The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2022-09-17 03:13:10

BPAU 170922

BPAU 170922

Bab 2 • Kenali Daku

boleh membuang angin. Semuanya
tidak berhasil. Keadaan ini sungguh
tidak selesa, terutama bagi seorang
yang hyperactive seperti aku.

Satu lagi masalah yang melanda
warga emas ialah masalah berkaitan
penglihatan. Aku juga telah menjalani
pembedahan Cataract pada awal 2015
dahulu. Ketika itu, aku telah mengalami
satu situasi yang sungguh mencabar
dan kesihatan mataku terganggu
berbulan-bulan akibat alah ubat yang
digunakan oleh doktor pakar mata yang
merawatku. Ketika ini, mata kananku
boleh melihat jauh dengan baik berbanding mata kiriku. Dari itu, penglihatanku
terganggu akibat keadaan kedua-dua mataku yang berbeza. Bayangkan
sedihnya aku bila membaca Al-Quran dan buku-buku yang sangat ku minati
kerana keadaan ini. Walaupun bagitu aku sentiasa redha akan ketentuanNya
dan terus meneruskan hobiku, membaca.

Sekarang kita bercakap mengenai kulit yang berubah menjelang tua. Kulit kita
jadi kering dan sering gatal-gatal. Penggunaan losyen sangat digalakkan dan
aku telah menggunakan berbagai-bagai jenis losyen untuk mengatasi masalah
ini. Kadang-kadang bila kulit terlalu gatal aku menjadi stress dan adakalanya
terpaksa menggunakan alat penggaru yang tajam yang mengakibatkan luka-
luka khususnya di kaki dan tanganku.

Mengenai rambut pula, uban memang sinonim dengan warga emas. Kalau dulu
aku sering ke salun untuk menginai rambut sekarang terpaksa melakukannya
sekali-sekala sahaja kerana kosnya terlalu tinggi. Mungkin aku tidak perlu lagi
menginai rambutku kerana aku telah berhijab dan apabila menanggalkan hijab,
aku hanya dilihat oleh bibikku dan anak bongsuku yang masih bujang. Namun
aku sedang memikirkan untuk menggunakan inai sendiri bagi menjimatkan
kos. Wang yang aku jimatkan itu boleh lah aku gunakan untuk aktiviti-aktiviti
saham akhirat.

41

Bicara Pada Akhir Usia

Dari segi amalan makan dan pemakanan pula, aku sedar, aku sekarang cepat
kenyang dan makan bila perlu sahaja. Adakalanya nafsu makan berkurangan
namun berat badanku tidak pernah kurang, akibat kurangnya melakukan
senaman seperti dahulu akibat sakit lutut yang serius.

Walaupun banyak perubahan yang sedang aku alami, syukurlah aku masih
dapat tidur dengan lena dan masih bermimpi yang indah-indah. Mimpiku masih
menyeronokkan dan sentiasa ceria di kelilingi orang-orang muda. Di antara
mimpi-mimpiku itu pasti berlaku di tempat-tempat yang menyeronokkan, sama
ada sedang berkursus, sedang berada ramai-ramai dilokasi-lokasi kem yang
pernah ku kendalikan dan di tempat-tempat yang sangat menggembirakan.
Dalam mimpi-mimpiku ini, akulah yang memainkan peranan utama dan
yang kelakarnya sering memberi ceramah dan motivasi kepada kumpulan-
kumpulan sasar tertentu. Inilah yang membuat aku sering tertunggu-tunggu
setiap malam untuk tidur dan bermimpi. Suatu hari nanti aku akan menulis
pula bermacam-macam mimpi yang menyeronokkan yang pernah aku alami
sepanjang hidupku ini.

Kesimpulannya, aku menyedari apa yang sedang berlaku pada diriku ini
dan sering siap siaga untuk menghadapi apa jua situasi yang mendatang.
InsyaAllah aku akan meneruskan kehidupan ini dengan bersikap positif dan
yang penting aku redha dengan takdir dan ketentuan IIlahi dan sentiasa
bergantung kepadaNya untuk mendapatkan kekuatan bagi meneruskan sisa-
sisa hidupku ini.

42

Bab 2 • Kenali Daku

HUJUNG MINGGU
DI PORT DICKSON

S emalam aku telah bercuti bersama keluarga di Port Dickson. Kami
sampai tengahari dan menginap di sebuah hotel 5 bintang. Hotel
ini besar dan mewah dan pasti mahal sewanya terutama bagi orang-orang
pencen seperti aku. Kami menghabiskan masa petang itu, duduk di tepi pantai
di bawah pohon rendang sambil melihat gelagat cucu-cucu yang bermain
ditepi pantai.
Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak menjejak kaki ke sini. Banyak
sungguh pembangunan yang berlaku sampai aku tak kenal lagi tempat-tempat
yang pernah aku tinggal semasa berseminar di Port Dickson semasa bertugas
dahulu. Semalam aku telah bercuti bersama keluarga di Port Dickson. Kami
sampai tengahari dan menginap di sebuah hotel 5 bintang. Hotel ini besar dan
mewah dan pasti mahal sewanya terutama bagi orang-orang pencen seperti
aku.

43

Bicara Pada Akhir Usia

Kami menghabiskan masa petang itu, duduk di tepi pantai di bawah pohon
rendang sambil melihat gelagat cucu-cucu yang bermain ditepi pantai. Yang
membezakan antara dulu dan sekarang selain dari usiaku yang sudah lanjut,
aku sekarang tidak boleh dan tidak mampu lagi berlari-lari di tepi pantai
seperti dahulu. Jangankan nak berlari, nak berjalan pun perlu menggunakan
tongkat. Jadi, aku hanya dapat menghabiskan masa ditepi pantai tengahari
itu bersama kakakku dengan makan dan terus makan segala bekalan yang
kami bawa.
Sebelah petangnya, kami berpindah ke hotel yang lebih sederhana, cantik
dan bersih lokasinya juga bagus kerana dekat dengan pantai. Hotel ini diurus
oleh seorang teman dan kami diberi potongan harga yang sesuai dengan
tahap kemampuan kami orang-orang pencen.
Petang itu, kami turun ke pantai dan kali ini cucu-cucuku riuh rendah mandi
laut yang membuat aku juga teruja untuk masuk dan turun ke laut bersama
mereka. Aku teringat pesan seorang doktor yang merawat sakit lututku yang
mencadangkan jika aku ke pantai agar aku berendam hingga ke paras lutut
dan berjalan-jalan di dalam air masin.Aku gagahkan diri dengan menggunakan
tongkat turunlah aku ke persisiran pantai dan terus masuk ke dalam air.

44

Bab 2 • Kenali Daku

Bayangkan betapa sukarnya seorang pesakit lutut berjalan di tepi pantai
menggunakan tongkat yang sentiasa tenggelam di dalam pasir yang halus di
tepi pantai itu. Tetapi aku nekad untuk terus berjalan walaupun perlahan-lahan
dengan tongkat yang tersangkut-sangkut di dalam pasir yang halus itu dan
akhirnya aku berjaya juga.

Pada hari kedua pula, aku berazam untuk turun ke tepi pantai dan mandi
tanpa menggunakan tongkat, kali ini berkaki ayam. Akhirnya aku masuk ke
dalam laut itu.

Walaupun aku berjaya melunaskan hasratku untuk mandi laut, hatiku merasa
sayu dan sedih sebab apabila kita mengalami sakit lutut segala aktiviti yang
dahulunya senang akan menjadi susah. Kini ditambah lagi apabila perlu naik
tangga untuk masuk ke bilik penginapan. Pada malamnya pula lokasi gerai
makan yang pada keluargaku kelihatan dekat pada ku memang dirasakan jauh
kerana aku tidak mampu berjalan bersama-sama mereka ke gerai makan itu.
Akhirnya, aku bersama kakakku memutuskan menaiki kereta mencari tempat
makan di Bandar Port Dickson yang tidak memerlukan aku untuk berjalan.

Beginilah nasibnya seorang warga emas yang menghidap sakit lutut
berhasrat untuk ketepi pantai, mandi laut. Pengajaran di sini adalah, kita
perlu menggunakan waktu sihat dengan baik sebelum waktu kita sakit.
Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana masih mampu bergerak
dan masih dapat merasa deruan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai dan
melihat cantiknya suasana waktu tenggelamnya matahari dan malam pun
tiba….

