Bab 1 Kesan Masalah Pengangguran
Kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan tenaga buruh
40 yang sedia ada tidak digunakan dengan sepenuhnya dan
berlaku pembaziran faktor buruh. Masalah pengangguran
dalam sesebuah negara boleh meninggalkan kesan terhadap
ekonomi dan masalah sosial negara.
Kesan Pengangguran terhadap Ekonomi Negara
Pendapatan negara sebenar kurang
daripada pendapatan negara potensi
Hasil kerajaan berkurangan kerana
kutipan cukai pendapatan kurang
Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan
pembaziran sumber ekonomi
Menghalang pertumbuhan ekonomi
akibat pelbagai masalah sosial
Taraf hidup masyarakat menurun kerana
kuasa beli telah menurun
• Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan
negara potensi disebabkan oleh faktor buruh yang sedia
ada dalam negara tidak digunakan dengan sepenuhnya.
• Hasil kerajaan berkurangan kerana penganggur tidak
mempunyai pendapatan untuk membayar cukai.
• Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran
sumber ekonomi akan merugikan negara.
• Pengangguran menghalang pertumbuhan ekonomi kerana
wujud masalah sosial akibat daripada pengangguran seperti
rompakan, pecah rumah dan sebagainya.
• Taraf hidup masyarakat menurun kerana kuasa beli
menurun dan tidak mempunyai kemampuan untuk
memenuhi kehendak mereka.
Ekonomi dan Kerajaan
Kesan Pengangguran terhadap Masalah Sosial Negara
Kadar pengangguran yang tinggi dalam ekonomi juga menunjukkan
ramai anggota masyarakat yang menganggur dan kehilangan
punca pendapatan.
Golongan masyarakat yang mahu bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan ini boleh menimbulkan kesan terhadap masalah
sosial negara seperti yang berikut:
Kadar kemiskinan Menimbulkan Cabar Diri Anda
dalam kalangan masalah
1. Jelaskan kesan
masyarakat kekeluargaan pengangguran terhadap
akan meningkat dalam masyarakat ekonomi sesebuah
negara.
Kesan
pengangguran 2. Jelaskan kesan
pengangguran terhadap
terhadap masalah sosial sesebuah
masalah sosial negara.
negara
Masalah kehilangan Peningkatan
kemahiran dan kes jenayah
keyakinan diri dalam negara
• Kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat akan
meningkat sekiranya banyak isi rumah kehilangan pekerjaan
dan tidak mempunyai punca pendapatan yang lain.
• Masalah kekeluargaan seperti pergaduhan atau konflik lain
akan berlaku dalam isi rumah akibat tekanan daripada beban
kewangan untuk menampung kos sara hidup keluarga.
• Penganggur yang gagal mendapatkan pekerjaan setelah
banyak kali menghadiri temu duga akan kehilangan
keyakinan diri. Selain itu, tenaga buruh yang telah lama
menganggur akan kehilangan kemahiran atau pengetahuan
kerana telah ketinggalan dari segi ilmu dan teknik terbaharu
dalam bidang kepakarannya.
• Kes jenayah dalam masyarakat seperti kes ragut, rompakan,
pecah rumah dan sebagainya akan meningkat.
41
Bab 1
Aktiviti 1.2.4
Jadual 1: Statistik utama tenaga buruh, Malaysia
Indikator 2015 2016 Perubahan (%)
1.03
Tenaga buruh (‘000) 14 518.0 14 667.8 0.68
11.95
Bekerja (‘000) 14 067.7 14 163.7 0.6*
0.3*
Penganggur (‘000) 450.3 504.1
Kadar penyertaan tenaga buruh (%) 67.9 67.7
Kadar pengangguran (%) 3.1 3.4
* mata peratus
Jadual 2: Kadar penyertaan tenaga buruh Jadual 3: Kadar pengangguran mengikut
mengikut jantina kumpulan umur
Jantina 2015 (%) 2016 (%) Kumpulan 2015 (%) 2016 (%)
umur
Lelaki 80.6 80.2 15 – 19 18.7 16.5
Perempuan 54.1 54.3
Jumlah 67.9 67.7 20 – 24 42.1 37.7
25 – 29 20.4 22.7
30 – 64 18.9 23.1
Jumlah 100 100
Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia,
2016, Jabatan Perangkaan Malaysia
(a) Bentuk satu kumpulan untuk mengkaji ketiga-tiga jadual di atas.
(b) Bincangkan dan jelaskan secara ringkas maklumat dalam setiap jadual.
(c) Apakah cadangan kumpulan anda untuk meningkatkan kadar guna tenaga di Malaysia?
Berikan cadangan anda berdasarkan aspek yang berikut:
(i) Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina
(ii) Kadar pengangguran mengikut kumpulan umur
1. Pengangguran merupakan satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh yang sanggup bekerja
tetapi tidak mendapat pekerjaan.
F
O 2. Kadar pengangguran yang tinggi bermaksud kadar guna tenaga yang rendah.
K 3. Sesebuah negara dikatakan mencapai guna tenaga penuh jika kadar pengangguran adalah
U
S kurang daripada 4%.
4. Pengangguran boleh memberi kesan terhadap ekonomi dan juga sosial dalam sesebuah
negara.
42
Ekonomi dan Kerajaan
1.2.5 Jenis Pengangguran Kios INFO
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara boleh Pengangguran kitaran
disebabkan oleh beberapa faktor. Secara amnya, pengangguran juga dikenal sebagai
boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan punca kejadian pengangguran edaran.
masing-masing seperti yang berikut:
1 Pengangguran kitaran 2 Pengangguran berstruktur Kios INFO
3 Pengangguran geseran Krisis kewangan Asia
bermula di Thailand pada
Pengangguran Kitaran tahun 1997 dan merebak
ke beberapa negara di
• Pengangguran kitaran berlaku apabila keadaan ekonomi Asia termasuk Malaysia,
adalah lembap. Indonesia, Hong Kong,
Korea Selatan dan Filipina.
• Pengurangan dalam permintaan agregat menyebabkan Negara yang dilanda krisis
pengurangan dalam pengeluaran dan penggunaan buruh mengalami kejatuhan nilai
terpaksa dikurangkan. mata wang, nilai pasaran
saham dan kejatuhan nilai
• Permintaan agregat merupakan jumlah barang dan aset. Indeks Kuala Lumpur
perkhidmatan yang diminta pada pelbagai tingkat harga Stock Exchange (KLSE)
oleh pelbagai sektor pada suatu masa tertentu. Malaysia menjunam dari
1,200 mata ke paras di
• Ramai tenaga buruh kehilangan pekerjaan kerana kebanyakan bawah 600 mata, nilai
firma terpaksa mengurangkan pengeluaran atau ringgit merosot sebanyak
memberhentikan operasi. 50% daripada RM2.50
kepada RM4.10 bagi setiap
dolar.
Sumber: http://www.icu.gov.my/
pdf/artikel/krisis_eko_msia.pdf
Dah lama saya cari kerja tetapi Betullah, saya pun belum dapat kerja. Dah
belum dapat tawaran dari mana- tiga bulan saya menganggur, baru saja hadiri
mana syarikat. temu duga di sebuah syarikat.
43
Bab 1 Pengangguran Berstruktur
Cabar Diri Anda • Pengangguran berstruktur berlaku disebabkan oleh
perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.
1. Jelaskan faktor yang
menyebabkan perubahan • Perubahan struktur ekonomi adalah disebabkan oleh
struktur ekonomi dalam masalah yang timbul akibat kebergantungan ekonomi
sesebuah negara. negara kepada sektor utama seperti ketidakstabilan
harga komoditi di pasaran dunia, masalah kehausan dan
2. Jelaskan kesan kepupusan sumber galian yang merugikan imbangan
perubahan struktur dagangan bagi negara membangun.
ekonomi terhadap
ekonomi sesebuah • Pembangunan ekonomi membawa kepada perubahan dalam
negara. struktur ekonomi daripada sektor utama kepada sektor
kedua yang melibatkan penggunaan banyak automasi dan
jentera menyebabkan penggunaan buruh yang berkurang
dan mengakibatkan banyak pengangguran.
• Walaupun sektor ekonomi yang lain sedang berkembang
dan memerlukan tenaga buruh yang banyak, namun
penganggur tidak mampu untuk mendapat pekerjaan
baharu kerana kekurangan mobiliti dari segi kelayakan
dan kemahiran.
Tahun 1940-an Tahun 1970-an Tahun 2000-an
Guna tenaga banyak Kebanyakan guna tenaga Sektor ketiga menawarkan
terlibat dalam pekerjaan telah beralih ke pekerjaan paling banyak peluang
pekerjaan
sektor utama sektor kedua
Rajah 1.14 Perubahan struktur ekonomi di Malaysia
44
Ekonomi dan Kerajaan
Pengangguran Geseran Kios INFO
• Pengangguran geseran ialah keadaan tenaga buruh tidak Pengangguran geseran
bekerja dalam sesuatu jangka masa apabila berlaku juga dikenal sebagai
perpindahan pekerjaan. pengangguran normal.
• Pekerja kurang mobiliti atau pekerja kurang mendapat Cabar Diri Anda
maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan yang
terdapat di pasaran. Apakah maklumat yang
diperlukan oleh seseorang
• Kebiasaannya, lepasan universiti mengalami keadaan graduan universiti semasa
pengangguran geseran untuk tempoh sementara kerana membuat pertimbangan
masih mencari pekerjaan yang diingini. dalam memohon sesuatu
jawatan?
• Pengangguran jenis ini merupakan pengangguran jangka
pendek dan berada pada kadar yang sangat rendah iaitu
antara 2% hingga 4%.
Faktor-faktor penyebab pengangguran geseran
01 Sikap penganggur yang terlalu memilih
pekerjaan sehingga sanggup menganggur
bagi menunggu peluang pekerjaan yang
terbaik.
Penganggur tidak bersungguh- 02
sungguh atau kurang berminat
untuk mencari pekerjaan.
Kekurangan maklumat tentang
03 pekerjaan yang ditawarkan dan pekerja
yang kurang mobiliti.
Penganggur lebih suka membuat 04
kerja-kerja yang tidak formal dan
tidak tetap sebagai mata pencarian.
05 Majikan mengambil masa yang lama
dalam memilih pekerja baharu.
