The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2022-09-17 03:13:10

BPAU 170922

BPAU 170922

Bab 4 • Passion

tidak merasa janggal sangat kerana terdapat ramai pelawat-pelawat warga
negara-negara Arab yang memakai jubah hitam dan berpurdah mandi-manda
dalam kolam.

Aku sungguh gembira bercuti kali ini sebab segala aktiviti yang dirancang oleh
temanku sangat menyeronokkan di samping menambah ilmu pengetahuan
mengenai heritage dan keturunan masyarakat Jawi Peranakan. Kalau dulu-
dulu berpuluh kali datang ke Penang, aku tidak pernah berkesempatan
berjalan-jalan melihat keindahan bangunan-bangunan heritage dan tidak pun
tahu bahawa Penang juga telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Bandar Heritage.

ACHEH OH ACHEH
(BAHAGIAN PERTAMA)

P ada 5 Disember 2014, aku bersama empat orang sahabat yang
mempunyai minat yang sama telah berpeluang mengikuti program
pengajian Kitab Kuning oleh Tuan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari,
seorang ulama terkenal berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia. Ketika
ini, beliau bermastautin di Kedah, Malaysia setelah mendirikan rumah tangga
dengan seorang wanita Malaysia.

Sheikh Fahmi terkenal kerana banyak mengarang buku-buku dan juga
menterjemah Kitab Kuning untuk ribuan muridnya yang berada di Malaysia.

Kali ini, kami bersama-sama lebih 300 orang murid Sheikh Fahmi telah
berangkat ke Banda Acheh. Kebanyakkan daripada peserta tinggal di Asrama
Haji, Banda Acheh. Tetapi untuk keselesaan, kami menginap di sebuah hotel
tidak berapa jauh daripada tempat pengajian. Hari pertama, kami mengikuti
pengajian ini yang diadakan di Masjid Raya, BaiturRahman. Sementara di
sebelah petang dan malam pula, pengajian diadakan di sebuah masjid di
Asrama Haji juga di Banda Acheh. Hari ketiga, kami berpeluang mengikuti

91

Bicara Pada Akhir Usia

pengajian di sebuah pesantren di DAYAH ULEE TITI. Hari berikutnya kami
mengaji pula di Masjid Makam Syiah Walaa, sebuah makam ulama terkenal
di Acheh.

Semasa pengajian dijalankan, kami menggunakan dua buah kitab iaitu Ya
Bunayya (Wahai Anakku yang Tercinta) yang mengandungi 14 nasihat imam
Ibnu Wardi dan kitab Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Mujatul Islam Abu
Hamid Al-Ghazali Rahimahullah taala.

Sheikh Fahmi menggunakan kaedah bertalaqqi di mana kitab itu dibaca oleh
seorang anak muridnya dan diikuti dengan kupasan oleh Sheikh Fahmi.

Disebabkan tempat pengajian kami berubah-ubah maka kami berpeluang
untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak tentang lokasi -lokasi
tersebut. Umpamanya semasa di pesantren, kami sempat bermesra dengan
pelajar-pelajar perempuan dan mendapati mereka sangat gembira belajar di
situ walaupun infrastruktur tempat itu agak daif. Mereka menumpukan kepada
pengajian agama sahaja.

Selama 4 hari kami berulang alik ke tempat-tempat pengajian, pagi, tengahari
dan malam. Namun, kami tidak berasa letih, mungkin disebabkan kami dalam
proses menuntut ilmu dan Allah mengurniakan kami tenaga yang luar biasa.
Pada malam terakhir, kami berpeluang mengikuti satu program khas anjuran
sebuah persatuan iaitu Majlis Zikir bertempat di masjid terkenal, Masjid
Baiturrahman. Jemaah di majlis ini terdiri daripada masyarakat tempatan,
lelaki dan wanita. Semasa majlis berlangsung, aku terasa sedikit gelisah
kerana melihat jemaah yang berzikir dengan terlalu khusyuk seolah-olah tidak
sedarkan diri dan cara berzikir mereka kuat dan agak agresif.

Semasa Sheikh Fahmi tiba, majlis itu telah pun tamat dan beliau telah memberi
tazkirah tentang zikir diikuti dengan majlis zikir ala Malaysia dengan nada yang
perlahan dan mendayu, amat berbeza sekali dengan majlis tadi.

Semasa kami di lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia bersama
rombongan Malaysia yang lain, aku telah mengambil kesempatan bertanya
seorang ustaz, murid kepada Sheikh Fahmi, mengenai majlis zikir di Masjid

92

Bab 4 • Passion

Baiturrahman itu. Aku terkejut apabila beliau menyatakan bahawa zikir seperti
itu telah diharamkan di Malaysia.

Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati untuk mengikuti apa jua pengajian
terutama di luar negara kerana terdapat terlalu banyak tempat pengajian
agama yang mempunyai fahaman tentang agama Islam yang berbeza-beza.
Yang pasti, program pengajian yang kami ikuti itu mendapat kerjasama Majlis
Ulama Nanggorae, Acheh (Muna). Setelah 4 hari mengikuti pengajian di
sini, aku berasa sungguh bersemangat untuk mendalami ilmu agama Islam.
Betullah kata orang, dalam usaha mencari ilmu ini, lagi banyak kita belajar,
lagi kurang rasanya ilmu kita. Sejak itu, mencari ilmu agama Islam menjadi
satu passion dalam hidupku disamping passion untuk terus mencari redha
Allah SWT.

ACHEH OH ACHEH
(BAHAGIAN KEDUA)

Semasa berada di Acheh, Alhamdulillah kami telah berkesempatan melawat
tempat-tempat yang telah dilanda Tsunami di sekitar Banda Acheh.

Pagi itu, kami di bawa oleh seorang pemandu syarikat pengangkutan. Dia
seorang pemuda yang sangat penyabar dan pendiam tetapi sangat prihatin.
Rupa-rupanya dia sentiasa mendengar pelbagai komen kami dan menonton
gelagat kami sepanjang bersama-samanya di dalam kembara ini.

Di antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah di tepi pantai dimana
Tsunami itu berlaku. Pantai itu seperti pantai yang lain, nyaman dan
tenang. Tidak dapat digambarkan ombak besar yang melanda pantai itu
dan mengorbankan puluhan ribu manusia. Kami juga sangat teruja apabila
dapat melawat masjid terkenal BaiturRahman. Masjid yang telah terselamat
dari dibaham ombak besar semasa Tsunami itu. Kami terpegun melihat

93

Bicara Pada Akhir Usia

banyaknya gambar-gambar yang diletakkan di dinding masjid ini mengenai
tragedi Tsunami itu.

Kami kemudian telah pergi ke kawasan di mana terletaknya sebuah kapal
besar yang telah dibawa ombak Tsunami dari tengah-tengah laut, terdampar
di kawasan itu. Kapal itu sungguh besar dan tinggi yang membuatkan aku dan
teman yang senasib denganku (sakit lutut) tidak mampu menaiki tangga untuk
sampai di atas kapal. Berdekatan dengan kawasan ini, terdapat satu bangunan
yang menempatkan gambar-gambar tragedi Tsunami yang menyayat hati.
Kami difahamkan, kapal ini sedang dipertingkatkan untuk menjadi sebahagian
dari pameran Bencana Tsunami itu.

Lokasi seterusnya yang kami lawati ialah sebuah rumah dua tingkat yang
diatasnya tersadai sebuah kapal. Rupa-rupanya semasa berlaku bencana
Tsunami, kapal itu dibawa ombak dan tersadai di tingkat atas rumah
tersebut. Di sini kami bernasib baik kerana terdapat seorang penduduk yang
sudi bercerita tentang kejadian yang dialaminya semasa Tsunami berlaku.
Ceritanya sungguh menyayat hati sehingga kami semua menitiskan airmata
mendengarnya. Mengikut cerita beliau, pada hari kejadian, berlaku satu
gempa bumi dan air laut surut dan terdapat banyak ikan terdampar di pantai.
Orang-orang kampung leka mengutip ikan-ikan itu, tiba-tiba terdengar jeritan
yang mengatakan ada ombak besar sedang mendatang.

Mengikutnya, orang kampung mula melarikan diri termasuklah beliau sendiri.
Katanya, semasa berlari itu, dia langsung tidak ingatkan keluarganya, yang
penting dia perlu menyelamatkan dirinya sahaja. Dilihatnya ribuan orang
bertempiaran, ada yang dilanggar kereta, dan ada yang berlanggar sesama
sendiri. Pemandangan yang kelam kabut itu mengingatkan dia seolah-olah
Kiamat sudah tiba, seperti yang sering dibacanya di dalam Al-Quran.

