The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anazwien7878, 2022-01-21 10:11:50

KEWANGAN PERNIAGAAN

kewangan_perniagaan.pdf

P 5127 /UNIT 6 /1

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mengenalpasti objektif dan fungsi pengurusan tunai, mengetahui aturcara dalam
pengutipan dan pembayaran tunai. Mengetahui jenis-jenis sekuriti boleh pasar dan
pelaburan dalam sekuriti boleh pasar. Mempelajari cara-cara untuk meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan tunai dan memadankan kos dan faedah dalam pengurusan
kewangan.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:

o Menerangkan objektif dan fungsi pengurusan tunai.
o Menghuraikan aturcara dalam pengutipan dan pembayaran tunai.
o Menerangkan jenis-jenis sekuriti boleh pasar dan pelaburan dalam sekuriti

boleh pasar.
o Menerangkan cara - cara untuk meningkatkan kecekapan dalam

pengurusan tunai dan memadankan kos dan faedah dalam pengurusan
kewangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /2

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

INPUT

6.0 Pengenalan

Pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar merupakan salah satu tanggungjawab
penting pengurus kewangan. Pengurusan tunai yang berkesan akan dapat menyumbang
kepada kesejahteraan sesebuah syarikat dan pada masa yang sama dapat mengekalkan
kecairan syarikat pada tahap yang sesuai. Tunai adalah wang kertas atau wang syiling
yang dimiliki oleh individu atau syarikat samada dalam simpanan, berbentuk cek,
dipegang atau dalam akaun syarikat. Manakala sekuriti boleh pasar pula adalah
pelaburan-pelaburan sekuriti berfaedah pasaran wang yang boleh digunakan oleh syarikat
untuk mendapatkan pulangan sementara atas dana-dana terbiar.

6.1 Objektif dan Fungsi Pengurusan Tunai
Objektif pengurusan tunai ialah mengadakan penyimpanan tahap baki-baki

tunai dan sekuriti boleh pasar yang dapat menyumbangkan kepada memperbaiki
nilai syarikat. Jika tahap tunai atau sekuriti boleh pasar sesebuah syarikat adalah
terlalu tinggi, keberuntungan syarikat akan berkurangan. Pada masa yang sama
juga, syarikat tidaklah seharusnya menyimpan terlalu sedikit tunai dan sekuriti
boleh pasar bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kerugian. Dua objektif
dan fungsi utama pengurusan tunai adalah:

o Syarikat seharusnya mempunyai tunai yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan menjalankan perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /3

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

o Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai
sebaliknya membuat pelaburan supaya baki tunai yang tidak di
gunakan adalah minimum.

6.2 Aturcara-aturcara dalam Pengutipan dan Pembayaran Tunai

6.2.1 Aturcara Dalam Pengutipan Tunai

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pengutipan
tunai. Antaranya ialah pengutipan tunai mengikut sistem biasa. Sistem
biasa adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan cek.
Berikut adalah prosedur pengutipan tunai melalui sistem biasa:

(i) Pelanggan menulis dan memasukkan cek ke dalam peti
surat.

(ii) Surat atau cek dihantar ke ibu pejabat syarikat.
(iii) Cek diproses dan dimasukkan ke dalam bank syarikat.
(iv) Dana atau wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank

syarikat.
(v) Cek dihantar ke rumah penjelasan (clearing system) untuk

disemak dan dijelaskan.
(vi) Bank syarikat akan menghantar notis kepada syarikat

tersebut menyatakan cek-ceknya telah dijelaskan dan wang
atau dana boleh digunakan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi
mempercepatkan aliran masuk tunai Kaedah-kaedah yang dapat
digunakan untuk tujuan ini ialah sistem peti berkunci dan sistem
bayaran PAC (preauthorized cheques).

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /4

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

(a) Sistem Peti Berkunci
Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu
perkhidmatan yang selalu digunakan untuk mempercepatkan
pungutan tunai. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank
komersial. Objektifnya ialah untuk mengurangkan kedua-dua
jenis apungan iaitu apungan mel dan apungan pemprosesan.
Aturcara kutipan yang digunakan adalah sangat mudah.
Syarikat penerima akan menyewa peti surat di pejabat pos dan
memberi kuasa kepada sebuah bank (di mana syarikat
mempunyai akaun) untuk mengambil kiriman-kiriman surat
dari peti surat tersebut. Berikut adalah prosedur pegutipan
tunai melalui sistem peti berkunci:
(i) Pelanggan diarahkan untuk membuat kiriman cek ke
peti surat bernombor ini (bukan kepada ibu
pejabat/cawangan pejabat syarikat).
(ii) Bank mengambil surat daripada peti surat tersebut dan
mendepositkan cek terus ke dalam akaun syarikat
berkenaan.
(iii) Bank boleh memaklumkan kepada syarikat akan jumlah
yang dideposit ke akaun bank setiap hari. Syarikat
akan menerima salinan deposit dan senarai pembayaran
bersama-sama dengan sebarang surat yang disertakan
dengan pembayaran. Syarikat yang menerima cek dari
seluruh negara akan mempunyai beberapa peti
berkunci.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /5

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

Sistem peti berkunci mempunyai beberapa kelebihan. Sistem
ini dapat:

o Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh
syarikat.

o Menghapuskan fungsi-fungsi perkeranian, maka
kawalan odit yang lebih baik juga dapat dicapai
kerana pekerja syarikat tidak menerima cek.

o Syarikat dapat mengetahui dengan lebih cepat akan
cek-cek lambung(cek-cek ini akan dipulangkan oleh
bank kepada syarikat).

(b) Sistem Bayaran PAC ( Preauthorized cheques)
Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran
telah ditetapkan terlebih dahulu. Apabila tiba tarikh tersebut,
amaun bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun
pelanggan bank masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak
mengandungi atau memerlukan tandatangan individu pemilik
akaun. Sistem ini wujud apabila individu berkenaan
memberikan kuasanya. Sistem ini digunakan apabila syarikat
menerima banyak bayaran daripada pelanggan yang sama.
Prosedur pengutipan tunai melalui sistem bayaran PAC ialah :
(i) Pelanggan memberikan kuasa kepada syarikat penerima
untuk menulis cek bagi pihak mereka atas akaun masing-
masing.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /6

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

(ii) Perjanjian jaminan ditandatangani oleh pelanggan dan
dimajukan kepada bank masing-masing. Perjanjian ini
memberikan kuasa kepada bank untuk membayar apabila
PAC dikemukakan bagi bayaran.

(iii) Syarikat menyediakan butiran tentang maklumat bayaran
(iv) Bank akan menerima maklumat daripada syarikat,

mengeluarkan PAC, mendepositkan cek kepada akaun
syarikat dan memajukan cek untuk dijelaskan melalui
sistem perbankan komersial.

Sistem bayaran PAC ini mempunyai beberapa kelebihan.
Sistem ini dapat:

o Meningkatkan ramalan aliran masuk tunai kerana
syarikat yang memulakan proses kutipan tunai

o Pelanggan tidak lagi perlu diganggu dengan bayaran
secara berkala, semuanya dilakukan untuk pihak beliau
oleh bank.

o Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh
syarikat kerana apungan mel dan apungan pemprosesan
telah dipendekkan berbanding sistem lain.