Rajah 1.15 Faktor-faktor penyebab pengangguran geseran
45
Bab 1
Aktiviti 1.2.5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Kerajaan telah menyediakan program dan skim latihan pekerjaan untuk golongan terbabit
seperti Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) iaitu satu projek tanggungjawab korporat sosial (CSR)
bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan. Program
SL1M dikelolakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui kerjasama dan
komitmen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta seluruh negara.
Fokus utama program ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas yang belum
mendapat pekerjaan, berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar
bandar. Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan seramai 15,000 pelatih SL1M menjelang
2016 berbanding 10,000 pada tahun 2015. Statistik menunjukkan setakat ini sebanyak 210
syarikat swasta dan GLC yang menyertai SL1M terus komited dan pihaknya yakin jumlah
itu dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam membantu meningkatkan tahap
kebolehpasaran graduan melalui Program SL1M yang dijalankan oleh syarikat masing-masing.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Tangani masalah pengangguran”,
Hamizah Badiran, 7 Disember 2015, http://www.hmetro.com.my/node/98428
(a) Apakah jenis pengangguran yang boleh dikurangkan dengan program di atas?
(b) Bagaimanakah program kerajaan ini mengurangkan pengangguran?
(c) Jelaskan faedah yang dapat diperoleh oleh peserta melalui program ini.
(d) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor menyebabkan graduan di Malaysia gagal mendapat
pekerjaan?
1. Pengangguran kitaran berlaku apabila keadaan ekonomi yang lembap menyebabkan
F permintaan bagi buruh berkurang.
O 2. Pengangguran berstruktur berlaku apabila struktur ekonomi sesebuah negara berubah dan
K menyebabkan permintaan bagi buruh dalam sesetengah sektor ekonomi berkurang.
U
S 3. Pengangguran geseran berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan baharu
tetapi tidak menjumpainya serta-merta.
46
Ekonomi dan Kerajaan
1.2.6 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kios INFO
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah satu penunjuk Firma negara asing
ekonomi yang menggambarkan pendapatan negara. Pendapatan yang beroperasi atau
negara yang dimaksudkan ialah jumlah nilai barang dan buruh asing yang bekerja
perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam di Malaysia dianggap
tempoh setahun. menyumbang kepada
KDNK Malaysia walaupun
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai faktor-faktor ini bukan
pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dimiliki oleh negara
oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam Malaysia.
tempoh setahun.
KDNK menghitung nilai barang dan perkhidmatan yang Cabar Diri Anda
dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran dalam negara bagi
tempoh masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran Nyatakan tiga contoh firma
tersebut milik negara itu atau milik negara asing. milik negara asing yang
menyumbang kepada KDNK
Misalnya, seorang jurutera dari negara China yang dihantar Malaysia.
ke pejabat cawangan Malaysia dianggap menyumbang dalam
KDNK Malaysia walaupun faktor buruh ini bukan milik
Malaysia. Pada masa yang sama, KDNK tidak mengambil
kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang
bekerja di luar negara.
RM (ribu juta)
1200
1100 1067.80
1000 1012.51
900 955.08
821.43
912.23
800
864.92
700
600 2011 2012 2013 2014 Tahun
2010 2015
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, tahun 2015
Rajah 1.16 Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (2010 – 2015) pada harga malar (2010 = 100)
47
Bab 1 Kaedah Pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)
Cabar Diri Anda
KDNK (Gross Domestic Product) boleh dihitung melalui
Pendekatan Pengiraan KDNK tiga pendekatan iaitu pendekatan keluaran, pendekatan
perbelanjaan dan pendekatan pendapatan. Negara Malaysia
hanya menggunakan pendekatan keluaran dan pendekatan
perbelanjaan sahaja dan tidak mengamalkan pendekatan
pendapatan kerana masalah pengumpulan data. Pengiraan
KDNK melalui mana-mana pendekatan tersebut akan
memberikan nilai yang sama.
Imbangan pembayaran
merupakan salah satu Pendekatan Perbelanjaan
penunjuk ekonomi. Sila
layari laman web di • KDNK diperoleh dengan menjumlahkan semua perbelanjaan
bawah tentang imbangan atas barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam
pembayaran. ekonomi bagi tempoh satu tahun.
http://www.investopedia.
com/terms/b/bot.asp • Perbelanjaan termasuk perbelanjaan isi rumah, firma,
kerajaan dan eksport bersih (eksport – import).
ENG
• Perubahan stok pada akhir tahun juga diambil kira dalam
pengiraan pendapatan negara.
Jadual 1.3 KDNK mengikut jenis perbelanjaan Malaysia pada harga
malar (2010 = 100)
Butiran 2015 2016
(RM juta) (RM juta)
Perbelanjaan penggunaan akhir 143 248 144 675
Awam 556 559 590 498
Swasta
Pembentukan modal tetap kasar 94 725 94 216
Awam 179 282 187 117
Swasta
Perubahan dalam stok (2 145) 1 894
Eksport bersih 774 670 775 633
Eksport barang & perkhidmatan (683 534) (686 178)
Import barang & perkhidmatan
KDNK (pada harga pembeli) 1 062 805 1 107 855
Sumber: Unit perancang ekonomi, tahun 2016
Pendekatan Keluaran Ekonomi dan Kerajaan
• KDNK diperoleh dengan menjumlahkan nilai ditambah Cabar Diri Anda
yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi di negara
bagi tempoh satu tahun. Jelaskan perbezaan antara
pendekatan perbelanjaan
• Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah dan pendekatan keluaran.
melalui setiap peringkat proses pengeluaran.
• Kaedah ini boleh mengetahui peratus sumbangan pelbagai
sektor ekonomi kepada keluaran negara dan mengelakkan
pengiraan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara.
Jadual 1.4 KDNK mengikut jenis aktiviti ekonomi Malaysia pada
harga malar (2010 = 100)
Butiran 2015 2016
RM (juta) RM (juta)
Pertanian 94 249 89 465 Kios INFO
Perlombongan dan kuari 95 508 97 563
Pembuatan 243 903 254 725 Dalam kaedah pengiraan
Pembinaan 46 630 50 103 KDNK, konsep pendapatan
Elektrik dan gas 21 538 22 622 negara yang diperoleh
Air, pembetungan dan pengurusan sisa ialah Keluaran Dalam
Perdagangan borong 5 595 5 972 Negara Kasar pada harga
Perdagangan runcit 69 419 75 134 pembeli (KDNK hp)
Kenderaan bermotor 65 776 70 412 berdasarkan harga semasa
Makanan dan minuman 20 550 19 909 (KDNK nominal) dan harga
Penginapan 22 838 24 630 malar (KDNK benar).
Pengangkutan dan penyimpanan KDNK benar mengukur
Maklumat dan komunikasi 6 536 6 833 pertambahan sebenar
Kewangan 37 368 39 476 dalam jumlah keluaran
Insurans 60 597 65 485 dari setahun ke setahun.
Hartanah dan perkhidmatan perniagaan 55 296 55 935 Perbezaan antara KDNK
Perkhidmatan lain 18 183 19 360 nominal dengan KDNK
Perkhidmatan kerajaan 45 779 48 927 benar ialah indeks harga
Tambah: Duti import 46 758 49 015 semasa. Indeks harga
93 026 97 630 ialah ukuran perubahan
13 808 15 030 tingkat harga umum secara
purata bagi tahun semasa
berbanding dengan tingkat
harga tahun asas.
Sumber: Ace Ahead Teks STPM
Makroekonomi, tahun 2016
KDNK (pada harga pembeli) 1 063 357 1 108 226
Sumber: Unit perancang ekonomi, tahun 2016
49
Bab 1
Kios INFO
Berikut adalah cara pengiraan nilai ditambah dalam pendekatan kaedah pengeluaran:
Jenis keluaran Keluaran Nilai keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)
Barang mentah Gandum 50 50 – 0 = 50
Barang perantaraan Tepung gandum 150 150 – 50 = 100
Barang akhir Roti 250 250 – 150 = 100
Jumlah (RM) 450 250
Berdasarkan jadual di atas, gandum dan tepung gandum merupakan bahan yang digunakan dalam proses
pengeluaran roti. Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM250 (50 + 100 + 100), iaitu sama
dengan nilai barang akhir, iaitu roti yang bernilai RM250.
Nilai ditambah digunakan untuk menghitung keluaran negara untuk mengelakkan masalah pengiraan dua
kali bagi barang perantaraan.
Aktiviti 1.2.6
1. Bentuk satu kumpulan dan pilih sebuah negara dalam setiap kategori yang berikut:
(a) Negara kurang membangun
(b) Negara sedang membangun
(c) Negara maju
2. Dapatkan maklumat KDNK pada tahun 2015 dan tahun 2016 bagi ketiga-tiga negara yang
dipilih. Bandingkan maklumat yang diperoleh dan bincangkan perbezaan yang didapati.
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam kelas.
1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.
F 2. KDNK Malaysia dihitung melalui dua kaedah iaitu pendekatan perbelanjaan dan pendekatan
O keluaran.
K
U 3. Pendekatan perbelanjaan mengambil kira nilai barang akhir dengan menjumlahkan semua
S perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan dalam ekonomi.
4. Pendekatan keluaran mengambil kira nilai ditambah dengan menjumlahkan nilai ditambah
yang dihasilkan oleh setiap sektor ekonomi dalam negara.
50
Ekonomi dan Kerajaan
1.2.7 Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kios INFO
Data-data yang diperoleh daripada KDNK boleh digunakan Ekonomi Malaysia dijangka
sebagai alat ukuran kadar pertumbuhan ekonomi. akan berkembang antara
kadar 4.5% dan 5% pada
Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan tahun 2017 disebabkan
ekonomi dari semasa ke semasa yang menyebabkan asas ekonomi negara
peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. yang kukuh serta dasar
kewangan dan fiskal yang
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi, KDNK akan meningkat. berkesan.
Hal ini bermaksud berlakunya pertambahan dalam pengeluaran
barang dan perkhidmatan dalam ekonomi. Sumber: http://www.bharian.com.
my/node/240045, tahun 2017
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada pembangunan ekonomi
berbentuk fizikal seperti pertambahan dalam sektor-sektor yang
berikut:
Sektor utama Cabar Diri Anda
Bagaimanakah
pembangunan dalam sektor-
sektor yang berikut akan
mempengaruhi ekonomi
sesebuah negara?
