The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-06-23 20:29:09

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

bagi meningkatkan sumbangan industri tersebut kepada ekonomi negara.
Di antara inisiatif-inisiatif berkaitan adalah:

(i) Mengenalpasti industri E&E sebagai sub-sektor pemangkin di
bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mana
usaha akan dipergiatkan ke arah mencapai sasaran kadar
pertumbuhan sektor tersebut sebanyak 4.7 peratus menjelang
tahun 2020;

(ii) Menubuhkan Majlis Strategik E&E atau E&E Strategic Council
(EESC), dengan izin, dan Kumpulan Fokus Industri E&E di
bawah Majlis Eksport Negara. Kedua-dua jawatankuasa ini
ditubuhkan khusus bagi merangka inisiatif ke arah meningkatkan
daya saing industri E&E dari segi ekosistem industri dan
meningkatkan eksport negara ke peringkat global;

(iii) Menyediakan skim galakan pre-pakej di bawah Dana Strategik
Pelaburan Domestik (DISF) untuk segmen terpilih, seperti
advanced electronics, dengan izin. Melalui DISF, Kerajaan
menyediakan bantuan dalam bentuk geran bagi tujuan latihan
untuk rakyat tempatan, menjalankan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) di dalam negara, menaiktaraf kemudahan
dan peralatan bagi menjalankan aktiviti pengilangan atau
penyediaan perkhidmatan kepada syarikat multinasional (MNC)
dan syarikat outsourcing, dengan izin; dan

(iv) Melaksanakan sebanyak 20 daripada 27 projek di bawah Projek
Permulaan (Entry Point Projects - EPPs), dengan izin, dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Economic
Areas -NKEA) untuk sektor E&E. Program yang telah
dilaksanakan sejak tahun 2011 ini bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan dan daya saing syarikat-syarikat E&E tempatan dan
seterusnya menyumbang kepada RM90.1 bilion Pendapatan
Negara Kasar (GNI) serta mewujudkan sebanyak 157,000
peluang pekerjaan pendapatan tinggi dan pertengahan
menjelang tahun 2020.

Kerajaan yakin bahawa industri E&E akan dapat terus berdayasaing dan
kekal sebagai salah satu penyumbang utama pendapatan ekport utama
negara melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut dan kerjasama erat
dengan pihak industri.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI

KAWASAN MOHD FAKEH
TARIKH : SABAK BERNAM
NO. SOALAN : 22.3.2016 (SELASA)
: 25

YB DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang melaksanakan dasar pelupusan
kenderaan lama bagi membantu pertumbuhan industri automotif negara
dan sejauh manakah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
memberi manfaat kepada industri automotif negara khususnya dalam
menghadapi ekonomi yang mencabar termasuk jangkaan jumlah jualan
industri (TIV) yang rendah tahun 2016 ini.
Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Buat masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar
tempoh jangka hayat kenderaan atau dengan izin, End Life Vehicle

(ELV). Namun, perkara ini sedang dikaji dengan mendalam terutama
dengan adanya lebih kesedaran mengenai kesan penggunaan kenderaan
berusia ke atas keselamatan jalan raya serta usaha-usaha untuk
menjamin pemuliharaan alam sekitar.
Sebelum sebarang skim ELV diperkenalkan, Dasar Automotif Nasional
(NAP) 2014 telah menekankan beberapa perkara-perkara asas yang
perlu diwujudkan terlebih dahulu seperti pelaksanaan aktiviti 3R (Reduce,
Reuse dan Recycle), termasuk aktiviti mengawal selia industri kitar
semula dan pengilangan semula (remanufacturing) industri automotif.

Setakat ini, di bawah NAP 2014, Kerajaan telah memperkenalkan
pemeriksaan kenderaan secara sukarela bagi memastikan kenderaan
adalah selamat dan sesuai digunakan di jalan raya. Selain itu, tumpuan
juga diberi kepada pelaksanaan program-program promosi bagi
meningkatkan tahap kesedaran pihak industri dan orang awam terhadap
kepentingan keselamatan kenderaan.

Tuan Yang Di Pertua,

Keanggotaan Malaysia di dalam mana-mana rundingan perdagangan
bebas (Free Trade Agreement - FTA) termasuk TPPA adalah bertujuan
memperluaskan akses barangan Malaysia di pasaran negara rakan FTA
berkenaan.

TPPA akan menyediakan pasaran kepada hampir 800 juta penduduk.
Pasaran ini adalah 26 kali ganda lebih besar daripada pasaran Malaysia
(dengan 30 juta penduduk). Dalam menghadapi situasi ekonomi yang
mencabar, TPPA dilihat secara langsung akan membuka peluang
pasaran yang lebih luas kepada industri automotif negara untuk
meningkatkan kadar eksport kenderaan dan komponen.

Oleh itu, syarikat-syarikat automotif tempatan seharusnya merebut
peluang ini untuk meningkatkan lagi daya saing dan meneroka potensi
pasaran eksport terutama di kalangan negara-negara anggota TPPA
yang belum mempunyai sebarang FTA dengan Malaysia seperti Amerika
Syarikat, Kanada, Peru dan Mexico.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM
DARIPADA : (BANDAR TUN RAZAK)
23.03.2016
TARIKH : 22

SOALAN NO. :

Tuan Yang DiPertua,

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
ranking antarabangsa terkini produktiviti tenaga kerja Malaysia menurut
pelbagai piawaian serta pelan tindakan strategik bagi merapatkan jurang
antara paras semasa Negara dan penanda aras global (USD41,649) iaitu
pencapaian Amerika Syarikat pada 1980.

Tuan Yang DiPertua,

Mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2015, produktiviti per
pekerja Malaysia berada di kedudukan ke-41 di kalangan 61 ekonomi,
dengan catatan peningkatan dalam produktiviti dari US$39,790 pada
tahun 2013 kepada US$54,150 pada tahun 2014. Walau bagaimanapun,

di kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ke-2, selepas
Singapura dan mengatasi Thailand, Indonesia dan Filipina.

Secara keseluruhan, Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang baik
dalam faktor Prestasi Ekonomi di kedudukan ke-6 dan Kecekapan
Perniagaan di kedudukan ke-10. Manakala, faktor Kecekapan Kerajaan
berada di kedudukan ke-16 dan Infrastruktur di kedudukan ke-27.

Global Competitiveness Report (GCR) 2015-2016 yang diterbitkan oleh
World Economic Forum (WEF) pula meletakkan Malaysia di kedudukan
yang lebih baik, iaitu di tempat ke-18 di kalangan 140 ekonomi. Di
kalangan negara ASEAN pula, GCR menempatkan Malaysia di
kedudukan ke-2, selepas Singapura tetapi mengatasi negara Thailand (ke-
31), Indonesia (ke-34), Filipina (ke-52), Vietnam (ke-68), Laos (ke-93),
Kemboja (ke-95) dan Myanmar (ke-134). Malaysia menunjukkan
pencapaian yang memberangsangkan dalam teras Kecekapan Pasaran
Barangan (ke-6) dan Pembangunan Pasaran Kewangan (ke-9) daripada
12 teras yang diukur.