6.2.2 Aturcara Dalam Pembayaran Tunai.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk pembayaran

tunai. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah baki akaun sifar (zero
balance accounts) dan bayaran melalui draf.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /7

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

(a) Baki akaun sifar
Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas
semua pembayaran tunai tetapi pada masa yang sama, kuasa
masih ada dengan syarikat diperingkat cawangan. Kaedah ini
dapat memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran
tunai.
Berikut adalah prosedur pembayaran tunai melalui baki akaun
sifar:
(i) Pekerja syarikat yang diberi kuasa akan menulis cek seperti
biasa.
(ii) Cek-cek akan melalui sistem perbankan dan dimajukan
kepada bank pusat untuk dikeluarkan bayaran.
(iii)Cek-cek dibayar oleh bank dan baki-baki negatif akan
ditunjukkan dalam akaun-akaun berkenaan.
(iv)Di bank pusat jumlah yang sama akan dikurangkan
daripada akaun pusat yang merupakan akaun deposit
utama.

Sistem akaun baki sifar ini mempunyai beberapa kelebihan.
Sistem ini dapat:

o Membuat kawalan pusat bagi semua bayaran.
o Masa yang dihabiskan bagi aktiviti pengurusan tunai

yang tidak penting dapat dikurangkan.
o Baki-baki tunai yang berlebihan dalam akaun-akaun

dapat dikurangkan.
o Peningkatan dalam apungan pembayaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /8

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

(b) Pembayaran Melalui Draf
Pembayaran melalui draf adalah menyerupai cek biasa. Tetapi
ia tidak dijelaskan oleh bank. Draf ditulis dan kuasa untuk di
buat bayaran dikenakan oleh syarikat daripada akaunnya.
Bank merupakan pusat pungutan dan ia menyerahkan draf
kepada syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan
pembayaran. Mana-mana draf yang tidak mahu dibuat bayaran
oleh syarikat akan di pulangkan kepada bank pada
keesokannya. Semua draf yang dipulangkan kepada bank akan
dibayar. Objektif utama sistem ini ialah untuk menyediakan
kawalan bayaran yang berkesan seperti arahan oleh ibu pejabat
mengarahkan untuk menahan bayaran atas mana-mana draf
yang difikirkan kurang sesuai. Bayaran bagi setiap draf
dilakukan selepas disemak dan diluluskan oleh syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /9

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

AKTIVITI 6 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6.1 Huraikan 2 objektif utama pengurusan tunai. (4 markah).
6.2 Huraikan 2 aturcara yang digunakan dalam pengutipan tunai dan 2 aturcara yang

digunakan dalam pembayaran tunai. (12 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /10

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS 6 (a)

6.1 2 objektif pengurusan tunai:
o Syarikat harus mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan menjalankan perniagaan. (2 markah).
o Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai
sebaliknya membuat pelaburan supaya baki tunai yang tidak
digunakan adalah minimum. (2 markah).

6.2 2 aturcara pengutipan tunai:
o Sistem peti berkunci.
Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu perkhidmatan yang
selalu digunakan untuk mempercepatkan pungutan tunai.
Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank komersial. Objektifnya ialah
untuk mengurangkan kedua-dua jenis apungan iaitu apungan mel dan
apungan pemprosesan. (3 markah)

o Sistem Bayaran PAC
Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran telah
ditetapkan terlebih dahulu. Apabila tiba tarikh tersebut, amaun
bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun pelanggan
bank masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak
mengandungi atau memerlukan tandatangan individu pemilik
akaun. (3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /11

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

2 aturcara pembayaran tunai:
o Baki akaun sifar
Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas
semua pembayaran tunai tetapi pada masa yang sama, kuasa
masih ada dengan syarikat di peringkat cawangan. Kaedah ini
dapat memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran tunai.
(3 markah).

o Pembayaran melalui draf
Pembayaran melalui kaedah ini adalah menyerupai cek biasa.
Tetapi ia tidak dijelaskan oleh bank. Draf ditulis dan kuasa untuk
di buat bayaran dikenakan oleh syarikat daripada akaunnya. Bank
merupakan pusat pungutan dan ia menyerahkan draf kepada
syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan pembayaran.
(3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /12

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

INPUT

6.3 Jenis-jenis Sekuriti Boleh Pasar dan Pelaburan Dalam Sekuriti Boleh Pasar

Sekuriti boleh pasar adalah pelaburan yang tidak berisiko dan boleh di tukarkan oleh
syarikat kepada tunai dalam jangkamasa pendek. Terdapat beberapa jenis sekuriti boleh
pasar seperti bil-bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sijil deposit bolehniaga,
perjanjian beli balik dan kertas perdagangan.

6.3.1 Jenis-jenis Sekuriti Bolehpasar:
(a) Bil Perbendaharaan

Ia merupakan salah satu instrumen pinjaman jangka pendek yang digunakan oleh
kerajaan yang menjanjikan pembayaran kepada pemegang dan pembawanya
sejumlah wang selepas tempoh yang tertentu. Di Malaysia, bil perbendaharaan
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajaan. Ia dijual pada
kadar diskaun (kurang daripada nilai muka). Bank sebagai pengeluar akan
menerimanya kembali apabila bil tersebut telah matang ( selalunya tempoh
matang antara 3 bulan hingga setahun) dan akan membayar kepada pemegang
atau pembawanya pada nilai muka. Contoh: Bil perbendaharaan dengan nilai
muka RM 1000 dijual pada harga RM 920 dan mempunyai tempoh matang
setahun. Ini bermakna, anda dapat membelinya hari ini pada harga RM 920 dan
selepas setahun bil ini dapat ditebus semula dengan harga RM 1000. Faedah yang
anda dapati adalah sebanyak RM 80.
(b) Penerimaan Jurubank
Ia merupakan satu kemudahan dana jangka pendek yang diberikan kepada
pengusaha industri impot dan ekspot.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /13

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

Ia bertujuan melancarkan urusniaga perdagangan antarabangsa. “Penerimaan”
wujud apabila pihak bank menerima perjanjian perdagangan untuk membayar.
Pelanggan bank menggunakan penerimaan jurubank ini untuk membiayai
urusniaga dengan memberikan sekuriti ini kepada pembekal sebagai pertukaran
untuk barangan atau perkhidmatan. Pembekal yang menerima sekuriti ini, boleh
memegang sekuriti tersebut hingga matang dan menebus pembayarannya di bank
atau menjualnya sebelum tarikh matang tamat pada harga diskaun kepada pihak
lain. Sekuriti ini merupakan obligasi antara dua pihak iaitu pelanggan bank dan
pihak bank.
(c) Sijil Deposit Bolehniaga (NCD)
Sijil deposit bolehniaga adalah sejenis deposit masa yang dikeluarkan oleh bank
perdagangan dan bank saudagar yang dibenarkan, mengesahkan yang sejumlah
wang telah disimpan sebagai deposit dengan bank berkenaan untuk tempoh
tertentu dengan kadar yang ditetapkan. Ia seperti deposit tetap tetapi
perbezaannya ialah ia boleh diniagakan dan hakmilik boleh dipindahkan. Nama
pendeposit tidak dinyatakan di dalam sijil dan bank pengeluar akan menjamin
pembayaran prinsipal beserta faedah kepada pembawanya pada tarikh matang sijil
ini. Setiap bank yang mengeluarkan sijil ini bebas untuk menetapkan kadar
faedah masing-masing.
(d) Perjanjian Beli Balik (REPO)
Ia merupakan sumber dana yang terpenting bagi bank-bank perdagangan.
Perjanjian ini merupakan satu perjanjian yang melibatkan penjualan sekuriti atau
aset-aset kewangan dengan jaminan untuk membelinya balik pada akhir tempoh
yang dijanjikan dengan harga yang ditentukan terlebih dahulu. Perjanjian ini
adalah untuk tempoh yang berjangka pendek seperti semalaman, 7 hari atau
beberapa bulan. Perjanjian ini melibatkan peminjam yang memerlukan dana
dalam jangka pendek dengan pelabur yang mempunyai dana yang berlebihan
untuk dipinjamkan. Dalam urusniaga ini, biasanya bank sebagai peminjam akan
mengadakan satu perjanjian dengan pelanggannya untuk menjual sesuatu sekuriti