(a) Pendidikan
(b) Perindustrian
(c) Pertanian
Sektor kedua Sektor ketiga
Pertumbuhan ekonomi boleh dijadikan kayu ukur kepada
prestasi pembangunan sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi
yang semakin meningkat menunjukkan pembangunan negara
yang semakin pesat dan sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang
semakin menurun menunjukkan pembangunan negara yang
semakin lembap.
51
Bab 1
Kios INFO Kadar Pertumbuhan Ekonomi
KDNK benar merupakan Pertumbuhan ekonomi boleh dilihat melalui peningkatan dalam
KDNK yang dihitung pada KDNK benar berbanding dengan tahun sebelumnya. KDNK
harga malar atau harga benar digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi.
pada tahun dasar yang
dijadikan sebagai asas Ekonomi dikatakan mengalami pertumbuhan apabila kadar
perbandingan antara tahun pertumbuhan KDNK bernilai positif dan dikatakan mengalami
yang mempunyai tingkat kemelesetan apabila kadar pertumbuhan KDNK bernilai negatif.
harga umum yang berbeza. Pertumbuhan KDNK yang mampan amat penting dalam
Hal ini menggambarkan ekonomi. Kepentingan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi
tambahan dalam jumlah yang mampan adalah seperti yang berikut:
keluaran yang sebenar dan • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi
bukan disebabkan oleh
kenaikan harga. menampung peningkatan penawaran tenaga buruh
• Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat melalui
peningkatan pendapatan dan jumlah output negara serta
kualiti barangan yang lebih baik
• Mengurangkan kadar kemiskinan
• Merapatkan jurang pendapatan
• Mempercepat penyediaan kemudahan perumahan,
perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas
Aktiviti 1.2.7A
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2010 hingga
tahun 2015.
Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2010 hingga tahun 2015 (2010 =100)
Tahun Kadar pertumbuhan
ekonomi (%)
2010 –
2011 5.29
2012 5.47
2013 4.69
2014 6.01
2015 4.97
Sumber: World Bank Data, tahun 2015
Berdasarkan jadual di atas,
(a) terangkan arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2015.
(b) jelaskan bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan mengurangkan kadar
pengangguran.
52
Ekonomi dan Kerajaan
Aktiviti 1.2.7B
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN.
Kadar pertumbuhan ekonomi negara ASEAN (tahun 2010 – 2015)
Tahun Kadar pertumbuhan ekonomi (%)
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Malaysia 6.98 5.29 5.47 4.69 6.01 4.97
Singapura 15.24 6.21 3.67 4.68 3.26 2.01
Brunei 2.60 3.75 0.91 –2.13 –2.35 –0.57
Thailand 7.51 0.83 7.23 2.70 0.82 2.83
Filipina 7.63 3.66 6.68 7.06 6.22 5.91
Indonesia 6.22 6.17 6.03 5.56 5.02 4.79
Kemboja 5.96 7.07 7.26 7.48 7.07 7.04
Laos 8.53 8.04 8.03 8.48 7.52 7.35
Myanmar 9.63 5.59 7.33 8.43 7.99 7.29
Vietnam 6.42 6.24 5.25 5.42 5.98 6.68
Sumber: World Bank Data, tahun 2015
(a) Bagaimanakah keadaan pertumbuhan ekonomi Malaysia berbanding dengan negara lain di
ASEAN?
(b) Berikan komen anda tentang keseluruhan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
(c) Sekiranya anda merupakan seorang pemilik perniagaan antarabangsa yang ingin melabur di
ASEAN, negara manakah yang akan anda pilih untuk membuka cawangan? Berikan alasan
anda.
(d) Selain kadar pertumbuhan ekonomi, jelaskan faktor lain dalam sesebuah negara yang akan
anda pertimbangkan sebelum melaburkan modal anda.
F 1. Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa
O yang menyebabkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding tahun
K sebelumnya.
U 2. Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin pesat perkembangan aktiviti ekonomi
S dalam sesebuah negara.
53
Bab 1
Sudut DUNIA 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan
Ekonomi
Negara China kini muncul
sebagai kuasa ekonomi Keupayaan sesebuah negara untuk mengembangkan ekonomi
kedua terbesar di dunia bergantung kepada beberapa faktor. Pertumbuhan ekonomi
yang sebelum ini dipegang yang tinggi akan menimbulkan kesan atas kegiatan ekonomi
oleh Jepun. Bank Dunia dan sosial negara tersebut.
menjangkakan China bakal
mendahului Amerika Syarikat Sebab Berlaku Pertumbuhan Ekonomi
sebagai kuasa ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi sesuatu negara akan berbeza
nombor satu di dunia dengan negara yang lain. Sesetengah negara mengalami
menjelang tahun 2025. pertumbuhan ekonomi yang cepat manakala terdapat juga
negara yang sebaliknya. Hal ini berlaku demikian kerana
Sumber: www.ukm.my/nbnews/ pertumbuhan ekonomi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
mampukah-China-menguasai- yang berikut:
dunia/,tahun 2016
1 Sumber alam semula jadi
Cabar Diri Anda
2 Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh
Pada pendapat anda, apakah
faktor yang membolehkan 3 Kemajuan teknologi
ekonomi negara China
berkembang dengan pesat? 4 Pelaburan dalam aktiviti ekonomi
5 Sistem sosial dan sikap masyarakat
Malaysia yang dikelilingi Sumber Alam Semula Jadi
oleh lautan kaya dengan
sumber hasil laut dan sesuai • Sumber alam semula jadi yang dimiliki oleh sesebuah
dibangunkan sebagai pusat negara meliputi tanah, iklim, hasil hutan, lautan dan galian.
pelancongan • Sekiranya sesebuah negara dianugerahkan sumber
▼ semula jadi yang banyak, maka negara tersebut boleh
mengembangkan ekonomi dengan lebih mudah.
• Kekayaan alam semula jadi dalam sesebuah negara akan
menarik pelabur asing untuk melabur dan mengusahakan
pengeluaran sumber alam semula jadi tersebut.
54
Jumlah Penduduk dan Bekalan Tenaga Buruh Ekonomi dan Kerajaan
• Apabila penduduk sesebuah negara bertambah, jumlah Dapatkan maklumat
tenaga buruh yang boleh menyumbang dalam aktiviti tentang tenaga buruh
pengeluaran bertambah. dan perangkaan sosial
Malaysia dari laman
• Kemahiran dan produktiviti buruh boleh ditingkatkan web Jabatan Perangkaan
melalui pendidikan dan latihan. Malaysia.
https://www.dosm.
• Kesannya, jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan gov.my/v1/index.
dalam negara akan bertambah. php?r=column/
ctwoByCat&parent_
• Di samping itu, jumlah penduduk yang besar akan id=123&menu_id=U3VP
meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan MldoYUxzVzFaYmNkWXZt
di pasaran. eGduZz09
• Oleh itu, pengeluar terdorong untuk menambahkan BM
jumlah pengeluaran dan seterusnya menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi.
Kemajuan Teknologi
• Kemajuan teknologi dalam sesebuah negara akan mempercepat
pertumbuhan ekonomi.
• Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan
kecekapan pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan
mengurangkan kos pengeluaran dan menambahkan jumlah
keluaran.
• Pemindahan teknologi merupakan usaha mengimport
atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan
seperti kemahiran, tatacara dan teknologi moden demi
meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.
• Selain itu, kualiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan
dapat ditingkatkan.
• Contohnya, Perodua telah mengimport dan mengambil
manfaat teknologi Jepun dalam pembuatan keretanya.
• Peningkatan kecekapan pengeluaran sesebuah negara akan
meningkatkan jumlah pengeluaran negara tersebut dan
seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara yang
lebih tinggi.
• Kesannya, kegiatan ekonomi akan berkembang dengan pesat.
Penggunaan teknologi yang
canggih dalam pembuatan
kereta
55
Bab 1
Kios INFO Pelaburan dalam Aktiviti Ekonomi
Kemasukan pelaburan • Pelaburan dalam sektor ekonomi akan melahirkan aktiviti
asing telah mengatasi pengeluaran dalam negara.
masalah kekurangan modal
dan kepakaran teknologi • Semakin besar nilai pelaburan sama ada pelaburan
di negara membangun. domestik atau pelaburan asing, semakin banyak
Hal ini dapat membantu barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan dalam
pembangunan ekonomi, aktiviti ekonomi.
terutama dalam aspek
pemindahan teknologi • Pelaburan ini berfungsi sebagai sumber dana untuk
moden dan penyediaan membiayai barang modal.
banyak peluang pekerjaan.
• Barang modal boleh digunakan dalam mengeksploitasi
El emen sumber alam semula jadi atau meningkatkan produktiviti
Merentas Kurikulum dalam proses pengeluaran.
Antara sebab utama • Sekiranya tiada pelaburan yang mencukupi, sesebuah
masyarakat menolak negara tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dengan
perubahan: lancar dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
1. Takut pada ketidakpastian
2. Bimbang kehilangan Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat
pekerjaan selepas • Keadaan sosial dan politik yang stabil dalam sesebuah
berubah negara akan memberi keyakinan kepada pelabur tempatan
3. Masa pengumuman dan pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti ekonomi.
perubahan yang tidak
tepat • Selain itu, sikap keterbukaan masyarakat sesebuah negara
4. Sikap toleransi terhadap akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.
perubahan yang rendah
• Sekiranya masyarakat sesebuah negara bersikap tidak
Dipetik dan diubah suai terbuka dan bertegas dengan cara pengeluaran yang
daripada petikan “Overcome the tradisional dan tidak efisien, pertumbuhan ekonomi negara
itu akan terbatas.
5 main reasons people resist
change”, Lisa Quast, 26 Nov 12 • Sebaliknya, sekiranya masyarakat berfikiran terbuka
dan boleh menerima perubahan teknologi dalam aktiviti
pengeluaran, maka produktiviti negara akan meningkat
dan ekonomi berkembang dengan pesat.
Pertumbuhan ekonomi boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang berikut:
(a) Sumber alam semula jadi
F
O (b) Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh
K
U (c) Kemajuan teknologi
S (d) Pelaburan dalam aktiviti ekonomi
(e) Sistem sosial dan sikap masyarakat.
