Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela,Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undangundang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri ditempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, CERITA HUTAN - MOWGLI
Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, iba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situuntuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yangditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela,Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan pada suatu hari kelak. "Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya " CERITA HUTAN - MOWGLI
LENCANA KEAHLIAN Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia yang luas itu. Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujianujian berikut : 1. Peraturan pakaian seragam Pengakap 2. Prinsip Rukun Negara. 3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap.
LENCANA KEAHLIAN 5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell. 7. Simpulan & ikatan Buku Sila (Reef Knot) Bunga Geti (Sheet Bend) Simpul Manuk (Clove Hitch) Tindih Kasih (Bowline) Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches) Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanakkanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecer perkhidmatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik. Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : 1. Cita-cita Pengakap Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing. Menaikkan bendera Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap LENCANA USAHA
2. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani Asas perbarisan. Kawat tongkat. Isyarat-isyarat tangan Pengakap. Halangan komando. Melipat dan mengibarkan bendera. 3. Kemahiran Berpengakap Menjaga dan menyimpan pisau serta parang. SimpulaN & ikatan. - Simpul Himpit, Simpul Pulih, Bunga Geti Ganda, Lilit Balak, Lilit Taut-line,Ikat Seraya, Ikat Serong Undang-undang Lalulintas Jalanraya. Memilih tapak perkhemahan. Keperluan peribadi untuk berkhemah. Alatan pertolongan cemas peribadi. Menghidupkan api. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam. Arah mata angin dan mengenali peta topo. Isyarat sulit Pengakap. Mengembara 8km, berjalan kaki dalam patrolnya serta membuat laporan bertulis dalam buku log. LENCANA USAHA
LENCANA KEPANDAIAN (KATEGORI KEGEMARAN) Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana Usaha), Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktivitiaktiviti lencana tersebut : 1.Ahli Koleksi Hobi. 2. Ahli Muzik. 3. Ahli Pertahanan Diri. 4. Ahli Renang. 5.Ahli Sukan. 6. Jurumasak di Khemah. 7. Juruperpustakaan. 8. Peladang Muda. 9. Pelukis. 10.Pengail. 11.Penunggang Basikal.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran. Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : 1. Cita-cita Pengakap Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri. Melukis bendera semua negeri Malysia. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah. Undang-undang Pengakap. LENCANA MAJU
2. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani Latihan asas perbarisan. Kawat tongkat. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter. 3. Kemahiran Berpengakap Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji. Teknik menggunakan kapak. Simpulan & ikatan : - Tindih kasih ganda, belit lucut, lilit pasdul, simpul kerusi , lilit pemati selit, simpul kepala lalat, sambat balik dan ikat silang gunting. Memasak masakan rimba - Menghidupkan api - Roti lilit - Ikan Model projek perintis. Kajian 1 perkara berikut : - Burung, binatang dan pokok tempatan - Lawatan bangunan / kawasan penting - Kawasan tempatan LENCANA MAJU
Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam. Langkah keselamatan berenang. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar. Melakukan 2 perkara berikut : - Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah - Keperluan berkhemah - Memasak untuk 2 orang 4. Pengembaraan - Jenis kompas dan membaca bereng - Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta - Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis peng - Ikhtiar hidup. 5. Perkhidmatan - Balutan- kepala, lutut dan lengan - Tindakan kecemasa - Memanggil Polis, Bomba dan Ambulans - Khidmat sukarela LENCANA MAJU
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana Maju), Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperoleh oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah : 1. Ahli Berkhemah (wajib) 2. Ahli Elektronik 3. Ahli Ilmu Perintis 4. Ahli Komputer 5. Ahli Mekanik 6. Ahli Penukang 7. Ahli Perahu Dayung 8. Ahli Perhubungan 9. Ahli Perhutanan 10. Pelihat 11. Pengembara 12. Tukang Masak. LENCANA KEPANDAIAN (KATEGORI PENGETAHUAN)
Setelah memperolehi Lencana Kepandaian (Kategori Pengetahuan), Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah wajib dan mesti diperoleh oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah [ilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam memberikan perkhidmatan menerusi aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah : 1. Ahli Pertolongan Cemas (wajib) 2. Ahli Anti Dadah 3. Ahli Komuniti 4. Jurubahasa 5. Kuatermaster 6. Pemadam Api 7. Pemandu 8. Pemelihara 9. Pengawal Perkhemahan 10. Penyelamat Nyawa 11. Setiausaha LENCANA KEPANDAIAN (KATEGORI PERKHIDMATAN)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawan dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, (TIGA Lencana Kemahiran dan TIGA Lencana Kemahiran) terlebih dahulu. Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujianujian berikut : 1. Cita-cita Pengakap - Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik - Sejarah tertubuhnya Malaysia. - Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri - Tugas kerja Dewan Undangan Negeri - Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. LENCANA JAYA
2. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani - Latihan asas perbarisan - Kawat tongkat semasa berjalan - Halangan komando 3. Kepimpinan - Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju - Kebolehan : - Merancang dan menjalankan pengembaraan - Merancang Malam Pengakap - Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol - Membawa bendera 4. Kejayaan - Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III, IV dan V. Kumpulan I - Cabaran 1. Lakukan 1 : - Mendayung perahu - Melayarkan sampan layar. 2. Mendaki bukit. 3. Pengembaraan malam selama 8 jam. LENCANA JAYA
LENCANA JAYA Kumpulan II - Amali 1. Pekerjaan tangan / tukang gambar. 2. Mekanik. 3. Kod fonetik antarabangsa. 4. Khidmat masyarakat. Kumpulan III - Kesungguhan 1. Pengembaraan 24 km atau berbasikal 50 km dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam buku log. 2. Gimnastik / seni mempertahankan diri. 3. Membuat bekalan dari makanan kering. 4. Melakukan 1 berikut : - - Memanah. - Memancing. - Kajian barang purba. - Kajian isi bumi. - Pemeliharaan alam sekitar. Kumpulan IV - Masyarakat 1. Menyedia, memasak dan melayan. 2. Petunjukkan hiburan amatur. 3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap.
