Bab 5 • Anak-Anak Ummi
KEM KESEDARAN UNDANG-UNDANG
UNTUK REMAJA
S ejak bertahun-tahun, umum mengetahui bahawa kadar jenayah yang
melibatkan remaja sangatlah membimbangkan. Semasa berkhidmat
di kementerian dan jabatan yang berkenaan, aku punya maklumat yang
menjelaskan dengan terang, sebab-sebab mengapa ramai remaja-remaja
yang terlibat dalam kancah jenayah. Di antara sebab-sebabnya ialah
sebahagian besar daripada mereka tidak celik undang-undang. Kebanyakan
rakyat Malaysia juga tidak tahu dan tidak mahu tahu tentang undang-undang.
Di samping itu, tidak juga terdapat pihak-pihak yang menumpukan perhatian
kepada aspek literacy undang-undang.
Disebabkan oleh kasih dan sayangku terhadap generasi muda, aku telah
mengorak langkah untuk melaksanakan siri program kem kesedaran undang-
undang khas untuk para remaja yang berpotensi untuk terjerumus dalam
kancah jenayah dan juga banyak melanggar etika disiplin di sekolah-sekolah.
Dengan sokongan dari sebuah Syarikat Korporat yang terkenal dan
Kementerian Pelajaran ketika itu, aku telah menggubal satu program yang
dinamakan “Kem Kesedaran Undang-Undang”, dengan sokongan dan
kerjasama rakan-rakan dari beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Aku
bernasib baik kerana ketika itu aku berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri
dan kebanyakan pegawai-pegawaiku berkelulusan undang-undang. Dengan
semangat yang berkobar-kobar, aku berjaya mengajak mereka bersama-sama
untuk menjayakan Projek Kem Kesedaran Undang-Undang ini. Mereka perlu
mengambil cuti dan mengorbankan cuti hujung minggu bagi melaksanakan
projek ini.
Masih jelas terbayang dimindaku bagaimana pada hari pertama aku berjumpa
para peserta yang terdiri daripada seratus peratus pelajar-pelajar lelaki.
Mengikut rekod, mereka yang mendaftar sehari sebelum itu, peserta berjumlah
120 orang pelajar semuanya. Namun pagi itu, setelah dikira, terdapat 30 orang
daripada mereka tidak hadir. Aku menyedari pelajar-pelajar ini dihantar oleh
141
Bicara Pada Akhir Usia
sekolah kerana mereka merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
disiplin dan aku sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Justeru, aku
mengarahkan fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai
perundangan, naik ke bilik penginapan pelajar-pelajar ini dan mencari mereka
di setiap bilik. Seperti yang dijangka, mereka didapati menyorok di dalam
bilik, di bawah katil, di dalam almari, bahkan tidur di dalam bathtub di bilik
air. Akhirnya, fasilitator-fasilitator itu telah berjaya mengumpulkan mereka dan
membawa mereka masuk ke dewan.
Menyedari hakikat bahawa pelajar-pelajar ini, tidak mahu dan tidak mampu
fokus kepada ceramah-ceramah, aku sengaja menggubal isi kandungan kem
ini dengan melebihkan kepada lawatan-lawatan ke lokap polis, ke penjara
untuk diberi taklimat mengenai hukuman sebat dengan menonton video, ke
Mahkamah untuk menyaksikan beberapa kes juvana yang terjebak dalam
kes jenayah. Sepanjang kem ini berlangsung, hanya terdapat satu sahaja
ceramah oleh bekas penagih dadah yang menceritakan pengalaman pahitnya
dan sakitnya hukuman sebat yang dilaluinya.
Seperti lazimnya, kem ini diakhiri dengan sesi refleksi yang mengajak pelajar-
pelajar ini untuk bermuhasabah diri. Seperti biasa juga aku telah dapat
menyentuh kalbu mereka dengan intonasi, nada suara dan muzik yang
syahdu, sehingga ramai dikalangan mereka yang kulihat menitiskan air mata.
Begitulah sayangnya aku terhadap generasi muda ini walau di mana mereka
berada samada di sekolah, penjara, kawasan panas ataupun sekolah pemulihan
akhlak. Aku tetap bersemangat untuk
menyantuni mereka walaupun aku
sering menerima komen-komen
negatif daripada teman-teman yang
tidak sependapat denganku. Aku
masih tegar meneruskan usaha-usaha
kecilku yang kunamakan, random
acts of kindness. Harapanku hanyalah
untuk mendapat redha Allah SWT dan
bukan pujian dan sanjungan manusia
di dunia ini.
142
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
PERTANDINGAN NASYID PELAJAR-PELAJAR
OKU PENGLIHATAN DI GURNEY
TRAINING CENTRE, MAB
Gurney Training Centre di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB),
telah mengadakan pertandingan nasyid tahunan di dewan besar, MAB,
Briekfields, Kuala Lumpur. Enam kumpulan yang dianggotai oleh remaja
OKU penglihatan telah mengambil bahagian. Program ini anjuran Persatuan
Pelajar-Pelajar Islam, sebuah persatuan yang dipengerusikan oleh Saudara
Muhammad Dinie Rashid. Aku telah dijemput untuk merasmikan pertandingan
tersebut.
Majlis pada hari itu sungguh meriah dan bermakna sekali kepada pelajar-pelajar
OKU Penglihatan yang sedang menjalani latihan, saudara mara dan teman-
teman mereka. Pada hari itu, aku telah menjemput seorang event manager
untuk menyaksikan kehebatan peserta-peserta membuat persembahan lagu-
lagu nasyid bertemakan ketuhanan, selawat dan zikir, lakonan dan tazkirah.
Akibat kehebatan persembahan peserta-peserta, ramai dalam kalangan
audience termasuk aku, telah menitiskan airmata menyaksikan persembahan
mereka yang penuh penghayatan. Peserta-peserta telah berjaya meniupkan
roh dalam lagu-lagu yang disampaikan.
Pada hari itu, kami telah menyaksikan satu kumpulan yang diberi nama An-
Nur yang terdiri daripada 5 orang jejaka OKU penglihatan yang rupa-rupanya
sudah terkenal yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pelajar-Pelajar Islam
iaitu Muhammad Dinie sendiri. Kemerduan suara dan cara penyampaian yang
kreatif telah membuatkan audience sangat teruja dan kami mendapat tahu
kumpulan An-Nur pernah membuat persembahan di TV Al-Hijrah.
Kemuncak kepada kejayaan kumpulan An-Nur, beberapa tahun kemudian,
aku telah berjaya membawa mereka untuk mengadakan persembahan
3 malam berturut-turut di Dewan Perdana, Felda sempena Majlis Berbuka
Puasa anjuran syarikat D’Saji, Felda selama dua tahun berturut-turut.
143
Bicara Pada Akhir Usia
Semasa Kumpulan An-Nur membuat persembahan di majlis itu, seorang
event manager telah berjumpa aku untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang
ahli-ahli Kumpulan An-Nur.
Beliau kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk menawarkan khidmatnya
untuk mempromosikan salah seorang dari penyanyi dalam kumpulan ini iaitu
Muhamad Dinie Rashid. Akhirnya termeterailah satu perjanjian antara mereka.