56
Akibat Pertumbuhan Ekonomi Ekonomi dan Kerajaan
Setiap negara berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi kerana semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, Cabar Diri Anda
semakin berkembang kegiatan ekonomi dan semakin baik
keadaan ekonomi negara tersebut. Jelaskan akibat
pertumbuhan ekonomi
Secara amnya, akibat pertumbuhan ekonomi boleh dibincang terhadap kehidupan anda
dalam empat aspek seperti yang berikut: sebagai seorang murid.
1 Penyediaan infrastruktur fizikal
2 Peningkatan taraf pendidikan penduduk
3 Peningkatan sifat keusahawanan
4 Kestabilan politik dan sosial
Penyediaan Infrastruktur Fizikal Cabar Diri Anda
• Kemudahan infrastruktur disediakan oleh kerajaan sebagai Mengapakah kemudahan
salah satu usaha untuk menggalakkan pertumbuhan infrastruktur merupakan
ekonomi dalam negara. salah satu faktor
pertimbangan yang penting
• Kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat meningkatkan bagi pelabur asing?
kecekapan firma dan menarik pelabur asing untuk melabur
dalam aktiviti pengeluaran tempatan.
• Selain itu, kemudahan ini akan melicinkan urusan
perdagangan firma dari segi perhubungan dan pengangkutan.
• Antara kemudahan infrastruktur yang telah disediakan ialah
sistem pengangkutan dan perhubungan, bekalan air dan
elektrik, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.
• Kesannya, masyarakat setempat juga dapat menikmati
manfaat daripada kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan
57
Bab 1
Kios INFO Peningkatan Taraf Pendidikan Penduduk
Di Malaysia, banyak • Pembangunan sumber manusia merupakan faktor yang
institusi penyelidikan penting untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi.
telah ditubuhkan untuk
meningkatkan mutu • Sumber manusia yang berbakat, mempunyai pemikiran
keluaran tempatan. kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan
Contohnya, Institut mempunyai pengetahuan yang lanjut dalam bidang tertentu
Penyelidikan dan akan menyebabkan pengeluaran sesebuah negara menjadi
Kemajuan Pertanian lebih berdaya saing.
Malaysia (MARDI),
Institut Penyelidikan • Oleh itu, banyak institusi pengajian tinggi awam dan
Getah Malaysia (RRIM) swasta serta institusi pendidikan lain seperti institut latihan
dan Institut Penyelidikan kemahiran teknik dan vokasional telah ditubuhkan.
Minyak Kelapa Sawit
Malaysia (PORIM). • Sistem pendidikan sentiasa dikaji semula dan diubah suai
supaya dapat melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran
dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan industri.
Peningkatan Sifat Keusahawanan
• Apabila berlakunya pertumbuhan ekonomi, pendapatan
dan kuasa beli masyarakat akan meningkat.
• Keadaan ini mencipta banyak peluang perniagaan kepada
usahawan yang kreatif untuk memenuhi keperluan atau
kehendak masyarakat.
• Pelbagai barang dan perkhidmatan baharu dan inovatif
akan dihasilkan.
• Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
dengan pesat bagi menghasilkan penemuan teknologi
baharu. Taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan kerana
tingkat kepuasan berada pada tahap yang tinggi.
Kestabilan Politik dan Sosial
• Pertumbuhan ekonomi akan menjamin kestabilan politik
dan sosial dalam sesebuah negara.
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat mendorong kepada
penambahan aktiviti pengeluaran yang mencipta peluang
pekerjaan kepada masyarakat.
• Keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran
dalam negara.
• Anggota masyarakat memperoleh pendapatan tetap
dan menggunakannya untuk memenuhi keperluan dan
kehendak masing-masing.
• Situasi ini menjamin ketenteraman masyarakat dengan
mengurangkan kes jenayah seperti kecurian, rompakan,
ragut dan pecah rumah.
58
Ekonomi dan Kerajaan
Elemen
Merentas Kurikulum
Tahap Keamanan Malaysia Meningkat, Berada di Tangga ke-29
Malaysia menduduki tempat ke-29 daripada 163 negara yang disenaraikan dalam Indeks Keamanan Global (GPI)
pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas yang berada di tangga ke-30.
“Walaupun hanya memperbaiki satu anak tangga dalam kaji selidik terbitan Institute of Economics and Peace
(IEP) yang bertujuan mengukur keamanan di peringkat global, pencapaian itu mampu meningkatkan imej negara
di peringkat antarabangsa”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kekurangan berlakunya kes-kes jenayah mahupun keganasan yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian
dalam kalangan masyarakat menunjukkan ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang stabil,” katanya.
Majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2017 telah
dirasmikan oleh beliau. Anggota Parlimen Jerantut serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional turut hadir majlis pelancaran tersebut.
Beliau berkata bahawa kestabilan negara kita adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang amat mementingkan
kedamaian negara dan berusaha untuk mengelakkan sebarang kekacauan dari luar.
Beliau juga berkata bahawa masyarakat negara kita lebih suka hidup dalam suasana harmoni, saling hormat-
menghormati dan berusaha sama dalam membangunkan ekonomi negara.
Beliau berharap rakyat terus mengamalkan kehidupan yang harmoni di samping mengibarkan bendera Malaysia
sebagai lambang taat setia kepada negara sempena bulan Kemerdekaan.
Dipetik daripada: “Tangga ke-29 GPI, tahap keamanan negara meningkat”, Malaymail Online, 28 August 2017
Masyarakat Malaysia hidup aman dan damai walaupun terdiri daripada pelbagai kaum
59
Bab 1
Aktiviti 1.2.8
Kejutan minyak. Kejutan minyak Krisis kewangan Kejadian 11 Sept Kemelesetan dunia.
Meningkat kedua. Meningkat Asia 1997/98 2001 di Amerika Bermula dengan
daripada daripada US$15 (Bermula Syarikat. Pasaran krisis kewangan di
US$15 per tong kepada di Thailand) eksport jatuh. Amerika Syarikat.
12 US$40 per tong
10
8
6
% Pertumbuhan 4 MALAYSIA
2
0
–2
–4
–6
1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010 2015
Sumber: World Bank Data, tahun 2015
Trend KDNK di Malaysia, 1971 – 2015
(a) Bentukkan kumpulan dan memilih salah satu titik masa yang Baca petikan asal di sini:
ditandakan dalam rajah di atas. http://www.icu.gov.my/
pdf/artikel/krisis_eko_
(b) Baca petikan asal dan fahami kejadian yang berlaku pada msia.pdf
titik masa yang dipilih.
BM
(c) Bentangkan dalam kelas tentang sebab KDNK negara
mengalami kejatuhan yang serius.
(d) Berdasarkan pengetahuan tentang faktor pertumbuhan
ekonomi negara yang telah anda pelajari, cadangkan
langkah-langkah yang boleh merangsang pertumbuhan
ekonomi negara.
Akibat pertumbuhan ekonomi terhadap negara:
F (a) Penyediaan infrastruktur fizikal
O
K (b) Peningkatan taraf pendidikan penduduk
U
S (c) Peningkatan sifat keusahawanan
(d) Kestabilan politik dan sosial.
60
Ekonomi dan Kerajaan
1.3 Alat Dasar Ekonomi
Menjelaskan maksud dasar fiskal dan dasar kewangan.
Mengklasifikasi dan menjelaskan jenis hasil kerajaan.
Menganalisis kesan cukai regresif, progresif dan berkadar
malar terhadap agihan pendapatan masyarakat.
Menjelaskan jenis perbelanjaan kerajaan.
Menganalisis kesan belanjawan defisit dan belanjawan lebihan
terhadap ekonomi negara.
Menjelaskan alat dasar kewangan yang digunakan oleh bank
pusat untuk mengawal ekonomi.
Menganalisis kesan penggunaan kadar faedah sebagai alat
dasar kewangan terhadap ekonomi.
SEPINTAS LALU
Alat dasar ekonomi merupakan instrumen yang digunakan
oleh kerajaan bagi mencapai objektif makroekonomi
negara. Dasar ekonomi boleh dibahagi kepada dasar
berasaskan permintaan (demand-side policies) dan dasar
berasaskan penawaran (supply-side policies).
Dasar berasaskan permintaan digunakan untuk mempengaruhi
permintaan agregat dalam ekonomi.
Dasar berasaskan permintaan terdiri daripada dua jenis
iaitu dasar fiskal dan dasar kewangan.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Macroeconomic policy instruments”, 15 Jun 2011,
https://edecon.wordpress.com/2011/06/15/macroeconomic-policy-instruments/
Dasar fiskal dan dasar kewangan digunakan bersama dalam Malaysia
untuk mengawal kestabilan ekonomi. Kombinasi antara dua dasar ini boleh melahirkan
kesan yang berbeza bagi mencapai matlamat objektif makroekonomi negara yang Abad
diingini. ke-21
Kementerian Kewangan Malaysia
berperanan dalam memastikan dasar
kewangan dan belanjawan negara
dapat membangunkan ekonomi negara
61
Bab 1
Kios INFO 1.3.1 Dasar Fiskal
Kerajaan menggunakan alat dasar ekonomi untuk mengawal
aktiviti ekonomi dalam negara bagi menjamin kestabilan
dan pertumbuhan ekonomi. Antara alat dasar ekonomi yang
digunakan ialah dasar fiskal.
Dalam menjalankan Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan
dasar fiskal, kedua-dua melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan agar
alat dasar fiskal iaitu keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.
cukai dan perbelanjaan
kerajaan boleh digunakan Tujuan kerajaan melaksanakan dasar fiskal adalah untuk
secara bersendirian atau mencapai keadaan ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan masalah
bergabungan seperti yang pengangguran. Selain itu, kerajaan ingin mencapai pengagihan
berikut: pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang
(a) Mengubah cukai pendapatan antara golongan kaya dengan miskin.
(b) Mengubah
Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh diubah untuk
perbelanjaan kerajaan mempengaruhi tingkat permintaan agregat dalam ekonomi.