LENCANA JAYA Kumpulan V - Kemahiran Berpengakap 1. Simpulan & ikatan : - - Simpul abah-abah, lilit tindih kejap, simpul ngah, tindih kasih air, ikatan pengail, sambat mata, lilit ular/kacang dan ikat silang tungku. 2. Mendirikan pondok sementara. 3. Projek perintis. 5. Perkhidmatan - Rawatan dan Pertolongan Cemas ; 1. Rawatan patah tulang 2. Usungan pesakit - Kegunaaan kayu tuap - Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut - Perkhidmatan 6 jam
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
TAKWIM TAHUNAN 2023/2024
AKTIVITI MINGGU 1 AKTIVITI : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENGAKAP 2023/2024. CARA PELAKSANAAN : Guru meminta Pengakap Kanank-Kanak untuk berkumpul di suatu tempat seperti didalam bilik darjah atau luar bilik darjah seperti di bilik muzik. 1. Guru memberikan penerangan ringkas kepada Pengakap Kanak-Kanak berkenaan dengan ahli jawatankuasa yang perlu dilantik. 2. Pelaksanaan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengakap 2023/2024. 3. Pelantikan adalah melalui cara undian seperti guru meminta Pengakap Kanak-Kanak mencadangkan nama individu yang ingin mereka calonkan dan kemudiaannya mereka dikehendaki untuk membuat undian dengan cara angkat tangan sebaik sahaja nama individu tersebut disebut oleh guru. 4. Calon yang memperolehi undi yang paling banyak akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengakap 2023/2024. 5. MINGGU 1 (05/04/2023)
AKTIVITI MINGGU 1 AKTIVITI : SEJARAH PENGAKAP, LOGO, IKRAR DAN COGAN PENGAKAP. CARA PELAKSANAAN : Setelah sesi pelantikan selesai, guru akan menerangkan kepada murid mengenai sejarah pengakap, logo pengakap, ikrar pengakap serta cogan pengakap. 1. Sebelum sesi penerangan berlangsung, guru akan meminta Pengakap Kanak-Kanak untuk menyediakan alat tulis seperti buku nota dan pensel untuk mencatat isi penting yang disampaikan oleh guru. 2. Kemudian guru akan memasang paparan slaid di hadapan kelas. 3. Guru memulakan sesi penerangan berkenaan dengan tajuktajuk tersebut. 4. Semasa guru menerangkan tajuk-tajuk tersebut, Pengakap Kanak-Kanak dibenarkan untuk bertanyakan soalan sekiranya mereka tidak memahami perkara yang disampaikan oleh guru. 5. MINGGU 1 (05/04/2023)
AKTIVITI MINGGU 2 AKTIVITI : PERSETIAN PENGAKAP DAN LAGU RASMI PENGAKAP CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki untuk berkumpul di satu tempat yang luas seperti di dewan atau padang. 1. Kemudian, guru meminta Pengakap Kanak-Kanak untuk membuat bulatan besar dan guru berada di tengah dalam bulatan tersebut. 2. Guru akan menunjukkan terlebih dahulu persetiaan pengakap dan Pengakap Kanak-Kanak harus memerhatikan setiap pergerakan, perlakuan dan perkataan yang disebut oleh guru. 3. Kemudian, guru meminta Pengakap Kanak-Kanak untuk mengikuti perbuatannya dan Pengakap Kanak-Kanak perlu mengikutinya dengan betul. 4. Setelah selesai persetiaan pengakap, guru memasangkan pembesar suara dan meletakkan pembesar suara tersebut di tengah bulatan. 5. Guru memasangkan lagu rasmi pengakap dan murid diminta untuk mendengarnya dengan teliti. 6. Kemudian Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk sama-sama menyanyikan lagu pengakap tersebut. 7. Guru meminta Pengakap Kanak-Kanak untuk mereka menghafal lagu tersebut selama beberapa minit. 8. Kemudian, Pengakap Kanak-Kanak diarahkan untuk menyanyikan lagu rasmi pengakap tanpa bantuan muzik secara beramai-ramai. 9. MINGGU 2 (24/05/2023)
AKTIVITI MINGGU 3 AKTIVITI : ETIKA PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP DAN LENCANA PENGAKAP CARA PELAKSANAAN : Guru meminta untuk Pengakap Kanak-Kanak berdiri tegak secara dalam bulatan dan mereka dikehendaki untuk menyanyikan lagu rasmi pengakap tanpa bantuan muzik. 1. Setelah nyanyian selesai, murid perlu duduk secara dalam bulatan. 2. Guru memulakan penerangan dengan memperkenalkan kepada Pengakap Kanak-Kanak berkenaan dengan pakaian seragam pengakap. 3. Guru menerangkan dengan terperinci berkenaan dengan etika pemakaian pakaian seragam pengakap. 4. Guru menjelaskan tentang lencana yang terdapat pada pakaian seragam pengakap. 5. Guru menunjukkan kedudukan lencana yang betul pada pakaian seragam tersebut. 6. MINGGU 3 (21/06/2023)
