SITUASI 5
Semasa Ema balik ke rumahnya, Ema terdengar bunyi
bising dari dalam rumahnya. Ema terus berlari dan masuk
ke rumahnya.
PUAN SITI: Ema masuk bilik kamu sekarang (kata ibu
Ema sambil menangis dan dia tidak mahu Ema melihat
dia dan suaminya bertengkar).
EMA: Kenapa bu? (sambil menangis dan tertanya apa
yang menyebabkan ibunya menangis)
ENCIK ZUL: Oh! Dah balik dah anak bertuah sorang ni.
(dalam nada yang marah dan riak wajah yang serius)
EMA: Kenapa ayah? (dengan wajah yang tertanya-tanya)
ENCIK ZUL: Kamu tanya kenapa, sepatutnya kamu
sendiri tahu kenapa. Sebab kamu yang buat perangaikan.
EMA: Apa yang saya buat ayah? (masih tidak faham apa
yang disampaikan oleh ayahnya)
ENCIK ZUL: Kamu tanyakan kenapa? Kamu dah
ponteng kelas lepas tu result pun selalu gagal je. Apa nak
jadi dengan kamu nie hah?
EMA: (ketawa yang dibuat-buat). Kalau saya dapat
keputusan yang baik pun ada ke ayah dengan ibu nak
tengok selalunya kerja, kerja dan kerja je (dalam nada
yang sinis dan teresak-esak).
151
Encik Zul dan Puan Siti berasa bersalah terhadap Ema
dan mereka hanya berdiam diri kerana mereka sedar
yang Ema berkelakuan begitu disebabkan oleh mereka.
EMA: Kisah pula ibu dan ayah kalau keputusan yang
teruk dan disiplin entah apa-apa?
PUAN SITI: Ema dahlah tu kami tahu kami salah
tolonglah maafkan kami. (sambil menangis)
EMA: Dahlah saya dah bosan dengan semua ni. Saya nak
rehat, saya penat sangat. (lalu meninggalkan ayah dan
ibunya)
PUAN SITI: Ema! Ema! Ema! (ibunya memanggil Ema
dalam keadaan teresak-esak tapi tak diendahkan oleh
Ema).
SITUASI 6
Beberapa bulan selepas kejadian dirumah Ema. Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung. Perangai
Ema dan Alia semakin menjadi-jadi.
ALIA: Wei, kau nampak tak apa yang aku nampak?
EMA: Aku pun nampak. Jom kita pergi kacau dia
Ema dan Alia mendekati Balqis yang menjual kerepek
152
EMA: Kau buat apa ni? tak de benda lain ke nak buat
asyik benda yang sama je kau buat hari-hari tak bosan ke?
(sambil menyelerakkan kerepek yang berada dalam
bekas)
BALQIS: Apa salah aku? Aku tak kacau korang pun?
EMA: Kau tanya apa salah kau? Betul kau tak tahu apa
salah kau? Alia bagitahu dia apa salah dia.
ALIA: Salah kau adalah asyik buat semak je depan muka
kita orang.
BALQIS: Ya Allah apa salah aku. Aku harap sangat suatu
hari nanti korang akan berubah dan kita boleh jadi kawan
baik.
EMA: Apa kau cakap? (pura-pura tidak mendengar kata-
kata Balqis). Aku tak salah dengarkan budak ni nak jadi
kawan kita? (sambil memandang Alia). Kau dengar tak
Alia, kau nak kawan ke dengan dia ni? (dengan wajah
yang menyampah)
BALQIS: Kau tak salah dengar itu adalah harapan aku
suatu hari nanti. (sambil menangis)
ALIA: Blahlah dengan kawan kau (sambil menolak
Balqis dan berlalu dari situ)
153
Ema dan Alia meninggalkan Balqis yang menangis dan
kejadian tadi disaksikan oleh pengetua yang kebetulan
lalu di kawasan tersebut.
PENGETUA: Ema, Alia kamu buat apa tadi hah? (dengan
nada yang tegas sambil berjaln menghampiri mereka)
EMA: Mana ada buat apa-apa pun. (menjawab
pertanyaan pengetua degan suara yang terketar-ketar)
PENGETUA: Kamu berdua tak payah nak tipu saya. Saya
nampak semua apa yang kamu buat pada Balqis tadi
Ema dan Alia terdiam dan tidak tahu bagaimana hendak
membela diri mereka kerana mereka tahu yang pengetua
mereka seorang yang tegas dan garang.
PENGETUA: Kejap lagi pergi bilik saya dan kalau kamu
berdua tak pergi bilik saya, tahulah saya nak buat apa
dengan kamu berdua ni. (selepas memberi arahan kepada
Ema dan Alia, dia terus meninggalkan mereka)
SITUASI 7
Ema dan Alia sangat takut dan berdebar-debar untuk
masuk ke bilik pengetua tapi disebabkan amaran yang
diberikan oleh pengetua tadi mereka terpaksa pergi ke
bilik pengetua.
EMA: (mengetuk pintu bilik pengetua dan memberi
salam)
154
PENGETUA: Masuk!
Ema masuk ke bilik pengetua diikuti oleh Alia.
PENGETUA: Kamu berdua tahu tak kenapa saya panggil
kamu ke sini?
Ema dan Alia hanya menggelengkan kepala.
PENGETUA: Betul kamu tak tahu
Ema dan Alia hanya menganggukkan kepala.
PENGETUA: Kamu berdua dahlah banyak buat masalah
selalu ponteng kelas, kerja sekolah tak siap dan keputusan
exam pun selalu gagal satu lagi tadi kenapa kamu berdua
kacau Balqis? Kamu ingat sikit yang kamu ni dah nak
exam SPM dah tahun ni tak lama dah pun kamu dekat
sekolah ni, beberapa bulan je lagi. Saya harap sangat
kamu berdua boleh berubah.
Ema dan Alia diam dan tengok sesama sendiri.
PENGETUA: Disebabkan kamu berdua tak pernah nak
siapkan kerja rumah yang cikgu kamu bagi, saya tambah
kerja kamu berdua. Esok hantar 3 esei kepada saya dan
kamu berdua kena bersihkan kawasan kelas kamu petang
ni.
EMA& ALIA: Hah!
155
EMA: Seriuslah cikgu? Banyaknya dan petang ni saya ada
kerja nak buat cikgu.
ALIA: Yelah cikgu banyak tu. Boleh tak kurangkan sikit
(sambil membuat muka belas kasihan)
PENGETUA: Banyak tak banyak. Apa yang saya tahu
esok mesti ada 6 esei atas meja saya dan petang nanti
kamu bersihkan kawasan kelas kamu!
EMA: Baiklah cikgu kami buat
ALIA: Kalau dah tak ada apa-apa kami balik dulu ye
cikgu. (dengan muka pasrah).
PENGETUA: (menganggukkan kepala dan memberi
pesanan) Jangan lupa esok atas meja saya ye dan tiada
alasan.
SITUASI 8
Di dalam kelas. Balqis sedang mengemas barang-
barangnya untuk balik.
EMA: Alia, tu bukan Balqis ke? (sambil menunjukkan ke
arah Balqis)
ALIA: Betullah, tu Balqis.
EMA: Jom, kita suruh dia buat esei kita nak tak?
Disebabkan dia kita kena buat esei dan bersihkan kawasan
ni.
156
Ema dan Alia menghampiri Balqis.
ALIA: Hoi kau buat apa kat sini.
BALQIS: Aku nak baliklah (dengan muka ketakutan)
EMA: Siapa kata kau dah boleh balik ni (sambil
memegang menarik-narik tudung Balqis)
BALQIS: Dahlah tu aku nak balik ni (meminta simpati
dari Ema dan Alia namun tidak diendahkan oleh mereka)
EMA: Disebabkan kau, pengetua panggil kita orang dan
kita orang kena denda bersihkan kawasan ni dan tulis esei
kau tahu tak? (menarik-narik beg Balqis)
Balqis menangis dan terus berlari kerana tak tahan
dengan perangai Ema dan Alia tetapi dikejar oleh Ema
dan Alia.
