c) Informasi Perdagangan Dan Pasaran.
Menyediakan pelbagai informasi seperti profil negara dan laporan
pasaran sehinggalah kepada maklumat perangkaan.
Menyediakan penerbitan dan direktori yang berwibawa sebagai
panduan dan rujukan untuk pengeksport.
d) Bantuan Nasihat Dan Sokongan Perdagangan
Memberi khidmat nasihat melalui ‘Help Desk’ MATRADE. Khidmat ini
diberi kepada pelawat-pelawat perniagaan yang datang ke
MATRADE. Menjawab semua pertanyaan yang berkaitan
perkhidmatan & program MATRADE serta pertanyaan-pertanyaan
perdagangan.
Program ‘Outreach’ MATRADE Untuk Usahawan Dan Pengeksport.
Program ini merupakan program berterusan MATRADE untuk
memberi penerangan mengenai isu-isu semasa berkaitan
perdagangan dan untuk mendapatkan maklum balas masalah
perdagangan yang dihadapi oleh pengeksport.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
201
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' AR. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL
TARIKH ANUAR BIN WAN AHMAD [KUALA
NO. SOALAN KANGSAR]
: 7.4.2016 (KHAMIS)
: 27
Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Bin Wan Ahmad minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama
ada Kementerian telah merangka program khusus untuk membimbing
usahawan IKS bagi memanfaatkan peluang daripada TPPA dan
menghadapi cabaran yang dibawa bersamanya.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Pelbagai program dan pelan tindakan telah dirangka untuk membantu PKS
meningkatkan keupayaan seterusnya memanfaatkan peluang di bawah
TPPA. Ini termasuklah membimbing PKS memahami kandungan di dalam
perjanjian TPP bagi membolehkan PKS mendapat manfaat terutamanya
mengenai penggunaan peraturan tempasal, jadual pengurangan tarif,
fasilitasi kastam dan peraturan perkastaman dan aduan-aduan yang boleh
didaftarkan jika PKS menghadapi masalah dalam aktiviti-aktiviti perniagaan
atau perdagangan antarabangsa dengan negara-negara TPP.
202
Kerajaan akan turut menyediakan maklumat mengenai TPPA dan program-
program yang dilaksanakan melalui laman web seperti program bina upaya
dan latihan, skim pinjaman, khidmat nasihat, skim galakan eksport, insentif
dan geran daripada sumber-sumber Kerajaan yang dapat membantu
meningkatkan kapasiti dan produktiviti PKS.
Selain itu, cabaran utama PKS di dalam konteks TPP adalah tahap daya
saing dan kemampuan untuk meningkatkan kecekapan. Ini termasuk
persediaan PKS dalam menyahut cabaran bagi meningkatkan kapasiti dan
keupayaan perniagaan mereka dan seterusnya mengambil peluang untuk
meneroka akses ke pasaran baharu, khususnya ke negara-negara peserta
perjanjian ini.
Dalam menghadapi cabaran ini, Kerajaan komited untuk terus
membangunkan PKS khususnya dalam mempersiapkan mereka agar kekal
berdaya saing. Di bawah Bajet 2016, sebanyak RM9.5 billion telah
diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pembangunan PKS. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak RM235 juta diperuntukkan bagi meningkatkan inisiatif
eksport manakala sejumlah RM850 juta lagi adalah bagi menggalakkan
inovasi, produktiviti dan usaha penyelidikan dan pembangunan di kalangan
PKS. Usaha-usaha ini akan dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan
agensi Kerajaan.
SME Corp. Malaysia terus komited dalam meneruskan pelaksanaan
program-program sedia ada yang dapat membantu PKS dalam
meningkatkan keupayaan dan daya saing, inovasi dan produktiviti,
pematuhan kepada pensijilan antarabangsa serta peningkatan
203
penjenamaan, sehingga membolehkan mereka mampu bersaing di
pasaran dalam dan luar negara. Antara program sedia ada yang akan
diteruskan pelaksanaannya termasuk:
i. Program Berimpak Tinggi 2 (HIP2: Technology Commercialisation
Platform) - Program ini menyediakan satu platform yang memberikan
bantuan menyeluruh kepada PKS yang inovatif ke arah
pengkomersilan;
ii. Program Berimpak Tinggi 4 (HIP4: Going Export (GoEx)) - Program
ini membantu pengeksport PKS sedia ada dan pengeksport baru
untuk menembusi pasaran eksport melalui penyediaan dan
pelaksanaan pelan eksport;
iii. Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6: Inclusive Innovation) - Program ini
membantu kumpulan pendapatan 40% terendah (B40) melalui
pendekatan serampang dua mata iaitu inovasi yang tertumpu secara
umum dan inovasi daripada akar umbi;
iv. Business Accelerator Programme - Program ini bertujuan untuk
membantu meningkatkan keupayaan perniagaan PKS melalui
pelaksanaan projek penambahbaikan seperti peningkatan keupayaan
pengeluaran dan operasi, pematuhan persijilan dan piawaian
antarabangsa, penyelidikan dan pembangunan produk serta promosi
dan penjenamaan;
204
v. Skim Persijilan National Mark of Malaysian Brand - Program ini
mengiktiraf produk dan perkhidmatan jenama Malaysia bagi
membolehkan mereka meluaskan pasaran di dalam dan luar negara;
vi. Enterprise 50 - Anugerah yang mengiktiraf pencapaian PKS Malaysia
yang berdaya saing; dan
vii. 1InnoCERT - mengenalpasti dan membantu PKS yang berinovasi
dan berdayamaju menjadi syarikat bertaraf global, di mana bantuan
merangkumi keutamaan menyertai latihan dan pendedahan dalam
mempromosikan produk dan perkhidmatan, insentif rebat faedah
pinjaman dan pengecualian duti bagi pinjaman yang diluluskan di
bawah institusi kewangan terpilih.
MATRADE pula telah merancang 150 program yang terdiri daripada
program promosi pasaran dan pembangunan pengeksport yang akan turut
dianjurkan di negara-negara TPPA. Diantara program promosi pasaran
yang telah dirangka oleh MATRADE adalah:
(i) Pameran Perdagangan Luar Negara;
(ii) Misi Pemasaran Khusus;
(iii) International Sourcing Programme;
(iv) Program kelolaan MATRADE- International Trade
Showcase (MIHAS); dan
(v) 1Malaysia Promotion Programme 2016 di Nanning, China dan
London, UK.
205
PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK IKMAL HISHAM BIN ABDUL
KAWASAN AZIZ
TARIKH : TANAH MERAH
NO. SOALAN : 7 APRIL 2016 (KHAMIS)
: 53
YB DATUK IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ (TANAH MERAH) minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah kesannya kepada nilai eksport Malaysia apabila harga
minyak dunia terus menurun.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Kesan penyusutan harga minyak dunia kepada nilai eksport Malaysia
adalah minimal. Sebaliknya, penyusutan harga minyak secara tidak
langsung memberikan penjimatan kos yang signifikan kepada industri
pengangkutan, pengilang kimia dan industri teknologi yang kebanyakannya
bergantung kepada tenaga elektrik.
