The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SURIANI BINTI HARUN IPG-Pelajar, 2024-03-15 05:06:55

CATATAN LOG PENGAKAP-NUR SURIANI BINTI HARUN

Perkara-perkara penting semasa guna kompas : Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat Menentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta : Letakkan peta di atas permukaan yang rata. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH


MALAM KEBUDAYAAN


Definisi Malam kebudayaan adalah serangkaian kegiatan yang terdiri daripada persembahan diskusi, pertunjukan seni tradisional dan sebagainya. Malam pengakap (malam kebudayaan) merupakan acara kemuncak yang diada di tempat-tempat lapang dan terdapatnya aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur. Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan iaitu di dalam acara temasya unggun api. Ia diadakan di waktu malam ketika sekumpulan pengakap sedang duduk dalam satu bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang menyala. Malam kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi faedah kepada perkembangan jiwa ahli-ahli pengakap. Tujuan Menghilangkan rasa bosan selepas penat bekeria dan berkhemah. Dapat mencungkil bakat pengakap dari segi lakonan,nyayian dan lawak jenaka. Melatih pengakap supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka. Bersuka ria sesama ahli setelah seharian berkerja,mengembara dan kegiatan-kegiatan lain. Menerangi kawasan di waktu malam dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit. MALAM KEBUDAYAAN


Persiapan Awal Beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum malam kebudayaan diadakan termasuk mendapatkan persediaan seperti kayu api (termasuk minyak tanah) atau lampu elektrik, makanan dan minuman,para jemputan (ibu bapa, pegawai atau orang kenamaan, ahli persatuan beruniform lain dan sebagainya), tempat duduk, kawasan dan persediaan lain. Tempat Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan juga adalah penting dan tempat ini hendaklah berhampiran atau di dalam persekitaran kawasan perkhemahan. Dalam menentukan tempat faktor-faktor berikut boleh dipertimbangkan : - Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakan atau merbahaya kepada tanah,harta benda dan alam semula jadi. - Jauh dari tempat-tempat orang ramai,seperti masjid,hospital,balai raya dan sebagainya. - Jika tempat atau kawasan itu basah,letakkan zink kemudian bubuh sedikit tanah atau di atasnya.Kemudian baru nyalakan unggun api (jika dibuat di hutan). - Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada,boleh gunakan elektrik di kawasan tanah lapang. MALAM KEBUDAYAAN


Aturcara Bagi menjaminkan malam kebudayaan berjalan dengan lancar, tidak berlarutan dan tidak menjemukan, juruacara atau ketua kumpulan atas nasihat pemimpin perlu memikirkan tentang aturcara yang akan diadakan.Juruacara yang mengelolakan malam kebudayaan mesti mempunyai kebolehan yang beraneka misalnya lakonan,nyanyian dan mempunyai banyak idea terutama apabila pengakap sudah mulai jemu atau malam mulai larut. Masa bagi satu-satu acara hendaklah tidak terlalu panjang atau pendek(juruacara hendaklah menetapkan had masa).Setiap kumpulan mestilah melantik ketua persembahan masing-masing). Pertunjukan dan persembahan daripada patrol dan kumpulan biasanya meranglumi: Lakonan-Mudah difahami dan mengandungi pengajaran ,terutama kepada pengakap tetapi tidak menyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak seperti agama politik dan perkara-perkara sensitif. 1. Nyanyian-Solo dan juga beramai-ramai tetapi seni katanya mestilah mempunyai aspek-aspek moral dan akhlak. 2. Lawak jenaka-Lucu tetapi tidak menggunakan perkataan atau perbuatan lucah,kurang sopan dan sensitif. 3. Selepas sesuatu persembahan,biasanya sorakan pengakap atau Yell diberikan dan diikuti oleh pengakap lain. Yell ini mestilah memberi perangsang dan tidak menjatuhkan maruah patrol atau kumpulan yang mempersembahkan pertunjukan. MALAM KEBUDAYAAN


LAGU PENGAKAP


LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


LAGU PENGAKAP DI SINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi


LAGU PENGAKAP APA GUNA KELUH KESAH Apa guna keluh kesah Apa guna keluh kesah Pengakap/pandu puteri tak pernah bersusah Apa guna keluh kesah There is no reason to be sad There is no reason to be sad We are always happy together There is no reason to be sad SELAMAT MALAM Selamat malam saudara/saudari/pemimpin Selamat malam saudara Selamat malam saudara Kita akan berpisah sekarang Bersuka ria kita Beramailah ramai Bersuka ria kita Aman dan damai


