The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-06-23 20:29:09

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

(i) Program perkhidmatan perkongsian kenderaan elektrik yang
diperkenalkan oleh Cohesive Mobility Solution (COMOS),
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak awam
mengenai keistimewaan kenderaan elektrik.

(ii) Pembinaan stesen pengecas bagi kenderaan elektrik di sekitar
Lembah Klang yang diselaraskan oleh Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Langkah-langkah ini dijangka dapat menggalakkan permintaan terhadap
kenderaan EEV dan ini seterusnya membantu Kerajaan mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan EEV
menjelang tahun 2020.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar

KAWASAN bin Musa
TARIKH : Ketereh
NO. SOALAN : 14.03.2016 (ISNIN)

SOALAN: : 66

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN MUSA minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan bentuk kerjasama serantau antara negara ASEAN dalam
menangani krisis ketidaktentuan ekonomi pada masa kini dan apakah
kata sepakat yang telah dicapai agar ekonomi serantau kekal mapan dan
terus berkembang.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

1. Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC)
telah dibentuk secara rasminya pada 31 Disember 2015. Salah satu

objektif utama pembentukan AEC adalah untuk mewujudkan satu pasaran
tunggal yang merangkumi 625 juta penduduk serta memastikan ASEAN
kekal sebagai sebuah rantau yang dinamik dan berdaya saing.

2. Sejak pembentukan AEC, ASEAN telah mengambil pelbagai inisiatif
untuk mengurang dan memansuhkan duti import serta meliberalisasikan
sektor perkhidmatan dan pelaburan. Ini bertujuan supaya pengaliran
produk, perkhidmatan dan pelaburan di rantau ASEAN dapat bergerak
secara bebas tanpa halangan-halangan tarif dan bukan tarif.

3. Usaha-usaha ini telah membawa pelbagai faedah kepada setiap
negara anggota ASEAN. Ekonomi ASEAN mencatatkan pertumbuhan
yang agak memberangsangkan. Dari tahun 2007 hingga 2015, ekonomi
ASEAN telah mencatatkan pertumbuhan secara purata sebanyak 5.1
peratus. Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik berbanding
dengan rantau-rantau lain di dunia. Secara kolektif, ASEAN kini merupakan
ekonomi yang ke-7 terbesar dengan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) sebanyak US$2.6 trilion.

4. Dengan usaha memperdalamkan integrasi ekonomi, ASEAN juga
telah berjaya menarik pelaburan asing. Kemasukan pelaburan sentiasa
meningkat dan pada tahun 2014, dengan jumlah pelaburan asing yang
dicatatkan adalah sebanyak US$136 bilion. Jumlah ini melebihi kemasukan
pelaburan asing ke China. Secara purata dari tahun 2011 hingga 2014,

ASEAN telah menerima jumlah pelaburan asing sebanyak US$121 bilion.
Selain daripada pelaburan, perdagangan ASEAN telah meningkat kepada
US$2.53 trilion di mana perdagangan intra-ASEAN dicatatkan sebanyak
US$608 bilion atau 24 peratus daripada jumlah perdagangan ASEAN.

5. Melalui kemasukan pelaburan asing serta peningkatan jaringan
kesalinghubungan (connectivity), jurang perbezaan pembangunan di
rantau ini juga telah dapat dikurangkan. Kadar pengangguran juga amat
rendah di rantau ini berbanding dengan negara-negara atau rantau-rantau
ekonomi yang lain di dunia. Secara purata kadar pengangguran di rantau
ini adalah kurang daripada 3 peratus. Usaha pembentukan AEC juga telah
membawa kepada kenaikan kualiti hidup warga ASEAN di mana KDNK per
kapita telah meningkat kepada US$4,136 pada tahun 2014 berbanding
dengan US$2,308 pada tahun 2007.

Tuan Yang Di Pertua,

6. Pemimpin-pemimpin ASEAN telah menyedari bahawa usaha untuk
memperkukuhkan dan memperdalamkan ekonomi ASEAN harus
dipercepatkan bagi memastikan secara kolektif ASEAN boleh menangani
krisis ketidaktentuan ekonomi dan kewangan. Ini berdasarkan bahawa
secara individu setiap negara ASEAN tidak mempunyai kuasa ekonomi
bagi menangani krisis-krisis ekonomi dan kewangan yang mungkin
dihadapi oleh nagara-negara ASEAN.

7. Selain daripada integrasi ekonomi ASEAN, ASEAN juga turut
memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dagang utama melalui
perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan Republik Rakyat China,
Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand serta kerjasama
ekonomi dengan Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Rusia, Kesatuan
Eropah dan lain-lain. Ini adalah penting untuk memastikan akses pasaran
bagi eksport ASEAN.

8. Dengan hakikat ini pemimpin-pemimpin ASEAN telah pada 21
November 2015 memperakukan Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025.
Pelan ini telah menggariskan langkah-langkah strategik yang perlu
dilaksanakan mulai 2016 hingga 2025 untuk memastikan ASEAN kekal
sebagai sebuah rantau yang dinamik dan boleh menghadapi cabaran-
cabaran ekonomi global. Pelan ini juga menggariskan pelbagai usaha yang
akan dilaksanakan secara kolektif bagi membantu syarikat-syarikat mikro
kecil dan sederhana supaya mereka dapat meneruskan perniagaan secara
kompetitif di rantau ini.

9. Pelan Tindakan Komunit Ekonomi ASEAN 2025 juga bertujuan untuk
memastikan syarikat-syarikat ASEAN turut terlibat dengan aktiviti
rangkaian nilai global (Global Value Chain - GVC) serta menggalakkan
aktiviti-aktiviti inovasi di rantau ini. ASEAN juga kini mengambil usaha

untuk mewujudkan komuniti keusahawan (entrepreneurial community)
yang melibatkan golongan muda dan wanita.

10. Bagi mengatasi cabaran-cabaran global, ASEAN juga berusaha
untuk memperluaskan aktiviti-aktiviti bagi menarik pelancong-pelancong
asing. Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang amat
penting dalam usaha mempertingkatkan pendapatan khususnya semasa
krisis ekonomi.

11. Usaha-usaha juga telah diambil untuk mewujudkan Perjanjian
Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive
Economic Partnership - RCEP). Pembentukan RCEP yang melibatkan 16
negara juga akan membawa pelbagai faedah kepada rantau ini.

12. Pembentukan AEC dan usaha-usaha yang diambil untuk
memperluaskan hubungan dagangan dengan rakan-rakan dialog juga telah
membawa faedah kepada negara Malaysia. Syarikat-syarikat Malaysia
termasuk industri kecil dan sederhana kini telah memperluaskan
perniagaan mereka ke rantau ASEAN.