Kerajaan sentiasa akan terus meningkatkan usaha-usaha bagi mengukuh
dan menambahbaik kedudukan Malaysia dalam ranking antarabangsa ini.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020), tumpuan
khusus diberikan kepada usaha-usaha meningkatkan produktiviti di mana
pihak Kerajaan telahpun mengenalpasti produktiviti sebagai salah satu

pemacu perubahan yang penting. Produktiviti tenaga kerja disasarkan
akan mencapai RM92,300 pada tahun 2020 berbanding RM77,100 pada
masa ini.

Penekanan diberikan kepada usaha-usaha melonjakkan produktiviti
negara sebagaimana yang digariskan dalam kertas strategi Meningkatkan
Potensi Produktiviti meliputi inisiatif-inisiatif yang bukan hanya diterajui
oleh Kerajaan, malah melibatkan penyertaan aktif sektor swasta.

Sumbangan produktiviti pelbagai faktor yang lebih tinggi akan
memastikan pertumbuhan yang lebih mampan dalam jangka panjang.
Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai inistiatif yang memenuhi keperluan
industri diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran semasa yang
dihadapi serta industri terutama industri yang mempunyai impak tinggi
kepada produktiviti dan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Antara inisiatif yang sedang dan akan gigih dilaksanakan termasuk:

i) mengurang dan menghapuskan peraturan-peraturan lapuk yang
tidak selaras dengan keperluan semasa (Reducing Unnecessary
Regulatory Burden);

ii) perancangan berasaskan produktiviti di mana penilaian
produktiviti dijadikan pengukur ‘outcome’ yang diambil kira
diperingkat penilaian cadangan dalam proses pengagihan
peruntukan pembangunan Kerajaan;

iii) memperkukuh kualiti modal insan melalui:

 latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja
tempatan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET);

 memperkenalkan Indeks Upah Kebangsaan;
 penggunaan Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS)

diperluas untuk memastikan sistem upah adalah selaras
dengan produktiviti;
 insentif untuk meningkatkan penggunaan automasi dan
mesin dalam pengeluaran bagi mengurangkan
kebergantungan tinggi terhadap pekerja yang
berkemahiran rendah. Insentif-insentif ini perlu berasaskan
prestasi; dan
 memperkukuh dan menyelaras kerjasama dalam
penyelidikan dan pembangunan, pengkomersialan dan
inovasi (R&D&C&I) melibatkan universiti, institusi
penyelidikan, industri dan Kerajaan. Mekanisme pemberian
dana untuk R&D&C&I juga akan diselaraskan.

Selain itu, produktiviti juga telah dikenalpasti sebagai salah satu pemacu
perubahan dalam RMK-11. Productiviti Gain Measurement (PGM)
dijadikan pengukur dan indikator dalam pelaksanaan beberapa projek
dan program. Bagi mencapai impak yang tinggi, pendekatan strategi
lautan biru (Blue Ocean Strategy) turut diadaptasi dalam pelaksanaan
projek dan program ini. Antara projek/program tersebut adalah:

i) skim pinjaman mudah automasi dan modernisasi bagi sektor
pembuatan; dan

ii) program automasi dan mekanisasi bagi sektor agro-makanan.

Projek-projek ini dipantau secara rapi oleh NBOS Summit yang
dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan
Perdana Menteri.

Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan ini
diharap akan dapat meningkatkan produktiviti kerja Malaysia dan
membantu meningkatkan keyakinan para pelabur dan menjadikan
Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan utama mereka.

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK ROZMAN BIN ISLI
KAWASAN : LABUAN
NO. SOALAN : 31

YB DATUK ROZMAN BIN ISLI minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah perancangan
pihak Kementerian untuk menubuhkan pejabat MITI di Labuan bagi
mempercepatkan proses permohonan dan sebagainya bagi
meningkatkan status pulau ini sebagai hub minyak dan gas, pusat
perniagaan rantau ini dan pusat kewangan antarabangsa.

JAWAPAN:

Tuan yang Di Pertua,

1. Setakat ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan pejabat
wilayah di Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan). Pejabat Wilayah
MITI di Kota Kinabalu, Sabah juga bertanggungjawab untuk memantau

dan menguruskan hal-hal berkaitan pelaburan, pembangunan
perindustrian dan perdagangan di WP Labuan.

2. Jumlah perdagangan yang terlalu rendah di WP Labuan iaitu
sebanyak 1.0% berbanding jumlah dagangan Malaysia bagi tahun 2015
merupakan salah satu faktor yang membawa kepada
keputusan berkenaan. Nilai pelaburan bagi WP Labuan pula
han yala h 0.01 %berbanding jumlah pelaburan seluruh Malaysia.
Manakalabagi pemprosesan Approved Permit (AP) dan Preferential
Certified of Origin (COO) hanya melibatkan satu syarikat bagi AP dan
dua syarikat bagi COO, yang mana jumlah ini adalah terlalu kecil untuk
menjustifikasikan penubuhan Pejabat MITI di WP Labuan.

3. MITI kini sedang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan
kepada
pihak awam secara cepat dan efisyen. Semua pemprosesan berkaitan
dengan eksport dan import kini dilakukan secara atas talian (online) yang
mengurangkan masa serta keperluan untuk melawat pejabat MITI.

4. Di samping itu, MITI kerap mengadakan lawatan kerja di sekitar
Sabah dan juga di WP Labuan bagi tujuan:

 meningkatkan kesedaran mengenai dasar negara terkini serta
program-program bantuan yang disediakan MITI dan agensi; dan

 mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai
isu-isu yang dihadapi.

5. MITI disokong oleh enam (6) agensi iaitu MIDA, MATRADE,
SMECorp , MPC , MIDF dan SME Bank, yang juga melaksanakan
program masing-masing untuk membantu pihak industri di Sabah dan WP
Labuan.

6. Antara program-program yang telah diadakan di WP Labuan
termasuk:

 Penyelarasan lawatan pelabur-pelabur asing;
 Dialog bersama pihak Industri;
 Program Latihan;
 Program Outreach Usahawan; dan
 Lawatan Kilang.

7. Pada masa yang sama, agensi-agensi Kerajaan dan syarikat-syarikat
yang berpusat di WP Labuan sentiasa turut dijemput untuk menyertai
semua program yang diadakan di Sabah.

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Tuan V. Sivakumar
KAWASAN : Batu Gajah
TARIKH BAHAS : 23.03.2016
NO. SOALAN : 37

Menyatakan jumlah pelaburan luar negara yang memasuki negeri Perak
sejak tahun 2011 sehingga 2015 mengikut tahun. Berikan secara terperinci
pecahan sektor-sektor ekonomi yang menerima aliran masuk pelaburan
asing di negeri Perak.

