The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ESTHER WONG SIU NING IPG-Pelajar, 2024-03-24 22:22:13

BUKU LOG PANDU PUTERI

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahliahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:


Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 Tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun


Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.


Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan PemimpinPemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.


Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurangkurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.


PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.: mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas; melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


PERKARA 4 – LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.


PERKARA 5 – PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: 1.Yang Dipertua 2.Timbalan Yang Dipertua 3.Ketua Pesuruhjaya 4.Setiausaha Kehormat 5.Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan


Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 7: KETUA EKSEKUTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAN AHLI EX OFFICIO YANG DILANTIK DARI SEMASA KE SEMASA


Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua Usul 2 Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk Ketua Pesuruhjaya tempoh tiga tahun selanjutnya- tanpa had tempoh keseluruhannya. Setiausaha Kehormat Calon yang dipilih sebagai ketua Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh sambung selanjutnya.


Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 3. 4.Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 5. 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan PesuruhjayaPesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.


Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.


USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.


Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Korum and Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. KEKERAPAN MESYUARAT


Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; 1. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; 2. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; 3. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; 4. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; 5. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undangundang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 6. 7.mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.


Perkara 7- Badan Undangan Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada AhliAhli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. Tiga daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.


Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Dipertua Yang Dipertua, Timbalan Yang , Ketua Pesuruhjaya, Kebangsaan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiada hak untuk mengundi. Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyaksatu ratus enam lima puluh (160150) undi. USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi.


Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; Memilih atau memberi persetujuan ke atas pelantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil ini; Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 8 – KEWANGAN


Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturanperaturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaunakaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN


Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tuna Laporan Lencana kecekapan Buku Log Acara Buku Log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai Contoh acara adalah seperti: Perkhemahan/ Cuti pasukan Khidmat Lain-lain projek PENGURUSAN BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas. Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. JENIS-JENIS BUKU LOG


PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Buku log mangandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: Bahan-bahan disusun kemas Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI kecekapan biodata / profil diri dipegang CIRI-CIRI BUKU LOG


Biodata/ Profil Diri Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya. 1.Nama 2.No. Mykad / No Mykid / No surat beranak 3.Tarikh lahir 4.Alamat rumah 5.No tel rumah / No tel bimbit 6.Alamat email 7.Nama & alamat sekolah 8.No tel sekolah 9.Nama pasukan 10.Nama Kumpulan Berenam Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai KANDUNGAN BUKU LOG


Tanggungjawab pemimpin boleh dilihat daripada tiga bahagian: Perancangan Pengurusan Pasukan Pertolongan Cemas PERANCANGAN Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan. Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk pemupukan sistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga Kelas Satu. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan. Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


PERKHEMAHAN I. Permit Perkhemahan Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja. Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan. II. Lesen Perkhemahan Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.


PERTOLONGAN CEMAS Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti: 1.Luka 2. Terseliuh 3. Muntah-muntah 4.Terbakar 5.Melecur 6.perut masuk angin 7.sengatan serangga 8. Sawan 9. tidak sedar diri.


Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts - WAGGGS). Oleh itu, adalah penting untuk menyertai Persatuan Pandu Puteri kerana mempunyai komitmen untuk melahirkan golongan kanak-kanak, remaja malah wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat. RUMUSAN


BAHAGIAN D (AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTRI IPGMKTAR)


Tarikh: 17 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan Pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024, telah diadakan perjumpaan Persatuan Pandu Puteri buat kali pertama bagi sesi 2024 di Makmal Fizik. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah taklimat bagi mengenalkan kursus oleh Puan Habibah. Setelah itu, sesi pengenalan terhadap Persatuan Pandu Puteri secara ringkas telah diberikan misalnya temasuklah hal berkaitan penubuhan Pandu Puteri, visi dan misi Pandu Puteri. Dalam pada itu, pemilihan ahli jawatankuasa juga telah dijalankan. Setiap ahli Pandu Puteri telah dilantik dan diberikan jawatan. LAPORAN MINGGU 1


Refleksi: Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya telah memperoleh pemahaman awal berkaitan kursus MPU3441a Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1. Saya dapat mengetahui objektif kursus, hasil pembelajaran yang akan diperoleh serta mengetahui serba sedikit mengenai Persatuan Pandu Puteri. Saya juga telah memperoleh kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi dan pengurusan Pandu Puteri pada kuliah tersebut. Ahli-ahli pandu puteri membentuk ahli jawatankuasa Disediakan oleh, adi (DAYANG NUR ADIBAH SYAZWANI BINTI AWG SALLEH)


