orang-orang tualah. Haihhh, hello kita ni sudah dalam
tahun 2020, Cik Nurin Farhana. (Mendengus kemarahan).
(Kelihatan Hadi tercungap-cungap kearah mereka)
HADI: Maaf semua kawe lewat sikit.
JULIA: (Cekak pinggang kemudian memarahi Hadi)
Lambat sikit kau cakap? 15 minit kau lewat! Saya paling
tidak sukalah dengan orang yang tidak boleh patuhi masa,
kau tahu ka?
HADI: Huk aloh dio ni. Kan dah mintok maaf. Lagipun
kawe jale kaki je mari sini. Tak macam mu naik motor.
(muka mengejek Julia)
JULIA: Tiada maaf bagimu, Anda rasa saya ada masa
untuk sakit kepala? (berlalu pergi kearah Nurin dan
Wawa sambil menyindir Hadi)
(Mereka pun duduk bersila dengan membuat bulatan.
Julia kelihatan seperti tiada mood)
NURIN: Ok guys so mahu mula daripada mana ni? Any
idea? Anyone? (memandang kearah kawan-kawannya)
WAWA: Hmm.kita punya konsep tentang wawasan 2030
kan? So kita kena bayangkan apa yang berlaku pada
negara kita pada tahun 2030.
HADI: Good idea Wawa, tapi kawe susoh nak bayang
pulak. (lalu ketawa dengan jenaka sendiri)
201
JULIA: Tidak boleh harapanlah kau ni, ingat kelakar ka?
Apa kata kita buat tentang pembangunan negara pada
masa 2030 tu. Kita masukkan elemen wawasan 2030.
HADI: Bagus Julia, otakmu memang bijok. (memuji
untuk meredakan kemarahan Julia). Kalu mace tu kita
buat ikut negeri mana yang mundur daripada segi
pembangunan ekonomi dan lain-lain.
JULIA: Well. See the leg la. (Julia tersenyum bangga
dengan muka yang berlagak)
NURIN: Ok bagus juga tu, so antara negeri yang perlukan
perhatian adalah Kelantan, Sabah dan Sarawak.
JULIA: Ok saya ada idea, saya rasa kita pilih negeri Sabah
sebab saya membesar di sana. Jadi saya tahu macam mana
keadaaan sana. (teruja dengan ideanya sendiri)
HADI: (membantah dan menggelengkan kepala) Kawe
kurang setuju, kawe raso molek kita buat negeri Kelate.
Kelate sekarang pun tak maju, lagipun Kelate penuh
dengan budaya mace alat muzik, makanan, tarian dan
lain-lain.
JULIA: Habis kau ingat Sabah tiada ka semua tu? Sabah
lagi unik lah daripada Kelantan kau tu!
HADI: Kelantan lagi unik sebab Kelantan dikenali
dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung
Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi Mekah
202
pada masa dulu. Mu ada ke? Yang lagi best orang
Kelantan hensem-hensem belaka macam aku ni ha.
(berjalan dengan bergaya di depan Julia)
JULIA: (buat mimik muka nak muntah). Eeeuww. Orang
buta ja cakap kau hensem. Hello Sabah pun ada ok. Kau
ingat negeri kau ja ada. Sabah lagi special sebab ada lebih
50 etnik dekat sana. Kau bayangkan betapa banyaknya
budaya dekat sana. Lepas tu dekat sana tempat yang
cantik-cantik yang dekat Kelantan tidak ada. Saya bukan
mahu menangkan negeri saya, tapi sudah kenyataan.
Sabah pun ada nama gelaran dia sendiri, Negeri Di Bawah
Bayu. So kau tidak payah bangga sangat dengan Kelantan
kau tu. Kawe kawe. Bahasa pun pelik. Macam orang
malas mau bercakap ja. (nada tegas dan membuat muka
yang garang).