EMA: Hei Balqis tunggulah, kau nak pergi mana tu?
(masih mengejar Balqis)
Balqis terus berlari kerana ketakutan dan tanpa dijangka
dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu. Ema dan
Alia terkejut dan menjerit meminta tolong. Kebetulan
pengetua yang lalu ke kawasan itu untuk memeriksa
mereka dan terus membantu mereka untuk membawa
Balqis ke hospital.
SITUASI 9
157
Selepas kejadian tersebut Ema selalu mendapat mimpi
buruk tentang Balqis. Pernah sekali Ema bermimpi
perangai Balqis berubah menjadi kasar terhadap dia dan
Alia.
EMA: Balqis tolonglah lepas ni kita orang takkan buli kau
lagi. Tolonglah, aku merayu sangat dengan kau
lepaskanlah kita orang. (sambil menangis teresak-esak,
namun tidak dipedulikan oleh Balqis)
ALIA: Betul tu Balqis. Lepas ni kami janji tak akan buli
kau lagi. (sambil menangis)
BALQIS: Ohhh! Tahu pulak korang nak nangis masa ni.
Selama korang buat aku macam sampai ada kau kisah?
(dengan wajah yang sinis)
ALIA: Tolonglah sekali ni je kita orang merayu dengan
kau tolonglah lepaskan kita orang. Aku nak baliklah.
(dengan nada yang menjerit dan menangis teresak-esak)
EMA: Betul tu Balqis. Kau lepaslah kita orang dan
maafkanlah kita orang. Kita orang janji akan buat apa
yang kau suruh kita orang buat untuk tebus dosa kita
orang terhadap kau. Janji kau lepaskan kita orang. (sambil
menangis)
Alia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya kerana
dia berasa takut.
BALQIS: (ketawa dengan kuat) Senangnya korang minta
maaf. Korang tak rasa apa yang selama ni aku rasa masa
158
korang hina aku dan buli aku. Korang hanya anggap aku
macam sampahkan?
Balqis dengan kasarnya membuka ikatan tangan Ema dan
menariknya tanpa belas. Alia menangis dengan kuat
sambil memanggil nama Ema yang ditarik oleh Balqis
tapi lama-kelamaan suara Alia tidak lagi didengari
olehnya dan dia sudah tidak ditarik oleh Balqis. Tanpa
dia sedar yang dia sudah berada di satu rumah yang
ramai orang tetapi suasananya agak muram dan
kehadirannya juga seperti tidak dihiraukan oleh mereka.
Ema terus memasuki rumah itu dan melihat beberapa
orang yang membaca surah Yassin satu jenazah yang
tidak diketahui siapa. Apabila dia berada dekat dengan
jenazah itu dia membuka kain yang menutupi dan dia
terkejut kerana jenazah itu merupakan Balqis.
EMA: (terjaga dari tidurnya dalam keadaan menangis-
nangis) Dia sangat menyesal dan bersalah terhadap
Balqis. Dia juga ingin berubah.
SITUASI 10
Beberapa bulan selepas itu. Ema dan Alia berubah
menjadi baik dan berjanji akan belajar bersungguh-
sungguh. Tanpa diduga Ema, Alia dan Balqis menjadi
kawan baik. Mereka sentiasa belajar bersama-sama.
CIKGU AIN: Saya nak ucapkan tahniah kepada kamu
berdua kerana keputusan kamu berdua semakin
meningkat. Saya gembira dengan perubahan kamu berdua
159
sekarang. Saya harap kamu berdua dapat teruskan prestasi
ni sehingga peperiksaan SPM ye.
EMA & ALIA: Baik cikgu.
Ema dan Alia kembali duduk di tempat mereka
BALQIS: Aku pun gembira juga tengok perubahan
korang ni.
EMA: Ke kau nak kitaorang jadi macam dulu? Bolehkan
Alia?
ALIA: Aku boleh je. (sambil tersenyum)
BALQIS: Tak naklah. Aku tak larat dah nak nangis sebab
asyik kena buli dengan korang.
EMA: Kitaorang pun dah tak nak dah jadi macam dulu.
Kitaorang dah menyesal sangat-sangat. Nasib tak ada apa-
apa jadi dekat kau, Balqis.
ALIA: Betul tu kalau tak kita orang akan menyesal
seumur hidup.
BALQIS: Dahlah tu tak payah ingat dah benda yang lepas.
Apa yang penting sekarang ni kita harus berusaha untuk
capai cita-cita kita
Mereka bertiga berlalu pergi.
SITUASI 11
160
Sambungan di kedai makan pada tahun 2030.
EMA: Terukkan perangai kita dulu?
Alia hanya mengangukkan kepala
EMA: Alia kau masih contact lagi tak dengan Balqis?
ALIA: Balqis mengajar di sekolah sama dengan aku
mengajarlah
EMA: Oh yeke. Kalau macam tu nak kita buat satu
reunion dengan cikgu-cikgu kita dulu ajak Balqis dan
kawan dia sekali.
ALIA: Boleh jugak sebab kalau tak silap aku Balqis still
contact dengan cikgu-cikgu untuk bertanya pasal
pendidikan.
EMA: Okey cun. Nanti aku bagitahu masa dan tempatnya
ye.
ALIA: Okey. Aku dah kena balik dah ni, lewat sangat dah
ni?
EMA: Okey. Nanti aku inform kau kat mana reunion tu
nanti ye. Assalamualaikum.
ALIA: Waalaikumussalam.
SITUASI 12
161
Di dewan majlis reunion dengan cikgu-cikgu mereka.
Ema menjadi pengacara untuk pembukaan majlis makan
malam tersebut.
EMA: Saya selaku orang yang mencadangkan majlis ini
diadakan. Mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu
dan rakan-rakan sekalian kerana sudi hadir ke majlis yang
tidak seberapa ini. (kata-kata akhir sebelum majlis makan
malam berjalan dan Ema terus duduk di meja bersama-
sama dengan guru-gurunya dan rakan-rakannya)
CIKGU DISIPLIN: Ala tak apalah. Lagi pun dah lama
saya tak jumpa kamu semua. Jadi saya sangat gembira
kamu buat majlis ni untuk berkumpul semula.
CIKGU AIN: Betul tu Ema. Kami sangat berbesar hati
untuk datang ke majlis ni dan nak tahu apa perkembangan
kamu semua sekarang
PENGETUA: Lagi pun dekat rumah saya bukan buat apa
pun. Banyak je masa terluang untuk datang ke majlis ni.
EMA: Gembira saya mendengarnya. Terima kasih
banyak-banyak cikgu kerana disebabkan cikgulah kami
semua berjaya seperti sekarang.
ALIA: Ni sembang punya sembang bila masa nak makan
ni? Dah lapar sangat ni.
(semua orang tergelak mendengar kata-kata Alia itu).
BALQIS: Dia ni lah tak pernah nak sabarkan.
162
ALIA: Biarlah! Orang tanya je, mesti semua orang
laparkan? Kan?
(sekali lagi semua orang tergelak).
DJ: Celotehfm. Menemanimu sepanjang masa.
TAMAT
163
TEMA
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
TAJUK
Impian
PENULIS SKRIP
Maizatul Baini binti Mohd Jasni
PELAKON
Dahlia/Lia: Seorang gadis Melayu yang hidup miskin.
Ellis Chan: Seorang gadis keturunan cina yang hidup
senang bersama neneknya.
Mak Ros: Ibu kepada Dahlia. Merupakan seorang ibu
tunggal. Menyara diri dan anknya dengan menjual nasi
lemak.
Lily: Nenek kepada Ellis Chan. Berpewatakan benci
terhadap golongan yang taraf hidup lebih rendah.
John: Bapa kepada Ellis Chan yang merangkap anak
kepada Lily.
Suzana: Ibu kepada Ellis Chan yang merangkap sebagai
menantu kepada Lily. Perempuan yang bukan menjadi
menantu pilihan Lily kerana miskin.
Cikgu Mislina: Cikgu yang mengajar Dahlia dan Ellis
Chan dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5. Polis.
