The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dorajaffar, 2020-12-02 02:44:48

PRINSIP PERAKAUNAN

NOTA PRINSIP PERAKAUNAN

PRINSIP PERAKAUNAN

Catatan bergu untuk belanja susutnilai akan direkodkan dalam Jurnal Am

Debit : akaun belanja susutnilai xx
Kredit: akaun peruntukan susutnilai- aset berkaitan xx
(merekod susutnilai aset)

Masih anda ingat prinsip Kos Sejarah yang kita telah bincangkan dalam unit

1 yang lepas? Kalau anda ingat-ingat lupa, mari kita imbas kembali maksud

prinsip tersebut.

 Prinsip ini mengatakan bahawa aset mesti dinyatakan pada nilai kos
iaitu nilai semasa aset tersebut diperolehi.

 Jadi untuk memenuhi prinsip tersebut, walaupun susutnilai
mengurangkan nilai aset tetap yang berkaitan, namun ianya tidak akan
direkodkan dalam akaun aset berkaitan. S

 ebagai ganti satu akaun perlu dibuka yang dikenali sebagai Akaun
Peruntukan Susutnilai (Susutnilai terkumpul).

 Ianya merupakan akaun kontra kepada akaun aset. Dalam Kunci Kira-
Kira akaun ini ditunjukkan sebagai penolakan ke atas akaun aset.
Kedudukan akaun ini dalam Kunci Kira-Kira ialah:

Petikan Kunci Kira-Kira pada …….

Aset tetap:

Kenderaan xx

Tolak: Peruntukan Susutnilai – Kenderaan xx

xx

FAHIMAH BINTI JAFFAR 200

PRINSIP PERAKAUNAN

Contoh 18 – Cara merekod belanja susutnilai

Berdasarkan Jadual 17 yang ditunjukkan dalam contoh 17 di atas, mari kita
cuba rekodkan maklumat tersebut dalam jurnal am dan pembukuan ke lejar
untuk tahun berakhir 31 Disember 2001 dan tahun berakhir 31 Disember
2002.

2001 Akaun Debit(RM) Kredit(RM)

31 Disember Belanja susutnilai lori

RM18,200

Peruntukan susutnilai- lori RM18,200

(merekodkan susutnilai untuk
tahun 2001)

2002 Belanja susutnilai lori RM13,104

31 Disember Peruntukan susutnilai- lori RM13,104

(merekodkan susutnilai untuk
tahun 2002)

Catatan dalam lejar adalah seperti dibawah:

Akaun Susutnilai- Lori

2001 RM 2001 RM
18,200
Dis Peruntukan 18,200 Dis Untung rugi
31 susutnilai-Lori 31 13,104

2002 2002

Dis Peruntukan 13,104 Dis Untung rugi
31 susutnilai-Lori 31

FAHIMAH BINTI JAFFAR 201

PRINSIP PERAKAUNAN

Akaun Peruntukan Susutnilai- Lori

2001 RM 2001 RM

Dis Baki h/b 18,200 Dis Susutnilai 18,200
31 31

2002 2002

Dis Baki h/b 31,304 Jan 1 Baki b/b 18,200
31

Dis susutnilai 13,104
31 31,304

31,304

Petikan Akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember
2001 Belanja susutnilai- RM18,200

Lori
2002 Belanja susutnilai- RM13,104

Lori

Petikan Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2001

Aset tetap:

Kenderaan

Petikan Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2RM00625,000

Tolak: Peruntukan Susutnilai – Kenderaan 18,200

Aset tetap: 46,800
Kenderaan

RM65,000

Tolak: Peruntukan Susutnilai – Kenderaan 31,304

FAHIMAH BINTI JAFFAR 202

33,696

PRINSIP PERAKAUNAN

AKTIVITI 8
1. Apakah dia maksudkan susutnilai mengikut?