206
Pada masa yang sama, pengeksport barangan yang kurang bergantung
kepada minyak juga mendapat manfaat berganda daripada nilai mata wang
yang kompetitif akibat penyusutan harga minyak.
Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang asing juga menyebabkan
barangan buatan Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan nilai
mata wang luar, sekali gus meningkatkan permintaan eksport dari Malaysia
di peringkat global.
Keadaan ini telah menyumbang kepada lebihan dagangan Malaysia dan
memberi kesan positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Penurunan harga minyak mentah dunia juga tidak menjejaskan eksport
bersih negara secara keseluruhan kerana Malaysia dapat mengimport
produk petroleum dengan harga yang lebih kompetitif dan menghasilkan
lebihan jumlah dagangan negara.
Tuan Yang Dipertua,
Berdasarkan statistik pada tahun 2015, Malaysia mengimport produk
petroleum yang bernilai RM63.47 bilion dan mengeksport petroleum
mentah bernilai RM26.07 bilion. Nilai eksport Malaysia juga secara
keseluruhan dijangka meningkat berikutan kemampuan berbelanja
pengguna global ekoran peningkatan pendapatan susulan penyusutan
harga minyak dunia.
Sebagai contoh, sektor pembuatan dianggarkan berkembang pada kadar
4.8% setahun berdasarkan permintaan dalam negeri yang tinggi berikutan
peningkatan pelaburan swasta dan perkembangan kukuh dalam subsektor
207
berkaitan pembinaan. Pertumbuhan sektor ini juga disokong oleh
pemulihan eksport, terutamanya produk elektrikal dan elektronik (E&E).
Sektor ini merekodkan pertumbuhan sejak 5 tahun lepas dengan purata
peningkatan eksport sebanyak 13.5% setahun.
Selain itu, penurunan nilai ringgit berbanding dengan dollar Amerika
menjadikan produk Malaysia lebih murah di dalam nilai dollar sekaligus
meningkatkan permintaan eksport bagi produk Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
Laporan daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan
sektor perkilangan meningkat kepada 5.0% pada suku tahun keempat
2015 (S3 2015:4.8%).
Perkara ini didorong oleh pertumbuhan lebih tinggi dalam industri
berorientasikan dalam negeri dan peningkatan berterusan dalam industri
berorientasikan eksport. Antara contoh industri berorientasikan eksport
adalah industri elektronik, barangan elektrik, kimia, barangan kimia,
keluaran petroleum dan keluaran getah.
Pada tahun 2015, jumlah perdagangan meningkat 1.2% kepada RM 1.47
trillion. Eksport berkembang 1.9% kepada RM 779.9 billion manakala
import meningkat 0.4 % kepada RM 685.7 billion.
208
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TIAN CHUA
KAWASAN : BATU
NO. SOALAN : 520
YB TIAN CHUA minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
DAN INDUSTRI menyatakan senarai kesemua undang-undang yang perlu
dipinda untuk mematuhi syarat-syarat TPPA yang telah ditandatangani.
Bilakah undang-undang ini akan dibentangkan di Parlimen.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Bagi mematuhi komitmen Malaysia di dalam Perjanjian Perkongsian Trans
Pasifik (TPPA), senarai undang-undang dan peraturan yang perlu dipinda
adalah seperti berikut:
1) Akta Kastam 1967;
2) Akta Zon Bebas 1990;
3) Akta Tanda Niaga 1976;
4) Akta Paten 1983;
5) Akta Hakcipta 1987;
6) Akta Indikasi Geografikal 2000;
7) Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan Baru 2004;
209
8) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
9) Akta Kesatuan Sekerja 1958;
10) Akta Perhubungan Perusahaan 1967;
11) Akta Kerja 1955;
12) Akta Pasport 1966;
13) Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan
Pekerja 1990,
14) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981;
15) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007;
16) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966;
17) Ordinan Buruh Sabah (Cap. 67)
18) Ordinan Buruh Sarawak (Cap. 76);
19) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;
2. Pindaaan dan penambahbaikan ke atas akta-akta dan peraturan
berkenaan perlu dilakukan dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian ini
ditandatangani. Sehubungan dengan itu, cadangan ke atas pindaan-
pindaan yang berkaitan akan dibentangkan di Parlimen oleh Kementerian-
kementerian yang bertanggungjawab pada tahun ini dan tahun hadapan.
Pada masa ini, Kementerian yang berkaitan sedang dalam proses
konsultasi bersama pihak-pihak yang berkaitan, termasuk pihak industri.
Pejabat Peguam Negara mempengerusikan jawatankuasa yang akan
membuat pindaan supaya ianya selari dengan komitmen Malaysia dalam
TPPA.
210
PERTANYAAN PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DARIPADA DEWAN RAKYAT MALAYSIA
KAWASAN
NO. SOALAN : BERTULIS
: TUAN SIM TZE TZIN
: BAYAN BARU
: 452
YB TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana Kerajaan
masih boleh berpegang janji menurunkan harga kereta 20%-30%.
Nyatakan semua kereta yang telah turun harga dan naik harga selepas
PRU13.
Jawapan
Tuan Yang Di Pertua,
Kerajaan kekal komited terhadap manifestonya semasa Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) pada 6 April 2013 untuk menurunkan harga
kenderaan secara berperingkat antara 20% - 30% menjelang tahun 2018.
Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan termasuk
pemberian insentif pengurangan jumlah duti eksais kepada syarikat-
syarikat pengeluar kereta yang terlibat dalam aktiviti nilai tambah
komponen automotif tempatan (localisation).
Insentif ini dilihat membuahkan hasil apabila jumlah pengurangan harga
yang dicatat pada tahun 2013 adalah sebanyak 4.9%, seterusnya
211
meningkat sebanyak 7% pada tahun 2014 dan kemudiannya sebanyak
2.7% pada tahun 2015.
Pelaksanaan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 juga telah mewujudkan
persaingan harga kenderaan yang lebih kompetitif di pasaran tempatan. Ini
menyaksikan penurunan harga antara 9% - 29% bagi beberapa model
kenderaan penumpang. Antara contoh model-model kenderaan yang telah
mencatatkan penurunan harga adalah:
PROTON Iriz: 3%
PERODUA MyVi: 2%
Honda Accord: 2%
Renault Fluence: 5%
Mercedes c 200 Avantgrade: 13%
BMW X6: 5%
Sehingga ini, harga kenderaan telah turun secara purata sebanyak 12.2%,
meliputi 80% kenderaan yang dijual di pasaran tempatan.