Polis
Doktor Amelia
Ketua Kelas
Pelajar-pelajar
164
SINOPSIS
Dahlia merupakan seorang gadis Melayu yang hidup
dalam keadaan susah. Dia merupakan anak yatim. Dia
tinggal bersama ibunya yang hanya menjual nasi lemak
demi meneruskan kehidupan. Walaupun hidup dalam
keadaan susah, namun dia tidak pernah mengeluh. Rajin
membantu ibunya, mempunyai tahap kesedaran yang
tinggi untuk berjaya, cekal dan tabah dalam menghadapi
cabaran hidup. Dahlia mempunyai rakan sekelas yang
bernama Ellis Chan. Ellis Chan sebenarnya seorang yang
suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun demikian
fikirannya diracuni oleh neneknya, Lily. Lily melarang
Ellis Chan berkawan dengan orang yang tidak sama darjat
iaitu orang miskin. Hal ini dikatakan demikian kerana
peristiwa silam keluarga menyebabkan Lily trauma dan
tidak mudah untuk mempercayakan sesiapa sahaja
terutamanya orang miskin. Lily tidak merestui hubungan
anak lelakinya, John yang berkahwin dengan wanita
Melayu miskin iaitu Suzana. Bagi Lily kehadiran
menantunya yang miskin itu hanyalah untuk mengambil
kesempatan semata-mata. Dahlia dijaga dan tinggal
dengan neneknya sejak bayi lagi apabila hanya Dahlia
sahaja yang teselamat daripada kemalangan jalan raya.
Ibu dan papa Dahlia terkorban dalam kemalangan itu.
Berlakunya konflik antara Ellis Chan dan Dahlia apabila
Ellis Chan suka menyakiti hati Dahlia dan sengaja
mengkhianati Dahlia. Berlaku perkara yang tidak diingini
oleh Ellis Chan namun Dahlia lah yang selalu ada
menghulurkan bantuan. Hal ini menyebabkan Ellis Chan
berasa malu dan berubah menjadi baik. Dahlia
memaafkan segala perbuatan Ellis Chan. Mereka
berkawan baik sehingga memperoleh keputusan yang
165
cemerlang dalam SPM dan STPM. Mereka berjanji ingin
melanjutkan pelajaran bersama-sama dalam bidang
Perniagaan di peringat Ijazah nanti. Nenek Ellis Chan
iaitu Lily jatuh sakit sepanjang Ellis Chan menjalani
pengajiannya. Jadi ibu Dahlia lah yang mengambil alih
urusan menjaga Lily kerana Lily memerlukan bantuan
orang lain untuk bergerak. Oleh sebab itu, hatinya yang
dahulu benci dan berprasangka buruk terhadap orang
miskin mula sedikit demi sedikit mampu menerima
keberadaan golongan lain yang tarafnya lebih rendah.
Sewaktu bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia
(USM), Dahlia dan Ellis Chan membelanjakan wang
secara jimat dan cermat. Adakalanya mereka terpaksa ikat
perut kerana ingin menabung dan mempunyai wang
simpanan sendiri. Mereka berdua sudah berjanji ingin
menubuhkan sebuah perniagaan rakan kongsi berasaskan
nasi lemak apabila sudah tamat pengajian nanti. Dengan
modal wang simpanan yang sudah tersedia, mereka
percaya bahawa harapan dan cita-cita mereka mampu
direalisasiakan serta berhasrat untuk meluaskan empayar
mereka di serata kawasan.
SITUASI 1
LILY: Mummy tak restu kau mahu kahwin dengan
perempuan miskin tu!!!
JOHN: Saya tak peduli lah apa mummy mau cakap apa.
Saya cintakan dia! Tak kira lah apa nak jadi. Saya tetap
mau kahwin sama dia.
166
LILY: Kalau kau nak sangat kahwin sama itu perempuan,
kau keluar dari rumah ni dan jangan kau balik lagi.
Mummy mau tengok kau sanggup atau tak mahu
tanggung itu perempuan sendiri. Hey, itu perempuan tak
boleh tolong kamu tau! Dia mahu amik kesempatan saja!
Kamu jangan jadi bodoh.
JOHN: Baik. Kalau itu yang mummy katakan. Saya akan
buktikan. Saya keluar dari rumah ni sekarang juga! (Buka
almari dan memasukkan pakaian ke dalam bagasi lantas
keluar rumah).
Dummmmmmm!!! (Bunyi pintu dihempas dengan kuat
sekali tanda marah).
LILY: (Buka pintu). John!!!!!
John: (Menghidupkan enjin kereta dan pergi tidak
mempedulikan mummynya).
SITUASI 2
Setahun kemudian.
Di dalam kereta.
JOHN: Alolo anak papa ni. Hari ni kita nak pergi mana ni
sayang? (Sambil tersenyum).
SUZANA: Hahaha. Hari ni Ellis nak makan roti canai la
papa. Tengok ni. Air liur pon dah mengalir macam banjir
dah. Kan sayang? (Sambil mencium anaknya, Ellis Chan).
167
JOHN: Elehhh. Ellis yang nak ke ibu dia yang nak ni?
Hahaha. Ellis gigi pon tak tumbuh lagi.
SUZANA: Eh Ellis dah tumbuh dua gigi la abang. Tengok
ni. (Membuka mulut anaknya sedikit).
JOHN: Seriously?! Mana? (Melihat ke dalam mulut
anaknya).
Tiba-tiba… Muncul bunyi hon yang kuat. Kereta yang
dipandu hilang kawalan. Mereka sekeluarga
kemalangan. Kedengaran bunyi bayi menangis dengan
kuat sekali.
SITUASI 3
Kringggggg!!! Telefon Lily berbunyi.
LILY: Hello?
POLIS: Hello, ini Lily ibu kepada John ke?
LILY: Ya saya. Lily bercakap.
POLIS: Saya pegawai polis. Saya ingin memberitahu
yang sebentar tadi John sekeluarga terlibat dalam satu
kemalangan jalan raya.
LILY: Hah!? Benarkah? (Berwajah tidak percaya).
POLIS: Ya puan.
168
LILY: Oh my god!!!!! Sekarang mereka berada di mana?
POLIS: Mereka sekeluarga telah dikejarkan ke hospital
Sultanah Nora Ismail. Puan boleh datang ke hospital
sekarang. Kami harap puan banyakkan bersabar ya.
LILY: Okey saya datang sekarang. Terima kasih.
POLIS: Sama-sama puan.
Talian telefon diputuskan.
SITUASI 4
Sewaktu dihospital.
LILY: Doktar, macam mana keadaan anak saya, John?
Menantu saya? Dan… cucu saya doktar? Mereka semua
okey kah?
DR AMELIA: Bawa bertenang puan. Saya harap puan
bersabar. Saya minta maaf. John dan isterinya sudah tiada.
Tapi bayinya terselamat.
LILY: (Terduduk dan menagis teresak-esak).
SITUASI 5
13 tahun kemudian.
169
Pada suatu malam…
LILY: Ellis, esok kau sekolah kah?
ELLIS CHAN: Ya, nenek.
LILY: Kau masih ingat lagikah nenek punya pesanan?
ELLIS CHAN: Pesanan apa?
LILY: Kamu jangan buat-baut lupa. Banyak kali sudah
nenek kasi tahu sama kamu.
ELLIS CHAN: (Hanya mengangguk kerana malas layan
neneknya).
LILY: Memang peristiwa itu tidak akan nenek lupa
sampai bila-bila. Peristiwa yang menikam jiwa! Ah aku
tak akan biarkan peristiwa hitam itu berlaku lagi. Aku dah
serik malalui semua itu. Aku hidup susah! Mula-mula aku
hidup mewah, senang! Bapa aku dulu silap. Terlalu
percayakan orang. Sudahnya, dia lingkup. Habis semua
harta dirampas ke tangan si miskin pengkhianat! Porak
peranda hidupku. Emak aku diceraikan oleh ayahku. Aku
dibuang. Aku ikut emakku. Kami tiada hala tuju. Hilang
arah! Sudahlah sehelai sepinggang. Kami hidup
merempat. Aku malu. Aku malu. (Menangis).
