Antologi
Skrip Drama
Bahasa Melayu:
Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030
1
ISI KANDUNGAN 3
4
Pengantar 19
Bab 1 Obligasi 37
Bab 2 Layak 53
Bab 3 Lolos 78
Bab 4 Nilai 109
Bab 5 Pasrah 131
Bab 6 Cikgu Afiqah 144
Bab 7 Jalan Keluar 164
Bab 8 Di Sebalik Kejayaan 192
Bab 9 Impian
Bab 10 Sinar
2
PENGANTAR
Manuskrip ini menghimpunkan sepuluh skrip drama
bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penulis yang
berbeza. Skrip drama tersebut ialah Obligasi, Layak,
Lolos, Nilai, Pasrah, Cikgu Afiqah, Jalan Keluar, Di
Sebalik Kejayaan, Impian dan Sinar. Penghasilkan
manuskrip ini bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan
bacaan dan kajian kepada penggiat dan pengkaji sastera,
khususnya dalam bidang penulisan skrip drama bahasa
Melayu. Terdapat kelainan gaya bahasa yang digunakan
oleh penulis-penulis skrip drama bagi mengindahkan
persembahan penulisan mereka di samping untuk
memanipulasi bahasa bagi menyampaikan mesej secara
implisit. Penulis-penulis juga cuba mengaplikasikan
sistem bahasa yang berlainan rumus dan mazhab bahasa.
Selain aspek bahasa, penulis-penulis juga mempamerkan
kelainan dari aspek penghasilan plot, perwatakan dan latar
bagi skrip drama mereka. Kelainan-kelainan tersebut
mungkin dapat diteliti dan dikaji oleh penggiat dan
pengkaji sastera demi membuat penambahbaikan atau
pencambahan ilmu dalam bidang penulisan skrip drama
di Malaysia.
Muhammad Zuhair Zainal
Nurul Fazzuan Khalid
Pusat Pengajian Ilmu Pendidkan
Universiti Sains Malaysia
3
TEMA
Wawasan kemakmuran 2030
TAJUK
Obligasi
PENULIS SKRIP
Nur Adnin Binti Ruzuan
PELAKON:
Cikgu Raff: seorang guru yang mempunyai masalah
disiplin
Cikgu Sofea: seorang guru yang baik dan lurus
Mr. Unknown: seorang lelaki berjubah hitam
Anis: Pelajar yang baik, lurus
Pei Chi: Pelajar yang baik
Mina: Pelajar nakal
Azim: Pelajar nakal
Athirah: Pelajar nakal
Cikgu Lia: seorang guru
Cikgu Fatin: Pengetua
SINOPSIS:
Cerita ini mengisahkan seorang guru yang mempunyai
masalah dari segi etika dan integriti yang memberi kesan
negatif kepada pelajar-pelajarnya pada generasi 2020.
Kemunculan seorang lelaki misteri yang berpakaian jubah
hitam dengan bertopeng untuk memberikan sesuatu
perubahan paradigma kepada guru tersebut. Cerita ini
juga akan menjelajah situasi pada tahun 2030 yang
4
memaparkan situasi bilik darjah dan kesan kepada bekas
pelajar guru tersebut.
SITUASI 1:
Pada suatu pagi, di rumah bujang Cikgu Raff, Cikgu Raff
yang baru terjaga daripada tidurnya dan sudah terlewat
untuk ke sekolah.
CIKGU RAFF: (Bangun daripada perbaringannya)
Wehh!! Aku dah lambat!. Arghhh!!! (sambal meraup
mukanya dengan kasar. Dia kelihatan sangat serabut dan
tiba-tiba teringat akan seseorang) Cikgu Sofea!. (Dia
segera mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Cikgu
Sofea) Hello! Sofea, kau kena tolong aku (sambil
tercungap-cungap) Tolong punchcard aku. Pastikan tak
ada cikgu lain yang tahu. Aku lewat ni! (Terus matikan
perbualan tanpa menunggu jawapan dari Cikgu Sofea,
dia tergopoh-gopoh menyiapkan diri).
SITUASI 2:
Pada suatu pagi yang sama juga iaitu situasi di sekolah.
CIKGU SOFEA: (Terpinga-pinga selepas menerima
panggilan daripada Cikgu Raff. Riak ketakutan jelas
terpamer pada wajahnya) Haihh, Cikgu Raff ni. (Sambil
merungut, tetap juga dia buat apa yang disuruh Cikgu
Raff).
5
Pada jam 8:00 pagi, Cikgu Raff tiba di sekolah dengan
keadaan yang selekeh dan tidak terurus dan tergopoh-
gopoh kerana dia telah lewat ke kelasnya pagi tersebut.
CIKGU RAFF: Fuh!! Sampai juga (Sambil duduk di
kerusinya) Aku nak ajar apa harini. RP pun aku tak buat.
Argh!! Lantaklah. Ajar je la apa-apa pun. Nak senang tak
payah mengajar, senang kerja aku. (sambil bangun untuk
ke kelasnya pagi tersebut).
CIKGU SOFEA: Eh Cikgu Raff, saya dah tolong
punchcard dah untuk cikgu.
CIKGU RAFF: Shhh!!! Jangan cakap kuat-kuat kau ni
Sofea. Nanti cikgu lain dengar. Ish! Aku nak pegi
mengajar ni. Kau jangan nak kecoh-kecoh!
CIKGU FATIN: Cikgu Sofea! Masuk bilik saya kejap!
Sekarang!
CIKGU SOFEA: Ya Allah ! Pengetua pulak. Mati la aku!
(Bunyi tapak kasut, pintu diketuk dan tombol pintu)
CIKGU SOFEA: Ada apa Cikgu? (tergagap-gagap)
CIKGU FATIN: Kenapa dengan Cikgu Raff tadi? Awak
tolong punchcard kad dia ke?
CIKGU SOFEA: Emm… (masih berkira-kira untuk
memberitahu hal sebenar).
CIKGU FATIN: Saya nak awak jujur! Sebenarnya saya
dah perhatikan Cikgu Raff tu dah lama dah. Ramai yang
6
cakap kat saya Cikgu Raff tu bermasalah. (dengan nada
keras dan tegas sambil memandang tajam ke arah Cikgu
Sofea)
CIKGU SOFEA: Emm.. Ya Cikgu. Awalnya saya ingat
dia betul-betul terdesak minta tolong saya. Tak sangka
pula saya dia jadi sampai macam ni.
CIKGU FATIN: Takpa. Nanti saya akan jumpa dengan
dia terus. Awak boleh keluar. Terima kasih.
CIKGU SOFEA: Baik cikgu. (Sofea segara keluar dari
bilik tersebut)
SITUASI 3:
Di dalam kelas dimana suasana yang sangat bising, kelas
yang kotor dan pelajar sedang bermain-main serta tidak
terkawal.
AZIM: Wehh!! Cikgu datang dah!
ATHIRAH: (bunyi bersiul-siul) Alaa Jim. Cikgu Raff je
pun. Rilek la Jim. Aku nak main game ni! (bunyi game
PUBG)
ANIS: (Sambil mengeluh dengan sikap rakan sekelasnya)
Apa nak jadi dengan korang ni! (sambil mengeluh).
Bangun.. Assalamualaikum Cikgu. (katanya seusai
berdiri)
7
Semasa Anis memberi salam, hanya dia seorang sahaja
yang berdiri. Pelajar lain hanya buat endah tak endah
sahaja sambil bermain-main tanpa menghiraukan
gurunya.
CIKGU RAFF: (Sambil berjalan menuju ke meja guru)
Wasalam. Dah-dah. Duduk je Anis, kamu sorang je yang
berdiri. Okei pelajar, Cikgu nak tanya, harini nak belajar
ke tidak? (sambil ketawa dan menarik kerusi untuk duduk)
PELAJAR: Taknak Cikgu!! (sambil menjerit)
CIKGU RAFF: (Sambil ketawa) Okei good!. Tapi ada
syarat. Tolong pastikan tak ada cikgu lain yang tahu cikgu
tak mengajar kamu harini. Boleh?!