2. Nyatakan dua (2) alasan mengapa susutnilai perlu dibuat.

3. Terangkan secara ringkas empat (4) alasan kenapa berlakunya susutnilai ke
atas aset tetap?

4. Sebutkan dua (2) kaedah mengira susutnilai.

5. Nyatakan formula mengira susutnilai di bawah kaedah baki berkurangan.

6. Tunjukkan catatan pelarasan dalam jurnal am untuk merekodkan belanja
susutnilai.

7. Sebuah mesin telah dibeli dengan harga RM145,000 pada 1 Januari 2015.
Dijangkakan mesin tersebut boleh digunakan selama lima (5) tahun dengan
nilai sisa dianggarkan sebanyak RM17,500. Sediakan jadual susutnilai
menggunakan kaedah garis lurus.

8. Sebuah mesin telah dibeli dengan harga RM 250,000 pada 1 Januari 2015.
Sediakan jadual susutnilai menggunakan kaedah baki berkurangan dengan
kadar susutnilai 20% setahun.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 203

PRINSIP PERAKAUNAN

AKTIVITI 9
1. Sebuah mesin telah dibeli oleh Syarikat Perkilangan Sinko pada 1 Januari
2015 dengan harga RM95,000 melalui pinjaman. Andaikan susutnilai
menggunakan kaedah garis lurus pada kadar 15% setahun dan tempoh
perakaunan berakhir pada 31 Disember. Tunjukkan :

a. Jadual susutnilai.
b. Akaun Mesin
c. Akaun Peruntukan susutnilai Mesin

untuk tiga tahun pertama.

2.
Imbangan Duga pada 30 Jun 2015

Van pada kos RM30,000 Peruntukan Susutnilai Van RM3,000

Maklumat Tambahan:
Van disusutnilaikan pada kadar 10% setahun, menggunakan kaedah baki
berkurangan

Tunjukkan:

a. Akaun Peruntukan Susutnilai
b. Petikan Akaun Untung Rugi bagi tempoh berakhir 30 Jun 2015
c. Petikan Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2015

3.

Kunci Kira-Kira Pada 31 Disember 2016 (petikan)

Aset Tetap

Mesin pada kos RM10,000

Tolak: Peruntukan 2,000

susutnilai RM8,000

Maklumat Tambahan:
Mesin disusutnilaikan pada kadar 10% setahun, menggunakan
kaedah garis lurus.

Tunjukkan:

a. Akaun Peruntukan Susutnilai
b. Petikan Akaun Untung Rugi bagi tempoh berakhir 31 Disember 2016
c. Petikan Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2016

FAHIMAH BINTI JAFFAR 204

PRINSIP PERAKAUNAN

TOPIK 7:
PENYATA KEWANGAN

OBJEKTIF

Objektif Am: Membolehkan pelajar menyediakan Penyata Pendapataan dan
Kunci kira-kira.

Objektif Khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Menyediakan menyediakan Penyata Pendapataan
berdasarkan maklumat dalam Imbangan Duga

2. Menyediakan Kunci Kira-kira
3. Membincangkan tujuan tiap-tiap penyata yang disediakan

FAHIMAH BINTI JAFFAR 205

PRINSIP PERAKAUNAN

6.0 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

PENYATA
KEWANGAN

PENYATA KUNCI KIRA-
PENDAPATAN KIRA

AKAUN AKAUN UNTUNG
PERDAGANGAN RUGI

6.1 PENYATA KEWANGAN

1. Rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan

2. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan
dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami

3. Penyata kewangan terbahagi kepada dua :
i) Penyata Pendapatan
ii) Kunci kira-kira

1.1.1 PENYATA PENDAPATAN

1. Penyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan ukuran
prestasi perniagaan bagi satu tempoh perakaunan yang tertentu.

2. Penyata pendapatan terbahagi kepada dua :
i) Akaun Perdagangan
ii) Akaun Untung Rugi

3. Penyata pendapatan boleh di tunjukkan dalam dua bentuk iaitu:
i) Bentuk ‘T’
ii) Bentuk Penyata

FAHIMAH BINTI JAFFAR 206

PRINSIP PERAKAUNAN

1.1.1.1 AKAUN PERDAGANGAN

1. Akaun Perdagangan disediakan untuk menentukan untung kasar
perniagaan.

2. Tujuan ini dapat dicapai dengan memadankan kos jualan (kos barang
dijual) dengan hasil jualan bagi tempoh yang sama.

3. Untung kasar pula adalah untung yang diperolehi dari aktiviti perniagaan
yang dijalankan oleh pemilik perniagaan.

PENERANGAN AKAUN PERDAGANGAN

ITEM KETERANGAN

STOK AWAL Barang niaga yang belum dijual dari tahun kewangan
STOK AKHIR yang lalu
di bawa ke tempoh perakaunan sekarang
Barang niaga yang belum dijual

BELIAN Belian yang dibuat secara tunai atau kredit akan di
catatkan ke dalam Akaun Belian. Pada akhir tempoh
perakaunan, baki akaun belian akan dipindahkan ke
Akaun Perdagangan bagi tujuan pengiraan kos jualan.

