193 • Teknik penggunaan: - Periksa tarikh luput. - Daya tarikan seksual. - Bercumbuan. - Ereksi. - Keluarkan kondom dari paket (jangan gunakan gunting atau pisau untuk mengeluarkan dari paket). - Picit hujung kondom untuk keluarkan udara. - Sarungkan kondom ke penis hingga ke pangkal. - Sapukan pelincir. - Penentrasi ke faraj. - Ejakulasi. - Pegang kondom dan keluarkan zakar dari faraj. - Bungkus dan buangkan kondom. 4.4.1.2 Kondom wanita • Teknik penggunaan: - Guna kondom baru setiap kali hubungan seks. - Kondom wanita boleh dimasukkan seawal 8 jam sebelum seks. - Masukkan kondom ke dalam faraj dengan tangan yang bersih. - Boleh menggunakan pelincir. • Kondom harus dikeluarkan selepas hubungan seks tetapi tidak perlu serta merta. Kelebihan Kaedah Kondom (lelaki & wanita) Keburukan Kaedah Kondom (lelaki & wanita) • Berkesan sebagai kontraseptif jika digunakan pada setiap kali hubungan seks. • Alahan kepada latex atau pelincir pada kondom. • Mengurangkan risiko penyakit kelamin. Mengurangkan 80-95% transmisi penyakit HIV. • Perlu masa untuk memakai kondom. • Tida kesan sampingan sistemik. • Kadar kegagalan tinggi jika salah dan jarang digunakan. • Boleh digunakan sebagai kaedah tambahan. • Perlu kerjasama lelaki. • Mudah didapati dan dibawa. • Penyimpanan ditempat yang sesuai. • Membolehkan lelaki bertanggungjawab terhadap kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin. 4.4.2 Kaedah kimia • Spermisid. • Span. • Diafram.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 194 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 4.5 Keberkesanan Kaedah Halangan • 15 kehamilan/100 wanita dalam tahun pertama menggunakan kondom. • Bergantung kepada cara, kekerapan dan masa penggunaan yang betul. • Dengan penggunaan yang betul, kekerapan kehamilan berkurang kepada 2 kehamilan/100 wanita. 4.5.1 Kaedah kap serviks dan diafram 4.5.2.1 Mekanisma tindakan • Menghalang sperma dari memasuki OS. • Ia perlu digunakan bersama spermisid yang akan melemahkan/membunuh sperma. • Didapati dalam pelbagai saiz. • Doktor perlu memastikan saiz yang bersesuaian untuk pengguna. • Perlu dimasukkan sebelum hubungan seks. 4.5.2.2 Kelebihan kap serviks dan diafram • Bersesuaian dengan wanita yang jarang mengadakan hubungan seks. • Ia tidak mengganggu hubungan seks kerana ia dipakai sebelum hubungan seks diadakan. • Boleh digunakan pada bila-bila masa. 4.5.2.3 Kekurangan kap serviks dan diafram • Kadar kegagalan tinggi kerana cara pemasangan yang tidak betul atau saiz yang tidak bersesuaian atau kecuaian pengguna. • Tidak boleh digunakan bagi wanita yang menghidap penyakit kronik cervitis, jangkitan saluran urinari dan keabnormalan genitalia. • Reaksi alahan. • Perlu rawatan susulan yang kerap. • Sukar dikeluarkan. • Penjagaannya remeh – pencucian & simpanan. 4.5.2 Kap serviks • Diperbuat dari latex. • Saiz berbeza. • Boleh dipasang pada bila-bila masa sehingga 42 jam sebelum mengadakan hubungan seks. • Digunakan bersama spermisid. • Boleh dikeluarkan 6 jam selepas ejakulasi tetapi tidak melebihi 48 jam. 4.5.3 Diafram • Digunakan bersama spermisid. • Pemeriksaan pelvik diperlukan. • Latex atau plastic. • Diafram boleh digunakan selama 2 tahun. 4.5.3.1 Panduan penggunaan kap serviks dan diafram • Basuh tangan dengan bersih. • Sapu spermisid di kesua-dua permukaan diafram dengan rata. • Masukkan diafram sebelum melakukan hubungan seks. • Biarkan diafram selama 6 jam selepas setiap kali hubungan seks. • Gunakan spermisid tambahan sekirnya seks diulangi.
195 • Jangan biarkan alat lebih 24 jam. • Jangan gunakan diafram atau kap serviks dalam keadaan: - Semasa haid. - Discaj/lelehan yang abnormal dari faraj. - 6 minggu selepas bersalin. 4.5.3.2 Panduan penjagaan kap serviks dan diafram • Diafram perlu dibasuh dengan air dan sabun selepas digunakan. • Kemudian lap kering dengan tuala yang bersih dan lembut. • Simpan semula ke dalam kotaknya. • Periksa untuk kekoyakkan sebelum digunakan semula untuk memastikan keberkesanannya sebagai alat penghalang. • Gunakan spermisid dan pelincir yang berasaskan air (water base) kerana pelincir yang berasaskan minyak akan merapuhkan diafram. 4.5.3.3 Kesan sampingan diafram/kap serviks • iritasi pada faraj dan penis. • Risiko mendapat UTI, Bacterial Vaginosis dan Candidiasis. • Tidak memberi perlindungan 100% kepada STI dan HIV/AIDS. 4.5.3.4 Kontraindikasi • Individu yang mempunyai masalah Toxic Shock Syndrome. • Alahan kepada latex. • Pesakit HIV/AIDS. 4.5.4 Kaedah spermisid & span 4.5.4.1 Kaedah spermisid • Dimasukkan ke dalam faraj dekat dengan pangkal rahim. • Kebanyakkan menggunakan nonoxynol-9. • Lain-lain benzalkonium chloride, chlorhexidine, menfegol, octoxynol dan lain-lain. • Terdapat dalam bentuk suppository, krim, foam dan gel. • Membunuh sperma dan menghalang persenyawaan berlaku. • Boleh digunakan bersendirian atau digunakan bersama kondom atau diafram. 4.5.4.2 Kesan sampingan spermisid • Iritasi kepada faraj dan penis. • Menambahkan risiko mendapat HIV/AIDS. • Mudah mendapat jangkitan salur kencing (UTI) terutama jika menggunakan spermisid 2 kali atau lebih sehari. • Tidak akan menyebabkan kanser atau kecacatan kepada janin. • Tidak akan berhentikan pendarahan haid. 4.5.5 Kaedah span • Dibuat daripada plastic dan mengandungi spermisid. • Dibasahkan dengan air dan dimasukkan kedalam faraj dan diletakkan pada serviks. • Boleh digunakan sekali sahaja. • Susah untuk mendapatkan bekalan kerana tidak terdapat secara meluas di Malaysia.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 196 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 5. Kaedah Alat Dalam Rahim (ADR) 5.1 Definisi • Sejenis alat kecil diperbuat dari bahan plastic yang mempunyai benang yang dimasukkan kedalam rahim melalui faraj. • Alat Dalam Rahim (ADR) yang terkini mengandungi kuprum atau hormon (ADR-LNG). 5.2 ADR Kuprum • ADR yang diperkenalkan selepas tahun 60-an. • Ia mempunyai kerangka plastic yang kenyal bersama lingkaran kuprum. • Penambahan kuprum kepada ADR plastic menjadikan ia lebih berkesan dan selamat. • Kebanyakkan ADR kuprum berbentuk T. • ADR kuprum yang paling popular adalah Multiload Cu 250. 5.3 Mekanisma Tindakan ADR Kuprum 5.3.1 ADR dipercayai bertindak dengan berbagai cara: • Menghalang pergerakan sperma. • Mengurangkan viabiliti sperma dan ovum. • Menyebabkan radang endometrium. Ini menghalang implantasi ovum yang telah disenyawakan oleh sperma. 5.3.2 ADR – LNG (Levenogestrel) • Ianya juga dikenali sebagai ADR Hormonal. • ADR – LNG mengandungi hormon Levenogestrel yang akan dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit setiap hari. • Contoh ADR – LNG ialah MIRENA. 5.3.3 Mekanisma tindakan ADR-LNG • Menghalang penebalan endometrium. 5.3.4 Keberkesanan • Salah satu kaedah kontraseptif yang berkesan dan boleh digunakan dalam jangkamasa yang panjang. • Kurang dari 1 kehamilan/100 wanita pada tahun pertama mengamalkan kaedah ADR. • Jangkamasa tindakan bergantung kepada kandungan kuprum. • Contoh: Multiload Cu – 250 = 3 tahun, Cu – 375 = 5 tahun, Cu – 380 = 10 tahun. • Jangkamasa tindakan ADR – LNG adalah 5 tahun. 5.3.5 Kebaikan • Sangat berkesan. • Jimat kos. • Tidak ada gangguan hubungan seks. • Tidak perlu kerap ke klinik. • Akan kembali subur apabila alat dikeluarkan. • Boleh memberi perlindungan terhadap kanser endometrium. 5.3.6 Keburukan • Pendarahan yang banyak.
