The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dorajaffar, 2020-12-02 02:44:48

PRINSIP PERAKAUNAN

NOTA PRINSIP PERAKAUNAN

PRINSIP PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR
KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PRINSIP PERAKAUNAN

TOPIK 1 :
PENGENALAN KEPADA

PERAKAUNAN

OBJEKTIF

Objektif Am: Di akhir kursus ini, pelajar boleh menjelaskan pengenalan dan
konsep perakaunan

Objektif Khusus: Di akhir topik ini anda sepatutnya dapat:

 Menerangkan Definisi dan perbezaan
 Menyenaraikan Sebab-Sebab Mempelajari Perakaunan
 Mengenalpasti Konsep Dan Prinsip Perakaunan:
 Menerangkan Pengkelasan Akaun Dalam Sesuatu Entiti
 Menerangkan Persamaan perakaunan
 Menerangkan Kitaran Perakaunan
.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 1

PRINSIP PERAKAUNAN

INPUT

1.0 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan
menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu,
perniagaan, kerajaan, dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan
berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan
maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan
mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak
dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.

1.1 DEFINISI DAN PERBEZAAN PERAKAUNAN DAN SIMPAN KIRA

 Definisi Perakaunan
 Perakaunan adalah sesuatu proses mengelas, merekod dan
meringkaskan urus niaga dalam ukuran wang serta menganalisis
dan mentaksir data kewangan perniagaan untuk membantu pihak-
pihak yang berpentingan membuat keputusan.

 Definisi Simpan kira
 Simpan kira adalah proses mengelas, merekod dan meringkaskan
urus niaga perniagaan

Mengelas

Simpan kira Merekod

Meringkas

Menganalis Perakaunan
is

Mentaksir

FAHIMAH BINTI JAFFAR 2

PRINSIP PERAKAUNAN

Rajah 2: perbezaan antara simpan kira dan perakaunan

 Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat
disimpulkan bahawa konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait
rapat dan Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses
perakaunan.

1.2 SEBAB MEMPELAJARI PERAKAUNAN

Kegunaan Kegunaan
Peribadi Pekerjaan

Melanjutkan
Pelajaran

Rajah 1: sebab mempelajari perakaunan

FAHIMAH BINTI JAFFAR 3

PRINSIP PERAKAUNAN

1.3 KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN

a) Konsep Berterusan
o Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk
suatu jangka masa yang panjang.
o Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini,
semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos
sejarah.

b) Konsep Pemadanan Hasil dan Belanja
o Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan
harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk
mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
o Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira
berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh
masa.
o Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang
sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah
diterima atau belum diterima.
o Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan
wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada
sudah dibayar atau belum dibayar.
o Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun
tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah
RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang
sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah
yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

c) Konsep Ketekalan
o Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus
mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk
beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.
o Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap
digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan
secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
o Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan
dibuat.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 4

PRINSIP PERAKAUNAN

d) Konsep Materialiti
o Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi
kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.
o Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan
dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci
Kira-kira.
o Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga
RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset
dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh
digunakan untuk jangka masa panjang.

e) Konsep Entiti Berasingan
o Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap
sebagai entiti berasingan.
o Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan
sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.
o Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku
perniagaan.
o Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar
yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak
boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.

f) Konsep Wang Sebagai Ukuran
o Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.
o Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat

memudahkan penghitungan nilai urus niaga.
o Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang

yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.
o Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.

g) Konsep Tempoh Perakaunan
o Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan
untuk jangka masa yang panjang.
o Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi
perniagaan dibuat dan dibandingkan, hayat perniagaan
dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai
tempoh perakaunan.
o Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan
sebagainya.
o Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah
setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada
31 Disember.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 5

PRINSIP PERAKAUNAN

h) Konsep Kos Sejarah
o Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod
mengikut harga belian atau kos belian.
o Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan
walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.
o Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut
terbukti dalam dokumen perniagaan.
o Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan
harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh
menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai
RM25 000 dalam buku perakaunan

i) Konsep Catatan Bergu
o Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus direkodkan
sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada
masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi
akaun dikreditkan.
o Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu, sistem
catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak ketepatan merekod.
o Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun
jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan
dengan RM500

FAHIMAH BINTI JAFFAR 6

PRINSIP PERAKAUNAN

1.4 PENGKELASAN AKAUN
1.4.1 Klasifikasi Akaun

ASET

HASIL KELAS LIABILITI
AKAUN

BELANJA EKUITI
PEMILIK

Aset
 Barangan bernilai yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan supaya aktiviti-

aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
 Dua pengelasan aset:

Aset Semasa Aset Bukan Semasa / tetap

Ciri-ciri • Aset-aset yang • Ia dibeli bukan untuk dijual
Contoh senang ditukar semula.

