(Cikgu Amir bermonolog sambil memegang bingkai
gambar.)
Sebuah kereta berhenti berdekatan dengan tempat Cikgu
Amir duduk.Khai dan Zack keluar dari kereta tersebut
dan mendekati Cikgu Amir.
ZACK: Assalamualaikum cikgu.
CIKGU AMIR: Waalaikumsalam. Owh Khai, Zack.
Duduklah
KHAI: Kenapa cikgu pegang gambar kita bertiga?
CIKGU AMIR: Teringat masa dulu. Khai. Zack. Terima
kasih kerana hadir dalam hidup cikgu. Maafkan cikgu
kerana cikgu tidak memberitahu kamu akan penyakit
kanser darah cikgu. Cikgu tidak mahu menyusahkan
orang lain. Mungkin cikgu bukanlah yang cikgu yang
terbaik tetapi cikgu berusaha yang sebaik mungkin agar
kamu semua menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat. Ya. Memang cikgu sakit tapi cikgu tak
jadikan benda itu penghalang untuk cikgu berjaya. Cikgu
yakin semua orang boleh berjaya asalkan dia berusaha dan
yakin dengan kebolehan mereka. Latar belakang kita
mungkin berbeza tetapi cikgu tiada hak untuk
diskriminasi pelajar sebab semua orang ada hak untuk
belajar dan berjaya
KHAI: Cikgu nak tahu tak?. Sebenarnya cikgu yang
mengubah hidup kami dan kami akan ingat cikgu selama-
lamanya. Kami hanyut dalam kehidupan tapi cikgu bantu
51
kami untuk lolos dan kembali ke jalan yang sebenar Tanpa
cikgu mungkin kami masih yang dulu. Terima kasih
Cikgu Amir.
TAMAT
52
TEMA
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
TAJUK
Nilai
PENULIS SKRIP
Nur Anis Suhaila Binti Abdul Sani
PELAKON
AILYN – Anak tunggal seorang pengusaha terkenal.
Hanya hidup berdua bersama ayahnya selepas kematian
ibunya. Seorang yang positif, tabah dan baik hati.
SOFEA – Seorang anak tunggal keluarga miskin.
Abahnya seorang mualaf dan bekerja sebagai pemandu
Dato’ Hamid. Merupakan pelajar terbaik di sekolah.
Seorang yang disenangi oleh orang sekelilingnya.
DATO’ HAMID – Seorang pengusaha terkenal. Seorang
ayah yang selalu inginkan yang terbaik untuk satu-
satunya anak kesayangannya.
LEE ABDULLAH– Seorang pemandu yang hemah.
Sentiasa gigih dalam mencari rezeki untuk keluarganya.
Abah kepada Sofea.
SALMIAH – Emak kepada Sofea. Seorang ibu yang
selalu mempunyai harapan tinggi untuk masa depan
anaknya.
CIKGU ZAINAB – Seorang guru yang prihatin terhadap
pelajarnya namun sebaliknya terdesak inginkan kenaikan
pangkat yang tinggi.
AMIRA – Seorang pelajar yang mudah terpengaruh
dengan percakapan rakannya terhadap orang lain.
53
TASHA – Seorang pelajar yang suka ambil tahu tentang
orang lain.
LIANA – Kawan baik kepada pelajar 2 dan suka berkata
yang tidak benar.
PEGAWAI SPP – Penemuduga SPP.
SINOPSIS
Nurul Ailyn Dato’ Hamid pelajar baharu yang berpindah
ke sekolah SMK Jaya Murni selepas kematian ibunya
akibat kanser payudara. Ailyn seorang anak pengusaha
terkenal namun dia tidak suka mempamerkan kemewahan
yang dimiliki. Ailyn merupakan seorang pelajar yang
bercita-cita menjadi seorang guru sama seperti arwah
ibunya. Namun, kematiaan ibunya enam bulan sebelum
dia berpindah telah membuatkan Ailyn tidak bersemangat
untuk meneruskan pelajaran. Di sekolah tersebut, Ailyn
bertemu dengan Sofea yang merupakan seorang pelajar
terbaik yang berjuang untuk masa depan keluarganya.
Sikap Sofea yang ramah dan mesra, menjadikan mereka
berteman rapat sehingga suatu peristiwa yang tidak
pernah dijangka berlaku di antara mereka. Kehidupan dua
darjat yang berbeza memaksa keadaan menjadi semakin
keruh. Ailyn terluka. Sofea pula kecewa. Apakah
sebenarnya yang berlaku di antara mereka? Dapatkah
persahabatan ini dipulihkan semula atau kenangan tinggal
kenangan sahaja? Lalu, bagaimana pula dengan masa
depan dan cita-cita mereka?
54
SITUASI 1
Di suatu petang yang redup, Ailyn dan ayahnya berjalan
keluar dari kawasan perkuburan setelah melawat pusara
mamanya. Ayahnya kemudian membuka bicara…
DATO’ HAMID:: Ayah dah uruskan semua urusan
perpindahan Ailyn ke sekolah baharu. Suasana dekat sana
tenang dan sesuai untuk pemulihan Ailyn sekarang ni.
Ailyn kena kuat ya. (Sambil tersenyum menatap anaknya)
AILYN: Baik ayah. Ailyn okay. Jangan risau. (Membalas
senyuman ayahnya)
DATO’ HAMID : (Mengeluh perlahan) Ailyn. Kalau
Ailyn ada apa-apa masalah bagitau ayah ya. Ayah akan
buat yang terbaik untuk anak ayah ni. Kalau ada hari-hari
lapang nanti, Ailyn nak lawat kuburan mama lagi, kita
pergi sama-sama ya.
AILYN: (Merenung jauh ke makam ibunya dari kawasan
luar perkuburan) Baik ayah. Ailyn budak-budak lagi.
Sedih-sedih Ailyn, sedih lagi ayah kan. (Sambil
tersenyum redup memandang kasih ayahnya yang telah
berjuang untuk hidupnya)
(Dato’ Hamid mengalihkan pandangan dari tatapan
anaknya lalu menarik nafas dalam.)
SITUASI 2
Di meja makan bersama abah dan ibunya…
55
LEE ABDULLAH: Sofea naik bas hari ini ya. Maaf, abah
tak dapat hantar. Abah nak jumpa Pak Mail kejap.
Katanya ada keluarga baru datang dari Kuala Lumpur
sana berpindah ke banglo hujung kampung kita. Pak
Mail kata dia nak cari pemandu baru.
SOFEA: Baik abah. Tak apa. (Sofea akur sambil
mengangguk perlahan)
SALMIAH: Elok macam tu abang. Cuba tanyakan Pak
Mail kalau abang boleh jadi pemandu keluarga baru itu.
Abang pun sejak tak berapa sihat dua bulan lalu dah tak
boleh buat kerja yang berat-berat sangat.
LEE ABDULLAH: Okay, nanti abang tanyakan.
SITUASI 3
Ailyn berdiri senyap di sebelah ayahnya yang sedang
berbicara dengan Cikgu Zainab, iaitu Penolong Kanan
Tingakatan Enam.
DATO’ HAMID: Terima kasih cikgu. Harapnya cikgu
dapat bantu anak saya.
CIKGU ZAINAB: Baik Dato’ Hamid. Tak apa. Ini adalah
tanggungjawab saya. InshaAllah, Ailyn akan baik-baik
sahaja di sini. (Balas Cikgu Zainab ramah)
(Ailyn yang diam sahaja dari tadi terpandangkan Sofea
yang lalu. Senyum tipisnya terukir. Sofea turut membalas
56
dari kejauhan sebelum Namanya diseur oleh Cikgu
Zainab.)
CIKGU ZAINAB: Hah Sofea, sini jap.
(Sofea yang lalu tadi melangkah dekat menghampiri
mereka. Dengan suara yang ramah, Sofea membalas.)
SOFEA: Ya saya cikgu.
CIKGU ZAINAB: Ini pelajar baru kelas kamu, Ailyn.
Tolong bawa dia ke kelas dahulu. Kejap lagi cikgu masuk.
(Sofea dan Ailyn berpandangan seketika.)
SOFEA: Baik cikgu. Hmm, awak jom. (Ajak Sofea ceria)
DATO’ HAMID: Sofea ye. Tolong kawan dengan anak
pakcik ni ya.
SOFEA: Okay pakcik. Beres! (Sambil mengangkat
tangannya dengan simbol ‘okay’)
AILYN: Ailyn pergi dulu ayah.
