sebuah pasaran tunggal. Bagi tujuan ini, ASEAN telah melaksanakan
penghapusan tarif import serta halangan-halangan ke atas sektor
perkhidmatan dan pelaburan, dan juga memudahkan aliran mobiliti pekerja
mahir serta modal di rantau ini.
11. Liberalisasi dan integrasi ekonomi ASEAN ini juga telah berjaya
meningkatkan daya saing negara-negara anggota ASEAN khususnya
dalam menjadikan rantau ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan
pusat pengeluaran antarabangsa yang kompetitif. Usaha-usaha yang
diambil untuk memperkukuhkan integrasi ASEAN ini juga dilihat telah
memberi manfaat dan impak yang positif kepada Malaysia dan juga
negara-negara ASEAN yang lain dalam menghadapi krisis dan
ketidaktentuan ekonomi global.
12. Integrasi ekonomi ASEAN telah membawa kesan positif kepada
Malaysia dengan pergerakan barangan, perkhidmatan, tenaga kerja mahir
dan modal yang lebih bebas. Perdagangan Malaysia dengan ASEAN juga
berada di tahap yang memberangsangkan dimana ASEAN merupakan
rakan perdagangan yang terbesar dengan jumlah perdagangan sebanyak
RM401.53 bilion atau 27.4 peratus daripada jumlah perdagangan global
Malaysia pada tahun 2015. Di samping itu, Malaysia merupakan antara
negara pelabur utama dikalangan ASEAN di mana syarikat-syarikat
Malaysia telah melabur secara meluas di dalam bidang perbankan,
perladangan, perhotelan dan pelancongan, industri penerbangan, sektor
perkilangan, utiliti dan infrastruktur. Jumlah pelaburan langsung asing dari
negara-negara ASEAN ke Malaysia juga telah meningkat, dengan jumlah
pelaburan sebanyak US$2.77 bilion pada tahun 2014. Selain itu, bank
251
tempatan juga telah meluaskan pasaran ke negara-negara ASEAN seperti
Maybank dan CIMB yang berada di negara-negara ASEAN seperti Filipina,
Singapura, Indonesia, Viet Nam dan Lao PDR.
13. Sehubungan itu, Labuan perlu mengambil kesempatan di dalam
proses integrasi ekonomi ASEAN ini bagi menjadikan Labuan sebagai
sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Labuan juga perlu
melaksanakan strategi pemasaran dan promosi yang lebih agresif bagi
menarik pelancong tempatan dan asing serta pelaburan ke wilayah
berkenaan. Di antara langkah yang boleh diambil bagi mempromosikan
Labuan adalah dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan yang
dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) bagi mendapat pendedahan mengenai peluang perdagangan
dan perniagaan di pasaran antarabangsa.
14. Menyedari potensi Labuan dalam memacu pertumbuhan ekonomi
negara, Kerajaan telah mengisytiharkan Labuan sebagai Pusat Kewangan
Luar Persisir Antarabangsa (International Offshore Financial Center –
IOFC) pada Oktober 1990. Selaras dengan status berkenaan, fokus
pembangunan Labuan adalah tertumpu kepada pembangunan sektor
kewangan luar persisir, dan dalam masa yang sama memajukan pulau
tersebut dan kawasan sekitarnya dalam aktiviti yang bersesuaian seperti
sektor pelancongan.
15. Untuk itu, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)
telah ditubuhkan dengan peranan khusus untuk membangun dan
mempromosikan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan
252
antarabangsa. Menerusi Labuan FSA, pelbagai inisiatif telah dirangka
berdasarkan Financial Sector Blueprint (FSBP) yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia dan dilaksanakan seperti berikut :
(i) Menjadikan Labuan IBFC sebagai pusat yang dinamik dengan
rantaian kewangan serantau dan antarabangsa
(a) Mengkaji semula rangka kerja perundangan dan percukaian
melibatkan perdagangan antarabangsa, pelaburan dan
pembangunan perniagaan menerusi inisiatif berikut:
Memperkenalkan perubahan kepada perundangan
semasa bagi menggalakkan perniagaan serta
memantapkan kawal selia; dan
Memperkemas rangka kerja dan dasar-dasar percukaian
untuk menyokong pertumbuhan perniagaan termasuk
meningkatkan transparency and certainty serta mematuhi
internationally agreed standard for exchange of
information for tax purpose
(b) Mengukuhkan kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi
mengukuhkan dan mengiktiraf peranan Labuan IBFC di rantau
Asia; dan
(c) Membentuk ekosistem yang dinamik bagi menyokong
pembangunan produk kewangan luar pesisir termasuk produk
kewangan patuh syariah.
253
(ii) Menyediakan Sistem Kewangan Islam Antarabangsa yang unggul
(a) Mempelbagaikan produk dan perkhidmatan patuh syariah bagi
menyokong sistem kewangan negara di bawah Pusat
Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC); dan
(b) Membentuk sistem kewangan berdasarkan prinsip-prinsip Islam
menerusi kerjasama dengan pihak industri.
(iii) Membentuk Regim Kawal Selia dan Pemantauan yang Kukuh
Usaha terus dilakukan bagi mengukuhkan Labuan IBFC sebagai
pusat perniagaan yang kukuh, teratur dan berwibawa menerusi
standard pengawalseliaan dan amalan terbaik antarabangsa (best
practises). Ini termasuk memperkenalkan keperluan modal dan
memperkenalkan produk kewangan yang sofistikated bagi industri
insurans dan perbankan; mempertingkatkan rangka kerja urus tadbir
korporat (corporate governance) dan amalan pasaran (market
conduct); dan penyeliaan serta penguatkuasaan yang sistematik dan
intensif.
16. Dalam konteks melengkapkan proses integrasi ekonomi ASEAN,
Negara-negara ASEAN telah bersetuju supaya Dana Infrastruktur ASEAN
(ASEAN Infrastructure Fund - AIF) dengan ekuiti permulaan berjumlah
USD 485 juta ditubuhkan dan diterajui oleh Labuan IBFC. AIF bertujuan
untuk menggembeleng sumber kewangan dari negara ASEAN untuk
membantu negara anggotanya dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan
254
antara projek yang telah dibangunkan melibatkan sektor tenaga, air dan
ICT di Indonesia, Viet Nam, Myanmar dan Lao PDR.