AKTIVITI MINGGU 3 AKTIVITI : PEMBAHAGIAN SEKAWAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DALAM SEKAWAN CARA PELAKSANAAN : 1. Murid perlu kekal berada dalam bulatan tersebut. Kemudian guru mengeluarkan satu kotak kecil yang mengandungi kertas dan didalam kertas tersebut terdapat nombor 1 hingga 6. 2. Setelah semua murid mendapat kertas tersebut, murid dikehendaki untuk melihat nombor yang mereka perolehi. 3. Kemudian guru menjelaskan bahawa nombor tersebut merupakan nombor sekawan mereka. 4. Guru meminta Pengakap Kanak-Kanak berkumpul mengikut nombor yang diperolehi seperti Pengakap Kanak-Kanak yang memperolehi nombor 1 harus berkumpul dan membuat satu barisan. 5. Setelah Pengakap Kanak-Kanak selesai berkumpul dalam sekawan masing-masing, guru meminta mereka untuk berbincang dalam sekawan masing-masing berkenaan dengan pemilihan ahli jawatankuasa sekawan. 6. Setiap sekawan harus membuat bulatan yang kecil dan membuat perbincangan bagi memilih ahli jawatankuasa dalam sekawan mereka dan guru akan memantau perbincangan yang dilakukan oleh mereka. 7. MINGGU 3 (21/06/2023)
AKTIVITI MINGGU 4 AKTIVITI : ISTIADAT PENGAKAP CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki untuk duduk dalam barisan mengikut sekawan masing-masing. 1. Guru menerangkan tentang istiadat Pengakap Kanak-Kanak seperti Istiadat Laungan Agung. 2. Guru menerangkan dengan terperinci berkenaan dengan Istiadat Laungan Agung tersebut seperti guru menjelaskan tentang kedudukan Akeela, kedudukan ketua dan penolong ketua dalam sekawan dan sebagainya. 3. Setelah selesai sesi penerangan, guru menunjukkan video berkenaan dengan pelaksanaan Istiadat Laungan Agung tersebut. 4. Aapabila semua Pengakap Kanak-Kanak telah memahami pelaksanaan laungan tersebut, guru menyuruh murid-murid untuk membuat satu bulatan besar. 5. Kemudian, guru mengarahkan Pengakap Kanak-Kanak untuk melaksanakan Istiadat Laungan Agung tersebut. 6. Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk peka mendengar arahan yang diberikan oleh guru dan mereka harus bertindak pantas sebaik sahaja guru mengeluarkan sesuatu arahan dalam Laungan tersebut. 7. MINGGU 4 (26/07/2023)
AKTIVITI MINGGU 5 AKTIVITI : PEMILIHAN LAGU PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENCIPTAAN SORAKAN BAGI SETIAP SEKAWAN CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk duduk dalam bulatan mengikut sekawan masing-masing. 1. Guru mengagihkan kertas yang mengandungi tajuk-tajuk serta lirik lagu pengakap kanak-kanak. 2. Guru mengarahkan setiap sekawan untuk membuat perbincangan berkenaan dengan pemilihan lagu sekawan mereka dan guru juga mengarahkan mereka untuk mencipta satu sorakan bagi sekawan masing-masing. 3. Setelah satu kumpulan sekawan telah selesai berbincang mengenai dengan pemilihan tajuk lagu, ketua sekawan harus mengangkat tangan dan memberitahu guru tajuk lagu mereka. Kumpulan sekawan yang lain tidak boleh memilih lagu yang sama dengan sekawan tersebut. 4. Setelah sesi pemilihan tajuk lagu selesai, guru memberikan masa kepada Pengakap Kanak-Kanak untuk berlatih bagi menyanyikan lagu yang dipilih dan juga mencipta sorakan masing-masing. 5. Selepas tamatnya waktu yang diberikan, guru akan memilih secara random kumpulan sekawan manakah yang perlu menunjukkan sorakan dan nyanyian mereka terlebih dahulu. 6. Kumpulan yang terpilih haruslah berdiri tegak di hadapan rakan-rakan dan guru mereka bagi mempersembahkan hasil perbincangan dan latihan mereka. 7. MINGGU 5 (16/08/2023)
AKTIVITI MINGGU 5 AKTIVITI : PEMILIHAN LAGU PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENCIPTAAN SORAKAN SEKAWAN CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk duduk dalam bulatan mengikut sekawan masing-masing. 1. Guru mengagihkan kertas yang mengandungi tajuk-tajuk lagu pengakap kanakkanak seperti di sini kita berkumpul, sayonara dan sebagainya berserta dengan lirik lagu-lagu tersebut. 2. Guru mengarahkan setiap sekawan untuk membuat perbincangan berkenaan dengan pemilihan lagu sekawan mereka dan guru juga mengarahkan mereka untuk mencipta satu sorakan bagi sekawan masing-masing. 3. Guru juga menjelaskan bahawa setiap satu tajuk lagu harus diambil oleh satu kumpulan sekawan sahaja dan setiap sekawan tidak boleh menggunakan lagu yang sama. 4. Setelah satu kumpulan sekawan telah selesai berbincang mengenai pemilihan tajuk lagu, ketua sekawan harus mengangkat tangan dan memberitahu guru tajuk lagu mereka. 5. Setelah sesi pemilihan tajuk lagu selesai, guru memberikan masa kepada Pengakap Kanak-Kanak untuk berlatih bagi menyanyikan lagu yang dipilih dan juga mencipta sorakan masing-masing. 6. Mereka berlatih lagu yang dipilih adalah menggunakan kertas yang diberikan oleh guru itu yang mengandungi tajuk serta lirik lagu. 7. Selepas tamatnya tempoh waktu latihan yang diberikan, guru akan memilih secara random kumpulan sekawan manakah yang perlu menunjukkan sorakan dan nyanyian mereka terlebih dahulu. 8. Kumpulan yang terpilih haruslah berdiri tegak di hadapan rakan-rakan dan guru mereka bagi mempersembahkan hasil perbincangan dan latihan mereka. 9. MINGGU 5 (16/08/2023)