197 • Rengat. • Jangkitan dalam rahim. • Discaj yang banyak. • Perlu dikendalikan oleh anggota terlatih. 5.3.7 Kriteria kelayakan perubatan menggunakan kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini). 5.4 Masa yang Sesuai untuk Pemasangan ADR a. Jika ada haid: - Bila-bila masa dalam tempuh 12 hari pertama haid. i. Amenorrhea - Bukan postpartum: • bila-bila masa dengan syarat tidak hamil. - Postpartum: • Dalam masa 48 jam selepas bersalin. • Dalam 4 minggu selepas bersalin masih amenorrhea dan tidak hamil. • Lebih 4 minggu selepas bersalin dan haid kembali – boleh dipasang seperti jika ada haid (no. 1 di atas). b. Selepas keguguran – serta merta. c. Bertukar dari kaedah lain – serta merta sekiranya klien tidak hamil. d. ADR sebagai kontraseptif kecemasan boleh dipasang dalam tempoh 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. 5.5 Prosedur Pemasangan ADR • Langkah 1: Pemeriksaan bimanual untuk mengetahui bentuk dan kedudukan uterus. • Langkah 2: Menggunakan speculum untuk mendedahkan serviks. • Langkah 3: Swab serviks dengan kapas. • Langkah 4: Pemeriksaan menggunakan tenakulum. • Langkah 5: Ukur panjang kaviti rahim dengan uterine sound. • Langkah 6: Selaraskan stopper ADR mengikut panjang kaviti. • Langkah 7: Memasukkan ADR sehingga stopper menyentuh serviks. • Langakh 8: Keluarkan inserter tube dengan perlahan. • Langkah 9: Gunting benang dengan meninggalkan 3-4cm dari OS serviks. Pastikan tiada pendarahan yang aktif. Keluarkan speculum dan tenakulum. • Langkah 10: ADR telah dipasang sempurna. Selesakan klien. 5.6 Prosedur Mengeluarkan ADR • Masukkan speculum. • Cuci serviks dan tarik dengan tenakulum. • Kepit benang. • Tarik benang keluar perlahan-lahan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 198 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 5.7 Pengendalian Masalah ADR Kuprum dan LNG • Spotting - Biasa dalam masa 3 – 6 bulan pertama. Guna NSAID jika perlu. - Jika berterusan pastikan tiada masalah sakit puan. • Menorrhagia - Biasa dalam masa 3-6 bulan pertama. - Rawatan – NSAID, tranexamic acid. - Beri tambahan zat beri untuk mengelakkan anemia. - Jika berterusan, pastikan tiada masalah sakit puan. • Mengidap PID semasa penggunaan ADR (perkara ini jarang berlaku) - Rawat dengan antibiotik. - Tidak perlu dikeluarkan jika klien ingin meneruskan. - Sekiranya PID tidak berubah, keluarkan ADR dan teruskan antibiotik. - Kaunseling penggunaan kondom. • Hamil semasa penggunaan ADR (anggaran 2 kehamilan/100 wanita dalam masa 10 tahun menggunakan ADR) - Pastikan tiada kandungan luar rahim. - Terangkan risiko jika ADR tidak dikeluarkan. Keguguran terutama pada trimester pertama dan kedua. Keguguran sepsis. Kelahiran pra matang. • Risiko akan kurang jika ADR dikeluarkan. Walau bagaimanapun proses pengeluaran ADR itu sendiri ada risiko. • Menangani kehamilan dengan ADR di dalam rahim: • Jika benang kelihatan: - Keluarkan ADR perlahan-lahan - Nasihatkan klien segera untuk mendapatkan rawatan jika pendarahan yang banyak, sakit perut, discaj dari vagina dan demam Jika ADR tidak dikeluarkan, klien perlu mendapat rawatan jika mengalami masalah di atas. • Jika benang tidak kelihatan, lakukan ultrasound untuk tentukan lokasi ADR • Jika tidak kelihatan, kemungkinan ia sudah terkeluar • Jika tiada kemudahan ultrasound, teruskan pemeriksaan antenatal • Nasihatkan klien mendapatkan rawatan jika mengalami: - Pendarahan yang banyak - Sakit perut - Discaj dari vagina - Demam • Amenorrhea – keadaan biasa yang tidak perlu rawatan. Menangani kehamilan dengan ADR di dalam rahim.
199 6. Kaedah Homonal 6.1 Kitaran Haid yang Normal Kitaran haid yang normal dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa folikuar dan fasa luteal. 6.2 Fasa Folikular • Semasa awal fasa folikular, paras hormon estrogen dan progestin adalah rendah dan pendarahan haid akan berlaku. Selepas habis pendarahan, paras hormone estrogen akan meningkat dan menyebabkan folikel di dalam ovari berkembang dan matang serta endometrium akan mula menebal. • Pada pertengahan kitaran, hormon estrogen akan mula menurun menyebabkan LH surge berlaku ovulasi terjadi. Folikel pula akan bertukar kepada corpus luteum dan fasa folikular berakhir. 6.3 Fasa Luteal • Selepas ovulasi, hormone estrogen akan menurun dan hormone progestin meningkat. Ini menyebabkan penebalan endometrium bagi persediaan implantasi. Corpus luteum akan mengecut dan luput. Pada masa ini juga suhu badan akan meningkat sedikit berbanding dengan fasa folikular sebanyak 0.2°C-0.4°C selepas ovulasi berlaku. Jika tiada implantasi berlaku, paras hormone estrogen dan progestin akan menurun dan kitaran berulang dan pendarahan berlaku. 6.4 Mekanisma Kerja Menghalang Ovulasi – 1Kesan Sentral • Perbandingan normal menstrual cycle dengan cycle modified by COCs’. - Semasa kitaran haid yang normal, kesan daripada perubahan hormon progestin dan estrogen, folikel di dalam ovari dapat berkembang dengan baik dan LH sugre pada pertengahan kitaran menyebabkan ovulasi berlaku. - Pengambilan pil kontraseptif akan menyebabkan paras hormone progestin dan estrogen yang sekata dalam darah sepanjang kitaran haid menyebabkan folikel di dalam ovari tidak berkembang dan LH surge tidak berlaku. Dengan itu tiada ovulasi akan berlaku. Gambarajah Kitaran Haid Yang Normal
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 200 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 6.5 Mekanisma Kerja Menghalang Ovulasi – Kesan Periferi • Perbandingan normal cycle menstrual cycle dengan cycle mofified by COCs’. • Semasa kitaran haid yang normal, kesan dari perubahan hormon progestin dan estrogen akan menyebabkan: - Folikel di dalam ovari berkembang. - Mukus serviks menjadi kurang likat dan memudahkan sperma bergerak ke dalam rahim. - Endometrium akan menebal dan sesuai untuk implantasi berlaku. - Silia di dalam salur fallopian dapat membantu pergerakan ovum ke rahim. • Pengambilan pil kontraseptif akan menyebabkan paras hormon progestin dan estrogen yang sekata dalam darah sepanjang kitaran haid menyebabkan: - Folikel di dalam ovary tidak berkembang. - Mukus serviks menjadi likat dan kental. Ini menyebabkan pergerakan sperma ke dalam rahim. - Endometrium tidak menebal dengan baik dan tidak sesuai untuk implantasi berlaku. - Fungsi silia di dalam salur fallopian kurang berkesan. Nota: Bagi pil kontraseptif kombinasi, mekanisma tindakan utama adalah kesan sentral yang menghalang ovulasi berlaku. Sebaliknya bagi pil progestin mekanisma tindakan utama adalah kesan terhadap penebalan mukus serviks yang menghalang pergerakan sperma ke dalam rahim. 7. Jenis kaedah kontraseptif Homonal • Pil. • Suntikan. • Implan (susuk). • Lain-lain (LNG – ADR, patch & ring [tampalan dan cincin vagina]). 7.1 Kaedah Hormon – Pil 7.1.1 Pil Kombinasi (Combined Oestrogen Contraceptives) • Mengandungi estrogen dan progestin. Contoh pil kombinasi: - Dos rendah: marvelon, nordette, dianne, microgynon, regulon, yasmin dan rigevidon. - Dos rendah ultra: loette, mercilon. 7.1.2 Pil Progestin (Progestrogen Only Pill)
201 • Mengandungi progestin sahaja dan tidak mengandungi oestrogen. Contoh Pil Progestrogen – Noriday. Pilihan yang baik bagi ibu yang menyusukan bayi. 7.2. Mekanisma Tindakan Pil Kontraseptif • Kesan sentral. • Kesan periferal terhadap organ-organ: - Ovari. - Endometrium. - Serviks/pangkal rahim. - Salur fallopian. 7.3 Faedah/Kebaikan Pil Kontraseptif 7.3.1 Faedah/kebaikan kesihatan kontraseptif • Sangat berkesan: Pearl’s indeks 0.3% (jika guna secara betul dan konsisten) hingga 8.0%. • Kesuburan pulih segera. • Perlindungan terhadap Pelvic Inflammatory Disease (PID). • Dalam kawalan pelanggan. • Mudah diperolehi. 7.3.2 Faedah/Kebaikan kesihatan bukan kontraseptif • Kitaran haid teratur (pil kombinasi). • Mengurangkan masalah senggugut. • Perdarahan haid kurang dan elakkan masalah anemia. • Perlindungan dari kanser ovari dan endometrium. • Perlindungan dari Functional Ovarian Cyst. • Mengurangkan masalah kelenjar sebaceous seperti jerawat. 7.3.3 Kelemahan pil kontraseptif • Penggunaan yang salah kerap terjadi. • Memerlukan penggunaan harian. • Kerap terjadi kesan sampingan. • Tidak mempunyai perlindungan terhadap penyakit kelamin. • Perlu bekalan semula. 7.3.4 Kriteria kelayakan perubatan menggunakan kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini). 7.4. Pil Kombinasi – Combined Oral Contraceptives (COC) 7.4.1 Cara penggunaan 7.4.1.1 Waktu memulakan pengambilan pil kontraseptif • Pada bila-bila masa (perlu disahkan klien tidak mengandung) - Klien yang ada haid – dalam masa 5 hari pertama kitaran haid. - Klien amenorhoea – elakkan hubungan seks/guna kontraseptif tambahan untuk 7 hari berikutnya. - Keguguran. - Tukar dari kaedah hormon yang lain.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 202 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Peringatan: Jika klien menyusukan bayi; mula selepas 6 bulan atau selepas penyusuan dihentikan, mana yang lebih awal. 7.4.1.2 Jadual pengambilan pil • Makan 1 pil setiap hari. • Pek 21 hari: Rehat makan pil selama 7 hari. • Pek 28 hari: makan berterusan dan disambung dengan pek baru. 7.4.2 Bertukar dari kaedah kontraseptif yang lain 7.4.2.1 Tukar dari kaedah hormon yang lain • Pada bila-bila masa (perlu disahkan klien tidak mengandung). 7.4.2.2 Tukar dari kaedah bukan hormon (selain ADR) • Dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid. • Jika dimulakan selepas hari ke 5 haid, elakkan seks atau guna kontraseptif tambahan untuk 7 hari berikutnya. 7.4.2.3 Tukar dari kaedah ADR (termasuk ADR mengandungi levonorgestrel-releasing) • Dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid, ADR boleh dikeluarkan pada masa itu. • Jika dimulakan selepas hari ke 5 haid:- - Aktif secara seksual – keluarkan ADR pada haid akan datang. - Jika tidak aktif secara seksual – boleh keluarkan ADR dan elakkan seks atau guna kontraseptif tambahan untuk 7 hari berikutnya. 7.4.3 Jadual pengambilan sekiranya terlupa makan pil Pil 30-35ug ethinylestradiol (Nordette, Rigevidon, Microgynon) • Makan pil sebaik sahaja teringat. • Teruskan pengambilan pil berikutnya seperti yang dijadualkan. • Tidak memerlukan kaedah tambahan. • Makan pil sebaik sahaja teringat. • Teruskan pengambilan pil berikutnya seperti yang dijadualkan. • Perlu menggunakan kontraseptif tambahan atau elakkan hubungan seks hingga klien telah ambil 7 pil berterusan. • Jika lupa ambil minggu ke 3 klien perlu habiskan pek semasa dan mula pek baru selepas itu. • Lupa 3 atau lebih pil. • Lewat mula pek baru 3 hari atau lebih. • Lupa 1 atau 2 pil. • Lewat mula pek baru tidak lebih 2 hari.
