MODUL PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN 4
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
NOVEMBER 2019
i
Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya.
ii
Kandungan
RUKUN NEGARA ivv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v
KATA PENGANTAR vi
PENGENALAN vii
MODUL 1 ASAS MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK 1
3
1.1 Kerjaya Dalam Bidang Menservis Peralatan Elektrik 11
1.2 Mengamalkan Kemahiran Teras
25
MODUL 2 PERALATAN UJIAN MENSERVIS PERALATAN
(ELEKTRIK DOMESTIK) 28
39
2.1 Pena Ujian 45
2.2 Penguji Kapasitor 52
65
2.3 Penguji Soket
2.4 Penguji Tebatan
2.5 Meter Pelbagai
MODUL 3 KOMPONEN ASAS ELEKTRIK 85
3.1 Perintang 88
3.2 Kapasitor 97
3.3 Pengubah 110
3.4 Fius 121
3.5 Diod Separuh Pengalir 128
3.6 Transistor 136
3.7 Geganti 149
iii
MODUL 4 LITAR BEKALAN KUASA 157
159
4.1 Litar Bekalan Kuasa Arus Ulang-alik (AU) 172
4.2 Litar Bekalan Kuasa Arus Terus (AT)
183
MODUL 5 SISTEM KAWALAN 185
202
5.1 Sistem Kawalan Manual
5.2 Sistem Kawalan Automatik 215
217
MODUL 6 BEBAN 227
240
6.1 Elemen Pemanas 249
6.2 Motor
6.3 Transduser 259
6.4 Injap Solenoid 263
278
MODUL 7 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK 292
(ELEMEN PEMANAS) 307
322
7.1 Seterika Elektrik 340
7.2 Cerek Elektrik ix
7.3 Pemanas Air Elektrik x
7.4 Ketuhar Elektrik xi
7.5 Mesin Pengering Pakaian
7.6 Periuk Nasi Elektrik
GLOSARI
RUJUKAN
PANEL PENGGUBAL DAN PENGHARGAAN
iv
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vi
KATA PENGANTAR
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin memanjatkan rasa
syukur telah dapat menerbitkan Modul Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang telah disediakan berasaskan kepada kandungan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.
Dalam menangani hala tuju pendidikan negara serta pembangunan dunia pendidikan hari
ini, BPLTV berusaha menyediakan modul MPV sebagai satu dokumen yang menjadi sumber rujukan
utama guru MPV yang dapat memenuhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan kemahiran
vokasional. Modul pembelajaran ini dibina bagi membantu murid mempelajari dan menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di samping melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, modul pembelajaran ini juga menjadi panduan kepada guru
dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan.
BPLTV amat menghargai segala daya usaha yang telah menyatukan idea untuk menerbitkan
modul ini. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program yang menyokong dasar hendaklah
dilaksanakan dengan kefahaman dan kerjasama yang kukuh daripada semua pihak terutamanya
warga pendidik. Semoga usaha murni ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang diharapkan.
Besarlah harapan BPLTV agar modul ini menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi
menentukan garis utama hala tuju pendidikan di Malaysia. Modul pembelajaran ini telah melalui
beberapa proses pemeringkatan kawalan mutu demi menjaga kualiti modul ini.
Akhir kata, BPLTV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
jutaan terima kasih kepada panel penulis, panel kawalan mutu, Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) serta pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan juga semua
pihak yang telah merealisasikan penerbitan modul ini. Syabas kepada semua yang memberi
komitmen yang tinggi sehingga modul ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Sekian,
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
vii
PENGENALAN
Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini dibangunkan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Elektrik Domestik bertujuan
membantu guru merancang pedagogi di dalam bilik darjah dengan lebih
mudah dan berkesan. Modul PdP ini hanya sebagai cadangan dan guru
boleh merancang sendiri atau mengubahsuai strategi PdP mengikut tahap
penguasaan murid di sekolah masing-masing.
Guru perlu merancang PdP mengikut Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi dengan menggunakan pelbagai aktiviti
menarik dalam sesi Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) antaranya ialah
lawatan industri, ujikaji di bengkel, temubual bersama pakar, kerjasama
dengan industri dan pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Guru juga boleh
menggunakan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam Modul PdP KSSM
MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik.
Justeru itu, adalah diharapkan hasrat yang terkandung dalam kurikulum
Menservis Peralatan Elektrik Domestik dapat difahami dan dilaksanakan
dengan baik oleh guru dengan menggunakan Modul Menservis Peralatan
Elektrik Domestik.
Sesi PdP yang terancang perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai. Pelaksanaan PdP yang menarik dan berkesan dapat
menyediakan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, serta
mempunyai nilai dan etika profesional. Selain daripada itu, PdP yang
terancang juga dapat melahirkan murid yang mampu menjana idea kreatif
dan inovasi, bijak membuat keputusan serta berdaya saing untuk
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara ke arah Revolusi
Industri ke-4 (IR4.0).
viii
MODUL
1
ASAS
MENSERVIS
PERALATAN
ELEKTRIK
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
1MODUL ASAS MENSERVIS
PERALATAN ELEKTRIK
PENDAHULUAN
Modul ini memberikan pengetahuan kepada murid berkaitan dengan teknologi terkini peralatan
elektrik dalam kehidupan dan mengenai kerjaya masa depan. Murid juga didedahkan tentang
etika, budaya kerja, peraturan keselamatan dan kesihatan, langkah keselamatan, kerja yang
bersistem serta merancang aktiviti dan jadual kerja menservis peralatan elektrik domestik.
