The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2022-09-17 03:13:10

BPAU 170922

BPAU 170922

Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi

PENUTUP

S ebagai seorang warga emas yang telah melalui berbagai zaman,
dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas, terlalu banyak
kenangan pahit dan manis yang telah ku lalui.

Dari tahun 1947-2022 aku telah melalui zaman negara mencapai
kemerdekaan, zaman gemilang dari segi kepimpinan politik yang di segani di
peringkat antarabangsa, ke zaman kegawatan ekonomi, krisis Permasaalah
Sosial, kekalutan politik hinggalah ke era yang paling mencabar yang tidak
pernah di alami oleh negara dan masyarakat Malaysia, iaitu era Pandemik
dan Endemik Covid 19 yang memerlukan rakyat mematuhi Norma Baru
dalam kehidupan seharian.

Salah satu fasa yang sangat bermakna dalam hidup ku ialah semasa
terbentuknya Malaysia pada tahun 1963. Berbagai kenangan manis telah
dilalui bersama teman, yang terdiri dari berbagai kumpulan ethnik yang
telah menjadikan Aku sebagai Warga Malaysia yang sejati, yang tidak punya
prejudis terhadap mana-mana kumpulan ethnik. Lahirlah Fauziah, seorang
warganegara yang tidak ethnocentric, yang punya kawan dan sahabat dari
berbagai kumpulan ethnik.

Selepas berjaya memperolehi Ijazah, dari Universiti terulung – Universiti
Malaya, pada tahun 1971 aku telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan
Diplomatik di Sektor Awam hingga tahun 2008. Berbagai pengalaman telah
dilalui sebagai penjawat Awam yang berkhidmat tanpa mengira waktu, tanpa
bercita-cita untuk menjawat jawatan Tinggi atau mendapat Anugerah, aku
tetap Aku. Hanya berkhidmat untuk negara dan Masyarakat Malaysia yang
terdiri dari pelbagai kumpulan ethnik.

191

Bicara Pada Akhir Usia

Selama hampir dua puluh lima tahun melalui liku-liku hidup sebagai warga
emas, berbagai kenangan yang mengusik jiwa telah tersimpan dalam lipatan
memoriku. Itulah tujuannya aku sanggup berkongsi luahan rasa dan perasaan
dalam buku ‘Bicara Pada Akhir Usia’ ini. Semoga nukilan rasa ku ini dapat
meniupkan sedikit semangat dikalangan warga emas yang seangkatan
dengan ku, dan sebagai teladan dan inspirasi kepada mereka-mereka yang
akan melangkah ke dunia warga emas.
Semoga nukilan rasa dan perasaan yang aku sampaikan ini dapat di hayati
agar sesiapa saja dapat menyediakan diri menjadi seorang warga emas yang
tenang dan bahagia hingga ke akhir hayat…
Dan agar ahli keluarga juga memahami perasaan dan segala tindak tanduk
seorang yang bernama warga emas…

192

Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi

AKU YANG KAU KENAL

Aku adalah Aku
Dulu Kini dan InsyaAllah Selamanya
Tidak pernah bermimpi
Menjadi kaya, punya title
Dan
Taksub mengumpul followers
Terkenal dan dikenali
Tidak juga mengharap pujian dan sanjungan

Aku adalah Aku
Mak - Faiz, Fahmi, Fikri, Fara dan Myra
Siti - Yasmin, Faris, Sofea, Noah dan Emmet
Ummi - ratusan ribu remaja di Sekolah, Koleh dan Universiti
Kak Cik dan Kakak - kepada adik-adikku dari pelbagai lapisan masyarakat
Cik Yah - Uji dan Gee, kepada Teman-teman lama ku semasa di
sekolah dan universiti

Aku adalah Aku
Yang punya passion menyambung tradisi
Ayah dan ibu
Untuk mendapat Redha Allah SWT
Berbakti kepada mereka yang memerlukan
Tanpa lelah dan jemu

Doakan aku
Sentiasa di kurnia Allah
Kesihatan dan semangat
Untuk terus menjadi Aku
Dulu Kini dan Selamanya
Amin Ya Rabbal Alamin.

193

Bicara Pada Akhir Usia

KELUARGAKU YANG TERCINTA

194

Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi

195

Bicara Pada Akhir Usia

196

Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi

197

Bicara Pada Akhir Usia

BIOGRAFI PENULIS

Selama hampir dua puluh lima tahun
melalui liku-liku hidup sebagai warga
emas, berbagai kenangan yang
mengusik jiwa telah tersimpan dalam
lipatan memoriku. Itulah tujuannya
aku sanggup berkongsi luahan rasa
dan perasaan dalam buku ‘Bicara
Pada Akhir Usia’ ini. Semoga nukilan
rasa ku ini dapat meniupkan sedikit
semangat dikalangan warga emas
yang seangkatan dengan ku, dan
sebagai teladan dan inspirasi kepada
mereka-mereka yang akan melangkah
ke dunia warga emas.

