The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycejmg78, 2021-12-05 20:08:54

Buku Kolokium Transformasi

Buku Kolokium Transformasi

LAMPIRAN

UJIAN PRA LAMPIRAN 1
2) 712 616
NAMA :___________________________ 4) 953 894

BUNDAR NOMBOR KEPADA RIBU TERDEKAT. 6) 723 901

CONTOH: 146 220 1 1) 175 391
6 000
2

1 4 6 2 2 0 = 146000 3
7 000 4
___
5

6
7
8
9

BUNDAR NOMBOR KEPADA PULUH RIBU TERDEKAT.

CONTOH: 349 312 3) 619 863

1

40000 2
3

3 4 9 3 1 2 = 350000 4
50000 ___
5

6

7

8

9

BUNDAR NOMBOR KEPADA RATUS RIBU TERDEKAT.

CONTOH: 917 658 5) 261 034

91 0000 1
9 1 7 6 5 8 = 910000 2
920000 3
4
___
5
6
7
8
9

96

LAMPIRAN 2

UJIAN POS

NAMA:__________________________

BUNDAR NOMBOR KEPADA RIBU TERDEKAT.

1) 176 291 = 2) 713 916 =

BUNDAR NOMBOR KEPADA PULUH RIBU TERDEKAT.

3) 637 319 = 4) 861 014 =

BUNDAR NOMBOR KEPADA RATUS RIBU TERDEKAT.

5) 621 839 = 6) 769 852 =

97

LAMPIRAN 3

ANALISIS TEKNIK NERACA BUNDA

PERKARA

UJIAN PRA UJIAN POS

BIL NAMA Ratus ribu
MURID terdekat

Puluh ribu
terdekat
Ribu
terdekat

Ratus ribu
terdekat

Puluh ribu
terdekat
Ribu
terdekat
Pencapaian Pencapaian

1 Murid 1 X XX TM √√√ MM
2 Murid 2 XX TM √√√ MM
3 Murid 3 X XX TM √√√ MM
4 Murid 4 XX TM √√√ MM
5 Murid 5 X XX TM √√√ MM
6 Murid 6 √X TM √√√ MM
7 Murid 7 X XX TM √√√ MM
8 Murid 8 TM √√√ MM
9 Murid 9 X XX TM √√√ MM
10 Murid 10 √ √X TM √√√ MM
11 Murid 11 XX TM √√√ MM
12 Murid 12 X XX TM √√√ MM
13 Murid 13 √ √X TM √√√ MM
14 Murid 14 √ XX TM √√√ MM
15 Murid 15 √ XX TM √√√ MM
16 Murid 16 √ √X TM √√√ MM
17 Murid 17 √ XX TM √√√ MM
18 Murid 18 XX TM √√√ MM
19 Murid 19 X XX TM √√√ MM
20 Murid 20 √X TM √√√ MM
21 Murid 21 X XX TM √√√ MM
22 Murid 22 √ XX TM √√√ MM
23 Murid 23 XX TM √√√ MM
24 Murid 24 X √√ TM √√√ MM
25 Murid 25 √X TM √√√ MM
26 Murid 26 X XX TM √√√ MM
27 Murid 27 XX TM √√√ MM
28 Murid 28 X XX TM √√√ MM
29 Murid 29 √ XX TM √√√ MM
30 Murid 30 XX TM √√√ MM
X XX
PETUNJUK:
X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

TM: TIDAK MENGUASAI / MM: MENGUASAI

98

PENGGUNAAN ‘TEKNIK SS (SIOK SENDIRI) EXC-PIU’ UNTUK MENINGKATKAN
PENGUASAAN TOPIK SIMPLE PRESENT TENSE DALAM KALANGAN MURID-
MURIDTAHUN 6 MAWAR, SK BUIT HILL, PENAMPANG SEMASA PANDEMIK

COVID-19

Jumaniah binti Abd Mutalib
Sekolah Kebangsaan Buit Hill

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai topik SimplePresent
Tense di dalam grammar walaupun sudah berada di Tahun 6. Grammar perlu dikuasai kerana
berkaitan dengan kemahiran Bahasa Inggeris yang lain seperti speaking dan writing. Selain itu, guru
mendapati murid mempunyai masalah untuk faham nota yang panjang di dalam buku teks. Seramai
26 orang murid terlibat di dalam kajian tindakan ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah
temubual, pemerhatian, latihan, lembaran kerja, ujian dan data peperiksaan di Tahun 5. Hasil
tinjauan menunjukkan ramai murid di dalam kelas 6 Mawar tidak menguasai Bahasa Inggeris
dengan alasan tidak faham atau sukar untuk faham. Walaupun sudah berada di Tahun 6, mereka
masih tidak menguasai Topik Simple Present Tense iaitu murid masih keliru dan sukar untuk
membezakan bilakah verb atau kata kerja perlu ditambah ‘s’ di hujungnya. Murid juga sering menulis
huruf I iaitu saya dengan huruf kecil. Boleh dikatakan kajiantindakan ini adalah intervensi 2 dalam 1
kerana menyelesaikan 2 masalah utama yang sering berlaku dikalangan murid. Selain itu, isu yang
banyak timbul semasa Pandemik Covid-19 di manamurid perlu menjalani PdPR di dalam normal
baharu turut menyumbang kepada masalah ini. Kajian ini akan melalui 3 fasa bagi mencapai sasaran
26 orang murid. Penggunaan mnemonic dan catchy words menarik perhatian murid dan mudah untuk
diingat. Keputusan setelah penilaianpertama menunjukkan terdapat ramai murid mendapat markah
0. Seterusnya di dalam penilaiankedua, berlaku pengurangan murid yang mendapat markah 0 di
dalam lembaran kerja dan latihanyang diberikan oleh guru setelah diajar Teknik SS (siok sendiri)
Exc-PIU. Semasa PdPR, murid mampu menjawab sendiri dengan pemantauan yang minima oleh
guru.

Kata Kunci : Kajian Tindakan, Pandemik Covid-19, PdPR, Simple Present Tense, Tahun 6

ISU, PEMERHATIAN DAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Isu pembelajaran bersemuka yang diganti dengan PdPR ekoran pandemik Covid-19 banyak
mempengaruhi emosi dan cara penerimaan murid di dalam proses pembelajaran. Mengajar di SK
Buit Hill, sebuah sekolah pinggir bandar di Penampang dan berpengalaman mengajar muridTahun
6 selama 10 tahun. Selama mengajar di Tahun 6, pelbagai masalah yang boleh dilihat di kalangan
murid di mana mereka tidak menguasai kemahiran dan tajuk-tajuk mudah di dalam tatabahasa
Bahasa Inggeris. Apabila mereka tidak atau kurang faham, situasi ini menjadikan murid kurang
memberikan perhatian ketika guru mengajar. Sebelum ini, murid hanya menyalin nota yang panjang
dari buku teks. Walaupun guru memasukkan unsur kecindan di dalam pengajaran bagi menarik
perhatian murid ketika belajar di dalam kelas namun ini tidak menjaminmurid untuk memahami apa
yang dipelajari secara keseluruhan. Bagi guru perkataan menarik dan faham adalah dua istilah yang
sangat berbeza. Dalam usaha menjadikan suatu PdPC berjalan dengan baik dan lancar, ia perlulah
menarik dan difahami. Malah, ada murid tahun 6 yang masih tidak mampu membaca perkataan
mudah Bahasa Inggeris dengan lancar ketika gurumengajar di tahun 6 terutama kelas 6 Mawar,
kelas kedua daripada 2 streaming classes.

Apa yang menjadi masalah utama kepada seorang guru adalah bagaimana untuk memastikan
murid faham apa yang dipelajari, apakah kegunaan tajuk grammar yang mereka pelajari dan
bagaimana penggunaannya di dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ini guru sering mendengar
perkataan Kajian Tindakan, tapi guru kurang faham apakah sebenarnya Kajian Tindakan tersebut,

99

tujuan dan faedah dilaksanakan. Adakah ia boleh membantu guru menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid? Setelah diberi pendedahan, guru nekad untukmelaksanakan kajian tindakan
agar sedikit sebanyak dapat membantu murid mengatasi masalahpembelajaran mereka terutama
bagi topik mudah grammar iaitu Simple Present Tense. Hakikatnya, pada peringkat awal
pengenalan topik Simple Present Tense, guru sedikit terkilan kerana majoriti murid mendapat
markah 0 ketika menjawab soalan dan mereka pula berada di tahun 6 iaitu tahun akhir di sekolah
rendah dan tempoh peralihan untuk ke sekolah menengah.

Guru memperkenalkan Teknik SS (siok sendiri) Exc-PIU dengan tujuan dapat menarik perhatian
murid mengingat nama teknik melalui penggunaan mnemonic dan catchy words. Namun melalui
kaedah SS (siok sendiri) Exc-PIU ini, murid yang lemah dapat menjawab soalan objektif atau
subjektif yang berkaitan dengan topik. Walaupun cuma ada beberapa soalan berkaitan tajuk di
dalam objektif Kertas 1, namun ia akan tetap memberikan impak kepada markah murid secara
keseluruhan. Namun, agak membanggakan apabila pada peperiksaan Semester 1, 7 orang murid
berjaya lulus bagi kedua-dua kertas. Walaubagaimanapun, ini tidak menjamin kepuasan di hati
guru.

FOKUS KAJIAN
Murid sukar menentukan verb mana yang perlu ditambah huruf ‘s’ selepas pronoun di dalam Simple
Present Tense. Ini menyukarkan murid untuk menjawab soalan objektif, subjektif dan membina ayat
mudah. Markah akan ditolak jika terdapat kesalahan grammar pada ayat. Kurangpendedahan di
kalangan murid di samping latar belakang keluarga yang menggunakan bahasa ibunda seperti
Bahasa Kadazan, Dusun, Bajau atau Bahasa Melayu di rumah turut menyumbangke arah masalah
ini. Indikator pencapaian adalah melalui penilaian prestasi melalui latihan, lembaran kerja dan ujian
topikal. Guru mengharapkan agar murid dapat menjawab 50% soalan dengan betul. Selain itu,
murid diharapkan mampu menjawab sendiri soalan Simple Present Tense hanya dengan
berpandukan intervensi SS (siok sendiri) Exc -PIU dan dengan pemantauanyang minima. Kajian ini
akan melalui 3 fasa di mana pada fasa pertama, guru menganggarkan 10 orang akan menguasai
teknik ini. Seterusnya, pada fasa kedua seramai 15 orang dan akhir sekali seramai 26 orang akan
menguasai topik Simple Present Tense dengan mudah. Guru jugaakan melakukan pemerhatian
dan penilaian berterusan ke atas 26 orang murid-murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini.
Fokus utama guru hanya ingin melihat murid mampu untuk menguasai topik ini dengan cara yang
lebih mudah dengan menggunakan istilah yang mudah diingat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini dijalankan agar murid dapat meningkatkan penguasaan topik SimplePresent Tense
dengan mudah

Objektif Khusus

i. Murid tahu bila perlu menambahkan huruf ‘s’ di belakang verb di dalam Simple Present
Tense

ii. Mengingatkan murid bahawa I (saya) perlu ditulis dengan huruf besar walaupun berada
di tengah ayat

iii. Mengurangkan jumlah murid yang mendapat markah 0 bagi topik Simple Present Tense.

KUMPULAN SASARAN

Seramai 26 orang murid dari kelas 6 Mawar terlibat di dalam kajian ini. Walaupun sasaran awal
adalah untuk 35 orang, namun tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik covid-19 dan ramai
murid tidak hadir ke sekolah untuk jangka waktu yang agak lama.

100

PELAKSANAAN KAJIAN

Tarikh Tindakan Sumber / kaedah Analisis
8/3/2021 Tiada
Bengkel Penulisan Kajian Bersemuka di Bilik
Tindakan Menggunakan Mesyuarat Perdana, PPD
Templat Penampang
My Baby AReT

24/3/2021 Taklimat Pembudayaan Google Meet Tiada
- KajianTindakan PPD
Penampang Temubual dan Menemubual beberapa orang
Pemerhatian murid dengan bertanyakan soalan
Sesi PdPC Bahasa seperti :
Inggeris di dalam kelas 1) Do you know what is Simple
Present Tense? (Adakah awak
tahuSimple Present Tense?)

12/4/2021 Belajar tajuk Simple - Buku teks muka surat Jawapan murid :
Present Tense 48 & 49
- Guru mengajar tanpa - Ada murid yang menggelengkan
menggunakan teknik
kepala

- Ada yang menjawab ‘No’
- I don’t know teacher.
- Apa tu?
- Pernah dengar tapi tidakingat.

- Murid kurang memberi
perhatian kerana tidak faham

19/4/2021 Latihan dalam kelas(6 Soalan dicedok daripada Markah Penilaian 1
20/4/2021 soalan) Buku rujukanGrammar 19/4/2021
Tahun 5
23/4/21 Sesi PdPC (6 Markah)
menggunakan teknik SS Murid diajar
(siok sendiri) EXC-PIU menggunakan teknik 5 ke atas 0

Penghantaran Kertas Softcopy 3-4 2
Cadangan Kajian
Tindakan menggunakan 1-2 5
templat My Baby AreT
0 19

Jumlah 26

hadir

- Murid memberi tumpuan kerana

tertarik dengan perkataan siok

sendiri atau syok sendiri dan huruf-

hurufyang tidak difahami (perasaan

ingin tahu)

Ketawa ketika mendengar

perkataan siok sendiri.