DATO’ HAMID: Okay. Baik-baik tau.
Ailyn tersenyum sahaja. Lalu, dia dan Sofea meminta izin
untuk berlalu pergi ke kelas.
DATO’ HAMID: Terima kasih sekali lagi cikgu. Saya
minta izin dahulu.
57
CIKGU ZAINAB: Tak apa-tak apa. Sama-sama.
SITUASI 4
Di hadapan rumah Ailyn…
DATO’ HAMID: Lee Abdullah kan?
LEE ABDULLAH: Ya, saya dato’. Maaf, Pak Mail tak
dapat ikut sekali. Anaknya tak berapa sihat. Jadi, saya
datang terus ke sini.
DATO’ HAMID: Eh, tak apa. Pak Mail dah maklumkan.
Hmm, esok subuh saya ada hal dekat kawasan luar. Esok
Lee tolong hantarkan anak saya ke sekolah. Lee hanya
perlu hantar dan ambil dia sahaja. Eh, kejap. Lee bolehkan
terus kerja esok? Maaf, saya tak tanya dahulu.
LEE ABDULLAH: Tak apa. Boleh saja dato’ esok saya
datang terus dekat sini.
DATO’ HAMID: Terima kasih ya. Saya risau ja. Saya
dengan anak saya baru tiga hari duduk kampung ni.
Lagipun, anak saya tu perlukan perhatian yang lebih
sedikit. Dia sihat cuma mungkin jiwanya tak berapa sihat.
(Tanpa sedar, Dato’ Hamid terluah tentang kerisauannya
terhadap Ailyn. Mungkin mereka sama-sama berstatus
bapa jadi Dato’ Hamid kira Lee Abdullah memahami
situasinya)
LEE ABDULLAH: Tak apa dato’. Orang kampung dekat
sini semua baik-baik belaka. Saya dah pernah laluinya
58
waktu pertama kali sampai dekat kampung ni dua tahun
lalu. (Ucap Lee Abdullah sambil tersenyum bersyukur)
DATO’ HAMID: Ya. Saya boleh nampak benda tu. Saya
rasa bersyukur sangat dengan tu. Terima kasih banyak-
banyak. Untuk Lee dengan Pak Mail sebab bantu saya.
LEE ABDULLAH: Sama-sama dato’.
SITUASI 5
Di kelas 6 Ibnu Sina…
CIKGU ZAINAB: Okay baik. Kita berhenti di sini. Esok
saya akan sambung semula. Buat nota ringkas masing-
masing. Tak buat, saya akan bagi esei nanti.
(Cikgu Zainab berjalan perlahan ke arah meja Ailyn.)
CIKGU ZAINAB: Ailyn, kamu okay tak?
AILYN: (Terperanjat seketika) Hah! Ya... Saya
okay..Saya okay cikgu.
CIKGU ZAINAB: Kalau ada apa-apa bagitau saya ya.
(Kemudian, cikgu Zainab berlalu keluar kelas.)
TASHA: (Mengeluh tidak puas hati) Hmm, mengadanya
wak…
LIANA: Hmm, betul tu wak…
59
(Lalu, mereka keluar kelas menuju ke kantin sekolah.
Amira turut mengikuti mereka. Ailyn memandang sepi.
Tahu betul dia, mereka tidak menyukainya sejak kali
pertama lagi di masuk ke kelas ini. Kepalanya
dilentokkan ke meja. Sofea menghampiri.)
SOFEA: Ailyn. Ailyn awak okay ke?
(Ailyn mengangkat kepala.)
AILYN: Kenapa? Saya nampak macam tak okay ke?
Cikgu Zainab tanya macam tu, awak tanya macam tu.
Hmm, lupa ayah saya pagi tadi pun tanya macam tu.
(Jawab Ailyn dengan kerutan di dahi namun wajahnya
suram saja pada pandangan Sofea)
(Sofea terdiam.)
SITUASI 6
Petang itu, Ailyn dijemput oleh pemandu mereka, Lee
Abdullah. Perlahan Ailyn melangkah mendekati
keretanya. Dilihat Lee Abdullah berdiri di sebelah kereta
tersebut sambil kepalanya menoleh seolah-olah mencari
seseorang…
LEE ABDULLAH: Masuk Ailyn. Panas cuaca ni.
(Ailyn hanya tersenyum mengangguk. Di luar kawasan
pagar sekolah, matanya melihat Sofea yang sedang
berdiri tegak sambil tangannya diangkat seperti
60
menghalang terik matahari mengenai mukanya. Disana
juga terdapat, rakan-rakannya yang lain.)
AILYN: (Bermonolog sendiri) Dia tak ada payung ke?
(Aily kemudian melihat ke arah hadapan. Wajah Lee
Abdullah kelihatan sugul.)
AILYN: Kenapa uncle Lee? (Tanyanya hairan)
LEE ABDULLAH: Tak. Hmm, saya tengah tengok anak
saya. Tu, Sofea. (Balasnya perlahan sambil melihat ke
arah Sofe di hujung sana.)
AILYN: Sofea. Anak uncle Lee ke? (Tanyanya terkejut)
Hmm, kenapa tak panggil ja dia tadi. Boleh ikut sekalli
balik dengan saya.
LEE ABDULLAH: Eh, tak apa. Dia dah naik bas pun.
(Ailyn memandang semula. Muncul simpati dalam
dirinya.)
SITUASI 7
Seminggu berlalu…
Di kawasan perpustakaan sekolah, Sofea sedang ralit
mencari buku. Ailyn mendekati tanpa sedar…
AILYN: Sofea?
61
SOFEA: Err…Ailyn? Kenapa? Awak okay tak? (Soal
Sofea hairan)
AILYN: Awak memang asal nampak saya nak tanya tu ja
ke? Saya memang tak okay sangat ke?
SOFEA: Eh, tak! Bukan macam tu…saya nak tanya ja.
Awak selalu sangat nampak sendiri. Maaf, kalau saya…
AILYN: Maaf untuk apa? Saya yang patut…
hmm…minta maaf dengan awak. Sebab hari tu.
Err…saya minta maaf!
(Sofea tergelak perlahan. Ailyn perlahan-lahan
tersenyum nipis.)
AILYN: Maaf.
SOFEA: Tak apa awak. Tak ada apa benda pun nak
dimaafkan. Awak jangan duduk sendiri lagi lepas ni.
Dekat sekolah ini adalah untuk kita mencari masa depan.
Dalam proses kita berjuang untuk masa depan tu, kita
perlu ada orang sekeliling. Keluarga, guru-guru dan
kawan-kawan. Kita berpeluang tau untuk berkawan. Jadi,
kenapa tidak kita jadi kawan? Awak, saya dan kawan-
kawan yang lain. (Jeda)
SOFEA: Jadi, hai awak! Saya Sofea. (Ramah Sofea
membalas panjang sambil tangannya dihulur untuk
memberi salam perkenalan)
SOFEA: Okay tahu! Awak Ailyn kan. Salam perkenalan.
62
(Ailyn menatap salam yang dihulur. Perlahan tangannya
menyambut. Senyuman mekar mereka terukir. Akhirnya.)
SITUASI 8
Dua bulan berlalu…
(Keakraban Ailyn dan Sofea mula bertambah. Mereka
belajar bersama, pergi kantin pun bersama, semua benda
yang dilakukan juga bersama di sekolah. Ailyn pun sudah
mula perlahan-lahan bercerita tentang dirinya, keluarga
dan masalah kesihatannya.)
SOFEA: Jadi, awak nak jadi guru macam arwah mama
awaklah ya?
AILYN: Ya. Saya tertarik nak jadi guru macam arwah
mama. Guru yang penyayang. Bijak. Sayang dengan
pelajar-pelajarnya. Guru yang boleh dijadikan contoh
untuk mereka. (Memandang Sofea)
Hmm, saya tau ni sebab mama saya selalu ja lepas pulang
dari sekolah cerita pasal pelajar-pelajarnya. Satu nasihat
mama yang saya tak lupa…
(Ailyn berdehem perlahan.)
AILYN: Hak kita untuk bercita-cita dan hak kita untuk
bertanggungjawab ke atasnya.
SITUASI 9
63
Di dalam kelas 6 Ibnu Sina, dua minggu selepas
percubaan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan
Malaysia (STPM)…
AMIRA: Hari inikan keputusan percubaan sejarah kita
keluar?
