93 Senarai Semak Pemerhatian Penyusuan Susu Ibu Arahan: Tandakan 3 jika ibu atau bayi menunjukkan tanda-tanda penyusuan berjalan dengan baik dan tandakan 7 jika ibu atau bayi menunjukkan tanda-tanda bermasalah dalam penyusuan. Bil Tarikh Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Pemerhatian 1 Tanda-Tanda Am Penyusuan Susu Ibu Berjalan Dengan Baik Ibu kelihatan sihat. Ibu tenang dan selesa. Tanda kasih sayang ibu dan bayinya. Bayi kelihatan sihat. Bayi tenang dan selesa. Bayi mencapai payudara apabila lapar. 2 Payudara Payudara kelihatan sihat. Tidak sakit atau tidak selesa. Diampu dengan baik, jari jauh dari areola. Puting menonjol dan protractile. 3 Posisi Bayi Kepala dan badan bayi lurus. Badan bayi rapat dan menghadap ibu. Seluruh badan bayi diampu. Bayi mencapai payudara ibu, hidung bayi bertentangan dengan puting payudara ibu. 4 Pelekapan Bayi Kelihatan lebih areola di atas mulut bayi. Mulut bayi terbuka luas. Bibir bawah melengkup keluar. Dagu bayi menyentuh payudara ibu. 5 Penghisapan Penghisapan perlahan dan mendalam. Pipi penuh dan bulat. Ibu merasai tanda refleks oksitosin. Lampiran 3
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 94 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Senarai Semak Tambahan - Bagi Ibu Postnatal Kes Berisiko – Hipertension No Aktiviti Pencapaian Ulasan Ya Tidak Tidak Berkenaan 1 Memberi salam/ucap kepada ibu. 2 Melakukan ujian air kencing untuk albumin. 3 Mengesan edema dimuka, abdomen, kaki dan tangan. 4 Menyemak baki ubat untuk menentukan ibu patuh kepada ubatan. 5 Mengenalpasti/mengesan tanda-tanda impending eclampsia:- • Sakit kepala. • Kabur penglihatan. • Rasa loya. • Muntah. • Sakit hulu hati. 6 Melapur segera kepada Doktor di wad jika didapati: • Tekanan darah >140/90, systolic >30mmhg, diatolic >15. • Ibu mengalami sakit kepala/kabur penglihatan. • Rasa loya/muntah/sakit hulu hati. 7 Memberi pendidikan kesihatan/nasihat/ kaunseling: • Komplikasi/bahaya HPT kepada ibu. • Kepentingan pengambilan ubatan mengikut dos, masa dan cara yang betul. • Kepentingan mendapat rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital apabila ada tanda-tanda impending eclampsia. • Kepentingan lawatan susulan di klinik. • Perancang keluarga sebelum ibu discaj. Lampiran 4
95 LA P S L Senarai Semak Tambahan - Bagi Ibu Postnatal Kes Berisiko - GDM No Aktiviti Pencapaian Ulasan Ya Tidak Tidak Berkenaan 1 Memberi salam/ucap kepada ibu. 2 Menemubual ibu: • Tentang sejarah pengambilan pemakanan/ tabiat pengambilan pemakanan. • Bagi ibu dengan suntikan insulin: i. Bertanya tentang dos dan masa suntikan insulin. ii. Menyemak baki insulin untuk menentukan ibu patuh kepada suntikan insulin. iii. Penyimpanan insulin. iv. Memerhatikan cara menyuntik suntikan insulin yang betul. 3 Menilai kemahiran ibu melakukan BSP. 4 Memberi pendidikan kesihatan/nasihat: • Tanda-tanda hypoglycaemia (tanda-tanda kurang gula dalam darah) seperti sakit kepala, pening, pitam, sangat sukar untuk menumpu pada sesuatu perkara (kurang daya tumpuan), tangan bergetar/menggigil dan berpeluh serta sangat lapar. • Tanda-tanda hyperglycaemia seperti pengsan jika gula dalam darah terlalu tinggi, peningkatan kuantiti urine yang tinggi (polyurea) dan seterusnya menyebabkan dehydrasi (kehilangan air yang terlalu banyak), yang boleh menyebabkan seizure (sawan), koma dan kematian. • Komplikasi/bahaya DM kepada ibu dan bayi. • Kepentingan lawatan susulan di klinik/hospital. • Perancang keluarga sebelum discaj.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 96 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Senarai Semak Tambahan - Bagi Ibu Postnatal Kes Berisiko – Anaemia No Aktiviti Pencapaian Ulasan Ya Tidak Tidak Berkenaan 1 Memberi salam/ucap kepada ibu. 2 Menemubual ibu: • Sejarah pengambilan permakanan/tabiat pengambilan pemakanan. • Tanda dan gejala anemia yang teruk seperti cepat letih, sesak nafas, palpitation. 3 Menyemak baki ubatan hematinik untuk menentukan kepatuhan ibu kepada ubatan. 4 Mengesan klinikal anaemia (pucat) melalui pemeriksaan fizikal. 5 Memberi pendidikan kesihatan/nasihat:- • Pengambilan ubatan hematinik. • Mengikut dos, masa makan ubat dengan air kosong/jus buah-buahan. • Elakan makan ubat dengan air kopi/teh dan susu. • Kepentingan lawatan susulan di klinik. • Pengambilan pemakanan tinggi zat besi. • Komplikasi/bahaya aneamia kepada ibu. • Perancang keluarga sebelum discaj.
97 Buku Rekod Perawatan Postnatal BIL KES/BULAN: TAHUN: NAMA IBU: NO KP: JENIS KELAHIRAN: UMUR: PARA: ALAMAT: TARIKH NOTIFIKASI DITERIMA: NO TELEFON: PERIHAL KELAHIRAN: TEMPAT: TARIKH: JANTINA: BERAT LAHIR (KG): UKUR PANJANG: LILITAN KEPALA: APGAR SCOR: Hari: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 15 20 Catatan Tarikh: Suhu Badan Tekanan Darah Nadi Pernafasan Payudara Tinggi Rahim (cm) Lokia: Bau: Rubra: Serosa: Alba: Perineum/Epi Wound Luka LSCS Buang Air Kecil Buang Air Besar Ibu bergerak/berjalan Gejala dan Tanda-tanda DVT/Pulmonary Thromboembolism Sakit Dada Susah Bernafas Bengkak di kedua belah kaki tidak seimbang beza 2.0cm Redness/Inflamation of lower limbs Calf Tenderness (Sakit Betis) Lampiran 5
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 98 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam
99 BAHAGIAN 3 Perkhidmatan Lawatan ke Rumah
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 100 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam LAWATAN KE RUMAH 1. Pengenalan Lawatan ke rumah merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan pembangunan kesihatan keluarga. Ia membolehkan anggota kesihatan mendalami status sosio-ekonomi keluarga, amalan kesihatan, persekitaran fizikal serta menjalinkan hubungan positif antara anggota kesihatan dan ahli keluarga. Ia adalah satu aktiviti yang penting kerana pasukan kesihatan dapat berpeluang menjalankan aktiviti promosi, pencegahan dan pemulihan secara terus semasa lawatan ke rumah. 2. Definisi Lawatan ke Rumah Merupakan satu aktiviti mengunjungi kediaman klien dengan tujuan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit. 3. Objektif Lawatan Rumah 3.1 Objektif am Untuk meningkatkan pengetahuan, perubahan sikap dan amalan ke arah penjagaan kesihatan keluarga bagi mencapai tahap kesihatan yang optima. 3.2 Objektif spesifik i. Untuk merapatkan perhubungan dengan keluarga bagi mendapatkan kerjasama dan maklumat kesihatan yang diperlukan. ii. Mengumpul dan menganalisa data untuk merancang aktiviti dan membuat tindakan dalam pengendalian sesuatu kes. iii. Untuk memantau dan menilai kes-kes rawatan susulan bagi menentukan pengendalian seterusnya mengikut keperluan iv. Untuk memberi pendidikan kesihatan mengikut keperluan keluarga dan menilai keberkesanannya. 4. Prinsip-Prinsip Lawatan ke Rumah 4.1 Pemilihan klien untuk lawatan ke rumah adalah mengikut kriteria-kriteria tertentu: 4.1.1 Ibu/anak/keluarga yang berisiko 4.1.2 Kes-kes discaj dari hospital atau institusi lain. 4.1.3 Warga emas yang memerlukan pengawasan kesihatan dan rehabilitasi. 4.1.4 Bayi dan ibu-ibu selepas bersalin. 4.1.5 Rehabilitasi kanak-kanak berkeperluan khas. 4.1.6 Dan lain-lain. 4.2 Memastikan peralatan yang diperlukan lengkap dan berfungsi sebelum menjalankan lawatan ke rumah Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam tidak boleh membuat lawatan ke rumah bersendirian dalam keadaan berikut: • Jika keganasan rumahtangga telah dikenalpasti dan individu yang melakukan keganasan berada di rumah atau berkemungkinan akan kembali ke rumah tersebut. • Terdapat risiko akan berlaku kecederaan kepada klien atau jururawat, atau apabila jururawat merasakan mereka dalam keadaan berisiko semasa lawatan.