Manakala, untuk suku tahun pertama 2016, harga purata kereta telah
meningkat sebanyak 2.5% disebabkan oleh kelemahan nilai mata wang
Ringgit berbanding mata wang asing utama. Antara model-model
kenderaan yang telah mencatatkan kenaikan harga kenderaan adalah:
Toyota Vios: 3-4%
Honda HR-V: 3%
Lexus ES: 4%-6%
212
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN IDRIS BIN HAJI AHMAD
KAWASAN : BUKIT GANTANG
NO. SOALAN : 399
SOALAN
YB TUAN IDRIS BIN HAJI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dengan terperinci apakah
faktor utama keperluan perdagangan Malaysia untuk berdagang dengan
setiap negara TPP ini sehingga kita perlu terlibat dengan perjanjian
perdagangan tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Malaysia tidak akan menjadi sebahagian daripada TPPA jikalau tiada
faedah yang Malaysia dapat peroleh. Malahan penyertaan Malaysia dalam
perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA bukanlah satu perkara baru.
Malaysia telah pun menjalin kerjasama di bawah rundingan perjanjian
bebas sebagai usaha Kerajaan untuk mempromosi perdagangan dan
pelaburan. Sehingga kini Malaysia telah menandatangani 13 Perjanjian
Perdagangan Bebas (FTA), dan yang terakhir adalah dengan Turkey.
213
Rundingan dengan Kesatuan Eropah, European Free Trade Association
(EFTA), Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) serta
ASEAN-Hong Kong juga sedang berterusan. Perjanjian TPP juga dianggap
penting sebagai building block kepada satu perjanjian perdagangan dan
pelaburan yang lebih komprehensif dan menyeluruh yang melibatkan 21
ekonomi di bawah kerjasama APEC.
Negara-negara TPP terdiri daripada 12 buah negara dengan pasaran 800
juta penduduk dan KDNK USD$27.5 trilion. Negara TPP terdiri daripada
Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru,
Singapura, Vietnam, Amerika Syarikat, dan Malaysia.
Malaysia telahpun mempunyai FTA sama ada melalui FTA dua hala
ataupun melalui ASEAN dengan sebahagian besar negara TPPA, kecuali
empat negara, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, dan Peru, yang
merupakan empat pasaran berkeutamaan baharu bagi Malaysia. Apabila
TPPA berkuat kuasa nanti kebanyakan duti import daripada negara-negara
TPPA akan dimansuhkan serta merta.
Sebagai contoh, dengan TPPA, duti import bagi hampir 73% daripada
eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-
merta dengan kuat kuasanya TPPA. Tanpa TPPA, hanya 11% daripada
eksport tekstil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import sifar.
Selain itu, negara TPPA juga akan memansuhkan duti import bagi produk-
produk eksport utama Malaysia seperti E&E, barangan getah, minyak
214
sawit, alat ganti automotif, serta produk kayu-kayan ke pasaran TPP
khususnya ke Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dan Peru.
Dengan pembukaan pasaran yang lebih baik dan keutamaan daripada
negara-negara TPPA, Kerajaan percaya ia akan membantu usahawan
tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan mereka
dan menyertai rantaian bekalan syarikat-syarikat di negara-negara TPPA.
Tuan Yang Dipertua,
Sekiranya tidak menyertai TPPA, kesan kepada Malaysia, termasuk:
(i) menghadapi cabaran terutamanya jika rakan dagang utama
kita menyertainya. Indonesia, Filipina dan Thailand telah pun
beberapa kali menyuarakan hasrat dan minat mereka untuk
menyertai perjanjian ini berikutan tamatnya rundingan pada 5
Oktober 2015 yang lepas;
(ii) produk dan perkhidmatan dari Malaysia akan berhadapan
dengan persaingan sekiranya Malaysia mengambil keputusan
untuk tidak menyertai TPPA;
(iii) pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara
yang menyertai TPPA bagi menikmati akses pasaran yang
lebih baik serta persekitarannya yang lebih telus dan boleh
dijangkakan;
215
(iv) syarikat-syarikat Malaysia akan memutuskan untuk
memindahkan operasi mereka ke negara anggota TPPA yang
dapat menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi
perniagaan mereka; dan
(v) Malaysia mungkin ketinggalan berbanding negara serantau
seperti Vietnam dan Singapura dalam aspek pencapaian
ekonomi.
Sesetengah pihak mungkin berpendapat bahawa Malaysia sepatutnya
menyertai TPPA di kemudian hari. Penyertaan kemudian hari akan
mengakibatkan kerugian kepada negara. Malaysia tidak akan dapat turut
serta dalam merangka peraturan perjanjian dan menikmati fleksibiliti yang
diperlukan seperti tempoh peralihan lebih lama dan pengecualian untuk
menangani beberapa isu penting.
Tuan Yang Dipertua,
Malaysia merupakan sebuah negara yang amat bergantung pada
perdagangan antarabangsa sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, di mana
saudagar dari seluruh dunia bersinggah ke Melaka untuk berdagang pada
masa itu. Begitu juga sekarang, jumlah nilai dagangan Malaysia adalah 1.5
ganda kepada jumlah KDNK pada tahun 2014. Justeru, adalah menjadi
penting bagi Malaysia untuk terus melaksanakan dasar keterbukaan yang
berpandukan model Malaysia untuk terus kekal sebagai destinasi
pelaburan dan perdagangan yang menarik di rantau dan di dunia.
216
PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN
NO. SOALAN ALI (GOMBAK)
: 484
YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK) minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai
jumlah perdagangan dengan setiap negara di dalam Kesatuan Eropah bagi
tempoh lima tahun lalu dan perbandingan dengan Amerika Syarikat dan
China.
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Kesatuan Eropah merupakan salah satu rakan dagangan penting bagi
negara. Jumlah perdagangan dengan Kesatuan Eropah secara purata dari
tahun 2011 hingga 2015 adalah sebanyak RM137.36 billion setahun.
Manakala, purata pertumbuhan bagi tempoh yang sama adalah sebanyak
3.9% setahun. Rakan dagang utama dikalangan negara Kesatuan Eropah
pada tahun 2015 adalah Jerman, Belanda, United Kingdom, Perancis dan
Itali.
Jumlah eksport ke Kesatuan Eropah secara purata dari tahun 2011 hingga
2015 adalah sebanyak RM70.26 billion setahun. Purata pertumbuhan bagi
tempoh yang sama adalah sebanyak 3.2% setahun. Pasaran eksport
217
utama ke Kesatuan Eropah pada tahun 2015 adalah Belanda, Jerman,
United Kingdom, Perancis dan Belgium.
Jumlah import dari Kesatuan Eropah secara purata dari tahun 2011 hingga
2015 adalah sebanyak RM67.1 billion setahun. Manakala, purata
pertumbuhan bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 5.3% setahun.
Sumber import utama dari Kesatuan Eropah pada tahun 2015 adalah
Jerman, Belanda, Perancis, United Kingdom dan Itali.