LIANA: Esoklah.
SOFEA: Hari inilah awak. Dah terserempak dengan
cikgu Zainab tadi dekat bilik guru. Cikgu kata hari ini.
TASHA: Alaa, ya ke? Aduh, takut pulak! Tiga paper dah
biasa sangat ni markahnya. Ini yang terakhirnya ja
harapan. Cukup-cukup makan pun okaylah.
(Dari hadapan kelas, Cikgu Zainab memberi salam.)
CIKGU ZAINAB: Assalammualaikum semua. Baiklah,
ini paper terakhir trial kamu kan. Cikgu dengar paper lain
dah diberikan.
AMIRA: Ya cikgu. Tolonglah cikgu, saya nak A.
(Seluruh kelas mula bising ketawa mendengar. Pelajar
yang lain pula ada risau, gementar dan semua perasaan
mula ada. Sofea dan Ailyn saling berpandangan.)
CIKGU ZAINAB: Shuutt…senyap sikit.
AILYN: Risaulah. (Bisiknya perlahan kepada Sofea)
64
(Sofea hanya tersenyum kelat. Sesak rasanya nafasnya
ketika itu. Ailyn pula cuba meyakinkan diri dengan
keputusan yang bakal diterima sebentar nanti. Tapi Ailyn
yakin dia telah buat yang terbaik. Cuma risau sahaja.)
(Cikgu Zainab mula membahagikan kertas peperiksaan
sejarah pelajar satu persatu.)
CIKGU ZAINAB: Okay yang ini, cikgu hold dahulu.
CIKGU ZAINAB: Hah! Yang ni pun.
(Kemudian Cikgu Zainab meneruskan pengagihannya
sampai kertas selesai diberi kepada semua pelajarnya.
Hanya Ailyn dan Sofea sahaja yang belum dapat kertas
mereka.)
CIKGU ZAINAB: Baik-baik. Sebelum tu, cikgu nak
komen sikit tentang baki dua kertas yang cikgu tanda ni.
Hmm, kedua-duanya baik dari segi kesalahan tatabahasa,
struktur, organisasi esei tapi pengolahan sahaja yang
sedikit berbeza.
AMIRA: Alaa cikgu dah tau siapa punya yang terbaik.
Tak lain tak bukan, Sofea.
CIKGU ZAINAB: Betul! Salah satunya kertas peperiksan
Sofea. Tapi yang esei terbaik dalam kelas ni adalah Ailyn.
Tahniah Ailyn!
(Semua pelajar terkejut. Sofea juga sama. Namun dia
secepat mungkin memberikan senyum kepada Ailyn yang
65
duduk bersebelahan. Sofea mula berdiri melangkah ke
hadapan untuk mengambil kertas peperiksaannya.)
CIKGU ZAINAB: Okay seterusnya Sofea. Tahniah juga!
SOFEA: (Dengan ekspresi yang sedaya upaya dikawal)
Terima kasih cikgu.
CIKGU ZAINAB: Ailyn? (Panggil Cikgu Zainab)
(Ailyn kemudian berdiri mengambil kertasnya.
Senyumannya lebar terukir.)
CIKGU ZAINAB: Tahniah semua. Dan untuk
pengetahuan semua, secara keseluruhan di sekolah kita,
Ailyn merupakan salah seorang pelajar terbaik yang
mendapat semua A dalam trial kali ini.
(Seluruh pelajar mula memberikan tepukan. Ailyn sudah
tersenyum bangga. Sofea pula masih cuba mengawal
perasaan. Riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin.
Entah! Mungkin cemburu melihat kejayaan Ailyn. Tapi,
ada sesuatu yang tidak adil pada pandangannya.)
SITUASI 10
Malam itu, di ruang tamu keluarga Sofea sedang
menjamu selera bersama-sama. Namun, Sofea sudah
tidak berselera lagi sejak petang tadi usai pulang dari
sekolah…
66
LEE ABDULLAH: Abah dengar dari dato’, Ailyn jadi
pelajar terbaik STPM sekolah Sofea ye? Bijak budak
Ailyn tu ya. Baik hati abah tengok. Sejak dia berkawan
dengan Sofea, dia makin baik dah kan?
SALMIAH: Hah! Betulkah Sofea? (Tanyanya tidak
berpuas hati)
(Sofea hanya mengangguk perlahan.)
SALMIAH: Kamu tak buat yang terbaikkah waktu
peperiksaan hari tu Sofea?! Sebelum ni, mak tengok
ujian-ujian biasa kamu ja yang jadi pertama dalam kelas.
Hah! Sofea! Dengar tak ni mak tanya?
SOFEA: Sofea dah buat yang terbaik dah mak. (Jawab
Sofea tertekan)
SALMIAH: Apanya yang terbaik Sofea kalau macam ni
beritanya?!
LEE ABDULLAH: Sal, sudahlah tu. Rezeki Sofea dah
memang macam tu. Keputusan Sofea pun tak adalah teruk
mana. Masih juga macam peperiksaan sebelum ni.
SALMIAH: Kamu jangan main-main tau tentang masa
depan kamu ni. Mak tak hirau selama ni sebab mak
percaya Sofea boleh buat yang terbaik. Kalau dah jadi
nombor dua ja dalam sekolah tu, maksudnya Sofea dah
merosotlah sekarang ni! Sebelum ni yang saya tahu Sofea
ja yang jadi nombor satu dekat kelas tu, terbaik
keseluruhan tingkatan enam dekat sana!
67
LEE ABDULLAH: Kenapa dengan awak ni, Sal? Perkara
macam tu mana boleh kita jangkakan. Tu kan aturan,
Tuhan. Maksudnya rezeki Sofea macam tu ja. Anak awak
ni dah buat yang terbaik dah. Budak Ailyn tu dah memang
bijak keturunannya. Mungkin dia dah berusaha lebih.
Sebab tu dia dapat yang selayaknya.
(Sofea yang hanya mendengar sejak tadi sudah terasa
tidak selesa berada di situ. Kepalanya terasa berat tiba-
tiba. Perasaan yang sakit sejak dari sekolah tadi semakin
sakit dengan perkataan yang keluar dari mulut abahnya.
Dengan perlahan, Sofea berdiri dan menuju ke bilik
tidurnya. Tidak mahu lagi mendengar sengketa mereka.)
SITUASI 11
LEE ABDULLAH: Budak Ailyn tu dah memang bijak
keturunannya. Mungkin dia dah berusaha lebih. Sebab tu
dia dapat yang selayaknya.
(Kata-kata abahnya semalam terngiang-ngiang di
pendengaran Sofea. Sofea terasa begitu tertekan ketika
ini. Keluhan emaknya semalam, ditambah pula dengan
‘sesuatu’ yang dia sembunyikan sekarang ini, menjadikan
Sofea semakin tidak keruan.)
AMIRA: Eh, Sofea. Awak tak balik lagi ke?
TASHA: Hmm, Sofea biasa dengan kawan baik kau tu, ni
asal pula?
LIANA: Tengah gaduh ke tu?
68
(Sofea mengeluh perlahan. Ketiga-tiga mereka sudah pun
duduk di hadapannya di bawah pondok itu.)
SOFEA: Tak adalah.
TASHA: Alang-alang kau dekat sini, aku nak cakap sikit
ni. Ni, budak Ailyn tu. Baik betul kau kan tolong dia study
sama-sama. Tut. Tut. Dia yang dapat nama. Kau tak
kecewa ke Sofea?
LIANA: Haah, Sofea. Asal dia pula yang naik eh? Aku
jadi tak biasa tau. Sebab sebelum ni kau yang dekat atas.
Peperiksaan sebelum ni biasa tu Ailyn dapat tempat
ketiga, keempat macam tu. Tak adalah sampai naik jadi
top student. Aku syak dia meniru kot.
AMIRA: Tak baiklah cakap macam tu.
SOFEA: Dahlah saya nak balik.
AMIRA: Tengok tu. Korang berdua ni! (Luahnya tidak
senang hati)
LIANA: Apa?! (Sambil menjongketkan bahu)
SITUASI 12
Waktu persekolahan tamat. Sofea terus berlalu keluar
secepatnya. Ailyn yang melihat terpinga-pinga. Di tepi
bangunan sekolah, Ailyn memanggil Sofea…
AILYN: Sofea, awak okay tak ni?
69
SOFEA: Tak ada apa. Saya sakit perut ja. Nak balik cepat.