101 4.4 Dalam keadaan situasi berisiko di mana Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam terpaksa membuat lawatan bersendirian, bantuan dari pihak polis atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu diambilkira sewajarnya. 4.5 Untuk tujuan pemantauan dan keselamatan, anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu mencatitkan pergerakan aktiviti harian di papan kenyataan seperti berikut: • Nama, alamat dan nombor telefon klien yang akan dilawati. • Masa meninggalkan klinik dan jangkamasa kembali semula ke klinik. 4.6 Sekiranya anggota kejururawatan perlu bertugas pada hari kelepasan atau luar waktu pejabat, satu sistem perlu dibentuk untuk membolehkan mereka mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. 4.7 Semasa dalam keadaan krisis, perkhidmatan sokongan atau alternatif perlu diaturkan sebelum anggota Kejururawatan Kesihatan Awam meninggalkan rumah. 4.8 Ketua Jururawat Kesihatan/Penyelia Jururawat Kesihatan perlu diberitahu sekiranya Anggota Kejururawatan Awam menghadapi ancaman. 4.9 Telefon klien boleh digunakan untuk menghubungi klinik kesihatan dengan keizinannya. Panggilan dibuat untuk mendapatkan temujanji dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penjagaan pesakit seperti memerlukan ambulan, doktor atau rujukan ke hospital. 4.10 Bagi lokasi yang sukar dicari, pelan atau tanda lokasi perlu dicatitkan dalam kad (di klinik) untuk memudahkan lawatan ke rumah semasa kecemasan. 4.11 Klien hendaklah melindungi anggota Kejururawatan dari ancaman haiwan belaan yang merbahaya. 4.12 Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam tidak dibenarkan membawa wang yang banyak dan memakai barang-barang berharga semasa lawatan ke rumah. 4.13 Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu mengetahui peranan Pegawai Keselamatan di kawasan operasi dan pihak polis perlu diberitahu mengenai perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan. 4.14 Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu mendapatkan maklumat setiap kali ada kes panggilan/kecemasan dan direkod dalam buku panggilan seperti: • Nama pemanggil dan no. Kad pengenalan serta tandatangan. • Nama klien dan alamat/tanda lokasi. • Tarikh dan masa dipanggil. 4.15 Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu mengambil tindakan berikut apabila diancam atau terdapat keadaan yang meragukan semasa tiba di rumah klien untuk memastikan keselamatan diri: • Jangan keluar dari kereta sehingga keadaan dirasakan selamat. • Jika berada di dalam kereta pastikan tingkap bertutup dan pintu berkunci. • Bunyikan hon dengan kuat jika keadaan tidak selamat untuk memandu. • Terus memandu ke Balai Polis jika keadaan selamat.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 102 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 4.16 Jika berlaku kerosakan kenderaan Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu mengambil tindakan seperti berikut : • Jika berdekatan, kunci kenderaan dan minta bantuan klien. • Jika terlalu jauh, kunci kenderaan dan minta bantuan di tempat yang paling berhampiran. • Dapatkan bantuan segera melalui telefon dengan nombor kecemasan. • Pastikan Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam sentiasa membawa senarai nombor-nombor telefon yang penting. 5. Strategi Kejayaan Lawatan ke Rumah 5.1 Memahami latar belakang keluarga Mengenalpasti budaya, agama, kepercayaan dan pantang larang keluarga tersebut agar lawatan anggota Kejururawatan Kesihatan Awam ke rumah tidak melanggar tata susila serta adat resam keluarga, bagi membolehkan keluarga menerima tunjuk ajar yang diberikan oleh anggota kejururawatan. 5.2 Menetapkan objektif lawatan • Objektif lawatan perlu ditetapkan selepas mengenalpasti masalah dan keperluan keluarga. • Objektif lawatan mestilah realistik dan boleh dilaksanakan oleh anggota Kejururawatan Kesihatan Awam serta memberi kepuasan kepada individu dan keluarga. 5.3 Menjalankan tindakan dengan wajarnya • Mengelakkan dari melakukan tindakan yang tidak perlu. • Merancang tindakan yang akan diambil berdasarkan objektif yang telah ditetapkan dengan menggunakan Pelan Perawatan Kejururawatan. 5.4 Mengutamakan perhubungan yang erat Menjalinkan hubungan yang erat dengan semua ahli keluarga terutama ketua keluarga untuk mendapat kerjasama sepenuhnya. 5.5 Menghormati ahli keluarga Anggota Kejururawatan Kesihatan Awam perlu menghormati semua ahli keluarga supaya mereka dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan kesihatan. • Menghormati cadangan yang diberikan oleh ahli keluarga dan melibatkan mereka dalam membuat keputusan. 5.6 Sentiasa mengamalkan sifat-sifat positif seperti berikut: 5.6.1 Bersopan santun. 5.6.2 Bertimbang rasa. 5.6.3 Sedia membantu. 5.6.4 Sentiasa membimbing. 5.6.5 Sabar. 5.6.6 Asertif. 6. Jenis Lawatan 6.1 Lawatan kerumah ibu antenatal 6.1.1 Lawatan ke rumah ibu antenatal dilakukan 3 kali lawatan untuk ibu antenatal yang normal iaitu sekali setiap trimester pertama, kedua dan ketiga. 6.1.2 Lawatan ke rumah ibu antenatal yang berisiko perlu dilakukan lebih kerap dari jadual di atas mengikut keadaan risiko ibu.
103 6.2 Lawatan postnatal ibu lepas bersalin: 6.2.1 Lawatan untuk ibu postnatal perlu di buat dalam masa 24 jam dari masa menerima notifkasi kelahiran. 6.2.2 Jadual jagaan ibu postnatal dan anak: - Bagi kes normal lawatan adalah pada hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20. - Bagi ibu yang bermasalah/berisiko tinggi lawatan rumah perlu dilakukan lebih kerap dari jadual lawatan kes normal mengikut keadaan ibu dan anak. - Ibu berisiko perlu di buat susulan oleh Jururawat Kesihatan/Ketua Jururawat mengikut keadaan klien. 6.3 Lawatan Prioriti 6.3.1 Lawatan ibu/anak yang bermasalah dan yang memerlukan jagaan khas. 6.3.2 Lawatan bermasalah terdiri daripada golongan remaja, wanita dewasa, wargatua dan kesihatan mental. 6.4 Lain Lain lawatan yang dibuat mengikut keperluan seperti: 6.4.1 Rujukan: hospital kerajaan dan swasta, klinik, lain-lain jabatan/institusi. 6.4.2 Menyiasat kematian ibu dan kanak-kanak. 6.4.3 Penyakit berjangkit termasuk pengesanan kontak. 6.4.4 Keciciran rawatan (ibu hamil, kanak-kanak, wanita, OPD/NCDC dan lain-lain). 6.4.5 Penyiasatan kejadian “Adverse Event” dan kejadian wabak penyakit yang dilindung dengan vaksinasi. 7. Komponen Lawatan 7.1 Terdiri 3 komponen seperti berikut: 7.1.1 Persediaan sebelum lawatan: • Menetapkan tarikh lawatan dengan keluarga supaya kedua pihak bersedia untuk lawatan tersebut. Ini boleh dilakukan semasa di klinik atau pun melalui telefon. • Menyediakan keperluan untuk lawatan seperti beg lawatan yang lengkap mengikut senarai semak dan keperluan mengikut keadaan yang tertentu. • Tuliskan di papan kenyataan lokasi lawatan ke rumah yang akan dijalankan. 7.1.2 Semasa lawatan: • Menjalinkan rapport dengan keluarga seperti memberi salam, memperkenalkan diri memberitahu tujuan lawatan. • Meminta dokumen dokumen yang bersesuaian, surat beranak, kad kanak-kanak dan kad ibu hamil. • Membuat pemeriksaan fizikal mengikut kes. • Menganalisa dan mentafsir keputusan yang diperolehi. • Bincangkan dengan keluarga langkah-langkah yang perlu di ambil/memberi rawatan/bimbingan/ nasihat/demostrasi/rujukan mengikut keperluan. • Menentukan tarikh temujanji ke klinik atau ke rumah dengan persetujuan klien/ibu/bapa/penjaga. 7.1.3 Selepas lawatan: • Dokumentasi, menganalisa dan mentafsir segala maklumat yang ditemui. • Berbincang dengan keluarga langkah-langkah yang perlu diambil/rawatan/bimbingan/nasihat/ demonstrasi/rujukan mengikut keperluan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 104 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Carta Alir Lawatan Rumah Kenalpasti Klien yang Memerlukan Lawatan ke Rumah Sediakan Peralatan untuk Lawatan ke Rumah Buat Lawatan ke Rumah Lakukan Pemeriksaan dan Penilaian Dokumentasi Rujuk ke PP&K/FMS Hospital Nasihat & Temujanji Ya Tidak Kenalpasti Masalah
105 Proses Kerja Lawatan Rumah Jawatan Proses Kerja JM/JK/KJK 1. Kenalpasti klien yang memerlukan lawatan ke rumah melalui: (Rujuk Lampiran 1: Senarai Semak Lawatan Ke Rumah). 2. Semakan ke atas: i. Buku Daftar Jagaan Ibu KIB 101 Pind. 2/2007. ii. Buku Daftar Kelahiran KIB 103 Pind. 2/2007. iii. Buku Daftar Rujukan Komplikasi KIB 102 Pind.2/2007. iv. Buku Daftar Jagaan Kanak-Kanak KKK101 Pind. 2/2007. v. Rekod Kesihatan Ibu KIK/1(b)/96. vi. Kad Kesihatan Kanak-Kanak KKK 1/93 P, KKK 1/93 L. vii. Kad PKW 1(a)/06. viii. Kad OPD/Kes Non CD. 3. Tentukan kesesuaian untuk membuat lawatan. 4. Buat persediaan untuk lawatan ke rumah mengikut jenis kes yang akan dilawati. 5. Tulis di papan kenyataan lokasi lawatan ke rumah yang akan dibuat. 6. Pergi ke rumah klien. 7. Lakukan pemeriksaan dan penilaian ke atas klien. 8. Beri nasihat yang perlu dan beri tarikh temujanji. 9. Rujuk klien yang bermasalah sama ada ke Klinik Kesihatan atau Hospital. 10.Rekod semua maklumat hasil lawatan ke rumah ke dalam: i. Kad Kesihatan Ibu - KIK/1(a)/96 - KIK/1(b)/96 ii. Kad Kesihatan Kanak-Kanak - KKK 1/93 A - KKK 1/93 B iii. Kad PKW 1(a)/06. iv. Buku Daftar Lawatan ke Rumah KIB 105 Pind. 2/2007. v. Buku Daftar Jagaan Ibu KIB 101 Pind. 2/2007. vi. Buku Daftar Rujukan Komplikasi KIB 102 Pind. 2/2007. vii. Kad OPD/Non CDC. PPK/JM/JK 1. Fail kad mengikut tarikh temujanji, kawasan dan No. K/P. JK/JM 1. Buat laporan bulanan (KIB 206) dan hantar kepada Ketua Jururawat Kesihatan/ Penyelia Jururawat Kesihatan/Pegawai Kesihatan Daerah setiap bulan di Pejabat Kesihatan Daerah.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 106 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam
107 LAMPIRAN Perkhidmatan Lawatan ke Rumah