Kami sempat bertemu dengan anak dan isteri beliau yang menceritakan pula
pengalamannya bergayut pada pokok kelapa sambil memegang dua orang
anak kecilnya. Mengikut katanya, mereka terselamat.

Kami juga sempat melawat Muzium Tsunami Acheh yang besar yang
mengandungi maklumat serta senarai negara-negara di dunia yang telah

94

Bab 4 • Passion

menghulurkan bantuan kemanusiaan. Muzium ini, juga mengandungi satu
bilik yang menempatkan nama-nama mangsa yang terkorban. Terdapat juga
peralatan high-tech yang dapat memberi peluang kepada pelawat untuk
bersimulasi mengenai pelbagai aspek teknikal tentang Tsunami.

Kami berpeluang juga melawat sebuah desa kecil di tepi gunung di mana
terdapat sebuah kubah masjid yang beratnya 80tan, yang dihanyutkan oleh
Tsunami, sejauh 2.5km dari lokasi masjid tersebut. Yang ajaibnya, kubah ini
berkeadaan baik dan tidak retak sama sekali. Jelaslah kepada kita betapa
besarnya kuasa Allah SWT sehingga kubah ini dihanyutkan tanpa sedikitpun
mengalami kerosakan. SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR.

Dalam perjalanan balik ke hotel kami, pemandu telah menunjukkan sebuah
kampung yang telah dipindahkan dan dibina semula di atas sebuah bukit. Kami
sungguh terkesan apabila diberitahu projek ini telah dibiayai oleh seniman
terkenal dari Hong Kong, iaitu Jackie Chan. Yang pastinya, kami tidakpun
nampak apa-apa papan tanda besar yang mencatitkan nama Seniman itu…..

ACHEH OH ACHEH
(BAHAGIAN KETIGA)

K ali ini, aku ingin bercerita tentang kepelbagaian menu dan lokasi
yang kami alami semasa berada di Acheh selama 6 malam 7 hari.
Semasa berada di Banda Acheh ini, kami telah dapat merasa berbagai-bagai
makanan. Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk yang enak dengan harga yang
berpatutan membuatkan kami sentiasa look forward to waktu makan. Sudah
pasti kami makan di Restoran Nasi Padang dan Restoran Ayam Penyet. Kami
juga dibawa makan di Warkop (warung kopi) dan di tepi jalan untuk makan
kuey tiaw. Di sini terdapat mat-mat motor dan smokers.

Pada suatu malam, kami telah menjamu pemandu kami di sebuah restoran
Pizza Hut yang dia jarang-jarang sekali dapat merasakan keenakan pizza.

95

Bicara Pada Akhir Usia

Kami juga telah berpeluang makan Cicah di tepi laut sambil menikmati
minuman air kelapa, bersantai menunggu masuknya waktu Zohor. Panorama
di tepi pantai ini sungguh indah.

Sepanjang berada di Banda Acheh ini, kami tidaklah banyak ber-shopping
kerana tujuan asal kami ke sini adalah untuk mengaji dan melawat tempat-
tempat yang dilanda Tsunami. Namun, kami tidak melepaskan peluang untuk
membeli makanan ringan seperti kuih muih kering, keropok dan biskut yang
sangat terkenal keluaran Roma iaitu Malkist Seaweed Biscuit Cracker dan
sudah tentu kopi Acheh. Kami juga tidak lupa membeli ubat-ubatan seperti
minyak angin dalam pelbagai aroma seperti lavender, green tea, dan lain-lain
yang harganya berpatutan, saiznya kecil dan sangat sesuai untuk dihadiahkan
kepada keluarga dan teman-teman.

Kesimpulannya, pengalaman kami mengikuti seminar dan pengajian kitab
bersama Sheikh Fahmi ini telah menyedarkan aku betapa luasnya ilmu agama
Islam. Aku nekad dan tidak akan berhenti menambah ilmu sehingga akhir
hayatku. InsyaAllah.

Aku sedar dan agak menyesal kerana di usia muda dahulu, tenagaku telah
ditumpukan untuk mencari ilmu bagi meningkatkan kerjayaku sebagai
seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan sentiasa komited untuk
memberikan khidmat yang terbaik kepada kumpulan sasar dimana sahaja aku
ditugaskan. Sangat sedikit masa yang diluangkan untuk menuntut ilmu agama.
Hanya setelah bersara barulah aku mengorak langkah bersungguh-sungguh
mencari ilmu dan mengikuti kelas-kelas di masjid-masjid dan menghadiri
seminar keagamaan anjuran pelbagai pihak, di samping mengumpul banyak
buku-buku agama untuk dibaca sebagai bekalan ke sana nanti.

Satu lagi pengalaman berharga yang aku telah perolehi semasa di Acheh,
duduk sebilik dengan sahabat-sahabatku yang sering bangun di akhir
sepertiga malam untuk melakukan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat,
Solat Witir dan berzikir serta membaca Al-Quran.Semasa mengembara ini,
kami mengambil kesempatan untuk solat di pelbagai masjid di Banda Acheh
yang memberikan kami banyak peluang untuk menderma di merata-rata
masjid, satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

96

Bab 4 • Passion

Semasa melawat tempat-tempat yang dilanda Tsunami, kami juga berpeluang
mendengar kisah tragedi dari mangsa-mangsa itu sendiri yang kami dapati
sangat cekal menghadapi ujian Allah.
Di sekitar Banda Acheh pula, kami melihat banyak papan tanda besar dengan
kata-kata yang sungguh indah seperti DAMAI ITU INDAH. Ini membuatkan kami
teruja sekali kerana dari cerita-cerita yang kami dengar sebelum berlakunya
Tsunami, masyarakat Acheh sering bergaduh dan berperang sesama sendiri
dan keadaan tidak tenteram. Selepas berlakunya Tsunami, mereka bersatu
dan sama-sama bangun untuk membina semula kehidupan mereka.
Kami juga mendapati masyarakat Acheh di bandaraya ini sangat bertoleransi
dan tenang semasa menggunakan jalanraya. Tidak ada bunyi deruman motor-
motor dan kereta yang bersilang-silang dan pemandu-pemandu yang garang
dan stress seperti di Kuala Lumpur. Kami tidak mendengar bunyi hon kereta
dan tidak kelihatan kelibat anak-anak muda menunggang motor laju dan
merempit. Sungguh membahagiakan memandu di sini.
Satu lagi yang kami lihat ialah ramainya gadis-gadis menunggang skuter,
comel-comel dan kurus-kurus belaka. Kami tidak pernah melihat orang Acheh
yang gemuk, mungkin kerana mereka perlu bekerja kuat dan tidak banyak
makan.

97

Bicara Pada Akhir Usia

Kami juga dimaklumkan bahawa Acheh
mengamalkan hukum Hudud. Aku
sangat berminat untuk bertemu dengan
Polis Syariah Acheh yang melaksanakan
hukum ini. Alhamdulillah, aku telah dapat
bertemu dengan saudara pemandu kami
yang bertugas sebagai Polis Syariah.
Dari penjelasannya, barulah aku
sedar mengapa tidak kelihatan remaja
berpeleseran di Banda Acheh dan juga
tidak ada night life. Yang ada hanyalah
Warkop yang dipenuhi oleh orang muda
lelaki yang duduk-duduk dan minum kopi
ditempat-tempat itu.

Kami juga menyedari bahawa tragedi Tsunami ini juga telah akhirnya dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat Acheh kerana mereka mempunyai banyak
peluang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti para wisata dengan menggunakan
pengalaman mereka sebagai mangsa tragedi itu.

Mereka juga dapat mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan mengambil iktibar
dari kejadian itu, sambil mentadabbur surah-surah dari Al-Quran yang banyak
menceritakan kuasa Allah SWT serta kejadian- kejadian alam dan hari Kiamat
yang bakal terjadi.

Aktiviti-aktiviti yang berlandaskan agama ini boleh dimanfaatkan oleh para
ustaz dan ustazah untuk membawa jemaah mereka dalam sebuah Kembara
Ilmu ke Acheh dan tidak semata-mata sebagai aktiviti pelancongan.
Kami telah dapat satu pengalaman yang sungguh luar biasa sekembalinya
dari Acheh. Sambil itu kami bermuhasabah diri dan menanamkan azam untuk
menjadi umat Islam yang beriman, bertaqwa dan belajar melihat dengan
menggunakan mata hati, INSHAALLAH.