45

Bicara Pada Akhir Usia

WARGA EMAS DAN MEDIA SOSIAL

K ali ini aku nak mengupas sedikit tentang pengaruh dunia internet dan
teknologi maklumat dalam kehidupan warga emas. Tidak semua warga
emas berasa selesa berhadapan dengan ledakan dalam dunia Media Sosial,
terutama sekali kerana terlalu banyak terma-terma dan perkataan-perkataan
yang digunakan yang tidak dimengerti.
Ketika ini, tidak terdapat banyak kursus-kursus khas untuk warga emas
mempelajari berbagai-bagai teknik dan terma-terma yang digunakan dalam
dunia media sosial yang terlalu canggih dan terlalu pantas untuk diikuti.
Mungkin ada kursus-kursus ini dijalankan untuk warga emas tetapi lazimnya
kumpulan ini lebih banyak menumpukan sisa-sisa hidup mereka pergi ke
kelas-kelas agama yang dirasakan lebih perlu kerana warga emas berada
dalam Mood Overdrive dan telah memasuki lewat malam bukan lagi senja.
Bahkan mengikuti kelas-kelas agama juga warga emas perlu tebalkan muka
sebab Ustaz dan Ustazah yang mengajar itu kebanyakkannya seusia dengan

46

Bab 2 • Kenali Daku

anak-anak dan cucu-cucu kami. Kerana terlalu komited dengan tugas dan
tanggungjawab yang dipikul masa berkhidmat dahulu, kami tidak berpeluang
langsung untuk mengikuti kelas-kelas agama secara terancang. Disebabkan
itulah terdapat warga emas yang bertungkus lumus berkejar ke sana kemari
mengikuti kelas-kelas agama tidak kira masa dan tempat. Syukurlah kami
warga emas sudah insaf bahawa kita tidak hidup selama-lamanya dan diakhir-
akhir usia ini perlu melipat gandakan usaha menambah ilmu sebagai bekalan
menghadapNya nanti.

Berbalik kepada cerita dunia siber,
cucuku yang berusia 5 tahun dan 8
tahun itu sangat Up-To-Date dengan
penggunaan laptop, desktop, playstation
dan lain-lain gajet. Memang malu
dibuatnya bila mereka tahu Sitinya
(Nenek) tidak sepandai mereka.
Terpaksalah aku menebalkan muka
dan meminta anak-anak dan menantu
menunjuk dan mengajar ku secara
pintas bagaimana menggunakan laptop,
email dan mencari maklumat dalam

47

Bicara Pada Akhir Usia

internet. Aku sering terpaksa menebalkan muka meminta berkali-kali untuk
diajar dan sering dimarahi sebab lembab. Sebagai seorang motivator sukarela
yang tidak bertauliah, aku kuatkan semangat dan tanamkan azam untuk
belajar mengikuti kelas-kelas IT namun akibat terlalu banyak aktiviti dalam
seminggu, hasrat itu tidak kesampaian.
Zaman orang bercakap mengenai Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya kita sering terbaca terdapat juga warga emas yang bergiat dalam
social networking di alam siber ini. Besar kemungkinan mereka merasa muda
semula kerana tidak ada sesiapa yang tahu peringkat umur mereka dan tidak
perlu pun tahu.
Dengan pendirian itu mereka juga dapat menarik minat ramai followers
dan juga Fan Club. Jadilah orang-orang seperti ini warga emas yang leka
dalam dunia baru yang serba canggih ini. Kita juga mendengar kisah-kisah
mereka yang mendapat kawan baru dikalangan orang-orang muda yang
sama umurnya dengan cucu-cucu mereka. Terpulanglah kepada kumpulan
warga emas ini yang mungkin menggunakan pendirian TEPUK DADA TANYA
SELERA berbanding pendirianku yang berpegang kepada pesanan ustaz
TEPUK DADA TANYA IMAN.

48

Bab 2 • Kenali Daku

Pesan Ummi

“Ingatlah bahawa setiap insan, InsyaAllah akan
melalui berbagai-bagai fasa dalam hidup ini.
Kita hendaklah mengetahui apa yang
berlaku kepada diri kita, dari segi
zikal dan emosi.”

49

Bicara Pada Akhir Usia

50

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Bab 3

Sakit Itu
Anugerah

51

Bicara Pada Akhir Usia

SAKIT ITU ANUGERAH

B agaimana layak seseorang itu dianggap hidup jika setiap sakit yang
diberikan masih tidak mampu menghidupkan hatinya? Tiada manusia
yang sukarela mahu menempah sakit.
Sedangkan sakit cara termudah memadam senarai dosa seseorang daripada
banyak kepada sedikit. Tetapi jangan sengaja mencari sakit kerana tak semua
boleh berserah tidak menyalah aturan Tuhan yang kadangnya dirasa berunsur
perit.
Mengapa ada yang sihat tidak langsung diuji sakit berbanding ada mereka itu
sampai jadi terlantar diganggu derita?
Yang jelas kira-kira Tuhan tiada tandingan sehingga pendosa mampu ke
syurga cuma kerana menjalani sakit tanpa prasangka. Serta ramai si jahil
berpaling dari neraka setelah tersentak ketika diduga dengan pelbagai cara
sehingga mata hatinya kembali terbuka. Beruntung kepada sesiapa yang sihat
serta tidak pula rugi seseorang jika bahagianya diuji.
Kerana banyak pelajaran mampu ditimba ketika sakit jika akal digunakan habis
untuk cuba belajar mengerti. Kesakitan tidak sepenuhnya berjaya dihadapi jika
sembuhnya sekadar di tempat yang luka tetapi tidak berjaya menyembuhkan
hati. Maka nikmatilah sakit dunia tanpa bertanya apakah sengaja Tuhan
berikan itu berikan ini sekadar mahu membiar nyawa hambaNya menjadi mati.

Nukilan Rashidi Abdullah

52

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

BENARKAH SAKIT ITU ANUGERAH?

Sakit sangat sinonim dengan kehidupan warga emas. Setiap kali bertemu,
perkara-perkara yang menjadi topik perbualan adalah mengenai pelbagai
penyakit yang perlu ditanggung sebagai orang yang lanjut usia. Penyakit-
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sakit lutut,
frozen shoulder, masalah kulit kering dan gatal-gatal, dan masalah depresi
merupakan penyakit-penyakit yang lazimnya menyerang warga emas.

Bermacam-macam ubat telah dicuba samada yang diperolehi dari hospital
dan klinik-klinik sehinggalah kepada supplements dan beraneka herba
yang dipromosi di pasaran, khas untuk kumpulan warga emas. Setiap kali
kita membuka televisyen atau radio, topik sakit, penyakit dan penawar akan
menjadi topik perbincangan untuk warga emas.

Apakah kaitan antara sakit dan anugerah?

Lazimnya kita akan mengatakan sakit itu musibah, ujian dan pembersih dosa.
Justeru, mengapa pula ia boleh dianggap sebagai anugerah?

Biarlah aku ceritakan pengalamanku dan mengapa aku dapat menerima
bahawa sakit itu adalah anugerah daripada Allah SWT. Aku menghidap sakit
lutut sejak 12 tahun yang lalu. Bagaimana ini terjadi? Semasa muda dahulu, aku
sangat berminat dengan sukan rekreasi lasak. Mungkin juga ketika berkhidmat
di Kementerian Belia dan Sukan, aku sering terlibat dengan program rekreasi.
Maka terbinalah hobi seperti, trekking di hutan belantara, masuk ke gua-gua,
trekking di sungai-sungai, memanjat gunung dan bukit, abseiling dan ying
fox diantaranya. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja program yang aku

53

Bicara Pada Akhir Usia

ikuti bersama kawan-kawan yang punya
hobi yang sama. Sukan yang paling
ringan ketika itu ialah bigwalk, samada
di Taman Tasik Titiwangsa atau di mana-
mana taman yang ada infrastruktor
riadah. Aku juga sering berjalan-jalan
sambil shopping atau window shopping
di jalan-jalan seperti Jalan Tunku Abdul
Rahman, Jalan Petaling, Jalan Chow Kit
dan lain-lain.

Aku masih ingat kali terakhir aku masuk
hutan dan naik gunung ialah di Bako
National Park, Miri, Sarawak. Gunung ini
tinggi dan sangat mencabar. Ketika berjalan menurun, aku telah mengalami
sakit yang teramat sangat di kedua-dua lututku. Selepas episod ini, bermulalah
zaman sakit lututku. Semakin hari, semakin teruk kesakitan yang aku alami.

Bayangkan betapa sedihnya aku kerana tidak lagi dapat mengikuti aktiviti-
aktiviti lasak, masuk ke hutan belantara, ke bukit dan gunung, ke sungai dan
gua, bahkan berjalan-jalan ke Jalan Tunku Abdul Rahman pun aku sudah
tidak berupaya lagi. Dalam kesedihan itu, aku bermuhasabah diri dan akhirnya
menerima hakikat bahawa aku telah masuk ke kumpulan warga emas yang
menghadapi sakit lutut yang amat sangat.

Aku mula merasa ada sesuatu yang Allah mahu aku sedar. Akhirnya, tahulah
aku, bahawa dalam menghadapi kesakitan ni, aku perlu sabar dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari ubat penawar dan kaedah untuk merawat
lututku. Aku mula membaca dan mentelaah pelbagai buku untuk mencari
kefahaman bagaimana masalah itu terjadi dan apakah cara-cara untuk
bertahan atau jalan keluar kepada masalah yang aku tanggung ini. Banyaklah
masa yang aku gunakan ke arah mencari kaedah penyelesaian.

Ini telah menyebabkan aku mengubah cara hidupku daripada seorang yang
hyperactive dan outdoor person kepada seorang yang lebih bersifat indoor
dan menajamkan minda untuk mencari sesuatu aktiviti secara lebih kreatif

54

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

untuk mengisi waktu lapang. Sebelum
ini, aku bukanlah jenis orang yang sabar,
namun selepas keadaan berubah, aku
mula belajar bersabar untuk menahan
kesakitan keseorangan. Akhirnya
aku telah dikurniakan kesedaran
bahawa kesihatan itu adalah nikmat
kurniaan Allah SWT yang sering tidak
digunakan sepenuhnya oleh insan untuk
mendekatkan diri kepadaNYA.

