The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2022-09-17 03:13:10

BPAU 170922

BPAU 170922

Bicara Pada
Akhir Usia

HAJAH FAUZIAH MOHD RAMLY



Bicara Pada
Akhir Usia

HAJAH FAUZIAH MOHD RAMLY

2022

Cetakan Pertama 2022
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara

lain tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit.

ISBN 978-967-5905-13-1
Dicetak di Malaysia
Diterbit oleh:

ZIT PUBLISHING (001948436-K)
50, Jalan SS5D/8
Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya,
Selangor

Tel: 60173635540 / 60126085265
Emel: [email protected]

ISBN 978-967-5905-13-1

9789675905131
Bicara Pada Akhir Usia

Kandungan

SEKAPUR SIRIH ii - iii

PRAKATA iv - v

BAB 1 : KRISIS PADA HUJUNG USIA 2

BAB 2 : KENALI DAKU 20

BAB 3 : SAKIT ITU ANUGERAH 52

BAB 4 : PASSION 82

BAB 5 : ANAK-ANAK UMMI 126

BAB 6 : PELAN TINDAKAN KE NEGERI 164
YANG KEKAL ABADI

BAB 7 : PENUTUP 190

PENUTUP - SAJAK AKU 196

BIOGRAFI PENULIS 193

PENGHARGAAN 200

Bicara Pada Akhir Usia

SSekiarephur

S ebahagian besar daripada
kita akan menghadapi zaman
usia tua. Ada yang membuat persediaan
untuk menghadapinya, ada yang tidak. Ada yang
tua dalam lingkungan keluarga, dikelilingi oleh anak cucu dan sahabat handai.
Ada pula yang memilih berseorangan, atau ditakdirkan berseorangan, tinggal
bersendirian, terpisah daripada kaum keluarga dan rakan taulan.

Negara kita sedang menghadapi suasana di mana golongan warga emas
semakin bertambah kerana lebih ramai yang hidup hingga lanjut usia
berbanding nenek moyang mereka, disebabkan sistem pemakanan dan cara
hidup yang lebih baik. Namun tidak banyak yang ditulis tentang zaman akhir
usia ini, terutama yang memberitahu tentang masalah-masalah yang dihadapi
oleh warga emas serta persiapan-persiapan awal yang perlu dibuat.

Oleh itu, buku Bicara Pada Akhir Usia nukilan Datin Fauziah Haji Ramly
ini, pada hemat saya, amat sesuai dibaca bukan sahaja oleh warga emas
tetapi juga oleh ahli-ahli keluarga yang masih muda agar mereka mendapat
gambaran tentang keadaan zaman tersebut yang akan membantu mereka
menyantuni ibu bapa dan sanak-saudara mereka kelak.

Dalam buku ini Datin Fauziah banyak bercerita, bahkan banyak berceloteh.
Ada cerita yang merupakan luahan hati seorang ibu tua dalam keadaan sunyi
bersendirian. Kita dimaklumkan bahawa dunia pada akhir usia itu bersinonim
dengan dunia kesepian, dan Datin Fauziah mengulas aspek kesunyian ini

ii

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

dengan halus sambil mengemukakan cara-cara mengatasinya. Demikian
juga, dunia warga emas ini juga sinonim dengan penyakit, kerana memang
badan yang sudah tua itu senang dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Memang
sesuai aspek-aspek ini dibaca oleh semua orang, terutama oleh bakal warga
emas, agar dapat mereka menghadapi masa usia akhir mereka dengan penuh
kesedaran dan berjaga-jaga.

Lebih daripada itu, buku ini mengandungi cerita-cerita tentang bagaimana
Datin Fauziah mengisi masa lapang pada akhir usianya. Cerita-cerita ini juga
dapat menjadi contoh kepada bakal warga emas. Celoteh-celoteh tentang
pengembaraan beliau mencari ilmu, terutama ilmu akhirat, amat menarik.
Demikian juga kisah-kisah beliau dengan rakan-rakan Menyusun pelbagai
program bagi kebajikan remaja-remaja yang kurang bernasib baik. Semuanya
dihabiskan dalam suasana mendekatkan diri dengan Allah SWT, di samping
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang kurang bernasib baik,
terutama golongan remaja.

Pada sekali imbas, buku ini semacam coretan seorang tua, tetapi apabila diteliti
kandungannya, kelihatan banyak intan dan permata terselit dalam rintihan
dan keluhannya. Dalam cerita-cerita yang disampaikan secara bersahaja ini,
banyak pengajaran dapat diperoleh. Paling utama, unsur persahabatan jelas
terasa hidup pada usia tua menjadi ringan apabila dikelilingi oleh sahabat
handai yang setia dan sehaluan.

Sekalung bunga saya hadiahkan kepada Datin Fauziah Haji Ramly atas usaha
ini. Semoga buku ini dapat dihayati oleh semua pihak. Semoga lebih ramai lagi
warga emas tampil untuk berkongsi pengalaman mereka sambal berbicara
tentang zaman akhir usia mereka.

Selamat membaca.

PROF. EMERITUS DATUK DR. NIK SAFIAH KARIM
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

iii

Bicara Pada Akhir Usia

Prakata

S etiap dari kita dengan izin
Allah SWT akan melalui zaman
lanjut usia dan menjadilah kita warga
emas atau juga dikenali dengan WALANSIA
(Warga Lanjut Usia). Ini adalah lumrah manusia yang perlu melalui pelbagai
fasa dalam kehidupannya di dunia ini. Kita bermula sebagai roh di Alam Roh,
sebagai janin di Alam Rahim, memasuki Alam Dunia sebagai bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan berakhir sebagai warga emas sebelum memasuki
Alam Barzakh dan Alam Akhirat.
Buku BICARA PADA AKHIR USIA ini, saya hadiahkan kepada generasi muda
yang pada akhir-akhir zaman ini dilihat kurang sensitif dan tidak berminat
untuk menyantuni warga emas.
Kisah-kisah yang dipaparkan, saya berharap, akan dapat dimanfaatkan oleh
kumpulan ini dan berupaya membuka mata hati dan minda generasi muda
khasnya dan pembaca amnya mengenai trials and tribulations yang dilalui
oleh warga emas meniti hari-hari terakhir dalam kehidupan di dunia yang fana
ini.

iv

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

Kata-kata dan perasaan yang dicoret dalam naskah ini merupakan perspektif
penulis sebagai seorang warga emas dan tidak semestinya mewakili warga
emas secara menyeluruh. Tumpuan eksklusif adalah kepada episod-episod
yang dilalui oleh penulis sejak bersara dari perkhidmatan awam yang selama
hampir 40 tahun penulis telah berkhidmat kepada berbagai-bagai kumpulan
sasar seperti kanak-kanak, remaja, juvana, wanita, warga emas, OKU, Orang
Asli dan pelbagai kumpulan etnik dan subetnik di Malaysia.
Salam kasih sayang,
FAUZIAH MOHD RAMLY

v



Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

Bab 1

Krisis Pada
Hujung Usia

1

Bicara Pada Akhir Usia

KRISIS PADA HUJUNG USIA

K etika kehidupan yang telah dijelajahi sekian tinggi semakin menghampiri
ke kemuncaknya. Tidak bermakna tiada lagi akar dan batu yang perlu
dilalui serta disantuni oleh para pendaki usia dunia. Kerana apa yang didaki
baru mahu hampir ke penghujung tiada jaminan langsung cabaran hidup
tidak lagi akan bersambung. Maka jangan disimpan dahulu kelengkapan hati
kerana masih banyak konik liar yang gemar untuk mengajak kita kembali
bertarung. Sesuailah dengan angka usia seorang manusia. Luka diberi uji
tidaklah sama seperti luka si kecil yang terjatuh ketika bermain sehingga
berdarah pada lutut dan kaki. Pastilah luka untuk si dewasa bukan sekadar
berdarah di kaki tapi lebih tertumpu kepada ujian hati. Tidaklah datang ujian
untuk ditatang melainkan datangnya sudah berserta dengan tali pertolongan.
Tidaklah kurang sesebuah pertolongan melainkan manusia sendiri yang
sombong sering menentang. Dan apalah guna garam yang dimakan
semenjak kecil jika masinnya langsung tidak memberi deria menjadi matang.