17. Penubuhan AIF di Labuan IBFC melambangkan kerjasama innovatif
di rantau ASEAN bagi memenuhi keperluan dana khususnya bagi
pembangunan infrastruktur di negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.
Ini jelas menunjukkan pengiktirafan serta kepercayaan antarabangsa
khususnya Komuniti ASEAN terhadap Labuan IBFC, serta secara tidak
langsung memperkukuh peranan Labuan IBFC sebagai Pusat Kewangan
Luar Persisir Antarabangsa di rantau ini.
255
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK
KAWASAN ABDUL AZIZ
TARIKH
NO. SOALAN : PASIR MAS
:
: 347
SOALAN:
TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah
bagi meneruskan agenda ASEAN ECONOMIC COMMUNITY (AEC) yang
telah dilancarkan pada tahun lalu.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Setelah hampir 50 tahun kewujudan ASEAN, Komuniti ASEAN telah
secara rasminya dibentuk pada 31 Disember 2015. Komuniti ASEAN ini
merangkumi 3 tonggak iaitu Komuniti Politik dan Keselamatan, Komuniti
Ekonomi atau AEC (ASEAN Economic Community - AEC) dan Komuniti
Sosio-Budaya.
256
Pelan Tindakan AEC yang diperkenalkan pada tahun 2007 telah
menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap negara
anggota ASEAN dalam merealisasikan sasaran pencapaian utama AEC
iaitu:
(i) mewujudkan ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan
pusat pengeluaran;
(ii)menjadikan ASEAN sebagai kawasan ekonomi yang berdaya
saing;
(iii) menjadikan ASEAN sebagai kawasan pembangunan
ekonomi yang saksama; dan
(iv) memastikan ASEAN terus diintegrasikan dengan ekonomi
global.
Selama hampir lima dekad kewujudan ASEAN, pelbagai langkah yang
telah digariskan di bawah Pelan Tindakan AEC telah berjaya dicapai,
termasuklah:
(ix) penghapusan duti import ke atas 96 peratus produk dan
bakinya dijangka akan dimansuhkan pada 1 Januari 2018;
(x) liberasasi sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih
daripada 100 sub-sektor perkhidmatan;
(xi) menghapuskan halangan-halangan bagi sektor pelaburan;
257
(xii) mengurangkan halangan-halangan bukan tarif (Non-Tariff
Barriers (NTBs);
(xiii) mengintegrasikan sektor-sektor lain seperti pengangkutan,
kewangan, pertanian, telekomunikasi, pelancongan serta
meningkatkan kerjasama di dalam bidang-bidang seperti
galian, perhutanan dan tenaga;
(xiv) mengukuhkan kesalinghubungan (connectivity) melalui dasar
“Open Skies” dan memudahkan pergerakan rentas-sempadan
kenderaan komersial;
(xv) memudahkan pergerakan rentas-sempadan tenaga mahir
melalui “mutual recognition arrangement” dalam bidang
kejuruteraan, arkitek, juruukur, perubatan, pergigian,
kejururawatan dan akauntan; dan
(xvi) mengukuhkan kerjasama di dalam bidang hak harta intelek,
dasar persaingan dan dasar perlindungan pengguna.
Langkah-langkah liberalisasi dan integrasi ekonomi yang telah
dilaksanakan oleh ASEAN ini telah berjaya meningkatkan daya saing
negara-negara anggota ASEAN khususnya dalam menjadikan rantau
ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan pusat pengeluaran
antarabangsa yang kompetitif. Pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti
Ekonomi ASEAN 2015 telah menyumbang kepada pengukuhan ekonomi
ASEAN serta peningkatan kepada kualiti hidup rakyat.
Walaupun ASEAN telah memansuhkan duti import secara substantif dan
sektor perkhidmatan dan pelaburan telah diliberalisasikan, masih terdapat
258
halangan-halangan dalam bentuk bukan tarif dan peraturan-peraturan
domestik di kalangan negara-negara ASEAN yang menyekat aliran
perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan secara lancar
(seamless trade) di rantau ini. Sehubungan ini, ASEAN akan meneruskan
agenda integrasi ekonomi di rantau ini dengan usaha-usaha menangani
NTBs dan juga kesan halangan yang wujud hasil daripada NTMs melalui
inisiatif-inisiatif fasilitasi perdagangan.
Semasa mempengerusikan ASEAN pada tahun 2015, Malaysia dan
ASEAN telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi usaha
fasilitasi perdagangan. Malaysia bercadang untuk terus mengekalkan
momentum bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN. Antara
initisiatif-inisiatif yang sedang dalam proses pelaksanaan adalah:
(i) Skim ASEAN-wide Self-Certification;
(ii) ASEAN Single Window;
(iii) ASEAN Solutions for Investment, Services and Trade
(ASSIST);
(iv) ASEAN Trade Repository (ATR); dan
(v) ASEAN Customs Transit System (ACTS).
ASEAN menyedari bahawa proses integrasi ekonomi serantau merupakan
sebuah proses yang berterusan. Sehubungan ini, Pemimpin-Pemimpin
ASEAN telah memperakukan Pelan Tindakan AEC 2025 semasa Sidang
Kemuncak ASEAN ke-27 yang lalu di Kuala Lumpur. Pelan Tindakan
259
terbaru ini akan meneruskan lagi agenda integrasi ekonomi serantau
ASEAN bagi tempoh 10 tahun yang akan datang.