ELLIS CHAN: (Duduk melulut dan merangkul bahu
neneknya). Sudahlah. Jangan bersedih.
170
LILY: (Menyambung semula ceritanya). Sudahlah begitu,
hidupku lebih merana bila suatu hari aku ditinggalkan
oleh emakku sendiri. Dia hilang entah kemana. Aku takut!
Nasib baik ada agensi kebajikan yang jumpa aku masa
bagi makanan malam itu. (Wajahnya tertunduk). Aku
dihantar dan tinggal di pusat kebajikan. Sepanjang di situ,
aku berusaha keras untuk dapatkan kembali kekayaan
yang aku pernah rasa sebelum ini. Hasilnya sekarang,
inilah! Kekayaan sudah aku miliki kembali!
ELLIS CHAN: (Hanya mengangguk).
LILY: Aku akan pastikan tiada siapa boleh hancurkan
keluarga aku. (Dengan nada geram). Jadi nenek tak nak
kau berkawan dengan orang miskin. Mereka tu semua
jahat! Mahu ambil kesempatan saja. Faham?!
ELLIS CHAN: Baik. Saya faham nenek. (Sambil
memeluk akrab neneknya).
SITUASI 6
Pada suatu hari, suara Perdana Menteri Malaysia iaitu
Tun Dr Mahathir Mohammad yang menggagaskan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah tersebar di
media elektronik, media sosial dan di dada-dada akbar.
DAHLIA: (Membungkus nasi lemak dengan
menggunakan surat khabar. Tiba-tiba dia ternampak
akan tulisan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Diteliti isi kandungan penulisan itu).
171
MAK ROS: Dahlia, apa yang kamu termenungkan itu?
Cepat sikit bungkus nasi lemak. Cepat siap bungkus
semua nasi lemak ini cepat ibu pergi meniaga harini.
Kamu pun nak ke sekolah.
DAHLIA: Errrr.. baik bu. (Surat khabar itu dilipat lalu
dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia kembali
menyambung bungkus nasi lemak dengan dengan
menggunakan surat khabar yang lain).
SITUASI 7
DAHLIA: (Menyelitkan kertas surat khabar yang
disimpan tadi sewaktu menolong ibunya membungkus
nasi lemak ke dalam buku nota kesayangannya.)
MAK ROS: Lia!!! Cepat sikit keluar. Kamu buat apa lagi
tu!
DAHLIA: (Kalang-kabut keluar rumah lalu
menyarungkan kasut sekolah di kakinya. Pantas bangkit
dan mengambil bekal nasi lemak yang dihulurkan oleh
ibunya).
MAK ROS: Ibu bungkuskan nasi lemak banyak sikit hari
ni. Ada lebih.
DAHLIA: Ala bu. Yang sikit selalu ibu bawakan je dah
kenyang. Macam nak pecah perut. Ni… Hurmmm.
(Sambil menunjukkan bekal kepada ibunya dan berwajah
pasrah).
172
MAK ROS: Kamu kongsilah dengan kawan kamu. Haish!
DAHLIA: Hurm okeylah bu. Lia pergi dulu. Salam.
(Menghulurkan tangan dan mecium ibunya sebelum ke
sekolah.)
MAK ROS: Belajar rajin-rajin. Buat baik pada semua
orang. Kita baik ramai sayang. (Sambil tersenyum).
DAHLIA: Eh bu. Macam kenal ayat ni. (Tertawa kecil.)
Okey bu! Beres! Bye bu! (Berlari meninggalkan ibunya
sambil melambai-lambai tangan.)
SITUASI 8
Sewaktu di kantin sekolah.
ELLIS CHAN: (Duduk termenung seorang diri dengan
wajah yang berkerut di bangku hujung kantin).
DAHLIA: (Ternampak lalu menegur). Hai Ellis. Boleh
saya duduk? (Terus duduk di bangku). Awak nampak
masam je ni.. Awak okey?
ELLIS CHAN: (Menjeling).
DAHLIA: Errr… Awak dah makan? Saya ada bawa nasi
lebih hari ni. Nah, nasi lemak. Makanlah. (Tersenyuman).
ELLIS CHAN: Hey, aku tak hingin pon lah nasi lemak
kau ni. Dah lah miskin. Entah apalah yang kau letak dalam
173
nasi lemak tu. Jangan-jangan… Ha kau ada letak baca-
baca biar aku ikut cakap kau kan?!
DAHLIA: Ellis! Sampai hati awak buruk sangka sampai
macam tu sekali. (Air mata bergenang di kelopak
matanya).
ELLIS CHAN: (Bangun). Diam. Aku tak nak dengar apa-
apa lagi. (Ambil nasi lemak). Nasi lemak ni... sini
layaknya! (Campak ke dalam tong sampah lalu pergi).
DAHLIA: (Hanya memandang dan air matanya semakin
deras keluar).
SITUASI 9
Sebulan selepas itu.
Sewaktu di sekolah.
ELLIS CHAN: (Bermonolog di dalam hati sambil
tergesa-gesa masuk ke kelas. Fikirannya bercelaru
kerana baru teringat akan kerja rumah yang diberi oleh
Cikgu Mislina semalam belum dibuat.) Aduh mati la aku.
Homework Cikgu Mislina bagi semalam aku belum buat.
Cikgu minta hantar hari ini. Da la cikgu garang macam
singa. Mati mati… (Sambil menepuk dahi.)
Sesampai di dalam kelas dia terus duduk di kerusinya.
Kelas Cikgu Mislina adalah selepas rehat. Sepanjang
waktu pengajaran dan membelajaran subjek lain sebelum
174
rehat, dia mencari akal supaya dia tidak dimarahi oleh
Cikgu Mislina nanti.
Kringgggggg!!! (Loceng rehat berbunyi. Semua pelajar
keluar)
ELLIS CHAN: (Seorang diri di dalam kelas. Menoleh ke
kiri dan ke kanan. Terpandang akan beg Dahlia yang
terbuka. Senyum jahat. Mengatur gerak geri ke tempat
Dahlia dan mencari buku matematik subjek Cikgu
Mislina. Sungguh bertuah baginya kerana nama di buku
Dahlia itu ditulis dengan pensil. Tersenyam jahat lagi.
Segera memadam nama tersebut dan menulis namanya
degan menggunakan pen. Terseyum puas lalu duduk di
kerusinya.)
SITUASI 10
Waktu selepas rehat.
Kringgggggg!!! (Loceng tamat rehat berbunyi. Semua
pelajar masuk ke dalam kelas.)
CIKGU MISLINA: (Masuk ke dalam kelas dengan
membawa rotan.)
Ketua Kelas: Bangun semua. Selamat tengahari Cikgu.
Pelajar-pelajar lain bangun dan ikut berkata “Selamat
tengahari Cikgu.”
175
CIKGU MISLINA: Selamat tengahari. Jangan duduk
dahulu. Sila hantar kerja rumah yang saya bagi semalam
di depan. Siapa yang dah hantar boleh duduk.
Semua pelajar mengambil buku masing-masing dan letak
di atas meja guru.
DAHLIA: (Masih mencari-cari buku di dalam beg.)
CIKGU MISLINA: (Berjalan mendekati Dahlia.) Mana
buku kamu?
DAHLIA: (Berasa takut dan terketar-ketar.) Errrrrrr…
Saya tak tahu cikgu. Rasanya saya dah masukkan dalam
beg dah. Tapi tak ada pulak. Saya dah siapkan cikgu.
CIKGU MISLINA: Hemphhh alasan! Kamu berdiri
sampai habis kelas saya.
SITUASI 11
Sewaktu pulang sekolah.
ELLIS CHAN: (Berjalan dengan riangnya kerana di
terlepas dari didenda oleh cikgu Mislina.)
Tiba-tiba dia tergelincir masuk ke dalam longkang.
ELLIS CHAN: (Menangis teresak-esak dan meminta
tolong.) Tolonggg!!!
176
Namun tiada seorang pun yang terdengar jeritan gadis itu
kecuali Dahlia yang melewati kawasan itu.
DAHLIA: (Berjalan melewati kawasan Ellis Chan
terjatuh longkang. Dengan tiada mood terus berjalan.
