The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SURIANI BINTI HARUN IPG-Pelajar, 2024-03-15 05:06:55

CATATAN LOG PENGAKAP-NUR SURIANI BINTI HARUN

NUR SURIANI BINTI HARUN PI SK (1) PISMP JUN 21/26


BIODATA DIRI


ISI KANDUNGAN


PERLEMBAGAAN PENGAKAP


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP


PRINSIP PENGAKAP


PRINSIP PENGAKAP Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan UndangUndang Pengakap. Tiga Prinsip-prinsip itu adalah : Kepercayaan Kepada Tuhan Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara Perkhidmatan kepada Diri Sendiri


BENDERA PENGAKAP


BENDERA PENGAKAP Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan.


LAMBANG PENGAKAP


LAMBANG PENGAKAP Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: 1. Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 1. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". 2. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 3. 4.Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 5. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 6. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. 7. Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak" Hijau - "Pengakap Muda" Merah - "Pengakap Remaja"


SEJARAH PENGAKAP (WOSM)


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa Inggeris yang bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857 dan meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Bapa Baden-Powell meninggal dunia semasa BadenPowell berumur tiga tahun. Maka, tinggallah Baden-Powel bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Manakala pada waktu cuti sekolah pula Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, Baden-Powell telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan pada tahun 1876 dan kemudian beliau ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Beberapa tahun kemudian beliau dihantar ke Afrika Barat dan ditugaskan untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan tersebut, Baden-Powell sentiasa berhatihati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, Baden-Powell dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke-5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana yang bergelar SCOUTS (Peninjau).


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Pada tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir yang bertajuk “Aids To Scouting”. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan bagi menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1000 orang askar berbanding dengan orang Boer yang terdiri daripada 9000 orang. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Kemenangan ini telah menyebabkan beliau dinaikkan pangkat sebagai Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun dan beliau diiktiraf sebagai pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan untuk menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan beliau dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berusia 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea England selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang kanak-kanak turut serta dalam perkhemahan itu. BadenPowell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan bukunya yang bertajuk “Aids To Scouting”. Kanak-kanak tersebut dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea telah berjaya dilaksanakan dan ianya telah menarik perhatian dan minat kanak-kanak yang menyertainya.


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Pada tahun 1908 pula, Baden-Powell telah mengarang sebuah buku bertajuk “Scouting For Boys”. Kandungannya adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan kanak-kanak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati dan menarik perhatian kanak-kanak sehingga menyebabkan wujudnya Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap telah berjaya berkembang di England dan meluas ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Kemudian, pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui penerokaan dan pedagangan British. Tanpa diduga, Pergerakan Pengakap telah mendapat sambutan yang amat baik sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahu, keanggotaannya melebihi 2 juta orang. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk berjumpa dengan beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.


SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia. Manakala kerajaan British telah menganugerahkan ”Lord Baden Of Gillwell” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah diperolehi oleh beliau hasil daripada sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau sakit tenat dan terpaksa berhenti dari Pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden-Powell atau Miss Olave Soames yang merupakan pengasas pandu puteri telah berhijarah ke Kenya, Afrika. Beliau bermaustatin di sebuah kampung yang aman damai selepas 33 tahun berkhidmat kepada dunia. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun beliau yang ke-84. Beliau disemadikan di Nyeri dalam likungan bayang-bayang gunung Kenya. Kata-kata terakhir Baden-Powell ialah “Tuhan memimpin dan membantumu di dalam kerjakerjamu. Berpengakap satu permainan bagi kanak-kanak tetapi satu tanggungjawab kepada orang dewasa.”.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (Cubs) di Singapura pada tahun 1910 (Dua tahun setelah Baden-Powell mengasaskan Pergerakan Pengakap di England). Pada tahun 1919, Pasukan Pengakap untuk kanakkanak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, Pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang. Mereka telah memajukan semula pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh L.R.Wheeler. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah dan ianya diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dan ianya ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar). Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Perlis pula ialah memulakan pergerakana ini pada tahun 1931 oleh Bird dan Roger Smith. Reverend Thomas Cecil Alexander telah menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 di Anglican Bishop House, Kuhcing. Sabah pula telah menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 di Sandakan dan ia ditubuhkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak Tanah Melayu menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Sejurus selepas Perang Dunia Kedua , pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-Tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.


TUJUAN PENUBUHAN


TUJUAN PENUBUHAN Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan, menghormati diri sendiri dan orang lain, bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat, menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan dan beriman serta beramal soleh.


ISTIADAT RASMI PENUBUHAN


CARA HORMAT PENGAKAP Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking. Hormat Pengakap dilakukan ketika : 1. Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.


ISYARAT TANGAN PENGAKAP Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang pada setiap masa 3. Menurut Undang-undang Pengakap. Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap. Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.