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua,

Jumlah pelaburan asing keseluruhan yang diluluskan bagi tahun 2011
hingga 2015 adalah sebanyak RM263.1 bilion. Pelaburan yang diluluskan
ini merangkumi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama (pertanian,
perlombongan, perladangan dan komoditi). Pelaburan ini melibatkan
29,267 projek dan dijangka menjana peluang pekerjaan sebanyak 883,107.

Dari jumlah ini, negeri Perak telah menerima pelaburan asing sebanyak
RM6.91 bilion untuk sektor perkilangan yang melibatkan 97 projek dan
menjana sebanyak 13,892 peluang pekerjaan.

114

Jumlah pelaburan asing yang diluluskan mengikut tahun bagi negeri Perak
adalah seperti berikut:-

Tahun Jumlah Pelaburan Asing (RM Bilion)

2011 0.08

2012 1.60

2013 1.49

2014 0.38

2015 3.36
Jumlah 6.91

Industri Barangan Logam Asas menerima jumlah pelaburan tertinggi
sebanyak RM2.6 bilion diikuti dengan Barangan Getah (RM1.7 bilion),
Barangan Elektronik & Elektrikal (RM873.1 juta), Peralatan Pengangkutan
(RM400.3 juta), Barangan Galian Bukan Logam (RM353 juta), Kimia &
Barangan Kimia (RM319.4 juta),

industri Pengilangan Makanan (RM161.7 juta), Alat-Alat Sains &
Pengukuran (RM157 juta), Barangan Plastik (RM142.3 juta), dan Barangan
Logam (RM116.8 juta).

115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI

TARIKH KAMARUDDIN (Ampang)
NO. SOALAN : 28 MAC 2016 (Isnin)
: 10

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
sebarang perubahan boleh dilakukan dalam perjanjian TPPA sekiranya
mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan bagi rakyat Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Seperti mana tersedia maklum, satu debat Parlimen telah diadakan di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 26-28 Januari 2016, dan telah
di putuskan bahawa Malaysia akan menganggotai TPPA kerana faedah
serta kebaikan yang akan dinikmati oleh Malaysia melebihi
keburukannya.

116

2. Telah diterangkan bahawa TPPA menyediakan peluang memasuki
secara keutamaan ke pasaran 800 juta penduduk dan KDNK USD$27.5
trilion. Malaysia akan menikmati akses pasaran keutamaan khususnya
ke 4 pasaran FTA yang baharu, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico
dan Peru kerana kebanyakan duti import akan dimansuhkan sebaik
sahaja TPP berkuat kuasa. Begitu juga dengan usahawan tempatan
yang akan dapat mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan
mereka dan menyertai rantaian bekalan global melalui pembekalan
kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia atau pun syarikat-syarikat di
negara-negara TPP.

3. Sebagai contoh, dengan TPP, duti import bagi hampir 73% daripada
ekport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-
merta dengan kuat kuasanya TPP. Tanpa TPP, hanya 11% daripada
ekport tektil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import sifar.

4. Selain itu, TPP juga akan memansuhkan duti import bagi produk-produk
eksport utama Malaysia seperti E&E, barangan getah, minyak sawit, alat
ganti automotif, serta produk kayu-kayan ke pasaran TPP khususnya ke
Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dan Peru.

5. Malah, dari segi pelaburan pula, Malaysia dijangka kekal sebagai
destinasi pelaburan dan hub pembuatan yang menarik di rantau ini.
Pada 2015, Malaysia telah mencatatkan sejumlah RM186.7 bilion
pelaburan dalam sektor pembuatan, dengan jumlah pelaburan asing
yang sebanyak RM 36.1 bilion. Pelaburan asing ini tertumpu kepada
industri pembuatan produk elektrik & elektronik, produk logam asas,

117

produk galian bukan logam dan kimia & produk kimia. Ia seterusnya di
jangka akan mewujudkan 180, 240 peluang pekerjaan baru.

6. Bagi pengguna pula, mereka akan menikmati pilihan produk dan
perkhidmatan yang lebih luas, berkualiti tinggi serta pada harga yang
lebih kompetitif.

7. Dalam menimbang obligasi penyertaan Malaysia dalam TPP, Kerajaan
sedar akan cabaran yang perlu ditangani di samping manfaat yang
sedang menunggu kita. Sehubungan itu, dalam setiap dasar atau
keputusan yang kita ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan
liberalisasi pasaran.

8. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian TPP ini berkuat kuasa iaitu di
jangka pada tahun 2018, sekiranya didapati ianya mendatangkan lebih
banyak keburukan kepada negara, Malaysia boleh membawa perkara
ini ke perhatian negara-negara TPPA yang lain melalui Suruhanjaya
TPPA yang akan diwujudkan selepas TPPA ini berkuatkuasa bagi
membincangkan jalan penyelesaian atau membantu Malaysia dalam
mengatasi kesulitan yang dihadapi akibat TPPA ini.

9. Disamping itu perjanjian ini mempunyai klausa ulangkaji atau review
yang boleh digunakan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
Malaysia akibat TPPA. Review ini akan dijalankan dalam tiga (3) tahun
selepas perjanjian berkuatkuasa dan sekurang-kurangnya setiap lima
(5) tahun berikutnya.

118

10. Jikalau Malaysia merasakan bahawa jalan penyelesaian tidak memadai,
Malaysia mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada TPP dengan
pemberian notis 6 bulan, sepertimana diperuntukkan di bawah Artikel
30.6 perjanjian TPP.

119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DR. NOOR AZMI BIN GHAZALI
KAWASAN : BAGAN SERAI
TARIKH : 29.03.2016 (Selasa)
NO. SOALAN : 23

YB DR. NOOR AZMI GHAZALI minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Malaysia sudah
mengenal pasti secara khusus negara, industri dan produk yang berpotensi
dan sejauh manakah kesediaan Malaysia untuk benar-benar meraih
peluang yang amat besar ini. Manfaat TPP akan hanya dapat dikecapi
sekiranya Malaysia menyusun strategi yang berfokus untuk menembusi
pasaran baharu dan juga menarik pelaburan ke Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Perdagangan antarabangsa adalah sangat penting bagi sebuah negara
perindustrian yang pesat membangun seperti Malaysia. Pada tahun 2015,
jumlah nilai dagangan Malaysia mencecah RM1.46 trilion, di mana nilai
eksport berjumlah RM779.9 billion manakala jumlah import pula adalah
sebanyak RM685.6 billion.

120

8. Bagi meningkatkan daya saing industri tempatan, khususnya
syarikat-syarikat yang berkeupayaan mengeksport barangan ke luar
negara, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas,
yang melibatkan rakan-rakan dagang utama seperti negara-negara
ASEAN, China, Jepun, Korea, India dan Australia. Melalui TPPA, Malaysia
akan menikmati akses pasaran berkeutamaan ke empat pasaran FTA yang
baharu, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

9. Melalui TPPA, lebih 90 peratus produk eksport Malaysia akan diberi
penghapusan duti import secara serta merta di Amerika Syarikat dan
Kanada, manakala Mexico dan Peru akan menghapuskan kira-kira 80
peratus duti import secara serta merta. Di antara barangan eksport utama
yang akan mendapat layanan istimewa di pasaran TPP adalah produk
elektrikal & elektronik (E&E), produk getah, produk kayu dan perabot,
tekstil, komponen & alat ganti kenderaan, produk sawit, mesin & peralatan
dan barangan kimia.