Disebabkan kesukaran untuk berjalan,
hobi window shopping di Jalan Tunku
Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan
tempat-tempat shopping lain di Kuala Lumpur sudah berlalu. Hikmah
disebalik situasi ini adalah aku sekarang dapat berjimat dan tidak lagi boros
berbelanja membeli baju, tudung, kasut dan lain-lain yang sangat murah dijual
di sepanjang jalan-jalan ini terutama di hujung minggu. Duit yang dahulunya
diguna secara boros itu, sekarang dapat aku gunakan untuk membantu sanak
saudara yang memerlukan. Aku mula mencari tempat-tempat di mana aku
boleh memberi sumbangan, infak dan zakat. Masjid-masjid, surau-surau, tahz,
rumah anak yatim dan NGO yang membantu asnaf, menggantikan SOGO,
Pertama Complex, Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit.

Bukankah ini semua merupakan Anugerah dari Allah? Sakit lutut yang
membatas aktiviti-aktiviti telah membuka minda, minat dan kreativitiku untuk
mencari dan terus mencari Redha Allah. Pada aku, inilah sebenarnya Anugerah
dan aku bersyukur kerana Dia masih memberiku nafas dan kesihatan untuk
terus memburu RedhaNYA.

55

Bicara Pada Akhir Usia

JANGAN SANGKA SEMUA
PEMBEDAHAN CATARACT ITU MUDAH

P enyakit mata cataract lazimnya sinonim dengan warga emas. Ramai
di kalangan teman-teman yang seusia dengan aku telahpun menjalani
pembedahan ini dan sembuh dengan cepat. Bahkan terdapat kes-kes dimana
hanya dalam masa 24 jam mereka sudah dapat melihat dengan jelas tanpa
menggunakan cermin mata.

Pada 6 Mac 2015, dengan beranggapan bahawa pembedahan cataract
adalah sesuatu yang mudah, aku telah menjalani pembedahan ini di sebuah
hospital swasta di Ampang. Pembedahan dikendalikan oleh seorang doktor
pakar terkenal, yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Pembedahan
itu mengambil masa kurang dari satu jam sahaja. Aku dimasukkan ke ward
harian (day ward).

Lewat petang itu, aku pulang ke rumah. Pada malam itu, tiba-tiba aku
mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Oleh kerana tidak tahan
menanggung kesakitan, kira-kira jam 9 malam, anakku telah membawa aku
ke hospital dan menghubungi doktor yang telah melaku pembedahan mata
ku itu. Rupa-rupanya aku mengalami alahan yang teruk kerana steroid yang
telah digunakan semasa pembedahan itu menyebabkan pressure mataku
telah naik sehingga 50 (pressure mata biasanya di bawah 16).

Doktor dengan segera memberhentikan semua ubat-ubat yang telah
dibekalkan dan menggantikan ubat-ubat dengan dos yang lebih rendah.
Namun, setelah kembali ke rumah, aku masih tidak boleh tidur hingga ke pagi.
Esoknya aku ke hospital lagi berjumpa doktor. Dia mendapati pressure mataku
masih tinggi dan penglihatanku masih kabur. Doktor cuba menenangkan aku
dengan pelbagai penjelasan teknikal.

Beberapa hari kemudian, aku telah menghubungi seorang anak angkatku,
yang juga seorang optometrist dan merupakan teman kepada Doktor pakar

56

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

mata yang merawat aku. Aku mendesak anak angkatku ini dan bertanya
mengapa dan apakah yang menyebabkan mataku yang dibedah itu masih
kabur. Akhirnya, doktor pakar di hospital yang berkenaan, setelah memberi
penjelasan dengan panjang lebar, telah mengesyorkan agar aku melakukan
satu lagi prosedur. Prosedur ini adalah untuk membuka semula opening dalam
mataku. Opening ini telah digunakan ketika memasukkan articial lens semasa
pembedahan dahulu.
Doktor menyuntik ubat pelali yang dititik masuk ke dalam mataku. Aku
mengalami kesakitan dan keperitan yang amat sangat disebabkan mataku
masih sensitive akibat pembedahan dahulu. Kali ini, doktor melakukan ushing
untuk menyahkan residue steroid yang melekat hingga ke belakang cornea
mataku.
Beberapa hari kemudian, aku berjumpa semula doktor dan mendapati
pressure di mataku mula turun dari 20 kepada 15, dan penglihatanku sedikit
demi sedikit semakin baik.
Kesimpulannya, doktor telah menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah
disebabkan bentuk kornea mataku agak luar biasa daripada kornea pesakit-
pesakit yang pernah dirawatinya. Dia menyatakan “it is a very challenging
cornea” di samping itu doktor juga menyatakan bahawa optic nerve yang

57

Bicara Pada Akhir Usia

membawa oksigen ke mataku, bentuknya juga luar biasa. Beliau telah
merujukkan kes aku ini, kepada seorang lagi pakar di hospital ini. Doktor ini
pula telah melakukan ujian darah dan CT scan untuk mataku. Doktor ini pula
menyatakan “your optic nerve is very puzzling. Either you were born with it in
that shape or there was a stroke in the eye……..”

Apakah pengajaran yang aku perolehi melalui hari-hari menunggu agar
penglihatanku menjadi jelas dan terang kembali, disamping merenung kos
yang begitu tinggi yang perlu ditanggung. Jawapannya:

1. Pengalaman ini memberi tekanan yang berat kepadaku kerana
semua teman-teman yang pernah menjalani pembedahan cataract
menyatakan pembedahan itu sangat mudah. 99 peratus pesakit
dapat melihat dalam masa 24 jam. Namun aku bukan sahaja
mengalami alahan, bahkan tersentak kerana mempunyai allergy,
kornea yang luar biasa dan berlaku stroke pula dalam mataku, yang
menghadkan peredaran darah dalam mataku.

2. Aku perlu sabar dengan bersungguh-sungguh untuk menanti dan
terus menanti mata kananku terang dan jelas penglihatannya
setelah dimasukkan articial lens dalam mataku itu.

3. Aku perlu mendidik hatiku untuk mengatakan bahawa ini adalah
satu lagi ujian dari Allah SWT yang memberiku kesempatan untuk
duduk di rumah dan berehat kerana lazimnya aku ligat menjalankan
pelbagai aktiviti dari pagi hingga lewat petang.

58

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

4. Aku tidak lagi menonton televisyen dan mengalihkan mindaku untuk
sesi muhasabah diri dan munajat di malam hari, tanpa melekat di
kerusi untuk menonton program-program hiburan dan drama yang
melekakan.

5. Aku sedar sekarang bahawa teman-teman seusia adalah orang-
orang yang paling supportive disebabkan oleh hakikat bahawa kami
punya jiwa yang sangat sensitif.

6. Aku sedar juga tidak perlu bercerita tentang sakit ini kepada ramai
orang kerana ramai yang suka memberi pelbagai nasihat yang
bercanggah dengan nasihat pakar perubatan dan ini juga membawa
tekanan kepada diriku.

7. Oleh kerana aku tidak dapat membaca Al-Quran seperti biasa, maka
banyaklah ruang dan peluang untuk aku mencari zikir, selawat, dan
doa-doa untuk diamalkan.

WARNA-WARNI KEHIDUPAN
SEORANG PESAKIT LUTUT

B ercakap tentang sakit lutut yang aku hidap hampir 6 tahun, kadang-
kadang membuatkan aku tersenyum panjang kerana banyak kisah-kisah
lucu yang telah aku lalui. Aku masih ingat semasa aku berjumpa seorang
doktor muda di sebuah klinik swasta. Dia seorang yang sangat baik, peramah,
kacak dan mesra warga emas (pandai melayan kerenah warga emas). Dia
berasal dari Capetown, Afrika Selatan.

Aku diperkenalkan kepadanya oleh seorang teman yang juga menghidap sakit
lutut. Setiap kali aku menjalani rawatan di klinik itu, aku look forward to see him
bukan kerana dia kacak, tetapi kerana kemesraan dan layanannya kepadaku.
Aku belum pernah berjumpa seorang doktor sebaik dia.

59

Bicara Pada Akhir Usia

Dr. Sam adalah seorang doktor yang berpendirian tegas terhadap pembedahan
TKR (Total Knee Replacement) yang sangat digeruni oleh pesakit lutut.
Padanya, pembedahan ini merupakan rawatan yang intrusive. Sebaliknya,
doktor telah memperkenalkan aku kepada penggunaan knee braces/unloader
yang perlu dipakai di lutut yang sakit itu.