(c) Mengubah cukai dan Keputusan kerajaan untuk menambah atau mengurangkan
kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah berdasarkan
perbelanjaan kerajaan masalah ekonomi semasa yang perlu diselesaikan.
secara serentak
Kedua-dua alat dasar fiskal iaitu cukai dan perbelanjaan
kerajaan boleh digabungkan untuk menghasilkan dasar fiskal
yang berbeza seperti yang berikut:
Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal menguncup
ASPEK DASAR FISKAL DASAR FISKAL
Masalah ekonomi MENGEMBANG MENGUNCUP
Tujuan Pengangguran Inflasi
Kadar cukai
Perbelanjaan kerajaan Meningkatkan Mengurangkan
permintaan agregat permintaan agregat
Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai
Meningkatkan Mengurangkan
perbelanjaan kerajaan perbelanjaan kerajaan
62
Ekonomi dan Kerajaan
Dasar Fiskal • Bertujuan mengurangkan
Mengembang permintaan agregat melalui
peningkatan kadar cukai dan
• Bertujuan meningkatkan pengurangan perbelanjaan
permintaan agregat melalui kerajaan.
pengurangan kadar cukai dan
pertambahan perbelanjaan • Digunakan semasa ekonomi
kerajaan. mengalami inflasi.
• Digunakan semasa ekonomi • Kadar cukai dinaikkan supaya
mengalami kemelesetan dan pendapatan boleh guna
menghadapi masalah pengguna menurun.
pengangguran.
• Kuasa beli dan permintaan
• Kadar cukai diturunkan pengguna menurun dan
supaya pendapatan boleh seterusnya perbelanjaan
guna pengguna bertambah. agregat juga menurun.
• Kuasa beli dan permintaan • Perbelanjaan kerajaan
pengguna meningkat dan dikurangkan supaya
seterusnya perbelanjaan perbelanjaan dan permintaan
agregat juga meningkat. agregat dapat dikurangkan.
• Perbelanjaan kerajaan • Kejatuhan permintaan
ditingkatkan supaya agregat dalam negara akan
perbelanjaan dan permintaan memperlahankan
agregat dapat dinaikkan. pertumbuhan ekonomi dan
menurunkan kuasa beli
• Permintaan agregat yang pengguna.
meningkat akan
menggalakkan pengeluar • Tingkat harga umum di
untuk menambah pasaran menurun dan kadar
pengeluaran. inflasi semakin menurun.
• Lebih ramai buruh diperlukan Dasar Fiskal
dalam aktiviti ekonomi untuk Menguncup
menambahkan pengeluaran.
• Masalah pengangguran
dikurangkan.
Rajah 1.17 Dasar fiskal mengembang dan menguncup
63
Bab 1
Aktiviti 1.3.1
Aktiviti Kami Cari Awak Dapat (KCAD)
(a) Ketua kelas memilih lapan orang murid yang terbaik dalam kalangan murid kelas untuk
dijadikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
(b) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi seramai empat orang dalam
satu kumpulan.
(c) Satu kumpulan diberikan nama Mengembang (Dasar Fiskal Mengembang) dan kumpulan
yang satu lagi diberikan nama Menguncup (Dasar Fiskal Menguncup).
(d) Kedua-dua kumpulan diminta mencari bahan atau maklumat tentang Dasar Fiskal. Kumpulan
pertama akan mencari bahan tentang “Dasar Fiskal Mengembang” manakala kumpulan
kedua mencari bahan tentang “Dasar Fiskal Menguncup” dalam belanjawan tersebut. Bahan
atau sumber rujukan boleh diperoleh melalui Internet atau bahan rujukan lain seperti buku,
akhbar, dan majalah.
(e) Hasil pencarian perlu dipersembahkan dalam bentuk Microsoft PowerPoint dan dibentangkan
kepada murid lain.
(f) Guru berperanan sebagai pembimbing sahaja dan membetulkan murid jika ada kesilapan
atau kekeliruan fakta yang ditunjukkan.
(g) Akhirnya, kedua-dua kumpulan akan membuat rumusan tentang dasar fiskal bagi mengatasi
masalah inflasi dan pengangguran.
1. Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan
F perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.
O 2. Dasar fiskal mengembang digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran melalui
K pengurangan kadar cukai dan peningkatan perbelanjaan kerajaan.
U
S 3. Dasar fiskal menguncup digunakan untuk mengatasi masalah inflasi melalui peningkatan
kadar cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
64
1.3.2 Hasil Kerajaan Ekonomi dan Kerajaan
Hasil kerajaan merupakan semua jenis pendapatan yang Cabar Diri Anda
diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan
perkhidmatan. Hasil kerajaan digunakan untuk membiayai Apakah aktiviti pengeluaran
perbelanjaan kerajaan. barang dan perkhidmatan
kerajaan yang boleh
Secara amnya, sumber hasil kerajaan boleh dibahagikan kepada: menjanakan hasil kepada
kerajaan sesebuah negara?
HACSUILKAI CUBKUAKIHAANSIL
SUMBER HASIL
KERAJAAN
Rajah 1.18 Sumber hasil kerajaan
Rajah 1.19 menunjukkan anggaran hasil kerajaan yang diterima
daripada sumber yang berbeza pada tahun 2016.
Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2016
Hasil bukan Cukai langsung
cukai 52%
21%
Cukai tak
langsung
27%
Jumlah hasil = RM212 595 juta
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2016
Rajah 1.19 Anggaran hasil kerajaan persekutuan tahun 2016
Hasil Cukai
Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang
dikenakan oleh kerajaan. Semua hasil cukai yang dikutip adalah
berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan
terhadap harta atau pendapatan individu, perbadanan, syarikat,
dan perkongsian seperti cukai pendapatan, duti kastam, dan
sebagainya.
Cukai kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
Cukai langsung Cukai tak langsung
65
Bab 1
Cukai Langsung
• Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan
kepada pihak lain.
• Sumber hasil cukai langsung merupakan sumbangan terbesar hasil kerajaan.
• Cukai ini wajib dikenakan atas individu dan firma yang memperoleh sejumlah pendapatan
tertentu.
Cukai pendapatan individu
• Dikenakan atas setiap individu di Malaysia yang memperoleh pendapatan lebih daripada satu
amaun yang tertentu dalam tempoh satu tahun
• Dikenakan atas pelbagai bentuk pendapatan individu termasuk upah atau gaji, elaun, bonus,
dividen atau faedah dan sewa
• Tujuan kerajaan mengenakan cukai pendapatan individu ialah:
(a) Sebagai sumber hasil kerajaan
(b) Merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin
(c) Sebagai alat kawalan kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi
Cukai pendapatan syarikat
• Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat Cukai
berhad Langsung
• Kadar cukai pendapatan syarikat bagi tahun taksiran 2016 Beban cukai langsung
adalah seperti berikut: tidak boleh dipindahkan
(a) Syarikat dengan modal berbayar tidak 19 % kepada pihak lain
melebihi RM2.5 juta 24 %
(i) RM500 000 yang pertama
(ii) Baki seterusnya
(b) Syarikat dengan modal berbayar 24 %
melebihi RM2.5 juta
Kios INFO
Jenis-jenis elaun Cukai pendapatan koperasi
kakitangan awam yang
dikecualikan cukai: • Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh koperasi yang
• Imbuhan Tetap beroperasi di Malaysia kecuali koperasi sekolah
Perumahan • Cukai pendapatan koperasi merupakan sumbangan yang
• Imbuhan Tetap Keraian terendah dalam jumlah hasil cukai langsung kerajaan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Khas Kewangan
66
Ekonomi dan Kerajaan
Cukai pendapatan petroleum Setelah mempelajari pelbagai
jenis hasil cukai dan hasil
• Dikenakan atas semua syarikat petroleum yang bukan cukai kerajaan, anda
menjalankan operasi di Malaysia boleh menguji kefahaman
anda tentang topik ini melalui
• Kadar cukai pendapatan petroleum pada tahun taksiran permainan mini di laman web
2016 ialah 38% yang berikut:
http://bukutekskssm.my/
Ekonomi/Permainan1.html
Cukai langsung yang lain Sila layari laman web
yang berikut untuk
(a) Cukai keuntungan hartanah mengetahui kadar
• Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada pendapatan individu yang
penjualan sesuatu hartanah terkini.
http://www.hasil.
(b) Duti setem gov.my/bt_goindex.
• Bayaran yang dikenakan berdasarkan nilai sesuatu php?bt_kump=5&bt_
harta apabila dokumen harta yang dipindah hak skum=1&bt_posi=2&bt_
milik disetemkan unit=5000&bt_sequ=11
• Contoh proses pindah milik yang dikenakan duti
setem ialah pembelian hartanah dan pemohonan BM
peminjam atau bantuan kewangan
(c) Cukai tanah
• Dikenakan atas pemilik tanah pertanian, tanah
perusahaan, dan tanah bangunan
• Bayaran cukai tanah adalah berbeza mengikut
lokasi dan jenis tanah
(d) Cukai pintu
• Dikenakan atas pemilik rumah dengan tujuan untuk
membiayai perbelanjaan penyediaan prasarana
dan perkhidmatan awam oleh kerajaan tempatan
67
Bab 1
Cukai Tak Langsung
• Cukai tak langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan
kepada pihak lain.
• Jenis cukai ini dikenakan atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak firma.
• Pihak firma yang ingin mengekalkan margin keuntungan biasanya akan memindahkan
sebahagian atau sepenuhnya beban cukai tersebut kepada pengguna dengan menaikkan
harga jualan barang dan perkhidmatan.
Duti eksais
• Dikenakan atas barang seperti rokok, tembakau, minuman keras dan kenderaan bermotor
yang dikeluarkan dalam negara untuk dijual di pasaran tempatan
• Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais ialah:
(a) Sebagai hasil kerajaan
(b) Menyekat penggunaan orang ramai terhadap barang tertentu seperti rokok dan minuman
keras yang membahayakan kesihatan
Duti import Cukai Tak
• Dikenakan atas barang penggunaan yang diimport dari luar Langsung
negara seperti buah-buahan, rokok, minuman keras dan
barang-barang mewah Beban cukai tak
langsung boleh dipindah
• Tujuan kerajaan mengenakan duti import ialah:
(a) Sebagai sumber hasil kerajaan kepada pihak lain
(b) Melindungi industri tempatan kerana pengenaan duti
import menyebabkan harga barang import naik dan
menjadi kurang berdaya saing berbanding dengan
barang tempatan
(c) Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kerana
perkembangan industri tempatan
(d) Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan
pembayaran negara
(e) Mengatasi masalah lambakan dalam perdagangan
antarabangsa iaitu menjual barang dengan harga yang
sangat murah di pasaran luar negara berbanding
dengan harga di negara asalnya
68
Ekonomi dan Kerajaan
Duti eksport Kios INFO
• Dikenakan atas komoditi utama seperti petroleum, kelapa Pengenalan GST pada
sawit, kayu balak dan getah yang dieksport ke luar negara 1 April 2015 telah
menggantikan cukai
• Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport ialah: jualan dan perkhidmatan.