AKTIVITI MINGGU 6 AKTIVITI : ASAS KAWAD KAKI CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan 1. Kemudian, guru mengarahkan murid untuk membuat barisan seperti dalam satu barisan terdapat 3 atau 4 orang sahaja. 2. 3. Murid membuat barisan mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Setelah barisan kelihatan sempurna, guru akan menerangkan tentang arahan yang akan diberikan dalam kawad kaki dan guru menunjukkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Pengakap KanakKanak sebaik sahaja mendengar arahan tersebut. 4. Setelah sesi demostrasi selesai, guru mengarahkan Pengakap Kanak-Kanak untuk melaksanakannya. 5. Guru memberikan arahan seperti senang diri dan Pengakap kanakKanak harus segara bertindak dengan mengubah posisi anggota badan mereka supaya berada dalam keadaan senang diri. 6. Guru akan memerhatikan pergerakan Pengakap Kanak-Kanak dan jika didapati pergerakan mereka kurang tepat, maka guru akan menunjukkan lagi pergerakan yang tepat sehingga pengakap kanak-kanak dapat menguasainya. 7. Kemudian, guru memilih seorang Pengakap Kanak-Kanak secara rawak untuk memberi arahan kawad tersebut. 8. MINGGU 6 (13/09/2023)
AKTIVITI MINGGU 6 AKTIVITI : ASAS KAWAD KAKI CARA PELAKSANAAN : 9. Pengakap Kanak-Kanak yang dipilih perlu mara ke hadapan dan menghadap rakan-rakannya yang lain. 10.Pengakap Kanak-Kanak yang dipilih itu harus memberi arahan dan Pengakap Kanak-Kanak yang lain harus mendengar arahan yang diberikan oleh rakan mereka itu. 11.Pada ketika ini, guru bertindak sebagai fasilitator dengan cara guru memantau dan memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh Pengakap Kanak-Kanak dan sekiranya didapati kurang tepat maka guru akan membetulkannya. 12.Kawad kaki ini akan tamat apabila guru menyuruh Pengakap Kanak-Kanak yang menjadi komander itu mengeluarkan arahan “Keluar Baris”. MINGGU 6 (13/09/2023)
AKTIVITI MINGGU 7 AKTIVITI : MEMPELAJARI JENIS-JENIS IKATAN CARA PELAKSANAAN : Guru memberikan penjelasan tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari ter 1. Guru menerangkan tentang jenis-jenis ikatan iaitu sebanyak 3 jenis ikatan seperti ikatan buku sila, ikatan bunga geti dan ikatan manuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. 2. Guru memasang slaid dan menunjukkan kad bergambar yang mengandundi gambar ikatan-ikatan tersebut dan menjelaskan fungsi setiap ikatan itu kepada Pengakap Kanak-Kanak. 3. Setelah penerangan selesai, guru mengagihkan satu tali kepada semua ahli Pengkap Kanak-Kanak. 4. Kemudian, guru membuat demostrasi berkenaan dengan langkahlangkah untuk membuat ikatan terlebih dahulu dan Pengakap Kanak-Kanak perlu fokus pada demostrasi yang dilakukan oleh guru. 5. Setelah demostrasi selesai, Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk membuat ikatan bersama-sama dengan guru menggunakan tali yang telah diberikan kepada mereka. 6. Guru akan menunjukkan langkah-langkah tersebut satu per satu supaya Pengakap Kanak-Kanak mampu mengikuti tindakan yang dilakukan oleh guru dengan baik. 7. MINGGU 7 (04/10/2023)
AKTIVITI MINGGU 7 AKTIVITI : MEMPELAJARI JENIS-JENIS IKATAN CARA PELAKSANAAN : 8.Semasa proses melakukan ikatan itu, guru akan membimbing Pengakap Kanak-Kanak dengan mengulangi pertunjukan sesuatu langkah jika didapati Pengakap Kanak-Kanak mengalami kesukaran dalam melakukan langkah tersebut. 9.Selepas Pengakap Kanak-Kanak berjaya melakukan ketiga-tiga ikatan tersebut dengan bantuan guru, maka guru akan mengagihkan 3 lagi tali baharu kepada Pengakap Kanak-Kanak. 10.Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk menghasilkan ketiga-tiga ikatan tersebut menggunakan tali baharu itu dan mereka dikehendaki untuk melakukannya secara individu tanpa bantuan guru atau rakan-rakan. 11.Guru memaparkan video tentang langkah-langkah untuk membuat ikatan sebagai sumber rujukan untuk membantu mereka menghasilkan ikatan tersebut dengan jayanya. 12.Guru akan memberikan masa beberapa minit untuk mereka melakukan ikatan tersebut. 13.Setelah tempoh masa yang diberikan tamat, guru akan memeriksa ikatan yang dilakukan oleh mereka dan memberikan komen kepada hasil ikatan yang dibuat oleh mereka itu. MINGGU 7 (04/10/2023)
