The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ESTHER WONG SIU NING IPG-Pelajar, 2024-03-24 22:22:13

BUKU LOG PANDU PUTERI

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Untuk menentukan arah. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah. KOMPAS


1.Letakkan peta di atas permukaan yang rata. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. 2. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.\ 3. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. 4. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. 5. PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA GUNA KOMPAS Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:


PETA TOPOGRAFI Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.


MENGESAN TANDA DAN SIMBOL Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dsb. Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta. LAPORAN PENGEMBARAAN Disediakan oleh setiausaha aktiviti. Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan ahli. Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak disertakan.


KHIDMAT KESUKARELAWAN Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu Keahlian bahagian ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke bahagian baru dalam Persatuan atas. Bahagian ini adalah di bawah kategori Ahli Tidak Aktif dan Pandu Puteri Malaysia yang Persatuan tidak perlu membayar yuran kuota kepada Persatuan Pandu diperkenalkan pada tahun 2004 Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk Sukarelawan melalui Program Signature Pandu Puteri Antarabangsa(Signature Programme Volunteerism). Program Sukarelawan Pandu Puteri terbahagi kepada lima bahagian iaitu: Perkembangan Kendiri Perkembangan Belia Khidmat Penglibatan dalam acara Pandu Puteri Penjanaan Dana dan Khidmat Sokongan


KEPENTINGAN KESUKARELAWAN Melahirkan masyarakat yang penyayang Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah Membentuk peribadi yang mulia Melahirkan individu yang penuh empati


Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukarelawan: Berasaskan sekolah – membantu kanak-kanak melengkapkan kerja-kerja sekolah, memberi tuisyen dan aktiviti sukan. Berasaskan hospital – membaca buku untuk pesakit dan bantuan beribadah Haiwan – membantu di zoo dan rumah perlindungan haiwan Alam persekitaraan – membantu dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar termasuk kebersihan premis dan taman awam Rumah orang tua – membantu mereka yang uzur Pertubuhan komuniti – aktiviti di muzium dan perpustakaan JENIS AKTIVITI KESUKARELAWAN


Aktiviti kesukarelawan yang boleh diadakan: Pemerkasaan komuniti Program membendung covid 19: memberi pendidikan kepada masyarakat dalam membantu mengekang penularan wabak covid Pendidkan Program motivasi kepada pelajar sekolah menengah Kepekaan gender Program kesaksamaan gender: memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita berkenaan cabaran yang boleh menjejaskan peranan dan status wanita. Pengetahuan dan Kemahiran Program cara-cara berniaga pada peringkat awal. Alam sekitar Program menjaga kebersihan pantai: gotong royong di Kawasan pantai Bersama masyarakat. Masyarakat sivil Program pendermaan barang makanan dan keperluan harian kepada golongan miskin. Belia Program mendidik dan mempersiapkan belia untuk menjadi sukarelawan yang sistematik. Kanak-kanak Mendidik dan membantu kanak-kanak kurang mampu serta tertcicir daripada arus Pendidikan; mengadakan kelas tambahan dan kelas tuisyen percuma. PERANCANGAN AKTIVITI KESUKARELAWAN


SIMPULAN DAN IKATAN SIMPULAN Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan IKATAN Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan ikatan yang digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.


JENIS SIMPULAN


JENIS IKATAN


HASIL PEMBELAJARAN IKATAN


HASIL PEMBELAJARAN SIMPULAN


Pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuanperbarisan. Aspek penting dalam kawad kaki adalah sentiasa mendengar arahan daripada pemimpin ataupun jurukawad. Pergerakan yang diarahkan perlu dilakukan secara serentak. Setiap hentakan kaki dan sebutan dapat didengar dalam satu bunyi atau suara. Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan ASAS KAWAD KAKI KAWAD KAKI


Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik: 1.sedia, senang diri dan rehatkan diri 2.berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang 3.langkah sebelah 4.hentak kaki 5.buka dan tutup barisan 6.luruskan barisan 7.hormat