Nukilan Rashidi Abdullah

2

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

BOLEH KREATIF KETIKA BERSEDIH

D alam hidup ini, semua orang telah, sedang dan pasti akan mengalami
kesedihan. Kadang-kadang kesedihan itu timbul dengan tiba-tiba dan
tidak disangka-sangka. Kadang-kadang kesedihan itu telah dirasa bertahun-
tahun lamanya tetapi kita tetap boleh bertahan dan meneruskan kehidupan
hanya kerana kita berjaya mengalihkan kesedihan itu, dengan menyibukkan diri
melalui pelbagai cara. Ada yang positif dan juga ada yang boleh merosakkan
diri atau dimanifestasikan melalui tindakan-tindakan negative. Orang luar tidak
sekali-kali akan menyangka kita sedang dilanda kesedihan yang amat sangat
kerana, kita berupaya menyembunyikan perasaan dan kesedihan itu.

Semasa dilanda kesedihan,

kebiasaannya kita tidak mampu

mengatasinya bersendirian terutama

jika punca kesedihan itu datang dari

orang terdekat dalam hidup kita. Kita

juga sering mendengar orang berkata,

kita boleh dan sepatutnya meluahkan

perasaan pada adik beradik,

saudara-mara, kawan-kawan, ustaz

atau ustazah, kaunselor dan para

professional yang terlatih. Jika kita

telah mencuba semua taktik ini dan

kesedihan itu masih dirasa, akhirnya

kita perlu berusaha sendiri dan

mengadu kepada yang Maha Berkuasa

3

Bicara Pada Akhir Usia

Allah SWT Yang Maha Pengasih dan
Penyayang. Ketika itu barulah kita sedar
sepatutnya awal-awal lagi kita berserah
kepadaNya

Pertama sekali, kita hendaklah redha
dengan apa yang berlaku pada diri kita.
Kemudian kita tanamkan di hati dan
kalbu kita bahawa ini adalah ujian dari
Allah SWT dan setiap ujian itu adalah
Anugerahnya dan pasti ada hikmah
disebaliknya. Kita buka pula kitab-
kitab mencari amalan-amalan yang
sesuai untuk menenangkan kiran dan
mendekatkan diri padaNya. Tingkatkan
amalan seperti zikir, solat-solat sunat,
tahajjud, taubat, hajat, tasbih diantaranya. Kita boleh membaca Al-Quran
sekaligus membaca surah-surah tertentu yang mempunyai hikmah-hikmah
tersendiri, untuk mengatasi setiap ujian dalam hidup ini. Kita juga boleh
membaca sunnah dan hadith-hadith Rasullullah S.A.W yang sangat sesuai
kerana Baginda Rasullulah lah orang yang paling banyak menerima ujian
dalam hidupnya.

Kita juga boleh mengisi waktu dengan menghadiri kelas-kelas agama di
masjid-masjid dan surau-surau dengan bimbingan ustaz dan ustazah dan
mengikuti program-program hujung minggu di pusat-pusat pengajian tinggi
yang menawarkan kursus-kursus sambilan di peringkat Diploma dan Ijazah.
Kita juga boleh mempelbagaikan aktiviti harian dengan melipatgandakan
usaha untuk meraih keredhaan Allah SWT dengan melibatkan diri menolong
orang-orang kurang bernasib baik, sama ada melalui persatuan-persatuan
sukarela, mendaftar sebagai sukarelawan di rumah-rumah kebajikan kerajaan
atau swasta.

4

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

Dengan cara ini kita bukan sahaja akan merasa puas dan leka dengan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan diredhai Allah, bahkan akan merasa
satu kepuasan dan kegembiraan kerana dapat membahagiakan orang-orang
yang sangat memerlukan perhatian. Sebenarnya kita punya banyak pilihan
untuk berkhidmat membahagiakan kanak-kanak, remaja, warga emas,
OKU dan lain-lain dan lokasinya pun pelbagai dari institusi-institusi Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, Badan-Badan Sukarela, penjara-penjara,
sekolah-sekolah di bandar atau di luar bandar dan juga di kawasan-kawasan
pendalaman bahkan juga diluar negara. Terpulanglah kepada kita untuk
membuat pilihan yang sesuai dengan diri kita.
InsyaAllah dengan cara ini hati yang luka dan sedih dapat terhibur terutama
bila melihat orang yang kita bantu itu tersenyum, tertawa dan bergembira.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang, jika apa yang kita lakukan itu untuk
meraih keredhaanNya dan dengan hati yang ikhlas kita pasti merasa gembira
agar hidup ini lebih bermakna dan kita tidak akan terus-menerus bersedih
menghadapi cabaran dan ujianNYA.

5

Bicara Pada Akhir Usia

ERTI KEBAHAGIAAN

K ita sering mendengar ramai orang mencari dan memburu kebahagiaan.
Setengah orang merasa bahagia bila ada banyak wang. Ada pula rasa
bahagia bila bersama orang yang disayangi walaupun tak semestinya dengan
orang yang menyayanginya. Ada juga orang yang sangat bahagia membeli
belah atau bercuti di tempat-tempat peranginan atau ditepi pantai. Setengah
orang merasa sungguh bahagia melihat keindahan alam, ora dan fauna,
matahari terbit dan terbenam dan bulan yang mengambang di waktu malam
dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pendek kata, terdapat bermacam-
macam pengertian dan denasi KEBAHAGIAAN.

Walau dalam keadaan apapun dan dari perspektif apapun kita patut memahami
perspektif yang digunakan oleh orang lain kerana kita bukan hidup seorang
diri di dunia ini. Kita punya ahli-ahli keluarga, teman dan kawan- kawan yang
sentiasa berada disekeliling kita. Oleh itu, untuk mencapai keharmonian dalam
kehidupan berkeluarga terutamanya, sangatlah perlu kita menyesuaikan
pengertian kebahagiaan kita dengan fahaman dan pengertian orang lain,
asalkan mengikut landasan-landasan dan nilai-nilai keagaamaan.
Ada orang mengatakan kita akan menjadi
bahagia apabila membahagiakan orang
lain.Happiness should not be exclusively
own by one person. Satu lagi pendirian
untuk mendapatkan kebahagiaan ialah
hendaklah kita lebih menggunakan mata
hati untuk mencapai kebahagian yang
sejati, melalui sentiasa bersyukur diatas
segala nikmat kurniaan Allah, yang
kadang-kadang kita tidak sedar adanya
nikmat itu didepan mata. Bukankah
ada pendapat yang mengatakan I cried
because I have no shoes until I saw a
man with no feet.

6

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

RESPONS KEPADA MUKADIMAH USTAZ

P agi ini, aku berpeluang mengikuti sebuah ceramah di TV9 oleh
seorang ustaz terkenal dari Universiti Malaya, mengenai pentingnya
kita memperkuatkan tali silaturahim terutama dalam keluarga dan masyarakat.
Ustaz ini mengupas dengan sungguh jelas betapa pentingnya kita
memantapkan hubungan dalam keluarga dan dikalangan sahabat handai. Di
antara perkara yang disentuhi ialah kita perlu nasihat-menasihati antara satu
sama lain, dalam suasana tenang tanpa bersikap sinis dan berprasangka.
Kadang-kadang dalam sebuah keluarga besar sering berlaku perselisihan
faham. Ramai juga ahli-ahli dalam keluarga tersebut tidak mahu campur
tangan atau tidak peduli apa yang sedang berlaku kepada salah seorang ahli
keluarga mereka. Masa aku kecil-kecil dahulu ibu ku seorang pemimpin dalam
masyarakat dan terkenal sebagai seorang Kaunselor tidak terlatih, tetapi
dikurniakan Allah SWT kebolehan luar biasa menjadi Mediator/Counselor dan
tempat ramai wanita dan lelaki meminta bantuan dan nasihat apabila berlaku
krisis rumah tangga. Ibu seorang yang sangat popular dan terkenal sebagai
guru Al-Quran disamping menjadi ketua kaum ibu yang gigih dan berpengaruh.