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /14

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

dengan persetujuan untuk membeli balik pada suatu tempoh dengan harga yang
lebih tinggi termasuk faedah yang telah ditentukan terlebih dahulu.
(e) Kertas Perdagangan
Ia merupakan satu nota janji yang selalunya diterbitkan oleh syarikat-syarikat
gergasi yang sememangnya telah terbukti kedudukan kredit mereka. Ia
merupakan satu instrumen pinjaman jangka pendek syarikat berkenaan di mana
tempoh matangnya di antara 1 hingga 270 hari atau 6 bulan. Ia mempunyai nilai
muka dan dijual pada harga diskaun. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan
sekuriti ini selalunya mempunyai kemudahan pinjaman dengan pihak bank bagi
memudahkan urusan penebusan semula oleh pemegangnya apabila tiba tarikh
matang.

6.3.2 Pelaburan Dalam Sekuriti Bolehpasar
Sebelum membuat pelaburan dalam sekuriti boleh pasar, syarikat perlu

terlebih dahulu memilih portfolio sekuriti boleh pasar yang akan mendatangkan
pulangan yang baik kepada syarikat. Syarikat perlulah mempertimbangkan perkara-
perkara seperti berikut sebelum membuat pelaburan:

o Risiko kewangan
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan daripada sekuriti
yang dilaburkan. Pada kebiasaanya, pengurus tidak berkehendakkan
risiko kewangan sekuriti boleh pasar yang tinggi apabila memilih aset-
aset tertentu untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan mereka.

o Risiko faedah
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan disebabkan oleh
perubahan dalam kadar faedah akibat ketidakseimbangan persekitaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /15

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

o Kecairan
Syarikat perlu mengetahui samada sekuriti yang dicadangkan itu dapat
memenuhi kehendak syarikat supaya berada pada tahap kecairan tertentu
apabila pihak syarikat memerlukannya.

o Cukai
Syarikat perlu mengetahui jenis-jenis sekuriti boleh pasar yang dikenakan
cukai.

o Pulangan
Pulangan yang dianggarkan oleh syarikat yang dapat mendatangkan hasil
apabila firma membuat pelaburan dalam sekuriti tersebut. Pulangan ini
melibatkan pengukuran risiko dan keuntungan yang akan diperolehi
setelah syarikat melabur dalam sekuriti tersebut.

6.4 Cara-cara Untuk Meningkatkan Kecekapan Dalam Pengurusan Tunai dan
Memadankan Kos dan Faedah Dalam Pengurusan Kewangan

Di dalam pengurusan tunai, kita akan dapati amaun wang dalam buku cek
mungkin berbeza daripada amaun wang yang pihak bank fikirkan kita miliki. Ini kerana
sesetengah cek yang ditulis belum lagi di bawa ke bank untuk dijelaskan. Keadaan
seperti ini juga berlaku dalam perniagaan. Baki tunai yang ditunjukkan dalam buku
syarikat di sebut baki lejar manakala baki yang ditunjukkan dalam akaun bank ialah
amaun yang ada yang boleh dibelanjakan di sebut baki tersedia ada atau baki terkutip.
Perbezaan antara baki lejar dan baki tersedia ada di sebut “apungan” (float). Apungan
ini menggambarkan kesan bersih cek-cek dalam proses melalui sistem perbankan
(clearing). Kecekapan dalam pengurusan tunai boleh ditingkatkan dengan cara
mempercepatkan kutipan melalui sistem peti berkunci.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /16

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

Di dalam proses mempercepatkan kutipan melalui peti berkunci, terdapat satu
atau lebih pengurangan dalam komponen “apungan” akan terlibat. Melambat-lambatkan
pembayaran melibatkan peningkatan dalam mana-mana satu komponen “apungan”.

6.4.1 Jenis-jenis Apungan
Terdapat 4 jenis apungan:
(a) Apungan mel (mail float) adalah masa di antara mulanya pelanggan
mengirimkan cek sehingga cek itu sampai ke tangan penerima.
(b) Apungan pemprosesan (processing float) adalah masa yang diambil oleh
penerima dari mula ia menerima cek, memproses cek sehingga cek itu
didepositkan di bank.
(c) Apungan transit (transit float) adalah masa yang diambil di antara
mulanya cek didepositkan oleh syarikat penerima untuk melalui proses
penjelasan perbankan sehingga terdapat dana yang boleh digunakan oleh
syarikat. Apungan ini berlaku kerana cek tersebut perlu melalui sistem
bank sebelum cek dapat dijelaskan.
(d) Apungan pembayaran (disbursement float) merujuk kepada dana-dana
pelanggan yang ada dalam akaun bank syarikat sehingga cek bayaran
syarikat melalui sistem perbankan.

Jadual 6.1

Cek ditulis dan dipos Cek diterima Cek dideposit Cek dijelaskan

Apungan mel (3 hari) pemprosesan (1 hari) transit (5 hari) Pembayaran
9
Hari 0 34
Bilangan hari apungan (9 hari)

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /17

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

6.4.2 Memadankan Kos Dan Faedah Dalam Pengurusan Tunai.
Pengurusan tunai yang berkesan amat menitikberatkan pemadanan

antara kos dan faedah yang terlibat di dalam sesuatu pengurusan tunai.
Terdapat pelbagai langkah yang digunakan untuk memadankan antara kos dan
faedah. Cara pengiraan adalah merujuk kepada contoh di bawah:

Contoh:
Syarikat Kitara adalah sebuah syarikat pengeluar aluminium yang digunakan
untuk pelbagai kegunaan membuat komponen kereta. Kesemua pengeluaran
komponen tersebut dihantar menggunakan kapal ke 10 buah wilayah
jualannya. Syarikat Kitara telah menyiapkan satu kajian mengenai sistem
pengutipan tunai yang akan meningkatkan pengurusan tunai syarikat tersebut.
Syarikat beranggapan bahawa ia boleh mengurangkan jumlah apungan
syarikat sebanyak 2.5 hari sekiranya syarikat tersebut menggunakan sistem
peti berkunci di setiap wilayah jualannya.
Jika syarikat menggunakan sistem peti berkunci, syarikat akan membayar
sewa sebanyak RM 300.00 sebulan ke atas semua peti berkunci tersebut.
Sebarang tambahan yuran akan dimasukkan ke dalam sekuriti boleh pasar
firma yang akan memberikan kadar pulangan sebanyak 10.5% setahun.
Purata jualan setahun (hasil) adalah sebanyak RM 5475,000.00 untuk setiap
wilayah jualannya. Di dalam menjalankan kajiannya, syarikat mengandaikan
terdapat 365 hari setahun. Kirakan kos penjimatan bersih tahunan syarikat
tersebut. Adakah syarikat patut menggunakan sistem peti berkunci tersebut?

