BABAK 16
(Di bilik Cikgu Maryam)
DATIN SYARIFAH: Anakku! Dila sayang okay ke?
(sambil memeluk dan menyentuh pipi Dila. Dia bergegas
ke sekolah kerana mendapat tahu berita tentang Dalia
menampar anaknya)
DILA: Mummyy… Dila kena tampar... Sakit… (dalam
suara yang merengek)
DATIN SYARIFAH: Hey Dalia! Kamu ni kenapa kurang
ajar sangat ye. Aunty ingat kamu baik dengan anak
Aunty.
DALIA: Saya takkan buat kalau Dila tak buat cari pasal
dengan saya. (Dalia membalas dengan bersahaja)
DATIN SYARIFAH: Kurang ajar budak ni! (dengan
suara tergamam kerana tidak menyangka bahawa Dalia
akan membalas percakapannya)
CIKGU MARYAM: Datin, sila bersabar. Dalia, boleh
kamu panggil ibu bapa kamu ke mari?
DALIA: Papa dan Mama dua-dua dekat luar negara atas
urusan kerja. (Sambil menunduk ke arah lantai, Dalia
menjawab)
CIKGU MARYAM: Hurm kalau macam tu. Kita
selesaikan dengan cara baik ye Datin. Saya harap pihak
101
Datin tidak memperbesarkan hal ini kerana Dila juga turut
bersalah memfitnah Dalia dan juga Ming, rakan sekelas
mereka.
DATIN SYARIFAH: (tergamam dengan penjelasan
Cikgu Maryam) Kalau macam tu saya takkan benarkan
anak saya jejak kaki di sekolah ini lagi. Sekolah ni bawa
pengaruh buruk dekat anak saya dan diingatkan saya
takkan sumbang satu sen pun ke sekolah ni lagi!! (Dengan
sinis dan angkuh Datin Syarifah berkata-kata)
(Datin Syarifah kemudiannya terus meluru keluar
bersama Dila tanpa mendengar penjelasan Cikgu
Maryam)
CIKGU MARYAM: Awak pun pulang la ke kelas Dalia.
Kita anggap kes ini sudah selesai.
DALIA: Baik Cikgu.
(Sejak dari itu, Dila sudah berpindah ke sekolah yang
lebih jauh dan elit. Dalia pula berubah menjadi lebih baik
dan mula bergaul dengan orang lain tanpa mengira status
mereka.)
BABAK 17
(Kuala Lumpur, Masa Kini)
AAHARI: Ohok (Azahari berpura-pura batuk)
102
(Dalia hanya tersenyum manis ke arah Azahari kerana
sedar Azahari memerli dirinya)
AZAHARI: Aku ingat kau dah dekat bulan Lia. Jauh
betul mengelamun kau ni.
DALIA: Haha tak la. Aku teringat masa zaman kita form
5 dulu. Aku teringat Ming, Cynthia, Meon.
AZAHARI: Ouh, aku kau tak ingat la ye? (pura-pura
merajuk)
DALIA: Alah mengada la kau. Aku dengan kau dari kecil
kenal. Dari Johor sampai kerja dekat KL ni pun sekali
tau. Aku sebenarnya tertanya-tanya apa jadi dekat Ming
ye. Mesti sekarang dia dah berjaya. Lepas penat lelah dia
melepaskan diri dari ibu tiri dia, dibuli oleh aku dengan
Dila masa sekolah dulu, aku harap dia kuat. Aku nak
sangat jumpa dia dan minta maaf. (nada yang agak sedih)
AZAHARI: Kalau macam tu jom la kita sama-sama pergi
ke majlis reunion tu. (nada memujuk)
DALIA: Hurm okay aku harap Ming pun sama hadir.
Kejap aku balas chat Meon. (Akur Dalia membalas
pesanan ringkas yang dihantar oleh Meon)
AZAHARI: Dah jum la kita balik. Hari pun nak gelap
dah. Badan aku pun dah berlengas ni.
103
DALIA: Haa jum kita. Tu ambil sampah kau buang
(sambil menunjukkan ke arah plastik makanan di sisi
Azahari)
(Mereka bergerak pulang bersama-sama setelah puas
bercerita tentang diri masing-masing dan mengimbau
kenangan persekolahan yang lalu.)
BABAK 18
(Di majlis reunion kelas 5 Murni)
MEON: Dalia! Azahari! (Dari jauh kelihatan Meon
melambai memanggil Azahari dan Dalia. Dalia dan
Azahari mendekati Meon yang berada di meja makan
berdekatan)
MEON: Amboi makin cantik dan hensem korang berdua.
Datang sekali ni ada apa-apa ke? (sambil merapatkan jari
telunjuknya mengusik Dalia dan Azahari)
DALIA: Ish kau ni Meon, bukan kau tak tau aku dengan
Azahari memang best friend dari kecil.
AZAHARI: Tah kau ni Meon. Tapi kau sejak kahwin ni
makin berseri muka kau aku tengok. Maaf la tak dapat
datang masa majlis kahwin kau. Aku dengan Dalia
masing-masing outstation.
MEON: Eh takde hal la. Aku faham korang masing-
masing dah ada kerjaya. Eh, jom aku bawak korang
jumpa dengan someone. (sambil menunjukkan ke arah
104
Cynthia yang sedang bersembang bersama seorang
wanita berpakaian separaformal tapi anggun
membelakangi mereka.)
DALIA: Jangan-jangan tu….?
MEON: haa mari laa ikut aku dulu.
(Mereka menghampiri Cynthia dan wanita tersebut)
MEON: Okay guys, aku perkenalkan the new Cynthia
dan…. Ming!!!
(Dalia dan Aiman masing-masing tergamam melihat
perubahan diri Ming yang dahulunya comot dan selekeh,
kini anggun berpakaian sebagimana wanita bekerjaya
kini)
DALIA: MINGG!!! (sambil memeluk Ming yang sudah
sekian lama tidak dijumpainya kegirangan).
Dia sering melihat perkembangan rakan-rakan yang lain
di laman sosial tetapi Ming tidak mempunyai akaun
peribadi sendiri namun hanya menggunakan akaun
laman sosial Ming Foundation yang memaparkan tugas-
tugas sukaralewannya di serata Asia Tenggara)
MING: Apa khabar Dalia? Lama kita tak berjumpa (ujar
Ming setelah selesai memeluk Dalia)
DALIA: Good. Good! Awak macam mana sekarang?
Saya selalu tengok perkembangan kawan-kawan lain
105
dekat ig, fb tapi awak cuma ada akaun Ming Foundation
yang tunjuk pasal tugas-tugas sukarelawan awak.
CYNTHIA: Haa korang nak tau tak korang tengah
bercakap dengan doktor pakar bedah keluaran Harvard
University ni tau. (mencelah percakapan Dalia dan
Ming)
DALIA: Wait really? Wah, tercapai jugak impian awak
nak jadi doktor pakar bedah. Congratulations Ming.
AZAHARI: Tahniah Ming. Awak sememangnya layak.
MING: Terima kasih Azahari dan Dalia.
MEON: Okay baik semua. Sebagai pengacara majlis yang
paling menawan pada hari ini, saya ingin menjemput Dr.
Tan Qi Ming untuk memberi ucapan memandangkan dia
pergi tanpa berita selama 10 tahun.
AZAHARI: Ming, Meon panggil awak bagi ucapan tu.
CYNTHIA: Cepat Ming, bagi ucapan.
MING: Selamat sejahtera semua. Lama rasanya saya tak
berucap di hadapan. Pertama sekali, saya mahu meminta
maaf kerana saya berpindah tanpa memberi tahu terlebih
dahulu. Setelah apa yang berlaku, saya berpindah ke
Melaka dan kemudiannya berhijrah ke US. Hidup saya tak
pernah senang tapi bersyukur kerana papa simpan
sejumlah wang yang agak besar untuk saya melanjutkan
pelajaran. Setelah tamat pengajian dalam bidang
106
perubatan, saya pulang ke Malaysia dan bertugas di
Hospital Taiping. Sepanjang 10 tahun ini, saya tidak
pernah melupakan rakan-rakan saya semasa di Johor
dahulu. Baiklah, itu sahaja nanti awak semua mengantuk
dengar saya bercakap lama-lama haha. Terima kasih.