Aku sangat bangga dengan pencapaiannya bermulalah dia menceburi dirinya
dalam industri hiburan Tanah Air. Dia ialah Muhamad Dinie Rashid….
KEM MENGHAYATI KEMERDEKAAN DAN
MEMANTAPKAN PERPADUAN
S atu lagi kem yang telah aku gubal dan laksanakan khas untuk pelajar-
pelajar Tingkatan 6, pelbagai kumpulan etnik, adalah Kem Menghayati
Kemerdekaan dan Memantapkan Perpaduan. Aku telah menggunakan
pelbagai teknik yang kreatif untuk menggubal modul kem ini berdasarkan
beberapa dasar dan polisi awam seperti Rukun Negara, Dasar Kebudayaan
Nasional, dan Dasar Perpaduan Negara.
Kem ini aku laksanakan dengan kerjasama dan pembiayaan sepenuhnya oleh
Jabatan Perpaduan Negara. Yang menariknya, aku telah mendapat kerjasama
Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan ini untuk dilatih sebagai fasilitator.
Untuk memahami dan menghayati kemerdekaan, aku telah berjaya
mendapatkan Filem Hati Malaya, arahan Suhaimi Baba untuk ditayangkan
kepada peserta-peserta kem ini. Pengarah filem ini sendiri telah hadir memberi
ceramah mengenai filem itu.
Setiap pagi, diadakan sesi menyanyikan lagu Negaraku, menaikkan bendera
dan berikrar Rukun Negara. Manakala di sebelah petangnya pula, diadakan
demonstrasi permainan tradisional dan aktiviti seni mempertahankan diri,
144
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
silat, Kungfu dan Slambam, oleh jurutunjuk-jurutunjuk yang didatangkan khas
dari Persatuan-Persatuan Pertahanan Diri mengikut kumpulan etnik.
Kem ini telah dimulakan dengan satu aktiviti meriah iaitu Kembara Perpaduan.
Di setiap checkpoint, peserta dikehendaki menjawab pelbagai soalan berkaitan
dengan perpaduan dan tatanegara.
Satu lagi aktiviti yang sangat menarik semasa kem ini ialah sewaktu makan
beramai-ramai, peserta telah dihidangkan dengan menu mengikut kumpulan
etnik. Acara ini dimulakan dengan makan malam kaum melayu, lengkap dengan
demonstrasi majlis perkahwinan orang-orang melayu. Peserta dikehendaki
makan menggunakan tangan. Makan tengaharinya pula, mereka dihidangkan
dengan makanan kaum India, menggunakan daun pisang, lengkap dengan
kari dan papadom, makan malam seterusnya pula dihidangkan menu Cina,
steamboat menggunakan chopstick.
Setiap kali sebelum menjamah jamuan, peserta akan diterangkan tentang
latar belakang setiap tradisi mengikut kaum khususnya mengenai cara dan
menu makan. Pada malam terakhir, diadakan persembahan kebudayaan
dan peserta-peserta digalakkan memakai pakaian tradisi mengikut kaum.
Umpamanya, peserta Melayu akan memakai sari, peserta India akan memakai
cheongsam, dan peserta Cina akan memakai baju kurung atau kebaya. Begitu
juga dengan peserta lelaki memakai pakaian pelbagai kumpulan etnik.
Di akhir kem ini, tanpa memaklumkannya,
aku telah mewajibkan peserta-peserta
menduduki satu peperiksaan mengejut.
Aku sengaja merahsiakan tentang ujian
ini, kerana hendak menilai samada
peserta fokus menimba ilmu semasa
melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang
kem berlangsung.
Apa yang mengejutkan mereka adalah
aku telah mengumumkan markah
sepuluh peserta terbaik dengan hadiah
yang sungguh istimewa dan mengejutkan
145
Bicara Pada Akhir Usia
iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Sarawak, menaiki pesawat MAS dalam satu
program yang dinamakan Lawatan Integrasi selama 4 hari 3 malam. Peserta
juga akan menjadi anak angkat keluarga di sana. Yang menariknya, aku
berjaya meyakinkan Jabatan-Perpaduan, untuk membiayai semua kos yang
terlibat dengan lawatan ini. Sebenarnya Lawatan Integrasi ini adalah acara
tahunan Jabatan Perpaduan ketika itu.
Bayangkanlah wajah peserta-peserta semasa aku mengumumkan hadiah itu.
Apa yang membuatkan aku puas kerana aku melihat wajah-wajah penyesalan
di kalangan peserta-peserta yang tidak fokus sepanjang kem berlangsung.
Aku sangat gembira menganjurkan program yang aku sendiri menggubal
konsep dan modus operandi-nya ini. Aku juga sangat berterima kasih kepada
pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan ketika itu kerana sangat komited
membantu menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.
Aku berdoa semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan
demi untuk merapatkan hubungan antara pelbagai Kumpulan Etnik di negara
tercinta ini.
146
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
GEMBIRANYA HATI BILA DIINGATI
P ada minggu yang lalu, aku dan seorang teman telah pergi ke Universiti
Islam Malaysia sebuah Research University di Cyberjaya. Semasa
kami makan tengahari bersama-sama dengan beberapa orang Professor,
tiba-tiba datang seorang pemuda lalu duduk di meja kami. Setelah sekian
lama aku dapat merasakan yang dia sentiasa memerhatikanku. Akhirnya dia
menegur dan bertanya sama ada aku pernah menganjurkan sebuah kem
motivasi pada akhir tahun 80-an bertempat di Kuala Kubu Bahru, Selangor
anjuran Majlis Kanak-kanak Malaysia sebuah NGO.
Secara spontan aku menjawab, memang ada dan ia diadakan khas untuk
tokoh-tokoh kanak-kanak yang memenangi Pingat Hang Tuah anjuran Majlis
Kanak-kanak Malaysia. Pemilihan tokoh-tokoh kanak-kanak ini adalah dari
segi kemajuan dalam pendidikan dan yang mempunyai potensi besar untuk
maju bukan sahaja dalam pendidikan tetapi kehidupan. Aku masih ingat lagi
semasa melaksanakan kem itu, semua peserta terdiri daripada kanak-kanak
belasan tahun yang bijak dan pandai dan datang dari seluruh negara. Mereka
dipilih khas untuk mengikuti kem itu.
Berbagai-bagai aktiviti diadakan termasuklah aktiviti yang sangat mencabar,
iaitu kembara dengan tugasan-tugasan yang sukar. Semua peserta telah
berjaya mengikuti segala Latihan dan mereka didapati sangat teruja
melaksanakan segala tugasan secara berkumpulan.
Aku tersentak dan terus mengajukan beberapa soalan kepada pemuda ini.
Aku terus meneka bahawa dia adalah salah seorang peserta kem tersebut. Dia
terus senyum dan mengatakan dia masih ingat segala pesanan-pesanan dan
kata-kata motivasiku dan ia berkata dia masih mengingati suaraku sehingga
ke hari ini. Aku terus merasa sebak apabila mendengar kata-katanya itu.
Bayangkan 25 tahun sudah berlalu namun dia masih ingat segala pesananku
dan nada suaraku.