10. TPPA juga membuka peluang bagi Malaysia untuk menjadikan
Malaysia sebagai Hub Pengeluaran untuk barangan parts and components
bagi industri automotif.

11. Bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan, termasuk Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS) dapat mengambil peluang melalui perjanjian
TPP, Kementerian ini dan agensi-agensi MITI seperti MATRADE,
SMECORP dan SME Bank akan terus bekerjasama dengan pihak industri
bagi melaksanakan program-program pembangunan kapasiti dan

121

penggalakan eksport.

12. Dari segi pelaburan pula, TPP dijangka akan terus menjadikan
Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan dan hub pembuatan yang
menarik dan kompetitif di rantau ini. Pada tahun 2015, Malaysia telah
mencatatkan sejumlah RM74.7 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan,
dengan jumlah pelaburan asing yang diterima adalah sebanyak RM 21.9
bilion. Pelaburan asing ini tertumpu kepada industri pembuatan produk
elektrik & elektronik, produk logam asas, produk galian bukan logam dan
kimia & produk kimia. Ia seterusnya menyumbang kepada pewujudan 66,
494 peluang pekerjaan, di mana kira-kira 40 peratus adalah terdiri daripada
eksekutif dan tenaga mahir dalam kategori pengurusan, teknikal dan
penyeliaan serta tenaga mahir.

Tuan Yang Dipertua,

13. MITI akan terus bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain,
agensi-agensi Kerajaan dan pihak industri bagi merancang dan
melaksanakan dasar-dasar serta program-program bagi mengekalkan
daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global, khususnya untuk
mengambil peluang hasil daripada penyertaan Malaysia dalam TPP.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

122

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN

TARIKH HAMZAH (JASIN)
NO. SOALAN
: 29.03.2016
: 28

YB Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:

(a) inisiatif agar Malaysia mampu berterusan mencatat prestasi
perdagangan melepasi angka yang dicatatkan pada tahun 2015 di
sebalik persekitaran pasaran global tidak menentu; dan

(b) langkah mengekalkan prestasi dagangan kukuh bersama China,
ASEAN, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Pada tahun 2015, Malaysia telah mencatatkan jumlah perdagangan
sebanyak RM1.466 trillion dengan peningkatan sebanyak 1.2% berbanding
tahun 2014. Eksport pada tahun yang sama juga turut meningkat 1.9%
berbanding tahun 2014 kepada RM779.95 billion.

123

Pada tahun 2016, prestasi perdagangan negara dijangka akan terus
dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran global terutamanya ekonomi
negara China serta ketidakstabilan harga pasaran komoditi seperti
petroleum, gas dan kelapa sawit yang dijangka kekal lemah.

Bagi memastikan negara berterusan mencatatkan prestasi yang
meningkat, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan pada tahun 2016.
MATRADE telah merancang 150 program termasuk program promosi
pasaran (85 program) dan program pembangunan pengeksport (65
program).

Program pembangunan pasaran merangkumi aktiviti seperti Pameran
Perdagangan Luar Negara, Misi Pemasaran Khusus, Market Immersion,
Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing
Programmes), Geran Pembangunan Pasaran (Marketing Development
Grants) dan program pameran perdagangan dalam negara yang
dikendalikan MATRADE iaitu International Trade Malaysia (INTRADE) dan
Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). Selain itu, tujuh (7)
program galakan turut akan dilaksanakan pada tahun 2016 bagi tujuan
yang sama. Program-program ini termasuk Program Syarikat Tingkat
Pertengahan (Middle Tier Companies), Going Export (GoEx), E-Dagang
atau eTRADE dan Dana Eksport Perkhidmatan (Services Export Fund).

Pasaran ASEAN, Kesatuan Eropah (EU), China dan Amerika Syarikat
merupakan rakan dagang penting bagi negara. Usaha dan langkah telah
dirancang bagi memastikan prestasi perdagangan terus kukuh dan
berkembang di pasaran tersebut.

124

Tumpuan juga turut diberikan kepada pendekatan kerjasama bersama
pengimport seperti rangkaian peruncit, hypermarket dan pusat perolehan
(procurement centre) dari negara-negara tersebut.

Jumlah aktiviti yang akan dijalankan berdasarkan pasaran ASEAN,
Kesatuan Eropah (EU), China dan Amerika Syarikat adalah seperti berikut:

(i) ASEAN - 17 program
(ii) EU - 11 program
(iii) China - 8 program
(iv) USA - 3 program

Bagi menggalakkan eksport ke negara-negara ASEAN, pelbagai inisiatif
telah dilaksanakan termasuk:

i. menghapuskan duti import ke atas lebih 96% garis tarif untuk tujuan
perdagangan intra-ASEAN di bawah Perjanjian Perdagangan ASEAN
(ASEAN Trade in Goods Agreement – ATIGA);

ii. meliberalisasikan lebih 100 sub-sektor perkhidmatan bagi 9 pakej-
pakej di bawah Rangka Kerja Perjanjian ASEAN Berkenaan
Perkhidmatan (ASEAN Framework Agreement in Services – AFAS);
dan

125

iii. mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif melalui Perjanjian
Pelaburan Komprehensif ASEAN (ASEAN Comprehensive
Investment Agreement – ACIA).

Inisiatif-inisiatif akses pasaran ini telah membolehkan barangan,
perkhidmatan dan pelaburan dari negara-negara ASEAN bergerak secara
bebas tanpa halangan-halangan tarif dan bukan tarif.

Bagi memastikan aktiviti dan aliran perdagangan dan pelaburan dapat
berjalan secara lancar (seamless trade), mudah serta menjimatkan masa
dan kos, ASEAN sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani isu
berkaitan Non-Tariff Barriers (NTBs) dan juga kesan halangan yang wujud
hasil daripada Non-Tariff Measures (NTMs) NTMs. Antara inisiatif-inisiatif
yang telah dan sedang diambil oleh ASEAN untuk menangani isu berkaitan
NTBs dan juga NTMs adalah:

i. Mewujudkan platform ASEAN Solutions for Investments, Services
and Trade (ASSIST) yang merupakan kemudahan sesi konsultasi
atas talian untuk menangani permasalahan operasi yang dihadapi
oleh komuniti perniagaan dalam isu merentasi sempadan yang
berkaitan dengan pelaksanaan perjanjian-perjanjian ekonomi
ASEAN;

ii. Membangunkan ASEAN Trade Repository (ATR) yang berperanan
sebagai sebuah pusat sehenti (one-stop centre) bagi maklumat
berkaitan perdagangan negara-negara ASEAN;

126

iii. Pelaksanaan sistem ASEAN Single Window (ASW) yang
membolehkan pertukaran dokumen atau data perdagangan secara
interaktif dan atas talian bagi urusan eksport dan import yang lebih
efisyen;

iv. Membangunkan Skim Perakuan Sendiri (ASEAN Self-Certification
Scheme) yang membenarkan pengeksport dan pengeluar untuk
memperakukan sendiri Sijil Tempasal (Certificate of Origin); dan

v. ASEAN turut berkerjasama dengan organisasi seperti ERIA (East
Asia Research Institute) dan ARISE (ASEAN Regional Integration
Support by the EU) untuk mewujudkan satu pangkalan data NTMs di
rantau ASEAN.