MEON: Baik terima kasih Ming. Cynthia, sila jangan
nangis. Mari kita semua enjoy dan makan puas-puas
harini!!
DALIA: Ming, boleh saya bercakap dengan awak
bersendirian sebentar?
MING: Boleh Dalia, mari kita ke sana.
DALIA: Ming, saya nak minta maaf sangat-sangat dekat
awak, banyak dosa saya dengan awak selama ini dan saya
masih rasa bersalah hingga ke harini.
MING: Dalia. Jangan! Saya tak pernah marah dan
menyimpan dendam dekat awak. Sekiranya ada pun, saya
dah lama maafkan awak.
DALIA: Terima kasih Ming. Terima kasih banyak. Saya
berharap kita dapat berkawan baik selepas ini.
MING: Sudah tentu Dalia.
(Akhirnya, lelah yang dihadapi Ming akhirnya terbalas.
Ming dan Dalia akhirnya berbaik. Dia kini bergelar
seorang doktor pakar dan sukarelawan membantu kanak-
kanak yang mengalami trauma akibat penderaan dan
107
memberi bantuan persekolahan kepada mereka. Dalia
kini merupakan arkitek di syarikat terkemuka milik
ayahnya, Azahari pula bekerja sebagai jurutera di sebuah
syarikat IT yang terkemuka. Meon sudah pun berkahwin
dan bergelar guru kimia, tidak sia-sia dia memberi
tumpuan penuh dalam kelas Cikgu Lina yang garang
dahulu manakala Cynthia kini membuka cawangan
kafenya yang ketiga di Malaysia serta membantu Ming
dalam program Ming Foundation. Masing-masing
mengorak langkah ke arah kemakmuran wawasan 2030
dengan meningkatkan ekonomi dan sosial rakyat.)
TAMAT
108
TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030
TAJUK
Cikgu Afiqah
PENULIS SKRIP
Nur Adila binti Udin
PELAKON
Cikgu Afiqah: Cikgu baru lepasan Institut Pendidikan
Guru Pulau Pinang
Sofea: Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)
Mei Ling: Kawan Baik Sofea
Cg. Goh: Guru besar Sekolah Kebangsaan Murni
Cikgu Asmidar: Cikgu disiplin Sekolah Kebangsaan
Murni
Cikgu Aida: Cikgu Sekolah Kebangsaan Murni
Datin Azlinda: Ibu Cikgu Afiqah
Mak Timah: Ibu Sofea
Syahira: Budak nakal 1
Aminah: Budak nakal 2
SINOPSIS
Afiqah merupakan pelajar yang tamat pengajian di Institut
Pendidikan Guru Pulau Pinang. Dia telah mendapat
tawaran mengajar di sekolah pedalaman iaitu Sekolah
Kebangsaan Murni. Pada mulanya, dia tidak mahu
menerima kerana akan berjauhan dengan ibunya iaitu di
Gua Musang, Kelantan. Setelah pujukan dari ibunya
akhirnya dia menerima tawaran tersebut dengan hati yang
terbuka. Seperti kebiasaannya, hari ahad merupakan hari
109
pertama persekolahan pelajar tetapi bagi Afiqah hari
pertama beliau menjadi guru. Beliau pada mulanya tidak
semangat kerana tidak terbiasa persekitaran di kawasan
luar bandar apatah lagi kawasan pedalaman. Pada suatu
hari, isu buli terhadap murid buta menjadi viral di media
sosial iaitu facebook. Cikgu Afiqah disalahkan kerana
tidak mengawal keadaan tersebut sedangkan beliau
sedang mengajar di dalam kelas tersebut. Berikutan
peristiwa itu, beliau dipanggil oleh guru besar dan
mendapat amaran supaya mengajar dengan bijaksana dan
menjadi guru yang cakna akan persekitaran. Pelajar-
pelajar nakal tersebut juga diberi surat amaran untuk
digantung persekolahan. Beliau berasa tertekan dengan
kritikan masyarakat dan menyalahkan beliau dalam
peristiwa buli tersebut. Di rumah, beliau teringat akan
peristiwa yang memotivasikan untuk menjadi guru.
Akhirnya, beliau bersungguh-sungguh dan semangat
untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
guru. Beliau juga telah berusaha mendapatkan bantuan
daripada kerajaan untuk pembinaan infrakstruktur di
sekolah tersebut. Namun begitu, keakraban Cikgu Afiqah
dengan murid-murid dan guru-guru dibenci dan
dicemburui oleh Cikgu Aida. Cikgu Aida telah merancang
untuk memastikan Cikgu Afiqah dikeluarkan di sekolah
itu Pelbagai fitnah dilakukan terhadap dirinya
menyebabkan beliau kadang kala lemah semangat dan
hampir putus asa. Beberapa minggu kemudian,
kebongkaran berlaku apabila seorang pelajar
memberitahu cerita sebenar kepada guru besar sekolah
tersebut.
PEMBUKAAN:
110
Hai, assamualaikum anda semua yang sedang mendengar
radio di siaran Hot 3B. Okay, Hot 3B membawakan
sebuah drama yang bertajuk Cikgu Afiqah karya Nur
Adila binti Udin. Ceritanya mengisahkan seorang guru
bernama Afiqah yang menghadapi pelbagai dugaan
dalam menjalankan tanggungjawab. Beliau dikatakan
cuba melakukan rasuah untuk menaikkan namanya di
Sekolah Kebangsaan Murni. Hmm...betul atau tidak
dakwaan tersebut? Jom kita dengarkan drama Cikgu
Afiqah di Hot 3B. Pilihan utama anda!!
SITUASI 1
Hari khamis merupakan hari terakhir Afiqah di Institut
Pendidikan Guru Pulau Pinang dan penamat dia menjadi
pelajar. Dia mengemas pakaian dan mengenangkan
memori bersama-sama rakan di sini. Dia sudah tidak
sabar untuk pulang lalu mencapai telefon pintar I
phonenya untuk menelefon ibunya.
AFIQAH: (Dengan suara manjanya) Assamualaikum
Mommy, buat apa tu?
DATIN AZLINDA: Alah kamu ni, ada apa bahagia
nampak, dah ada calon untuk Mommy ke?
(Datin Azlinda gelak ketawa bergurau dengan anak
tunggalnya).
111
AFIQAH: Hahaha.ibu ini apa ni. Iqah masih
mudalah…ini Iqah nak bagitahu Mommy (Afiqah sengaja
diam membuat ibunya teruja untuk mendengarnya).
DATIN AZLINDA: Kamu ni, cepatlah bagitahu Mommy
(dengan nada manja melayan telatah satu-satunya
penyeri hidup beliau yang tinggal). Kalau tak Mommy tak
nak masak makanan favourite kamu tu.
AFIQAH: Mommy…esokkan Iqah dah balik pulang ke
rumah…tak sabar jumpa Mommy tercinta dan tercantik di
dunia (dengan nada yang manjanya mengusik Datin
Azlinda). Iqah dah habis belajar…Yahoo…alhamdulillah.
DATIN AZLINDA: (terkejut) betulkah Iqah.Ya Allah
anakku…alhamdulillah…kalau Daddy kamu ada mesti
beliau bangga dengan kamu... (Datin Azlinda diam
seketika dan menitiskan air mata teringat tragedi
kemalangan yang menyebabkan suaminya meninggal
dunia).
AFIQAH: Mommy…janganlah macam tu…ni Iqah kan
ada…esok Iqah akan teman Mommy pergi shopping dan
masak bersama dengan bibik. Ok Mommy good night…I
love you.