LAGU PENGAKAP TARIAN GAJAH Apabila bunga kembang berseri Seekor gajah keluar menari Lenggang ke kanan hei hei Lenggang ke kiri Jemput seekor lagi keluar menari Apabila bunga kembang berseri Dua gajah keluar menari Lenggang ke kanan hei hei Lenggang ke kiri Jemput seekor lagi keluar menari BURUNG BERBUNYI Dengarlah itu burung berbunyi Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok


LAGU PENGAKAP KE UNGGUN API (lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini (perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu (lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api Ramai pengakap berkumpul di sana (perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama Tapi jangan lupa kembali segera (bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini


LAGU PENGAKAP KE UNGGUN API (lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini (perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu (lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api Ramai pengakap berkumpul di sana (perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama Tapi jangan lupa kembali segera (bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini


LAGU PENGAKAP KALAU RASA GEMBIRA Kalau rasa gembira, tepuk tangan (2X), Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, tepuk tangan. Kalau rasa gembira, petik jari (2X), Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, petik jari. Kalau rasa gembira, cubit peha (2X), Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, cubit peha. Kalau rasa gembira, hentak kaki (2X), Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, hentak kaki. Kalau rasa gembira, kata horey (2X), Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, kata horey.


LAGU PENGAKAP YEPI, YEY, YEY, YEY Yepi, Yey, Yey,Yey, Yepi, Yey, Yey,Yey. Saya Pilih Pengakap Saja, Siang Jadi Kenangan, Malam Jadi Impian Cintaku Semakin Mendalam PERPISAHAN Tak kan dapat kugambarkan Takkan dapat kulukiskan Takkan dapat kulupakan Hanya dapat kukenangkan Hem ... hem ... hemm... hemm


IKHTIAR HIDUP


IKHTIAR HIDUP Ikhtiar Hidup Kemahiran ikhtiar hidup perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan tidak kira sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Hal ini disebabkan oleh malang yang tidak berbau. Kita tidak dapat mengagak sama ada kita akan dapat keluar dari dalam hutan pada tempoh yang dirancang. Pengenalan Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut : - Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. - Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. - Terselamat dalam nahas udara atau laut. - Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. - Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. - Dalam konteks Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.


IKHTIAR HIDUP Definisi Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Objektif 1.Kognitif Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. 2.Psikomotor Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. 3.Afektif Membina keyakinan diri untuk terus hidup. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati keindahannya.


IKHTIAR HIDUP Tekanan Keadaan Ikhtiar Hidup Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah: - Kelaparan - Kehausan - Kesakitan - Kesejukan dan kepanasan - Keletihan - Kesepian dan ketakutan Peraturan Asas Ikhtiar Hidup Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi : Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. 1.


IKHTIAR HIDUP Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturanperaturan asas berikut perlu dipatuhi : Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasankawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.


IKHTIAR HIDUP 2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. 3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara- perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkinkan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah : - Perubatan : i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotik v. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka. - Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut : i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus iii. Bungkusan gula iv. Bungkusan garam v. Pil-pil vitamin


IKHTIAR HIDUP Tumbuh-Tumbuhan Hutan Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan. Ujian Tumbuh-Tumbuhan Hutan Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkatperingkat ujian adalah seperti berikut : Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.


IKHTIAR HIDUP Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan. - rasa kelat dan sepat - rasa loya - rasa gatal-gatal dedaun mulut. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut : - rasa mual - sakit perut - demam dan sakit sendi tulang Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.


IKHTIAR HIDUP Peraturan Melaksanakan Ujian Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:- 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan. 3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan. Tindakan Jika Termakan Tumbuhan Yang Terkena Racun Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:- 1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.


IKHTIAR HIDUP Tempat Perlindungan Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada. Membina Tempat Perlindungan Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut. 1. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya. 2. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati. 3. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. 4. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan. 5.


IKHTIAR HIDUP Jenis-Jenis Tempat Perlindungan Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering. 1. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata. 2. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. 3. Bahan-Bahan Pembinaan Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh iperolehi dari pokok-pokok seperti daun palas gajah dan palas biasa, daun rumbia atau nipah, daun bertam, daun pokok kabung dan enau, daun mengkuang, buluh dan kulit kayu, daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai. 1. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayukayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap. 2. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiangtiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan. 3.


PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK


PERMAINAN KECIL Permainan Pengakap Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu. Jangan mengadakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu. Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiapaktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu. Aktiviti terbahagi kepada dua jenis : 1.Aktiviti Dalam 2.Aktiviti Luar


PERMAINAN KECIL AKTIVITI DALAM Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den) 1.Lakonan Bisu Alatan : kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu dilakukan oleh Pengakap). Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya danmereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan. 2.Simpulan Alatan : tali dan bangku. Pengakap dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua patrol memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku, kemudian disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, SimpulLapan Berganda dan diakhiri dengan Simpul Tindih Kasih. Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing. Pengakap disuruh menutup mata mereka dengan skaf dan apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan apabila sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan kepada yang betul.


PERMAINAN KECIL 3.Permainan Kim (Deria Lihat) Alatan : Pensel, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis). Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar. Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yang dilihat. Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam kotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.


PERMAINAN KECIL (Deria Sentuh/raba) Alatan :Pensel, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dan sebaginya. Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya,mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut. (Deria Dengar) Alatan : Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncangdan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap boleh membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik. Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah didengarinya tadi. (Deria Hidu) Alatan : Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,minyak rambut dan sebagainya. Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.


PERMAINAN KECIL (Deria Rasa) Alatan : Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dan sebgainya. Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahanbahan/serbuk yang disediakanitu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya. 4.`Baloo’ di mana kamu Alatan : Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung. Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebuttanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kalimendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya.


PERMAINAN KECIL 5.Kiri – kanan Alatan : Topi dan skaf Pengakap. Pengakap berdiri dalam bulatan (atau duduk) dengan rapat. Bila terdengar arahan“Kiri”, mereka akan merebut topi/skaf pengakap yang duduk/berdiri disebelah kirimereka. “Kiri - Kanan” boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Kiri – Perak; Kanan – Perlis dan perkataan-perkataan boleh ditambah untuk mengelirukan Pengakap yang mengambil bahagian. 6.Melukis gadjet/projek perintis Pengakap disuruh melukis gadget-gadget yang terdapat dalam satu perkhemahanke dalam buku log mereka. Selain daripada melukis gadget, mereka boleh melukis projek-projek perintis (pioneering) seperti menara, jambatan, pintu gerbang dan lain-lain lagi. 7.Membaca peta Alatan : Peta Topo dan kompas. Setiap patrol diberi peta yang serupa (lebih elok setiap Pengakap diberi setiapseorang) dan mereka diberi beberapa soalan (tugasan), misalnya: mencari grid beberapa tempat (sekolah, masjid, balai polis dll), memberi grid kedudukan (RG)tempat itu untuk dicari dan ditandakan nama tempat tersebut, beri bering dari satutempat ke satu tempat, menamakan kawasan jenis tumbuhan yang terdapat,sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat, tanaman utama di sesuatu kawasan dan sebaginya.


PERMAINAN KECIL 8.Ilmu Pengakap Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Pengakap misalnya,sejarah Pengakap, simpulan dan ikatan dll. Soalan berbentuk subjektif atau objektif boleh disediakan. Selepas menjawab semua soalan itu, Pengakap menukarkan kertas jawapan dan memeriksa jawapan bila pemimpin memberikan jawapan yang betul bagi soalan itu. 9.Kepala dan Ekor Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin. Apabila pemimpin menyebut `kepala’, Pengakap yang di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masingmasing.Begitu juga apabila pemimpin menyebut `ekor’, Pengakap di belakang sekalitidak bergerak, tetapi kawan-kawaan yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana pasukan yang pertama sampai serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan itu sehingga tamat permainan. 10.Harta Tersembunyi Ahli Pengakap disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telahditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buahbuahan dan sebaginya. Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.


PERMAINAN KECIL AKTIVITI LUAR Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. 1.Mendirikan Khemah Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh Pengakap menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan gelap gulita. 2.Latihan Kecemasan Sebelum mengadakan aktiviti ini; pastikan semua Pengakap sudah dilatih dengan kemahiran pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas dan lainlain lagi pada kertas tugasan dan serahkankepada ketua patrol untuk menjalankan aktiviti tersebut bersama patrolnya. 3.Merintis (Pioneering) Pastikan semua Pengakap sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. Gunakan taliyang sesuai apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamatsebelum mencubanya. Ketua patrol boleh merujuk kepada carta-carta atau model-model projek yang hendak mereka bina.Selain daripada membuat projek, Pengakap boleh juga membuat jgadjet yang berguna dalam sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yang amat bergunakepada Pengakap kerana ia dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka.