• Biasanya dalam • Ia diperlukan untuk
tempoh setahun operasi perniagaan.
atau satu tempoh
perakaunan. • Biasanya mempunyai
hayat lebih daripada satu
• Bentuk aset tahun perakaunan.
sentiasa berubah
• Ia boleh digunakan
• Wang tunai, deposit berulang kali
di bank, stok
barangan dan • Premis, alatan pejabat,
penghutang. perabot pejabat kenderaan
bermotor, loji dan mesin.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 7

PRINSIP PERAKAUNAN

Liabiliti
 Segala yang di hutang oleh sesebuah perniagaan kepada pihak luar yang

perlu dijelaskan dengan wang, barangan ataupun perkhidmatan.
 Jadi tanggungan perniagaan kepada pihak luar ang memberi hutang.
 Dua jenis pengelasan liabiliti:

Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa / tetap

Ciri-ciri • Hutang perniagaan • Hutang perniagaan yang
Contoh yang dijangkakan akan dibayar baluk dalam
akan dijelaskan satu tempoh lebih
dalam tempoh satu daripada satu tahun
tahun perakaunan. perakaunan.

• Pemiutang, pinjaman • Gadai janji premis atau
jangka pendek, tanah, debentur, dan
overdraf bank, dan pinjaman bank jangka
belanja terakru panjang.

Ekuiti Pemilik
 Ekuiti pemilik atau modal adalah jumlah pelaburan atau kepentingan pemilik

dalam perniagaannya.
 Ekuiti pemilik boleh diperoleh dengan menolak jumlah liabiliti perniagaan

daripada jumlah aset perniagaan.
 Jika pemilik tidak berhutang, maka ekuiti pemilik = jumlah aset perniagaan.
 Ekuiti akan bertambah apabila untung diperoleh daripada operasi perniagaan.
 Ekuiti pemilik akan berkurang apabila perniagaan mengalami kerugian.
 Ambilan oleh pemilik boleh kurangkan ekuiti pemilik.
 Sumber ekuiti pemilik bergantung pada bentuk perniagaan.
 Milikan tunggal – modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan

adalah tanggungjawab pemilik sendiri.
 Perkongsian – modal di sumbangkan oleh rakan-rakan kongsi. Jumlah yang

disumbangkan bergantung kepada perjanjian antara rakan-rakan kongsi

tersebut.
 Syarikat (sendirian berhad & awam berhad) – modal syarikat diperoleh

daripada jumlah saham syarikat.
 sendirian berhad – saham tidak ditawarkan kepada orang ramai, hanya

individu tertentu melalui jemputan
 Awam berhad – jumlah saham yang dikumpulkan biasanya besar.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 8

PRINSIP PERAKAUNAN

Hasil
 Wang tunai yang diterima atau akan diterima pada satu tarikh yang akan

datang oleh sesebuah perniagaan kesan daripada menjual barang-barang

atau perkhidmatan.
 Hasil yang diterima terdapat dalam bentuk komisen, sewa, dan faedah

simpanan.
 Pengelasan hasil :

Hasil Kendalian Hasil Bukan Kendalian

• Hasil yang diperoleh daripada • Hasil yang diperoleh daripada
operasi perniagaan biasa. aktiviti perniagaan luar biasa
atau abnormal.
• Contoh:
Jualan barang niaga. • Contoh
Keuntungan atas jualan aset
Penerimaan daripada bukan semasa.

perkhidmatan yang diberikan. Dividen daripada pelaburan.

Komisen diterima, faedah
diterima, dan diskaun diterima.

Belanja
 Wang yang dibayar atau dikenakan dan akan dibayar pada satu tarikh yang

akan datang kesan daripada kendalian perniagaan.
 Pengelasan Belanja

Belanja Kendalian Belanja Bukan Kendalian

• Belanja yang perlu dibayar • Belanja yang perlu dibayar
kesan daripada operasi buka kesan daripada operasi
perniagaan biasa. perniagaan biasa.

• Contoh • Contoh
Kos jualan – belian barang Rugi atas jualan aset bukan
untuk dijual semula. semasa

Penjualan dan pengagihan – derma
gaji jurujual.