Namun berpaling semula ke belakang dan ingin melihat
keadaan orang yang meminta tolong itu.) Eh?! Awak
rupanya Ellis Chan? (Berwajah terkejut.)
ELLIS CHAN: Ya. Tolong lah saya. (Sambil menangis
teresak-esak.)
DAHLIA: (Hulurkan tangan.) Ayuh! Sambut tangan
saya!
SITUASI 12
ELLIS CHAN: Saya nak minta maaf. Sebenarnya saya
yang ambil buku awak. Saya tak nak kena marah. Saya
padam nama kat buku awak. Saya tulis nama saya. Last-
last awak yang kena marah dan kena denda engan Cikgu
Mislina. Saya rasa bersalah dan menyesal sangat. Awak
boleh maafkan saya? Saya sanggup buat apa je asalkan
awak maafkan saya. (Menangis menginsafi
kesalahannya.)
DAHLIA: (Mula-mula berwajah agak marah. Namun
memaafkan juga kesalahan kawannya itu.) Sudahlah,
saya maafkan. Lain kali jangan buat lagi ye.
ELLIS CHAN: (Angguk-angguk.)
177
SITUASI 13
Sejak dari peristiwa itu, mereka berdua sangat akrab.
Belajar bersama-sama. Makan bersama-sama. Sehingga
ke mana sahaja pun bersama-sama. Mereka berdua buat
sehabis baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mereka berdua mendapat keputusan yang sangat
cemerlang iaitu A dalam semua matapelajaran..
ELLIS CHAN: Tahniah Dahlia. Kita telah berjaya!
DAHLIA: Syukur. Aku pun tidak sangka! Tahniah juga
Ellis! (Sambil bersalaman.)
ELLIS CHAN: Eh kau nak kemana lepas ni?
DAHLIA: Aku pun tak tahulah. Hahaha. Aku lapar ni.
ELLIS CHAN: Jum kita ke kantin! Aku pun lapar gila.
Aku belanja!
DAHLIA: Wah kau belanja! Kecil tapak tangan nyiru
saya tadahkan. Hahaha.
ELLIS CHAN: Ewah kau. Jum.
ELLIS CHAN dan DAHLIA berjalan menuju ke kantin
sekolah. Mereka berdua menikmati makanan yang dibeli
di kantin.
178
ELLIS CHAN: Kita dapat straight A ni. Sayang rasanya
kalau kita tak sambung belajar. Kau nak sambung belajar
di mana?
DAHLIA: Tu la. Aku rasa aku nak sambung Form 6 je.
Sebab kesian ibu aku kat rumah sorang-sorang nanti kalau
aku belajar jauh.
ELLIS CHAN: Ya la kan. Kos nak belajar pun tak la
tinggi sangat.
DAHLIA: Betul tu.
Mereka berdua pun mengambil keputusan untuk sambung
pelajaran di Tingkatan 6. Masih akrab dan memperoleh
keputusan yang cemerlang semasa STPM.
SITUASI 14
Selepas memperoleh keputusan STPM, mereka berdua
sudah jarang berhubung. Dahlia kerap kali bertanya
khabar Ellis Chan melalui telefon, namun tidak dijawab.
Tibalah suatu hari Dahlia mengambil keputusan untuk
pergi ke rumah Ellis Chan.
DAHLIA: Assalamualaikum. (Mengetuk pintu.) Hello
Ellis. Kau ada kat rumah ke tu?
ELLIS CHAN: (Buka pintu.) Waalaikumussalam. Eh
dahlia.
179
DAHLIA: Ha aku ni. Kenapa kau sekarang senyap je. Aku
WhatsAps kau tak balas. Aku call pon kau tak angkat. Kau
ada masalah ke?
ELLIS CHAN: Haah. Nenek aku sakit. Kena angin
ahmar. Tiba-tiba ja seluruh badan dia tak boleh gerak.
Aku menghilang sebab jaga nenek aku. Hati aku sedih.
Hati aku risau dengan nasib kami.
DAHLIA: Laa ya kaaa.. Kenapa baru kau nak bagitahu
aku? Boleh aku masuk tengok keadaan nenek kau?
ELLIS CHAN: Ya boleh. Silakan.
DAHLIA: (Menglurkan tangan kepada nenek Ellis Chan.
Namun hanya dipandang sinis dan tidak disambut. Dahlia
menarik tangannya semula. Dia tertunduk.)
LILY: Lu buat apa sini tempat. Gua tak perlukan lu lah.
Lu boleh balik! (Memalingkan kepala ke luar pintu.)
DAHLIA: (Bingkas bangun lalu keluar).
ELLIS CHAN: (Mengekori Dahlia).
DAHLIA: Ok la Ellis. Aku balik dulu ye.
ELLIS CHAN: Aku minta maaf sangat-sangat atas
perbuatan nenek aku.
180
DAHLIA: Eh tak apalah. Aku faham. Emosi orang tua
tengah sakit mungkin tak stabil. (Sambil tersenyum.) Kau
jangan risau lah. Aku okey je.
ELLIS CHAN: Hmmm… kalau kau sudi ayuhlah kita
bersembang di bangku depan tu. Dah lama kita tak
bersembang.
DAHLIA: Eh of course boleh! Da la aku memang rindu
kau.
ELLIS CHAN: Eh yeke kau rindukan aku ni?
DAHLIA: Ya la. Kalau tidak tak kan aku cari kau sampai
ke rumah.
ELLIS CHAN: Ya tak iya jugak. Hahaha.
DAHLIA: Aku berhasrat nak sambung belajar ke
peringkat Ijazah. Kau?
ELLIS CHAN: Aku pun teringin juga nak sambung
belajar di universiti. Tapi… nenek aku sakit. Kalau aku
pergi siapa yang nak jaga dia nanti?
DAHLIA: Jum la. Kan kita dah janji nak masuk universiti
sama-sama. Aku harap sangat kita boleh sambung belajar
sama-sama. Pasal nenek kau siapa yang jaga nanti kau
jangan risau. Aku boleh minta tolong ibu aku untuk tolong
tengok-tengokkan nenek kau. Ibu aku mesti nak punyalah.
ELLIS CHAN: Hm yelah. Nanti aku fikir-fikirkan.
181
SITUASI 15
Di pondok gerai ibu Dahlia. Seperti biasa, setelah habis
semua jualan nasi lemak Dahlia dan ibunya akan
mengemas barang-barang niaga untuk pulang ke rumah.
Sedang Dahlia dan ibunya mengemas…
DAHLIA: Ibu.
MAK ROS: (Menoleh Dahlia). Ya?
DAHLIA: Errr…
MAK ROS: Apa dia kamu ni. Cakap je lah. Dok arrr errr
arrr errr dah kenapa!
DAHLIA: Hehehe. Em ibu. Kan tak lama lagi kan lia dah
nak masuk U kan ibu. Lia dapat satu kos and satu
universiti dengan Ellis.
MAK ROS: Oh ya ka?! Alhamdulillah… Bagus lah
macam tu. Senang nak pergi atau balik nanti. Kamu ada
kawan.
DAHLIA. Hehe haah. Tapi… ada masalah la bu. Ellis tak
tahulah dia jadi masuk U ke tak nanti.
MAK ROS: Ai kenapa pulak. Sayang dapat keputusan
cantik-cantik tak nak masuk U. Orang berada. Senang.
Tak kan la tanak masuk U.
182
DAHLIA: Bukan la bu. Nenek dia sakit. Sebab tu la dia
rasa berat hati nak pergi. Rasa sedih sangat kalau dia tak
dapat pergi masuk U sama-sama.
MAK ROS: Lah ye? Nenek dia sakit? Sakit apa?
DAHLIA: Angin ahmar.
MAK ROS: Ya Allah kesiannya. Em tak apalah. Kamu
pujuklah Dahlia baik-baik. Mesti la dia rasa nak U jugak
kan. Tak kan tak nak? Nenek dia tu ibu boleh jagakan lah.
Ibu boleh je tolong tengok tiap-tiap hari. Jangan risau.
DAHLIA: Hehe. Okey bu. Terima kasih. Baiklah ibu ni.