PERMAINAN KECIL 4.Memasak Adakan dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan alat-alat dapur dan memasak cara hutan/`Backwoodsman”. Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan patrol yang cekap sekali dalam masakan. 5.Memotong Kayu Aktiviti ini membolehkan Pengakap menunjukkan kecekapan mereka dalam pengetahuan menggunakan kapak. Pastikan semua langkah keselamatan diambiloleh setiap Pengakap yang menyertainya. Kayu yang dipotong itu bolehdigunakan sebagai kayu api dalam perkhemahan atau untuk gadjet/projek perintis. 6.Mengikut Jejak (Tracking) Aktiviti ini adalah untuk menduga pengetahuan tentang tandatanda kejadianhutan yang boleh dijejak dan dibinanya sendiri. Pengakap boleh memahirkan pengetahuannya dengan menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sebagaimembina tandatanda kejadian hutan tersebut.Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang atau kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui olehPengakap. Cara yang ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dapat menjejakinya.


PERMAINAN KECIL 7.Orienteering Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama peta topo). Route Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yangtelah ditetapkan. Salin perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, Pengakap ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyentertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran mereka. Satu had masahendaklah ditetapkan. 1. Projek Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelahmenyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen,mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenisdaun, buah-buahan, serangga dan sebagainya. 2. 8.Harta Karun Alatan : Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang,gula-gula (sebagai `Harta Karun’). Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Berengkompas boleh diberi untuk panduan Pengakap mencari arah lain sehinggaterjumpanya `Harta Karun’ itu.


PERMAINAN KECIL 9.Nature’s Hunt Pengakap dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah- buahan, bunga dll. Tuliskan arahan/tugasan di kertas dan masukkan ke dalamsampul surat. Lebih elok adaakan satu cerita, misalnya: “Wahai pehlawan- pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan benda-benda seperti seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu dan sebagainya sebagai ubat. Benda-benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/perolehi di kawasan itu dan senaraiyang diberi kepada setiap patrol hendaklah berlainan/berbeza. 10.Night Orienteering Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pada waktu malam.Pastikan Pengakap itu berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh:satu lampu di hadapan dan satu lagi di belakang patrol.


PERMAINAN KECIL 11.Night Stalking Aktiviti ini diajalankan pada waktu malam dan semua Pengakap dikehendaki beruniform lengkap. Mereka dikehendaki mengekori seorang yang akanmenjalankan beberapa gerak kerja di sesuatu tempat. Pada bila-bila masa, orang ituakan menoleh ke belakang untuk menangkap Pengakap yang mengekorinya/yang mengintipnya. Pengakap itu pula hendaklah bersembunyi apabila orang itu cubamenangkapny. Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan gerak kerja yang dilakukan oleh orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula,dikehendaki melaporkan jumlah Pengakap yang dia dapat lihat dan markah akanditolak bagi setiap Pengakap yang dapat dilihatnya. 12.Mata Angin Sebelum itu, tentukan arah mata angin yang betul iaitu UTARA < SELATAAN<BARAT dan TIMUR. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap ke arah UTARA. Ketua patrol berdiri di hadapan dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompatdan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula. Bila didapati semua Pengakap dalam suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan kalah.


PERMAINAN KECIL 13.Komando Lawan Komunis Pengakap dibahgikan kepada dua pasukan iaitu satu Komando dan satu lagi Komunis.`Nyawa’ mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendakimerebut skaf yang ada di kepala musuh mereka. Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila `nyawa’dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar daripada permainan. Yang`mati’ tidak dapat bermain lagi. Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dankehendaki berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya. 14.Waterloo Aktiviti ini adalah serupa dengan persaingan di atas tetapi setiap Pengakap diberi plastik/belon yang berisi air berwarna sebagai peluru. Setiap seorang boleh diberi 3 – 5 beg plastik. Pengakap dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi. Sesiapa yang terkena tembakan (badannyadidapati basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati’. Permainan ini bolehdimainkan pada waktu malam supaya Pengakap boleh bersembunyi ataumelarikan diri jika diserang.


PERMAINAN KECIL 15.Mengelak Pukulan Gunakan pemukul bantal atau alat yang lembut dan buatkan satu kawasan bertali. Pengakap boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk. Apabila isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba elak pukulan yang dibuat supayaanda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar daripada permainan. 16.Daftar Alat Perkhemahan Pengakap diberi sehelai kertas dan pen. Pengakap dikehendaki menyenaraikanseberapa banyak yang boleh peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalahterhad, misalnya satu setengah minit atau dia minit. Pengakap yang paling banyak menyenaraikan peralatan dengan tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang. 17.Ibu Ayam Seorang Pengakap menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Pengakap dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilihnama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (patrol itu) berlarike arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.