13. Melalui pembentukan AEC, perdagangan Malaysia dan ASEAN juga
turut meningkat seperti berikut:

(i) ASEAN merupakan rakan perdagangan yang terbesar dengan
jumlah perdagangan sebanyak RM401.53 bilion atau 27.4
peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia pada
tahun 2015;

(ii) Eksport Malaysia ke pasaran ASEAN pada tahun 2015 pula
meningkat kepada 28.1 peratus syer iaitu sebanyak RM219.41
bilion berbanding RM213.58 bilion pada tahun 2014;

(iii) Import Malaysia daripada pasaran ASEAN juga meningkat
sebanyak 3.8 peratus kepada RM182.12 bilion berbanding
RM175.45 bilion pada tahun 2014; dan

(iv) Jumlah pelaburan Malaysia ke negara-negara ASEAN juga telah
meningkat, dengan jumlah pelaburan sebanyak US$2.77 bilion
pada tahun 2014. Negara-negara seperti Thailand, Indonesia
dan Filipina telah mula melabur dan melihat Malaysia sebagai
pasaran yang penting bagi pelaburan mereka.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI DATU NASRUN BIN DATU

TARIKH MANSUR (SILAM)
NO. SOALAN : 14 Mac 2016
: 69

YB DATUK HAJI DATU NASRUN BIN DATU MANSUR minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
apakah komitmen Malaysia dalam menyertai Perkongsian Ekonomi
menyeluruh Serantau (RCEP), memandangkan gabungan pengeluaran
RCEP menyumbang 29.3% pengeluaran dunia.

JAWAPAN:

Tuan yang Di Pertua,

1. Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (Regional
Comprehensive Economic Partnership – RCEP) merupakan salah satu
daripada perjanjian perdagangan bebas (free trade agreements – FTA)
yang sedang dirundingkan oleh ASEAN. RCEP melibatkan negara-
negara ASEAN, Republik Rakyat China (RRC), Republik Korea, Jepun,

Australia, New Zealand dan India. RCEP merupakan FTA yang dipandu
oleh ASEAN.

2. ASEAN telah pun mempunyai perjanjian perdagangan bebas
secara individu dengan negara-negara tersebut. Oleh yang demikian,
RCEP ini tidak wajar dinilai sebagai satu perjanjian perdagagangan
bebas yang baru. Sebaliknya RCEP adalah satu usaha untuk
mewujudkan satu FTA tunggal bertujuan untuk menyelaras dan
menambahbaik FTA sedia ada di antara ASEAN dengan negara-negara
tersebut sejauh yang mungkin.

3. RCEP juga dapat dilihat sebagai langkah seterusnya dalam
integrasi ekonomi serantau selari dengan perubahan iklim perniagaan,
perdagangan dan pelaburan semasa. Di samping FTA serantau, Malaysia
juga mempunyai FTA dua hala dengan Australia, New Zealand, Jepun
dan India masing-masing.

4. Skop rundingan yang telah dipersetujui dan sedang dirundingkan di
bawah RCEP pada masa termasuk:

(i) Perdagangan Barangan;
(ii) Perdagangan Perkhidmatan;
(iii) Pelaburan;
(iv) Kerjasama Ekonomi dan Teknikal;

(v) Harta Intelek;
(vi) Dasar Persaingan;
(vii) Penyelesaian Pertikaian;
(viii) Perdagangan Elektronik; dan
(ix) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

5. Terdapat juga desakan daripada negara-negara rakan FTA ASEAN
untuk merundingkan skop berkaitan Perolehan Kerajaan, Alam Sekitar
dan Buruh. Namun begitu, skop-skop ini tidak mendapat persetujuan
penuh negara-negara yang merundingkan RCEP. ASEAN termasuk
Malaysia berpendapat bahawa fokus RCEP haruslah untuk
memuktamadkan rundingan bagi skop-skop yang telah dipersetujui. Isu-
isu lain boleh dipertimbangkan untuk dibincangkan setelah RCEP
dimuktamadkan sewaktu semakan semula RCEP pada tempoh yang
akan ditentukan kelak.

Tuan yang Di Pertua,

6. Melalui RCEP ini, negara-negara ahli dijangka akan mendapat
manfaat melalui:

(i) penyelarasan peraturan-peraturan dan prosedur yang pada
masa ini berbeza di bawah setiap ASEAN+1 FTAs. Sektor
swasta berpandangan bahawa perbezaan ini menyebabkan

kerumitan perdagangan memandangkan mereka perlu
mengikut prosedur yang berlainan bagi setiap ASEAN+1
FTAs. Ini melibatkan kos tambahan dan masa yang lebih
panjang dalam urusan perniagaan;

(ii) perolehan bahan mentah yang berkualiti pada harga yang
lebih murah serta boleh digunakan dalam perkiraan bagi
pematuhan kepada Peraturan Tempasal (Rules of Origin –
ROO). ROO merupakan penentu sama ada produk yang
dihasilkan dapat menggunakan bahan mentah dan input
daripada negara-negara ahli RCEP. Ini adalah penting untuk
memastikan aktiviti pengeluaran dilaksanakan dalam negara-
negara RCEP;

(iii) integrasi syarikat-syarikat di rantau ini dalam rantaian nilai
global (global supply chain) yang merupakan satu kemestian
dalam syarikat-syarikat rantau ini untuk lebih kompetitif di
peringkat antarabangsa serterusnya menjadi syarikat bertaraf
global (global players); dan

(iv) penglibatan negara Republik Rakyat China dan India yang kini
mengamalkan dasar ekonomi terbuka akan memberi peluang
bagi Malaysia dan lain-lain negara ASEAN untuk

memperluaskan eksport barangan dan perkhidmatan di
kedua-dua pasaran berkenaan; dan

(v) akses dan liberalisasi pasaran yang lebih tinggi berbanding
dengan komitmen yang sedia ada di bawah kerangka
ASEAN+1 FTAs. Bagi Malaysia, ini adalah amat penting
kerana terdapat pasaran-pasaran eksport yang masih belum
dibuka sepenuhnya kepada produk-produk kepentingan
eksport Malaysia.

7. Selain daripada menyumbang sebanyak 29.3% (USD 22.7 trilion)
kepada pengeluaran dunia pada tahun 2014, negara-negara RCEP juga
mencatatkan jumlah dagangan dan kemasukan pelaburan yang kukuh
iaitu sebanyak USD10.8 trilion atau 28.4% jumlah dagangan dunia dan
USD366.3 bilion atau 29.8% jumlah pelaburan global. Negara-negara
RCEP percaya bahawa dengan pasaran hampir separuh daripada jumlah
penduduk dunia, RCEP berpotensi untuk memperkembangkan ekonomi
negara-negara ahlinya melalui pembukaan pasaran yang lebih luas,
kesalinghubungan ekonomi yang lebih jitu, peluang-peluang perniagaan
yang lebih baik dan meningkatkan standard kehidupan bagi rakyat di
rantau ini. Ianya juga dijangka akan menyumbang ke arah pertumbuhan
ekonomi global secara keseluruhannya.

