The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-06-23 20:29:09

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

MASTER DEWAN RAKYAT 1 2016

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA
: YB TUAN JEFF OOI CHUAN AUN
TARIKH (JELUTONG)
NO. SOALAN
: 30.03.2016
: 45

YB Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pencapaian
perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan sejak 2013
hingga kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2013, jumlah
perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan telah meningkat sebanyak
13.6% kepada RM56.85 bilion berbanding pada tahun 2012. Eksport telah
bertambah sebanyak 3.3% kepada RM26.2 bilion, manakala import
meningkat sebanyak 24.2% kepada RM30.65 bilion.
Bagi tahun 2014, jumlah perdagangan dua hala adalah sebanyak RM59.64
billion telah berkembang sebanyak 4.9% berbanding tahun 2013. Eksport
Malaysia ke Korea Selatan telah bertambah sebanyak 6.6% kepada

151

RM27.94 billion, sementara import dari Korea Selatan telah merekod
penurunan sebanyak 3.4% kepada RM31.70 bilion.

Bagi tahun 2015, jumlah dagangan di antara Malaysia dan Korea Selatan
adalah sebanyak RM56.28 bilion, iaitu penurunan sebanyak 5.6%
berbanding tahun 2014. Ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam
jumlah eksport dan import akibat daripada aliran perdagangan global yang
perlahan. Eksport ke Korea Selatan menurun sebanyak 9.7% kepada
RM25.23 bilion berikutan harga LNG yang lebih rendah serta pengurangan
kecil dalam kuantiti eksport. Import dari Korea Selatan yang berjumlah
RM31.05 bilion turut merekodkan penurunan sebanyak 2% berbanding
dengan tahun 2014.

Sektor pembuatan adalah penyumbang terbesar eksport negara ke Korea
Selatan yang mencatatkan peningkatan daripada 53.5% atau RM14.01
bilion pada tahun 2013 kepada 61.2% atau RM15.43 bilion pada tahun
2015.

Eksport utama Malaysia ke Korea Selatan pada tahun 2015 adalah seperti
berikut:

i. LNG bernilai RM7.70 bilion atau 30.5 % syer eksport;
ii. Produk Elektrik & Elektronik bernilai RM6.05 bilion atau 24% syer

eksport;
iii. Produk berasaskan kimia dan bahan kimia bernilai RM2.07 bilion

atau 8.2% syer eksport;
iv. Barangan perkilangan logam bernilai RM1.57 bilion atau 6.2% syer

eksport; dan

152

v. Barangan kayu bernilai RM0.79 bilion atau 3.1% syer eksport.
Bagi tempoh yang sama, import utama dari Korea Selatan adalah seperti
berikut:

i. Barangan elektrik dan elektronik bernilai RM9.19 bilion atau 29.6%
syer import;

ii. Produk berasaskan Petroleum bernilai RM4.46 bilion atau 14.4% syer
import;

iii. Produk berasaskan kimia dan bahan kimia bernilai RM3.79 bilion
atau 12.2% syer import;

iv. Jentera, perkakasan dan peralatan bernilai RM3.22 bilion atau 10.4%
syer import; dan

v. Produk besi dan keluli bernilai RM2.55 bilion atau 8.2% syer import.

153

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK

TARIKH ABDUL AZIZ (PASIR MAS)
NO. SOALAN : 31.03.2016 (KHAMIS)
: 37

TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ (PASIR MAS) minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan langkah memperkukuhkan hubungan dagang dalam kalangan
negara OIC.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan negara-negara
anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terus kekal kukuh dari tahun
ke tahun. Sejak 10 tahun yang lalu, jumlah dagangan antara Malaysia dan
OIC telah meningkat sebanyak 2 kali ganda iaitu daripada RM82.3 bilion
pada tahun 2006 kepada RM144.9 bilion pada tahun 2015. Pada tahun
lalu, jumlah eksport Malaysia ke negara-negara OIC adalah sebanyak
RM78.1 bilion manakala jumlah import adalah sebanyak RM66.8 bilion.
Rakan dagangan Malaysia yang terbesar di kalangan negara-negara OIC
adalah Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Turki dan Pakistan.

154

Negara-negara OIC merupakan pasaran yang penting kepada Malaysia
terutamanya bagi produk minyak & gas, minyak kelapa sawit, produk
elektrik dan elektronik, bahan dan produk kimia, mesin dan perkakasan,
serta barang kemas. Di samping itu, Malaysia turut mengimport petroleum
mentah, produk petroleum, bahan dan produk kimia dan lain-lain dari
negara OIC.

Tuan Yang di-Pertua,

Usaha untuk meningkatkan hubungan dagang antara Malaysia dan negara
anggota OIC termasuk penganjuran misi pemasaran khusus, pameran
perdagangan dan forum antarabangsa. Di antara pameran perdagangan
dan forum antarabangsa yang pernah dianjurkan adalah termasuk Muslim
World Biz, World Islamic Economic Forum (WIEF), World Halal Conference
dan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS).
Pada tahun 2015, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) telah mengadakan 18 Misi Pemasaran Khusus ke 12 buah
negara anggota OIC yang meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan
seperti minyak dan gas, bahan kimia, pembangunan infrastruktur,
kandungan kreatif multimedia, makanan, francais, industri maritim, produk
dan perkhidmatan perubatan.

Malaysia telah menandatangani 24 Perjanjian Perdagangan dengan
negara anggota OIC seperti Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu
dan Turki. Selain daripada usaha ini, pelaksanaan Sistem Keutamaaan
Perdagangan [Trade Preferential System (TPS)] merupakan salah satu

155

inisiatif penting di bawah kerangka ekonomi OIC yang bermatlamat untuk
meningkatkan perdagangan di kalangan negara OIC melalui tawaran akses
pasaran pada tarif keutamaan bagi produk terpilih.