ISTIADAT LAUNGAN AGUNG Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud Pengakap Kanak-Kanak berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, Pengakap Kanak-Kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3. Akela angkat tangan tinggi sedikit. Pengakap Kanak-Kanak mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, Pengakap Kanak-Kanak segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, Pengakap Kanak-Kanak terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 4. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). Pengakap Kanak-Kanak yang lain membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (Pengakap Kanak-Kanak tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 6.


ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung. 1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas Pengakap Kanak-Kanak yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad. 2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. 3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya. 4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku. 5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan. 6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa. 7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal. 8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat. 9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan. 10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat. 11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad. 12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri. 13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK. 14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA Semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Berikut merupakan langkah-langkah menurunkan bendera: 1. Semua Pengakap Kanak-Kanak berada di hadapan bendera. 2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua Pengakap Kanak-Kanak dalam keadaan sedia. 3. Akela menyebut “BENDERA”, dua petugas Pengakap KanakKanak keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama). 4. Semua Pengakap Kanak-Kanak turut memberi tanda hormat kepada bendera. 5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan. 6. Petugas kedua menyambut hujung bendera dan pastikan bendera tidak mencecah tanah) 7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera. 8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad. 9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua Pengakap Kanak-Kanak keluar baris dengan tiga langkah.


CARTA ORGANISASI PENGAKAP


CARTA ORGANISASI PENGAKAP IPGKBL


KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP


KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP Para pemimpin boleh menggunakan borang kumpulan sendiri atau menggunakan borang berikut: Borang Pendaftaran Pengakap Kanak-Kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja 1. Borang Pendaftaran Kelana / Pemimpin / Pesuruhjaya / Jawatankuasa Kumpulan / Ahli Majlis 2.


KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP


BAYARAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP Kadar bayaran Pendaftaran Keahlian Tahunan adalah tetap manakala Pendaftaran Kumpulan adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut: 1.Pengakap Lebah RM 7.00 2.Pengakap Kanak-Kanak RM 7.00 3.Pengakap Muda RM 7.00 4.Pengakap Remaja RM 7.00 5.Pengakap Kelana RM 10.00 6.Penolong Pemimpin/Pemimpin RM 10.00 7.Penolong Pesuruhjaya/Pesuruhjaya RM 10.00 8.Persaudaraan B-P RM 10.00 9.Persaudaraan Pengakap Raja RM 10.00 10.Ahli Biasa RM 10.00 11.Kumpulan Baru RM 50.00 12.Kumpulan Baru IPTA/IPTS RM 100.00 13.Salinan Sijil Kumpulan RM 20.00


BAYARAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP Kadar bayaran Pendaftaran Keahlian Tahunan adalah tetap manakala Pendaftaran Kumpulan adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut: 1.Pengakap Lebah - RM 7.00 2.Pengakap Kanak-Kanak (Sekolah Rendah) - RM 7.00 3.Pengakap Muda (Sekolah Menengah) - RM 7.00 4.Pengakap Remaja (Sekolah Menengah) - RM 7.00 5.Pengakap Kelana - RM 10.00 6.Penolong Pemimpin/Pemimpin - RM 10.00 7.Penolong Pesuruhjaya/Pesuruhjaya - RM 10.00 8.Persaudaraan - B-P RM 10.00 9.Persaudaraan Pengakap Raja - RM 10.00 10.Ahli Biasa - RM 10.00 11.Kumpulan Baru - RM 50.00 12.Kumpulan Baru IPTA/IPTS - RM 100.00 13.Salinan Sijil Kumpulan - RM 20.00


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP (LELAKI DAN PEREMPUAN)


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP


PERTOLONGAN CEMAS


PERTOLONGAN CEMAS Konsep Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Definisi Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-Prinsip Pertolongan Cemas Menyelamatakan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital


Termometer Mangkuk Mangkuk Enamel Asprin Panadol Ubat Melecur dan Melepuh Kain Pembalut Luka Kain Tekap Kapas Gunting Kain Kapas Pin / Peniti Elastoplast Ubat Luka Papan Tuap Kain Segitiga PERTOLONGAN CEMAS 1) Kotak `FIRST AID` mengandungi:


Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan. Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. Jenis Kain Pembalut Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung PERTOLONGAN CEMAS 2) Pembebatan & Pembalut


PERTOLONGAN CEMAS


Ikatan Simpul Sila Ikatan simpul sila digunankan untuk merawat kecederaan dalaman dan luaran. Luka tersebut terjadi disebabkan oleh pecahnya bahagian kulit selepas sesuatu kecederaan. Calar dan terbakar juga boleh dikategorikan sebagai luka. Semua balutan adalah menggunakan ikatan simpul sila. PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh


PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Balutan luka tangan


Click to View FlipBook Version