Hihi.
SITUASI 16
Setelah Dahlia dan Ellis Chan masuk ke universiti, hari-
hari ibu Dahlia bertandang ke rumah nenek Ellis Chan.
MAK ROS: Hellooo. (Membuka pintu rumah Lily). Lily
okey harini?
LILY: Lu buat apa sini datang. Hari-hari datang.
Rimaslah. Sibuk saja!
MAK ROS: (Terus mendekati Lily). Saya kemas-kemas
dulu eh Lily.(Mengambil pinggan dan cawan kotor serta
mengemas barang-barang di sekitar katil dan bilik Lily.)
Lepastu saya mandikan Lily and kita makan. Tau.
(Senyum).
183
LILY: I tidak suruh pon lah. (Wajah sombong dan
memaling kearah tingkap).
SITUASI 17
Waktu Mak Ros menyuap Lily makan.
MAK ROS: Lily, harini saya masakkan sup ayam. Sedap
saya masak. Hehe. Meh saya suap. (Menyuapkan Lily ).
LILY: (Hanya berdiam diri dan buat tidak endah).
MAK ROS: Lily, makanlah sikit. Ni kalau Ellis tahu mesti
sedih nenek kesayangan dia tak nak makan. Makanlah
sikit. (Menunggu respon Ellis). Lily? Nah makan ye.
LILY: (Menepis suapan Mak Ros. Terpelanting sudu dan
pinggan yang dipegang di sebelah tangan lagi). I tamau
makan, tamau lah. Jangan paksa saya. You olang tak
faham bahasa ka?!
MAK ROS: (Terus mengutip pinggan, sudu dan makanan
yang bersepah di atas lantas. Dia membersihkan lantai
itu).
Beberapa minit kemudian.
MAK ROS: Lily. Saya letak you punya makanan kat sini
tau. (Meletakkan makanan di atas meja sebelah katil
Lily). Nanti you makanlah. Kalau ada apa-apa telefon je
184
saya. Okeylah saya balik dulu. Esok saya datang lagi.
(Sambil tersenyum).
SITUASI 18
Beberapa bulan kemudian. Suatu pagi subuh di bilik Lily.
Lily terjaga daripada tidur. Lily duduk termenung dan
bermonolog di dalam hati.
LILY: (Bermonolog). Kenapalah aku buat Si Ros tu itu
macam? Padahal dia sudah banyak tolong aku. Walaupun
aku selalu buat jahat sama dia, dia tetap nak tolong aku
tanpa jemu. Dia terus buat baik. Tak pernah mahu balas
balik apa yang aku buat sama dia. Kalau bukan kerana dia,
hidup aku tak ada sapa-sapa mahu tolong. Aku pon tidak
boleh buat apa. Aku tak patut buat dia macam tu. Aku rasa
berdosa. Benci diri aku! Urhhhhhhh! (Menangis dengan
penuh penyesalan).
SITUASI 19
MAK ROS: Hye Lily. You okey hari ni? (Sambil duduk
di tepi katil Lily).
LILY: (Terus menggenggam erat tangan Mak Ros). Ros.
Saya minta maaf ya. I dah banyak buat jahat sama you.
You layan saya baik-baik. You tetap mahu tolong saya
walaupun saya….. (Suaranya sebak seperti hendak
menangis).
MAK ROS: Aishhhhh. Sudahlah Lily. Saya ikhlas tolong
awak.
185
LILY: Kenapa you tolong I?
MAK ROS: Saya tolong you sebab kita kan bersaudara.
Kita hidup di bumi yang sama. Kita kena prihatin dengan
nasib dan kesusahan orang lain. Mana tahu kalau suatu
hari nanti saya pula di uji macam Lily, saya juga harap
moga-moga ada orang tolong saya. Buat baik pasti dibalas
baik. (Sambil tersenyum). Lily jangan nangis okey.
LILY: Hmmm. Saya minta maaf. You maafkan saya tak?
MAK ROS: Tidak mengapa. Saya tak ambil hati pon lah.
Jangan sedih ye. Saya akan jaga you sampai you sembuh.
LILY: Terima kasih Lily.
MAK ROS: Iya. Sama-sama.
SITUASI 20
ELLIS CHAN: Lagi dua tahun kita grad. Agak-agak kita
nak kerja apa hah nanti?
DAHLIA: Hurm… Itulah. Aku juga ada terfikir.
Sebenarnya aku sudah merancang.
ELLIS CHAN: Merancang apa?
DAHLIA: Merancang masa depan aku la.
ELLIS CHAN: Ya la. Merancang apa tu? Ala dengan
bestfriend sendiri pon nak rahsia-rahsia kan. Kita
186
bukannya baru sehari kenal. Dari sekolah menengah lagi.
Rahsia aku rahsia kau. Rahsia kau rahsia aku. Takde hal
pon sebelum ni. Erm yelah. Gitu lah dia kan. Dah lupa
kawan. (Pura-pura merajuk).
DAHLIA: Alaaaaa. Bukan begitu. Aku tak nak cakap
sebab aku takut tak jadi.
ELLIS CHAN: Arh aku tak kisah. Jadi tak jadi aku nak
tahu jugak. Apa dia yang kau dah rancang weh?
DAHLIA: Aku bercita-cita nak cipta pekerjaan sendiri
nanti. Aku nak buka business hehehe.
ELLIS CHAN: Wahhh berfikiran jauhnya kau! Business
apa kau nak buka tu? (Kelihatan tertarik).
DAHLIA: Errrrr nasi lemak. Boleh aku teruskan legasi
and resepi turun-temurun nasi lemak mak aku yang
marvelous tu. Tapi…
ELLIS CHAN: Tapi apa?
DAHLA: Aku nak ajak kau jadi rakan kongsi aku. Kalau
kau sudi?
ELLIS CHAN: Eh of course la nak!!!!! Aku kalau boleh
tak nak berpisah dengan kau sampai bila-bila. Kerja pon
aku nak ada kau jugak tau. Lagi pun kau tak tahu ke aku
ni minat giler dengan nasi lemak.
187
DAHLIA: Hahaha tahu. Tengok muka kau je dah macam
nasi lemak. Hahahahahahaha!
SITUASI 21
DAHLIA: Tahniah! Tak sangka sekarang ni kita dah ada
segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan!
ELLIS CHAN: Ya la. Inilah kejayaan yang kita harapkan.
DAHLIA: So sekarang kita dah boleh mulakan misi kita.
Buktikan bahawa impian boleh jadi kenyataan! (Dengan
wjah yang bangga sambil menunjuk langit.)
ELLIS CHAN: Wow gituuuuu! Eeeee tasyabarnya nak
jadi bos. Hahahahahaha.
DAHLIA: Sabar. Kita rancang dan bina dulu strategi kita
ya. Hahahahahaha.
SITUASI 22
Pada tahun 2030.
DAHLIA: Ellis, Alhamdulillah. Impian kita sudah
tercapai. Sekarang kita dah ada restoran nasi lemak.
Terima kasih Ellis sebab sudi jadi rakan kongsi aku.
(Pegang bahu Ellis dan tersenyum).
ELLIS CHAN: Sama-sama Ellis. Terima kasih juga sebab
sudi terima aku sebagai rakan kongsi kau. Aku harap kita
188
boleh bangunkan perniagaan ini sama-sama.
(Tersenyum).
DAHLA: Ya. Kita akan usaha. Kita boleh Ellis.
Perniagaan ini simbolik kepada persahabatan kita. (Peluk
Ellis).
ELLIS CHAN: (Menyambut pelukan Dahlia). Eh hujung
tahun ini kita jadi buka satu lagi cawangan baru kan? Esok
kau free?
DAHLIA: Ya, jadilah. Free. Kenapa?
ELLIS CHAN: Ha kalau macam tu esok jum lah kita
sama-sama pergi tengok lokasi cawangan baru tu.
DAHLIA: Okey boleh.
SITUASI 23
DAHLIA: Aku mahu bercuti lama sedikit lah. Sudah lama
aku tidak duduk di rumah ibuku lama-lama. Asyik busy
ja. Aku rasa bersalah pula.