AKTIVITI MINGGU 8 AKTIVITI : MENCIPTA GAJET PENGAKAP CARA PELAKSANAAN : Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk duduk dalam kumpulan sekawan masing-masing. 1. Guru menunjukkan dua jenis gajet yang telah disediakan oleh guru iaitu rak kasut dan meja. 2. Guru menjelaskan berkenaan dengan ikatan yang digunakan pada kedua-dua gajet tersebut. 3. Guru memaparkan video gajet yang biasanya digunakan semasa aktiviti perkhemahan. 4. Setelah video tersebut tamat, guru mengarahkan setiap sekawan untuk berbincang tentang gajet yang ingin diciptakan oleh mereka. 5. Setelah perbincangan tamat, ketua sekawan diminta untuk ke hadapan bagi mengambil tali dan kayu chopstick daripada guru. 6. Setiap kumpulan akan diberikan beberapa tali dan kayu chopstick yang sama dari segi jenis, saiz dan sebagainya. 7. Guru memberikan masa selama beberapa minit kepada mereka agar mereka dapat menghasilkan gajet yang mereka ingin hasilkan itu. 8. Setiap sekawan dikehendaki untuk mencipta sekurang-kurangnya 2 jenis gajet. 9. Semasa proses penciptaan gajet, guru akan memantau aktiviti yang dilakukan oleh pengakap kanak-kanak dan memberikan tunjuk ajar sekiranya mereka meminta bantuan daripada guru. 10. MINGGU 8 (25/10/2023)
AKTIVITI MINGGU 8 AKTIVITI : MENCIPTA GAJET PENGAKAP CARA PELAKSANAAN : 11. Setelah semua sekawan selesai menghasilkan gajet, mereka diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka. 12. Giliran pembentangan tersebut akan dipilih secara rawak oleh guru. 13. Kumpulan sekawan yang dipanggil oleh guru perlu berdiri di hadapan dan menjelaskan fungsi setiap gajet yang mereka bina itu. 14. Semasa sesi pembentangan berlangsung, sekawan yang lain diberikan peluang untk bertanyakan soalan kepada sekawan yang melaksanakan pembentangan itu. 15. Setelah sesi pembentangan tamat, guru akan memilih dua orang Pengakap Kanak-Kanak secara rawak untuk membuat kesimpulan tentang pengajaran hari ini. MINGGU 8 (25/10/2023)
AKTIVITI MINGGU 8 AKTIVITI : MEMPELAJARI ASAS PERTOLONGAN CEMAS CARA PELAKSANAAN : Guru menjelaskan tentang pelaksanaan aktiviti pada hari tersebut iaitu asas pertolongan cemas dari segi aspek balutan dan anduh. 1. Guru menayangkan slaid berkenaan dengan pengenalan pertolongan cemas, jenis pembalut dan jenis anduh. 2. Pengakap Kanak-Kanak mendengar penerangan yang disampaikan oleh guru dengan baik. 3. Setelah penerangan selesai, guru menunjukkan demostrasi balutan mengikut jenis luka seperti luka tangan, luka kepada dan luka bahu. 4. Guru meneraangkan satu per satu cara membuat balutan pada jenis luka tersebut. 5. Pengakap Kanak-Kanak mendengar dan melihat demostrasi yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti sebelum mereka membuat amali. 6. Setelah demostrasi selesai, guru menyuruh Pengakap Kanak-Kanak duduk dalam sekawan masing-masing. 7. 8.Kemudian, guru mengagihkan pembalut kepada setiap sekawan. Semua kumpulan sekawan dikehendaki untuk melakukan balutan pada ketiga-tiga jenis luka yang telah dipelajari. 9. Setiap sekawan harus memilih sekurang-kurangnya dua orang ahli daripada sekawan mereka untuk menjadi model untuk mereka membuat balutan tersebut. 10. MINGGU 9 (16/11/2023)
AKTIVITI MINGGU 9 AKTIVITI : MEMPELAJARI ASAS PERTOLONGAN CEMAS CARA PELAKSANAAN : 11. Setiap sekawan boleh memulakan proses melakukan balutan apabila mereka sudah mempunyai model dalam sekawan mereka. 12. Pada ketika ini, guru akan memantau aktiviti yang dilakukan oleh mereka dan membantu sekiranya mereka memerlukan bantuan. 13.Sekiranya mereka selesai melakukan ketiga-tiga balutan tersebut, mereka perlu menunjukkan kepada guru hasil balutan yang dilakukan oleh mereka. 14.Guru akan menilai dan membetulkan hasil balutan mereka jika didapati terdapatnya kesilapan. 15.Setelah semua kumpulan sekawan telah menunjukkan hasil balutan mereka kepada guru, maka guru akan membuat kesimpulan atau rumusan tentang prestasi atau hasil kerja semua Pengakap KanakKanak pada hari tersebut. MINGGU 9 (16/11/2023)