NURIN:(menyindir Hadi dan Julia) haa gaduh lagi gaduh
lagi. Sampai bila-bila pon takkan selesai masalah kalau
takde yang nak mengalah. Lagi satu macam mana kita nak
capai wawasan kesemakmuran 2030 kalau ada rakyat
Malaysia macam korang berdua ni. Bak kata Cikgu
Suraya, merasakan kaum dia lebih baik atau bersifat
etnosentrisme. Ha macam korang berdua la ni. Masing-
masing nak menangkan negeri sendiri. Ingat Julia dan
Hadi, kita ni satu Malaysia. Kita kena ada rasa saling
sayang menyayangi antara satu sama lain. Tak kisahla
daripada negeri mana sekalipun. Semua kita kena sayang
dan hormati budaya dan keunikan masing-masing
walaupun kita banyak perbezaan dan dilahirkan di dalam
negeri yang berbeza tapi kita tetap sama.
203
HADI: (tunduk mengalah) Yelah-yelah Nurin. Aku kan
lelaki yang budiman. Aku mengalah. Nanti ada yang
menangis pulak kat sini. (memerli Julia)
NURIN: So kita akan pilih negeri Sabah sebagai tema
kita.
SITUASI 4
(Hadi memasuki bilik ibunya dan menuju kearah ibunya
yang sedang terlantar sakit diatas katil).
HADI: Mok, doh makei ko? Hadi ado masakkan nasi
goreng tadi. Sedap tau.
PUAN AFIFAH: Belum makan lagi Hadi, mok kan
terlantar gini, jadi mok tak selero mano.
HADI: (tersenyum). Ala mak ni macei tak biasa pula Hadi
yang suapkan. Kan Hadi janji Hadi akan jago mok sapa
bilo-bilo. Dalei dunia ni, Hadi hanya ada mok seorang jah.
Hadi janji Hadi akan belajar bersungguh-sungguh dan
tanggung semua kos rawatan mok bila Hadi dah dapat
pekerjaan yang elok.
PUAN AFIFAH: (Tersenyum mendengar niat anak
kesayangannya). Hadi, mok rasa mok tak hidup lama,
penyakit ni doh tahap yang teruk.
HADI: Apa mok ni, doktor hanya cakap je tapi yang
mengatur adalah Allah. Kesihatan ni Allah boleh bagi
204
sembuh mok. (Hadi memandang ibunya dengan seribu
satu makna. Tergambar wajahnya yang kerisauan)
PUAN AFIFAH: Yelah Hadi, jadi macam mana sekolah
harini? Mok risaukan Hadi sebab asyik terlepas sesi
pembelajaran disebabkan Hadi keno jago mok ni.
HADI: Itu keii tanggungjawab Hadi. Mok jangei risau ok.
Mok, sebenarnya Hadi terpilih untuk mewakili sekolah
untuk satu persembahan sempena hari kebangsaan. Jadi
Hadi keno selalu berlatih dengan kawan-kawan yang lain.
PUAN AFIFAH: Oh baguslah macam tu. Mok banggo
dengan Hadi. Tumpukei pada latihan ya, mak ok je.
HADI: Menjaga mak lebih utama daripada segalanya.
Takpe, Hadi akan cuba uruskan jadual Hadi dengan baik
ya. Oklah Hadi masuk bilik nak tidur. Selamat malam
mok. Assalamu’alaikum. (senyum pada ibunya).
(Hadi menuju ke bilik tidurnya lalu baring di atas katil)
HADI: Hmm.garang betul si Julia tu. Tapi comei jugok
maso dia marah. (Hadi bercakap di dalam hati sambil
tersengih)
(Hadi terlelap dan bermimpikan dirinya sedang bercanda
dengan Julia di sebuah taman yang cantik dan bernyanyi
bersama-sama)
SITUASI 5
205
(Kelihatan Julia dan dua rakannya sedang berkumpul di
atas pentas untuk sesi latihan bersama-sama).
JULIA: See, kan saya sudah cakap yang si Hadi ni
memang tidak akan bagi kerjasama pada kita. Bukan ja
sama kita tapi mungkin pada sekolah kita juga. Saya tidak
mahu malu nanti. (Nada Julia bimbang).
WAWA: Hmm, dah tak lama lagi ni persembahan akan
diadakan. Kalau macam ini memang tak jadi lah
nampaknya.