98

Bab 4 • Passion

KEMBARA U.K.E 2.0 DAN
PELAYARAN KAPAL STAR CRUISE

P ada 7 Februari 2015 aku telah mengikuti satu program keagamaan
anjuran Ustaz Kazim Elias di atas kapal Star Cruise yang belayar dari
Pulau Pinang ke Langkawi, kemudian ke Phuket Thailand, kembali semula
ke Pulau Pinang. Aku dan dua orang sahabat bersama-sama lebih seribu
penumpang yang terdiri daripada peminat-peminat Ustaz Kazim Elias, sangat
teruja mengikuti pengajian di atas kapal ini. Pelbagai program telah kami ikuti
diantaranya; solat berjemaah, ceramah-ceramah agama, zikir dan Qiamullail.

Setiap kali sebelum waktu Subuh, kira-kira jam 3.30 pagi, semua peserta siap
sedia di Deck No. 9 untuk melakukan Qiamullail sehingga waktu Subuh. Kami
melakukan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan Witir di selangselikan
dengan zikir, bermunajat di tengah-tengah samudera, berbumbungkan langit
dan dihembus bayu pagi yang sejuk tapi nyaman. Tidak dapat aku bayangkan
betapa syahdunya laungan azan di tengahtengah samudera itu. Hati kami
bergetar dan terasa sungguh dekat dengan Pencipta.

Pelayaran ini singgah di Langkawi, dan kami beramai-ramai turun menaiki bas
menuju ke Pusat Sukan Langkawi di mana terdapat masyarakat tempatan telah
sedia menanti, rupa-rupanya untuk mendengar ceramah khas Ustaz Kazim
Elias. Selepas makan tengahari, kami pun dibawa shopping di Kompleks Haji
Ismail untuk membeli-belah walaupun dalam masa yang sangat singkat.

Lokasi kedua kami singgah di Phuket, Thailand di mana pihak penganjur
telah juga menjemput masyarakat tempatan untuk menerima kedatangan
kami. Kami mendapati masyarakat setempat, orang-orang Muslim Thailand
bersusah payah mengadakan gerai-gerai jualan cenderamata dan makanan.
Program juga diselitkan dengan ceramah-ceramah dan ucapan dengan suatu
acara khas memperkenalkan seorang gadis bernama Aisyah yang rupa-
rupanya keturunan ke-7 Mahsuri.

99

Bicara Pada Akhir Usia

Pada keseluruhannya, pelayaran ini telah banyak memberi kesan kerana
bukan sahaja kami mendapat ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek agama
yang diberi oleh Ustaz Kazim Elias dan abangnya Datuk Mohd Najmudin, kami
juga berpeluang menjalin persahabatan dengan pesertapeserta yang datang
bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga dari Singapura dan Brunei.

Pengajian dalam pelayaran seperti ini sangat sesuai diadakan kerana memberi
nafas baru dalam usaha kita menambah ilmu pengetahuan agama dengan
cara yang berlainan dari biasa. Di dalam pelayaran ini juga, kita mempunyai
banyak peluang melihat keindahan alam langit yang terbentang luas dengan
bintang-bintang yang bergemerlapan dan bulan yang mengambang di tengah-
tengah samudera sambil ditiup angin sepoi- sepoi bahasa, melihat dan
menghayati keindahan alam dan Signs of the Creator.
SUBHANAALLAH.

PENGAJIAN AKBAR
KITAB BUSTANUL ARIFFIN

P ada bulan Disember 2015, aku bersama sahabat-sahabatku yang
sehati dan sejiwa yang menggelarkan diri kami GegirlT telah
menghadiri pengajian Akbar Kitab Bustanul Ariffn di Pondok Pesantren
Yassin di Banjar Baru, Kalimantan Selatan, Indonesia. Selama tiga hari mulai
jam 8 pagi, kami dibimbing oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari,
membaca dan mentelaah kitab yang bertajuk Bustanul Ariffn, yang bermakna
taman orang-orang yang Ariffn.
Kitab ini karangan Imam An-Nawawi mengandungi banyak nasihat dan tunjuk
ajar yang tidak ternilai harganya terutama bagi mereka yang berusaha menuju
ke arah ma’rifat Allah yang sebenarnya.

Kaedah yang digunakan dan sesi -sesi ini sangat senang diikuti kerana salah
seorang anak murid Sheikh Fahmi akan membaca setiap muka di dalam kitab

100

Bab 4 • Passion

ini dengan teliti. Sheikh Fahmi kemudiannya memperjelaskan setiap nasihat
yang tercatit di dalam kitab ini.

Kitab ini sebenarnya telah diterjemahkan sendiri oleh Sheikh Fahmi.
Pemahaman isi kandungan kitab ini, jika betul-betul dihayati, dapat menerangi
jalan ke arah menuju ma’rifat Allah SWT yang sangat memerlukan kepada
ilmu pengetahuan, mujahadah, dan kesabaran. Di dalam bab kedua, kami
mempelajari hadith-hadith pilihan yang merupakan asas agama Islam, di
antaranya:
1. Jangan membuat bidaah dalam agama
2. Tinggalkan yang ragu
3. Iman dan cinta sesama manusia
4. Saling tolong-menolong dan nasihat-menasihati
5. Bagaimana menguasai cinta Allah dan cinta manusia
6. Berbuat baik dalam segala keadaan
7. Kelebihan sifat malu
8. Taqwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman
9. Istiqamah dalam berbuat taat

Pada keseluruhannya, semasa berada di sini, kami mendapati suasana di
sekitar Pesantren Yassin ini sangat tenang dan damai. Kawasannya lapang
dan dilengkapi dengan infrastruktur yang baik.

Di sebelah malamnya, kami sering melawat gerai-gerai yang menjual
makanan dan kitab-kitab yang di dirikan khas sempena pengajian AKBAR
ini. Semasa makan di gerai-gerai inilah kami mengambil kesempatan
berkenalan dengan orang-orang tempatan terutama sekali para remaja
yang sedang mengikuti pengajian di sini. Kami sungguh gembira apabila
mengetahui terdapat sekumpulan remaja dari Malaysia yang belajar di
pesantren ini. Sambil berkenalan itu, aku memberi nasihat kepada mereka
agar belajar bersungguh-sungguh dan dapat membawa balik ilmu yang
boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Mereka merasa
sungguh gembira dapat berjumpa dan beramah mesra dengan kami.

Selepas beberapa hari di sini, kami pun berangkat ke tempat lain iaitu ke Balik
Papan, dan seterusnya ke Samarinda menaiki kereta sewa.Perjalanan dari Balik

101

Bicara Pada Akhir Usia

Papan ke Samarinda pula mengambil masa hampir 3 jam, melalui bukit bukau
dan kampung-kampung. Di pertengahan jalan, kami sempat singgah di sebuah
masjid untuk menunaikan solatAsar.Aku sungguh terkejut apabila melihat nama
masjid itu – Masjid Cheng Ho. Lewat petang itu, kami pun sampai ke Samarinda.
Sepanjang hidupku, terutama sekali ketika remaja, aku sering mendengar lagu
Samarinda. Sebuah lagu Indonesia yang sangat popular ketika itu. Jauh di
sudut hatiku, aku menyimpan cita-cita untuk sampai ke Samarinda. Alangkah
gembiranya hati apabila menjejakkan kaki semasa sampai di Bandaraya
Samarinda.

Malam itu, kami telah ke Pusat Konvensyen Islam, Bandaraya Samarinda.
Sebuah bangunan yang besar dan gah. Pada malam tersebut, kami mendapati
hampir seribu orang yang seratus peratus terdiri daripada masyarakat
tempatan, telah hadir. Malam itu, Sheikh Fahmi telah mengupas kitab Ayyuhal
Walad (wahai anakku yang tercinta) karangan Imam Al-Ghazali yang telah
diterjemahkan oleh Sheikh Fahmi sendiri ke dalam bahasa yang lebih senang
untuk difahami.

Kitab ini mengandungi 25 buah nasihat diantaranya:
1. Waktu itu adalah kehidupan
2. Ikhlaskan niatmu
3. Hakikat hidup, cinta dan amal
4. Tinggikan cita-citamu, lawanlah nafsumu, dan buatlah bekalan akhirat
5. Carilah guru yang mursyid
6. Hakikat tawakkal
7. Hakikat ikhlas
8. Hakikat riak

Kami juga telah mempelajari 3 hadith Musalsal, iaitu hadith yang diriwayatkan
dengan cara tertentu, diterima oleh murid dari gurunya, dan terus bersambung
sampai ke penghujung sanad. Kami difahamkan, cara ini akan bertambah
keberkahan dalam periwayatan hadith tersebut kerana murid mendapat kaiyat
yang telah diwariskan yang bersambung sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Semua yang mengikuti pengajian ini telah menerima ijazah yang diijazahkan
oleh Sheikh Fahmi yang menandatangani setiap ijazah yang diberi kepada
semua yang mengikutinya.