Manakala di peringkat Malaysia pula, Kerajaan turut mengambil pelbagai
inisiatif dan aktiviti untuk meningkatkan perdagangan dengan negara-
negara ASEAN. Antaranya termasuklah mengadakan misi galakan
perdagangan dan pelaburan secara berkala ke negara-negara ASEAN bagi
mengukuhkan lagi ikatan kerjasama perdagangan dan pelaburan.
Menerusi usaha ini, Malaysia berpeluang untuk mempamerkan peluang-
peluang perniagaan dan pelaburan di Malaysia serta memperkukuhkan
rangkaian perniagaan dan mewujudkan inisiatif usahasama. Usaha ini
bukan sahaja dapat mempromosi perdagangan negara, malahan negara-
negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina juga telah mula melabur
dan melihat Malaysia sebagai satu pasaran yang penting bagi pelaburan
mereka.

127

Program-program promosi eksport dengan kerjasama bersama agensi-
agensi di bawah Kementerian seperti MATRADE, MIDA, SMECorp, dan
HDC juga giat dijalankan bagi mempromosikan barangan dan
perkhidmatan keluaran Malaysia ke negara-negara ASEAN. Program-
program tersebut bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, bahkan turut
diadakan di negara-negara ASEAN.

Program-program yang diadakan di negara-negara ASEAN adalah seperti
Malaysia-Thailand Cross-Border Trade Fair, Border Trade Initiatives to
Davao bersempena Davao Trade Expo di Filipina, Malaysia Services
Exhibition (MSE) and Showcase Malaysia di Yangon, Myanmar dan
Specialised Marketing Missions di beberapa negara ASEAN terpilih.

Di samping itu, pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan juga akan
menjalankan promosi eksport masing-masing menggunakan pendekatan
Dasar Lautan Biru Kebangsaan, dimana satu program promosi bersepadu
akan dianjurkan sebagai Program Promosi Satu Malaysia.

Selain itu, Majlis Eksport Negara (NEC) telah merangka pelbagai strategi
dan pelan tindakan telah dan akan diambil untuk meningkatkan lagi eksport
negara dari masa ke semasa.

128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK HAJAH NORAH BINTI ABD

RAHMAN [TANJONG MANIS]

TARIKH : 29.03.2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 39

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah perkembangan
terkini mengenai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh
SME Corp. yang dilancarkan pada tahun 2014 dan bilakah geran
permulaan perniagaan berjumlah RM15,000 untuk setiap usahawan akan
diberikan kepada mereka yang menyertai program tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan salah
satu daripada usaha Kerajaan untuk menggalakkan generasi muda
khususnya belia Bumiputera yang mempunyai sijil kemahiran untuk
menceburi bidang perniagaan. Program ini dilaksanakan oleh SME Corp.
Malaysia melalui strategi lautan biru dengan kerjasama pelbagai
Kementerian dan agensi, termasuklah Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

129

dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi berkaitan seperti
Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Unit
Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), JPM serta Jabatan Latihan
Khidmat Negara (JLKN).

Program ini mempunyai tiga (3) Fasa, iaitu:

i. Fasa Pertama - latihan fizikal asas bercirikan bootcamp ala
ketenteraan untuk menguji kecekalan minda serta penonjolan ciri
kepimpinan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran
semasa menjalankan perniagaan;

ii. Fasa Kedua - pendedahan dengan lanskap perniagaan terkini
meliputi jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh
Kerajaan, perakaunan asas, pemasaran serta pembentangan
idea dan konsep/model perniagaan; dan

iii. Fasa Ketiga – bimbingan dan pemantauan perniagaan menerusi
Sistem Buddy oleh kaunselor perniagaan SME Corp. Malaysia,
serta pakar-pakar dari Panel Penasihat Pakar PKS (SEAP)
selama setahun.

Pada tahun 2014, seramai 448 peserta dari seluruh Negara telah
menyertai Program TUBE dan daripada jumlah tersebut, 442 peserta atau
98.6% telah berjaya memulakan perniagaan masing-masing. Geran
Permulaan berjumlah RM15,000 untuk setiap usahawan juga telah
disalurkan sepenuhnya kepada peserta-peserta tersebut.

130

Antara pencapaian Program TUBE adalah sebanyak 848 peluang
pekerjaan baharu telah diwujudkan dan jualan keseluruhan berjumlah
RM17.8 juta telah dicatatkan. Daripada jumlah tersebut juga, seramai 442
usahawan Bumiputera baharu telah diwujudkan di seluruh Negara.
Pada tahun 2015, Program TUBE 2.0 telah disertai oleh 495 peserta dan
layak untuk menerima geran permulaan perniagaan berjumlah RM15,000
akan diberikan kepada setiap usahawan apabila berjaya memulakan
perniagaannya.
Peruntukan bagi Program TUBE sebanyak RM9 juta juga diluluskan untuk
tahun 2016 dan dijangka akan memberi manfaat kepada 500 orang belia
Bumiputera.

131

EMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN FONG KUI LUN
KAWASAN : BUKIT BINTANG
TARIKH : 29.3.2016 (Selasa)
NO. SOALAN : 45

SOALAN

YB Tuan Fong Kui Lun minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan baik dan
buruk TPPA kepada Negara dan rakyat terutama sektor permotoran,
kesihatan dan makanan.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

2. TPPA akan memberi akses pasaran yang lebih baik kepada
pengeluar produk permotoran/automotif tempatan melalui penghapusan
duti import di negara-negara TPPA, termasuk peluang untuk Proton dan
Perodua mengeksport ke negara TPPA. Melalui Bab Peraturan Tempasal,
syarikat-syarikat tempatan khususnya pengeluar komponen dan alat ganti
mendapat peluang untuk menyertai rantaian bekalan dalam rantau TPPA
kerana syarikat-syarikat pembuat kenderaan utama di Jepun perlu

132

mengguna pakai input daripada negara TPP untuk mendapatkan layanan
istimewa bagi tujuan eksport ke pasaran TPPA. Sebagai contohnya, 55%
kandungan komponen dan alat ganti automotif perlu berasal dari negara
TPP. Selain daripada itu, Amerika Syarikat dan Kanada bersetuju untuk
bekerjasama dan berkongsi kepakaran teknikal dalam bidang automotif
dengan Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

3. TPPA tidak menghalang negara untuk mengambil langkah-langkah
untuk melindungi kepentingan kesihatan awam. Setiap negara mempunyai
hak untuk menentukan keadaan darurat atau keadaan lain yang
mendesak, yang membawa kepada krisis kesihatan awam seperti penyakit
HIV/AIDS, tibi, wabak malaria dan lain-lain penyakit dan Kerajaan boleh
mengambil langkah-langkah untuk melindungi kepentingan kesihatan
awam berdasarkan Deklarasi ke atas Perjanjian TRIPS dan Kesihatan
Awam di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia atau WTO.