MAKLUMAT TAMBAHAN

SENARAI NEGARA ANGGOTA OIC YANG MENANDATANGANI
PERJANJIAN PERDAGANGAN DENGAN MALAYSIA

1. Algeria
2. Bahrain
3. Bangladesh
4. Emiriah Arab Bersatu
5. Guinea
6. Indonesia
7. Iran
8. Iraq
9. Jordan
10. Kazakhstan
11. Kuwait (terkini pada 22 Mac 2016)
12. Lebanon
13. Maghribi
14. Mali
15. Mesir
16. Qatar
17. Sudan
18. Suriname
19. Syria (keanggotaan OIC telah digantung)

156

20. Tunisia
21. Turki
22. Uganda
23. Uzbekistan
24. Yemen

157

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA

KAWASAN : TASEK GELUGOR

TARIKH : 31.3.2016 (Selasa)

NO. SOALAN : 40

SOALAN

YB DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
apakah langkah-langkah seterusnya yang bakal dilaksanakan khususnya
dalam memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan kebimbangan
dan kegusaran rakyat berkenaan TPPA ini.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Walaupun Perjanjian TPP telah ditandatangani pada 4 Februari 2016,
pihak Kementerian akan terus melaksanakan sesi penerangan TPPA
ini. Antara kumpulan sasaran sesi penerangan ini adalah pegawai-
pegawai Kerajaan, ahli perniagaan, persatuan, syarikat-syarikat
individu, NGO, Akademia dan pelajar-pelajar. Sehingga bulan April

158

2016, pihak Kementerian telah menerima sebanyak 40 permintaan
sesi penerangan TPPA.

2. Pada 25 hingga 27 Februari 2016 yang lalu, Bengkel Bahan
Ceramah TPPA anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diadakan
kepada seramai 60 orang Pegawai Penerangan dan seluruh Malaysia.
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk menjelaskan butir-butir lanjut
berkaitan TPPA bagi membolehkan pegawai penerangan menyampaikan
isi kandungan TPPA dengan tepat melalui pelbagai kaedah dan
pendekatan seperti ceramah, taklimat, penerbitan, Billboard dan pameran
di seluruh pelosok tanah air. Proses penyampaian maklumat mengenai
TPPA ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2016.

3. YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seterusnya akan
mengadakan sesi taklimat bersama wakil-wakil Negeri bagi
membincangkan komitmen Malaysia di bawah TPPA serta memastikan
pelaksanaan TPPA yang berkesan. Dalam sesi ini, YB Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menerangkan mengenai
peruntukan-peruntukan berkenaan untuk Negeri-negeri berserta
pengecualian, fleksibiliti dan carve-out yang telah diperoleh. Di samping itu,
penerangan juga akan diberi berhubung tadbir urus terutama berkaitan
pengurusan alam sekitar serta pengurusan kontrak yang melibatkan
pelabur asing. Sesi taklimat ini juga akan melibatkan pasukan perunding
dan Jabatan Peguam Negara.

159

4. Kerajaan berpandangan bahawa jurang maklumat mengenai TPPA
dapat dikurangkan melalui sesi perbincangan seumpama ini. Pada masa
yang sama Kerajaan akan meneruskan sesi penerangan yang lebih khusus
kepada kumpulan-kumpulan sasar agar penyertaan Malaysia dalam
rundingan TPPA diterima baik oleh semua golongan di negara ini.

160

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK JUMAT BIN IDRIS [SEPANGGAR]
TARIKH : 31.03.2016 (KHAMIS)
NO. SOALAN : 42

Datuk Jumat bin Idris minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:

(a) apakah kesan kejatuhan nilai matawang ringgit terhadap industri kecil
dan sederhana; dan

(b) apakah langkah Kerajaan dalam mengekang nilai ringgit agar tidak
terus susut.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan melalui SME Corp. Malaysia telah menjalankan kajian mengenai
kesan kejatuhan nilai Ringgit ke atas perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) pada suku ketiga tahun 2015. Hasil kajian yang dijalankan ke atas
PKS yang terdiri daripada 2,336 responden dalam semua sektor ekonomi
mendapati 44% daripada mereka terpaksa menanggung kos import yang
lebih tinggi bagi input berikutan kejatuhan nilai Ringgit. Kumpulan yang

161

terjejas teruk adalah PKS bersaiz sederhana dalam sektor pembuatan.
Dengan peningkatan kos input susulan daripada kejatuhan nilai Ringgit,
kos operasi keseluruhan bagi kebanyakan responden telah meningkat. Hal
ini mengakibatkan 36% daripada jumlah responden memerlukan modal
kerja tambahan untuk terus beroperasi.

Walaupun terdapat kesan negatif kepada PKS yang terlalu bergantung
kepada bahan mentah yang diimport, kejatuhan nilai Ringgit juga memberi
manfaat kepada banyak industri di dalam negara kita. Sebagai contoh,
industri eksport di Malaysia mendapat manfaat yang besar dengan
kejatuhan nilai Ringgit, di mana eksport melepasi paras RM70.2 bilion pada
bulan September dan RM75.8 bilion pada bulan Oktober 2015 yang
merekodkan catatan eksport tertinggi dalam sejarah. Selain itu, imbangan
dagangan melonjak kepada RM12.2 bilion (tertinggi dalam tempoh 48
bulan) pada bulan September dan RM10.2 billion pada bulan Oktober
2015. Peningkatan ini, memberi manfaat kepada ekonomi negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Malaysia menggunakan polisi mengapungkan nilai Ringgit berdasarkan
ekonominya yang terbuka. Oleh itu, Kerajaan melalui Bank Negara
Malaysia sentiasa memantau prestasi Ringgit agar tidak terus susut.
Secara amnya, objektif Bank Negara Malaysia adalah untuk memastikan
nilai Ringgit terus stabil dan bukan untuk menentukan hala tuju nilai
Ringgit.

Di samping itu, untuk meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa
terhadap nilai Ringgit dan pasaran kewangan Malaysia yang dipercayai

162

akan mempercepatkan proses pemulihan Ringgit kepada nilainya yang
sebenar.

Kerajaan turut mengambil langkah-langkah tidak langsung seperti:
i) menggalakkan syarikat-syarikat milik kerajaan untuk membawa balik
hasil pelaburan mereka di luar negara;
ii) meningkatkan keyakinan para pelabur antarabangsa terhadap situasi
ekonomi dan politik Malaysia; dan
iii) menyuntik dana ke dalam pasaran saham melalui Khazanah
Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang
Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Menurut laporan Bank Negara Malaysia, nilai Ringgit untuk akhir suku
keempat tidak merosot dengan teruk kerana pemulihan sentimen di
kalangan pelabur antarabangsa berikutan kenaikan kadar faedah Rizab
Persekutuan Amerika Syarikat pada bulan Disember 2015 sudah
dijangkakan. Ringgit turut meningkat berbanding mata wang serantau hasil
daripada aliran masuk pelaburan portfolio ke dalam Malaysia, walaupun
minyak mentah Brent jatuh sebanyak 23% pada suku keempat tahun 2015.

Matawang Ringgit kini semakin pulih beransur-ansur, dengan nilai Ringgit
secara purata berada di tahap RM4.03/USD pada 16 Mac 2016. Keadaan
ini berlaku tanpa campur tangan pihak Kerajaan atau Bank Negara
Malaysia.