PELAJAR: Okey Cikgu. No hal la.
CIKGU RAFF: (sambil mengangkat ibu jari tangan) Buat
kerja masing-masing. Azim dan Athirah?! ON TAK ON
PUBG! (ketawa dan membuka telefonnya)
AZIM & ATHIRAH: (serentak) ON!!.
ANIS: Emmm… Cikgu, betul ke Cikgu taknak mengajar?
Banyak lagi tajuk tak belajar ni. Exam pun dah dekat (kata
Anis sambil memandang tepat kearah Cikgu Raff).
MINA: Kau dah kenapa, Cikgu taknak ajar, kau acah rajin
kenapa?! Kau memang cari pasal kan? (berbisik keras
sambil menghadiahkan jelingan maut kepada Anis).
Semua pelajar mula bising.
8
ATHIRAH: Kau acah rajin kenapa? Berlagak pandai la
kau ni. Kau nak belajar, belajar la sorang. Kan? (sambil
menjeling tajam ke arah Anis)
PELAJAR: Buuu.. betul tu. Acah je lebih (suasana kelas
bingit dengan suara pelajar yang tidak setuju dengan
persoalan Anis)
CIKGU RAFF: Anis… awak nak belajar ye? (sambil
memandang tepat Anis yang mula gugup apabila
soalannya tadi tidak disenangi rakan sekelasnya).
ANIS: Eh, takpe la cikgu. Nanti saya belajar sendiri je la.
(suara gugup)
CIKGU RAFF: Hahahaha. Okei Anis (mata dan tangan
Cikgu Raff terus meliar di skrin telefon pintar untuk
meneruskan permainan PUBG).
PEI CHI: Anis, biar betul cikgu ni. Taknak mengajar. Aku
dah la tak faham kalau belajar sendiri. ( dengan nada yang
agak kuat kerana ketidakpuasan hatinya dengan sikap
gurunya itu).
ANIS: Ish, cakap tu slow la sikit. Aku pun tak tahu la.
Banyak kali dah macam ni. Dah la nak exam dah. Tajuk
banyak lagi tak faham. Hmm… (terus membuka buku
untuk belajar sendiri).
PEI CHI: Tu la. Jom la belajar yang kita mampu ja. Tak
faham nanti kita cuba tanya cikgu.
9
(Bunyi jam loceng seiring dengan masa yang berlalu)
CIKGU RAFF: Eh! Dah habis dah masa. Okei murid-
murid. Jumpa lagi nanti kelas kita seterusnya. Saya keluar
dulu. Bye. (terus berjalan menuju keluar dari bilik
darjah)
SEMUA PELAJAR: Bye cikgu…
Masa P&P berlalu.. Tanpa ada sebarang sesi
pembelajaran dan pengajaran pada pagi tersebut.
SITUASI 4:
Di dalam bilik guru.. Cikgu Raff termenung kebosanan
memandangkan dia hanya ada satu kelas sahaja pada
hari tersebut dan masa persekolahan masih panjang.
CIKGU RAFF: Kelas dah habis dah hari ni. Aku nak buat
apa lagi. Haih…(keluhan panjang sambil menghenyakkan
tubuhnya di kerusi dan terus membuka telefon bimbitnya).
CIKGU LIA: Hai Cikgu Raff. Dah habis kelas dah?
(sambil berjalan melintasi meja Cikgu Raff)
CIKGU RAFF: Eh! Cikgu Lia. Ehem . Ha. Dah habis
kelas dah ni. Cikgu? Ada kelas lagi ke? (dengan nada
yang ceria dan semangat memandangkan guru
kesukaannya menegurnya).
CIKGU LIA: Ada. Baru nak pergi kelas. Saya pergi dulu
ya.
10
CIKGU RAFF: Ha baik. Hati-hati cikgu… (hatinya riang
terserlah dengan senyuman malu-malu kucing
dibibirnya).
Bunyi telefon bimbit…
CIKGU RAFF: Weh! Pengetua call ni. Alamak!! Apa hal
lagi ni. Ish!. Ehem . Hello…
CIKGU FATIN: Hello! Masuk bilik saya sekarang. Bawa
laporan pengajaran sekali. Sekarang! (panggilan
dimatikan)
CIKGU RAFF: Mati la aku!!! (terus bangun menuju ke
bilik pengetua dan mengetuk ,terus masuk setelah
mendapat keizinan untuk masuk).
CIKGU FATIN: Duduk! (dengan nada yang tegas jelas
menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena).
CIKGU RAFF: Ada apa cikgu? (kedengaran gugup)
CIKGU FATIN: Mana laporan pengajaran? (sambil
memandang tajam dan tepat kearah Cikgu Raff).
CIKGU RAFF: Emm.. Saya tak sempat siapkan lagi
cikgu. Saya tengah buat dah tadi. Tak sempat siap. (
‘Aduh, mati la aku. Aku tak buat apa-apa lagi’
monolognya sendirian).
CIKGU FATIN: Berapa lama lagi saya nak dengar alasan
awak? Daripada haritu lagi saya mintak. Alasan yang
11
sama awak bagi! Saya tahu, awak banyak buat hal
sekarang ni. Betulkan awak gunakan Cikgu Sofea untuk
tolong awak?
CIKGU RAFF: Eh! Tak la cikgu. Saya… (dia merasakan
nyawanya bagai telur dihujung tanduk)
CIKGU FATIN: Awak jangan nak banyak alasan lagi.
Awak seorang guru. Yang akan bentukkan generasi.
Takkan nak berperangai macam ni? Saya ada dengar,
pelajar kelas yang awak mengajar bagitahu yang awak
dah lama tak mengajar. Saya tak nak dengar apa-apa
daripada awak. Hantar kerja yang saya minta. Tindakan
ke atas awak akan saya usulkan nanti. Boleh keluar.
CIKGU RAFF: Cikgu, jangan macam ni. Salah faham ni.
Saya…
CIKGU FATIN: Kita bincang lain kali. Saya ada meeting
lepasni. Awak boleh keluar.
CIKGU RAFF: Baik cikgu. (Pintu dibuka dan ditutup)
Ish. Kantoi habis! Stress la aku. Ah! Lantakla. Aku
mengantuk. Tidur kat surau lagi bagus dari serabut piker
benda ni. (sambil meraup mukanya kasar).
CIKGU LIA: Cikgu Raff, nak ke mana tu?
CIKGU RAFF: Ehem! Ooo Cikgu Lia. Ni saya nak pergi
surau ni. Dhuha cikgu. Kita ni ada masa luang kena la
beribadat kukuhkan iman di dada. (sambil berjalan terus
menuju ke surau).
12
CIKGU LIA: Ooo Alhamdulillah. Okey baik-baik.
SITUASI 5:
Setibanya di surau, Cikgu Raff segera membaringkan
tubuhnya.
CIKGU RAFF: Lantak la nak jadi apa. Aku malas pikir.
Buat semak je. (Bunyi pintu dibuka) Okei cun, Surau tak
ada orang. Boleh la aku tidur. (mula baring di atas lantai
surau yang beralaskan karpet)
(Bunyi jam)
CIKGU RAFF: Weh!! Aku kat mana ni. Kenapa gelap
sangat ni! Tak kan dah malam. Aku rasa kejap je aku tidur
tadi. (dia mula cuak dan terkebil-kebil kemudiannya
terdengar bunyi pintu yang dikuak perlahan-lahan)
CIKGU RAFF: Kau siapa? Kau apa?
Dihadapannya kini berdiri satu lembaga yang hampir
sama saiz dengannya memakai topeng yang menutup
seluruh muka dan berjubah hitam.
UNKNOWN: Kau tanya aku siapa?! Kau akan tahu nanti
(sambil gelak dan berjalan menghampiri Cikgu Raff).
CIKGU RAFF: Kau nak apa dari aku? Aku buat apa dekat
kau? (dia rasakan hampir terkucil dengan keadaannya
yang masih lagi mamai).