OBJEKTIF UMUM
Modul ini membolehkan murid:
1. Menerangkan keperluan teknologi terkini berkaitan dengan peralatan elektrik dalam
kehidupan kini.
2. Mempertimbangkan serta mencadangkan kerjaya yang terkini dan masa hadapan dalam
bidang menservis peralatan elektrik.
3. Menyatakan etika dan budaya kerja yang baik.
4. Menerangkan peraturan dalam Akta 514 iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994.
5. Mengenal pasti masalah keselamatan dalam kerja menservis peralatan elektrik domestik.
6. Mengkategorikan punca kemalangan dalam kerja menservis peralatan elektrik.
7. Mencadangkan kerja yang bersistem dalam menservis peralatan elektrik domestik.
8. Merancang aktiviti dan jadual kerja untuk menservis peralatan elektrik.
____________________________________________________________________________________
1
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
SKOP KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN
Skop Modul Pembelajaran bagi modul ini terdiri daripada:
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN UNIT
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
1.1 Kerjaya Dalam 1.1.1 Mengenal pasti teknologi terkini 1.1 Memperkenalkan
Bidang 1.1.2 berkaitan peralatan elektrik. kerjaya bidang
Menservis 1.1.3 Menerangkan keperluan teknologi menservis
Peralatan 1.1.4 terkini berkaitan peralatan elektrik peralatan elektrik
Elektrik. dalam kehidupan kini. domestik
Mempertimbangkan kerjaya yang
terkini dalam bidang menservis
peralatan elektrik.
Mencadangkan kerjaya masa
hadapan dalam bidang menservis
peralatan elektrik.
1.2 Mengamalkan 1.2.1 Menyatakan etika dan budaya kerja 1.2 Mengamalkan
Kemahiran 1.2.2 yang baik. kemahiran teras
Teras. 1.2.3 Menerangkan peraturan dalam Akta dalam bidang
1.2.4 514 iaitu Akta Keselamatan & menservis
1.2.5 Kesihatan Pekerjaan 1994. peralatan elektrik
1.2.6 Menerangkan langkah keselamatan domestik
1.2.7 semasa bekerja.
Menunjukkan masalah keselamatan
dalam kerja menservis peralatan
elektrik domestik.
Mengkategorikan punca kemalangan
dalam kerja menservis peralatan
elektrik.
Mencadangkan kerja yang bersistem
dalam menservis peralatan elektrik
domestik.
Merancang aktiviti dan jadual kerja
untuk menservis peralatan elektrik
___________________________________________________________________________________
2
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
UNIT MEMPERKENALKAN KERJAYA
1.1 BIDANG MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1. Mengenal pasti teknologi terkini berkaitan dengan peralatan elektrik.
2. Menerangkan keperluan teknologi terkini berkaitan peralatan elektrik dalam kehidupan kini.
3. Mempertimbangkan kerjaya yang terkini dalam bidang menservis peralatan elektrik.
4. Mencadangkan kerjaya masa hadapan dalam bidang menservis peralatan elektrik.
____________________________________________________________________________________
3
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
KANDUNGAN / FAKTA
TEKNOLOGI TERKINI BERKAITAN PERALATAN ELEKTRIK.
Pada era globalisasi, teknologi semakin berkembang seiring dengan keperluan dan kehendak
manusia dalam urusan seharian. Proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan
automasi terkini lebih pintar daripada yang sedia ada.
Industri 1.0 Industri 2.0 Industri 3.0 Industri 4.0
(mulai 1784) (mulai 1870) (mulai 1969) (mulai 2011)
Penggunaan Penggunaan Penggunaan Mesin terintegrasi
mesin wap tenaga elektrik komputer dan jaringan internet
dalam industri
atau minyak teknologi
dalam industri maklumat serta
mesin automasi.
Rajah 1.1: Perkembangan Industri.
KEPERLUAN TEKNOLOGI TERKINI BERKAITAN PERALATAN ELEKTRIK DALAM
KEHIDUPAN KINI.
Perubahan teknologi yang berkaitan
dengan keperluan pengguna seperti
rumah pintar membolehkan pemilik
rumah boleh memantau persekitaran
rumah melalui telefon sahaja. Kini
semuanya lebih mudah, dengan hanya
satu sentuhan, bukan sahaja
menjimatkan masa malah dapat
menjimatkan tenaga.
Rajah 1.2 : Contoh Rumah Pintar
menggunakan teknologi
___________________________________________________________________________________
4
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
Pelbagai alat elektrik telah diinovasi untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh cerek
elektrik dan peti sejuk diinovasi sebagai mesin penapis air sejuk dan panas. Mesin basuh
automatik dan pengering pakaian diinovasi sebagai mesin basuh dengan pengering.