Tarikh: 24 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan Pada 24 Januari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang kedua dijalankan di Makmal Fizik IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti belajar tiga lagu pandu puteri iaitu Lagu Dunia, Lagu Taps Siang dan Lagu Taps Malam Pandu Puteri diadakan untuk membantu ahli Pandu Puteri berasa kebersamaan dan persatuan melalui nyanyian bersama. Saya juga belajar untuk bekerja secara berpasukan dan bersama-sama mencapai matlamat. Aktiviti belajar persetiaan dijalankan untuk menguatkan kesetiaan dan komitmen dalam kalangan ahli Pandu Puteri. Persetiaan merupakan satu bentuk komitmen dan kesetiaan ahli Pandu Puteri terhadap nilai-nilai, matlamat, dan objektif organisasi. Dengan mengulangi persetiaan secara berkala, ahli-ahli diajar untuk menghormati, mengamalkan, dan memperjuangkan nilai-nilai Pandu Puteri dalam kehidupan seharihari. Seterusnya, aktiviti belajar undang-undang pandu puteri bertujuan untuk mempelajari kemahiran kehidupan. Belajar undang-undang membantu ahli Pandu Puteri untuk membangun kemahiran hidup yang berguna dalam kehidupan seharian mereka. Saya dapat belajar cara membuat keputusan dengan bertanggungjawab, memahami hak dan tanggungjawab dalam hubungan sosial, dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan. Akhirnya, kami telah mempelajari cogan kata Pandu Puteri. Dengan mempelajari cogan kata Pandu Puteri, ahli Pandu Puteri dapat memperkukuhkan identiti organisasi. Cogan kata Pandu Puteri merupakan ungkapan yang mewakili nilai-nilai utama dan identiti organisasi. Dengan mempelajari cogan kata ini, ahli Pandu Puteri dapat lebih memahami dan menghayati makna serta tujuan dari organisasi Pandu Puteri. LAPORAN MINGGU 2


Refleksi: Aktiviti pada Minggu 2 ini berjaya memberikan pengalaman dan pengetahuan tambahan kepada ahli Pandu Puteri dalam bidang lagu, undang-undang, persetiaan, dan cogan kata. Melalui aktiviti ini, diharapkan kami dapat lebih menghayati nilai-nilai yang menjadi asas kepada keanggotaan kami dalam organisasi Pandu Puteri. Semua ahli didapati aktif dan bersemangat dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, menunjukkan kesungguhan mereka untuk terus berkembang dalam peranan mereka sebagai ahli Pandu Puteri. Ahli-ahli Pandu Puteri belajar persetiaan Pandu Puteri Disediakan oleh, kelly (KELLY LING KAI LEE)


Tarikh: 31 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka dan Bilik Kuliah 15 Laporan Pada 31 Januari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang ketiga dijalankan di Astaka IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti belajar isyarat tangan dan isyarat wisel diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli Pandu Puteri untuk mempelajari dan mengamalkan isyarat-isyarat yang penting dalam konteks pandu puteri. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran komunikasi visual serta kecekapan dalam menggunakan isyarat tangan dan isyarat wisel semasa menjalankan aktiviti berkumpulan atau dalam keadaan kecemasan. Selepas sesi pembelajaran teori, ahli Pandu Puteri dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan latihan praktikal. Latihan isyarat wisel dijalankan di astaka manakala latihan isyarat tangan dijalankan di bilik kuliah 15 disebabkan oleh cuaca panas di astaka. LAPORAN MINGGU 3


Refleksi: Aktiviti belajar isyarat tangan dan isyarat wisel telah berjaya dijalankan dengan baik. Ahli-ahli mendapat manfaat daripada pembelajaran teori serta latihan praktikal yang diberikan. Harapannya, kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti ini akan dapat membantu ahli Pandu Puteri menjadi lebih berkebolehan dan bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan aktiviti luar. Latihan Isyarat Wisel


Ahli mendemokan cara menggunakan Isyarat Tangan ‘Berdiri dalam barisan, kedua di hadapan’ Ahli mendemokan cara menggunakan isyarat tangan ‘Diam’ Senarai isyarat tangan yang dipelajari Senarai isyarat wisel yang dipelajari Disediakan oleh, Cindy (CINDY CHUO SING TING)


Tarikh: 7 Februari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka Laporan Pada hari Rabu bertarikh 7 Februari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang keempat telah diadakan di Makmal Fizik. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah latihan kawad kaki statik. Kawad kaki bertujuan untuk melatih ahli Pandu Puteri sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan. Selain Itu, kawad kaki bukan sahaja membina semangat berpasukan dan bekerjasama, tetapi juga membina kekuatan mental dan fizikal yang kental. Sebelum latihan dimulakan, Puan Habibah memberikan penjelasan terperinci mengenai setiap arahan kawad kaki serta melakukan demonstrasi tindakan yang betul. Setiap ahli Pandu Puteri kemudiannya diberi peluang untuk menjalankan latihan kawad kaki. Mereka turut bergilir menjadi komander dalam latihan untuk memperkukuhkan kemahiran dan kefahaman mereka terhadap proses kawad kaki statik. LAPORAN MINGGU 4


Refleksi: Latihan kawad kaki pada minggu keempat ini telah membawa manfaat yang besar kepada kami sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri. Melalui latihan ini, kami mempelajari arahan kawad kaki statik dan tindakannya. Kami dapat meningkatkan kemahiran kawad kaki statik serta meningkatkan koordinasi dalam melaksanakan arahan. Selain itu, latihan ini juga memberi kami kesedaran akan pentingnya kepatuhan dan disiplin dalam menjalankan tugas-tugas kami sebagai Pandu Puteri. Latihan kawad kaki telah memperkukuhkan ikatan antara ahli kumpulan. Kesemuanya, pengalaman ini telah memberi kami pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai-nilai kerjasama dan kedisiplinan, yang merupakan aspek penting dalam pembentukan diri kami sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri.