NURIN: Haih Hadi ni. Dah la nak fokus SPM lagi,
persembahan lagi. Hey Julia, kita berlatih jelah yang
macam kau cadangkan tu. Kita buat persembahan tentang
pembangunan negeri Sabah.
JULIA: Kenapa saya rasa Hadi ni sengaja ja mahu boikot
kita ah, yalah sebab kita semua setuju untuk pilih Sabah
untuk dipersembahkan. Ok tidak apa, kita mula ja lah
tanpa si Hadi tu.
(Setelah 10 minit mereka berlatih, kelihatan Hadi baru
munculkan diri dengan nafas tercungap-cungap dan
menghampiri mereka).
HADI: Selamat pagi korang, maaf sangat lambat. (Hadi
berasa bersalah atas kelewatannya).
JULIA: Hey Hadi, kau ni kenapa ah? Apa masalah kau
sebenarnya? Ke kau tidak puas hati dengan saya sebab
206
tidak pilih Kelantan? Sebab tu kau mahu boikot kami?
Ingat sikit ini untuk sekolah juga tahu, kau bukan malukan
diri sendiri ja tapi sekolah kita juga!
HADI: Julia, jangei saloh faham. Aku tiada niat pun nak
boikot korang atau sengajo nok malukan sekolah.
JULIA: Shut up! Berambus kau dari sini! Benci saya
tengok muka kau ni! Kami boleh buatlah tanpa kau!
(Hadi kelihatan sugul dan tidak mampu melawan Julia,
Hadi terdiam seolah-olah berasa kesal dan kecewa akan
perbuatan Julia memalukan dirinya)
HADI: Sekali lagi aku mintok maaf. Aku tahu aku hanya
menjadi beban untuk kumpulan ni, aku tak layak berada
dalam kumpulan ni. Tapi aku akan tetap sokong korang
dan doakan yang terbaik untuk korang. Aku minta diri
dulu, assalamu’alaikum. (berlalu pergi dengan kecewa
setelah datang dari jauh)
WAWA: Haih serabut aku macam ni. Last minit jadi
macam ni, lagi dua hari je ni untuk persembahan sebenar.
NURIN: Sudahlah Julia, sekarang bukan masa untuk fikir
tentang marah kita, kita kena duduk berbincang dan beri
tumpuan penuh walaupun tanpa Hadi. Ok?
WAWA: Yelah, masalahnya kita kena susun balik dialog
kita semua bila dah buang Hadi. Eh dah lah meluat aku
cakap pasal dia. Jom mula latihan.
207
Setelah beberapa minit kemudian,
JULIA: Saya mahu pergi toilet kejap ah. (Julia gegas
bangun dan menuju ke tandas perempuan yang
berhampiran surau)
(Hadi sedang mengalunkan ayat-ayat suci Quran usai
solat Dhuha. Julia terdengar bacaan Hadi dan serta-
merta hatinya menjadi tenang dan merasakan sesuatu
yang indah dan luar biasa)
SITUASI 6
(Hadi berada di laman rumah dan ibunya sedang
menghampirinya kerana melihat anak bujangnya itu
termenung)
PUAN AFIFAH: Hadi, bakpo ni?
HADI: (Hadi terkejut akan teguran ibunya dan
memalingkan badannya menghadap ibunya lalu
menundukkan kepala). Hmm, tiada apa mok, perkara kecil
jah. Mok bakpo bangun daripada katil, nanti apa-apa jadi
kang. (memandang ibunya).
PUAN AFIFAH: Yelah tu takde apa-apa berlaku. Mok ni
ibu Hadi, mok yang kandungkan Hadi 9 bulan 10 hari,
mok tahu kalau ada yang tak keno pada Hadi. Cuba cerita
pada mok.
HADI: Hmm tiada apa sangat cuma gaduh sikit je dengan
Julia. Julia kato Hadi kerap tak datang latihan sebab nak
208
boikot dia dan sekolah. Hadi bukan nak boikot cuma Hadi
tadi lewat bangun sikit je. Lepas itu, hadi disingkirkan
daripada kumpulan. Itu je.