(Jawab Sofea dingin)
AILYN: Hmm, hujung minggu ni awak datang rumah
saya ya. Kita study sekali. STPM tinggal dua minggu ja
lagi. Risau saya dibuatnya.
SOFEA: Kenapa nak risau? Ayah awak kan ada. (Perli
Sofea)
AILYN: Apa kaitan ayah saya dengan semua ni? Awak
ni. (Perlahan Sofea ketawa)
SOFEA: Kenapa awak tak tanya ayahnya?! Dia boleh
buat apa saja untuk awak, Ailyn. Apa sahaja! (Balas Sofea
dengan riak kecewa dan sakit)
(Sofea mengatur langkah semula. Air matanya yang
bertakung di pipi segera ditahan.)
AILYN: Stop, Sofea! Apa maksud awak cakap macam
tu?!
SOFEA: Saya dah suruh awak untuk tanya ayah awak!
(Suara Sofea meninggi) Oh, atau awak mungkin dah tahu
pasal benda tu? Mungkin awak juga sama macam ayah
awak. Rancang pasal benda tu bersama. Kenapa saya tak
terfikir ye sebelum ni? Tipikal orang kayakan memang
semua macam tu. Betul tak Ailyn? (Luah Sofea dengan
kecewa. Wajahnya suda memerah dek kerana sakit yang
dirasa)
70
AILYN: Stop it! (Lantang Ailyn membalas) Apa maksud
awak dengan semua tu? Berhenti bercakap pasal benda
yang awak sendiri tak tahu soal benda apa! Tell me Sofea!
Benda apa yang awak maksudkan?! Biar saya faham
kenapa saya rasa awak sakit untuk beritahu saya!
SOFEA: Yaa! Saya sakit. Saya kecewa. Apa yang awak
faham dengan rasa sakit saya ni? Hidup awak dah cukup
senang dah Ailyn. Awak dari keluarga yang kaya. Cukup
peluang untuk masa depan awak. Saya yang hidup susah
ni kena berusaha sedaya yang mungkin untuk masa depan
saya dan keluarga saya. Awak tak tahu bagaimana saya
berusaha selama ini? Awak tak nampak sakitnya sebab
awak tak pernah hidup susah! Awak tak perlu ada
kerisauan dengan masa depan awak. Ayah awak dan
kekayaan awak sudah cukup untuk berikan satu masa
depan untuk awak. Sampai peluang saya pun ayah awak
boleh ragut dalam sekelip mata! Dengan duit dan pangkat
yang ayah awak ada!
(Ailyn tersentak hebat. Sofea yang kelihatan begitu marah
dan menanggis di hadapannya dipandang dengan riak
yang Ailyn sendiri tidak mampu jangkakan. Air mata
mula bertakung ditubir matanya. Perlahan Ailyn
bertanya.)
AILYN: Apa yang ayah saya dah buat Sofea? (Dengan
riak kecewa)
(Sofea menanggis sambil mengeluarkan kepingan kertas
A4 dari dalam begnya. Kepingan A4 tersebut diserahkan
kepada Ailyn. Ailyn mencapainya lalu gambaran di kertas
71
itu dilihat Perlahan tangisan Ailyn pecah dari tubir mata.
Bagai bumi menghempap tepat di kepala, Ailyn tersandar
lesu di tepi bangunan itu. Hanya esak tangis Ailyn yang
menenami mereka. Sakit, kecewa, terluka, kedua-dua
dapat merasainya.)
SITUASI 13
Ingatan Sofea mengenai benda itu mula bermain di
minda..
Selepas perjumpaan PIBG petang itu, Sofea singgah
sebentar ke kelas. Langkahnya tiba-tiba mati setelah
mendengar perbualan seseorang…
DATO’ HAMID: Saya nak Ailyn dalam keadaan yang
baik. Cikgu kena pastikan Ailyn adalah antara yang
terbaik dalam akademik dekat sekolah ni. Saya nak Ailyn
berjaya!
CIKGU ZAINAB: Baik Dato’. Saya akan pastikan hal ini.
Tapi, tolong juga pastikan benda yang sepatutnya saya
perolehi daripada perjanjian ini, turut ada ye dato’. Saya
tolong dato’. Dato’ tolong saya. (Sambil tersenyum nipis)
DATO’ HAMID: Cikgu tak perlu risaukan soal itu. Ini
sebagai tanda terima kasih saya.
(Sofea yang mendengar dari kejauhan tergamam.
Bergetar seluruh tubuhnya ketika itu. Telefon bimbit
ditangan diperhati. Perlahan Sofea mengangkatnya lalu
dengan tangan yang bergetar, tangannya menekan
72
butang di tengah skrin tersebut. Peranti itu dengan pantas
menangkap kepingan gambar situasi yang berada
dihadapan matanya ketika itu. Lalu, Sofea berlalu pergi.)
SITUASI 14
Kawasan di dalam rumah yang gelap itu diperhati. Dato’
Hamid segera menghidupkan lampu. Kelihatan Ailyn
duduk bersandar di sofa…
DATO’ HAMID: Ailyn, kenapa tak hidupkan lampu?
Ailyn balik lambat ke hari ni, baju pagi tadi tak berganti
lagi ni.
(Ailyn diam. Dato’ Hamid kehairan. Perlahan dia
melangkah mendekati anaknya.)
DATO’ HAMID: Ailyn okay ke ni? (Risau nadanya)
(Ailyn bangun lalu menjawab perlahan.)
AILYN: Ailyn nampak okay ke selepas tahu apa yang
ayah dah buat dekat Ailyn? (Air matanya mengalir)
Bagitau Ailyn ayah, apa yang ayah dah buat untuk Ailyn?
DATO’ HAMID: Ailyn kenapa ni? Tolong jangan macam
ni, nak. Ayah susah hati tengok Ailyn.
AILYN: Ayah! (Balasnya kecewa)
DATO’ HAMID: Kenapa ni Ailyn? Bagitau ayah. Ayah
ada salah ke? Ayah minta maaf. Ayah dah cuba buat yang
73
terbaik untuk Ailyn. Apa saja untuk Ailyn. Beritahu ayah,
nak!
AILYN: Ayah tahu ke ayah minta maaf untuk apa?! Apa
yang ayah dah cuba buat untuk bagi yang terbaik untuk
Ailyn?! Macam mana ayah buat perkara yang terbaik tu?!
Hmm, bagitau Ailyn ayah!
DATO’ HAMID: Ailyn cakap apa ni?
AILYN: Ini! Soal ini yang Ailyn tanya. Ayah yang
lakukan, takkan ayah tak tahu?! (Kata Ailyn keras sambil
mencampakkan kepingan A4 yang Sofea berikan padanya
petang tadi)
(Dato’ Hamid mencapai kertas yang sudah bercetak itu.
Nafasnya tersekat. Gambaran dirinya bersama cikgu
Zainab terpampang jelas di situ.)
DATO’ HAMID: Ailyn…ayah…
AILYN: Ini ke benda terbaik yang ayah buat?! Macam ni
ke caranya ayah?!
DATO’ HAMID: Ailyn, jangan macam ni. Ayah buat
semua ni untuk Ailyn. Demi masa depan Ailyn. Ayah nak
buat yang terbaik untuk Ailyn. Ayah…
AILYN: Mengarut! Kalau ayah kata ini yang terbaik,
Ailyn tak akan menanggis soal benda ni depan Ailyn!
Kalau betul ini untuk masa sepan Ailyn, Ailyn tak akan
pernah tinggikan suara depan ayah! Dan kalau ini yang
74
terbaik, Ailyn tak akan pernah rasa kecewa ini ayah!
Ailyn terluka, ayah! Ailyn terluka! Ini bukan masa depan
yang Ailyn nak ayah. Ayah tak yakin ke dengan Ailyn
selama ni? Ailyn dah berusaha sedaya Ailyn ayah. Ayah
tahu Ailyn mampu tapi kenapa ayah pertikaikan
keyakinan Ailyn ayah? Kenapa ayah?
(Sayu Ailyn meluahkan kata. Esakannya kali itu terdengar
lagi. Dato’ Hamid suda tidak mampu bersuara.)
SITUASI 15
Telefon ditangannya dipandang sepi. Paparan berita hari
ini tetap sama. Mengenai seorang ayah yang disayangi.
Mengenai perlakuan seorang ayah yang akhirnya
didapati bersalah dalam usahanya memberikan yang
terbaik untuk anaknya. Perlahan airmata Ailyn mengalir.