13
UNKNOWN: Hahahahaha. Kau sedar tak apa yang kau
buat? Kau tak rasa kau bersalah ke? Kau seorang guru!
Betul ke apa yang kau buat sebagai guru? Hah!? (sambil
sergah dan mendekatkan mukanya)
CIKGU RAFF: Apa? Aku buat apa? Aku buat benda yang
biasa aku buat. Kau siapa hah?! Kenapa kau pakai macam
ni? Buka la topeng kau tu. Tunjukkan muka sebenar kau.
UNKNOWN: Yakinnya kau. Betul ke kau jalankan tugas
kau sebagai guru? Kau tak rasa ke yang kau cikgu yang
merosakkan masa depan pelajar kau?!
CIKGU RAFF: Apa maksud kau?! (tercungap-cungap
mengambil nafas) Mana ada aku rosakkan masa depan
pelajar aku?
UNKNOWN: Kau dah lupa?! Bangun! Aku perlu tunjuk
apa yang kau buat! (menarik kasar tubuh Cikgu Raff
supaya mengikutnya).
SITUASI 6:
Lelaki berjubah hitam telah membawa Cikgu Raff ke
masa lampau untuk melihat apa yang pernah dilakukan
olehnya kepada pelajar. Kembali pada situasi di sekolah.
UNKNOWN: Kau perhatikan apa yang telah kau lakukan
sebagai seorang guru (sambil menolak Cikgu Raff rapat
ke pintu kelas).
14
Situasi di dalam kelas terpapar di mata Cikgu Raff.
Situasi di mana dia sedang berada di dalam kelas
bersama pelajarnya.
CIKGU RAFF: Kenapa aku tengok aku?! (seperti keliru
dengan situasi) Macam ni ke aku mengajar pelajar?
Macam ni ke aku dalam kelas? Betul ke aku berkelakuan
macam ni depan pelajar? (dia bermonolog sendiri.
Bermain dengan jiwanya. Badannya tersandar lemah di
pintu)
UNKNOWN: Ini yang kau panggil seorang guru? Layak
ke kau? Betul ke kau jalankan tanggungjawab kau?
(sambil mendekatkan mukanya kepada Cikgu Raff sambil
berbisik halus)
Cikgu Raff terpaku ibarat dipukau. Hanyut dengan kata-
kata sentapan yang diucapkan oleh lelaki berjubah hitam.
Dirinya ibarat tersedar dari lamunan yang panjang. Di
matanya kini terpapar dirinya yang sedang berada di
dalam kelas bersama pelajarnya. Situasinya sama dengan
situasi kelas nya pada pagi tersebut. Dia tidak mengajar,
pelajarnya tidak dididik, suasana kelas huru-hara.
UNKNOWN: (Sambil mencengkam tangan Cikgu Raff)
Sekarang aku nak kau ikut aku! (menarik kasar tangan
Cikgu Raff supaya mengikutnya)
CIKGU RAF: (Ditarik kasar sehingga hampir terjatuh)
Eh!! Kau nak bawa aku pergi mana ni? (tidak mampu
melawan lelaki berjubah hitam dan terpaksa diheret
bersama untuk mengikut)
15
SITUASI 7:
Cikgu Raff ditarik kasar ke sesuatu tempat yang tidak
diketahuinya. Matanya kelam tanpa sebarang cahaya di
hadapan. Sesuatu diluar imaginasinya berlaku dan apa
yang berlaku memberi tamparan besar kepada hidupnya.
CIKGU RAFF: (Sambil membuka kelopak matanya,
dengan cahaya yang berpinar) Aku kat mana ni? Aku kat
mana? (mendesak lelaki berjubah hitam untuk
menjelaskannya)
Lelaki berjubah hitam itu hanya menunjukkan isyarat
untuknya supaya melihat apa yang berada di
hadapannya.Cikgu Raff hanya mengikut sahaja apa yang
diarahkan. Paparan di hadapannya sangat mengejutkan.
Perasaannya bercampur-baur. Tiada kata-kata yang
boleh diucapkan untuk mengungkapkan perasaannya
pada detik itu.
UNKNOWN: Apa yang kau tengok ni, ramalan yang akan
berlaku kepada pelajar-pelajar kau. Apa yang kau tengok
ni, ramalan nasib pelajar kau. 10 tahun dari tahun 2020
sekarang. Kau tengok apa yang berlaku?! (sambil
menggertak)
Cikgu Raff terpaku, termangu-mangu dan diam seribu
bahasa. Di hadapannya terpapar wajah-wajah
pelajarnya. Hatinya diruntun pilu. Pelajarnya merempat
di kaki lima. Menjadi pengemis untuk teruskan hidup.
Keadaan yang serabai, tidak terurus, kotor.
16
CIKGU RAFF: (Sambil berjalan ke arah pelajarnya di
kaki lima) Kamu Azim kan? Kenapa kamu kat sini?
Bukan ke tadi kamu kat sekolah ke?
AZIM: (Terkejut sambil memerhatikan Cikgunya) Cikgu?
Cikgu Raff kan? Cikgu… kenapa Cikgu? Kenapa saya
jadi macam ni Cikgu?! Cikgu tahu tak? Ni semua salah
Cikgu! Salah Cikgu! Kalau Cikgu didik saya betul-betul,
saya tak akan jadi macam ni?! (sambil menjerit ke arah
Cikgu Raff)
Cikgu Raff terus berdiri setelah mendengar ungkapan
daripada Azim. Kata-kata yang memberi tamparan besar
kepadanya. Lelaki berjubah hitam hanya berdiri kaku di
sebelahnya. Badan Cikgu Raff longlai. Tiba-tiba
badannya dilanggar seseorang.
CIKGU RAFF: Raff! Apa kau dah buat ni Raff?
(tubuhnya kaku)
UNKNOWN: Kau tengok apa yang kau buat dan
kesannya kat pelajar-pelajar kau. Fikir Raff. Kau kena
berubah. Kau kena fikir amanah dan tanggungjawab kau!
SITUASI 8:
Pada pagi keesokkannya, Cikgu Raff bertekad ingin
berubah. Mungkin pelajarnya akan pelik, namu baginya
belum terlewat melakukan perubahan. Dia begitu trauma
dengan mimpi ngeri. Walaupun jangkaan dan ramalan
sahaja, ia sangat memberi kesan kepadanya.
17
CIKGU RAFF: Bismillahirahmanirrahim. Mulakan nafas
baru (sambil keluar dari bilik guru menuju ke kelasnya)
Setibanya di kelas, keadaan kelas sama seperti semalam.
Tiada perubahan. Cikgu Raff mengeluh panjang.
Mungkin silapnya.
CIKGU RAFF: Assalamualaikum pelajar, okei harini kita
akan belajar tajuk baru. Sebelum tu tolong kemaskan dan
bersihkan kelas kamu ni. Jom kita mulakan hidup baru!.
Semua pelajar termangu-mangu, keliru barangkali
dengan perubahan gurunya. Namun tiada pilihan, pelajar
tetap menurutnya.
BAGI MELAHIRKAN GENERASI 2030 YANG
MENGAMALKAN KEMAKMURAN, TUNJANGNYA
HARUSLAH BETUL TERLEBIH DAHULU. JANGAN
JADIKAN PEPATAH MELAYU IBARAT IBU KETAM
MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN SEBAGAI AMALAN
KITA. KITA SEBAGAI BAKAL GURU PERLU
BERUBAH DEMI MELAHIRKAN GENERASI YANG
MAMPU MEREALISASIKAN KEMAHUAN NEGARA.