147
Bicara Pada Akhir Usia
Dia menghulurkan kad pengenalan dirinya dan aku terus merasa sungguh
bangga dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana tertulis di atas kad
Namanya dia adalah Timbalan Pendaftar Akademi Kebijaksanaan Sejagat
Universiti Islam Malaysia, berkelulusan BEng (Hons) Queen Mary University
of London dan Master Science dari Imperial College London.
Sekarang barulah aku faham perasaan seorang guru yang merasa bangga
bila anak muridnya berjaya dalam hidup dan berkelulusan tinggi. Aku hanya
bersama pemuda ini selama 3 hari sahaja dan aku merasa sungguh bahagia
bila dia mengingatiku.
Di penghujung usiaku ini, aku hanya berdoa dan berharap agar beribu-ribu
remaja yang telah mengikuti berbagai-bagai kem yang ku anjurkan sejak
tahun 70-an hingga kini, akan menggunakan segala nasihat yang ku beri, tidak
kiralah sama ada mereka terdiri dari Tokoh kanak-kanak, Pemenang Pingat
Hang Tuah, Juvana di Sekolah-Sekolah Integriti di Penjara-Penjara seluruh
Malaysia, di sekolah Henry Gurney dan Correctional Centre Puncak Alam,
Sekolah-Sekolah Tunas Bakti dan Asrama-asrama Akhlak, Rumah Kanak-
kanak di bawah JKM dan ratusan ribu pelajar-pelajar di Sekolah-Sekolah
Menengah, Kolej-Kolej dan Universiti-Universiti.
Semoga Allah SWT memberikan aku kekuatan dan kesihatan untuk terus
berbakti kepada kanak-kanak dan remaja di tanah air tercinta. Aamiin.
PROGRAM KAU SUMBER INSPIRASIKU /
BICARA DARI HATI #PESAN ABANG UNTUK ADIK
P rogram ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda
yang berada di berbagai lokasi seperti di Sekolah-Sekolah Menengah,
Kolej, Universiti dan di Pusat-Pusat Tahanan seperti Sekolah-Sekolah khas
untuk Banduan Muda seperti Sekolah Henry Gurney, Pusat Koreksyional
Puncak Alam, Sekolah-Sekolah Integriti di Penjara-Penjara, semuanya di
bawah Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Juga di
148
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
Sekolah-Sekolah Tunas Bakti, Asrama-Asrama Akhlak, Rumah Kanak-Kanak
dan Taman-Taman Sri Putri yang semuanya merupakan institusi-institusi di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Program ini telah ku gubal, berpandukan Surah Al Rahman (Surah ke 55) di
dalam Al Quran. Surah ini mengandungi 78 Ayat dan tergolong dalam Surah
Madaniyyah. Dalam Surah ini terdapat 31 kali Allah mengingatkan berulang-
ulang; Maksudnya “Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu
Dustakan?”
Tiga Nilai utama yang diterapkan di dalam program ini adalah:
“Syukur” atau Segala Nikmat Kurniaan Allah SWT
‘Sabar’ apabila di uji oleh Allah SWT
‘Redha’ akan segala ketentuan Allah SWT
Program ini melibatkan tiga orang Pemuda OKU Penglihatan, Muhamad Dinie
Rashid, Rashidi Abdullah dan Khairul Azreen Jasni.
Mereka merupakan ikon program ini bermula sejak tahun 2014 hingga kini.
Pada bulan Mac 2020 hingga kini, program ‘Kau Sumber Inspirasi Ku’ ini telah
ku olah semula dan di kenali dengan nama baru ‘Bicara Dari Hati’ #Pesan
Abang Untuk Adik.
Ketiga-tiga pemuda ini akan mengupas kisah hidup mereka dan bagaimaan
mereka bangun semula dan apakah ‘Hikmah’ yang Allah SWT kurniakan
kepada mereka, setelah di uji hilang penglihatan.
Sejak bermula pada tahun 2014 hingga kini dan setelah menjelajah ke
seluruh negara – dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Syukur
Alhamdulillah program ini telah menyantuni ratusan ribu remaja di berbagai
lokasi.
Sebelum Pandemik Covid 19 dengan semangat yang membara, aku
membawa sendiri kereta Bezza ku bersama teman-teman rapat ku yang
149
Bicara Pada Akhir Usia
menjadi ahli Team ‘Kau Sumber Inspirasi Ku/ Bicara Dari Hati.’ Tidak dapat
ku bayangkan perasaan ku semasa mengadakan program ini dan aku tidak
pernah merasa letih atau bosan sedikit pun. Sebaliknya program ini adalah
satu-satunya yang telah melahirkan satu kaedah yang di beri nama Happy
Hormone Therapy yang telah dapat meredakan sakit lutut yang teruk yang
telah ku alami bertahun-tahun lamanya.
Semasa aku mengendalikan program ini tidak dapat ku gambarkan rasa
gembira yang tidak terhingga semasa berhadapan dengan audiens yang
terdiri dari generasi muda. Ratusan ribu remaja yang telah mengikuti program
ini selama bertahun-tahun adalah punca kebahagiaan hidup ku. Merekalah
anak-anak ummi yang sangat di cintai kerana Allah.
Ummi mendoakan semoga anak-anak ummi akan sentiasa berada dijalan
yang lurus dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai bersyukur akan segala
nikmat kurniaan Allah SWT, bersabar akan segala ujian NYA dan Redha akan
ketentuan Allah SWT.
Amin Ya Rabbal Alamin.
150
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
ANAK-ANAK UMMI
151
Bicara Pada Akhir Usia
ANAK-ANAK UMMI
152
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
ANAK-ANAK UMMI
153
Bicara Pada Akhir Usia
ANAK-ANAK UMMI
154
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
ANAK-ANAK UMMI
155
Bicara Pada Akhir Usia
ANAK-ANAK UMMI
156
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
ANAK-ANAK UMMI
157
Bicara Pada Akhir Usia
ANAK-ANAK UMMI
158
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
ANAK-ANAK UMMI
159
Bicara Pada Akhir Usia
ANAK-ANAK UMMI
160
Bab 5 • Anak-Anak Ummi
Pesan Ummi
“Ummi akan sentiasa mendoakan
agar anak-anak ummi sentiasa
berada di jalan yang lurus.”
161
Bicara Pada Akhir Usia
162
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Bab 6
Pelan Tindakan
Ke Negeri
Yang Kekal Abadi
163
Bicara Pada Akhir Usia
D unia sekadar satu alasan sebelum penghuninya berpindah bertemu
Tuhan. Perpindahan yang disukai bagi yang beriman namun ditakuti oleh
para pemuja keduniaan.
Cuba mempertahankan apa yang tidak kekal sampaikan terlepas daripada
mengutip kepingan emas sebagai bekalan. Bekalan yang tidak kelihatan tetapi
terlalu berguna untuk membayar segala denda di hari perbicaraan.
Tiada siapa tahu kecil atau besar kebaikan mana satu yang menjadi penyebab
turunnya kepada kita rahmatnya Tuhan. Mengumpul sebanyak mampu pahala
jangan bertujuan semata-mata mahukan balasan.