(a) Sebagai hasil kerajaan Sebelum ini, cukai jualan
(b) Menyekat eksport barang komoditi mentah yang tidak (berkadar 10%) dikenakan
diproses secara berlebihan dan menggalakkan atas barang ketika
pengeluar memproses barang komoditi kepada barang diimport atau di peringkat
siap atau separuh siap sebelum dieksport ke luar negara perkilangan. Cukai
(c) Memajukan industri yang berasaskan sumber tempatan perkhidmatan (berkadar
kerana bahan mentah diproses dalam negara 6%) pula dikenakan atas
perkhidmatan tertentu
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) termasuk perkhidmatan
profesional, hotel, dan
• Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan restoran.
cukai yang dikenakan ke atas penggunaan barangan
dan perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada Sumber: Jabatan Kastam
1 April 2015. Diraja Malaysia, tahun 2015
• GST merupakan cukai penggunaan yang berasaskan Cabar Diri Anda
konsep nilai ditambah.
Di Malaysia, bukan
• Golongan berpendapatan tinggi yang menggunakan semua penduduk
lebih banyak barangan akan membayar lebih banyak membayar cukai
cukai manakala golongan berpendapatan rendah yang pendapatan walaupun
menggunakan sedikit barangan yang diperlukan terdapat 31.7 juta
sahaja membayar cukai yang rendah penduduk.
• Kadar GST pada tahun 2016 adalah 6% Sumber:
Utusan Online, 2016
Cukai perjudian
Pada pendapat anda,
• Dikenakan atas firma yang menjalankan operasi mengapakah sistem GST
perjudian berlesen di Malaysia dikatakan sebagai sistem
cukai yang lebih telus dan
Levi adil?
• Dikenakan atas majikan bagi membawa masuk barang
dan perkhidmatan ke dalam negara.
• Cukai ini biasa digunakan terhadap pekerja asing yang
datang ke sesebuah negara.
69
Bab 1
Hasil Bukan Cukai
Selain hasil pengutipan cukai, kerajaan menerima hasil daripada
sumber pendapatan yang lain seperti:
1 Bayaran denda dan 2 Bayaran lesen dan
penalti permit
Cari gali petroleum di Malaysia 3 Faedah dan pulangan 4 Bayaran sewa, harta /
dikenakan royalti petroleum
oleh kerajaan Malaysia pelaburan kerajaan aset kerajaan
Kios INFO
Faedah dan pulangan 5 Dividen, royalti 6 Pemberian kerajaan
pelaburan merupakan petroleum dan gas luar negara dan
sumbangan terbesar dalam asli agensi antarabangsa
hasil bukan cukai. Kerajaan
Malaysia menerima 7 Dividen daripada
pulangan daripada
pelaburan dalam sektor saham dan GLC
yang berikut:
(a) Perusahaan kewangan Jadual yang berikut menunjukkan hasil bukan cukai yang
(b) Perusahaan bukan diterima oleh kerajaan Malaysia dari tahun 2013 ke tahun 2016.
kewangan
(c) Pelaburan luar negeri
(d) Pelaburan dalam negeri
Dipetik dan diubah suai
daripada Kementerian
Kewangan Malaysia, Kewangan
Sektor Awam, tahun 2015
Jadual 1.5 Hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan Malaysia bagi tahun 2013 hingga 2016
Sumber 2013 2014 2015 2016
Sebenar Sebenar Sebenar Anggaran
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)
Lesen & permit 13 418 14 254 12 540 11 843
Bayaran perkhidmatan 1 262 1 452 1 537 2 636
Perolehan daripada jualan barang 1 222 1 096 602 1 188
Sewaan 176 188 187 156
Faedah & pulangan pelaburan
Denda & penalti 35 306 33 756 32 838 23 299
Lain-lain 1 078 1 117 1 285 1 346
1 988 2 036 2 478 2 226
Jumlah 54 450 53 899 51 467 42 694
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013 – 2016
70
Ekonomi dan Kerajaan
Aktiviti 1.3.2
Jadual di bawah menunjukkan hasil kerajaan persekutuan dari tahun 2013 hingga tahun 2016.
Hasil Kerajaan Persekutuan (Tahun 2013 – 2016)
Sumber 2013 2014 2015 2016
Sebenar Sebenar Sebenar Anggaran
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)
Cukai langsung 120 523 126 743 111 770 110 500
Cukai pendapatan
Individu 23 055 24 423 26 321 28 163
Syarikat 58 175 65 240 63 679 63 193
Petroleum 29 753 26 956 11 559 8 517
Koperasi dan lain-lain 2 317 2 377 2 426 2 565
Lain-lain 7 223 7 747 7 785 8 062
Cukai tidak langsung 35 429 37 462 53 670 56 601
Duti eksport 1 930 1 893 1 039 813
Duti import 2 524 2 670 2 732 2 736
Duti eksais 12 193 12 925 11 890 11 801
Cukai jualan 10 068 10 939 5 223 79
Cukai perkhidmatan 5 944 6 277 3 038 67
GST 27 012 38 500
Levi dan lain-lain – – 2 736 2 605
2 770 2 758
Hasil bukan cukai 51 467 42 694
54 450 53 899
Terimaan bukan hasil 1 590 1 667 1 290 1 887
Hasil daripada Wilayah 1 378 855 892 913
Persekutuan
Jumlah hasil 213 370 220 626 219 089 212 595
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013 – 2016
(a) Apakah jenis cukai yang menjadi sumber utama hasil kerajaan?
(b) Senaraikan contoh hasil bukan cukai.
(c) Terangkan arah aliran jumlah hasil kerajaan dari tahun 2013 hingga tahun 2016.
1. Hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai.
2. Cukai langsung merupakan cukai yang tidak boleh dipindah bebannya kepada pihak lain.
3. Cukai tidak langsung merupakan cukai yang boleh dipindah bebannya kepada pihak lain.
F 4. Hasil bukan cukai terdiri daripada:
O (a) Bayaran denda dan penalti
K (b) Bayaran lesen dan permit
U
S (c) Faedah dan pulangan pelaburan kerajaan
(d) Bayaran sewa, harta atau aset kerajaan
(e) Dividen, royalti petroleum dan gas asli
(f ) Pemberian kerajaan luar negara dan agensi antarabangsa
(g) Dividen daripada saham dan GLC.
71
Bab 1 1.3.3 Kesan Cukai Progresif, Regresif
dan Berkadar Malar atas Agihan
Anda boleh menonton Pendapatan
video berkaitan dengan
ketidakseimbangan Hasil cukai merupakan sumber pendapatan utama kerajaan.
agihan pendapatan Pengutipan cukai oleh kerajaan bertujuan untuk mentadbir
melalui laman web di urus negara, membiayai projek pembangunan negara serta
bawah: mengagih semula ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam
http://www.investopedia. kalangan masyarakat.
com/video/play/income-
inequality/ Agihan pendapatan merujuk kepada pembahagian jumlah
pendapatan antara individu atau kumpulan dalam ekonomi.
ENG
Golongan kaya yang berpendapatan tinggi akan mendapat
Cabar Diri Anda barang dan perkhidmatan yang banyak dan berkualiti jika
dibandingkan dengan golongan miskin yang berpendapatan
1. Nyatakan dua tujuan rendah. Golongan miskin hanya mampu memperoleh barang
kerajaan melaksanakan dan perkhidmatan yang sedikit dan kurang berkualiti.
sistem cukai.
Jurang pendapatan yang besar dalam masyarakat boleh
2. Ramalkan keadaan dalam memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi
negara sekiranya jurang jangka panjang, guna tenaga dan menimbulkan konflik antara
pendapatan dalam kelas sosial.
masyarakat semakin
besar. Dalam hal ini, kerajaan mengagihkan semula pendapatan dalam
masyarakat dengan mengutip cukai daripada golongan kaya
dan memberi bantuan kepada golongan miskin dengan cukai
yang diperoleh.
Namun begitu, hal ini tidak bermakna cukai hanya dikenakan
kepada golongan kaya manakala golongan miskin dikecualikan
daripada pengenaan cukai. Setiap rakyat haruslah membayar
cukai kepada kerajaan.
Oleh itu, kesan cukai atas anggota masyarakat adalah berbeza
bergantung kepada kategori agihan pendapatan dan jenis cukai
yang dikenakan. Cukai yang dikenakan boleh dibahagikan
kepada tiga bentuk berdasarkan kadar pengenaan cukai masing-
masing iaitu:
1 Cukai progresif 2 Cukai regresif
3 Cukai berkadar malar
72
Ekonomi dan Kerajaan
Cukai Progresif
Cukai progresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin
tinggi apabila pendapatan bertambah.
Jenis cukai ini dikenakan berdasarkan agihan pendapatan Cukai progresif
individu. Apabila pendapatan seseorang individu meningkat, Anda boleh menonton
kadar cukai yang dikenakan terhadapnya adalah lebih tinggi. video di bawah untuk
Oleh itu, golongan berpendapatan tinggi akan membayar mengetahui lebih lanjut
jumlah cukai yang lebih tinggi dan sebaliknya golongan tentang cukai progresif.
berpendapatan rendah akan membayar jumlah cukai yang http://www.investopedia.
lebih rendah. com/video/play/
progressive-tax/
Contoh cukai progresif ialah cukai pendapatan individu.
Pendapatan individu dikenakan kadar cukai yang berbeza ENG
berdasarkan tingkat pendapatan boleh cukai masing-masing.
Kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan banjaran
pendapatan individu yang dikelaskan oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia.
Sebagai contoh, individu A menerima pendapatan boleh cukai sebanyak RM60 000 setahun
manakala individu B memperoleh RM18 000 setahun. Berdasarkan kadar cukai pada tahun
taksiran 2016, individu A dikenakan cukai sebanyak RM2 400 bagi RM50 000 pertama
dan bakinya RM10 000 pada kadar 16%. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu A
ialah RM4 000. Individu B pula dikenakan cukai sebanyak RM50 bagi RM10 000 pertama dan
bakinya RM8 000 pada kadar 1%. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu B ialah RM130.
