The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ESTHER WONG SIU NING IPG-Pelajar, 2024-03-24 22:22:13

BUKU LOG PANDU PUTERI

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

NAMA: ESTHER WONG SIU NING NO. K/P: 030426-13-0652 ANGKA GILIRAN: 2021311340157 PROGRAM: PISMP AMBILAN: JUN 2021/MEI 2026 UNIT: MT2621 NAMA PENSYARAH: PUAN HABIBAH NOR BT LAILI TARIKH HANTAR: 20 MAC 2024 BUKU LOG


ISI KANDUNGAN


LOGO PANDU PUTRI MALAYSIA Simbol Maksud Trefoil Tiga bahagia ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar


Simbol Maksud Trefoil (tiga cabang) *Warna emas trefoil Ikrar Pandu PuteriMatahari yang bersinar-sinar di langit biru Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jalur Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri LENCANA PANDU PUTRI DUNIA


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTRI MALAYSIA Tiga rangkaian lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia BENDERA PERSATUAN PANDU PUTRI DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri Sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia


Matlamat Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat Objektif Membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Prinsip-prinsip asas Pertubuhan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merupakan landasan yang menjadi pedoman bagi kegiatan dan nilainilai yang dipegang teguh oleh organisasi ini. Prinsip-prinsip tersebut mencerminkan tujuan dan filosofi gerakan Pandu Puteri serta menuntun anggotanya dalam mengembangkan karakter, kepemimpinan, dan kepedulian sosial. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI


Visi Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan Misi PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa VISI DAN MISI NILAI-NILAI TERAS Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti. Toleransi. Kejujuran. Kasih Sayang. Hormat-menghormati. Bantu-membantu. PIAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran


COGAN KATA PANDU PUTERI “SELALU SETIA” (BE PREPAID) PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya terhadap Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri


UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar 6. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri mestilah bersemangat dan gembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 10. TABIK HORMAT PANDU PUTERI Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan.


CARA MEMBERIKAN HORMAT Tiga jari tangan kanan ditegakkan Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan Pandu Puteri bolehlah bergerak dari situ ISYARAT PANDU PUTER Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang membezakan adalah kedudukan dan kegunaan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya.


CARA ISYARAT PANDU PUTERI Pandu Puteri berada dalam kedudukan setia Tangan kanan dinaikkan di atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan Jari samalah seperti hormat Pandu Puteri Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dan telinga kanan


Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesame ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden-Powellterus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN (HANDSHAKE) TANGAN KIRI


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT SEKOLAH


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGMKTAR


Tempat Nama Pahang Kdymm Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj Perak Dyam Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Johor Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam Kedah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff Kelantan Ybhg. Cik Puan Sofie Louise Johansson Selangor Yam Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah Binti Almarhum Tuanku Jaafar Terengganu Yam Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Negeri Sembilan Ym Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumuddin Perlis Ym Dato’ Tengku Shireen Binti Almarhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman Kuala Lumpur Ybhg. Dato’ Yeoh Soo Keng Pulau Pinang Ybhg. Puan Seri Datin Seri Dato’ Su Hashim Sarawak Ybhg. Dato’ Hajah Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud Putrajaya Ybhg. Dato’ Sri Datuk Anggraini Binti Sentiyaki Melaka Ybhg. Datin Seri Hajah Zainun Binti Tun Abd Ghafar Sabah Puan Kartini Binti Datuk Haji Arif IPG KPM Yang Berusaha Dr. Zanariah Binti Ibrahim MRSM Yang Berusaha Puan Juriah Binti Alias YANG DIPERTUA CAWANGAN


PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI Pandu Puteri adalah gerakan pandu untuk remaja perempuan yang berasal dari Malaysia. Gerakan ini pertama kali diusulkan oleh Tun Fatimah Hashim pada tahun 1959. Pada tahun 1959, Tun Fatimah Hashim, seorang aktivis sosial dan istri dari Menteri Besar Johor, mengusulkan pembentukan sebuah gerakan pandu khusus untuk remaja perempuan di Malaysia. Usulan ini mendapat dukungan dari Asosiasi Gerakan Pandu Putera Malaysia. Selepas itu, pada tahun 1965, Pandu Puteri secara resmi didirikan pada 22 Februari 1965 di Johor Bahru, Malaysia. Pada saat itu, gerakan ini dianggap sebagai tambahan dari Gerakan Pandu Putera, yang telah ada sebelumnya. Setelah didirikan, Pandu Puteri berkembang pesat di seluruh Malaysia. Mereka fokus pada pembinaan remaja perempuan melalui kegiatan pendidikan, pembinaan karakter, dan pelayanan masyarakat. Pada tahun 1974, Pandu Puteri diakui sebagai anggota Persatuan Pandu Putera Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.