PERMAINAN KECIL 15.Mengelak Pukulan Gunakan pemukul bantal atau alat yang lembut dan buatkan satu kawasan bertali. Pengakap boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk. Apabila isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba elak pukulan yang dibuat supayaanda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar daripada permainan. 16.Daftar Alat Perkhemahan Pengakap diberi sehelai kertas dan pen. Pengakap dikehendaki menyenaraikanseberapa banyak yang boleh peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalahterhad, misalnya satu setengah minit atau dia minit. Pengakap yang paling banyak menyenaraikan peralatan dengan tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang. 17.Ibu Ayam Seorang Pengakap menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Pengakap dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilihnama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (patrol itu) berlarike arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.


PERMAINAN KECIL 18.Tampar Lutut Pasangan Pengakap akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama lain)menghadap lawan. Tiap-tiap seorang akan cuba untuk menampar lutut lawannya.Masa akan diberikan dan jumlah tampar yang tertinggi dan yang paling rendah mengelak adalah dikira sebagai pemenang. 19.Lembu Kena Kepung Ahli patrol memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang Pengakapmenjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya. 21. 20.Lumba Lari Keldai Berganti-ganti Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahgikan dua kumpulan iaitu satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Bila isyarat `mula’ diberikan, pelari pertama berlari merangkak songsang (ke belakang) kearah pelari kedua pasukannya yang berada di belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.


PERMAINAN KECIL 21.Bercerita/Membawa Pemimpin terlebih dahulu perlu memisahkan/menjarakkan antara satu patrol dengan patrol yang lain dan antara Pengakap dengan Pengakap dalam patrolmasing-masing supaya berita yang disampaikan tidak akan didengari bersamaoleh patrol lain atau ahli lain. Pemimpin akan memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita.Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua)ke seorang ahli lain (ketiga) dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan(Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja. Ketua patrol tidak dibenarkan memberisebarang isyarat atau maklumat kepada orang ketiga atau begitulah antara ahlinya.Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yang terakhir dalam setiap patrol akan dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang telah disampaikan tadi (mereka terima). Bandingkan isi ceritayang diperdengarkan dengan isi cerita yang diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada banyak patrol.


PERMAINAN KECIL 22.Elak Bola dalam Bulatan Alatan : Bola (boleh lebih daripada satu). Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri didalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatanakan direjam dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira`MATI’. Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakapyang berada dalam bulatan. Pengakap yang `terkena’ rejaman itu iaitu sdah`MATI’, hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dandibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatanmemandang. Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang Pengakapsahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang. 23.Pijak Kaki Tiap-tiap Pengakap akan cuba memijak jari kaki lawan masingmasing sambil itucuba mengelak jari kakinya sendiri dipijak lawan. 24.Lawan Runtun Satu Tangan Pasangan mencekak pergelangan tangan lawan (kiri dan kanan)masing-masing.Kemudian berpaling sisi dan cuba menarik lawannya melintasi garisan yangditandakan.


PERMAINAN KECIL 25.Bola Edar /Bola Sentuh Alatan : Bola. Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam k awasan yang telahditetapkan. Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dancuba melempar/merejamkan kepada Pengakap lain. Pengakap yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di tempat terkenanya rejaman.Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat memungut bola yang datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada Pengakaplain yang masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari kedudukan berdekam sahaja) .Pengakap yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam’ dan berada dalam aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yang masih bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman boleh dibuat.Untuk merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari sebiji). 26.Anak Lembu Degil Seorang Pengakap membuat aksi rangkak, seorang lagi memacakkan jarinya di belakang tengkuk lawannya yang berada dalam aksi merangkak tadi. Dia cubamenarik lawannya ke hadapan dari `anal lembu’ itu serta anak lembu cubamenentangnya (menarik ke belakang).


PERMAINAN KECIL 27.Tinju Sebelah Tangan/Tampar Beruk Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawanmasing-masing. Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya.Lawannya cuba seberapa yang boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh. 28.Gusti Lengan Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku berkedudukan selari dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang berkedudukan bersilang di bawah tangan yang akan bergusti. Pasangan perlulahmenumbangkan tangan lawan sehingga lebah. Projek-projek Untuk Patrol 1.Membuat wogel 2.Membuat sarung pisau/kapak 3.Membuat kotak alatan/pertolongan cemas/papan kenyataan


CERITA HUTAN


Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Didalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tibatiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani CERITA HUTAN - MOWGLI


Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowglis ebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan kemana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendakmengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muatmelalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. CERITA HUTAN - MOWGLI


CERITA HUTAN - MOWGLI Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabil aanak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasanberbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli,sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batubesar "Anak manusia milikku”. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.


Click to View FlipBook Version