Kita sudah dibayar gaji lumayan ketika diberikan bernafas di atas dunia
berharap sahaja kehendak Pencipta akan mampu menyelamatkan. Bermulalah
dari sekarang untuk mencuba pelbagai cara untuk kita memenuhkan kantung
pahala.
Selamatkan diri daripada menambah murka sepanjang perjalanan kita sebagai
seorang hamba. Jangan menunggu pahala yang dirasakan setimpal baru
mahu melakukan kebaikan. Jangan dikira segunung pahala yang dikumpulkan
itu adalah punca kita ke syurga.
Teruskan hidup tanpa prasangka kerana cuma Tuhan yang tahu adakah
kebaikan kita menjadi punca masuk ke syurga atau penyebab akan terhumban
ke perut neraka.
Nukilan Rashidi Abdullah
164
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
SUATU KESEDARAN
S elama bertahun-tahun aku menjalani kehidupan ini dari alam kanak-
kanak, remaja, dewasa dan sekarang meniti usia di penghujung
kehidupan ini. Aku mengisi waktu dengan menumpukan perhatian kepada
kerjaya dan keluarga. Sangat sedikit waktu yang diluangkan untuk menyiapkan
diri mencari bekalan untuk bertemu Penciptaku.
Ketika meniti usia dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan awal dewasa,
banyak masa diluangkan untuk mencari ilmu dunia agar dapat berkerjaya dan
seterusnya membina keluarga.
Kala itu, amalan-amalan fardu sahaja yang diberi perhatian seperti solat,
puasa dan belajar membaca Al-Quran. Tidak pernah pun terlintas di hati untuk
menambah ilmu pengetahuan secara lebih mendalam, jauh sekali memasuki
kelas-kelas agama yang banyak terdapat dijalankan di masjid-masjid, surau-
surau dan persatuan ketika itu.
Hari-hariku di isi sepenuhnya dengan tugasan di pejabat, dari satu kementerian
ke satu kementerian, dari satu jabatan ke satu jabatan. Hujung-hujung minggu
pula dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang juga berkaitan dengan tugas-tugas
di pejabat dan sekali-sekala dengan keluarga.
Hanya selepas bersara, aku mula mengorak langkah untuk mendalami
pelbagai aspek agama.
Dalam bidang keagamaan, seseorang itu perlu mendalami pelbagai ilmu
aqidah, fekah, akhlak, sirah Rasulullah dan ilmu tajweed yang kemudian
165
Bicara Pada Akhir Usia
dilanjutkan pula mempelajari tafsir dan tadabbur Al-Quran. Yang mendalami
agama akan berasa, lagi banyak dan mendalam kita belajar, lagi sedikit rasanya
ilmu yang kita peroleh. Rasa kekurangan inilah yang sering menghantui aku
dalam usaha menambah ilmu agama ini.
Semasa belajar ilmu tajweed, dengan seorang uztaz muda selama hampir
5 tahun, aku sangat komited dengan bimbingan beliau. Kami pelajar-pelajar
yang kebanyakannya warga emas perlu mengambil peperiksaan. Pada
tahun ke-empat, kami menghadiri majlis tamat pengajian dan dikurniai sijil.
Banyaklah memori indah dan lucu yang mewarnai masa empat tahun belajar
dengan uztaz ini, terutama sekali semasa menduduki peperiksaan.
Selanjutnya aku mengorak langkah pula mengikuti bidang Pengajian Islam
di Universiti Malaya selama 6 bulan. Ketika itu, kebanyakan pelajar terdiri
daripada orang-orang muda, dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun.
Terdapat hanya segelintir warga emas termasuklah aku.
Aku masih ingat betapa komitednya aku menghadiri kelas-kelas ini dan
aku terpaksa bekejar dari penjara Kajang, di mana aku terlibat dengan
166
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
perlaksanaan Program dengan banduan remaja di situ. Selesai sahaja
program, aku akan memandu kereta Myvi 1.5 dengan lajunya untuk sampai
ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebelum jam 3 petang setiap
hujung minggu. Aku tidak pernah merasa letih kerana sangat komited dalam
usaha menimba ilmu. Alhamdulillah, penat lelahku belajar di sini membuahkan
kejayaan dan aku dianugerahi Diploma dalam Pengajian Islam.
“#JOM KONGSI PAHALA”
B ercakap mengenai usaha mencari redha Allah SWT, janganlah kita
mengehadkan ia kepada sumbangan wang ringgit dan barang-barang
sahaja. Tidak kurang pentingnya kita boleh menyumbangkan tenaga dan
masa untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah walaupun kita bukan
seorang ustaz atau ustazah.
Salah satu cara yang sering aku lakukan ialah dengan mengajak sahabat
dan rakan yang punya kedudukan kewangan yang kukuh tetapi tidak mahu
terlibat untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti, untuk ‘Berkongsi
Pahala.’ Berasaskan prinsip ‘Jom Kongsi Pahala’ ini, syukur Alhamdulillah, aku
sering berjaya mengutip dana dari rakan-rakan untuk projek-projek seperti
membeli barang-barang keperluan untuk keluarga-keluarga miskin bandar
dan mengadakan berbagai aktiviti dakwah.
Bukanlah sesuatu yang senang bagi seorang wargaemas seperti aku untuk
pergi membeli barang-barang keperluan seperti beras, minyak, tepung, bihun,
biskut, kopi, telur, teh dan sebagainya, dan seterusnya membungkusnya
dengan cantik dan menyampaikannya kepada pihak-pihak yang akan
memberikan kepada keluarga tersebut.
Aku masih ingat pada satu ketika, aku telah mengunjungi satu pasaraya yang
besar sempena hari raya dan mendapati hamper-hamper yang dijual berharga
ribuan ringgit. Aku telah memuat naik gambar hamper-hamper mahal itu ke
167
Bicara Pada Akhir Usia
dalam Facebook dengan menyatakan rasa kesal kerana beberapa kilometer
dari Shopping Mall itu, terdapat ribuan masyarakat miskin bandar yang
dikatakan terlalu miskin hingga terpaksa memberi anak-anak mereka minum
susu pekat manis. Hasil daripada paparan dan tulisanku itu, aku menerima
tawaran daripada seseorang yang membacanya untuk menyumbang lebih
seribu ringgit sebulan untuk membiayai pembelian susu untuk anak-anak kecil
dari keluarga miskin bandar itu.
Inisiatif ini memerlukan tenaga dan usaha yang sangat mencabar untuk
mencari susu yang sesuai untuk bayi-bayi tersebut. Aku sengaja tidak mahu
membeli susu ini online kerana daya usaha dan tenaga yang aku gunakan,
InsyaAllah di redhai Allah SWT jua.
Dana-dana yang aku kutip atas prinsip ‘Berkongsi Pahala’ ini juga aku gunakan
untuk program-program dakwah khususnya untuk remaja-remaja yang sedang
menjalani hukuman di penjara-penjara dan remaja-remaja yang menjalani
pemulihan akhlak di institusi-institusi akhlak. Tempat-tempat seperti Sekolah-
Sekolah Integriti di bawah Jabatan Penjara Malaysia, Sekolah-Sekolah Tunas
Bakti dan Asrama-Asrama Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, telah memberi aku peluang untuk menabur bakti menyebarkan
sedikit sebanyak ilmu yang aku perolehi daripada kelas-kelas agama yang
aku hadiri.