102

Bab 4 • Passion

Pada keseluruhannya, kami telah mengikuti pengajian ini dengan tekun sekali.
Sepanjang berada di Banjar Baru, Banjar Masin, Balik Papan, dan Samarinda.
Kami tidak mempunyai waktu yang banyak untuk membeli-belah disebabkan
pengajian yang sangat fokus menyebabkan kami agak keletihan dan perlu
berehat di antara jam 2-4 petang setiap hari. Pengajian di sambung selepas
waktu Asar, sampai selepas waktu Isyak.

Pengalaman kami kali ini sungguh luar biasa kerana kami merantau ke
empat tempat yang berasingan dan telah membuka minda kami untuk terus
mendalami ilmu agama walaupun perlu merantau jauh ke negeri asing.
Semoga Allah SWT memberikan kami kesihatan yang berpanjangan dan
sentiasa bersemangat untuk terus menambah ilmu sebagai bekalan ke sana
nanti…..

BANDUNG OH BANDUNG

B eberapa tahun yang lalu, aku bersama temanku, telah mengikuti kembara
ilmu bersama seorang ustazah terkenal, ke Bandung, Indonesia selama
4 hari 3 malam.

Seperti biasa, tanpa berkir panjang, aku terus bersetuju kerana program ini
adalah program pengajian yang dikelolakan oleh seorang pendakwah terkenal
di Indonesia dan juga di Malaysia, namanya Ustaz Aa Gym. Maka terbanglah
kami dengan menaiki pesawat MAS bersama rombongan Malaysia menuju ke
Bandung, Indonesia.

Sesampainya kami di sana, satu sesi Taaruf telah diadakan untuk
memperkenalkan diri masing-masing. Kami tinggal di sebuah hotel di dalam
kawasan Pesantren yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Di kawasan
ini ada masjid, ada rumah-rumah penginapan, ada Sekolah Tahz dan tidak
ketinggalan kompleks membeli-belah. Kawasan pesantren ini sangat luas
dan di bawah pentadbiran satu jawatankuasa yang menggabungkan semua
pesantren dalam daerah Bandung. Pengerusi jawatankuasa itu ialah Ustaz
Aa Gym.

103

Bicara Pada Akhir Usia

Pada hari pertama, seawal jam 3.30 pagi, kami telah mengikuti solat
berjemaah serta sesi Qiamullail dan kuliah khas yang dibimbing oleh Ustaz
Aa Gym sendiri. Yang menariknya, ceramah beliau sangat santai dan kami
dapati masjid di mana sesi ini diadakan penuh dengan masyarakat tempatan
terutama sekali generasi muda. Selepas sarapan pagi di hotel, kami telah
dibawa melawat sebuah tahfiz di mana terdapat ratusan remaja sedang
mengikuti kursus hafazan.

Satu lagi program yang sangat menarik hati ialah kami telah dibawa melawat
sebuah kawasan pelancongan di sebuah tasik yang sungguh indah lengkap
dengan tempat makan dan tidak ketinggalan kedai-kedai menjual cenderahati.
Keesokan harinya, kami dibawa ke kawasan peranginan di atas bukit.
Program di situ juga di isi dengan kuliah agama. Yang menariknya, ceramah
itu diakhiri dengan suatu persembahan musik oleh sekumpulan pemuda yang
mempersembahkan lagu-lagu bertemakan keagamaan. Aku sempat bertanya
kepada pemuzik itu samada semasa mereka bermain muzik, mereka masih
ingat pada Allah SWT. Jawapan mereka menguatkan lagi pendirianku
bahawa muzik tidak semestinya menuju ke arah sesuatu yang melalaikan. Ia
terpulanglah kepada tuan badan itu sendiri. Jika iman kuat, bermain muzik
pasti tidak menyebabkan kita lalai dan tidak mengingati Allah!

Semasa mengikuti program ini, peserta-peserta berkesempatan bergambar
dengan Ustaz Aa Gym sendiri sementara Jemaah wanita pula berkesempatan
menghadiri satu sesi khas bersama ustazah, isteri Ustaz Aa Gym yang
mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang agama.

Suatu perkara yang sangat menyeronokkan dalam program kembara ilmu
kali ini, ialah kami mengikuti pelbagai aktiviti yang kreatif. Sementara itu,
semasa menaiki bas, bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, sepanjang
perjalanan itu, diadakan pula sesi Tanyalah Ustaz/Ustazah. Ini membuatkan
perjalanan itu tidak membosankan bahkan sangat bermanfaat dari segi
penambahan ilmu keagamaan.

Kesimpulannya, aku akan terus menambah ilmu keagamaan dalam pelbagai
bentuk dan cara di dalam dan luar negara, mengisi dadaku dengan ilmu
sebagai persediaan untuk ke sana nanti. Semoga Allah SWT memberikan
kesihatan untuk aku terus istiqamah memburu ilmu hingga ke akhir hayat.
Aamiin.

104

Bab 4 • Passion

MENJADI TETAMUMU
TANPA JEMU-JEMU

S yukur Alhamdulillah aku dikurniakan Allah rezeki dapat mengerjakan
Umrah lebih dari sekali. Setiap kali mengerjakan Umrah, berbagai
pengalaman telah ku alami.Aku masih ingat ketika rombongan kami melakukan
ziarah ke Masjidil Aqsa sebelum mengerjakan Umrah, kami telah memasuki
Palestin melalui Jordan.

Lazimnya, rombongan yang melalui Jordan akan menghadapi berbagai
cabaran terutamanya menunggu begitu lama untuk masuk ke Depoh Imigresen.
Namun kami sungguh bertuah kerana tidak menunggu lama dan dapat masuk
dalam waktu yang singkat dan pemeriksaan Imigresen juga sangat mudah.

Kami dibawa mengunjung Jericho, sebuah kawasan perkampungan orang
Islam yang sangat terkenal. Kami telah menginap di sebuah hotel yang agak
mewah. Semasa tinggal di hotel ini selama dua malam, kami merasa agak
gusar walaupun kami berada di kawasan zon pertama yang penduduknya
majoriti Islam. Kami sentiasa merasakan kehadiran Tentera Israel yang
lengkap dengan senapang yang sentiasa mengawasi setiap pergerakan kami.

Kami menyedari bahawa negara Malaysia tidak mempunyai hubungan
diplomatik dengan Israel dan kami mengambil risiko jika berlaku perkara-
perkara yang tidak diingini kami tidak akan dapat diselamatkan.

Kami sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah dapat solat
berjemaah pada waktu Maghrib, Isyak dan Subuh di Masjid Aqsa. Malam itu
pula jatuh pada hari Khamis malam Jumaat. Kami juga telah dapat masuk
ke sebuah bilik di bawah tanah di Masjid ini dimana diriwayatkan Baginda
Rasulullah S.A.W telah melakukan Mikraj dalam episod Israk dan Mikraj.
Kami dapat melihat sebuah batu yang besar tergantung di bumbung bilik itu.
Diriwayatkan bahawa batu itu ingin mengikuti Baginda Rasulullah semasa
Mikraj.

105

Bicara Pada Akhir Usia

Semasa kami meninggalkan Palestin, kami sangat teruja kerana dibawa ke
tepi pantai Laut Mati. Banyaklah kisah-kisah mengenai Laut Mati yang dicerita
oleh pemandu pelancong kepada kami.
Bercerita tentang Umrah pula, berbagai pengalaman telah ku lalui, dan yang
paling ku ingat ialah semasa mengerjakan tawaf menggunakan motor scooter
di tingkat atas Masjidil Haram, mengerjakan Sai juga menggunakan scooter.
Sewaktu di Masjid Nabawi pula, dengan mengunakan kerusi roda, peluang
aku masuk ke Raudah adalah lebih senang dan lebih mudah. Jemaah Wanita
lazimnya menunggu berjam-jam mengikut giliran untuk masuk ke Raudhah.
Aku bersyukur sangat kerana dapat melakukan solat sunat dan berdoa
bersungguh-sungguh dikawasan Raudhah ini tanpa diganggu oleh Jemaah
lain kerana aku menggunakan kerusi roda.
Begitu juga, aku sangat bernasib baik kerana dengan menggunakan kerusi
roda, aku dapat solat berjemaah setiap waktu di dalam Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi.
Walaubagaimanapun, aku sangat teruja terutama sekali diwaktu solat Subuh.
Jemaah perlu menunggu waktu Subuh berjam-jam dan aku sering menghadapi
masalah mengekalkan wuduk terutama sekali jika perlu menggunakan tandas
perempuan yang letaknya jauh diluar masjid. Jika itu berlaku aku hanya
mampu mengerjakan solat di kawasan lapang di luar Masjid.
Aku berdoa agar dapat mengerjakan Umrah lagi dan kerinduan ku dapat
terubat jua.