SITUASI 2
Tepat jam 12 tengah hari, Afiqah telah selamat sampai di
rumahnya. Tersenyum melihat Mommy kesayangannya
yang sedang memasak bersama dengan bibik.
112
AFIQAH: (sambil memeluk Mommynya dari belakang)
Assamuaaikum Mommy tercintaku…
DATIN AZLINDA: (menoleh ke belakang) Ya Allah
budak ni…terkejut Mommy…ingat sapalah yang tiba-tiba
pelukni (gelak ketawa dengan anaknya).
AFIQAH: Wah…Mommy masak kegemaran Iqah
lah…(bau) sedapnya…Mommy nak makan. (bermanja
dengan Datin Azlinda).
DATIN AZLINDA: Boleh...tapi kena kemas barang
dulu…
AFIQAH: Hmm (merajuk dengan Datin Azlinda) baiklah
Mommy tercintaku...
SITUASI 3
Keesokannya, afiqah bangun awal menyiapkan sarapan
pagi…Dia mahu memujuk ibunya pergi shopping dan
luangkan masa bersama dengannya.
AFIQAH: Selamat pagi Mommy (sambil tersenyum dan
kelihatan ceria).
DATIN AZLINDA: (tersenyum bahagia) Ya Allah betul
ke anak Mommy ni…pandainya kamu
AFIQAH: Mommy ni tak kanlah nenek Jah …jiran
sebelah tu… (gelak ketawa dengan Datin Azlinda).
113
DATIN AZLINDA: Ya lah…tak kanlah nenek Jah kan
(sambil sindir anak perempuannya) ...macam Mommy
tak tahu tiba-tiba rajin ni. Ada hajat ke… (memandang ke
arah Afiqah sambil tersenyum)
AFIQAH: Hahaha…pandai Mommy kita…Mommy
nantikan jom keluar... (pujuk rayu Mommynya).
SITUASI 4
Keesokannya Datin Azlinda bersiap untuk keluar
bersama dengan anak perempuan kesayanganya…Tiba-
tiba Afiqah memanggilnya…
AFIQAH: Mommy Iqah dapat tawaran jadi cikgulah
(dengan nada teruja menunjuk e-mel di telefon pintarnya)
…tak sabarnya.hmm… Cikgu Afiqah (sambil tersenyum
melihat ibunya).
DATIN AZLINDA: Alhamdulillah anakku…tapi…
AFIQAH: Tapi apa Mommy (menunjukkan muka
hairannya).
DATIN AZLINDA: Tapi tempatnya di mana sayang?
AFIQAH: Ya…lupa pula Iqah nak tengok…kejap ya
Mommy (tiba-tiba Afiqah menunjukkan muka sedihnya)
Iqah dapat di Gua Musang kami...luar
bandar...pedalaman...hmm
114
DATIN AZLINDA: (sambil membelai anak
perempuannya) Iqah…tak baik cakap tu…kamu tu cikgu
tau…patut bertuah baru beberapa habis tamat belajar dan
dapat tawaran…Ingat pesan Mommy...tanpa seorang guru
tak akan lahir pemimpin di dunia ini semuanya bermula
dengan guru…kamu kuat sayang.
SITUASI 5
Waktu malam di bilik tidurnya…Afiqah memikirkan
tawaran tersebut sambil bermonolog (kalau aku tolak
rugi…bukan mudah nak dapat semua ini, Cikgu
Afiqah…hmm dulu aku juga yang bercita-cita besar nak
jadi cikgu. Kalau dibiarkan menolak rezeki
namanya…Ahh serabutnya murid-murid jahat).
SITUASI 6
Tanggal 22 Oktober 2019 afiqah melapor diri di Sekolah
Kebangsaan Murni. Dia mengetuk pintu guru besar dan
melaporkannya.
AFIQAH: Selamat pagi
CIKGU GOH: Ya selamat pagi…masuklah.
AFIQAH: terima kasih
CIKGU GOH: Cikgu Afiqah...selamat datang ke Sekolah
Kebangsaan Murni...saya harap kamu selesa dan bertahan
lama di sekolah ini kerana ramai guru membuat keputusan
untuk pindah.
115
AFIQAH: (sedikit terkejut) baiklah cikgu...In Shaa Allah
saya mampu menghadapinya.
CIKGUGOH: Ya ini adalah jadual pengajaran
kamu...kamu akan mengajar mata pelajaran sejarah darjah
4 dan 5.
AFIQAH: (sambil senyum) ya cikgu…terima kasih.
SITUASI 7
Di bilik guru Cikgu Afiqah kelihatan tidak semangat lalu
disapa oleh Cikgu Asmidar.
CIKGU ASMINDAR: Assamualaikum…ini Cikgu
Afiqah kan…baru pindah dekat sini?
CIKGU AFIQAH: (pura-pura senyum) Ya saya.
CIKGU ASMINDAR: Okay ke dekat sini?
CIKGU AFIQAH: Hihihi…okay sahaja cuma itulah
susah tak ada rangkaian internet dekat sini.
CIKGU ASMINDAR: Oh...asyik sembang lupa nak
bagitahu…saya Cikgu Asmindar…guru disiplin sekolah
ini…mengajar Matematik darjah 6.
SITUASI 8
116
Jam ditangannya menunjukkan pukul 10.00 pagi Cikgu
Afiqah bergegas ke kelas 5 Bestari untuk mengajar subjek
Sejarah.
CIKGU AFIQAH: Assamualaikum dan selamat sejahtera
semua…
MURID-MURID 5 BESTARI: Waalaikumussalam
cikgu…
CIKGU AFIQAH: Okay murid-murid…nama saya Cikgu
Afiqah (sambil menulis namanya di papan putih).
AMINAH: Cikgu-cikgu Sofea kata tak nampak (sambil
gelak ketawa).
SOFEA: Hahaha…ya cikgu …dia perlu tulis besar-besar
bumi baru nampak (gelak ketawa dengan gengnya).
Cikgu Afiqah tidak menghiraukannya lalu meneruskan
pengajarannya. Hai budak ini semakin dibiarkan semakin
jahat, kalau dipukul dikatakan dera kalau ikutkan hati
memang aku tampar-tampar budak ini. (Cikgu Afiqah
bermonolog).
SITUASI 9
Pada waktu makan malam di rumah sewanya, Cikgu
Afiqah menjerit kerana tertekan dengan sikap biadap
murid-muridnya yang nakal. Dia teringat aktiviti
pengajarannya yang pertama disambut dengan
menghampakan beliau. Cikgu Afiqah bermonolog…
117
(Dahlah kawasan pedalaman…perangai pula
jahat...hmm kalau aku tak tahan lama dah penampar di
pipi kamu...memang budak kampung kurang ajar ke).
SITUASI 10
Cikgu Afiqah melihat jadual di buku catatan pengajaran
hariannya. Beliau mempunyai kelas di 5 Bestari sambil
bermonolog (hmm budak ini lagi). Dia bergegas menuju
ke kelas 5 Bestari. Apabila masuk ke kelas tersebut tiba-
tiba…
SYAHIRA: Hahaha…Cikgu dia jatuh (sambil menunjuk
ke arah Sofea iaitu satu-satunya murid OKU di sekolah
tersebut).
AMINAH: Alah kau Sofea pakai tongkat pom
jatuh…hahaha
MEI LING: Tak baik kamu cakap macam itu. Dia tetap
kawan kita. Cepat minta maaf pada Sofea.
SYAHIRA DAN AMINAH: Ada aku kisah (sambil
mengelengkan kepala).
CIKGU AFIQAH: (dengan nada yang tegas) okay kamu
semua duduk di tempat masing-masing.
Semua murid berlari-lari kecuali murid-murid nakal yang
sengaja perlahan jalan untuk menyakiti hati Cikgu
Afiqah. Cikgu Afiqah kemudiannya meneruskan
pengajarannya.
118
SITUASI 11
Semasa ingin keluar dari kelas tiba-tiba Mei Ling
memegang tangan Cikgu Afiqah.