Walau bagaimanapun, sektor perniagaan khususnya PKS perlu terus
berusaha untuk menangani cabaran kejatuhan nilai Ringgit melalui
peningkatan aktiviti berkaitan eksport dan pelancongan yang mampu

163

meningkatkan ekonomi negara. Berdasarkan Pengubahsuaian Bajet 2016
yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016,
Kerajaan berhasrat untuk menambahkan eksport melalui:

i) peningkatan program mid-tier dan GoExport oleh MATRADE dan
SME Corp. Malaysia;

ii) peningkatan kemudahan jaminan kredit bagi tujuan perdagangan,
dengan EXIM Bank menambah dana pembiayaan sebanyak RM500
juta; dan

iii) penerokaan pasaran eksport baharu dengan penyertaan negara
dalam perjanjian perdagangan bebas seperti ASEAN Economic
Community (AEC), Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan
Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).

Sementara itu, Kerajaan turut memberi tumpuan kepada aktiviti
pelancongan kerana peningkatan kedatangan pelancong asing ke Malaysia
mampu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dan turut menambah
aliran masuk matawang asing ke dalam negara. Antara langkah-langkah
yang akan diambil termasuk:

i) terus memperhebatkan promosi pelancongan domestik melalui
penganjuran penjualan pakej percutian domestik bersepadu;

164

ii) mempermudah kemasukan pelancong asing dengan
mempercepatkan pelaksanaan eVisa kepada beberapa negara yang
dikenal pasti; dan

iii) memberi pengecualian visa atau Visa Free kepada pelancong dari
China bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2016, bagi tempoh
lawatan tidak melebihi 15 hari.

165

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK RAIME BIN UNGGI [TENOM]
TARIKH : 4.4.2016 (ISNIN)
NO. SOALAN :3
DI JAWAB OLEH : YB. DATUK AHMAD BIN MASLAN

Datuk Raime Bin Unggi minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sasaran Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) jumlah syarikat
milik usahawan muda Bumiputera yang menembusi pasaran eksport setiap
tahun, terutama menerusi program Generasi Pengeksport Baharu
(GenEX).

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Dalam usaha untuk meningkatkan eksport negara, penyertaan dari syarikat
milik usahawan muda juga diberikan perhatian.

Selain daripada Program Pembangunan Pengeksport Belia, MATRADE
turut menjalankan kolaborasi strategik bersama badan-badan bukan
kerajaan (NGO) bagi menggalakkan penyertaan usahawan generasi muda
mengakses pasaran antarabangsa.

166

Contohnya pada 22 Disember 2015, satu memorandum persefahaman
telah ditandatangani oleh MATRADE dan Pertubuhan Usahawan Generasi
Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia). Kerjasama ini bertujuan untuk
menjayakan Program Generasi Pengeksport Baharu (GenEx) yang
melibatkan syarikat milik usahawan belia. Seperti peningkatan kapasiti
melalui latihan dan seminar merangkumi aspek-aspek yang bersesuaian
untuk meningkatkan daya saing dan ilmu pengetahuan berkaitan eksport
bagi memudahkan proses penyertaan peserta di dalam program sedia ada
di MATRADE.

Selain itu, dalam menggalakkan penyertaan usahawan termasuk
usahawan muda Bumiputera, MATRADE turut melaksanakan pelbagai
program bagi menggalakkan peningkatan eksport. Bagi tahun 2016 ini,
MATRADE sedang melaksanakan dan merancang 150 program yang
terdiri daripada promosi pasaran dan pembangunan pengeksport.
Program pembangunan pasaran merangkumi aktiviti seperti Pameran
Perdagangan Luar Negara, Misi Pemasaran Khusus, (Market Immersion),
Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing
Programmes), Geran Pembangunan Pasaran (MDG) serta program
pameran perdagangan peringkat antarabangsa yang dianjurkan di dalam
negara iaitu International Trade Malaysia (INTRADE) dan Malaysia
International Halal Showcase (MIHAS).

Di samping itu, MATRADE juga memberi tumpuan kepada program
berimpak tinggi bagi terus mengukuhkan daya saing PKS, antaranya:

167

(i) Program Syarikat Tingkat Pertengahan atau Mid-Tier Companies
(MTC);

(ii) Going Export (GoEx);
(iii) Program eTRADE, yang melibatkan e-dagang atau e-pemasaran;
(iv) Dana Eksport Sektor Perkhidmatan (SEF);
(v) Best Exporters Programme;
(vi) Large Corporation - SME Partnership untuk syarikat besar

membantu PKS;
(vii) Promosi 1Malaysia; dan
(viii) Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera & Wanita;

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Jumlah pengeksport : 16,583 syarikat

2. Syarikat Bumiputera : 4,816 syarikat

3. Jumlah eksport :

 2014 : RM765.42 bilion

 2015 : RM779.95 bilion

4. Peningkatan eksport sebanyak 1.9% pada tahun 2015

168

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD
KAWASAN : SHAH ALAM
TARIKH BAHAS : 04.04.2016
NO. SOALAN :6

TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) Senarai syarikat dari negara China yang telah membuat
pelaburan di Malaysia dan nilainya semenjak 2009 hingga
sekarang; dan

(b) Nyatakan prestasi setiap pelaburan tersebut

Jawapan :

Tuan Yang Di Pertua,

1. Jumlah pelaburan langsung asing dari negara China yang telah
diluluskan dalam sektor perkilangan bagi tahun 2009 hingga 2015
adalah sebanyak RM13.6 bilion. Pelaburan ini melibatkan 143 projek
dan dijangka akan menjana sebanyak 24,786 peluang pekerjaan.
Sebahagian besar adalah dalam proses pelaksanaan.

169

2. Daripada jumlah pelaburan asing dari negara China yang diluluskan
mengikut industri bagi tempoh 2009 hingga 2015, industri Barangan
Logam Asas menerima pelaburan langsung asing tertinggi (RM8.0
bilion) diikuti dengan industri Barangan Elektronik & Elektrikal (RM3.5
bilion), Barangan Galian Bukan Logam (RM738 juta) Tekstil &
Barangan Tekstil (RM556 juta), dan Barangan Logam Dibentuk
(RM157 juta)

3. Pelaburan langsung asing yang telah dilaksanakan dari negara China
dan telah beroperasi di Malaysia setakat ini sejak 1080 hingga 2015
adalah sebanyak 191 projek dalam sektor perkilangan dengan
pelaburan RM6.0 bilion yang dapat menjana sebanyak 20,587
peluang pekerjaan.