Semoga nukilan rasa dan perasaan yang aku sampaikan ini dapat di hayati
agar sesiapa saja dapat menyediakan diri menjadi seorang wargae mas yang
tenang dan bahagia hingga ke akhir hayat…

Dan agar ahli keluarga juga memahami perasaan dan segala tindak tanduk
seorang yang bernama warga emas…

Kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam bermula pada tahun 1971 dengan
memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebagai Penolong
Setiausaha di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor.

Selepas itu, beliau telah berkhidmat di berbagai-bagai Kementerian dan
Jabatan seperti, Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan,
kemudian dipinjamkan ke Lembaga Perancang Keluarga Negara dari 1974-
1980 dan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Urusetia Projek Bank
Dunia.

Beliau kemudian berkhidmat pula di Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian

198

Bab 7 • Pelan Tindakan Ke Negeri Yang Kekal Abadi

Penerangan dan dipinjamkan ke Scientific and Industrial Research Institute
Malaysia (SIRIM). Pada tahun 1992 hingga 2000 beliau ditukarkan ke
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM).

Jawatan terakhir di Sektor Awam ialah sebagai Ketua Pengarah Bahagian
Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. Selepas bersara pada
tahun 2003 hingga 2008 beliau dilantik oleh DYMM Sri Paduka Baginda YDP
Agong sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Fauziah juga sangat aktif dalam kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan.
Antara jawatan-jawatan yang telah disandang beliau adalah:
• Timbalan YDP – National Council of Women Organization (NCWO)
• Timbalan YDP – Pergerakan Puteri Islam Malaysia
• Chef de Mission Sukan Fespic Bangkok 1998
• Chef de Mission Sukan Paralimpik Australia 2000

dan kini menjawat jawatan;

• YDP Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, 2005 - 2022
• Naib President Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)
• Pengerusi Yayasan Nur Inspirasi

Melalui Persatuan-Persatuan ini beliau telah banyak melaksanakan berbagai-
bagai kursus, kem, program-program motivasi seperti program Kau Sumber
Inspirasi Ku (KSIK) dan Bicara Dari Hati untuk generasi milenial yang berada
di Sekolah-Sekolah / Kolej / Universiti, di Sekolah-Sekolah Akhlak, Penjara-
Penjara, di Rumah Kanak-Kanak dan di kawasan-kawasan ‘panas’ di seluruh
Malaysia.

Berasaskan pengalaman berkerjaya di sektor Awam dan melalui penglibatan
dalam persatuan sukarela, beliau telah menulis beberapa buah buku seperti
Kisah-Kisah Dari Kolam Memori, Kisah-Kisah Dari Kolam Memori 2, Kau
Sumber Inspirasi Ku dan yang terkini buku Bicara Pada Akhir Usia ini.

Selain menulis, beliau juga telah menghasilkan siri IGTV dan Siri Video
Sembang-Sembang PSWM yang telah dimuatnaik di YouTube PSWM, juga
menjadi tetamu dalam program Radio MAB dalam Slot ‘Bersama Ummi.’
Terkini beliau sedang menghasilkan siri Video untuk MAB dan PSWM dan
sedang menghasilkan siri Podcast untuk ditujukan khas kepada generasi
muda khasnya dan masyarakat amnya.

199

Bicara Pada Akhir Usia

PENGHARGAAN

Sekalung perhargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah
memberi sokongan dan kerjasama sama ada dari segi wang ringgit
atau semangat setiakawan dan kata-kata perangsang sehingga
terhasilnya buku ini.
Penghargaan khas untuk Rashidi Abdullah yang menyumbang
sajak untuk setiap Bab dan juga gambar-gambar flora dan fauna
yang diambil khas untuk buku ku ini.
Juga kepada Mufeman di atas sumbangan sebuah sajak dalam
Bab 3 dalam buku ini.
Semoga kita semua sentiasa di Rahmati Allah SWT dan di beri
kesihatan serta kesejahteraan dalam menghadapi pelbagai cabaran
dalam kehidupan.
Aamiin.

200



Buku “Bicara Pada Akhir Usia”
ini aku dedikasikan khas buat
generasi muda, untuk memahami
hati budi dan perasaan wanita
bernama isteri, ibu, kakak dan
nenek.
Semoga coretanku ini
dapat membuka minda dan
melembutkan hati anak-anak
muda ke arah meningkatkan sifat
kasih dan sayang terhadap ahli
keluargga dari kalangan warga
emas.
Selamat membaca...

ISBN 978-967-5905-13-1

9789675905131
Bicara Pada Akhir Usia


Click to View FlipBook Version