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /18

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

Penyelesaian:
Langkah 1:
Jumlah kutipan (Jualan setahun) = (Jualan setahun) x ( bilangan kawasan)

= RM 5475,000 x 10 wilayah
= RM 54750000
Langkah 2:
Kutipan harian ( jualan sehari) = Jumlah kutipan / bilangan hari setahun
= RM 54750000/ 365 hari
= RM 150,000

Apabila syarikat menggunakan sistem peti berkunci, ia akan mengurangkan apungan
sebanyak 2.5 hari. Nilai pengurangan apungan adalah berdasarkan kepada kadar
pulangan sebanyak 10.5% setahun.

Langkah 3:
Penjimatan bersih tahunan= (kutipan harian) x (jumlah pengurangan apungan) x

(kadar pulangan)
= RM 150, 000 x 2.5 hari x 10.5%
= RM 39375.00
Langkah 4:
Kos tahunan operasi
sistem peti berkunci = (sewa peti berkunci) x (bilangan wilayah) x (bulan)
= RM 300 x 10 x 12
= RM 36000

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /19

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

Langkah 5:

Kos Penjimatan bersih tahunan = ( Jumlah penjimatan bersih tahunan) – ( kos

tahunan operasi

sistem peti

berkunci)

= RM 39375 – RM 36000
= RM 3375

Kesimpulan: Syarikat Kitara harus menggunakan sistem peti berkunci kerana ia
mendapat penjimatan sebanyak RM 3375 setahun.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /20

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

AKTIVITI 6 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6.3 Padankan penyataan-penyataan di bawah dengan jawapan yang sesuai merujuk
kepada contoh yang diberikan:

Butiran Penyataan
Kredit perniagaan Diskaun tunai untuk pembayaran awal

Butiran Penyataan
(i). Kertas perdagangan melancarkan urusniaga perdagangan

(ii). Bil perbendaharaan antarabangsa dan menggunakan

urusniaga ini untuk membiayai

urusniaga dengan memberikaan sekuriti

ini kepada pembekal sebagai pertukaran

untuk barang dan perkhidmatan.

Ia boleh diniagakan dan hakmilik boleh
dipindahkan. Dikeluarkan oleh bank
perdagangan atau bank saudagar.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /21

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

(iii). Penerimaan jurubank Ia dijual pada kadar diskaun dan
(iv). Sijil deposit bolehniaga pemegang sekuriti ini akan dibayar
(v). Perjanjian beli balik sejumlah wang tertentu pada tarikh
matang
(10 markah)
satu perjanjian yang melibatkan
penjualan sekuriti dan aset kewangan
dengan jaminan untuk membeli balik
pada akhir tempoh yang ditetapkan.

Nota janji yang diterbitkan oleh syarikat
besar. Syarikat yang mengeluarkan
sekuriti ini mempunyai kemudahan
pinjaman dengan pihak bank bagi
memudahkan urusan penebusan semula
oleh pemegang sekuriti pada tarikh
matang.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /22

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

6.4 Syarikat Columbus akan menghasilkan jualan sebanyak RM 18000 000 pada tahun
depan. Hari bekerja Syarikat Columbus adalah dianggarkan sebanyak 270 hari setahun.
Pada masa kini, masa penghantaran cek mengambil masa selama 5 hari. Daripada
kajian yang dijalankan oleh firma tersebut, firma telah mengenalpasti bahawa satu
prosedur baru akan mengurangkan apungan pemprosesan selama 2 hari. Pelaburan
dalam sekuriti boleh pasar firma akan memberikan kadar pulangan sebanyak 8%
setahun. Berapakah penjimatan tahunan syarikat tersebut? (5 markah)

6.5 Syarikat Aman menganggarkan akan mendapat hasil sebanyak RM 80 000 000
setahun. Pelaburan dalam sekuriti boleh pasar firma akan memberikan kadar pulangan
sebanyak 6.5%. Firma telah mengenalpasti bahawa satu prosedur baru akan
mengurangkan apungan pemprosesan kepada satu hari. Berapakah penjimatan tahunan
syarikat tersebut? Syarikat mengandaikan terdapat 365 hari setahun dalam melakukan
analisa kewangannya. (5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /23

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS 6 (b) Penyataan
Melancarkan urusniaga perdagangan
6.3 antarabangsa. Memmbiayai urusniaga
Butiran dengan memberikaan sekuriti ini
(i). Kertas perdagangan kepada pembekal sebagai pertukaran
untuk barang dan perkhidmatan.
(ii). Bil perbendaharaan Ia boleh diniagakan dan hakmilik
(iii). Penerimaan jurubank boleh dipindahkan. Dikeluarkan oleh
bank perdagangan atau bank saudagar.
(iv). Sijil deposit bolehniaga Ia dijual pada kadar diskaun dan
pemegang sekuriti ini akan dibayar
(v). Perjanjian beli balik sejumlah wang tertentu pada tarikh
matang
( 5 x 2 markah = 10 markah) Satu perjanjian yang melibatkan
penjualan sekuriti dan aset kewangan
dengan jaminan untuk membeli balik
pada akhir tempoh yang ditetapkan.
Nota janji yang diterbitkan oleh
syarikat besar. Syarikat yang
mengeluarkan sekuriti ini mempunyai
kemudahan pinjaman dengan pihak
bank bagi memudahkan urusan
penebusan semula oleh pemegang
sekuriti pada tarikh matang.

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /24

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

6.4 Kutipan harian/jualan sehari = RM 18000 000 / 270 hari
= RM 66, 667

Penjimatan tahunan = (RM 66, 667) x ( 8%) x ( 2 hari )
= RM 10667

(5 markah)

6.5 Kutipan harian/jualan harian = RM 80 000 000/ 365 hari
= RM 219178

Penjimatan tahunan = (RM 219178) x ( 1 hari ) x ( 6.5% )
= RM 14247

(5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /25

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 6-1

Terdapat 4 jenis apungan (float) dalam pengurangan tunai. Huraikan setiap satu secara
ringkas. (8 markah)

SOALAN 6-2

Syarikat Akita sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik menganggarkan akan
mendapat jualan sebanyak RM 4800 000 untuk setiap wilayah jualannya. Syarikat
tersebut mempunyai 10 wilayah jualan. Baru-baru ini syarikat telah membuat analisa
untuk meningkatkan prosedur pengurusan tunainya. Syarikat telah mengenalpasti
bahawa ia mengambil purata selama 3.2 hari untuk pelanggan menghantar ceknya kepada
ibu pejabat syarikat. Syarikat juga mengambil masa selama 1 hari untuk memproses cek.
Sebarang bentuk pelaburan akan memberikan kadar pulangan sebanyak 7% setahun.
Untuk mengatasi masalah apungan, syarikat menggunakan sistem peti berkunci di setiap
wilayah jualannya. Apabila syarikat menggunakan sistem peti berkunci ini, ia akan
mengurangkan apungan mail sebanyak 1.2 hari dan apungan pemprosesan selama 1 hari

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /26

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

serta apungan transit juga selama 1 hari. Sewa peti berkunci adalah sebanyak
RM 250.00 sebulan untuk setiap wilayah jualannya.