Pentadbiran dan am – gaji
pengurus

Kewangan – faedah atas
pinjaman

FAHIMAH BINTI JAFFAR 9

PRINSIP PERAKAUNAN

KELAS CONTOH
AKAUN

BELANJA Belian,angkutan,diskaun diberi, susut nilai,sewa,kadar
bayaran,insurans dan hutang lapuk

ASET Aset Bukan Semasa -
bangunan,tanah,kenderaan,computer,lengkapan,perabot dan
alatan pejabat.

Aset Semasa – Stok,penghutang,bank,tunai,belanja
terdahulu,hasil terakru

HASIL Jualan,diskaun diterima,komisen diterima,untung dari jualan aset
bukan semasa dan pengurangan peruntukan hutang ragu

EKUITI Modal,ambilan,untung atau rugi

Liabiliti Bukan Semasa – pinjaman dan gadai janji
LIABILITI Liabiliti Semasa – pemiutang,overdraf,belanja terakru dan hasil

terdahulu.

Jadual 2 : contoh item dalam pengkelasan akaun

1.4.2 Persamaan Perakaunan

1. Tanpa Hasil dan Belanja
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

2. Mengambil kira hasil dan belanja
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + (Hasil – Belanja)

FAHIMAH BINTI JAFFAR 10

PRINSIP PERAKAUNAN

1.5 KITARAN PERAKAUNAN

Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang
perlu diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan
melalui Kitaran Perakaunan.

Apa itu Kitaran Perakaunan?
Kitaran Perakaunan merupakan satu proses pengumpulan dan pemprosesan
data-data perakaunan.

Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan
mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan

KITARAN PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR 11

PRINSIP PERAKAUNAN

Peringkat 1 • Proses bermula apabila segala maklumat urus
Dokumen Sumber niaga seperti invois, nota debit, nota kredit, resit,
baucar bayaran, keratan cek diperoleh.

• Diperoleh apabila urus niaga berlaku

Peringkat 2 •Maklumat daripada sumber dokumen akan di catatkan
Pengeposan ke Buku Catatan dalam Buku Catatan Pertama iaitu Jurnal dan Buku Tunai
•Jurnal terdiri daripada :
Pertama •Jurnal Am
•Jurnal Khas
•Jurnal Belian
•Jurnal Jualan
•Jurnal Pulangan Belian
•Jurnal Pulangan Jualan

Peringkat 3 • Catatan di Buku Catatan Pertama ini akan
Pengeposan ke Lejar diposkan ke lejar dalam akaun-akaun yang
berkenaan sama ada di sebelah debit atau kredit.

• Biasanya pengeposan ke lejar akan dilakukan
pada setiap akhir bulan.

• Selepas itu, akaun-akaun lejar akan diimbangkan

FAHIMAH BINTI JAFFAR 12

PRINSIP PERAKAUNAN

Peringkat 4 • Baki-baki daripada akaun lejar disenaraikan
Penyediaan Imbangan Duga dalam Imbangan Duga sama ada di sebelah
debit atau kredit.

• Akaun-akaun yang berbaki debit akan
dipindahkan ke sebelah debit Imbangan duga

• Akaun-akaun yang berbaki kredit akan
dipindahkan ke sebelah kredit Imbangan
duga.

Peringkat 5 • Pelarasan akan dilakukan untuk
Pelarasan memadankan hasil dan belanja dalam suatu
tempoh perakaunan.

• Antara pelarasan yang berkaitan :
• Belanja terdahulu dan terakru
• Hasil terdahulu dan terakru
• Susut nilai dan susut nilai terkumpul
• Peruntukan hutang ragu

Peringkat 6 • Apabila pelarasan telah dilakukan, Imbangan
Penyediaan Imbangan Duga duga selepas pelarasan akan disediakan.

Terlaras • Maklumat dalam Imbangan duga terlaras
akan digunakan untuk penyediaan penyata
kewangan

FAHIMAH BINTI JAFFAR 13

PRINSIP PERAKAUNAN

Peringkat 7 • Pada akhir tempoh perakaunan, penyata kewangan
akan disediakan

• Penyata kewangan terdiri daripada :
• Penyata pendapatan

• Kunci kira-kira

Penyediaan Penyata Kewangan

Peringkat 8 • Peringkat terakhir
Catatan Penutup • Catatan penutupan akan dibuat dalam jurnal dan

diposkan ke akaun lejar untuk tempoh perakaunan
yang berikutnya.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah – Lao Tze

FAHIMAH BINTI JAFFAR 14

PRINSIP PERAKAUNAN

AKTIVITI

AKTIVITI 1

1.1 Perakaunan sesuatu proses _______________, __________ dan
_____________urus niaga dalam ukuran wang serta ______________ dan
_____________ data kewangan perniagaan untuk membantu pihak-pihak
yang berpentingan membuat keputusan.