Senarai Arahan Kawad Kaki Statik yang Dipelajari


Kawad Kaki Statik dengan Arahan ‘Ke Kanan Lurus Disediakan oleh, Venus (VENUS TAN LOI EE)


Tarikh: 21 Februari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka Laporan Pada 21 Februari 2024, aktiviti kawad dinamik dijalankan di astaka. Ini adalah aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan pada minggu kelima. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Kawad dinamik melibatkan pergerakan berjalan. Tujuan kawad dinamik adalah untuk melatih ahli Pandu Puteri supaya sentiasa berdisiplin dan patuh akan arahan yang diberikan. Pada masa yang sama, semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dilahirkan dalam kalangan ahli Pandu Puteri demi memastikan keseragaman pergerakan berjalan semasa kawad dinamik dilaksanakan. Sebagai makluman, aktiviti kawad dinamik ini telah dipimpin oleh Chua Mun Chin. Chua telah memberikan arahan yang jelas dan mudah difahami. Semua ahli pandu puteri juga menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberikan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang aktiviti kawad dinamik dijalankan. Selepas kawad dinamik, ahli Pandu Puteri telah menjalankan sesi perkongsian tentang kawad dinamik. Dalam sesi perkongsian, ahli-ahli sangat aktif untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah pembimbing, iaitu Puan Habibah dan juga berkongsi pandangan masing-masing. Justeru, semua ahli dapat mempelajari arahan kawad dinamik dan bahasa hukuman yang betul. LAPORAN MINGGU 5


Refleksi Melalui aktiviti kawad dinamik ini, saya dapat mempelajari arahan dan bahasa hukuman tentang kawad dinamik. Sebagai contoh, saya dapat mempelajari cara pembentukan barisan, cara cepat jalan dan cara melakukan pergerakan berjalan. Saya juga mengetahui cara memberikan arahan dan bahasa hukuman tentang kawad dinamik kepada ahli Pandu Puteri. Akhir sekali, saya berasa semangat bersatu padu sangat penting demi menjayakan aktiviti kawad dinamik dan juga mengeratkan hubungan antara ahli Pandu Puteri. Ahli-ahli Pandu Puteri melakukan Kawad Dinamik Disediakan oleh, lydia (LYDIA LAU YEN LING)


Tarikh: 1 Mac 2024 Hari: Jumaat Masa: 2.30 - 04.30 petang Tempat: Pulako Laporan: Pada 1 Mac 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang keenam dijalankan di Pulako IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 3441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti masakan rimba mengandungi memasak menggunakan bahan-bahan semula jadi dari hutan mengajar ahli Pandu Puteri untuk menghargai alam sekitar dan memahami pentingya menjaga kelestarian alam. Kepentingan belajar masakan rimba adalah belajar untuk memasak menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di hutan untuk meningkatkan kemahiran bertahan hidup ahli Pandu Puteri, terutamanya dalam situasi kecemasan atau apabila berada di kawasan hutan terpencil. Semasa aktiviti masakan rimba, ahli Pandu Puteri diminta untuk memasak ikan dan kepak ayam. Kapten membahagikan kerja kepada setiap ahli Pandu Puteri, seperti menghidupkan api, mencuci ikan dan kepak ayam, menyediakan sos, mencuci pinggan mangkuk, menyediakan minuman dan lain-lain. Setiap ahli Pandu Puteri menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya semua bersama-sama makan ikan dan kepak ayam. Justeru, masakan rimba ini adalah berjaya. MINGGU 6: MASAKAN


Refleksi Melalui aktiviti masakan rimba, saya memahami bahawa masakan rimba memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara ahli Pandu Puteri. Setiap orang perlu bekerjasama dalam mencari kayu api, memasak, dan menyediakan hidangan dengan selamat dan cekap. Masakan rimba juga memerlukan penggunaan teknik memasak yang sederhana tetapi efektif. Oleh itu, pembelajaran teknik-teknik ini memberikan kemahiran amali yang boleh digunakan semasa berada di hutan. Menghidupkan api untuk memasak Ikan dan kepak ayam yang sudah dimasak Berasa seronok semasa aktiviti masakan rimba Memotong buah tembikai


Memasak kepak ayam Disediakan oleh, connie (CONNIE LEE KUOK YING)


Click to View FlipBook Version