JUALAN Jualan merupakan hasil perniagaan samada yang
dibuat dalam tunai atau kredit dan hendaklah dicatat
ke dalam Akaun Jualan. Pada akhir tempoh
perakaunan, baki akaun jualan akan dipindahkan ke
Akaun Perdagangan untuk tujuan perngiraan untung
kasar perniagaan.

UNTUNG KASAR Lebihan jualan daripada kos jualan
RUGI KASAR
Berlaku jika kos jualan melebihi jumlah jualan
bersih

PULANGAN Barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan.
JUALAN Pulangan jualan akan mengurangkan jualan.

PULANGAN Barang niaga yang dipulangkan kepada
BELIAN pembekal.Pulangan ini akan mengurangkan belian.

KOS JUALAN Nilai kos barang niaga yang dijual.
(Kos Jualan = stok awal + belian – stok akhir)

ANGKUTAN Direkodkan ke Akaun Perdagangan kerana kedua-

MASUK DAN DUTI duanya ialah belanja belian (perbelanjaan sewaktu

ATAS BELIAN. membeli barang niaga).

FAHIMAH BINTI JAFFAR 207

PRINSIP PERAKAUNAN

6.1.1.2 AKAUN UNTUNG RUGI

1. Akaun Untung Rugi pula disediakan untuk menentukan untung bersih
perniagaan .

2. Pada akhir tempoh perakaunan, semua akaun perniagaan diimbangkan
dan baki semua akaun belanja dipindahkan ke Akaun Untung rugi dan
dipadankan dengan untung kasar bagi menentukan untung bersih
perniagaan.

PENERANGAN AKAUN UNTUNG RUGI

ITEM KETERANGAN

HASIL Pendapatan yang diperoleh semasa menjalankan
perniagaan. Contoh : Sewa diterima,diskaun diterima dan
komisen diterima. Hasil direkodkan di sebelah kredit.

BELANJA Perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaan. Contoh :
Sewa,kadar bayaran,gaji,belanja am dan
insurans.Perbelanjaan direkodkan di sebelah debit.

UNTUNG Hasil melebihi belanja.
BERSIH

RUGI Belanja melebihi hasil
BERSIH

FAHIMAH BINTI JAFFAR 208

PRINSIP PERAKAUNAN

CONTOH PENYATA PENDAPATAN BENTUK ‘T’

Perniagaan Adam
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

Stok awal XXX XXX Jualan XXX
Cam:Belian XX Tolak: Pul. Jualan XX
Angkutan masuk XX XXX XX
Duti atas belian XXX XXX Diskaun diberi
XX XX Jualan Bersih XXX
Tolak: Pul. Belian XX XXX *(Rugi Kasar h/b)
Diskaun XX
XXX
diterima
Kos Barang Dijual XX
Tolak: Stok Akhir XX
Kos Jualan XX
Untung Kasar h/b

Belanja Am & Untung Kasar b/b XXX
Pentadbiran
Bunga diterima XX
Gaji Sewa diterima XX
Pengurangan XX
Sewa Peruntukan Hutang
Ragu
Peruntukan susutnilai
-Bgn

Belanja Jualan & XX *Rugi Bersih XXX
P’agihan
Angkutan Keluar XX
Komisen diberi XX

