The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ESTHER WONG SIU NING IPG-Pelajar, 2024-03-24 22:22:13

BUKU LOG PANDU PUTERI

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS Diadakan di awal setiap perjumpaan Jika perjumpaan semuka tidak dapat dijalankan, pemimpin boleh tunjukkan video dan membuat latihan amali apabila bersemuka semula. 1. SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN Kakak setia akan menentukan tempat membuat perjumpaan Letakkan bendera Pandu Puteri Tunas (pennant). Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan. Beri masa ahli berbincang dalam kumpulan Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan mengelilingi penant /penanda dan berdiri di sebahagian lingkungan


2. AHLI BAHARU Apabila semua kumpulan berenam Pandu Puteri Tunas telah berada dalam lingkungan , ahli baharu yang berada dalam kumpulan akan terus masuk ke tengah lingkungan dan duduk bertinggung di situ Semua ahli pegang tangan Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu ini sampai habis PUTERI TUNAS BERTUJUAN , MENOLONG DAN BERKAWAN Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi . Setelah selesai ,lepas tangan , menghadap ke dalam . 3. SKIP KUMPULAN Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan. Mula-mula masuk berskip, tanpa pegang tangan , dan meng’humming’ lagu kumpulan NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) . Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip ke kiri sambal nyanyi lagu kumpulan dan skip sekali lagi ke kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.


4. SEMASA KELUAR Lepas tangan dan skip Humming lagu kumpulan Balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan Kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam 5. AHLI BARU Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan, ahli baharu akan bangun , berpegang tangan dalam bulatan dan skip ke kiri sambil menyanyikan lagu : AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS Kemudian skip ke kanan dan menyanyikan lagu yang sama sekali lagi Akhir sekali , skip sambil humming balik ke kumpulan asal masing-masing Setelah semua kumpulan menjalankan aktiviti ini , maka secara beramai-ramai sekali lagi pegang tangan ( dalam lingkungan besar ) , skip ke kiri menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai , skip ke kanan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai. Setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-ramai. Semua ahli akan berdiri tegak , membuat isyarat pandu puteri dan berkata; “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ” Kedudukan tangan tegak . Ahli baharu tak perlu beri isyarat hormat. Pemimpin boleh kata “TOS ”sekali untuk beri petunjuk kepada ahli untuk member hormat TOS.


6. SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN Kakak setia akan membuat aktiviti berikut (masih dalam lingkungan): Memeriksa pakaian ahli tunas Mengutip yuran Memeriksa kebersihan ahli 7. BERSURAI Setelah semua aktiviti dijalankan , kakak setia bolehlah meminta ahli tunas bersurai Arahan : Ahli Tunas keluar baris Semua ahli ambil 1 langkah ke dalam pusing ke kanan dan bergerak bebas. Selepas itu , aktiviti mingguan boleh dibuat mengikut sukatan yang terdapat dalam modul prinsip asas . Pertandingan atau program khas juga boleh dijalankan.


Lingkungan ini diadakan untuk menyampaikan berita ,berbincang , menilai kerja atau merancang perkara yang khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli pasukan sahaja. Kakak setia menjadi pengerusi dalam lingkungan pow wow. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam lingkungan. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas jika dia hendak bercakap atau bertanya iaitu dua jari tangankanan diletakkan di lantai. Dalam lingkungan ini , Pandu Puteri Tunas juga boleh mengundi. Isyarat ‘ undi rahsia ‘ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan di belakang , tunjukkan satu jari jika bersetuju atau genggam semua jari jika membantah. Siti Setia akan berjalan mengelilingi lingkungan dan mengira undi. TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN Setelah selesai aktiviti mingguan , pemimpin akan menutup perjumpaan . Semua ahli berdiri dalam lingkungan besar. Pemimpin akan beri kata-kata aluan . Bersurai dengan nyanyi lagu Loceng Tunas, Lagu Taps siang atau malam. POW – WOW


Seorang Ahli Baharu Yang tidak pernah menjadi Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja mestilah terlebih dahulu lulus Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer. Istiadat Pelantikan dirancang dan dijalankan oleh Kapten untuk semua Ahli Baharudan boleh diadakan serentak atau secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan ahli baharu ramai. Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh Pemimpin Berwarna yang dijemput untuk melantik Ahli Baharu. Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Renjer:Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi ‘V,’(Rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer keluaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia) PELANTIKAN AHLI BAHARU


HORMAT BESAR Dimulakan dengan lingkungan Pandu Puteri Tunas Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan dalam bentuk kuntum bunga tertutup Upacara ini adalah suatu upacara khas untuk menyambut ,mengalu-alukan atau memberi tahniah kepada orang seperti : - Pesuruhjaya dan pemimpin besar. - Ahli baru yang telah dilantik - Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Tetamu khas akan diiring oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas dan dibawa ke dalam lingkungan besar Selepas tetamu khas berada di tengah lingkungan, semua Pandu Puteri Tunas akan beraksi seperti bunga berkembang besar. Semua bertrepuk tangan di atas bahu sebelah kiri sebanyak 4 kali dan usapkan “ Selamat datang Bertepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “ Selamat datang ” Selepas itu , semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil tersenyum.


Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada. Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Pada tahun 1907, Lord Baden Powel iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini, satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori/ rover mood/ korobori. Pada zaman dahulu, berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaumkaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan penerokapeneroka di dunia baru itu. Sekarang pula, perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. KRAF PERKEHEMAHAN


Berkhemah sebagai cara pendidikan Berkhemah sebagai cara ibadat Perkhemahan untuk orientasi sosial Berkhemah untuk rekreasi Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan TUJUAN PERKHEMAHAN


Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan edaran darah ke seluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya. Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya. Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah. Memilih tempat yang selesa dan teduh terutama apabila waktu tengah hari. Tujuan khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH


Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap. Dicantum dan dikukuhkan dengan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa di tapak perkhemahan GAJET-GAJET PERKHEMAHAN


PRINSIP MEMBUAT GAJET Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gajet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. FAEDAH MEMBUAT GAJET Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru


Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. Melindungi makanan dari tercemar Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. TUJUAN MEMBUAT GAJET


JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA: GAJET PINTU Gadjet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan (pilihan) Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Jenis kepelbagaian pintu hadapan Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type). Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Pelbagai jenis pagar boleh dibuat. Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang-batang kayu.


Bahagian pintu belakang mewujudkan sempadan. kawasan mempunyai perlindungan.


GAJET KAWASAN DAPUR Buat dari bahan semula jadi Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak 1. 2.Meja makan Penyangkut cawan / gelas 3.Rak menyimpan kayu api / tong gas 4.Gajet gerobok (camp larder) 5.Gajet lubang basah dan kering


GAJET KAWASAN TEMPAT MEMASUH Gajet tempat meletak besen air. Gajet tempat menyimpan alat pergigian. Gajet tempat menyimpan sabun. Gajet menggantung tuala mandi.


GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / susun dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.


GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.


GAJET-GAJET LAIN 1.Buatlah gajet lain yang mustahak seperti: 2.Tiang bendera 3.Menara memerhati 4.Gendang / Kantung kem 5.Gajet pembawa barang (Indian Travois) 6.Gajet pondok lalang (tempat berteduh)


PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gajet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gajet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gajet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat PRINSIP MEMBUAT GAJET Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gajet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet. Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.


Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gajet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telah diikat. 1. Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gajet yang berbentuk serong. 2. 3. Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. 4. Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gajet berbentuk tiga segi. 5. Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. 6. 7.Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. 8. Ikatan Pemukat – ikatan gajet yang memerlukan penggantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. 9. 10.Whipping – menggemaskan tali yang berlebihan. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gajet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.


IKHTIAR HIDUP DEFINISI: Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu psikomotor situasi yang kurang baik Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati keindahannya.


MEMASAK TANPA PERALATAN : Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas dapur. Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan. Dikenali juga sebagai backwoodsman atau masakan rimba. Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan. MASAKAN RIMBA DAN MASAKAN SOLAR


KAEDAH MEMASAK Memasak menggunakan makanan sebagai bekas. Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.


Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis dan kulit jagung Memasak menggunakan daun


Memasak menggunakan ranting dan dawai Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan


Memasak Dengan Menggunakan Buluh Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang


Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telur atau daging.


Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. Contohnya untuk memasak ikan, nasi, ubi, telur Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan balutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. Sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada keadaan api dan jenis bahan yang dimasak. Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat


MASAKAN SOLAR Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLAR BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR / MATERIALS FOR KIT 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium/ 1 can aerosol paint (for alimunium) panci atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue pelekat kertas /paper binding tape foil aliminium / aliminum foil kotak besar / big sizeempty boxes


PENYEDIAAN DAPUR SOLAR UKURAN DAPUR SOLAR


MENU SOLAR Telur Sausage (mix all and cut small, thin) 3 batang sausage 6 biji telur 1 batang lobak merah 1 paha daging ayam (isi dicincang) 1 labu bawang besar sedikit garam Kek Lobak Merah 1 Kotak tepung kek Nona (3 cawan) 4 biji telur 1 cawan mentega 3 batang lobak merah (parut (2 cawan)


IKHTIAR HIDUP – MEMBUAT PERANGKAP Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah : i. Jenis binatang yang hendak dijerat ii. Kawasan laluan binatang tersebut. iii. Habitat binatang tersebut JENIS JERAT Jerat bidas Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline di hujung tali tersebut. Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut. Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak kedua-dua hujung di atas tanah. Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.


