikut adalah penerangan keempat-empat langkah yang diaplikasikan dalam Model Kajian
Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988):

Mereflek

Dalam proses refleksi, saya mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi
murid melalui proses pengumpulan awal data. Terdapat ramai murid tidak dapat menjawab soalan
membundar nombor dengan betul dalam ujian Mac. Melalui pemerhatian awal dalam ujian Mac dan
ujian pra, saya mendapati murid tidak memahami konsep membundar nombor kepada ribu, puluh
ribu dan ratus ribu terdekat dengan tepat.

Merancang

Saya telah merancang satu intervensi bagi membantu masalah murid membundar nombor
menggunakan teknik Neraca Bundar. Sebelum kajian dijalankan, saya telah menetapkan kumpulan
sasaran, membina instrumen kajian dan merancang tindakan yang akan dilaksanakan.

Kumpulan Sasaran

Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan St. Theresa Inobong,
Penampang yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Kumpulan
sasaran ini dipilih kerana mereka belum menguasai kemahiran membundar nombor. Masa yang
diambil untuk menjalankan kajian ini adalah selama 3 minggu.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada ujian pra, ujian pos, soal selidik dan temubual.
Ujian pra digunakan untuk melihat tahap penguasaan pencapaian murid dalam kemahiran
membundar nombor berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. Ujian pos pula diberikan setelah
murid dilatih untuk membundar nombor menggunakan teknik Neraca Bundar. Kedua-dua ujian ini
dijalankan untuk mengetahui perbandingan peningkatan prestasi murid dalam membundar nombor
Manakala set soalan soal selidik pula digunakan untuk mengenal pasti minat murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan penggunaan teknik Neraca Bundar.

Ujian Pra dan Ujian Pos

Sebelum menjalankan kajian, ujian pra dijalankan untuk mengetahui tahap kefahaman penguasaan
murid dan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam membundar nombor. Ujian pos pula
dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik Neraca Bundar dalam menjawab soalan
membundar. Soalan dalam ujian pra dan pos adalah tidak sama dan mengandungi 6 item soalan
iaitu 2 soalan membundar nombor kepada ribu, 2 soalan membundar kepada puluh ribu dan 2
soalan membundar kepada ratus ribu terdekat bagi mengelakkan murid menghafal jawapan. (Rujuk
lampiran 1 dan 2)

Soal selidik

Terdapat 8 item dalam borang soal selidik dengan pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak untuk
mengetahui minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan penggunaan
teknik Neraca Bundar.

Temubual

Temubual bersama 9 orang murid telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara lisan
tentang masalah membundar nombor dalam ujian Mac dan ujian pra.

90

Bertindak

Saya telah memilih intervensi menggunakan teknik Neraca Bundar untuk meningkatkan kemahiran
membundar nombor. Rajah 3 di bawah ialah Model Neraca Bundar.

Rajah 3: Neraca Bundar

Bahagian 1: Soalan

Bahagian 2: Nombor
sebelum bahagian 3

Bahagian 3: Nombor 1
hingga 4

Bahagian 4: Nombor 5
hingga 9

Bahagian 5: Nombor
selepas bahagian 4

Bahagian 6: Jawapan
Huraian langkah menggunakan Neraca Bundar seperti berikut:

Soalan: Bundarkan 192 784 kepada ribu terdekat.

1. Murid melukis model Neraca Bundar.
2. Murid menulis nombor 1 hingga 4 pada bahagian 3.
3. Murid menulis nombor 5 hingga 9 pada bahagian 4.
4. Murid menulis soalan iaitu 192 784 pada bahagian 1.
5. Murid membuat bulatan pada nombor 2 digit di bahagian 1 iaitu nilai tempat dibundar dan 1 digit

dibelakang iaitu 2 dan 7 mengambil digit ribu dan digit di sebelah kanannya (ratus).
6. Murid menulis 1digit nombor dibulat (ribu) di hadapan setiap nombor pada bahagian 3 dan 4.
7. Murid menulis nombor pada bahagian 2 iaitu nombor sebelum bahagian 3 yang telah ditulis iaitu

nombor 20.
8. Murid menulis nombor urutan terakhir selepas bahagian 4 di bahagian 5 iaitu nombor 30.