Secara purata bagi tempoh yang sama, jumlah keseluruhan perdagangan
dengan Kesatuan Eropah adalah sebanyak 10% daripada jumlah
keseluruhan perdagangan negara. Angka ini mengatasi jumlah
keseluruhan perdagangan negara dengan Amerika Syarikat yang secara
purata bagi tempoh yang sama menyumbang sebanyak 8.5% dari jumlah
keseluruhan perdagangan negara. Namun begitu ia masih belum
mengatasi jumlah keseluruhan perdagangan negara dengan China yang
juga merupakan rakan dagangan utama negara. Secara purata bagi
tempoh tersebut, China menyumbang 14.4% jumlah keseluruhan
perdagangan negara.
218
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA
: TUAN SU KEONG SIONG
NO. SOALAN [IPOH TIMOR]
: 221
TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan jumlah kawasan hab halal telah dimulakan oleh
Kementerian dan jenis industri yang menyertai hab halal di dalam
negeri Perak. Apakah rancangan Kementerian untuk
mempromosikan dan mempergiatkan industri hab halal di negeri
Perak.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Pada masa ini, terdapat 22 taman halal di seluruh Negara di
mana 19 daripadanya adalah di bawah seliaan Agensi Kerajaan
Pusat serta Kerajaan Negeri dan selebihnya adalah milik swasta.
Setakat ini sebanyak 14 taman halal telah menerima status
219
HALMAS daripada HDC bagi melayakkan syarikat menikmati
insentif galakan cukai.
Sehingga Disember 2015, sebanyak 165 syarikat telah beroperasi
di taman-taman halal tersebut dengan jumlah pelaburan
mencecah RM10.6 bilion. Daripada jumlah tersebut, nilai
pelaburan tempatan bernilai RM3.9 bilion (32%) dan lebih 7,750
peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Antara jenis perniagaan yang terdapat di taman halal adalah
dalam sektor/industri pemprosesan makanan, kosmetik dan
penjagaan diri, ramuan halal, farmaseutikal dan ternakan. Selain
daripada itu, terdapat juga peluang perniagaan dalam bidang-
bidang lain yang berkaitan dengan sektor/industri yang
menyokong rantaian halal seperti perkhidmatan logistik dan
perbankan Islam.
Di negeri Perak pada masa ini terdapat hanya sebuah kawasan
hab halal yang terletak di Tambun. Hab halal ini dimiliki dan
dikawal selia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perak.
Sebanyak 49 lot daripada jumlah 52 lot premis perniagaan
tersebut telah beroperasi. Di antara aktiviti perniagaan yang
dijalankan di dalam kawasan hab halal tersebut termasuklah
220
penghasilan produk-produk kesihatan (wellness), perkhidmatan
serta makanan dan minuman.
Bagi mempromosi dan mempergiatkan industri hab halal di
seluruh negara termasuk negeri Perak, Kerajaan melalui Halal
Industry Development Corporation (HDC) telah memperkenalkan
Program Transformasi Perniagaan Halal (HBT) yang telah
dilaksanakan sejak tahun 2011. Program ini bertujuan
meningkatkan daya saing dan jualan syarikat-syarikat yang
mengeluarkan produk halal yang menyertainya.
Antara aktiviti yang dikendalikan oleh HDC termasuklah aktiviti
khidmat nasihat teknikal berkenaan pematuhan persijilan
antarabangsa, padanan perniagaan dengan syarikat-syarikat
multinasional dan perkhidmatan fasilitasi bagi mendapatkan
bantuan kewangan dari institusi-institusi kewangan.
Bermula dengan penyertaan dari hanya 149 syarikat pada tahun
2011, kini bilangan peserta HBT telah bertambah kepada 1,680
syarikat di mana 75.5% atau 1,268 adalah penyertaan syarikat
Bumiputera. Program ini telah berjaya membantu syarikat-
syarikat pengeluar produk halal tersebut menjana jualan dengan
221
jumlah melebihi RM1.51 bilion atau secara purata RM500 juta
setahun.
HDC bekerjasama dengan agensi-agensi pelaksana
pembangunan usahawan bagi melibatkan lebih ramai peserta
usahawan tempatan dalam industri halal. Melalui kerjasama ini
beberapa initiatif telah dilaksanakan.
Kerajaan melalui HDC dengan sokongan agensi-agensi berkaitan
akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek
berpandukan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) bagi mencapai
dua objektif menjelang tahun 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat rujukan halal dunia dan peneraju dalam bidang
inovasi, pembuatan serta perdagangan produk dan perkhidmatan
halal.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11), pelan
pelaksanaan pembangunan industri telah diperkemaskan di mana
lima Teras Strategik telah dicadangkan. Teras-teras tersebut
adalah:
vi. memperkukuhkan jaringan halal Malaysia dalam rantaian
halal global;
222
vii. menggalakkan penyatuan dalam industri halal Malaysia;
viii. memperkukuhkan jenama halal Malaysia;
ix. memperkukuhkan integriti halal Malaysia; dan
x. memperkukuhkan ‘enablers’ dalam industri halal
Malaysia.
Antara projek yang akan diperkemaskan strategi atau pendekatan
pelaksanaannya termasuk:
i. menggalakkan usahasama strategik antara syarikat besar
dan multinasional dengan syarikat halal tempatan yang
berpotensi tinggi;
ii. penjenamaan halal Malaysia melalui kempen taktikal;
iii. penjenamaan halal Malaysia melalui acara-acara utama;
dan
iv. melengkapkan kemudahan sedia ada dalam Global Halal
Support Centre.
223
MAKLUMAT TAMBAHAN
Senarai 22 taman halal seperti berikut :
(a) Berstatus HALMAS
1. Hab Halal Selangor, Pulau Indah;
2. PKFZ Halal Flagship Zone, Pulau Indah;
3. Taman Halal Melaka, Serkam;
4. techpark@enstek, Negeri Sembillan;
5. POIC Lahad Datu, Sabah;
6. Taman Makanan Halal Tanjung Manis, Sarawak;
7. Taman Halal Antarabangsa Pulau Pinang;
8. Taman Halal ECER Pasir Mas, Kelantan;
9. Taman Halal ECER Gambang, Pahang;
10. Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan;
11. POIC Tanjung Langsat, Johor;
12. Taman Halal PERDA, Pulau Pinang;
13. Taman Industri Sedenak, Johor; dan
14. Taman Industri Kota Kinabalu, Sabah.
224
(b) Tanpa Status HALMAS
1. Taman Halal Sungai Petani, Kedah;
2. Taman Halal Chendering, Terengganu;
3. Taman Halal MARA Pengkalan Chepa, Kelantan;
4. Taman Halal MARA Tambun, Perak;
5. Hab Pengedaran Halal Labuan;
6. Taman Halal MARA Kuala Perlis;
7. Taman Halal MARA Demak Laut, Kuching;dan
8. Taman Halal Perlis
225
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong)
NO. SOALAN : 214
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan jadual kerja supaya ketujuh-belas bahagian Akta Malaysia
yang harus dibuat pindaan berikutan Perjanjian Trans-Pacific Partnership
yang telah dimeterai pada 4 Februari 2016. Apakah rancangan komunikasi
yang akan disasarkan kepada orang ramai.