(a) Kirakan kos penjimatan bersih tahunan syarikat. Adakah syarikat patut
menggunakan sistem peti berkunci ini? (Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun).
(10 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /27

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?
Jika “YA” sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 6-1
4 jenis apungan (float) dalam pengurangan tunai adalah:

o Apungan mel (mail float) adalah masa di antara mulanya
pelanggan mengirimkan cek sehingga cek itu sampai ke tangan
penerima.

o Apungan pemprosesan (processing float) adalah masa yang
diambil oleh penerima dari mula ia menerima cek, memproses
cek sehingga cek itu didepositkan di bank.

o Apungan transit (transit float) adalah masa yang diambil di
antara mulanya cek didepositkan oleh syarikat penerima untuk
melalui proses penjelasan perbankan sehingga terdapat dana
yang boleh digunakan oleh syarikat.

o Apungan pembayaran (disbursement float) merujuk kepada
dana-dana pelanggan yang ada dalam akaun bank syarikat
sehingga cek bayaran syarikat melalui sistem perbankan.
(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P 5127 /UNIT 6 /28

PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI

BOLEH PASAR

JAWAPAN 6-2

Kutipan tahunan = (RM 48 00 000) (10) = RM 48 000 000
Kutipan harian/jualan sehari = RM 48 000 000 / 365 hari

= RM 131 506.85

Jika syarikat menggunakan sistem peti berkunci, ia akan mengurangkan apungan
sebanyak 3.2 hari. (1.2 hari apungan mail, 1 hari apungan transit dan 1 hari apungan
pemprosesan).

Penjimatan bersih tahunan syarikat= (RM 131 506.85) (3.2 hari) (7%) =RM 29, 457.53

Kos tahunan operasi sistem peti berkunci adalah:
(RM 250 sebulan) (10 wilayah) (12 bulan) = RM 30, 000

Kos Penjimatan bersih tahunan RM 29, 457.53- RM 30, 000 = RM -542.46

Kesimpulan: Syarikat tidak perlu menggunakan sistem ini kerana ia mendapat kos
penjimatan bersih yang negatif.
(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 1

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

OBJEKTIF

Objektif Am :
Mempelajari dan memahami konsep penghutang dan polisi kredit serta kos efektif kredit.
Mengetahui kos perubahan polisi kredit dan memahami kesannya ke atas penghutang.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

o Menerangkan konsep penghutang dan maksud polisi kredit.
o Mengira kos efektif bagi pemberian kredit.
o Mengira kos akibat dari perubahan polisi kredit dan menerangkan kesannya ke

atas penghutang.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 2

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

INPUT

7.0 Pengenalan
Semua syarikat pada dasarnya adalah terlibat secara langsung dalam urusan

penjualan produk barangan atau perkhidmatan. Apabila syarikat menjual barangannya
atau perkhidmatan, kaedah pembayaran biasanya dibuat dalam dua cara - secara tunai
atau kredit. Kebanyakan syarikat akan menawarkan pembayaran secara kredit kepada
pelanggannya kerana ia dapat memberikan kemudahan atau kelonggaran kepada
pelanggan dalam menjelaskan hutang mereka kepada syarikat dalam tempoh masa yang
tertentu. Di samping itu, tekanan persaingan juga merupakan salah satu faktor syarikat
memberikan kredit kepada pelanggannya.
Pengurusan kredit adalah penting kerana kawalan yang rapi dan sistem pungutan akaun
belum terima yang efisien akan dapat menambahkan keuntungan syarikat dan seterusnya
meningkatkan kecairan syarikat.

7.1 Konsep penghutang dan polisi kredit
Pemberian kredit ditakrifkan sebagai penghantaran barangan atau perkhidmatan

kepada pelanggan pada masa sekarang dan berdasarkan kepada janji dan syarat-syarat
pemberian kredit, pelanggan tersebut akan menjelaskan bayaran pada satu tarikh akan
datang yang ditetapkan. Pelanggan yang diberikan kredit tersebut di kenali sebagai
penghutang. Akaun belum terima merupakan sebahagian daripada aset semasa . Akaun
ini wujud apabila :

¾ Kredit diberi kepada pelanggan-pelanggan tertentu
¾ Nota belum terima yang diserahkan oleh pelanggan kepada syarikat masih

dianggap sebagai dana tertahan sehingga bayaran diterima.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 3

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Kepentingan sebuah syarikat menguruskan akaun belum terimanya bergantung kepada
tahap jualan kredit yang dijalankan. Semakin banyak jualan kredit ditawarkan kepada
pelanggan, semakin banyak aset syarikat yang terikat dalam akaun belum terima.
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi tahap pelaburan
dalam akaun belum terima.

Ia termasuklah :
(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya
(ii) Tahap jualan
(iii) Polisi kredit dan kutipan

Penerangan bagi ketiga-tiga faktor di atas adalah seperti berikut :
(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.

Faktor ini bukan di bawah kawalan pengurus kewangan syarikat. Jenis
perniagaan yang dijalankan oleh syarikat akan menentukan campuran antara
jualan kredit dan jualan tunai. Oleh itu sifat dan jenis perniagaan itu sendiri akan
menentukan peratusan jualan kredit keseluruhan.

(ii) Tahap jualan .
Semakin tinggi jualan yang dicapai oleh syarikat, maka semakin meningkat tahap
akaun belum terima syarikat tersebut. Saiz pelaburan akaun belum terima
syarikat yang menjalankan jualan bermusim dan pertumbuhan dalam jualan juga
akan meningkat selari dengan peningkatan dalam jualan. Faktor ini juga berada
di luar kawalan pengurus kewangan syarikat tetapi pengurus masih boleh
meramalkan tahap jualan.

(iii) Polisi Kredit dan Kutipan
Polisi ini yang merangkumi syarat jualan, kualiti pelanggan dan usaha kutipan
atau cara pungutan, akan mempengaruhi tempoh atau jangkamasa yang akan di
ambil oleh pelanggan untuk membayar ke atas belian kredit yang dilakukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 4

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

o Syarat Jualan atau Terma Kredit
Syarat jualan akan menekankan kepada tempoh kredit yang boleh diambil
oleh pelanggan dan sebarang denda yang akan dikenakan sekiranya
pembayaran lewat diterima. Beberapa syarat perlu ditetapkan oleh
pembekal kredit bagi memastikan terdapatnya inisiatif daripada pelanggan
untuk membuat pembayaran seawal mungkin. Syarat jualan akan
mengenalpasti
(i) peratusan diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan
pembayaran awal
(ii) tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh diskaun.
(iii) jumlah tempoh kredit yang layak diberikan kepada pelanggan.

Syarikat akan menawarkan diskaun yang banyak kepada pelanggan-
pelanggannya yang terpilih supaya membuat pembayaran awal jika
syarikat memerlukan aliran tunai masuk yang cepat.