1.2 _____________________ merupakan langkah permulaan dalam proses
perakaunan

1.3 Senaraikan tiga sebab mempelajari perakaunan
i. _________________________________
ii. _________________________________
iii. _________________________________

1.4 Senaraikan lima konsep asas perakaunan:

i. _______________________________
ii. _______________________________
iii. _______________________________
iv. _______________________________
v. _______________________________

FAHIMAH BINTI JAFFAR 15

PRINSIP PERAKAUNAN

1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan konsep asas
perakaunan dengan maklumat yang diberi.
a. ________________________________
Prinsip ini menyatakan amaun tersebut akan direkodkan dalam
buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran
bagi barang tersebut. Kos belian merupakan satu nilai yang
objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen
perniagaan.
b. _______________________________________
Prinsip ini menyatakan pendapatan bagi satu tempoh
perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh
tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.Begitu
juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang
yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah
dibayar atau belum dibayar.
c. _________________________________
Merupakan prinsip yang menyatakan setiap urus niaga harus
direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang
berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun
didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.
d. ____________________________________
Menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah
perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh
perakaunan yang berterusan.
e. ____________________________________
Adalah diandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi
berterusan untuk jangka masa yang panjang sehingga
dibubarkan oleh pemilik sendiri.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 16

PRINSIP PERAKAUNAN

1.5 Senarai lima klasifikasi akaun
i. __________________________
ii. __________________________
iii. __________________________

iv. __________________________
v. __________________________

1.6 Berikan 2 contoh untuk setiap klasifikasi akaun berikut

Aset Semasa
Aset Bukan semasa
Liabiliti Semasa
Liabiliti Bukan Semasa
Hasil kendalian
Hasil bukan kendalian
Belanja kendalian
Belanja bukan kendalian

1.7 Kitaran Perakaunan ialah
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

1.8 Sediakan satu kitaran perakaunan yang lengkap

FAHIMAH BINTI JAFFAR 17

PRINSIP PERAKAUNAN

PENILAIAN KENDIRI

\

SOALAN 1.1:
Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna
________________ dan pengguna __________________________

SOALAN 1.2 yang telah
Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut
ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa.

i) Prinsip Konservatisme
ii) Prinsip Ketekalan
iv) Prinsip Catatan Bergu
v) Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja

SOALAN 1.3

Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan.

SOALAN 1.4

Namakan fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan.

SOALAN 1.5

Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 18

PRINSIP PERAKAUNAN

TOPIK 2: DOKUMEN SUMBER

OBJEKTIF

Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang fungsi dan jenis
dokumen dalam perniagaan dan merekod urus niaga mengikut
proses Kitaran Perakaunan

Objektif Khusus: Di akhir topik ini anda sepatutnya dapat:

 Menerangkan fungsi dan jenis dokumen dalam perniagaan.
 Menerangkan pengertian dan pengiraan diskaun niaga serta

diskaun tunai
 Menyediakan dokumen sumber mengikut fungsi
.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 19

PRINSIP PERAKAUNAN

INPUT

1.0 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
1.1 FUNGSI
1. Dokumen perniagaan merupakan bukti bertulis bagi setiap urus niaga
bahawa urus niaga telah berlaku.
2. Secara umumnya, perkara-perkara yang perlu diteliti dalam sesuatu dokumen
adalah jenis atau nama dokumen, tarikh berlaku urus niaga, dokumen asal
atau salinan, butiran urus niaga, jumlah, urus niaga tunai atau kredit, syarat
serahan dan syarat diskaun.
3. Berikut adalah fungsi dokumen perniagaan :