JAWAPAN
1. Pindaan ke atas undang-undang perlu dibuat sebelum Malaysia
meratifikasi TPPA. Bermula dari tarikh Perjanjian TPPA ditandatangani,
semua ahli TPPA mempunyai tempoh selama 24 bulan untuk
melengkapkan proses domestiknya dan meratifikasikan perjanjian TPPA.
Perjanjian TPPA hanya akan berkuat kuasa:
(i) apabila 12 ahli TPPA telah meratifikasi dalam tempoh 24 bulan;
(ii) sekiranya syarat di perenggan di atas tidak dapat dipenuhi,
ratifikasi perlu dilakukan oleh sekurang-kurangnya 6 negara
yang menyumbang 85% dari jumlah gabungan keluaran dalam
negara kasar kedua belas (12) negara yang menandatangani
226
perjanjian ini;
2. Bagi tujuan proses ratifikasi ini, Malaysia perlu meminda beberapa
undang-undang dan peraturan sedia ada untuk memenuhi obligasi di
bawah TPPA. Sebanyak 19 undang-undang perlu dipinda dan merangkumi
bab-bab berikut:
1) Akta Kastam 1967;
2) Akta Zon Bebas 1990;
3) Akta Tanda Niaga 1976;
4) Akta Paten 1983;
5) Akta Hakcipta 1987;
6) Akta Indikasi Geografikal 2000;
7) Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan Baru 2004;
8) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
9) Akta Kesatuan Sekerja 1958;
10) Akta Perhubungan Perusahaan 1967;
11) Akta Kerja 1955;
12) Akta Pasport 1966;
13) Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan
Pekerja 1990,
14) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981;
15) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007;
16) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966;
17) Ordinan Buruh Sabah (Cap. 67)
18) Ordinan Buruh Sarawak (Cap. 76);
19) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;
227
3. Pindaan ke atas 19 undang-undang Malaysia adalah untuk
memastikan undang-undang kita dikemaskini berdasarkan perkara yang
telah dipersetujui dalam rundingan dan ini sama sekali tidak akan
menjejaskan hak kerajaan bagi merangka undang-undang baru. Malah,
adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dalam memastikan undang-
undang sedia ada dikaji semula agar ia merangkumi perkembangan terkini
baik di dalam mahupun luar negara. Kajian semula undang-undang
berkenaan juga akan memberi ruang bagi pihak berkepentingan untuk
menyampaikan cadangan bagi menambahbaik keberkesanan undang-
undang tersebut.
4. Sebagai persediaan bagi pindaan undang-undang tersebut,
Kementerian serta Agensi yang terlibat telahpun memulakan proses
konsultasi dengan semua pihak yang mempunyai kepentingan bersama-
sama dengan Pejabat Peguam Negara. Proses pindaan akan
dilaksanakan bagi memastikan Malaysia boleh meratifikasikan perjanjiaan
TPPA secepat mungkin.
5. Bagi memastikan pelaksanaan TPPA, satu Jawatankuasa
Kebangsaan akan ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh YB. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
6. Objektif utama Jawatankuasa Kebangsaan adalah untuk memantau
persiapan negara ke atas pelaksanaan TPPA, merangka strategi dan hala
tuju negara ke atas pelaksanaan TPPA, menyelaras isu-isu merentasi
Kementerian dan Agensi dalam pelaksanaan TPPA, dan memacu agensi
228
pelaksana untuk menggerakkan program bina upaya.
7. Bagi memastikan konsultasi secara berterusan dengan sektor swasta
serta pihak-pihak berkepentingan yang lain, satu Jawatankuasa Penasihat
ditubuhkan. Jawatankuasa Penasihat akan dipengerusikan bersama oleh
YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan seorang tokoh
dari wakil sektor swasta.
8. Antara objektif Jawatankuasa Penasihat ini ialah untuk mendapatkan
maklum balas daripada sektor swasta dan pihak berkepentingan yang lain
serta menilai impak pelaksanaan TPPA. Di samping itu, ia juga bertujuan
untuk menimbangkan strategi dan langkah untuk memperoleh manfaat
secara maksimum daripada TPPA.
9. Sebagai usaha kerajaan untuk memberi penjelasan kepada semua
stakeholders di semua peringkat, termasuk di peringkat negeri, saya
telah memberi penerangan mengenai pindaan undang-undang yang perlu
di buat dan termasuk juga sesi penerangan dan konsultansi yang di
jalankan oleh pegawai-pegawai yang terlibat dengan TPPA. Setakat ini,
selepas TPPA di tandatangani, tidak kurang daripada 50 sesi
penerangan telah diberi. Pada masa yang sama Jabatan Penerangan
juga terlibat sama dalam memastikan agar orang ramai mengetahui lebih
lanjut mengenai perjanjian TPPA ini termasuk proses ratifikasi yang
melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang Malaysia.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
229
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA
: TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN
NO. SOALAN IDRIS [JERANTUT]
: 69
TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS [JERANTUT] minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah kriteria untuk sesebuah produk Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) menembusi pasaran antarabangsa bagi
mengambil peluang perdagangan daripada TPPA yang baru
sahaja ditandatangani.
JAWAPAN:
Tuan Yang di Pertua,
Setakat ini, bilangan PKS Malaysia yang merangkumi 646,000
syarikat berdaftar telah menyumbangkan sebanyak 18% kepada
jumlah eksport negara. Antara kriteria yang penting untuk produk
atau perkhidmatan sesebuah PKS menembusi pasaran
antarabangsa adalah seperti berikut:
• persijilan / piawaian antarabangsa;
• pembungkusan & penjenamaan;
230
• sokongan logistik;
• kemudahan pembiayaan untuk eksport;
• rakan strategik tempatan; dan
• pematuhan kepada undang-undang/ peraturan tempatan.
TPPA akan memberi manfaat apabila PKS Malaysia mengeksport
ke negara-negara di bawah TPPA kerana Malaysia menikmati
keistimewaan sebagai negara anggota TPPA, berbanding dengan
negara yang bukan anggota TPPA. Ini adalah kerana negara
anggota bakal diberi pengecualian tarif yang lebih menarik yang
secara langsung meningkatkan daya saing PKS Malaysia apabila
berdagang dalam negara anggota TPPA.
Selain itu, TPPA juga akan memastikan PKS Malaysia diberi
peluang perdagangan yang adil dengan menghapuskan ‘Non-
Tariff Barrier’ yang berat sebelah (sekiranya ada) apabila
bersaing dengan syarikat-syarikat tempatan di dalam negara
anggota TPPA. Satu mekanisma penyelesaian pertikaian di
antara pelabur dan Kerajaan atau ‘Investor-State Dispute
Settlement (ISDS)’ pula boleh digunakan jika Kerajaan negara
anggota TPPA melanggar perjanjian dengan PKS Malaysia yang
telah melabur dalam negara anggota TPPA tersebut.