TAMAT
18
TEMA
Wawasan kemakmuran 2030
TAJUK
Layak
PENULIS SKRIP
MUHAMMAD IZLAN BIN MURPHY
PELAKON
Izaty - pelajar yang ditindas
Mina - ibu Izaty
Cikgu Naimah - Cikgu yang cuba untuk membantu Izaty
Cikgu Dyzah - Cikgu yang tidak telus dan bersikap pilih
kasih
Loqman - Pegawai yang menguruskan biasiswa
Cikgu Ayunis - Pengetua
Izlan - Adik Izaty
Sakirah - kakak kepada cikgu Dyzah
Mas - Anak saudara cikgu Dyzah
Alia - kawan Izaty
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama
Izaty yang telah ditindas oleh cikgunya sendiri walaupun
dia merupakan salah seorang pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam PT3. Harapan Izaty untuk
mendapatkan biasiswa sangat tinggi kerana dia memang
layak untuk mendapatkan biasiswa tersebut. Tambahan
pula, cikgu-cikgunya juga menyarankan supaya Izaty
membuat permohonan biasiswa tersebut. Namun
19
demikian, hasratnya itu tidak tercapai disebabkan oleh
kehadiran manusia yang tidak bertanggungjawab. Adakah
cikgu-cikgunya masih sanggup untuk meralisasikan
hasrat Izaty itu atau lebih memilih untuk berdiam diri?
Adakah dia berjaya mendapatkan biasiswa itu ataupun
tidak?
SITUASI 1 (SEKOLAH)
Cikgu Naimah merupakan guru kaunseling sekolah smk
jelutong dan juga merupakan guru kelas 3 bestari. Dia
merupakan seorang guru yang penyayang dan amat
mengambil berat akan pelajar-pelajarnya.
CIKGU NAIMAH: Sampai di sini sahaja pelajaran kita
pada hari ini. Kita sambung esok. Tapi ada sedikit pesanan
dari cikgu, lagi sebulan kamu semua nak menghadapi
peperiksaan PT3 kan?
PELAJAR-PELAJAR: Ya cikgu. (menjawab dengan
penuh bersemangat)
CIKGU NAIMAH: Saya nak kamu semua belajar
bersungguh-sungguh sebab pelajar yang dapat keputusan
cemerlang akan ditawarkan biasiswa.
PELAJAR-PELAJAR: waaaa…biar betul cikgu
ALIA: berapa banyak biasiswa tu cikgu??
CIKGU NAIMAH: Cikgu tak pasti pula… tapi memang
banyak la
20
PELAJAR-PELAJAR: YEAHHH!!
SITUASI 2 (RUMAH ALONG)
Along atau nama sebenarnya Izaty merupakan anak
kepada Mina (ibu along). dia merupakan anak Sulung
dalam keluarganya. Dia mempunyai dua orang adik-
beradik. Along merupakan pelajar target PT3 di
sekolahnya disebabkan oleh kebijaksanaan dan
kesungguhannya dalam pelajaran. Di sekolah Along
merupakan seorang pelajar yang bersikap pendiam dan
rajin belajar menyebabkan dia selalu mendapat markah
yang baik dalam setiap ujian. Setiap hari Along berjalan
kaki untuk sampai ke sekolah begitu juga apabila tamat
waktu persekolahan, dia terpaksa bertarung dengan
panas matahari dan hujan untuk sampai ke rumah.
Sebelum balik sekolah Cikgu Naimah mengingatkan
berkaitan dengan pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam pt3 akan layak untuk mendapatkan
biasiswa. Peringatan cikgu Naimah itu bermain-main
difikiran Izaty sehingga terbawa ke rumah.
ALONG: Assalamualaikummm…
IBU: Waalaikumsalam..Dah balik pun anak ibu…
IBU: Along…
ALONG: Ya buu…
21
IBU: Nanti tolong ibu hantarkan kuih dan nasi lemak ni
kat kedai Pak Seman yaa..
ALONG: baik ibu..
(Setelah sahaja menukar pakaian dia segera menghantar
kuih dan nasi lemak ke kedai pak Seman seperti yang
diarahkan oleh ibunya.)
SITUASI 3 (SEKOLAH)
Hari peperiksaan telah pun tiba, semua pelajar menjawab
peperiksaan di dewan peperiksaan yang telah ditetapkan.
PENGAWAS PEPERIKSAAN: Masa kamu berbaki 10
minit sahaja lagi…sila pastikan nama dan angka giliran
diisi dengan betul…(sambil berjalan untuk memantau
pelajar)
(Selang 10 minit pengawas peperiksaan mengarahkan
pelajar untuk berhenti menulis. Dengan berakhirnya
peperiksaan itu, maka pelajar 3 Bestari sudah berjaya
melepas PT3.)
(kelihatan semua pelajar gembira kerana sudah berjaya
menghabiskan PT3)
SITUASI 4 (RUMAH ALONG)
ALONG: (berjalan kearah ibunya) Ibu…minggu depan
keputusan peperiksaan akan keluar buuu…Along rasa
kalau Along dapat keputusan yang baik...Along nak
mohon biasiswa..nanti Along boleh bantu ibu dengan duit
22
biasiswa tu untuk tampung persekolahan along dan adik.
Along kesian tengok ibu..bangun awal pagi buat kuih
lepas tu nak siapkan keperluan kami ke sekolah setiap
hari..
IBU: Along… (pegang tangan Along) tu kn dah memang
tanggungjawab ibu untuk besarkan along dan
adik…Along jangan risau pasal ibu..ibu dah biasa dengan
semua ni (senyum kepada Along)…dah la Along pergi
bersiap cepat nak lewat dah kamu ni…
ALONG : Baik buu..sayang ibu (peluk ibu)
(Seperti biasa along pun ke sekolah dengan berjalan
kaki.)
SITUASI 5 (SEKOLAH)
Keputusan PT3 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Semua pelajar riuh dan
keadaan sekolah agak tidak terkawal. Along dan kawan-
kawannya segera mendapatkan keputusan mereka.
SITUASI 6 (RUMAH)
Apabila melihat rumahnya Along segera berlari kerana
dia tidak sabar menunjukkan keputusannya itu kepada
ibunya.
ALONG: Ibuuu..ibuuu..oohh ibuuu.. (jeritan
kegembiraan)
23
IBU: ya..ya..ibu kat dapur ni.
ALONG: Ibu..Along dapat 7A ibu…(nada suara
gembira)
IBU: Ye ka Along..Alhamdulillah..pandainya anak
ibu…(memeluk Along).
ALONG: Mestilah bu…buu ibu letak kat mana fail
peribadi along? (sambil tercari-cari failnya).
IBU: Ada tu haa..atas almari..
ALONG:(berlari sambil bawa beg).
IBU: kamu nak kemana tu Along??
ALONG: Mohon biasiswa buu..
(Selepas sahaja Along mendapatkan keputusan PT3, dia
segera ke sekolah semula untuk mengisi borang
permohonan biasiswa.)
SITUASI 7 (SEKOLAH)
Bunyi loceng pertama menunjukkan bermulanya kelas
Cikgu Naimah di kelas 3 Bestari. Pada hari itu, cikgu
Naimah memberitahu pelajarnya bahawa keputusan
biasiswa telah pun dikeluarkan oleh KPM.
CIKGU NAIMAH: Keputusan Biasiswa dah
keluar..kamu semua boleh tengok di papan kenyataan di
depan bilik saya.
24
ALIA: Jom kita pergi tengok…kata Alia kepada
kawannya..
PELAJAR-PELAJAR: JOM!!! (berlari ke depan bilik
cikgu Naimah )
ALONG: hmmm (muka sedih)
(Keputusan biasiswa seolah-olah mimpi buat along
kerana dia sangat yakin bahawa dia layak untuk
mendapatkan biasiswa itu. Kekecewaan ini menyebabkan
along berasa sangat sedih dan dia tidak sampai hati untuk
menyampaikan berita sedih ini kepada ibunya.)
SITUASI 8 (RUMAH ALONG)
Setibanya sahaja di rumah seperti biasa dia akan mencari
ibunya untuk menceritakan peristiwa yang berlaku di
sekolahnya pada hari itu.