Perkembangan teknologi bagi cerek elektrik dan mesin basuh automatik
Rajah 1.3 : Perkembangan teknologi peralatan elektrik
KERJAYA YANG TERKINI DALAM BIDANG MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK
Peluang kerjaya dalam industri Menservis Peralatan Elektrik Domestik merangkumi beberapa
bidang termasuk bidang perniagaan dan keusahawanan seperti Rajah 1.4. Dalam era
pembangunan ekonomi yang semakin pesat ini peluang perniagaan semakin banyak dan
pelbagai. Kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan seperti jalinan sistem
pengangkutan dan perhubungan dapat memudahkan kewujudan dan perjalanan perniagaan.
KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN
KERJAYA
PEKERJA PENDIDIKAN
BERMAJIKAN
Rajah 1.4: Bidang kerjaya
____________________________________________________________________________________
5
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
KERJAYA MASA HADAPAN DALAM BIDANG MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK.
Antara kerjaya yang dijangka bakal menjadi perhatian pada masa hadapan:
1. Pelatih Robot Rumah – Robot boleh melakukan kerja rumah, tetapi harus ‘diasuh’ oleh
manusia.
2. Juruteknik Penyepadu Sistem Sensor – menghubungkan pelbagai jenis sensor daripada
pelbagai peralatan rumah.
3. Jurutera AR (Augmented Reality/Realiti Maya) – AR yang memaparkan situasi rumah yang
dipasang sensor/CCTV.
4. Jurutera Elektrik/Elektronik yang mencipta peralatan baru seiring dengan perkembangan
teknologi.
5. Pengusaha perusahaan rewinding motor.
___________________________________________________________________________________
6
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
LATIHAN
1. Senaraikan lima peralatan elektrik yang ada di pasaran.
a)
b)
c)
d)
e)
2. Nyatakan dua cara bagaimana anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai
peralatan elektrik.
Media Maklumat Terkini
3. Nyatakan dua teknologi terkini peralatan elektrik yang terdapat di pasaran.
Teknologi terkini
____________________________________________________________________________________
7
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. Terangkan tiga kelebihan konsep sistem rumah pintar.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
c) ______________________________________________________________
5. Nyatakan secara ringkas tentang perbezaan perkembangan Industri 3.0 dengan Industri
4.0.
Industri 3.0 Industri 4.0
___________________________________________________________________________________
8
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
TUGASAN
BAHAN DAN PERALATAN
Media elektronik dan media cetak yang berkaitan.
TUGASAN
1. Mendapatkan bahan dan maklumat kerjaya dari media cetak seperti keratan akhbar, helaian
bercetak, katalog atau media elektronik, unit bimbingan dan kaunseling sekolah serta agensi
yang terlibat.
LANGKAH KERJA
1. Senaraikan industri yang berkaitan dengan bidang menservis peralatan elektrik domestik
yang terdapat di sekitar kawasan anda.
2. Kumpulkan maklumat kerjaya dalam bidang menservis ini dari media cetak atau elektronik,
unit bimbingan dan kaunseling sekolah, agensi yang terlibat, pusat servis dan industri.
3. Sediakan satu folio ringkas/video (secara berpasangan) dalam media cetak atau media
elektronik dan bentangkan di hadapan rakan-rakan dan guru untuk pemberian markah.
____________________________________________________________________________________
9
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
PENILAIAN
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 1.1
TAJUK
MEMPERKENALKAN KERJAYA BIDANG MENSERVIS
PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
BIL PERKARA YANG DINILAI KOMPETEN CATATAN
YA BELUM
1. Mengenalpasti teknologi terkini berkaitan
peralatan elektrik. KOMPETEN BELUM
KOMPETEN
2. Menerangkan keperluan teknologi terkini
berkaitan peralatan elektrik dalam
kehidupan kini.
3. Mempertimbangkan kerjaya yang terkini
dalam bidang menservis peralatan
elektrik.
4. Mencadangkan kerjaya masa hadapan
dalam bidang menservis peralatan
elektrik.
5. Mengamalkan nilai-nilai murni.
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
___________________________________________________________________________________
10
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
UNIT MENGAMALKAN KEMAHIRAN TERAS
1.2
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1. Menyenaraikan etika dan budaya kerja yang perlu diamalkan.
2. Menerangkan peraturan dalam Akta 514 iaitu Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
1994 yang ada dalam melindungi pekerja.
3. Menyatakan langkah keselamatan dalam melakukan kerja menservis peralatan elektrik
domestik.
4. Menunjukkan masalah keselamatan dalam kerja menservis peralatan elektrik domestik.
5. Mengkategorikan punca kemalangan dalam kerja menservis peralatan elektrik.
6. Mencadangkan kerja yang bersistem dalam menservis peralatan elektrik domestik.
7. Merancang aktiviti dan jadual kerja untuk menservis peralatan elektrik.
____________________________________________________________________________________
11
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
KANDUNGAN / FAKTA
ETIKA DAN BUDAYA KERJA YANG BAIK
Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak dan tingkah laku yang menjadikan pegangan
seseorang individu. Etika dan budaya kerja perlu diamalkan untuk mengelakan berlaku
kemalangan dan kecederaan, malah dapat menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti dan baik.