MEI LING: Cikgu …Sofea… (dengan nada sedih dan
menangis).
CIKGU AFIQAH: Ya kenapa dengan Sofea…nak saya
hantarkan…boleh cakap sahaja…cikgu dah tahu.
MEI LING: Tidak cikgu, kaki Sofea berdarah (menangis
dengan lebih kuat).
CIKGU AFIQAH: Masha Allah…kenapa macam
ini…cepat pimpin Sofea bawa ke kereta saya.
MEI LING: (sambil lap air matanya) baiklah cikgu. Sofea
saya bawa kamu ini.
SOFEA: (menitiskan air mata merasai keikhlasan Mei
Ling berkawan dengannya walaupun dia seorang buta
dan berbeza kaum) Baiklah Mei Ling. Mei Ling (Sofea
kembali senyap).
MEI LING: Ya Sofea, kamu sakit?
SOFEA: (sambil senyum) terima kasih.
SITUASI 12
119
Setelah selesai Cikgu Afiqah menghantar Sofea ke
rumahnya dengan bantuan Mei Ling menunjukkan jalan
ke rumahnya. Setiba di rumah Sofea...
MAK TIMAH: (terkejut) Ya Allah Sofea...dah kenapa ini.
MEI LING: Sofea terjatuh mak cik.
MAK TIMAH: (sambil memandang ke arah Cikgu
Afiqah) hai...kamu ini cikgu ke apa...tengok anak saya dah
berdarah kaki! Kamu nak saya bagitahu guru besar dan
buang kamu dari mengajar dekat sini?
MEI LING: Sabar-sabar Mak Timah...bukan salah Cikgu
...Cikgu Afiqah yang tolong Sofea.
MAK TIMAH: Apa-apalah kamu Mei Ling... (dengan
nada yang geram).
SITUASI 13
Keesokan harinya suasana riuh-rendah di Sekolah
Kebangsaan Murni dengan berita viral murid tentang
OKU dibuli tidak diambil kisah guru. Apabila Cikgu
Afiqah memasuki bilik guru. Tiba-tiba guru besar
memanggilnya...
CIKGU GOH: (dengan nada marah) Cikgu
Afiqah...kenapa benda ini berlaku dan saya dan bagitahu
cikgu kena bijaksana kawal pelajar. Ini dah viral satu
dunia bukan satu sekolah tau...satu dunia...
120
CIKGU AFIQAH: Saya...saya tak tahu cikgu.
CIKGU GOH: Ahh...tak tahu apa kamu ada di video
tersebut. Murid buli Sofea...kamu tak hirau pom.
CIKGU AFIQAH; (dengan nada yang bersalah) okaylah
saya minta maaf cikgu. Saya berjanji akan mengambil
serius tentang ini.
CIKGU GOH: Ini amaran terakhir...saya kalau perkara ini
akan berlaku. Saya akan minta JPN buang kamu!!
CIKGU AIDA: Tengok guru baru itu, baru masuk sekolah
dah buat hal. Ish-ish banyak nak kena belajar lagi itu.
CIKGU ASMIDAR: Apa kamu ini Cikgu Aida. Ya, dia
memang cikgu baru. Mungkin dia belum biasa lagi itu.
Biasalah mula-mula.
CIKGU AIDA: Hai Cikgu Asmindar, kamu tak rasa
something dengan Cikgu Afiqah itu.
CIKGU ASMINDAR: Something?
SITUASI 14
Cikgu Afiqah berasa tertekan dan sedih terhadap kritikan
masyarakat di media sosial. Namun begitu, dia tetap terus
menunaikan tanggungjawab mengajar di kelas 5 Bestari.
CIKGU AFIQAH: Assamualaikum dan selamat petang
semua.
121
MURID-MURID 5 BESTARI: Waalaikumussalam
cikgu. Selamat petang cikgu.
CIKGU AFIQAH: Mei Ling di mana Syahira dan
Aminah?
MEI LING: Ya cikgu...Cikgu Asmidar panggil mereka.
Mereka berada di bilik disiplin dan diberi surat amaran
buang sekolah cikgu.
CIKGU AFIQAH: Baiklah terima kasih Mei Ling.Murid-
Murid hari ini kita akan belajar tajuk Demokrasi
Berparlimen di Malaysia. Sebelum itu, kita sama-sama
menyanyikan lagu sehati sejiwa. Cikgu nak kamu
menyanyikan lagu dengan penuh semangat.
MURID-MURID 5 BESTARI: (dengan muka yang ceria
dan semangat) baiklah cikgu.
Semasa menyanyikan lagu. Syahira dan Aminah
mengetuk pintu.
SYAHIRA DAN AMINAH: Assamualaikum...
CIKGU AFIQAH: Waalaikumussalam
Syahira dan Aminah berlari ke arah tempat duduk Sofea
dan meminta maaf kerana membulinya dan berjanji tidak
akan mengulangi lagi.
122
SYAHIRA DAN AMINAH: Sofea kami nak minta
maaf...kami janji tidak akan membuli kamu lagi (sambil
menangis).
Sofea, Syahira dan Aminah berpelukan sambil Mei Ling
dan Cikgu Afiqah tersenyum melihat perubahan murid-
muridnya yang nakal itu.
SYAHIRA DAN AMINAH: Cikgu...kami baru sahaja
sampai...pasanglah cikgu lagu tadi (sambil pujuk rayu).
CIKGU AFIQAH: Baiklah jom kita nyanyi.
Mereka menyanyikan lagu dengan penuh semangat dan
bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran.
SITUASI 15
Hari khamis jadual di kelas 5 Bestari. Cikgu Afiqah
bersemangat ke sekolah dan tidak sabar untuk berjumpa
murid-murid 5 Bestari. Beliau telah membeli gula-gula
untuk menaikkan semangat murid-muridnya dalam
mengikuti proses pengajaran dan pembelajarannya.
CIKGU AFIQAH: Amboi dah bermain dengan
Sofea...Syahira dan Aminah (mengusik Syahira dan
Aminah).
SYAHIRA DAN AMINAH: (tersipu-sipu malu lalu
memberi salam kepada Cikgu Afiqah) Assamualaikum
cikgu.
123
CIKGU AFIQAH: (senyum ke arah Syahiran dan
Aminah) Waalaikumussalam...okay murid-murid tengok
ini cikgu bawa apa?
MURID-MURID 5 BESTARI: Yeay...cikgu bawa
coklat…cikgu bawa coklat!!
CIKGU AFIQAH: Nah, ambiklah seorang satu...5 minit
ja makan kemudian kita mula belajar, okay?
MURID-MURID 5 BESTARI: Okay cikgu.
SITUASI 16
Selepas tamat aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu Afiqah memanggil Mei Ling.
CIKGU AFIQAH: Mei Ling, selepas ini tunggu saya.
Saya ada benda nak cakap.
MEI LING: Baiklah, cikgu.
CIKGU AFIQAH: Ini duit sumbangan duit cikgu nak bagi
pada keluarga Sofea. Cikgu nak kamu sampaikan, boleh
ke?
MEI LING: ooo boleh sahaja cikgu (dengan wajah ceria).
Kejadian dilihat oleh Cikgu Aida dan sempat di ambil
gambar Cikgu Sofea memberi duit kepada Mei
Ling.Cikgu Aida bermonolog (duit! ha itulah kerja dia
bagi duit dekat budak-budak, untuk popularkan namanya
lah tu, ahh aku kena bagi tahu Cikgu Goh ni).
124
SITUASI 17
Cikgu Asmindar sedang lalu-lalang di tepi kelas 5
Bestari. Tiba-tiba disapa oleh cikgu Aida.
CIKGU AIDA: Weh-weh tengok ini, aku dah ada bukti
Cikgu Asmindar itu tak baik sebenarnya.
CIKGU ASMINDAR: Tak baik? Maksud kau?
CIKGU AIDA: Ini aku dah gambar dia bagi duit pada
budak-budak rupanya nak naikkan nama.