Individu A Individu B
RRMM RM
Cukai pendapatan Cukai pendapatan
individu individu
RM4 000 RM130
Pendapatan Kadar cukai Kadar cukai Pendapatan
boleh cukai boleh cukai
16% 1%
RM60 000 RM18 000
73
Bab 1 Cukai Regresif
Cukai regresif Cukai regresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin
Anda boleh menonton menurun apabila pendapatan bertambah.
video di bawah untuk
mengetahui lebih lanjut Cukai regresif merupakan konsep yang terbalik bagi cukai
tentang cukai regresif. progresif. Bentuk cukai ini memberi beban yang lebih besar
http://www.investopedia. atas golongan berpendapatan rendah berbanding dengan
com/video/play/ golongan berpendapatan tinggi.
regressive-tax/
Contoh bagi cukai regresif ialah cukai barang dan perkhidmatan
ENG (GST). Kerajaan mengenakan kadar cukai yang sama bagi
semua pengguna. Walaupun kadar cukai adalah tetap, namun
golongan berpendapatan rendah menerima kesan yang
lebih besar.
Sebagai contoh, bayangkan dua orang individu yang membeli RM300 barang keperluan
harian setiap bulan dan kadar GST adalah 6%. Setiap individu dikehendaki membayar cukai
sebanyak RM18 atas pembelian barang. Sekiranya individu A memperoleh pendapatan sebanyak
RM5 000 sebulan, cukai yang dikenakan atasnya hanya 0.36% daripada pendapatannya.
Sebaliknya, individu B memperoleh pendapatan sebanyak RM1 500. Cukai yang dikenakan
atasnya adalah 1.2% daripada pendapatannya.
Individu A Andaikan kedua-dua individu membeli barang yang sama Individu B
RM RM
RM
Cukai barang dan Cukai barang dan
perkhidmatan perkhidmatan
(GST) (GST)
RM18 RM18
Pendapatan 0.36% Nisbah cukai 1.2% Pendapatan
boleh cukai berbanding boleh cukai
pendapatan
RM5 000 RM1 500
74
Ekonomi dan Kerajaan
Cukai Berkadar Malar
Cukai berkadar malar ialah bentuk cukai yang kadarnya tetap Cabar Diri Anda
walaupun pendapatan berubah.
Setelah mempelajari
Cukai berkadar malar menetapkan kadar cukai yang sama ketiga-tiga bentuk cukai,
bagi semua pembayar cukai tanpa mengambil kira jumlah jenis cukai yang manakah
pendapatan syarikat. boleh membantu kerajaan
menyelesaikan masalah
Contoh bagi cukai berkadar malar ialah cukai pendapatan jurang pendapatan
syarikat. Firma dikenakan cukai pada kadar yang sama tanpa masyarakat?
mengira pendapatan yang diperoleh pada tahun tersebut.
Sebagai contoh, terdapat dua firma dengan modal berbayar sebanyak RM3 juta. Firma A
memperoleh untung sebanyak RM70 000 kerana produknya mendapat sambutan hangat dalam
pasaran. Sebaliknya, Firma B hanya memperoleh untung sebanyak RM8 000 kerana kurang
aktif dalam perniagaan. Kedua-dua firma dikenakan cukai pendapatan syarikat pada kadar 24%
walaupun memperoleh tingkat pendapatan yang berbeza.
FIRMA A
FIRMA B
Cukai pendapatan Cukai pendapatan
syarikat syarikat
RM16 800 RM1 920
Keuntungan Kadar cukai Kadar cukai Keuntungan
RM70 000 24% 24% RM8 000
75
Bab 1
Aktiviti 1.3.3
Rejim Percukaian Baharu Kerajaan – GST
Di negara kita sendiri, cadangan GST (Goods and Services Tax) ini sudah lama dibuat tetapi
hanya mulai dikuat kuasa pada 1 April 2015 disebabkan kerajaan memerlukan masa untuk
mengkaji kesannya terhadap pembayar cukai dan pengguna. Yang pasti adalah tidak ada
kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa-apa juga cukai jika tidak menambah hasil
(pendapatan) perbendaharaan.
GST ialah sejenis cukai bagi barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna yang
mengandungi elemen cukai. Sebab itulah GST juga dikenal sebagai cukai kepenggunaan
(consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan
dan Cukai Perkhidmatan yang sedia ada.
GST menggantikan cukai jualan yang dikenakan atas barangan ketika diimport atau di peringkat
perkilangan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan atas perkhidmatan tertentu termasuk
profesional, hotel dan restoran.
Sumber: Malaysian Review, tahun 2017
Berdasarkan maklumat di atas,
(a) Anda diminta untuk mencari maklumat tambahan tentang GST untuk dibincangkan dalam
kelas dengan melayari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia atau sumber-sumber lain.
Maklumat yang perlu dibincang adalah:
(i) Tujuan GST diperkenalkan oleh kerajaan.
(ii) Jenis cukai lama yang dimasukkan dalam senarai GST.
(iii) Negara-negara lain yang telah melaksanakan GST.
(iv) Kadar yang dikenakan oleh negara-negara tersebut.
(v) Perbandingan kadar GST antara negara kita dengan negara lain yang melaksanakannya.
(b) Beri pendapat anda tentang kebaikan GST kepada negara.
Anda boleh mendapatkan 1. Sistem cukai mengagihkan semula agihan pendapatan
maklumat di laman web dalam kalangan masyarakat dan merapatkan jurang
ini: pendapatan.
http://gst.customs.
gov.my/en/cp/ 2. Bentuk cukai yang berbeza memberi kesan yang berlainan
SiteAssets/106%20 atas agihan pendapatan seperti yang berikut:
Questions%20
Response%20by%20 F Bentuk cukai Golongan Golongan
Customs.pdf O berpendapatan berpendapatan
K tinggi
BM U rendah
S
Cukai progresif Kadar cukai tinggi Kadar cukai rendah
Cukai regresif Kadar cukai rendah Kadar cukai tinggi
Bentuk cukai Syarikat mendapat Syarikat mendapat
keuntungan tinggi keuntungan rendah
Cukai berkadar Kadar cukai tetap Kadar cukai tetap
malar
76
Ekonomi dan Kerajaan
1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan Kios INFO
Dengan sumber hasil cukai dan hasil bukan cukai, kerajaan Anggaran perbelanjaan
akan membuat perancangan yang rapi bagi memperuntukkan kerajaan persekutuan
hasil tersebut dalam perbelanjaan kerajaan. Malaysia pada tahun 2017
Secara amnya, perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada Jumlah perbelanjaan
dua jenis utama iaitu: RM 262 800 juta
Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan 82%
18%
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan boleh Perbelanjaan mengurus
dikelaskan berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
Perbelanjaan pembangunan
Perbelanjaan Perbelanjaan
mengurus pembangunan Sumber: Kementerian
Kewangan Malaysia,
tahun 2017
Perbelanjaan Perbelanjaan Universiti Malaya merupakan
semasa kerajaan pelaburan kerajaan salah satu universiti yang
yang berulang dimiliki oleh kerajaan
pada setiap tahun atas projek
pembangunan sosial Cabar Diri Anda
Membolehkan
pengurusan dan ekonomi negara Dengan menggunakan
contoh, jelaskan perbezaan
pentadbiran Meningkatkan antara perbelanjaan
harian kerajaan pembentukan mengurus dengan
modal negara perbelanjaan pembangunan.
beroperasi
dengan lancar Contohnya,
perbelanjaan sektor
Contohnya, perkhidmatan ekonomi,
bayaran emolumen, sosial, keselamatan
dan pentadbiran am
bayaran khidmat
hutang negara,
pencen dan ganjaran,
serta bekalan dan
perkhidmatan
77
Bab 1
Perbelanjaan Mengurus
Bayaran emolumen merupakan Perbelanjaan mengurus kerajaan merujuk kepada perbelanjaan
perbelanjaan mengurus yang semasa kerajaan yang berulang-ulang pada setiap tahun untuk
membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan
terbesar beroperasi dengan lancar dan berkesan.
Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara
meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan yang
diperlukan adalah masih tetap diperuntukkan. Berikut adalah
pelbagai perbelanjaan mengurus:
Emolumen • Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan
• Merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan yang terbesar
Bayaran khidmat • Bayaran balik pokok dan faedah secara ansuran bagi menjelaskan hutang
hutang
dalam atau luar negara
Bekalan dan • Perbelanjaan atas penyelenggaraan dan pembaikan harta, pembelian
perkhidmatan bekalan dan bahan untuk kegunaan jabatan kerajaan serta perbelanjaan
keraian pengawai kerajaan
• Bertujuan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan kemudahan awam
yang disediakan oleh kerajaan
Pencen dan • Pencen merupakan bayaran bulanan kepada pegawai kerajaan yang telah
ganjaran bersara
• Ganjaran merupakan bayaran sekali sahaja kepada kakitangan kerajaan
ketika bersara
Pemberian dan • Jumlah pemberian kepada setiap kerajaan negeri adalah berasaskan
serahan kepada kepada bilangan penduduk dalam negeri
kerajaan negeri
• Sebahagian besar pemberian ini digunakan untuk membiayai kerja-kerja
penyelenggaraan jalan raya
Pemberian • Bayaran kerajaan kepada pengeluar untuk menurunkan harga barang dan
subsidi perkhidmatan dalam pasaran
• Kerajaan juga memberi subsidi kepada sesetengah industri dalam bentuk
pemberian diskaun untuk penggunaan elektrik
Biasiswa, • Biasiswa, dermasiswa dan bantuan kerajaan adalah pemberian wang
dermasiswa dan kepada murid-murid di sekolah dan pelajar universiti di dalam dan luar
bantuan kerajaan negara
78
Ekonomi dan Kerajaan
Rajah di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan mengurus
Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diagih mengikut objek-
objek am bagi tahun 2016.