Pelan Tindakan AEC 2016-2025 yang menggariskan langkah-langkah
strategik untuk dilaksanakan di rantau ASEAN untuk tempoh 10 tahun akan
datang mengandungi ciri-ciri utama seperti berikut:
(i) Ekonomi yang Bersepadu dan Kohesif - memudahkan
pergerakan barangan dagangan, perkhidmatan, pelaburan,
modal serta buruh mahir dalam ASEAN bagi meningkatkan
rangkaian perdagangan dan pengeluaran ASEAN;
(ii) ASEAN yang Kompetitif, Inovatif dan Dinamik - meningkatkan
daya saing dan produktiviti rantau ASEAN melalui pewujudan
dasar persaingan efektif, memupuk penciptaan dan
perlindungan pengetahuan, meningkatkan penyertaan ASEAN
di dalam Global Value Chain (GVC) serta mengukuhkan
regulatory framework yang berkaitan;
(iii) Kesalinghubungan dan Kerjasama Sektoral yang
Diperkukuhkan - meningkatkan kesalinghubungan
(connectivity) ekonomi pelbagai sektor iaitu pengangkutan,
telekomunikasi serta tenaga seperti yang dinyatakan dalam visi
dan tujuan Master Plan on ASEAN Connectivity (MPAC)
dengan tujuan meningkatkan sumbangan sektor-sektor penting
agar daya saing ASEAN secara amnya meningkat;
(iv) ASEAN yang Berdaya Tahan, Inklusif, Berorientasi Rakyat dan
Mesra Rakyat - meneruskan dan mempertingkatkan ciri ketiga
260
AEC 2015 iaitu Pembangunan Ekonomi yang Saksama
(Equitable Economic Development) ; dan
(v) Pewujudan Global ASEAN - usaha-usaha untuk mengintegrasi
ekonomi rantau ASEAN ke dalam ekonomi global melalui FTA
dan Perkongsian Komprehensif Ekonomi (Comprehensive
Economic Partnership - CEP) dengan negara-negara lain. FTA
dan CEP ini telah mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai
rantau ekonomi yang terbuka dan inklusif.
Selain bidang-bidang utama iaitu aliran bebas barangan, perkhidmatan,
pelaburan dan tenaga mahir, Pelan Tindakan AEC 2025 juga turut
merangkumi bidang-bidang baru seperti amalan tadbir urus yang baik
(good regulatory practices – GRP) dan global megatrend serta isu-isu baru
berkaitan perdagangan (emerging trade related issues).
Selain daripada agenda integrasi ekonomi serantau, ASEAN akan terus
mempertingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan dagang utama iaitu
Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New
Zealand serta merancakkan kerjasama ekonomi dengan Kanada, Amerika
Syarikat, Kesatuan Rusia, Kesatuan Eropah dan lain-lain. ASEAN juga
sedang memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan dengan Rakan
Dialog iaitu ASEAN-Hong Kong (AHKFTA) dan Kerjasama Komprehensif
Ekonomi Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership–
RCEP). Usaha-usaha ini adalah penting untuk memperkukuhkan lagi
hubungan ASEAN dengan Rakan Dialog dan memastikan akses pasaran
berterusan bagi eksport ASEAN.
261
262
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : DATUK DR. MAKIN @ MARCUS
KAWASAN MOJIGOH
NO. SOALAN : PUTATAN
: 139
YB DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [PUTATAN]
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan berikutan dengan keputusan untuk
Kerajaan menaikkan levi ke atas pekerja asing dalam sektor
pembuatan berkuatkuasa pada 01 Februari 2016:-
(a) impak kepada industri yang terlibat; dan
(b) impak kenaikan kos kepada industri yang terlibat yang
mungkin disalurkan kepada rakyat.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan kadar levi pekerja
asing untuk semua sektor yang dijadualkan berkuatkuasa pada
01 Februari 2016. Walau bagaimanapun, pada 11 Februari 2016,
YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan
penangguhan pelaksanaan kadar baharu levi supaya Kerajaan
dapat mengkaji semula sistem levi tersebut. Pengumuman
263
tersebut disusuli dengan pengumuman penangguhan
pengambilan semua pekerja asing oleh Kerajaan pada 19
Februari 2016.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan
penangguhan pengambilan pekerja asing adalah bertujuan
supaya Kerajaan dapat mengenal pasti keperluan sebenar tenaga
kerja asing sepertimana yang diperlukan oleh industri-industri di
negara ini. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang
kepada majikan menggaji rakyat tempatan di sektor-sektor yang
didominasi oleh pekerja asing. Berikutan penangguhan kadar levi
baharu serta pengambilan pekerja asing, impak berkaitan
kenaikan kadar levi hanya dapat dianalisis selepas kadar levi
baharu dilaksanakan.
264
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG
KAWASAN : KOTA SAMARAHAN
NO. SOALAN : 173
SOALAN:
YB PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kejayaan perbincangan
yang diperoleh ketika Sidang Negara ASEAN yang lalu terutamanya
hubungan ekonomi antara negara ASEAN.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, Malaysia telah berjaya
memastikan ASEAN mencapai dua keutamaan yang telah ditetapkan iaitu
pembentukan rasmi Komuniti ASEAN dan pelancaran Pelan Tindakan
Komuniti ASEAN 2025. Pada 21 November 2015, semasa Sidang
Kemuncak ASEAN ke-27, Malaysia bersama negara-negara anggota
ASEAN yang lain telah mengumumkan secara rasminya pembentukan
Komuniti ASEAN 2015 yang merangkumi 3 tonggak iaitu Komuniti Politik
dan Keselamatan, Komuniti Ekonomi atau AEC (ASEAN Economic
Community - AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya.
265
2. Di bawah Komuniti Ekonomi, selama hampir lima dekad kewujudan
ASEAN, pelbagai langkah yang digariskan di bawah Pelan Tindakan AEC
yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 telah berjaya dicapai,
termasuklah:
(xvii) penghapusan duti import ke atas 96 peratus produk dan bakinya
dijangka akan dimansuhkan pada 1 Januari 2018;
(xviii) liberasasi sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih daripada
100 sub-sektor perkhidmatan;
(xix) menghapuskan halangan-halangan bagi sektor pelaburan;
(xx) mengurangkan halangan-halangan bukan tarif (Non-Tariff Barriers
(NTBs);
(xxi) mengintegrasikan sektor-sektor lain seperti pengangkutan,
kewangan, pertanian, telekomunikasi, pelancongan serta
meningkatkan kerjasama di dalam bidang-bidang seperti galian,
perhutanan dan tenaga;
(xxii) mengukuhkan kesalinghubungan (connectivity) melalui dasar
“Open Skies” dan memudahkan pergerakan rentas-sempadan
kenderaan komersial;
266
(xxiii) memudahkan pergerakan rentas-sempadan tenaga mahir melalui
“mutual recognition arrangement” dalam bidang kejuruteraan,
arkitek, juruukur, perubatan, pergigian, kejururawatan dan
akauntan; dan
(xxiv) mengukuhkan kerjasama di dalam bidang hak harta intelek, dasar
persaingan dan dasar perlindungan pengguna.