1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri MalaysiaPesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). 2005 Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 2008 Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom


TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Menerapkan sifat-sifat kepimpinan tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepanduan Mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain Menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa UNIFORM PANDU PUTERI Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan majlis Rasmi Pilihan A: Kebaya Labuh Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flash bahu. Kebaya labuh warna biru muda potongan “Princess Line” di hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras gengga man tangan). Lengan padanan rata panjang Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuk solat. Belah ini disudahkan dengan butang katup. Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka kocek tersembunyi, boleh dijahit di sebelah kanan dengan berzip di kiri. Sepasang flashes bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika bertudung) Penampang dipaaki di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama.


Pilihan B: Baju Kurung Teluk Belanga Berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuh di bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri. Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika bertudung) Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama. Lencana jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flashes. Pilihan C: Blaus dan Seluar Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung. Seluar berwarna biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi kanan dan kiri. Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (sau setengah inci) Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu. Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan woggle Aksesori dan lencana: Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flashes bahu. Beg tangan rasmi PPPM


PAKAIAN SERAGAM RASMI KETUA PESURUHJAYA KETUA CAWANGAN DAN PESURUHJAYA, PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PAKAIAN RASMI ➢ Baju Biru Kebaya/Kurung ➢ Tudung PPPM (sekirangnya bertudung) ➢ Penampang di dada sebelah kiri ➢ Sekiranya Baju Kebaya, menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3cm ➢ Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah. ➢ Kain untuk baju kurung – bersusun di tepi kiri. PENAMPANG ➢ Lencana dunia ➢ Lencana Pesuruhjaya (Silver) ➢ Lencana Waran Pesuruhjaya PPPM ➢ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) ➢ Satu lencana anugerah tertinggi ➢ Tag nama ➢ Sekiranya seorang Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT ➢ Kasut “court” berwarna hitam (tutup di hadapan) ➢ Bertumit 1 ½ “ BEG TANGAN ➢ Berwarna hitam keluaran PPPM


PAKAIAN RASMI KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN & PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA SEMASA ACARA LUAR ATAU SEMASA PERJALANAN ATAU PERKHEMAHAN BAJU ➢ Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) SELUAR ➢ Seluar ‘slack” berwarna biru gelap TUDUNG ➢ Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus. (sekiranya bertudung) SKAF PANJANG ➢ Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM KASUT ➢ Kasut ‘court’ berwarna hitam (tutup di hadapan) ➢ Bertumit 1 ½ BEG TANGAN ➢ Berwarna hitam keluaran PPPM PAKAIAN KASUAL BATIK PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ➢ Baju batik kurung / kebaya ➢ Tudung berwarna putih. (sekiranya bertudung) ➢ Kasut hitam ➢ Beg hitam


PAKAIAN RASMI ❖ Baju biru kebaya/kurung ❖ Tudung PPPM (sekiranya bertudung) ❖ Penampang di dada sebelah kiri ❖ Sekiranya baju kebaya, menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3 cm ❖ Kain baju kebaya berlipat di hadapan tanpa belah ❖ Kain untuk baju kurung – bersusun si tepi PENAMPANG ❖ Lencana Dunia ❖ Lencana Pemimpin (Emas) ❖ Lencana Waran ❖ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) ❖ Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT ❖ Kasut ‘court’ berwarna hitam (tutup di hadapan) ❖ Bertumit 1 ½ “ ❖ BEG TANGAN ❖ Berwarna hitam keluaran PPPM PAKAIAN SERAGAM RASMI PEMIMPIN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