Definisi etika kerja : Disiplin dan sikap terhadap kerja
Definisi budaya kerja : Cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja
dalam sesebuah organisasi.
Menepati waktu Amanah Etika kerja Akauntabiliti Berintegriti
Patuh peraturan Berdisiplin Produktif Bertoleransi Menepati janji
Jujur
Rajah 1.5 : Etika kerja yang baik
Berani
Tepati Setia
Janji
Dedikasi Pasukan
BUDAYA
KERJA
Seronok Seronok
Hormat Bersedia Rajah 1.6 : Budaya kerja yang baik
___________________________________________________________________________________
12
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
AKTA DAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang
bekerja serta melindungi keselamatan dan kesihatan orang lain di tempat kerja.
Akta-akta dan undang-undang pekerjaan yang berkaitan adalah seperti Rajah 1.7.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265)
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
Rajah 1.7: Akta-akta dan Undang-undang Pekerjaan
Memastikan keselamatan, Melindungi orang-orang
kesihatan dan kebajikan di tempat kerja
orang-orang (selain daripada orang-orang
yang sedang bekerja. yang sedang bekerja).
Akta Keselamatan
Dan Kesihatan
Pekerjaan 1994
(Akta 514)
Menggalakkan suatu persekitaran Mengadakan suatu sistem
pekerjaan yang bersesuaian perundangan yang berasas kepada
dengan fisiologi dan psikologi peraturan dan tata amalan industri
orang-orang yang sedang bekerja. di samping peruntukan akta.
Rajah 1.8: Tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan
____________________________________________________________________________________
13
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN KERJA MENSERVIS
PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK.
Setiap murid adalah bertanggung jawab terhadap keselamatan diri (diri sendiri, rakan dan guru),
bahan dan peralatan serta tempat kerja. Setiap murid perlu memastikan langkah keselamatan
diambil perhatian sebelum, semasa dan selepas membuat kerja menservis peralatan elektrik.
Langkah-langkah keselamatan
Diri sendiri Tempat kerja Peralatan dan mesin
Pakai pakaian yang Pastikan peralatan Gunakan peralatan dan
sesuai diletakkan di tempat yang mesin yang dalam keadaan
selamat baik
Fokus semasa bekerja Pastikan tanda amaran dan Pastikan mesin sentiasa
arahan dilabelkan di tempat diawasi semasa beroperasi
Tidak bermain semasa
membuat kerja yang sepatutnya
Bersihkan tempat kerja Pastikan tempat kerja Tahu cara menggunakan
setelah selesai membuat dalam keadaan bersih peralatan dan mesin
kerja
Rajah 1.9 : Langkah-langkah keselamatan
Terdapat langkah-langkah keselamatan yang khusus dan sistematik yang sepatutnya dijalankan
semasa proses memasang atau menservis peralatan elektrik bagi mengelakkan masalah
keselamatan yang timbul dalam kerja menservis peralatan elektrik domestik.
Tanda amaran Tangan kering Pakaian sesuai
Alat pemadam api Langkah-langkah Manual
keselamatan semasa
proses menservis
Ujian litar mati Periksa spesifikasi Sumber bekalan
dan ujian litar hidup kuasa
Rajah 1.10 : Langkah-langkah keselamatan
___________________________________________________________________________________
14
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
MASALAH KESELAMATAN DALAM KERJA MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK
DOMESTIK
Langkah-langkah ini perlu dipatuhi untuk mengelakkan masalah keselamatan di bengkel seperti
masalah:
Masalah Masalah Masalah
Renjatan Kebakaran Kemalangan
Elektrik
Rajah 1.11: Masalah Keselamatan
MASALAH RENJATAN ELEKTRIK
Renjatan elektrik boleh berlaku apabila seseorang tersentuh dawai atau peralatan elektrik yang
ada arus mengalir melaluinya atau dalam keadaan litar hidup. Renjatan elektrik boleh menjadikan
seseorang itu tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan denyutan jantung terhenti.
Matikan Jauhkan mangsa Bawa Berikan Bawa
suis daripada sentuhan mangsa bantuan mangsa ke
utama yang menyebabkan ke tempat pernafasan jika
mangsa tidak hospital
bekalan renjatan elektrik yang sedarkan diri. dengan
elektrik. dengan bahan penebat. selamat. segera.
Rajah 1.12: Langkah-langkah menolong mangsa renjatan elektrik
Bantuan pernafasan diberikan kepada mangsa untuk memulihkan pernafasan sehingga boleh
bernafas semula. Bantuan pernafasan cara CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) adalah cara
paling berkesan dan mudah dikendalikan. Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan
pertolongan cemas, sila layari Youtube yang diberikan di bawah:
Langkah Pertolongan Cemas Renjatan Elektrik - CPR (DRABC)
https://youtu.be/HUUt9pOckcM
____________________________________________________________________________________
15
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
MASALAH KEBAKARAN.
