PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Balutan luka dada Balutan luka bahu
PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Balutan luka paha Balutan luka siku
PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Balutan luka lutut Balutan luka lengan
PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Balutan luka jari
PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Pembalut cincin Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. Diperbuat daripada pembalut tirus. Digunakan untuk menutup luka.
PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh Anduh kecil / Anduh Pergelangan Tangan Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan Bucu atas kain anduh di atas tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. katan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
Anduh besar / Anduh lengan Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. PERTOLONGAN CEMAS 3) Ikatan, Balutan dan Anduh
SIMPULAN / IKATAN
SIMPULAN / IKATAN 1.Ikatan buku sila Fungsi : Menyambung dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan. Mengikat atau mematikam anduh. 2.Ikatan Bunga Geti Fungsi : Menyambung dua tali yang tidak sama besar. Menyambung penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.
SIMPULAN / IKATAN 3. Ikatan tindih kasih Fungsi : Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang). Mengikat atau menarik kayu. 4. Ikatan lilit pemati biasa Fungsi : Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang
SIMPULAN / IKATAN 5. Ikatan simpul manuk Fungsi : Mengikat tali pada batang kayu. Mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh. Mengikat khemah pada tiang kayu. Memulakan ikatan pada kayu. 6. Ikatan simpul kasih Fungsi : Memendekkan tali tanpa pemotong. Menguatkan tali pada tempat yang reput dan kendur daripada terputus.
SIMPULAN / IKATAN 7. Ikatan bunga geti berganda Fungsi : Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat. 8. Ikatan seraya Fungsi : Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.
SIMPULAN / IKATAN 9. Ikatan serong / silang Fungsi : Merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang. Membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu. 10. Ikatan tindih kasih berganda Fungsi : Menyelamatkan orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk kesesuaian orang sakit.
SIMPULAN / IKATAN 11. Ikatan belit lucut Fungsi : Digunakan untuk mengikat bot atau binatang. Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali. 12. Ikatan simpul kerusi Fungsi : Digunakan semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.
SIMPULAN / IKATAN 13. Ikatan silang gunting Fungsi : Digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu. 14. Ikatan silang tungku Fungsi : Membuat gajet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya.
SIMPULAN / IKATAN 15. Ikatan lilit balak Fungsi : Digunakan untuk mengikat atau mengheret kayu atau balak. 16. Ikatan simpul abah-abah Fungsi : Membuat tanjul (gelung) di tengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkkan di sekeliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.
SIMPULAN / IKATAN 17. Ikatan simpul ngah/kgah Fungsi : Membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tali ini boleh diubah mengikut kesesuaian orang itu. 18. Ikatan tindik kasih air Fungsi : Mengelakkan simpul daripada mengetat atau mudah terlucut bila ditarik dalam air.
SIMPULAN / IKATAN 19. Ikatan pengail Fungsi : Digunakan untuk menyambung dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi. 20. Ikatan lilit kacang Fungsi : Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja.
SIMPULAN / IKATAN 21. Ikatan simpul tapak kucing Fungsi : Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal. 21. Ikatan simpul raga Fungsi : Digunakan untuk menghubungkan dua tali.
SIMPULAN / IKATAN 23. Ikatan simpul serban Fungsi : Digunakan sebagai hiasan. 24. Ikatan buaian Fungsi : Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.
SIMPULAN / IKATAN 23. Ikatan simpul serban Fungsi : Digunakan sebagai hiasan. 24. Ikatan buaian Fungsi : Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.
GAJET / PIONEERING
Maksud Gajet Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan Gajet Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. Melindungi makanan dari tercemar. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. GAJET/PIONEERING
Asas Pembinaan Gajet 1.Pengetahuan Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan. Mengenali jenis-jenis bahan-bahan seperti pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dan sebagainya. 2. Kemahiran menggunakan peralatan Mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali. Cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam. Meraut buluh menggunakan parang atau pisau. 3. Kemahiran ikatan dan simpulan Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain. Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat. Kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dan sebagainya. GAJET/PIONEERING
Jenis-Jenis Gajet Gajet tempat kasut Gajet ampaian pakaian Gajet pintu gerbang dan jambatan Gajet tiang bendera Gajet papan kenyataan Gajet makanan Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya. Gajet pagar dan sebagainya GAJET/PIONEERING
Kepelbagaian Kegunaan Gajet GAJET/PIONEERING Ampaian Pakaian Tempat Kasut Dapur Tempat Penyimpanan Bahan-Bahan Masakan Seperti Botol Kicap, Cuka dan Sebagainya
Kepelbagaian Kegunaan Gajet GAJET/PIONEERING Tiang Bendera Rak Pinggan Mangkuk dan Peralatan Memasak Seperti Pisau, Sudu dan Sebagainya Tandas
ASAS KAWAD KAKI
1. Masuk Barisan Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. 2. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. ASAS KAWAD KAKI
3. Senang Diri Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh. 4. Rehatkan Diri Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh. ASAS KAWAD KAKI
5. Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’. ASAS KAWAD KAKI
6. Ke Kanan Pusing Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. 7. Ke Kiri Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. ASAS KAWAD KAKI
8. Ke Belakang Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. 9. Buka Barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. ASAS KAWAD KAKI
8. Ke Belakang Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. 9. Buka Barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. ASAS KAWAD KAKI
10. Tutup Barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. 11. Langkah Ke Sebelah Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. ASAS KAWAD KAKI
12. Paras Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu: - Paras ahli tinggi di tengah; - Paras ahli rendah ditengah; - Paras ahli tinggi di kiri; dan - Paras ahli rendah di kiri. 13. Keluar Baris Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. 14. Bersurai Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. ASAS KAWAD KAKI