Aku sering ‘Berkongsi Pahala’ melaksanakan aktiviti-aktiviti di lokasi-lokasi ini
bersama sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sehati dan sejiwa dengan
aku. Disebabkan network atau jaringan yang telah aku bina berpuluh-puluh
tahun yang lalu, semasa bertugas dalam perkhidmatan awam, pihak-pihak
yang bertanggungjawab di institusi-institusi ini memberi laluan kepadaku
untuk melaksanakan pelbagai aktiviti untuk remaja-remaja di situ.
Kami meluangkan masa 3 hingga 4 jam bersama mereka. Walaupun sering
perlu menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat untuk memasuki ke
tempat-tempat ini dan ditambah pula tempatnya yang tidak selesa, disebabkan
tujuan kami ikhlas, cabaran-cabaran itu telah dapat kami lalui dengan tabah
dan sabar.
168
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Di bulan Ramadhan pula, aku ‘Berkongsi Pahala’ dengan kawan-kawan yang
terdiri daripada teman-teman sekerja semasa berkhidmat dalam perkhidmatan
awam dan teman-teman aku dari sektor swasta, bagi mengadakan Majlis
Berbuka Puasa dan Solat Terawikh berjamaah bersama banduan-banduan
remaja diimamkan oleh ustaz-ustaz muda tetapi berkelayakan, yang
merupakan anak-anak angkatku.
Satu lagi usaha ‘Berkongsi Pahala’ ini adalah aktiviti yang sangat digemari
oleh para remaja ini seperti pertandingan-pertandingan pidato, nasyid dan
kuiz dengan hadiah-hadiah yang dibiayai oleh teman-temanku. Disamping itu,
ramai juga di antara rakan-rakan dan teman-temanku yang tampil ke hadapan
menjadi Ahli Jawatankuasa dan Juri, disamping membuat persembahan-
persembahan khas untuk menghiburkan para remaja yang sedang menjalani
hukuman. Aku berdoa agar persahabatan yang melahirkan network ini akan
terus kekal agar usaha-usaha kecil kami ini mendapat Redha Allah. Terima
kasih rakan-rakan dan sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah.
169
Bicara Pada Akhir Usia
MENCARI SAHAM AKHIRAT
Di penghujung usia ini, ramai dalam kalangan warga emas yang menyedari
betapa banyaknya masa telah dihabiskan untuk bekerjaya, sekaligus
mengumpul harta dunia untuk keluarga tercinta. Pagi, petang dan sering
juga malam dihabiskan dengan melaksanakan tugas-tugas rasmi, dan juga
aktiviti-aktiviti dengan rakan-rakan atau keluarga. Sedikit sekali masa yang
digunakan untuk melakukan investment sebagai bekalan. Bahkan tagline
“Bekerja itu Ibadah” yang diperkenalkan di sektor awam juga kurang difahami
oleh kebanyakan penjawat awam.
Di hujung-hujung minggu dan hari-hari cuti awam pula, diisi dengan aktiviti-
aktiviti bersama keluarga sebagai satu hadiah kerana sering meninggalkan
keluarga atas sebab-sebab tugas rasmi.
Tidak dapat dinafikan memang ada program-program keagamaan yang
dijalankan di pejabat-pejabat tempat aku bertugas. Namun, kelas-kelas ini
sering menghadapi kekangan waktu dan pelajaran juga tidak mempunyai
silibus-silibus tertentu.
170
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Kesedaran tentang kurangnya usaha untuk mencari bekalan ke sana nanti,
hanya dirasa oleh kebanyakan penjawat awam setelah bersara. Maka
bermulalah fasa pencarian ilmu secara lebih teratur dan mempunyai silibus-
silibus tertentu. Aktiviti-aktiviti yang InsyaAllah diredhai Allah ini, boleh
dipelbagaikan.
Berasaskan itulah aku telah melakukan suatu kembara ilmu dan tidak
menghadkannya kepada pengajian di dalam negeri, tetapi menjelajah ke
luar negara. Usaha ini sudah tentulah meliputi ibadah Umrah yang dilakukan
berkali-kali.
Di antara pengembaraan mencari ilmu ini, telah membawaku menaiki kapal
dalam Pelayaran-Pelayaran Islamik hingga ke negeri Thailand. Aku juga
mengikuti pengajian ke Acheh, ke Pekan Baru, Samarinda di Kalimantan
Utara dan juga ke Bandung Indonesia.
Selain dari mengikuti pengajian-pengajian itu, kita juga boleh membuat
pelaburan seperti menyumbang dana untuk pembinaan surau dan pusat-
pusat tahfiz di samping membelikan peralatan pelajar-pelajar tahfiz, anak-
anak yatim dan miskin samada di dalam atau luar negara. Peluang-peluang
untuk melabur seperti ini sentiasa ada sepanjang masa. Kita juga boleh
menggunakan jaringan atau network, untuk menyumbang kepada keluarga-
keluarga asnaf terutama sekali di kawasan-kawasan miskin bandar.
Satu lagi jenis pelaburan ialah kita boleh menyumbang dana untuk menerbitkan
buku-buku agama yang diusahakan oleh uztaz-uztaz yang pakar dalam
bidang penulisan. Di samping itu juga, terdapat peluang-peluang baru untuk
kita menyumbang dana membantu uztaz dan ustazah yang mengadakan
kelas-kelas agama secara maya dengan menyumbang dana bagi membeli
alat kelengkapan dan khidmat team teknikal mereka. Bayangkanlah betapa
beruntungnya kita kerana dapat mempelbagai cara dan kaedah membuat
pelaburan sebagai bekalan ke negeri yang kekal abadi. Syukur ke hadrat Allah
SWT kerana peluang-peluang ini sentiasa terbuka kepada kita semua.
171
Bicara Pada Akhir Usia
MENCARI REDHA ALLAH
DI BULAN RAMADHAN
U mat Islam sangat beruntung setiap tahun kerana akan bertemu dengan
suatu bulan yang sangat istimewa – Bulan Ramadhan Al Mubarak.
Umum mengetahui dan menyedari tentang kemulian bulan ini. Itulah sebabnya
setiap orang Islam, menanti-nanti ketibaan bulan yang mulia ini.
Di bulan ini kita yang beragama Islam, berlumba-lumba mengerjakan amalan-
amalan sunat di samping amalan-amalan wajib khas-nya solat dan puasa.
Disebelah malam pula berduyun-duyun umat Islam menuju ke masjid-masjid,
surau-surau untuk mengerjakan Solat Terawikh dan pada 10 malam terakhir,
berqiamulail.
Di bulan Ramadhan juga Tabung-tabung Masjid akan menerima sedekah
tidak putus-putus di samping tajaan majlis-majlis berbuka puasa, setiap hari
sepanjang bulan mulia ini.