ELLIS CHAN: Oh boleh je. Tapi aku rasa aku mahu ikut
juga. Boleh ka?
DAHLIA: Sudah tentu boleh. Kau pon tak pernah lagi
datang ke rumah aku kan. Jom lah tidur di rumah aku.
ELLIS CHAN: Hahaha. Okey. Bila kau mahu ambil cuti?
189
DAHLIA: Minggu depan?
ELLIS CHAN: Okey! lagi awal lagi bagus. Tak sabarnya
aku!
SITUASI 24
ELLIS CHAN: Dahlia, rumah ibu kau ni cantik. Rumah
tradisional melayu. Minat betul aku. Lihatlah ini banyak
ukiran kayu yang cantik-cantik. (Sambil menyelak tirai
bilik Dahlia). Eh kau tengah buat apa tu?
DAHLIA: Aku tengah kemas barang-barang lama ni ha.
Sudah lama terbiar. Aku mahu lihat semula. (Tiba-tiba dia
terjumpa akan buku nota kesayangannya 10 tahun lepas.
Dibuka buku nota itu. Masih ada kertas surat khabar yang
mengandungi tulisan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030. Dibaca tulisan itu. Mengalir air matanya.)
ELLIS CHAN: (Ternampak keadaan Dahlia.) Kenapa
kau menangis?
DAHLIA: (Menunjukkan kertas surat khabar di
tanganny.) Lihatlah ini. Sekarang harapan negara sudah
menjadi kenyataan. Banyak kejayaan yang sudah aku
kecapi. Aku tidak menyangka. Alhamdulillah. Semoga
tuhan sentiasa limpahkan rahmat-Nya kepada tanah air
kita.
ELLIS CHAN: Aku sangat berbangga sahabatku. Semoga
kita kawan sampai bila-bila. Semoga kita boleh jadi orang
berguna kepada masyarakat.
190
(Dahlia dan Ellis Chan menangis gembira sambil
berpelukan.)
DAHLIA: Eh sudahlah. Janganlah menangis lagi. Ada
lagi satu semoga yang kita tak sebut lagi.
ELLIS CHAN: Semoga apa?
DAHLIA: Semoga kita jumpa jodoh! Bila jodoh nak
sampai ni. Nak tua dah. Hahahahaha.
ELLIS CHAN: Amin Amin Amin. Yang penting aku
kahwin dulu dari kau. Kau biarlah single sampai tua.
Hahahahaha.
DAHLIA: Ish kau nih! Merajuk lah.
ELLIS CHAN: Merajuk lah sana! Wek wek. Hahahaha.
TAMAT
191
TEMA
Wawasan Kesemakmuran 2030
TAJUK
Sinar
PENULIS SKRIP
Rinahan binti Kunju Ahmad
PELAKON
Hadi: Hadi ialah anak jati Kelantan, berusia 17 tahun dan
merupakan anak tunggal kepada Puan Afifah. Bapanya
telah meninggal dunia ketika berusia setahun. Dia seorang
yang pemalu dan baik budi pekertinya. Hadi seorang yang
bijak dan beradab serta disenangi oleh para guru dan
rakan-rakannya.
Julia: Dia seorang yang cantik dan berasal dari Sabah. Di
sekolah, dia berada di kelas hadapan iaitu aliran sains.
Nurin: Dia merupakan kawan baik kepada Julia. Dia
seorang yang memahami dan matang
Wawa: Seorang yang suka mengusik dan bergurau dengan
sahabat-sahabatnya.
Cikgu Suraya: Cikgu yang berdedikasi dan sentiasa
memberi semangat kepada para pelajarnya.
Puan Afifah: Ibu kepada Hadi. Seorang yang penyayang,
berdikari dan tabah dalam membesarkan anak
kesayangannya.
SINOPSIS
Kisah bermula apabila 4 orang pelajar disatukan dalam
kumpulan yang sama. Mereka terpilih untuk mengadakan
persembahan yang bertemakan nasionalisme, tetapi
192
mereka berbeza pendapat dan negeri kelahiran. Konflik
bermula apabila Hadi kerap tidak datang pada sesi latihan.
Mampukah mereka melakukan persembahan bersama-
sama atau mereka berselisih pendapat sampai
kesudahnya? Adakah Cikgu Suraya akan memuji
persembahan mereka? Adakah Julia akan terus membenci
Hadi hingga ke akhir hayatnya? Segala persoalan dapat
dirungkaikan di dalam drama ini.
SITUASI 1
Pada tahun 2028, di sebuah café, Hadi bertemu Julia
untuk menyatakan hasrat hatinya.
HADI: Julia saya ada something nak bagitahu kepada
awak. (sambil tersenyum)
JULIA: Kenapa? Apa yang kau mahu bagitahu? Nervous
pula saya. (berdebar-debar)
HADI: (menggunakan bahasa isyarat) sudikah awak
menjadi isteri saya? Pandang sana.
JULIA:(Julia memandang kearah kanan) Omaigadd
Hadi, sweet bha kau ni. (menutup mulutnya dan berasa
terharu dan mengangguk tanda terima lamaran Hadi)
Hadi menghulurkan sebuah kotak hadiah kepada Julia
lalu Julia membukanya dan menyarungkan helaian
tudung yang dihadiahkan kepadanya sebagai tanda
lamaran Hadi telah diterima.
193
Mereka saling berpandangan
Seminggu kemudian,
Di perkarangan masjid, pada jam 10 pagi,
berlangsungnya majlis pernikahan antara Muhammad
Hadi bin Mohamad Haris dan pasangannya Nur Julia
Helena binti Abdullah.
TOK KADI: Aku nikahkan kau dengan Nur Julia Helena
binti Abdullah yang berwakil walikan aku, dengan emas
kahwinnya RM100 tunai.
HADI: Aku terima nikah Nur Julia Helena binti Abdullah
dengan mas kahwinnya RM100 tunai.
TOK KADI: (memandang saksi-saksi) Sah?
SAKSI: Sah! Sah! Sah! Alhamdulillah. (semua tetamu
menadahkan tangan untuk doa kesyukuran)
Setelah 2 tahun kemudian.
Hadi dan Julia sedang berjogging di taman pada waktu
petang. Kemudian mereka berdua berjalan lalu duduk di
kerusi rehat yang disediakan.
HADI: Fuhh penat (mengeluh kepenatan). Lama i tak
jogging, asyik sibuk dengan kerja je.
JULIA: Itulah u tu sibuk betul dengan kerja u sebagai
pilot. Ini i paksa-paksa lagi pigi jogging. Kalau nda
194
memang susah betul mau bawa jogging. (lalu
memalingkan mukanya daripada memandang Hadi).
HADI: (ketawa). U ni sejak bila pandai merajuk, dulu
bukan main garang lagi. By the way kan u dah 2 tahun kita
berkahwin. Tapi i akui memang i jarang luangkan masa
dengan u. Inipun i ambil cuti seminggu untuk luangkan
masa lebih dengan u dan keluarga kita. Jadi tak adalah i
bekerja je kan. Kang merajuk pulak intan payung manja i.
(sengih-sengih memandang Julia)
JULIA: Nah baguslah kalau macam tu (sambil
tersenyum). So, kita mau balik kampung mana dulu.
Kelantan ka atau Sabah?
HADI: Kita balik Kelantan dulu boleh? Yelah yang dekat
dulu, lagipun Kelantan sekarang tak macam dulu dah.
Sekarang dah membangun daripada segi pembangunan,
sosial, pendidikan dan lain-lain. Dulu i ingat lagi nak pergi
sekolah pun susah, takde bas, i jalan kaki saja ke sekolah.
Sekarang dah ada LRT, bas pun percuma je untuk
kawasan tertentu. Tapi kesusahan itulah yang
membuatkan kita rasa nak berjaya dan ubah hidup kita.
Alhamdulillah sekarang i dah jadi seorang pilot dan
seorang suami yang penyayang pada u. (senyum kepada
Julia).