231
Tambahan pula, bagi memperkukuhkan pembangunan PKS,
Pelan Induk PKS (2012 – 2020) telah dirangka. Ia merupakan
satu pelan menyeluruh dan memberi tumpuan ke arah
mewujudkan ekosistem yang menyokong usaha bagi
mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui produktiviti dan
inovasi. Pelan Induk ini mengariskan 32 inisiatif termasuk enam
program berimpak tinggi yang akan melonjakkan pertumbuhan
KDNK PKS yang tinggi dan untuk Malaysia menghasilkan juara
negara, serantau dan global yang kompetitif bagi memacu
pertumbuhan ekonomi negara.
Salah satu bidang tumpuan yang telah dikenal pasti dalam Pelan
Induk PKS adalah akses kepada pasaran. Untuk tujuan ini,
Program Berimpak Tinggi (HIP) Ke-empat Pelan iaitu Program
‘Going Export’ (GoEx) yang dilaksanakan oleh MITI melalui
MATRADE menawarkan bantuan khusus kepada pengeksport
dan PKS tempatan yang menceburi pasaran baharu di luar
negara. PKS yang bersedia menjalankan aktiviti eksport boleh
mendapatkan sokongan menyeluruh termasuk rantaian
kepakaran pasaran dan pembeli serta pematuhan kepada
piawaian untuk memudahkan perkhidmatan dan produk diterima
di peringkat antarabangsa.
232
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL
KAWASAN GHAPUR BIN HAJI SALLEH
NO. SOALAN : KALABAKAN
: 165
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah ada jaminan pihak berkuasa tertingggi TPPA yang
terlibat, bahawa tidak akan ada pengkajian semula, pada kandungan
perjanjian berkenaan yang boleh melibatkan pengguguran peruntukan-
peruntukan keistimewaan khusus yang disyaratkan oleh Malaysia, di
masa-masa akan datang
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Sepertimana tersedia maklum, mesyuarat Menteri-Menteri Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Atlanta, Amerika Syarikat dari 30
September hingga 5 Oktober 2015 telah berjaya menyelesaikan semua
isu-isu tertunggak dan seterusnya berjaya memuktamadkan Perjanjian
233
TPPA. Setelah Parlimen mempersetujui keanggotaan Malaysia ke TPPA,
Malaysia telah menandatangai TPPA pada 4 Februari 2016 di Auckland,
New Zealand.
Dalam rundingan TPPA Malaysia telah memastikan agar terma perjanjian
adalah selari dengan mandat yang diberi oleh Jemaah Menteri dan dapat
memelihara kepentingan negara, terutama pelaksanaan dasar berkaitan
dengan tanah & hartanah, bumiputera, perolehan kerajaan, syarikat hak
milik kerajaan (SOE). Malaysia telah berjaya mempertahankan isu yang
sensitif dan mendapat pengecualian yang berterusan.
Dalam hal ini Kerajaan telah berjaya mendapat melindungi kepentingan
seperti berikut:
i. flexibiliti bagi melaksanakan dasar bumiputera, dalam bab
perolehan dan syarikat hak milik kerajaan (SOE), samada melalui
tempoh transisi yang panjang, ambang nilai perolehan yang tinggi
serta pengecualian beberapa entiti dari obligasi kedua-dua bab
tersebut.
ii. pembekal dan pengeluar Bumiputera akan terus menikmati
keutamaan harga bagi perolehan barangan dan perkhidmatan di
bawah bab perolehan. Disamping itu, 30 peratus dari perolehan
diperuntukkan untuk kontraktor Bumiputera dalam Sektor
Pembinaan.
iii. bumiputera, termasuk PKS diberi keutamaan di bawah bab SOE,
sehingga 40% dari peruntukan pembelian tahunan SOE.
234
iv. Dasar bumiputera dipelihara bagi sektor sensitif seperti tanah dan
perdagangan pengedaran untuk runcit dan borong dimana 30%
ekuiti dikhaskan untuk bumiputera dikekalkan. Disamping itu,
Kerajaan berhak untuk memberi subsidi kepada peniaga
bumiputera, serta pengeluaran lesen khusus bagi peniaga
bumiputera.
Peruntukkan ini adalah khusus kepada Malaysia dan akan kekal di
dalam perjanjian TPPA dan tidak akan digugurkan pada masa hadapan
selepas TPPA ini berkuatkuasa. Sebarang perubahan kepada
peruntukan TPPA selepas ratifikasi TPPA perlu mendapat persetujuan
semua ahli TPPA, termasuk Malaysia. Dalam hal ini sekiranya Malaysia
masih memerlukan fleksibiliti yang telah diperolehi, maka Malaysia akan
terus memastikan agar fleksibiliti tersebut dikekalkan
235
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB. DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL
KAWASAN GHAPUR BIN HAJI SALLEH
NO. SOALAN : KALABAKAN
: 166
SOALAN
YB. DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan apakah Kementerian sudah mula mengorak langkah
mengadakan program khas dan berkesan untuk membawa pengusaha dan
produk produk Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan
termeterinya perjanjian TPPA.
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Negara-negara TPP terdiri daripada 12 buah negara dengan pasaran 800
juta penduduk dan KDNK USD$27.5 trilion. Malaysia akan menikmati
akses pasaran berkeutamaan khususnya ke 4 pasaran FTA yang baharu,
iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru kerana kebanyakan duti
236
import akan dimansuhkan sebaik sahaja TPP berkuat kuasa. Usahawan
tempatan juga akan dapat mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan
mereka dan menyertai rantaian bekalan global melalui pembekalan kepada
syarikat-syarikat besar di Malaysia atau pun syarikat-syarikat di negara-
negara TPP.
Sebagai contoh, dengan TPP, duti import bagi hampir 73% daripada
eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-
merta dengan kuat kuasanya TPP. Tanpa TPP, hanya 11% daripada
eksport tekstil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import sifar.
Selain itu, TPP juga akan memansuhkan duti import bagi produk-produk
eksport utama Malaysia seperti E&E, barangan getah, minyak sawit, alat
ganti automotif, serta produk kayu-kayan ke pasaran TPP khususnya ke
Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.
Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan akan terus berusaha meningkatkan jumlah eksport negara
khususnya melalui inisiatif yang dirangka oleh Majlis Eksport Negara yang
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Pelbagai program khas juga
telah diadakan oleh Kerajaan untuk membantu pengusaha tempatan untuk
mengeksport, termasuk ke pasaran TPP. Program ini termasuk:
i. Program bina upaya dan latihan, skim pinjaman, khidmat nasihat,
skim galakkan eksport, insentif dan geran daripada sumber-sumber
237
kerajaan untuk membantu meningkatkan kapasiti dan produktiviti
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
ii. Inisiatif terbaru dibawah Rancangan Malaysia ke-11 yang
dikendalikan bersama diantara SME Corp. dengan MARA adalah
Program Galakkan Eksport Bumiputera (GEB). Dengan peruntukan
sebanyak RM200 juta bagi tempoh lima tahun, program ini bertujuan
untuk meningkatkan keupayaan PKS untuk mengekport produk atau
perkhidmatan mereka terutamanya ke negara TPPA dan ASEAN.
iii. Pelan Induk PKS (2012 – 2020) mengariskan 32 inisiatif termasuk
enam program berimpak tinggi untuk Malaysia menghasilkan juara
PKS negara, serantau dan global yang kompetitif bagi memacu
pertumbuhan ekonomi negara.
iv. Program Berimpak Tinggi (HIP) Ke-empat iaitu Program ‘Going
Export’ (GoEx) menawarkan bantuan khusus kepada pengeksport
dan PKS yang menceburi pasaran baharu di luar negara yang
dilaksanakan oleh MATRADE.
Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan telah mengadakan siri-siri penerangan kepada pihak pengusaha
dan pengeksport mengenai peluang-peluang akses pasaran melalui TPPA.
Usaha ini akan ditingkatkan lagi. Di samping itu aktiviti bina upaya akan
238
dijalankan oleh SME Corp dan MATRADE, khususnya kepada syarikat-
syarikat kecil dan sederhana.
Kerajaan mengakui bahawa satu pelan tindakan yang mantap adalah perlu
bagi memastikan produk-produk tempatan mampu menembusi pasaran
global. Dalam hal ini MITI dan agensi-agensinya seperti SME Corp. dan
MATRADE akan sentiasa menjalankan dan memperkasakan program bina
upaya serta peningkatan pencapaian piawaian antarabangsa. MATRADE
juga akan turut memainkan peranan yang aktif dalam mencari pasaran
baharu dan memastikan agar pengusaha tempatan mampu bersaing di luar
negara.
239
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO
KAWASAN : KLANG
NO. SOALAN : 264
YB TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kos
Kerajaan untuk menyertai setiap perundingan Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik, serta kos jelajah nasional termasuk “town-hall meetings”
TPPA yang dianjurkan oleh MITI.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPP kerana
yakin perjanjian ini akan memberi kesan positif kepada Malaysia sebagai
sebuah negara perdagangan dan seterusnya memberi manfaat kepada
rakyat.
Penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA buat kali pertama bermula
pada 5 Oktober 2010 di Brunei iaitu sebagai negara anggota yang
kesembilan. Rundingan ini ditamatkan oleh 12 buah negara selepas 5
tahun pada 5 Oktober 2015 di Atlanta, Amerika Syarikat.
240
Perjanjian yang kompehensif ini mengandungi 30 bab dan tidak kurang
daripada lima belas Kementerian dan agensi Kerajaan telah menyertai
pasukan perunding Malaysia bagi memastikan kepentingan negara
diperjuangkan serta dasar-dasar utama dipertahankan. Para perunding
Malaysia terdiri daripada para pegawai Kerajaan di pelbagai peringkat yang
merupakan pakar dalam bidang masing-masing.
Mengikut rekod yang diperolehi oleh Kementerian ini, sebanyak RM15 juta
telah dibelanjakan oleh Kementerian-kementerian yang berkaitan dalam
menyertai rundingan TPPA sejak tahun 2010 hingga 2015, termasuk sesi
penerangan yang dilakukan dari masa semasa oleh setiap Kementerian
yang terlibat. Sebahagian besar perbelanjaan melibatkan kos logistik
seperti tiket penerbangan dan penginapan. Perbelanjaan ini dilaksanakan
secara berhemah, dengan mengambilkira peruntukan tahunan yang diberi
kepada Kementerian berkenaan dalam belanjawan tahunan. Disamping itu,
bagi menjimatkan kos sesi penerangan, kos dewan serta kemudahan
minuman disediakan oleh pihak penganjur, termasuk diperingkat negeri.
241
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB. DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN
KAWASAN : KOTA BHARU
TARIKH : 4.4.2016 (ISNIN)
NO. SOALAN : 346
SOALAN
YB. DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dengan terperinci langkah
yang perlu diambil Kerajaan bagi meratifikasi Trans Pacific Partnership
Agreement (TPPA).
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Sepertimana sedia maklum, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 di Auckland, New Zealand.
Walaupun Malaysia telah menandatangani TPPA, ianya masih belum
berkuatkuasa. Negara TPP diberi tempoh 24 bulan untuk melengkapkan
proses dalaman, agar dapat meratifikasikan TPPA. Sehubungan ini
Malaysia sedang mengambil tindakan untuk meminda beberapa undang-
undang dan peraturan tertentu sebelum Malaysia dapat meratifikasikan
TPPA.
242
Undang-undang yang berkaitan adalah dalam bidang perkastaman, buruh
serta hak harta intelek. Adalah penting bagi Malaysia untuk memastikan
undang-undang berkaitan adalah konsisten dengan komitmen Malaysia di
bawah sebarang perjanjian antarabangsa termasuk TPPA. Pindaan
undang-undang tersebut akan dibentang di Parlimen untuk kelulusan.
Tempoh masa yang paling cepat di mana TPPA akan berkuat kuasa
dijangka pada tahun 2018.
Bagi membolehkan TPPA untuk berkuatkuasa, mengikut peruntukan Artikel
30.5, TPPA akan berkuat kuasa berdasarkan situasi berikut:
i. Sekiranya syarat di atas tidak dicapai, 60 hari setelah semua negara
TPP memaklumkan secara bertulis kepada pihak depository ataupun
sekretariat di New Zealand bahawa mereka telah selesai proses
ratifikasi; ataupun
ii. 60 hari setelah sekurang-kurangnya 6 negara TPP yang secara
kumulatif terdiri dari 85% daripada jumlah KDNK daripada negara
TPP asal telah memaklumkan secara bertulis kepada depository
bahawa mereka telah selesainya proses ratifikasi.
Pasukan perunding akan terus mengadakan sesi penerangan kepada
semua stakeholder mengenai isi kandungan serta faedah TPPA.
Penerangan khusus akan diadakan oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Jabatan Peguam Negara
kepada semua pegawai di peringkat negeri mengenai peruntukan yang
melibatkan Kerajaan negeri
243
Tuan Yang DiPertua,
Memandangkan TPPA adalah satu perjanjian yang melibatkan 12 negara,
maka terdapat kemungkinan akan berlaku kelewatan dalam proses
ratifikasi. Namun, adalah penting bagi Malaysia untuk memastikan proses
ratifikasi diselesaikan dalam tempoh 24 bulan, agar Malaysia dapat meraih
faedah dari TPPA sebaik TPPA berkuatkuasa.