3. Langkah-langkah liberalisasi dan integrasi ekonomi yang telah
dilaksanakan oleh ASEAN ini telah berjaya meningkatkan daya saing
negara-negara anggota ASEAN khususnya dalam menjadikan rantau
ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan pusat pengeluaran
antarabangsa yang kompetitif. Pelaksanaan Pelan Tindakan AEC 2015 telah
menyumbang kepada pengukuhan ekonomi ASEAN serta peningkatan
kepada kualiti hidup rakyat.
4. Semasa mempengerusikan ASEAN pada tahun 2015, Malaysia dan
ASEAN juga telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi
usaha fasilitasi perdagangan. Malaysia bercadang untuk terus mengekalkan
momentum bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN. Antara
initisiatif-inisiatif fasilitasi perdagangan yang telah dan sedang dalam proses
pelaksanaan adalah:
(vi) Skim ASEAN-wide Self-Certification;
(vii) ASEAN Single Window;
267
(viii) ASEAN Solutions for Investment, Services and Trade
(ASSIST);
(ix) ASEAN Trade Repository (ATR); dan
(x) ASEAN Customs Transit System (ACTS).
5. ASEAN menyedari bahawa proses integrasi ekonomi serantau
merupakan sebuah proses yang berterusan. Sehubungan ini, Pemimpin-
Pemimpin ASEAN telah memperakukan Pelan Tindakan AEC 2025 semasa
Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang lalu di Kuala Lumpur. Pelan Tindakan
terbaru ini akan meneruskan lagi agenda integrasi ekonomi serantau
ASEAN bagi tempoh 10 tahun yang akan datang.
6. Pelan Tindakan AEC 2016-2025 yang menggariskan langkah-langkah
strategik untuk dilaksanakan di rantau ASEAN untuk tempoh 10 tahun akan
datang mengandungi ciri-ciri utama seperti berikut:
(vi) Ekonomi yang Bersepadu dan Kohesif - memudahkan
pergerakan barangan dagangan, perkhidmatan, pelaburan,
modal serta buruh mahir dalam ASEAN bagi meningkatkan
rangkaian perdagangan dan pengeluaran ASEAN;
(vii) ASEAN yang Kompetitif, Inovatif dan Dinamik - meningkatkan
daya saing dan produktiviti rantau ASEAN melalui pewujudan
dasar persaingan efektif, memupuk penciptaan dan
perlindungan pengetahuan, meningkatkan penyertaan ASEAN
268
di dalam Global Value Chain (GVC) serta mengukuhkan
regulatory framework yang berkaitan;
(viii) Kesalinghubungan dan Kerjasama Sektoral yang
Diperkukuhkan - meningkatkan kesalinghubungan
(connectivity) ekonomi pelbagai sektor iaitu pengangkutan,
telekomunikasi serta tenaga seperti yang dinyatakan dalam visi
dan tujuan Master Plan on ASEAN Connectivity (MPAC)
dengan tujuan meningkatkan sumbangan sektor-sektor penting
agar daya saing ASEAN secara amnya meningkat;
(ix) ASEAN yang Berdaya Tahan, Inklusif, Berorientasi Rakyat dan
Mesra Rakyat - meneruskan dan mempertingkatkan ciri ketiga
AEC 2015 iaitu Pembangunan Ekonomi yang Saksama
(Equitable Economic Development) ; dan
(x) Pewujudan Global ASEAN - usaha-usaha untuk mengintegrasi
ekonomi rantau ASEAN ke dalam ekonomi global melalui FTA
dan Perkongsian Komprehensif Ekonomi (Comprehensive
Economic Partnership - CEP) dengan negara-negara lain. FTA
dan CEP ini telah mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai
rantau ekonomi yang terbuka dan inklusif.
7. Selain bidang-bidang utama iaitu aliran bebas barangan,
perkhidmatan, pelaburan dan tenaga mahir, Pelan Tindakan AEC 2025 juga
turut merangkumi bidang-bidang baru seperti amalan tadbir urus yang baik
269
(good regulatory practices – GRP) dan global megatrend serta isu-isu baru
berkaitan perdagangan (emerging trade related issues).
8. Semasa Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015,
beberapa dokumen penting di bawah Tonggak Ekonomi telah turut
ditandatangani dan dilancarkan, iaitu:
Pelan Tindakan AEC 2025;
Protokol bagi Meminda Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama
Ekonomi Komprehensif dan Perjanjian-perjanjian yang berkaitan
di antara ASEAN dan Republik Rakyat China (RRC);
Protokol Ketiga bagi Meminda Perjanjian Perdagangan
Barangan di bawah Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif
Ekonomi di antara ASEAN dengan Republik Korea;
Pelan Strategik Pembangunan Pengusaha Kecil dan Sederhana
2016-2025;
2016-2020 Work Plan to Implement the ASEAN-Canada Joint
Declaration on Trade and Investment;
The ASEAN Integration Report 2015 and AEC 2015: Progress
and Key Achievements; dan
270
The ASEAN Investment Report 2015.
9. Selain daripada agenda integrasi ekonomi serantau, ASEAN turut
mempertingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan dagang utama iaitu Republik
Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand serta
merancakkan kerjasama ekonomi dengan Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan
Rusia, Kesatuan Eropah dan lain-lain. ASEAN juga sedang memuktamadkan
beberapa perjanjian perdagangan dengan Rakan Dialog iaitu ASEAN-Hong Kong
(AHKFTA) dan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (Regional
Comprehensive Economic Partnership –RCEP). Usaha-usaha ini adalah penting
untuk memperkukuhkan lagi hubungan ASEAN dengan Rakan Dialog dan
memastikan akses pasaran berterusan bagi eksport ASEAN.
271
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BERTULIS
YB DR. MANSOR BIN ABD. RAHMAN (SIK)
DARIPADA : 4.04.2016
24
TARIKH :
SOALAN NO. :
Yang Berhormat Dr. Mansor bin Abd. Rahman minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam mengawal kenaikan
harga barang import disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia adalah mudah
terdedah kepada risiko ekonomi global dan ketidaktentuan. Kejutan
ekonomi yang dialami dalam beberapa dekad yang lalu telah dicetuskan
oleh faktor-faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi dunia pada tahun
1985 , krisis kewangan Asia pada 1997/1998 dan krisis subprima pada
tahun 2009. Namun begitu, Malaysia berjaya pulih dalam masa setahun
krisis, yang menunjukkan daya tahan ekonominya. Selain kitaran ekonomi
global yang lebih pendek, Malaysia juga menghadapi prospek penurunan
mendadak harga komoditi eksport utama, susut nilai ringgit berbanding
dengan mata wang utama, dan risiko kelembapan ekonomi rakan
dagangan utamanya.