- Tiada

101

3/5/2021 Murid menjawab kuiz Soalan dicedok dan Markah Penilaian 2
dicetak daripada internet 3/5/2021

(10 Markah)

5 ke atas 6

3-4 11
1-2 7
0 2
Jumlah 26
hadir

6/5/2021 Bengkel KajianTindakan Bersemuka di Bilik Tiada
Mesyuarat Perdana,
7/7/2021 PdPR (virtual class PPD Penampang Tiada
- melalui telegram)
Penilaian berterusan Semasa PdPR

Tinjauan Awal Masalah

Penguasaan Grammar di dalam Bahasa Inggeris sebenarnya adalah perkara wajib dikuasai oleh
murid-murid agar mereka mampu menguasai pelbagai kemahiran di dalam Bahasa Inggeris.
Grammar digunakan di dalam semua kemahiran Bahasa Inggeris seperti di dalam speaking dan
writing. Sekiranya murid tidak menguasai Simple Present Tense, ini akan menyukarkan mereka
untuk memahami Tenses yang akan dipelajari seterusnya. Jika seorang murid memahami
maksud perkataan Bahasa Inggeris di dalam Bahasa Melayu, belum tentu murid mampu
membina ayat dan menulis karangan yang baik di dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna, semua
kemahiran perlu dikembangkan seiring bagi melahirkan murid yang celik Bahasa Inggeris. Melalui
pemerhatian dan temubual, guru mendapati murid memang pernah belajar tajuk yang sama tetapi
masih kurang pemahaman mengenainya. Murid didapati kurang bersemangat dan kurang fokus.
Ini kemungkinan berpunca daripada situasi murid yang sudah berada di rumah akibat pandemik
Covid-19.

Semasa PdPR, iaitu sebelum murid kembali ke sekolah untuk kelas bersemuka, muridbanyak
menggunakan komputer dan peranti mudah alih. Kemudian, apabila murid kembali ke sekolah
selepas PKP dan PKPB, murid terpaksa mengikut SOP yang ketat seperti memakai pelitup muka
dan membuat penjarakan sosial yang membuatkan murid kurang selsesa dan bersemangat untuk
menjalani PdPC. Pembelajaran normal baharu di dalam kelas juga menjadi isu kepada murid
kerana perlu menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran tersebut. Kelas bersemuka
sebelumnya terpaksa bertukar kepada PdPR turut menjadi masalah. Jika semasa PdPC, murid
boleh berbincang secara berpasangan atau dalam kumpulan, namun semasa PdPR beraku
kekangan dan mereka perlu berdikari untuk menjawab soalan atau menyiapkan sendiri tugasan
yang diberikan oleh guru. Kehadiran tidak menentu akibat covid-19 menyebabkan tidaksemua
murid dapat dilibatkan dalam kajian ini.

Analisis Tinjauan Masalah

Murid kelihatan tidak berminat untuk membaca nota yang panjang. Melalui temubual bersama
murid dan pemerhatian guru, mereka tidak faham dan malas untuk membaca nota yang panjang.
Murid kelihatan lebih berminat jika guru menggunakan mnemonik akronim, catchy words, nota
grafik seperti Peta I-think di dalam sesi PdPC. Selain itu, ‘miskin’ perbendaharaan kata di dalam
Bahasa Inggeris, turut menyumbang kepada situasi ini. Murid juga kurang faham penggunaan
Simple Present Tense dan istilah-istilah yang biasa digunakan di dalam Grammar. Ini berpunca
daripada murid tidak menguasai Pronoun dan istilah-istilah mudah di dalam Grammar. Murid tidak
tahu bila verb perlu ditambah huruf ‘s’. Murid kerap menulis huruf I dengan huruf kecil kerana apa
yang mereka faham huruf besar hanya boleh ditulis di awal ayat dan bukan di tengah ayat. Semua
jawapan yang diberikan oleh murid ketika menjawab soalan topik ini di awal pemerhatian
menunjukkan jawapan yang diberikan semua salah dan mendapat 0 markahdaripada 6 soalan.
Kekangan masa untuk melaksanakan ujian-ujian lain serta terpaksa melalui 3 fasa.

102

TINDAKAN (RAWATAN / INTERVENSI)

Menggunakan istilah yang dekat di kalangan murid iaitu siok atau syok sendiri memudahkan murid
untuk mengingat teknik ini di samping penggunaan mnemonic acronim memudahkan muridyang
kurang menguasai untuk menghafal teknik ini. Mnemonic diambil daripada perkataan Greekyang
bermaksud memory, berkaitan dengan memory atau mengingat. Guru perlu memberi penekanan
kepada tajuk, fungsi dan bilakah ia boleh digunakan. Di dalam Bahasa Inggeris Simple Present
Tense bermaksud ‘to show habits, regular actions or to refer to present time andgeneral facts.’
Ayat mudah ialah ‘the things that happen now or always’ atau yang berlaku sekarang.

a) Maksud SS (Siok sendiri)

Contoh ayat 1 : My father washes his car during the weekends.

Subject Verb Time
Pronouns washes
weekends
My father Regular actions

S - singular Verb yang perlu ditambah ‘s’ dihujungnya

b) Maksud Exc-PIU

Contoh ayat 2 : Idith and Asin cycle to school every day.

Subject Verb Time
Pronouns
Every day.
Idith and Asin cycle Regular actions

P - plural Verb yang tidak perlu ditambah ‘s’ dihujungnya

Contoh ayat 3 : I brush my teeth every day

Subject Verb Time
Pronouns brush every day.
I Regular actions

I - singular Verb yang tidak perlu ditambah ‘s’ dihujungnya

Contoh ayat 4 : You run fast.

Subject Verb Time
Pronouns
-
You run Regular actions

You (U) - singular Verb yang tidak perlu ditambah ‘s’ dihujungnya

1. Exc ialah singkatan except atau dalam Bahasa Melayu iaitu kecuali.

2. P bermaksud plural

3. IU adalah sebutan huruf yang sama dengan I dan You.

• Di sini bermaksud kata ganti yang bersifat plural iaitu ramai atau banyak tidak perlu
ditambah ‘s’ pada verb. Begitu juga dengan Subject Pronouns I dan You tidak perlu
ditambah ‘s’ pada verb.

103

Cara Pelaksanaan Aktiviti
Bil

Aktiviti 1 Guru perlu menggunakan nota Grammar yang terdapat di dalam buku teks
Bahasa Inggeris Tahun 6 UNIT 5 : 360° (muka surat 48 & 49)
Aktiviti 2 Murid perlu menyalin nota Grammar
Aktiviti 3 Murid menjawab soalan di dalam buku teks
Aktiviti 4 Murid diberikan nota ringkas dan penerangan berkaitan dengan teknik SS (Siok
sendiri) Exc-PIU
Aktiviti 5 Murid menjawab soalan serta lembaran kerja yang diambil daripada sumber lainselain
buku teks : buku aktiviti grammar Tahun 5, lembaran kerja yang dicetak
Aktiviti 6 daripada internet
Aktiviti 7 PdPR (virtual class, murid menjawab soalan di dalam buku aktiviti)

Penilaian berterusan

DAPATAN KAJIAN

Ujian Pra Ujian Pos
Markah
Markah Penilaian 1 Penilaian 2
5 ke atas 19/4/2021 5 ke atas 3/5/2021
(6 Markah) 3-4 (6 Markah)
1-2
0 0 6

3-4 2 Jumlah hadir 11

1-2 5 7

0 19 2

Jumlah hadir 26 26

Ujian Pra dan Ujian Pos 19

20 2
0
15 11 7
2 5
10
6 3-4 1-2

5
0

0
5 ke atas

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 1 : Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos

CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Setelah teknik SS (siok sendiri) Exc-PIU diperkenalkan, guru melihat murid lebih bersemangat
dan fokus, berubah menjadi positif Ketika belajar grammar dan mereka berharap guru akan
memperkenalkan istilah baru lagi untuk belajar topik grammar yang lain. Guru juga mendapati
murid amat berminat dengan istilah SS (siok sendiri) kerana dianggap lucu dan mudah untuk
diingat. Mereka juga turut tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Exc-PIU. Pada
istilah ini, murid turut belajar perkataan except yang bermaksud kecuali. Apa yang penting, guru

104

dapat melihat murid berasa gembira apabila ada yang berkata “Lucu ni teacher punya perkataan
SS, siok sendiri” dan “Senang kan ni teacher kalau hafal ini saja”.

Murid yang kurang faham topik Simple Present Tense sebelum ini, juga lebih yakin, mampu
menjawab soalan sendiri dengan pemantauan minima dan bersedia untuk belajar topik grammar
yang lain. Penilaian 1 yang menunjukkan 19 orang murid mendapat markah 0 kemudian
berkurangan kepada 2 orang pada penilaian seterusnya. Sekurang-kurangnya 50% objektif
tercapai apabila jumlah murid yang mendapat markah 0 berkurangan. Intervensi berkesan
apabila berlaku pengurangan sebanyak 65% murid yang mendapat markah 0.

Walaupun guru tidak mampu melakukan penilaian berfokus dan telus kerana pembelajaran
terpaksa dilakukan secara PdPR, guru agak berpuashati dengan pencapaian murid setelah
menggunakan teknik ini. Penilaian akan diteruskan lagi bagi mencapai target sepenuhnyasasaran
di dalam kajian tindakan ini. Guru akan memberi ujian penilaian secara online menggunakan
google form atau aplikasi lain dengan memberikan tempoh masa serta memilih waktu di hujung
minggu bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan murid di dalam ujian tersebut.

RUJUKAN

Burden, P. 2000. Powerful classroom management strategies : Motivating students to learn. Eng,
J. A. 2014. Pengurusan Bilik Darjah : Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran

Berkesan. PTS Akademia.

Graaff, E. d. 2003. Characteristics of Problem-based Learning. International Journal of
EngineeringEducation. 19(5), 657-662.

Majid, F. A. 2016. Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia :
Cabaran danStrategi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan.

Muhammad Hadi syafiq Mohd Najmi Nurazan, M. R. 2016. A case Study on the Effects of
Mnemonics on English Vocabulary. International Journal odf Applied Linguistics & English
Literature.

Bahagian Penyelidikan Pendidikan. 2008. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
KementerianPendidikan Malaysia.

Rahim, R. M. 2008. Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Mata Pelajaran Elektronik : Satu
KajianTindakan di Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Teknologi 49(E), 109-127.

Schleicher, A. 2020. The Impact of Covid-19 on Education Insights from Education at a Glance.
OECD. Suliman Melan, M. R. 2015. Laporan Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan :

Meningkatkan Penghasilan Kajian Tindakan Dalam Kalangan Pemimpin Sekolah Melalui Portal
E-pembelajaran(Ep). Jabatan Penyelidikan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

http://affafandicatchme.blogspot.com/2011/12/kajian-tindakan-2011.html. (n.d.).

https://en.wikipedia.org/wiki/Acronym. (n.d.). https://en.wikipedia.org/wiki/Mnemonic. (n.d.).

https://www.dictionary.com/browse/catchy. (n.d.).

105

LAMPIRAN
Hasil kerja murid sebelum
teknik SS Exc-PIU
diperkenalkan

Hasil kerja murid selepas
teknik SS Exc-PIU
diperkenalkan

Hasil kerja murid semasa
PdPR

106

MENINGKATKAN KEMAHIRAN APLIKASI ALATAN PERKEBUNAN DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 4 MASALAH PEMBELAJARAN MELALUI PROJEK LET’S PLANT TOGETHER

SEMASA PANDEMIK COVID-19

Suzanna Jusimin
Sekolah Pendidikan Khas Tuaran Penampang

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan kesan daripada pandemik Covid-19
yang melanda di seluruh dunia. Sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian dan pelaksanaan
sesi pembelajaran di sekolah juga turut terganggu. Hal ini memberi kesan kepada pembelajaran
murid-murid masalah pembelajaran dalam tajuk Perkebunan, menyebabkan terdapat murid yang
ketinggalan dalam pembelajaran dan kurang memahami isi kandungan pembelajaran yang diajar.
Oleh itu, satu intervensi dijalankan iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek yang dipanggil Let’s Plant
Together untuk membantu murid-murid masalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran
aplikasi alatan perkebunan. Hasil yang diperoleh dalam dua kitaran pelaksanaan melalui analisis
pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pos serta analisis dokumen mendapati bahawa responden
yang terlibat mempunyai peningkatan dalam dua kemahiran yang dikaji iaitu mengenal alatan
perkebunan dan mengaplikasikan alatan dalam amali berkebun yang dijalankan. Pelaksanaan
Projek Let’s Plant Together ini telah membantu meningkatkan pencapaian mereka.

Kata Kunci: PdPR, Pembelajaran berasaskan projek, alat perkebunan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia menyebabkan gangguan besar dalam pembelajaran
murid, mempengaruhi penilaian dan penurunan penilaian pembelajaran murid, (Yustina, W. Syafii &
R. Vebrianto, 2020). Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam
jangka masa yang panjang juga telah menimbulkan pelbagai kesukaran untuk murid dalam
melaksanakan pembelajaran atas talian, (Xiantong Yang et.al., 2020). Hal ini bukan sahaja
mengganggu kelangsungan proses pembelajaran murid malah murid juga tidak dapat mengikuti
proses pembelajaran secara berkesan disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah capaian
internet di rumah, kekurangan kemudahan dan alat pembelajaran seperti komputer dan ketiadaan
individu untuk membantu murid belajar.