ALONG: ibu…Along tak dapat biasiswa bu…( sedih)
IBU: tak pe lah along..bukan rezeki along..Nanti adalah la
tu rezeki lain yang akan datang (suara sayu)
SITUASI 9 (SEKOLAH)
Pada suatu hari along tekad untuk bertanya kepada
cikgunya dan mengetahui punca dia tidak berjaya
mendapat biasiswa. Along berjumpa dengan cikgu
Naimah untuk meminta bantuan.
25
ALONG: (ketuk pintu cikgu naimah ) boleh saya masuk
cikgu..
CIKGU NAIMAH: ya boleh.. (sambil mengemaskan
failnya) duduklah izaty..ada apa izaty datang berjumpa
dengan cikgu ni?
ALONG: Cikgu saya nak tanya...kenapa saya tak dapat
biasiswa…cikgu cakap hari tu siapa yang dapat keputusan
cemerlang akan dapat biasiswa..
CIKGU NAIMAH: awak tak dapatkah??…berapa
keputusan kamu..?
ALONG: 7A cikgu…
CIKGU NAIMAH: Ibu bapa kamu kerja apa??
ALONG: Ibu menoreh getah, pagi buat kuih..Ayah saya
dah lama tak da cikgu..Saya ada empat orang adik beradik
dan semua masih lagi belajar..Saya anak sulung cikgu..
CIKGU NAIMAH: Cikgu tak pasti kenapa kamu tak
dapat, kalau ikut syarat kamu memang layak ni.. tak pe
..nanti cikgu usaha untuk bantu kamu yaa..(pegang
tangan Along)
ALONG: baik cikgu saya berharap sangat dapat biasiswa
ni…(sedih)
CIKGU NAIMAH: tak pe…jangan sedih…nanti cikgu
akan tanya cikgu Dyzah ya…
26
ALONG: ok baik cikgu…
SITUASI 10 (SEKOLAH)
Selepas sahaja cikgu Naimah mendengar luahan hati
Izaty, dia segera berjumpa dengan Cikgu Dyzah. Cikgu
Dyzah merupakan cikgu yang menguruskan berkaitan
dengan biasiswa pelajar.
CIKGU NAIMAH: (Mengetuk pintu cikgu Dyzah)
Assalamualaikum...
CIKGU DYZAH: waalaikumsalam...masuk..duduklah
cikgu Naimah..ada apa cikgu datang berjumpa dengan
saya?
CIKGU NAIMAH: Cikgu ada seorang pelajar ni datang
berjumpa dengan saya dan bertanya...kenapa dia tak dapat
biasiswa walaupun dia mempunyai keputusan yang baik.
CIKGU DYZAH: ok, macam ni cikgu Naimah untuk
biasiswa, hanya 10 orang bagi setiap sekolah sahaja yang
akan dapat dan 10 orang yang terpilih itu hendaklah
memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
CIKGU NAIMAH: ya..tu saya tau cikgu..tapi, pelajar ni
merupakan pelajar yang cemerlang dalam PT3.
Tambahan pula, pelajar ni juga merupakan pelajar yang
tergolong dalam pelajar yang mempunyai kedudukan
pendapatan yang rendah. Sebab tu saya pelik...kenapa dia
tak layak dapat biasiswa itu.
27
CIKGU DYZAH: Berkaitan layak atau tak layak saya tak
pasti pula cikgu. Semua keputusan bukan terletak di
tangan saya (senyum ketakutan)
SITUASI 11 (KANTIN SEKOLAH)
Peristiwa imbas kembali perbualannya dengan kakaknya.
CIKGU DYZAH: baik akak saya akan bantu Mas untuk
dapatkan biasiswa itu
KIRA: begitulah adik akak..hahaha (ketawa gembira)
SITUASI 12 (SEKOLAH)
Selesai saja berjumpa dengan cikgu Dyzah, cikgu naimah
terus berhubung dengan pihak yang mengurus biasiswa
tersebut.
CIKGU NAIMAH: (menelefon telefon kementerian)
Assalamualaikum cik, boleh saya bercakap dengan pihak
yang menguruskan berkaitan dengan biasiswa?
LOQMAN: ya, saya..
CIKGU NAIMAH: nama saya Naimah binti Abdul, saya
merupakan cikgu kanseling di sekolah SMK Perempuan
Jelutong..saya nak tanya berkaitan dengan permohonan
biasiswa pelajar saya yang bernama Nurizaty binti Azmi
…mengapa dia tak layak mendapat biasiswa??
28
LOQMAN: sekejap yang cikgu saya periksa terlebih
dahulu nama tersebut...(sambil mengambil fail pemohon
biasiswa)
CIKGU NAIMAH : baik cik
LOQMAN: maaf cikgu..penama tu tiada dalam senarai
nama yang menghantar borang permohonan biasiswa.
CIKGU NAIMAH: tiada dalam senarai…takkan Izaty
tidak menghantar borang tu (bisik hati kecil cikgu naimah)
cik boleh tolong periksa sekali lagi tak??
LOQMAN: penama tersebut memang tal ada cikgu..dia
tak isi borang permohonan agaknya..
CIKGU NAIMAH: mustahil (berbisik dalam hati) ok la
kalau macam tu..terima kasih cik kerana sudi meluangkan
masa..maaf ganggu (meletakkan telefon)
LOQMAN: sama-sama cikgu
SITUASI 13 (BILIK CIKGU DYZAH)
Lamunannya terhenti sebaik sahaja pintu biliknya
diketuk.
CIKGU NAIMAH: ketuk pintu cikgu dyzah..
CIKGU DYZAH: Masuk…(dia memegang borang
permohonan Izaty)
29
CIKGU NAIMAH: kertas apa yang cikgu sorokkan tu ??
CIKGU DYZAH: tak da la cikgu..bukan kertas apa pun
(muka takut)
CIKGU NAIMAH: tu borang permohonan biasiswa
kan??
CIKGU DYZAH: tak la cikgu…
CIKGU NAIMAH: (mengambil kertas tersebut daripada
tangan cikgu Dyzah)
CIKGU DYZAH: cikgu…(suara marah) apa ni!!
CIKGU NAIMAH: tergamak cikgu buat benda terkutuk
ni..cikgu telah melakukan satu penindasan..cikgu tau
takk..cikgu tau tak zaty tu orang susah dan sangat
mengharapkan biasiswa itu. Ini tidak adil cikgu. Saya
akan melaporkan perkara ini kepada pengetua.
CIKGU DYZAH: cikgu..saya tak berniat nak menindas
zaty..tapi…
CIKGU NAIMAH: dah la cikgu..saya minta diri dulu.
CIKGU DYZAH : cikgu…..
(Cikgu naimah dengan segera keluar daripada bilik cikgu
dyzah dan terus ke bilik pengetua untuk melaporkan hal
yang sebenar)
SITUASI 14 (SEKOLAH)
30
Cikgu Naimah mengetuk pintu bilik pengetua untuk
melaporkan ketidakadilan Cikgu Dzyah
PENGETUA: Masuk…
CIKGU NAIMAH: Assalamualaikum cikgu, saya nak
melaporkan berkaitan dengan ketidaktelusan Cikgu
Dyzah yang tidak menghantar borang permohonan
biasiswa Izaty..saya kesian dengan Izaty Cikgu dia
sepatutnya layak mendapat biasiswa tetapi disebabkan
oleh ketidaktelusan Cikgu Dyzah yang tidak menghantar
borang permohonannya…Izaty tak dapat biasiswa itu
cikgu.
PENGETUA: kamu yakin ka yang Cikgu Dyzah
melakukan perkara terkutuk tu?
CIKGU NAIMAH: ya cikgu..saya sendiri nampak borang
permohonan Izaty masih dipegang oleh Cikgu Dyzah
semasa saya hendak berbincang dengannya berkaitan
dengan perkara ini…
PENGETUA: okay tak apa cikgu…nanti saya panggil
cikgu Dyzah untuk bincang berkaitan masalah ini ya…
CIKGU NAIMAH: okay baik cikgu..saya hanya kesian
dengan Izaty..dengan kehidupannya yang susah… tambah
lagi dengan ketidakadilan ini..harap cikgu dapat bantu…
(Setelah mendengar laporan itu, Pengetua terus
memanggil Cikgu Dyzah ke biliknya.)