272
Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan tidak mempunyai mekanisma dalam pengawalan harga import
kerana ianya berdasarkan permintaan semasa. Walaubagaimanapun
kerajaan membantu syarikat-syarikat pengusaha tempatan dari segi
pengecualian duti import bagi bahan mentah, mesin dan peralatan
bertujuan untuk membantu mengurangkan kos pengeluaran agar keluaran
siap dapat dijual dengan harga lebih kompetitif terutamanya bagi saingan
di pasaran global.
Selain daripada pengecualian duti import, Kerajaan juga telah mewujudkan
kaedah duti drawback di mana syarikat-syarikat tempatan yang
mengimport dan terlibat dalam urusan re-export dapat membuat tuntutan
semula bayaran ke atas duti barangan import yang di eksport semula ke
pasaran global.
Tuan Yang di-Pertua,
Melalui Rancangan Malaysia Ke-11, Kerajaan telah memperkenalkan
beberapa langkah-langkah bagi mengurangkan kebertanggungan negara
ke atas barangan import. Antaranya adalah:
1. Memberikan insentif dan sokongan yang berasaskan prestasi kepada
perusahaan yang berjaya mencapai sasaran produktiviti melalui:
program pembangunan kapasiti; dan
273
membantu syarikat-syarikat menambahbaik proses kerja melalui
penggunaan teknologi dan peningkatan kemahiran pekerja;
2. Menggalakkan pelaburan bagi menerajui pertumbuhan ekonomi
dengan:
memudahkan tatacara kos menjalankan perniagaan;
beralih kepada produk yang bernilai tambah tinggi dalam sektor
pembuatan; dan
memodenkan sektor pertanian dengan teknologi moden,
keupayaan agropreneur dan akses kepada pasaran;
3. Meningkatkan export untuk meningkatkan imbangan perdagangan; dan
4. Meningkatkan fleksibiliti fiskal untuk memastikan kedudukan fiskal
mapan.
274
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN
KAWASAN : SIK
NO. SOALAN : 26
SOALAN
YB. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah bidang industri
dan perdagangan yang menjadi keutamaan dan kelebihan Malaysia dalam
berniaga dan eksport sesama 12 Negara yang terlibat dalam TPPA.
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua, Negara-negara TPP terdiri daripada 12 buah negara
dengan pasaran 800 juta penduduk dan KDNK USD$27.5 trilion. Malaysia
akan menikmati akses pasaran berkeutamaan khususnya ke 4 pasaran
FTA yang baharu, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru kerana
negara-negara ini belum mempunyai sebarang perjanjian perdagangan
bebas dengan Malaysia. Melalui TPP, sebahagian duti import yang pada
masa ini dikenakan oleh negara-negara tersebut akan dihapuskan secara
serta merta.
275
2. Berdasarkan kepada kajian kos-analisa yang telah dijalankan, bidang
atau sektor bagi Malaysia yang akan mendapat faedah dari segi eksport
kepada negara TPPA adalah elektrik dan elektronik, barangan getah dan
kayu, alat ganti automotif, tekstil serta minyak sawit.
3. Pengeksport Malaysia kini perlu membayar duti import sehingga 20%
dalam pasaran TPP, terutama dalam pasaran rakan FTA baru. Negara-
negara ini mengenakan tarif yang tinggi bagi peralatan elektrik, alat-alat
telekomunikasi dan elektronik pengguna. Pasaran eksport Malaysia ke
negara-negara ini pada tahun 2015 berjumlah US$23 bilion. Pengurangan
tarif telah dipersetujui oleh setiap negara TPP dan ini akan menyumbang
kepada peningkatkan eksport bagi industri elektrik dan elektronik yang
telah menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport Malaysia.
4. Bagi barangan getah pula, Malaysia merupakan peneraju pasaran
bagi sarung tangan getah di Amerika Syarikat dan Kanada, dan kedua di
Peru dan Mexico selepas China. Barangan getah terutamanya sarung
tangan getah kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport
Malaysia. Produk eksport utama di bawah kategori umum barangan getah
adalah tiub dan paip serta bahagian-bahagian automotif dan aksesori.
5. TPPA akan memberikan kelebihan yang ketara kepada para
pengeksport Malaysia berbanding dengan pesaing serantau dalam eksport
produk berasaskan kayu dan perabot ke negara-negara seperti Amerika
Syarikat, Kanada, Mexico dan Jepun. Pemansuhan duti import serta-merta
dengan kuat kuasanya TPP oleh Kanada dan Amerika Syarikat akan
menyediakan platform persaingan yang adil bagi pengeksport Malaysia
276
untuk bersaing dengan pesaing serantau yang masih menikmati Sistem
Keutamaan Am (GSP) di Amerika Syarikat dan Kanada.
Tuan Yang DiPertua,
6. Ingin juga saya maklumkan bahawa Jepun telah mengecualikan
papan lapis dari senarai tawarannya dalam FTA sedia ada dengan
Malaysia iaitu di bawah Malaysia-Japan FTA dan ASEAN-Jepun FTA.
Walau bagaimanapun, di dalam TPPA, Jepun telah bersetuju untuk
memberi akses pasaran yang lebih baik untuk papan lapis dan ini akan
meningkatkan eksport dari Malaysia yang kini menjadi pengeksport
terbesar papan lapis ke Jepun, dengan purata nilai eksport US$700 juta
setahun.
7. TPPA akan membuka pasaran baru kepada sektor automotif serta
industri pengusaha komponen dan alat ganti automotif terutamanya di
negara TPP seperti Mexico, Kanada, dan Peru apabila rintangan akses
pasaran dihapuskan bawah TPPA. Sebagai contoh, melalui Bab Peraturan
Tempasal, syarikat-syarikat tempatan khususnya pengeluar komponen dan
alat ganti mendapat peluang untuk menyertai rantaian bekalan dalam
rantau TPPA kerana syarikat-syarikat pembuat kenderaan perlu
menggunapakai input daripada negara TPP untuk mendapatkan layanan
istimewa bagi tujuan eksport khususnya ke Amerika Syarikat dan Kanada.