Tidak lama, esakannya pula kedengaran. Air mata
kekecewaannya tidak pernah berhenti. Ailyn meraung
sekuatnya. Melepaskan segalanya yang sudah tidak
bererti. Untuk kesekian kalinya, Ailyn tersungkur hiba.
SITUASI 16
Deheman yang kuat menyedarkan Ailyn kembali kepada
realiti. Imbasan memori lama juga terhenti. Ailyn
membuka matanya perlahan. Nafasnya ditarik sedalam
mungkin. Cuba menenangkan jiwa yang sedikit terusik.
Di ruangan bilik temuduga ambilan guru Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP), suara seorang pegawai
lelaki itu mula kedengaran…
75
Pegawai SPP : Kalau nak lihat dari umur awak ni, rasanya
awak sepatutnya dah lama bergradusikan? (Hairan
melihat maklumat diri Ailyn yang berada di tangannya)
Ailyn : Benar, tuan. Saya tertangguh meneruskan
pengajian atas dasar masalah peribadi dan masalah
kesihatan. (Menjawab dengan tenang sambal tersenyum
nipis)
Pegawai SPP : Keyakinan bagaimana yang awak miliki
sehingga awak masih ingin melanjutkan pelajaran? Kalau
nak lihat zaman kini, peluang perkerjaan sudah semakin
dibuka luas dengan adanya teknologi yang canggih.
Perniagaan secara online, kelas-kelas kemahiran dan
macam-macam lagi..
AILYN: Kerana saya masih percaya dan yakin dengan
kemampuan diri saya. Matlamat saya adalah untuk
menjadi seorang guru yang berwawasan dan membawa
kemakmuran dalam penyatuan secara menyeluruh
terhadap bakal-bakal anak didik saya kemudiannya.
Selagi saya masih ada disini, selagi itulah harapan yang
ada dalam diri saya untuk mempertahankan dan
memperjuangkan masa depan saya sendiri itu perlu
diteruskan. Hak saya untuk bercita-cita dan hak saya
untuk bertanggungjawab ke atasnya. (Kata Ailyn penuh
semangat lalu tersenyum bangga terhadap dirinya)
SITUASI 17
Suasana petang usai dari temuduga itu begitu
mendamaikan. Ailyn berjalan tenang menghirup udara
76
yang segar. Matanya kemudian tertumpu kepada
seseorang yang turut memandangnya dari kejauhan.
Langkah Ailyn tiba-tiba mati. Pipinya mula basah. Basah
dengan deraian sayu airmata. Tanpa bunyi, tanpa esakan,
airmata itu mengalir tanpa dipaksa. Di hujung sana,
Sofea juga dalam keadaan yang sama. Sama seperti
dirinya. Perlahan langkah mereka bersatu. Perlahan-
perlahan diatur mencari titik pertemuan yang benar.
Tatapan sayu saling berbalasan. Akhirnya, takdir mereka
dipertemukan semula.
TAMAT
77
TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030
TAJUK
Pasrah
PENULIS SKRIP
Nur Azlin binti Abdul Hadi
PELAKON
Miss Jessica: Guru kelas 5 Murni. Guru yang kelihatan
tegas dan garang di luarannya namun penyayang dan baik
hati.
Dalia: Pelajar kelas 5 Murni. Seorang yang cantik dan
kaya namun sombong.
Ming: Pelajar baru di kelas 5 murni. Berperwatakan
pendiam dan penyabar.
Dila: Seorang anak kepada usahawan berjaya. Kawan
baik kepada Dalia.
Azahari: Pelajar kelas 5 Murni. Rakan dan jiran Dalia
sejak kecil. Seorang yang bersikap peramah dan
bersahaja.
Meon: Pelajar nakal di kelas 5 Murni namun sikapnya
yang bersahaja sering menghiburkan hati orang ramai.
Cikgu Maryam: Pengetua sekolah yang tegas.
Cynthia: Pelajar kelas 5 Murni dan menjadi rakan baik
kepada Ming setelah Ming berpindah ke kelas 5 Murni.
Puan Tan: Ibu tiri kepada Ming. Menjaga Ming seorang
diri setelah ayah Ming meninggal dunia.
Datin Syarifah: Ibu kepada Dila. Seorang yang sombong
dan sering memperlekehkan orang lain.
78
SINOPSIS
Ming merupakan anak yatim piatu yang tinggal bersama-
sama ibu tirinya yang bersikap kasar kepadanya sejak
kematian ayahnya. Seakan tipikal cerita dongeng
Cinderella namun tiada putera raja yang akan
menyelamatkannya di dalam kisah ini. Bertekad untuk
keluar dari kepompong kemiskinan dan genggaman ibu
tirinya, dia ingin belajar hingga berjaya menjadi doktor
pakar pada suatu hari nanti. Kecelakaan yang semakin
menghempap dirinya kian hari menjadikan dia semakin
lemah meskipun terdapat dorongan dan laungan semangat
dari rakan-rakannya. Mampukah Ming keluar dari
genggaman ibu tirinya? Dapatkah dia untuk terus
melangkah demi menggapai impiannya? Siapakah yang
menjadi batu penghalang kepada Ming selain daripada ibu
tirinya untuk Ming menggapai kejayaan? Mampukah
Ming meneruskan perjuangan hidupnya?
BABAK 1
Ting! Bunyi telefon berbunyi menandakan satu pesanan
ringkas masuk.
DALIA: (mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit
daripada lambakan kertas kerja di atas meja) Eh! Meon
la. Lama tak berbunyi si Meon ni.
(Membaca pesanan ringkas tersebut)
DALIA: *Anda semua dijemput menghadiri majlis
reunion kelas 5 Murni. Sila nyatakan kehadiran atau
ketidakhadiran anda ke majlis tersebut. SAPA TAK
79
HADIR AKU HANTAR SANTAU* (Dalia tergelak
kecil) Tak berubah-ubah perangai si Meon ni.
(Dalia kemudiannya meneruskan pekerjaannya yang
masih belum selesai dan memutuskan untuk membalas
pesanan ringkas setelah selesai waktu bekerjanya)
BABAK 2
AZAHARI: (memanggil Dalia dari seberang jalan)
DALIA! DALIA! DALIA!!
(Dalia yang berada di seberang jalan yang baru
menyedari kewujudan Azahari memandang dan
melambai kegirangan ke arahnya)
(Azahari memandang kiri dan kanan jalan sebelum
melintas ke arah Dalia)
AZAHARI: (setelah tiba di hadapan Dalia) Amboi kau
Dalia, ralit sangat berjalan sampai aku terjerit terlolong
panggil name kau pun tak danger.
DALIA: Hahira! Mana ado la aku terfikir tentang projek
bangunan yang Papa aku suruh tengokkan haritu.
AZAHARI: (mengeluh) Haih, kalau dah otak dari
keluarga bisnes ni tak boleh buat apa dah.
Dalia: (tersenyum sipu) Eh kau balik naik komuter?
Jarang-jarang berlaku ni. Apa jadi dekat kereta kau?
80
AZAHARI: Alah kau ni, aku sekarang tengah support
pengangkutan awam tau, engkau apa tau. Ha-ha tak la
kereta aku rosak jadi aku balik la naik komuter alang-
alang terserempak kau pulak. Eh Dalia, kau tak pergi ke
reunion kelas 5 Murni tu?
DALIA: (nada terkejut) Ya Allah Man! Aku lupa la nak
balas chat Meon tu. Nasib kau ingatkan.
AZAHARI: Haa tula kau. Asyik fikir kerja ja. Nasib la
ada aku yang baik dan segak dan hensem dan bergaya ni
tau.
DALIA: (mencelah) Ahh sudah. Kau kalau bab angkat
bakul sampai tahun depan tak habis. Eh jum kita singgah
beli makan dekat foodtruck lepastu lepak dekat tasik?
Lama aku tak bersembang dengan kau.
AZAHARI: Ah molek bangat tu. Aku pun dah kebuluran
ni (sambil mengusap perutnya yang kempis)
DALIA DAN AZAHARI: (Gelak kegirangan)
(Dalia dan Azahari bergerak ke kawasan tasik setelah
membeli makanan di foodtruck yang berada di sekitar
tasik tersebut)
BABAK 3
(Dalia dan Azahari duduk di bangku yang disediakan di
tasik setelah membeli makanan)
81
AZAHARI: Jadi amacam? Kau nak pergi ke reunion tu?