106

Bab 4 • Passion

BERBAKTI UNTUK MASYARAKAT

S eperti yang kita sedia maklum, apabila kita bercakap mengenai
passion, kita sering mengaitkannya dengan hobi. Namun, ada satu
lagi perspektif yang ingin ku ceritakan iaitu minatku yang mendalam terhadap
berbakti kepada masyarakat. Sama ada melalui berbagai-bagai persatuan
sukarela atau secara persendirian.

Di antara aktiviti yang ku lakukan selama puluhan tahun adalah melibatkan
diri dalam berbagai-bagai persatuan. Aku masih ingat lagi semasa masih
berkhidmat di salah sebuah agensi kerajaan. Aku terlibat dalam penubuhan
PUSPANITA, sebuah persatuan sukarela yang melibatkan pegawai-pegawai
dan kakitangan wanita serta isteri pegawai-pegawai dan kakitangan di sektor
awam. Semasa berkhidmat dahulu, aku memang terkenal sangat aktif
menggerakkan PUSPANITA di kementerian-kementerian dan jabatan tempat
aku bertugas.

Aku juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden NCWO, sebuah badan
gabungan persatuan-persatuan sukarela Wanita diperingkat kebangsaan.
Selain itu, aku juga pernah dilantik menjadi Naib Presiden Puteri Islam, sebuah
organisasi yang melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.
Di akhir-akhir usia ini, minat untuk berbakti kepada masyarakat masih
membara. Salah satu jawatan yang masih ku sandang sejak tahun 2005
hingga kini ialah sebagai Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia
(PSWM). Aku merupakan salah seorang founder member persatuan ini yang
telah ditubuhkan pada tahun 1979.

Selama 40 tahun berkecimpung menggerakkan persatuan ini, aku telah
memegang jawatan Ahli Lembaga (EXCO), Setiausaha, Naib Yang Dipertua
dan Yang Dipertua.

Bertahun-tahun lamanya aku bersama-sama rakan-rakan menggerakkan
berbagai-bagai aktiviti diantaranya berpuluh-puluh kem kanak-kanak, remaja,

107

Bicara Pada Akhir Usia

juvana dan wanita telah kuanjurkan, juga ceramah-ceramah, seminar-seminar,
forum-forum yang meliputi berbagai-bagai bidang.

Sejak 10 tahun yang lalu, salah satu program besar yang kuanjurkan ialah
program yang dinamakan Kau Sumber InspirasiKu (KSIK) yang melibatkan tiga
orang pemuda cacat penglihatan, Dinie Rashid, Rashidi Abdullah dan Khairil
Azreen. Aku juga terlibat mengadakan program-program untuk wargaemas
dan mahasiwa-mahasiswi universiti.

Minatku membuat kerja-kerja sukarela juga melibatkan orang kurang upaya
khasnya OKU Penglihatan. Aku menyandang jawatan Vice Presiden Majlis
Bagi Orang Buta Malaysia (MAB). Berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan
OKU Penglihatan seperti penganjuran pertandingan Battle of The Band
di kalangan OKU Penglihatan, kursus-kursus, seminar telah kuanjurkan
bersama-sama teman-teman. Aku juga pernah terlibat dalam satu aktiviti yang
sangat menyeronokkan iaitu membacakan buku-buku untuk dijadikan cakera
padat.

Pada hujung tahun 2019 yang lalu, aku mengorak langkah untuk mewujudkan
sebuah yayasan – Yayasan Nur Inspirasi, yang bertujuan untuk mengadakan
program dakwah khusus untuk juvana, banduan muda dan wanita yang
berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Begitulah bersemangatnya aku untuk terus berbakti kepada masyarakat. Jika
dahulu aku akan mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak, membawa kereta sendiri, mengadakan program di segenap kawasan
bandar dan luar bandar, namun dengan datangnya pandemik, semua aktiviti-
aktiviti ku terpaksa dilaksanakan secara maya.

Aku tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk memperlahankan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan, bahkan aku masih berazam untuk menggunakan
platform media sosial untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia. Salah satu
inisiatif yang sedang ku rancang ialah untuk berkolabirasi dengan generasi
muda melalui siri program inspirasi menggunakan medium podcast.

Semoga Allah mengurniakan aku semangat waja untuk terus berbakti kepada
generasi muda khasnya dan masyarakat Malaysia am-nya.

108

Bab 4 • Passion

KENANGAN DI ACHEH

109

Bicara Pada Akhir Usia

KENANGAN DI
BUSTANUL ARIFFIN

110

Bab 4 • Passion

KENANGAN DI SOUTH AFRICA
(CAPETOWN)

111

Bicara Pada Akhir Usia

KENANGAN BERSAMA
GEGIRL-T

112

Bab 4 • Passion

KENANGAN MENCARI ILMU
BERSAMA USTAZAH-USTAZAH

113

Bicara Pada Akhir Usia

KENANGAN DI
MEKAH

114

Bab 4 • Passion

KENANGAN DI
GUA MULU, SARAWAK

115

Bicara Pada Akhir Usia

KENANGAN DI
MEKAH

116

Bab 4 • Passion

AKTIVITI-AKTIVITI
YAYASAN NUR INSPIRASI

117

Bicara Pada Akhir Usia

MALAYSIAN ASSOCIATION
FOR THE BLIND (MAB)

118

Bab 4 • Passion

AKTIVITI BERSAMA PERSATUAN
SISAWAZAH WANITA MALAYSIA (PSWM)

119

Bicara Pada Akhir Usia

AKTIVITI BERSAMA PERSATUAN
SISAWAZAH WANITA MALAYSIA (PSWM)

120

Bab 4 • Passion

AKTIVITI BERSAMA PERSATUAN
SISAWAZAH WANITA MALAYSIA (PSWM)

121

Bicara Pada Akhir Usia

AKTIVITI BERSAMA PERSATUAN
SISAWAZAH WANITA MALAYSIA (PSWM)

122

Bab 4 • Passion

Pesan Ummi

“Setiap dari kita hendaklah mempunyai sesuatu
minat yang mendalam yang boleh digunakan
sebagai inspirasi dalam kehidupan.”

123

Bicara Pada Akhir Usia

124

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

Bab 5

Anak-Anak Ummi

125

Bicara Pada Akhir Usia

Dalam hidup berjuta wajah yang akan kau jumpa.
Berjuta juga detik manis dan pahit akan dirasa.

Tetapi semuanya akan tertinggal di belakang walaupun
Hati berkuat untuk membawanya berjalan sama.
Tiada perjalanan yang tiada catatan kenangan.

Tiada kenangan yang terhasil tanpa tenaga dan kasih sayang.
Maka ketahuilah sayang ini terjadi tanpa sebarang alasan yang terang.

Cuma naluri yang menjadikan manusia itu mahu
Memeluk untuk menjadikan jiwa si anak berasa tenang.
Hidup ini tidak perlu mencipta rekod siapa yang paling akan dikenang.
Sayang yang dibalas tak perlu dijumlahkan takut nanti

Jadi kecewa dengan bilangan.
Rasa yang dilabur tak akan sama hasilnya seperti
Melabur balas-membalas itu cuma Tuhan yang tahu

Waktunya nanti ataupun sekarang.

Nukilan Rashidi Abdullah

126

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

Bab ini, aku dedikasikan untuk semua remaja yang berada di:

• Sekolah-Sekolah Integriti di bawah Jabatan Penjara, yang sekarang
dikenali sebagai Pusat Koreksional di seluruh Malaysia

• Sekolah-Sekolah Tunas Bakti yang menjalani hukuman, di Asrama-Asrama
akhlak dan di Rumah Kanak-Kanak yang semuanya merupakan institusi-
institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

• Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta
• Kolej-Kolej Vokasional, Kolej-Kolej Komuniti dan Kolej-kolej lain
• Mahasiswa-Mahasiswi dari IPTS dan IPTA
• Dalam komuniti, di Kawasan-kawasan panas di Lembah Klang dan di

Kawasan-kawasan rukun tetangga
• Rumah-Rumah Anak Yatim dan Miskin
• Pelatih-pelatih OKU yang menjalani latihan di Gurney Training Centre di

bawah Malaysian Association for the Blind
dan
• Graduan-Graduan muda serta orang-orang muda yang sedang berkhidmat

di Sektor Awam atau Swasta
dan yang mengenali ummi bermula pada tahun 1971 hingga kini

Kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, rakyat
Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, dan mereka yang terjebak dalam
kancah jenayah, maksiat hinggalah kepada pelajar-pelajar pintar di sekolah-
sekolah terkenal yang merupakan bakal pemimpin negara di masa akan
datang.