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 108 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Senarai Semak Lawatan Rumah Bil Aktiviti Merancang Lawatan Ya Tidak Ulasan 1. Merancang Lawatan • Mengenalpasti kes yang hendak dilawati:- • Mengkaji kes kad – mengumpul maklumat contoh: - Alamat, land mark. - Latar belakang klien/ibu dan keluarga. - Saiz keluarga. - Taraf sosio ekonomi. - Pekerjaan. - Taraf pendidikan dan lain-lain. • Buat temujanji dengan klien. • Senaraikan objektif lawatan. • Menyediakan beg lawatan dengan lengkap. • Memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Jika mengunakan motosikal – pakai vest keselamatan dan topi keledar. • Mencatat di papan kenyataan dengan terang dan lengkap lokasi & butiran lawatan. 2. Melaksanakan Lawatan • Memberi salam dan memperkenalkan diri kepada keluarga. • Memberitahu tujuan lawatan dan meminta izin untuk masuk ke rumah sambil memerhati keadaan sekeliling rumah. • Bersalaman dengan ibu dan keluarga mengikut adat dan wujudkan rapport. • Menentukan klien dalam keadaan selesa. • Meminta semua kad kesihatan klien. • Meletakkan beg di atas kertas yang bersih dan tempat yang sesuai. Meneliti kes kad. • Menemubual klien/ibu. - Masalah kesihatan, pemakanan, eliminasi, rehat dan tidur. • Mendengar dengan teliti apa yang telah di beritahu oleh klien/ibu. • Memberitahu klien tentang prosedur yang akan dilakukan. • Meminta izin untuk mencuci tangan di sinki sambil menilai tentang keadaan rumah seperti: - Ganti udara, bekalan air dan bekalan letrik. - Kebersihan dan penyimpanan makanan. - Ciri-ciri keselamatan. - Tandas yang sempurna. - Pembuangan sampah. - Air limbah. • Menilai tahap kesihatan ahli keluarga lain i. Kesihatan anak-anak lain - Pemeriksaan dari kepala hingga ke kaki untuk mengesan tanda-tanda penderaan. Lampiran 1
109 - Status pemakanan. - Status perkembangan/stimulasi. - Imunisasi. - Masalah-masalah kesihatan yang dihadapi. - Memberi temujanji. - Memberi nasihat yang berkaitan. ii. Ahli keluarga lain - Menjalankan pemeriksaan jika perlu, contoh memeriksa tekanan darah. - Pemeriksaan fizikal. - Memberi nasihat yang berkaitan. • Mencuci tangan selepas prosedur. • Berbincang dengan klien/ahli keluarga lain berkenaan status kesihatan. • Memberi nasihat mengikut masalah semasa/memberi rawatan penyakit ringan jika perlu/demonstrasi cara mengaplikasikan rawatan. • Memberi tarikh temujanji ke klinik/tarikh rujukan dan lain-lain. • Dokumentasi semua maklumat yang diperolehi ke dalam kad kesihatan dan buku lawatan rumah KIB 105. 3 Mengakhiri Lawatan • Ingatkan klien tarikh temujanji dan ikut nasihat yang diberikan dan lain-lain perkara penting. • Menyimpan semua peralatan yang telah dibersihkan ke dalam beg lawatan. • Memasukkan semua sisa klinikal ke dalam beg plastik sisa klinikal. Selepas lawatan • Dokumen semua maklumat yang diperolehi ke dalam buku-buku rekod HMIS seperti: KIB 101, KIB 102, KIB 105 dan KKK 101. • Kemaskinikan beg lawatan ke rumah. • Fail kad mengikut tarikh lawatan, profail kampung dan empat nombor terakhir kad pengenalan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 110 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam
111 BAHAGIAN 4 Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 112 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Pengenalan Kanak-kanak adalah aset yang amat berharga untuk menentukan masa depan negara. Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak merupakan salah satu daripada program kesihatan ibu dan anak bermula sejak tahun 1950an. Program ini telah diperkenalkan di semua klinik kesihatan di bandar serta di luar bandar dan telah diperkembangkan dari masa ke semasa untuk menepati keperluan pelanggan masa kini. Penjagaan dalam Program Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak adalah bermula daripada 0 hingga 6 tahun. Pengesanan awal terhadap masalah adalah penting supaya rujukan, rawatan dan penjagaan yang bersesuaian dapat diberikan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti di kalangan kanak-kanak. Perkhidmatan saringan bagi bayi baru lahir adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan untuk pengesanan awal contohnya saringan Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD), saringan Congenital Hypothyroidism dan saringan pendengaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini memerlukan penyeliaan yang berterusan demi mencapai tahap yang berkualiti dan memenuhi hak asasi kanak-kanak. Selaras dengan seruan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu memastikan kanak-kanak terus sihat dengan mencapai tahap perkembangan yang optima dan menjadi seorang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Dengan adanya manual ini, diharap ianya dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh jururawat bagi memantapkan lagi perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Manual perkhidmatan kanak-kanak ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti berikut: • Pendaftaran bayi dan kanak-kanak. • Pengambilan antropometri untuk menilai pertumbuhan kanak-kanak. • Pemeriksaan fizikal bayi dan kanak-kanak. • Saringan bayi baru lahir. • Menjalankan penilaian perkembangan. • Penilaian status pemakanan. • Pemberian imunisasi. • Rujukan untuk sebarang keabnormalan yang dikesan. • Pendidikan kesihatan. • Dokumentasi. Objektif Umum Untuk memberi panduan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran jururawat di klinik-klinik dalam menjalankan aktiviti perkhidmatan kesihatan kanak-kanak. Objektif Khusus • Untuk menyeragamkan prosedur bagi jagaan kanak-kanak di seluruh negara. • Untuk membolehkan semua jururawat menggunakan senarai semak dan mengamalkan prosedur mengikut piawaian yang ditetapkan. • Untuk digunakan sebagai bahan rujukan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran. • Untuk meningkatkan kualiti kerja kejururawatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kanak-kanak.
113 Jadual Lawatan Pemeriksaan Bayi dan Kanak-Kanak Umur Kekerapan Lawatan Aktiviti 0-6 bulan Setiap bulan • Pemeriksaan doktor pada umur 1 bulan. • Pemeriksaan fizikal. • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan. • Imunisasi. • Penilaian penyusuan. • Bimbingan awal dalam penjagaan bayi. 6-12 bulan Setiap 2 bulan • Pemeriksaan fizikal. • Pemeriksaan gigi oleh pegawai/jururawat pergigian pada umur 0-9 bulan. • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan. • Imunisasi. • Nasihat pemakanan dan penyusuan. • Bimbingan awal dalam penjagaan bayi. 1-2 tahun Setiap 3 bulan • Pemeriksaan pegawai perubatan pada umur 18 bulan. • Pemeriksaan fizikal. • Pemeriksaan gigi oleh pegawai/jururawat pergigian pada umur 10-23 bulan. • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan. • Ujian saringan perkembangan tingkahlaku (M-CHAT) pada umur 18 bulan. • Imunisasi tambahan. • Nasihat pemakanan dan penyusuan. • Bimbingan awal dalam penjagaan kanak-kanak. 2-4 tahun Setiap 6 bulan • Pemeriksaan pegawai perubatan pada umur 2-4 tahun. • Pemeriksaan fizikal. • Pemeriksaan mata (Ujian Akuiti Visual, Ujian Hirschberg) pada umur 4 tahun. • Pemeriksaan gigi pada umur 2-4 tahun oleh anggota pergigian. • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan. • Ujian saringan perkembangan tingkahlaku (M-CHAT) pada umur 3 tahun. • Nasihat pemakanan. • Bimbingan awal dalam penjagaan kanak-kanak. 5-6 tahun Setahun sekali • Pemeriksaan fizikal. • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan. • Nasihat pemakanan. • Bimbingan awal kanak-kanak/pra sekolah.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 114 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak Terima Daftar Temujanji Temubual Antropometri Pemeriksaan Dokumentasi Penilaian Pendidikan Imunisasi
115 Kenalpastimasalah Proses Kerja Perkhidmatan Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak Bil Proses Kerja Standard Pegawai Yang Bertanggungjawab Sumber Rujukan Peralatan 1. Terima pelanggan Beri nombor giliran kepada pelanggan. Kenalpasti pelanggan melalui semakan dokumen: - Baru. - Ulangan. - Kes luar operasi. Pembantu Perawatan Kesihatan Senarai semak panduan triage. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak- kanak 0-6 tahun Pindaan 02/2011 (RKBKK 0-6 Tahun Pind. 2/2011). Sijil lahir, lain-lain dokumen pengenalan diri. 2 Daftar Kes Baru – Daftar kes mengikut kawasan operasi. Kes Ulangan - Dapatkan kad simpanan klinik. Kes Luar Operasi - Buka Kad Sementara. Rekod semua kedatangan ke klinik. Jururawat Masyarakat/ Pembantu Perawatan Kesihatan Senarai semak panduan triage. Buku Daftar Jagaan Kanak-kanak KKK 101 Pind. 2/2007. Rekod Kesihatan Bayi dan Kanakkanak 0-6 Tahun Pind. 02/2011 serta buku rekod simpanan di klinik. Buku Daftar PER PL 102PER PL 103 Komputer. Jagaan Kanakkanak KKK 102 Pind. 2/2007. 3 3.1 Antropometri Tentukuran alat penimbang Lakukan sebelum sesi klinik secara berkala. Ketepatan bacaan ukuran tidak boleh kurang atau lebih dari 0.5kg. Dokumentasikan setiap kali lakukan verifikasi. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai Semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak. Alat verifikasi – Pemberat 5kg. Buku rekod verifikasi. 3.2 Ambil berat badan bayi (kg) Timbang berat badan bayi tanpa berpakaian. Rekod berat badan dalam kilogram (kepada satu titik perpuluhan) . Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak Modul Kursus Penilaian. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011)
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 116 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Bil Proses Kerja Standard Pegawai Yang Bertanggungjawab Sumber Rujukan Peralatan Plot dalam graf: Berat untuk umur dalam rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak. Pertumbuhan Kanak-kanak – Modul B Mengukur Pertumbuhan Kanak-kanak. serta buku rekod simpanan di klinik. Alat penimbang. 3.3 3.4 Ukuran panjang (cm) bagi umur bawah 2 tahun Ukuran tinggi bagi kanakkanak umur lebih 2 tahun Ambil ukuran panjang/ tinggi menggunakan prosedur standard sentimeter (kepada satu titik perpuluhan). Plot dalam graf panjang/ tinggi untuk umur dalam rekod kesihatan bayi dan kanakkanak menggunakan garis panduan yang disediakan. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak Modul Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-kanak – Modul B Mengukur Pertumbuhan Kanak-kanak. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011) serta buku rekod simpanan di klinik. Alat ukur panjang/ tinggi. 3.5 Ukuran lilitan kepala (cm) Baringkan bayi dan lakukan ukuran lilitan kepala. Rekod lilitan kepala dalam sentimeter (kepada satu titik perpuluhan). Plot dalam graf ukuran lilitan kepala. Sekiranya lilitan kepala mengikut umur >95 persentil atau <5 persentil, anak mungkin mengalami masalah perkembangan. (Rujuk kepada doktor) Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak Modul Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-kanak – Modul B Mengukur Pertumbuhan Kanak-kanak. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011) serta buku rekod simpanan di klinik. Pita pengukur. 4. Temubual Temubual ibu tentang taraf kesihatan, penyusuan dan pemakanan. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak Modul Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-kanak. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011) serta buku rekod simpanan di klinik.