31
SITUASI 16 (BILIK PENGETUA)
Cikgu Dyzah pergi berjumpa dengan Pengetua untuk
membincangkan masalah ini.
CIKGU DYZAH: (mengetuk pintu)
PENGETUA: masuk…ha Cikgu Dyzah…duduk..
CIKGU DYZAH: ya Cikgu…(suara ketakutan)
PENGETUA: Cikgu…apa ni (nada marah)?? Cuba
Cikgu jelaskan…
CIKGU DYZAH: saa…saa…saya… (takut)
PENGETUA: Cukup Cikgu…saya dah tau semuanya
dah…cikgu tau tak perbuatan cikgu ni salah…Cikgu telah
menganiayai pelajar Cikgu sendiri…kenapa ni
cikgu…sepatutnya sebagai seorang guru kamu perlu
menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar
Cikgu…mana sifat ihsan dan akauntibiliti cikgu??
tergamak cikgu melakukan benda terkutuk tu…cikgu tak
kesian ka dengan pelajar tu…cikgu telah merampas hak
yang sepatutnyanya dia dapat tau…
CIKGU DYZAH: maafkan saya cikgu…(menangis)
PENGETUA: kalau begini la sikap cikgu…macam mana
kita nak membantu orang yang susah…macam mana kita
nak menyeimbangkan jurang kehidupan antara yang kaya
dan yang miskin kalau yang kaya semakin kaya dan yang
32
miskin tidak dibantu? Sikap masyarakat seperti cikgu ni
lah yang menyukarkan negara kita untuk mencapai
wawasan kemakmuran 2030. Kita tidak akan dapat
mencapai wawasan tu sekiranya kita sebagai guru
bersikap tidak adil dan tidak telus dalam melakukan
tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Saya tak
kesah apapun sebab yang awak berikan…saya nak cikgu
perbetulkan semula keadaan ni.
CIKGU DYZAH: (menangis)
(Selepas sahaja pengetua menegur perbuatan Cikgu
Dyzah, cikgu dyzah berasa sangat bersalah dan
memikirkan semula cara untuk memperbetulkan semula
keadaan.)
SITUASI 16 (RUMAH ALONG)
Cikgu Dyzah pergi kerumah Along berjumpa dengan
Along dan ibunya untuk menceritakan punca Along tidak
mendapat biasiswa. Kelihatannya Along tidak dapat
menerima semua penjelasan yang diceritakan oleh cikgu
Dyzah dan berasa sangat marah dengan cikgu Dyzah.
Namun demikian, ibu Along yang bersifat menyabar
memujuk dan berjaya melembutkan hati along untuk
memaafkan cikgu Dyzah.
CIKGU DYZAH: Assalamualaikum (suara sayu)
ADIK ALONG: Waalaikumsalam …ibu…ada orang
datang…(menjerit)
33
IBU: ya Angah…siapa tu (menjerit dari dapur)
ADIK ALONG: tak tau siapa…
IBU: kejap ibu keluar..
(Selepas sahaja terlihat wajah ibu Izaty, cikgu Dyzah
menitiskan airmata.)
IBU: cari siapa cik ? (sambil mengelap tangannya dengan
menggunakan kain lap)
CIKGU DYZAH : saya cikgu Izaty…
IBU: oh cikgu izaty…(lalu menjerit memanggil izaty) ada
cikgu kamu datang ni…
ALONG: ya bu…(berlari kerana dia beranggapan cikgu
Naimah yang datang) Cikgu Dyzah …(muka terkejut)
CIKGU DYZAH: Izaty cikgu nak minta maaf…kerana
cikgu la izaty tidak dapat biasiswa…cikgu yang tak hantar
borang permohonan izaty kepada kpm…cikgu nak minta
maaf… cikgu memilih untuk menghantar borang
permohonan Alia kerana Mas anak sedara saya…saya
terlah bersikap pilih kasih kepada Izaty…Izaty memang
layak untuk mendapatkan biasiswa tu…(menangis)
ALONG: (terdiam) tak sangka cikgu tergamak buat
macam tu kepada Izaty…saya tak akan maafkan
cikgu..cikgu tau tak Izaty sangat memerlukan biasiswa
34
tu…Cikgu lihat la sendiri kehidupan Izaty macam mana
(menunjuk penjuru rumahnya)…
IBU: Along tak baik cakap macam tu dekat cikgu Along
(pegang tangan along)…Along setiap manusia akan
melakukan kesilapan…kita tiada hak untuk menghukum
orang long…tak berkat ilmu tau long kalau kita biadab
dengan cikgu…
ALONG: Ya saya tau ibu…tapi ni dah melampau takkan
hanya kerana Mas tu anak sedaranya dia sanggup
mengetepikan orang yang seharusnya layak untuk
mendapatkan biasiswa…(suara marah)
IBU: nasi dah menjadi bubur along…tak perlu la kita
salahakan cikgu along tu…anggap je la bukan rezeki…
ALONG: (terdiam)
CIKGU DYZAH: maafkan cikgu Izaty…(pegang tangan
along) cikgu akan cuba untuk membantu Izaty untuk
mendapatkan semula biasiswa tu..cikgu janji…
ALONG: maafkan Izaty juga cikgu kerana bersikap
biadab terhadap cikgu…saya hanya terlalu
emosi…maafkan saya…(peluk cikgu Dyzah)
SITUASI 17 (SEKOLAH)
Selang beberapa minggu daripada kejadian tersebut,
namanya Izaty disebut semasa hari penyampaian
anugerah dan biasiswa kepada pelajar yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam PT3 dan kepada yang
layak mendapat biasiswa. Izaty sangat terkejut apabila
35
namanya disebut dalam golongan yang layak mendapat
biasiswa. Sebaik sahaja menerima anugerah tersebut, dia
segera mencari cikgu Naimah dan cikgu Dyzah untuk
mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan
untuk memenuhi hasratnya untuk mendapatkan biasiswa.
TAMAT
36
TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030
TAJUK:
Lolos
PENULIS SKRIP
Atikah binti Abd Rohim
PELAKON
Cikgu Amir: Guru tingkatan 5 Hydra
Zack: Pelajar yang miskin
Khai: Pelajar yang terlibat dengan masalah gangsterisme
Cikgu Zulaikha: Guru penyelia tingkatan 5
Pelajar 1: Ketua kelas
Pelajar 2: Pelajar yang melaporkan kepada guru kes
pergaduhan
Abang busker: Abang yang mengajar Zack bermain
keyboard
Anak yatim Darul Ehsan 1: Syerah
SINOPSIS
Cikgu Amir telah bersara dari dunia perguruan. Namun
begitu, beliau teringat kembali saat beliau baru bergelar
seorang guru. Detik-detik awal dalam dunia perguruan
menyebabkan beliau bertemu Zack dan Khai. Dua orang
pelajar yang hanyut dan leka dalam dunia mereka sendiri.
Zack ialah pelajar yang berasal dari keluarga yang miskin
manakala Khai berasal dari keluarga yang kaya dan
merupakan ketua gangster di sekolah. Kehadiran pelajar
37
ini telah mengajar Cikgu Amir untuk menjadi guru dalam
erti kata yang sebenar.
SITUASI 1
Angin petang menghembus lembut menampar wajah
Cikgu Amir yang semakin berkedut. Dia duduk di bangku
sambil memegang sebingkai gambar lama . Dia
tersenyum. (flashback ketika baru posting).
SITUASI 2
Hari pertama mengajar di sekolah. Cikgu Amir
melangkah dengan penuh bersemangat memasuki kelas 5
Hydra. Semua mata tertancap kearah beliau.
KETUA KELAS: Bangunn!!. Assamualaikum cikgu…!
(Semua pelajar bangun dan memberi salam)
CIKGU AMIR: Waalaikumsalam. Semua boleh duduk.