DALIA: (Memandang sekilas ke arah Azahari kemudian
mengalihkan pandangan ke arah tasik sambil
menghembus nafas yang berat) Entah la Azahari, aku pun
tak tau nak pergi ke tak. Kau rasa patut ke aku pergi?
AZAHARI: Kau kuat ke nak hadap diorang lepas apa
yang diorang buat dekat kau? Dekat…. Ming?
DALIA: (terdiam sejenak sebelum bertanya) Kau ada
dengar khabar pasal Ming? Agak-agak dia datang tak?
AZAHARI: Sejak kita habis form 5 sepuluh tahun lalu,
takde pulak aku dengar.
DALIA: (tersenyum kissing meningitis tentang Ming)
Aku taut aku yang tak kuat nak hadap Ming.
BABAK 4
(10 tahun yang lalu)
Kelas yang pada Malaya rich bertukar sunyi apabila guru
kelas 5 Murni iaitu Miss Jessica masuk ke dalam kelas.
MISS JESSICA: Okay kelas, harini saya nak perkenalkan
seorang rakan kelas kamu yang baru saja berpindah dari
Melaka. (sambil memandang ke arah pelajar baru
tersebut) Baik perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan.
82
MING: Selamat sejahtera dan hai, nama saya Tan Qi
Ming. Kamu semua boleh panggil saya Ming. Saya
berasal dari Melaka.
(Pelajar kelas 5 Murni berbisik antara satu sama lain)
DILA: (sambil mencebik kegelian) Eh kau tengok baju dia
girl! Lusuh giler euwww so disgusting.
DALIA: (Sambil tergelak sinis) Hahhaha kau tengok la
rambut dia, serabai gila weh. Omaigosh macam
gelandangan.
MISS JESSICA: (bersuara tegas) Baik sudah-sudah!
Saya tak mahu seorang pun yang mencari gaduh dengan
Tan Qi Ming. Saya nak kamu semua berbaik-baik dan
tolong dia menyesuaikan diri di sekolah ni. Faham
semua?
SEMUA MURID 5 MURNI: (nada perlahan) Faham
cikgu.
MISS JESSICA: (nada suara semakin lantang) Faham
atau tidak??
SEMUA MURID KECUALI DALIA DAN DILA:
Faham cikgu!
DALIA DAN DILA: (membuat muka sinis dan
menjengkelkan)
MISS JESSICA: Ok baiklah Ming, kamu duduk di
sebelah Cynthia ye di hujung sana.
83
MING: (mengangguk sebagai tanda akur dengan arahan
Miss Jessica)
DILA: (dalam nada sinis) Haa elok sangat la tu, miskin
dengan miskin duduk sekali. Hahaha!
(DALIA dan beberapa orang murid 5 Murni turut
tertawa)
MISS JESSICA: Ok sudah-sudah. Sekarang buka muka
surat 56. Semalam saya ada bagi latihan semua dah siap
ke?
MURID 5 MURNI: (secara serentak) Sudah Miss!!
(Miss Jessica meneruskan pengajaran subjek Matematik
Tambahan sehingga waktu rehat tiba dan Ming masih
berasa gementar untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru)
BABAK 5
(waktu rehat)
CYNTHIA: Awak tak makan ke? (sambil berpaling ke
arah Ming yang duduk di sebelahnya)
MING: (tersenyum lemah) Takpe la. Saya masih kenyang.
Nama awak cynthia kan? Selamat berkenalan (sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman)
CYNTHIA: (memandang huluran tangan Ming sebelum
menyambutnya) Haa ya saya Cynthia. Jom la makan
84
sekali. Saya bawa bekal banyak ni. Nasi dan kari ayam
amma saya masak. Memang marvelous. (sambil
mengangkat ibu jarinya menandakan bagus)
MING: (melambai tangan sambil menggeleng) eh takpe
laa tu bekal awak. Saya kenyang lagi.
CYNTHIA: Okay baiklah. Takpa la kalau macam tu. By
the way, kenapa awak pindah ke sini?
MEON: (Menyampuk secara tiba-tiba) Yes! Kenapa
awak pindah sini eh? Melaka to Johor? Huh why why?
(sambil menjengketkan keningnya ke arah Ming)
MING: (terkedu dan terkejut akibat disergah) Ss. Ssa...
Saya.
CNYTHIA: (nada marah) Kau ni Meon, terkejut Ming
bila kau serge macam tu. (sambil memandang Ming)
Takpa Ming, rilek. Ni Meon, budak paling nakal dalam
kelas ni. Eh silap, budak paling nakal dalam SEKOLAH
ni. (sambil menjengilkan mata ke arah Meon)
MEON: (tertawa suka) Hahahahha sorry la. Aku tak
sengaja. Aku excited kau tau tak jumpa budak baru kat
sekolah ni. Bukan selalu. Tapi tula berbalik kepada tadi.
Kenapa awak pindah sini?
MING: (tersenyum kekok dan sedikit menunduk) Saya
ikut mak saya ke sini.
85
MEON DAN CNYTHIA: (Sambil mengangguk
kefahaman) Ouh macam tu.
MEON: (sambil memandang Cynthia) kau ingot sweet ke
cake sama-sama gate.
CNYTHIA: Elec, ingot aku nak ke cake Benda yang sama
dengan kau. Kau yang ikut aku (sambil mencebik ke arah
Meon)
(Ming coma tersenyum goring militant teeth rakan
kelasnya. Hati yang gusar tadi seakan beransur lega.
Ming dan rakannya meneruskan pembelajaran setelah
habis waktu rehat dan pulang ke rumah masing-masing
setelah tamat sesi persekolahan)
BABAK 6
(Ming pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan)
PUAN TAN: Hah! Baru mau balik kau ni?
(Puan Tan menyergah Ming yang baru sahaja pulang
dari sekolah. Dia memang pantang melihat Ming.
Baginya Ming lah penyebab kematian suaminya yang
menyebabkan dia tidak dapat membolot harta mendiang
suaminya. Niat utamanya membela Ming adalah supaya
dia dapat membolot kesemua harta yang diwarisi
suaminya kepada Ming setelah Ming berusia 18 tahun)
MING: Ya Ma. Mama sudah makan?
86
PUAN TAN: Berapa kali aku nak cakap jangan panggil
aku mama?!!! Aku bukan mama kau. (sambil menunjal-
nunjal dan menampar kepala Ming) Kau boleh tanya aku
dah makan ke belum?! Kau pergi masuk dapur masakkan
aku makanan sekarang!
(Ming yang kepenatan pulang dari sekolah hanya mampu
tunduk akur dan bergerak ke dapur untuk menyiapkan
makanan kerana risau mamanya akan mengoyak satu-
satunya baju sekolah yang dia ada. Puan Tan adalah
satu-satunya keluarga yang dia miliki setelah mendiang
ayahnya meninggal akibat kemalangan sewaktu hendak
membeli hadiah kepadanya dan disebabkan itu Puan Tan
menganggap Ming sebagai pembunuh suaminya.)
MING: Kalau la ayah masih ada mesti aku tak macam ni.
(Tanpa disedari, air mata Ming mengalir namun dia
masih meneruskan urusannya di dapur setelah menukar
baju sekolahnya dengan pantas kerana dia perlu pergi ke
gerai Mak Milah untuk bekerja sambilan sebagai pencuci
pinggan mangkuk di gerai tepi jalan itu. Puan Tan tidak
akan memberi Ming wang untuk perbelanjaan sekolah
dan membeli barang keperluan, maka Ming terpaksa
bekerja sambilan untuk mendapatkan wang)
BABAK 7
(2 bulan kemudian)
(Ming dan Cynthiya berjalan menujuk ke kantin ketika
waktu rehat sebelum tidak sengaja merempuh Dalia dan
87
Dila atau lebih dikenali sebagai 2D yang berjalan dari
arah bertentangan)
DALIA: Hoi! Kau ni buta ke apa?! Dah la miskin buta
pulak tu. Kau nak ganti ka baju aku kalau kotor? Dila kau
tengok ni. Ee gelinya aku tersentuh minah ni.
DILA: (menempik) Tah kau ni miskin! Kalau rosak baju
kitaorang kau nak ganti ke? Dah la miskin!!
CYNTHIA: Hey korang yang. (Cnythia dihentikan oleh
Ming)
MING: (nada kerisauan) Ah saya minta maaf. Saya minta
maaf. Saya tak sengaja. Saya minta maaf.