Sebagai contoh, 45% kandungan untuk komponen dan alat ganti automotif
perlu berasal dari negara TPP.
277
8. Dengan TPPA, duti import bagi hampir 73% daripada eksport
barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-merta
dengan kuat kuasanya TPPA. Tanpa TPPA, hanya 11% daripada eksport
tekstil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import sifar.
9. Bagi industri kelapa sawit, TPPA akan memberi kelebihan kepada
syarikat tempatan berbanding pesaing utama iaitu Indonesia, khususnya
bagi pasaran Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru di mana
Malaysia tidak mempunyai sebarang FTA pada masa ini. Eksport produk-
produk sawit ke negara-negara TPPA pada tahun 2014 adalah bernilai
RM12.57 bilion iaitu 19% daripada keseluruhan eksport global produk-
produk sawit negara pada tahun 2014. Amerika Syarikat merupakan
pasaran eksport utama produk-produk sawit negara iaitu sebanyak RM4.2
bilion.
10. Dengan TPPA, produk sawit Malaysia bakal menikmati penurunan
duti import kepada sifar dari kadar semasa yang dikenakan oleh negara-
negara TPPA (Kanada mengenakan duti sehingga 218%). Penghapusan
sepenuhnya (100%) duti import ini diberikan oleh semua negara-negara
TPPA (kecuali Mexico yang menghapuskan duti import untuk 98.7%
produk sawit). Selain daripada itu, Bab Technical Barriers to Trade (TBT),
telah mengiktiraf ujian pematuhan standard produk sawit yang dilakukan di
Malaysia dan ujian ulangan (re-testing) tidak perlu dilakukan apabila
produk Malaysia dieksport ke Amerika Syarikat ataupun negara TPP yang
lain.
278
11. TPPA juga akan membuka pasaran perolehan Kerajaan, khususnya
di Amerika Syarikat yang pada masa ini adalah tertutup bagi eksport dari
Malaysia. Ini akan membolehkan pengeksport Malaysia untuk membekal
barangan seperti surgical dan gloves, medical equipment, pakaian dan
kasut.
Tuan Yang DiPertua,
12. Melalui penyertaan Malaysia dalam TPPA, produk Malaysia akan
dapat berdaya saing di pasaran TPP dalam menghadapi persaingan
produk dari negara serantau seperti Viet Nam, dan Singapura yang juga
merupakan ahli TPP. Usahawan-usahawan tempatan akan dapat
mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan mereka dan menyertai
rantaian bekalan global melalui pembekalan kepada syarikat-syarikat besar
di Malaysia atau pun syarikat-syarikat di negara-negara TPP.
279
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB DATUK WEE JECK SENG (TANJONG
NO. SOALAN PIAI)
: 126
YB DATUK WEE JECK SENG minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah perkembangan
perbincangan “Regional Comprehensive Economic Partnership” atau
RCEP dan sejauh manakah Malaysia menganalisis impak dan faedah
mengenai RCEP kepada negara kita.
JAWAPAN:
Tuan yang Di Pertua,
Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (Regional Comprehensive
Economic Partnership – RCEP) telah disasarkan untuk dimuktamadkan
pada akhir tahun 2015. Namun begitu, masa yang lebih banyak diperlukan
untuk memuktamadkan perjanjian ini khusunya dalam perkara-perkara
teknikal. Oleh yang demikian, pada 22 November 2015, Ketua-Ketua
negara RCEP telah mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lainnya
memanjangkan masa untuk RCEP supaya dimuktamadkan pada akhir
tahun 2016.
280
Sehingga Februari 2016, sebanyak 11 pusingan rundingan RCEP telah
dijalankan. Fokus rundingan kini adalah kepada akses pasaran dalam bab
perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan. Teks
perjanjian RCEP juga sedang dirundingkan dengan lebih agresif bagi
memastikan ianya dapat dimuktamadkan dalam masa yang telah
ditentukan. Sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 19 bab bagi
perjanjian RCEP yang merangkumi antara lainnya:
(xix) Perdagangan Barangan;
(xx) Perdagangan Perkhidmatan;
(xxi) Pelaburan;
(xxii) Kerjasama Ekonomi dan Teknikal;
(xxiii) Harta Intelek;
(xxiv) Dasar Persaingan;
(xxv) Penyelesaian Pertikaian;
(xxvi) Perdagangan Elektronik; dan
(xxvii) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
Pada masa ini, bab-bab yang dianggap sensitif bagi Malaysia dan
sebilangan negara-negara ASEAN seperti Perolehan Kerajaan, Alam
Sekitar dan Buruh tidak mendapat persetujuan penuh negara-negara
anggota RCEP untuk dirundingkan. Namun begitu, elemen-elemen
281
tambahan penting seperti perdagangan elektronik (electronic commerce)
dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana telah dipersetujui untuk
dirundingkan sesuai dengan suasana perniagaan, pelaburan dan
perdagangan masa kini.
Dijangka sebanyak 5 pusingan rundingan lagi akan diadakan sehingga
penghujung tahun ini untuk memuktamadkan RCEP. Bagi menyelesaikan
isu-isu sensitif RCEP, Menteri-Menteri yang bertanggungjawab terhadap
RCEP juga telah bertemu dengan kerap untuk memberikan kata putus dan
pandangan masing-masing sebagai usaha untuk memuktamadkan RCEP.
Perjumpaan kerap Menteri-Menteri ini juga merupakan satu mekanisma
untuk memantau komitmen-komitmen yang dirundingkan untuk
memastikan ianya sejajar dengan kapasiti ekonomi negara masing-masing
dan akan memberikan manfaat ekonomi secara keseluruhan.
Tuan yang Di Pertua,
Sukacita saya menjelaskan bahawa perjanjian RCEP ini adalah usaha
untuk mengumpul semua perjanjian perdagangan bebas (free trade
agreement – FTA) ASEAN (ASEAN-China, ASEAN-Korea, ASEAN-Jepun,
ASEAN-India dan ASEAN-Australia-New Zealand) ke dalam satu perjanjian
dengan tujuan untuk memudahkan dan perniagaan serantau dan
memastikan syarikat-syarikat ASEAN adalah kompetitif di peringkat global.