AKTIVITI MINGGU 10 AKTIVITI : PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK DI DALAM KELAS (LAKONAN BISU DAN “BALOO” DI MANA KAMU?) CARA PELAKSANAAN : Guru menerangkan kepada murid bahawa terdapat dua permainan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut iaitu permainan lakonan bisu dan “Baloo” dimana kamu?. dengan terperinci. 1. 2.Guru menyatakan bahawa aktiviti pertama adalah lakonan bisu. Aktiviti ini diadakan dalam bentuk berkumpula iaitu mengikut kumpulan sekawan masing-masing. 3. Kemudian, setiap Pengakap Kanak-Kanak perlu duduk dalam sekawan masing-masing dan guru akan menentukan sekawan manakah yang perlu melakukan lakonan bisu itu terlebih dahulu. 4. Kumpulan sekawan yang terpilih haruslah menghantar seorang wakil untuk berdiri di hadapan untuk mempersembahkan lakonannya. 5. Setelah seorang wakil daripada sekawan tersebut sudah berada di hadapan, maka guru akan menunjukkan kertas yang mengandungi perkataan yang perlu dilakonkan olehnya. 6. Kemudian, dia harus melakonkannya di hadapan kumpulan sekawannya tanpa mengeluarkan suara sert menggunakan anggota badan sahajja dan kumpulan sekawannya haruslah meneka sehingga betul. Manakala sekawan yang lain harus senyap dan tidak boleh membantu sekawan tersebut mencari jawapan. 7. MINGGU 10 (24/11/2023)
AKTIVITI MINGGU 10 AKTIVITI : PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK DI DALAM KELAS (LAKONAN BISU DAN “BALOO” DI MANA KAMU?) CARA PELAKSANAAN : 8.Setiap kumpulan sekawan hanya diperuntukkan masa selama 5 minit sahaja untuk meneka perkataan yang dilakonkan oleh raknnya itu. 9.Kumpulan sekawan yang banyak meneka jawapan dengan betul dalam masa yang diperuntukkan dikira sebagai pemenang. 10.Setelah permainan ini tamat, guru mengarahkan Pengakap KanakKanak untuk membuat satu bulatan besar dan duduk. 11.Kemudiian, guru mengarahkan Pengakap Kanak-Kanak untuk meneruskan dengan aktiviti kedua iaitu “Baloo” dimana kamu?. 12.Guru akan memilih dua orang Pengakap Kanak-Kanak secara rawak dan seorang akan menjadi “Baloo” iaitu beruang dan seorang lagi akan diberikan gelaran “Mowgli”. 13.Guru akan memberikan surat khabar yang bergulung kepada Mowgli untuk dijadikan sebgai pemukul dan matanya akan ditutup dengan skaf. 14.Baloo dikehendaki untuk berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. 15.Kemudian, Mowgli diberikan sebanyak 3 peluang sahaja untuk bertanya “Baloo, dimana kamu?” dan boleh memukul baloo menggunakan gulungan surat khabar tersebut. MINGGU 10 (24/11/2023)
AKTIVITI MINGGU 10 AKTIVITI : PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK DI DALAM KELAS (LAKONAN BISU DAN “BALOO” DI MANA KAMU?) CARA PELAKSANAAN : 16. Mowgli hanya boleh membuat percubaan pukulan terhadap Baloo sebanyak 3 kali sahaja. 17.Baloo hanya perlu menjawab “disini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. 18.Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak daripada tempatnya itu. 19.Satu permainan akan tamat apabila Mowgli telah menjumpai Baloo atau Mowgli telah membuat 3 kali pukulan. 20.Setelah pusingan pertama tamat, maka guru akan memilih dua orang lagi secara rawak untuk menjadi Mowgli atau Baloo pada pusingan seterusnya. 21.Apabila permainan tamat, guru akan meminta 3 orang Pengakap Kanak-Kanak untuk berdiri dan memberikan rumusan atau nilai yang mereka perolehi melalui pelaksanaan aktiviti permainan tersebut. MINGGU 10 (24/11/2023)
AKTIVITI MINGGU 11 AKTIVITI : PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK DI LUAR KELAS (LEMBU KENA KEPUNG DAN BELALANG BELATUK) CARA PELAKSANAAN : 1.Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk berkumpul dipadang. Guru menjelaskan tatacara pelaksanaan aktiviti lembu kena kepung dan belalang belatuk. 2. Guru menyatakan bahawa aktiviti pertama adalah permainan lembu kena kepung. 3. Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk memegang tangan dan membuat satu bulatan. 4. Guru menyebut nama seprang Pengakap Kanak-Kanak secara rawak. 5. Nama yang disebut oleh guru dikehendaki untuk menjadi lembut dan berdiri di tengah dalam bulatan tersebut. 6. Kemudian, seoranag pengakap kanak-kanak yang digelar lembu itu perlu cuba untuk melarikan diri keluar daripada bulatan dengan sebaran caran. Manakala ahli Pengakap Kanak-Kanak yang lan perlu mengelakkan lembu tersebut terkeluar daripada bulatan tersebut. 7. Jika lembu itu berjaya mengeluarkan dirinya daripada bulatan itu, maka permainan untuk pusingan tersebut automatik berakhir dan guru akan memanggil nama seorang Pengakap Kanak-Kanak yang lain pula untuk menjadi lembu di pusingan seterusnya. 8. MINGGU 11 (13/12/2023)