117 K Bil Proses Kerja Standard Pegawai Yang Bertanggungjawab Sumber Rujukan Peralatan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak (2009) cetakan Ke Empat 2012. 5 Pemeriksaan fizikal Lakukan pemeriksaan fizikal. Maklumkan hasil pemeriksaan kepada ibu serta rekodkan maklumat diperolehi dalam ruang penemuan dalam Kad Simpanan Klinik Rekod Kesihatan dan RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Jika terdapat sebarang masalah, rujuk kepada FMS/PP&K/PSP atau ke hospital untuk rawatan lanjut. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak Modul Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-kanak – Modul B Mengukur Pertumbuhan Kanak-kanak. Buku Garis Panduan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan Edisi 2015. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011). Serta buku rekod simpanan di klinik. 6 Penilaian perkembangan Lakukan penilaian perkembangan kepada anak mengikut umur. Maklumkan hasil pemeriksaan kepada ibu serta rekodkan maklumat diperolehi dalam ruang penemuan dalam Kad Simpanan Klinik dan Buku RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Bagi Kes Kanak-kanak Keperluan Khas yang dikenalpasti, rujuk garis panduan berkaitan . Jururawat/ Jururawat Masyarakat Senarai semak Garis Panduan Pemeriksaan Kanak-kanak. Modul Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-kanak – Prosedur Pengendalian Kanak-Kanak Keperluan Khas dalam Buku Garis Panduan berkaitan. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011) serta buku rekod simpanan di klinik. Alat penilaian perkembangan mengikut umur.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 118 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Bil Proses Kerja Standard Pegawai Yang Bertanggungjawab Sumber Rujukan Peralatan 7 Pendidikan Kesihatan Beri pendidikan kesihatan yang bersesuaian. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Risalah/Buku PKK SISPEK. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011). Serta buku rekod simpanan di klinik. 8 Imunisasi/ rawatan Beri imunisasi mengikut jadual serta rawatan dan rujukan jika perlu. Rekod tarikh Imunisasi diberi dan nombor batch dalam Kad Simpanan Klinik dan buku RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Turunkan tandatangan anggota yang memberi imunisasi tersebut. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Panduan Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-kanak 2016, BPKK, KKM. Buku daftar Jagaan Kanak-kanak KKK 101 Pind. 2/2007. Buku Rekod Imunisasi KKK 103 Pind. 2/2007. Buku Rekod Vaksin KKK 104 Pind. 2/2007. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011) serta buku rekod simpanan di klinik. Peralatan imunisasi. 9 Temujanji Beri tarikh temujanji akan datang. Jururawat / Jururawat Masyarakat/ Buku temujanji mengikut kawasan operasi (Personalized Care). Buku rekod temujanji. Rekod Kesihatan Bayi & Kanakkanak 0 – 6 tahun serta Kad Simpanan Klinik. Buku Daftar Jagaan Kanak-kanak KKK 101 Pind. 2/2007.
119 P P K J M Bil Proses Kerja Standard Pegawai Yang Bertanggungjawab Sumber Rujukan Peralatan 10 Dokumentasi Dokumen atau rekod ke dalam buku rekod kawasan operasi. Failkan kad mengikut kawasan operasi. Sediakan rekod dan reten. Jururawat/ Jururawat Masyarakat Buku Daftar Jagaan Kanak-kanak KKK 101 Pind. 2/2007. Buku Rekod Kedatangan ke Klinik KKK 102 Pind. 2/2007. Buku Rekod Imunisasi KKK 103 Pind. 2/2007. Buku Rekod Vaksin KKK 103 Pind. 2/2007. Buku Rekod Kelahiran KIB 103 Pind. 2/2007. Buku Daftar Rujukan Komplikasi KIB 102 Pind. 2/2007. Buku Daftar KZM 101. Buku Daftar Kanakkanak Keperluan Khas 0-18 tahun KKK 107 Pind. 2/2007. Rujuk Senarai Semak Lampiran 1 - Senarai semak aktiviti persediaan sesi klinik kesihatan kanak-kanak. Aktiviti Saringan Bayi Baru Lahir Saringan bayi baru lahir merupakan satu strategi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengesan status kesihatan bayi agar rawatan awal dapat dijalankan bagi mencegah kecacatan. Program saringan bayi baru lahir di Malaysia bermula dengan pemeriksaan darah tali pusat untuk kekurangan Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase (kekurangan G6PD) pada tahun 1980. Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program saringan Hipotiroidisme Kongenital (CH) bagi semua bayi dihantar di hospital kerajaan. Pada masa ini, beberapa hospital telah melaksanakan pemeriksaan pendengaran bayi yang baru lahir di hospital di awal 2000-an. i. Saringan Kekurangan Enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) G6PD terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk jangka masa lima hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 120 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanakkanak. Bagi kanak-kanak yang kekurangan enzim G6PD, jururawat perlu memastikan setiap bayi mempunyai Kad Kekurangan G6PD yang diberi dari hospital dan memberi nasihat kepada ibubapa untuk mengelakkan ubatubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1). Rajah 1: Bahan-bahan/Ubat-ubat Tertentu yang Boleh Menyebabkan Hemolisis Makanan dan Herba yang Perlu Dielakkan Ubat yang Boleh Diberi Dalam Dos Terapeutik • Kacang parang (fava beans). • Ubat China. - Chuen Lin. - San Chi. - 13 herbs. - 12 herbs. • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor). Bahan lain yang mesti dielakkan • Ubat gegat (moth balls). • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium. Ubat yang mesti dielakkan • Acetanilide. • Doxorubicin. • Furazolidene. • Methylene blue. • Nalidixic acid. • Niridazole. • Nitrofurantoin. • Phenozopyridine. • Primaquine. • Sulfamethoxazole. • Bactrim. • Paracetamol. • Ascorbic acid. • Aspirin. • Chloramphenicol. • Chloroquine. • Colchicine. • Diphenhydramine. • Isoniazid. • Phenacetino. • Phenylbutazone. • Phenytoin. • Probenecid. • Procainamide. • Pyrimethamine. • Quinidine. • Streptomycin. • Sulfisoxazole. • Trimethoprim. • Tripelennamine. • Vitamin K. • Mefloquine. ii. Ujian Saringan Hipotiroidisme Kongenital/Congenital Hypothyroidism (CH) CH adalah satu keadaan di mana badan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin yang diperlukan untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang normal. Jika kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroxin yang cukup, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme. Jika keadaan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir ia dikenali sebagai CH. Kajian di Malaysia, menunjukkan kadar prevalens Hipotiroidisme Kongenital di kalangan bayi yang baru lahir adalah 1:337. Di anggarkan 120 orang bayi yang dilahirkan mempunyai Hipotiroidisme Kongenital setiap tahun. Perkhidmatan saringan dan pengesahan CH terdapat di hospital kerajaan. Sampel darah akan di ambil dari tali pusat bayi baru lahir atau pada hari kelima kelahiran sekiranya ia tidak diambil selepas bayi dilahirkan. Temujanji dengan klinik kanak-kanak perlu diatur untuk mengambil sampel darah tersebut. Darah tidak boleh diambil setengah jam selepas lahir atau dalam masa lima hari kerana pada masa ini terdapat peningkatan mendadak tiroksin yang boleh mempengaruhi keputusan sebenar.