Fungsi Dokumen Perniagaan

Sebagai sumber rekod di dalam buku perakaunan

Sebagai bukti berlakunya sesuatu urus niaga

Sebagai rujukan pada masa hadapan

Menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga

Mengingatkan peniaga berkenaan hutang dalam urusniaga

FAHIMAH BINTI JAFFAR 20

PRINSIP PERAKAUNAN

1.2 PERINGKAT DOKUMEN PERNIAGAAN
1. Dokumen perniagaan yang berkaitan dengan urus niaga jual beli barang niaga

terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
a) Dokumen sebelum proses urus niaga
b) Dokumen semasa proses urus niaga
c) Dokumen selepas proses urus niaga

•Surat tanya SEMASA •Penyata Akaun
•Surat jawapan •Resit
•sebut harga URUS NIAGA
•katalog SELEPAS
•Pesanan belian URUS NIAGA
SEBELUM URUS •Nota Serahan
NIAGA •Invois
•Nota Debit
•Nota Kredit
•Keratan cek
•Slip daftar tunai
•Cek
•Slip bank
•Slip pindahan wang

Rajah 1

FAHIMAH BINTI JAFFAR 21

PRINSIP PERAKAUNAN

1.3 JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN

JENIS DOKUMEN

DOKUMEN SEBAGAI DIKUMEN SEBAGAI
SUMBER RUJUKAN – SUMBER MAKLUMAT –

Bukan untuk catatan Untuk catatan dalam
dalam buku perakaunan buku perakaunan

DOKUMEN
SEBAGAI SUMBER

RUJUKAN
1. Surat Tanya

2. Surat Jawapan
3. Sebutharga
4. Katalog

5. Nota pesanan
6. Nota serahan
7. Penyata Akaun

FAHIMAH BINTI JAFFAR 22

PRINSIP PERAKAUNAN

1. Surat Tanya

 Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
 Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai

barangan yang ingin dibeli
 Pembeli boleh meminta penjual menghantar sebut harga atau katalog

dalam surat tanya itu.
 Perkara-perkara dalam surat tanya

i. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
ii. Harga barangan dan syarat pembayaran
iii. Syarat serahan dan pembayaran
iv. Tarikh serahan

FAHIMAH BINTI JAFFAR 23

PRINSIP PERAKAUNAN

2. Surat Jawapan

 Dihantar oleh pemborong kepada peruncit
 Dilampirkan bersama sama ada sebut harga / senarai harga atau

katalog
 Fungsi – memberi keterangan lanjut mengenai barang yang boleh

dibekalkan.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 24

PRINSIP PERAKAUNAN

3. Sebut Harga

 Sebut harga merupakan satu dokumen yang menyenaraikan harga
bagi barang-barang yang dikehendaki pembeli.

 Sebut harga membolehkan pembeli membuat perbandingan harga
antara pembekal- pembekal lain.

 Maklumat penting di dalam sebut harga adalah:
i. Nombor rujukan barang
ii. Keterangan barang
iii. Harga

FAHIMAH BINTI JAFFAR 25

PRINSIP PERAKAUNAN

4. Katalog
 Maklumat barang yang dicetak dan disertakan bersama gambar yang
berwarna dan menarik
 Tiada harga dicetak tetapi ada nombor rujukan.
 Harga dicetak ditempat lain untuk menjimatkan kos jika ada perubahan
harga.

5. Nota Pesanan/ Pesanan Belian

 Nota pesanan / pesanan belian merupakan borang yang digunakan
untuk membuat pesanan untuk membeli barang.

 Aktiviti belian akan bermula selepas pembeli meneliti sebut harga,
senarai harga dan katalog.

 Pesanan ini dihantar oleh pembeli kepada penjual.
 Pembeli akan membuat pesanan barang niaga dengan menghantar

borang pesanan belian kepada penjual.
 Butiran berdasarkan maklumat dalam katalog.
 Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga.
 Maklumat dalam pesanan belian tidak perlu dimasukkan ke mana-

mana buku perakaunan kerana proses jual beli belum bermula lagi.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 26

PRINSIP PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR 27

PRINSIP PERAKAUNAN

6. Nota Serahan

 Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang.
 Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan

sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan
selamat.
 Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak
dinyatakan.
 Fungsi :

i. Menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar
ii. Membolehkan pembeli memeriksa dan mengakui barang

dalam keadaan baik
iii. Sebagai bukti penerimaan barang

FAHIMAH BINTI JAFFAR 28

PRINSIP PERAKAUNAN

7. Penyata Akaun
 Penyata akaun merupakan dokumen yang digunakan untuk
mengingatkan penghutang tentang jumlah hutangnya.
 Senarai semak yang dihantar oleh pemiutang kepada penghutang
dengan menyenaraikan setiap urus niaga yang telah berlaku antara
pembeli dan penjual.
 Penyata akaun hanyalah rujukan penghutang, tidak melibatkan apa-
apa catatan urus niaga di dalam buku penghutang.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 29