4. Pecahan pelaburan China sebenar yang telah dilaksanakan mengikut
industri adalah Barangan Logam Asas (RM2.3 bilion), Barangan
Elektronik & Elektrikal (RM1.7 bilion), Tekstil & Barangan Tekstil
(RM561 juta), Barangan Galian Bukan Logam (RM542 juta) dan
Barangan Logam Dibentuk (RM161 juta).

5. Prestasi pelaburan China adalah memberangsangkan. Pada tahun
2009, jumlah pelaburan dari China adalah RM162 juta sahaja dan
telah meningkat kepada RM4.75 bilion pada 2014.

170

6. Kedudukan nilai USD, harga komoditi dan harga minyak mentah
pada 2015 telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Namun
demikian, pelaburan dari China yang berjumlah sebanyak RM1.87
bilion pada tahun 2015, menunjukkan keyakinan pelabur China
terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

TAMBAHAN:
1. Pada 23 Mac 2016, China General Nuclear Group (CGN) sebuah
syarikat milik Kerajaan China telah melabur untuk milikan ekuiti Edra
Global Energy berjumlah RM9.83 bilion.

2. China Rail Engineering Company (CREC) sebuah syarikat milik
Kerajaan China pula telah mengumumkan pelaburan sebanyak
USD2 bilion untuk membina Ibu Pejabat Serantau CREC di Bandar
Malaysia yang mana CREC mempunyai 24% ekuiti.

3. CREC (40%) dan Iskandar Water Front (60%) adalah konsortium
yang melabur di Bandar Malaysia untuk memiliki 60% ekuiti.
Daripada RM7.41 bilion pelaburan 60% itu sebanyak 10% telah
dibayar iaitu RM741 juta.

4. Pelaburan 10 buah syarikat utama Malaysia di China adalah
berjumlah RM24.36 bilion. Antara syarikat-syarikat tersebut adalah:

171

1 Enersave Group
2 Genting
3 Sunway Global Ltd.
4 Lion Group
5 MTD Capital Bhd.
6 Sime Darby
7 Taliworks Corporation Berhad
8 UNISEM (M) Berhad
9 Ramatex
10 Carsem

5. Syarikat-syarikat China yang mempunyai pelaburan di Malaysia
adalah:
1. Comtec Solar International (M) SB
2. Eastern Steel Sdn. Bhd.
3. Ye Chiu Non-Ferrous Metal (M) Sdn. Bhd.
4. D & Y Textile (Malaysia) Sdn. Bhd.
5. Kibing Group (M) Sdn.Bhd.
6. Jinko Solar Technology Sdn. Bhd.
7. Vibrant Waves Sdn. Bhd.

8. Ji Kang Dimensi Sdn. Bhd.
9. Vital Healthcare Sdn.Bhd.
10. Anoz International Sdn. Bhd.

172

11. Jinfast Industries Sdn. Bhd.
12. Kaifa Technology Malaysia Sdn.Bhd.
13. Megatrax Plastic Industries Sdn. Bhd.
14. Eastcoast Universe Smelting & Mining (M)
15. Mafuzhou Integrated Industries Sdn. Bhd.
16. Uni Tube Group Sdn. Bhd.
17. DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd.
18. Noblelift Malaysia Sdn. Bhd.
19. Mansion Machinery Sdn. Bhd.
20. Euroma Rubber Industries Sdn. Bhd.

173

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD

HARUN NARRASHID [KOTA TINGGI]

TARIKH : 4.4.2016 (ISNIN)
NO. SOALAN : 24

DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID [KOTA
TINGGI] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk
memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar produk dan
perkhidmatan halal terbaik di dunia selepas terlaksananya perjanjian TPPA
dan seterusnya RCEP.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengembangkan pasaran produk halal Malaysia ke luar Negara,
Kementerian melalui Halal Industry Development Corporation (HDC)
dengan sokongan agensi-agensi yang lain termasuk MATRADE, SME
Corp dan MIDA akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan
projek berpandukan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) yang telah
meletakkan dua objektif menjelang tahun 2020 iaitu:

174

i. menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan halal dunia; dan

ii. menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang inovasi,
pembuatan dan perdagangan produk dan perkhidmatan halal.

Sebagai persediaan menghadapi TPPA, di bawah Rancangan Malaysia ke-
11(RMKe11), pelan pelaksanaan pembangunan industri telah
diperkemaskan dimana lima Teras Strategik telah dicadangkan. Teras-
teras tersebut adalah:-

i. memperkukuhkan jaringan halal Malaysia dalam rantaian halal
global;

ii. menggalakkan penyatuan dalam industri halal Malaysia;
iii. memperkukuhkan jenama halal Malaysia;
iv. memperkukuhkan integriti halal Malaysia; dan
v. memperkukuhkan ‘enablers’ dalam industri halal Malaysia

Antara projek yang akan diperkemaskan strategi atau pendekatan
pelaksanaannya termasuk:

i. menggalakkan usahasama strategik antara syarikat besar dan
multinasional dengan syarikat halal tempatan yang berpotensi tinggi;

ii. penjenamaan halal Malaysia melalui program strategik;
iii. penjenamaan halal Malaysia melalui acara-acara utama; dan
iv. melengkapkan kemudahan sedia ada dalam Global Halal Support

Centre.

175

Seperti TPPA, Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (Regional
Comprehensive Economic Partnership – RCEP dan perjanjian
perdagangan bebas (FTA) yang lain) juga akan turut memberi peluang
kepada usaha pembangunan industri halal Negara. Di bawah RCEP
sebagai contoh, antara komponen-komponen (tertakluk kepada teks akhir
RCEP) yang boleh diguna pakai untuk memajukan industri halal negara
adalah termasuk:

i. liberalisasi perdagangan barangan yang secara amnya
menghapuskan duti import di kalangan negara RCEP;

ii. liberalisasi pemilikan ekuiti asing bagi pelaburan di negara-
negara RCEP;

iii. perlindungan terhadap pelaburan dan hak cipta produk-produk
halal di negara-negara RCEP;

iv. kerjasama teknikal dalam pembangunan industri halal di antara
negara-negara RCEP; dan

v. kerjasama dalam bidang standard bagi produk-produk halal
termasuk platform untuk mengadakan Mutual Recognition
Agreement (MRA) berdasarkan sektor.