PUAN AFIFAH: Kan mok dah cakap jangan risaukan
mok sangat, pikir kan tugasei sekolah tu. Jadi sekarang
macam mana? Apa tindakan Hadi lepas ini? Nak Tarik
diri ko?
HADI: Eh doklah mok, sebelum ni Hadi jaga mok takde
apa pun cuma harini je Julia marah sangat. Hadi pun tok
tahu nak buat apa lepas ni.
PUAN AFIFAH: Hadi, ni mok nak oyak sikit. Tadi Hadi
risaukan mok kan sebab berjalan ke bilik Hadi. Walaupun
kita susah macam mana sekalipun, kita kena ada semangat
yang kuat dan semangat itu datang daripada dalam diri
kita. Hadi nak biarkan je ke kawan-kawan Hadi buat
persembahan sendiri? Hadi kena kuat dan tolong mereka,
jangan lari daripada medan perjuangan. Mok ni pun
gagahkan diri juga berjalan untuk jumpa anak mak.
(memandang anaknya dengan penuh kasih)
HADI: Baik mok, terima kasih atas nasihat mok. Hadi
akan pertimbangkan keputusan Hadi. Mok doakan Hadi
ye. Hadi sayangkan mok.
SITUASI 7
(Kini tibalah hari persembahan. Kelihatan Julia, Nurin
dan Wawa berada di belakang pentas. Mereka sangat
resah kerana Hadi masih belum munculkan diri.
209
Kelihatan juga penonton sedang bersorak untuk memberi
semangat)
CIKGU SURAYA: (menghampiri pelajarnya dan
menanyakan keberadaan Hadi) Julia di manakah Hadi?
Cikgu tak nampak pon kelibat dia? Persembahan kita nak
mula dah kejap lagi. Tolong call Hadi sekarang ye.
(menyuruh Julia membuat panggilan kepada Hadi)
(Julia merasa gelisah dan takut jika dia dimarahi Cikgu
Suraya kerana telah bergaduh dengan Hadi tempoh hari.)
JULIA: Em sebenarnya cikgu, saya tidak tahan dengan
sikap Hadi yang macam ambil remeh-temeh dengan
tugasan ni. Jadi kami putuskan untuk berlatih tanpa Hadi
lagi senang.
CIKGU SURAYA: Habis tu dia tak datang lah ni?? Tak
mengapalah. Lupakan. Sekarang kamu semua fokus untuk
buat persembahan sekejap lagi. Cikgu doakan kamu
semua berjaya. (senyum tetapi ada riak sedih di
wajahnya)
JULIA: Saya sudah agak. Dia tidak serius dengan
persembahan ni. Kamu tengoklah, batang hidung dia pun
tidak nampak sekarang. Geram saya dengan dia.
Menyampah betul. (hatinya sakit dan meluahkan
kemarahan kepada Wawa dan Nurin)
WAWA: (memujuk Julia) sabarlah Julia. Aku rasa mesti
ada sesuatu yang kita tak tahu tentang Hadi ni. Kalau tak
kenapa Cikgu Suraya sedih sangat dengan tindakan kita.
210
NURIN: Betul tu Julia. Kau tak patut selalu marahkan dia.
(nada kesal)
(Kedengarah suara pengacara mengumumkan giliran
mereka untuk membuat persembahan. Mereka bertiga
naik ke pentas untuk melakukan persembahan. Julia
masuk ke ruang pentas dan berlakon sebagai pemandu
pelancong yang ingin memberikan servis atau informasi
tentang negeri Sabah kepada 2 orang pelancong dari
semenanjung. Mereka melakonkan seolah-olah sudah
tiba di Sabah iaitu Kota Kinabalu)
JULIA: Hai nama saya Julia The Miss Borneo gitu.
Selamat datang ke negeri Bayu iaitu Sabah sempena
dengan Tahun Melawat Sabah 2030. (bercakap dengan
penuh semangat).
(Wawa dan Nurin juga mula masuk selepas Julia
menghabiskan dialog).
WAWA: Hai, boleh saya tanya ini di daerah mana ya?
Kami dari semenanjung yang ingin bercuti di Sabah.