PRINSIP PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR 30

DOKUMEN PRINSIP PERAKAUNAN
SEBAGAI SUMBER
1. Invois
MAKLUMAT
2. Nota debit

3. Nota kredit

4. Resit rasmi
5. Cek dan
keratan cek
6. Baucar

7. Penyata gaji

8. Bil tunaI
9. Slip daftar

tunai
10. Slip wang
tunai masuk
11. Maklumat

debit
12.Maklumat

kredit
13. Memo
14.Lain-lain
bayaran
15.Slip pindahan

wang

FAHIMAH BINTI JAFFAR 31

PRINSIP PERAKAUNAN

Dokumen Sumber Untuk catatan

1. Invois
 Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual
akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota
serahan.
 Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota
serahan dan menandatanganinya.
 Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang
disahkan oleh pembeli.
 Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga
jual beli secara kredit.
 Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada
pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
 Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod
perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal
Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal
Jualan.
 Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
i. Nama dan alamat penjual
ii. Nama dan alamat pembeli
iii. Tarikh invois disediakan.
iv. Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
v. Syarat-syarat urus niaga seperti:
a. Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna
kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
b. Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran
dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5%
diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar
dalam tempoh 10 hari.
c. K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan
dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan
ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota
debit dan nota kredit.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 32

PRINSIP PERAKAUNAN

K.&K. di K 33

FAHIMAH BINTI JAFFAR

PRINSIP PERAKAUNAN

2. Nota Debit

 Nota debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan
hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.

 Nota debit disediakan oleh penjual dan di hantar kepada pembeli.
 Antara sebab-sebab invois asal tekurang termasuklah :

i. Catatan tertinggal dalam invois seperti caj angkutan, belanja
pos, caj peti barang atau tin.

ii. Sesuatu butir dikenakan bayaran yang kurang kerana kesilapan
pengiraan

iii. Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran.
iv. Caj tambahan akibat daripada pertukaran barang.
 Nota debit asal dihantar kepada pembeli dan nota debit salinan
disimpan oleh penjual.
 Nota debit asal merupakan sumber maklumat untuk perekodan dalam
Jurnal Belian bagi pembeli.
 Nota debit salinan pula merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Jualan bagi penjual.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 34

PRINSIP PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR 35

PRINSIP PERAKAUNAN

3. Nota Kredit

 Nota kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan
hutang pembeli.

 Nota kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
 Jumlah amaun dalam invois asal telah terlebih daripada yang sebenar.
 Dihantar oleh penjual disebabkan oleh:

i. Pembeli memulangkan barang kerana rosak, salah jenama,
salah saiz atau tidak berkualiti.

ii. Bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya.
iii. Pembeli memulangkan rak atau bekas kosong yang telah di caj

dalam invois.
iv. Jumlah di dalam invois terlebih kerana salah pengiraan.
v. Komisen atau elaun diberikan kepada pembeli.
vi. Pengurangan akibat daripada pertukaran barang.
 Nota kredit asal dihantar kepada pembeli dan nota kredit salinan
disimpan oleh penjual.
 Nota kredit asal merupakan sumber malumat untuk perekodan dalam
Jurnal Pulangan Belian bagi pembeli.
 Nota kredit salinan pula merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pulangan Jualan bagi penjual.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 36

PRINSIP PERAKAUNAN

FAHIMAH BINTI JAFFAR 37

PRINSIP PERAKAUNAN

4. Resit

 Resit merupakan dokumen perniagaan yang dikeluarkan sebagai bukti
akuan penerimaan tunai atau cek.

 Penjual akan menyediakan resit sekiranya pembeli menjelaskan
bayaran.

 Resit boleh dijadikan bukti di mahkamah.
 Resit asal akan diberikan kepada pembeli, manakala resit salinan

pendua akan disimpan oleh penjual.
 Resit asal merupakan sumber maklumat kepada Jurnal pembayaran

Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi pembeli.
 Resit salinan merupakan maklumat kepada Jurnal Penerimaan Tunai

(debit) bagi penjual.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 38

PRINSIP PERAKAUNAN

5. Cek dan keratan cek

 Cek tidak mempunyai salinan pendua seperti dokumen perniagaan
lain, tetapi mempunyai keratan cek sebagai rujukan.