3. Untuk memanfaatkan peluang-peluang yang tersedia melalui TPPA
dan RCEP, Kerajaan akan menjalankan program untuk memberi

176

pendedahan dan kefahaman teknikal mengenai perjanjian ini. Oleh yang
demikian Kerajaan akan meneruskan sesi-sesi outreach berkenaan
penggunaan TPPA dan RCEP bagi memastikan perusahaan-perusahaan
Malaysia di pelbagai peringkat dan saiz termasuk industri halal dapat
memanfaatkan perjanjian-perjanjian yang akan dilaksanakan kelak.
4. Malaysia juga boleh menjadikan TPPA, RCEP dan lain-lain FTA yang
akan datang sebagai platform untuk menarik pelaburan-pelaburan
berkaitan industri dan produk-produk halal. Pelaburan-pelaburan
khususnya dalam sektor perkilangan produk-produk halal seterusnya dapat
dikembangkan melalui eksport produk-produk ini ke negara-negara terlibat.

177

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' DR. NIK MAZIAN BIN NIK MOHAMAD

TARIKH [PASIR PUTEH]
NO. SOALAN : 4.4.2016 (ISNIN)
: 52

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status ekonomi orang-
orang Melayu dan Bumiputera sejak Kementerian Usahawan ditutup.
Berapakah peningkatan dalam mengeluarkan usahawan Melayu dan
Bumiputera berbanding bangsa-bangsa selainnya.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Meskipun Kerajaan telah memansuhkan Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD), fungsi-fungsi dan peranan Kerajaan
dalam pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera masih diterus serta
diperkukuhkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu. Kerajaan
sentiasa komited dalam membantu pembangunan usahawan Bumiputera
dan ini dibuktikan melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk khidmat
nasihat, konsultasi, insentif cukai, bantuan kewangan dan pembangunan

178

kapasiti termasuk latihan keusahawanan yang disediakan oleh agensi-
agensi Kerajaan yang berkaitan.

Dalam hal ini, Kerajaan telah menggariskan lima strategi dalam
memperkasakan ekonomi Bumiputera semasa Majlis Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera 2013, iaitu:

i) mempertingkatkan keupayaan modal insan melalui peningkatan
kemahiran dan latihan;

ii) memperkukuhkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor
korporat bagi menggalakkan pemilikan ekuiti di kalangan
Bumiputera;

iii) memperkukuhkan aset bukan kewangan Bumiputera dengan
memperkasakan institusi hartanah;

iv) meningkatkan perniagaan dan keusahawanan Bumiputera,
antaranya melalui peruntukan tambahan RM300 juta kepada
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM); dan

v) memperkukuhkan ekosisistem penyampaian perkhidmatan melalui
penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap Kementerian.

Bagi menyokong pembangunan ekonomi Bumiputera, sebanyak RM3.8
bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 63 program pembangunan
PKS Bumiputera di bawah kendalian pelbagai Kementerian dan agensi
untuk tahun 2015. Daripada peruntukan tersebut, sejumlah RM2.9 bilion
telah dibelanjakan bagi melaksanakan program-program berkaitan
Bumiputera dan telah memberi manfaat kepada PKS Bumiputera melalui
448,745 projek.

179

Program tersebut dilaksanakan oleh 8 Kementerian dan 27 agensi meliputi
bidang-bidang seperti berikut:

i) 18 program berkaitan akses kepada pembiayaan melibatkan
perbelanjaan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion;

ii) 12 program berkaitan akses kepada pasaran melibatkan
perbelanjaan peruntukan sebanyak RM8.98 juta;

iii) 18 program berkaitan pembangunan sumber manusia melibatkan
perbelanjaan peruntukan sebanyak RM29.36 juta;

iv) 7 program pembangunan infrastruktur melibatkan perbelanjaan
peruntukan sebanyak RM2.63 juta; dan

v) 8 program berkaitan penerapan inovasi dan teknologi melibatkan
perbelanjaan peruntukan sebanyak RM19.63 juta.

Selain itu, dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan penglibatan
lebih ramai usahawan Bumiputera, Kerajaan melalui Kementerian dan
agensi serta Kerajaan Negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif,
antaranya:

i) Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp
bertujuan untuk meningkatkan daya saing PKS Bumiputera.
Sehingga kini, sebanyak 1,221 permohonan telah diluluskan dengan
nilai geran berjumlah RM123.23 juta;

180

ii) Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp.
Malaysia bagi menggalakkan generasi muda menceburi bidang
perniagaan.

iii) Panel Bumiputera Dalam Perniagaan diterajui oleh SME Corp.
Malaysia telah ditubuhkan dan dianggotai oleh wakil daripada sektor
awam dan swasta bertindak sebagai penasihat kepada program-
program yang dilaksanakan.

iv) Pelan Induk PKS (2012 - 2020) juga telah menggariskan beberapa
inisiatif bagi mentransformasikan usahawan Bumiputera termasuklah
di Sabah dan Sarawak.

Di bawah RMKe-11 pula, MITI melalui SME Corp. Malaysia turut
bertanggungjawab untuk menyelaras pembangunan PKS bagi:

i. kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40). Ia akan
dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan keusahawanan
seperti TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui
penyediaan program bantuan bersepadu serta mengurangkan
pertindihan program.

ii. Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang akan dikendalikan
bersama oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama MARA dengan
peruntukan sebanyak RM200 juta bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan syarikat-syarikat PKS Bumiputera bagi mengekport produk

181

atau perkhidmatan mereka terutamanya ke negara-negara TPPA dan
ASEAN.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO

TARIKH (Kelang)
: 04.04.2016 (Isnin)

182

NO. SOALAN : 65

minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan kesudian Kerajaan untuk membuat analisa kos-faedah atau
review impak FTA-FTA yang telah ditandatangani sehingga kini ke atas
ekonomi negara.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Sehingga kini, Malaysia telah menandatangani 13 Perjanjian
Perdagangan Bebas (FTA). 7 FTA tersebut adalah perjanjian dengan
rakan dua hala Malaysia, yang telah dimeterai seperti berikut:

]

Negara Tarikh di Meterai
i. Jepun 13 Disember 2005
ii. Pakistan 8 November 2007
iii. New Zealand 26 Oktober 2009
18 Februari 2011
iv. India 13 November 2010
v. Chile 22 Mei 2012
vi. Australia 17 April 2014
vii. Turki
183

Manakala 6 FTA lagi adalah perjanjian yang ditandatangani diperingkat
serantau seperti berikut:

Negara Tarikh di Meterai
i. Kawasan Perdagangan 28 Januari 1992
Bebas ASEAN (AFTA)

ii. ASEAN-China 29 November 2004
iii. ASEAN-Republik Korea 24 Ogos 2006
iv. ASEAN-Jepun 8 Oktober 2003
v. ASEAN-India 13 Ogos 2009
vi. ASEAN-Australia-New 27 Februari 2009

Zealand



Tuan Yang DiPertua,

2. Satu kajian analisa kos-faedah ke atas ekonomi negara telah telah
dijalankan oleh Boston Consulting Group pada tahun 2014 bagi
menilai kesan pelaksanaan FTA kepada industri dan pengguna.
Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa terdapat kesan
positif hasil pelaksanaan FTA, terutama dari aspek peningkatan
eksport kepada negara rakan FTA, serta peningkatan dalam
perhubungan dua hala diperingkat Kerajaan dan diantara komuniti
perniagaan. Namun, masih terdapat cabaran diperingkat

184

pelaksanaan, terutamanya dari segi meningkatkan penggunaan FTA
serta halangan bukan tarif.