Sedia "BARIS..BARIIIIS SEDIA !" Senang diri "SENAAANG DIRI!" Rehatkan diri "REHATKAAAN DIRI!" Berpusing ke kanan "BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!" Berpusing ke kiri "BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!" BAHASA HUKUMAN KAWAD


sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!" sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!" sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap] Berpusing ke belakang "BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"


Langkah sebelah "SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!" Hentak kaki 'HENTAK KAKIII..CEPAT!" untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya: "BARIIIS..HENTI!" Buka/tutup barisan "BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!" Luruskan barisan "KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat "PANDAAAANG..DEPAN!" Hormat ke hadapan "HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!" Melapor Ketua Platon melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platon melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Pandu Puteri siap untuk diuji, tuan”.


Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa hukuman bergerak ke kanan....belakang pusing. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan Bahasa hukuman Ke kanan...pusing. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan...belakang pusing. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan KAWAD STATIK


Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar Langkah semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturutturut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan Bahasa hukuman Pandang...depan KAWAD DINAMIK


Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak kekanan...bertiga- tiga...belakang pusing. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentashormat dan mara menghadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan marah menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke hadapan...hormat (perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja ).


ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pengertian Pertolongan Cemas: Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. TUJUAN & PRINSIP: Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan Objektif Menyelamat nyawa Mengelak mangsa cedera lebih serius Mengurangkan kesakitan Menguruskan pemindahan ke hospital Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas: Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa


Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas: Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan Longgarkan pakaian jika perlu Hentikan darah jika berdarah Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskanberhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS


Jenis Anduh: Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik Terdapat 5 jenis balutan anduh: ➢ Anduh lengan ➢ Anduh kepala ➢ Anduh lutut atau siku ➢ Anduh pergelangan tangan ➢ Anduh tapak kaki ANDUH DAN BALUTAN


Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 1. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 2. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dimainkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 3. ANDUH LENGAN ANDUH KEPALA Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan meletakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. 1. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. 2. 3.Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.


Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. 1. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di bawah) 2. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. 3. ANDUH LUTUT


✓ Pembalut Tiga Segi ✓ Pembalut Lebar ✓ Pembalut Kecil ✓ Pembalut Gulung JENIS KAIN PEMBALUT


Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti: 1.luka 2.Terseliuh 3.Muntah-muntah 4.Terbakar 5.Melecur 6.perut masuk angin 7.sengatan serangga 8.Sawan 9.tidak sedar diri. PERTOLONGAN CEMAS


Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC membawa maksud: PEMULIHAN PERNAFASAN


Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan: 1.Plaster - Berbagai Saiz Dan Bentuk 2.Dressing Sterile - Berbagai Saiz 3.Kapas 4.Kasa Steril Serta Swab Kasa 5.Dressing Khas Untuk Kes Terbakar 6.Bandage 3 Segi 7.Bandage Crepe Penggulung 8.Pita Lekat 9.Pad Mata 10.Termometer 11.Gunting Hujung Tumpul 12.Penyepit 13.Pin Penyelamat 14.Kertas Tisu 15.Losyen Antiseptik 16.Losyen Kalamin 17.Beberapa Jenis Ubat Seperti Panadol, Pil-Pil Rawatan 18.Lampu Suluh 19.Pensil Dan Kertas PETI PERTOLONGAN CEMAS


Gigitan ular Tanda-tanda dan gejala: •bengkak dan lebam di bahagian yang digigit •rasa kesakitan •mangsa sukar bernafas dan bercakap •renjatan (shock) Rawatan: Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu. 1. 2.Baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang Jika pernafasan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan 3. Bersihkan luka gigitan dengan sabun serta air dan keringkan 4. 5.Ikat dengan ikatan yang erat di sebelah atas gigitan 6.longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit Balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat 7. letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang 8. 9.Hantar ke hospital jika perlu GIGITAN DAN SENGATAN


Terseliuh Tanda-tanda dan gejala: •rasa kesakitan pada sendi itu •bengkak •lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera Rawatan: letak beg ais pada sendi yang cedera 1. 2.Tinggikan bahagian yang tercedera Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa 3. 4.Ampu bahagian yang tercedera Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan 5. KECEDERAAN OTOT, SENDI DAN LIGAMEN


Terkehel Tanda-tanda dan gejala: •rasa amat kesakitan pada sendi •berubah kedudukan sendi •berubah rupa •bengkak •lebam Rawatan: 1.jangan betulkan tulang yang terkehel anggota yang cedera tidak boleh digerakkan 2. letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa 3. ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu. 4.