Dalam situasi pandemik Covid-19 iaitu merujuk kepada penyakit radang paru-paru yang disebabkan
oleh jangkitan coronavirus 2019, (Xiantong Yang et.al., 2020), murid-murid terpaksa menjalankan
proses pembelajaran di rumah secara atas talian dan bimbingan hanya dapat diberi melalui interaksi
yang dijalankan dalam aplikasi seperti Google Meet dan Zoom. Memandangkan dalam keadaan
pandemik Covid-19 ini, guru telah bekerja lebih masa untuk belajar alat baharu, mewujudkan
peluang pembelajaran maya dan menyokong semua murid dalam meneruskan pembelajaran dalam
keadaan yang kurang ideal, (Emily C. Miller et.al., 2021). Proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sukar apabila melibatkan murid-murid berkeperluan khas. Berdasarkan kepada Akta
Pendidikan 1996-Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas (1997), ‘murid-murid berkeperluan khas’
bermakna murid-murid yang mempunyai;

i. Kecacatan penglihatan

ii. Kecacatan pendengaran atau

iii. Masalah pembelajaran

Murid-murid berkeperluan khas memerlukan sokongan dan bantuan secara maksimum agar mereka
dapat menjalankan pembelajaran apatah lagi dalam menjalankan PdPR semasa pendemik.
Kesukaran mengikuti proses pembelajaran ini menyebabkan ramai murid berkeperluan khas

107

mengalami keciciran dalam pembelajaran yang menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak dapat
menguasai objektif pembelajaran secara berkesan.

Tambahan pula, murid berkeperluan khas seperti murid masalah pembelajaran mempunyai
kesukaran dalam menumpukan perhatian dalam kelas kerana mereka mempunyai tempoh perhatian
yang singkat jika dibandingkan dengan murid-murid normal yang lain. Keadaan ini dapat dikawal
sekiranya murid berada di dalam kelas dan dipantau oleh guru tetapi ianya adalah sukar untuk
dilaksanakan sekiranya pembelajaran berlaku secara atas talian di mana guru tidak berada
bersama-sama dengan murid dan hanya dapat berinteraksi secara visual sahaja. Keadaan ini turut
mengehadkan bantuan dan bimbingan yang dapat diberi kepada murid berkeperluan khas.

Aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara atas talian juga dilihat telah menurunkan
peratus penglibatan murid dalam pembelajaran di mana bilangan murid yang melaksanakan
pembelajaran atas talian adalah kurang daripada bilangan murid yang sepatutnya. Hal ini adalah
berdasarkan kepada pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup bagi murid Tahun 4 Masalah Pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas Tuaran, Putatan
Penampang Sabah.

Setelah menjalankan aktiviti PdPc di dalam kelas bagi topik perkebunan selepas pembukaan semula
sekolah, guru mendapati bahawa murid-murid tahun 4 masalah pembelajaran mempunyai
kesukaran dalam mengingat dan mengenal pasti alatan berkebun berdasarkan hasil lembaran kerja
murid dan pemerhatian di dalam kelas. Murid-murid juga mempunyai kurang pengetahuan berkaitan
dengan topik perkebunan kerana tidak pernah menjalankan aktiviti berkebun sebelum ini. Selain itu,
murid-murid juga tidak mahir dalam menggunakan alatan berkebun dan memerlukan bantuan serta
bimbingan dalam menguasai kemahiran aplikasi penggunaan. Murid keliru dengan sesetengah
penggunaan alatan berkebun seperti penggunaan pencakar tanah dan sudip tangan. Hal ini dilihat
adalah kesan daripada pelaksanaan proses pembelajaran secara atas talian yang berlaku
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sekolah ditutup dan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan.

Oleh yang demikian, murid-murid ini memerlukan satu kaedah yang sesuai serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan serta dijalankan secara hands-on agar objektif pembelajaran
dapat dicapai. Strategi yang sesuai perlu dibina untuk menarik minat MBK pembelajaran dalam
PdPc di sekolah dan semasa PdPR berlangsung.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada masalah penguasaan kemahiran aplikasi alatan berkebun dalam
kalangan murid-murid Tahun 4 masalah pembelajaran. Tumpuan diberikan kepada pelaksanaan
aktiviti perkebunan mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) (KSSRPK) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KPM, 2013) seperti yang
berikut;

Jadual 1: Standard kandungan dan standard pembelajaran yang diberi tumpuan dalam pelaksanaan
kajian

Bil Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …

1 Alatan 3.1 Mengetahui alatan 3.1.1 Mengenal dan menamakan alat-
berkebun
berkebun alat berkebun

3.1.2 Menyatakan fungsi alat-alat
berkebun

i. pasu
ii. sudip tangan
iii. serampang tangan
iv. penyiram

108

3.2 Mengaplikasi 3.2.1 Menggunakan alatan berkebun
penggunaan alatan dengan selamat
berkebun
i. pasu
ii. sudip tangan
iii. serampang tangan
iv. penyiram

Dalam mengatasi masalah dan isu yang dihadapi semasa proses pembelajaran dalam situasi
pandemik Covid-19, satu intervensi telah dibina iaitu pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang
dinamakan Let’s Plant Together. Kaedah pembelajaran berasaskan projek Let’s Plant Together ini
dipilih sebagai intervensi dalam kajian kerana kaedah dan pendekatan ini bersesuaian dengan MBK
dan juga situasi pembelajaran semasa. Model pembelajaran PBL merupakan model pembelajaran
yang mengutamakan penglibatan aktif murid dalam menyelesaikan masalah, dilakukan secara
berkumpulan atau individu dalam tempoh masa tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk, (Lilik
Handayani, 2020). PBL juga dilihat sebagai strategi pembelajaran yang sesuai dan relevan terhadap
perubahan pendidikan masa kini, (Mohd Ridzuan Padzil, Aidah Abd Karim & Hazrati Husnin, 2020).

Dalam kajian yang sama juga dinyatakan bahawa PBL dapat mengembangkan minat dan daya
kreativiti murid serta membantu mengembangkan kemahiran psikomotor mereka. Tambahan pula,
pengetahuan yang dipelajari oleh murid di dalam kelas akan dapat digunakan dalam pelaksanaan
aktiviti sebenar. Hal ini adalah selari dengan kenyataan oleh Aznan Che Ahmad et.al. (2015) bahawa
kurikulum KSSRPK dibina supaya pembelajaran di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dapat
diaplikasi dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan projek ini juga adalah selaras dengan pendidikan
pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESO) dan selari dengan Dasar Alam
Sekitar Negara serta tuntutan peringkat global menerusi Dekad Pendidikan untuk Pembangunan
Lestari 2005-2014 (DefSD), (Komathy Letchunamam & Rosniza Aznie Che Rose, 2021).

Projek Let’s Plant Together dibina untuk dijadikan projek bagi MBK Tahun 4 adalah juga disebabkan
oleh beberapa kelebihan dalam pelaksanaan PBL seperti yang dinyatakan oleh Barbara Condliffe
et.al. (2017) iaitu ianya dapat memotivasikan pembelajaran, menggunakan projek dalam
pembelajaran, soalan berpandu yang memudahkan murid melaksanakan projek dan memerlukan
masa yang mencukupi untuk melaksanakan projek yang mana sesuai dijalankan semasa PdPR.

Pembelajaran berasaskan projek ini membolehkan murid-murid melakukan aktiviti dan tugasan
secara hands-on dan menggunakan bahan-bahan maujud, (Norazizah@Zaniah Mohamed Isa,
2019). Situasi ini membolehkan murid menggunakan deria secara maksimum untuk memperoleh
pengetahuan dan pengalaman belajar. Hal ini juga disokong dengan dapatan kajian daripada kajian
yang sama di mana didapati bahawa kanak-kanak menggunakan lima deria (melihat, mendengar,
menghidu, menyentuh dan merasa) sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Hal ini bukan
sahaja memaksimumkan kesan pembelajaran tetapi ia juga membantu murid berkeperluan khas
dalam meningkatkan pelbagai kemahiran asas seperti kemahiran motor halus dan motor kasar.
Murid juga akan dapat mengenal pelbagai bahagian tumbuhan seperti jenis daun, jenis bunga, jenis
biji benih serta manfaat tumbuhan tersebut, (Sumarmi, 2008).

Pelaksanaan projek Let’s Plant Together ini dibahagikan kepada dua kitaran utama iaitu kitaran 1
dan 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pelaksanaan projek kepada dua kitaran ini adalah
untuk memastikan MBK benar-benar menguasai objektif pembelajaran dan menambahbaik proses
pelaksanaan dalam Kitaran 1.

Jadual 2: Pelaksanaan projek Let’s Plant Together

Bil Kitaran Let’s Plant Together Pelaksanaan

1 Kitaran 1 Dilaksanakan di sekolah selepas pembukaan semula
sekolah, mengikut jadual pembelajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup

2 Kitaran 2 Dilaksanakan semasa PdPR

109

Pelaksanaan intervensi Let’s Plant Together dijalankan dalam dua keadaan yang berbeza mengikut
kitaran. Melalui projek Let’s Plant Together, murid-murid diberi bimbingan tentang kemahiran

aplikasi alat berkebun secara hands-on dan dilaksanakan secara berkumpulan. Penekanan diberi

kepada tiga orang murid Tahun 4 masalah pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

Melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek Let’s Plant Together ini, murid-murid tahun 4
masalah pembelajaran akan dapat mengenali pelbagai jenis alatan berkebun dan dapat
mengaplikasi penggunaan alatan perkebunan melalui aktiviti perkebunan dengan cara yang betul.

Objektif khusus

i. Murid-murid masalah pembelajaran dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya empat
jenis alatan berkebun dengan betul melalui projek Let’s Plant Together

ii. Murid-murid masalah pembelajaran dapat menguasai sekurang-kurangnya empat
kemahiran aplikasi alatan berkebun dengan cara-cara yang betul melalui projek Let’s

Plant Together

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan terhadap tiga orang murid Tahun 4 Masalah Pembelajaran yang terdiri daripada
2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Ketiga-tiga orang murid ini masih belum dapat
menguasai kemahiran aplikasi alatan berkebun dengan betul dan selamat berdasarkan kepada
refleksi PdPc yang telah dijalankan di dalam kelas.

Jadual 3: Demografi peserta kajian

Murid Jantina Jenis kecacatan Penglibatan dalam kelas
A Lelaki MBK Masalah Pembelajaran Kurang aktif
B Lelaki MBK Masalah pembelajaran Aktif
C Perempuan MBK Masalah pembelajaran Kurang aktif

PELAKSANAAN TINDAKAN

Jadual pelaksanaan

Kajian ini dimulakan pada akhir bulan Mac sehingga awal bulan Mei 2021. Carta Gantt yang berikut
menunjukkan jadual pelaksanaan kajian dan juga intervensi yang digunakan dalam menyelesaikan
masalah murid-murid Tahun 4 Masalah Pembelajaran.

Carta Gantt 1: Pelaksanaan kajian

Bil Aktiviti/ Minggu

1 (31 Mac – 2 April)
2 (5 – 9 April)

3 (12 – 16 April)
4 (19 – 23 April)
5 (26 – 30 April)
6 (10 – 14 Mei)
7 (17 – 21 Mei)

1 Pengajaran dan pembelajaran topik Perkebunan
dijalankan di dalam kelas

2 Mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dan
merancang tindakan sesuai yang dijalankan

3 Merancang tindakan dan menulis proposal kajian
4 Murid dinilai melalui pemberian lembaran kerja

(analisis dokumen), ujian pra dan dinilai menggunakan
pemerhatian berstruktur.
5 Murid diberi bimbingan mengenai topik perkebunan
melalui PdPc dalam kelas dan dibawa ke tapak kebun

110

untuk menjalankan projek Let’s Plant Together.
(Pelaksanaan intervensi)
6 Tahap pencapaian murid dinilai menggunakan tiga
instrumen seperti dalam minggu 3 untuk mengesan
perubahan setelah intervensi dijalankan.
7 Menulis refleksi kajian dan membincangkan masalah
dalam pelaksanaan intervensi
8 Melaksanakan penambahbaikan dan menjalankan
intervensi dalam Kitaran 2 (Pelaksanaan intervensi
yang telah ditambahbaik)
9 Cuti Hari Raya Aidilfitri
10 Membuat refleksi kajian dan menulis pelaporan penuh

Berdasarkan kepada Carta Gantt 1 di atas, intervensi dijalankan pada Minggu 3 dan juga Minggu 5.
Intervensi pada Minggu 3 dijalankan di sekolah dan intervensi pada Minggu 5 dijalankan di rumah.

Tinjauan Masalah

i. Lembaran kerja

Pada 23 Mac 2021, lembaran kerja (latihan mengenal alatan berkebun dan aplikasi alatan berkebun)
diedarkan kepada murid. Lembaran kerja ini mengandungi 2 soalan subjektif di mana murid perlu
melengkapkan lembaran kerja secara individu. Melalui analisis lembaran kerja yang diberikan,
didapati bahawa murid masih belum dapat mengenal pasti alatan berkebun dengan betul dan belum
dapat melengkapkan latihan aplikasi alatan berkebun dengan cara yang betul dan selamat.
Jadual 4: Kesalahan murid dalam mengenali alatan berkebun melalui lembaran kerja yang diberikan

Murid A Murid B Murid C

Gambar 1: Murid masih Gambar 2: Murid hanya Gambar 3: Murid masih
belum dapat mengenali berjaya mendapat satu belum dapat mengenali
fungsi alatan berkebun jawapan betul dari lima fungsi alatan berkebun
dengan betul soalan dengan betul

Jadual 5: Kesalahan murid dalam mengaplikasi alatan berkebun dengan betul melalui lembaran
kerja yang diberikan

Murid A Murid B Murid C

Gambar 4: Murid hanya Gambar 5: Murid ini berjaya Gambar 6: Murid hanya
dapat memadankan satu memadankan kesemua dapat memadankan tiga
gambar dengan langkah gambar dengan langkah gambar dengan langkah
penanaman yang betul penanaman yang betul penanaman yang betul

111

ii. Pemerhatian

Pemerhatian juga dijalankan ke atas murid semasa menjalankan aktiviti amali berkebun yang
dijalankan pada 24 Mac 2021. Tingkah laku dan perlakuan murid sepanjang kelas amali,
diperhatikan dan dinilai berdasarkan kepada standard pencapaian yang seharusnya dikuasai oleh
murid. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan, didapati murid menggunakan alatan
berkebun dengan cara mereka sendiri dan ianya adalah kurang selamat. Murid juga masih belum
dapat mengenal pasti alatan berkebun apabila menggunakan alatan yang salah semasa melakukan
amali. Contohnya, murid menggunakan serampang tangan untuk memasukkan tanah ke dalam
polybag dan menanam bawang dengan cara yang salah.