3. Berdasarkan kajian ini, MITI telah mengambil langkah-langkah untuk
memastikan pengeksport Malaysia mendapat faedah dari kesemua
FTA yang telah berkuatkuasa. Antaranya ialah mengadakan sesi
khusus dan pocket talks untuk memastikan pengeksport Malaysia
memahami dan menggunakan peraturan tempasal dibawah FTA ini,
kerana penggunaan peraturan tempasal tersebut akan memastikan
barangan Malaysia mendapat layanan yang lebih baik. Dimana,
terdapat peningkatan dalam penggunaan sijil tempasal berikutan
perdagangan bebas yang berkuatkuasa di mana pada tahun 2014
penggunaan sijil tempasal adalah sebanyak 510,651 dan pada tahun
2015 terdapat peningkatan penggunaan sijil tempasal ke
angka 512,574.

4. Disamping itu, MITI juga sentiasa mengadakan program seranta
serta menyalurkan maklumat mengenai FTA kepada pihak yang
berkepentingan (stakeholders) dipelbagai peringkat termasuk
perniagaan kecil dan sederhana agar golongan tersebut turut
mendapat faedah dan manfaat di bawah FTA. Perniagaan kecil dan
sederhana juga dapat menerokai pasaran baru bagi produk dan
perkhidmatannya melalui layanan keutamaan (preferential treatment)
dibawah FTA serta mendapat sumber input dan bahan mentah pada
kos yang lebih murah dengan pengurangan atau pemansuhan duti
import dan mendapat faedah dari rantaian pembekalan.

185

Tuan Yang Di Pertua,

5. Sejak tahun 1980 sehingga tahun 2014, jumlah pelaburan asing di
Malaysia adalah sebanyak RM336,911.6 juta manakala pelaburan
domestik sebanyak RM 243.4 billion dan telah mewujudkan sebanyak
2,168,000 peluang pekerjaan. Pada tahun 2015, pelaburan Malaysia
di luar negara kini berjumlah kira-kira RM601.6 bilion, melebihi
pelaburan asing di negara kita sebanyak RM500.2 bilion.

6. Antara nilai dagangan Malaysia dengan negara FTA yang telah
menyumbang ke dagangan Malaysia adalah seperti berikut:

i. Negara Cina: RM230.9 bilion (15.8 peratus);
ii. Australia: RM45.54 bilion (3.1 peratus);
iii. Jepun: RM127.4 bilion (8.7 peratus); dan
iv. Amerika Syarikat: RM129 bilion (8.8 peratus).
Tuan Yang Di Pertua,

7. Tidak dapat dinafikan, bahawa FTA telah mempunyai impak yang
positif kepada negara, terutama dalam aspek perdagangan dan
pelaburan, serta menyumbang ke arah pewujudkan peluang
pekerjaan yang mempunyai nilai tinggi, terutama diperingkat teknikal,
hasil dari pelaburan asing dalam sektor yang berintensif modal dan
teknologi tinggi. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem
ekonomi yang terbuka, kita amat bergantung kepada perdagangan
antarabangsa dan pelaburan asing. Oleh yang demikian dasar FTA
akan terus menjadi dasar utama negara bagi meningkatkan

186

perdagangan dan pelaburan serta memperbaiki ketelusan dan tadbir
urus negara, agar negara dapat melonjak ke arah status negara maju
menjelang tahun 2020.

187

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD

KAWASAN YUSOFF
TARIKH : RANTAU PANJANG
NO. SOALAN : 5 APRIL 2016 (SELASA)
: 43

SOALAN
YB. PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
terma-terma dan syarat yang dikenakan oleh TPPA jika Malaysia ingin
keluar dari TPPA setelah perjanjian ini ditandatangani.

JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Seperti mana yang pernah dijelaskan, penyertaan Malaysia dalam TPPA
adalah secara suka rela kerana menyedari manfaat khususnya potensi
ekonomi yang bakal dibawa kepada Malaysia. Perjanjian ini telah
ditandatangani pada 4hb Februari 2016 di Auckland oleh YB Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri setelah mendapat mandat dari
Jemaah Menteri serta persetujuan Parlimen semasa sesi khas TPPA pada
26-28 Januari 2016.
2. Sungguhpun begitu, penarikan diri daripada TPPA adalah masih
dibenarkan seperti mana peruntukan Artikel 30.6 Perjanjian tersebut. Ia

188

boleh dilaksanakan secara notis bertulis yang dikemukakan 6 bulan lebih
awal kepada pihak Depository iaitu New Zealand. Tidak ada syarat dan
terma lain yang dikenakan oleh TPPA.

3. Di bawah TPPA, manfaat yang bakal diperolehi adalah pasaran yang
luas yang terdiri daripada 12 buah negara dengan 800 juta penduduk dan
KDNK USD$27.5 trilion. Malaysia akan menikmati akses pasaran
berkeutamaan khususnya ke 4 pasaran FTA yang baharu, iaitu Amerika
Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru kerana kebanyakan duti import akan
dimansuhkan sebaik sahaja TPP berkuat kuasa. Begitu juga dengan
usahawan tempatan yang akan dapat mengembangkan perniagaan dan
perkhidmatan mereka dan menyertai rantaian bekalan global melalui
pembekalan kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia atau pun syarikat-
syarikat di negara-negara TPP.

4. Dalam setiap dasar atau keputusan yang kita buat ada baik dan
buruknya. Begitu juga dengan penyertaan dalam TPPA. Kerajaan juga
telah mengedarkan hasil dua kajian kos faedah oleh Institute Strategic and
International Studies (ISIS) dan PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk
rujukan ahli Parlimen, dimana faedah serta kos kepada negara telah
diperincikan. Oleh yang demikian dalam menimbang penyertaan Malaysia
dalam TPP, Kerajaan sedar akan cabaran yang perlu ditangani di samping
manfaat yang sedang menunggu kita.