203 7.4.4 Jadual pengambilan sekiranya terlupa makan pil Pil 20ug ethinylestradiol (Mercilon, Loette). • Ambil 1 pil serta merta apabila teringat. • Teruskan pengambilan pil berikutnya seperti yang dijadualkan. • Tiada kaedah kontraseptif halangan yang diperlukan. • Lupa 1 atau 2 pil. • Lewat mula pek baru tidak lebih 2 hari. 7.4.5 Jadual pengambilan sekiranya terlupa makan pil Pil 20ug ethinylestradiol (Mercilon, Loette). • Makan pil sebaik sahaja teringat. • Teruskan pengambilan pil berikutnya seperti yang dijadualkan. • Perlu menggunakan kontraseptif tambahan atau elakkan hubungan seks hingga klien telah ambil 7 pil berterusan. • Jika lupa ambil minggu ke 3 klien perlu habiskan pek semasa dan mula pek baru selepas itu. • Jika terlupa pada minggu pertama dan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, klien mungkin perlu mengambil kontraseptif kecemasan. • Lupa 2 pil. • Lewat mula pek baru 2 hari atau lebih. 7.4.6 Kriteria kelayakan perubatan kaedah pil kontraseptif kombinasi Kebanyakan masalah perubatan boleh menggunakan kaedah ini. Sila rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan dan Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif yang terkini. 7.4.7 Waktu memulakan pengambilan pil kontraseptif POP • Pada bila-bila masa (perlu disahkan klien tidak mengandung). - Klien yang ada haid – dalam masa 5 hari pertama kitaran haid. - Klien amenorhoea – Elakkan hubungan seks/guna kontraseptif tambahan untuk 2 hari berikutnya. - Keguguran. - Tukar dari kaedah hormon yang lain. • Jika klien menyusukan bayi; mulakan antara 6 minggu ke 6 bulan. 7.5 Pil Progestin – Progestogen–only Pill (POP) • Sesuai bagi wanita yang menyusukan bayi. • Tidak mengandungi estrogen. • Kandungan progestin kurang berbanding pil kombinasi. • 28 pil setiap kemasan. • Perlu dimakan setiap hari secara berterusan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 204 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 7.5.1 Jadual pengambilan Pil Progestin • Makan 1 biji setiap hari. • Ambil pada masa yang sama setiap hari atau dalam tempoh 3 jam dari masa yang dijadualkan. • Pil diambil secara berterusan. 7.6 Bertukar dari Kaedah Kontraseptif yang Lain 7.6.1 Tukar dari kaedah hormon yang lain • Pada bila-bila masa (perlu disahkan klien tidak mengandung). • Tidak perlu menunggu haid. • Tidak perlu kaedah tambahan. 7.6.2 Tukar dari kaedah bukan hormon (selain ADR) • Dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid. • Jika dimulakan selepas hari ke 5 haid, elakkan seks atau guna kontraseptif tambahan untuk 2 hari berikutnya. 7.6.3 Tukar dari kaedah ADR (termasuk ADR mengandungi levonorgestrel - releasing) • Dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid, ADR boleh dikeluarkan pada masa itu. • Jika dimulakan selepas hari ke 5 haid:- - Aktif secara seksual – keluarkan ADR pada haid akan datang. - Jika tidak aktif secara seksual – boleh keluarkan ADR dan elakkan seks atau guna kontraseptif tambahan untuk 2 hari berikutnya. 7.6.4 Jadual pengambilan jika terlupa makan Pil Progestin • Makan pil terakhir yang terlupa dimakan serta-merta. • Elakkan aktiviti seksual atau gunakan kaedah tambahan untuk tempoh 48 jam. • Makan pil seterusnya pada masa yang ditetapkan. 7.6.4.1Jadual pengambilan sekiranya terlupa makan Pil POP • Makan pil sebaik sahaja teringat • Teruskan pengambilan pil berikutnya seperti yang dijadualkan • Elakkan seks atau guna kontraseptif tambahan untuk 2 hari berikutnya • Jika BERLAKU hubungan seks dalam 2 hari tersebut klien perlu mengambil pil kontraseptif kecemasan • Lupa 1 ATAU lebih pil melebihi 3 jam 7.7 Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini).
205 7.8 Kesan Sampingan Pengambilan Pil Kontraseptif Masalah Tindakan/Pengendalian Rungutan pelanggan Berikan khidmat kaunseling. Jika kesan sampingan berterusan dan tidak dapat diterima pelanggan; tukar kaedah lain. Pening, loya (Vertigo) Tenangkan pelanggan, biasanya akan hilang dalam tempoh waktu tertentu. Loya Makan pil bersama makanan atau semasa hendak tidur. Pertambahan berat badan Maklumkan tentang pemakanan sihat dan senaman. Jika kesan sampingan berterusan dan tidak dapat diterima pelanggan; tukar kaedah lain Cari penyebabnya (mengandung atau penyakit). Rawatan berasaskan kepada penyebab yang dikesan. Amenorrhoea Tenangkan pelanggan, rawatan tidak diperlukan. Jika kesan sampingan berterusan dan tidak dapat diterima pelanggan; tukar kaedah lain. Pendarahan antara haid Tenangkan pelanggan; pastikan pengambilan pil yang betul. Pendarahan yang berpanjangan - Berikan ubat anti keradangan tanpa steroid (NSAID). - Gunakan pil dengan progestin yang lebih poten. - Gunakan pil kontraseptif berdos tinggi untuk 1-3 kitaran. 7.9 Apa Perlu Dilakukan? • Sekiranya klien muntah dalam masa 2 jam selepas ambil pil – ambil pil baru. • Sekiranya muntah/cirit-birit melebihi 24 jam- - Teruskan ambil pil seperti biasa. - Jika berterusan selama 2 hari/lebih, ikutilah langkah seperti terlupa atau lewat pil. 7.10 Salah Anggap Mengenai Pil • Menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. • Menyebabkan kemandulan. • Memerlukan waktu ‘rehat’. • Mengurangkan nafsu seks. • Terkumpul dalam badan pelanggan. • Limitasi penggunaan, seperti mengatakan tak boleh diberi pada wanita yang ada urat kaki simpul atau varicose vein.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 206 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 7.11 Pil Kontraseptif Kecemasan (Emergency Contraceptive Pill – ECP) Nota penting • Pil kontraseptif kecemasan bertindak sebagai kontraseptif sekiranya diambil sehingga 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan (Lebih awal ia diambil lebih berkesan-keberkesanan berkurangan selepas 72 jam). • Ia tidak akan memberi kesan sekiranya klien telah mengandung semasa pengambilan. • Selamat untuk semua wanita. 7.11.1 Jenis ECP • Produk khas yang mengandungi progestin levonogestrel sahaja contoh: postinor. • Pil Progestin sahaja. • Pil kombinasi. 7.11.2 Keberkesanan • Jika 100 wanita melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan pada minggu kedua dan ketiga kitaran haid, 8 wanita akan hamil. • Jika 100 wanita menggunakan pil ECP progestin, seorang akan hamil. • Jika 100 wanita menggunakan pil ECP kombinasi, 2 orang akan hamil. 7.11.3 Waktu menggunakan ECP • Boleh digunakan: - Bila-bila masa semasa kitaran haid. - Lebih dari satu kali semasa kitaran haid. • Penggunaan kaedah ini berkali-kali tidak digalakkan. 7.11.4 Cara menggunakan ECP Pil COC • Makan 4 biji pil berdos rendah yang mengandungi ethinyl estradiol dan levonorgestrel dalam masa 72 jam selepas persetubuhan. Contoh: nordette, microgynon 30, regividon. • Ulang selepas 12 jam. Pil POP • Levenogestrel 1.5mg stat, ATAU • Levenogestrel 0.75mg stat diikuti dos yang sama 12 jam berikutnya. 7.11.5 Pengendalian kesan sampingan pil ECP • Tiada komplikasi serius. • Loya dan muntah - Ulang pengambilan pemberian pil jika muntah dalam masa 2 jam. - Beri ubat pencegah loya. - Jika muntah berterusan boleh mengambil dos yang sama ke dalam vagina. • Tidak mempunyai kesan terhadap janin.
207 KAEDAH HORMONAL – SUNTIKAN 1. Pengenalan Suntikan adalah salah satu kaedah perancang keluarga yang berkesan dan selamat. Suntikan di beri di bahagian otot gluteal secara intramuscular. 2. Jenis-jenis Suntikan Kontraseptif • Norethisterone Enanthate (NET-EN). - 200mg setiap 2 bulan secara intra-muskular (IM). • Depot Medroxy Progesterone Acetate (DMPA). - 150mg secara IM setiap 3 bulan. • Combine Injectable Contraceptive (CICs). - Contoh: Ciclofem, Ciclofemine, Cyclo-provera (setakat ini belum ada di Malaysia). 3 Mekanisma Tindakan • Menghalang ovulasi daripada berlaku • Kesan secara sentral. • Menambahkan kelikatan cecair mukosa servik yang menyukarkan perjalanan dan pergerakan sperma. 4 Perbezaan DMPA dan NET-EN DMPA NET-EN Keberkesanan Tidak ada perbezaan ketara Tidak ada perbezaan ketara Pendarahan Amenorrhea lebih kerap Kerap dan tidak menentu Jarum/Rasa sakit Kecil/Kurang sakit Besar/Lebih sakit Jendela suntikan semula +2-4 minggu +1-2 minggu Jangka masa 3 bulan 2 bulan Kos Murah Lebih mahal 5 Wanita yang Sesuai Menggunakan Kaedah Suntikan • Sesuai untuk semua usia termasuk remaja dan wanita yang berumur >40 tahun. • Mahukan kaedah berkesan dan mudah diguna. • Tidak sesuai dengan kaedah hormonal yang mengandungi Oestrogen. 6 Kebaikan Kaedah Suntikan • Keberkesanan 99%. • Selamat dan mudah. • Mudah digunakan, tidak memerlukan pengambilan setiap hari. • Tidak dipengaruhi oleh aktiviti seksual. • Mempunyai faedah bukan kontraseptif. • Jangkamasa tindakan panjang. • Sesuai untuk klien yang menyusukan bayi. • Ammenorrhoea (Majoriti wanita selesa dengan ketiadaan haid).