4. Dengan ini, sekiranya terdapat ubat penyelamat nyawa yang mahal,
Kerajaan boleh menggunakan peruntukan di bawah “Compulsory Licence”
dan “Government’s Right” untuk mengilang/mengimport ubat generik bagi
memastikan akses kepada ubat pada harga yang lebih murah.

5. Dalam masa yang sama, Malaysia telah merundingkan peruntukan
‘access window’ bagi Data Exclusivity (DE) di mana sekiranya sesuatu
ubatan baharu sama ada biologik ataupun ubatan berasaskan kimia ingin

133

menikmati DE di Malaysia, syarikat inovator perlu mendaftarkan produk di
Malaysia dalam tempoh 18 bulan daripada ianya pertama kali mendapat
kelulusan pemasaran di mana-mana negara. Peruntukan ‘access window’
ini dapat:

 menggalakkan kemasukan ubatan baharu ke Malaysia;
 mengelakkan pemanjangan tempoh perlindungan paten (overhang of

a patent term) (Contohnya: 20 tahun untuk paten dan tambahan 5
tahun untuk perlindungan data); dan
 memastikan tiada kelewatan dalam kemasukan produk generik dan
biosimilar ke pasaran di akhir tempoh paten.

Tuan Yang Dipertua,

6. Jaminan bekalan makanan adalah satu isu penting yang diambil
perhatian serius oleh Kerajaan. Malaysia pada masa ini belum mampu
untuk menghasilkan sendiri semua produk makanannya dan masih perlu
disokong oleh produk makanan import.

7. Selepas TPPA berkuat kuasa, produk yang diimport juga dijangka
menjadi lebih murah kesan penghapusan duti. Ini akan memberi faedah
kepada pengguna serta industri produk hiliran yang menggunakan bahan
mentah import. Namun, ia juga akan memberi persaingan kepada industri
agromakanan tempatan, khususnya bagi produk yang bersifat pengganti
(substitute). Namun impak persaingan ini dijangka tidak begitu drastik
kerana bagi produk-produk sensitif negara, penghapusan duti hanya dibuat
secara berperingkat-peringkat. Beberapa produk juga masih tertakluk

134

kepada kawalan kuantiti melalui kuota.

8. Selain itu, pada masa ini Malaysia sudah pun merupakan negara
pengeksport produk pertanian yang penting di dalam TPPA. Antara eksport
produk pertanian Malaysia kepada pasaran TPPA ialah ayam dan produk
ayam (83%) berjumlah RM542.3 juta dan produk perikanan (73%)
berjumlah RM 1.96 bilion.

9. Di bawah Dasar AgroMakanan Negara 2011-2020, Malaysia sedang
berusaha meningkatkan pengeluaran produk agromakanan bukan sahaja
untuk menampung keperluan dalam negara malah untuk meningkatkan
eksport. Dengan segala program yang telah diatur, Malaysia boleh
meningkatkan keupayaan sub-sektor di bawahnya untuk bersaing di dalam
TPPA.

10. Dalam TPPA, semua negara ahli akan menghapuskan duti import ke
atas sekurang-kurangnya 99% produk, yang mana akan mengurangkan
kos eksport, meningkatkan daya saing produk dan mendorong permintaan.
Dengan ini, Malaysia akan menikmati akses pasaran yang lebih luas bagi
eksport produk pertanian khususnya produk perikanan, ternakan, buah-
buahan, bunga hiasan dan produk industri asas tani. Sebagai contoh:

Perikanan:
 Eksport kepada negara TPPA 2014: RM1.96 billion (70% daripada
jumlah eksport keseluruhan.)
 Duti import yang dikenakan sebelum TPPA: sehingga 15%
 Duti import yang dikenakan selepas TPPA: 0% serta merta.

135

Ternakan:
 Eksport kepada negara TPPA 2014: RM542.3 juta (82.6% daripada
jumlah eksport keseluruhan.)
 Duti import yang dikenakan sebelum TPPA: sehingga 200%
 Duti import yang dikenakan selepas TPPA: 0% dalam tempoh 10
tahun.

11. Pembukaan pasaran tidaklah harus dipandang sebagai satu
ancaman sebaliknya untuk membantu usaha menjamin bekalan untuk
memenuhi keperluan rakyat dan industri pembuatan. Pada masa yang
sama, TPPA tidak menghalang Kerajaan daripada memberikan sokongan
yang perlu untuk terus membangunkan industri pertanian negara dan
menjamin kebajikan rakyat.

136

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT
KAWASAN : HULU LANGAT
TARIKH : 29.3.2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 52

YB DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan alasan kenaikan harga
kereta PROTON dalam keadaan kemungkinan akan berlaku pertandingan
yang hebat dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta lain setelah
Perjanjian TPPA ditandatangani.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Penstrukturan semula harga kereta PROTON dikatakan berpunca daripada
pelbagai faktor termasuk ketidaktentuan kadar pertukaran mata wang asing
dan kegawatan ekonomi semasa yang telah menjejaskan operasi
pembekal (vendor) PROTON terutama dari segi harga import bahan
mentah dari luar negara yang semakin tinggi.

Bagi menghadapi cabaran ini dan persaingan daripada syarikat-syarikat
pengeluar kereta lain, PROTON telah berusaha untuk mengeluarkan

137

model baharu di samping menawarkan kereta yang berteknologi tinggi
merangkumi pelbagai aspek seperti nilai keseluruhan (value for money),
tahap keselamatan pengguna, prestasi pemanduan serta reka bentuk
moden untuk model-model baharu yang sedang dibangunkan untuk
pasaran tempatan dan serantau. Langkah-langkah ini diharap dapat
membantu PROTON untuk menjadi lebih kompetitif dan seterusnya
meningkatkan hasil jualannya di pasaran tempatan.

Di samping itu, dalam pelan perniagaan jangka panjang, PROTON turut
berusaha mencari rakan strategik bagi meningkatkan keyakinan pengguna
dan mengukuhkan penjenamaan PROTON di dalam dan luar negara.

Pada masa yang sama, PROTON juga berhasrat untuk mengembangkan
eksportnya ke pasaran baharu di Asia dan negara-negara ahli TPPA
termasuk Chile, Brunei, Viet Nam, New Zealand dan Australia. Walaupun
PROTON masih menjalankan kajian terperinci mengenai faedah TPPA, ia
tidak menjejaskan usahanya untuk meneroka peluang pasaran eksport
dengan mengambil pendekatan yang lebih holistik.