Tuan yang Di Pertua,

8. Rundingan RCEP telah dilancarkan sewaktu Kemuncak ASEAN
Ke-21 di Phnom Penh, Kemboja pada November 2012. Setelah itu,
sebanyak 11 pusingan rundingan telah dijalankan dari Mei 2013 hingga
Februari 2016. Sasaran bagi memuktamadkan rundingan RCEP adalah
pada akhir tahun 2016 di mana 5 buah pusingan rundingan lagi akan
berlangsung sehingga bulan Disember tahun ini.

9. Komitmen-komitmen Malaysia di bawah RCEP ini dijangkakan
untuk merangkumi penambahbaikan kepada komitmen di bawah FTA
sedia ada ASEAN. Dalam rundingan ini, Kerajaan akan memastikan
bahawa kepentingan-kepentingan negara akan sentiasa dipelihara.
Dalam konteks ini Kerajaan sedang mengadakan konsultasi berterusan
dengan sektor swasta dan lain-lain stakeholder untuk memastikan
kepentingan Malaysia diambil kira dan dilindungi.

10. Namun begitu, perlu diperhatikan bahawa RCEP merangkumi ahli
daripada pelbagai peringkat ekonomi dan komitmen-komitmen di bawah
RCEP perlulah sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa setiap
negara-negara ahli RCEP.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN

KAWASAN : PENGKALAN CHEPA
TARIKH : 15 MAC 2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 32

SOALAN
YB. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah tindakan Kerajaan jika perjanjian Perkongsian Trans
Pasifik (TPPA) bercanggah dengan hak istimewa orang Melayu dan
enakmen negeri-negeri; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan dan bentuk-bentuk bantuan
bagi memajukan syarikat-syarikat bumiputera dan industri kecil
supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa terutamanya
syarikat daripada negara-negara perjanjian TPP dan apakah usaha
Kerajaan bagi mengukuhkan lagi perdagangan dengan negara-
negara di bawah perjanjian sedia ada seperti FTA dan sebagainya.

JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Seperti mana yang pernah dijelaskan dalam Dewan ini, TPPA mengiktiraf
dasar Bumiputera. Dalam banyak perkara yang berkaitan, Malaysia telah
diberi fleksibiliti, tempoh transisi dan pengecualian. Ini terutamanya dilihat
dalam Bab Perolehan Kerajaan dan Bab Syarikat Milik Kerajaan. Antara
contohnya termasuk:

v) Dasar 30% set-aside khas untuk kontraktor Bumiputera dalam
perolehan Kerajaan;

vi) Kontrak di bawah SDR63 juta (RM350) juta tidak dibuka bawah
tender sektor pembinaan;

vii) Projek kerjasama awam swasta dan luar bandar dikecualikan;
viii) PNB, KWSP, KWAP, LTH, LTAT, MARA, TERAJU dan

EKUINAS dikecualikan daripada sebarang disiplin yang
dikenakan terhadap Syarikat Milik Kerajaan (SOE) di dalam TPP;
dan
ix) Bagi PETRONAS, 40% (kumulatif) daripada bajet tahunan diberi
kepada Bumiputera, IKS, Sabah dan Sarawak bagi aktiviti hiliran
(downstream).
2. Di samping itu, pengecualian obligasi daripada TPPA juga diberi
kepada Kerajaan Negeri / tempatan dari segi kuasa ke atas pentadbiran
tanah, perolehan Kerajaan Negeri, dan badan berkanun milikan Kerajaan
Negeri. Dalam erti kata lain, TPPA tidak meminda Perlembagaan

Malaysia. Begitu juga dengan enakmen dan undang-undang yang lain
dalam soal hak keistimewaan Bumiputera.

3. Namun begitu, TPPA akan melibatkan pindaan peraturan di
peringkat Pekeliling Perbendaharaan dan Perintah Perbendaharaan yang
melibatkan perolehan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang Dipertua,
4. Mengenai perancangan Kerajaan dan bentuk-bentuk bantuan bagi
memajukan syarikat-syarikat bumiputera dan industri kecil, banyak
program Kerajaan bersama agensi seperti SMECorp sedang
melaksanakan. Antaranya termasuk:

 Business Accelerator Program membolehkan PKS dibantu melalui
pendekatan bersepadu dengan bimbingan, termasuk mengukuhkan
perniagaan teras masing-masing, membina kapasiti dan
keupayaan, dan memudahkan akses kepada pembiayaan.

 Enrichment & Enhancement Program membolehkan Micro Enterpris
(PKS) akan dibantu melalui pendekatan bersepadu dengan
bimbingan, termasuk mengukuhkan perniagaan teras masing-
masing, membina kapasiti dan keupayaan, dan memudahkan akses
kepada pembiayaan.

 SCORE - alat diagnostik yang digunakan untuk menilai dan
meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan
keupayaan Fungsi.

 SME Financing Scheme (SSFS) (Skim Pembiayaan PKS Patuh
Shariah)

 Soft Loan for SMEs oleh MIDF dengan faedah 4% per annum (at
yearly rest basis)

 SME Emergency Fund yang membantu IKS dalam menghadapi
krisis yang diakibatkan oleh bencana alam dalam bentuk geran
ataupun pinjaman (semaksimum RM100,000.00/syarikat).

Tuan Yang Dipertua,
5. Malaysia mempunyai kira-kira 645,000 PKS dan pada masa ini 18%
daripada PKS tempatan telah mengeksport – di mana 51% adalah dari
sektor perkhidmatan dan 48% sektor pembuatan. Kerajaan sedar
program bantuan dan bina kapasiti satu usaha yang berterusan.
Sungguhpun tidak majoriti IKS terlibat secara langsung dalam
mengeksport produk dan perkhidmatan mereka pada masa ini, namun
Kerajaan percaya adalah penting bagi membantu IKS tempatan supaya
terlibat dalam sebahagian daripada rantaian bekalan produk dan
perkhidmatan eksport.
6. Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan
dengan rakan FTA, di samping penurunan kadar duti import yang
dirundingkan, Kerajaan juga merundingkan pelbagai inisiatif bina kapasiti
dan kerjasama ekonomi dan teknikal.
7. Seperti contoh, dalam TPPA, Bab IKS khususnya untuk
menetapkan mekanisme seperti portal laman web untuk directory IKS
seluruh anggota TPP dan menubuhkan Jawatankuasa IKS bagi tujuan

bina kapasiti komuniti IKS di kalangan TPP. Selain itu, dalam surat
sampingan automotif yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat dan
Kanada, elemen seperti bantuan teknikal untuk industri automotif di
Malaysia juga dirundingkan bagi merapatkan hubungan perdagangan
bukan sahaja dari segi transaksi tetapi juga kerjasama teknikal.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA

KAWASAN ANNUAR BIN MUSA
TARIKH : KETEREH
SOALAN: : 16 MAC 2016

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN MUSA minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan bentuk kerjasama serantau antara negara ASEAN dalam
menangani krisis ketidaktentuan ekonomi pada masa kini dan apakah
kata sepakat yang telah dicapai agar ekonomi serantau kekal mapan dan
terus berkembang.
JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC) telah
dibentuk secara rasminya pada 31 Disember 2015. Salah satu objektif
utama pembentukan AEC adalah untuk mewujudkan satu pasaran tunggal
yang merangkumi 625 juta penduduk serta memastikan ASEAN kekal

sebagai sebuah rantau yang dinamik dan berdaya saing. ASEAN
merupakan pasaran yang penting bagi Malaysia. Pelbagai usaha telah
diambil oleh ASEAN pada tahun 2015 semasa kepengerusian ASEAN oleh
Malaysia. Malaysia bercadang untuk terus mengekalkan momentum bagi
mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN.