9. Murid melihat kedudukan nombor dibulat sama ada di bahagian 3 atau 4. Jika kedudukan di
bahagian 3, maka jawapan ambil di bahagian 2. Jika ia berada pada bahagian 4, maka jawapan
diambil di bahagian 5. Contoh, nombor dibulat 27 berada di bahagian 3, maka ambil jawapan
yang ditulis di bahagian 2 iaitu 20.

10. Murid menulis jawapan pada bahagian 6 iaitu salin semula nombor hadapan sebelum dibulat
pada bahagian 1 dan nombor dibulat kepada jawapan yang dipilih dari bahagian 2 atau bahagian
5. Kemudian, gantikan semua digit di belakang nombor yang dibundarkan menjadi 0. Contohnya,
bahagian 1 nombor 19 salin semula. Kemudian, nombor dibulat 27 berada di bahagian 4 maka
ditulis 30. Akhir sekali gantikan digit 84 kepada 00. Jawapannya ialah 193 000.

Memerhati
Pada peringkat ini, saya merekod dan menganalisis data yang dikumpul daripada ujian pos dan soal
selidik untuk melihat keberkesanan teknik Neraca Bundar dalam membantu meningkatkan
kemahiran membundar nombor dan minat murid mempelajari topik ini.

91

DAPATAN KAJIAN

i. Keputusan Ujian Pra Dan Pos

Jadual 1 dan Graf 1 merujuk kepada hasil dapatan keputusan ujian pra dan pos.

Jadual 1: Rumusan keputusan ujian pra dan ujian pos

Ujian Pra Ujian Pos

Perkara Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Menguasai Menguasai
Bundar kepada ribu terdekat
Bundar kepada puluh ribu 8 22 30 0
terdekat
Bundar kepada ratus ribu terdekat 7 23 30 0

1 29 30 0

Graf 1: Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Bilangan murid 40 30 30 30
30

20
8
10 7

1

0

Bundar kepada ribu Bundar kepada puluh ribu Bundar kepada ratus ribu

terdekat terdekat terdekat

Perkara Ujian Pos (Menguasai)
Ujiaan Pra (Menguasai)

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Graf 1,
terdapat perubahan yang sangat ketara dalam keputusan ujian pos iaitu semua murid dapat
membundar nombor kepada ribu, puluh ribu dan ratus ribu terdekat dengan betul. Rujuk lampiran
3 (Analisis markah ujian pra dan ujian pos setiap murid)

ii. Analisis Soal Selidik

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik, murid memberikan persepsi positif terhadap
teknik Necara Bundar. Jadual 2 menunjukkan butiran lengkap bagi hasil analisis yang telah
dijalankan.

Jadual 2 menunjukkan seramai 29 daripada 30 orang murid berminat untuk belajar membundar
dengan menggunakan teknik Neraca Bundar. Seorang murid sahaja yang tidak berminat kerana
tidak suka melukis gambar neraca dan hanya menulis urutan nombor sahaja kerana menjimatkan
masa dan ingin cepat mendapatkan jawapan. Namun begitu, murid ini telah menguasai konsep
membundar nombor menggunakan teknik tersebut dan menjawab kesemua soalan dengan betul.
Dapatan menunjukkan 100% murid bersetuju bahawa teknik Neraca Bundar mudah dan membantu
mereka untuk membundar nombor. Semua murid menyatakan mereka yakin dan dapat menguasai
kemahiran membundar. Mereka juga suka dengan teknik baru ini.