7

Bicara Pada Akhir Usia

Semasa remaja, aku selalu melihat ibu menasihati pasangan suami isteri
yang menghadapi krisis rumah tangga dan aku sungguh kagum dengan
kebolehannya. Ibu juga banyak menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan
meminta pasangan mengamalkannya dengan izin Allah banyak rumah tangga
yang terselamat dari bercerai-berai.

Ketika mendengar ceramah ustaz tadi, kiran ku melayang kepada perlunya
profession kaunselor, ahli psychology dan psychiatrist yang bertindak secara
professional untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga. Terdapat juga
khidmat peguam-peguam jika sekiranya krisis rumahtangga itu berlarutan dan
menjadi lebih kusut sehingga perlu diselesaikan di mahkamah-mahkamah
sama ada Sivil atau Syariah.

Kumpulan pakar-pakar ini, biasanya mengenakan yuran yang tinggi mengikut
jam dan seringkali keluarga yang menghadapi krisis tidak mampu mendapatkan
khidmat mereka.

Pada pendapat ku, sampailah masanya ahli-ahli dalam sesebuah keluarga
mengenal pasti salah seorang daripada keluarga besar mereka tampil
kehadapan untuk memainkan peranan sebagai tempat dimana keluarga yang
bermasalah dapat mengadu dan meminta nasihat. Dimasa-masa yang lalu,
peranan ini dimainkan oleh seorang ahli keluarga yang berpengaruh dari
kalangan keluarga besar dan nasihat mereka sering kali diminta jika berlaku
apa-apa krisis di dalam sesebuah rumah tangga.

Bukankah di dalam agama Islam sudah pun terdapat institusi Hakam yang
melibatkan ahli keluarga yang berpengaruh dari kedua-dua belah pihak
yang berkrisis untuk menjadi pendamai. Institusi ini haruslah diperkukuhkan
lagi dan dimaklumkan kepada masyarakat yang beragama Islam kerana
Hakam dipantau dan dikawal selia oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam atau
Mahkamah Syariah. Semua jalan penyelesaiannya haruslah berlandaskan Al-
Quran dan Hadith.
Apa pendapat anda?

8

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

JATUH CINTA DENGAN
DIRI SENDIRI

H ari ini aku menulis mengenai apa yang terjadi pada kebanyakan pesara
yang ditinggalkan oleh anak-anak yang telah dewasa dan memulakan
kehidupan mereka sendiri dan bagaimana kita boleh hidup tanpa bergantung
kepada sesiapa pun. Dipendekkan cerita, kita hendaklah menjadi Emotionally
Independent.

Bukanlah sesuatu yang senang untuk tidak merasa sunyi apabila ditinggalkan
keseorangan terutama sekali kalau kita merupakan A people Person. Hidup
kita dahulu sentiasa dikelilingi oleh adik beradik yang ramai dan setelah
mendirikan rumah tangga dikelilingi pula oleh suami, anak-anak dan ipar duai.
Semua aktiviti sentiasa dilakukan bersama diselang-seli dengan hilai ketawa
serta senda gurau. Namun apabila seorang demi seorang meninggalkan kita
dan memulakan hidup sendiri pastilah kita akan merasa sunyi diselang-seli
dengan rasa sedih yang menusuk kalbu.
Namun lama kelamaan kita membiasakan
diri dan cuba untuk menyukai diri kita
sendiri. Kalau dulu kita sering memikirkan
orang lain dan sentiasa mendahulukan
mereka sekarang kita perlu belajar
memikirkan diri kita pula. Memang mula-
mula kita akan merasa janggal dan
pelik bercakap bersendirian tetapi lama
kelamaan kita akan membiasakan diri
bersendirian. Seorang kawan pernah
mengatakan kepadaku “You must learn to
fall in love with yourself and enjoy being
in your own company”

9

Bicara Pada Akhir Usia

Setelah itu, kita perlu merancang dan mencari apakah aktiviti yang paling
menyeronokkan dan menghiburkan hati kita. Kita perlu menyenarai utamakan
aktiviti-aktiviti tersebut. Tindakan ini mungkin memakan masa sebab
bukanlah sesuatu yang senang untuk menyenaraikan senarai utama itu.
Walaubagaimanapun, kerana kita mempunyai masa yang banyak pasti kita
dapat melakukannya.
Inilah yang sedang aku lakukan ketika ini dan aku menyedari ia akan memakan
masa yang agak panjang kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang perlu aku
semak semula sebelum menyenarai utamakannya. Yang pasti semua aktiviti
yang terdapat dalam senarai ini haruslah memberi kebahagiaan kepadaku
dalam meniti usia menjelang pemergianku ke alam yang kekal abadi.
InsyaAllah.

10

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

MENGHADAPI SITUASI POST CRISIS

K etika kita menghadapi krisis kehidupan sering kita menginginkan
simpati dari saudara mara, rakan dan teman. Tujuan kita berbuat
demikian bukan untuk menagih simpati, bukan juga untuk memburukkan
pihak-pihak yang berkaitan. Tujuannya hanyalah untuk melepaskan sesak di
dada setelah puas mengadu pada Yang Maha ESA. Ini adalah tindakan lumrah
manusia dan ketika itu pasti kita diintip oleh syaitan durjana yang bertujuan
agar kita terbabas dari landasan. Orang-orang yang dilanda krisis juga sering
mengalami dilema kerana terpaksa mengawal diri dari terjebak dalam kancah
yang mengakibatkan situasi di mana pihak-pihak yang terlibat akan dikutuk
dan akhirnya menambah kepada dosa.
Adakala teman-teman yang rapat akan bertanya dan terus bertanya krisis
yang kita hadapi itu untuk mengetahui secara terperinci apa sebenarnya yang
berlaku. Bayangkan jika kita punya ramai rakan dan kenalan maka berulang
kalilah kita perlu atau digesa untuk menceritakan apa sebenarnya yang
berlaku. Keadaan ini sangat meletihkan dan kita akan rasa tertekan kerana
terpaksa melalui liku-liku hidup bertahun-tahun lamanya seperti kata orang
Inggeris Going down the memory lane.

11

Bicara Pada Akhir Usia

Dalam situasi sebegini sering kita tidak dapat mengelak dari menokok tambah
yang akhirnya akan menjerumuskan kita ke kancah dosa.

Sebaliknya kita boleh memilih untuk berdiam diri sahaja dan mengelak
daripada berjumpa dengan teman dan kenalan, jangan menghadirikan diri di
majlis-majlis dimana kita pasti berjumpa mereka. Sebenarnya situasi begini
juga punya risiko kerana jika seorang sahaja daripada kenalan kita itu tahu
tentang situasi yang sebenar yang mungkin diperolehi daripada saudara-
mara terdekat kita, maka cerita itu akhirnya akan tersebar juga dari mulut ke
mulut. Jika mereka tahu secara umum sahaja, mereka juga berkemungkinan
terjebak membuat berbagai-bagai andaian yang akhirnya boleh menjadi lebih
kusut dan menimbulkan tnah. Besar kemungkinan kita juga akan mendapat
dosa kerana menjadi punca kepada apa yang dibualkan itu. Begitulah sukar
sekali menghadapi masa-masa post crisis ini.

Disebabkan oleh situasi sebeginilah terdapat situasi dimana orang-orang
penting dan celebrity apabila menghadapi krisis rumah tangga atau dalam
hidup mereka mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan situasi sebenar.
Kadang-kadang kedua-dua pihak yang terlibat turut memberikan penjelasan.
Soalnya di sini kita bukan celebrity dan sebelah pihak masih mahu merahsiakan
perkara itu. Kesimpulannya lebih baik situasi sebenar dimaklumkan kepada
rakan dan taulan. Bagaimana caranya, adakah dengan membuat kenyataan
di akhbar atau mungkin melalui media sosial tanpa memberikan kenyataan-
kenyataan yang akan mengaibkan kedua-dua belah pihak yang menghadapi
krisis itu.