BAJU ❖ Baju Logo Pemimpin berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) SELUAR ❖ Seluar ‘slack’ berwarna biru gelap TUDUNG (sekiranya bertudung) ❖ Tudung hitam plain dimasukkan ke dalam baju. SKAF PANJANG ❖ Skaf panajng di leher menggunakan woggle PPPM KASUT ❖ Kasut ‘court’ warna hitam (tutup di hadapan) ❖ Bertumit 1 ½ ‘ BEG TANGAN ❖ Berwarna hitam keluaran PPPM PAKAIAN RASMI PEMIMPIN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA SEMASA ACARA LUAR ATAU SEMASA PERJALANAN ATAU PERKHEMAHAN


JAKET ➢ Jaket kain hijau berlogo PPPM ➢ Potongan stail bush jacket dengan potongan labuh hingga ke paras bawah punggung. SELUAR ➢ Berwarna biru tua potongan lurus, kelepet biasa ➢ Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri ➢ Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang KOT/BLAZER ➢ Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa ➢ Dua poket hadapan di bawah paras pinggang ➢ Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang. ➢ Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar. ➢ Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan siku). KASUT ➢ Kasut kulit/PVC hitam ➢ Bertumit rendah (4-5cm) TUDUNG ➢ Tudung sutera dikenakan woggle. ➢ Collar pin atau brooch PPPM disematkan di bahagian dagu atau digunakan sebagai skaf – diikat di leher mengikut gaya yang disukai dengan menggunakan woggle atau brooch PPPM. AKSESORI DAN LENCANA ➢ Sepasang flashes bahu “PANDU PUTERI MALAYSIA” dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. ➢ Beg tangan rasmi PPPM PAKAIAN TAMBAHAN UNTUK PERJALANAN SEMUA PESURUHJAYA DAN PEMIMPIN


No. Aktiviti 1. 1. Mesyuarat agung 2. Perlantikan AJK 2. 1. Pembahagian Kumpulan Berenam Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga. Melur: Siantan: Kenanga: Melur taat dan setia Siantan datang berkawan Kami bernama Kenanga Berusaha setiap masa Berani macam pahlawan Berjasa bertenaga Teratai: Kesidang: Cempaka: Teratai nama kami Kami Kesidang datang Cempaka bersuka ria Bekerja setiap hari Menolong pagi petang Menolong orang duka 2. Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas Kemeja hijau berlengan panjang Seluar panjang biru tuaS kaf (berwarna coklat) Lambang kumpulan Lambang Negeri Woggle Lencana dunia `Shoulder Flashes' Stoking hitam Kasut hitam Tudung hitam 3. Penyediaan buku log (biodata, mewarna lencana pandu puteri tunas, pakaian seragam dan lambang kumpulan berenam sendiri) 4. Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas -Biodata / Profil diri -Peringkat Calit Emas -Lencana Dunia -Peringkat Tangga Emas -Lencana Pandu Puteri Tunas -Peringkat Tangan Emas -Lambang Kumpulan Berenam sendiri -Skim Lencana Kecekapan -Pra –Persetiaan ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS


3. 1. Prapersetiaan(Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas) 2. Undang-undang Pandu Puteri Tunas 3. Congan kata Pandu Puteri Tunas 4. Menyenaraikan sumbangan sebagai Pandu Puteri Tunas ( kepada masyarakat, di rumah dan di sekolah) – Perbincangan kumpulan / pembentangan 4. 1. Hormat dan syarat -Berjabat tangan Pandu Puteri Tunas 2. Projek satu jasa bakti sehari (mewarna lilin kek harijadi) -Menggunting, menyusun dan menampal gambar. -Menamakan 2 jenis kemahiran rumah tangga yang boleh dilakukan berdasarkan gambar. 5. 1. Aktiviti rumah tangga – memasak / menghias makanan Cadangan :- Mee segera goreng, roti, sosej (hiasan – cili, tomato, timun, sos, mayonis, bawang besar) 6. 1. Perihal keluarga -Melukis gambar keluarga -Menyenaraikan nama ahli keluarga, perhubungan, apa yang digemarinya dan apa yang dilarangnya. 7. 1. Bendera negara Malaysia, Bendera Negeri -Menyenaraikan maksud warna-warna bendera 2. Keselamatan jalan raya – bila dan dimana boleh menyeberang jalan, peraturan bagi penunggang basikal/penumpang bas. (peta minda) 8. 1. Simpulan -Pengenalan kepada Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk 2. Melipat pakaian -Belajar cara melipat pakaian yang betul 9. 1. Kesihatan diri - Penjagaan gigi, penjagaan rambut, tangan dan kuku 2. Pengimbangan (15minit) - Berpeluk tubuh dan kaki bersilang, berdiri dan duduk dengan gaya yang baik. 3. Aktiviti Sukaneka (1 jam) - mengimbang bola tenis di atas papan/buku teks - skipping - membaling dan menangkap bola