CIKGU ASMINDAR: Ohh, tak palah aku nak cepat ni,
mintak diri dulu lah ya...Asssamualaikum.
Cikgu Aida bermonolog (Alah, nak cepat konon, tak pa
akan aku pastikan nama Cikgu Afiqah tak akan ada lagi,
huh pergi jauh la)
SITUASI 18
Di rumah sewanya, Cikgu Afiqah sedang menaip e-mel
surat untuk pemohonan peruntukkan kewangan untuk
menambah infrakstur rangkaian internet dan beberapa
kemudahan lain seperti kerusi baru menggantikan kerusi
yang telah rosak di Sekolah Kebangsaan Murni.
Beberapa bulan kemudian...guru besar iaitu Cikgu Goh
telah menerima e-mel dan memanggil Cikgu Afiqah.
125
CIKGU GOH: Terima kasih cikgu membantu sekolah kita
mendapat kemudahan dan setinggi-tinggi terima kasih
cikgu.
CIKGU AFIQAH: Tidak mengapa, cikgu selagi saya
dapat membantu saya akan bantu (tersenyum).
CIKGU GOH: Tak lama lagi...adalah internet kat sekolah,
kerusi pom baru...syukur.
CIKGU AFIQAH: Ya cikgu murid-murid pom dapat
belajar dengan selesa.
CIKGU AIDA: Cikgu-cikgu nanti dulu ini saya ada bukti
cikgu?
CIKGU GOH: Bukti apa?
CIKGU AIDA: Ini gambar cikgu Afiqah bagi duit dekat
budak-budak. Patutlah nak naikkan polulariti (gaya
berlagak). Maklumlah anak datin kan cikgu.
CIKGU GOH: Ohh betul ke ini, Cikgu Afiqah?
CIKGU AFIQAH: Ya tapi...
CIKGU GOH: Cikgu Afiqah mulai esok tidak perlu ke
sekolah. Saya akan membuat laporan polis kamu
sebenarnya terlibat dengan jenayah.
CIKGU AFIQAH; Tapi cikgu...
126
SITUASI 19
Beberapa hari Cikgu Afiqah tidak datang ke sekolah. Hal
ini membuat murid-muridnya tertanya-tanya di mana
Cikgu Afiqah.
MEI LING: Cikgu kenapa cikgu Afiqah tidak datang
sekolah?
CIKGU ASMINDAR: Cikgu Afiqah tidak boleh
mengajar lagi.
MEI LING: Kenapa, cikgu?
CIKGU ASMINDAR: Kamu akan faham nanti.
SITUASI 20
Keesokan harinya, Mei Ling tidak putus asa untuk
bertanya pada Cikgu Asmindar keberadaan cikgu Afiqah.
MEI LING: Cikgu, cikgu Afiqah di mana (dengan nada
sedih).
CIKGU AIDA: Alah kamu yang terima juga duit.
MEI LING: Ooo tapi cikgu itu duit sumbangan cikgu
Afiqah kepada keluarga Sofea.
CIKGU ASMINDAR: Ohh, jadi kamulah buat fitnah
cikgu Aida.
127
CIKGU AIDA: Alah, cikgu budak-budak kalau bagi
coklat pom pandai simpan rahsia apatah lagi duit, cikgu!!
SITUASI 21
Mei Ling menyampaikan hasrat agar cikgu Asmindar
melawat rumah keluarga Sofea.
MEI LING: Cikgu, cikgu boleh tak cikgu bawa ibu sofea
dekat sekolah kita?
CIKGU ASMINDAR: (berasa kasihan melihat wajah
Mei Ling) Baiklah Mei Ling, esok kita pergi sama-sama
bawa ibu Sofea dekat sini.
MEI LING: Yeay...terima kasih cikgu.
SITUASI 22
Di bilik guru besar, Cikgu Asmindar bersama dengan Mei
ling membawa ibu Sofea berjumpa dengan guru besar.
MAK TIMAH: Selamat pagi.
CIKGU GOH: Ya, masuk.
MAK TIMAH: Cikgu sebenarnya saya datang ke sini nak
bagi tahu cerita sebenar bahawa Cikgu Afiqahlah yang
selama ini bagi sumbangan duit utntuk tampung
perbelanjaan. Saya sedih bila tahu dia dibuang kerana
difitnah. Dia baik cikgu.
128
CIKGU GOH: Ooo maafkan saya, saya telah membuat
silap. Tapi tak pa saya akan pastikan cikgu Afiqah akan
kembali di sekolah ini. Terima kasih Puan Timah, Cikgu
Asmindar dan Mei Ling.
MEI LING: Sama-sama cikgu.
SITUASI 23
Cikgu Goh menelefon cikgu Afiqah untuk minta maaf
padanya.
CIKGU GOH: Hai selamat pagi.
DATIN AZLINDA: Ya ada apa Afiqah sudah tiada.
CIKGU GOH: Sudah tiada, boleh saya tahu saya bercakap
dengan siapa.
DATIN AZLINDA: Ya saya ibu Afiqah. Afiqah sudah
meninggal dia kerana menghidapi kanser otak.
CIKGU GOH: Okay datin. Maafkan saya membuat
keputusan melulu. Saya bersalah sangat.
PENUTUP:
Baiklah nampaknya cerita Cikgu Afiqah sudah
berakhir.Semoga ia mampu memberi sedikit sebanyak
kepada kita dalam aspek kehidupan. Buat pendengar Hot
3B, hargailah guru anda kerana tanpa seorang guru
siapalah kita. Sebelum berundur diri, saya tinggalkan
129
anda lagu yang bertajuk Terima Kasih Cikgu.
Assamualaikum dan bye-bye.
TAMAT
130
TEMA
Wawasan Kesemakmuran Bersama 2030
TAJUK
Jalan Keluar
PENULIS SKRIP
Nurul Syahira binti Musa
PELAKON
Ecah: Pelajar STPM yang miskin
Fareez: Pengedar dadah
Cikgu Ruhaila: Guru disiplin
Mak Ani: Ibu kepada Ecah yang merupakan seorang balu
yang baru sahaja kematian suami
Aunty June: Jiran Mak Ani yang berbangsa Cina
Syarina: Kawan baik Ecah
Kamelia: Pembuli 1
Marina: Pembuli 2
Sarah: Pembuli 3
Inspektor Azman: Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik
SINOPSIS
“Jalan Keluar” mengisahkan tentang seorang gadis miskin
yang bernama Aisyah atau Ecah yang merupakan seorang
pelajar STPM. Kisah bermula apabila Ecah terpaksa
berpindah ke sekolah yang baru di kawasan bandar
selepas kematian bapanya kerana rumah yang diduduki
terpaksa dijual untuk membayar hutang. Mak Ani
ditawarkan untuk bekerja sebagai pembuat kuih dan
diberikan tempat tinggal oleh sepupunya di bandar. Walau
131
bagaimanapun, kehidupan Ecah dan Mak Ani selepas
perpindahan itu tidaklah sebaik yang disangkakan.
Kehadiran Ecah tidak disenangi oleh pelajar-pelajar lain
di sekolah barunya sehingga membawa perubahan drastik
dalam dirinya sendiri. Perkenalannya dengan Fareez
umpama membawa malapetaka yang lebih besar dalam
hidupnya. Keadaan mula berubah selepas kedatangan
Cikgu Ruhaila ke rumah mereka. Apakah yang cuba
disampaikan oleh Cikgu Ruhaila? Mampukah Ecah dan
ibunya keluar daripada kekusutan yang dialami?
SITUASI 1 ( LATAR MASA KINI)
Syarina yang berada di perpustakaan sedang membaca
buku
SYARINA: (membelek-belek buku di perpustakaan) Bila
aku baca buku ni, teringat pula apa yang dah terjadi pada
Ecah dulu.
SITUASI 2 (IMBAU MASA LEPAS)
Ecah bersendirian di dalam kelas untuk mengalas perut
dengan bekal yang dibawanya.