Jadual :6 Kesalahan penggunaan dan aplikasi alatan berkebun oleh murid

Murid B Murid C

Gambar 7: Cara menggunakan alatan Gambar 8: Cara penanaman pokok
(penyiram) berkebun yang kurang sesuai bawang yang salah (daun ditanam di
dalam tanah dan akar terkeluar)

iii. Ujian Pra

Ujian pra telah dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan murid dan untuk menyesuaikan
intervensi dengan kemahiran yang perlu ditingkatkan dalam kalangan murid. Ujian pra telah
dijalankan pada 29 Mac 2021 semasa sesi PdPc di dalam kelas. Ujian pra ini terdiri daripada enam
soalan subjektif.

Analisa Tinjauan Masalah

Masalah-masalah yang diperoleh daripada tinjauan masalah dianalisis dan berikut merupakan hasil
analisis tersebut.

Lembaran Kerja

Jadual 7: Analisis lembaran kerja murid

Lulus Gagal Jumlah

Murid yang menjawab soalan 12 3

Peratus (%) 33.3 66.7 100

Hasil semakan lembaran kerja yang diedarkan kepada murid menunjukkan bahawa 2 daripada 3
orang murid masih belum dapat menguasai topik pembelajaran yang diajar di dalam kelas di mana

112

mereka tidak dapat menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan. Manakala hanya
seorang murid sahaja yang dapat melengkapkan lembaran kerja dengan pencapaian sederhana.

Pemerhatian

Jadual 8: Item pemerhatian murid

Item pemerhatian yang berikut adalah diolah daripada standard kandungan dalam KSSRPK
Kemahiran Hidup (Perkebunan) dan disesuaikan dengan pelaksanaan pemerhatian semasa amali
dijalankan.

Bil Standard Kandungan Tahap Penguasaan Peratus

Murid A Murid B Murid C

Ya Tida Ya Tida Ya Tida
kkk

1 3.1 Mengetahui alatan berkebun

3.1.1 Mengenal dan menamakan / / /

sekurang-kurangnya tiga alat-alat

berkebun

3.1.2 Menyatakan fungsi alat-alat berkebun

i. pasu // /

ii. sudip tangan ///

iii. serampang tangan ///

iv. penyiram // /

2 3.2 mengaplikasi penggunaan alatan berkebun

3.2.1 menggunakan alatan berkebun dengan selamat dan betul

i. pasu ///

ii. sudip tangan ///

iii. serampang tangan ///

iv. penyiram ///

Jumlah Ya 0 2 2 14.8%

Jumlah Tidak 9 7 7 85.2%

Jadual 8 di atas menunjukkan hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga orang murid
semasa menjalankan amali perkebunan di sekolah. Jadual menunjukkan bahawa murid-murid
masih belum dapat menguasai kemahiran aplikasi alatan berkebun dengan jumlah tidak menguasai
sebanyak 85.1 %. Manakala hanya 7.4% kemahiran sahaja yang dikuasai oleh murid. Ketiga-tiga
orang murid masih belum dapat menggunakan alatan berkebun dengan selamat dan betul dan
hanya dua orang murid sahaja yang dapat mengenal dan tahu fungsi dua alatan berkebun dengan
betul. Hasil pemerhatian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 4 Masalah
Pembelajaran memerlukan satu intervensi dan kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk
membolehkan mereka menguasai kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam item
pemerhatian di atas.

113

Ujian Pra

Ujian pra dijalankan ke atas semua murid yang terlibat. Skor markah yang diperoleh dianalisis
mengikut Gred Sekolah Rendah 2016 (KPM, 2016) dan ditunjukkan dalam Jadual 9 yang berikut.

Jadual 9: Gred Sekolah Rendah 2016

Julat markah (%) Gred Catatan

80-100 A Cemerlang

65-79 B Baik

50-64 C Memuaskan

40-49 D Mencapai tahap minimum

0-39 E Belum mencapai tahap minimum

TH TH Tidak hadir

Jadual 10: Skor markah ujian pra murid

Murid Peratus ujian pra (%) Tahap
Memuaskan
Murid A 64
Baik
Murid B 76 Memuaskan

Murid C 58 Baik

Purata 66

Tindakan yang dijalankan

Tindakan yang dijalankan lebih tertumpu pada pelaksanaan projek Let’s Plant Together di mana
murid menjalankan aktiviti berkebun secara hands-on, mengikut prosedur dan langkah-langkah
yang disediakan oleh guru dan juga secara berkumpulan. Pelaksanaan projek ini adalah untuk
memudahkan murid menguasai standard kandungan pembelajaran yang ingin dicapai dalam kajian
ini di samping memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid MBK Masalah Pembelajaran yang
terlibat.

Gambar 9: Projek Let’s Plant Together yang dijalankan bersama-sama dengan MBK lain di sekolah

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Aktiviti 1: Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Proses PdPc dijalankan di dalam kelas untuk memberi bimbingan kepada semua murid yang terlibat.
Aktiviti PdPc memfokuskan kepada pendedahan mengenai topik pembelajaran yang dipelajari dan
untuk memberi maklumat kepada murid apa yang seharusnya mereka ketahui dan kuasai dalam
topik ini. Melalui aktiviti ini juga guru dapat menilai pemahaman murid melalui aktiviti soal jawab dan

114

hasil kerja dalam lembaran kerja yang dilakukan oleh murid sebelum melaksanakan projek Let’s
Plant Together.

Gambar 10: Aktiviti mengenal alatan berkebun di dalam bilik Kemahiran Hidup

Aktiviti 2: Projek Let’s Plant Together

Projek ini dijalankan selepas aktiviti PdPc dijalankan di dalam kelas pada hari yang berlainan
mengikut jadul mata pelajaran. Murid diberi tunjuk ajar mengenai jenis-jenis alat berkebun dan
aplikasi alatan berkebun secara individu dan berkumpulan. Murid juga menjalankan aktiviti berkebun
untuk mengaplikasi pembelajaran yang telah mereka lalui. Sepanjang projek ini dijalankan, murid
dinilai menggunakan pemerhatian berstruktur dan tingkah laku murid diperhatikan.

Gambar 11: Projek Let’s Plant Together bersama-sama murid asrama sekolah

Aktiviti 3: Ujian pos

Setelah projek Let’s Plant Together dijalankan, murid sekali lagi diberi ujian menggunakan set ujian
yang sama dalam ujian pra. Skor markah murid dianalisis sekali lagi dan dibandingkan dengan skor
markah yang diperoleh pada ujian pra. Kedua-dua skor markah ini dibandingkan untuk melihat
sekiranya terdapat peningkatan pencapaian murid setelah menjalankan projek Let’s Plant Together.

Jadual 11: Pelaksanaan ujian pos

Murid A Murid B Murid C

Gambar 12,13 dan 14: Sesi menjawab ujian pos

115

Bahan yang digunakan

Jadual yang berikut menunjukkan bahan yang digunakan sepanjang kajian dijalankan.

Jadual 12: Bahan-bahan yang digunakan

Bil Bahan Tujuan dan masa digunakan

1 Lembaran kerja Digunakan semasa PdPc di dalam kelas

2 Set ujian Digunakan semasa menjalankan ujian pra dan ujian pos

3 Set pemerhatian Digunakan semasa menjalankan projek Let’s Plant

berstruktur Together

Alatan yang digunakan untuk membuat pemerhatian dan penilaian

Jadual 13: Alatan yang digunakan sepanjang kajian dijalankan

Bil Alatan Tujuan dan masa digunakan
1 Item pemerhatian Digunakan semasa projek Let’s Plant Together

berstruktur Digunakan semasa menganalisis data
2 Skor markah ujian pra
Digunakan semasa menjalankan projek Let’s Plant
dan pos Together
3 Alatan berkebun

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Aktiviti 1: PdPc di dalam kelas

Pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan di dalam kelas di mana murid

melengkapkan set lembaran kerja yang diedarkan secara individu. Aktiviti ini dijalankan selepas
murid melalui intervensi iaitu projek Let’s Plant Together dan set lembaran kerja yang digunakan

adalah sama seperti set lembaran kerja sebelum intervensi dijalankan. Jadual yang berikut

menunjukkan pencapaian murid.

Jadual 14: Pencapaian murid dalam lembaran kerja yang diedarkan

Murid yang menjawab soalan Lulus Gagal Jumlah
Peratus (%) 3 0 3
0
100 100

Jadual 15: Jawapan murid dalam lembaran kerja selepas intervensi dijalankan

Murid A Murid B Murid C

Gambar 15: Murid dapat Gambar 16: Murid berjaya Gambar 17: Murid berjaya
memadankan semua alatan memadankan tiga daripada lima memadankan empat daripada
berkebun dengan fungsinya alatan berkebun dengan lima alatan berkebun dengan
dengan betul fungsinya dengan betul fungsinya dengan betul

116

Jadual 16: Jawapan murid dalam lembaran kerja selepas intervensi dijalankan

Murid A Murid B Murid C

Gambar 19: Murid dapat Gambar 20: Murid ini Gambar 21: Murid dapat
memadankan tiga daripada berjaya memadankan memadankan kesemua
lima gambar dengan fungsi kesemua gambar dengan gambar dengan fungsi yang
yang betul langkah penanaman yang betul
betul

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa setelah murid-murid mengikuti intervensi yang
dijalankan, kesemua murid dapat melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan di dalam kelas. Dua
orang murid yang sebelum ini tidak berjaya melengkapkan lembaran kerja iaitu Murid A dan C
akhirnya dapat melengkapkan lembaran kerja tersebut dalam tempoh masa yang diberi. Kesemua
murid juga mencapai tahap lulus. Selain itu, murid-murid juga menunjukkan tingkah laku positif
semasa melengkapkan lembaran kerja di mana murid mudah menyiapkan lembaran kerja yang
diberi serta dapat menjawab soalan lisan yang diberikan dengan baik.

Sebelum intervensi dijalankan, murid banyak bertanya sama ada jawapan yang mereka beri dalam
lembaran kerja adalah betul atau salah dan hal ini menunjukkan bahawa sama ada murid tidak tahu
atau tidak pasti dengan jawapan mereka. Namun, setelah mengikuti projek Let’s Plant Together,
pertanyaan-pertanyaan sedemikian adalah kurang dan murid dapat fokus dengan aktiviti lembaran
kerja mereka. Perubahan ini menunjukkan bahawa murid telah mempelajari sesuatu dari projek yang
dijalankan dan meningkatkan keyakinan mereka dalam melengkapkan lembaran kerja.

Aktiviti 2: Projek Let’s Plant Together

Item pemerhatian berstruktur digunakan semasa pelaksanaan intervensi ini. Jadual 17 yang berikut
menunjukkan tahap penguasaan murid mengikut item yang diperhatikan.

117

Jadual 17: Tahap penguasaan murid mengikut item pemerhatian

Bil Standard Kandungan Tahap Penguasaan Peratus

Murid A Murid B Murid C

Ya Tida Ya Tida Ya Tida
kkk

1 3.1 Mengetahui alatan berkebun

3.1.1 Mengenal dan menamakan / / /
sekurang-kurangnya empat alat-alat
berkebun

3.1.2 Menyatakan fungsi alat-alat berkebun

v. pasu ///

vi. sudip tangan ///

vii. serampang tangan / / /

viii. penyiram ///

2 3.2 mengaplikasi penggunaan alatan berkebun

3.2.1 menggunakan alatan berkebun dengan selamat dan betul

v. pasu // /

vi. sudip tangan // /

vii. serampang tangan // /

viii. penyiram ///

Jumlah Ya 7 9 7 88.9%

Jumlah Tidak 2 0 1 11.1%

Sepanjang projek Let’s Plant Together dijalankan, murid-murid diberi bimbingan secara individu dan
berkumpulan mengenai pelbagai jenis alatan berkebun dan aplikasi alatan berkebun. Murid-murid
diberi sebanyak dua kali bimbingan dan pemerhatian dijalankan. Pada pelaksanaan aktiviti yang
ketiga, pemerhatian dicatat dan diisi dalam jadual seperti yang ditunjukkan di atas. Berdasarkan
kepada analisis ini, dapat disimpulkan bahawa, ketiga-tiga orang murid berjaya mencapai dua
objektif kajian yang dinyatakan dengan 85.1% aktiviti dapat dilaksanakan oleh murid. Manakala
hanya 14.9% sahaja aktiviti yang tidak dapat dijalankan oleh murid secara keseluruhannya. Peratus
ini dibandingkan dengan pencapaian murid sebelum intervensi dijalankan dan ditunjukkan dalam
jadual di bawah.

Jadual 18: Perbandingan peratus analisis pemerhatian berstruktur sebelum dan selepas
pelaksanaan intervensi

Jumlah item Peratus sebelum Peratus Peratus Peratus
pemerhatian yang intervensi selepas
intervensi peningkatan penurunan
dikuasai

Ya 14.8% 88.9% 74.1%

Tidak 85.2% 11.1% 74.1%

118

Terdapat peningkatan sebanyak 74.1% dalam tahap penguasaan murid berdasarkan item
pemerhatian yang digunakan. Jumlah peningkatan ini adalah besar di mana selepas intervensi
dijalankan, murid-murid dapat menunjukkan kemahiran mengenal pasti jenis alatan berkebun
beserta fungsi dan dapat menggunakan alatan berkebun mengikut cara aplikasi yang betul dan
selamat.