DALIA: Sudah la kau. Maaf! Ingat dengan maaf kau tu
dapat ganti ke baju aku kalau rosak?! Dah la girl, tak
payah kita layan budak-budak miskin ni.
(Dalia kemudiannya berjalan pergi bersama Dila sambil
menjeling dan merempuh ke arah Cynthia dan Ming)
Cnythia: (setelah 2D berlalu pergi) Kenapa awak biarkan
saja diaorang tu. Diaorang tu patut diajar tau. Diaorang
ingat diaorang kaya boleh buat macam-macam la. Awak
okay ke Ming?
MING: (tersenyum lemah) Saya ok. Takpa la Cynthia.
Api sama api tidak akan menang. Jadi biarlah kita yang
beralah.
88
(Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke kelas 5
Murni sebelum waktu rehat tamat)
BABAK 8
(Di dalam kelas 5 Murni, sewaktu sesi pembelajaran
Matematik Tambahan yang dikendalikan oleh Miss
Jessica)
DALIA: Miss! Kotak pensel saya hilang Miss. Mesti ada
yang curi ni. (sambil menjeling ke arah Ming) Sudah la
kotak pensel tu daddy saya beli dekat London, bukan
semua orang mampu!
MISS JESSICA: Awak ni Dalia. Jangan menuduh tanpa
bukti. Mungkin awak sendiri yang tersilap letak. Nanti
lepas kelas awak cari baik-baik.
DALIA: (bergerak sendiri ke meja Ming kerana tidak
puas hati dengan tindakan Miss Jessica) Mari sini aku
periksa beg kau.
MING: (sedikit terkejut) Eh saya tak curi la. Kenapa awak
buat macam ni. (sambil cuba menarik beg sekolahnya
yang berada di tangan Dalia)
DALIA: HAA!! Aku dah kata mesti si miskin ni yang
curi!! Tengok ni semua! Miss, tengok ni.
(sambil mengeluarkan kotak pensel miliknya dari dalam
beg sekolah Ming)
89
MING: Saya...ssa... Saya tak ambil kotak pensel awak.
Saya sumpah saya tak ambil. (Ming yang terkejut melihat
kotak pensel Dalia di dalam begnya segera menidakkan
perkara tersebut)
DILA: Lagi nak tipu! Sudah terang lagi bersuluh kau
yang curi kotak pensel Dalia.
(Ming yang ketakutan hanya mampu mendiamkan diri)
MISS JESSICA: Sudah!! Dalia dan Ming. Ikut saya ke
bilik guru setelah kelas tamat. (suara tegas Miss Jessica
menghentikan suasana kacau bilau di dalam kelas)
DALIA: Siap kau! (sambil menunding ke arah Ming dan
berlalu ke tempat duduknya)
(Di bilik guru)
MISS JESSICA: Ming. Betul ke yang awak yang curi
bekas pensel Dalia? (Sambil memandang ke arah Ming,
Miss Jessica bertanya dengan nada yang lembut. Berat
hatinya ingin menuduh Ming meskipun Ming merupakan
pelajar baru, dia tahu Ming seorang yang cukup bijak dan
baik)
MING: Tidak Miss. Saya tak curi bekas pensel Dalia.
Saya bersumpah. (Dengan nada ketakutan, Ming
menidakkan segalanya)
DALIA: (mencebik) Alah, orang dah salah mana nak
mengaku!
90
MISS JESSICA: Saya harap isu ni tak dipanjangkan
memandangkan Dalia pun sudah mendapat kotak
penselnya kembali. Ming, kamu minta maaf kepada
Dalia.
DALIA: Tapi cikgu, ini tidak adil. Saya nak panggil
bonda saya ke sekolah.
MISS JESSICA: Sudah Dalia. Kalau awak panggil bonda
awak ke sekolah, saya akan turut cerita kepada bonda
awak bahawa awak kerap kali mengugut dan membuli
pelajar-pelajar susah di sekolah ini.
(Dalia mengambil keputusan untuk melepaskan kes ini
kerana khuatir dengan ugutan Miss Jessica. Bondanya
tidak boleh tahu bahawa dia seorang pembuli di sekolah)
DALIA: Okay la miss. Saya lepaskan Ming ni. Huhh!!
(berlalu pulang sambil merempuh bahu Ming)
MISS JESSICA: Sudah la Ming. Kamu pun patut pulang
ke rumah.
MING: Baik Miss. Terima kasih Miss. (sambil
mengangguk tanda terima kasih)
(Dalam perjalanan pulang, Ming terserempak dengan
Azahari di hadapan pintu pagar sekolah)
AZAHARI: Eh Ming. Jum la saya hantarkan awak pulang
(sambil menunjukkan ke arah keretanya)
91
MING: Eh takpa la Aiman saya balik jalan kaki saja.
AZAHARI: Jauh tu Ming awak berjalan hari-hari. Dah la
dengan cuaca panas lagi. Mari la saya hantarkan awak.
MING: Takpa Azahari. Saya suka jalan kaki.
(Ming terpaksa bertegas dengan Azahari kerana dia
khuatir Azahari akan mendesaknya. Sekiranya Puan Tan
mengetahui bahawa ada lelaki menghantarnya pulang,
sudah tentu Puan Tan akan mengamuk dan tidak
membenarkan dia ke sekolah lagi atau lagi teruk dia akan
dihalau keluar dari rumah!)
AIMAN: Baiklah kalau macamtu. Hati-hati ya pulang
Ming. Jumpa esok.
(Ming hanya menunduk malu dan berlalu pulang dengan
berjalan kaki. Sudah menjadi rutin hariannya untuk
berjalan kaki ke sekolah kerana mamanya tidak akan
mahu menghantarnya ke sekolah. Ming melihat jam lusuh
pemberian mendiang ayahnya. Dia sudah terlewat untuk
pulang dan masak untuk mamanya! Ming yang ketakutan
segera berlari pulang kerana takut mamanya akan
memarahi dirinya akibat lewat)
BABAK 9
(Sesampainya Ming di rumah)
PUAN TAN: Engkau ni makin lama makin melampau.
Kau tau tak aku lapar. Makin hari makin lewat kau balik
92
ye. Mentang-mentang aku berlemah lembut, kau pijak
kepala aku (menyerang Ming dengan memukul betis dan
badannya menggunakan kayu)
MING: Mama, sakit mama. Sakit. Saya minta maaf
mama. (berulang kali Ming memohon maaf kerana sakit
menahan pukulan mamanya)
PUAN TAN: Maaf maaf. Hey kau ni memang tak tau
untung! Aku bela kau, macam ni balasan kau dekat aku.
Lepas ni kau tak payah pergi ke sekolah dah!! Kau jangan
sesekali berani ingkar cakap aku. Kau duduk rumah, buat
kerja rumah!!
MING: Mama jangan macam ni mama, saya nak sekolah.
Mama!!! Saya minta maaf mama (sambil meraung
memohon kemaafan)
PUAN TAN: Kau jangan harap kau boleh jejak kaki ke
sekolah dah! Aku takkan benarkan!
MING: Mama…
(Ming hanya mampu menangis teresak-esak sambil
melihat ibu tirinya berlalu pergi. Ming tahu bukan dia
yang menjadi punca amarah mamanya. Mamanya telah
putus hubungan dengan teman lelakinya 2 hari lepas,
Ming hanya menjadi asbab untuk mamanya melepaskan
kemarahan)
BABAK 10
93
(Situasi di kelas 5 Murni)
MISS JESSICA: Saya akan ambil kehadiran dahulu.
(memanggil setiap nama mengikut senarai kehadiran
kelas) Ming? Ming?
CYNTHIA: Ming tak hadir lagi cikgu.
MISS JESSICA: Tak hadir lagi? Masuk harini dah tujuh
hari dia tak hadir. Kamu semua tau tak kenapa Ming tak
hadir?
SEISI KELAS: Tak tahu Miss.
MISS JESSICA: Baik tak mengapalah. Buka muka surat
92. Awak semua ingat lagi rumus yang saya suruh hafal
haritu? (Miss Jessica meneruskan sesi pengajaran seperti
biasa meskipun dia sebenarnya risau akan keadaan
Ming)
BABAK 11
(Di bilik pengetua)
(Tok...tok...tok... bunyi pintu diketuk menandakan
seseorang ingin berjumpa dengannya)
CIKGU MARYAM: Masuk.