92

Jadual 2: Analisis soal selidik tentang minat murid

BIL PERNYATAAN Ya Tidak
BIL % BIL %
1. Saya seronok menjawab soalan bundar dengan 30 100
menggunakan teknik Neraca Bundar. 30 100 00
00
Saya dapat menjawab soalan bundar dengan 00 30 100
2. mudah dengan menggunakan teknik Neraca 29 97 13

Bundar. 30 100 00

3. Saya bosan menggunakan teknik Neraca Bundar. 30 100 00

4. Saya minat belajar bundar dengan menggunakan 30 100 00
teknik Neraca Bundar.

Teknik yang digunakan guru membantu saya
5 membundar nombor kepada ribu, puluh ribu dan

ratus ribu terdekat.

Saya dapat menguasai kemahiran membundar
6 nombor kepada ribu, puluh ribu dan ratus ribu

terdekat.

7 Saya yakin semasa membundar nombor
menggunakan teknik Neraca Bundar.

8 Saya suka dengan teknik baru yang guru 30 100 0 0
perkenalkan.

PERBINCANGAN

Sepanjang pelaksanan kajian, saya telah mendapat banyak pengalaman baharu terutama semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat perubahan positif pada sikap dan tingkah laku
murid dan guru iaitu:

i. Perubahan tingkah laku dan emosi murid

Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid memberikan respon yang baik iaitu penglibatan secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga menunjukkan reaksi berpuas hati dan gembira
dengan hasil jawapan latih tubi kerana dapat menjawab dengan betul. Maka, secara tidak langsung
dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar matematik.

ii. Pembelajaran murid

Murid-murid telah berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul selepas intervensi Neraca
Bundar dijalankan. Teknik ini telah memberi impak yang amat baik dan berkesan dalam membantu
murid-murid meningkatkan kemahiran membundar kepada ribu, puluh ribu dan ratus ribu terdekat.
Rajah 4 di bawah adalah lembaran kerja murid membundar nombor menggunakan Neraca Bundar.
Berdasarkan gambar tersebut dapat dibuktikan bahawa teknik ini telah dapat membantu murid
membundar nombor dengan betul.

Punca kejayaan teknik Neraca Bundar ialah murid-murid dapat melihat nombor yang hampir untuk
dibundar pada Neraca Bundar yang dilukis dan tidak perlu menghafal cara-cara membundar
nombor.

93

Rajah 4: Contoh jawapan murid sebelum dan selepas penggunaan teknik Neraca Bundar

Sebelum teknik Neraca Bundar Selepas teknik Neraca Bundar

Bahan pengajaran berbentuk model ini memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran
murid. Murid dapat memahami konsep topik yang diajar dengan lebih bermakna serta boleh
menjalankan aktiviti secara kendiri sama ada dalam kelas bersemuka ataupun pembelajaran di
rumah. Situasi ini disokong oleh Mohd Suhaimi bin Omar, Noor Shah Saad dan Mohd. Uzi Dollah
(2017) yang menyatakan untuk mengajar matematik penggunaan bahan manipulatif merupakan
berkesan serta mampu membantu meningkatkan kefahaman murid, terutamanya dalam proses
pembelajaran matematik di kalangan murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Penggunaan bahan-bahan
manipulatif ini membantu murid untuk lebih memahami konsep sesuatu topik yang diajar oleh guru.
Bahan manipulatif ini berperanan sebagai medium yang akan membantu guru meningkatkan
kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang agak kompleks bagi murid-murid
berumur 7 hingga 11 tahun.

iii. Perasaan guru/ Teori guru sendiri

Saya berasa bangga kerana berjaya membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor
dan seterusnya dapat menimbulkan minat murid untuk mempelajari Matematik. Berdasarkan aspek
pembangunan kurikulum pula, saya dapat meningkatkan pencapaian penguasaan murid dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada tahap minimum TP3 dalam kurikulum sekolah.
Tanggungjawab sebagai guru matematik adalah sentiasa peka dengan keperluan dan masalah
murid di dalam kelas. Ini kerana mata pelajaran matematik bukanlah mata pelajaran yang mudah
difahami oleh semua golongan murid. Saya perlu memilih kaedah pengajaran yang lebih baik dan
berkesan untuk mengatasi setiap masalah pembelajaran murid dan secara tidak langsung saya
dapat menambahbaik amalan mengajar saya dari masa ke semasa.