ASEAN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurang dan
memansuhkan duti import serta meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan
pelaburan. Sehingga kini, ASEAN telah melaksanakan pelbagai langkah-
langkah yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi
ASEAN, terutamanya dalam mewujudkan pasaran tunggal. Di antara
pencapaian tersebut adalah:

(i) penghapusan duti import ke atas 96 peratus produk dan
bakinya dijangka akan dimansuhkan pada 1 Januari 2018;

(ii) liberasasi sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih
daripada 100 sub-sektor perkhidmatan;

(iii) menghapuskan halangan-halangan bagi sektor pelaburan;

(iv) mengurangkan halangan-halangan bukan tarif (Non-Tariff
Barriers (NTBs);

(v) mengintegrasikan sektor-sektor lain seperti pengangkutan,
kewangan, pertanian, telekomunikasi, pelancongan serta
meningkatkan kerjasama di dalam bidang-bidang seperti
galian, perhutanan dan tenaga;

(vi) mengukuhkan kesalinghubungan (connectivity) melalui dasar
“Open Skies” dan memudahkan pergerakan rentas-sempadan
kenderaan komersial;

(vii) memudahkan pergerakan rentas-sempadan tenaga mahir
melalui “mutual recognition arrangement” dalam bidang
kejuruteraan, arkitek, juruukur, perubatan, pergigian,
kejururawatan dan akauntan; dan

(viii) mengukuhkan kerjasama di dalam bidang hak harta intelek,
dasar persaingan dan dasar perlindungan pengguna.

Walaupun ASEAN telah memansuhkan duti import secara substantif dan
sektor perkhidmatan dan pelaburan telah diliberalisasikan, masih terdapat
halangan-halangan dalam bentuk bukan tarif dan peraturan-peraturan
domestik di kalangan negara-negara ASEAN yang menyekat aliran
perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan secara lancar
(seamless trade) di rantau ini. Komitmen untuk mengukuhkan integrasi
ekonomi di rantau ini diteruskan lagi dengan usaha-usaha menangani

NTBs dan juga kesan halangan yang wujud hasil daripada NTMs melalui
inisiatif-inisiatif fasilitasi perdagangan.

Pada tahun 2015, semasa kepengerusian ASEAN, Malaysia dan ASEAN
telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi usaha fasilitasi
perdagangan dan antara initisiatif-inisiatif yang dalam proses pelaksanaan
adalah:

a) Skim ASEAN-wide Self-Certification;
b) ASEAN Single Window;
c) ASEAN Solutions for Investment, Services and Trade

(ASSIST);
d) ASEAN Trade Repository (ATR); dan
e) ASEAN Customs Transit System (ACTS).

Usaha-usaha ini telah membawa pelbagai faedah kepada setiap negara
anggota ASEAN. Ekonomi ASEAN mencatatkan pertumbuhan yang agak
memberangsangkan. Dari tahun 2007 hingga 2015, ekonomi ASEAN telah
mencatatkan pertumbuhan secara purata sebanyak 5.1 peratus. Ini
merupakan satu pencapaian yang amat baik berbanding dengan rantau-
rantau lain di dunia. Secara kolektif, ASEAN kini merupakan ekonomi yang
ke-7 terbesar dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak
US$2.6 trilion.

Dengan usaha memperdalamkan integrasi ekonomi, ASEAN juga telah
berjaya menarik pelaburan asing. Kemasukan pelaburan sentiasa
meningkat dan pada tahun 2014, dengan jumlah pelaburan asing yang
dicatatkan adalah sebanyak US$136 bilion. Jumlah ini melebihi kemasukan
pelaburan asing ke China. Secara purata dari tahun 2011 hingga 2014,
ASEAN telah menerima jumlah pelaburan asing sebanyak US$121 bilion.
Selain daripada pelaburan, perdagangan ASEAN telah meningkat kepada
US$2.53 trilion di mana perdagangan intra-ASEAN dicatatkan sebanyak
US$608 bilion atau 24 peratus daripada jumlah perdagangan ASEAN.

Melalui kemasukan pelaburan asing serta peningkatan jaringan
kesalinghubungan (connectivity), jurang perbezaan pembangunan di
rantau ini juga telah dapat dikurangkan. Kadar pengangguran juga amat
rendah di rantau ini berbanding dengan negara-negara atau rantau-rantau
ekonomi yang lain di dunia. Secara purata kadar pengangguran di rantau
ini adalah kurang daripada 3 peratus. Usaha pembentukan AEC juga telah
membawa kepada kenaikan kualiti hidup warga ASEAN di mana KDNK per
kapita telah meningkat kepada US$4,136 pada tahun 2014 berbanding
dengan US$2,308 pada tahun 2007.

Tuan Yang Di Pertua,

Pemimpin-pemimpin ASEAN telah menyedari bahawa usaha untuk
memperkukuhkan dan memperdalamkan ekonomi ASEAN harus

dipercepatkan bagi memastikan secara kolektif ASEAN boleh menangani
krisis ketidaktentuan ekonomi dan kewangan. Ini berdasarkan bahawa
secara individu setiap negara ASEAN tidak mempunyai kuasa ekonomi
bagi menangani krisis-krisis ekonomi dan kewangan yang mungkin
dihadapi oleh nagara-negara ASEAN.

Selain daripada integrasi ekonomi ASEAN, ASEAN juga turut
memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dagang utama melalui
perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan Republik Rakyat China,
Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand serta kerjasama
ekonomi dengan Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Rusia, Kesatuan
Eropah dan lain-lain. Ini adalah penting untuk memastikan akses pasaran
bagi eksport ASEAN.

Dengan hakikat ini pemimpin-pemimpin ASEAN telah pada 21 November
2015 memperakukan Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025. Pelan ini
telah menggariskan langkah-langkah strategik yang perlu dilaksanakan
mulai 2016 hingga 2025 untuk memastikan ASEAN kekal sebagai sebuah
rantau yang dinamik dan boleh menghadapi cabaran-cabaran ekonomi
global. Pelan ini juga menggariskan pelbagai usaha yang akan
dilaksanakan secara kolektif bagi membantu syarikat-syarikat mikro kecil
dan sederhana supaya mereka dapat meneruskan perniagaan secara
kompetitif di rantau ini.

Pelan Tindakan Komunit Ekonomi ASEAN 2025 juga bertujuan untuk
memastikan syarikat-syarikat ASEAN turut terlibat dengan aktiviti
rangkaian nilai global (Global Value Chain - GVC) serta menggalakkan
aktiviti-aktiviti inovasi di rantau ini. ASEAN juga kini mengambil usaha
untuk mewujudkan komuniti keusahawan (entrepreneurial community)
yang melibatkan golongan muda dan wanita.