Setelah mendengar segala penjelasannya dan ditambah pula dengan
ketakutanku untuk menjalani pembedahan TKR itu, aku pun bersetuju untuk
menggunakan knee braces ini. Aku telah mengeluarkan hampir 10 ribu ringgit
untuk membeli sepasang knee braces tersebut. Di samping itu, aku telah
mengikuti pelbagai program yang disyorkan oleh doktor seperti Ray Treatment,
menggunakan sejenis alat komputer, senaman khas untuk menguatkan otot
dan sesi sioterapi khas yang kesemuanya dikendalikan oleh kakitangan-
kakitangan yang terlatih di klinik ini.

Setiap kali aku datang ke sesi-sesi ini, aku dilayan penuh mesra bukan sahaja
oleh Dr. Sam, tetapi juga oleh kakitangannya yang aku anggap anak-anak
angkatku.

Bercerita mengenai penggunaan unloader/braces ini, aku sering berhadapan
dengan situasi-situasi yang lucu. Aku masih ingat lagi, semasa menjadi
tetamu di salah sebuah stesen TV, aku disuruh oleh pengawal keselamatan
untuk meletak kereta di satu kawasan yang jauh dari pintu masuk. Mujurlah
di kereta aku terpampang pelekat kereta OKU, namun pengawal keselamatan
itu mungkin tidak percaya yang aku seorang OKU kerana lagak dan gayaku
yang ganas membawa kereta dengan laju. Untuk menyakinkannya, aku telah
meminta dia menghampiri tingkap kereta dan dengan spontan aku menyelak
kainku untuk menunjukkan unloader yang aku pakai di kedua-dua lututku. Dia
terperanjat dan dengan pantas membenarkan aku masuk dan meletak kereta
di depan pintu masuk stesen TV itu.

Situasi seperti ini sering berlaku bahkan semasa memohon kad OKU beserta
dengan pelekat kereta OKU, aku juga terpaksa menyelak kainku menunjukkan
kepada pegawai yang bertugas tentang keadaan lututku yang kedua-duanya
memakai unloader ini.

60

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Walaupun aku mempunyai kad OKU, namun aku tidak pernah meminta
apa-apa kemudahan yang lazimnya diberi kepada seorang OKU. Aku hanya
menggunakan kad itu agar dapat meletakkan kereta di tempat khas untuk
OKU.

Aku masih ingat semasa mengerjakan umrah, melintasi pintu keselamatan
sebelum menaiki pesawat. Sering akan berlaku bunyi deringan yang kuat
semasa aku melintas akibat penggunaan unloader itu. Perkara yang sama juga
berlaku di Lapangan Terbang Jeddah di mana pegawai keselamatan di situ
dengan wajah yang bengis, terkejut apabila kejadian itu berlaku. Aku sangat
suka melihat wajah terkejut pegawai keselamatan wanita yang memeriksa
tubuhku dan discover sepasang unloader yang aku pakai di kedua lututku.

Dengan mempunyai kad OKU dan pelekat kereta OKU, kehidupanku menjadi
lebih aman dan tenteram. Dengan itu, aku telah menjadi seorang OKU.

HAPPY HORMONE THERAPY

S ejak sekian lama, aku memang diketahui umum, seorang pesakit
lutut yang menggunakan tongkat apabila berjalan di mana-mana
sahaja, bahkan jika lututku terlalu sakit, aku malah menggunakan kerusi
roda untuk bergerak ke sana-sini. Aku tidak pernah merasa malu atau kekok
menggunakan kerusi roda dan dalam banyak keadaan, aku menggunakan
kerusi roda bersendirian kerana aku punya prinsip “I don’t like to be pushed
around”.

Umum mengetahui, aku telah berusaha sedaya upaya untuk berubat. Pelbagai
kaedah telah ku cuba dari perubatan Barat di hospital kerajaan dan swasta,
urutan-urutan oleh pelbagai tukang urut, rawatan kerohanian, Ayurverda
bahkan aku juga telah mencuba rawatan acupunture yang disyorkan oleh
teman-temanku dari kumpulan etnik Cina.

61

Bicara Pada Akhir Usia

Segala tindakanku untuk berubat ini
menelan belanja yang banyak dan usaha
yang berterusan.Aku juga telah menjalani
banyak sesi sioterapi dan terkini mencuba
pula sesi Hydro therapy di Hospital Kuala
Lumpur setiap minggu.

Sesi Hydro therapy ini memerlukan
pesakit bersenam di dalam kolam air
suam selama hampir satu jam setengah.
Kebanyakan daripada pesakit-pesakit
yang bersama-samaku menjalani sesi ini
adalah dari kalangan kaum wanita dari
berbilang bangsa dan peringkat umur.
Sesi ini sungguh menyeronokkan kerana kami saling berkongsi kisah tentang
sakit yang dihidap dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai cabaran
yang kami lalui.

Aku pernah menonton sebuah program agama yang membincangkan tajuk
MERAJUK DENGAN TUHAN. Rupa-rupanya terdapat insan yang merajuk
dengan Penciptanya kerana mereka diuji dan doa mereka untuk mengatasi
ujian itu belum dimakbulkan Tuhan.

Lama aku memikirkan perkara ini. Kita sering diingatkan oleh para Ustaz dan
Ustazah apabila berdoa memohon sesuatu, jika doa itu dimakbulkan, kita
bersyukur dan jika tidak, kita mesti mencuba mencari hikmah disebalik ujian
itu. Bukankah sudah dijelaskan oleh Ustaz dan Ustazah apa yang kita sangka
ia baik itu, mungkin tidak baik bagi kita.

Sebaliknya, apa yang kita sangka tidak baik itu sebenarnya baik untuk kita.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan hanya Dia sahaja yang tahu
apa yang baik untuk kita. Kita juga sering diingatkan supaya redha dan terus
berusaha tanpa henti mencari jalan menghadapi ujian-ujian tersebut. Dengan
cara itu, kita akan menjadi insan yang dinamik, sentiasa kreatif dalam mencari
usaha yang terbaik. Kita tidak boleh pasrah, berputus asa dan tidak boleh
berhenti berusaha.

62

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Memegang prinsip itu lah, aku nekad mengambil pendekatan yang holistic
iaitu menggabungkan pelbagai kaedah serentak. Diantaranya:

1. Mengambil ubat Celebrax dan Panadol Extend jika aku perlu
bergerak cepat dan pantas dalam sesuatu situasi.

2. Minum air kunyit dan susu khas untuk membina tulang dan
meredakan radang dilututku.

3. Melakukan hydrotherapy seminggu sekali di HKL.

4. Membaca Al-Quran, berzikir pagi dan malam berterusan tanpa henti
agar tidak mudah putus asa.

5. Pergi ke kelas-kelas agama untuk menambah ilmu agar dapat
diamalkan dan disebar luas kepada remaja-remaja khususnya yang
sedang menjalani hukuman atau proses pemulihan akhlak, sebagai
satu therapy, mengalih focus dari kesakitan.

6. Mempraktikkan happy hormone therapy melalui aktiviti-aktiviti yang
membahagiakanku, melaksanakan program yang dinamakan Kau
Sumber Inspirasi Ku (KSIK) bersama anak-anak muda OKU cacat
penglihatan, Dinie, Rashidi dan Khairil Azreen. Aku wujudkan satu
pasukan yang terdiri daripada teman-teman baikku bersama-sama
mengembara ke seluruh negara dalam program KSIK ini dibawah
Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM). Kami mengembara
menyatuni remaja-remaja yang sedang menjalani hukuman di
penjara-penjara dan di institusi-institusi pemulihan akhlak seluruh
Malaysia. Semasa melakukan aktiviti-aktiviti ini, aku telah dapat
melupakan sakit di kedua-dua lututku disebabkan mindaku sangat
fokus melaksanakan aktiviti ini dengan iringin muzik dan nyanyian
beramai-ramai. Semasa mengembara juga, aku dan teman-teman
serta anak-anak angkatku ini, sering singgah di RNR untuk makan
aiskrim dan coklat yang pasti dapat trigger happy hormone dalam
diriku.

7. Satu lagi aktiviti yang sangat membahagiakanku adalah semasa
aku melantik diriku sebagai The self-appointed manager sebagai
pengurus bagi anak-anak angkatku OKU Penglihatan ini yang
sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik dan penulisan
serta fotografi.

63

Bicara Pada Akhir Usia

8. Satu lagi aktiviti yang sering membuat aku bahagia ialah merakamkan
video pendek di YouTube bertajuk Pesan Ummi, khas untuk generasi
muda.

Setelah berusaha melalui tindakan-tindakan di atas, aku sentiasa berdoa agar
Allah SWT terus mengurniakan aku semangat untuk melakukan pelbagai
aktiviti dan kerja-kerja amal. Selama mempraktikkan happy hormone therapy
itu, aku berpegang pada satu prinsip TIDAK MENYEBUT PERKATAAN SAKIT.
Apabila sakit melanda, aku hanya berdiam dan cepat-cepat berdoa kepada
Allah SWT untuk mengurniakanku kesabaran yang luar biasa dan bahawa
dengan kesabaran itu InsyaAllah aku akan di kurnia pahala olehNYA.

TIDAK SEMUA
SAKIT LUTUT ITU SAMA

D alam mengidap sakit lutut ini, aku terus menerus berusaha untuk
mencari penawar tanpa melakukan pembedahan. Sekali lagi aku telah
pergi berjumpa seorang orthopedic consultant yang juga seorang saintis
yang banyak membuat kajian tentang penyakit osteoarthritis. Doktor ini juga
merupakan consultant yang banyak memberi ceramah di Universiti-Universiti.