10. 1.Menanam dan menjaga tumbuhan -Murid diberikan benih/bebawang/kekacang -Murid belajar cara menanam dengan betul 2. Penyediaan minuman 3. Khidmat masyarakat -Membersihkan kawasan sekolah/kelas/taman di sekolah 11. 1. Kemahiran Rumah Tangga -Menjahit – jelujur/lilit ubi -Menjahit butang lubang 2, butang lubang 4 -Menghasilkan batu seremban 12. Sambutan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah


BAHAGIAN B


Lambang dan warna Jalur Gemilang Maksud Anak bulan dan bintang Mewakili agama Islam sebagai agama negara. Bintang pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan 14 Jalur Mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. Warna Kuning Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu. Warna Merah Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Warna Biru Latar belakang bulan sabit dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Warna Putih Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum BENDERA MALAYSIA (JALUR GEMILANG)


JATA NEGARA Jata Negara ialah logo rasmi kerajaan dan hanya digunakan untuk tujuan rasmi dan tidak boleh disunting dengan apa cara sekalipun agar tidak mencemarkan kesucian imej negara Malaysia.


Logo dan lambang-lambang Jata Negara Maksud Bintang dan anak bulan Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang Negeri Pulau Pinang Bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka Negeri Melaka Empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning Warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Dua ekor harimau Simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan Bunga raya Bunga Kebangsaan Malaysia Warna kuning pada awan-awan Warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Dua logo di bawah Mewakili Negeri Sabah dan Sarawak Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi Mewakili intipati bagi negara Malaysia


RUKUN NEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN LAGU NEGARA (NEGARAKU) NEGARAKU TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU, RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA, RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN. RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA


Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan Rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai Negeri Contoh. Warna kuning melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan, perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum; Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan Rakyatnya; Bintang yang berwarna kuning berbucu Sembilan melambangkan Sembilan bahagian dimana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol Bintang juga merupakan cita-cita tinggi Rakyat kita dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas Merdeka. BENDERA NEGERI SARAWAK


Sarawak Tanah Air Ku Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak Engkaulah Tanah Pusaka ku Tanah Tumpah Darah Ku Ibu Pertiwi Ku Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia Damai Muhibbah Sentiasa Bersatu Berusaha Berbakti Untuk Sarawak Ku Cintai Sarawak Dalam Malaysia Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa Kekallah Sarawak Bertuah Teras Perjuangan Rakyat Berjaya Berdaulat LAGU NEGERI SARAWAK


Jata negeri Sarawak berupa burung Kenyalang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayap burung kenyalang ini mempunyai 13 butir bulu, melambangkan 13 buah negeri di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung. LOGO NEGERI SARAWAK


BENDERA NEGERI PERAK BENDERA NEGERI KEDAH BENDERA NEGERI SELANGOR BENDERA NEGERI SEMBILAN BENDERA NEGERI WILAYAH BENDERA NEGERI TERENGGANU PERSEKUTUAN BENDERA NEGERI LAIN


BENDERA NEGERI PAHANG BENDERA NEGERI KELANTAN BENDERA NEGERI JOHOR BENDERA NEGERI PERLIS BENDERA NEGERI SABAH BENDERA NEGERI PULAU PINANG BENDERA NEGERI MELAKA


1.Istiadat bendera (Perlantikan ahli baru) 2. Istiadat mengambil kedatangan 3. Istiadat ladam kuda ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadatmenaikkan bendera BIasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentukladam kuda Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hinggamatahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perluditurunkan. Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkansemula. JIka semasa mesyuarat atau perjumpaan, istiadat menaikkanbendera dilakukan semasa pembentukan ladam kuda iaituaktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semulasetelah tamat perjumpaan atau kursus. ISTIADAT BENDERA


Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. ISTIADAT LADAM KUDA


Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan Besar. Ini merupakan 2 cara Pembentukan Ladam Kuda: Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:


Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut). Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli), 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat.


Click to View FlipBook Version