12

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

ANTARA HAK ATAU TAMAK

K ali ini, aku ingin bercerita tentang tuntutan-tuntutan hak dibawah
undang-undang Syariah bagi seorang isteri yang diceraikan oleh
suaminya tanpa sebab yang kukuh. Proses berjalan melalui kaedah SULH dan
semuanya telah dipersetujui oleh bekas suami mengenai tuntutan-tuntutan
bekas isteri yang merupakan nafkah iddah 3 bulan, mutaah yang bersesuaian
dengan taraf kedudukan ekonomi suami serta harta sepencarian yang
merupakan rumah yang diduduki berpuluh-puluh tahun bersama keluarga.
Semasa sesi SULH suami telah bersetuju memberikan keseluruhan rumah
banglo itu kepada bekas isterinya kerana dia tidak mahu membayar mutaah
yang dituntut oleh bekas isteri.Dengan rela hati bekas isteri menerima cadangan
itu dan betul-betul percaya bekas suami akan melunaskan hutangnya dengan
bank kerana rumah banglo itu dicagarkan kepada bank untuk overdraft facility.
Beberapa hari selepas bekas isteri tamat tempoh iddahnya, bekas suami itu
telah bernikah dengan seorang wanita muda.

13

Bicara Pada Akhir Usia

Dalam waktu yang sama keluarga di kampong sudah mula membuat andaian
bahawa bekas isteri saudara mereka telah menuntut yang bukan-bukan.
Tersebarlah berita yang boleh menimbulkan fitnah diantaranya bekas isteri itu
seorang yang mata duitan. Berlakulah pulau memulau sehingga ada diantara
mereka yang tidak membenarkan isteri mereka menghubungi bekas isteri
saudara mereka itu. Cerita yang tersebar luas tanpa mengetahui fakta sebenar
pastilah ditokok tambah untuk menjadi lebih sensasi. Yang menyedihkan lagi
mereka ini pada suatu ketika dulu rapat dengan bekas ipar mereka yang
diceraikan itu. Bukankah Allah telah melarang hamba-hambanya melakukan
kezaliman seperti memutuskan tali silaturahim?
Mereka ini bukanlah orang jahil dalam agama bahkan sentiasa melakukan
amal-amal yang diredhai Allah. Inilah gambaran sebuah keluarga besar dalam
masyarakat orang Melayu yang sudah pasti beragama islam, tahu tentang
dosa dan pahala tetapi terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang menyedihkan ini.
Mungkinkah ini salah satu tanda-tanda kiamat akan berlaku? Semoga Allah
mengampunkan kita semua. Aamiin.

14

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

TEMAN-TEMAN SEJATI

R amai dari kita mempunyai teman-teman dan rakan-rakan yang rapat.
Kita biasa mendengar orang menyebut ungkapan-ungkapan seperti,
teman ketawa dan menangis bersama. Walau bagaimanapun kita jarang
sekali menyaksikan teman-teman kita menangis bersama-sama kita semasa
kita dilanda kesedihan kecualilah bila ada kematian dan teman-teman kita
datang menziarah.

Baru-baru ini, aku bertemu seorang teman yang telah lama ku kenali. Kami
sama-sama berkhidmat di dalam perkhidmatan awam bertahun-tahun
lamanya. Dia pernah menjadi Ketua Pengarah sebuah jabatan penting dan aku
pula seorang Timbalan Ketua Setiausaha sebuah kementerian yang terkenal
dengan tugas-tugas yang mencabar. Seperti kata orang Inggeris We went
through thick and thin together, selama bertugas di kementerian tersebut.

Pada malam minggu yang lalu, aku
menghadiri sebuah jamuan hari raya
anjuran Alumni kami. Aku terserempak
dengan temanku itu, seorang lelaki dan
sama-sama pesara kerajaan. Malam
itu, dia datang seorang diri tanpa
isteri tersayang. Pasangan suami isteri
ini dan aku pernah menunaikan haji
bersama-sama dalam rombongan
Ustaz Daud Che Ngah dari Syarikat
Andalusia dan tinggal di hotel yang
sama Hijjas Palace yang terkenal itu.

15

Bicara Pada Akhir Usia

Dikesempatan bertemu dengannya, aku bercerita tentang ujian yang
dikurniakan Allah kepadaku sekembalinya kami ke Tanah Air pada bulan
Disember yang lalu dan apa yang telah berlaku kepada keluargaku. Pada
mulanya aku langsung tidak menyangka dia terkesan dengan kisahku namun
setelah 5 minit aku bercerita, ku lihat matanya merah dan kedua-dua belah
matanya mengalirkan air mata dan yang memeranjatkan aku, dia terus
menangis teresak-esak dan tersedu-sedu mendengar kisah sedihku.
Aku sungguh teruja dengan responnya itu yang tidak ku duga sama sekali.
Bayangkan dia seorang lelaki yang sasa dan macho tetapi punya perasaan
yang sangat halus hingga dapat berempati dengan keadaanku. Aku terus
menenangkannya dengan menyatakan aku telah menerima ujian ini
dengan minda yang terbuka dan aku menceritakan kepadanya Allah telah
mengurniakan aku kesabaran yang sungguh luar biasa, mungkin kerana
aku baru sahaja menunaikan haji dan sekembalinya aku beristiqomah
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malam yang sepatutnya gembira itu
menjadi sayu seketika.
Begitulah sifat seorang teman rapat walaupun kami berlainan jantina tetapi
masih boleh berempati. Inilah yang disebut sebuah persahabatan platonic
yang pada zaman ini sudah jarang-jarang ada. Semoga temanku ini sentiasa
bahagia disamping isteri tersayang. SALAM ZAK.....

16

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

Pesan Ummi

“Sabarlah dalam menghadapi pelbagai ujian
dalam hidup ini. Dan latihlah diri untuk melihat

hikmah disebalik ujian itu.”

17

Bicara Pada Akhir Usia

18

Bab 1 • Krisis Pada Hujung Usia

Bab 2

Kenali Daku

19

Bicara Pada Akhir Usia

KENALI DAKU

I ni bukan keluhan tapi sekadar sebuah luahan dari hati yang kebanyakkan.
Harta terkumpul segunung bukan jaminan untuk kesunyian di hujung
perjalanan dapat dimatikan. Yang lebih tak mampu dibeli bukanlah lagi
longgokkan berlian tapi cumalah waktu bersama insan tersayang yang
semakin melambung tinggi harganya di pasaran kehidupan.
Tipulah jika hati manusia tidak mahukan perhatian.
Lebih menipu jika perhatian itu tidak diperlukan walaupun mulut tidak berbunyi
mengemukakan permintaan. Jujur sahaja aku mahu kalian tahu rumah ini
beransur kosong cuma terpenuh dinding dan sudut hanya dengan kisah
setiap kenangan.
Kenangan yang terkumpul dari hidup ini bermula sehingga segala yang
berkumpul semakin hilang dari pandangan. Jangan kalian risau tentang
luahan ringkas berbentuk perasaan. Jika melihat aku minta dimanja itu bukan
disengajakan tetapi itu salah sebuah fasa perubahan.

20

Bab 2 • Kenali Daku

Fasa dimana seperti yang dicerita Tuhan bagaimana seorang dewasa kembali
menggalas semula sifat keanakkan. Bermula dari kuat berlari sehingga
kembali semula jalan perlahan.
Kerana itu aku perlukan kalian di sisi untuk berpaut sebagai peneman.
Sedarlah wahai hati yang di usia ini bukan lagi zamannya mengira berapa
orang yang mahu dekat mendatang.
Tetapi sudah sampai musimnya untuk mengira berapa ramai manusia yang
akan hilang daripada seberkas untuk menjadi kembali tinggal sebatang.
Dan berapa banyak hati perlu dimaafkan kerana tidak lagi memerhatikan diri
secara teruja seperti seorang pelaut menghargai segugus bintang.
Maka ketahuilah sekarang yang semua perselisihan telah aku padamkan
untuk diganti tempatnya dengan sebaris perkataan sayang.

Nukilan Rashidi Abdullah

21

Bicara Pada Akhir Usia

MENGENALI HATI BUDI
SEORANG WARGA EMAS

K ebelakangan ini, aku merasa terpanggil untuk merenung kehidupan
seorang warga emas seperti diriku terutama sekali disebabkan aku
merasa semakin hari, semakin dipinggir dan terpinggir.