Setiap kali berjumpa doktor ini, aku perlu membayar kos perkhidmatan
yang agak tinggi. Sebagai seorang pesara kerajaan yang bukan dalam
kategori berada dan kaya, aku nekad. Setiap kali berjumpa doktor ini, aku
akan menggunakan setiap minit untuk bertanya dan terus bertanya tentang
penyakit lututku ini. Aku memintanya menulis dengan tulisan yang elok,
apakah sebenarnya penyakit yang ku hadapi. Doktor kelihatan terperanjat.
Mungkin ini lah pertama kalinya dia bertemu pesakit warga emas yang begitu
assertive sehingga berani menegur tulisan doktor, agar cantik dan senang
dibaca. Lazimnya doktor-doktor menulis prescription yang sukar dibaca dan
difahami. Hasil daripada permintaan ku, doktor telah menulis seperti berikut:

64

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Penyakitku ini adalah:-
• INFLAMMATION VARIANT OF DEGENERATIVE JOINT DISEASE
• INFLAMMATION IN THE JOINT (PERSISTENT OVERENTROMEDIAL

SYNOVITIS)
• INFLAMMATION OF THE HAMSTRING TENDON (TENOSYNOVITIS)

Bayangkanlah apabila aku sering ditanya oleh teman-teman seusia, tentang
sakit lututku, maka aku perlulah menjelaskan hal tersebut menggunakan
perkataan-perkataan saintik ini. Memang tidak ada seorang pun yang akan
faham.

Setelah mengetahui keadaan sakit lutut itu, aku pun mengemukakan soalan-
soalan tambahan seperti:

Adakah lututku ini masih punya gel yang sering diperkatakan oleh rakan-rakan
yang senasib denganku yang sakit lutut. Mereka lazimnya akan berjumpa
doktor untuk meminta injection yang mahal bagi menambah gel yang telah
berkurangan di dalam lutut mereka. Keadaan aku pula, mengikut doktor,
lututku masih mempunyai gel yang cukup. Aku terus bertanya bagaimana
mengenai TKR pula dan penggunaan stem cell yang kedua-duanya diketahui
punya implikasi kos puluhan ribu, terutama jika dilakukan di hospital swasta.
Aku terpegun seketika apabila beliau menegaskan kedua-dua kaedah ini tidak
akan menyelesaikan masalah lutut kerana masalahku ialah inammation yang
mengikut doktor ini dihidap oleh keluargaku turun menurun. Aku masih ingat,
arwah ibuku juga menghidap sakit lutut. Hanya ketika itu, ibuku pasrah dan
akhirnya mengambil keputusan menggunakan kerusi roda sehingga ke akhir
hayatnya.

Doktor kemudian mencadangkan agar aku mengambil sejenis ubat untuk
menangani masalah inammation ini. Ubat itu VIMONO namanya dan diambil
dua kali sehari, pagi dan malam, 30 minit sebelum makan. Aku juga digalakkan
menggunakan ice pack untuk diletakkan di kedua-dua lutut selama 30 minit
setiap dua kali sehari.

Dengan penjelasan doktor yang baik hati itu, aku pun beredar dengan
mengucapkan kata-kata “Bye doctor, I hope I won’t see you again” dan doktor

65

Bicara Pada Akhir Usia

yang baik hati itu membalas kata-kataku dengan senyuman manis, penuh erti.
Sambil beredar balik, aku melafazkan syukur kepada Allah SWT dan nekad
akan terus berjuang dalam menghadapi ujianNYA ini. Semoga setiap
langkahku yang membawa bersama sakit ini akan membasuh dosa-dosaku
yang lain.

RAWATAN LUTUT YANG MEMBUAT
AKU BERCAKAP SEPANJANG MASA

H ari ini aku menguatkan semangat untuk menjalani satu jenis rawatan
lagi yang terkini dalam proses merawat sakit lutut.

Bertahun-tahun aku menghidap sakit lutut ini dan pelbagai cara telah aku
cuba seperti makan pelbagai ubat-ubatan, supplements, sesi sioterapi, urut
dan yang terakhir menggunakan braces yang dinamakan unloader.

Aku sering berjumpa teman-teman seusia yang mengalami sakit yang sama.
Mendengar keluhan mereka dan tidak kurang juga mendengar dengan sabar
pelbagai cadangan seperti sesi-sesi urutan khas, minuman-minuman, herba-
herba, gel-gel dan gajet-gajet khas dan yang paling kami takuti pembedahan
yang dinamakan Total Knee Replacement (TKR).

Teman-temanku sering memberi pelbagai cadangan, tetapi ramai antara
mereka kurang memahami setiap dari kita mempunyai tulang dan komposisi
tulang yang berlainan. Cara dan gaya hidup, amalan pemakanan juga
berlainan. Cara yang mungkin sesuai pada setengah orang tidak semestinya
sesuai dengan orang lain.

Yang paling aku tidak suka dan tidak dapat terima ialah cadangan untuk
melakukan TKR (Total Knee Replacement). Mereka, aku tahu mempunyai niat
yang baik dan ikhlas. Tetapi aku nekad untuk tidak sesekali mahu mencuba
menjalani TKR.

66

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Doktor yang merawat aku di salah sebuah pusat perubatan mengesyorkan
aku untuk memakai braces atau unloader pada kedua-dua lutut. Aku berasa
lega sedikit. Unloader itu berharga hampir sepuluh ribu sepasang termasuklah
stokin khas dan rawatan-rawatan sampingan. Aku menggunakan unloader ini
hampir setahun. Doktor yang baik hati ini tidak pernah mengesyorkan aku
melakukan TKR kerana dia menganggap rawatan ini intrusive.

Doktor yang sama telah kemudiannya mengesyorkan agar aku, di samping
memakai unloader itu, melakukan sesuatu suntikan pada kedua-dua lutut
untuk merawat radangan di lututku di samping menguatkan otot-otot di sekitar
lutut.

Maka bermulalah satu lagi usaha untuk merawat keadaan lututku yang
semakin hari semakin mencabar pergerakanku terutama sekali apabila aku
menanggalkan unloader apabila berada di rumah dan tidak bergerak secara
aktif.

Dengan berbekalkan semangat waja, aku pun hadir di klinik dan berhadapan
dengan seorang lagi Doktor Pakar yang juga berpendirian bahawa TKR
adalah rawatan terakhir kepada seorang penghidap sakit lutut yang teruk.
Aku sependapat dengan doktor ini bahawa rawatan di kliniknya adalah
sebagai usaha terakhir sebelum aku membuat keputusan untuk menjalani
pembedahan TKR yang mengerikan itu.

Rawatan kali ini melibatkan suntikan
di kedua-dua lutut yang tidak kurang
sakitnya. Untuk mengalihkan tumpuan
kiranku dalam menghadapi rawatan ini,
aku sengaja meminta doktor itu untuk
bercakap mengenai setiap peringkat
rawatan yang aku lalui agar aku leka
dan berkemungkinan tidak merasa sakit.
Malang bagiku apabila doktor ini adalah
seorang yang pendiam dan introvert.
Semasa doktor menyuntik suntikan
pertama, aku menjerit sekuat-kuat hati

67

Bicara Pada Akhir Usia

sambil bercerita mengenai seorang VVIP yang sedang viral di media sosial di
negara ini dan juga di luar negara.
Lazimnya, apabila rakyat Malaysia mendengar tentang VVIP ini, mereka akan
turut serta bergossip. Malang bagiku, doktor ini sedikit pun tidak berminat
dan enggan memberi komen. Aku bertanya beliau bertalu-talu mengapa dia
berdiam. Sekali lagi aku mencuba, kali ini aku bercerita tentang Presiden
Amerika Syarikat yang di condemn dalam media sosial kerana bermesra
bergambar dengan pemimpin wanita dari Eropah. Peristiwa ini berlaku semasa
upacara pengkebumian Presiden Mendela. Malang bagiku gossip ini juga
tidak menarik minat doktor ini. Dia terus diam dengan wajah yang bersahaja…
Sementara itu, dia telah menyuntik lututku sekali lagi, dan kali ini mengeluarkan
cecair sebanyak 6ml daripada lututku yang mengalami radang yang teruk. Dia
terus menyembur anestetik dan terus mencucuk beberapa jarum lagi yang
membuatkan aku terpekik terlolong kesakitan sampai dahiku berpeluh. Aku
sungguh marah pada doktor ini yang pada pendapatku adalah seorang yang
poyo dan skema, baik sangat dan tak pandai bergossip.
Kalaulah dia seorang yang pandai berjenaka dan bercerita, pasti aku tidak
akan sakit sangat. Kesimpulannya aku beranggapan, mungkin doktor ini
keletihan terlalu ramai merawat client yang tidak henti-henti sepajang hari.
Yang menarik perhatianku juga, kebanyakan clientnya adalah warga emas
wanita.