(Pelajar perempuan mula berbisik)
CIKGU AMIR: Nama cikgu, Cikgu Amir bin Rusmi.
Cikgu akan mengantikan Cikgu Fatimah sebagai guru
kelas kamu semua. Sebarang masalah boleh berjumpa
dengan cikgu. Sebelum kita memulakan kelas, cikgu nak
check kehadiran dulu. (Cikgu Amir mula memanggil
nama setiap pelajar)
Zakrul Muiz bin Hisyam? . (Tiada respons) Khairul Afiq?
38
PELAJAR 1: Zack dengan Khai pergi tandas cikgu!
(Cuba untuk cover kawan )
CIKGU AMIR: Baiklah! (Cikgu Amir mula mengajar)
(Setengah jam kemudian, bunyi bising kedengaran di
hujung koridor kelas)
PELAJAR 2: Cikgu! Cikgu! Khai gaduh! (Pelajar kelas
lain meluru dari luar kelas kearah Cikgu Amir)
CIKGU AMIR: (Keadaan kelas menjadi riuh. Semua
pelajar cuba untuk pergi melihat pergaduhan tersebut)
Semua pelajar duduk! Sesiapa yang berani berganjak dari
tempat duduk, cikgu denda!.(Semua pelajar terdiam).
Cikgu Amir melangkah keluar bersama pelajar 2 untuk
meleraikan pergaduhan. Beliau terkejut melihat
pergaduhan tersebut.
CIKGU AMIR: (Dalam nada yang marah).Semua
berhenti!!..........
KHAI: Kau siapa?!!( Dalam nada yang marah)
PELAJAR 2: Dia cikgu baru kelas kaulah (berbisik
kepada Afiq)
CIKGU AMIR: Ooo.. awaklah Khai. Sudah. Ikut saya.
Ketika menuruni anak tangga beliau melihat seseorang
yang duduk diam memerhati beliau. Baju sekolahnya
lusuh dan kasutnya sedikit koyak. Cikgu Amir terdiam.
39
CIKGU AMIR: Nama awak siapa?
ZACK: Zack, cikgu! Zakrul Muiz!
CIKGU AMIR: (Beliau bermonolog dalam hati) Eh,
budak ni student kelas aku!
CIKGU AMIR: Kenapa awak dekat sini?
ZACK: (Senyap dan tiada jawapan)
CIKGU AMIR: Awak berdua ikut saya .
SITUASI 3:
Cikgu Amir mendenda mereka di luar kelas.
CIKGU AMIR: Kenapa awak bergaduh? (Bertanyakan
kepada Afiq)
KHAI: Saya memang suka gaduh. Cikgu apahal?
(Dengan nada angkuh)
CIKGU AMIR: Ha, awak pulak. Kenapa tak masuk kelas?
ZACK: Saya… saya.. ermm…(dengan teragak-teragak
sambil menguis kaki)
CIKGU AMIR: Saya apa? (dengan nada yang tinggi)
ZACK: (diam)
40
Mereka berdua dibawa berjumpa cikgu disiplin.
Kring!!Tamat sesi persekolahan. Cikgu Amir melangkah
ke bilik guru dengan keluhan.
CIKGU AMIR: Ya Allah, hebatnya dugaan hari
pertamaku (monolog)
Cikgu Zulaikha yang juga merupakan guru penyelia
Tingkatan Lima mendekati Cikgu Amir.
CIKGU ZULAIKHA: Kenapa nampak stress sangat ni?
CIKGU AMIR: Baru hari pertama cikgu tapi ya Allah
dugaannya.. Seorang bergaduh dengan pelajar lain. Yang
seorang tu bila ditanya kenapa tak masuk kelas, dia
senyap
CIKGU ZULAIKHA: (Tersenyum). Apa kata awak cuba
lihat profil pelajar. Mesti awak akan faham
Cikgu Amir melangkah untuk melihat kedua-dua fail
profil pelajar tersebut.
SITUASI 4
Gambaran kehidupan Zack sambil suara latar( monolog)
Nama aku Zack. Keluarga aku susah. Aku ada lima adik
beradik. Aku sulung. Aku minat gilaaaa dengan keyboard
tapi aku tiada duit. Aku hanya mampu tengok orang main
di jalanan. Setiap kali aku balik sekolah, aku akan singgah
ke tempat busking dekat pekan. Aku memerhati setiap jari
41
jemari yang bermain di atas keyboard. Lelaki yang
bermain keyboard itu perasan akan kehadiranku kerana
setiap kali mereka busking pasti aku akan terpacak di
hadapan dia. Suatu hari, dia bertanya kepadaku, “Adik,
adik minat nak main keyboard ke?’’.Aku mengangguk.
“Sebenarnya, aku sangat berminat untuk bermain alat
muzik terutamanya keyboard tetapi aku tidak mampu
untuk membelinya kerana ia sangat mahal bagiku “ Ujar
Zack. Sejak hari itu, lelaki tersebut mengajar aku bermain
keyboard setelah mereka tamat busking. Aku mahir
bermain keyboard disebabkan abang itu.Namun begitu,
aku tidak ada keyakinan untuk bermain di khalayak ramai.
Cikgu Amir terdiam. Kemudian, dia menyelak profil Khai.
Aku Khai. Aku anak tunggal. Aku tinggal di banglo
mewah. Mak ayah aku sibuk bekerja. Aku selalu tinggal
seorang diri di rumah. Mereka tidak pernah kisah dengan
apa yang aku lakukan. Semua perkara yang aku mahu
mereka akan tunaikan. Aku nak motosikal besar mereka
bagi.Aku nak duit mereka bagi. Namun begitu, hidup aku
kosong. Harap rumah besar tapi jiwa aku kosong. Aku
pergi sekolah pun sebab aku seronok bila boleh buli orang
lain. Aku rasa puas apabila dapat pukul kawan.
Cikgu Amir menutup fail tersebut dan beliau berfikir
sejenak.
SITUASI 5
Keesokannya, di dalam kereta. Di corong
radio,penyampai radio membuat hebahan.
42
Talent show kembali! Jangan lepaskan peluang untuk
serlahkan bakat anda.. Temui kami di dewan tun sri
lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perdana pada
5 mei 2020. Sesi pemilihan akan berlangsung dari jam 9
pagi sehingga 5 petang. Mungkin anda yang kami
cari.Anda boleh melayari laman web Ceria fm untuk
maklumat lanjut atau hubungi kami di 1 800 88 1313
CIKGU AMIR: Eh! Sekolah aku. Ini peluang yang terbaik
untuk anak murid aku (monolog)
Cikgu Amir memanggil Zack ke bilik guru ketika waktu
rehat.
ZACK: Ya cikgu,
CIKGU AMIR: Awak minat muzik?
ZACK: Minat cikgu.
CIKGU AMIR: Awak berminat tak kalau cikgu nak awak
masuk pertandingan ini? (sambil menunjukkan iklan
Talent Show)
ZACK: Tapi cikgu.. tapi saya tak yakinlah cikgu. Lagipun
saya tak ada duit untuk beli keyboard.
Cikgu Amir: Saya yakin awak boleh. Saya tahu awak ada
potensi untuk menang. Pasal keyboard saya boleh mohon
kepada pihak sekolah untuk pinjam alatan muzik tersebut.
ZACK: Cikgu… (dengan muka terharu)
43
Hari kejadian telah tiba.
Zack melangkah masuk ke dalam dewan Tun Sri Lanang.
Dia ternampak susuk tubuh Cikgu Amir di meja
pendaftaran. Perasaan gemuruh menyelebungi dirinya
CIKGU AMIR: Tidak mengapa. Cikgu ada sisi kamu.
Mainlah dengan perasaan seronok. Hari ini hari kamu.
Main dengan sepenuh jiwa. Hiraukan sekeliling.
ZACK: (Tersenyum lalu menunggu giliran)
Lantunan irama daripada keyboard memukau seluruh
dewan.