Ujian Pos

Jadual yang berikut menunjukkan skor markah ujian pos yang diperoleh oleh ketiga-tiga orang murid
selepas intervensi dijalankan.

Jadual 19: Skor markah ujian pos

Murid Peratus ujian pos (%) Tahap

Murid A 88 Cemerlang

Murid B 94 Cemerlang

Murid C 85 Cemerlang

Purata 89 Cemerlang

Skor markah ini kemudiannya dibandingkan dengan skor markah sebelum intervensi dijalankan dan
ditunjukkan dalam jadual berikut.

Jadual 20: Peningkatan markah murid

Murid Peratus ujian pra Peratus ujian pos (%) Jumlah
(%) peningkatan (%)

Murid A 64 88 24

Murid B 76 94 18

Murid C 58 85 27

Purata 66 89 23

Berdasarkan kepada Jadual 19 dan Jadual 20, dapat diperhatikan bahawa secara keseluruhannya,
ketiga-tiga orang murid menunjukkan peningkatan yang ketara dalam skor markah ujian pos dengan
nilai purata peningkatan sebanyak 23%. Jumlah peningkatan markah terbanyak adalah pada Murid
C iaitu sebanyak 27 markah. Peningkatan peratusan skor markah ini menunjukkan bahawa murid
telah menguasai objektif kajian yang ingin dicapai setelah pelaksanaan intervensi Let’s Plant
Together. Pelaksanaan projek ini telah membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam
topik perkebunan di samping meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam topik ini.

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian ini, didapati bahawa terdapat beberapa kemahiran yang
masih belum dapat dikuasai oleh murid seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10, iaitu mengikut
item pemerhatian berstruktur. Oleh yang demikian, kitaran dua dilaksanakan dengan hanya
memberi fokus kepada penguasaan standard kandungan 3.2.1, iaitu menggunakan alatan berkebun
dengan selamat dan betul. Kitaran 2 ini dijalankan semasa murid menjalani PdPR di mana murid
hanya diberikan salinan modul pelaksanaan projek dan murid akan menjalankan aktiviti secara
kendiri dengan bantuan ibu bapa. Murid diberikan tanggung jawab sepenuhnya terhadap proses
merancang, membina dan menyiapkan projek masing-masing, (Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj
Azid@Aziz, 2016).

Pelaksanaan kitaran 2 ini bukan sahaja ingin melihat penguasaan murid terhadap standard
kandungan 3.2.1, tetapi ianya juga adalah untuk melihat pelaksanaan projek yang kini melibatkan
ibu bapa sebagai pembimbing murid. Hal ini demikian kerana, keberkesanan pembelajaran dalam
situasi pandemik Covid-19 adalah hasil daripada kolaborasi dan interaksi tiga pihak iaitu guru, murid
dan ibu bapa, (Lilik Handayani, 2020). Yustina, W. Syafii & R. Vebrianto (2020) juga menegaskan

119

bahawa pelaksanaan PdPR yang mana murid berada di rumah bukan untuk bermain tetapi belajar
secara atas talian, disertai dengan bimbingan keluarga agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Berikut merupakan hasil analisis item pemerhatian dalam kitaran 2.

Jadual 21: Tahap penguasaan murid mengikut item pemerhatian dalam kitaran 2

Bil Standard Kandungan Tahap Penguasaan Peratus

Murid A Murid B Murid C

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 3.1 Mengetahui alatan berkebun

3.1.1 Mengenal dan menamakan / / /
sekurang-kurangnya empat alat-alat
berkebun

3.1.2 Menyatakan fungsi alat-alat berkebun

ix. pasu ///

x. sudip tangan ///

xi. serampang tangan / / /

xii. penyiram ///

2 3.2 mengaplikasi penggunaan alatan berkebun
3.2.1 menggunakan alatan berkebun dengan selamat dan betul

ix. pasu ///

x. sudip tangan ///

xi. serampang tangan / / /

xii. penyiram ///

Jumlah Ya 9 9 9 100%

Jumlah Tidak 0 0 00

Hasil pelaksanaan kitaran 2 yang memfokuskan penguasaan murid mengikut item pemerhatian
seperti dalam jadual di atas menunjukkan bahawa ketiga-tiga orang murid dapat menguasai
sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang dinilai.

PERBINCANGAN

Pelaksanaan projek Let’s Plant Together telah meningkatkan pencapaian murid dalam topik
Perkebunan khususnya dalam dua sub topik utama yang diberi perhatian iaitu 3.1 mengetahui alatan
berkebun dan 3.2 mengaplikasi penggunaan alatan berkebun. Hasil kajian mendapati bahawa
berdasarkan kepada ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan, terdapat peningkatan yang ketara
berlaku dalam setiap data yang diperoleh daripada instrumen-instrumen yang digunakan. Analisis
dokumen (lembaran kerja) menunjukkan peningkatan jumlah murid lulus daripada seorang kepada
tiga orang selepas intervensi dijalankan. Peratus penguasaan murid mengikut item pemerhatian
berstruktur juga menunjukkan peningkatan sebanyak 74.1% dan mencapai 100% setelah kitaran 2
dijalankan. Perbandingan skor markah ujian pra dan ujian pos juga menunjukkan purata peningkatan
yang ketara iaitu sebanyak 23%.

120

Peningkatan penguasaan murid dalam sub topik yang dikaji menunjukkan bahawa pelaksanaan PBL
membantu murid mengikuti proses pembelajaran secara berkesan. Hasil kajian ini adalah selari
dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Yustina, W. Syafii & R. Vebrianto (2020) di mana dapatan
kajian mereka mendapati bahawa pelaksanaan PBL dapat meningkatkan kemampuan berfikir
secara kreatif dan jauh lebih berkesan daripada pembelajaran secara konvensional.

Keberkesanan yang ditunjukkan ini memberi keyakinan kepada guru untuk mengaplikasikan
pembelajaran berasaskan Let’s Plant Together dalam topik perkebunan. Pelaksanaan pembelajaran
berasaskan projek ini juga dilihat dapat meningkatkan tingkah laku positif dalam kalangan murid
masalah pembelajaran di mana murid lebih fokus dalam pembelajaran jika dibandingkan dengan
belajar di dalam kelas sahaja. Hal ini demikian kerana pembelajaran dengan kaedah chalk and talk
hanya mampu melahirkan golongan murid yang tidak permisif dan pasif, (Yang Guat See, 2015).
Dengan pelaksanaan projek Let’s Plant Together, keadaan ini bukan sahaja dapat diatasi malah
memberikan peluang pembelajaran secara autentik kepada MBK masalah pembelajaran.

Pelaksanaan intervensi ini juga telah membantu murid dan guru mengatasi permasalahan yang
wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat dari penutupan sekolah kerana pandemik
Covid-19. Walaupun pada sebelumnya, murid tidak dapat menguasai topik perkebunan kerana
mengikuti pembelajaran atas talian, namun setelah intervensi ini dijalankan, pencapaian murid dapat
ditingkatkan. Pelaksanaan intervensi dalam kitaran kedua juga berjaya dijalankan, iaitu semasa
murid menjalani PdPR. Hal ini ditunjukkan dengan pencapaian murid berdasarkan kepada item
pemerhatian.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengaplikasian intervensi projek Let’s Plant Together bagi topik Perkebunan telah dapat
meningkatkan penguasaan MBK masalah pembelajaran dalam topik ini. Berdasarkan kepada
dapatan kajian, intervensi ini dapat dikekalkan dalam proses PdPc bagi topik ini kerana ianya mudah
untuk dilaksanakan, sesuai dan relevan dengan MBK masalah pembelajaran dan membantu dalam
meningkatkan pelbagai kemahiran pembelajaran seperti kemahiran kendiri murid.
Bagi kajian seterusnya, pelaksanaan projek Let’s Plant Together ini boleh diaplikasikan untuk murid-
murid perdana tahap 2 yang mempelajari topik perkebunan. Pelaksanaan projek ini juga boleh
digunapakai oleh murid dari semua tahap dan sebagai salah satu projek untuk meningkatkan
kemahiran murid dari segi kognitif, psikomotor dan efektif secara menyeluruh serta penting dalam
menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, (Mohd Bakari Zakaria, Hatta Ismail & Mohamad
Abdullah, 2007). Pelaksanaan intervensi ini juga boleh dijalankan secara kolaborasi dengan guru
Kemahiran Hidup yang lain sebagai salah satu projek pembelajaran yang dijalankan di sekolah.
Keberkesanan pelaksanaan projek akan dapat dinilai apabila intervensi dijalankan dalam situasi dan
murid yang berbeza.

Pelaksanaan projek juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian murid. Penggunaan instrumen an
kaedah pengumpulan data juga boleh diubahsuai seperti menggunakan kaedah temubual dan
borang soal selidik. Penggunaan kaedah dan instrumen penggumpulan data yang pelbagai ini akan
membolehkan pengkaji menilai pelbagai aspek seperti perasaan dan emosi murid selepas intervensi
dijalankan. Aspek ini tidak dinilai secara khusus dalam pelaksanaan kajian ini dan boleh dijalankan
dalam kajian yang seterusnya.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelaksanaan projek Let’s Plant Together dapat membantu MBK masalah
pembelajaran dalam meningkatkan meningkatkan kemahiran aplikasi alatan perkebunan semasa
pandemik covid-19. Pelaksanaan intervensi ini juga berjaya mencapai objektif kajian yang telah
dinyatakan.

121

RUJUKAN

Aznan Che Ahmad, Veronica Donald Chin, Jelin Tunggal & Salizawati Omar. (2015). Projek Serai
dan Teh Serai oleh Murid-murid Bermasalah Pembelajaran Program Integrasi di
Penampang, Sabah. 1-11.

Barbara Condliffe, Janet Quint, Mary G. Visher, Micheal R Bangser, Sonia Drohojowska, Larissa
Saco & Elizabeth Nelson. (2017). Project Based Learning: A Literature Review. New York:
Lucas Education Research.

Emily C. Miller, Emily Reigh, Leema Berland & Joseph Krajcik. (2021). Supporting Equity in Virtual
Science Instruction Through Project-Based Learning: Oppurtunities and Challenges in the
Era of Covid-19. Journal of Science Teacher Education, 1-19.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) Kemahiran Hidup Asas Tahun Empat. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Komathy Letchumanan & Rosniza Aznie Che Rose. (2021). Cabaran dan Isu yang Dihadapi dalam
Pelaksanaan Program Sekolah Lestari di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space,
17(1):238-254.

Lilik Handayani. (2020). Peningkatan Motivasi Belajar IPA Melalui Model Pembelajaran Project-
Based Learning Pada Masa Pandemi Covid-19 bagi Siswa SMP Negeri 4 Gunung Sari.
Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pendidikan, 7(3):168-174.

Mohd Bakari Zakaria, Hatta Ismail & Mohamed Abdullah. (2007). Pelaksanaan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institusi Perguruan Batu Lintang, (pp. 1-16). Batu Lintang Sarawak.

Mohd Ridzuan Padzil, Aidah Abd Karim & Hazrati Hasnin. (2020). PAK 21: Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Jurnal Refleksi
Kepimpinan, 1-7.

Norazizah Abdul Rahman, Nor Ashikin Mohd Yusop, Sopia Md Yassin & Zainiah @ Zaniah
Mohamed Isa. (2019). Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah
Menerusi Pendekatan Projek. Sains Humanika, 11(1):43-61.

Sumarmi. (2008). Sekolah Hijau sebagai ALternatif Pendidikan Lingkungan Hidup dengan
Menggunakan Pendekatan Kontekstual. Jurnal Ilmu Pendidikan , 15(1):19-25.-

Xiantong Yang, Mengmeng Zhang, Lingqiang Kong, Qiang Wang & Jon-Chao Hong. (2020). The
Effects of Scientific Self-Efficiency and Cognitive Anxiety on Science Engagement with the
"Question-Observation-Doing-Explanation" Model during School Disruption in Covid-19
Pandemic . Journal of Science Education and Technology , 1-14.

Yang Guat See. (2015). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Prestasi Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Kemahiran Komunikasi dan Penglibatan Murid
Tingkatan 1 di Selangor . 1-11.

Yustina, W. Syafii & R. Vebrianto. (2020). The Effects of Blended Learning and Project-Based
Learning on Pre-Service Biology Teachers' Creative Thinking Through Online Learning in
The Covid-19 Pandemic. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia, 9(3):408-420.

Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj Azid@Aziz. (2016). Pembinaan dan Penilaian Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) Berasaskan Lapan Prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL) bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu: Kajian di Malaysia. International
Seminar of Generating Knowledge Through Research , (pp. 1011-1022). Universiti Utara
Malaysia.