Langkah yang paling baik untuk mengatasi masalah kebakaran ialah dengan mencegah
kebakaran sebelum berlaku. Sekiranya berlaku kebakaran, anda mestilah tahu apa yang patut
dilakukan supaya kebakaran itu dapat dikawal dan dipadamkan. Perkara penting yang perlu
diketahui ialah :
1. Tempat letak alat pemadam api.
2. Jenis pemadam api dan kebakaran yang boleh dipadamkan.
3. Cara menggunakan alat pemadam api
*SEKIRANYA KEBAKARAN TIDAK DAPAT DIKAWAL, DAPATKAN
BANTUAN DARIPADA PIHAK BERKUASA.
Rajah 1.13: Kelas Api dan Jenis alat pemadam api
MASALAH KEMALANGAN
Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa kemalangan sebelum
menerima rawatan perubatan selanjutnya. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk
menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan menjadi lebih parah dan mengurangkan
kesakitan mangsa sebelum dihantar ke hospital.
Sebuah kotak pertolongan cemas seharusnya disediakan di tempat kerja atau bengkel supaya
rawatan awal dapat diberikan kepada mangsa kemalangan. Antara bahan atau ubatan yang
sepatutnya ada di dalam kotak pertolongan cemas ialah pencuci luka, krim antiseptik, ‘inhalent’,
gauze, kapas dan kain anduh. Ubat-ubatan dan bahan dalam kotak pertolongan cemas perlulah
diperiksa tarikh luput sebelum digunakan.
___________________________________________________________________________________
16
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Punca kemalangan di tempat kerja boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
Punca kemalangan di tempat kerja
Kecuaian Manusia Keadaan Keadaan
Tempat Kerja Peralatan Dan Mesin
Pakaian yang tidak sesuai
Tiada papan tanda Menggunakan peralatan yang
Tidak mematuhi peraturan amaran tidak berfungsi dengan baik
keselamatan
Pencahayaan tidak Tidak mematuhi manual
Tidak fokus semasa mencukupi kendalian penggunaan
melakukan kerja peralatan dan mesin.
Kawasan kerja tidak
selamat.
Rajah 1.14: Punca kemalangan di tempat kerja
KERJA YANG BERSISTEM DALAM MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK
DOMESTIK
• Pembahagian waktu yang teratur dan
disiplin diri.
• Mempunyai persekitaran kerja yang
kondusif dan menyeronokkan.
• Pematuhan dan pemantauan sistem kerja
berasaskan prosedur serta peraturan.
• Memeriksa tugasan kerja secara
bersistem.
Rajah 1.15: Budaya kerja bersistem
____________________________________________________________________________________
17
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
AKTIVITI DAN JADUAL KERJA UNTUK MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK
DOMESTIK.
Pelaksanaan kerja menservis peralatan elektrik domestik memerlukan satu jadual kerja yang
mengandungi aktiviti yang dirancang secara sistematik bagi memastikan kerja dapat
dilaksanakan dengan lancar dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Bil Aktiviti Minggu 5
1 234
1. 1.1 Menyediakan litar skema bekalan kuasa DC.
1.2 Menyediakan senarai komponen.
1.3 Mendapatkan komponen yang berkaitan.
1.4 Menguji komponen.
2. 2.1 Menterjemah litar skematik kepada litar
bergambar.
2.2 Memasang komponen pada papan litar
bercetak berpandukan litar bergambar.
2.3 Memastikan kekutuban dan pemasangan
komponen adalah betul.
3. 3.1 Memateri komponen pada papan jalur.
3.2 Memotong kaki komponen.
4. 4.1 Menguji kefungsian litar.
4.2 Mengenal pasti kerosakan.
4.3 Membaiki kerosakan.
Jadual 1.1: Jadual kerja Projek litar bekalan kuasa DC
___________________________________________________________________________________
18
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
LATIHAN
1. Senaraikan lima etika dan lima budaya kerja baik yang perlu kita amalkan.
Etika Budaya Kerja
a) a)
b) b)
c) c)
d) d)
e) e)
2. Terangkan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam Akta 514.
Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514)
3. Nyatakan tiga langkah keselamatan semasa melakukan kerja menservis peralatan elektrik
domestik.
Langkah-langkah Keselamatan
____________________________________________________________________________________
19
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. Suaikan tanda amaran dengan masalah keselamatan yang sesuai.
Masalah renjatan
elektrik
Masalah
kebakaran
Masalah
kemalangan
5. Jadual dibawah menunjukkan kategori punca kemalangan dalam kerja menservis peralatan
elektrik.
Lengkapkan jawapan dalam ruang yang disediakan.
Punca kemalangan di tempat kerja
Kecuaian manusia Keadaan Keadaan
tempat kerja peralatan dan mesin
Tidak mematuhi peraturan Tidak mematuhi manual
keselamatan. kendalian penggunaan
peralatan dan mesin.
Kawasan kerja tidak
selamat.
___________________________________________________________________________________
20
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
TUGASAN
BAHAN DAN PERALATAN
Media elektronik dan media cetak yang berkaitan.