JULIA: (Ketawa) yalah tu, pandai mengayat sudah kan
sekarang? Betullah tu, sekarang negara kita sudah
mencapai status negara maju. Banyak rancangan yang
dirangka membuahkan hasil. Di Sabah pun sekarang
sudah menjadi salah satu pusat pelancongan yang
195
menarik. Jurang kemiskinan juga dapat dikurangkan,
sekarang sudah kurang budak-budak yang minta sedekah
atau gelandangan. Perhubungan jalan raya pun sudah
banyak kena bina, jadi dapatlah memudahkan pergerakan
penduduk luar bandar ke bandar. Sepatutnya kita sebagai
rakyat Malaysia kena bersyukur sebab tinggal di negara
yang aman damai macam Malaysia.
HADI: (Terpegun dengan penerangan isterinya) wahh
sayang. Betul yang u cakap tu. Beruntungnya I dapat isteri
yang bijak plus cantik pulak tu. (gelak sambil lihat jam di
tangan kirinya). Ok jomlah kita balik yang. Dah pukul
berapa ni. (mereka bangun daripada kerusi).
(Langkah mereka terhenti taktala terlihat sepasang
kekasih di sisi mereka yang tiba-tiba bergaduh. Lalu
mereka saling berpandangan)
Flashback.
SITUASI 2
10 tahun yang lepas, iaitu pada tahun 2020.
(memaparkan gambar sekolah). (Suasana cikgu sedang
mengajar murid). (Kelihatan cikgu Suraya sedang duduk
di atas kerusi di dalam sebuah bilik guru).
CIKGU SURAYA: (Memandang kertas senarai nama
calon). Tahniah saya ucapkan kepada kamu semua kerana
terpilih mewakili sekolah bagi persembahan hari
kebangsaan peringkat sekolah. (sambil tersenyum).
196
SEMUA: Sama-sama cikgu (sambil tersenyum).
CIKGU SURAYA: Sebelum saya mulakan, kita
menunggu lagi seorang pelajar yang terpilih ya.
(Kelihatan Hadi sedang masuk ke dalam bilik guru
dengan tergesa-gesa)
HADI: Assalamu’alaikum maaf lambat cikgu. (lalu duduk
di kerusi yang disediakan).
(Pandangan Julia tersentak apabila ternampak sosok
tubuh seorang pelajar lelaki yang tidak sengaja
menumpahkan air teh pada baju sekolahnya ketika waktu
rehat tadi. Secara tidak langsung fikirannya melayang
menerjah peristiwa yang menyakitkan hatinya itu).
HADI: Allahuakbar, maaf saya tak sengaja pun nak
tumpahkan air ni. Maaf sangat-sangat (Meminta maaf
dengan muka yang panik dan bersungguh)
JULIA: (Dengan muka yang terkejut lalu mengaduh
kesakitan) Auchhh panasss lah!! Ihh, kau tiada matakah?
Bagus- bagus saya jalan di sini pun kau tidak nampak?
Tengok baju saya ni habis basah. Salah kau la ni! Kau tahu
ka saya ni anak orang kaya so absolutely material baju
saya ni bukan murahan!!(Mendengus geram)
HADI: Maaf, ikut awaklah, awak nak oyak gapo
sekalipun, hok penting saya minta maaf dah atas tak
sengaja saya. Lagi satu hok saya nak royak walau
siapapun awak, kita keno ingat bahawa kita ni sama jah
197
disisi Allah.hanya seorang hamba. (Berbicara dengan
nada lembut dan bermuka tenang).
JULIA: Ihh kau ni, sempat lagi bertazkirah dekat sini ah.
(Sambil mengipas dirinya yang tidak panas tetapi seakan
panas). Ka kau ni sebenarnya sengaja ja mau test market
dekat saya? Sorry you are not my taste! (Berkata sambil
senyum menyindir dan berpeluk tubuh).
Namun, kata-kata Julia tidak diendahkan oleh Hadi lalu
pergi dari situ dengan segera. Fikiran Julia kembali ke
alam realiti apabila dia terdengar suara cikgu Suraya
yang menyapa Hadi yang baru tiba.
CIKGU SURAYA: Takpa Hadi, cikgu pun sekejap je ni.
Sebenarnya cikgu nak bagi kamu semua satu tugasan
sempena hari kebangsaan yang diadakan tidak lama lagi.
Kamu semua adalah satu kumpulan dan harus
bekerjasama untuk jana idea bagi membuat persembahan
yang bertemakan Wawasan Kesemakmuran 2030
sempena hari kebangsaan tahun ini.
JULIA: Tapi cikgu kami semua kan kelas yang berlainan.
(nada tidak suka).
CIKGU SURAYA: Julia, walaupun kelas berlainan,
negeri berlainan, kita semua adalah rakyat Malaysia.
Sebab itu cikgu memilih kamu semua yang daripada latar
belakang berbeza. Cikgu nak kamu semua buat yang
terbaik untuk sekolah kita ya. Baik itu sahaja, selamat
bekerjasama dan berbincang, cikgu ada kelas lepasni.
(senyum dan bangun daripada kerusinya.
198
(Mereka memandang satu sama lain dengan perasaan
janggal)
JULIA: Ihh kamuorang, saya tidak suka bha dia tu, kenapa
mamat poyo tu ada juga? Saya benci dia sebab dialah
bikin mood saya hilang. (Julia dengan muka yang bengis
sambil merenyokkan kertas di mejanya dan meluahkan isi
hati yang terpendam kepada sahabat-sahabat baiknya).
NURIN: Aku rasa dia sengaja langgar kau. Kot-kot dia
nak usha kau, kau kan hot gojes. Betul tak Wawa?
WAWA: Aku pon rasa macam kau jugak, tapi weh Julia,
Hadi tu baik kot. Dia berakhlak, bijak dan hensem pulak
tu. Kalau aku jadi kau, hari-hari kena langgar tertumpah
teh pon takpe, air sirap pon aku onzz. (sambil tersengih-
sengih kearah Julia dan Nurin)
JULIA: Kau ni memang la, Wawa. Semua lelaki kau
cakap hensem. Mengada betul kau ni. Kau ingat saya
macam kau ka? (nada marah dan menyindir kepada
Wawa)
SITUASI 3
(Kelihatan Julia dan dua rakannya sedang berdiri
menunggu Hadi selepas habis sekolah pada jam 5 petang
di padang bola tampar).
JULIA: Eh, mana bha tu budak? Macam mana cikgu
Suraya tu boleh pilih budak lembab macam dia tu ah? Eee
geramm betul saya. Urghhh!! (dengan nada marah).
199
WAWA: Kita tunggu jelah Hadi dulu. Lagipun ni kan
kerja berkumpulan. Nanti penat pulak nak terangkan
banyak kali. Biar semua ada.
JULIA: Oh time-time macam ni baru mau cakap pasal
kerja berkumpulan? Jadi yang Hadi lewat ni apa pula
maksudnya? Bukan ka tiada semangat kerjasama sebagai
satu kumpulan? Saya pun ada juga hal sendiri, semua
orang ada hal masing-masing kan? (Nada marah).
NURIN: Rileks la Julia, kita tak tahu kenapa dia lewat.
Biarkanlah dia, kita mula jelah dulu. Mungkin dia ada hal
penting. Yang kau marah sangat ni kau rindu ke kat dia.
Elleh mulut je marah-marah, dalam hati berbunga weh.
(gelak terbahak-bahak)
JULIA: Eh Nurin jaga sikit mulut kau tu ah. Saya tidak
bagi pelempang ni cukup baik sudah. Memang tidaklah
saya mahu rindu dekat mamat poyo tu. Dia bukan taste
saya la. Eww, jijik saya. (sambil menendang bola)
NURIN: Kau jangan nak berlagak sangat Julia. Jangan
nak benci sangat. Orang-orang tua pernah berpesan,
jangan terlampau membenci kerana nanti terlebih
mencintai. Ewahh, Kang akan datang kau kahwin dengan
dia baru kau tahu jijik ke tak jijik. (tersenyum sambil
memerli Julia)
JULIA: Mengarutlah kau ni Nurin. Inilah hasil dia kalau
terlampau ikut sangat pesan orang-orang tualah, petua
200