ECAH: (Mengeluarkan bekal makanannya dan
bermonolog) Hurmmm.. Memang taklah aku nak pergi
kantin. Dah la bawa bekal makanan macam ni. Baik
makan kat kelas je. Orang tengok, buat malu je.
132
KAMELIA: (berjalan bersama Marina dan Sarah,
kemudian menepuk bahu Ecah) Wei budak kampung!!
Kau jangan bawak perangai kampung kau dekat sini boleh
tak? Ingat kau bagus sangat ke setakat bawa bekal nasi
kosong dengan telur macam ni?!
SARAH: Kau jangan la marah-marah dia Mel. Kesian la.
Dah dia miskin, nak buat macam mana kan. Kita patutnya
tolong. Tengok? Makan nasi pun takde kuah. Air pun tak
beli. Ina, mana air yang kau beli tadi?
MARINA: (tunjuk air mineral) Ni. Sebenarnya tadi aku
dah habis minum. Aku isi balik air ni. Kat tandas! Hahaha.
Baik kan aku? Aku memang baik. Dah la baik, kaya pulak
tu. (Sambil tuang air dalam bekas makanan Ecah)
Haaaaa.. Kesian kau, nah aku bagi kuah sikit, baru cepat
kenyaaang.
KAMELIA: Haaa.. Meh aku suap. Kau jangan nak
melawan lah.
SYARINA: Woi!! Kau buat apa tu hah?!
KAMELIA: Wei jom blah! Sibuk ar minah ni. (Keluar
kelas bersama rakan-rakannya)
SITUASI 3
CIKGU RUHAILA: (Menghempap meja) Kamu jangan
nak reka cerita boleh tak?!
133
ECAH: Kenapa Cikgu taknak percaya dekat saya? Mereka
dah buat macam-macam pada saya. Ke sebab saya ni
miskin? Cikgu pilih kasih?
CIKGU RUHAILA: (Senyum sinis) Kamu rasa?
Ecah berlalu meninggalkan bilik guru dengan perasaan
kecewa dengan sikap gurunya, Cikgu Ruhaila.
SITUASI 4
Ecah dan Mak Ani berada di ruang tamu rumah mereka.
MAK ANI: Kamu ni Ecah, asyik mengadap telefon je.
Pergilah belajar, buat benda berfaedah sikit.
ECAH: (Menghadap telefon bimbitnya) Dulu masa Abah
ada bolehlah mak cakap macam tu. Sekarang rumah pun
mak dah jual nak bayar hutang. Kita ni takde apa-apa mak,
pergi sekolah pun tak guna. Asyik kena hina je, sebab kita
ni miskin.
MAK ANI: Kita patut bersyukur Ecah sebab kita ada juga
tempat untuk berteduh walaupun hasil belas ehsan orang
lain. Sebab kita miskinlah mak nak kamu belajar.
ECAH: Mak jangan nak memekak la mak. Bingit tau tak.
Bingit!! Kat sekolah neraka! Kat rumah neraka!
Ecah meluru meninggalkan ibunya di ruang tamu dan
masuk ke bilik. (Ecah berbual di telefon dengan teman
lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi Instagram).
134
FAREEZ: Dah lama kita kenal. Jom la kita jumpa. I nak
sangat jumpa dengan You.
ECAH: Seganlah nak jumpa You. You tahulah I ni takde
apa-apa pun. Malulah.
FAREEZ: Dah 3 bulan kita kenal. Buat apa You nak malu
dengan I. Kan I dah cakap, I boleh terima You seadanya.
Bagi I peluang untuk isi kekosongan dalam hati You.
ECAH: (Senyum dan bermonolog) Haihhh. Nak pakai
baju apa ye?
Dalam sudut perasaan yang berbeza, Fareez mempunyai
niat jahat terhadap Ecah.
FAREEZ: (Sambil tersenyum jahat) Boleh jadi mangsa
aku budak perempuan ni. Kurang kasih sayang!!
SITUASI 5
Fareez dan Ecah keluar bersama ke sebuah pusat beli
belah.
FAREEZ: Ecah, I ada sesuatu nak bagi dekat You.
ECAH: Oh yeke? Apa dia?
FAREEZ: Nah untuk You. Handbag ni mahal tau I beli.
135
AUNTY JUNE: (Melihat kejadian yang berlaku lalu
merakamnya dalam jarak jauh). Eh, tu macam Ecah.
Siapa lelaki tu. Oooo.. Ini kerja kamu ye Ecah. Tunggu
kau!! Aku rakam tunjuk kat mak kau. (berlalu pergi dari
tempat berkenaan)
ECAH: Wahhh!! Terima kasih You. Susah-susah je.
Cantik ni. Tak sabar I nak guna nanti.
FAREEZ: Mestilah I kena beli yang cantik-cantik untuk
orang yang cantik macam You. (Berpaling ke belakang
dan ternampak pemuda yang mencurigakan serta
beberapa orang polis yang berbaju seragam. Dia
bermonolog dengan suara perlahan, “Polis?? Polis
datang dari mana pulak ni, semak betul lah”.) Aaaaaaa..
You, You tunggu sini kejap ye. I, I nak pergi tandas. You
jangan pergi mana-mana tau. (Tergesa-gesa menjauhi
tempat berkenaan).
ECAH: OK. Jangan lama-lama tau. I tunggu You!!
INSPEKTOR AZMAN: (Menahan Ecah dengan bantuan
anggota polis yang lain) Cik Nia Aisyah Ramli, anda
ditahan kerana disyaksi memiliki dadah. Sila ikut kami ke
balai untuk membantu siasatan.
ECAH: (Meronta-ronta supaya dilepaskan) Apa ni tuan
tiba-tiba tahan saya? Saya mana ada benda-benda macam
tu. Kalau tak percaya, tuan periksalah.
INSPEKTOR AZMAN: Kopral, tolong periksa barang-
barang yang dibawa.
136
KOPRAL: (Mengambil beg yang dipegang oleh Ecah)
Baik tuan!! (sambil menunjukkan bungkusan kecil yang
dijumpai di dalam beg tangan yang dihadiahkan oleh
Fareez kepada Ecah) Er... Tuan.
INSPEKTOR AZMAN: Bawa dia ke balai sekarang.
ECAH: (sambil meronta-ronta) Apa ni tuan? Itu bukan
saya punya. Ada orang yang cuba nak perangkap saya ni.
Fareez nama dia, dia yang beri beg tu pada saya, dia dah
lari tadi. Tak guna kau Fareez!!!
SITUASI 6
Mak Ani berada di ampaian untuk menjemur pakaian.
AUNTY JUNE: (berjalan ke arah Mak Ani) Ani!! Ani!!
MAK ANI: (sambil menjemur pakaian di ampaian) Apa
yang kamu terpekik-pekik ni June?
AUNTY JUNE: (tercungap-cungap) Tadi saya nampak
anak kamu dengan seorang lelaki. Dia tak pakai tudung.
Lelaki tu beri dia hadiah, Nampak macam mahal. Dia ada
kekasih kaya ke?
MAK ANI: Kamu salah orang tu June. Anak saya kan
bertudung. Kami kan baru sahaja berpindah ke sini. Tak
mungkin dia ada kekasih. Tak mungkin, tak mungkin.
137
AUNTY JUNE: Betul ni Ani. Saya yakin itu Ecah. Saya
nampak sendiri tadi dia dengan lelaki tu, dia tak pakai
tudung.
MAK ANI: (Menghempas pakaian ke dalam baldi
semula). Apa ni June?! Kenapa nak tuduh-tuduh anak aku
pula?! Aku tahu aku ni miskin tapi aku pandailah nak ajar
anak aku macam mana. Ecah tu budak kampung, mana dia
tahu nak buat perangai tak senonoh macam tu!!