Mengambil kesempatan inilah aku mengorak langkah untuk mengadakan
Majlis-majlis berbuka puasa di tempat-tempat yang kurang menerima
perhatian masyarakat dan para dermawan. Dengan menggunakan network
yang telah terbina, bertahun-tahun lamanya dengan Jabatan-jabatan seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, aku
telah mengatur majlis-majlis berbuka puasa dan Solat Terawikh di Sekolah
Tunas Bakti Sungai Besi Kuala Lumpur, di Asrama Akhlak Kampung Pandan
dan Sentul Kuala Lumpur, di Taman Seri Putri Cheras Selangor dan Rumah
Kanak-Kanak Tengku Budriah Sungai Besi, yang semuanya merupakan
institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Aku juga berjaya mendapat kebenaran untuk mengadakan Majlis-Majlis yang
sama di Sekolah Integriti, Penjara Kajang dan di Pusat Koreksyional Puncak
Alam Selangor, yang merupakan institusi-institusi di bawah Jabatan Penjara
Malaysia.
172
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Kos untuk mengadakan program-program ini sering dikongsi bersama teman-
teman dan rakan-rakanku. Ada juga ketikanya aku berjaya mendapat Tajaan
dari GLC dan Syarikat-Syarikat Swasta.
Lazimnya, sebelum Majlis Berbuka Puasa, aku akan mengadakan beberapa
sesi Ceramah dan Tazkirah dan persembahan Nasyid oleh anak-anak angkat
ku yang terdiri dari ustaz-ustaz muda dan mahasiswa/siswi dari IPTA yang
sering membantu aku melaksanakan berbagai program di bawah Projek “We
Care We Share”.
Selesai majlis berbuka puasa, akan diadakan pula solat Maghrib berjemaah
dan ceramah, di antara Solat Maghrib dan Isya.’ Imam bagi solat-solat ini dan
Solat Terawikh lazimnya terdiri dari anak-anak angkatku yang berkelulusan
Pengajian Islam. Aku masih ingat ketika kami menunaikan Solat Terawikh di
satu kawasan lapang, dalam Penjara ini, di bawah langit terbuka dan sinaran
bulan purnama dan kerlipan bintang-bintang dan angin sepoi-sepoi bahasa,
menjadikan suasana bertambah
syahdu dan menusuk qalbu. Pada
masa itu Solat Terawikh diimamkan
oleh anak angkatku Hadi, seorang
mahasiswa yang sedang belajar
di Jordan. Beliau sangat istimewa,
mengalunkan bacaan yang begitu
syahdu sekali hingga ramai di
kalangan Jemaah yang menitiskan
air mata, terutama sekali Aku.
Aku berazam untuk meneruskan
program Berbuka Puasa setiap
tahun. InsyaAllah.
173
Bicara Pada Akhir Usia
MENYAMBUNG TRADISI IBUKU,
SEDEKAH TELEKUNG DI BULAN REJAB
A llahyarhamah Hajah Hawa bte Musa, ibu ku memang terkenal
sebagai pemimpin Akar Umbi yang sangat prihatin terhadap golongan
masyarakat yang kurang bernasib baik. Beliau juga sentiasa on call untuk
memberi nasihat kepada mereka yang berhadapan dengan pelbagai ujian dan
cabaran dalam kehidupan.
Diantara banyak hobi Allahyarhamah yang tidak dapat ku lupakan ialah beliau
sangat kreatif dalam bersedekah. Dari beliaulah aku mendapat banyak idea
untuk meraih Reda Allah SWT.
Salah satu daripadanya ialah kommitmen-nya pada bulan Rejab dimana
beliau sangat suka memberi sedekah berupa telekung kepada teman-teman
dan sahabat-sahabatnya.
174
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Mencontohi beliau, aku mengorak Langkah mencari tukang jahit yang bagus
untuk menjahit telekung-telekung khas untuk disedekahkan kepada teman-
teman dan sahabatku di bulan Rejab.
Aku sengaja tidak mahu membeli telekung yang sudah siap berjahit yang ada
dipasaran. Telekung yang aku tempah khas ini dijahit oleh seorang wanita
Indonesia Ros, yang sangat baik hati, kreatif dan mencari pendapatan hanya
dengan menjahit dan menjual telekung. Dengan cara ini aku juga dapat
memberi Ros kerja yang dapat menjana pendapatan untuk kelangsungan
hidupnya.
Telekung jahitan Ros sungguh selesa di pakai dan di buat dari kain kapas yang
sejuk. Setelah siap, telekung-telekung itu aku akan menyenaraikan nama-
nama kawan-kawan ku yang ku pilih khas, untuk menerima Hadiah Telekung
itu, untuk di pakai semasa mengerjakan Solat Terawikh di bulan Ramadhan
yang menjelang tiba.
Sahabat-sahabat yang ku pilih khas ini terdiri dari mereka yang istiqomah
mengerjakan amalan di bulan yang mulia itu.
Begitulah sedikit perkongsian yang InsyaAllah dapat memotivasikan
sesiapa sahaja yang membaca nukilanku ini. Yang penting, kita tidak perlu
mengeluarkan Dana yang besar untuk meraih Reda Allah.
Semoga Hadiah kecil ini telah dapat mengembirakan sahabat-sahabat ku
yang menerima Telekung-Telekung ini dan juga telah dapat membantu Ros
untuk mencari dan menambah pendapatannya. InsyaAllah.
175
Bicara Pada Akhir Usia
USAHA KECIL MELAHIRKAN
KEPUASAN YANG LUAR BIASA
S alah satu aktiviti yang aku lakukan bersama teman-temanku yang
sangat simple tapi agak luar biasa ialah projek mencuci tandas masjid!
Sebelum aktiviti ini dilaksanakan, aku telah mengumpul telekung-telekungku
yang telah ku kumpul bertahun-tahun lamanya, untuk disedekahkan ke
Masjid-Masjid. Beranika telekung yang telah ku kumpul itu akan ku tinggalkan
di Masjid-Masjid yang ku pilih untuk melaksanakan projek mencuci tandas ini.
Sepanjang melaksanakan projek ini, banyaklah kenangan lucu dan manis
yang ku lalui. Projek ini biasanya aku laksanakan dengan sahabat-sahabatku
yang punya passion yang sama dengan aku, khasnya dalam melakukan
aktiviti-aktiviti kebajikan secara kreatif.
Berbekalkan penyapu, berus, sabun dan baldi, kami akan singgah di Masjid-
Masjid di luar bandar, dalam perjalanan kami untuk mengadakan program ‘Kau
Sumber Inspirasi Ku’ di Sekolah-Sekolah Menengah / Kolej-Kolej / Universiti-
Universiti di Semenanjung Malaysia.
Lazimnya kami mengikut jalan Lama bukan Highway dan sesampai sahaja di
Masjid-Masjid yang di pilih secara random itu, kami akan mengambil wuduk
dan melakukan Solat Tahiyatul Masjid. Selesai solat kami akan ke pejabat
Imam untuk meminta izin untuk memulakan kerja basuh membasuh tandas
masjid dan bilik air. Biasanya kami akan berhadapan dengan wajah-wajah yang
kelihatan terkejut kerana melihat beberapa orang wargaemas yang tiba-tiba
meminta izin untuk membasuh tandas dan bilik air Masjid. Walaubagaimana
pun, setelah mendengar penjelasanku khasnya, mereka sentiasa mengalu-
alukan hasrat kami.