 Cek yang telah lengkap bertulis dan ditandatangani akan diserahkan
kepada penjual atas urus niaga yang telah dilakukan.

 Maklumat pada keratan cek adalah penting untuk perekodan dalam
buku perakaunan.

 Cek merupakan sumber maklumat yang digunakan penjual untuk
perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai (Debit)

 Keratan cek merupakan sumber maklumat kepada Jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (Kredit) bagi pembeli.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 39

PRINSIP PERAKAUNAN

6. Baucar

 Baucar bayaran merupakan dokumen yang digunakan untuk
mencatatkan semua jenis pembayaran yang dilakukan oleh pihak
peniaga sama ada secara tunai atau dengan cek.

 Baucar bayaran yang disediakan perlulah dikepilkan bersama dengan
bil-bil dokumen sokongan.

 Antara contoh pembayaran termasuklah sewa premis, tambang dan
petrol, belanja membaiki premis, pembayaran gaji.

 Peniaga akan memberi dokumen asal kepada penerima bayaran dan
menyimpan dokumen salinan.

 Baucar bayaran merupakan sumber maklumat kepada Jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (kredit) bagi sesebuah
perniagaan.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 40

PRINSIP PERAKAUNAN

7. Penyata Gaji

 Penyata gaji merupakan dokumen yang disediakan oleh majikan
kepada pekerja untuk mencatatkan pembayaran gaji pekerja.

 Penyata gaji berfungsi sebagai bukti bahawa bayaran gaji telah di
buat.

 Penyata gaji akan menggantikan fungsi baucar bayaran apabila
pembayaran gaji pekerja oleh majikan di bankkan terus ke akaun bank
pekerja melalui pindahan kredit.

 Jika majikan membayar gaji pekerja secara tunai, baucar bayaran
akan disediakan.

 Penyata gaji asal akan diberikan kepada pekerja, manakala salinan
dismpan oleh majikan.

 Penyata gaji salinan merupakan sumber maklumat kepada jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi sesebuah
perniagaan.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 41

PRINSIP PERAKAUNAN

8. Bil tunai

 Bil tunai merupakan dokumen perniagaan yang dikeluarkan oleh
penjual sekiranya pembeli menjelaskan bayaran dengan serta merta
sama ada secara tunai atau cek.

 Bil tunai asal merupakan bukti belian secara tunai oleh pembeli. Oleh
itu, bil tunai asal merupakan sumber maklumat yang digunakan oleh
pembeli untuk perekodan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai (kredit).

 Bil tunai salinan pula merupakan bukti jualan secara tunai bagi penjual.
Maka, bil tunai salinan merupakan sumber maklumat yang digunakan
oleh penjual untuk perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai dan
Bukti Tunai (debit).

FAHIMAH BINTI JAFFAR 42

PRINSIP PERAKAUNAN

9. Slip Daftar Tunai

 Slip daftar tunai merupakan penyata bercetak yang dikeluarkan
daripada mesin daftar tunai apabila pembeli membayar secara tunai.

 Slip daftar tunai tidak mencetak nama pembeli yang membuat
pembayaran.

 Slip daftar tunai asal diberi kepada pembeli bersama baran yang dibeli,
manakala slip daftar tunai salinan disimpan oleh penjual sebagai bukti
jualan.

 Slip daftar tunai asal merupakan sumber maklumat bagi perekodan
dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi pembeli.

 Slip daftar tunai salinan pula merupakan sumber maklumat bagi
perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai (debit)
bagi penjual.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 43

PRINSIP PERAKAUNAN

10. Slip Tunai/Slip Wang Tunai masuk

 Slip bank ialah borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekodkan
penyimpanan wang para pelanggannya.

 Slip bank turut dikenali sebagai borang simpanan atau borang wang
masuk

 Peniaga boleh memasukkan wang tunai atau cek ke dalam akaunnya
di bank dengan mengisi borang ini

 Slip bank asal akan diserahkan kepada bank, manakala slip bank
salinan akan disimpan oleh pelanggan sebagai bukti kemasukan wang
ke dalam akaun bank.

 Maklumat dalam bank slip salinan akan digunakan sebagai sumber
maklumat untuk perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau
Buku Tunai (debit).