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 208 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 7 Faedah Bukan Kontraseptif • Memberi perlindungan: - Terhadap gejala PID simptomatik. - Kanser endometrial. - Fibroid uterus. • Membantu mengurangkan Iron-Deficiency Anemia (NET-EN). • Mengurangkan: - Krisis sickle cell untuk sickle cell anemia. - Simptom endometriosis. • Menghalang pengeluaran haid untuk jangkamasa pendek (contoh: jemaah haji). 8 Kesan Sampingan • Kitaran haid tidak menentu:- - Amenorrhea. - menorrhagia. • Pertambahan berat badan. • Sakit kepala. • Loya. • Perubahan mood. • Spotting. • Anaemia disebabkan menorrhagia. 9 Kelemahan Kaedah Suntikan • Pendarahan yang tidak menentu. • Pemulihan kesuburan sukar diramal (agak lambat). • Kaedah suntikan tidak memberi perlindungan klient daripada jangkitan HIV/STI. • Perlindungan yang berganda (dual protection) dengan kondom diperlukan. • Amenorrhoea. • Tidak boleh di keluarkan jika terjadi kesan sampingan (non-reversible). 10 Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini). 11 Waktu yang Sesuai untuk Memulakan Suntikan/Bertukar Kaedah Mengikut Keadaan Klien 11.1 Klien yang Ada Haid • POIs boleh dimulakan dalam masa 7 hari permulaan haid. Tidak perlu perlindungan tambahan kontraseptif. • Suntikan pertama boleh diberikan pada bila-bila masa dengan syarat beliau tidak hamil. Jika lebih 7 hari hubungan seks perlu dielakkan/guna kontraseptif tambahan. Contoh: kondom. 11.2 Klien Amenorrhoea Suntikan yang pertama boleh dimulakan pada bila-bila masa dengan syarat beliau tidak hamil hubungan seks perlu dielakkan/guna kontraseptif.
209 11.3 Klien Postpartum yang Menyusukan Bayi • Postpartum 6 minggu dan 6 bulan jika masih ammenorrhoea beliau boleh menerima suntikan pertama pada bila-bila masa. Bagi ibu yang menyusu secara eksklusif, kontraseptif tambahan adalah tidak perlu. • Postpartum melebihi 6 minggu dan telah ada haid suntikan permulaan boleh diberi seperti klien yang ada haid. 11.4 Klien Postpartum yang Tidak Menyusukan Bayi Suntikan permulaan boleh diberi pada bila-bila masa dengan syarat tidak hamil. Klien tidak perlu menggunakan kontraseptif tambahan. 11.5 Selepas Keguguran Suntikan permulaan boleh dimulakan dengan serta merta. Klien tidak perlu menggunakan kontraseptif tambahan. 12 Bertukar dari Kaedah Hormon yang Lain Suntikan permulaan boleh dimulakan dengan serta merta jika kaedah yang terdahulu di amalkan secara konsisten dan betul dan tidak hamil tanpa menunggu haid yang berikutnya. 13 Bertukar dari Kaedah Tanpa Hormon Selain ADR • Suntikan permulaan boleh di mulakan dengan syarat beliau tidak hamil. • Sekiranya dalam tempoh tujuh (7) hari permulaan haid, perlindungan kontraseptif tambahan tidak diperlukan. • Sekiranya tempoh melebihi tujuh (7) hari beliau perlu mengelakkan hubungan seks dan perlu menggunakan kaedah kontraseptif tambahan. Contoh: kondom. 14 Bertukar dari Kaedah Alat Dalam Rahim • Suntikan permulaan boleh di mulakan tujuh (7) hari selepas permulaan haid dan tidak kaedah kontraseptif tambahan. ADR boleh di keluarkan dengan serta merta. • Sekiranya klien merupakan seorang yang aktif seksual ADR boleh dikeluarkan pada kitaran haid yang seterusnya. Nota Suntikan yang di beri dalam tempoh tujuh (7) kitaran haid mengurangkan risiko ovulasi yang menyebabkan kehamilan. 15. Kontraindikasi Penukaran suntikan di antara DMPA dan NET-EN adalah tidak digalakkan. 16. Pengendalian Haid Diluar Kebiasaan 16.1 Amenorrhoea • Tidak perlu rawatan. - Kaunseling klien. - Bantu klien memilih kaedah lain jika kaedah suntikan ingin diberhentikan. 16.2 Spotting • Keadaan yang biasa dalam tempoh 3 bulan pertama.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 210 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam • Jika berterusan rujuk doktor untuk rawatan. • Gunakan kondom sebagai perlindungan bagi kes-kes yang mengidap STI/PID. • Bantu klien dalam pemilihan kaedah lain jika keadaan spotting tidak diingini. 16.3 Perdarahan yang Banyak dan Berpanjangan (lebih daripada 8 hari/2 kali ganda haid yang biasa dialami) • Keadaan ini biasa untuk tempoh 3 bulan pertama. • Jika berterusan rujuk doktor untuk rawatan. • Bantu klien memilih kaedah lain sekiranya keadaan ini memudaratkan klien. • Beri tambahan zat besi untuk memperbaiki keadaan anemia. 17. Salah Anggapan • Menyebabkan hilang kesuburan. • Kaedah pengguguran. • Darah berkumpul dalam badan sekiranya klien amenorrhea. • Menyebabkan kesakitan dan kemudaratan. • Satu kaedah yang menyusahkan. KAEDAH HORMONAL – IMPLAN 1. Pengenalan • Sejenis rod plastik kecil sebesar batang mancis. • Mengeluarkan hormon progestin. • Contoh: - Implanon. - Norplant. - Jadelle. - Sinoplant. 2. Implanon • Satu rod, berbentuk seperti batang mancis. • Panjangnya 40mm (4cm). • Diameter 2mm. • Diperbuat dari plastik (ethylene vinylacetate copolymer). • Mengandungi 68mg etonogestrel yang dikeluarkan secara beransur-ansur. • Dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan (subdermal). • Jangkamasa tindakan yang panjang – 3 tahun. • Terdiri daripada rod beserta alat untuk memasukkannya (inserter). 2.1 Mekanisma Tindakan Mengeluarkan 40mcg etonogestrel/hari beransur-ansur menyebabkan: • Menghalang ovulasi (suppress LH surge). • Menambah kelikatan cecair mukus serviks yang menyukarkan perjalanan dan pergerakan sperma. • Fungsi kontraseptif selama 3 tahun.
211 2.2 Keberkesanan • Sangat berkesan. • Pearl index <0.07 per 100 woman years. • Kurang dari 1 kehamilan/100 wanita yang menggunakan implan dalam tahun pertama penggunaan. 2.3 Kebaikan • Jangka masa panjang. • Tidak mempengaruhi hubungan seksual. • Kesuburan pulih serta-merta selepas dikeluarkan. • Boleh digunakan oleh wanita yang tidak boleh mengambil oestrogen. 2.4 Kelemahan • Gangguan kitaran haid-terlalu kerap, perdarahan yang lama, amenorrhoea dan haid yang tidak teratur. • Sakit payudara. • Retensi air. • Pertambahan berat badan 5-10%. • Gangguan mood. • Perubahan kulit. 2.5 Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini). 2.6 Bilakah Masa yang Sesuai untuk Memasukkan Implanon • Sekiranya tidak pernah menggunakan kontraseptif hormonal: masukkan pada hari 1-5 kitaran haid biasa. • Sekiranya bertukar dari COC: masukkan selepas pil COC aktif yang terakhir. • Sekiranya bertukar dari kaedah kontraseptif menggunakan hormon progesteron sahaja (POP, suntikan): - POP – dimasukkan pada mana-mana hari untuk bertukar ke pek yang baru. - Suntikan – dimasukkan pada hari suntikan yang akan datang. • Selepas keguguran pada trimester pertama – serta merta. • Selepas bersalin atau keguguran pada trimester kedua: pada hari ke 21-28 selepas bersalin atau keguguran.** ** Jika dimasukkan selepas hari ke 21-28, gunakan kaedah halangan dahulu untuk 7 hari yang pertama. ** Sekiranya telah berlaku hubungan seksual, lakukan ujian untuk mengesan kehamilan terlebih dahulu. 2.7 Cara Pemasangan • Mengambil masa lebih kurang 1 minit. • Di beri bius setempat. • Selepas di pasang, lengan akan dibalut untuk mengelakkan lebam. • Pastikan balutan – bersih dan kering. • Buka balutan selepas 24 jam.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 212 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 2.8 Bagaimana Memasukkan Implanon • Implanon di sebelah dalam lengan (tangan yang tidak dominan); 6-8cm di atas paras pelipat siku di dalam groove di antara biceps dan triceps (sulcus bicipitalis medialis). • Tandakan tempat itu. • Bersihkan dengan disinfektan. • Beri bius setempat sama ada dengan anaestetic spray atau menyuntik 2ml of lidocaine (1%) di bawah kulit di sepanjang insertion canal. • Regangkan kulit disekitar tempat insertion dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (Rajah 1). • Turunkan aplikator hingga selari dengan kulit (Rajah 3). • Masukkan keseluruhan jarum perlahan-lahan sambil mengangkat. • Pastikan aplikator selari dengan kulit. Rajah 1 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6