Setelah mendapat izin kami terus bekerja dengan tekun dan bersemangat,
menyapu, memberus dan membersihkan tandas dan bilik air itu. Selesai saja
176
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
tugasan itu kami akan memasukkan sedikit sedekah ke dalam peti derma
Masjid sambil meninggalkan beberapa helai telekung.
Kami juga meninggalkan beberapa pasang selipar getah dihadapan tandas
dan bilik air untuk kegunaan Jemaah.
Selesai sahaja segala tugasan itu, kami akan membersihkan diri, menyimpan
semua peralatan dan terus beredar.
Aku masih ingat pada suatu ketika, disebuah Masjid, setelah selesai tugasan
kami, tiba-tiba kami dijemput oleh Tok Siak Masjid untuk minum pagi. Dengan
rasa penuh kesyukuran kami dengan gembiranya menerima jemputan itu.
Rupa-rupanya pada hari itu, Masjid mengadakan jamuan sempena suatu
acara yang telah di atur oleh Jawatan Kuasa Masjid itu.
Pada keseluruhannya, kami merasa sungguh puas melakukan sedikit kerja
sukarela, sambal bersilaturrahim, bersedekah di samping beramal.
Semoga usaha kecil ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan.
InsyaAllah.
177
Bicara Pada Akhir Usia
MEMANFAATKAN KEGUNAAN PLATFORM
MEDIA SOSIAL SECARA KREATIF DAN
BERFAEDAH
A bad ke 21 ini adalah Abad yang membuka kehidupan kita ke satu era
yang tidak pernah kita jangka dan duga – Dunia Media Sosial.
Kita terdedah dengan Dunia Maklumat Tanpa Sempadan dan informasi dan
ilmu pengetahuan ibarat Samudera yang luas terbentang.
Dengan itu juga kita terdedah dengan bukan saja ilmu yang bermanfaat,
tetapi juga segala maklumat yang kurang berfaedah, yang melalaikan dan
tidak terkecuali boleh membawa manusia ke jalan yang bengkang bengkok.
Kadang-kadang kita dapati manusia akan lebih tertarik dan terjebak dengan
perkara-perkara yang bersifat sensasi dan tidak langsung menyumbang
kepada kemajuan daya pemikiran yang positif dan bermanfaat.
Di samping itu, kita tidak juga boleh menafikan bahawa Dunia Media Sosial,
banyak juga memberi peluang dan ruang untuk menambah ilmu yang dapat
di manfaatkan dalam kehidupan di Dunia dan juga Akhirat.
Dalam konteks ini, kita sebagai Pengguna, perlulah bijak untuk memilih
maklumat-maklumat yang bermanfaat, yang dapat di gunakan untuk kemajuan
diri kita.
Terkini, dalam Era Pandemik Covid 19 yang melanda semua negara di Dunia,
Pengguna Media Sosial makin meningkat. Pengguna-pengguna bukan sahaja
terdiri dari Kanak-Kanak, Remaja, Orang Dewasa bahkan juga warga emas.
Banyak Majlis-Majlis Ilmu diadakan secara online, berbentuk kelas-kelas
pengajian/keagamaan, mesyuarat-mesyuarat, webinar, dan sebagainya,
yang menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Zoom, Google meet, Webex,
StreamYard dan lain-lain.
178
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Aku juga tidak terkecuali. Setiap jam 10-11.30 pagi, tujuh hari seminggu, aku
mengikuti, kelas Agama dengan topik-topik penting di antaranya, Aqidah,
Fekah, Asmaul Husna dan Tafsir.
Dulu, sebelum negara dilanda Pandemik Covid 19, aku akan mengikuti kelas
Agama, semingggu sekali, setiap pagi Isnin, bersusah payah menaiki tangga
dengan lutut yang berdenyut-denyut, ke Tingkat 1, Kelab Golf Perkhidmatan
Awam.
Namun sekarang aku bersyukur sangat, kerana dengan adanya kelas-kelas
agama secara maya setiap hari, masa yang banyak terluang semasa Lock
Down di rumah ini, telah dapat di manfaatkan untuk menambah Ilmu sebagai
bekalan untuk mengadap Allah SWT nanti.
Di samping mengikuti kelas-kelas Agama ini, aku juga mengendalikan program,
Dakwah online seperti ‘Bicara Dari Hati’ #PesanAbangUntukAdik melibatkan
tiga orang pemuda OKU Penglihatan, Muhamad Dinie Rashid, Khairil Azreen
Jasni dan Rashidi Abdullah. Mereka berkongsi kisah hidup mereka, lahir
sempurna, di uji Allah SWT, hilang deria penglihatan, dan mengupas nilai-
nilai yang mereka pegang hingga dapat meneruskan kehidupan sebagai OKU
Penglihatan.
179
Bicara Pada Akhir Usia
Mereka juga memberi pesanan-pesanan yang berguna untuk di manfaatkan
oleh audiens yang terdiri daripada Remaja yang sedang menjalani hukuman
di Penjara-Penjara, Pusat-Pusat Pemulihan Akhlak, Sekolah-Sekolah, Kolej
dan Institusi Pengajian Tinggi. Mereka mempamerkan Bakat yang dikurniakan
Allah sebagai Nikmat Kurniaan Allah, di sebalik ujian yang menimpa mereka.
Satu lagi program yang aku kendalikan ialah program Tazkirah online dengan
Remaja-Remaja yang tinggal di Asrama-Asrama Akhlak dan Rumah Kanak-
Kanak dan Pusat-Pusat Tahanan dan Sekolah-Sekolah khas untuk Remaja
yang telah terjebak dengan jenayah.
Tema yang diutamakan dalam program ini pula ialah Mencintai Rasulullah
S.A.W kearah menjadikan Baginda suri teladan dalam hidup. Program ini
juga mengupas Hadith-Hadith yang berkaitan dengan kehidupan Remaja
terutamanya tentang Akhlak.
Ketiga-tiga orang Abang Dinie, Shidi dan Khairil akan mengupas Hadith-Hadith
tersebut dan program ini dilaksanakan setiap minggu untuk selama 6 minggu.
Pada minggu ke 6 akan di adakan Pertandingan Pidato bertemakan ‘Cinta
kepada Baginda Rasulullah S.A.W’ yang melibat Remaja yang mengikuti
program ini.
180
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Program-program ini dilaksanakan di bawah Yayasan Nur Inspirasi yang baru
ditubuh dan yang Aku menjadi Pengerusinya. Aku juga telah melaksanakan
siri video yang di muatnaik di platform IGTV, yang merupakan kisah-kisah/
pengalaman ku selama lebih 37 tahun berkhidmatan di sektor Awam.
Kandungan video ini adalah berdasarkan kisah-kisah dari buku yang ku tulis
beberapa tahun yang lalu, bertajuk “Kisah-Kisah Dari Kolam Memori”.
Video-video ini ku rakam sendiri dan menceritakan kisah-kisah gembira yang
ku lalui semasa berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di
berbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan.
Siri video ini ku rakam dengan tujuan memberi inspirasi kepada pegawai-
pegawai PTD yang sedang berkhidmat, agar mereka menghargai setiap detik
dan waktu ketika berkhidmat di berbagai Kementerian dan Jabatan.