138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
KAWASAN : GOMBAK
TARIKH : 29.3.2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 61

YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi
khusus Kerajaan terhadap beberapa industri berkepentingan seperti kereta
nasional, perubatan dan hak cipta karya selepas perjanjian TPP.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Sumbangan sektor-sektor utama seperti industri automotif, peranti
perubatan dan hak cipta karya kepada ekonomi negara akan terus
terpelihara walaupun selepas TPPA dilaksanakan sepenuhnya.

Di bawah TPPA, Malaysia akan memansuhkan duti import produk
automotif termasuk kenderaan siap dipasang atau dengan izin Completely
Built Up (CBU) bagi semua negara anggota TPPA. Namun demikian,
pegangan pasaran bagi kereta nasional PROTON dan PERODUA dijangka
tidak akan tergugat kerana sumber import utama kenderaan bermotor

139

masih dari negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Indonesia, serta
Jepun dan Korea.

Malah, TPPA akan membuka peluang kepada PROTON dan PERODUA
untuk menerokai potensi pasaran eksport terutama di kalangan negara-
negara anggota TPPA yang belum mempunyai FTA dengan Malaysia
seperti Amerika Syarikat, Kanada, Peru dan Mexico.

Selain daripada itu, Amerika Syarikat dan Kanada telah bersetuju untuk
bekerjasama dan berkongsi kepakaran teknikal dalam bidang automotif
dengan Malaysia dan ini dapat meningkatkan lagi kualiti pengeluaran dan
potensi produk automotif yang di eksport ke negara-negara tersebut.

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi industri peranti perubatan, Malaysia telah berjaya merundingkan
langkah-langkah yang menjaga kepentingan awam serta mengalakkan
penyertaan industri generik. TPPA tidak menghalang negara untuk
mengambil langkah-langkah untuk melindungi kepentingan kesihatan
awam. Malaysia mempunyai hak untuk menentukan keadaan darurat atau
keadaan lain yang mendesak, yang membawa kepada krisis kesihatan
awam seperti penyakit HIV/AIDS, tibi, wabak malaria dan lain-lain penyakit
dan Kerajaan boleh mengambil langkah-langkah untuk melindungi
kepentingan kesihatan awam berdasarkan Deklarasi WTO ke atas
Perjanjian TRIPS dan Kesihatan Awam.

140

Dengan ini, sekiranya terdapat ubat penyelamat nyawa yang mahal,
Kerajaan boleh menggunakan peruntukan di bawah “Compulsory Licence”
dan “Government’s Right” untuk mengilang/mengimport ubat generik bagi
memastikan akses kepada ubat pada harga yang lebih murah.

Dalam masa yang sama, Malaysia telah merundingkan peruntukan ‘access
window’ bagi Data Exclusivity (DE) di mana sekiranya sesuatu ubatan
baharu sama ada biologik ataupun ubatan berasaskan kimia ingin
menikmati DE di Malaysia, syarikat inovator perlu mendaftarkan produk di
Malaysia dalam tempoh 18 bulan daripada ianya pertama kali mendapat
kelulusan pemasaran di mana-mana negara. Peruntukan ‘access window’
ini dapat:

 menggalakkan kemasukan ubatan baharu ke Malaysia;
 mengelakkan pemanjangan tempoh perlindungan paten (overhang of

a patent term) (Contohnya: 20 tahun untuk paten dan tambahan 5
tahun untuk perlindungan data); dan
 memastikan tiada kelewatan dalam kemasukan produk generik dan
biosimilar ke pasaran di akhir tempoh paten.

Tuan Yang Dipertua,

Berhubung dengan hak cipta, Malaysia dan negara-negara ahli TPPA
bersetuju untuk melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta sedia ada
daripada 50 tahun kepada 70 tahun. Perlindungan hak cipta bertujuan
untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti dengan memberi perlindungan

141

kepada penerbitan lagu, filem, buku, perisian dan persembahan untuk satu
jangkamasa yang ditetapkan.
Kajian Kepentingan Negara oleh ISIS mendapati kos pendidikan dijangka
tidak akan terjejas dengan lanjutan tempoh hak cipta kerana hanya buku
teks terkini digunakan dengan kerap dan meluas di Malaysia. Tambahan
pula, terdapat beberapa pengecualian daripada komitmen kepada pelajar
universiti bagi tujuan:
 Pengajaran,
 Penyelidikan,
 Akses maklumat oleh individu yang ada kesukaran penglihatan,

ataupun
 Lain-lain tujuan yang seumpama.

142

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ANUAR BIN ABD. MANAP

TARIKH (SEKIJANG)
NO. SOALAN : 29 MAC 2016
: 68

YB TUAN ANUAR BIN ABD. MANAP minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan semasa
rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
(RCEP) yang melibatkan negara ASEAN serta 6 buah negara lain dan
sejauh manakah perjanjian FTA seperti RCEP ini akan terkesan melalui
peraturan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah
ditandatangani Malaysia memandangkan terdapat rakan perkongsian
RCEP ini turut menjadi negara anggota TPPA.

JAWAPAN:

Tuan yang Di Pertua,

11. RCEP dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific
Partnership Agreement – TPPA) merupakan dua perjanjian perdagangan
bebas (free trade agreement – FTA) yang berbeza. Oleh yang demikian,
bab-bab yang dirundingkan di dalam RCEP tidak menjadikan TPPA
sebagai tanda aras. Tanda aras yang telah dipersetujui adalah

143

berdasarkan FTA serantau yang telah dimuktamadkan dengan 6 negara-
negara rakan FTA ASEAN iaitu Australia, New Zealand, Republik Rakyat
China, Jepun, Republik Korea dan India.

12. FTA serantau ini hanya memberikan fokus kepada penambahbaikan
terhadap elemen-elemen yang telah sedia ada wujud dalam FTA serantau
ASEAN seperti perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan,
pelaburan dan kerjasama ekonomi dan teknikal. Elemen-elemen baru
seperti Harta Intelek, Dasar Persaingan dan Perdagangan Elektronik pula
dipersetujui untuk dirundingkan selari dengan suasana perdagangan dan
pelaburan semasa.

13. Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (Regional
Comprehensive Economic Partnership – RCEP) telah disasarkan untuk
dimuktamadkan pada akhir tahun 2015. Namun begitu, masa yang lebih
panjang diperlukan untuk memuktamadkan perjanjian ini khususnya dalam
perkara-perkara teknikal. Oleh yang demikian, pada 22 November 2015,
Ketua-Ketua negara RCEP telah mengeluarkan kenyataan bersama yang
antara lainnya memanjangkan masa untuk RCEP supaya dimuktamadkan
pada akhir tahun 2016. Perlu ditekankan bahawa RCEP ini merupakan
sebuah FTA yang dipandu oleh ASEAN.