RUMUSAN

Pelaksanaan setiap teknik atau kaedah baharu yang diperkenalkan perlu diuji dengan terperinci
dengan mengambil kira faktor minat, pengaruh terhadap prestasi dan keberkesanannya untuk
mengatasi masalah pemahaman murid dalam sesuatu topik. Penggunaan teknik Neraca Bundar
dalam intervensi pengajaran saya telah berjaya membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membundar nombor sekaligus memberi motivasi kepada murid untuk berminat
mempelajari topik membundar nombor. Kejayaan keberkesanan kajian ini ialah teknik Neraca
Bundar dapat mempercepatkan kefahaman murid untuk membundar nombor kerana teknik ini tidak
kompleks dan mudah difahami oleh semua aras kognitif murid. Sehubungan itu, guru perlu
mengamalkan pendekatan yang menarik dan berkesan agar mata pelajaran Matematik tidak lagi
menjadi mata pelajaran yang digeruni oleh murid. Murid akan lebih yakin untuk menyelesaikan
setiap tugasan yang diberikan sekiranya mereka menguasai konsep asas matematik. Guru juga
perlu sentiasa kreatif semasa sesi pengajaran agar maklumat topik yang disampaikan mudah

94

difahami oleh murid terutama di musim PdPR. In adalah kerana kekangan sebilangan murid yang
tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara konsisten disebabkan masalah talian dan
sebagainya. Pedagogi yang sesuai dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu
diterapkan supaya dapat menarik minat pelajar dan penambahbaikan amalan pengajaran guru
sentiasa dapat ditingkatkan. Kebijaksanaan guru dalam memilih teknik dan kaedah yang
bersesuaian perlu menjadi keutamaan bagi setiap guru. Memandangkan kajian ini hanya melibatkan
sekumpulan kecil murid tahun 5 sahaja, adalah dicadangkan agar pada masa akan datang, teknik
Neraca Bundar diuji keberkesannanya dengan melibatkan murid-murid tahun 2, 3, 4, dan 6. Selain
itu, meluaskan skop kajian di sekolah-sekolah dalam daerah yang sama dan daerah lain yang
mempunyai masalah murid dalam topik membundar.

RUJUKAN

Anizah binti Othman. (2019). Penggunaan Bubundar Dalam Membantu Murid Tahun Empat
Membundar Nombor Bulat. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPGK BL Tahun 2019, Jilid 13.
Diperolehi pada 18 September 2021 daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2019/1%20Anizah.pdf

Kiu Kwong Xian dan Narawi Abu Bakar (2017). Membantu Murid Tahun 3 Membundar Nombor Bulat
Dengan Menggunakan Kaedah “Rumah Bundar”. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 13,
2017, 1 – 10.

Mohd Suhaimi Bin Omar, Noor Shah Saad dan Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,
7(1), 32-46.

Nor Adibah binti Abdullah. (2021). The effectivenes of KOBUNA in primary pupils’ rounding
skill. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 30-38.

Reney Pantun. (2017). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid tahun
dua dalam topik pembundaran. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Siti Aisyah Ibrahim dan Khadijah Abdul Razak. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran Dan Impak
Dalam Pendidikan Islam Dan Pembelajaran Murid [Covid-19 Pandemic: Challenges And
Impact In Islamic Education And Student Learning]. International Journal of Advanced
Research in Islamic Studies and Education, 1(1), 89-94.

Yusairi bin Hj. Othman dan Nor Razana bt. Ismail. (2018). Papan Magnetik Bugano Meningkatkan
Kemahiran Murid Membundar Nombor. Diperolehi pada 16 September 2021 daripada
https://ipgktb.edu.my/iconfed/compilation_of_paper_iconfed2018_volum2/Compilation%20of%
20Paper%20IConFEd2018_S2/BM/TEMA%20B/B56_Papan%20Magnetik%20BUGANO.pdf

95


Click to View FlipBook Version