NURIN: Iya betul itu, kami ingin mencari tempat yang
menarik yang boleh dilawati di sini.
JULIA: Oh bagus sangat kamu semua datang ke sini.
Untuk pengetahuan awak berdua ini ialah Kota Kinabalu,
ibu negeri bagi Sabah yang mempunyai Gunung Kinabalu
iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara gitu.
Ketinggiannya mencecah 4095 meter daripada aras laut.
211
(bercakap dengan nada bangga akan negerinya lalu Julia
menyanyikan lagu “tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi
lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu”)
(Wawa dan Nurin ikut menari dan melayan karenah
Julia)
WAWA: Wahh, bestnya lagu tu, Sabah juga banyak kan
lagu-lagu tradisional
JULIA: Iya sudah tentu. Ini saya nyanyi lagu yang mudah
difahami, kalau lagu tradisional nanti kamu berdua mesti
tidak faham. (dengan nada berseloroh).
NURIN: Ok cik, kami bercadang hendak pergi ke pulau.
Boleh cik cadangkan pulau yang menarik di sini?
JULIA: Sudah tentu boleh, ok kalau kamu sudah berada
di KK, saya cadangkan cuba pergi ke Pulau Manukan.
Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di
Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Ia terdiri daripada
lima buah pulau dan salah satunya Pulau Manukan.
Sememangnya anda akan rasa tenang dan santai.
WAWA: Ok cik selain pulau, apa lagi yang menarik?
JULIA: Jangan risau, di sini juga banyak tempat-tempat
cari makan. Kalau sudah sampai di sini harus cuba
makanan laut, memang segar dan berbagai jenis ada.
212
WAWA: Ok terima kasih cik Julia, saya tengok pun
Sabah sudah maju ke depan pada 2030 ini, banyak jalan
raya sudah dibina, ada LRT juga, malah bilangan orang
yang susah juga sudah berkurangan. Memang negeri
Sabah ini sudah membangun daripada sudut ekonomi dan
sosial.
NURIN: Betul tu, saya bangga jadi rakyat Malaysia.
Sabah malah kaya dengan hasil bumi yang menjadi
sumber ekonomi negara. Selain itu, Sabah juga kaya
dengan kepelbagaian etnik dan budaya suku kaum.
JULIA: Wah, saya pun bangga dengan kamu berdua
kerana ambil tahu serba sedikit tentang Sabah. Mari kita
pupuk perpaduan dan menjaga keharmonian sesama kita.
(Tiba-tiba Hadi datang dari sebelah kiri pentas dengan
membawa sebuah gitar menuju kearah mereka, Julia dan
yang lain kelihatan terkejut dan tergamam).
HADI: Hai semua, saya Hadi. Saya merupakan anak jati
Kelantan. Saya suka Sabah dan saya sayang Malaysia.
(Hadi bercakap kepada penonton yang hadir).
(Kemudian Hadi duduk di atas kerusi yang disediakan di
atas pentas dan mula memetik gitarnya, Hadi
menyanyikan lagu Ella “Standing in the Eyes of the
World” dan Aliff Satar “Sehati Sejiwa”. Julia dan lain
juga ikut sama bernyanyi di belakang Hadi. Selepas habis
menyanyi, penonton menepuk tangan dan Hadi dan lain-
lain tersenyum gembira).
213
SITUASI 8
(Setelah tamat acara, cikgu Suraya berjumpa dengan
mereka semua di belakang pentas untuk memberi sedikit
ucapan).
CIKGU SURAYA: Alhamdulillah segalanya berjalan
lancar, cikgu nak ucapkan terima kasih kepada kamu
semua kerana sudah membuat yang terbaik. Cikgu harap
selepas ini persahabatan kamu akan jadi kukuh dan saling
menolong antara satu sama lain. (tersenyum bangga).
SEMUA: Baik cikgu.