Belanja Kewangan XX
Faedah dibayar XX
Untung Bersih XXX

FAHIMAH BINTI JAFFAR 209

PRINSIP PERAKAUNAN

CONTOH PENYATA PENDAPATAN BENTUK PENYATA

Perniagaan Adam
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

RM RM RM

Jualan bersih XXX
Jualan XX
(-) Pulangan jualan XX
Diskaun diberi

XXX

(-) Kos barang untuk di jual XXX XXX
Stok awal XX
Belian XX XXX
(-) Pulangan Belian XXX
Diskaun diterima XXX
Belian bersih XX XX
(+) Angkutan masuk XX
Duti atas belian XX
Insurans atas belian
Kos belian XXX
Kos barangniaga ada untuk di jual XXX
(-) Stok akhir

Untung kasar

(-) Lain-lain perbelanjaan XX
Belanja sewa XX
Belanja pejabat XX
Belanja insurans XX
Belanja elektrik XX
hutang lapuk
XXX
Untung bersih XX

FAHIMAH BINTI JAFFAR 210

PRINSIP PERAKAUNAN

1.1.2 KUNCI KIRA-KIRA

1. Kunci Kira-kira disediakan untuk tujuan menentukan kedudukan kewangan
perniagaan pada akhir tempoh perakaunan.

2. Penyata ini disediakan daripada baki-baki yang terdapat dalam semua akaun
aset , akaun ekuiti dan liabiliti pada akhir tempoh perakaunan selepas semua
baki akaun nominal telah dipindahkan ke Akaun Perdagangan dan Untung
Rugi.

3. Kedudukan kewangan yang kukuh adalah baik untuk perniagaan. Ini dapat
ditentukan dengan membandingkan modal perniagaan dengan liabiliti luar
perniagaan.

4. Kunci Kira-kira boleh ditunjukkan dalam dua bentuk iaitu:
(i) Bentuk “T”

(ii) Bentuk Penyata

PENERANGAN KUNCI KIRA-KIRA

ITEM KETERANGAN
ASET BUKAN Aset bukan semasa merangkumi semua aset yang diperoleh
SEMASA oleh sesebuah perniagaan untuk digunakan bagi beberapa
tempoh perakaunan. Misalnya bangunan, kelekapan &
kelengkapan, alatan pejabat dan perabot.

ASET SEMASA Aset semasa pula adalah semua aset yang akan digunakan
dalam satu tempoh perakaunan. Aset jenis ini
termasuklah stok, penghutang, hasil terakru, belanja
terdahulu, tunai di bank dan tunai di tangan.

EKUITI PEMILIK Ekuiti pemilik merupakan tuntutan yang boleh dibuat oleh
pemilik terhadap perniagaannya . Ia terdiri daripada modal
sipemilik dan untung perniagaannya. Ekuiti pemilik boleh
dikurangkan bila berlakunya kerugian dan juga ambilan oleh
pemilik untuk tujuan peribadi samada dalam bentuk tunai
atau stok.

LIABILITI BUKAN Liabiliti bukan semasa merupakan hutang perniagaan yang
SEMASA tidak perlu dijelaskan dalam tempoh setahun misalnya
pinjaman, gadaian bank dan debentur.

LIABILITI Liabiliti semasa adalah hutang perniagaan yang perlu
SEMASA dijelaskan dalam masa setahun. Ia termasuklah overdraf
bank, belanja terakru, hasil terdahulu dan pemiutang.

FAHIMAH BINTI JAFFAR 211

PRINSIP PERAKAUNAN

CONTOH KUNCI KIRA-KIRA BENTUK ‘T’

Perniagaan Adam
Kunci Kira-Kira Pada 31 Disember 2011

ASET TETAP 25,700 EKIUTI PEMILIK 109,000
29,900 Modal 1,260
Kenderaan ( - ) Rugi Bersih
Loji dan Mesin 5,040 107,740
Perabot dan 60,640 ( - ) Ambilan 8,600
Pejabat

99,140

ASET SEMASA LIABILITI JANGKA PANJANG
Penghutang
Bank 26,200 Pinjaman 18,000
Stok Akhir 25,680
18,450 LIABILITI SEMASA
70,330 Pemiutang
13,830

130,970 130,970

FAHIMAH BINTI JAFFAR 212

PRINSIP PERAKAUNAN

CONTOH KUNCI KIRA-KIRA BENTUK PENYATA

Perniagaan Adam
Kunci Kira-Kira Pada 31 Disember 2016

ASET BUKAN SEMASA XX
Perabot XX
Kenderaan
tolak Peruntukan Susut Nilai Kenderaan XX
Premis XX
Lekapan dan Lengkapan/Kelengkapan XXXX