TUGASAN
1. Mendapatkan bahan dan maklumat kerja yang bersistem dan jadual kerja untuk menservis
peralatan elektrik dari media elektronik (internet).
LANGKAH KERJA
1. Mencadangkan satu kerja yang bersistem berserta satu aktiviti dan jadual kerja dalam
menservis peralatan elektrik domestik dengan mengikut prosedur.
2. Kumpulkan maklumat ini dari media elektronik.
3. Sediakan satu folio ringkas (secara berpasangan) dalam media cetak atau media elektronik
dan bentangkan di hadapan rakan-rakan dan guru untuk pemberian markah.
____________________________________________________________________________________
21
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
PERBINCANGAN
1. Nyatakan dua langkah keselamatan yang diamalkan ketika melakukan tugasan.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
2. Nyatakan dua nilai murni yang diamalkan.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
3. Sertakan eviden bergambar atau pautan (link) di dalam ruangan yang disediakan.
___________________________________________________________________________________
22
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
PENILAIAN
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 1.2
TAJUK MENGAMALKAN KEMAHIRAN TERAS
BIL PERKARA YANG DINILAI KOMPETEN CATATAN
YA BELUM
1. Menyenaraikan lima etika dan lima budaya
kerja yang perlu diamalkan. KOMPETEN BELUM
KOMPETEN
2. Menerangkan empat peraturan dalam Akta
514 iaitu Akta Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan 1994.
3. Menyatakan tiga langkah keselamatan
dalam melakukan kerja menservis peralatan
elektrik.
4. Menunjukkan empat masalah keselamatan
dalam kerja menservis peralatan elektrik.
5. Mengkategorikan tiga punca kemalangan
dalam kerja menservis peralatan elektrik.
6. Mencadangkan satu kerja yang bersistem
dalam menservis peralatan elektrik.
7. Merancang satu aktiviti dan membuat jadual
kerja untuk menservis peralatan elektrik.
8. Mengamalkan nilai-nilai murni.
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
____________________________________________________________________________________
23
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
STANDARD PRESTASI KOMPETEN
YA BELUM
TAHAP TAFSIRAN
1 Menyatakan teknologi terkini peralatan elektrik serta etika
dan budaya kerja.
Menerangkan keperluan teknologi terkini, peraturan
2 keselamatan tempat kerja dan langkah keselamatan
semasa bekerja.
3 Memberi respon cara mengatasi masalah keselamatan
dalam kerja menservis peralatan elektrik domestik.
4 Membezakan punca kemalangan dalam kerja menservis
peralatan elektrik mengikut prosedur.
Merancang kerjaya dan kerja yang bersistem dalam
5 menservis peralatan elektrik domestik dengan mengikut
prosedur dan bersikap positif.
Menyimpulkan cadangan kerjaya masa depan dengan
6 perancangan aktiviti dan jadual kerja untuk menservis
peralatan elektrik secara sistematik dan boleh diteladani.
KEPUTUSAN TAHAP
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
___________________________________________________________________________________
24
2MODUL
PERALATAN
UJIAN
MENSERVIS
PERALATAN
ELEKTRIK
DOMESTIK
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
2MODUL PERALATAN UJIAN
MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
PENDAHULUAN
Modul ini memberikan pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran
menggunakan pena ujian, penguji kapasitor, penguji soket, penguji tebatan dan meter pelbagai.
Peralatan-peralatan ini merupakan peralatan ujian asas dalam kerja menservis peralatan elektrik
domestik.
OBJEKTIF UMUM
Modul ini membolehkan murid:
1. Mengendali pena ujian untuk mengesan dan menguji punca hidup pada soket alir keluar,
menguji wayar terbuka dan menguji kebocoran peralatan elektrik.
2. Mengendali penguji kapasitor dan mengenal pasti bahagian utama penguji kapasitor.
3. Mengendali penguji soket dan mengenal pasti bahagian utama penguji soket.
4. Mengendali penguji tebatan untuk menguji keterusan dan penebatan.
5. Mengendali meter pelbagai untuk menguji nilai rintangan, voltan arus terus, voltan arus
ulang-alik, arus terus, keterusan komponen dan peralatan elektrik.
____________________________________________________________________________________
25
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
SKOP KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN
Skop Modul Pembelajaran bagi modul ini terdiri daripada:
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN UNIT
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
2.1 Pena Ujian 2.1.1 Menyatakan fungsi pena ujian. 2.1 Mengendali
2.1.2 Mengenal pasti bahagian utama pena ujian pena ujian.
dan fungsinya:
i) Mata.
ii) Sarung Penebat.
iii) Spring dan Mentol Neon.
iv) Klip.
v) Plat Logam.
2.1.3 Menggunakan pena ujian dengan betul dan
selamat:
i) Menguji punca hidup pada soket alir
keluar.
ii) Menguji punca hidup pada wayar
terbuka.
iii) Menguji kebocoran arus pada badan
peralatan elektrik domestik.
2.2 Penguji 2.2.1 Menyatakan fungsi penguji kapasitor. 2.2 Mengendali
Kapasitor 2.2.2 Mengenal pasti bahagian utama penguji penguji
kapasitor.
kapasitor dan fungsinya:
i) Kuar merah dan kuar hitam.
ii) Paparan digital.
iii) Julat.
iv) Tombol pemilih julat.