Kurungan Pelantak Monyet


Perangkap terbahagi kepada dua: Perangkap berumpan kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. Perangkap tidak menggunakan umpan Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang, landak, rusa dan sebagainya. PERANGKAP BINATANG


MALAM KEBUDAYAAN PANDU PUTERI PENGERTIAN Malam Kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan dalam satu-satu perkhemahan. Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian, menari dan berlakon. Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas. Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi kini bertukar dengan penggunaan lampu gasolin atau letrik. TUJUAN Aktiviti malam kebudayaan dapat menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di kalangan ahli Pandu Puteri. Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah diri, malu dan sikap negatif di kalangan ahli. Dapat membina keyakinan diri dengan memperagakan kebolehan. Bagi mengurangkan rasa ketegangan emosi.


Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada bekalan elektrik. Lampu gasolin yang sempurna. Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program. Jemputan tetamu kehormat Tempat duduk bagi dif dan peserta. Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman awal dan syarat tertentu). Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria: suara yang baik, banyak idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan dan kreatif untuk mengelak kebosanan peserta. Alat pembesar suara. PERSEDIAAN SEBELUM


Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai dan tidak mengganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat. Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah tumbang atau patah (kawasan yang selamat). Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan. Kalau dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan. Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak. Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan. Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan pentas susunan mengikut protokol untuk tetamu. Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan. PERSIAPAN TEMPAT


Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10 minit. Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam agama, bangsa dan kebudayaan kaum-kaum tertentu. Jangan libatkan isu-isu sensitif. Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang bahaya. Contoh: GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN LAKONAN 1.Lakonan bisu 2.Lakonan spontan 3.Pantomen 4.Lakonan cerita binatang atau cerita hutan. 5.Lakonan cerita sejarah


STUNT (AKSI LUAR BIASA) Persembahan yang perlu difahami oleh semua orang. Tidak merbahaya, pendek / masa yang singkat, kemas dan teratur Perlukan latihan yang bersungguhsungguh, serta mencukupi TARIAN Tarian kebudayaan tempatan / tradisional / binatang. Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang malam persembahan Contoh: 1.Joget 2.Zapin 3.Kuda kepang 4.Tarian gajah


CERITA Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik Boleh diaksi Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak Memek muka sesuai dengan cerita Ada peralatan yang sesuai / kostum Ada pengajaran PERALATAN Alat muzik yang ringkas boleh digunakan. Alat muzik boleh disediakan sendiri daripada bahan-bahan buangan seperti botol, tin, buluh, daun dan lain-lain. Alat yang besar serta bunyi yang kuat boleh dielakkan. Elok diberikan peluang kepada ahli yang pandai bermain alat muzik secara individu / beramai-ramai. Muzik dapat mengiring lagu / nyanyian. Muzik rakaman boleh digunakan. Guna pembesar suara jika perlu. Gubahan dam kreativiti untuk menyokong persembahan.


PAKAIAN Pemimpin serta ahli Pandu Puteri berpakaian seragam lengkap. Pakaian peserta boleh juga disesuaikan untuk aktiviti lakonan/persembahan. Pakaian beragam yang sesuai. Pakaian khas untuk sebarang persembahan kebudayaan.


Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental Aktiviti permainan berstesen (Station Game) Mengandungi jalan cerita yang menarik Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan PERMAINAN PANDU PUTERI PERMAINAN LUAS Cara pelaksanaan Kebaikan Mempelajari ilmu yang baharu Meningkatkan pengetahuan Pandu Puteri Mengeratkan hubungan antara satu sama lain


PERMAINAN KIM Asal Usul: Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O'Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau. Cara-Cara Permainan: Stesen Satu: Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.


Stesen Tiga: Deria Rasa Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Dua: Deria Sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.


Stesen Empat: Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Lima: Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daundaun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.


JALAN LASAK DAN PANDU ARAH JALAN LASAK TUJUAN: Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.


Titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada k9a5in berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. Persediaan Alatan


Peta utama Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah: 1.Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. 2.Titik kawalan dengan tanda bulatan. 3.Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. 4.‘Leg’ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan.


Click to View FlipBook Version