122

PENERAPAN BUDAYA UCAPAN SALAM DI KELAS 1 ANGGERIK MENGGUNAKAN KAEDAH
K-BAS DALAM FASA PANDEMIK COVID-19

Norzurianah Gedat
Hazmi Awang Kassim
Sekolah Kebangsaan Tombovo, Penampang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan kaedah K-BAS dalam meningkatkan amalan memberi
ucapan salam dan tunduk hormat terhadap guru dan warga sekolah serta melihat perubahan tingkah
laku dalam kalangan murid Tahun 1 Anggerik, selari dengan standard pembelajaran Pendidikan
Moral dalam sub topik menunjukkan cara berkomunikasi dengan beradab sopan dalam tutur kata
dan tingkah laku. Seramai 10 orang murid dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal mendapati murid gagal memberikan ucapan salam semasa guru menjalankan pentaksiran.
Melalui pra pemerhatian, pra temubual, analisis gambar dan catatan refleksi menunjukkan murid
tidak memberikan salam dan menunjukkan tingkah laku yang tidak beradab sopan sebelum
intervensi dijalankan. Perancangan tindakan difokuskan kepada penggunaan kaedah K-BAS dalam
merangsang minat, serta menerapkan amalan memberi salam dan tunduk hormat, kemudian murid
mengaplikasikannya. Kajian ini berlandaskan teori peneguhan positif BF Skinner yang digunakan
dalam gelung kajian Kemmis & McTaggart (1988). Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh
sebulan. Data pos pemerhatian, catatan refleksi dan gambar dianalisis secara analisis kandungan
manakala pos temubual ditranskripkan. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan amalan
memberi salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid sasaran melalui tindakan yang dijalankan.
Budaya memberi ucapan salam dan tunduk hormat telah menjadi amalan murid.
.
Kata kunci: salam, hormat, adab, tingkah laku, Tahun 1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semasa guru hendak membuat pentaksiran luar bilik darjah untuk topik Pendidikan Moral bagi
Standard Pembelajaran 5.3: iaitu menunjukkan cara berkomunikasi dengan beradab sopan dalam
tutur kata dan tingkah laku, guru mendapati 10 orang murid 1 Anggerik gagal memberikan ucapan
salam dan tunduk hormat. Kaedah menasihati secara lisan semasa PdP di dalam kelas tanpa
praktikal tidak berjaya menerapkan budaya memberikan ucapan salam kepada murid ibarat masuk
telinga kanan keluar telinga kiri segala pengajaran yang disampaikan oleh guru tentang tatacara
ucapan salam dan tunduk hormat menjadi sia-sia. Apabila guru bertanyakan kepada murid mengapa
mereka tidak memberikan salam, murid tidak menjawab, ada yang tersenyum dan ada yang tidak
memberikan respon. Murid tidak mengikut nasihat yang diajarkan. Guru merasakan murid kurang
berminat terhadap pdp secara lisan. Murid mahukan aktiviti yang seronok dan ada kelainan serta
menarik minat mereka. Guru dapat mengenalpasti pembelajaran tidak berlaku. Guru sendiri tidak
meneguhkan tingkah laku memberi salam. Guru merasakan murid malu kerana tidak pernah melihat
sesiapa memberi salam dan tunduk hormat sebelum ini di luar bilik darjah. Ia perkara baharu bagi
mereka, sedangkan perbuatan ini sepatutnya sudah diterapkan dari rumah lagi.

Pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan murid-murid terpaksa berada di rumah untuk
belajar. Persekitaran di rumah masih terbawa-bawa di sekolah. Di dalam rumah tidak ada guru untuk
diucapkan salam dan tunduk hormat. Ibu bapa juga tidak menitikberatkan amalan memberikan
salam. Memberi ucapan salam dan tunduk hormat dianggap tidak penting oleh murid. Adakalanya
murid tidak bersedia untuk mengucapkan salam. Murid terkasima ketika bertembung dengan guru
sehingga lidah mereka kelu untuk memberi salam dan tunduk hormat. Guru dianggap sebagai
penggalak atau pemula, maka murid akan sentiasa ternanti-nanti guru yang mengambil inisiatif
untuk mengucapkan salam terlebih dahulu baharulah sistem saraf otak murid berhubung dan
bertindak memberikan salam. Murid juga menunjukkan sifat yang pasif, tiada keyakinan diri, takut
dan bimbang jika mereka membuat kesalahan atau kelakuan ketika mereka memberi salam dan

123

tunduk hormat berbeza dengan tingkah laku murid yang lain. Guru membuat keputusan menjalankan
kajian bagi meningkatkan amalan memberikan ucapan salam dalam kalangan murid agar murid
dapat menunjukkan komunikasi yang beradab sopan dan seterusnya menjadikan murid lebih
beradab terpuji.

Gambar 1 : Murid kelihatan tidak memberi ucapan salam dan
tunduk hormat kepada guru berdekatan.

FOKUS KAJIAN

Kajian dijalankan terhadap 10 orang murid dan melibatkan dua orang guru. Murid-murid terdiri
daripada pelbagai latar belakang. Murid gagal memberikan ucapan salam dan tunduk hormat
terhadap guru sewaktu guru sedang membuat pemerhatian. Murid merasakan memberikan ucapan
salam ini tidak penting. Kajian ini penting kerana guru khuatir jika budaya ucapan salam ini tidak
diterapkan, ia akan memberikan kesan negatif dalam pembentukan adab murid seterusnya akan
memberi kesan terhadap disiplin murid. Murid yang beradab sudah pasti berilmu, manakala murid
yang berilmu belum tentu beradab. Maka guru merasakan kaedah K-BAS diperlukan untuk
meningkatkan amalan ucapan salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid serta membantu
dalam pembentukan tingkah laku dan adab mereka, seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Model Kajian Kemmis & McTaggart
(1988) telah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua kitaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am
Menerapkan budaya ucapan salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid di sekolah.
Objektif Khusus
Meningkatkan amalan memberi ucapan salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid-murid 1
Anggerik terhadap guru dan warga sekolah menggunakan kaedah K-BAS.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang murid Tahun 1 Anggerik yang belum dapat menerapkan
budaya memberi salam dan tunduk hormat dalam diri masing-masing.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Tinjauan Masalah
Tinjauan awal mendapati 10 orang murid gagal memberikan ucapan salam semasa guru
menjalankan pentaksiran bilik darjah menggunakan instrumen pemerhatian. Gambar 2: Catatan
Borang Transit menunjukkan murid belum mencapai Tahap Penguasaan Minimum TP3. Melalui pra
pemerhatian, pra temubual dan analisis gambar menunjukkan murid tidak memberikan salam dan
menunjukkan tingkah laku yang tidak beradab sopan sebelum intervensi dijalankan.

124

Gambar 2 : Catatan Borang Transit

Merancang untuk mendapatkan maklumat kajian
Jadual 1 : Rancangan untuk mendapatkan maklumat kajian

Aktiviti Keterangan Pelaksanaan Evidens Pelaksanaan.
Proses
Guru A membuat catatan refleksi selepas Catatan Refleksi guru
1 menjalankan pdp dan pentaksiran luar bilik Catatan Borang Transit
Catatan darjah untuk melihat sejauh manakah murid
Refleksi mengaplikasikan ucapan salam dan tunduk Catatan Borang pra
hormat melalui pemerhatian pentaksiran luar pemerhatian
Guru bilik darjah.
Borang Pra Temubual
2 Guru B membuat pemerhatian dan Ditranskripkan
Pra melengkapkan Borang Pra pemerhatian K-BAS
Pemerhatian bersama seorang informan lain yang terdiri
daripada warga sekolah tentang sikap dan Catatan Borang Pos
3 tingkah laku murid sebelum intervensi Pemerhatian
Pra dilaksanakan.
Temu bual Borang Pos Temubual
4 Pra temubual dilakukan oleh guru B terhadap ditranskripkan
Intervensi dua orang informan tentang sikap dan tingkah Catatan Refleksi
K-BAS laku murid sebelum intervensi dilaksanakan.

5 Guru menghasilkan intervensi K-BAS untuk
Pos melihat kekerapan murid melaksanakan
Pemerhatian aktiviti memberi ucapan salam dan tunduk
hormat.
6
Pos Guru B membuat pemerhatian dan
Temu bual melengkapkan Borang Pos Pemerhatian
bersama seorang informan lain yang terdiri
7 daripada warga sekolah terhadap sikap dan
Refleksi tingkah laku murid selepas intervensi
Semula dilaksanakan.

Pos temubual dilakukan oleh guru B
terhadap dua orang informan tentang sikap
dan tingkah laku murid selepas intervensi
dilaksanakan.

Guru membuat catatan refleksi tentang
kesan penggunaan kaedah K-BAS.

125

i. Pra Pemerhatian
Guru B membuat pemerhatian dan melengkapkan Borang Pra pemerhatian bersama
seorang informan lain yang terdiri daripada warga sekolah. Pemerhatian dilakukan ke atas
sikap dan tingkah laku murid sebelum intervensi dijalankan.
ii. Pra Temu bual
Tindakan telah diambil oleh Guru B dengan menemu bual guru dan warga sekolah untuk
mendapatkan pandangan mereka terhadap sikap dan tingkah laku murid terhadap budaya
memberikan salam sebelum intervensi.
iii. Catatan refleksi
Catatan refleksi ditulis oleh guru untuk mengenalpasti masalah seperti sikap murid yang
tidak peduli, tingkah laku yang tidak memberikan salam dan penglibatan murid sebelum dan
selepas intervensi dilaksanakan.
Analisa Tinjauan Masalah
i. Analisis Pra Pemerhatian

Gambarajah 1 : Borang pemerhatian Informan

Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap murid sasaran, guru telah
mengumpul maklumat daripada pemerhatian. Maklumat yang diterima daripada informan adalah
bersifat negatif. Murid dikatakan tidak mempunyai perasaan untuk menunjukan sikap adab sopan
yang baik ketika berhadapan atau ketika terserempak dengan guru. Murid seolah-olah tidak
mempunyai perasaan atau kesedaran untuk menunjukkan rasa hormat dengan guru dan seluruh
warga sekolah. Suasana ini dapat dilihat ketika murid lalu di hadapan guru murid tidak akan
mengucapkan salam. Ini menunjukkan murid tidak mempunyai akhlak dan adab sopan yang terpuji.
Perlakuan ini tidak terbatas kepada guru sahaja tetapi melangkau seluruh warga sekolah yang lain
seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja kantin. Murid tidak menunjukkan
sebarang respon untuk menghormati atau menyampaikan salam kepada orang yang lebih
dewasa. Pada peringkat awal, murid belum dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti memberi
ucapan salam. Informan mencadangkan penambahbaikkan dengan melatih murid menyampaikan
salam setiap hari serta meminta guru memikirkan intervensi yang sesuai.

126

ii. Temu bual
Jadual 2: Transkrip temu bual dengan informan.
# Informan 1

Gambarajah 2 : Transkrip Pra Temubual Informan 1

“Ada sebilangan besar

perlu kita tekankan nilai-
nilai adab ini”

“cuma saya harap ucapan
ini menjadi satu
kebiasaan”

# Informan 2
Gambarajah 3 : Transkrip Pra Temubual Informan 2

“Tidak suka
memberi salam”

“Ada murid
yang lalu di
hadapan saya

memberi
salam dan
ada yang

tidak.”

Kedua-dua informan bersependapat murid sasaran tidak memberikan salam. Informan 1
menyatakan perlu menerapkan nilai-nilai adab memberi salam dan menjadikannya budaya
manakala Informan 2 menganggap budaya salam merupakan cara menghormati orang yang lebih
tua. Mereka menyatakan amat terharu jika murid dapat memberikan salam dan menyokong jika ada
aktiviti yang boleh menerapkan budaya memberi salam ini. Maklumat temu bual dengan guru dan
seorang warga sekolah menunjukkan bahawa murid tidak memberikan salam kepada guru apatah
lagi terhadap warga sekolah yang lain. Ucapan salam bukan suatu kebiasaan kepada murid. Mereka
hanya mengucapkan salam ketika guru masuk ke dalam kelas dan apabila berada di luar kelas
murid beranggapan ucapan itu sudah tidak perlu diucapkan.
Tindakan yang dijalankan

Tindakan yang dijalankan lebih berfokus kepada aktiviti di luar bilik darjah. Murid melakukan aktiviti
memberi ucapan salam dan tunduk hormat dengan beradab kepada warga sekolah.

127

i. Aktiviti

Jadual 2 : Gambar dan Proses Aktiviti yang dijalankan

. Gambar Proses Aktiviti

Gambar 3 : Templat Tatacara Aktiviti 1
Salam

Guru memberikan Templat Tatacara Ucapan Salam
kepada murid. Murid belajar tatacara memberi salam
dan tunduk hormat dalam jarak 1 meter sesuai dengan
fasa pandemik.
Templat mengandungi kata-kata ucapan salam seperti
salam sejahtera, selamat petang dan terima kasih.
Terdapat juga gambar-gambar tatacara tunduk hormat
dan nilai-nilai murni yang perlu diteladani murid.

Gambar 4 : K-BAS Aktiviti 2

Gambar 5 : Misi K-BAS K-BAS iaitu Kad Bintang Adab Sopan merupakan
intervensi yang dihasilkan untuk membantu guru
menyelesaikan isu kajian tindakan ini. Ia dihasilkan
menggunakan MS Word dicetak pada kertas 120gm,
bersaiz poket murid dan sifar kos.
1 salam 1 bintang itulah misi yang perlu diselesaikan
dalam masa sebulan. Ia tidak perlu dipantau oleh guru.
Misi K-BAS mudah. Terdapat 50 bintang perlu
ditandatangani. Bintang-bintang mempunyai 5 warna
mangikut 5 kategori.
K-BAS cantik dan murid tertarik

5.3.1.3 Aktiviti 3
Murid memulakan misi K-BAS. Penerima salam akan
menurunkan tandatangan pada bintang sebagai balasan
kepada murid kerana telah berjaya memberikan ucapan
salam dan tunduk hormat dengan beradab sopan.
Sasaran murid ialah warga sekolah seperti yang
dinyatakan di dalam K-BAS. Setelah tamat sesi
persekolahan murid akan meletakkan semula K-BAS ke
dalam bekas asal. Masa lebih kurang sebulan diberikan
untuk mengumpul 50 bintang dan tarikh akhir tidak
dimaklumkan oleh guru agar murid segera
menyelesaikan misi K-BAS.