127

Bicara Pada Akhir Usia

Pelbagai program dan aktiviti telah aku laksanakan samada di bawah naungan
Persatuanku atau semasa berkhidmat di sektor awam dahulu ataupun secara
persendirian. Ini semua adalah atas dasar kasih dan sayangku terhadap
generasi muda, yang merupakan pelapis pemimpin negara masa depan dan
bakal menjadi ketua keluarga yang perlu menyiapkan diri untuk mengambil
alih tugas dan peranan ini, demi masa depan mereka dan negara Malaysia
tercinta.
Aku sangat bertuah kerana sepanjang puluhan tahun itu, aku dibantu oleh
teman-teman dan sahabat-sahabat yang sehati sejiwa denganku dalam
menyantuni generasi muda. Ada diantara mereka yang turut serta dalam
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang aku rancang dan ada
pula yang membantu dengan sentiasa bersedia menghulurkan wang ringgit,
menyahut seruanku dalam usaha untuk ‘Berkongsi Pahala.’
Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman dan sahabat-
sahabatku di atas kesudian kalian dalam menjayakan usaha-usaha murni ini.
Semoga Allah mengurniakan kita semua ganjaran yang setimpal. Amin ya
Rabbal alamin.

128

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

ANAK-ANAKKU YANG DIKASIHI

Di Kuala Lumpur, terdapat sebuah rumah kanak-kanak di mana aku telah
dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pelawatnya. Di sini terdapat beratus-
ratus kanak-kanak, dari yang baru lahir hingga berumur 12 tahun, pelbagai
kaum, lelaki dan perempuan. Kanak-kanak ini dari pelbagai latar belakang,
ada yang dijumpai oleh Pegawai-Pegawai Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, di tempat-tempat awam, dibuang oleh ibu ayah dan
keluarga, ada yang menjadi mangsa keganasan dan ada juga yang menjadi
rebutan antara ibu bapa yang bercerai dan dimasukkan ke sini oleh jabatan
yang berkenaan sementara menanti keputusan mahkamah.

Semasa menjadi Pengerusi di sini, aku sering meluangkan masa untuk
menyantuni anak-anak ini. Hatiku sentiasa sedih dan sayu melihat mereka
dengan pelbagai gelagat dan kelakuan. Disamping menjalankan tugas
sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat yang sentiasa mencari jalan dan
berusaha membaiki perkhidmatan untuk kesejahteraan kanak-kanak di sini,
aku sering mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai program
untuk menceriakan kehidupan mereka.

Aku masih ingat, menggubal satu program untuk membawa pelajar-
pelajar dari sebuah sekolah menengah tingkatan 3 selepas selesai mereka
menduduki peperiksaan PMR. Program ini bertujuan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar sekolah untuk membuat kerja-kerja sukarela. Pelawaan aku
kepada pelajar-pelajar ini melalui kaunselor sekolah itu mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan. Seramai 60 orang pelajar mengambil bahagian
untuk menyertai program selama 4 hari. Setiap hari, 15 orang pelajar akan
dibawa ke rumah kanak-kanak ini untuk mengadakan program menyantuni
adik-adik di sini.

Setiap hari, aku menetapkan tema yang berbeza seperti sukan dan rekreasi,
membaca dan bercerita, melukis, mewarna dan kuiz Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Setiap hari, program bermula dengan abang-abang dan

129

Bicara Pada Akhir Usia

kakak-kanak minum pagi secara berkelah/
picnic di taman rumah kanak-kanak ini.
Makanan dan minuman untuk picnic ini
disediakan oleh pihak sekolah sebagai
sumbangan abang-abang dan kakak-
kakak untuk menjayakan program ini.
Selepas berkelah, adik-adik akan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti mengikut tema yang
telah ditetapkan. Makan tengahari pula
disediakan oleh rumah kanak-kanak
yang mendapat sumbangan dana yang
aku usahakan. Abang-abang dan kakak-
kakak makan bersama sama adik-adik
dan kemudian mengemas tempat makan,
membasuh pinggan dan cawan dan menyapu ruang makan tersebut. Adik-
adik kemudiannya dibawa ke bilik untuk dimandikan dan kemudian ditidurkan
oleh kakak-kakak dan abang-abang. Semua aktiviti ini diselia oleh kakitangan
rumah kanak-kanak ini. Selepas makan tengahari, abang-abang dan kakak-
kakak akan aku bawa ke surau untuk solat Fardhu Zohor berjemaah. Sepanjang
program ini dilaksanakan, jelas kelihatan keakraban yang terjalin antara
abang-abang dan kakak-kanak dengan adik-adik ini. Aku sering menitiskan
air mata melihatkan kasih sayang yang terjalin di antara kedua-kedua belah
pihak. Program ini diakhiri jam 3 petang dengan sesi perpisahan yang sangat
syahdu.

Pada hari ke-5, aku berkunjung ke sekolah untuk sesi khas penilaian program.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana berjaya menanamkan benih-benih kasih
sayang di antara pelajar-pelajar ini dengan adik-adik yang mereka santuni.
Dalam sesi ini semua pelajar didapati telah terkesan dengan program ini.
Apabila mengenangkan program yang aku laksanakan itu, aku berdoa semoga
suatu hari nanti, aku berpeluang lagi untuk mengadakan program seperti ini,
INSYAALLAH.

130

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

SEDIH DAN PILU

S ejak beberapa bulan di awal tahun 2011, aku bersama beberapa orang
teman yang sangat prihatin terhadap kanak-kanak dan remaja dengan
sukarela mencadangkan kepada suatu Majlis Penasihat bagi Kanak-Kanak,
kesanggupan kami untuk menjalankan satu kajian untuk melihat dan mengkaji
keadaan kanak-kanak dan remaja yang sedang di tahan reman di tempat-
tempat tahanan di bawah Jabatan Penjara Malaysia, di institusi-institusi
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, dan di lokap-lokap PDRM.

Kami telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dari Selatan,
Utara, dan Pantai Timur, juga di kawasan Lembah Klang serta Sabah dan
Sarawak. Tugas kami adalah berat kerana kami perlu menemubual mereka
menggunakan borang soal selidik yang mengandungi pelbagai soalan dari
latar belakang keluarga, pendidikan dan juga kisah yang menyebabkan
mereka terjebak dalam kancah jenayah.

Mereka terdiri daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. 90% daripada
mereka terdiri dari lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apa
yang sangat membimbangkan ialah meningkatnya jumlah yang terlibat
dalam penyalahgunaan dadah samada menggunakannya atau yang lebih
membimbangkan ialah yang menjualnya Dadah ini pelbagai jenis seperti
ganja, pil kuda, ice hingga ke heroin.

Satu lagi perkara yang menyedihkan ialah mereka tidak suka ke sekolah
dengan alasan malas dan suka ponteng hingga mereka dibuang sekolah.
Yang sangat memilukan aku juga adalah aspek dan tahap kefahaman tentang
agama. Ramai di kalangan mereka tidak ada asas agama yang kukuh. Agama
pada mereka ialah melakukan ritual seperti solat dan puasa sahaja, itupun
sekali sekala. Bila ditanya tentang kefahaman, kebanyakan mengatakan
mereka tidak faham apa yang dibaca, samalah juga jika ditanya tentang
rukun Islam, mereka hanya menghafal tanpa memahami maksud dan falsafah
disebalik setiap rukun itu.

131

Bicara Pada Akhir Usia

Pada umumnya, aku menyimpulkan cara kita mengajar agama sering
mementingkan rukun dan ibadah. Kita kurang menekankan pengajaran
akidah. Pakar-pakar Pendidikan dan ilmuan pada pendapatku perlu membuat
kajian mendalam mengapa kanak-kanak remaja lelaki khasnya, terlalu ramai
tercicir di alam persekolaan. Apakah sebabnya mereka bosan dan malas ke
sekolah. Di samping itu, pihak-pihak yang berkaitan dengan perancangan dan
perlaksanaan program-program keibubapaan perlu menitik beratkan aspek
komunikasi dan kemahiran interpersonal antara anak-anak dan ibu bapa.
Rumusan ini adalah kerana didapati kebanyakan mereka mengatakan ibu bapa
mereka tidak mempedulikan mereka. Apabila ditanya, mereka menjelaskan
semasa menjalani hukuman, ibu bapa mereka langsung tidak datang melawat
mereka.