189

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN
KAWASAN : SELAYANG
TARIKH : 5 APRIL 2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 60

SOALAN
YB. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan-
kesan ekonomi dan politik ke atas rakyat Malaysia dengan pelaksanaan
TPPA yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Perkongsian Ekonomi
Komprehensif Serantau (RCEP) yang diketuai oleh China.

JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Terlebih dahulu, ingin ditekankan bahawa TPPA tidak diketuai oleh
Amerika Syarikat. Semua persetujuan adalah bersifat konsensus di mana
TPP mengambil kira kepentingan dan pandangan 12 negara TPP.
2. Begitu juga RCEP, ia juga tidak wajar untuk dilihat sebagai inisiatif
yang diketuai China. Ia lebih sesuai dilihat sebagai inisiatif FTA yang
didorong ASEAN dengan penyertaan bukan sahaja China, tetapi juga 5 lagi
rakan dialog seperti Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand untuk
membentuk integrasi akses pasaran 10 negara ASEAN bersama 6 negara
rakan dialog ASEAN.

190

3. Sehubungan itu, pada pandangan Kerajaan, Malaysia merupakan
sebuah negara dengan pasaran yang kecil dan memerlukan akses pasaran
untuk produk dan perkhidmatan kita. Sebagai sebuah Kerajaan yang peka
terhadap persekitaran ekonomi sejagat, Kerajaan mengambil inisiatif
membentuk mekanisme yang membolehkan perdagangan terjalin dengan
lebih mudah dan memupuk integrasi ekonomi yang lebih kukuh dengan
semua rakan dagang yang strategik. Pada tahun 2015, ASEAN merupakan
rakan dagang No. 1 dengan Malaysia, diikuti oleh China, Kesatuan Eropah,
Amerika Syarikat dan Jepun.

4. Justeru, penyertaan Malaysia dalam TPP dan RCEP dilihat bersifat
complementary dari segi ekonomi. Ini terutamanya dilihat dari segi akses
pasaran. Melalui TPP, 4 pasaran FTA baharu dijalin dengan Amerika
Syarikat, Kanada, Mexico, dan Peru. Selain itu, kita juga menyaksikan
rakan ASEAN dan RCEP yang lain seperti Singapura, Vietnam, Brunei,
Jepun, Australia, dan New Zealand yang juga menyertai TPP. Ini memberi
kelebihan terutamanya dari segi pengukuhan rantai bekalan barangan dan
perkhidmatan bagi kedua-dua pasaran TPP dan RCEP.
5. Manakala dari segi pelaburan, ia memberi kelebihan kepada
Malaysia untuk menjadi destinasi pelaburan yang menarik kerana peluang
pasaran seterusnya berpotensi untuk mempertingkatkan daya saing
Malaysia sebagai hub pembuatan dan hub MNC kepada serantau dan
global.

Tuan Yang Dipertua,

191

6. Walau bagaimanapun, Kerajaan menyedari akan liberalisasi pasaran
juga memberi impak kepada pasaran tempatan, khususnya kepada IKS
tempatan. Justeru itu, dalam TPP, pelbagai mekanisme seperti tempoh
transisi, pengecualian, dan threshold bagi nilai tender perolehan kerajaan
juga telah dirundingkan bagi memastikan IKS tempatan dapat membina
keupayaan untuk bersaing dengan syarikat asing. Selain itu, TPP melalui
Bab IKS juga memperuntukkan mekanisme bina kapasiti, penyediaan
laman sesawang IKS negara TPP dan Jawatankuasa IKS bagi
meningkatkan penyertaan IKS dalam pasaran TPP.
7. Sementara itu, melalui pelbagai program bina kapasiti dan bantuan
agensi Kerajaan, dijangka IKS tempatan boleh bersaing dengan lebih baik
tidak semata-mata untuk menembus pasaran baharu, tetapi juga menyertai
dalam rantai bekalan barangan dan perkhidmatan di pasaran TPP dan
RCEP. Ini seterusnya membentuk peluang pekerjaan dan peluang
keusahawanan yang lebih banyak dalam jangka masa panjang.

192

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LIM LIP ENG (SEGAMBUT)
TARIKH : 5.4.2016 (SELASA)
NO. SOALAN : 60

TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN (SELAYANG) minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai
perdagangan dua hala di antara Israel dan Malaysia sejak tahun 2011 dan
senarai jenis produk perdagangan kedua negara itu.
BAHAGIAN: PKBKP & PKHEP

Jawapan
Tuan Yang Di Pertua,

Ingin dimaklumkan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan
diplomatik dengan Israel dan tidak mempunyai hubungan ekonomi secara
rasmi dengan negara tersebut.
2. Dari segi perdagangan, kelulusan lesen import barangan berasal dari
Israel dan eksport barangan ke Israel adalah masing-masing tertakluk
kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 dan Perintah
Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012. Perdagangan antarabangsa
Malaysia lazimnya dikendali oleh syarikat-syarikat antarabangsa atau

193

multinasional (MNCs) melalui rangkaian bekalan antarabangsa
(international supply chain) mereka.
3. Sejak 20 Julai 2014 berikutan perkembangan semasa di Gaza,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menghentikan
pengeluaran Lesen Import dan Lesen Eksport bagi semua syarikat kecuali
MNC dan pengeksport ke Palestin melalui Israel. Ini selari dengan Dasar
Luar Negara Malaysia yang tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Israel serta mengambilkira perkembangan terkini di Gaza,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan terus
memantau perdagangan di antara Malaysia dengan Israel selari dengan
pendirian Kerajaan terhadap isu Palestin dan perkembangan rundingan
damai Palestin-Israel.
4. Selain amalan rangkaian bekalan antarabangsa, aktiviti perdagangan
lain juga berlaku untuk terus menyokong pembangunan ekonomi Palestin.
Ini kerana, semua produk eksport Malaysia yang dikhususkan untuk
pasaran ke Palestin dan Wilayah Gaza perlu melalui pintu-pintu masuk
yang ditadbir oleh pihak berkuasa sempadan Israel memandangkan
kawasan Tebing Barat di Palestin adalah sebuah kawasan “landlocked”
dengan izin, manakala pelabuhan di Gaza masih dikepung oleh tentera laut
Israel.