CIKGU AMIR: Wowwww anak murid saya. (tepukan
yang gemuruh dari seluruh dewan)
PENGACARA MAJLIS: …dan tempat pertama jatuh
kepada….. Zakrul Muiz bin Hisyam
CIKGU AMIR: Zack!!! (Teruja sambil berdiri lalu
meluru ke arah Zack)Tahniah Zack!
ZACK: Terima kasih cikgu.
Ketika meraikan kemenangan tersebut, ada sepasang
mata yang memerhati gelagat mereka lalu dia mendengus
sambil berlalu pergi.
CIKGU AMIR: Khai? (Perasan akan kehadiran Khai)
44
SITUASI 6
Khai berjalan kaki pulang ke sekolah disebabkan
motosikalnya masih di bengkel. Cikgu Amir yang terlihat
Khai berjalan seorang memperlahankan kereta lalu
menegur Khai.
CIKGU AMIR: Khai!
KHAI: Ek eleh mamat ni lagi (monolog sambil muka
menyampah)
CIKGU AMIR: Jom , cikgu hantar!
KHAI: Buang tabiat ke cikgu nih!(monolog)
CIKGU AMIR: Jomlah, cikgu hantar sampai rumah.
KHAI: Ya lah (dengan perasaan rimas)
Suasana dalam kereta senyap
CIKGU AMIR: Rumah Khai dekat mana?
KHAI: Taman Utama.
CIKGU AMIR: Siapa ada dekat rumah?
KHAI: (Senyap)
CIKGU AMIR: Khai?
45
KHAI: Cikgu ni bisinglah. Kenapa cikgu nak tahu pasal
keluarga saya. Cikgu takkan faham apa pun (Menjerkah
kepada Cikgu Amir)
CIKGU AMIR: (Senyap dan terus memandu)
Setelah 40 minit perjalanan, mereka sampai ke suatu
tempat tapi Khai berasa pelik.
KHAI: Eh,cikgu ni bukan rumah saya. Kenapa kita depan
rumah anak yatim ni?
CIKGU AMIR: Turun dan ikut cikgu
Cikgu Amir keluar dari kereta lalu menyapa anak-anak
yatim di situ.
CIKGU AMIR: Assalamualaikum..
ANAK-ANAK YATIM: Waalaikumsalam.. Abang
Amir! (Wajah riang terserlah di riak wajah mereka)
KHAI: Siapa tu cikgu? (Dengan riak wajah tertanya)
CIKGU AMIR: Adik-adik cikgu
Khai terpinga-pinga. Cikgu Amir berlalu pergi untuk
berjumpa pengurus rumah anak yatim tersebut
ANAK YATIM 1: Abang ni anak murid Abang Amir ke?
(Mendekati Khai)
46
KHAI: Ha ah. Adik lukis apa tu?
ANAK YATIM 1: Keluarga adiklah tapi mak ayah adik
dah lama tinggalkan adik. Mereka sedang berehat di
taman-taman syurga. Abang nak tahu kenapa?
Khai terdiam
ANAK YATIM 1: Sebab… mereka nak selamatkan adik
denga kakak daripada dijilat api tetapi mereka yang
terkorban. Tapi adik percaya mereka buat begitu sebab
mereka sayang adik dengan kakak. Abang sayang mak
ayah abang tak?
Muka polos itu meminta jawapan daripada Khai.
KHAI: Sa..sa..yang (dengan tergagap kerana masih
terkejut dengan soalan tersebut)
Cikgu Amir menyapa dari belakang
CIKGU AMIR: Khai, sini kejap
KHAI: Cikgu, kenapa cikgu bawa saya ke sini?
CIKGU AMIR: Cikgu bawa kamu datang tengok
keluarga cikgu.
KHAI: Keluarga?
47
CIKGU AMIR: Ya. Keluarga cikgu. Cikgu dah anggap
mereka sebagai keluarga besar cikgu.
KHAI: (Bingung)
CIKGU AMIR: Awak patut bersyukur. Awak masih ada
mak ayah. Masih ada tempat bergantung. Awak rasa mak
ayah tak sayang awak?. Awak silap. Kalau mereka tak
sayang awak mereka tak akan hantar awak ke sekolah.
Mereka berusaha cari duit untuk bagi awak senang. Awak
lihat mereka. Mereka tidak ada mak ayah tapi mereka
berusaha untuk banggakan mak ayah mereka. Balik ni
awak cuba berbual dengan mak ayah awak. Rebut masa
untuk berbual dengan mereka. Tidak ada mak ayah di
dunia ini yang tidak sayang kepada anaknya.
KHAI: (Terdiam dan muka sedih)
SITUASI 7
Selang beberapa bulan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Sri Perdana mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat
sekolah. Cikgu Amir mendapat anugerah Guru
Penyayang hasil daripada undian para pelajar. Khai dan
Zack melompat gembira. Namun begitu, sesuatu yang
tidak terduga terjadi pada hari itu.
KHAI: Zack. Nanti lepas habis majlis, kita pergi jumpa
Cikgu Amir nak tak?. Aku ada hadiah nak bagi dekat
cikgu.
ZACK: Ha. Okay juga sebab aku pun ada hadiah nak bagi
dekat cikgu.
48
Usai majlis di dewan Tun Sri Lanang, Cikgu Amir
bergerak ke bilik guru untuk mengemas barang untuk
pulang. Namun begitu, wajahnya kelihatan lesu dan tidak
bermaya. Sedang asyik dia mengemas..
ZACK: Assalamualaikum cikgu!
CIKGU AMIR: Waalaikumsalam. Eh Zack. Ya. Kenapa
cari cikgu?
ZACK: Khai! Khai!. Marilah sini . (Sambil memanggil
Khai). Tadi kau yang ajak jumpa cikgu. Ni menikus
belakang pintu pulak.
CIKGU AMIR: Khai? Mana Khai? Yang menyorok situ
kenapa?
KHAI: Taklah cikgu. Mana ada saya menyorok.(Muka tak
bersalah)
CIKGU AMIR: Ya ada apa?. Cikgu nak balik dah ni.
Uhuk Uhuk (Sambil terbatuk-batuk)
ZACK: Cikgu . Nah. Ni hadiah untuk cikgu (sambil
menghulurkan bungkusan hadiah).
Terima kasih cikgu sebab yakinkan diri saya untuk
serlahkan bakat yang saya ada. Saya sedar bahawa saya
tidak sepatutnya jadikan kemiskinan sebagai penghalang
untuk saya ceburi apa yang saya minati.Sebenarnya saya
dapat tawaran untuk untuk bermain keyboard di bawah
49
sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur tapi selepas
saya tamat SPM lah.
CIKGU AMIR: ya Allah Zack . Tahniahhh!. Cikgu
doakan yang terbaik untuk kamu. Uhuk (batuk semakin
kuat)
KHAI: Cikgu. Erm.. Saya nak mohon maaf pada cikgu
sebab saya selalu biadap dengan cikgu. Cikgu, cikgu nak
tahu tak?. Bila saya balik dari rumah anak yatim tu, saya
berbual dengan mak ayah saya dan rupa-rupanya mereka
risau terhadap saya. Mereka runsing sebab saya selalu
terlibat dengan masalah disiplin. Ya lah. Saya asyik gaduh
ja lepas tu mereka kena panggil ke sekolah. Saya minta
maaf dan berterus- terang dengan mak ayah saya. Selepas
itu, setiap hujung minggu kami akan akan luangkan masa
bersama. Ya. Saya sayang mak ayah saya.Cikgu, Ni
hadiah untuk cikgu..Terima kasih cikgu.
CIKGU AMIR: Khai…Khai… (nada tergelak
kecil).Cikgu tahu awak anak yang baik. Cikgu tak
salahkan awak pun. Cikgu…Uhuk!Uhuk! (Batuk keluar
darah dan pengsan)
KHAI: Ya Allah, cikgu!!Cikgu ! Bangun cikgu ! Jangan
takutkan kami. Zack, darahhh!(Memanggil Zack)
SITUASI 8
(flashback ke depan).
50