Gambar 6 : Lencana Salam 5.3.1.4 Aktiviti 4
Ukhuwah
Guru menempah Lencana Salam Ukhuwah dengan
harga RM2.50 berukuran 4.5cm di kedai pencetakan.
Lencana Salam Ukhuwah diberikan kepada murid
sebagai ganjaran kerana berjaya menyelesaikan misi K-
BAS.

128

Gambar 7: Penghargaan 5.3.1.5 Aktiviti 5

Murid yang berjaya mengumpul sebanyak mungkin
bintang dalam masa yang ditetapkan akan disematkan
dengan lencana Salam Ukhuwah. Lencana diberikan
sebagai penghargaan kepada murid kerana telah
menyelesaikan misi dan melihat perubahan sikap dan
tingkah laku yang positif yang ditunjukkan oleh murid.
Lencana diberikan mengikut budi bicara guru jika murid
tidak melengkapkan 50 bintang kesemuanya dengan
melihat kesungguhan dan perubahan tingkah laku murid.

ii. Bahan yang digunakan untuk aktiviti

i. 3 keping kertas 120gsm untuk membuat kad K-BAS berukuran 13cm x 5.5cm.
ii. 15 keping Kertas A4 untuk menghasilkan Template Tatacara memberi ucapan

salam fasa Covid-19 dilipat kepada tiga bahagian.
iii. 10 x 10 orang murid diberikan Lencana Salam Ukhuwah yang berharga

RM2.50.
iii. Alatan yang digunakan untuk membuat pemerhatian dan penilaian

i. Lembaran untuk catatan Refleksi guru .
ii. Borang pra dan pos pemerhatian untuk informan.

iii. Telefon bimbit untuk merakam pra dan pos temu bual semasa menemubual
warga sekolah yang terpilih dan ditranskripkan.

iv. Kad K-BAS yang dilengkapkan oleh murid ketika melakukan aktiviti memberi
salam

v. Templat tatacara memberikan salam sebagai panduan murid.

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam masa lebih kurang sebulan.

Jadual 3 : Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Minggu Minggu Minggu Minggu

1234

1 Mengenal pasti masalah dan X
mengumpul data awal

2 Menulis cadangan kajian X

3 Merancang tindakan X

4 Melaksanakan Aktiviti 1 X

5 Membincangkan masalah X
yang timbul dalam Aktiviti 1

6 Melaksanakan Aktiviti 2 X

7 Membincangkan masalah X
yang timbul dalam Aktiviti 2

8 Melaksanakan Aktiviti 3 XXX

9 Pemerhatian untuk mengesan XXX
perubahan tingkah laku murid

10 Refleksi Kajian X

11 Menulis Laporan Kajian X

12 Pembentangan Dapatan X
kajian

129

Aktiviti 1 – Tatacara salam
Pemerhatian
Cara pelaksaan aktiviti adalah seperti berikut:
Guru memberikan Templat Tatacara Ucapan Salam kepada murid.
Murid belajar tatacara memberi salam dan tunduk hormat dengan beradab dalam jarak 1 meter
sesuai dengan fasa pandemik. Guru meminta murid melakukan tatacara tersebut dengan betul
dengan bimbingan dan tunjuk cara oleh guru.
Refleksi
Sepanjang pemerhatian terhadap murid sasaran, informan menyatakan murid telah mengetahui
tatacara ucapan salam dan tunduk hormat yang telah diajarkan oleh guru dan mengaplikasikan di
luar bilik darjah.
Aktiviti 2 – Kaedah Penggunaan K-BAS
Pemerhatian
Cara pelaksaan aktiviti adalah seperti berikut:
Guru menyerahkan K-BAS kepada murid dan meletakkan di suatu sudut di bilik darjah. Murid akan
mengambil K-BAS ini ketika hadir ke sekolah dan membawa K-BAS ini bersama semasa berada
dalam kawasan sekolah. Murid memulakan misi K-BAS. Penerima salam akan menurunkan
tandatangan pada bintang, setelah murid berjaya memberikan ucapan salam dan tunduk hormat
dengan beradab sopan. Sasaran murid ialah warga sekolah seperti yang dinyatakan di dalam K-
BAS. Setelah tamat sesi persekolahan murid akan meletakkan semula K-BAS ke dalam bekas asal.
Masa lebih kurang sebulan diberikan untuk mengumpul 50 bintang dan tarikh akhir tidak
dimaklumkan oleh guru agar murid segera menyelesaikan misi K-BAS. Lencana diberikan sebagai
penghargaan kepada murid kerana telah menyelesaikan misi dan melihat perubahan sikap yang
ditunjukkan oleh murid.

Jadual 4 : Kekerapan Murid Memberikan Salam

Gambarajah 4 : Analisis Kekerapan Murid Memberi Ucapan Salam
menggunakan Kaedah K-BAS

130

Refleksi
Hasil daripada aktiviti murid, guru telah merumuskannya dalam Jadual 4: Kekerapan Murid Memberi
Ucapan Salam menggunakan Kaedah K-BAS, dan telah menghasilkan graf garis menggunkan MS
Excel. Kod M1 hingga M10 mewakili murid 1 hingga 10. Dapat dilihat kekerapan bilangan salam dan
tunduk hormat yang dilakukan oleh murid pada graf garis. Nilai 10 menunjukkan nilai maksimum
bintang yang diperolehi oleh murid. Warna merah mewakili guru, bertindan dengan warna kuning
dan hanya kelihatan sedikit ketika warna kuning berkurang dan tidak mencapai bilangan kekerapan
10. Ini menunjukkan murid lebih kerap memberikan salam kepada guru diikuti pekerja kantin dan
yang lain. Guru merupakan orang yang paling kerap bertembung dengan murid menunjukkan betapa
murid perlu selalu memberikan ucapan salam kepada guru tidak kira di mana mereka berada.
Penerimaan murid terhadap K-Bas sangat positif. Murid seronok, tertarik dan mengatakan ia cantik.
Murid bersemangat, bersungguh-sungguh dan menunjukkan komitmen ketika malaksanakan misi
K-BAS. Kekangan masa menyebabkan ada murid masih tidak sempat mendapatkan kesemua 50
bintang. Cabaran awal intervensi ini, murid terlupa membawa pensel dan gagal mendapatkan
tandatangan. Kemudian guru mencadangkan penerima salam menggunakan pen milik sendiri unutk
menurunkan tandatangan kerana berkongsi pen tidak dibenarkan ketika pandemik. Cabaran lain
ialah kekangan masa. Terdapat warga sekolah yang tidak dapat memberikan kerjasama kerana
sibuk dengan tugas. Jadi murid gagal bertembung dan mendapatkan tandatangan.

Gambarajah 5 : Borang Pos Pemerhatian Informan 1 dan Informan 2

131

Refleksi
Setelah intervensi K-Bas dijalankan, analisa daripada pemerhatian Informan 1 dan 2, mereka telah
mendapati murid mula bersopan santun, menunjukkan rasa hormat dan memberikan perhatian
kepada warga sekolah yang lebih tua daripada mereka. Informan menyatakan budaya memberikan
salam ini telah menunjukkan perubahan serta peningkatan dari segi adab dan kesantunan serta
pembentukan akhlak murid.

Gambarajah 6 : Borang Transkrip Pos Temubual Informan 1 dan Informan 2

Selepas
Intervensi

Selepas
Intervensi

Refleksi
Merujuk kepada transkrip dapatan pos temu bual dua orang responden selepas intervensi
dijalankan, mereka mendapati ramai murid sasaran yang sudah mula memberikan salam dan
menunjukkan adab sopan. Kedua-dua responden bersependapat budaya memberi salam
merupakan tanda menghormati orang lain. Mereka telah menyatakan perasaan positif mereka
terhadap aktiviti ini dan percaya aktiviti ini telah mula menujukkan kesan yang positif dalam kalangan
murid dan diharap menjadi teladan kepada murid yang lain.
Aktiviti 3 – Lencana Salam Ukhuwah
Pemerhatian
Cara pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

132

Guru akan menetapkan suatu masa yang tidak diketahui oleh murid (dalam masa sebulan) dan
mengumpul semula K-Bas. Murid yang berjaya mengumpul sebanyak mungkin bintang dalam
masa yang ditetapkan akan disematkan dengan Lencana Salam Ukhuwah.

Refleksi

Ganjaran merupakan peneguhan positif yang diberikan kepada murid untuk merubah tingkah laku.
Dalam kajian ini guru menginginkan murid membudayakan ucapan salam menjadi satu amalan.
Teori peneguhan positif BF Skinner telah digunakan dalam kajian ini di mana peneguhan positif
berperanan untuk meningkatkan tingkah laku. Lencana diberikan sebagai penghargaan kepada
murid kerana telah menyelesaikan misi dan melihat perubahan sikap yang ditunjukkan oleh murid.
Murid kelihatan bersungguh-sungguh mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dilaksanakan di
luar bilik darjah ini. Ini amat mengembirakan guru kerana dapat menarik minat murid sekaligus dapat
menerapkan budaya memberi salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid.

Aktiviti 4 & 5 – Lencana Salam Ukhuwah dan Penghargaan

Pemerhatian

Cara pelaksaan aktiviti adalah seperti berikut:
Guru akan menyematkan lencana ke dada kiri murid dihadapan murid-murid yang lain sebagai
pengiktirafan mereka telah bersungguh-sungguh melaksanakan aktiviti memberi salam.

Refleksi

Murid berasa gembira apabila disematkan dengan Lencana Salam Ukhuwah sebagai penghargaan
agar murid dapat menjadi teladan yang baik dan menjadi ikon kepada murid-murid yang lain untuk
menerapkan budaya ucapan salam dan tunduk hormat di sekolah. Guru juga turut gembira kerana
dapat menerapkan budaya memberikan ucapan salam dan tunduk hormat ini.

REFLEKSI KESELURUHAN

Hasil dapatan mendapati pelaksanaan kaedah K-BAS berkesan dalam meningkatkan budaya
memberikan ucapan salam dan tunduk hormat dalam kalangan murid 1 Anggerik. Kejayaan
intervensi ini dapat dilihat pada perubahan tingkah laku murid ke arah lebih positif. 10 orang murid
telah mula memberi salam dan tunduk hormat kepada guru dan warga sekolah yang lain berbanding
sebelum kajian dilaksanakan.

Gambarajah 7 : Kosep Kajian Gambar 8 :Kejayaan Intervensi

Tingkah laku murid mula menjadi ikutan kepada murid yang lain dalam memberikan ucapan salam dan
tunduk hormat. Dapat diperhatikan melalui sikap dan tingkah laku murid ketika berada di kawasan
sekolah, mereka telah mula memberikan ucapan salam dengan beradab terhadap guru dan warga
sekolah yang lain. Murid juga mengucapkan salam dan terima kasih kepada pekerja kantin ketika
membeli makanan semasa rehat dan ketika pekerja kantin menghantar makanan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) ke dalam kelas. Ucapan salam juga diberikan ketika terserempak dengan pekerja
pembersihan yang hendak membersihkan kelas. Secara keseluruhannya, budaya memberi salam ini
telah mengubah suasana persekitaran sekolah menjadi lebih ceria dan sejahtera dihiasai dengan aktiviti
murid-murid memberikan ucapan salam dan tunduk hormat serta dapat membentuk murid yang lebih
beradab sopan. Guru yakin penggunaan kaedah K-BAS dalam kajian seperti yang ditunjukkan pada
Gambarajah 7: Konsep Kajian, telah dapat menimbulkan keseronokan dan minat murid dalam

133

membudayakan ucapan salam dan tunduk hormat. Lazimnya, murid-murid bermotivasi tinggi melakukan
sesuatu yang mereka minat. Guru sangat berbangga dengan pencapaian ini dan ianya menambahkan
keyakinan guru untuk terus menggunakan K-BAS ini pada masa akan datang. Guru berharap agar
budaya ucapan salam dan tunduk hormat dapat diterapkan kepada semua murid di SK Tombovo dan
sekali gus dapat membentuk adab murid yang terpuji dan mewujudkan suasana yang lebih sejahtera
dengan warganya yang membudayakan ucapan salam dan tunduk hormat dengan beradab sopan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Guru mencadangkan agar kaedah K-BAS dapat diteruskan dan dapat diaplikasikan oleh murid yang lain
dalam menerapkan budaya ucapan salam kepada seluruh murid di SK Tombovo. Masa melaksanakan
misi juga perlu dipanjangkan agar amalan ini menjadi kebiasaan kepada murid. Guru mengharapkan
budaya salam dan tunduk hormat menjadi amalan di SK Tombovo agar dapat melahirkan murid-murid
yang bersopan santun, berakhlak mulia serta beradab terpuji.
RUJUKAN
Annisa (2019). Budaya 5 S (Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Santun) Dalam Pembentukan Karakter
Siswa/Siswi Di SD Muhammadiyah Sapen Yogyakarta. Jurnal Teknologi Pendidikan Madrasah 2 (2),
187-204. Retreived from http://journal.iaialmawar.ac.id/index.php/jtpm/article/view/185/93
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 1. Kuala Lumpur:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin
University Press.