Syarat kredit ditulis dalam bentuk :

a / b, bersih c

Ini bermakna pelanggan dapat “ a % ” diskaun tunai daripada harga invois
jika pembayaran dibuat dalam masa “ b ” hari iaitu tempoh diskaun. Jika
tidak akaunnya harus dijelaskan dalam masa “ c ” hari dari tarikh belian
iaitu tempoh kredit.
Diskaun tunai merupakan salah satu cara syarikat dapat menarik
pelanggan-pelanggan baru dan juga menggalakkan pembayaran awal oleh
pelanggan.
Tempoh diskaun atau tempoh kredit percuma merupakan jangkamasa yang
diberikan kepada pelanggan untuk mengambil tawaran diskaun tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 5

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Perubahan tempoh kredit akan mempengaruhi keberuntungan syarikat
secara keseluruhan.

Contoh syarat jualan ialah :
‘2/10 bersih 30’ .
Pelanggan akan mendapat 2% diskaun tunai daripada harga invois jika
pembayaran dibuat dalam masa 10 hari pertama . Walaubagaimanapun
pembayaran mestilah dijelaskan dalam masa 30 hari. Contoh: Jika harga
invois yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah sebanyak RM 100,000,
pelanggan yang membayar pada atau sebelum 11 Jun 2001 akan
membayar sebanyak RM 98,000 ( iaitu RM 100,000 ( 1 - 0.02) dengan
diskaun RM 2,000 ). Walaubagaimanapun pelanggan yang membayar
selepas tempoh tersebut akan membayar harga penuh invois dan bayaran
mestilah dilakukan selewat-lewatnya 30 Jun 2001.

o Kualiti Pelanggan
Syarikat tidak akan memberikan kredit kepada semua pelanggannya.
Kedudukan pelanggan dari segi kestabilan dan kekukuhan latarbelakang
kewangan mereka serta komitmen dan rekod pembayaran balik hutang
perlu dikaji terlebih dahulu. Syarikat kemudiannya akan menentukan jenis
pelanggan dan syarat kredit yang akan diberikan kepada pelanggan.
Kualiti pelanggan merujuk kepada kekuatan dan kepercayaan kredit yang
ditunjukkan oleh seseorang pelanggan untuk melayakkan dirinya
menerima kredit. Kaedah kualitatif yang merupakan kaedah tradisional
digunakan untuk mengukur kualiti kredit pelanggan yang memohon
kredit. 5 faktor utama yang dipertimbangkan termasuklah :

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 6

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

(i) Perwatakan (Character)
(ii) Keupayaan (Capacity)
(iii) Modal (Capital)
(iv) Cagaran (Collateral)
(v) Keadaan (Conditions)

o Usaha Kutipan
Syarikat tidak seharusnya mengandaikan semua pelanggannya membayar
tepat pada masa yang ditetapkan oleh syarat kredit yang ditawarkan
kepada mereka. Oleh yang demikian syarikat perlu menentukan polisi dan
prosedur kutipan untuk menangani akaun belum terima yang lampau
tempoh. Polisi kutipan syarikat adalah satu set prosedur untuk mengutip
akaun belum terima apabila sampai tempoh. Syarikat boleh mengenakan
polisi kutipan yang ketat ataupun longgar bergantung kepada penilaian
yang telah dijalankan terhadap pelanggan-pelanggannya.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat apabila
pelanggannya sudah melampaui tempoh pembayaran termasuklah
menghantar surat peringatan, menghantar surat amaran, panggilan telefon
dan amaran keras atau akaun pelanggan diserahkan kepada agensi kutipan
( syarikat pemfaktoran). Syarikat haruslah berhati-hati dalam usaha untuk
mengutip hutang-hutangnya kerana ia mungkin akan menyebabkan
syarikat kehilangan jualan jika usaha kutipan yang dijalankan adalah
keterlaluan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 7

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

7.2 Kos Efektif Pemberian Kredit
Syarat kredit yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggan merupakan satu

insentif kepada mereka untuk mendapatkan diskaun jika membuat pembayaran awal.
Sesetengah pelanggan syarikat akan mengambil diskaun yang ditawarkan dan yang
lain mungkin akan menggunakan peluang kredit percuma ini untuk tujuan merebut
peluang-peluang yang lebih menguntungkan dan membuat pembayaran di akhir
tempoh kredit tersebut.

Pelanggan yang melepaskan peluang mengambil diskaun dan membuat
pembayaran di akhir tempoh kredit tersebut sebenarnya menanggung caj pembiayaan
yang terpaksa dibayar ke atas dana yang dipinjamkan. Merujuk kepada contoh syarat
kredit yang digunakan di atas, iaitu 2/10 bersih 30, jika pelanggan melepaskan
peluang untuk mengambil diskaun sebanyak RM 2,000 (2% x RM100,000) dan
membuat pembayaran pada hari ke 30 , ia sebenarnya merupakan caj pembiayaan
yang terpaksa dibayar ke atas dana yang dipinjamkan. Berdasarkan kepada contoh di
atas, pada 10 hari pertama, pelanggan menikmati kredit percuma sebanyak RM
98,000. Jika pelanggan gagal membayar dalam masa tersebut, pelanggan terpaksa
membayar harga penuh invois sebanyak RM100,000. Amaun tambahan sebanyak
RM2,000 di anggap sebagai caj tambahan kerana menangguhkan bayaran untuk
masa tambahan selama 20 hari.

Kos tahunan melepaskan diskaun (Kos Efektif Kredit) dikira seperti berikut:

Kos tahunan melepaskan diskaun = a x 360
c-b
(Kos Efektif Kredit) 1- a

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 8

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Bagi contoh syarat kredit 2/10 bersih 30 di atas,

Kos tahunan melepaskan diskaun = 0.02 x 360

(Kos Efektif Kredit) 1- 0.02 30-10

= 36.73%

Dalam contoh di atas, sekiranya pelanggan membayar pada hari ke 30, pelanggan
menanggung kos tahunan sebanyak 36.73% kerana memerlukan 20 hari tambahan
untuk membuat pembayaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 9

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

AKTIVITI 7 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7.1 Nyatakan secara ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat pelaburan
dalam akaun belum terima. (6 markah).

7.2 Berikan 5 faktor kaedah kualitatif yang digunakan untuk mengukur kualiti
kredit pelanggan yang memohon kredit. (5 markah)

7.3 Berikan maksud syarat kredit berikut:
(i) 1/ 20 bersih 50
(ii) 2/ 30 bersih 60
(4 markah)

7.4 Kirakan kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:
(i) 1/ 10 bersih 20
(ii) 2/ 10 bersih 30
(iii) 3/ 10 bersih 30
(iv) 3/ 10 bersih 60
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 10

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS 7 (a)

7.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat pelaburan dalam akaun belum
terima ialah :
(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.
Jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat akan menentukan
campuran antara jualan kredit dan jualan tunai. Sifat perniagaan itu
sendiri akan menentukan peratusan jualan kredit dan faktor ini bukan di
bawah kawalan syarikat.