Bagi mengatasi cabaran-cabaran global, ASEAN juga berusaha untuk
memperluaskan aktiviti-aktiviti bagi menarik pelancong-pelancong asing.
Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang amat penting
dalam usaha mempertingkatkan pendapatan khususnya semasa krisis
ekonomi.

Usaha-usaha juga telah diambil untuk mewujudkan Perjanjian Kerjasama
Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic
Partnership - RCEP). Pembentukan RCEP yang melibatkan 16 negara
juga akan membawa pelbagai faedah kepada rantau ini.

Pembentukan AEC dan usaha-usaha yang diambil untuk memperluaskan
hubungan dagangan dengan rakan-rakan dialog juga telah membawa
faedah kepada negara Malaysia. Syarikat-syarikat Malaysia termasuk
industri kecil dan sederhana kini telah memperluaskan perniagaan mereka
ke rantau ASEAN.

Melalui pembentukan AEC, perdagangan Malaysia dan ASEAN juga turut
meningkat seperti berikut:

(v) ASEAN merupakan rakan perdagangan yang terbesar dengan
jumlah perdagangan sebanyak RM401.53 bilion atau 27.4
peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia pada
tahun 2015;

(vi) Eksport Malaysia ke pasaran ASEAN pada tahun 2015 pula
meningkat kepada 28.1 peratus syer iaitu sebanyak RM219.41
bilion berbanding RM213.58 bilion pada tahun 2014;

(vii) Import Malaysia daripada pasaran ASEAN juga meningkat
sebanyak 3.8 peratus kepada RM182.12 bilion berbanding
RM175.45 bilion pada tahun 2014; dan

(viii) Jumlah pelaburan Malaysia ke negara-negara ASEAN juga
telah meningkat, dengan jumlah pelaburan sebanyak US$2.77
bilion pada tahun 2014. Negara-negara seperti Thailand,
Indonesia dan Filipina telah mula melabur dan melihat Malaysia
sebagai pasaran yang penting bagi pelaburan mereka.

Di samping itu, Malaysia merupakan antara negara pelabur utama
dikalangan ASEAN di mana syarikat-syarikat Malaysia telah melabur

secara meluas di dalam bidang perbankan, perladangan, perhotelan dan
pelancongan, industri penerbangan, sektor perkilangan, utiliti dan
infrastruktur. Pelaburan Malaysia ke negara-negara ASEAN juga telah
meningkat, dengan jumlah pelaburan sebanyak US$2.77 bilion pada tahun
2014. Sehingga kini, adalah dianggarkan lebih daripada 1,500 buah
syarikat Malaysia sedang beroperasi di negara-negara anggota ASEAN
termasuklah AirAsia, Maybank, CIMB, RHB, UEM, BinaPuri, SimeDarby,
Petronas dan Rajawali. Selain syarikat-syarikat multinasional, syarikat-
syarikat SME Malaysia juga telah berjaya menembusi dan beroperasi di
negara-negara ASEAN seperti Secret Recipe, Marrybrown, Ingress, Hai-O,
Hup Seng, Julie’s, Success Transformer Corporation (STC), Nibong Tebal
Paper Mill (NTPM), Man Sketch Technology (MASTECH), Ramly Burger,
Hot & Roll, Mamee dan Safeguards Corporation. Pelaburan syarikat-
syarikat Malaysia di luar negara akan menjana penghantaran balik
keuntungan dan dividen yang tinggi ke Malaysia

Integrasi ekonomi ASEAN bukan sahaja akan memberi manfaat kepada
Malaysia tetapi juga negara-negara ASEAN yang lain. Malaysia berhasrat
untuk melihat ASEAN menjadi sebuah rantau tanpa sempadan dan inklusif
yang akan melonjakkan ASEAN sebagai rantau yang maju dan
berpendapatan tinggi per kapita, kualiti hidup yang tinggi, serta keamanan
dan kemakmuran yang berpanjangan di rantau ini. Langkah-langlah ini
secara tidak langsung akan membantu Malaysia dan ASEAN untuk
menangani krisis ketidaktentuan ekonomi.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
: TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN
DARIPADA TEMERLOH
: 17 Mac 2016 (KHAMIS)
KAWASAN : : 10

TARIKH

NO. SOALAN

YB TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
unjuran masa hadapan PROTON dalam ketidaktentuan ekonomi negara.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Pada tahun 2015, jualan kereta PROTON mencatatkan jumlah sebanyak
102,175 unit dengan pegangan pasaran (market share) sebanyak 17.3
peratus. Pegangan pasaran PROTON telah berkurangan berikutan
saingan dari beberapa model kereta yang lain.

Bagi merangsang semula jualan kenderaan PROTON dan seterusnya
meningkatkan penggunaan lebihan kapasiti, PROTON bercadang untuk

memperkenalkan beberapa model baharu seperti Perdana baharu,
Persona baharu dan Saga baharu pada tahun 2016. Selain itu, melalui
kerjasama dengan Suzuki, PROTON juga akan memperkenalkan
beberapa model kenderaan baharu bagi pasaran tempatan dan serantau.

Bagi menghadapi keadaan ekonomi negara, PROTON telah memulakan
pelaksanaan beberapa langkah secara berperingkat di bawah
Rancangan Perniagaan 5 tahun syarikat, yang mana termasuk merangka
beberapa inisiatif melalui pelan pembangunan jangka masa panjang.

Langkah-langkah ini bertujuan mentransformasi dan memperkasakan
kedudukan semasa PROTON dan pada masa akan datang bagi
memastikan PROTON akan dapat terus berdaya saing di dalam dan luar
negara.

Di samping itu, PROTON juga melaksanakan pelbagai usaha untuk
memperkasakan keupayaan teknikal serta mengukuhkan kedudukan
kewangan syarikat pembekal komponen dan rangkaian pengedar.

Hala tuju inisiatif-inisiatif baharu PROTON ini adalah bagi membolehkan
PROTON meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran dan
pasaran yang lebih kompetitif.

Tuan Yang Di Pertua,

Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,
pasaran automotif tempatan adalah kecil dan terhad. Jualan kenderaan
tahunan adalah sekitar 600,000 hingga 700,000 unit sahaja. Oleh itu,
PROTON perlu menggiatkan aktiviti eksport dan merebut peluang di
pasaran serantau dan global, dan terus mencari rakan kongsi dari luar
negara yang ternama.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK RAIME BIN UNGGI
KAWASAN : TENOM
TARIKH : 17.3.2016 (Khamis)
NO. SOALAN : 13

SOALAN
YB DATUK RAIME BIN UNGGI minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan menerusi pemeteraian
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), setakat mana penawaran
akses pasaran yang lebih luas kepada pengeksport dan setakat mana
berpotensi mewujudkan industri baharu.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Negara-negara TPP terdiri daripada 12 buah negara dengan
pasaran 800 juta penduduk dan KDNK USD$27.5 trilion. Malaysia akan
menikmati akses pasaran berkeutamaan khususnya ke 4 pasaran FTA
yang baharu, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Negara-

negara ini belum mempunyai sebarang perjanjian perdagangan bebas
dengan Malaysia. Melalui TPP, sebahagian duti import yang pada masa
ini dikenakan oleh negara-negara tersebut akan dihapuskan secara serta
merta.