121 Bayi yang dikesan mengalami CH perlu diberi rawatan dalam masa 14 hari bagi mengelakkan kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Rawatan susulan iaitu setiap bulan pada 6 bulan pertama, setiap 2 hingga 3 bulan pada umur 6 hingga 18 bulan dan setiap tahun selepas bayi berumur lebih 3 tahun amat penting untuk memastikan bayi mendapat dos rawatan yang sepatutnya bagi memantau tumbesaran dan perkembangan. iii. Saringan Pendengaran Bayi Saringan pendengaran bayi baru lahir telah dilaksanakan pada tahun 2000 di beberapa hospital kerajaan untuk bayi berisiko tinggi. Ujian saringan pendengaran bertujuan untuk mengesan pendengaran pada bayi supaya dapat dikesan dengan lebih awal dan seterusnya dirujuk untuk intervensi. Ujian pendengaran bagi bayi baru lahir dilakukan sebelum bayi didiscajkan dari hospital. Masalah pendengaran kekal merupakan kecacatan yang tersembunyi yang mana kecacatan ini tidak dapat dilihat secara fizikal. Sekiranya bayi lahir dengan masalah pendengaran, perkembangan bahasa dan pertuturannya boleh terjejas. Dianggarkan sebanyak 1 hingga 3 bayi daripada 1,000 kelahiran disahkan mempunyai masalah pendengaran kekal (Uus & Davis 2000). Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula melaksanakan saringan pendengaran bagi semua bayi baru lahir (Universal Hearing Screening) secara berperingkat di hospital. Peranan jururawat di klinik adalah untuk memastikan ujian pendengaran (distraction test) dijalankan secara berterusan bermula pada umur bayi 1 bulan sehingga 6 tahun terutama bagi bayi dan kanak kanak yang berisiko tinggi. ANTROPOMETRI Jenis-Jenis Alat Timbang Alat timbang terdiri daripada jenis beam, digital dan spring. Alat timbang untuk menimbang berat badan kanakkanak mestilah mempunyai ciri-ciri berikut: • Kukuh dan tahan lama. • Pengukuran sehingga kejituan 0.1kg. Alat timbang perlu diverifikasi setiap hari oleh anggota kesihatan untuk mempastikan bacaan yang standard dan tepat. Aktiviti Kerja Tentukuran Verifikasi Alat Penimbang Jawatan Aktiviti Jururawat/Jururawat Masyarakat Rujuk Lampiran 2A- Senarai Semak Aktiviti Verifikasi Alat Penimbang Bayi dan Kanak-Kanak Jenis Beam dan Spring i. Letakkan alat timbang di atas permukaan yang rata. ii. Tentukan petunjuk alat timbang berada pada tanda “0” (alat timbang jenis beam dan spring). iii. Letakkan satu standard weight 5kg di atas platform. Bacaan perlu menunjukkan 5kg. iv. Turunkan standard weight 5kg daripada platform. Bacaan perlu menunjukkan 0kg.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 122 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Jawatan Aktiviti v. Jika alat timbang menunjukkan selain daripada 5kg dan tidak kembali kepada ‘0’ selepas pemberat diturunkan, bandingkan perbezaan pada julat ketetapan iaitu 0.5kg. Alat timbang ini tidak boleh digunakan dan perlu dihantar untuk pembaikan. vi. Catitkan dalam buku rekod verifikasi. (Rujuk Borang Verifikasi di Lampiran 2B) 1. Pengambilan Antropometri Pengukuran antropometri adalah pengukuran yang di lakukan untuk mengetahui tumbesaran seorang anak dengan menggunakan alat penimbang dan pita pengukur. Hasil ukuran tersebut direkod dalam carta tumbesaran Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 2/2011. Indikator pertumbuhan digunakan untuk menilai pertumbuhan kanak-kanak dengan mengambil kira umur, berat dan panjang atau tinggi. Carta pertumbuhan yang digunakan berbeza mengikut jantina dan indikator. Indikator-indikator tersebut adalah seperti berikut: • Berat-untuk-umur. • Panjang-untuk-umur. • Tinggi-untuk-umur. • BMI-untuk-umur. Ukuran antropometri diambil setiap lawatan untuk menilai tumbesaran dan taraf pemakanan bayi dan kanakkanak mengikut peringkat umur. i. Ukuran berat badan bagi bayi bawah 2 tahun diambil secara baringan dengan menggunakan penimbang bayi dan kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas diambil secara berdiri menggunakan penimbang dewasa. Berat-untuk-umur digunakan untuk menggambarkan kesesuaian berat badan semasa mengikut umur bayi atau kanak-kanak. Indikator ini digunakan untuk menilai sama ada bayi atau kanak-kanak mengalami masalah berat badan (Kurang berat badan (KBB), berlebihan berat badan dan obes). ii. Ukuran panjang untuk kanak-kanak bawah 2 tahun di ambil secara baringan dan tinggi untuk kanakkanak 2 tahun keatas di ukur secara berdiri. Indikator ini dapat digunakan untuk mengenalpasti sama ada bayi atau kanak-kanak mengalami masalah kebantutan disebabkan oleh kekurangan pemakanan dalam jangka masa panjang atau jangkitan penyakit yang berulang-ulang. Jika bayi atau kanak-kanak mempunyai ketinggian berlebihan bagi peringkat umur tertentu kemungkinan mengalami masalah gangguan endokrin (Growth-hormone-producing tumor). iii. Ukuran lilitan kepala bayi diambil setiap kali lawatan dari lahir hingga umur 3 tahun untuk mengesan hydrocephalus, microcephalus dan craniostenosis. Panduan cara penggunaan carta pertumbuhan sila rujuk: 1. Garis panduan penggunaan buku rekod kesihatan bayi kanak-kanak 0-6 tahun dan carta pertumbuhan WHO (2006) carta lilit kepala CDC (2000) Pind. 02/2011, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 2. Rujuk buku Garis Panduan Penggunaan Carta Pertumbuhan, WHO (2006) dan Carta Lilitan Kepala (CDC) 2000 Edisi Sept 2007, Bahagian Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 3. Prosedure Operasi Standard Pengendalian Kanak-kanak Kurang Zat Makanan, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
123 Pengambilan Berat Badan Berat-untuk-umur digunakan untuk menggambarkan kesesuaian berat badan semasa mengikut umur bayi atau kanak-kanak. Indikator ini digunakan untuk menilai sama ada bayi atau kanak kanak mengalami masalah berat badan. 2. Aktiviti Kerja Pengambilan Berat Badan Jawatan Aktiviti Jururawat/Jururawat Masyarakat i. Terangkan kepada ibu tatacara yang akan dijalankan. ii. Pastikan kedudukan alat timbang teguh di atas permukaan yang rata. Tentukan penunjuknya berada pada `0´. iii. Untuk alat timbang digital, pastikan penimbang mempunyai bateri. Jika angka EEEE timbul, bateri perlu diganti. Uji alat penimbang digital dengan sentuhan jari ke atas platform, sehingga angka ‘00’ timbul. Untuk jenis beam dan spring, pastikan telah diverifikasi. iv. Tanggalkan semua pakaian bayi. Rujuk senarai semak Lampiran 3 – senarai semak aktiviti mengambil berat badan bayi baru lahir v. Bagi kanak-kanak, yang ditimbang berdiri, tanggalkan kasut atau selipar sahaja. Lampiran 4 – Senarai semak aktiviti menimbang kanak-kanak <2 tahun. Lampiran 5 – Senarai semak aktiviti menimbang kanak-kanak >2 tahun vi. Letakkan bayi di atas alat penimbang. Bagi kanak-kanak, arahkan berdiri tegak dengan kaki rapat di atas platform penimbang dan jangan bergerak. vii. Pastikan bayi dan kanak-kanak tidak disokong oleh sesiapa dan kanakkanak tidak memegang di mana mana semasa ditimbang. viii. Baca bacaan berat badan dan catatkan pada satu angka perpuluhan yang terdekat (contohnya, 9.2kg). ix. Angkat bayi atau minta kanak-kanak turun dari platform. x. Rekod bacaan berat badan ke dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak 0-6 tahun Pind. 02/2011 (RKBKK). Plot tanda (x) pada carta pertumbuhan di dalam Buku RKBKK. Beritahu ibu tentang berat badan dan arah lengkuk pertumbuhan anak. Nota: Bagi kanak-kanak yang tidak mahu ditimbang, timbang kanak-kanak bersama ibu. Kemudian timbang ibu berseorangan. Untuk mendapatkan berat kanakkanak, tolak berat ibu daripada berat ibu bersama kanak-kanak. Pengambilan Panjang dan Tinggi Panjang/Tinggi-untuk-umur menggambarkan panjang/tinggi yang bersesuaian berbanding dengan umur bagi bayi dan kanak-kanak. Indikator ini dapat digunakan untuk mengenalpasti sama ada masalah kebantutan disebabkan oleh kekurangan pemakanan dalam jangkamasa panjang atau jangkitan penyakit yang berulang-ulang. Bayi atau kanak-kanak yang mempunyai ketinggian yang berlebihan bagi peringkat umur tertentu juga dapat dikenalpasti walaupun masalah tersebut jarang ditemui kecuali atas sebab masalah gangguan endokrin.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 124 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam un n a Aktiviti Kerja Mengukur dan Merekod Panjang dan Tinggi Jawatan Aktiviti Jururawat/Jururawat Masyarakat Mengukur panjang untuk bayi (umur bayi bawah 2 tahun). Rujuk Lampiran 6 – Senarai semak aktiviti mengambil ukuran panjang bagi bayi dan kanak-kanak berumur <2 tahun. i. Periksa tempat pengukur. Pastikan pita ukur dalam keadaan baik dan papan kepala (headboard) berada pada bacaan `0.0´cm. Minta ibu tanggalkan kasut, stokin bayi dan pengikat rambut jika ada. ii. Baringkan bayi secara telentang. Pastikan kepala bayi rapat pada papan kepala. iii. Minta ibu berdiri di belakang papan kepala. Suruh ibu pegang kepala bayi dengan kedua-dua belah tangan. Tentukan mata bayi memandang tegak ke atas. Garisan tegak dari bahagian bawah orbit mata ke lubang telinga bayi mestilah 90 darjah kepada bahagian bawah kotak pengukur atau permukaan meja (Frankfort plane). iv. Anggota kesihatan berdiri di sisi tempat pengukur yang mempunyai pita pengukur bagi memudahkan ukuran panjang dibaca. v. Sebelah tangan menekan kedua-dua lutut bayi untuk meluruskan baringannya dan tangan sebelah lagi, rapatkan papan kaki (footboard) ke tapak kaki bayi. Tekan sedikit kedua-dua tapak kaki bayi supaya tegak ke atas. (Gambarajah 1) Gambarajah 1: Mengukur panjang bayi (umur bayi bawah 2 tahun) vi. Lakukan pengukuran panjang dengan cepat dan tepat sebelum bayi merasa terganggu. (Gambarajah 2) vii. Baca dan catatkan ukuran panjang kepada satu titik perpuluhan terdekat (66.3cm). Jauhkan papan kaki dan minta ibu mengangkat bayi. viii. Catat ukuran panjang bayi pada satu titik perpuluhan terdekat Contohnya 66.3cm ke dalam kad simpanan klinik dan RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Plot dan tanda pangkah pada carta pertumbuhan kanak kanak di dalam buku RKKK. Beritahu ibu tentang panjang dan arah lengkuk pertumbuhan anak. Nota: Sekiranya kanak-kanak berumur 2 tahun atau lebih tetapi masih belum dapat berdiri, ukur panjang dalam posisi baring dan untuk mendapatkan ukuran tinggi, bacaan tersebut perlu di tolak sebanyak 0.7cm.