213 • Patahkan seal aplikator. - Pusingkan obturator 90 darjah. • Tetapkan obturator dengan satu tangan dan tangan yang sebelah lagi perlahan-lahan keluarkan kanula. • Pastikan tiada implan tertinggal pada kanula. • Pastikan kedudukan implan dengan tangan anda. • Letakkan gauze steril dan pressure bandage untuk mengelakkan kesan lebam. 2.9 Selepas Kemasukan Implanon • Kenalpasti lokasi implanon dengan palpasi di tempat tersebut. • Sekiranya tidak dapat merasa rod implanon di bawah kulit, mungkin: - Rod dimasukkan terlalu dalam. - Lakukan ultrasound atau MRI untuk memastikan kedudukan. - Sehinggalah kedudukan Implanon dikenalpasti, gunakan kaedah kontraseptif yang lain. - Implanon tidak boleh dikesan menggunakan X-ray atau CT scan. 2.10 Bolehkah Ia Hilang di Dalam Badan? • Selepas seketika, tisu terbentuk di sekitar implanon. • Mengekalkan implanon di tempatnya. 2.11 Bolehkah Ia Pecah? Tidak pernah dilaporkan. 2.12 Lawatan Susulan • Bila-bila masa jika ada masalah. • Setahun sekali untuk pemeriksaan saringan berkala. 2.13 Pengeluaran • 3 minit. • Bius setempat. • Sedikit incision/torehan. • Luka di balut selepas pengeluaran. • Mungkin ada parut. Rajah 7 Rajah 8
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 214 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 2.13.1Bagaimana untuk mengeluarkan Implanon. • Pastikan kedudukan Implanon. • Kenalpasti hujungnya. • Cuci kawasan tersebut dan sapukan bahan disinfektan. • Beri ubat bius setempat di tempat yang akan dibuat incision (dibawah hujung implan). • Buat torehan sepanjang 2mm di hujung implan (Figure C). • Perlahan-lahan tolakkan hujung implan yang satu lagi ke arah torehan (incision) sehingga hujung implan. Keluarkan implan menggunakan forseps (mosquito forceps) dan keluarkan implan (Figure D). • Sekiranya implan itu disaluti encapsulated, buat incision di tisu dan keluarkan implan seperti (Figures E and F). Figure A Figure C Figure G Figure E Figure D Figure H Figure F Figure B
215 • Sekiranya hujung implan tidak kelihatan, perlahan-lahan masukkan forsep di dalam insisi dan pegang hujung implan (Figures G and H). • Dengan menggunakan forsep kedua, dissect tisu di sekeliling implan. Kemudian keluarkan implan (Figure I). • Tutup incision dengan gauze steril dan letakkan pressure bandage untuk mengelakkan kesan lebam. 2.14 Sekiranya Ingin Hamil • Keluarkan implanon. • Ovulasi akan berlaku kembali seperti biasa. 2.15 Pengendalian Masalah/Komplikasi • Amenorhoea – tidak perlu rawatan. • Spotting – keadaan biasa dalam tempoh satu tahun pertama selepas implant. • Jika ada STI/PID – rawat STI/PID dan gunakan kaedah halangan. • Jika tiada STI/PID – rawat dengan NSAIDs atau COCs. • Perdarahan yang banyak & berpanjangan – rujuk doktor untuk mengesan masalah sakit puan. • Jika tiada masalah sakit puan – rawat dengan NSAIDs atau COCs. KAEDAH STERILISASI 1. Pengenalan • Kaedah kekal dan efektif untuk menghalang kehamilan. • Melibatkan pembedahan. • Tiada komplikasi jangka panjang. 2. Jenis-jenis Sterilisasi • Wanita – ligasi tiub. • Lelaki – vasektomi. 3. Ligasi Tiub 3.1 Mekanisma Tindakan Sekatan tiub falopian menghalang sperma dari bertemu dengan telur. 3.2 Keberkesanan • Sangat berkesan. • Kurang dari 1 kehamilan/100 wanita yang menggunakan kaedah ini dalam satu tahun selepas prosedur. • Keberkesanan bergantung kepada jenis sekatan. Figure I
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 216 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 3.3 Maklumat Penting • Kaedah kekal. • Risiko kegagalan masih ada. • Risiko untuk mendapat kehamilan ektopik. • Kaedah tidak memberi perlindungan terhadap STI. • Kenalpasti kategori wanita berikut sebelum mempromosikan kaedah ini: - Wanita yang masih muda. - Baru kematian anak. - Tiada atau anak yang sedikit. - Belum berkahwin. - Menghadapi masalah perkahwinan. - Pasangan yang tidak bersetuju dengan pemandulan. - Selepas kelahiran atau keguguran. 3.4 Kebaikan • Sangat efektif. • Selamat. • Mudah untuk pelanggan. • Menghalang penyakit radang pelvik. 3.5 Keburukan • Keterbalikan kesuburan terhad. • Kegagalan kaedah. • Komplikasi pembedahan. 3.6 Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini). 3.7 Bilakah Masa yang Sesuai untuk Menjalani Prosedur? • Ada kitaran haid: - Bila-bila dalam masa tujuh hari kitaran haid. - Jika lebih dari tujuh hari, pastikan pelanggan tidak hamil. • Tiada kitaran haid: - Bila-bila masa sekiranya pelanggan tidak hamil. • Bertukar dari kaedah lain: - Pil – habiskan pek untuk mengekalkan kitaran haid. - ADR – bila-bila masa dan keluarkan ADR pada masa yang sama. • Selepas kelahiran: - Serta merta atau dalam masa tujuh hari selepas kelahiran. - Enam minggu selepas kelahiran jika pasti tidak hamil. • Selepas keguguran: - Dalam masa 48 jam selepas keguguran tanpa komplikasi.
217 3.8 Maklumat Penting • Pilihan selepas penjelasan (informed choice): - Maklumat yang cukup mengenai kaedah kontraseptif yang tidak kekal. - Masa yang cukup untuk memilih kaedah lain. - Sukarela. • Keperluan individu: - Berikan kaedah pilihan kepada pelanggan. • Bincang mendalam mengenai sterilisasi. • Jika merasa sangsi atau ragu-ragu mengenai sterilisasi, cadang penangguhan pembedahan. 3.9 Persetujuan Selepas Penjelasan (Informed Consent) Sebelum memberi persetujuan klien perlu memahami perkara berikut: • Kaedah-kaedah lain yang ada. • Melibatkan pembedahan. • Risiko dan kebaikan pembedahan. • Kaedah kekal dan tidak boleh berbalik. 3.10 Maklumat Pembedahan • Sebelum pembedahan: - Terangkan langkah-langkah pembedahan. - Maklumkan perkara yang terjadi semasa dan selepas pembedahan. • Selepas pembedahan: - Terangkan bila pelanggan dapat menjalankan aktiviti harian. - Perhatikan tanda kesan sampingan dan rujuk jika perlu. 3.11 Kaedah Pembedahan • Ligasi tiub dibuat melalui dinding abdomen. • Melalui serviks. 3.12 Pembedahan Melalui Dinding Abdomen • Mini laparotomi – torehan kecil (5cm). • Semasa pembedahan Caesarean. • Laparoskopi – torehan kecil (1cm).
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 218 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Gambar: 1. Ligasi Tiub 2. Kaedah Laparoskopi 3. Jenis Sekatan
219 3.13 Komplikasi • Semasa pembedahan: - Kecederaan dan perdarahan pada organ-organ lain seperti usus, pundi kencing, rahim. - Kesan sampingan bius. - Perdarahan yang berlebihan. • Sebaik sahaja selepas pembedahan: - Infeksi. - Perdarahan. • Jangka panjang: - Adhesi. - Kehamilan ektopik. 3.14 Salah Anggap Mngenai Kaedah Ligasi Tiub • Hilang sifat kewanitaan atau nafsu seks. • Pertambahan berat badan. • Telur berkumpul di dalam badan. • Menyebabkan penyakit jantung. • Haid menandakan kesuburan. • Tiub boleh disambung semula pada bila-bila masa. 4. Vasektomi 4.1 Mekanisma Tindakan Menghalang pengeluaran sperma dalam air mani. 4.2 Keberkesanan • Jika analisa air mani dijalankan selepas 3 bulan, kurang dari satu setiap 100 wanita hamil dalam masa setahun selepas suami menjalani vasektomi. • Jika air mani tidak dapat diperiksa selepas 3 bulan, antara 2 – 3 wanita hamil dalam masa setahun selepas suami menjalani vasektomi. 4.3 Kebaikan • Selamat, mudah dan kekal. • Kesan sampingan kurang berbanding kaedah lain yang diamalkan oleh wanita. • Tidak mempengaruhi hubungan seksual. 4.4 Keburukan • Tidak boleh berbalik. • Tiada perlindungan terhadap penyakit jangkitan kelamin. 4.5 Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC) (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini).
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 220 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 4.6 Cara Pembedahan • Kaedah konvensional. • Kaedah tanpa scalpel. 4.7 Jenis-Jenis Sekatan • Vas deferens dipotong. • Segmen dibuang dan hujungnya di tutup dengan sama ada: - Ligasi – diikat dengan benang. - Elektro-koagulasi atau. - Klip (jarang dilakukan). 4.7.1 Kesan Sampingan. • Semasa pembedahan. - Perdarahan. • Sebaik selepas pembedahan. - Hematoma. - Infeksi. • Jangka masa panjang. - Granuloma sperma. - Epididymitis. - Sakit kronik pada buah zakar. 4.8 Salah Anggap Mengenai Vasektomi • Vasektomi adalah kasi (castration). • Kehilangan nafsu seks. • Memberi kesan kepada ejakulasi. • Kehilangan sifat kelelakian dan kekuatan tenaga. • Pengumpulan sperma. • Pengecilan buah zakar. • Kesan terhadap pembuangan air kecil.
