The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SURIANI BINTI HARUN IPG-Pelajar, 2024-03-15 05:06:55

CATATAN LOG PENGAKAP-NUR SURIANI BINTI HARUN

Tatacara Pelaksanaan Laungan Agung Penolong pemimpin pengakap kanak-kanak akan berada di belakang tiang bendera. Akela atau pemimpin pengakap kanak-kanak akan berada di hadapan bendera dalam jarak yang sesuai dan berada di tengah bulatan. Ahli-ahli pengakap kanak-kanak akan berada dalam keadaan berkeliaran di tapak perhimpunan. Akela akan melaungkan PEK sebanyak 1 kali dengan suara yang kuat dan kedua-dua tangan Akela rapat ke dada dengan tapak tangan kanan berada di atas tangan kiri. Kemudian, semua PEK harus berdiri tegak dalam keadaan diam atau senyap. Seterusnya, Akela akan melaungkan PEK sebanyak 3 kali iaitu PEK! PEK! PEK! dengan suara yang kuat kedua-dua tangan Akela rapat ke dada dengan tapak tangan kanan berada di atas tangan kiri. Semua ahli pengakap kanak-kanak berlari dan menerpa mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil yang rapat (bahu ke bahu) sambil menyahut laungan dengan menyebut PEK secara berpanjangan. Setelah semua ahli pengakap kanak-kanak mengelilingi Akela, maka Akela akan mendepakan tangannya dan semua ahli pengakap kanak-kanak harus berundur membuat bulatan sambil berpegangan tangan mengikut sekawan masing-masing. LAPORAN PERJUMPAAN

Tatacara Pelaksanaan Laungan Agung (sambungan) Setelah bulatan sempurna, Akela akan menurunkan tangan dan ahli pengakap kanak-kanak akan melepaskan pegangan tangan dan berdiri tegak menghadap ke arah Akela. Kemudian, Akela akan mendepakan tangan semula dan ahli pengakap kanak-kanak perlu menjenkitkan kaki dengan tangan berada di sisi. Akela akan menjatuhkan kedua-dua belah tangan dan berdiri tegak. Ahli pengakap kanak-kanak duduk mencangkung dengan tangan lurus di sisi sambil berteriak dengan kuat bersamasama dengan menyatakan “Akela, Kita Buat Sehabis Baik.”. Seterusnya, Akela akan memberikan tabik hormat kepada salah seorang ahli pengakap kanak-kanak yang bertentangan dengan Akela dan dia perlu bangun dan berdiri tegak sambil mengangkat tabik hormat kepada Akela dengan berkata “Kamu Buat Sehabis Baik?”. Akhir sekali, semua ahli pengakap kanak-kanak akan bangun berdiri tegak dengan serentak sambil berteriak bersama-sama dengan berkata “Kami Buat Sehabis Baik”. Maka, Akela akan menurunkan tabik hormat dan diikuti dengan ahli pengakap kanak-kanak juga akan menurunkan tabik hormat. LAPORAN PERJUMPAAN

Tarikh : 21 Februari 2024 Masa : 7:15 pagi - 9:30 pagi Tempat : Padang Takraw IPGKBL Nama Fasilitator : Encik Kamarudzaman Bin Hj Mohd Ali Istiadat Laungan Agung Apabila Akeela menyebut PEK sebanyak 3 kali, maka semua pengakap membuat bulatan mengelilingi Akeela. Permainan Pengakap Kanak-Kanak (Sambung Lagu) Setiap sekawan diminta untuk duduk dalam satu barisan. Kemudian, Pensyarah telah memilih kumpulan sekawan secara rawak. Kumpulan yang dipilih perlu memulakan nyanyian dengan satu rangkap sahaja. Seterusnya, ketua sekawan kumpulan tersebut perlu menudingkan jari mereka ke arah kumpulan sekawan yang lain yang menjadi sasaran mereka. Kumpulan seterusnya yang menjadi sasaran itu perlu menyambung lagu menggunakan perkataan yang diberikan oleh kumpulan sekawan tadi. Permainan tamat apabila terdapat kumpulan sekawan yang tidak mampu menyambung nyanyian menggunakan perkataan yang diberikan. LAPORAN PERJUMPAAN

Tarikh : 15 Mac 2024 Masa : 7:15 pagi – 9:30 pagi Tempat : Foyer Blok Pentadbiran IPGKBL Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi bin Amnan Ulangkaji Istiadat Laung Agung Pensyarah memberi penerangan semula mengenai istiadat laung agung dan meminta setiap ketua kumpulan melaporkan kepada Akela bilangan ahli kumpulan masing-masing. Akela pula melaporkan jumlah bilangan semua ahli pengakap yang hadir kepada jurulatih. Aktiviti membaca Kompas Pensyarah memberi 2 kompas bagi setiap kumpulan. Pensyarah memperkenalkan elemen-elemen yang ada di dalam kompas seperti tanda arah, garisan melaras, jarum magnetic, perumah kompas dan tapak lutsinar. Ahli pengakap mempelajari cara mencari kedudukan bearing menggunakan kompas. Kenalpasti bacaan bearing yang dikehendaki. 1.Putarkan perumah kompas ke arah bacaan bearing selari dengan garisan tanda arah kompas. 2.Pusingkan badan selari dengan kompas sehingga jarum magnetic bewarna merah memasuki rumah jarum. 3.Lihat pada tanda arah. Kedudukan bearing akan terletak mengikut tanda arah yang ditujukan. Ahli pengakap turut mempelajari cara mencari bearing mengikut kedudukan yang telah diberikan dengan menggunakan kompas. 1.Kenalpasti kedudukan yang dikehendaki. Contoh, surau. 2.Arahkan tanda arah selaras dengan jalan menuju ke surau tersebut. 3.Kemudian, putarkan perumah kompas sehinggalah jarum merah memasuki rumah jarum. 4.Baca bearing yang selaras dengan tanda arah dan itu merupakan bearing kepada surau tersebut. LAPORAN PERJUMPAAN

RUJUKAN

Click to View FlipBook Version