125 Gambarajah 2: Pita pengukur Angka dan garisan panjang menunjukkan unit sentimeter. Garis yang pendek menunjukkan unit milimeter. Petak yang berwarna gelap menunjukkan kedudukan papan kaki semasa mengambil ukuran panjang. Mengukur tinggi untuk kanak-kanak (umur 2 tahun atau lebih). Rujuk Lampiran 7 – Senarai semak aktiviti mengambil ukuran tinggi bagi kanak-kanak berumur >2 tahun. i. Pastikan alat pengukur tinggi dipasang tegak dengan kedudukan alat timbang kukuh diatas lantai yang rata. Alat timbang mestilah dikunci (jika alat timbang adalah SECA). ii. Pastikan pemeriksa melutut di bahagian kanan papan supaya kepala anda selaras dengan kepala kanak-kanak. iii. Minta kanak-kanak tanggalkan kasut atau selipar dan berdiri ke atas platform dengan belakang kepala, bahu, punggung, betis dan tumit menyentuh platform. (Gambarajah 3) Gambarajah 3: Mengukur tinggi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. iv. Turunkan papan kepala (headboard) sehingga menyentuh kepala. v. Baca dan catatkan ukuran tinggi kepada satu titik perpuluhan terdekat (102.3cm). Ini adalah garisan terakhir yang anda boleh lihat. vi. Rekod bacaan tinggi ke dalam RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Plot tanda (x) pada carta pertumbuhan di dalam Buku RKBKK. Beritahu ibu tentang bacaan tinggi dan arah lengkuk pertumbuhan anak.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 126 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam an ga O 00 an k l Ukuran BMI BMI-untuk-umur merupakan indikator yang paling sesuai digunakan bagi penyaringan berlebihan berat badan dan obesiti. Carta BMI-untuk-umur digunakan untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun dan umur 2 tahun hingga 5 tahun. Cara Pengiraan BMI Nilai BMI dengan menggunakan formula berikut: BMI = Berat (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) Kira dan plot carta BMI untuk Umur dan rujuk jika perlu. Untuk panduan cara penggunaan carta BMI yang digunakan sila rujuk: 1. Garis panduan penggunaan buku rekod kesihatan bayi kanak-kanak 0-6 tahun dan carta pertumbuhan WHO (2006) carta lilit kepala CDC (2000) Pind. 02/2011, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 2. Rujuk buku Garis Panduan Penggunaan Carta Pertumbuhan, WHO (2006) dan Carta Lilitan Kepala (CDC) 2000 Edisi Sept 2007, Bahagian Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Pengambilan Ukuran Lilitan Kepala Masa lahir lilitan kepala lebih kurang 35cm iaitu lebih besar dari lilitan dada. Lilitan kepala ada hubungan dengan anggaran pertumbuhan otak. Tafsiran ukuran lilitan kepala perlu dibandingkan dengan saiz kanak-kanak pada keseluruhannya. Ianya juga berguna untuk mengesan tanda-tanda awal: • Hydrocephalus • Microcephaly • Craniostenosis Aktiviti Kerja Mengukur Lilitan Kepala Jawatan Aktiviti Jururawat/Jururawat Masyarakat Mengukur lilitan kepala bayi. Rujuk Lampiran 8 - Senarai semak aktiviti mengambil ukuran lilitan kepala bagi bayi baru lahir. i. Terangkan kepada ibu prosedur yang akan dilakukan. ii. Periksa pita ukur untuk menentukan ianya masih dalam keadaan baik. Tentukan bacaan pita bermula dengan “0”. iii. Minta ibu duduk sambil memegang anak atau baringkan anak terlentang di atas meja. Tentukan anak tidak boleh memusingkan kepalanya semasa mengukur. iv. Letakkan permulaan pita ukur pada bahagian atas kening mata (supra orbital ridges) di dahi anak. Lilitkan pita ukur mengelilingi kepala melalui bahagian atas telinga di sebelah bahagian jendul (maximum occipital prominence) di belakang, bahagian atas telinga sebelah lagi dan balik ke bahagian atas kening di dahi. Tentukan pita ukur tidak melalui atas cuping telinga. v. Rapatkan kedua-dua bahagian pita ukur dan tentukan bacaan yang bertentangan dengan tanda “0”. Lepaskan lilitan dengan berhati-hati.
127 T 1. 2. vi. Catatkan bacaan lilitan kepala terdekat 0.1 sentimeter ke dalam ruang ukuran di dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak dan buku simpanan rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak. 3. Temubual/Pengambilan Sejarah Pengambilan latar belakang keluarga dan sejarah kelahiran bayi diambil untuk menilai taraf ekonomi keluarga dan kesihatan bayi. Maklumat ini diambil semasa lawatan ke rumah dan lawatan pertama ke klinik. i. Kepentingan pengambilan sejarah bagi kanak-kanak • Mendapatkan maklumat, taraf kesihatan kanak-kanak dan keluarga. • Mengetahui status ekonomi keluarga tersebut. • Menilai taraf pemakanan kanak-kanak. ii. Maklumat yang perlu dikumpulkan i. Maklumat anak: • Nama anak. • Umur anak. • Tarikh lahir. • Alamat kediaman. • Jantina • Riwayat kelahiran termasuk usia kandungan, jenis kelahiran dan skor APGAR. • Kemajuan anak sejak lahir hingga sekarang bagi kes baru atau sejak lawatan terakhir hingga sekarang bagi kes ulangan untuk mengetahui masalah kesihatan. • Sejarah masalah kesihatan anak sejak lahir hingga sekarang. • Pencapaian perkembangan untuk menilai tahap perkembangannya adakah bersesuaian dengan umur anak. • Taraf imunisasi untuk menilai status imunisasi anak telah lengkap atau tidak. ii. Maklumat keluarga: Tujuan mendapatkan maklumat keluarga adalah untuk mengetahui status ekonomi keluarga. • Bilangan anak dalam keluarga. • Bilangan anak yang hidup. • Bilangan anak yang mati termasuk sebab kematian. • Status ahli keluarga yang tinggal bersama. • Pekerjaan ibu dan bapa. • Pendapatan seisi rumah. • Taraf pendidikan ibu bapa. • Siapa yang menjaga anak. iii. Maklumat penyusuan dan pemakanan Tujuan mendapatkan maklumat pemakanan ialah untuk menilai taraf pemakanan dan tumbesaran kanakkanak tersebut. Rujuk garis panduan Buku Rekod Kesihatan Bayi dan kanak kanak 0-6 tahun Pind. 2/2011. Rujuk Garispanduan Pemakanan Bayi dan Kanak kanak Kecil tahun 2009 (Cetakan ke empat tahun 2015).
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 128 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam 4. Pemeriksaan Fizikal Bayi dan Kanak-kanak Bawah Umur 6 Tahun Pemeriksaan fizikal bayi dan kanak-kanak dilakukan dari kepala hingga ke kaki pada setiap kali lawatan ke klinik untuk mengesan keadaan abnormal dan merujuk untuk rawatan awal. Hasil pemeriksaan fizikal direkod dalam Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 Tahun Pind. 2/2011. Aktiviti Pemeriksaan Fizikal Bagi Bayi 0-1 Bulan 1. Pemerhatian Am Perkara Keadaan Yang Diperhatikan Kecergasan Bayi Bayi aktif/kurang cergas/lemah. Wajah Bayi Rupa bayi yang luar biasa samada asymetry atau mempunyai ciri-ciri dysmorphic seperti Down’s Syndrome. Kulit Perhatikan kebersihan kulit, tanda lahir, ruam panas, ruam lampin, warna kulit jaundis atau Cyanosis, pucat dan tanda infeksi seperti septik spot. Periksa kepejalan otot bayi dan kanak-kanak. Kepala Ampu kepala dengan tangan kiri. Perhati untuk: • Bulging dan depressed fontenelle. • Caput – ialah benjolan bukan hematoma. Akan susut selepas beberapa hari. • Cephalhematoma – keadaan di mana hematoma tidak merentasi garis sutures di kepala. • Subaponeurotic Haemorrhage – hematoma yang merentasi garis sutures boleh menyebabkan renjatan hypovolaemic. Ini perlu dirujuk segera. Mata Perhatikan keadaan mata sama ada jaundice, juling, discaj, pucat, kemerahan, refleks, ptosis, nystagmus, micropthalmos, sunset eye, slanting of eye brow, hypertelorism, hypotelorism, inner/outer epicanthal folds. Hidung Perhatikan untuk kebersihan dan discaj. Mulut • Perhatikan cyanosis, sumbing. Perhatikan kebersihan lidah, ulcer, oral thrush protruding tongue, microglossia, tongue tie, coated atau short frenulum. • Periksa lelangit untuk mengesan cleft palate. • Perhatikan kebersihan gusi dan tanda radang gusi, gusi mudah berdarah bengkak atau gusi berubah warna (gigi patut tumbuh selewat-lewatnya 1 tahun). Dagu Dagu kecil menunjukkan tanda sindrom seperti Pierre Robin syndrome. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah pernafasan atau penyusuan. Telinga Perhatikan posisi dan bentuk seperti low set ears yang menunjukkan ciri Down’s Syndrome, contohnya cuping yang abnormal. Leher Periksa leher untuk: • Sterno-mastoid tumor yang boleh menyebabkan torticollis. • Pembengkakan seperti cystic hygroma. Dada • Periksa untuk bentuk dada yang tidak normal, kadar dan cara pernafasan. • Perhati tanda-tanda respiratory distress seperti grunting, stridor, sternal/ intercostal/subcostal recession. • Pigeon chest. Jantung Periksa kadar denyutan jantung serta bunyi denyutan jantung yang abnormal.