221 MOTIVASI & KAUNSELING 1. Definisi Satu proses untuk mempengaruhi/mendorong seseorang individu/kumpulan untuk melakukan/membuat sesuatu. 2. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kelakuan Seseorang • Keadaan sekeliling. • Kaum keluarga dan kawan rapat. • Faktor agama/sosial/kebudayaan. • Faktor emosi. • Taraf pelajaran. • Pengalaman. • Keperibadian/personaliti. 3. Peringkat Seseorang Mengalami Proses Menerima Sesuatu Pengalaman Baru • Kesedaran. • Keinginan. • Penilaian. • Percubaan. • Pengalaman – diterima atau ditolak. 4. Gather Model G - Greet the clients/Menyambut klien. A - Ask the clients about themselves/Bertanya tentang latar belakang klien. T - Tell the clients about FP methods/Memberi maklumat berkenaan keadah-keadah Perancang Keluarga. H - Help the clients choose a method/Membantu klien memilih keadah sesuai. E - Explain how to use the chosen method/Menerangkan cara penggunaan kaedah yang dipilih. R - Return for follow-up/Beri tarikh temu janji akan datang. (Sumber: WHO) 5. Kaunseling • Merupakan proses sistematik. • Berasaskan prinsip psikologi supaya menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian klien yang baik dan menyeluruh. 6. Definisi Kaunseling Perancang Keluarga • Perhubungan dua hala antara petugas kesihatan dan pelanggan. • Membantu klien. - Memahami isu/masalah yang dibincangkan. - Membuat pilihan (informed choices) dan keputusan. - Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai dan efektif.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 222 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 7. Tujuan Kaunseling • Membantu klien mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Perancang Keluarga. • Memperbaiki salah anggapan. • Menjalin perhubungan yang berkesan – ‘helping and trusting relationship’. • Meningkatkan ‘compliance’. 8. Ciri-ciri Kaunselor • Berpengetahuan. • Peramah. • Tidak ‘judgemental’. • Memegang teguh kepada kerahsiaan. 9. Siapa yang Memerlukan Kaunseling? • Wanita. • Pasangan. • Keluarga (jika perlu). • Remaja. 10. Proses Motivasi dalam Kaunseling • Menerangkan kepentingan merancang keluarga dari segi: - Kesihatan ibu. - Penyusuan ibu. - Kesihatan bayi. - Kesejahteraan keluarga. • Memperkenalkan kaedah kontraseptif. • Membantu ibu memilih kaedah kontraseptif yang sesuai. • Menentukan keadaan ibu – sesuai dengan kaedah yang dipilih. • Memberi maklumat tentang klinik-klinik yang memberikan perkhidmatan yang diperlukan. 11. Tip untuk Kaunseling yang Berjaya • Menghormati klien. • Mendengar, menggalak dan memberi kesempatan untuk klien meluahkan perasaan – dengan menggunakan soalan terbuka (open-ended question). • Mengelakkan penggunaan perkataan ‘Jargon’. • Memberi maklumat penting dan tepat berdasarkan kefahaman klien. • Masa dan persekitaran yang kondusif. • Menyemak kefahaman klien. • Membenarkan klien datang semula pada bila-bila masa. • Sentiasa sedar mengenai keperluan dan kepentingan penggunaan kondom dalam perlindungan berganda (dual protection) bagi menghindari jangkitan STI/HIV.
223 Carta Alir Perancang Keluarga Terima Klien Kenalpasti Klien Ulangan Baru Semak Kad Temujanji (L-PNM.PK) Dapatkan Pengenalan Temubual/ Dapatkan Maklumat Kad PKW1(a)/06 Daftar PKW 101 Saringan Pemeriksaan Fizikal dan Penilaian Status Kesihatan Bekalkan Kontraseptif Beri Temujanji Dokumentasi Ya Rujukan Kaunseling Tamat Tidak Masalah Kesihatan
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 224 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Proses Kerja Perancang Keluarga JAWATAN PROSES JM/JK 1. Terima dan kenalpasti klien dengan pendekatan konsep personalised care. i. Klien Baru : - Ambil sejarah perubatan, obstetric dan ginekologi dan lengkapkan maklumat yang diperolehi ke dalam kad PKW1 (a)/06 dan Face Sheet PKW 1(a)/06. ii. Klien Ulangan: - Semak kad temujanji (L-PNM.PK). - Cari kad PKW 1(a)/06. JM/JK 2. Daftar klien (Buku Daftar PKW101). JM/JK/KJK/PJK JTMP 3. Lakukan saringan: i. Kes baru: - Lakukan ujian air kencing untuk gula, albumin dan haemoglobin. - Pengambilan tekanan darah, berat badan. - Catat dalam kad PKW 1(a)/06. ii. Kes ulangan: - Lakukan ujian air kencing untuk gula, albumin setiap kali lawatan. - Pengambilan tekanan darah, berat badan setiap kali lawatan. - Darah hemoglobin bila diperlukan. - Pemeriksaan rutin setiap 6 bulan: • Air kencing gula dan albumin. • Tekanan darah. • Berat badan. • Darah hemoglobin. - Catat dalam kad PKW 1(a)/06. JM/JK/KJK/PJK 4. Melakukan Pemeriksaan fizikal. - Lakukan pemeriksaan fizikal. - Lakukan pemeriksaan klinikal Payudara. - (Rujuk Buku Manual Pemeriksaan Klinikal Payudara, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Tahun 2010). - Buat Pap Smear sekira bersesuaian. (Rujuk Buku Modul Teknik Pengambilan Pap Smear, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Tahun 2009). JK/KJK/PJK 5. Runding cara pemilihan kaedah kontraseptif yang bersesuaian dengan klien menggunakan Kriteria Kelayakan Perubatan Menggunakan Kontraseptif (WHO MEC). (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, terkini).
225 JK/KJK/PJK/PP&K/FMS 6. Rujukan: - Rujuk kepada Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan bagi kes baru. - Rujuk kepada Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Keluarga setiap 6 bulan dan bila ada masalah yang dikesan. - Jika klien ingin menukar kaedah. PP&K/FMS 7. Kaunseling/Nasihat. - Beri kaunseling atau nasihat mengikut keperluan klien berkaitan masalah yang di hadapi semasa mengamalkan kaedah kontraseptif. (Rujuk Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan & Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif terkini). JM/JK/KJK/PJK 8. Bekalkan kontraseptif. JM/JK/KJK/PJK 9. Beri temujanji i. Rekod temujanji akan datang dalam kad temujanji (L-PNM.PK). ii. Buat susulan bagi kes yang gagal temujanji dengan menalipon/ lawatan ke rumah. JM/JK/KJK/PJK 10.Dokumentasi: - Rekod. - Buku Daftar PKW101. • Kad PKW1(a)/06. • Kad Temujanji(L-PNM. PK). - Buku Rekod Stok (PKW 205 Pind. 2/2007 ). • Rekod Kedatangan Harian (PKW 103 Pind. 1/2005 ). - Reten/Laporan • Reten Bulanan (PKW 201 Pind. 2007). • Reten Tahunan (PKW 204 Pind. 2007). • Reten Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKW 206 1/2010). JM/JK/KJK 11. Mengesan klien yang gagal datang mengikut temujanji. - Dengan membuat panggilan telefon atau melakukan lawatan ke rumah bagi kes berisiko dan gagal temujanji mengikut keutamaan dan keperluan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 226 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam
227 BAHAGIAN 6 Pap Smear dan Pemeriksaan Klinikal Payudara
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 228 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam PROGRAM SARINGAN PAP SMEAR Pengenalan Kanser serviks merupakan kanser kedua paling utama di kalangan wanita Malaysia. Berdasarkan National Cancer Registery 2003-2005, insiden Age-Standardised Incidence (ASR) kanser serviks ialah 16.1 per 100,000 populasi, di mana ia menyumbang 10.6% dari semua kanser di kalangan wanita. Kanser serviks juga adalah penyebab ke-4 kematian yang disebabkan oleh kanser. Program saringan pap smear di Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 1969. Pada peringkat permulaan perkhidmatan program ini disediakan hanya kepada penerima perancang keluarga. Penekanan tentang kepentingan saringan kanser serviks melalui pemeriksaan pap smear telah dipertingkatkan lagi menerusi kempen cara hidup sihat tahun 1995 yang bertemakan KANSER, di mana perkhidmatan ini telah diperluaskan kepada semua wanita layak berumur 20-65 tahun dengan kekerapan 3 tahun sekali. Pap Smear Ujian Papanicolaou atau Pap Smear diperkenalkan oleh Georgios Papanikolaou. Merupakan ujian saringan yang menggunakan kaedah sitologi bagi mengesan proses pra-kanser dan kanser yang berlaku di serviks. Ia juga boleh mengesan jangkitan atau abnormaliti di endoserviks dan endometrium. Objektif i. Mengurangkan kadar kejadian kanser serviks. ii. Untuk mengesan awal kanser serviks dan memastikan rawatan awal dan tindakan susulan dapat diberikan. iii. Meningkatkan liputan dan menyediakan akses penyaringan pap smear. iv. Mewujudkan dan meningkatkan jaringan kerjasama inter-agensi. Strategik i. Mewujudkan sistem pengumpulan data melalui sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HRMIS). ii. Memberi pengetahuan kepada wanita mengenai kanser serviks, cara mengesan, kaedah rawatan dan kesan pada diri dan keluarga. iii. Memberi motivasi kepada wanita untuk menjalani saringan pap smear. iv. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan jururawat kesihatan dalam teknik pengambilan pap smear yang betul. v. Mengadakan kerjasama berbagai agensi. Agensi yang Memberi Perkhidmatan Pap Smear di Malaysia i. Kementerian Kesihatan Malaysia – Klinik Kesihatan dan Hospital. ii. Kementerian Pertahanan – Klinik dan Hospital. iii. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). iv. Pusat Perubatan Universiti. v. Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (PPKRM) vi. Hospital dan Klinik Swasta. Garis Panduan Berkaitan Program Pap Smear i. Guidebook for Pap Smear Screening – terbitan Ogos 2004. ii. Management of Pap Smear – pindaan pada buku panduan mengikut Sistem Bethesda 2001 (terbitan Disember 2007). iii. Clinical Practice Guideline (CPG) on Management of Cervical Cancer (terbitan 2002).