2.2.3 Menggunakan penguji kapasitor:
i) Melaksanakan proses pengujian
kapasitor.
ii) Membuat kesimpulan hasil daripada
pengujian kapasitor.
2.3 Penguji 2.3.1 Menyatakan fungsi penguji soket. 2.3 Mengendali
Soket 2.3.2 Mengenal pasti bahagian utama penguji soket penguji soket.
dan fungsinya:
i) Lampu penunjuk.
ii) Pin.
iii) Butang sentuh.
2.3.3 Menggunakan penguji soket dengan betul:
i) Melaksanakan proses pengujian soket alir
keluar.
ii) Membuat kesimpulan hasil daripada
pengujian soket alir keluar.
___________________________________________________________________________________
26
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
2.4 Penguji 2.4.1 Menyatakan fungsi penguji tebatan. 2.4 Mengendali
Tebatan 2.4.2 Mengenal pasti bahagian utama penguji penguji
tebatan.
tebatan dan fungsinya:
i) Terminal hidup.
ii) Terminal bumi.
iii) Skala.
iv) Suis tekan.
v) Jarum penunjuk.
vi) Tombol kawalan.
2.4.3 Menggunakan penguji tebatan:
i) Menguji keterusan komponen dan
peralatan elektrik.
ii) Menguji penebatan pada peralatan dan
pendawaian elektrik.
iii) Membuat kesimpulan hasil daripada
pengujian keterusan dan penebatan.
2.5 Meter 2.5.1 Menyatakan fungsi meter pelbagai. 2.5 Mengendali
Pelbagai 2.5.2 Mengenal pasti bahagian utama meter meter pelbagai
pelbagai dan fungsinya:
i) Kuar merah dan kuar hitam.
ii) Skala.
iii) Jarum penunjuk.
iv) Pelaras sifar rintangan.
v) Skru pelaras sifar jarum penunjuk.
vi) Julat.
vii) Tombol pemilih julat.
2.5.3 Menggunakan meter pelbagai:
i) Menguji keterusan komponen dan
peralatan elektrik.
ii) Menguji nilai rintangan, voltan arus terus,
voltan ulang-alik dan arus terus.
iii) Membuat kesimpulan hasil daripada
pengujian keterusan.
2.5.4 Merumuskan hasil daripada nilai pengujian.
____________________________________________________________________________________
27
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
UNIT MENGENDALI PENA UJIAN
2.1
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1. Menyatakan dua fungsi pena ujian.
2. Mengenal pasti lima bahagian utama pena ujian dan fungsinya.
3. Menunjuk cara memegang pena ujian bagi menguji punca hidup pada soket alir keluar,
wayar terbuka dan kebocoran arus pada badan peralatan elektrik domestik.
4. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan nilai murni.
___________________________________________________________________________________
28
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
KANDUNGAN / FAKTA
PENA UJIAN
1. Pena ujian adalah alat untuk mengesan punca hidup pada soket alir keluar, wayar terbuka
dan kebocoran arus pada peralatan elektrik.
2. Pena ujian sesuai digunakan untuk mengesan kehadiran arus elektrik dari 50V hingga
500V.
3. Mentol neon akan menyala apabila terdapat kehadiran arus elektrik.
BAHAGIAN DAN FUNGSI PENA UJIAN Spring
Klip Sebagai penyambung di
antara plat logam
Menyematkan pena dengan mentol neon.
ujian pada poket.
Plat logam
Mentol Neon
Sebagai penutup dan
Sebagai penunjuk perantara aliran arus
kehadiran dan daripada pena ujian ke
kebocoran arus badan penguji sebelum
elektrik. dibumikan.
Sarung Penebat
Menghalang
pengguna daripada
terdedah kepada
aliran arus elektrik
daripada mata
pena ujian.
Mata
Sebagai sesentuh
antara pena ujian
dengan tempat
yang diuji.
Rajah 2.1: Pena ujian
____________________________________________________________________________________
29
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
MENGGUNAKAN PENA UJIAN
1. Mengendalikan pena ujian.
Cara memegang pena ujian dengan betul. Cara penggunaan pena ujian yang salah.
Info Tambahan: Pena Ujian TIDAK
SESUAI digunakan untuk melonggarkan
atau mengetatkan skru kecil.
Rajah 2.2 : Mengendalikan pena ujian
2. Menguji kehadiran arus.
Menguji punca hidup pada soket alir Menguji kebocoran arus pada badan
keluar. peralatan elektrik domestik.
Rajah 2.3: Menguji kehadiran arus
___________________________________________________________________________________
30
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
LATIHAN
1. Nyatakan dua fungsi pena ujian.
a) ____________________________________________________________
b) ____________________________________________________________
2. Berdasarkan gambar foto di bawah, labelkan bahagian utama pena ujian.
3. Tandakan ( √ ) bagi cara memegang pena ujian yang betul dan ( X ) bagi cara yang salah
pada gambar di bawah.