129 A A G F H T K S M P E T A A Perkara Keadaan Yang Diperhatikan Abdomen • Jika terdapat keadaan abdomen yang kembung beserta dengan muntah, cirit atau tidak membuang air besar, perlu dirujuk segera. • Periksa untuk hepatomegaly dan splenomegaly • Perhatikan kebersihan pusat, tanda-tanda infeksi seperti berair, berbau, kemerahan sekeliling pusat serta umbilical hernia. Tangan • Pegang dan luruskan kedua-dua anggota atas untuk memastikan sama panjang. • Buka sarung tangan bayi. • Periksa setiap jari untuk mengesan clubbing of finger, warna kuku, polydactly, syndactly, tapak tangan bagi mengesan palmar crease yang tidak normal seperti siamen’s crease dalam syndrome down. Anus Periksa untuk patensi dan kehadiran fistula. Genitalia Perhatikan kejelasan genitalia anak (ambiguos). Lelaki: • Periksa kedudukan pembukaan urethra. Rujuk keadaan luar biasa contohnya hypospadias, epispadias, undescended testes dan enlarged scrotum kemungkinan menunjukkan hydrocele, inguinal hernia, tumour. Perempuan • Perhati keadaan labia minora dan labia majora, clitoris, urethral dan vaginal orifice dari lahir untuk mengesan keabnormalan. • Tanya dan periksa untuk tanda tanda berkhatan. • Perhatikan vagina jika terdapat discaj dari vagina berwarna putih atau sedikit perdarahan dalam minggu pertama selepas kelahiran adalah normal. Femoral Pulse Periksa femoral pulse dan jika tiada atau lemah menunjukkan tanda coartation of aorta. Hips (Pinggul) • Perhatikan pergerakan di kedua belah sendi pinggul adalah symmetrical. • Periksa untuk congenital hip dislocation. Kaki • Periksa untuk talipes, panjang kedua belah kaki adalah sama. • Periksa untuk sebarang keabnormalan pada jari kaki. Spine Perhatikan untuk scoliosis, Spina Bifida atau ketumbuhan seperti lipoma, haemangioma atau tuft of hair terutamanyadi bahagian sacrum. Moro Reflex Grasp and moro’s reflex. Unilateral moro reflex menunjukkan brachial plexus, Erb’s palsy atau fracture clavicle/humerus. Sucking reflex tidak perlu dilakukan jika bayi telah menyusu dengan baik. Penyusuan Bayi dapat menyusu dengan baik dan sucking reflex yang normal. Eliminasi Kencing dan buang air besar sebanyak 5-6 kali sehari adalah normal bagi bayi yang menyusu dengan baik. Tanda Vital Pemeriksaan suhu, pernafasan dan kadar denyutan jantung perlu dilakukan. Antropometri Rujuk nota bahagian antropometri.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 130 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam n Aktiviti Pemeriksaan Fizikal bagi Bayi dan Kanak-kanak Umur 1 Bulan hingga 6 Tahun Pemerhatian Am Perkara Keadaan Yang Diperhatikan Kecergasan Bayi Bayi aktif/kurang cergas/lemah. Kulit • Perhatikan kebersihan kulit. • Periksa kepejalan otot bayi dan kanak-kanak. Kepala Kebersihan kepala. Mata Perhatikan keadaan mata sama ada jaundice, juling, discaj, pucat. Hidung Perhatikan untuk ‘nasal flaring’ jika ada. Mulut • Perhatikan kebersihan lidah, ulcer, oral thrush protruding tongue. • Perhatikan kebersihan gigi serta kerosakan gigi, keabnormalan bentuk gigi, karang gigi dan gigi berlubang. • Perhatikan kebersihan gusi dan tanda radang gusi, gusi mudah berdarah bengkak atau gusi berubah warna (gigi patut tumbuh selewat-lewatnya 1 tahun). Telinga Kebersihan telinga. Leher Periksa leher untuk kebengkakan. Dada • Periksa untuk bentuk dada yang tidak normal, kadar dan cara pernafasan. • Pigeon chest. Jantung Periksa kadar denyutan jantung serta bunyi denyutan jantung yang abnormal. Abdomen • Jika terdapat keadaan abdomen yang kembung beserta dengan muntah, cirit atau tidak membuang air besar, perlu dirujuk segera. • Periksa untuk hepatomegaly dan splenomegaly. Genitalia Lelaki: • Periksa kedudukan pembukaan urethra. Rujuk keadaan luar biasa contohnya hypospadias, epispadias, undescended testes dan enlarged scrotum kemungkinan menunjukkan hydrocele, inguinal hernia, tumour. Perempuan: • Perhati keadaan labia minora dan labia majora, clitoris, urethral dan vaginal orifice. • Jika terdapat discaj dari vagina berwarna putih atau sedikit perdarahan dalam minggu pertama adalah normal. • Perhatikan tanda berkhatan pada umur 18 bulan. Eliminasi Kencing dan buang air besar sebanyak 5-6 kali sehari adalah normal bagi bayi yang menyusu dengan baik. Tanda Vital Pemeriksaan suhu, pernafasan dan kadar denyutan jantung perlu dilakukan. Antropometri Rujuk nota bahagian antropometri.
131 P Keadaan Luar Biasa yang Perlu Diperhatikan Semasa Melakukan Pemeriksaan Fizikal Perkara Tanda-Tanda Kemungkinan Rambut Kusam dan tidak bermaya Anak tidak sihat Jarang, rapuh, bertukar warna Kwashiorkor Rambut tumbuh bertompok Kurap Kepala Besar Hydrocephalus Kecil Microcephaly Fontanel tidak tertutup Kekurangan Calcium dan Vitamin D Mata dark, circles Anak tidak sihat, tidak cukup tidur Bengkak, kelopak mata sembab Menangis terlalu lama Infeksi Mata cengkung Dehidrasi Conjunctiva kemerahan Infeksi, pendarahan Discaj Infeksi Sclera warna kuning Jaundis Hidung Nostrils distended on breathing, difficulty in breathing Infeksi saluran pernafasan Telinga Keluar discaj dan sakit bila digosok Infeksi Kurang pendengaran Pekak, terencat Mulut dan lidah Kering Dehidrasi, demam Pucat Anemia Tompokan (patch) putih Serawan mulut (oral thrush) Pecah sudut bibir, kudis lidah Kekurangan Vitamin B Gusi berdarah, bengkak Infeksi Kulit Pucat Anemia Merah, panas, kering Demam Kering, pecah Kekurangan Vitamin A dan B Kuning Jaundis Cyanosis Masalah jantung Muscle tone Lemah, lembik Kekurangan zat makanan Tiada koordinasi pergerakan Cerebral palsy Edema Severe kwashiorkor Masalah buah pinggang Leher Bengkak kelenjar Infeksi Mumps Susah menelan Tonsillitis
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 132 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam ga kra tu an an Perkara Tanda-Tanda Kemungkinan Abdomen Spleen palpable Malaria kronik Liver palpable Infeksi, thalasemia Pergerakan peristalsis dapat dilihat, serta diikuti dengan muntah Pyloric stenosis Pusat lembab, merah dan ada discaj berbau Infeksi Anggota Otot merosot, paralysis Poliomyelitis Genitalia Penis–kesukaran urinasi Phimosis Penilaian Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan dan ia lebih pesat berlaku semasa berumur satu tahun pertama. Perkembangan kanakkanak berbeza-beza di antara individu bergantung kepada taraf kesihatan, stimulasi dan persekitaran. Tiga cara utama bayi mendapat kemahiran iaitu melalui percubaan dan kesilapan, peniruan dan pengulangan sesuatu perbuatan. Prinsip-prinsip perkembangan adalah seperti berikut: 1. Melibatkan perubatan. 2. Perkembangan awal adalah kritikal. 3. Perkembangan merupakan hasil daripada pematangan dan pembelajaran. 4. Corak perkembangan boleh diramalkan. 5. Melibatkan jangkamasa tertentu. 6. Perkembangan motor melibatkan Cephalo-caudal dan Proximal-distal. Penilaian perkembangan bayi dan kanak-kanak 0-6 tahun dilakukan dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang bersesuaian mengikut peringkat umur. Ini bertujuan untuk mengesan awal keabnormalan perkembangan bayi dan kanak kanak agar rujukan dan intervensi awal dapat di lakukan. Penilaian perkembangan bayi dan kanak-kanak terbahagi kepada 4 aspek utama: 1. Pergerakan motor kasar. 2. Pergerakan motor halus (Adaptif). 3. Pertuturan/Pendengaran/Bahasa. 4. Psycho social/Kelakuan. Peralatan yang Diperlukan untuk Penilaian Perkembangan Umur Peralatan Diperlukan Penilaian Umur 1-3 bulan 1. Red yarn 2. Kelentong 3. Lampu suloh • Penglihatan • Pendengaran • Refleks merah pada mata Umur 6 bulan 1. Kelentong 2. Red yarn 3. Kiub 2.5cm 2 biji • Pendengaran • Penglihatan • Fine motor & adaptif
133 U A T Umur 9 bulan 1. Kismis 2. Bola 3. Kiub 2.5cm 2 biji • Fine motor • Penglihatan • Fine motor & adaptif Umur 1-2 tahun 1. Bola kecil (saiz tenis, ping pong) 2. Kiub 2.5cm (3 warna asas merah, kuning, hijau/biru) 6 biji 3. Alat untuk Peek-a-boo 4. Buku bergambar • Penglihatan • Adaptif • Personal sosial • Adaptif, personal sosial Umur 3 tahun 1. Kiub 2.5cm 10 biji 2. Bola sederhana besar 3. Pensil dan kertas • Fine motor, adaptif • Motor kasar • Adaptif, personal sosial Umur 4-6 tahun 1. Padanan 3 bentuk asas 2. Pensil dan kertas - meniru tanda X/melukis orang 3 bahagian 3. Skipping rope • Kognitif, adaptif, fine motor • Kognitif, fine motor & adaptif • Motor kasar Aktiviti Penilaian Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Aktiviti 1. Menyediakan peralatan yang sesuai untuk melakukan penilaian tumbersaran dan perkembangan 2. Temu bual pelanggan mengenai sejarah; - Kelahiran. - Penyusuan. - Pengambilan makanan selama 24 jam. - Imunisasi. 3. Tanya sebarang kerisauan ibubapa/penjaga terhadap kesihatan dan perkembangan anak. 4. Lakukan penilaian perkembangan - Rujuk lampiran berkaitan untuk penilaian mengikut umur. - Lakukan aktiviti penilaian. - Maklumkan kepada ibu hasil pemeriksaan. - Rujuk jika perlu. - Catat hasil penilaian dalam RKBKK 0-6 tahun Pind. 2/2011. Lakukan penilaian perkembangan bayi dan kanak-kanak megikut umur. Rujuk Lampiran 9 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Bayi Berusia 1 Bulan/6 Minggu Rujuk Lampiran 10 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Bayi Berumur 3 Bulan Rujuk Lampiran 11 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Bayi Berumur 6 Bulan Rujuk Lampiran 12 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Bayi Berumur 9 Bulan Rujuk Lampiran 13 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun Rujuk Lampiran 14 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Kanak-Kanak Berumur 2 Tahun Rujuk Lampiran 15 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Kanak-Kanak Berumur 3 Tahun Rujuk Lampiran 16 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun Rujuk Lampiran 17 - Senarai Semak Aktiviti Menilai Perkembangan Kanak-Kanak Berumur 5 dan 6 Tahun
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 134 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Tanda-tanda Awal Kelewatan Perkembangan Mengikut Umur dan Tindakan Pola perkembangan bayi dan kanak-kanak adalah mengikut umur, walaubagaimanapun sekiranya kelewatan berlaku, rujuk kepada pegawai perubatan/agensi luar dilakukan untuk intervensi awal. Berikut adalah beberapa tanda-tanda kelewatan yang perlu diperhatikan. a. Tanda kelewatan pada umur 3 bulan. • Tiada kawalan kepala. • Refleks genggaman (grasp reflex) masih ada. • Tidak peka kepada ibu/penjaga, bunyi atau objek. • Tidak senyum. • Masih ada reflek primitif (grasp reflex, moro reflex masih kuat: refleks melangkah). b. Tanda kelewatan pada umur 6 bulan • Tidak boleh berguling. • Tidak bermain dengan tangan (no hand regards). • Tidak cuba mencapai objek. • Tidak boleh memegang kelentong (rattle). • Mata tidak menetap atau mengikut benda. • Tidak respon pada bunyi. • Refleks neonat yang tidak simetrik (asymetrical). • Tidak boleh sebut ba-ba, da-da (babbling). • Tidak respon pada permainan cak–cak (peek-a-boo). • Refleks di leher yang tidak simetrik (asymetrical tonic neck reflexes). • Juling (squint). c. Tanda kelewatan pada umur 9 bulan • Tidak boleh duduk tanpa bantuan. • Mengambil objek menggunakan tapak tangan (persistance of palmar grasp), mengenggam tangan. d. Tanda kelewatan pada umur 12 bulan • Tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan. • Tidak boleh mengutip menggunakan jari. • Tidak boleh tepuk tangan. • Tidak boleh menyebut ‘ba-ba’/‘da-da’ atau ‘ma-ma’. e. Tanda kelewatan pada umur 18 bulan • Tidak boleh berjalan sendiri. • Tidak memahami arahan yang senang. • Tiada pertuturan (sepatutnya tahu 6 perkataan dengan makna). • Tidak boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil objek. • Tidak menunjuk pada objek menggunakan jari telunjuk. f. Tanda kelewatan pada umur 2½ tahun • Tidak dapat mengunakan rangkai kata. • Tidak memahami bahasa.