229 TEKNIK PENGAMBILAN PAP SMEAR Pengenalan Pap smear adalah kaedah saringan, bukan diagnostik. Pemeriksaan lanjut diperlukan bila terdapat perubahan tidak normal pada pap smear. Smear yang memuaskan (satisfactory smear) perlu mempunyai sampel sel dari zon transformasi yang mencukupi. Objektif Untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan anggota kesihatan dalam teknik pengambilan pap smear yang betul. PENGAMBILAN PAP SMEAR Nasihat kepada Klien i. Pap smear sebaik-baiknya dilakukan 10 hari selepas hari pertama haid. ii. Elak dari mencuci (douche) atau memasukkan sebarang ubat (suppositories) ke dalam vagina dalam masa 24 jam sebelum prosedur. iii. Elak hubungan seks dalam masa 24 jam sebelum prosedur. Proses Kerja Menjalankan Ujian Saringan Pap Smear Jawatan Proses Kerja PPK/JM/JK/ KJK/PJK 1. Kenalpasti klien dan dapatkan persetujuan klien untuk menjalankan pemeriksaan pap smear. PPK/JM 2. Beri nombor giliran. JK/KJK/PJK 3. Memberitahu klien tujuan menjalankan ujian saringan pap smear. JM/JK/KJK/PJK 4. Isi borang saringan pap smear PS 1/98 Pind. 2007. JK/KJK/PJK 5. Persediaan Peralatan. • Set pap smear (sterile). - 1 kidney dish saiz M. - 2 gallipot saiz M. - 1 cusco speculum. • 1 cytobrush. • 1 ayre’s spatula. • Cotton swabs. • 1 slaid kaca. • 1 batang pensil. • Coplin jar dengan penutup. • 1 botol alkohol 95% atau alkohol spray. • 1 pasang sarung tangan. • 1 botol normal saline • 1 kidney dish (untuk swab yang telah digunakan). • Slide mailer/container. • Angle poise lamp. • Borang permohonan PS 1/98 (Pind. 2007).
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 230 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Jawatan Proses Kerja • Bekas pengirim slaid (slide mailer). • Couch dan skrin. JK/KJK/PJK 6. Arahkan klien mengosongkan pundi kencing untuk keselesaan. JK/KJK/PJK 7. Beri privasi dan minta klien baring dalam kedudukan dorsal mengikut baringan yang sesuai untuk melakukan pap smear. JK/KJK/PJK 8. Lakukan pemeriksaan pap smear. • Cuci tangan dan pakai sarung tangan. • Periksa klien dalam posisi dorsal. • Bersihkan introitus dengan normal saline. • Basahkan spekulum dengan menggunakan air steril atau normal saline (jangan gunakan sebarang bahan pelincir). • Masukkan spekulum ke dalam vagina. Elakkan dari menyentuh serviks untuk elakkan luka. • Dedahkan serviks dengan jelas. Kenalpasti sebarang perubahan tidak normal pada serviks. • Sekiranya ada discaj, ambil discaj menggunakan swab steril untuk pemeriksaan mikroskopi dan culture and sensitivity. • Guna hujung panjang ayre’s spatula untuk ambil spesimen dari serviks dan pusingkan spatula 360°. • Smear sample ke atas slaid dengan satu palitan berterusan ke atas slaid di ruang C. • Jika perlu (contoh: wanita menopos) ambil satu lagi sample dari endoserviks menggunakan cytobrush dan pusingkan 360°. • Golekkan (roll) berus di atas slaid dengan memutarkan tangkai cytobrush ke atas slaid di ruang D. N - Tuliskan nama dan no kad pegenalan. C - Ruang untuk sampel menggunakan Ayre’s spatula. D - Ruang untuk sampel menggunakan cytobrush. i. Celupkan slaid dengan segera ke dalam Coplin Jar yang mengandungi 95% ethyl alkohol selama 30 minit ATAU Semburkan slaid dengan menggunakan alkohol spray fixative. Pastikan keseluruhan sampel disemburkan dengan agen penetapan. NOTA • Agen penetapan (alkohol 95%) mesti diletakkan di dalam bekas bertutup untuk mengelakkan evaporasi. Agen penetapan mesti diperbaharui secara berkala. • Jangan biarkan sampel kering sebelum proses penetapan. Prosedur selepas pengambilan pap smear Klien i. Bersihkan vulva dan selesakan klien. N C D
231 Jawatan Proses Kerja ii. Maklumkan hasil pemeriksaan, beri nasihat/rujuk doktor bila perlu. iii. Beritahu cara keputusan pap smear dimaklumkan. iv. Beri temujanji v. Lengkapkan buku daftar pap smear. Slaid i. Jika cara rendaman digunakan, keluarkan slaid dan tegakkan slaid supaya ia kering. ii. Letakkan slaid di atas slide mailer. Pastikan label nama dan borang permohonan betul dan lengkap. iii. Hantar slaid dan borang permohonan ke makmal dengan kadar yang segera. NOTA Maklumat diagnosa pap smear yang terdahulu (sekiranya berkaitan) hendaklah dicatit di dalam borang permohonan. Peralatan i. Buang swab/kotoran ke dalam bekas klinikal waste. ii. Bersihkan peralatan/couch yang telah digunakan. JK/KJK/PJK 9. Maklumkan kepada klien hasil pemeriksaan. JK/KJK/PJK 10.Memberikan nasihat kepada klien. JK/KJK/PJK 11. Memberitahu klien keputusan pap smear melalui - Surat makluman melalui pos (Appendix D1-D4 dlm Guidebook for Pap Smear Screening 2004). - Telefon. - Lawatan rumah. - Faks, email dan lain-lain. Bagi keputusan smear yang abnormal pengurusannya sila rujuk Guidebook for Pap Smear Screening Management of Abnormal Pap Smear (Bethesda Classification 2001). JK/KJK/PJK 12.Merekod di dalam kad perancang kad JPL/buku daftar pap smear PKW 102 Pind. 2/2007. JK/KJK/PJK 13.Rujuk klien kepada Pegawai Perubatan jika perlu. JK/KJK/PJK 14.Beri temujanji PERINGATAN Sebab-Sebab Smear yang Tidak Memuaskan • Penggunaan pelincir sebelum pengambilan pap smear. • Slaid Kotor – tidak dibersihkan sebelum meletakkan spesimen. • Lambat mencelupkan slaid ke dalam agen penetapan. • Masa slaid direndam dalam agen penetapan yang singkat (kurang dari 30 minit). • Sampel yang tidak mencukupi – dapat dielakkan dengan melakukan pusingan spatula/cytobrush di
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 232 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam sekeliling ektoserviks/endoserviks. • Smear yang dicemari darah. • Smear yang terlalu tebal. • Smear yang bercampur discaj yang berlebihan.
233 Carta Aliran Kerja: Menjalankan Saringan Pap Smear Kenalpasti Klien Beri Nombor Beritahu Tujuan Saringan Mengisi Borang Saringan Persediaan Peralatan Arahkan Klien Kosongkan Pundi Kencing Lakukan Pemeriksaan Pap Smear Nasihat Perlu Perlu Hospital Pegawai Perubatan Dokumentasi Tidak Tidak Rujuk Rujuk
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 234 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA Pengenalan Kanser payudara merupakan kanser yang paling utama di Malaysia, ia juga adalah pembunuh punca kanser paling utama di kalangan wanita. Menurut National Cancer Registry 2006, kanser payudara merupakan kanser yang paling utama dilaporkan dengan kadar insiden 39.3 bagi setiap 100,000 populasi. Ia menyumbang 16.5% dari semua jenis kes kanser baru yang dilaporkan pada 2006. Sejak tahun 1995, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara melalui kempen cara hidup sihat yang bertemakan kanser. Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan pemeriksaan klinikal payudara kepada semua wanita berumur 20 tahun ke atas dan pemeriksaan mamogram kepada wanita yang berisiko tinggi. (Rujuk buku Garis Panduan Program Pengesanan Awal Kanser Payudara, November 2011). Objektif Untuk meningkatkan pengesanan kanser payudara pada peringkat awal yang membolehkan rawatan awal diberikan. Strategi Program i. Perkhidmatan Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP) untuk wanita. ii. Perkhidmatan mamogram bagi wanita berisiko tinggi. iii. Pendidikan kesihatan berkaitan risiko kanser, kaedah pencegahan dan pengesanan awal. iv. Peningkatan kompetensi kakitangan melalui latihan kepada semua anggota yang berkaitan. v. Kerjasama inter sektoral dan inter agensi. vi. Perkhidmatan lanjutan yang mencukupi dan berkualiti seperti perkhidmatan radiologi, pembedahan, patologi dan onkologi. (Rujuk buku National Cancer Blueprint). vii. Pemantauan dan penilaian program. Agensi yang Terlibat dalam Memberi Perkhidmatan Pemeriksaan Klinikal Payudara di Malaysia i. Kementerian Kesihatan Malaysia – Klinik Desa, Klinik Kesihatan dan Hospital. ii. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). iii. Kementerian Pertahanan – Klinik dan Hospital. iv. Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (PPKRM). v. Badan Bukan Kerajaan, Fasiliti Swasta dan Agensi Lain. Kumpulan Sasar dan Kekerapan Pemeriksaan Pemeriksaan Klinikal Payudara Wanita yang berumur 20 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan klinikal payudara mengikut kekerapan berikut. a. Kumpulan umur 20 hingga 39 tahun – setiap tiga (3) tahun. b. Kumpulan umur 40 tahun keatas – setiap tahun. c. Wanita berisiko tinggi (tanpa mengira umur) setiap tahun. Saringan mamogram untuk wanita berisiko tinggi (*)