Sektor-sektor baru seperti Harta Intelek, Dasar Persaingan dan
perdagangan elektronik (e-commerce) adalah perlu bagi memastikan
perjanjian RCEP kekal relevan dan menepati keperluan perusahaan di
282
peringkat global terutamanya dalam menarik pelaburan dan memodenkan
ekonomi rantau ASEAN.
Beberapa aspek boleh dinilai untuk memberikan gambaran mengenai
kesediaan Malaysia bagi Perjanjian RCEP.
(i) RCEP adalah FTA ASEAN dengan negara-negara yang
telahpun mempunyai FTA secara individu dengan ASEAN.
Oleh yang demikian, akses pasaran di antara ASEAN dan
negara-negara ini telah pun diliberalisasikan. Malaysia juga
telah mempunyai FTA dua hala dengan beberapa negara
seperti Jepun, India, New Zealand dan Australia;
(ii) skop-skop yang dipersetujui untuk dirundingkan di bawah
RCEP tidak merangkumi beberapa sektor sensitif seperti
perolehan kerajaan, alam sekitar dan buruh. Bagi sektor-sektor
seperti hak harta intelek dan dasar persaingan, Malaysia
secara umumnya mempunyai pendekatan yang sama seperti
negara ASEAN yang lain. Ini membolehkan Malaysia
mengekalkan pendirian-pendirian yang sesuai dengan tahap
pembangunan sektor-sektor ini;
(iii) peruntukan-peruntukan mengenai perusahaan mikro, kecil dan
sederhana juga sedang dirundingkan dalam perjanjian RCEP.
Ini adalah bagi memastikan sektor dapat memanfaatkan
perjanjian ini setelah dimuktamadkan; dan
283
(iv) secara amnya, Malaysia juga mempunyai tahap liberalisasi
ekonomi yang lebih terbuka berbanding beberapa negara yang
sedang merundingkan RCEP. Oleh yang demikian, Malaysia
mempunyai offensive interest dalam beberapa sektor
terutamanya dalam perdagangan barangan dan pelaburan.
Malaysia juga mempunyai kesediaan perundangan dalam
beberapa sektor seperti hak harta intelek, dasar persaingan
dan perdagangan elektornik (e-commerce) yang membolehkan
Malaysia berunding dengan lebih efektif.
Melalui RCEP ini, negara-negara ahli termasuk Malaysia dijangka akan
mendapat manfaat melalui:
(i) penyelarasan peraturan-peraturan dan prosedur yang pada masa
ini berbeza di bawah setiap FTA ASEAN. Sektor swasta
berpandangan bahawa perbezaan ini menyebabkan kerumitan
perdagangan memandangkan mereka perlu mengikut prosedur
yang berlainan bagi setiap FTA ASEAN. Ini melibatkan kos
tambahan dan masa yang lebih panjang dalam urusan
perniagaan;
(ii) perolehan bahan mentah yang berkualiti pada harga yang lebih
murah serta boleh digunakan dalam perkiraan bagi pematuhan
kepada Peraturan Tempasal (Rules of Origin – ROO). ROO
merupakan penentu sama ada produk yang dihasilkan dapat
menggunakan bahan mentah dan input daripada negara-negara
284
ahli RCEP. Ini adalah penting untuk memastikan aktiviti
pengeluaran dilaksanakan dalam negara-negara RCEP;
(iii) integrasi syarikat-syarikat di rantau ini dalam rantaian nilai global
(global supply chain) yang merupakan satu kemestian dalam
syarikat-syarikat rantau ini untuk lebih kompetitif di peringkat
antarabangsa serterusnya menjadi syarikat bertaraf global (global
players); dan
(iv) penglibatan negara Republik Rakyat China dan India yang kini
mengamalkan dasar ekonomi terbuka akan memberi peluang bagi
Malaysia dan lain-lain negara ASEAN untuk memperluaskan
eksport barangan dan perkhidmatan di kedua-dua pasaran
berkenaan; dan
(v) akses dan liberalisasi pasaran yang lebih tinggi berbanding
dengan komitmen yang sedia ada di bawah kerangka FTA
ASEAN. Bagi Malaysia, ini adalah amat penting kerana terdapat
pasaran-pasaran eksport yang masih belum dibuka sepenuhnya
kepada produk-produk kepentingan eksport Malaysia.
RCEP akan merangkumi lebih 3.3 bilion penduduk dunia, iaitu hampir
separuh populasi global dengan 30% jumlah dagangan dunia. RCEP juga
menyumbang kepada 29.3% (USD 22.7 trilion) pengeluaran dunia pada
tahun 2014. Negara-negara RCEP juga mencatatkan jumlah dagangan dan
kemasukan pelaburan yang kukuh iaitu sebanyak USD10.8 trilion atau
285
28.4% jumlah dagangan dunia dan USD366.3 bilion atau 29.8% jumlah
pelaburan global.
Jumlah perdagangan negara Malaysia dengan ahli-ahli RCEP (ASEAN,
Australia, New Zealand, Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun
dan India) pada tahun 2015 adalah sebanyak USD234.7 bilion (62.5%
daripada jumlah dagangan global Malaysia). Jumlah perdagangan di
antara Malaysia denan negara-negara ASEAN pada tahun 2015 adalah
US102.8 billion iaitu 27.4% daripada pada jumlah perdagangan global
Malaysia. Negara-negara Rakan FTA ASEAN juga berada pada
kedudukan-kedudukan utama rakan dagang Malaysia pada tahun 2015
iaitu:
Negara Kedudukan Jumlah Dagangan
pada tahun dengan Malaysia 2015
Republik Rakyat China
Singapura 2015 (USD bilion)
Jepun 1 59.1
Thailand 2 48.8
Indonesia 4 32.8
Republik Korea 5 22.1
India 7 15.4
Australia 8 14.4
New Zealand 10 12.0
11 11.7
24 1.8
Jumlah perdagangan ini menunjukkan bahawa RCEP melibatkan rakan-
rakan dagang yang penting buat Malaysia dan penglibatan Malaysia
dalam RCEP ini akan memperkukuhkan kedudukan negara ini sebagai
pedagang utama dunia.