Sejak kebelakangan ini, dari pemerhatianku semakin ramai warga emas
terutama sekali wanita yang menghidap berbagai-bagai penyakit terutama
sekali sakit tulang seperti sakit lutut. Di masjid-masjid aku lihat fenomena ini
bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Masjidil Haram Mekah dan Masjid
Nabawi Madinah, semasa beberapa kali menunaikan umrah. Di masjid-masjid
ini terdapat banyak kerusi diletakkan di ruang-ruang solat. Dan jika Jemaah
datang lewat, mereka menghadapi masalah kerana kekurangan kerusi dan
perlu solat dalam keadaan sakit dan tidak selesa. Tidak kurang juga Jemaah
wanita yang membawa sendiri kerusi untuk solat, tetapi menimbulkan masalah
pula semasa nak melakukan tawaf dan sai.’

Berlatarbelakangkan senario itu, timbullah hasrat hatiku untuk mengadakan
sesi khas dengan LPPKN atau NCWO untuk memberi ruang dan peluang
bagi orang-orang seperti aku berkongsi pengalaman hidup sebagai warga
emas dan menceritakan cara yang kreatif untuk mengelak dari terjerumus ke
dalam kancah kemurungan di usia ini.

Seperti termaklum, aku dahulu seorang yang hyperactive bukan sahaja
dalam tugas rasmiku tapi juga dalam persatuan-persatuan sukarela dan
dalam kehidupan seharian. Bayangkan sekarang aku sudah pun masuk ke
zon yang kurang selesa untuk berjalan apatah lagi hendak bergaya hidup

22

Bab 2 • Kenali Daku

aktif. Kalau dulu aku pergi ke Gym Fitness First 3 kali seminggu dan setiap
3 bulan aku akan menganjurkan KEMBARA dimana kawan-kawan seusiaku
akan menjelajah ke beberapa tempat di pendalaman, masuk ke hutan, naik
ke gunung, masuk ke gua seperti Gua Mulu di Miri, dan Gua Niah di Sarawak,
menyusur sungai Kinabatangan di Sabah, bermalam dan berkhemah di Taman
Negara Pahang, Hutan Belum di Perak dan yang terakhir sebelum aku dilanda
sakit lutut, sempat masuk mendaki gunung di Bako National Park di Sarawak.
Aku pernah bercita-cita mendaki Gunung Kinabalu tetapi akibat kecederaan di
kaki yang agak teruk, cita-cita itu tidak kesampaian. Semua ini, hanya tinggal
sebagai memori indah dalam hidupku.

Aku pernah menjadi Ketua Jabatan yang terkenal sangat aktif, an outdoor
person dan sentiasa punya cara tersendiri untuk membuat warga jabatan
gembira bertugas bersama-samaku. Aku telah mengendalikan banyak
program untuk warga jabatan masuk ke hutan-hutan untuk sesi-sesi team
building.

Semasa bertugas dahulu, aku punya setiausaha yang membantu dalam
semua tugasku, termasuk mencari nombor-nombor telefon jabatan-jabatan
dan kementerian yang perlu dihubungi. Ketika itu, aku sering berpesan kepada
pegawai dan kakitanganku layanan mesra dan sopan hendaklah sentiasa

diberi kepada pelanggan Jabatan dan
Kementerian. Kini, keadaan sudah
banyak berubah. Di kebanyakan
jabatan, pelanggan sering merasa
kurangnya kemesraan yang diberikan
apabila berurusan dengan Jabatan-
Jabatan Kerajaan.

Beralih kepada kehidupan seharian
pula, sebagai warga emas kita perlu
tahu dan faham tentang keadaan zikal
dan tahap kesihatan kita, termasuk
jugak dari segi emosi. warga emas
seperti aku perlu tahu immune system
kita semakin hari semakin merosot,

23

Bicara Pada Akhir Usia

disamping tahap kesihatan umpamanya keadaan mata yang mula menjadi
kabur akibat Cataract.Telinga juga semakin hari semakin kurang pendengaran.
Setiap kali bangun pagi badan mula merasa lenguh dan kadang-kadang
mendapat frozen shoulder. Memori juga tidak sebaik dulu. Kita akan mula
lupa perkara-perkara yang baru sahaja dilakukan tetapi perkara-perkara dan
peristiwa yang terjadi bertahun-tahun dahulu segar dalam ingatan.
Dari segi emosi, apabila anak-anak sudah berumah tangga dan meninggalkan
kita, kita mula rasa kurang selamat tinggal seorang diri walaupun setengah dari
kita masih mampu punya bibik untuk jadi teman dan pembantu. Waktu-waktu
senja ramai di antara kita merasa sedih, sunyi dan sepi. Jikalau anak menantu
dan cucu tidak datang, kita akan menelefon mereka. Perasaan ini akan lebih
dirasai oleh warga emas wanita yang memang tidak digalakkan untuk solat
berjemaah di masjid. Keadaan bertambah menyedihkan jika kita sudah tidak
punya teman hidup sama ada sudah meninggal dunia atau meninggalkan kita
untuk mencari kebahagian dengan teman hidup baru yang lebih muda.
Apakah yang perlu kita lakukan dalam menghadapi situasi ini? Aku punya cara
tersendiri. Berbekalkan sedikit ilmu agama, aku berpegang kepada pendirian
HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL NIKMAL MAULA WANIKMALNASIR
yang bermakna “Allah lah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Pelindung

24

Bab 2 • Kenali Daku

dan bahawa ALLAH juga lah yang sentiasa melimpah dan mencurahkan
kasih sayangnya yang tak pernah putus dan padam dan bahawa cinta kepada
ALLAH itu lah yang dapat membahagiakan kita”. Kasih manusia akan semakin
lama semakin berkurangan. Anak-anak akan terperangkap dalam kesibukan
bekerja dan berkeluarga. Suami pula akan lama-lama semakin bosan dengan
rupa kita yang sudah tidak cantik seperti dulu dan senang sangat diakhir-akhir
zaman ini tergoda dan digoda oleh wanita-wanita muda yang sangat suka
bertemankan lelaki tua yang sebaya dengan bapa dan ayah mereka. Wanita-
wanita muda seperti inilah pada pandanganku merupakan pejuang-pejuang
poligami bersama-sama lelaki-lelaki yang sangat suka mengikut Sunnah ini.
Kadang-kadang apabila anak menantu dan cucu datang bertandang dan
mengajak kita keluar makan-makan apa yang lazim ku lihat pula ialah apabila
mereka turun dari kereta, mereka sekeluarga akan berjalan di hadapan dan
langsung tidak prihatin kepada warga emas yang ada bersama-sama yang
terkial-kial berjalan perlahan-lahan di belakang. Apalah salahnya bermesra
dengan ibu dan ayah sambil berjalan bersama-sama menuju lokasi tempat
makan itu.

25

Bicara Pada Akhir Usia

Kalau aku ke pasaraya pula, aku lebih suka pergi seorang diri kadang-kadang
menaiki kerusi rodaku. Semasa parking, walaupun terdapat ruang parking
untuk OKU, seperti biasa orang-orang Malaysia tidak prihatin terhadap
golongan ini dan mereka menggunakan parking yang dikhaskan untuk OKU
itu sewenang-wenangnya, tanpa rasa bersalah. Dimanakah silapnya ayah
dan ibu mendidik anak-anak sehingga orang-orang muda kurang prihatin dan
kadang-kadang meminggirkan warga emas.
Malaysia sedang mengalami proses penuaan dari segi kependudukannya.
Kita sudah punya satu Majlis warga emas dan Dasar warga emas. Aku
berdoa satu hari nanti pemimpin-pemimpin Malaysia akan mengorak langkah
untuk menangani isu-isu berkaitan warga emas kerana semua orang suatu
hari nanti akan ditelan masa dan usia juga. Aku ingin mempelopori inisiatif
untuk memperbanyakkan seminar, forum, diskusi melalui media perdana
dan media sosial untuk memberi penerangan tentang berbagai-bagai isu
berkaitan dengan warga emas. Dengan cara ini warga emas akan dapat
menghadapi sisa-sisa hidup dengan berkualiti dan punya harga diri yang
tinggi, hingga lahirlah kumpulan warga emas yang boleh dinamakan THE
SELF EMPOWERED SENIORS.