235 Seorang wanita itu layak menjalani pemeriksaan mamogram jika: a. Berumur 40 tahun dan ke atas DAN b. Mempunyai faktor berikut iaitu: • Sekurang-kurangnya SATU (1) faktor pada kumpulan kriteria A, ATAU • Sekurang-kurangnya DUA (2) faktor pada kumpulan kriteria B. Kriteria Kekerapan Pemeriksaan Mamogram Kriteria A: Sekurang-kurannya mempunyai salah satu (1) faktor berikut : Perlu menjalani saringan mamogram pada SETIAP TAHUN. - Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara – ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan menghidap kanser payudara. - Pembawa mutasi generik BRCA 1 dan BRCA 2. - Pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara. Kriteria B: Sekurang-kurannya mempunyai dua (2) daripada faktor berikut: Perlu menjalani saringan mamogram pada setiap dua (2) tahun. - Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun. - Haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun. - Menopaus pada usia lebih 55 tahun. - Menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT). - Obes iaitu Body Mass Index (BMI >27.5). Proses Kerja Pemeriksaan Klinika Payudara di Klinik Kesihatan/Klinik Desa Jawatan Proses Kerja JK/KJK/PJK Kenalpasti klien. JK/KJK/PJK Daftar klien. (Buku daftar PKW 107) JK/KJK/PJK Penerangan tujuan pemeriksaan Klinikal payudara. - Untuk mengesan ketulan. - Tempoh pemeriksaan mengambil masa 20-30 minit. - Tindakan yang perlu diambil jika dikesan kelainan pada payudara. - Kekerapan pemeriksaan payudara iaitu 20 hingga 39 tahun setiap tiga (3) tahun manakala wanita 40 tahun keatas dan yang berisiko tinggi setiap tahun. JK/KJK/PJK • Persediaan peralatan dan klien. • Bilik pemeriksaan. • Couch. • Step stool. • 2 bantal (1 kecil, 1 besar). • Draw sheet.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 236 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Jawatan Proses Kerja Persediaan klien • Dapatkan kerjasama dari klien. • Minta klien longgarkan baju. • Dedahkan bahagian dada sehingga ke paras pinggang. JK/KJK/PJK Lakukan pemeriksaan klinikal payudara. Cuci tangan i. Pemerhatian - Lakukan pemerhatian ke atas payudara. - Letak tangan di atas pinggul sambil menolaknya dengan kuat supaya otot pectoralis major menguncup (contract) bagi memudahkan pemeriksaan dan mengenalpasti payudara yang tidak simetri (asymmetries). - Lakukan pemerhatian ke atas payudara dari semua arah, perhatikan keadaan bentuk dan saiz payudara. - Nilai perubahan pada kulit payudara iaitu, kerutan atau lekuk pada payudara dan puting tertarik ke dalam (inverted nipple). - Benjolan pada payudara atau ketiak. - Pendarahan dan lelehan dari puting payudara. - Edema. - Kulit puting yang bersisik. ii. Palpasi pada payudara a. Cara Palpasi. - Baring klien dalam posisi recumbent dengan tangan diletakkan di bawah kepala supaya tisu payudara menjadi tegang. - Letakkan bantal di bawah bahu sekiranya perlu. - Tutup payudara kiri dengan kain. - Pastikan klien dalam keadaan selesa semasa pemeriksaan payudara . - Mulakan pemeriksaan pada payudara kanan. - Gunakan permukaan jari tangan kedua, ketiga dan keempat untuk palpasi dan rasa sebarang benjolan atau penebalan. - Palpasi dilakukan secara gerakan membulat sebesar duit syiling 20 sen tanpa mengangkat jari secara berterusan. - Lakukan juga pemeriksaan: • Di bawah puting dan areola yang mana merupakan bahagian yang sering terjadi kanser. • Upper outer quadrant – breast tail. • Ketiak (Axilla). - Ulangi prosedur sama bagi payudara kiri. b. Tahap tekanan semasa pemeriksaan. - Tekanan ringan - Tekanan sederhana - Tekanan dalam
237 Jawatan Proses Kerja c. Kaedah pemeriksaan i. Kaedah pusingan - Bermula dibahagian kuadran bahagian luar atas payudara dan bergerak memusar kedalam, berakhir di puting payudara menggunakan tapak jari secara membulat dengan tekanan ringan, sederhana dan kuat. ii. Kaedah menegak - Mula palpate diketiak. Buat pusingan dan kemudian tekan kuat diketiak untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan. - Gerakan tangan perlahan-lahan ke bawah ke arah garis coli, bergerak lebih kurang 2sm ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka dengan melakukan pusingan dan tekanan. - Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan meliputi seluruh kawasan payudara. - Lakukan langkah-langkah dan pemeriksaan yang sama pada payudara kiri. iii. Pemeriksaan puting payudara - Guna kedua-dua belah tangan, tekan payudara untuk melihat samada terdapat sebarang lelehan luar biasa dari puting payudara. - Lakukan langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi. iv. Pemeriksaan ketiak - Pemeriksaan ketiak boleh dilakukan dalam posisi baring atau duduk. Posisi baring - Letakkan tangan kanan klien ke sisi, palpate ketiak. - Lakukan langkah yang sama pada ketiak yang sebelah lagi. Posisi duduk/berdiri - Letakkan tangan kiri klien di atas bahu pemeriksa dan tangan kiri pemeriksa diletakkan atas bahu klien. - Palpate ketiak klien dengan tangan kanan untuk merasa benjolan/ketulan pada semua bahagian ketiak. - Lakukan langkah yang sama pada ketiak yang satu lagi. d. Selepas pemeriksaan i. Selesakan klien. ii. Catat semua penemuan dalam borang pemeriksaan klinikal payudara (PKP 1/2009), rujuk jika perlu. e. Beri temujanji.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 238 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Carta Alir Pemeriksaan Klinikal Payudara Pemilihan Klien Daftar Klien Penerangan Tujuan Pemeriksaan Persediaan Peralatan dan Klien Cuci Tangan Kaunseling Rujukan Dokumentasi Temujanji Lakukan PKP dan Catat dalam Borang Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP 1/2009) Keputusan Pemeriksaan
239 BAHAGIAN 7 Protokol Ubat-ubatan
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 240 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Panduan dan Peraturan Dalam Pemberian Ubat-Ubatan Tujuan ialah untuk memastikan potensi penggunaan dan penyimpanan yang selamat dan mencukupi. 2.1 Anggota Kejururawatan Kesihatan dibenarkan memberi ubat-ubatan/suntikan (restricted drugs) secara intramuskular dan subcutanous dengan preskripsi Pegawai Perubatan, kecuali bagi imunisasi, ubat oral dan suntikan untuk kontraseptif tidak perlu preskripsi Pegawai Perubatan dan mereka perlu merujuk SOP sedia ada. 2.2 Jika berlaku kecemasan Anggota Kejururawatan Kesihatan boleh memberi ubat oral/suntikan setelah mendapat arahan secara konsultasi dan diikuti dengan bertulis dari Pegawai Perubatan. 2.3 Preskripsi ubat perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. Penyimpanan dan penyelenggaraan ubat-ubatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. 2.4 Anggota Kejururawatan Kesihatan boleh melaksanakan preskripsi dan memberi imunisasi mengikut garis panduan KKM. 2.5 Vaksin yang disimpan di Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik 1 Malaysia mestilah mengikut garis panduan pengendalian rangkaian sejuk yang di tetapkan oleh KKM. (Rujuk Buku rujukan Imunisasi … nama penuh dan tahun terbitan) 2.6 Semua ubat-ubatan yang diberi kepada ibu hendaklah direkod dengan serta merta. 2.7 Troli kecemasan mestilah lengkap dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja. 2.8 Anggota Kejururawatan Kesihatan tidak boleh melabel ubat-ubatan. Perlabelan perlu dijalankan oleh anggota yang ditauliahkan. Nota Penting: 1. Jururawat Kesihatan adalah tidak di benarkan memberi suntikan intervena. Mereka perlu menjalani Credentialing & Privileging mengikut keperluan setempat. 2. Jururawat Masyarakat tidak dibenarkan memberi suntikan selain untuk vaksinasi tetapi bagi suntikan seperti l/M Heparin, l/M MgSO4, l/M Dexamethasone memerlukan C & P mengikut keperluan setempat.
241 RUJUKAN 1. Perinatal Care Manual 3rd Edition, BPKK, KKM 2013. 2. Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Untuk Jururawat Kesihatan – Panduan Pengajar & Panduan Pelajar Edisi Ke-2, BPKK, KKM 2011. 3. Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Untuk Jururawat Masyarakat – Panduan Pengajar & Panduan Pelajar Edisi Ke-2, BPKK, KKM 2011. 4. Garis Panduan Senarai Semak Bagi Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Mengikut Sistem Kod Warna, BPKK, KKM 2013. 5. Garis Panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan, BPKK, KKM 2013. 6. Garis Panduan Perawatan Ibu Postnatal di Hospital, BPKK, KKM 2013. 7. Garis Panduan Pemberikan Suntikan Intramuscular Magnesium Sulphate (MgSO4) di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer Bagi Kes Severe Pre-Eclampsia/Eclampsia BPKK, KKM 2014. 8. Garis Panduan Meneruskan Profilaksis Heparin/Low Molecular Weight Heparin (LMWH) di Klinik Kesihatan BPKK, KKM 2013. 9. Garis Panduan Suntikan Kortikosteriod (I/M Dexamethasone) Bagi Ibu Mengandung Berisiko Kelahiran Pra Matang di Klinik Kesihatan BPKK, KKM 2013. 10. Modul Pengajar Program Perancang Keluarga, BPKK, KKM 2009. 11. Modul Pengajar Pemeriksaan Klinikal Payudara 2009, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 12. MOH, National Cancer Redistery, Malaysia Cancer Stastistics, Data and Figure Peninsular Malaysia 2006. 13. Penang Cancer Registry Statistical Report 2004. 14. Malaysia MOH. The Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III). Women’s Health. Breast Health Awareness. 2006 [updated 2006; cited 2009]; Available from:http://www.nih.gov.my/NHMS/abstracts_11. html. 15. Barton ea. Role of the Clinical Breast Examination in Breast Cancer Screening. Does This Patient Have Breast Cancer? Journal of the American Geriatrics Society. 2001; 49:991-2. 16. Breastcancer.org 7 East Lancaster Avenue, 3rd Floor Ardmore, PA 19003.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 242 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam ISTILAH/SINGKATAN ABC Alternatif Birthing Center (Pusat Bersalin Alternatif) ABM Anggaran Belanja Mengurus ADR Alat Dalam Rahim AN Antenatal BAKAS Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling BPKK Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga BP Set Blood Pressure Set (Alat Pengukur Tekanan Darah) BSSK Borang Saringan Status Kesihatan BF/MP Blood Film for Malaria Parasit BMI Body Mass Index CH Child Health C&P Credentialing & Privileging CD Comunicable Dieases COC Combined Oral Contraceptive FBC Full Blood Count FMS Family Medicine Specialist (Pakar Perubatan Keluarga) FSH Follicle Stimulating Hormone GP General Practicioner GDM Gestational Diabetes Mellitus HIMS Health Indormation System (sistem Maklumat Kesihatan) HIV Human Immunodeficiency Virus JK Jururawat Kesihatan JM Jururawat Masyarakat KKM Kementerian Kesihatan Malaysia KIA Klinik Ibu & Anak KK Klinik Kesihatan KD Klinik Desa K1M Klinik Satu Malaysia KUP Jawatan Khas Untuk Penyandang KJK Ketua Jururawat Kesihatan KZM Kurang Zat Makanan KPAS Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar KMAM Kawalan Mutu Air Minum LAM Lactational Amenorrhoea Method