AKTIVITI MINGGU 11 AKTIVITI : PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK DI LUAR KELAS (LEMBU KENA KEPUNG DAN BELALANG BELATUK) CARA PELAKSANAAN : 9. Setelah permainan pertama selesai, guru mengarahkan murid untuk meneruskan dengan permainan kedua iaitu belalang dan belatuk. 10.Sebelum permainan tersebut dimulakan, guru akan membahagikan Pengakap Kanak-Kanak kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan belatuk dan kumpulan belalang. 11.Setelah dua kumpulan ditubuhkan, Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk berdiri dan mendengar arahan yang akan diberikan oleh guru. 12.Apabila guru menyebut “Belatuk” maka ahli kumpulan belatuk perlu berlari di kawasan yang telah ditetapkan bagi menyelamat diri dan kumpulan belalang pula haruslah mengejar dan menangkap ahli kumpulan belatuk. 13. Manakala semasa guru menyebut belalang pula ahli kumpulan belalang haruslah berlari untuk menyelamatkan diri dan ahli kumpulan belatuk haruslah mengejar dan menangkah ahli kumpulan belalang. 14.Pengakap Kanak-Kanak yang gagal melarikan diri dan telah ditangkap akan disingkirkan. 15.Kumpulan yang mempunyai ahli yang paling ramai terselamat dikira sebagai pemenang. MINGGU 11 (13/12/2023)
AKTIVITI MINGGU 12 AKTIVITI : CERITA HUTAN BERTAJUK MOWGLI CARA PELAKSANAAN : Guru memaparkan video cerita hutan yang bertajuk “Mowgli” di hadapan kelas. 1. Pengakap Kanak-Kanak diminta untuk menonton cerita tersebut sambil mencatat watak dan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. 2. Setelah cerita tamat, guru mengarahkan Pengakap Kanak-Kanak untuk duduk dalam kumpulan sekawan masing-masing. 3. Kemudian, setiap sekawan diminta untuk membuat perbincangan mengenai watak yang terdapat dalam cerita yang ditonton oleh mereka dan mereka juga perlu mengeluarkan pengajaran daripada cerita tersebut. 4. Setelah sesi perbincangan tamat, guru mengagihkan satu kad manila dan satu marker untuk setiap kumpulan sekawan. 5. Setiap sekawan diminta untuk mencatat dan menulis hasil perbincangan mereka di atas kad yang diberikan dalam bentuk peta minda. 6. Setelah semua kumpulan sekawan selesai menulis isi penting di atas kad manila mereka, guru akan membuat pusingan roda impian untuk menentukan kumpulan manakah yang perlu melakukan pembentangan terlebih dahulu. 7. Kumpulan sekawan yang terpilih harus pergi di hadapan kelas dan membentangkan hasil kerja mereka. 8. Kumpulan sekawan yang lain dibenarkan untuk melontarkan soalan kepada kumpulan sekawan yang sedang melakukan pembentangan. 9. Setelah semua pembentangan selesai, guru akan membuat rumusan secara keseluruhan mengenai cerita tersebut. 10. MINGGU 12(17/01/2024)
LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI
LAPORAN PERJUMPAAN Tarikh : 10 Januari 2024 Tempat : Foyer Blok Pentadbiran IPGKBL Masa : 7.15 pagi - 9:30 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGMKBL PISMP 2021/2026 Pengerusi : Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi : Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha : Vanessa Voon Naib Setiausaha : Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari : Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari : Muhammad Faez Bin Bahren Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGMKBL PISMP 2021/2026 AJK Protokol/Istiadat AJK Kebersihan AJK Keselamatan AJK Aktiviti AJK Makanan AJK Kebajikan AJK Peralatan AJK Latihan/Kepimpinan AJK Kebudayaan
Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026 Pelangi II Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna Kumpulan 1 : Hijau Kumpulan 2 : Merah Kumpulan 3 : Jingga Kumpulan 4 : Maroon Kumpulan 5 : Biru Kumpulan 6 : Geranium Kumpulan 7 : Indigo Pengenalan Pakaian Pengakap Uniform Lengkap Baju aktiviti pengakap Skaf dan Woogle Lencana Pengakap Pengenalan Dasar Kepengakapan dan Kumpulan Latihan Malaysia Undang-undang Pengakap Kesetiaan Pengakap KLM IPG Kampus Batu Lintang : KLM29 LAPORAN PERJUMPAAN
LAPORAN PERJUMPAAN Tarikh : 17 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap. Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
LAPORAN PERJUMPAAN Nyanyian satu lagu pengakap kanak-kanak : Di Sini Kita Berkumpul Di sini di sini , kita berkumpul, Di sini di sini , kita berkumpul, Salam , salam , salam , salam , salam , oi. Here we are , here we are , here we are again, Here we are , here we are , here we are again, Hello , hello , hello , hello , hello , oi. Zai zhe li , zai zhe li , wo men zai zhe li, Zai zhe li , zai zhe li , wo men zai zhe li, Hao ma , hao ma , hao ma , hao ma , hao ma , oi. Engeh ye , engeh ye , engeh porenge, Engeh ye , engeh ye , engeh porenge, Vanekem , vanekem , vanekem , vanekem , vanekem , oi. Nengkene , nengkene , nengkene ketemu mering, Nengkene , nengkene , nengkene ketemu mering, Kabare , kabare , kabare , oi.