26

Bab 2 • Kenali Daku

BERTEMANKAN KESEPIAN,
BERSAHABATKAN KESEDIHAN

M alam ini, aku dilanda rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Setelah
aku menyedarinya, seperti biasa aku mengambil wudhuk dan terus
sahaja membaca Al-Quran yang sentiasa menjadi temanku setiap hari,
terutama sekali waktu pagi, senja, dan sebelum tidur.

Aku membaca seperti biasa dengan nada suara yang kuat, namun perasaan
sedih tu tetap tidak juga hilang. Entah mengapa, mungkin sebab semalam
rumahku didatangi oleh cucu-cucu dan anak menantu yang telah dapat
menceriakan suasana dirumahku dan menceriakan aku.

Semalam kami makan pizza yang mereka sangat suka dan selepas itu kami
menonton televisyen pula. Sungguh seronok dan aku tidur semalam ditemani
cucuku Faris. Pada waktu pagi pula aku bangun untuk solat tahajud dan hatiku
merasakan satu keseronokan yang jarang-jarang aku rasa.

Petang tadi, mereka balik dan tinggalah
aku bersendirian. Bila malam menjelang
pula, seperti biasa anakku yang tinggal
bersama-samaku keluar meninggalkan
aku atas sebab dia perlu berjumpa
pelanggan. Sebelum meninggalkan rumah
dia sempat memberi penjelasan bahawa
dia perlu keluar dan mengingatkan
aku berkali-kali supaya memahami
keadaannya yang sentiasa perlu keluar
sebelah malam untuk mengadakan
networking dengan bakal pelanggannya.

Aku terpaksa akur dengan keadaan itu
dan memujuk diriku agar tidak sesekali

27

Bicara Pada Akhir Usia

membuat dia rasa bersalah. Aku perlu menghapuskan sama sekali perasaan
gundah dan resah, takut, sunyi, sedih dan sepi yang sering melanda orang-
orang seusiaku.
Sekarang barulah aku sedar, betapa sukarnya untuk berpegang kepada prinsip
self-empowerment dan tidak membiarkan diriku terjebak dalam kesedihan
resah, takut dan gelisah terutama menjelang malam.Aku perlu kuat berpegang
dan berpaut kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat melindungi aku dan
sebaik-baik Penolong untuk menghapuskan segala perasaan negative dan
perasaan sentiasa hendak bergantung kasih pada manusia. Kasih Allah SWT
sentiasa mengalir dan aku mesti yakin bahawa Allah akan mencintai aku dan
aku perlu meningkatkan cintaku padaNya setiap masa dan ketika.
YA ALLAH! KURNIAKAN PADAKU KEKUATAN AGAR DAPAT MENGATASI
SEGALA PERASAAN SUNYI, SEDIH DAN SEPI INI……AAMIIN.

28

Bab 2 • Kenali Daku

‘THE EMPTY NEST SYNDROME’

Topik ini sinonim dengan kita yang dalam peringkat usia emas terutama
sekali jika kita tinggal bersendirian dan anak-anak sudah dewasa dan
punya keluarga sendiri. Ketika ini, aku keseorangan setelah berpisah dengan
teman hidup yang telah berkongsi hidup hampir 40 tahun….

Ketika aku menulis artikel ini, aku baru sahaja menghantar anak menantuku
ke KL Sentral kerana mereka hendak bercuti ke Bangkok selama beberapa
hari, mengambil kesempatan cuti Hari Malaysia hujung minggu ini. Semalam,
seorang lagi anak dan menantuku telah berlepas pula ke Jakarta untuk
bertugas dan mungkin bercuti. Pada hari Isnin ini pula, anak bongsuku akan
meninggalkan aku kerana menghadiri seminar dan bercuti ke Eropah selama
hampir 2 minggu.

Maka tinggalah aku bersendirian. Kadang-kadang aku ditemani cucu-cucu
sehingga mereka pula memulakan persekolahan. Malam tadi aku menemani
mereka dirumah mereka dan petang ini aku membawa mereka balik ke
rumahku pula sehingga petang Isnin.

Menyentuh subjek kesunyian, aku teringat masa berkhidmat dalam
perkhidmatan awam dulu dan memegang jawatan Ketua Jabatan, aku telah
melatih diriku untuk tidak bergantung kepada orang lain untuk mengelak dari
berasa sunyi.

Aku masih teringat semasa bertugas sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Hal
Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, aku sering makan tengahari
seorang diri, sama ada di kantin atau makan sahaja dibilikku.Aku sering dikritik
oleh pegawai-pegawai dan kakitanganku yang melabel aku sebagai seorang
yang anti social. Aku sedar sebagai Ketua Pengarah, lazimnya bila waktu
makan tengahari Ketua Pengarah akan diiringi oleh sekumpulan pegawai-
pegawai dan kakitangan untuk makan bersama-sama.

29

Bicara Pada Akhir Usia

Namun aku punya prinsip sendiri tentang hal ini. Ia berlandaskan pendirian
yang tidak mahu mewujudkan satu kumpulan eksklusif dan juga membazir
masa. Masa akan dijimatkan bila makan seorang diri dan akan lebih jimat lagi
bila makan dalam bilik sendirian. Prinsip inilah yang menjadikan aku berani
tinggal di hotel-hotel besar berseorangan semasa bertugas sebagai Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, selama 5 tahun setelah bersara.

Aku akan bersarapan pagi dan makan tengahari dan makan malam di Coee
house hotel-hotel tersebut seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa walaupun
semasa bertugas di bulan Ramadhan.

Dengan latihan seperti itulah, aku tidak pernah merasa keseorangan atau
sunyi dalam hidupku, Syukur Alhamdulilah.

Semasa aku mula-mula berpisah dari
dia, cucu-cucu yang ketika itu baru
berumur 6 tahun pernah bertanya sama
ada aku sunyi atau tidak kerana dia
sudah tidak tinggal bersamaku. Dengan
tenang aku menjawab TIDAK kerana
aku punya cucu kesayangan yang lebih
penting dalam hidupku. Sofea nampak
sangat gembira semasa mendengar
jawapanku yang spontan itu.

Aku tahu bahawa Allah ada bersama-
sama dengan kita setiap masa dan
ketika. Allah teman sejati dan pelindung
kita. Jadi mana mungkin kita kesunyian.

30

Bab 2 • Kenali Daku

KUATKAN HATI,
MERDEKAKAN EMOSI

A ku sentiasa berdoa agar Allah SWT mengurniakan aku kekuatan untuk
hidup bersendirian tanpa bergantung kepada sesiapa selain Dia. Allah
SWT lah penolong dan pelindung yang paling baik dan sempurna menjalankan
tugasNya untuk mengurniakan hamba-hambanya apa sahaja yang dipohon
asalkan mengikut syariat yang dibenarkan.

Entah mengapa, akhir-akhir ini aku sering merasa sunyi, sayu dan sepi. Aku
sedar dan sentiasa peka akan godaan syaitan yang suka melihat hamba Allah
tergelincir dari landasan yang dibenarkan. Aku sering mengelak mendengar
lagu-lagu sentimental dan di waktu yang sama aku sering melawan perasaan
itu dengan berwudhuk dan membaca Al-Quran dengan nada yang kuat.
Malam itu, ketiga-tiga anakku dan keluarga mereka berada di luar negara.
Disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk meninggalkan Kuala
Lumpur ke Ipoh menaiki keretapi laju bersama teman karibku Halimah.
Perjalanan kami sangat mencabar kerana kami berdua menghidap sakit lutut
yang agak serius. Namun kami nekad, pergi juga walaupun bertongkat dengan
lutut yang berdenyut-denyut.

Berbalik kepada perasaan sunyi, sedih dan sepi, aku berazam tidak akan
terjebak dengan hasutan syaitan dan sekuat-kuat hati melawan perasaan itu.
Itulah iltizamku. Aku memperkasakan diri untuk jadi tenang, bahagia walau
bersendirian, sambil mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT
kepadaku selama ini. Dengan sentiasa berpaut kepadaNya dan sentiasa
meraih cinta kasihNya, pasti aku boleh dan dapat mengatasi perasaan ini.
Kepada pembaca budiman, ku pohon doa agar berjaya menghadapi situasi
ini, tidak kira diwaktu senja, tengah malam, pagi ataupun tengahari. Aku juga
nekad untuk membangunkan kekuatan dalaman dan sentiasa memohon agar
Allah SWT mengurniakan aku kesihatan, kekuatan dan keberanian untuk
hidup bersendirian tanpa rasa sunyi, sedih, sayu dan sepi. Al-Quran, Hadith,
Zikir menjadi teman karibku dalam usaha membangunkan kekuatan dalaman.