135 Pe pe Ru A P D pe Ke P La Ru U g. Tanda kelewatan pada umur 4 tahun • Tidak dapat mengunakan rangkai kata, ayat 3 perkataan. • Susah memahami bahasa yang digunakan sebab pertuturan yang kurang jelas atau tertinggal perkataan. Jika terdapat sebarang tanda-tanda kelewatan seperti di atas, sila rujuk kes tersebut kepada pegawai perubatan untuk pengurusan seterusnya. Saringan Pengesanan Autisme dengan M-Chat Saringan M-Chat merupakan sebahagian daripada penilaian perkembangan kanak-kanak. Objektif Mengesan tanda-tanda awal autisme dengan menggunakan senarai semak (M-CHAT) dan merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga/Pakar Pediatrik sekiranya perlu. Penerangan tentang kepentingan saringan perlu diberikan kepada ibubapa sebelum mengisi senarai semak untuk pengesanan awal perkembangan kanak-kanak bermasalah. Rujuk Lampiran 24 untuk senarai semak M-Chat dan cara pengiraan skor. Aktiviti Saringan M-Chat Jawatan Aktiviti Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat 1. Terima pelanggan. 2. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh ibu/bapa. 3. Tunjukkan borang senarai semak M-CHAT yang terdapat dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 tahun) kepada ibu/bapa. 4. Jelaskan pada ibu/bapa tentang tujuan penggunaan M-CHAT. 5. Terangkan cara mengisi borang M-CHAT. 6. Dapatkan bantuan jururawat jika terdapat sebarang masalah (Contoh: tidak faham/tidak boleh membaca). 7. Semak jawapan yang telah lengkap diisi oleh ibubapa dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0-6 tahun). 8. Beri pemarkahan. 9. Maklumkan keputusan saringan M-CHAT kepada ibubapa. 10.Rujuk kepada FMS untuk pengesahan kes, sekiranya gagal. Pemeriksaan Mata Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial dan mental kanak-kanak serta pembelajaran. Oleh itu, pengesanan masalah ini diperingkat awal amatlah penting untuk intervensi awal. Dalam program penjagaan kesihatan kanak-kanak, pemeriksaan mata yang dijalankan pada umur 4 tahun adalah pemerhatian bahagian luar mata, ujian hirschberg dan ujian akuiti visual. Ujian ini dijalankan oleh Jururawat Kesihatan dan dirujuk kepada pegawai perubatan jika masalah dikesan. Pemerhatian Bahagian Luar Mata Langkah pertama adalah melakukan pemerhatian pada kelakuan kanak-kanak, postur kepala dan bahagian luar mata untuk memastikan tiada sebarang abnormaliti. Jika kanak-kanak memakai cermin mata, buka cermin mata kanak-kanak tersebut. Periksa bahagian luar mata. Pastikan tiada bengkak atau kelihatan pucat atau mata berair.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 136 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam ak an uf al rd Langkah seterusnya membuat saringan dengan menggunakan borang saringan pemerhatian bahagian luar mata. Rujuk Lampiran 25 - Senarai Semak Aktiviti Permerhatian Mata, Ujian Hirschberg Dan Akuiti Visual. Ujian Hirschberg Tujuan ujian saringan ini adalah menentukan jika mata adalah sejajar dan menentukan kehadiran strabismus/ squint (juling). Ujian Hirschberg dilakukan dengan menggunakan lampu suluh (pen torch) bagi memerhatikan kedudukan pantulan cahaya pada mata dan alat mainan kecil sebagai objek sasaran (untuk menarik perhatian kanak-kanak). Jika pantulan luar daripada mata hitam maka mata tersebut mengalami masalah juling. Sekiranya tidak dikesan lebih awal maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah mata malas dan boleh kehilangan penglihatan. Rujuk untuk intervensi. Gambarajah: Strabismus Ujian Akuiti Visual Ujian ketajaman penglihatan adalah pemeriksaan mata yang menentukan kanak-kanak boleh membaca huruf kecil pada jarak 20 kaki (6 meter). Carta yang biasanya digunakan untuk kanak-kanak yang belum mengenal huruf adalah Carta E atau Carta HTOV. Carta E mempunyai skala yang sama seperti carta mata standard Snellen. Carta Snellen dan Carta E Carta HTOV
137 J Aktiviti Permerhatian Mata, Ujian Hirschberg dan Akuiti Visual JAWATAN AKTIVITI Jururawat Kesihatan 1. Terima pelanggan. 2. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh ibu/bapa. 3. Terangkan kepada ibu/bapa tentang tujuan pemeriksaan mata. 4. Perhatikan keadaan am mata dan catit dalam ruangan senarai semak. 5. Pancarkan cahaya menggunakan lampuh suluh pada jarak 30cm ke tengahtengah batang hidung kanak-kanak. 6. Beritahu kanak-kanak tersebut untuk melihat pada cahaya lampu. 7. Perhatikan kedudukan pantulan cahaya pada kornea mata. Lukiskan kedudukan pantulan cahaya pada gambarajah di muka surat 113, Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 Tahun Pind. 2/2011 8. Jalankan ujian akuiti visual dengan menggunakan Carta E pada jarak 6 meter. 9. Catitkan hasil ujian dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 Tahun Pind. 2/2011. 10.Maklumkan keputusan kepada ibubapa. 11.Rujuk kepada FMS jika ada masalah contohnya mata merah, pupil kanakkanak kelihatan kabut atau putih, kedudukan pantulan cahaya pada mata tidak sejajar dan ujian akuiti visual selain dari 6/6. Pemberian Imunisasi Pengenalan: Imunisasi ialah satu cara yang berkesan dalam mengawal penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak dibawah umur 7 tahun. Ia merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui pemberian suntikan vaksin. Bayi dan kanak-kanak menerima suntikan imunisasi berjadual yang ditetapkan mengikut peringkat umur. Jadual 2: Jadual Immunisasi Kebangsaan Imunisasi UMUR (Bulan) 0 1 2 3 4 5 6 9 12 18 BCG Dos 1 HEP B Dos 1 Dos 2 Dos 3 DTaP Dos 1 Dos 2 Dos 3 Booster Hib Dos 1 Dos 2 Dos 3 Booster IPV Dos 1 Dos 2 Dos 3 Booster Measles Sabah MMR Dos 1 Dos 2 Untuk maklumat tentang Imunisasi (Rujuk Buku Panduan Program Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-kanak Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2016). Rujuk Lampiran 18 - Senarai Semak Aktiviti Persediaan Troli Imunisasi. Rujuk Lampiran 19 - Senarai Semak Aktiviti Penyediaan Cold Box Dan Penjagaan Rangkaian Sejuk Vaksin Semasa Sesi Klinik.
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 138 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Rujuk Lampiran 20 - Senarai Semak Aktiviti Pengambilan Suhu Menggunakan Minimax Thermometer. Rujuk Lampiran 21 - Senarai Semak Aktiviti Memberi Suntikan Intradermal. Rujuk Lampiran 22 - Senarai Semak Aktiviti Memberi Suntikan “Intramuscular”. Rujuk Lampiran 23 - Senarai Semak Aktiviti Memberi Suntikan “Subcutaneous”. Rujuk Manual Kesihatan Ibu dan Anak, 2016. Rujuk Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Untuk Jururawat Masyarakat, 2011.
139 LAMPIRAN Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 140 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Senarai Semak Aktiviti Persediaan Sesi Klinik Kesihatan Kanak-kanak Bil Langkah/Tatacara Melakukan Catatan Ya Tidak 1. Persediaan klinik. Menyediakan alat yang lengkap. 1.1 Alat tulis • Pen biru/merah, pensil, pembaris, pemadam. 1.2 Kad simpanan klinik rekod kesihatan bayi dan kanak kanak 0–6 tahun Pind. 02/2011. 1.3 Rubber stamp. 1.4 Nombor giliran. 1.5 Buku-buku Rekod HMIS - KKK 101, KKK 102 1.6 Penimbang bayi & dewasa. 1.7 Standard weight – 5kg x 2. 1.8 Alat/Kotak ukuran panjang. 1.9 Pita ukur – jenis fiber. 1.10 Alat pandang dengar - Flip chart, poster, risalah. - Video, TV. 1.11 Peralatan sukatan makanan - Cawan, sudu, mangkuk. 1.12 Peralatan penilaian perkembangan - Rattle, noise stick (jika ada), cubes, bola, buku bergambar, kertas, pensil, red yarn. 1.13 Thermometer & sarung plastik. Lampiran 1
141 Senarai Semak Aktiviti Verifikasi Alat Penimbang Bayi dan Kanak-kanak, Jenis Beam dan Spring Bil Langkah/Tatacara Melakukan Catatan Ya Tidak 1 Tentukan alat penimbang diletakkan di atas lantai yang rata. 2 Tentukan tiada barang diletak di atas alat penimbang. 3 Tentukan alat penimbang di kunci dan petunjuknya pada tanda ‘0’. 4 Buka kunci alat penimbang untuk jenis beam. 5 Pusingkan skru ke dalam atau keluar sampai alat menjadi seimbang (untuk penimbang jenis beam). 6 Kunci alat penimbang. 7 Letakkan satu ‘standard weight’ berat 5kg di atas alat penimbang. 8 Buka kunci. 9 Gerakkan penunjuk alat penimbang sehingga alat itu menjadi seimbang (untuk penimbang jenis beam). 10 Baca berat ‘standard weight’ dengan tepat. 11 Catat bacaan pada satu angka perpuluhan yang terdekat (0.1kg). Lampiran 2A
Manual Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak 142 Bagi Anggota Kejururawatan di Perkhidmatan Kesihatan Awam Format Untuk Rekod Verifikasi Alat Penimbang Jenis Beam dan Spring Tarikh Berat Pemberat (kg) Julat Ketepatan Pegawai yang melakukan Catatan Nama Tandatangan Lampiran 2B