134

MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 1 AMAHAH DALAM MEMBINA LAMAN
SESAWANG INTERAKTIF YANG MEMAPARKAN BANNER, MENU, RUANGAN KOMEN,
FRAME DAN PULL DOWN MENU

Elnora Jane Binti Nicholas
Sekolah Menengah ST Michael, Penampang

ABSTRAK

Kajian ini saya laksanakan adalah kerana saya ingin membantu murid untuk lebih memahami
bagaimana menulis kod HTML dengan betul. Jika disebut kod HTML,masih ramai murid yang masih
tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kodHTML. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
semakan kerja murid dantemubual secara lisan dengan murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
murid tidak dapat menulis kod HTML dengan betul. Ada di antara mereka yang tidak memahami
fungsi tags. Penulisan kod HTML yang betul adalah penting untuk membangunkan satu laman
sesawang yang interaktif. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 1 Amanah
dalam penulisan kod HTML sayamengaplikasikan “Everyone should learn how to code” Steve
Jobs (1955-2011) mengatakan “Everyone should learn how to code, it teaches you how to
think.” Dengan ini saya telah membangunkan satu koswer pembelajaran “HTML Buddy”di mana
koswer ini telah dimuat naik di Google Classrom 1 Amanah. Seramai 29 orang murid dan seorang
guru terlibat di dalam kajian ini. 10 nota, satu tutorial dansatu latihan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dalam tempoh sebulan. Aktiviti ini dijalankan selama 30 – 60 minit setiap kali waktu PdPR.
Keputusan ujian pos dan peperiksaan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih
berminat menggunakan koswer ini kerana nota yang ada di dalam buku teksadalah tidak memenuhi
kriteria untuk membangunkan satu laman sesawang yang interaktif. Oleh itu, dengan menggunakan
koswer ini, murid seakan-akan mempunyai “buddy” di mana peranan koswer ini adalah bersama-
sama dengan murid sepanjang menaip kod HTML untuk membangunkan laman sesawang yang
interaktif.

Kata kunci: kod HTML, laman sesawang interaktif, PdPR

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah ini timbul pada sesi PDPC yang lalu iaitu murid tidak dapat menulis kod HTML dengan betul.
Penggunaan tags yang digunakan tidak tepat dan ada kalanya murid lupa untuk menaip tags HTML.
Ini menjadikan laman sesawang yang mereka cuba hasilkan sentiasa tidak dapat memaparkan
antara muka yang sepatutnya.

Bagi saya mereka terlalu bergantung dengan nota yang ada dalam buku teks dan masih tidak dapat
mencari idea bagaimana untuk menghasilkan satu laman sesawang berpandukan kepada nota
dalam buku teks. Saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana, ini merupakan subjek baharubagi
mereka. Mereka juga tidak mempunyai asas pembelajaran untuk membangunkan satu laman
sesawang kerana subjek ini tidak diajar semasa mereka berada di sekolah rendah.

Sekolah di tempat saya mengajar akan mengadakan sesi pembentangan kajian tindakan setiap
tahun. Oleh sebab itu, saya merasakan adalah amat perlu untuk saya pertingkatkan lagi
pembelajaran anak didik saya dan di samping itu saya juga ingin memperbaiki kelemahan diri saya.

Sepanjang melakukan kajian ini saya berpendapat membuat pelaksanaan Kajian Tindakan dapat
mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan
profesional khususnya dalam menguji sendiri dan mengembangkan idea-idea baharu.

ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Di pasaran pada ketika ini, kurang menjual buku rujukan untuk Subjek Asas Sains Komputer.
Kesemua nota dan latihan adalah berpandukan kepada buku teks yang telah dikeluarkan oleh KPM.

135

Sehubungan dengan itu, kajian telah dijalankan di mana guru subjek telah membangunkansatu
koswer HTMLBuddy sebagai bahan bantu mengajar kepada guru dan murid. Penggunaan koswer
ini sebagai bahan bantu dapat membantu murid untuk lebih memahami isi kandungan matapelajaran
kerana ini merupakan pengetahuan baru bagi mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman murid membina laman sesawang yang
interaktif yang memaparkan banner, menu, ruangan komen, framedan pull down menu.

Objektif Khusus

i. Membantu murid membina laman sesawang yang interaktif.

ii. Membantu murid menulis kod HTML dengan betul.

iii. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran AsasSains
Komputer.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 29 orang pelajar tingkatan 1 Amanah iaitu 18
pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauanterhadap
masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan memahami secara mendalam permasalahan.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :

i. Semakan hasil kerja murid
ii. Markah kertas peperiksaan murid
iii. Temubual lisan bersama murid di dalam kelas

Langkah Cara penilaian Kumpulan sasaran
Langkah 1
Semakan hasil kerja Murid 1 Amanah (didapati 29 orang
Langkah 2 murid murid tidak dapat memberikan hasil
Langkah 3 antara muka laman sesawang yang
Markah kertas betul)
peperiksaan Murid 1 Amanah (didapati 20 orang
murid murid tidak dapat menulis kod HTML
Temubual lisan dengan betul)
bersama murid di Murid 1 Amanah (29 orang murid
dalam kelas masih tidak dapat mengingati
kegunaan setiap tags html)

Jadual 1: Kaedah Mengutip Data

136

Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara penilaian Kumpulan sasaran Masalah yang dikenal pasti

Langkah 1 Semakan hasil Murid 1 Amanah Murid tidak menaip kod HTML dengan
kerja murid betul.Olehsebab itu laman web yang
(didapati 29 orang dihasilkan tidak memaparkan antara
murid tidak dapat mukayang sepatutnya
memberikan hasil dipaparkan
antara muka laman
sesawang
yang betul)

Langkah 2 Markah kertas Murid 1 Amanah Untuk soalan bahagian C, murid tidak
peperiksaan murid dapat menulis kod html untuk banner
(didapati 20 orang dan tidak dapat mengesan ralat untuk
murid tidak dapat sesuatu kod html.
menulis kod HTML
dengan
betul)

Langkah 3 Temubual lisan Murid 1 Amanah Murid mengaku bahawa mereka tidak
bersama murid di dapat mengaitkan satu laman
dalam kelas (29 orang murid sesawang A kepada laman sesawang
masih tidak dapat B, C dan sebagainya. Murid sentiasa
mengingati lupa penggunaan tags dan
kegunaan setiap kod yang betul.
tags html)

Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah

PELAKSANAAN

Berdasarkan kepada isu ini, tinjauan awal dibuat untuk mencari punca dan tindakan yang wajar
setelah kaji selidik dibuat. Murid didapati sukar untuk mengingati kegunaan tags dalam html dan
tidak dapat membangunkan laman sesawang yang interaktif. Kaji selidik telah dijalankan dengan
cara penggunaan koswer HTMLBuddy dalam pdpc di kalangan murid. Koswer HTMLBuddy
mengandungi 10 nota, tutorial dan latihan. Nota-nota tersebut telah disusun dan guru
memperincikan kegunaan setiap tags berserta contoh seperti berikut :

Antaramuka Koswer. Murid akan menekan Antaramuka koswer setelah pelajar
butang hijau untuk masuk ke dalam program. masuk ke dalam program. Terdapat 10
nota lengkap yangterdapat di dalam
koswer ini iaitu Pengenalan HTML,
Papan cerita, Tag, Paragraph, Banner,
Frame, Menu, Pautan Teks & Imej,
Pull-down menu dan Ruang komen.

137

Bahagian nota untuk Tag
Bahagian nota untuk Paragraph
Bahagian nota untuk Banner

138

Bahagian nota untuk frame

Bahagian nota untuk menu

Bahagian nota untuk Pautan Teks dan Imej

Bahagian nota untuk Pull-Down Menu Bahagian nota untuk Ruang Komen
Setiap nota telah dilengkapi dengan nota serta gambar rajah yang sesuai. Melalui nota ini, murid
akan mengetahui kegunaan setiap tags kod HTML.

139

Satu tutorial juga telah disertakan dalam koswer ini di mana kegunaan tutorial tersebut adalah
membantu murid untuk membangunkan satu laman sesawang yang interaktif.

Apabila menekan butang Tutorial, murid akan dibawah masuk ke dalam program ini. Ini
merupakan antaramuka program bagi Tutorial. Kegunaan butang rumah adalah untuk
kembali ke menu nota dan butang X untuk keluar dari program.

Langkah 1 : keperluan perisian
Langkah 2 : Cipta fail grafik
Langkah 3

140

Langkah 4 : Cipta Fail HTML. Murid akan menekan butang notepad dan akan keluar satu
paparan notepad di skrin. Ini memudahkan murid untuk menaip kod arahan HTML.

Antara kod arahan yang perlu ditaip oleh pelajar.
Latihan yang ada di dalam koswer ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pelajar
setelah selesai membuat tutorial.

Antara muka Latihan setelah pelajar menekan butang Latihan di menu nota.

Pelajar perlu menekan butang biru dan akan muncul paparan perisian notepad pada
skrin.

141

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Perlaksanaan Aktiviti 1

Saya telah memuat naik koswer HTML Buddy ini di dalam Google Classroom.
Pemerhatian

Tarikh 19.10.2020 – 23.10.2021
Tempat Google Meet

Masa 10.00 – 11.30 am

Peristiwa Saya menerangkan topik pembelajaran pada hari ini. Saya akan
memperkenalkan penggunaan koswer HTML Buddy. Murid boleh muat
turun koswer ini di Google Classrom agar mudah digunakan secara
offline. Saya akan menerangkan setiap fungsi butang-butang dalam
koswer tersebut. Saya juga menerangkan kepada murid langkah demi
langkah sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang 4 minggu ini.

Refleksi

Sepanjang aktiviti ini dijalankan murid kelihatan teruja kerana ini merupakan topik baharu bagi
mereka. Saya juga menasihatkan kepada murid agar selalu try and error maksudnya sayaingin
mereka cuba untuk eksplorasi topik ini dengan idea-idea mereka sendiri.

Perlaksanaan Aktiviti 2

Aktiviti tutorial bersama murid dijalankan pada minggu kedua untuk mengukuhkanlagi pengetahuan
murid. Murid diberikan perisian notepad++ melalui google classroom. Murid dikehendaki untuk muat
turun perisian ini. Bagi murid yang tiadakemudahan komputer, mereka boleh menulis kod html
dengan menggunakan https://replit.com.

Pemerhatian

Tarikh 26.10.2020 – 30.10.2021

Tempat Google Meet
Masa 10.00 – 11.30 am

Peristiwa Saya menerangkan topik pembelajaran pada hari ini. Murid dikehendaki
untuk melaksanakan tutorial dalam membina satu laman sesawang yang
interaktif.

Refleksi

Sepanjang aktiviti ini dijalankan murid banyak bertanya kepada saya mengapakah pautan linktidak
berfungsi. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini tidak menuli tags dengan betul. Ini
membuatkan link untuk setiap laman sesawang mereka tidak menjadi dan memaparkan tanda
error.

Perlaksanaan Aktiviti 3

Aktiviti pengujian pengetahuan murid di mana sepanjang minggu ini muriddiberikan latihan untuk
membangunkan satu laman sesawang yang ringkas.

Pemerhatian 02.11.2020 – 06.11.2021
Google Meet
Tarikh 10.00 – 11.30 am
Tempat Saya memberikan tugasan PBL kepada murid iaitu satu bentuk latihan di
Masa mana murid diuji dengan pengetahun mereka untuk membangunkan satu
Peristiwa laman sesawang yang ringkas.

142

Refleksi

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, murid dapat membangunkan satu laman sesawang yang
ringkas.

Lampiran kerja murid di laman sesawang Lampiran kerja murid (kod HTML)
Perlaksanaan Aktiviti 4

Aktiviti pengujian pengetahuan murid di mana murid diuji semasa ujian penilaian akhir tahun.
Pemerhatian

Tarikh 13.10.2020

Tempat Google form
Masa 10.00 – 11.30 am

Peristiwa Saya telah memberikan soalan berkaitan dengan HTML melalui google
form kepada murid.

Refleksi
Lampiran kerja murid (HTML)

143

Perlaksanaan Aktiviti 5
Murid akan diuji dengan menjawab soalan kod html pada penilaian ujian 1 pada 24.03.2021
(Rabu).
REFLEKSI
Contoh jawapan dan markah murid

ANALISIS KAJIAN
Melalui dapatan kajian, didapati semua pelajar dapat memahami kegunaan tags dengan betul. Ini
dapat dilihat daripada jawapan murid dalam soalan peperiksaan akhir tahun. Seramai 27 orang
pelajar juga dapat membangunkan satu laman sesawang yang interaktif. Secara keseluruhannya,
didapati pelaksanaan kajian terhadap responden memberi kesan positif biarpun tidak secara
menyeluruh. Ini merupakan satu peningkatan yang amat memberangsangkan walaupun kajian
hanya dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

144

REFLEKSI
Hasil dapatan kajian tindakan mendapati tahap pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap isu
yang dibawa dapat ditingkatkan dengan jayanya. Namun begitu, untuk meningkatkan lagi ke tahap
cemerlang memerlukan komitmen serta usaha gigih guru-guru dan setiap ahli kumpulan agar
matlamat yang diharapkan dapat direalisasikan secara sempurna.
Semasa pelakasanaan kajian ini, terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi iaitu dari segi
kekangan masa, kekangan kerja sampingan, kerjasama responden dan lain-lain lagi.
Namun, segala kekangan tersebut dapat diatasi apabila kerjasama daripada Panitia dan guru-guru
Asas Sains Komputer lain yang memberi buah fikiran dan bantuan serta sokongan padu untuk
menjalankan kajian tindakan ini. Berdasarkan kajian ini diharap tindakan yang sewajarnya dapat
dibuat secara berterusan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang seterusnya, saya akan menghasilkan satu modul HTML buddy dalam bentuk
bercetak. Ini adalah untuk memudahkan murid yang tidak mempunyai capaian internet (tidak dapat
menggunakan Google Classroom) mendapat ilmu pengetahuan yang sama seperti murid lain yang
menggunakan koswer pembelajaran.
RUJUKAN

Mohd Saidi B.Ahmad (2017). Membina laman sesawang yang interaktif. Active Edisi Kedua, 128– 134
Ismail Bin Shaari (2019). Kod arahan HTML. Score A Tingkatan 1, 78-103
Eleanor Cheah (2019). Webpage saya yang pertama. Jom Coding, 1-105

145


Click to View FlipBook Version