31

Bicara Pada Akhir Usia

Disamping itu, aku juga sentiasa melatih diri untuk mensyukuri berbagai-bagai
nikmat yang dikurniakan Allah SWT seperti sahabat-sahabat sehati sejiwa,
menghargai kehadiran keluarga yang sering datang dan pergi dalam hidupku,
kesihatan dan segala pancaindera yang masih berfungsi.

KUTITIP DOA BUATMU KAWAN
DOA SEORANG WARGA EMAS

S udah agak lama aku tidak menulis apa yang terkandung dalam hatiku.
Namun hari ini aku merasa perlu mengambil inisiatif untuk melakar
perasaan yang sejak akhir-akhir ini tercabar oleh rasa kesepian dan selang-
seli rasa kesunyian.

Betapa tidak, hari-hariku di isi dengan kenangan-kenangan manis masa aku
masih berkhidmat dulu dan sentiasa sibuk menjalankan tugas di pejabat,
aktiviti-aktiviti persatuan dan urusan rumah tangga. Masa-masa itu telah
berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan sahaja.

Aku juga sering teringatkan zaman ketika
anak-anak ku masih remaja, betapa
sibuknya aku ketika itu dan rumah kami
sentiasa bising dengan hilai ketawa
mereka yang sangat ku kasihi. Ketika itu,
mereka dan aku adalah segala-galanya.
Pada hujung-hujung minggu, kami
sering ke pusat membeli-belah, window
shopping dan makan-makan. Indah
sungguh saat-saat bersama keluarga
tercinta. Kini semuanya telah berlalu.

32

Bab 2 • Kenali Daku

Anak-anak telah berumah tangga
dan bekerjaya. Dia juga sudah berlalu
pergi memburu kebahagian katanya.
Walaupun aku masih lagi berpesatuan
namun tenagaku sudah mula menurun
akibat sakit lutut yang membuat aku
sukar berjalan dengan selesa. Aku tidak
lagi seaktif dulu walaupun masih menjadi
Yang Dipertua Persatuan Siswazah
Wanita Malaysia.

Hari-hariku di isi dengan program-
program penambahan ilmu sebagai
bekalan ke negeri yang kekal abadi.
Banyaklah buku-buku agama yang
menjadi temanku disamping tidak putus-putus aku membaca Al-Quran
yang menjadi teman karibku. Sebaik sahaja khatam, aku akan mula semula
membaca dengan tajwid yang betul, tafsir dan mentaddabur isi kandungan
Al-Quran. Terkadang-kadang aku terasa sunyi dan sepi juga dan disaat itu
aku sedar ia adalah usaha MR I dan MR S yang sedang bertungkus-lumus
cuba menggelincirkan aku dari jalan yang lurus. Aku terus melawan serangan
mereka dengan beristighfar dan jika keadaan ini berlaku pada waktu malam,
aku akan terus berwudhuk membuka dan membaca Al-Quran dengan nada
yang agak kuat. Ketika itu hatiku merasa tenang dan aman sekali. Begitulah
hebatnya Al-Quran mententeramkan hati yang sunyi dan sepi. Sejak beberapa
bulan ini, aku telah mencipta suatu doa yang berbunyi.

YA ALLAH, TANAMKANLAH DIHATI DAN SANUBARIKU UNTUK
HIDUP TANPA MERASA SUNYI, SEDIH DAN SEPI KERANA AKU
ADAMU DISISIKU. CUKUPLAH ENGKAU MENJADI PENOLONG

DAN SEBAIK-BAIK PELINDUNG BAGI KU……AAMIIN.

Jom kawan-kawan yang dikasihi kerana Allah kita amalkan Doa ini terutama
sekali jika sering ditinggalkan keseorangan.

33

Bicara Pada Akhir Usia

MENUKAR CARA HIDUPKU
DI AKHIR USIA

P ada 4hb Mei 2014 genaplah usiaku 67 tahun, satu usia yang
panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa suka dan duka silih
berganti. Ketika meniti usia seperti ini, aku perlu sentiasa muhasabah diri
dan memikirkan cara-cara melipatgandakan amalan-amalan sebagai bekalan
untuk ke negeri yang kekal abadi.

Salah satu perkara asas yang telah dan akan terus dijalankan ialah
mengadaptasi cara dan gaya hidupku di sebabkan ujian yang perlu dilalui
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada aku, iaitu pergerakan yang sangat
terbatas akibat sakit lutut yang semakin hari semakin mencabar.
Aku boleh saja terus menelan pil menahan sakit yang memang senang di
dapati di pasaran tetapi ia akan hanya mengganggu buah pinggang dan
berkemungkinan mengakibatkan berbagai-bagai penyakit lain.

Setelah berfikir panjang aku nekad untuk menerima ujian ini dan redha akan
ketentuanNya kerana bermacam-macam kaedah rawatan yang menelan
belanja besar telah ku cuba, namun sakit itu tidak berkurangan malah kadang-
kadang bertambah sakit pula. Dengan penuh kesedaran, aku mengorak
langkah untuk menukar cara dan gaya hidup terutama bila hendak bergerak
kesana-kesini. Aku tidak akan mengalah dan duduk di rumah sahaja. Aku perlu
kreatif dan bersedia bergerak kesana-kesini untuk menjalankan berbagai-
bagai aktiviti kehidupan seharian diluar rumah seperti biasa, tetapi kali ini,
menggunakan tongkat dan juga kerusi roda.

Bila ke pasaraya besar GIANT, TESCO atau MYDIN MALL aku akan membawa
kerusi roda dan menggunakannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kadang-
kadang aku menghadapi kesukaran kerana perlu menggunakan tenaga lebih
dibahagian lengan untuk menggerakan kerusi roda itu. Aku punya prinsip
yang membuatkan aku suka bergerak sendirian iaitu “I don’t like to be pushed
around”.

34

Bab 2 • Kenali Daku

Semasa di pasaraya, aku sering juga mengalami kesukaran bila hendak
membeli barang banyak kerana tidak boleh membawanya diatas riba kerana
kerusi rodaku tidak dilengkapkan dengan kemudahan untuk meletak barang-
barang. Memang semua kerusi roda ketika itu tidak ada kemudahan ini,
mungkin kerana persepsi umum tidak menerima hakikat bahawa terdapat
OKU seperti aku masih boleh pergi membeli-belah berseorangan. Walaupun
aku masih boleh membeli-belah di pasar-pasaraya namun aku masih tidak
berani menaiki kerusi roda sendirian untuk membeli-belah di Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur atau ke pasar-pasar malam atau pasar tani.
Kadang-kadang aku dibantu oleh cucu-cucuku yang menolak kerusi rodaku
masa kami pergi ke One Utama untuk Bowling. Cucu-cucuku akan bergilir-gilir
menolak kerusi roda itu, dan ini adalah satu pengalaman yang menggembirakan
mereka. Di pendekkan cerita, walaupun aku telah mula diuji dengan sakit lutut
ini aku masih tetap bersyukur kerana Allah SWT masih memberi aku nikmat
kemampuan membawa kereta Myvi ku. Ketika membawa kereta ini aku tidak
pun merasa sakit di bahagian lutut. Aku masih ingat lagi semasa membawa
kereta dari Kuala Lumpur ke Melaka dan setiap jam aku akan berhenti untuk

35

Bicara Pada Akhir Usia

merehatkan lututku. Aku memang terkenal dengan tabiat membawa kereta
laju dan kalau dilihat dari luar gelagatku seperti orang muda, membawa kereta
laju dan bayangkan apabila aku keluar dari kereta bertongkat, ramai yang
melihat kehairanan.
Beginilah nasib seorang warga emas seperti aku yang tidak akan mengalah
dan berserah kepada kesakitan. InsyaAllah aku akan terus bergiat aktif
mengadakan berbagai-bagai aktiviti di Sekolah-sekolah Tunas Bakti, Asrama-
Asrama Akhlak, Rumah Kanak-kanak, Rumah-rumah Seri Kenangan di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Sekolah-Sekolah Integriti
di bawah Jabatan Penjara, di seluruh negara. Setiap hari aku terus berdoa
agar Allah SWT memberiku kesihatan dan mengekalkan semangat waja untuk
terus menyumbang bakti kepada kumpulan sasar ini, hingga akhir hayat ku.