Satu lagi projek video yang ku mulakan ialah bertujuan untuk menyambung
silaturrahim. Setiap hari Jumaat aku akan berhubung dengan sahabat handai
dan sanak saudara melalui panggilan video, bukan saja untuk bertanya
khabar tetapi juga untuk menceriakan mereka yang sedang menghadapi
stress, kesedihan dan kesunyian, terutama sekali wargaemas yang ‘terkurung’
di rumah semasa pandemik Covid 19 ini.
181
Bicara Pada Akhir Usia
Program terbaharu yang aku gubal ialah siri video ‘Sembang-Sembang
PSWM’ – dengan tema Menyusuri Ilmu di bawah Persatuan Siswazah Wanita
Malaysia, yang aku terajui sebagai Yang Di Pertua Nya.
Sepuluh orang ahli Persatuan yang pernah menjawat jawatan-jawatan tinggi
di Sektor Awam, Swasta, Akademia dan NGO menjadi Tetamu ku. Program
ini ku gubal agar wanita-wanita hebat ini dapat berkongsi pengalaman dalam
kerjaya mereka dan sekali gus memberi maklumat dan ilmu pengetahuan
tentang pentingnya ilmu untuk berjaya dalam apa jua kerjaya yang dipilih.
Program ini khas ditujukan kepada generasi muda, yang akan melangkah ke
dunia pengajian tinggi dan dunia pekerjaan.
Dalam program ini aku menjadi Host dan telah pun di muat naik dalam
Youtube Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Aku juga mengadakan
Kerjasama dengan sekumpulan pelajar-pelajar di sebuah kolej swasta
untuk menggunakan program Sembang-Sembang ini sebagai content untuk
digunakan dalam Podcast mereka. Dengan cara ini dapatlah segala ilmu di
kongsi oleh Teman-Teman ku dalam program Sembang-Sembang PSWM itu
dimanfaatkan terus oleh pelajar-pelajar yang menjadi followers Podcast ini,
yang ramai diantara mereka akan melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian
Tinggi.
Selain daripada itu, satu lagi aktiviti yang sering aku lakukan ialah
bersilaturrahim melalui whatsapp group yang aku wujudkan untuk kumpulan-
kumpulan khas seperti;
Family Matters
Anak-Anak Ummi
Sahabat Sehati Sejiwa
Kumpulan Mak Ayah
Kumpulan Sixty 9
Keluarga HR dan HH
Gegerls T
The Ramlys
Setiap satu kumpulan ini diwujudkan dengan tujuan yang khusus. Umpamanya
kumpulan Family Matters terdiri daripada anak-anak, menantu-menantu dan
182
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
cucu-cucuku yang akan berkongsi berita-berita dari semasa ke semasa.
Kumpulan Anak-Anak Ummi pula terdiri daripada anak-anak muda lelaki
dan perempuan yang sangat aku kasihi dan kenal rapat dan sering terlibat
dalam berbagai aktiviti samada di rumahku atau di lokasi-lokasi di mana aku
mengadakan berbagai aktiviti di Sekolah-Sekolah, Kolej, Universiti, Penjara-
Penjara, Pusat-Pusat Tahanan dan Pusat-Pusat Pemulihan Akhlak di Seluruh
Malaysia.
Dari semasa ke semasa sebagai ibu aku akan berkongsi ilmu pengetahuan,
nasihat dan kata-kata inspirasi dengan mereka melalui rakaman video,
nyanyian atau messages.
Bagi kumpulan ‘Sahabat Sehati Sejiwa’ pula aku akan juga memberi kata-
kata semangat melalui bacaan-bacaan Sajak, Doa atau petikan-petikan dari
buku-buku kerana sahabat-sahabat ini merupakan warga emas yang samada
berseorangan, sakit atau kesunyian.
183
Bicara Pada Akhir Usia
‘Kumpulan Mak dan Ayah’ pula aku wujudkan khas untuk melakukan infak
atau sedekah setiap hari Jumaat dan pahalanya kami hadiahkan untuk ibu
dan ayah kami. Aku menjadi Pengurus projek ini dan setelah mengenalpasti
tempat-tempat/projek-projek yang sesuai seperti Pembinaan Masjid, Tahfiz,
Kompleks Pengajian, Rumah Anak Yatim, Percetakan Kitab-Kitab Al-Quran dan
sebagainya, akulah yang bertanggungjawab untuk menguruskan pembayaran
secara online. Dana yang digunakan di kumpul setiap awal tahun.
‘Kumpulan Sixty 9’ pula terdiri dari sahabat-sahabat ku lelaki dan Wanita
yang menuntut di UM dan lulus pengajian Sarjana Muda pada tahun 1971.
Kumpulan ini sering berbual santai, down memory lane.
Sebelum pandemic berlaku, kami sering mengadakan perjumpaan dan makan
-makan. Kumpulan ini merupakan suatu support group yang istimewa kerana
kami telah bersahabat sejak 50 tahun yang lalu hingga kini ibarat sebuah
keluarga besar.
The Ramlys yang merupakan kumpulan adik dan kakak ku dan anak-anak
kami. Kumpulan Gegerls T pula ialah kumpulan kawan-kawanku yang single
sama ada by choice or by force.
184
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
BAHAN-BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN
SEBAGAI BEKALAN KE NEGERI
YANG KEKAL ABADI
185
Bicara Pada Akhir Usia
BAHAN-BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN
SEBAGAI BEKALAN KE NEGERI
YANG KEKAL ABADI
186
Bab 6 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Pesan Ummi
“Kita hendaklah sentiasa melipat
gandakan usaha menambah amalan sebagai
persediaan menghadap Allah SWT.”
187
Bicara Pada Akhir Usia
188
Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi
Bab 7
Penutup
189
Bicara Pada Akhir Usia
Dunia ini mempunyai waktu luput.
Seperti panas yang tidak mampu menahan kehadiran redup.
Begitu juga dengan nyawa yang sering tertanya adakah sebentar nanti masih
lagi diberikan hidup?
Tiada siapa dapat menyangka usianya akan sampai ke sekian angka.
Bertuah bagi sesiapa yang diberikan peluang berjalan di dunia hingga ke tua.
Beruntung juga bagi mereka yang ditamatkan usia ketika muda.
Kerana semakin lama diberikan masa semakin terdedah kita dengan kecuaian
hingga terleka. Sakit itu antara alasan penting yang mampu menjadikan
seseorang itu kembali sihat. Sama seperti mati yang mampu membuatkan kita
kembali menghargai hidup walaupun ada kalanya sudah terlewat. Jadi jangan
berlengah lekas periksa kantung yang kanan adakah sudah cukup diisi berat?
Wahai anak muda.
Ini sekadar pesanan untuk mereka yang belum lagi merasa tua.
Tempoh perjalanan kita di dunia ditakdirkan Tuhan adalah berbeza masa.
Bersedia bukan bermula cuma semasa helaian rambut putih sudah tumbuh
di atas kepala. Bersedialah meninggalkan dunia pada bila-bila masa samada
ketika pagi ataupun senja. Kerana itu sahaja cara untuk kita tidak berasa rugi
ketika disuruh menceraikan nafsu daripada nyawa.
Nukilan Rashidi Abdullah
190