Rajah 17

FAHIMAH BINTI JAFFAR 44

PRINSIP PERAKAUNAN

11. Makluman debit

 Maklumat debit merupakan penyata atau notis yang di hantar oleh
pihak bank kepada pelanggannya untuk memaklumkan pemilik akaun
bahawa akaunnya telah didebitkan atau dikurangkan dengan jumlah
tertentu beserta sebabnya.

 Antara sebab-sebab akaun didebitkan ialah :
i. Bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj bank atau
komisen bank, buku cek, cek tak laku, dan faedah atas overdraf.
ii. Perintah sedia ada atau arahan tetap seperti bayaran premium
insurans, yuran kelab serta arahan debit dari pihak berkuasa
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

 Maklumat debit asal akan diserahkan kepada pemilik akaun, dan
salinan disimpan oleh pihak bank.

 Maklumat debit kebiasaannya di hantar melalui pos kepada pemilik
akaun.

 Maklumat debit asal merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (kredit).

 Peniaga perlu bertindak mengkreditkan Buku Tunainya kerana
terdapat wang keluar.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 45

PRINSIP PERAKAUNAN

12. Makluman kredit

 Maklumat kredit ialah penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk
memberitahu pemilik akaun bahawa bank telah mengkreditkan atau
menambahkan akaunnya dengan jumlah tertentu besrta sebabnya.

 Peniaga perlu bertindak mendebitkan Buku Tunainya kerana terdapat
wang masuk.

 Antara sebab-sebab akaun dikreditkan adalah :
i. Dividen yang diterima oleh bank bagi pihak pelanggan.
ii. Pindahan kredit iaitu penerimaan dari penghutang yang dibayar
terus ke akaun bank pelanggan.
iii. Faedah atas simpanan tetap pelanggan dimasukkan terus oleh
pihak bank.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 46

PRINSIP PERAKAUNAN

13. Memo

 Memo merupakan dokumen yang biasanya digunakan bagi
merekodkan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan
dengan perniagaannya.

 Memo berfungsi sebagai dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh
pemilik perniagaan kepada kerani untuk perekodan dalam buku
perakaunan perniagaan.

 Memo merupakan sumber maklumat untuk perekodan dalam Jurnal
Am kecuali ambilan tunai yang direkodkan dalam Jurnal Pembayaran
Tunai atau Buku Tunai (kredit).

 Memo biasanya dikeluarkan untuk memaklumkan perkara-perkara
berikut :
i. Ambilan wang, barang niaga, atau aset perniagaan untuk
kegunaan peribadi atau promosi.
ii. Membawa modal masuk tambahan sama ada dalam bentuk
wang tunai atau aset ke dalam perniagaan.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 47

PRINSIP PERAKAUNAN

14. Lain-lain bil bayaran

 Bil bayaran merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal
perkhidmatan kepada pelanggannya setelah menggunakan
perkhidmatan.

 Antara contoh bil bayaran bagi perniagaan ialah bil telefon dan
internet, bil elektrik dan air, dan bil langganan saluran televisyen
berbayar,

 Setelah bil dijelaskan secara tunai atau cek, keratan bil akan
dipulangkan.

 Sesetengah agensi hanya mencetak bukti pembayaran di atas bil
tersebut dan memulangkan semula bil bayaran tersebut kepada
peniaga.

 Bil bayaran ini akan dikepilkan bersama-sama dengan baucar bayaran
sebagai dokumen sokongan.

 Bil bayaran beserta baucar bayaran merupakan sumber maklumat
untuk perekodan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai(kredit).

FAHIMAH BINTI JAFFAR 48

PRINSIP PERAKAUNAN

15. Slip Pindahan Wang

 Slip pindahan wang merupakan dokumen yang disediakan oleh pihak
bank kepada pelanggan untuk memindahkan wang dari akaun
peniaga ke dalam akaun pihak ketiga secara elektronik.

 Antara perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan
adalah seperti pindahan elektronik dan pindahan telegraf.

 Peniaga hanya perlu mengisi boring slip pindahan wang dan
mengepilkan wang bersamanya.

 Pihak bank akan mengenakan komisen bagi setiap pemindahan
wang yang dilakukan.

 Slip pindahan wang asal disimpan oleh pihak bank dan slip pindahan
wang salinan disimpan oleh pelanggan sebagai bukti pemindahan
wang.

 Slip pindahan wang merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pelanggan Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai(kredit).

FAHIMAH BINTI JAFFAR 49


Click to View FlipBook Version