AUNTY JUNE: Ani, saya cakap macam ni sebab saya ada
bukti. (Sambil mencari telefon bimbitnya) Kejap saya
tunjuk pada kamu. Mana telefon saya ye? (Bermonolog)
MAK ANI: Eh dah lah!! Kau tak payah nak masuk
campur hal kami lah. Mentang-mentanglah kami miskin,
kau tuduh macam-macam ye. (Membawa baldi berisi
beberapa helai pakaian yang tak sempat dijemur dan
meluru masuk ke dalam rumah)
AUNTY JUNE: Ani! Ani! Tunggu dulu, kau kena tengok
ni.
SITUASI 7 (LATAR MASA KINI)
Syarina masih berada di perpustakaan. Ecah juga ada
bersama-samanya.
SYARINA: (Sambil tersenyum). Haihh.. Ecah, ecah. Tak
pasal-pasal kena tangkap dengan polis dulu. Tu lah, cepat
sangat percaya kat orang yang baru kenal.
138
ECAH: (Mengintai dari tepi rak buku berdekatan). Haaa!
Mengata aku la tu.
SYARINA: Eh, Ecah. Terkejut aku. Takdelah.. Aku
teringat dengan apa yang dah jadi dekat kau dululah.
ECAH: (Keluar dari belakang rak) Tulah, nasib baik
Cikgu Ruhaila dan Aunty June ada. Kalau tak, mungkin
aku takde kat sini sekarang. Entah-entah masih meringkup
dalam penjara tu.
SITUASI 8 (DI RUMAH – MASA LAMPAU)
ECAH: (Tiba di rumah bersama Inspektor Azman. Ecah
berlari dan memeluk Mak Ani) Mak!!
MAK ANI: Ecah!! Kenapa sampai boleh jadi macam ni?
Apa yang kamu dah buat nak?
ECAH: Mak… Lelaki tu cuba nak perangkap Ecah, Mak.
Ecah tak salah. Ecah tak salah.
INSPEKTOR AZMAN: Betul tu Puan. Ada saksi tampil
memberi keterangan dan bukti yang menunjukkan Ecah ni
tak salah. Fareez, lelaki yang cuba perangkap Ecah tu pun
telah kami tahan pada hari yang sama Ecah ditahan.
MAK ANI: Terima kasih banyak-banyak, Tuan.
INSPEKTOR AZMAN: Sama-sama, Puan. Saya mintak
diri dulu.
139
MAK ANI: Baiklah.
Beberapa minit kemudian, Cikgu Ruhaila dan Aunty June
tiba di rumah mereka bagi menjelaskan perkara yang
sudah berlaku. Cikgu Ruhaila membawa satu
perkhabaran yang baik buat mereka dua beranak.
AUNTY JUNE: (Menunjukkan rumah Ecah kepada
Cikgu Ruhaila) Ini rumahnya, Cikgu.
CIKGU RUHAILA: (Berdiri di hadapan pintu bersama
Aunty June) Terima kasih, Aunty. Assalamualaikum..
Assalamualaikum.. (sambil mengetuk pintu)
MAK ANI DAN ECAH: (Meleraikan pelukan)
Walaikummussalam.
ECAH: (Menujukkan riak wajah yang tidak gembira
dengan kehadiran gurunya itu) Er.. Cikgu? Aunty pun
ada sekali? Jemputlah masuk. (Berjalan masuk) Mak,
sebenarnya Aunty June ni lah yang jadi saksi untuk bantu
kes Ecah tu, mak.
MAK ANI: (Dengan riak wajah yang serba salah) Ya
Allah. Betulkan ke ni Ecah? (Pegang tangan Aunty June)
June, terima kasih banyak. Maafkan Saya sebab tuduh
kamu macam-macam haritu.
AUNTY JUNE: (Membalas genggaman tangan Mak
Ani). Sama-sama Ani. Saya tolong apa yang termampu
saja. Kamu ingat tak bukti yang saya tunjukkan pada
kamu hari tu?
140
MAK ANI: Bukti apa?
AUNTY JUNE: Eh, saya lupa yang kamu belum tengok.
Ye lah, kan hari tu kamu marah pada saya dan meluru
masuk rumah. (Ketawa kecil)
MAK ANI: (Ketawa kecil) Haaa… Ye lah, saya minta
maaf ye June?
AUNTY JUNE: Tak apalah. Saya sudah maafkan kamu.
Sebenarnya, bukti yang saya nak tunjukkan tu adalah
video semasa lelaki itu berikan hadiah kepada Ecah.
Rupa-rupanya bersama hadiah itu ada dadah.
MAK ANI: Nasib baik kamu ada dan rakam kejadian tu.
Kalau tidak, entah apalah nasib Si Ecah ni.
AUNTY JUNE: Tak usahlah kamu bersedih lagi, Ecah
pun dah selamat kembali ke sisi kamu. Ni Cikgu Ruhaila
datang. Beliau ada berita gembira untuk kalian berdua.
MAK ANI: Betul ke cikgu? Berita apa tu?
CIKGU RUHAILA: Ya, betul tu. Tapi sebelum tu, Cikgu
nak minta maaf pada Ecah andai kata-kata cikgu tempoh
hari buat Ecah kecil hati. Sebenarnya cikgu cakap macam
tu untuk cabar Ecah supaya bersemangat untuk capai cita-
cita dan keluar daripada kemiskinan yang Ecah lalui
sekarang. Maafkan cikgu ya Ecah?
141
ECAH: Baiklah, Cikgu. Ecah pun minta maaf kalau haritu
Ecah biadap dengan cikgu.
CIKGU RUHAILA: Yelah. Cikgu maafkan. (Mencari
sesuatu di dalam beg) Haaa.. Cikgu ada sesuatu yang
Cikgu nak bagi tahu pada Ecah dan Mak Ani. Tengok ni.
Ini antara inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
Mari cikgu terangkan.
Cikgu Ruhaila menerangkan tentang usaha pihak
kerajaan dalam membasmi kemiskinan bagi merapatkan
jurang ekonomi tanpa sebarang diskriminasi.
SITUASI 9
Ecah dan Syarina berada di luar perpustakaan. Mereka
berjalan menuju ke kelas.
ECAH: Aku bersyukur sangat dapat cikgu yang macam
Cikgu Ruhaila tu.
SYARINA: (Dengan sinis) Elehh. Bukan dulu kau benci
sangat ke dengan dia sebab kau kata dia pilih kasih.
ECAH: Itu dulu, sebelum aku tahu niat sebenar dia.
SYARINA: Yelah, yelah. Jomlah gerak pergi kelas. Mana
tahu Dr. Siva nak bagi tips untuk exam nanti.
ECAH: Jom!!
142
Mereka berdua berjalan menuju ke dewan kuliyah. (Suara
latar membaca puisi)
Onak duri di perjalanan ini bukan penghalang untuk kita
berjaya,
Bukan juga alasan untuk kita berhenti,
Juga tak seharusnya bermaksud kita terus mati,
Sebaliknya untuk menguji kekuatan hati,
Mencari jalan keluar membangun usaha bagi memajukan
diri,
Demi sebuah wawasan hidup yang kita impi,
Kerana wawasan ini…
Adalah…
Wawasan kesemakmuran kita bersama.
TAMAT
143
TEMA
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
TAJUK
Di Sebalik Kejayaan
PENULISAN SKRIP
Nur Lailatul Syuhada binti Ahmad Raji
PELAKON
Ema: Atikah (murid yang bermasalah di sekolah)
Alia: Aisyah (kawan kepada Ema dan murid yang
bermasalah di sekolah)
Balqis: Syifa (pelajar miskin dan mangsa buli Ema dan
Balqis)
Cikgu Ain: Syuhada
Pengetua: Syamrani (seorang yang tegas)
Guru disiplin: Sihui
Mei: Siew Ing (kawan pelajar masalah kewangan)
Puan Siti: Hidayah (ibu kepada Ema)
Encik Zul: Kian (ayah kepada Ema)
SINOPSIS
Ema seorang pelajar tingkatan 5 Sastera di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Tanjung yang sering
mempunyai masalah disiplin. Ema sering melakukan
masalah disiplin untuk mendapatkan perhatian daripada
ayah dan ibunya yang terlalu sibuk dengan kerja mereka
sehingga mengabaikannya. Ema juga mempunyai seorang
rakan yang bernama Alia. Mereka sering membuli rakan
sekelas mereka iaitu Balqis. Namun satu peristiwa yang
menyebabkan mereka berubah dan menjadi orang yang
144
berjaya. Selain itu, mereka menjadi kawan Balqis dan
tidak lagi membuli. Keputusan peperiksaan mereka juga
semakin meningkat. Selepas beberapa tahun kemudian
mereka bercadang untuk mengadakan reunion dan
menjemput semua guru yang telah mengajar mereka.