(ii) Tahap jualan.
Semakin tinggi jualan yang dicapai oleh syarikat, maka semakin
meningkat tahap akaun belum terima syarikat. Jualan bermusim dan
pertumbuhan dalam jualan juga akan meningkat selari dengan
peningkatan dalam jualan

(iii) Polisi kredit dan kutipan.
Faktor ini merangkumi syarat jualan, kualiti pelanggan dan usaha
kutipan akan mempengaruhi tempoh atau jangkamasa yang akan diambil
oleh pelanggan untuk membayar ke atas belian kredit yang dilakukan.
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 11

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

7.2 5 faktor kaedah kualitatif yang digunakan untuk mengukur kualiti
kredit pelanggan yang memohon kredit ialah:
(i) Perwatakan (Character)
(ii) Keupayaan (Capacity)
(iii) Modal (Capital)
(iv) Cagaran (Collateral)
(v) Keadaan (Conditions)
(5 markah)

7.3 Maksud syarat kredit:
( i) 1/ 20 bersih 50
Pelanggan akan mendapat 1% diskaun daripada harga invois
sekiranya pembayaran dibuat dalam masa 20 hari. Jika tidak,
akaunnya itu harus dijelaskan dalam masa 50 hari dari tarikh belian.

(ii) 2/ 30 bersih 60
Pelanggan akan mendapat 2% diskaun daripada harga invois
sekiranya pembayaran di buat dalam masa 30 hari. Jika tidak,
akaunnya itu harus dijelaskan dalam masa 60 hari dari tarikh belian.
(4 markah)

7.4 Kos efektif kredit bagi syarat kredit.
(i) 1/ 10 bersih 20 = 36.36%
(ii) 2/ 10 bersih 30 = 36.73%
(iii) 3/ 10 bersih 30 = 55.67%
(iv) 3/ 10 bersih 60 = 22.27%
(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 12

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

INPUT

7.3 Kos Perubahan Polisi Kredit Dan Kesannya Ke Atas Penghutang
Perubahan dalam polisi kredit melibatkan timbal balik di antara kos dan manafaat.

Jualan dan keuntungan akan meningkat apabila polisi kredit dilonggarkan tetapi
pelonggaran polisi kredit juga membawa kesan negatif iaitu pertambahan dalam hutang
lapuk dan dana tambahan terikat kepada akaun belum terima dan inventori. Kos
tambahan juga berlaku apabila pelanggan mengambil diskaun tunai. Oleh itu syarikat
perlu menentukan bilakah masa dan keadaan yang sesuai untuk melaksanakan
perubahan kepada polisi kredit. Keadaan dan masa yang sesuai ialah apabila jualan
akibat perubahan polisi adalah memadai untuk menghasilkan keuntungan tambahan
sehingga melebihi daripada kos yang meningkat akibat daripada perubahan tersebut.
Kaedah ini dipanggil analisis penambah atau marginal.

Contoh:
Andaikan Syarikat Nilam sedang mempertimbangkan perubahan polisi kredit daripada
1/ 10 bersih 40 kepada 2/ 10 bersih 60 sebagai usaha meningkatkan jualan syarikat.
Tujuan analisis marginal atau penambah untuk menentukan samada perubahan syarat
kredit ini patut dilaksanakan atau tidak, berikut adalah maklumat mengenai dasar
syarikat sebelum dan selepas perubahan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 13

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Polisi Kini (1/ 10 bersih 40) Polisi Dicadangkan (2/ 10 bersih 60)
Jualan kredit RM100,000 000. Jualan kredit di jangka RM130,000 000
50% pelanggan mengambil diskaun . 65% pelanggan mengambil diskaun
35% membayar pada hari ke 40. 25% membayar pada hari ke 60
15% membayar pada hari ke 50. 10% membayar pada hari ke 70
Hutang lapuk RM 3,000,000. Hutang lapuk RM5200 000
Tahap inventori RM 50,000 000 Tahap inventori RM 55 000 000

* Andaian: Kos berubah adalah 75% dan kadar pulangan perlu sebelum cukai adalah
sebanyak 14%.
Adakah perubahan polisi kredit ini perlu ditukar kepada yang dicadangkan?

Prosedur Am:
Terdapat 4 langkah untuk melaksanakan analisis marginal ke atas perubahan polisi kredit.

(i) Langkah 1 - Anggarkan perubahan keuntungan
(ii) Langkah 2 - Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima

dan inventori
(iii) Langkah 3 - Anggarkan perubahan kos diskaun (jika diskaun tunai berubah)
(iv) Langkah 4 - Bandingkan peningkatan keuntungan dengan peningkatan kos.

Pengiraan Analisis Marginal

Langkah 1: Anggarkan perubahan keuntungan
= ( peningkatan jualan x margin sumbangan) – ( peningkatan jualan x % hutang

lapuk atas jualan baru )
= ( 30 000 000 x 0.25 ) – ( 5,200,000 – 3,000 000)
= 7,500,000 - 2,200,000
= 5,300,000

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 14

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Langkah 2 : Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima (ABT) dan
inventori

= (tambahan ABT + tambahan inventori ) x ( kadar pulangan perlu sebelum
cukai)

( i) Mula-mula kirakan tambahan pelaburan dalam ABT
(Tambahan ABT) = (tahap baru jualan harian) x (tempoh purata kutipan baru *)
-
(tahap asal jualan harian) x ( tempoh purata kutipan asal **)

* Pengiraan tempoh purata kutipan yang baru = 0.65 (10 hari ) + 0.25 (60 )+ 0.10 (70 )
= 28.5 hari

** Pengiraan tempoh purata kutipan asal = 0.50 (10 hari) + 0.35 (40) + 0.15 (50)
= 26. 5 hari

Oleh itu: x 28.5 - 100,000,000 x 26.5
Tambahan ABT= 130,000,000 360

360

= 10, 291,667 - 7361111
= 2930556

(ii) Jumlah pelaburan tambahan ABT dan tambahan inventori
= 2930556 + 5,000,000
= 7930556

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 15

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

(iii) Kirakan kos tambahan
= 7930556 x 14%
= RM 1110277.84

Langkah 3: Anggarkan perubahan kos diskaun tunai
= (tahap jualan baru) x ( % diskaun tunai baru ) x
( % yang mengambil diskaun ) - ( tahap jualan asal ) x
(% diskaun tunai asal ) x ( % yang mengambil diskaun )
= (130, 000 000 x 0.02 x 0.65 ) - (100,000 000 x 0.01 x 0.50 )
= 1, 690, 000 – 500,000
= 1, 190, 000

Langkah 4: Bandingkan peningkatan pendapatan dengan peningkatan kos

Perubahan bersih keuntungan sebelum cukai = ( perubahan dalam keuntungan ) –
( kos pelaburan baru dalam ABT dan
inventori + kos perubahan dalam
diskaun tunai )

= Langkah 1 – ( Langkah 2 + Langkah 3 )
= 5,300,000 – ( 1110277.84 + 1,190,000 )
= RM 2 999 722.16

Berdasarkan analisis marginal yang telah dilakukan, perubahan bersih dalam keuntungan
sebelum cukai adalah RM 2 999 722.16 iaitu menguntungkan. Oleh itu perubahan
dalam polisi kredit seperti yang dicadangkan wajar dilaksanakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 16