2. Sebagai contoh, dengan TPP, duti import bagi hampir 73%
daripada eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan
serta-merta dengan kuat kuasanya TPP. Tanpa TPP, hanya 11%
daripada eksport tekstil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import
sifar.

3. Selain itu, negara-negara TPP juga akan memansuhkan duti import
bagi produk-produk eksport utama Malaysia seperti E&E, barangan
getah, minyak sawit, alat ganti automotif, serta produk kayu-kayan ke
pasaran TPP khususnya ke Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dan
Peru.

Tuan Yang Dipertua,

4. Apabila Malaysia menyertai TPP, produk Malaysia akan dapat
berdaya saing di pasaran TPP dalam menghadapi persaingan produk
dari negara serantau seperti Viet Nam, dan Singapura yang juga
merupakan ahli TPP. Usahawan-usahawan tempatan akan dapat
mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan mereka dan menyertai

rantaian bekalan global melalui pembekalan kepada syarikat-syarikat
besar di Malaysia atau pun syarikat-syarikat di negara-negara TPP.

5. Mengikut kajian kos faedah oleh PricewaterhouseCoopers (PwC)
adalah dijangkakan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPPA membawa
manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan dalam pertumbuhan
KDNK sebanyak USD107-211 bilion sepanjang 2018-2027, pertambahan
pelaburan sebanyak USD136-239 bilion serta pertumbuhan eksport
sebanyak 0.54-0.90 peratus pada tahun 2027. Di samping itu, TPPA juga
dijangka mewujudkan sebanyak 1 hingga 2 juta peluang pekerjaan
tambahan menjelang 2027. Antara sektor yang dijangka akan mendapat
manfaat dari akses pasaran adalah perniagaan yang berorientasikan
eksport seperti tekstil, komponen automotif serta elektrikal dan elektronik.

6. Melalui TPP, Malaysia dijangka akan meningkatkan nilai eksport
bagi produk dan perabot kayu. Selain daripada negara-negara yang
menjadi rakan FTA baharu bagi Malaysia, Jepun juga buat pertama kali
menawarkan penurunan dan penghapusan duti import bagi produk kayu,
khususnya papan lapis (plywood) yang selama ini tidak ditawarkan dalam
mana-mana FTA. Malaysia merupakan pengeksport utama ke Jepun.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK LINDA TSEN THAU LIN

TARIKH [BATU SAPI]
NO. SOALAN : 17.03.2016 (KHAMIS)
: 64

Y.B. Datuk Linda Tsen Thau Lin minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana untuk
membantu meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah yang telah
mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Sebagai sumber pertumbuhan domestik, sektor perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan
ekonomi, terutamanya di dalam mencapai aspirasi Malaysia untuk
menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan sentiasa komited di dalam

membangunkan sektor PKS melalui program pembangunan PKS yang
dilaksanakan oleh 15 Kementerian dan lebih 60 agensi.

Di bawah MITI dan agensi, pelbagai program pembangunan
keusahawanan telah dilaksanakan bagi meningkatkan perniagaan
usahawan PKS termasuk di Sabah. Salah satu daripada program
tersebut adalah Business Accelerator Programme (BAP) yang
dilaksanakan oleh SME Corp. dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan
sejak tahun 2011 lagi.

Program ini adalah sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan
keupayaan syarikat PKS melalui pendekatan serta bimbingan yang
bersepadu meliputi empat (4) komponen iaitu :

i. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan syarikat PKS melalui SME
Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE);

ii. khidmat nasihat perniagaan dan pelan tindakan untuk PKS;
iii. membina kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan

perniagaan mereka; dan
iv. kemudahan akses kepada pembiayaan.

Sehingga Januari 2016, sebanyak 30 syarikat dari negeri Sabah telah
menerima manfaat daripada program ini dengan bantuan pembiayaan
berbentuk geran dan pinjaman mudah berjumlah RM12 juta.

Selain itu, tumpuan juga diberi terhadap pembangunan PKS Bumiputera
termasuk di Sabah. Ini dilakukan melalui program Bumiputera Entreprise
Enhancement Programme (BEEP) bertujuan melahirkan PKS Bumiputera
yang dinamik, berdaya saing, mampan dan berproduktiviti tinggi.
Sehingga kini, sebanyak RM9.36 juta telah diluluskan di bawah program
ini untuk PKS Bumiputera di Sabah.

Diharap melalui program ini, PKS di Sabah khususnya akan menjadi PKS
yang dinamik, kompetitif dan berdaya tahan meskipun berhadapan
dengan kemerosotan ekonomi semasa.

Bagi memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia dan secara
tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan, program Tunas
Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) turut memberi peluang kepada belia
Bumiputera di Sabah untuk melengkapkan pengetahuan untuk menjadi
pemilik perniagaan sendiri. Pada tahun 2014, seramai 52 orang belia
Sabah telah mengikuti program ini manakala pada tahun 2015, program
ini telah menerima penyertaan daripada 48 orang belia Sabah.

Melalui SME Bank pula, pelbagai dana dan program khusus kepada PKS
turut ditawarkan terbuka kepada semua PKS dari peringkat start-up
dengan izin, sehingga ke peringkat antarabangsa atau export ready.
Sebagai contoh, Dana Usahawan Muda dan Tabung Usahawan

Siswazah diwujudkan bagi membantu golongan muda memulakan
perniagaan. Manakala Dana Pembangunan Halal diwujudkan khusus
untuk membantu PKS mengeksport produk halal ke luar negara.

Sehingga kini, SME Bank telah menyalurkan sebanyak RM600 juta
bantuan pembiayaan kepada 750 usahawan di Sabah. Bagi tahun 2015,
sejumlah RM188.2 juta pembiayaan telah diluluskan kepada usahawan di
Sabah melibatkan 153 PKS.

Bagi tahun 2016 pula, SME Bank mensasarkan anggaran pembiayaan
sebanyak RM225.6 juta akan diluluskan bagi permohonan daripada
negeri Sabah yang meliputi semua kaum.

Perbagai usaha telah dijalankan untuk usahawan bagi membantu
meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah untuk usahawan yang
telah mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.
Langkah-langkah yang telah dijalankan adalah seperti:

i. memberi khidmat nasihat untuk menguruskan kewangan syarikat,
mencari pasaran baru, perkongsian maklumat ekonomi dan
memberi cadangan bidang perniagaan yang boleh diceburi;

ii. jika pengusaha menghadapi masalah pembayaran balik
pembiayaan antara langkah-langkah penyelesaian yang disarankan

oleh pihak bank seperti penjadualan semula pembiayaan serta
pemberian tempoh bertenang bagi pembiayaan.