68

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Selepas menerima rawatan doktor itu, aku sekali lagi mengalami kesakitan
yang amat sangat kerana terpaksa membayar kepada cashier kos rawatan
yang sangat mahal dan yang tidak direstui oleh syarikat insuransku, untuk aku
claim kos rawatan itu.

Lama selepas itu, baharulah aku mendapat tahu, bahawa doktor itu tidak
bercakap semasa merawat ku kerana perlu fokus seratus peratus semasa
menjalankan prosedur rawatan lututku itu. Aku menerima kenyataan itu
dengan perasaan yang berbagai.

PEMBEDAHAN TOTAL KNEE
REPLACEMENT

P ada 9 November 2017 yang lalu, aku telah menjalani pembedahan
Total Knee Replacement (TKR) pada lutut kananku, setelah
memberanikan diri dengan mengambil keputusan yang tertangguh bertahun-
tahun lamanya.

Keputusan yang amat besar ini diambil setelah menderita sakit lutut selama
lebih 6 tahun, berjalan memakai tongkat sana-sini dalam keghairahan
melaksanakan pelbagai aktiviti Persatuan Siswazah Wanita Malaysia
(PSWM). Kadang-kadang, aku merasa malu juga terhencot-hencot ke sana-
sini terutama semasa mengadakan program Kau Sumber Inspirasiku (KSIK)
bersama Dinie dan Khai di hadapan ribuan remaja di sekolah-sekolah
menengah seluruh negara, kolej-kolej dan universiti, juga ke institusi-institusi
akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan di Sekolah-Sekolah Integrity
di Penjara-Penjara di seluruh negara.

Selain dari menahan sakit yang teramat sangat, aku juga kadang-kadang
berhadapan dengan komen-komen sinis daripada teman-teman akibat dari
berjalan memakai tongkat itu. Namun, aku sentiasa memekakkan telinga
dan tidak mengendahkan komen-komen tersebut. Disebabkan sakit lututku

69

Bicara Pada Akhir Usia

semakin hari semakin teruk, aku memberanikan diri dan akhirnya mengambil
keputusan untuk menjalani pembedahan yang besar ini.

Berbekalkan azam dan tawakkal kepada Allah SWT, aku masuk ke Hospital
Pantai di Cheras, Kuala Lumpur pada awal pagi 9 November itu. Pembedahan
dilakukan oleh Pakar Ortopedik yang baik dan sangat penyabar orangnya.
Berkat doa anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu serta sahabat
handai, aku berjaya menjalani pembedahan tersebut yang mengambil masa
lebih 3 jam. Aku diberi suntikan epidural dan general anesthesia (GA) oleh
pakar bius yang juga seorang yang baik hati dan penyabar melayan kerenahku
yang tidak berhenti bercakap untuk menghilangkan rasa takut. Kali terakhir
aku masuk ke bilik pembedahan adalah pada tahun 1984 semasa melahirkan
anak bongsuku.

Aku masih ingat sebelum Pakar Bius itu menyuntik tulang belakangku, aku
minta dia berdoa kuat-kuat dan aku terus menerus bercakap sehinggalah aku
terus tidak sedar. Sedar-sedar aku telah berada di Intensive Care Unit (ICU).
Aku berada di ICU selama 24 jam dan kemudian dimasukkan ke wad biasa.
Aku telah meminta kepada doktor untuk tinggal lama di hospital kerana untuk
menyenangkan urusan pemulihan melalui sesi-sesi sioterapi yang intensif.Aku
ditemani oleh Bibik yang kelihatan sungguh bosan kerana terpaksa menemani
aku siang dan malam di bilik hospital itu.

Keesokan harinya, seorang sioterapist muda datang melawatku dan meminta
aku turun dari katil, berdiri dan berjalan ke tandas. Mula-mula aku takut tapi
dengan bantuannya aku berjaya melakukannya.

Aku masih ingat orang pertama yang bukan dari keluargaku yang datang
melawat ialah Datin Seri Dr Wan Azizah. Aku terkejut, sangat gembira dan
merasa sungguh bertuah dilawati oleh beliau yang sangat prihatin dan lemah
lembut orangnya, sesuailah dengan citra seorang doktor.

Semasa dia hendak pulang, aku sempat berkirim salam kepada suaminya,
temanku semasa di universiti dahulu dan aku dimaklumkan bahawa dia akan
menjalani pembedahan juga dalam sedikit masa lagi akibat dari kemalangan
yang menimpanya baru-baru ini.

70

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Setelah dua minggu berlalu, aku dibenarkan pulang ke rumah. Sebelum itu,
doktor telah membuka 33 jahitan dengan iringan jeritan dan tangisanku yang
kuat kerana teramat sakit. Aku pun pulang ke rumah dan telah bersedia untuk
menyambung sesi sioterapi dua kali dalam seminggu di hospital yang sama.

Sebagai warga emas, proses pemulihan akibat daripada pembedahan
itu mengambil masa yang agak panjang untuk pulih. Aku terus berusaha
menjalani sesi-sesi sioterapi tambahan bersendirian di rumah. Proses itu
telah ku lalui dengan penuh kesabaran dan akhirnya setelah hampir 4 bulan,
barulah aku dapat berjalan tanpa sakit dan bengkak di lututku beransur-ansur
pulih. Alhamdulillah.

HARI-HARI ‘POST-OP’ PEMBEDAHAN TKR
YANG MEMBAHAGIAKAN

P ada bulan Februari 2019, aku sekali lagi menjalani pembedahan TKR
(Total Knee Replacement), kali ini di lutut kiri pula. Aku tidaklah terlalu
takut kerana telah pernah menjalani pembedahan yang sama di lutut kananku
pada bulan November 2017 yang lalu.

Kali ini aku tidak tinggal lama di hospital kerana berbekalkan pengalaman
dahulu, aku telah bersedia menghadapi pembedahan ini. Prosedur yang sama
dijalankan oleh pakar bius dan pakar bedah. Aku dimasukkan ke ICU selama
24 jam dan selepas itu ke wad biasa. Seperti lazimnya, aku menjalani satu siri
sesi sioterapi. Kali ini, sesi berlangsung di hospital yang lebih hampir dengan
rumahku.

Seperti biasa, aku cepat menyesuaikan diri dengan jurupulih-jurupulih anggota
yang terdiri daripada orang-orang muda, lelaki dan perempuan yang sangat
mesra merawatku. Aku sentiasa gembira menjalani rawatan hampir dua jam,
tiga kali seminggu. Keakraban mereka dengan aku terjalin hingga ke hari ini.
Bahkan salah seorang di antara mereka telah mengarang sebuah puisi khas
untuk aku…….sungguh hebat persahabatan kami.

71

Bicara Pada Akhir Usia

Setelah menjalani rawatan sioterapi selama tiga bulan di hospital ini, aku
masih tidak digalakkan untuk membawa kereta. Jadi sekali lagi aku terpaksa
duduk di rumah sepanjang hari.
Untuk mengelak daripada kebosanan, aku mula merancang berbagai-bagai
aktiviti yang boleh diadakan di rumahku. Berdasarkan prinsip “Kalau aku tak
boleh keluar rumah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, maka aku nekad
membawa aktiviti-aktiviti masuk ke rumahku”. Strategi ini menjadikan aku
bukan surirumah, tetapi seri rumah.
Setelah merancang beberapa lama, aku telah berjaya melaksanakan pelbagai
aktiviti setiap minggu. Diantaranya:
1. Majlis Doa Selamat bersama teman-teman dan sahabat oleh Ustaz yang

mengajarku.
2. Ceramah Khas untuk teman-teman yang mempunyai masalah pernafasan,

sinus dan pesakit asma. Ceramah ini dikendalikan oleh seorang pakar
dari sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur yang juga menjadi anak
angkatku.

72

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

3. Sesi Deklamasi Sajak dan Puisi yang mengenengahkan anak-anak
angkatku yang OKU Penglihatan, Rashidi dan Siti Huraizah.Aku menjemput
ramai penggiat seni dan sahabat-sahabat karibku, penggemar sajak dan
puisi.

4. Sesi Ceramah Agama Khas untuk remaja perempuan yang sedang
menjalani proses pemulihan dari sebuah institusi akhlak di Kuala Lumpur.

5. Sesi Tadarus Al-Quran bersama rakan-rakan.

Untuk setiap aktiviti, aku menyediakan set yang berbeza sesuai dengan tema
aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah susunan tempat duduk, menu yang khas
dan perhiasan yang khusus.

Selama menjalankan aktiviti-aktiviti ini, aku juga mengambil kesempatan untuk
mengutip derma bagi mengisi tabung kepunyaan ustazku. Salah satu cara
teman-teman memberi sumbangan ialah dengan membeli barang-barangan
preloved ku. Aku tidak meletakkan harga dan terpulanglah kepada teman-
temanku untuk menderma seikhlasnya.

Disebabkan kegembiraan melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, masa 3 bulan itu
berlaku begitu pantas dan aku sedikit pun tidak berasa bosan tinggal di rumah.
Sebaliknya, aku merasa suatu kepuasan kerana dapat menghubungkan
silaturrahim di samping berpeluang untuk menjamu tetamu-tetamu yang hadir.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerena mengurniakan aku minda yang kreatif
dan sahabat handai serta anak-anak angkatku yang mesra dan yang telah
menjadi sebahagian daripada keluarga besarku.