Berasaskan senario inilah aku mengambil keputusan untuk mendedikasikan
hidupku untuk mendekati dan menyantuni para remaja yang menjalani
hukuman samada di penjara-penjara atau di institusi-institusi JKM atau di
sekolah-sekolah di kawasan-kawasan panas khususnya di Lembah Klang.
Aku menganggap setiap dari mereka adalah anak-anakku yang perlu
disayangi dan diberi peluang kedua terutama sekali sebagai lelaki, mereka
akan mengetuai keluarga apabila dewasa nanti. Mereka perlu menyediakan
diri untuk menjadi khalifah dalam keluarga.

Semoga Allah mengurniakan aku kesihatan dan kecerdasan minda untuk
terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan untuk anak-anakku yang sangat
disayangi ini. Aamiin.

132

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

ANTARA ISTANA DAN LOKAP

B eberapa tahun yang lalu, aku telah berhadapan dengan satu situasi yang
luar biasa, yang sebelum ini belum pernah aku alami. Ia berkenaan
dengan bagaimana hendak membuat keputusan yang baik dan apakah dia
nilai-nilai yang perlu digunakan semasa membuat keputusan tersebut. Nilai-
nilai tersebut lazimnya ditambah dengan passion yang sedia ada di dalam
sanubariku terhadap generasi muda yang telah menghasilkan keputusan
yang terbaik bagiku, walaupun mungkin tidak kepada orang lain.

Aku dan beberapa orang rakan merupakan aktivis dan peng-advocate
kanak-kanak dan sentiasa bersedia menerima tanggungjawab samada atas
inisiatif sendiri ataupun ditugaskan oleh pihak-pihak yang berkaitan, untuk
mengadakan lawatan ke lokap-lokap polis, penjara-penjara dan institusi-
institusi akhlak di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Tugas kami
adalah untuk menemubual remaja-remaja yang berada di tempat tahanan ini
untuk mengetahui latar belakang mereka, proses penangkapan mereka, dan
proses penghakiman yang telah mereka lalui sebelum ditempatkan di tempat-
tempat ini.

Objektif kajian ini ialah untuk memperbaiki proses pengadilan dan
mencadangkan kepada Menteri yang berkenaan alternatif yang sesuai kepada
remaja selain dihukum dan ditempatkan di institusi-institusi yang berkenaan.

Sepanjang lawatan ini, aku mengambil kesempatan untuk memberi tazkirah
kepada remaja yang beragama Islam dan sering menasihati mereka agar
bertenang dan berfikiran positif. Aku sering menekankan bahawa mereka
adalah the chosen one, yang dipilih oleh Allah SWT untuk direhatkan dari
melakukan kemungkaran di luar sana. Peluang memberi tazkirah ini sangat
berharga bagiku dan lazimnya aku menggunakan daya kreatifku untuk
menyentuh kalbu mereka dan sentiasa menyatakan harapan dan doaku,
semoga Allah SWT mengurniakan mereka hidayah-Nya untuk berubah
kembali ke jalan yang lurus, sedikit demi sedikit.

133

Bicara Pada Akhir Usia

Tiba-tiba, beberapa hari sebelum bertolak ke Sarawak untuk menjalankan
tugasan ini, aku menerima panggilan telephone dari seorang teman yang
menjemput aku untuk hadir bersamanya di Istana Negara untuk menghadiri
satu majlis yang gilang gemilang yang melibatkan semua Duli-Duli Yang Maha
Mulia, Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Besar. Aku
dijemput dan diberi penghormatan mempersembahkan sesuatu khazanah
berprestij bersama 4 orang pakar. Aku terpegun dan dalam sekelip mata
terus bersetuju tanpa berfikir panjang kerana ini adalah majlis bersejarah dan
peluang ini tidak akan aku dapat lagi di masa hadapan. Bayangkan aku akan
berhadapan dalam majlis yang sangat-sangat penting bersua muka dengan
Duli-Duli yang Maha Mulia, Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu dan Pembesar-
Pembesar Negeri. Perkara pertama yang melayang di fikiranku adalah baju
yang hendak dipakai, mesti cantik dan baru yang ketika itu ada tergantung di
dalam almari di bilikku.

Teman aku itu sungguh gembira mendengar keputusanku. Selesai sahaja
bercakap dengan temanku, aku terus berehat di atas katil.Tiba-tiba aku merasa
sedih dan tidak tenteram dan terus memikirkan semula keputusan yang telah
aku buat tadi. Aku terus menelefon beberapa orang teman rapatku dan
menceritakan tentang keputusan yang telah aku buat itu. Mereka menyatakan
itu adalah keputusan yang bagus dan merupakan satu hari dalam sejarah.
Kesemua mereka meyakinkan aku
bahawa itu adalah satu keputusan
yang wajar dan peluang keemasan
bagiku. Namun, aku masih tidak
gembira dan tidak aman.

Di saat itu, aku terbayang wajah
remaja dan banduan muda di
penjara-penjara dan di sekolah-
sekolah akhlak dan air mataku
mula menitis. Di saat itu, barulah
aku sedar, aku telah membuat
satu keputusan yang bertentangan
dengan jiwa dan naluriku dan selaras
dengan passion yang ada pada diriku

134

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

iaitu memperjuangkan hak-hak kanak-kanak dan remaja. Dengan pantas,
aku menelepon teman yang menjemput aku ke majlis Diraja itu dan terus
memaklumkan akan keputusanku.

Jelas daripada intonasinya temanku itu terkejut dengan alasan yg ku beri.
Akan tetapi dia memahami jiwaku dan menerima keputusan itu tanpa banyak
soalan.

AKU TELAH MEMILIH LOKAP DAN PENJARA DAN BUKAN ISTANA
NEGARA. Aku pasti Allah-lah yang telah memberiku hidayah untuk membuat
keputusan itu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kekuatan untuk
terus memperjuangkan nasib dan masa depan remaja dan generasi muda di
negara ini.

PROGRAM “WE CARE WE SHARE”
BERSAMA MAHASISWA MAHASISWI UITM,

FAKULTI MASS COMM DI SEKOLAH
INTEGRITI PENJARA KAJANG

P rogram yang dinamakan “WE CARE WE SHARE” melibatkan
mahasiswa mahasiswi dari universiti tempatan di bawah naungan
Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) yang mana aku menjadi Yang
Dipertua-nya sejak tahun 2005 hingga 2022.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan
mahasiswi untuk menyantuni banduan muda yang sedang menjalani
hukuman di Penjara Kajang. Lazimnya, bukanlah sesuatu yang senang untuk
masuk ke kawasan penjara untuk mengadakan program. Disebabkan oleh
hubungan baikku dengan pengurusan Penjara Kajang melalui tugas rasmiku
sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan
Perdana Menteri suatu ketika dahulu, maka program ini telah diluluskan

135

Bicara Pada Akhir Usia

untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua kumpulan yang terlibat iaitu mahasiswa
mahasiswi dan banduan muda yang menjalani hukuman di situ.

Program yang berlangsung seharian itu telah aku rancang sedemikian rupa,
mengandungi ceramah oleh bekas pegawai polis yang juga bekas majistret
kanan dan peguam. Beliau sungguh hebat kerana telah dapat memberi satu
ceramah yang lengkap dengan pengajaran diselangseli dengan ayat-ayat suci
Al-Quran dan hadis yang semuanya berpaksikan tugas seorang insan ciptaan
Allah SWT, sebagai hamba dan juga khalifah di muka bumi ini.

Beliau juga telah menyentuh tentang alam-alam yang dilalui oleh seorang
insan seperti alam roh, alam rahim, alam di dunia, alam Barzarkh dan alam
Akhirat.

Aku melihat wajah-wajah banduan muda dan juga mahasiswa mahasiswi
yang berada di dewan itu, sungguh tersentuh terutama sekali apabila beliau
berkali-kali menyatakan bahawa banduan muda itu adalah dipilih oleh Allah
SWT untuk diberi peluang kali kedua, bertaubat dan dibimbing menuju jalan
yang diredhai Allah. Mereka juga bertuah kerana diberi pengajian dan ilmu
keagamaan seperti solat dan pengajian Al-Quran.

Jika dibandingkan dengan kawan-kawan mereka di luar penjara, bolehlah
disimpulkan bahawa kawan-kawan mereka itu masih terpenjara dengan hawa
nafsu dan tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak pun.

Selepas sesi ini, banduan muda itu telah mendengar pula kisah penghijrahan
seorang celebrity terkenal. Beliau menceritakan kisahnya yang dari awal
usia telah terlibat dengan muzik rock dan dunia hiburan. Beliau juga telah
menceritakan kisahnya yang bertemu seorang yang sangat hebat, Imam
Sudais dari Mekkah, yang tersohor itu.

Aku yang mendengar dan menghayati kisah celebrity ini turut tersentuh dan
mengalirkan air mata. Beliau telah mengakhiri sesinya dengan petikan gitarnya
dan menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta yang sangat syahdu.