194

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI

NASARAH [LENGGONG]

TARIKH : 6.4.2016 (RABU)
NO. SOALAN : 66

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan program dan bantuan
pendidikan yang diberikan kepada pengusaha muda/ kecil dan sederhana
supaya lebih produktif, proaktif dan berdaya saing untuk memasarkan
produk mereka ke persada antarabangsa seiringan konsep pasaran
terbuka pada masa akan datang.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk yang dimiliki oleh
pengusaha muda telah dikenalpasti berhadapan dengan beberapa isu dan
cabaran dalam menjalankan perniagaan mereka iaitu:

195

i) kekurangan akses kepada pembiayaan dan pasaran;
ii) kekurangan inovasi serta penggunaan teknologi di mana ianya

membantutkan produktiviti;
iii) masalah untuk mendapatkan tenaga kerja yang sesuai dan

mencukupi;
iv) isu berhubung undang-undang yang memberi impak negatif

kepada usahawan;
v) infrastruktur yang tidak memadai; dan
vi) kekurangan akses kepada maklumat yang boleh membantu

perniagaan mereka.

Berhubung akses kepada kewangan yang sering menjadi isu utama di
kalangan usahawan, SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan Bank
Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia dan Persatuan
Institusi Perbankan Islam Malaysia untuk meningkatkan jumlah
pembiayaan yang disediakan dan menambahbaik akses kepada
pembiayaan melalui penggunaan borang dan prosedur permohonan yang
lebih mudah.

Dalam usaha Kerajaan untuk membantu PKS meningkatkan kemampuan
bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa, MITI melalui SME Corp.
Malaysia melaksanakan Business Accelerator Programme (BAP) yang
merupakan program pembangunan bersepadu dan komprehensif bertujuan
untuk meningkatkan keupayaan PKS secara menyeluruh.

196

Program ini bermula dengan penilaian SCORE (SME Competitiveness
Rating for Enhancement) terhadap keupayaan perniagaan syarikat dan
seterusnya diikuti dengan cadangan penambahbaikan untuk peningkatan
keupayaan perniagaan. Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan
geran juga akan dipertimbangkan untuk membantu PKS meningkatkan
prestasi perniagaan, termasuk peningkatan kapasiti pengeluaran,
penyelidikan dan pembangunan produk, menaik taraf pembungkusan
produk, inovasi perniagaan, pematuhan kepada pensijilan, pengukuhan
jenama dan aktiviti pengiklanan dan promosi.

Sejak tahun 2011, sebanyak 1,164 PKS telah mendapat manfaat dari
program ini dengan bantuan kewangan berjumlah RM209.5 juta.

SME Corp. Malaysia selaku Agensi Penyelaras Pusat bagi pembangunan
PKS di negara ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses kepada
maklumat yang dapat membantu usahawan. Ini merangkumi pengumpulan
serta penyebaran maklumat kepada PKS menerusi pelbagai saluran bagi
membantu PKS dalam mengatasi isu-isu yang dinyatakan di atas.
Maklumat berhubung program pembangunan PKS daripada 15
Kementerian serta lebih daripada 60 agensi ini telah diselaraskan oleh
SME Corp Malaysia dan boleh diakses melalui laman sesawang serta
aplikasi telefon pintar.

SME Corp. Malaysia juga sentiasa mengadakan program “Pocket Talk”
bagi menyebarkan maklumat dan perkongsian pengalaman kepada PKS.
Sepanjang tahun 2015, sebanyak 346 sesi ‘”Pocket Talk” telah dijalankan
yang meliputi pelbagai topik semasa seperti akses kepada pembiayaan,

197

akses kepada pasaran, perniagaan baru, persijilan, penjenamaan dan
perundangan. Seramai 598,638 peserta telah menghadiri sesi-sesi
tersebut.
Bagi tahun 2016 pula, sebanyak 250 sesi “Pocket Talk” telah dirancang di
peringkat ibu pejabat SME Corp. Malaysia dan di peringkat negeri.

MAKLUMAT TAMBAHAN

PROGRAM PROMOSI EKSPORT OLEH MATRADE

a) Aktiviti Promosi Eksport.

 Menganjurkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia di dalam
pameran-pameran antarabangsa di luar negara.

 Menganjurkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam Misi
Perdagangan & Pelaburan dan Misi Pemasaran Khusus.

 Membawa masuk pembeli-pembeli dari luar negara melalui Misi
Belian Khusus dengan menemukan mereka dengan usahawan-
usahawan tempatan.

b) Program Pembangunan Pengeksport.

198

 Mengadakan forum, seminar, bengkel kerja dan latihan-latihan
kepada pengeksport serta berkongsi pengalaman dengan syarikat-
syarikat yang telah berjaya mengeksport.

 Mengadakan E-Learning iaitu program pembelajaran secara ‘online’
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PKS dalam
meningkatkan eksport mereka. Antara topik-topik yang diajar ialah
cara-cara untuk mengeksport dan mengenali istilah-istilah dan terma-
terma yang selalu digunakan dalam mengeksport.

 Menyebarkan maklumat-maklumat terkini dari pejabat-pejabat
MATRADE di luar negara mengenai peluang-peluang pasaran yang
terdapat di luar negara.

 Mengadakan program khas untuk syarikat-syarikat PKS bagi
membimbing mereka selama 3 tahun sebagai pengeksport yang
berjaya. Antara programnya ialah:

o Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) –
untuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera.

o Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) – untuk
syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan wanita.

o Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) – untuk
syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan muda.

199

 Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) – pemberian geran kepada
syarikat-syarikat yang menyertai aktiviti promosi perdagangan
antarabangsa seperti penyertaan di dalam pameran dan penyertaan
di dalam misi perdagangan & pelaburan.

 Dana Export Perkhidmatan (SEF) – skim yang disediakan kepada
Pembekal Perkhidmatan Malaysia (MSPs) untuk melaksanakan
aktiviti bagi meneroka dan memperkembangkan perniagaan di
pasaran antarabangsa.

 Program Go-Ex – program untuk membantu syarikat-syarikat PKS
meneroka pasaran baru dengan menghubungkan mereka dengan
‘market linkers’.

 Program Mid-Tier – Program untuk syarikat-syarikat pertengahan
yang mempunyai jualan tahunan antara RM50 juta – RM 500 juta
bagi sektor perkilangan dan RM20 juta – RM500 juta bagi sektor-
sektor lain. Mereka akan dibantu untuk menembusi pasaran baru,
mendapat akses kepada pembiayaan & teknologi baru serta
mendapat khidmat nasihat dari perunding pengurusan antarabangsa
yang berpengalaman.

 Program E-Trade – program yang menawarkan insentif kewangan
bagi penyenaraian syarikat-syarikat PKS di dalam ‘online market
places’ antarabangsa yang telah dikenalpasti antaranya Alibaba.com
dan eBay.

200


Click to View FlipBook Version