73

Bicara Pada Akhir Usia

KENANGAN KETIKA
MENGHADAPI UJIAN NYA

74

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

75

Bicara Pada Akhir Usia

76

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

77

Bicara Pada Akhir Usia

UTUSAN BUATMU SAKIT
Ceritakan pada sakit,
Rasa itu mencengkam,
Luka itu menikam, menusuk jiwa rasa,
Peritnya menjerit ucapan kata,
Pedihnya menitis airmata
Jawabkan pada sakit,
Kali ini aku bangkit,
Hadapi dengan senyuman,
Harungi bersama kesabaran,
Kerana ku tahu, kiriman Tuhan ini,
Memadam tulisan dosa,
Mengajar erti cinta,
Tunduk syukurku padamu Ilahi
Khabarkan pada sakit,
Tidak sekali aku patah,
Tidak sekali aku menyerah,
Begitu banyak tangan menanti,
Begitu banyak pembakar jiwa,
Menyuluh laluanku,
Menyinari perjalananku,
Aku pasti bahagia menanti,
Setelah aku kembali.

Nukilan Mufemam

78

Bab 3 • Sakit Itu Anugerah

Pesan Ummi

“Bertenanglah semasa menghadapi sakit
yang menimpa diri dan ingatlah bahawa

sakit itu adalah penghapus dosa.”

79

Bicara Pada Akhir Usia

80

Bab 4 • Passion

Bab 4

Passion

81

Bicara Pada Akhir Usia

Rumusnya orang hidup itu mudah.
Tidak ada waktu lampau yang akan kembali

serta tiada masa depan yang diketahui.
Alasan itu sudah cukup kuat untuk manusia bangun setiap pag

untuk punyai semangat meneruskan hari.
Jauhkan daripada menangguh kebaikan kerana itu akan menangguh

malaikat bahu kanan daripada membuat catatan.
Maka walaupun cuma sedikit baik yang ada di tangan,

hulurkan lekas sebelum masa menggagalkan
sebarang usaha kita dalam menyambung kebaikan.

Bumi Tuhan ini luas lantainya.
Andainya berpeluang meneroka silalah berjalan dengan hati terbuka.

Setelah lautan serta benua lengkap diteroka.
Sepatutnya manusia itu mula berasa seperti kuman

walaupun beliau seorang raja.

Nukilan Rashidi Abdullah

82

Bab 4 • Passion

PASSION

K ita sering menyebut perkataan passion dan apa yang tergambar di
minda ialah satu semangat, satu keghairahan atau enthusiasm.Passion
boleh digunakan untuk menggambarkan satu semangat dari perspektif yang
negatif tetapi aku ingin menggambarkannya dari perspektif yang positif.

Sebenarnya passion atau semangat yang ada pada diriku adalah warisan
daripada ibuku yang dikenalI ramai sebagai wanita yang sentiasa bersemangat
dan positif dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

Bagi diriku pula, dari umur belasan tahun, semasa di sekolah menengah
hinggalah ke universiti, aku sentiasa berminat melakukan kerja-kerja amal
melalui penyertaanku dalam pelbagai persatuan. Disamping itu juga, aku
sangat suka berkawan tidak kira dari kumpulan etnik mana. Bersekolah di
Sekolah Convent Assunta, memberi aku banyak peluang untuk berkawan
dengan teman- teman dari berbagai agama dan budaya. Mungkin itulah asas
menjadikan aku a people person dari peringkat remaja hingga ke universiti
dan seterusnya semasa berkhidmat dalam sektor awam, aku mendidik diriku
menjadi seorang yang hyperactive dan kreatif dan suka menolong orang.

Semasa remaja, aku sangat gemar membaca buku – buku cerita, adventure,
karangan penulis terkenal, Enid Blyton, seorang penulis buku kanak- kanak
bersiri. Di antara buku – buku yang menjadi kegemaranku ialah The Secret
Seven, The Famous Five dan lain -lain. Oleh kerana terlalu minat dan tidak
punya duit maka seawal Darjah 6 aku mendaftar menjadi ahli Perpustakaan
British Council di Kuala Lumpur.

83

Bicara Pada Akhir Usia

Setiap hari Sabtu, aku dan seorang teman sekolah akan menaiki bas dari
rumahku di Petaling Jaya, Old Town ke Kuala Lumpur dan berjalan kaki dari
stesen bas di Foch Avenue ke Perpustakaan British Council yang terletak jauh,
berdekatan bangunan Federal House di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Semangat melakukan kerja-kerja kebajikan juga diwarisi daripada ibuku yang
terkenal seorang wanita yang punya hati yang ikhlas, sentiasa membantu
sesiapa sahaja yang menghadapi masalah. Ibuku juga seorang pemimpin
peringkat akar umbi yang sangat dikasihi oleh ahli-ahlinya. Saban hari, rumah
kami dikunjungi oleh orang-orang yang meminta nasihat dan bantuan daripada
ibuku, seolah-olah dia adalah seorang kaunselor yang tidak bertauliah.

Itulah gambaran zaman remajaku yang telah mendidik dan memupuk
semangat atau passion dalam diriku untuk membuat kerja-kerja sukarela tidak
kira samada semasa di sekolah, di universiti atau semasa bertugas dalam
perkhidmatan awam hampir 40 tahun.

Semangat ini telah dapat ku perluaskan ke arah menambah ilmu dan sentiasa
bersemangat mencuba sesuatu yang baru dalam hidupku. Aku menanamkan
dalam sanubariku satu usaha untuk terus melawan perasaan bosan dan
tidak mahu sekali-kali mengalah kepada stress apabila sesuatu yang tidak
menyeronokkan berlaku dalam hidupku. Aku terus menerus mengasah
mindaku untuk menjadi seorang yang kreatif dan bersyukur kerana Allah
mengurniakan aku kesihatan dan minda yang cergas, mungkin bukan dalam
bidang keilmuan, tetapi suatu kekuatan dalaman untuk sentiasa kekal positif,
bersemangat, ceria dan kreatif dalam apa jua aktiviti yang aku lakukan samada
secara sendiri atau dalam berpersatuan.

Itulah asas kepada artikel-artikel dalam bab passion ini. Teruslah membaca
dan rasakan keseronokan yang aku alami dalam setiap aktiviti yang aku
lakukan…….

84

Bab 4 • Passion

MENGEMBARA DENGAN
SEMANGAT MEMBARA

T eman-teman dan sahabat-sahabat yang mengenali aku mengetahui
bahawa zaman mudaku sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti outdoor,
mengembara ke dalam hutan belantara, memasuki gua, berkayak di sungai
untuk melihat dan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi. Di antara tempat-
tempat yang telah aku lawati adalah Taman Negara di Pahang, Gua Niah di
Sarawak, Belum National Park di Perak, menyusuri Sungai Kinabatangan di
Sabah, Gua Mulu di Sarawak, Bako National Park di Sarawak , Kuala Sepetang
di Perak dan lain-lain lagi.
Biasanya, teman-teman seusia denganku-lah yang merancang dengan rapi
dan teliti setiap program dan aktiviti sesuai dengan kemampuan kami sebagai
warga emas. Team kembaraku ini punya minat dan semangat yang sama dan
kami menamakan kumpulan kami GegirlT.
Di antara pengalaman-pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah
semasa aku dan teman-teman mengembara ke Taman Negara, Pahang. Kami
menaiki bot menyusuri Sungai Pahang masuk ke pendalaman taman itu. Air

85

Bicara Pada Akhir Usia

sungai kelihatan hijau dan di kiri kanan dipenuhi pokok-pokok yang rimbun,
besar dan segar yang agak menggerunkan kerana suasana di situ agak sunyi
dan gelap.
Dalam satu-satu bot itu, hanya dinaiki oleh 4 orang dengan seorang pemandu.
Aku masih ingat semasa menaiki bot itu, tiba-tiba di satu selekoh yang agak
gelap, pemandu itu mematikan enjin dan kemudian menggunakan dayung.
Dia juga meminta kami supaya diam dan tidak bercakap.
Sesampainya kami ke destinasi di kawasan pendalaman Taman Negara itu,
kami pun mengeluarkan barang-barang dan terus berkelah dalam suasana
tenang dan aman. Semasa di Taman Negara ini, kami juga telah dibawa
melihat pokok bunga Raesia yang besar dan sangat terkenal dan sentiasa
menarik minat pelancong-pelancong luar negara.
Sekembalinya kami ke Kuala Lumpur beberapa hari kemudian, aku
menceritakan kisah kembara di Taman Negara ini kepada anakku. Tiba-tiba
aku lihat mukanya serious dan dia menceritakan kepadaku di Taman Negara
ini terkenal dengan pelancong-pelancong luar negara, terdapat seekor ular
yang besar yang dinamakan Anaconda. Mengikut anakku, katanya, di dunia
ini hanya ada dua tempat dimana terdapatnya ular ini iaitu di :-
1. Hutan Belantara Amazon
2. Taman Negara Malaysia

86

Bab 4 • Passion

Fikiranku terus melayang kepada waktu pemandu bot itu mematikan enjin
dan meminta kami diam. Aku terus bertanya berkali-kali kepada pemandu
pelancong kawanku, yang merancang kembara itu. Beliau akhirnya mengaku
bahawa sememangnya terdapat seekor ular besar di selekoh di mana
pemandu bot itu mematikan enjin dan menggunakan dayung. Rupanya-
rupanya di selekoh itulah terdapat lubuk yang dalam yang banyak ikan dan
menjadi tempat kegemaran ular besar itu tinggal!!!