Tuan yang Di Pertua,

14. Sehingga Februari 2016, sebanyak 11 pusingan rundingan RCEP
telah dijalankan. Fokus rundingan kini adalah kepada akses pasaran dalam
bab perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan. Teks

144

perjanjian RCEP juga sedang dirundingkan dengan lebih agresif bagi
memastikan ianya dapat dimuktamadkan dalam masa yang telah
ditentukan. Sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 19 bab bagi
perjanjian RCEP yang merangkumi antara lainnya:

(x) Perdagangan Barangan;
(xi) Perdagangan Perkhidmatan;
(xii) Pelaburan;
(xiii) Kerjasama Ekonomi dan Teknikal;
(xiv) Harta Intelek;
(xv) Dasar Persaingan; dan
(xvi) Penyelesaian Pertikaian;
(xvii) Perdagangan Elektronik;
(xviii) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

15. Pada masa ini, bab-bab yang dianggap sensitif bagi Malaysia dan
sebilangan negara-negara ASEAN seperti Perolehan Kerajaan, Alam
Sekitar dan Buruh tidak mendapat persetujuan penuh negara-negara
anggota RCEP untuk dirundingkan.

16. Dijangka sebanyak 5 pusingan rundingan lagi akan diadakan
sehingga penghujung tahun ini untuk memuktamadkan RCEP. Bagi
menyelesaikan isu-isu sensitif RCEP, Menteri-Menteri yang
bertanggungjawab terhadap RCEP juga telah bertemu dengan kerap untuk
memberikan kata putus dan pandangan masing-masing sebagai usaha
untuk memuktamadkan RCEP. Perjumpaan kerap Menteri-Menteri ini juga
merupakan satu mekanisma untuk memantau komitmen-komitmen yang

145

dirundingkan untuk memastikan ianya sejajar dengan kapasiti ekonomi
negara masing-masing dan akan memberikan manfaat ekonomi secara
keseluruhan.
17. Malaysia berpendapat bahawa penglibatan beberapa negara
anggota TPPA di dalam RCEP tidak akan memberi kesan langsung
terhadap komitmen-komitmen Malaysia di dalam RCEP. RCEP merupakan
sebuah FTA yang diterajui oleh ASEAN dan rundingan ini mempunyai
anggota-anggota yang terdiri dari pelbagai tahap pembangunan ekonomi
termasuk negara-negara yang berstatus negara paling kurang
membangun. Oleh yang demikian, pendekatan yang bersesuaian telah
diguna pakai di dalam rundingan RCEP selari dengan aspirasi dan
perkembangan ekonomi negara-negara anggota.

146

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL
KAWASAN : JELEBU
TARIKH : 30.3.2016 (Rabu)
NO. SOALAN : 35

SOALAN

YB DATO’ HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah dan
tindakan Kementerian dalam usaha menangkis penyebaran cerita dan
penerangan yang salah dan mengelirukan rakyat oleh sesetengah pihak
menerusi berbagai media yang telah menimbulkan kebimbangan serta
kegusaran rakyat terhadap isu Bumiputera, SME, beras, pekerjaan dan
lain-lain apabila kita menandatangani TPPA bersama 11 negara lain.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

2. Sebaran maklumat yang kurang tepat berkenaan TPPA lazimnya
disebabkan dua faktor utama, iaitu 1) kekurangan pemahaman dan 2)
perbezaan dalam pegangan ideologi.

147

3. Sehubungan itu, dalam menangani masalah tersebut, pelbagai sesi
konsultasi telah diadakan dengan pihak berkepentingan semasa rundingan
masih berlangsung. Ini bertujuan untuk menerangkan status terkini
rundingan di samping memperoleh input berkaitan dari pelbagai sektor
industri, Ahli Parlimen, NGO, akademia, pemimpin muda, ahli ekonomi dan
orang awam. Pada tahun 2013 hingga 2014, lebih daripada 100 sesi
konsultasi dan taklimat berkaitan TPPA telah Kerajaan laksanakan.

4. Manakala bagi tahun 2015 pula, sehingga 30 Disember 2015,
sebanyak 78 sesi penerangan bersama pihak-pihak berkepentingan dan
orang ramai telah diadakan oleh Kerajaan, termasuk juga di semua negeri.
Penerangan telah disampaikan dalam bahasa dan terminologi yang mudah
difahami.

5. Di samping itu, MITI juga telah mengeluarkan buku mengenai TPPA
dalam bahasa Malaysia yang menjelaskan dengan terminologi yang mudah
difahami. Buku ini telah disebarkan serta dimuatnaik ke dalam laman web
MITI. FAQs yang menjawab soalan yang lazim dibangkitkan juga telah
dimuatnaik ke dalam web MITI.

Tuan Yang Dipertua,

6. Walaupun Perjanjian TPP telah ditandatangani pada 4 Februari 2016,
pihak Kementerian akan terus melaksanakan sesi penerangan TPPA ini.
Antara kumpulan sasaran sesi penerangan ini adalah pegawai-pegawai
Kerajaan, ahli perniagaan, persatuan, syarikat-syarikat individu, NGO,
Akademia dan pelajar-pelajar. Sehingga bulan April 2016, pihak

148

Kementerian telah menerima sebanyak 40 permintaan untuk sesi
penerangan TPPA.

7. Pada 25 hingga 27 Februari 2016 yang lalu, Bengkel Bahan
Ceramah TPPA anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diadakan
kepada seramai 60 orang Pegawai Penerangan seluruh Malaysia. Tujuan
bengkel ini diadakan untuk menjelaskan butir-butir lanjut berkaitan TPPA
bagi membolehkan pegawai penerangan menyampaikan isi kandungan
TPPA dengan tepat melalui pelbagai kaedah dan pendekatan seperti
ceramah, taklimat, penerbitan, Billboard dan pameran di seluruh pelosok
tanah air. Proses penyampaian mesej mengenai TPPA ini akan
dilaksanakan sepanjang tahun 2016.

8. YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seterusnya akan
mengadakan sesi taklimat bersama wakil-wakil Negeri bagi
membincangkan komitmen Malaysia di bawah TPPA serta memastikan
pelaksanaan TPPA yang berkesan. Dalam sesi ini, YB Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menerangkan mengenai
peruntukan-peruntukan yang melibatkan Negeri-negeri berserta
pengecualian, fleksibiliti dan carve-out yang telah diperoleh. Di samping itu,
penerangan juga akan diberi berhubung tadbir urus terutama berkaitan
pengurusan alam sekitar serta pengurusan kontrak yang melibatkan
pelabur asing, bagi mengelakkan sebarang pertikaian dengan pelabur
asing. Sesi taklimat ini juga akan melibatkan pasukan perunding dan
Jabatan Peguam Negara.

149

9. Kerajaan berpandangan bahawa jurang maklumat telah pun
dikurangkan melalui sesi perbincangan seumpama ini. Pada masa yang
sama Kerajaan akan meneruskan sesi penerangan yang lebih khusus
kepada kumpulan-kumpulan sasar agar penyertaan Malaysia dalam
rundingan TPPA diterima baik oleh semua golongan di negara ini.

150


Click to View FlipBook Version