MISS JESSICA: Puan Pengetua (sambil menunduk
hormat)
94
CIKGU MARYAM: Ya Jessica. Silakan duduk. Ada apa
awak ke mari Jessica?
MISS JESSICA: Begini Puan Pengetua, Tan Qi Ming dari
kelas 5 Murni sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah.
Saya risau akan keadaan dia kerana apa yang saya dengar
dari rakan sekelasnya ibu tiri Ming memang garang dan
sering memukul Ming. Saya risau Ming diapa-apakan
oleh ibu tirinya. (dengan nada risau, Miss Jessica
meluahkan apa yang terbuku di hatinya)
CIKGU MARYAM: (kekal tenang meskipun agak risau)
Baiklah kalau macamtu, apa kata kita sendiri pergi
melawat Ming di rumahnya setelah tamat waktu
persekolahan? Dengan itu, barulah kita mengetahui
masalah Ming.
MISS JESSICA: Idea yang bernas Puan Pengetua. Saya
memang risau akan Ming. Kita gerak sekali ke rumah
Ming nanti.
CIKGU MARYAM: Baik Jessica. Awak datang ke bilik
saya dahulu setelah tamat sesi persekolahan.
MISS JESSICA: Baik Puan. Nanti saya datang semula
(sambil bangun dari kerusinya untuk keluar dari bilik
Cikgu Maryam)
BABAK 12
(Miss Jessica dan Cikgu Maryam, penolong kanan hal
ehwal murid sama-sama menuju ke rumah Ming setelah
95
tamat waktu persekolahan. Miss Jessica memberhentikan
kereta merahnya di hadapan perkarangan rumah Ming.
Setelah keluar dari kereta, telinga Miss Jessica dan Cikgu
Maryam jelas menangkap suara Ming menjerit meminta
tolong)
PUAN TAN: AKU BENCI KAU! AKU BENCI KAU!
MATI!! MATI!! MATI KAU TAN QI MING!!
MING: Jangan Mama!! Jangan Mama. Sakittt!!
CIKGU MARYAM: Eh, itu bukan ke suara Ming?
MISS JESSICA: Betul tu cikgu, mari lekas kita lihat apa
yang berlaku.
CIKGU MARYAM: Ya Allah! Puan Tan, jangan! Jessica,
lekas pegang Puan Tan.
MISS JESSICA: Sabar Puan Tan. Kita bawa berbincang
dahulu.
PUAN TAN: Lepaskan aku. Aku nak bunuh budak ni!
MISS JESSICA: Cepat telefon polis Cikgu. (arah Miss
Jessica dengan suara yang cemas)
(Setelah polis tiba, Puan Tan akhirnya ditahan atas
cubaan untuk membunuh anak tirinya. Ming yang
ketakutan cuma mampu mendiamkan diri, hanya suara
tangisannya yang jelas kedengaran. Ming hanya mampu
mengucapkan terima kasih kepada Miss Jessica dan
96
Cikgu Maryam kerana menyelamatkannya. Gadis
bertubuh kecil yang dipenuhi luka dan lebam itu
kemudiannya dibawa ke balai polis untuk memberi
keterangan berkaitan kejadian pada hari tersebut)
BABAK 13
(Beberapa bulan kemudian di kelas 5 Murni)
MEON: Guys guys, cerita hangat ni! (sambil berlari
masuk ke kelas 5 Murni dalam keadaan termengah-
mengah)
CYNTHIA: Apa kena kau ni Meon macam nampak hantu.
AIMAN: Entah kau ni Meon. Apa kenanya?
MEON: Tak. Macam ni. (sambil menarik nafas akibat
kepenatan berlari sebentar tadi) Tadi, aku pergi bilik guru
hantar buku dekat meja Cikgu Latifah, kau tau tak aku
dengar cakap mak tiri Ming masuk penjara sebab nak
bunuh Ming?
CYNTHIA: Hahh?? Kau biar betul Meon. Habis tu Ming
macam mana?
AZAHARI: Eh, kau pasti ke apa yang kau dengar ni
Meon?
MEON: Iyer betul la aku dengar tadi. Ming tak apa-apa.
Dia sekarang dekat Rumah Anak-Anak Yatim Pertubuhan
Kristian Muar.
97
CYNTHIA: Haih, nasib baik Ming tak ada apa-apa. Aku
rasa dia lebih baik tinggal situ dari duduk bawah
cengkaman mak tirinya.
AZAHARI: Yer betul tu. Aku pun rasa benda yang sama.
CYNTHIA: Aku harap Ming datang sekolah sini balik.
(dengan nada sedih, Cynthia meluahkan apa yang dia
rasa)
MEON: Kan, aku pun rasa benda yang sama. Tapi kau tau
la tu geng pensil 2D tu mana baik dengan Ming (sambil
memuncungkan mulut menunjukkan ke arah Dalia dan
Dila)
(Azahari hanya tergelak kecil. Dia tahu meskipun Dalia
agak kasar terhadap Ming, dia sebenarnya seorang yang
baik. Dia sudah mengenali Dalia sejak kecil lagi)
AZAHARI: Eh, jum kita ke lab. Nanti Cikgu Lina marah
pulak kita lambat.
CYNTHIA: Mari la, nanti kita bersembang lagi.
BABAK 14
(Keesokan harinya di kelas 5 Murni)
MISS JESSICA: Kelas, saya ada satu pengumuman ingin
dibuat. Mulai hari ini, Ming tidak akan bersekolah di sini
lagi. Dia bakal berpindah semula ke Melaka.
98
MEON: Tapi kenapa cikgu? Kan Ming dah selamat dari
ibu tiri dia?
MISS JESSICA: Ming bakal tinggal dengan saudara
jauhnya yang baru pulang dari luar negara.
DILA: Huh, bagus la tu dia dah pindah. Buat semak je.
CYNTHIA: Awak ni dila memang busuk hati!
MISS JESSICA: Sudah! Dila, sila jaga adab awak. Baik
semua, kita teruskan dengan tajuk baru harini.
DILA: Kecoh je (dalam nada perlahan dan mengejek)
BABAK 15
(Kedengaran suara Dalia memarahi seseorang di dalam
kelas 5 Murni)
DALIA: Ouh rupanya ni kerja kau selama ni Dila. Aku
ingat kau ni kawan aku rupanya kau saja nak berbaik
dengan aku sebab kau nak jatuhkan aku ja.
(Dalia memarahi Dila kerana dia baru mengetahui
bahawa selama ini Dila selalu memburukkan dirinya
kepada orang lain. Dalia mendapat informasi ini dari
rakan baiknya sejak kecil dan ketua kelas 5 Murni,
Azahari dan Meon. Dia pada mulanya tidak menyangka
Dila melakukan perkara tersebut namun setelah Azahari
menunjukkan pesanan ringkas Dila di dalam telefon
bimbitnya. barulah dia percaya. Dila jugalah yang
99
mencuri kotak pensel Dalia dan meletakkannya di dalam
beg Ming. Dila sebenarnya cemburu melihat
kebijaksanaan Ming dan kecantikan serta kekayaan
Dalia. Dia berhasrat untuk membuatkan Dalia dan Ming
dibenci di sekolah tersebut)
DILA: Ya! Memang aku yang buat. Memang aku nak
bagi kau dengan Ming si miskin tu dibenci dalam sekolah
ni. Sebab sikit-sikit cikgu akan puji kau atau Ming ja
dalam sekolah ni. Hey! Papa dan mama aku pun banyak
menyumbang dalam sekolah ni tau. Engkau tu bukannya
kaya sangat! Entah-entah papa kau tu ambil rasuah sebab
tu keluarga kau kaya!!
(Pang... Dalia menampar muka Dila. Dia boleh terima
sekiranya orang mengata dirinya tapi bukan ahli
keluarganya)
DALIA: Engkau jangan kurang ajar Dila. Aku boleh
terima kau mengata aku tapi bukan papa aku bukan mama
aku!
DILA: Engkau akan terima balasan dari semua ni Dalia!
(Dadanya kelihatan berombak kerana menahan marah)
(Cikgu Maryam yang kebetulan lalu di hadapan 5 Murni
berhenti sebentar untuk melihat keadaan yang berlaku
kerana melihat keriuhan di kelas tersebut semasa waktu
rehat)
CIKGU MARYAM: Dalia! Dila! Kamu berdua ke bilik
saya sekarang!
100