Satu lagi peristiwa yg tidak dapat ku lupakan juga adalah semasa kami
mengembara ke Mulu Caves, Miri Sarawak. Kali ini, kami membawa seorang
Fitness Instructor, seorang pemuda yang baik hati dan mesra warga emas
sebagai teman. Kami telah memasuki Deer Caves, Clear Water, Wind Caves
dan lain-lain. Kami sangat-sangat teruja semasa memasuki Clear Water Cave
kerana terdapat sebuah sungai yang airnya sejuk dan bersih, mengingatkn
kami kepada ayat-ayat suci Al-Quran yang sering menceritakan tentang
sungai-sungai di Syurga. Maka kami pun berzikir memuji Allah SWT melihat
keindahan ciptaanNya.

Semasa mengembara di sini, kami sungguh bertuah kerana telah sempat
melihat satu panorama di angkasa iaitu The Bat Formation, di mana kami
melihat ribuan kelawar bergerak melakukan pelbagai bentuk formation di
langit di waktu senja. SubhanaAllah, sungguh indah ciptaan Allah SWT yang
membuatkan kami terpegun kerana itulah pertama kali kami melihat satu
pemandangan yang sungguh menakjubkan yang belum pernah kami lihat
sebelum ini.

Bercakap mengenai kembara ini, tidak akan lengkap jika aku tidak menceritakan
pula tentang betapa terujanya kami semasa menyusuri Sungai Kinabatangan
di Sabah. Kali ini, kami tinggal di sebuah Lodge. Petang itu, kami menaiki bot
menyusuri sungai untuk melihat satu lagi keajaiban ciptaan Allah SWT iaitu
proboscis monkeys yang sangat terkenal hingga dapat menarik pelancong-
pelancong dari luar negara. Petang itu, aku melihat ramai pelancong dari
negara Jepun dan Eropah yang lengkap membawa kamera untuk merakam
gambar proboscis monkeys ini.

87

Bicara Pada Akhir Usia

Kami menyusuri sungai ini hampir 1 jam, namun bayang haiwan ini pun tidak
kelihatan. Kawan-kawan dan aku berdoa bersungguh-sungguh agar Allah
SWT mengurniakan kami rezeki untuk melihat haiwan ini kerana kami datang
jauh dari Kuala Lumpur. Tiba-tiba boatman kami memberhentikan perahu dan
mengarahkan kami supaya diam. Sepuluh minit kemudian, kelihatan kelibat
haiwan itu nun di pucuk pokok kayu, melompat dari satu pokok ke satu pokok.
Proboscis monkey ini kelihatan sungguh elegan dan condent walaupun
badannya besar tapi melompat dari satu pokok ke satu pokok seolah-olah
ditiup angin. Lima minit kemudian, kami lihat pula berduyun-duyun lagi kawan-
kawan proboscis monkey itu. Semuanya melompat seolah-olah senada
dan seirama. Pelancong-pelancong luar negara yang ada bersama kami,
semuanya memegang kamera masing-masing merakamkan pemandangan
yang sungguh menakjubkan itu.

Sebelah malamnya pula, kami telah dibawa mengembara malam, masuk ke
hutan dan dalam perjalanan itu, kami melalui pesisir pantai. Kami sungguh
bersyukur kerana Allah SWT telah memberi kami rezeki melihat satu lagi
panorama yang menakjubkan iaitu sebaris gugusan bintang-bintang yang
dikenali sebagai The Milky Way. Kami bertasbih sambil merenung barisan
taburan bintang-bintang yang bergemerlapan di langit yang gelap. Malam itu
bertambah menakjubkan kerana kami melihat seekor ular yang besar melilit
di sebuah pohon yang rendang dan di tepi sebuah gua pula terdapat sebuah
kolam yang penuh dengan ikan emas. Akan tetapi yang teristimewa sekali,
kami melihat seekor proboscis monkey tidur bersilang kaki di atas pucuk
sebuah pokok kayu ara. Sungguh hebat ciptaan Allah SWT kerana proboscis
monkey yang besar itu kelihatan tidur dengan nyenyak, selesa dan tidak
sedikitpun menunjukkan tanda-tanda dia akan terjunam jatuh ke bawah pokok
yang tinggi itu!!!

Segala pengalaman yang aku perolehi dari setiap kembara ini telah
membuatkan aku lebih bersyukur dan lebih dekat kepadaNya. Aku terus
bersyukur kerana Allah SWT telah mengurniakan aku anugerah kesihatan
zikal, mental dan emosi serta peluang untuk mengembara ke pelbagai tempat
melihat keindahan dan kebesaranNya.

88

Bab 4 • Passion

BEREHAT BERSAMA
TEMAN-TEMAN DI PENANG

Siapa yang tidak pernah melawat Penang? Aku pun sudah banyak kali ke
Penang bersama keluarga tapi kali ini, entah kenapa ia menjadi satu aktiviti
yang sangat menyeronokkan.

Kali ini, aku berkesempatan bercuti di Penang bersama seorang yang sangat
istimewa. Dia adalah seorang tetamu yang datang jauh dari Capetown,
South Africa. Dia seorang wanita warga emas berumur lebih 70 tahun, tetapi
sentiasa bergaya dan berfesyen up to date. Aku mengenalinya semasa
melawat Capetown beberapa tahun yang lalu. Pertama kali aku mengenalinya,
aku terpegun dengan semangatnya dan cara dia menjalani kehidupan
berseorangan.

Dua orang lagi temanku adalah adik-beradik yang sangat akrab denganku.
Mereka dari keluarga yang agak kaya, sangat penyayang dan sentiasa fun to
be with.

Kami menginap di Hotel Flamingo di Batu Feringghi, sebuah hotel 5 bintang,
agak jauh dari pusat bandar tapi senang mendapat khidmat pengangkutan
pergi dan balik ke pusat bandar. Sesuatu yang menarik perhatianku semasa
menggunakan khidmat pemandu teksi di Penang ialah mereka lebih mesra
pelawat berbanding teman-teman mereka di Kuala Lumpur.

Sebagai warga emas, kami take it easy and relax dan aku menyerahkan
kepada kawanku untuk merancang aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat yang
sesuai dilawati. Kami pun melawatlah tempat-tempat yang tidak pernah aku
lawati sebelum ini seperti Time Tunnel, Glass Factory, gudang menjual kopi
yang istimewa, kedai Jeruk Pak Ali dan sudah tentu Pasar Chowrasta.

Semasa berjalan-jalan di bandaraya Pulau Pinang, kami perhatikan banyak
bangunan-bangunan heritage di bandaraya ini. Majlis bandaraya Penang

89

Bicara Pada Akhir Usia

sangat komited untuk mengekalkan bangunan-bangunan lama yang dijaga
dengan baik sekali.

Hari ketiga kami di Penang, kami telah singgah ke Pejabat Unesco Heritage
dan berjumpa pegawai bertugas yang telah memberi taklimat tentang usaha-
usaha menjaga dan membaik pulih bangunan-bangunan lama. Apa yang
menariknya ialah kebanyakan inisiatif ini dilaksanakan oleh tuan punya
bangunan itu sendiri. Kami sangat teruja kerana telah dapat berjumpa dengan
seorang pengurus salah sebuah bangunan lama di bandaraya ini. Beliau
memberi taklimat tentang usaha-usaha yang telah dijalankan dan pelbagai
aktiviti yang dimanfaatkan oleh pencinta dan penggalak kesenian dan
performing arts.

Satu lagi bangunan yang sangat menarik perhatian kami ialah bangunan
JAWI PERANAKAN yang digunakan sebagai café. Memang cantik dan café
ini punya menu yang asli dari masyarakat Jawi Peranakan. Itulah pertama
kali aku mendengar terma Jawi Peranakan. Rupa-rupanya masyarakat ini juga
dikenali sebagai ANAK TANJUNG atau ANAK MAMI.

Yang paling mengembirakan ialah kami dapat berjumpa Pengerusi Persatuan
Jawi Peranakanan ini, seorang yang terkenal dan merupakan teman lamaku.
Bayangkan betapa gembiranya aku dapat melihat dan berpelukan dengan

wanita hebat ini kerana kami sama-sama
bergiat dalam persatuan wanita sejak
bertahun lamanya.

Hari terakhir kami di Penang, selepas
sarapan pagi, kami mengambil
kesempatan bersantai di tepi kolam dan
baring-baring serta menghirup udara
nyaman dan bersih. Pada kebiasaannya
orang yang baring di tepi kolam akan
memakai pakaian mandi, bayangkan
kami berbaring di tepi kolam itu lengkap
dengan pakaian menutup aurat dan
bertudung. Walaubagaimanapun kami

90


Click to View FlipBook Version