____________________________________________________________________________________
31
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN 1
BAHAN DAN PERALATAN
Pena ujian dan soket alir keluar.
TUGASAN
1. Menguji punca hidup pada soket alir keluar.
2. Membuat pemerhatian hasil pengujian.
LANGKAH KERJA
1. Pastikan pena ujian dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Tentukan soket alir keluar yang hendak diuji.
3. Offkan suis soket alir keluar.
4. Masukkan pena ujian ke terminal L, N dan E soket alir keluar.
5. Catat hasil pemerhatian pada jadual yang disediakan.
6. Onkan suis soket alir keluar.
7. Masukkan pena uji ke terminal L, N dan E soket alir keluar.
8. Catatkan hasil pemerhatian pada jadual yang disediakan.
.
Terminal Bumi, E Suis ON/OFF
Terminal Neutral, N Terminal Hidup, L
Rajah 2.4: Soket alir keluar 13 Amp
Kedudukan Pemerhatian pada mentol neon pena ujian Kesimpulan
suis soket (Menyala/Tidak menyala) (Soket alir keluar
alir keluar berfungsi/tidak)
Terminal L Terminal N Terminal E
ON
OFF
Jadual 2.1: Catatan pengujian soket alir keluar menggunakan pena ujian
___________________________________________________________________________________
32
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
PERBINCANGAN
1. Nyatakan dua langkah keselamatan yang diamalkan ketika menguji punca hidup pada
soket alir keluar.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
2. Nyatakan dua nilai murni yang diamalkan.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
3. Sertakan eviden bergambar atau pautan (link) di dalam ruangan yang disediakan.
____________________________________________________________________________________
33
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN 2
BAHAN DAN PERALATAN
Pena ujian dan wayar terbuka.
TUGASAN
1. Menguji punca hidup pada wayar terbuka.
2. Membuat pemerhatian hasil pengujian.
CATATAN
1. Tugasan ini memerlukan pengawasan guru.
2. Punca hidup pada wayar adalah 240 Volt AC, kecuaian boleh menyebabkan
KEMALANGAN.
LANGKAH KERJA
1. Tentukan pena ujian dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Tentukan wayar terbuka yang ditetapkan untuk pengujian.
3. Sentuhkan mata pena ujian pada wayar terbuka (wayar hidup) yang hendak diuji.
4. Catatkan hasil pengujian yang dilakukan dalam Jadual 2.2.
Punca A
Punca B
Punca C
Rajah 2.5: Wayar terbuka
Pemerhatian pada mentol neon pena ujian Kesimpulan
(Menyala/Tidak menyala)
Punca A Punca B Punca C
Mentol neon menyala
menandakan punca ____ adalah
punca hidup.
Jadual 2.2: Catatan pengujian wayar terbuka menggunakan pena ujian
___________________________________________________________________________________
34
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
PERBINCANGAN
1. Nyatakan dua langkah keselamatan yang diamalkan ketika menguji punca hidup pada
wayar terbuka.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
2. Nyatakan dua nilai murni yang diamalkan.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
3. Sertakan eviden bergambar atau pautan (link) di dalam ruangan yang disediakan.
____________________________________________________________________________________
35
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN 3
BAHAN DAN PERALATAN
Pena ujian dan cerek elektrik.
TUGASAN
1. Menguji kebocoran arus pada badan peralatan elektrik domestik.
2. Membuat pemerhatian hasil pengujian.
CATATAN
1. Tugasan ini memerlukan pengawasan guru.
2. Peralatan elektrik yang mengalami kebocoran arus elektrik boleh menyebabkan
KEMALANGAN.
LANGKAH KERJA
1. Tentukan pena ujian dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Sediakan cerek elektrik yang hendak diuji.
3. Sentuhkan mata pena ujian pada badan peralatan elektrik yang hendak diuji (Rajah 2.6).
4. Buat pemerhatian hasil pengujian yang dilakukan.
Rajah 2.6 : Pengujian cerek elektrik
Pemerhatian : _______________________________________________________________
Kesimpulan : _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
36
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
_______________________________________________________________________________________ ____________________________________________________
PERBINCANGAN
1. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang diamalkan ketika menguji kebocoran arus
pada badan peralatan elektrik domestik.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
2. Nyatakan dua nilai murni yang diamalkan.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
3. Sertakan eviden bergambar atau pautan (link) di dalam ruangan yang disediakan.
____________________________________________________________________________________
37
Modul Pembelajaran
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
PENILAIAN
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 2.1
TAJUK MENGENDALI PENA UJIAN
BIL PERKARA YANG DINILAI KOMPETEN CATATAN
YA BELUM
1. Menyatakan fungsi pena ujian.
2. Mengenal pasti lima bahagian pena KOMPETEN BELUM
KOMPETEN
ujian.
3. Menunjuk cara memegang pena ujian
dengan betul.
4. Menguji punca hidup pada soket alir
keluar.
5. Menguji punca hidup pada wayar
terbuka.
6. Menguji kebocoran arus pada badan
peralatan elektrik domestik.
7. Mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan nilai-nilai murni.
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
___________________________________________________________________________________
38