Di samping kemudahan pembiayaan, SME Bank melalui anak syarikatnya

iaitu Centre For Entrepreneur Development & Research Sdn. Bhd.

(CEDAR) turut menyediakan latihan keusahawanan bagi

mempertingkatkan kemahiran usahawan dalam menguruskan

perniagaan. Latihan berkenaan dilaksanakan di seluruh negara termasuk

Sabah dan Sarawak.

MIDF pula turut menawarkan pelbagai bantuan kewangan berbentuk
pinjaman mudah yang ditawarkan kepada PKS di Sabah. MIDF
menyediakan khidmat nasihat dan penerangan kepada PKS di Sabah
mengenai jenis-jenis bantuan pinjaman mudah yang ditawarkan oleh
MIDF. Oleh kerana pinjaman mudah yang ditawarkan oleh MIDF
merupakan antara pinjaman mudah yang termurah dari segi kadar
faedah/ kadar keuntungan, ini secara tidak langsung boleh membantu
IKS mengurangkan kos operasi. Untuk mencapai matlamat tersebut,
MIDF cawangan Sabah sentiasa menganjurkan sesi penerangan kepada
persatuan-persatuan perniagaan di Saba

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN CHARLES ANTHONY

TARIKH SANTIAGO [KLANG]
NO. SOALAN : 21 MAC 2016 (ISNIN)
: 10

Tuan Charles Anthony Santiago minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang
akan diambil oleh Kerajaan untuk memberikan persediaan kepada
syarikat kecil dan sederhana Malaysia supaya dapat bermanfaat dari
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) adalah sebahagian daripada
cabaran globalisasi yang bakal dihadapi oleh perusahaan kecil dan
sederhana (PKS). Cabaran utama PKS di dalam konteks TPP adalah
tahap daya saing dan kemampuan untuk meningkatkan kecekapan. Ini
termasuk persediaan PKS dalam menyahut cabaran bagi meningkatkan

kapasiti dan keupayaan perniagaan mereka dan seterusnya mengambil
peluang untuk meneroka akses ke pasaran baharu, khususnya ke
negara-negara peserta perjanjian ini.

Dalam menghadapi cabaran ini, Kerajaan komited untuk terus
membangunkan PKS khususnya dalam mempersiapkan mereka agar
kekal berdaya saing. Di bawah Bajet 2016, sebanyak RM9.5 billion telah
diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pembangunan PKS. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak RM235 juta diperuntukkan bagi meningkatkan inisiatif
eksport manakala sejumlah RM850 juta lagi adalah bagi menggalakkan
inovasi, produktiviti dan usaha penyelidikan dan pembangunan di
kalangan PKS. Usaha-usaha ini akan dilaksanakan oleh pelbagai
Kementerian dan agensi Kerajaan.

SME Corp. Malaysia terus komited dalam meneruskan pelaksanaan
program-program sedia ada yang dapat membantu PKS dalam
meningkatkan keupayaan dan daya saing, inovasi dan produktiviti,
pematuhan kepada pensijilan antarabangsa serta peningkatan
penjenamaan, sehingga membolehkan mereka mampu bersaing di
pasaran dalam dan luar negara. Antara program sedia ada yang akan
diteruskan pelaksanaannya termasuk insentif dan program bina upaya
seperti bimbingan dan khidmat nasihat; serta program berimpak tinggi
seperti dengan izin, Technology Commercialisation Platform, Going
Export (Go-Ex), Inclusive Innovation, Business Accelerator Program,

Skim Persijilan National Mark of Malaysian Brand, Enterprise 50 dan
1InnoCERT.

Tuan Yang Di Pertua,

Selain daripada itu, sebagai persediaan kepada syarikat PKS tempatan
bagi mendapatkan manfaat daripada perjanjian TPP ini, MATRADE juga
akan melaksanakan beberapa program sebagai langkah dalam
membantu PKS bagi menembusi pasaran negara-negara TPPA. Antara
strategi yang akan diambil oleh MATRADE adalah dengan menyediakan
lebih banyak program pembangunan kapasiti kepada pengeksport
Malaysia, memperkukuh dan meningkatkan program-program promosi
eksport di negara-negara TPPA serta melaksanakan strategi ‘outreach’ di
pasaran negara yang berkaitan.

Untuk tahun 2016, MATRADE telah merancang 150 program di mana 85
adalah program promosi perdagangan dan 65 merupakan program
pembangunan pengeksport. Perancangan program MATRADE ini akan
memberi tumpuan kepada aspek pembangunan kapasiti eksport
terutamanya dalam pembangunan PKS, memanfaatkan platform e-
dagang dan mensasarkan sektor bernilai tinggi seperti minyak dan gas,
aero-angkasa, maritim dan MRO perubatan, elektrik dan elektronik,
pembinaan dan perkhidmatan profesional.

Program berimpak tinggi juga akan terus dilaksanakan oleh MATRADE
bagi membantu PKS untuk lebih bersedia menghadapi TPPA. Antara
program yang akan ditawarkan termasuk Mid-Tier Companies
Development Programme (MTCDP), Program Going Export (Go-Ex);
Program Pembangunan Eksport khusus untuk Bumiputera, wanita dan
belia, Best Exporters Programme dan eTRADE.

MATRADE yang berfungsi sebagai ‘export solution’ dengan izin juga
menyokong pembangunan PKS di luar negara melalui pelbagai program
dan bantuan dana seperti Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan
Dana Eksport Perkhidmatan (SEF).

Selain daripada itu, MATRADE juga turut bekerjasama dengan agensi
seperti SME Bank, Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank),
SME Corporation Malaysia dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) bagi membantu pengeksport dari segi sokongan kewangan
dan pembangunan.

PKS Bumiputera juga akan dibantu untuk memasarkan produk mereka di
peringkat antarabangsa melalui 46 pejabat MATRADE di luar negara.

Kerajaan melalui Kementerian dan agensi-agensi berkaitan akan
meneruskan pelbagai inisiatifnya bagi mempersiapkan syarikat PKS agar
mereka lebih bersedia dan memperoleh manfaat daripada TPPA.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB. TUAN IDRIS BIN HAJI AHMAD
KAWASAN : BUKIT GANTANG
TARIKH : 21 MAC 2016 (ISNIN)
NO. SOALAN : 16

SOALAN
YB. TUAN IDRIS BIN HAJI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah jaminan
Kerajaan bahawa hak Bumiputera tidak tergugat dengan perjanjian TPPA
yang telah ditandatangi memandangkan pencapaian Bumiputera masih
ketinggalan dalam banyak segi. .

JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
TPPA tidak meminda Perlembagaan Negara. Dalam erti kata lain, TPPA
tidak menggugat hak Bumiputera, malah TPPA telah memberi
pengiktirafan ke atas hak Bumiputera. Dalam banyak perkara yang
berkaitan, Malaysia telah merundingkan fleksibiliti, tempoh transisi dan
juga pengecualian. Ini terutamanya dilihat dalam Bab Perolehan Kerajaan
dan Bab Syarikat Milik Kerajaan. Antara contohnya termasuk:

x) Dasar 30% set-aside khas untuk kontraktor Bumiputera dalam
perolehan Kerajaan;

xi) Kontrak kerajaan di bawah SDR63 juta (RM315) juta tidak
dibuka kepada negara-negara TPP. Nilai ini akan di turunkan ke
paras SDR 14 juta atau RM 70 juta dalam tempoh 20 tahun;

xii) Projek kerjasama awam swasta dan projek-projek luar bandar
dikecualikan;

xiii) PNB, KWSP, KWAP, LTH, LTAT, MARA, TERAJU dan
EKUINAS dikecualikan daripada sebarang disiplin yang
dikenakan terhadap Syarikat Milik Kerajaan (SOE) di dalam TPP;
dan

xiv) Pembelian sebanyak 40% daripada bajet tahunan SOE di
khususkan kepada syarikat Bumiputera, IKS, Sabah dan
Sarawak.

2. Di samping itu, pengecualian obligasi daripada TPPA juga diberi
kepada Kerajaan Negeri / tempatan. Ini dapat dilihat dari segi
pengecualian komitmen Negeri atas dasar pentadbiran tanah, perolehan
Kerajaan Negeri, dan badan berkanun milikan Kerajaan Negeri yang
mempunyai kaitan ke atas impak dasar Bumiputera.

Tuan Yang Dipertua,

3. Kerajaan sentiasa komited dalam membantu usahawan Bumiputera
dan ini dibuktikan melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk khidmat
nasihat, insentif cukai, bantuan kewangan dan pembangunan kapasiti
termasuk latihan keusahawanan yang disediakan oleh agensi-agensi
Kerajaan yang berkaitan.

4. Bagi tahun 2015, Kerajaan telah menyediakan 63 program
pembangunan dan bantuan kewangan dengan peruntukan kewangan
sebanyak RM3.83 bilion. Program tersebut dilaksanakan melalui sepuluh
(10) Kementerian dan 27 Agensi. Seperti contoh, MITI melalui SME Corp.
melaksanakan beberapa inisiatif yang menyokong pembangunan
usahawan mikro Bumiputera. Antara langkah yang dilaksanakan adalah
termasuk Program TUBE - satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan
generasi muda menceburi bidang perniagaan. Sehingga kini, hampir
1,000 usahawan telah menyertai program TUBE. Sejumlah 448
usahawan belia telah mengikuti program ini pada tahun 2015 dan
mencapai nilai jualan terkumpul sebanyak RM17.8 juta. Sebanyak 848
peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah Program ini.

5. Kerajaan menyedari akan cabaran yang bakal dihadapi akibat
daripada liberalisasi pasaran di samping obligasi untuk meningkatkan
standard produk dan perkhidmatan. Justeru, program bina upaya dan
pelbagai bantuan Kerajaan akan terus dipertingkatkan dari pelbagai
aspek bagi membantu IKS khususnya penyertaan Bumiputera untuk

mendapatkan manfaat daripada pelbagai FTA seperti TPPA dalam jangka
masa panjang sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

TARIKH (JASIN)
NO. SOALAN : 21 MARCH 2016 (ISNIN)
: 51

SOALAN

YB. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH (JASIN) minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:

a) langkah memacu kembali beberapa industri yang mengalami
kesuraman ekoran ketidaktentuan pasaran global seperti industri
petroleum, sawit dan gas; dan

b) langkah memastikan industri elektrik dan elektronik terus berdaya
saing dan menjadi faktor utama lonjakan eksport negara.

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Tidak dinafikan beberapa industri seperti petroleum (termasuk gas) dan
sawit sedang mengalami trend penurunan terutama dari segi nilai
eksport. Bagi industri petroleum (termasuk gas), eksport negara pada
tahun 2015 telah menurun sebanyak 23.9 peratus kepada RM127 bilion
berbanding RM166.8 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Manakala eksport industri sawit pada tahun 2015 turut merosot sedikit
sebanyak 5.4 peratus kepada RM45.6 bilion berbanding RM48.2 bilion
yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Tuan Yang DiPertua,

Secara umumnya, penurunan eksport kedua-dua sektor ini disebabkan
oleh beberapa faktor, antara lain termasuk:

(i) Penurunan harga minyak mentah dunia kerana pengeluaran minyak
mentah yang melebihi permintaan;

(ii) Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara-negara pengimport
petroleum utama di dunia terutamanya negara China; dan

(iii) Kejatuhan nilai ringgit berbanding pengukuhan nilai dollar Amerika
Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sememangnya prihatin akan pentingnya untuk meningkatkan
pendapatan eksport sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Bagi mencapai objektif tersebut, diantara langkah yang telah
dilaksanakan, termasuk:

(i) Menubuhkan Majlis Eksport Negara (NEC) yang dipengerusikan
oleh YAB Perdana Menteri sejak bulan Disember 2014 yang mana
Majlis ini dianggotai seramai 18 ahli yang mewakili pelbagai
Kementerian dan sektor swasta yang berkepentingan. Majlis ini
berperanan untuk mengenalpasti masalah dan isu yang dihadapi
oleh pelbagai sektor yang mempunyai kepentingan eksport dan
seterusnya merangka, melaksana dan memantau pelaksanaan
inisiatif peningkatan eksport dengan berlandaskan kepada petunjuk
prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan;

(ii) MITI melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) akan melaksanakan sebanyak 150 program
penggalakan eksport yang terdiri daripada 85 aktiviti promosi
perdagangan dan 65 program pembangunan pengeksport. Fokus
utama pendekatan strategik ini adalah bagi sektor bernilai tambah
tinggi termasuk minyak dan gas serta elektrik dan elektronik (E&E);
dan

(iii) Melaksanakan pendekatan bersepadu bagi menangani isu
eksport sawit. Di antara pendekatan yang diambil termasuk
memperkukuhkan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia
melalui penubuhan Council of Palm Oil Producing Countries
(CPOPC). Di bawah kerjasama ini, Malaysia dan Indonesia akan
mengukuhkan kerjasama kolektif dalam menangani isu dan
cabaran semasa seperti halangan perdagangan minyak sawit,
kejatuhan nilai pasaran serta menggalakkan pembangunan industri
sawit secara mapan.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2015, sektor E&E terus mengekalkan momentum sebagai
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan
sumbangan sebanyak enam (6) peratus kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) berbanding 5.9 peratus yang dicatatkan pada tahun
sebelumnya. Dari segi pendapatan eksport pula, sektor E&E telah
menyumbang sebanyak 35.6 peratus (RM277.9 bilion) kepada
pendapatan eksport negara berbanding 33.4 peratus (RM256.1 billion)
yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Menyedari kepentingan sektor E&E kepada pertumbuhan ekonomi
negara, Kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif


Click to View FlipBook Version