136

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

Sesi berikutnya adalah talent time di mana bakat-bakat terpendam dalam
kalangan banduan muda ini telah berjaya diketengahkan melalui Dikir Barat,
nasyid, tarian, deklamasi sajak, sketsa dan nyanyian duet dan solo. Para
mahasiswa mahasiswi juga tidak ketinggalan membuat persembahan istimewa
untuk menghiburkan adik-adik pada hari itu.

PERTANDINGAN PIDATO DI SEKOLAH
INTEGRITI PENJARA KAJANG

S epanjang tahun 2015, aku telah menjalankan pelbagai program
motivasi berlandaskan nilai-nilai Islam untuk remaja-remaja yang
sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, khasnya. Setiap bulan, aku
mengadakan sesi selama 3-4 jam pada setiap hari Sabtu mengupas Sirah
Rasulullah S.A.W, pelbagai aspek kehidupan Baginda berpandukan buku-
buku karangan ustaz-ustaz terkenal tanah air.

Untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, aku dan kawan-kawan sering
memainkan video-video dan CD mengenai Baginda S.A.W serta berselawat.
Tujuan utamanya ialah agar dengan cara ini, aku dan kawan-kawan dapat
menyentuh qalbu mereka untuk mencintai Baginda Rasul. Kami juga selang
selikan sesi-sesi tersebut dengan perbincangan kumpulan supaya remaja-
remaja ini dapat menghayati dengan lebih mendalam lagi tentang kehebatan
Rasulullah S.A.W dari pelbagai perspektif.

Kemuncak kepada program setahun ini, aku mengambil keputusan untuk
mengadakan suatu Pertandingan Pidato dengan tajuk-tajuk khas seperti
berikut:-

a. Rasulullah : Cintaku padamu adalah sebuah bentuk kesempurnaan
iman.

b. Rasulullah: Akhlakmu menjadi teladan dalam hidup semua insan.
c. Rasulullah, inilah pelan tindakan hidupku agar dapat aku bersamamu di

Syurga yang abadi nanti.

137

Bicara Pada Akhir Usia

d. Rasulullah, sebagai umat akhir zaman yang paling kau cinta, aku
berjanji akan membanggakanmu.

Tajuk-tajuk ini sengaja aku garap agar mereka tidak meniru dari buku-buku
atau majalah, tetapi melahirkan rasa, perasaan dan nukilan dari lubuk hati
mereka.

Seramai 13 orang telah mengambil bahagian dan aku bersyukur sangat,
mereka telah dapat melahirkan rasa hati yang sangat mendalam terhadap
Baginda Rasul. Jelas tergambar dari persembahan itu, mereka telah dapat
menghayati pelbagai aspek kehidupan Baginda. Sepanjang pertandingan
berlangsung, aku merasa sebak dan sering mengalirkan air mata mendengar
dan melihat persembahan mereka. Tidaklah sia–sia segala usahaku bersama
rakan-rakan mengadakan sesi-sesi ini setiap bulan.

Aku sungguh berbangga kerana berjaya menjemput 3 orang teman setiaku
untuk menjadi juri. Mereka ialah Dato Shamsiah, Dato Meme dan Dato
Halimah. Mereka juga terkesima melihat dan mendengar peserta-peserta
melantunkan pandangan dan kemerduan suara mereka ketika berselawat di
akhir setiap persembahan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah serta kupon kepada pemenang-
pemenang. Hadiah berupa buku-buku serta kupon dengan nilai-nilai tertentu.
Kupon-kupon itu boleh digunakan untuk membeli makanan dan barang-
barang keperluan di kantin penjara untuk tempoh setahun.

Begitulah berakhirnya aktiviti-aktiviti setahun yang kami adakan di Sekolah
Integriti Penjara Kajang. Itulah bukti komitmen kami untuk menyantuni remaja-
remaja yang telah tersasar dari jalan yang lurus ini. Walau apapun keadaan
mereka, Ummi akan sentiasa menyayangi mereka.

138

Bab 5 • Anak-Anak Ummi

WALAUPUN ‘NAUGHTY’,
AKU MASIH MENYAYANGI KALIAN

S uatu hari, aku mendapat panggilan telefon dari seorang Kaunselor
sebuah sekolah di kawasan panas di Kuala Lumpur. Di sekolah ini,
pelajar-pelajar kebanyakannya datang dari keluarga berpendapatan rendah
yang tinggal di rumah-rumah pangsa yang terletak berdekatan dengan sekolah
itu.

Daripada perbincangan kami, jelaslah beliau mempunyai tugas yang berat lagi
mencabar mendidik pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dan
sering ponteng sekolah dan mempunyai masalah disiplin. Mengikut beliau,
pernah terjadi pelajar-pelajar dengan beraninya melompat pagar beramai-
ramai dalam waktu sekolah sehingga guru besar terpaksa memanggil polis
untuk mencari dan membawa mereka balik ke sekolah. Rupa-rupanya pelajar-
pelajar ini sangat suka pergi ke cyber café untuk bermain game, tidak kira
walaupun dalam waktu sekolah.

Guru kaunselor ini telah mendapat maklumat dari teman-teman sekerjanya
tentang aku dan program-program yang aku laksanakan untuk generasi
muda, khususnya pelajar-pelajar sekolah. Dengan maklumat itu, dia telah
menghubungi aku, memohon bantuan untuk mengadakan satu sesi khas
dengan pelajar-pelajar yang telah dikenalpastinya mempunyai masalah
disiplin.

Lama juga aku memikirkan tentang permintaannya itu kerana sedar, aku
perlu berhadapan dengan puluhan pelajar-pelajar naughty. Akhirnya, setelah
lama berfikir, aku mengambil keputusan untuk membantu dan menyedarkan
pelajar-pelajar itu tentang pentingnya mereka belajar bersungguh-sungguh
demi masa depan mereka.

Pada awal pagi yang berkenaan, aku menunaikan solat hajat dan berdoa
kepada Allah memohon agar diberikan kekuatan untuk menyantuni pelajar-
pelajar ini.

139

Bicara Pada Akhir Usia

Semasa melangkah masuk ke dewan sekolah, aku lihat ramai pelajar-pelajar
semuanya lelaki, Melayu dan pastinya Islam. Dewan itu riuh rendah dengan
hilai tawa pelajar-pelajar. Ada yang berbaring di lantai, ada yang berlari-lari,
ada juga yang berguling-guling. Melihat senario itu, aku menarik nafas panjang
dan terus beristighfar memohon agar Allah mengurniakan aku kesabaran
untuk memulakan sesi dengan mereka. Semasa aku memberi salam, tiada
yang menjawab kerana mereka asyik bercakap, gelak ketawa sesama mereka.

Aku memulakan sesi dengan suara yang sungguh kuat, cuba melawan
keadaan yang hiruk pikuk itu, tetapi semakin kuat suaraku, semakin kuat pula
mereka bercakap dan gelak ketawa sesama mereka. Menyedari keadaan
yang tidak dapat dikawal itu, aku dengan pantas bertindak memperlahankan
suaraku, sampai berbisik semasa bercakap. Tiba-tiba pelajar-pelajar itu
tersedar dan dengan suara yang lantang, mereka menjerit kuat dengan
mengatakan “Tidak dengar, tidak dengar”. Jauh di lubuk hatiku, aku merasa
puas kerana akhirnya berjaya juga aku menarik perhatian mereka. Dengan
nada yang perlahan, aku meneruskan sesi berbicara dengan mereka sesantai
yang boleh, menggunakan intonasi secara perlahan dan kreatif.

Lama kelamaan, keadaan di dalam dewan itu beransur-ansur senyap. Aku
melafazkan syukur kehadrat Allah kerana akhirnya berjaya menarik perhatian
mereka.

Di akhir sesi selama 3 jam itu, dengan nada yang se-kreatif mungkin, intonasi
suara yang rendah, serta alunan muzik yang syahdu, aku mengajak mereka
ke satu sesi muhasabah diri. Aku mengingatkan pelajar-pelajar tentang nikmat
usia muda dan pelajar-pelajar lelaki mempunyai peranan penting sebagai
khalifah dalam keluarga nanti. Mereka juga aku ingatkan agar memanfaatkan
usia muda dan menghadapi pelbagai ujian hidup dan sebagai bekalan menuju
akhirat. Aku merasa puas kerana aku lihat ramai antara mereka menitiskan
air mata. Aku bersyukur kerana Allah telah memberiku satu ruang dan
peluang untuk menyantuni mereka dan telah berjaya merobek kalbu mereka.
ALLAHUAKBAR!

140


Click to View FlipBook Version