DJ: Hello, hello, hello bersama saya Suhui DJ Celotehfm.
anda pada hari ini. Jangan lupa ikuti drama radio versi
terkini hanya di celotehfm. menemanimu sepanjang masa.
Benarkah disebalik kejayaan itu, ada seribu satu kenangan
yang membawa kita kepada kejayaan kita pada hari ini?
Untuk mengetahuinya jangan lupa ikuti drama radio versi
terkini yang bertajuk Di sebalik Kejayaan yang
menampilkan gandingan suara Atikah sebagai Ema,
Aisyah sebagai Alia dan Syifa sebagai Balqis serta
dibantu oleh beberapa orang pelakon pembantu yang lain.
Disebalik Kejayaan….
SITUASI 1
Di pusat beli belah pada tahun 2030. Ema terserempak
dengan Alia yang merupakan kawan baiknya semasa di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung.
Ema sedang membeli belah lalu di sapa oleh seseorang.
ALIA: Ema? (bertanya untuk kepastian) Kau buat apa kat
sini?
EMA: Eh Alia. (dengan muka yang gembira) Ni hah
tengah tengok-tengok baju ni. Kau apa khabar Alia?
(dalam keadaan teruja)
145
ALIA: Aku sihat je.
EMA: Kau free tak ni? Kalau free jom kita pergi makan,
lepastu cerita pasal kehidupan kau sekarang dah lama aku
tak dengar khabar kau.
ALIA: Boleh je. Jom.
SITUASI 2
Di kedai makan. Setelah sampai di sebuah kedai makan
Ema tidak sabar nak mendengar tentang kehidupan
kawannya sekarang kerana mereka lama dah berjumpa
kerana menyambung pelajaran di tempat yang berlainan.
EMA: Cepatlah cerita tentang kehidupan kau sekarang tak
sabar aku nak dengar.
ALIA: Sabarlah bagi aku order air dulu tak menyempat je
kau ni kan sama macam dulu.
EMA: Eh mana ada. Aku gembira je sebab dapat jumpa
dengan kau hari ni.
ALIA: Kalau ya pun bagilah aku order dulu, aku lapar ni
EMA: Okey. (dia menjawab sambil tersengih-sengih)
Setelah makanan yang dipesan tadi sampai mereka mula
bercerita tentang kehidupan masing- masing.
146
ALIA: Kehidupan aku sekarang ni okey je dan aku dah
jadi cikgu dan masih single. Kalau kau nak tahu lagi aku
mengajar satu sekolah dengan Balqis.
EMA: Seriuslah wei? (dengan wajah yang tak percaya)
Macam mana sekarang dengan Balqis?
ALIA: Betullah takkan aku nak tipu pula. Balqis okey je
dan kalau kitaorang selalu cerita pasal kau.
EMA: Rindunya aku dengan korang. Kau tahu tak hari-
hari aku harap yang kita akan jumpa balik. Tup-tup hari
aku jumpa dengan kau mahunya tak gembira. (sambil
tersenyum memandang kearah Alia)
ALIA: Ingat balik masa dulu-dulu kadang-kadang aku
kesal dengan perangai kita sendiri yang entah apa-apa.
Tapi dalam masa yang sama juga aku rasa gembira sebab
kita dah berjaya capai impian kita.
EMA: Betulah apa yang kau cakap tu. Aku pun rasa
macam tu juga.
ALIA: Kalau boleh aku undurkan masa dah lama aku
buat. Aku menyesal sangat-sangat. (dengan wajah yang
sedih)
(Ema dan Alia mengenang kembali zaman mereka
bergelar pelajar dulu)
Flashback~
147
SITUASI 3
Di kantin sekolah Balqis sedang menjual tisu tetapi datang
Ema dan Alia mengacau Balqis dan membuat kecoh di
kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung.
EMA: Wei, kenapa dengan kau ni hah! Tak pernah ke
faham yang sekolah ni tempat belajar bukannya tempat
menjual sampah macam ni (sambil melemparkan tisu
yang dijual oleh Balqis)
ALIA: Dia ni apa je yang dia faham daripada dulu sampai
sekarang asyik buat semak je dekat sekolah nie.
CIKGU DISIPLIN: Ema, Alia apa nak jadi dengan kamu
berdua ni hah! Dahlah malas belajar, disiplin pun entah
apa-apa.
EMA: Kami tak buat apa-apa pun cikgu kami terlanggar
Balqis je tadi dan kami nak tolong dia kutip tisu-tisu ni je.
ALIA: Betul tu cikgu. Kami nak tolong je takkan tu pun
salah kot.
CIKGU DISIPLIN: Ye ke Balqis?
Ema dan Alia melihat kearah Balqis sambil memberi
amaran kepada Balqis agar tidak memberitahu perkara
sebenar.
BALQIS: Ya betul cikgu. Diorang hanya tolong saya je.
148
CIKGU DISIPLIN: tak pelah dah kamu kata begitu.
Cikgu pergi dulu.
BALQIS: Hanya menganggukkan kepala.
Setelah cikgu disiplin meninggalkan mereka Ema dan
Alia kembali melemparkan tisu kearah Balqis. Mei yang
kebetulan melihat kejadian itu, menghampiri mereka.
MEI: Balqis awak okey tak ni (tanpa mempedulikan Alia
dan Ema dia menolong Balqis)
EMA: Kau ni kan asyik nak tolong dia ni je kenapa? Sibuk
je kau ni.
MEI: Kenapa korang selalu kacau dia hah? Dia tak pernah
kacau korang pun.
EMA: Suka hati akulah ada ke kitaorang kacau kau tak
ada kan jadi tak payah nak menyemak boleh tak?
MEI: Memanglah tak kacau aku tapi korang kacau Balqis
ni yang jadi masalah aku sekarang ni.
ALIA: Ahh sudahlah aku suka hati akulah nak buat apa
pun tak menyusahkan kau kan.
MEI: Jomlah Balqis kita pergi dari sini. (sambil
memegang tangan Balqis untuk beredar dari situ tapi
sempat dihalang oleh Ema).
EMA: Kalau bagitahu cikgu siap kau.
149
ALIA: Dahlah Ema jom masuk kelas tak payah layanlah
mereka ni buang masa je.
SITUASI 4
Dalam kelas 5 Sastera. Semasa subjek Cikgu Ain.
CIKGU AIN: Ema, Alia bangun sekarang! (dengan nada
yang tegas)
CIKGU AIN: Saya cakap bangun sekarang! (semasa
berada betul-betul dihadapan Ema dan Alia)
EMA: Apa ni kecoh-kecoh aku nak tidur pun tak
senanglah. (dalam keadaan mamai)
ALIA: Dahlah Ema jom kita keluar dari kelas ni daripada
dengar cikgu membebel. Tak kuasa aku
EMA: Jom
Mereka berjalan keluar kelas tanpa mempedulikan Cikgu
Ain yang berada dalam kelas.
CIKGU AIN: Eh! Kamu nak pergi mana pulak tu duduk
balik
(Ema dan Alia tidak pedulikan kata-kata cikgu itu
manakala Cikgu Ain menggeleng-gelengkan kepala
melihat perangai mereka)
150