Kejang Otot (cramp) Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengantiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh: kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh sejuk kerana berenang Rawatan: 1.Memanjangkan otot-otot yang kejang tangan - luruskan jari-jari dengan cermat 2. jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu garam dengan satu gelas air 3.


Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. ASFIKSIA (TERHENTI PERNAFASAN)


Punca-punca asfiksia: •Lemas •keracunan gas dan asap yang berbahaya •tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. •tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, •lidah tersentak ke dalam •ketika tidak sedarkan diri. •disambar petir atau kilat •terhimpit dada - runtuhan tanah •serangan penyakit •termakan racun Tanda-tanda: •pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti •bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. •kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.


A - Airways (saluran Pernafasan) terbuka atau tersekat keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada. B - Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan terhenti beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C - Circulation (peredaran darah) pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) PERATURAN AM MEMULIHKAN ASFIKSIA


Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan: •Pemulihan pernafasan mulut ke mulut •Pemulihan pernafasan Holgen Nielson •Pemulihan pernafasan mulut ke hidung •Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression) •Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Resuscitation) - CPR


BAHAGIAN C


LAGU DUNIA (VERSI BAHASA MELAYU) Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan Nyanyi, lagu ini Yang cintakan kebenaran Menetapkan janji Dengan rela berjaya, setia abadi Kebenaran kita tepati Bersedia sama Untuk semua miskin, kaya Kita beri, yang terdaya LAGU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


(ENGLISH VERSION) Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give.


LAGU TAPS TAPS (MALAM) English: Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest God is nigh Melayu: Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan TAPS (SIANG) English: Thanks and praise, for our days ‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath the sky As we go, this we know God is nigh Melayu: Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi hidup kami Tuhan saksi


Melayu: Di sini di sini kita berkumpul Di sini di sini kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam. Hoi! Inggeris: Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello. Hoi! Cina: Cai celi cai celi woh men cai celi Cai celi cai celi woh men cai celi How ma, how ma, how ma, how ma, how ma. Hoi! DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL


India: Enggeye, enggeye, engeli porengeh Enggeye, enggeye, engeli porengeh Vanikam, vanikam, vanikam, vanikam, vanikam Hoi! Arab: Nengkene, nengkene ketemu mering Nengkene, nengkene ketemu mering Kabare, kabare, Kabare, kabare, kabare Hoi!


Maklumat Tambahan


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pengurusan Dan Pentadbiran Pendaftaran Ahli & Kumpulan Kuasa Penganjur Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Prosedur Pendaftaran 1. Pendaftaran Ahli Baru Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing- masing. 2. Ahli Seumur Hidup i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. iii) Kelayakan: • Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. • Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. • Contoh: Jika umur 30 tahun • Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00 iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran.


3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. 4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun. 5. Cara Pembayaran: i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia). Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran. Lengkapkan borang-borang pendaftaran berikut: Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin Borang Pendaftaran 3 - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.


1.Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah: Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat Persekutuan Pandu Puteri Malaysia; Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pandu puteri itu. 2. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pandu puteri; 3. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pandu puteri di mana perlu. 4. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran ( seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahliahli; 5. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di sekolahnya. 6. KUASA PENGANJUR


PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan UndangUndang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: Komitmen melalui Persetian dan UndangUndang 1. 2.Perkembangan kendiri yang progresif 3.Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab 4. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa 5. 6.Khidmat masyarakat 7.Aktiviti luar 8.Simbolisme


Click to View FlipBook Version