244
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN
KAWASAN MOHD HARUN NARRASHID
NO. SOALAN : KOTA TINGGI
: 111
SOALAN:
Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan sejauh manakah komitmen Kementerian untuk memastikan
“seamless trade”•dari segi Non-Tariff Barriers (NTBs) dan Non-Tariff
Measures (NTMs) di kalangan negara-negara ASEAN di laksanakan.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN atau ASEAN Economic
Community (AEC) pada 31 Disember 2015 adalah bertujuan untuk
mewujudkan rantau ASEAN sebagai satu pasaran tunggal dan pusat
pengeluaran utama di dunia serta memastikan ASEAN kekal sebagai
sebuah rantau yang dinamik dan berdaya saing. Sehubungan itu, ASEAN
telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurang dan memansuhkan duti
245
import serta meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan pelaburan. Ini
bertujuan supaya pengaliran produk, perkhidmatan dan pelaburan di rantau
ASEAN dapat bergerak secara bebas tanpa halangan-halangan tarif dan
bukan tarif.
2. Sehingga Disember 2015, pelbagai langkah telah diambil oleh ASEAN
seperti yang telah digariskan di bawah Pelan Tindakan AEC antaranya
termasuklah penghapusan duti import ke atas 96 peratus produk, liberasasi
sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih daripada 100 sub-sektor
perkhidmatan dan menghapuskan halangan-halangan bagi sektor
pelaburan.
3. Walaupun ASEAN telah memansuhkan duti import secara substantif
dan sektor perkhidmatan dan pelaburan telah diliberalisasikan, masih
terdapat halangan-halangan dalam bentuk bukan tarif dan peraturan-
peraturan domestik di kalangan negara-negara ASEAN yang menyekat
aliran perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan secara lancar
(seamless trade) di rantau ini. Sehubungan ini, ASEAN sedang mengambil
pelbagai inisiatif untuk menangani NTBs dan juga kesan halangan yang
wujud hasil daripada NTMs melalui inisiatif-inisiatif fasilitasi perdagangan.
4. Terdapat dua komponen utama bagi memastikan bahawa inisiatif
fasilitasi perdagangan memberi kesan positif kepada aliran perdagangan
yang lebih lancar di ASEAN, iaitu ketelusan dan penyeragaman atau
harmonisasi. Ketelusan dalam prosedur notifikasi (notification procedures)
peraturan baru akan dapat membantu pedagang dan sektor swasta
membuat persediaan rapi dari segi operasi perniagaan manakala
246
harmonisasi dalam kaedah berkaitan dengan standard dan pematuhan serta
aturan pengiktirafan bersama (Mutual Recognition Arrangements – MRAs)
akan membolehkan aktiviti perdagangangan dijalankan dengan lebih mudah
serta menjimatkan masa dan kos.
5. Pada tahun lepas, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (ASEAN
Economic Ministers – AEM) juga telah bersetuju untuk mengaktifkan semula
Jawatankuasa Perundingan Bersama mengenai Fasilitasi Perdagangan
(ASEAN Trade Facilitation Joint Consultative Commitee – ATFJCC) yang
berperanan sebagai satu badan khas untuk membincangkan isu-isu
berkaitan fasilitasi perdagangan. Objektif ATFJCC adalah untuk
mewujudkan satu pelan tindakan komprehensif fasilitasi perdagangan yang
melibatkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta. Di samping itu,
terdapat juga kumpulan kerja di peringkat ASEAN (Coordinating Committee
on the Implementation of ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) –
CCA) yang memantau dan membincangkan pelbagai usaha pemansuhan
NTBs secara lebih terperinci.
6. Inisiatif-inisiatif lain yang telah dan sedang diambil oleh ASEAN untuk
menangani isu berkaitan NTBs dan juga NTMs iaitu:
(i) Mewujudkan platform ASEAN Solutions for Investments,
Services and Trade (ASSIST) yang merupakan kemudahan
sesi konsultasi berasaskan internet untuk menangani
permasalahan operasi yang dihadapi oleh komuniti perniagaan
dalam isu merentasi sempadan yang berkaitan dengan
pelaksanaan perjanjian-perjanjian ekonomi ASEAN;
247
(ii) Membangunkan ASEAN Trade Repository (ATR) yang
berperanan sebagai sebuah pusat sehenti (one-stop centre)
bagi maklumat berkaitan perdagangan negara-negara ASEAN;
(iii) Pelaksanaan sistem ASEAN Single Window (ASW) yang
membolehkan pertukaran dokumen atau data perdagangan
secara interaktif dan atas talian bagi urusan eksport dan import
yang lebih efisyen;
(iv) Membangunkan Skim Perakuan Sendiri (ASEAN Self-
Certification Scheme) yang membenarkan pengeksport dan
pengeluar untuk memperakukan sendiri Sijil Tempasal
(Certificate of Origin); dan
(v) ASEAN turut berkerjasama dengan organisasi seperti ERIA
(East Asia Research Institute) dan ARISE (ASEAN Regional
Integration Support by the EU) untuk mewujudkan satu
pangkalan data NTMs di rantau ASEAN.
7. Tidak dinafikan bahawa usaha untuk memansuhkan NTBs dan NTMs
ini bukanlah sesuatu yang mudah dah ringkas. Ini adalah kerana setiap
negara anggota mempunyai latar belakang ekonomi dan kepentingan yang
berbeza di antara satu sama lain. Sehubungan ini, negara-negara ASEAN
telah menyatakan komitmen untuk terus mengambil langkah-langkah
pemansuhan NTBs dan NTMs di bawah Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi
ASEAN 2025 (AEC Blueprint 2025).
248
8. Bagi Malaysia, Kerajaan sedar bahawa komitmen untuk memastikan
“seamless trade” adalah satu usaha menyeluruh yang melibatkan kerjasama
semua pihak di peringkat nasional dan serantau. Prosedur dan peraturan
perdagangan di Malaysia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi yang
berkaitan. Sehubungan ini, Kementerian akan sentiasa melaksanakan
aktiviti penyelarasan dan konsultasi bagi memastikan permasalahan yang
dihadapi oleh komuniti perniagaan sentiasa dipantau dan disusuli sehingga
selesai. Selain itu, Kementerian ini akan sentiasa mempertingkatkan
kerjasama dan perkongsian dengan sektor swasta agar beban halangan
perdagangan boleh dikurangkan dan seterusnya dimansuhkan untuk
mewujudkan aliran perdagangan yang lebih bebas, lancar dan mudah di
rantau ASEAN.
249
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB DATUK ROZMAN BIN ISLI
KAWASAN : LABUAN
NO. SOALAN : 133
SOALAN:
YB DATUK ROZMAN BIN ISLI minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah
strategik untuk menjadikan Labuan sebagai pusat perdagangan
antarabangsa dan membolehkan ia memainkan peranan dalam proses
integrasi ekonomi ASEAN.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
10. Setelah hampir 50 tahun kewujudan ASEAN, Komuniti ASEAN telah
secara rasminya dibentuk pada 31 Disember 2015. Komuniti ASEAN ini
merangkumi 3 tonggak iaitu Komuniti Politik dan Keselamatan, Komuniti
Ekonomi atau AEC (ASEAN Economic Community - AEC) dan Komuniti
Sosio-Budaya. Selama hampir lima dekad ini, ASEAN telah melaksanakan
beberapa langkah untuk memperkukuhkan ekonomi bagi mewujudkan
250