CIKGU SURAYA: Terima kasih Hadi, walaupun tak
sempat berlatih bersama-sama tetapi semangat kamu
untuk hadir yang cikgu puji dan mambantu rakan-rakan
kamu. Selepas ini kamu semua boleh fokus pada SPM ya,
dan ingat saling bertolak ansur. Baiklah cikgu ada urusan
kejap, cikgu pergi dulu. (Cikgu Suraya berlalu pergi)
WAWA: Sebaik Hadi datang, hidup sikit persembahan
kita ala-ala muzikal. (ketawa)
NURIN: Ala-ala Hindustan pun ada juga (mengusik Hadi
sambil ketawa).
HADI: Mana ada, biasa-biasa je kawe. (tersipu malu)
JULIA: Ermm, kamu dua bolehkah kasi tinggal saya
dengan Hadi? Saya ada benda mahu bagitahu Hadi.
214
WAWA: Aik, bagitahu jelah, buat apa nak berahsia
melainkan kau nak confess kat Hadi. (ketawa bersama
Nurin).
JULIA: Ish kau ni, bukanlah. Saya mahu minta maaf pada
Hadi bha tapi malu mahu cakap depan kamu dua. Tiadalah
masa saya mahu suka Hadi ni.
NURIN: Ok kitorang paham, ok jumpa esok ya orang.
Lepas ini kita boleh buat study group sama-sama.
(Nurin dan Wawa berlalu pergi).
JULIA: Hmm, Hadi, kenapa kau datang ah walaupun saya
sudah marah kau?
HADI: Sebab mok aku yang bagi semangat pada aku
untuk datang juga walaupun aku telah disingkirkan
daripada kumpulan ni. (tersenyum kepada Julia).
JULIA: Ish mana ada saya singkirkan kau, saya marah ja
tapi saya tidak cakap saya singkirkan kau. Saya suruh kau
pergi ja sebab saya tengah marah. By the way thanks
datang, kira lengkap jugalah dengan nyanyian tadi. Dan
lagi satu saya mahu minta maaf sebab marah kau selama
ni.
HADI: Tak mengapa Julia, orang miskin macam aku ni
memang sentiasa dipandang rendah. Aku dah biaso.
215
JULIA: Eh tidak perlu cakap macam tu lah, saya tidak
maksudkan sampai macam tu sekali.
HADI: Gurau je (sambil ketawa). Oklah aku nak balik.
JULIA: Kenapa tergesa-gesa? Banyak lagi masa, harini
kan Sabtu bukan ada kelas.
HADI: Ya tahu, aku nak balik sebab nak jaga mok aku
yang sedang sakit.
(Julia berasa bersalah apabila menuduh Hadi hendak
sabotaj dirinya selama ini)
SITUASI 9
(Kelihatan Julia dan Hadi sedang berjalan di seberang
jalan raya di kawasan perkampungan dan berborak.
Mereka kelihatan santai dan selesa antara satu sama
lain).
SITUASI 10
(Mereka berdua menuju ke rumah Hadi. Julia mahu
melawat ibu Hadi yang sedang sakit. Hadi dan Julia
memasuki bilik ibunya)
HADI: Assalamulaikum mok, harini Hadi ada sesuatu nok
oyak ko mok. Hadi sudah berbaik dengan Julia, ini semua
atas nasihat mok yang selalu bagi Hadi semangat. Inilah
Julia yang Hadi cakapkan tu. Dia datang untuk melawat
mok. (bercakap dengan penuh gembira)
216
(Puan Afifah tidak membalas kata-kata Hadi dan
kelihatan kedua matanya tertutup seolah-olah sedang
tidur)
HADI: Mok, mok tidur lagi ke? (Hadi mula menyedari
yang ibunya sudah tiada selepas pertanyaannya tidak
disahut)
(Julia tidak mengetahui akan ibu Hadi yang sudah tidak
bernyawa lalu bercakap dengan ibu Hadi)
JULIA: Makcik, saya Julia kawan sekolah Hadi. Saya
mahu minta maaf sebab marah Hadi selama ini tanpa tahu
puncanya. Maafkan saya makcik. (Julia memandang Hadi
yang kelihatan sedih dan mula menangis. Julia seakan-
akan tahu perasaan Hadi dan baru menyedari bahawa
ibu Hadi sudah meninggal dunia)
TAMAT
217