36

Bab 2 • Kenali Daku

PERLU DIADAKAN
SEMINAR PENUAAN

P ada 5 April 2014, bertempat di LPPKN berlangsung satu seminar
yang bertemakan penuaan. Aku yang merancang seminar ini, atas
kesedaran bahawa ramai wanita kurang ilmu tentang proses penuaan, lebih
khusus lagi tentang apa yang sedang dan akan berlaku kepada mereka
menjelang tua. Dari statistik rasmi, jumlah warga emas wanita lebih ramai dari
warga emas lelaki.

Wanita-wanita yang sedang melalui proses penuaan sering merasa sedih dan
sepi dan kadang-kadang boleh mencapai tahap kemurungan. Keadaan ini
bertambah kompleks apabila anak-anak mula meninggalkan ibu bapa kerana
telah mendirikan rumah tangga dan mahu hidup sendiri.

Di antara perkara-perkara yang perlu
dihadapi oleh warga emas wanita
khususnya ialah sakit-sakit seperti
Osteoathritis, Cataract, telinga mula
kurang pendengaran, lupa dan sering
dilanda kesedihan dan kesunyian.
Jika demam pula, lambat baik
akibat immune system yang sudah
lemah. Keadaan ini akan bertambah
jika wanita itu hidup berseorangan
akibat kematian suami atau berlaku
penceraian diusia lanjut.

37

Bicara Pada Akhir Usia

Jika badan sudah mula sakit, maka
pergerakan juga terjejas yang
akhirnya akan menyebabkan kita
tidak dapat aktif seperti dahulu.
Jika dulu kita seorang yang suka
menjalankan aktiviti outdoor dan
pergi ke gym 3 kali seminggu, kini
kita tidak lagi berupaya untuk seaktif
dahulu. Keadaan itu juga boleh
menambahkan rasa sedih dan sepi.
Gaya hidup kita mula berubah dari
seorang yang aktif kepada seorang
yang House Bound.

Bagaimanakah kita hendak
berhadapan dengan gaya hidup baru
ini. Apakah ada aktiviti-aktiviti yang
boleh kita lakukan agar kita tidak
merasa bosan dan tertekan. Adakah
kita boleh wujudkan satu kumpulan sokongan (support group) yang terdiri
dari mereka yang berkeadaan sama dengan kita. Bagaimana kita dapat kekal
aktif walaupun kita sudah tidak dapat bergerak pantas. Apakah ada jenis-jenis
aktiviti yang dapat kita lakukan tanpa banyak menggunakan tenaga fizikal.

Inilah persoalan-persoalan yang memerlukan pencerahan agar warga emas
wanita khususnya dapat meneruskan hidup tanpa bergantung kepada anak
menantu dan cucu-cucu. Pasti kita mahu terus kekal berdikari dan menjalani
kehidupan dengan harga diri yang tinggi walaupun dalam dunia yang kadang-
kadang merupakan dunia yang hanya memberi tumpuan kepada generasi
muda sahaja. Itulah dia scenario mengapa seminar ini perlu diadakan agar
teman-teman seusiaku dapat mengharungi hidup di akhir-akhir usia dengan
tenang, aman dan selesa.

38

Bab 2 • Kenali Daku

MEMAHAMI PROSES
PENUAAN 1

K etika menulis artikel ini, aku berusia 68 tahun. Aku sedar dalam masa
2 tahun lagi aku akan memasuki kumpulan 70-an. Sejak beberapa
waktu kebelakangan ini, aku sering merasa letih di waktu pagi walaupun
setiap hari menelan 2 biji pil Q10 dan kadang-kadang sebiji pil Pharmaton.
Aku sering hairan mengapa ini berlaku pada diriku. Aku pernah diberitahu oleh
seorang kakak yang telah berusia lebih 70 tahun bahawa warga emas dalam
usia 70 tahun keatas akan sentiasa dilanda letih walaupun tidak melakukan
apa-apa kerja.

Semasa mendengar penjelasannya, aku tidak ambil pusing dan menganggap
masih banyak lagi waktu sebelum mencapai umur 70 tahun. Pada mulanya
disamping mengambil kedua-dua jenis pil tersebut, aku mula mencari sebab
mengapa aku masih merasa letih. Aku agak mungkin kerana aku sudah mula
malas melakukan senaman di gym. 5 tahun dahulu aku menjadi ahli Fitness
First sebuah gym yang terkenal dan sering juga melakukan senaman berjalan
kaki setiap petang. Sejak menghidap sakit lutut yang teruk, Doktor telah
menasihati aku agar tidak lagi menggunakan peralatan-peralatan high impact
yang terdapat di gym tersebut. Sejak itulah aku terus berhenti menjadi ahli
Fitness First sebaliknya aku mula melakukan sesi-sesi fisioterapi di sebuah
klinik swasta.

Dari segi emosi juga, aku sedang menghadapi banyak perubahan.Aku senang
sekali mengeluarkan air mata dan sering merasa sebak hanya semasa
mendengar lagu-lagu nostalgia, menonton drama yang menggambarkan
kasih-sayang dalam keluarga dan apabila berjumpa teman-teman lama.
Kadang-kadang agak memalukan apabila mukaku dipenuhi air mata yang
keluar walaupun di depan orang ramai. Kalau aku berada dengan ahli keluarga
sering juga aku merasa sedih kerana mereka sentiasa sibuk dengan ipad dan
telefon canggih dan kurang sangat bercakap denganku. Kalau aku melihat
wajah mereka yang tidak ceria aku terkesan dan sering tertanya-tanya pada

39

Bicara Pada Akhir Usia

diriku, apa salahku dan mengapa mereka tidak mahu bercakap denganku.
Kadang-kadang cucuku yang bongsu ketika itu yang hanya berusia 2 tahun
juga pandai menggunakan ipad ibunya dan tidak mahu mendekatiku. Dia juga
tidak suka dipeluk dan dicium seperti kanak-kanak dahulu.

Ada satu frasa yang sering aku gunakan untuk menggambarkan tahap emosiku
terutama sekali diwaktu senja, diantara waktu asar dan maghrib – sunyi, sedih
dan sepi. Aku sering berbincang dengan teman-teman seusia rupa-rupanya
ramai di antara mereka juga mengalami situasi yang sama. Hanya mereka
masih ada suami dan anak-anak disekeliling mereka berbanding aku yang
hanya kesepian sendiri….

MEMAHAMI PROSES
PENUAAN 2

D i antara perkara-perkara yang sedang berlaku pada diriku menjelang
memasuki era 70-an ialah sering dilanda kurang pendengaran. Kadang-
kadang bercakap dengan bibik menjadi stressful kerana aku perlu bercakap
kuat dan bila dia bercakap pula dia seolah-olah berbisik sahaja. Maka timbullah
ketegangan antara kami. Mungkin sudah sampai masanya aku perlu membuat
pemeriksaan pendengaran dengan pakar-pakar perubatan.

Mengenai gigi pula kedua-dua gigi gerham ku sudah tidak ada maka keadaan
ini menyukarkan aku untuk mengunyah makanan terutama sayur-sayuran
yang penting dimakan ketika ini. Bayangkan kalau sampai aku perlu blend
timun dan sayur-sayuran untuk melengkapkan dietku!!

Akibat itu, aku sering dilanda indigestion sebab makanan yang aku makan
tidak hancur dihadam. Bila indigestion melanda perutku penuh dengan angin
dan belakangku jadi sakit dan menyukarkan aku untuk berdiri tegak terutama
bila sudah duduk lama.Aku telah mencuba minum air halia dan ubat-ubat yang

40


Click to View FlipBook Version