The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ESTHER WONG SIU NING IPG-Pelajar, 2024-03-24 22:22:13

BUKU LOG PANDU PUTERI

Esther Wong Siu Ning
2021311340157
PISMP MT2621/MEI 2026

Tarikh: 6 Mac 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan Pada 6 Mac 2024, pembelajaran teori tentang ikatan dan perbincangan aktiviti kesukarelawan, iaitu tentang tugasan 2 MPU3441a telah dijalankan di makmal fizik. Ini adalah aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan pada minggu ketujuh. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Puan Habibah telah memberi kuliah tentang jenis ikatan dan simpulan yang digunakan. Kami telah mencari maklumat berkaitan dengan ikatan dan simpulan seperti jenis ikatan, cara membuat ikatan dan kegunaan ikatan tersebut dan berkongsi sesama ahli Pandu Puteri. Seterusnya, Kapten Pandu Puteri telah memulakan perbincangan tentang program kesukarelawan bersama dengan pensyarah pembimbing, Puan Habibah. Setelah perbincangan, ahli Pandu Puteri bersetuju untuk mengadakan aktiviti kesukarelawanan di rumah anak yatim. Pembentukan jawatankuasa juga telah dilaksanakan bagi program kesukarelawan ini untuk pembahagian tugas dan memastikan segala urusan dilancarkan. Ahli-ahli Pandu Puteri juga membuat persiapan dengan menyediakan kotak untuk meletak barangan yang akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. MINGGU 7: IKATAN (TEORI) DAN PERBINCANGAN AKTIVITI KESUKARELAWAN


Refleksi Melalui pembelajaran tentang ikatan dan simpulan, saya telah mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan serta kegunaan mereka. Misalnya, saya telah mempelajari simpulan buku sila yang dapat digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh. Seterusnya, melalui perbincangan aktiviti kesukarelawan, saya dapat menyemai persetiaan Pandu Puteri, iaitu tolong orang selalu, terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Disediakan oleh, chung (CHUNG CHIN YOU) Perbincangan aktiviti kesukarelawan Ahli-ahli Pandu Puteri telah menyediakan kotak untuk meletak barangan sumbangan yang akan disalurkan untuk anak yatim


Tarikh: 13 Mac 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 pagi Tempat: Makmal Fizik Laporan Pada 13 Mac 2024, aktiviti membuat ikatan telah dijalankan di Makmal Fizik. Ini adalah aktiviti yang dijalankan pada minggu kelapan. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Kami telah menghasilkan pelbagai jenis simpulan dan ikatan selepas diberi penjelasan oleh Puan Habibah. Jenis simpulan yang dihasilkan termasuklah buku sila, simpul manuk, bunga geti, tindih kasih, simpul balak dan juga simpul belit. Bukan itu sahaja, kami juga telah menghasilkan pelbagai jenis ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan lilit kacang, ikatan silang tungku dan ikatan silang gunting. Kami juga telah mengaplikasikan ikatan yang dipelajari dalam kehidupan seharian seperti menggunakan ikatan silang tungku untuk mengikat pen dan sebagainya. Praktikal ini membolehkan kami melatih untuk membuat ikatan supaya kami boleh mengaplikasikannya apabila kami berada di dalam hutan. MINGGU 8: IKATAN (PRAKTIKAL)


Refleksi Melalui pembelajaran tentang ikatan dan simpulan, saya telah mempelajari pelbagai jenis simpulan dan ikatan. Sebagai contoh, saya dapat membuat ikatan pada sesuatu benda dengan menggunakan pelbagai jenis ikatan. Ahli-ahli mendapat manfaat daripada latihan praktikal yang dijalankan. Harapannya, kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti ini akan dapat membantu ahli Pandu Puteri menjadi lebih berkebolehan dan bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi semasa berada di aktiviti luar. IKATAN (PRAKTIKAL) Ikatan silang tungku yang digunakan untuk mengikat pen Ahli-ahli Pandu Puteri telah mempelajari untuk membuat simpulan dan ikatan


JENIS IKATAN YANG DIHASILKAN Disediakan oleh, sim (SIM SIAW WEI) Ikatan lilit kacang Ikatan serong Ikatan silang tungku Ikatan silang gunting


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version