HUKUMAN KAWAD 1.Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3.Rehatkan diri….. 4.Scout…. 1.Luruskan barisan, 2.Scout, 3.Buka barisan, Gerak…, 1.Ke kanan lurus, 2.Pandang depan…., 1.Bergerak ke kanan, kanan sing.., 2.Menghadap kehadapan, kiri Sing…, 1.Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 2.Menghadap kehadapan, kanan Sing…, 1.Menghadap kebelakang, belakang sing…, 2.Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 1.Dua langkah ke kiri, Gerak…, 1.Tutup barisan, Gerak…, 2.Keluar……….Baris. ASAS KAWAD KAKI
ASAS PERKHEMAHAN
Definisi Perkhemahan Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Jenis-Jenis Khemah A Shape Doom Iglo ASAS PERKHEMAHAN A Shape Doom Iglo
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk keselamatan : Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada terkena sambaran petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih. Jarak mestilah 3meter dan mempunyai laluan diantara khemah-khemah. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan. Pastikan khemah tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar (jika tiada pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong, sebalinya dirilah khemah pada berlawanan arah condong), tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor dan berbatu dan tidak didirikan dilaluan air, binatang (denai), ataupun manusia. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan keluar dari khemah. Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang khemah supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangka masa khemah. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat. Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah supaya percikkan api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasik. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan perkhemahan dan kedalaman korek mestilah 2kaki. Tempat sampah (mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan). Adakan senaman sebelum memulakan aktiviti. Rehat dan tidur haruslah cukup. ASAS PERKHEMAHAN
Etika Perkhemahan Jangan buat kekotoran. Jangan rosakkan alam semulajadi. Menghormati adat resam orang tempatan. Awasi penggunaan api. Elak daripada bercakap besar. Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan 1.Bag Bag 60L atau 90L Khemah Porch Bag 2. Pakaian Pakaian Bersih 1 atau 2 Baju Seluar Slipper Tuala Selimut Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal hingga akhir aktiviti) Baju T-shirt Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang Topi Stoking StokingPacat Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki) Glove ASAS PERKHEMAHAN
3. Memasak Gas Mess Tin Mancis (ia juga boleh menjadi penawar bisa sementara dengan cara menyalakan mancis pada kawasan bisa) Solid Fuel Biji kelapa Sawit (jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi minyak untuk memasak) Water Container 4. Makanan Biskut Kering Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1hari, kalau 3hari berkhemah maka 3plastik perlu disukar awal-awal) Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-lain) 5. Peralatan Rescue Tool Box First Aids Torchlight Lilin Masking Tape Black Tape Pisau Whistle Tali 5meter keatas ASAS PERKHEMAHAN
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Definisi Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering juga membawa maksud peta, hutan dan advanture. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan di samping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Rasional Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, efektif dan mesra pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum di seluruh Malaysia. Objektif Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. Melaksanakan aktivit yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan aktiviti : 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupu orang yang terdekat dengan kita. 2. Laporkan Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini ke balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan kepada mereka bahawa anda akan mlakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Terminologi dan Alatan 1. Titik Kawalan Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya memiliki ciri-ciri bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “Check Point” kerana ianya tiada penjaga dititik. 2. Penanda Kawalan Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (Puncher) yang unik. 3. Kad Kawalan Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (Start Time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. 4. Keterangan Kawalan Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (Control Description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
4. Peta Gambaran muka bumi atau sebahagian daripadanya yang dilukiskan di atas permukaan yang rata (kertas misalnya) serta mengikut skala. Kegunaan peta adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung lokasi tempat-tempat, jarak, ketinggian, bentuk muka bumi, halangan, pembangunan, mercu tanda dan laluan-laluan yang boleh digunakan. Jenis Peta: 1.Peta Topografi Merupakan dokumen yang dikelaskan sabagai ‘terhad’. Mempunyai dimensi mengufuk dan dimensi mencancang. Dimensi mencancang – ketinggian sesuatu titik dapat. Diketahui (dilambangkan dengan garisan kontur dan ada kalanya ditunjukkan dengan nombor). 2.Peta Planimetri Dimensi mengufuk sahaja. Seperti peta panduan jalan raya dan panduan pelancongan. Beberapa keping dijilidkan sebagai atlas. Atlas hanya terdiri daripada peta-peta berskala kecil sahaja. 3.Peta Jasad Timbul Plastik 4.Peta Berskala Kecil Menggambarkan kawasan muka bumi yang agak luas. Maklumat yang terkandung tidaklah begitu menyeluruh dan terperinci. 1 : 600 000 dan lebih kecil. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
5. Peta Skala Sederhana Lebih besar daripada 1 : 600 000 dan kurang daripada 1 : 75 000. 6. Peta Berskala Besar Menggambarkan kawasan muka bumi yang lebih kecil. Dapat memuatkan maklumat yang lebih menyeluruh dan terperinci. 1 : 75 000 dan lebih besar. * Skala 1 : 50 000 lebih besar daripada 1 : 500 000 kerana mewakili kawasan yang lebih kecil dan maklumat yang lebih terperinci * 5. Landasan Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. - “Leg” adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. 6. Kompas Untuk menentukan arah. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. Kompas bearing sudut adalah untuk mengukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah. Kompas mata angin 16 adalah berpadukan empat mata angin yang utama. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH Kompas Bearing Sudut Kompas mata angin 16
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH Contoh aktiviti penggunaan kompas : Mengenal arah mata angin. Mencari arah mata angin. Mencari arah kiblat. Praktikal mencari bearing (arah mata angin). Latihan di kawasan sekolah. Menggunakan peta. Merintis hutan menggunakan kompas. Pertandingan mencari bearing di hutan. Mencari harta karun. Aktiviti orienteering atau pandu arah