LAPORAN PERJUMPAAN Pengenalan Pengakap Dunia Jamborie Pengakap Dunia Mengenal nama-nama pengakap negara lain Permainan Belalang Belatuk Cara Pelaksanaannya ialah : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan menjadi belalang dan satu kumpulan lagi menjadi belatuk. 2. Apabila nama belalang disebut , maka ahli kumpulan belalang perlu mengejar dan menangkap ahli kumpulan belatuk. 3. Kemudian, jika nama belatok disebut , maka ahli kumpulan belatuk perlu mengejar dan menangkap ahli kumpulan belalang. 4. Tujuan Permainan : Untuk menarik perhatian pelajar. Menyemai semangta kerjasama dalam pasukan. Menguji tahap fokus pelajar terhadap arahan yang diberikan.
LAPORAN PERJUMPAAN Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 7:15 pagi - 9:30 Ppagi Tempat : Padang Takraw, IPGKBL Nama Fasilitator : Encik Haji Mahadi Bin Haji Khalid Mempelajari Istiadat Perhimpunan Bacaan Doa : Setiap ahli sama ada orang Islam ataupun Bukan Islam harus mengangkat kedua-dua belah tangan (menadah tangan) setinggi paras bahu. Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Petiwiku : Apabila nyanyian lagu Negaraku bermula maka proses mengangkat bendera Malaysia juga bermula dan semasa nyanyian setiap ahli harus berdiri tegak, meletakkan tangan disisi dan tidak boleh tunduk ke bawah. Bacaan Ikrar : Semasa bacaan ikrar, semua ahli harus mengangkat sebelah tangan kanan separah bahu dan jari tangan kanan haruslah ditegakkan. Mempelajari Kawad Kaki Apabila komander menyebut “Sedia” , maka semua ahli kawad kaki perlu berdiri dengan kedua-dua tapak kaki dirapatkan dan hujung jari kaki dibuka dan dijarakkan antara kaki kanan dengan kaki kiri. Kedua-dua paha perlulah dirapatkan dan gengaman tangan diletakkan di penjahit seluar. Dada haruslah dibukakan dan dagu perlu didongakka ke atas supaya memandang ke hadapan.
LAPORAN PERJUMPAAN Jika komander menyebut “Senang diri” , maka tindakan semua ahli kawad kaki ialah kekalkan keadaan dada dan kepala seperti kedudukan “Sedia” dan kedudukan tangan pula ialah kedua-dua belah tangan diletakkan di bahagian paras punggung dengan cara tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, ibu jari harus bersilang dan pastikan jari rapat dan lurus.Lengan tangan juga harus rapat ke tubuh. Kedudukan antara kaki kanan dan kaki kiri pula haruslah dijarakkan. Semasa arahan “Rehatkan Diri” pula, kedudukan adalah sama seperti kedudukan “Senang diri” tetapi kedudukan tangan sahaja yang berbeza iaitu tangan haruslah diletakkan di bahagian paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuhan dengan tubuh. Kemudian, ketika komander menyebut “Ke kanan lurus“ , ahli kawad kaki yang berada di barisan hadapan sebelah kanan sekali tidak perlu melakukan apa-apa pergerakan. Manakala ahli yang lain perlu mengeluarkan kaki sebelah kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah di sebelah kaki kanan. Kedua-dua kaki kiri dan kanan haruslah dirapatkan. Muka dipalingkan ke sebelah kanan dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Apabila barisan sudah menjadi lurus, maka hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Setelah komander memberi arahan “Pandang depan”, jatuhkan tangan kanan dan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan pada ketika ini adalah sebagaimana kedudukan pada arahan “Sedia”.
LAPORAN PERJUMPAAN Tarikh : 31 Januari 2024 Masa : 7:15 pagi Tempat : Foyer Blok Pentadbiran IPGKBL Nama Fasilitator : Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Taklimat dan Penerangan Tentang Tugasan Berterusan Secara individu, pelajar dikehendaki menulis catatan log yang mengandungi maklumat berkaitan: 1. Biodata diri Maklumat pengenalan unit, lambang, bendera,cogankata, lafaz persetiaan dan lagu unit 2. Perlembagaan/undang-undang, pengasas, sejarah penubuhan, tujuan penubuhan dan istiadat rasmi 3. 4.Struktur organisasi pelbagai peringkat. Pengurusan keahlian, pakaian seragam dan pangkat/lencana kemahiran. 5. 6.Perancangan takwim yang berorientasikan sekolah rendah. 7. Laporan perjumpaan aktiviti.
Tarikh : 7 Februari 2024 Masa : 7:15 pagi - 9:30 pagi Tempat : Foyer Blok Pentadbiran Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi bin Amnan Laungan Agung Rajah di atas menjelaskan berkenaan dengan kedudukan ahli pengakap kanak-kanak semasa laungan agung: Penolong pemimpin pengakap kanak-kanak akan berada di belakang tiang bendera. Akela atau pemimpin pengakap kanak-kanak akan berada di hadapan bendera dalam jarak yang sesuai dan berada di tengah bulatan. Kumpulan sekawan pengakap kanak-kanak yang bertugas pula akan berada di bahagian kanan bersebelahan tiang bendera mengikut susunan yang telah ditetapkan iaitu ketua sekawan bertugas, kemudian diikuti dengan Quarter Master, ahli sekawan bertugas dan yang terakhir ialah penolong ketua sekawan bertugas. Sekawan-sekawan lain pula akan berada di dalam bulatan tersebut mengikut susunan yang dinyatakan di atas. LAPORAN PERJUMPAAN