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Secara umumnya analisis marginal ini adalah untuk menganalisis pulangan marginal atau
tambahan yang diakibatkan oleh perubahan polisi kredit dan dibandingkan dengan kos
marginal atau tambahan sebelum perubahan polisi kredit. Jika perubahan polisi kredit ini
memberi kesan lebihan pulangan dibandingkan dengan kos , maka polisi kredit itu perlu
diubah. Jika kos marginal melebihi pulangan marginal, maka polisi kredit yang sedia
ada perlu di kekalkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 17

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

AKTIVITI 7 ( b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7.5 Andaikan Syarikat Cempaka kini mempunyai jualan kredit tahunan RM 16 juta
dan jangkamasa kutipan purata 40 hari. Tahap hutang lapuk kini ialah RM
480,000 dan kadar pulangan dikehendaki (kos melepas) sebelum cukai ialah 16%.
Dengan andaian firma mengeluarkan hanya satu keluaran, ia mempunyai kos
berubah 70% daripada harga jualan. Firma sedang menimbangkan perubahan
polisi kredit semasa syarikat daripada bersih 40 kepada 1/ 20 bersih 60 .
Sekiranya perubahan ini dilaksanakan adalah dijangkakan 40% pelanggan akan
mengambil diskaun dan membayar pada hari ke 20, sedangkan 60% lagi
mengabaikan diskaun dan membayar pada hari ke 60. Ini akan meningkatkan
jangkamasa kutipan purata daripada 40 hari ke 44 hari. Tujuan Syarikat Cempaka
menimbangkan untuk membuat perubahan adalah kerana ia dijangka
menghasilkan jualan kredit tambahan sebanyak RM 2 juta. Walaupun jualan
daripada pelanggan baru akan meningkatkan keuntungan tambahan, ia juga akan
meningkatkan hutang lapuk. Adalah diandaikan hutang lapuk ke atas jualan asal
adalah konsisten, hutang lapuk ke atas jualan tambahan ialah 6%. Tambahan
pula, tahap purata inventori adalah daripada RM 2 juta kepada RM 2,050 000.
Analisakan dengan menggunakan kaedah analisis marginal samada perubahan
polisi kredit perlu dilaksanakan seperti yang dicadangkan atau sebaliknya.
(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 18

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS 7 (b)

7.5 Maklumat-maklumat berikut telah diringkaskan berdasarkan kepada maklumat
yang diberikan pada asalnya.

Tahap jualan kredit baru RM 18 juta
Tahap jualan kredit asal RM 16 juta
Margin Sumbangan 30%
Peratus kerugian hutang lapuk atas jualan baru 6%
Jangkamasa kutipan purata baru 44 hari
Jangkamasa kutipan purata asal 40 hari
Tambahan pelaburan ke atas inventori RM 50,000
Kadar pulangan di kehendaki sebelum cukai 16%
Peratus diskaun tunai baru 1%
Peratus pelanggan mengambil diskaun 40%

Langkah 1: Anggarkan perubahan dalam keuntungan

Perubahan dalam keuntungan = (2,000 000 x 0.30 ) – ( 2,000 000 x 0.06)

= 600 000 – 120, 000

= RM 480 000

Langkah 2:

Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima (ABT) dan inventori.

(i) Kirakan pelaburan tambahan ke atas ABT

Pelaburan tambahan = 18,000 000 x 44 - 16,000 000 x 40

ke atas ABT 360 360

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 19

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

= RM 2200, 000 - 1,777 778
= RM422,222

(ii) Kirakan jumlah pelaburan tambahan ke atas ABT dan inventori
Jumlah pelaburan tambahan
ke atas ABT dan inventori = RM 422, 222 + 50,000
= RM 472,222

(iii) Kirakan kos tambahan = 472222 x 16%
= RM 75, 555

Langkah 3:

Anggarkan perubahan kos tunai

Perubahan kos tunai = (18,000 000 x 0.01 x 0.40 ) – ( 16,000 000 x 0 x 0 )

= 72,000 - 0

= RM 72,000

Langkah 4:

Bandingkan peningkatan pendapatan dengan pendapatan kos

Perubahan bersih keuntungan

sebelum cukai = Langkah 1 – ( Langkah 2 + Langkah 3 )

= 480 000 – ( 75, 555 + 72,000)

= RM 332 445

Kesimpulan: Oleh itu perubahan dalam polisi kredit perlu dilaksanakan seperti yang
dicadangkan kerana perubahan bersih keuntungan adalah positif.
(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 20

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!

SOALAN 7-1
Berikan maksud syarat kredit berikut:
( i ) 5/ 20 bersih 30
(ii) 3/ 15 bersih 60
(iii) bersih 30
( 6 markah)

SOALAN 7-2
Kirakan kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:
(i) 5/ 10 bersih 60
(ii) 3/ 10 bersih 90
(iii) 1/ 15 bersih 30
(6 markah)

SOALAN 7-3
Nyatakan beberapa langkah yang boleh di ambil oleh pihak syarikat jika pelanggan
melampaui tempoh pembayaran yang telah ditetapkan. ( 4 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 21

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

SOALAN 7-4
Syarikat Jutawan sedang menimbangkan untuk melonggarkan polisi kredit semasanya.
Ketika ini firma mempunyai jualan kredit tahunan sebanyak RM 7 juta dan jangkamasa
kutipan purata ialah 30 hari . Di bawah cadangan perubahan polisi kredit, syarat kredit
syarikat akan ditukar daripada bersih 30 hari kepada bersih 90 hari dan kredit akan
dillonggarkan kepada pelanggan yang lebih berisiko. Adalah di andaikan bahawa
kerugian hutang lapuk ke atas pelanggan semasa akan kekal pada tahap asal. Dengan
perubahan polisi ini, adalah dijangkakan jualan akan meningkat sebanyak RM 8 juta.
(Andaikan terdapat 360 hari dalam setahun). Dengan maklumat berikut adakah polisi
kredit baru ini patut dilaksanakan?

Tahap jualan kredit baru RM 8 juta
Tahap jualan kredit asal RM 7 juta
Margin Sumbangan 20%
Peratus kerugian hutang lapuk atas jualan baru 7%
Jangkamasa kutipan purata baru 90 hari
Jangkamasa kutipan purata asal 30 hari
Tambahan pelaburan ke atas inventori RM 50,000
Kadar pulangan di kehendaki sebelum cukai 15%
Peratus diskaun tunai baru 0%

(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

P5127/UNIT 7/ 22

PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 7-1
Maksud syarat kredit berikut:
( i ) 5/ 20 bersih 30

Pelanggan akan mendapat 5% diskaun daripada harga invois sekiranya
pembayaran dibuat dalam masa 20 hari. Jika tidak, akaunnya itu harus dijelaskan
dalam masa 30 hari dari tarikh belian.
(ii) 3/ 15 bersih 60
Pelanggan akan mendapat 3% diskaun daripada harga invois sekiranya
pembayaran dibuat dalam masa 15 hari. Jika tidak, akaunnya itu harus dijelaskan
dalam masa 60 hari dari tarikh belian.
(iii) bersih 30
Tiada diskaun ditawarkan kepada pelanggan dan pelanggan harus menjelaskan
akaunnya dalam masa 30 hari dari tarikh belian.
(6 markah)

JAWAPAN 7-2

Kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:
(i) 5/ 10 bersih 60 = 37.89%
(ii) 3/ 10 bersih 90 = 13.92%
(iii) 1/ 15 bersih 30 = 24.24%
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/


Click to View FlipBook Version