ASET SEMASA Susunan AS : SPBT XX
Stok (Stok, Penghutang, XX XX
Penghutang Bank, Tunai & lain2)
XX
tolak Peruntukan Hutang Ragu XX
XX
Bank XXX

Tunai XX
XX
Hasil Terakru XX
XX XXX
Belanja Terdahulu
XXXX
TOLAK LIABILITI SEMASA Aset Semasa - XXXXX
Pemiutang Liabiliti Semasa
Overdraf Bank XX
Belanja Terakru XX
Hasil Terdahulu XX
XXX
MODAL KERJA XX
XXX
EKUITI PEMILIK
Modal awal
tambah Modal Tambahan
tambah Untung Bersih @ tolak Rugi Bersih

Tolak Ambilan
Modal akhir

LIABILITI BUKAN SEMASA XX
Pinjaman Bank XX
Pinjaman Bercagar XX XXX
Gadai Janji/Pajak Gadai
XXXXX

FAHIMAH BINTI JAFFAR 213

PRINSIP PERAKAUNAN

AKTIVITI 1
SOALAN 1
Imbangan Duga yang berikut diambil daripada Delima Emas, sebuah perniagaan
milikan tunggal pada 31 Oktober 2014.

Imbangan Duga pada 31 Oktober 2014

Debit Kredit
(RM)
(RM)
40 000
Modal pada 1 November 2013 75 570

Alat tulis 100 300

Gaji 5 040 4 980

Belian dan Jualan 56 730 100
480
Diskaun diberi 100 121 430

Tunai 340

Sewa 5 000

Komisen diterima

Bank 2 580

Angkutan masuk 170

Lengkapan 3 000

Penghutang dan Pemiutang 12 800

Belanja am 250

Kenderaan (kos) 18 000

Angkutan keluar 560

Pulangan 110

Stok pada 1 November 2013 11 230

Kadar bayaran 1 890

Peruntukan hutang ragu

Alatan pejabat (kos) 2 570

Insurans 960

121 430

Maklumat Tambahan :

i. Stok pada 31 Oktober 2014 bernilai RM 12,320.
ii. Sewa bulanan ialah RM500.
iii. Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

dan alatan pejabat disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
iv. Insurans terlebih bayar sebanyak RM 160.
v. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% atas penghutang.

Arahan :

a) Sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31
Oktober 2014.

b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Oktober 2014 (dalam bentuk penyata dan
tunjukkan modal kerja)

FAHIMAH BINTI JAFFAR 214

PRINSIP PERAKAUNAN

SOALAN 2

Baki-baki yang berikut diambil daripada buku-buku Perniagaan Ganesh pada 30 April
2013.

Bank RM
Stok pada 1 Mei 2012 20 530
Angkutan masuk 30 180
Diskaun diterima
Modal pada 1 Mei 2012 900
Kenderaan 1 590
Gaji 45 520
Pemiutang 20 000
Belian 18 200
Promosi 13 360
Insurans 62 400
Faedah diterima
Ambilan 500
Angkutan keluar 3 600
Pulangan belian
Tunai 900
Sewa dibayar 870
Penghutang 960
Belanja am 1 476
Susut nilai Terkumpul Kenderaan 2 080
Diskaun diberi 14 400
Komisen diterima 22 600
Lengkapan 250
Kadar bayaran 4 000
Jualan 330
1 840
17 000
1 770
147 884

Maklumat Tambahan :

vi. Stok pada 31 April 2013 bernilai RM 37,770
vii. Gaji terakru berjumlah RM 1,200
viii. Komisen diterima terdahulu RM150.
ix. Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
x. Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas penghutang

Anda dikehendaki menyediakan :

c) Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 April 2013.
d) Kunci Kira-Kira pada 30 April 2013 (dalam bentuk “T”)

FAHIMAH BINTI JAFFAR 215

PRINSIP PERAKAUNAN

CATATAN

Tidak ada kata gagal kalau berusaha saja belum

FAHIMAH BINTI JAFFAR 216


Click to View FlipBook Version