286
Komitmen-komitmen Malaysia di bawah RCEP ini dijangkakan untuk
merangkumi penambahbaikan kepada komitmen di bawah FTA sedia ada
ASEAN. Dalam rundingan ini, Kerajaan akan memastikan bahawa
kepentingan-kepentingan negara akan sentiasa dipelihara. Dalam konteks
ini Kerajaan sedang mengadakan konsultasi berterusan dengan sektor
swasta dan lain-lain stakeholder untuk memastikan kepentingan Malaysia
diambil kira dan dilindungi.
287
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : DATO’ DR. TAN KEE KWONG
KAWASAN : WANGSA MAJU
NO. SOALAN : 523
YB TIAN CHUA minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
DAN INDUSTRI menyatakan kesan-kesan negatif sekiranya TPPA
dilaksanakan di Malaysia.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Malaysia menyertai TPPA kerana Kerajaan percaya bahawa perjanjian ini
akan memberi manfaat dan kesan positif kepada negara. Walau
bagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa TPPA juga akan membawa
cabaran dan kos tertentu kepada negara.
TPPA adalah suatu perjanjian komprehensif dan berstandard tinggi.
Terdapat peruntukan-peruntukan dalam bab-bab tertentu khususnya Bab
Buruh, Bab Harta Intelek dan Bab Alam Sekitar yang memerlukan Malaysia
untuk melakukan pindaan terhadap undang-undang dan peraturan sedia
ada serta memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan
tersebut selaras dengan komitmen Malaysia dalam TPPA.
288
Walaupun perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan ini
dijangka akan melibatkan cabaran kepada pihak Kerajaan, namun kerajaan
percaya dalam jangka masa panjang perubahan ini akan memperbaiki
aspek tadbir urus, terutama dari segi piawaian yang lebih tinggi bagi
memelihara kebajikan buruh serta memantapkan pemeliharaan alam
sekitar.
Bagi pihak industri pula, syarikat-syarikat tempatan perlu meningkatkan
produktiviti, innovasi dan kualiti produk untuk bersaing di pasaran domestik
dan global. Melalui pembukaan pasaran dan pengurangan duti import
dalam perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA, produk-produk import
dijangka akan memberi saingan kepada produk-produk keluaran tempatan.
Bagi memastikan daya saing produk eksport pula, produk-produk yang
dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tempatan perlu mencapai dan mematuhi
piawaian tertentu agar menjadi lebih kompetitif di pasaran global.
Sebagai salah sebuah negara anggota TPPA, segala undang-undang dan
peraturan yang berkaitan secara langsuang dan tidak langsung dengan
aktiviti perdagangan antarabangsa tidak boleh diwujudkan dengan
sewenang-wenangnya. Malaysia perlu telus dan sebarang perubahan yang
ingin dilakukan pada masa hadapan perlulah tidak bercanggah dengan
komitmen Malaysia dalam perjanjian ini.
Tuan Yang Dipertua,
Menyedari cabaran yang menanti, pelbagai mekanisme telah dirundingkan
untuk membantu Malaysia supaya lebih berdaya saing bukan sahaja dari
289
segi akses pasaran, tetapi juga bersaing dalam bidang teknologi
pembuatan. Sebagai contoh, dalam surat sampingan automotif yang
ditandatangani dengan Amerika Syarikat dan Kanada, kedua-dua negara-
negara telah membuat komitmen untuk menyediakan program bina kapasiti
kepada industri automotif Malaysia.
Bagi memastikan PKS dapat meraih faedah dari TPPA, Kerajaan juga akan
terus menekankan pelaksanaan program bina kapasiti. Antara program-
program yang akan dapat membantu PKS memperoleh faedah dari TPP,
termasuk:
Business Accelerator Program, yang akan memberi bimbingan
bersepadu bagi mengukuhkan teras perniagaan membina kapasiti
dan keupayaan, dan memudahkan akses kepada pembiayaan.
SCORE - alat diagnostik yang digunakan untuk menilai dan
meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan
Fungsi.
SME Financing Scheme (SSFS) (Skim Pembiayaan PKS Patuh
Shariah)
Soft Loan for SMEs oleh MIDF dengan faedah 4% per annum (at
yearly rest basis)
Sementara itu, kita juga akan menyaksikan kerjasama pelbagai agensi
seperti SME Bank, Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank), SME
Corporation Malaysia dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
290
bagi membantu pengeksport dari segi sokongan kewangan serta
mengurangkan risiko berpotensi. Program bantuan dilaksanakan secara
berterusan dan bersepadu bagi memastikan hasil yang berimpak tinggi.
Tuan Yang Dipertua,
Mengikut kajian kos faedah oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) adalah
dijangkakan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPPA membawa manfaat
kepada ekonomi dengan peningkatan dalam pertumbuhan KDNK
sebanyak USD107-211 bilion sepanjang 2018-2027, pertambahan
pelaburan sebanyak USD136-239 bilion serta pertumbuhan eksport
sebanyak 0.54-0.90 peratus dan peningkatan import sebanyak 0.65-1.17
peratus pada tahun 2027. Di samping itu, TPPA juga dijangka mewujudkan
sebanyak 1 hingga 2 juta peluang pekerjaan tambahan menjelang 2027.
Antara sektor yang dijangka akan mendapat manfaat dari akses pasaran
adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen
automotif serta elektrikal dan elektronik.
Perlu ditekankan penyertaan ke TPPA terbentuk atas pertimbangan
ekonomi secara menyeluruh untuk memperoleh peluang pasaran yang
lebih baik. Dalam konteks TPPA, ia terutamanya merujuk kepada 4 negara
FTA baharu, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Peru dan Mexico. Bagi
sesetengah produk seperti barangan E&E, panel solar, tekstil, produk
getah dan sawit, Malaysia akan memperoleh akses pasaran yang lebih
kompetitif dengan duti yang dimansuhkan apabila TPPA berkuat kuasa.
291
Di samping itu, ingin ditekankan bahawa FTA seperti TPPA memainkan
peranan sebagai ‘enabling factor’ bagi membuka akses pasaran yang lebih
luas. Ini akan memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pembuatan dan
perkhidmatan yang menarik bukan sahaja kepada pelabur TPP, tetapi juga
kepada pelabur yang lain kerana inginkan akses pasaran TPP.
292