Perkhidmatan dan Aset
bekalan 0.4%
16.9% (RM761 juta)
(RM36 315 juta)
Emolumen
32.7%
(RM70 466 juta)
Pemberian dan
kenaan bayaran
tetap
49.5%
(RM106 648 juta)
Perbelanjaan-
perbelanjaan lain
0.5%
(RM1 034 juta)
Jumlah perbelanjaan mengurus = RM215 224 juta
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2016
Rajah 1.20 Anggaran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan Malaysia tahun 2016
KiKoisoKsiKoisoKsiIoKNsIKiFNoiOKsFoINiOsIoKFNsOiFIoKNOsKiFIoNiKOsIoNFisoIOKFNsOiFoIKNOsKiFoIiNKOsoINiFsoIKOFNsiOFoIKNOsKiKoFIiNisOoIoKNFssIiONFoKOFsKIKiNoOiiosFoKIsNOsiIIoNFKNsOFKiFIoONOisoKFIsNiIOIoNNFsFOIFNOOFINOINFOIFNOFO
Sebanyak 6 320 769 permohonan diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dengan
jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion. Penerima BR1M termasuk isi rumah berpendapatan bulanan
RM3 000 dan ke bawah, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3 000 hingga RM4 000 serta individu
berpendapatan bulanan RM2 000 dan ke bawah.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “6.3 juta Permohonan BR1M 2017 diluluskan”, Sinar Online, tahun 2016.
79
Bab 1
Kios INFO Perbelanjaan Pembangunan
Kebiasaannya, kerajaan Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan
akan mengubah tingkat pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan ekonomi
perbelanjaan pembangunan negara.
mengikut keadaan
ekonomi negara. Apabila Perbelanjaan pembangunan adalah bertujuan untuk meningkatkan
ekonomi mengalami pembentukan modal negara, guna tenaga dan pendapatan
kemelesetan, kerajaan akan negara. Perbelanjaan pembangunan kerajaan juga bermatlamat
menambahkan jumlah untuk meningkatkan taraf hidup dan tingkat kebajikan rakyat
perbelanjaan pembangunan pada masa depan dengan menyediakan pelbagai kemudahan
untuk meningkatkan dan infrastruktur kepada rakyat.
pertumbuhan ekonomi
negara. Berikut adalah perbelanjaan pembangunan mengikut sektor.
Sektor
perkhidmatan ekonomi
• Perbelanjaan untuk menyediakan
prasarana dan kemudahan awam bagi
meningkatkan kualiti hidup rakyat dan
pendapatan negara
• Subsektornya terdiri daripada:
(a) Pertanian dan pembangunan luar
bandar
(b) Kemudahan awam
(c) Perdagangan dan perindustrian
(d) Pengangkutan
(e) Perhubungan
Sektor
perkhidmatan sosial
• Perbelanjaan untuk membina
bangunan sekolah, rumah dan
hospital serta pembangunan sumber
manusia
• Subsektornya terdiri daripada:
(a) Pendidikan dan latihan
(b) Kesihatan
(c) Perumahan
80
Ekonomi dan Kerajaan
Sektor keselamatan
• Perbelanjaan untuk membeli peralatan
pertahanan, kem tentera dan membina
bangunan balai polis
• Subsektornya terdiri daripada:
(a) Pertahanan
(b) Keselamatan dalam negeri
Sektor pentadbiran am
• Perbelanjaan untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan awam seperti
pembinaan insfrastruktur ICT,
pengembangan ruang pejabat dan
bayaran kelengkapan pejabat
Aktiviti 1.3.4
(a) Anda diminta membentuk satu kumpulan untuk mencari maklumat tentang Perbelanjaan
Mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015 hingga tahun 2016 melalui laman web
Kementerian Kewangan Malaysia.
(b) Kumpulan anda perlu mengira sumbangan setiap butiran dalam perbelanjaan tersebut dan
menghuraikan arah aliran perbelanjaan mengurus tersebut.
(c) Semua hasil kerja kumpulan anda perlu dipersembahkan dalam bentuk Microsoft PowerPoint
dan dibentangkan dalam kelas.
1. Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.
F 2. Perbelanjaan mengurus kerajaan merujuk kepada perbelanjaan semasa kerajaan yang
O
K berulang-ulang pada setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian
U kerajaan beroperasi dengan lancar dan berkesan.
S
3. Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam projek-
projek pembangunan ekonomi negara.
81
Bab 1
Kios INFO 1.3.5 Belanjawan Negara
Dasar fiskal yang Kerajaan membuat perancangan yang rapi dalam peruntukan
mengawal ekonomi dengan hasil pendapatan negara supaya setiap perbelanjaan yang
cukai (hasil kerajaan) dan dibuat memberikan kebajikan yang maksimum kepada rakyat.
perbelanjaan kerajaan Belanjawan negara merupakan salah satu alat kawalan yang
boleh dilaksanakan melalui boleh membantu perancangan kewangan negara.
belanjawan negara.
Belanjawan negara ialah suatu penyata tentang anggaran
jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan
yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang.
Dalam kata lain, belanjawan negara merupakan anggaran
pendapatan yang akan diterima dibandingkan dengan segala
perbelanjaan yang akan dibuat pada masa depan.
Antara tujuan belanjawan negara disediakan adalah seperti yang
berikut:
1 2 3 4
Memastikan Mempengaruhi Mencapai Mencapai
peruntukan dikawal aktiviti ekonomi pembangunan kestabilan
agar jumlah untuk mencapai dan kadar ekonomi dengan
perbelanjaan tidak matlamat pertumbuhan mengawal
melebihi jumlah ekonomi yang ekonomi yang kadar inflasi dan
hasil negara diingini mampan pengangguran
Belanjawan negara akan dibentangkan dalam Parlimen untuk kelulusan peruntukan sumber dalam sektor
ekonomi negara
82
Ekonomi dan Kerajaan
Perbelanjaan dalam belanjawan negara termasuklah
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang
dibayar oleh kerajaan. Pendapatan pula merujuk kepada hasil
cukai dan hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan.
Belanjawan negara boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
Hasil kerajaan Perbelanjaan Hasil kerajaan Perbelanjaan
Perbelanjaan kerajaan kerajaan
Hasil kerajaan
kerajaan
Belanjawan lebihan
Belanjawan defisit
Belanjawan seimbang
Belanjawan Seimbang Anda boleh membaca
penjelasan mudah
Belanjawan seimbang merujuk kepada keadaan jumlah hasil tentang Bajet atau
kerajaan adalah bersamaan dengan jumlah perbelanjaan Belanjawan Negara
kerajaan. daripada pakar ekonomi
melalui laman web yang
• Jenis belanjawan ini dilaksanakan untuk mengukuhkan berikut:
kedudukan kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi http://www.astroawani.
apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh. com/berita-bajet2015/
bajet-menurut-perspektif-
• Kerajaan mewujudkan belanjawan seimbang dengan pakar-ekonomi-45681
memastikan semua perbelanjaan kerajaan menggunakan
hasil yang diperoleh sepenuhnya. BM
• Oleh itu, tiada baki hasil yang tertinggal dan tiada 83
perbelanjaan yang dibayar dengan hutang.
• Belanjawan seimbang mengekalkan keadaan yang stabil
dalam ekonomi.
Bab 1
Belanjawan Defisit
Belanjawan defisit berlaku apabila jumlah hasil kerajaan kurang
daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.
Cabar Diri Anda • Jenis belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi
menghadapi masalah pengangguran atau kemelesetan
Bagaimanakah pelaksanaan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan kerajaan,
belanjawan defisit dapat pengurangan cukai atau kedua-duanya secara serentak.
mencapai matlamat ekonomi?
• Kerajaan mewujudkan belanjawan defisit dengan
menambahkan perbelanjaan mengurus serta perbelanjaan
pembangunan kerajaan.
• Tindakan kerajaan ini akan mencipta peluang pekerjaan
kepada masyarakat dan menambahkan pendapatan individu
serta negara.
• Kesannya, kuasa beli masyarakat meningkat dan keadaan
kemelesetan dapat dipulihkan.
• Pada masa yang sama, kerajaan akan menurunkan kadar
cukai.
• Kesannya, pendapatan boleh guna dan kuasa beli masyarakat
akan meningkat.
• Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam
pasaran turut meningkat dan menggalakkan pertumbuhan
aktiviti ekonomi sehingga keadaan kemelesetan ekonomi
dapat dipulihkan.
Menambah Pertumbuhan Peluang Kadar
perbelanjaan aktiviti ekonomi pekerjaan pengangguran
bertambah
kerajaan berkembang menurun
Belanjawan defisit Kemelesetan
ekonomi
dipulihkan
Menurunkan Pendapatan Kuasa beli Pertumbuhan
kadar cukai boleh guna masyarakat aktiviti ekonomi
meningkat meningkat
Rajah 1.21 Cara belanjawan defisit mengatasi kemelesetan ekonomi
84
Ekonomi dan Kerajaan
Belanjawan Lebihan
Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah hasil kerajaan lebih
daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.
• Jenis belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi Cabar Diri Anda
menghadapi masalah inflasi melalui peningkatan cukai,
pengurangan perbelanjaan kerajaan atau kedua-duanya Bagaimanakah kerajaan
secara serentak. menggunakan cukai dan
perbelanjaan kerajaan untuk
• Kerajaan mewujudkan belanjawan lebihan dengan melaksanakan belanjawan
mengurangkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan lebihan bagi mencapai
pembangunan kerajaan. matlamat ekonomi?
• Tindakan kerajaan ini akan memperlahankan pertumbuhan
ekonomi dalam negara dan tingkat harga barang umum
akan menurun.
• Kesannya, keadaan inflasi dapat dikawal dan kos sara
hidup masyarakat telah menurun.
• Pada masa yang sama, kerajaan akan menaikkan kadar
cukai.
• Kesannya, pendapatan boleh guna pengguna akan berkurang
dan kuasa beli pengguna akan menurun.
• Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam
pasaran turut menurun dan masalah inflasi akibat permintaan
yang berlebihan dalam ekonomi dapat distabilkan. Tingkat
harga umum bagi barang dan perkhidmatan dalam pasaran
juga akan menurun.
Mengurangkan Pertumbuhan Pendapatan Permintaan Harga
perbelanjaan aktiviti menurun barang turun
kerajaan ekonomi menurun
perlahan
Belanjawan lebihan Kadar inflasi
menurun
Menaikkan Pendapatan Kuasa beli Permintaan Harga
kadar cukai boleh guna masyarakat barang turun
menurun menurun
menurun 85
Rajah 1.22 Cara belanjawan lebihan mengatasi inflasi
Bab 1
Aktiviti 1.3.5
Berikut merupakan sebahagian daripada temu bual antara wartawan dengan Timbalan Menteri
Kewangan II pada 18 Januari 2016.
Wartawan: Ekonomi negara tahun ini dijangka tidak banyak berubah, malah lebih
mencabar berbanding tahun 2015. Adakah keadaan ini menjadi faktor
kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat termasuk pengubahsuaian
semula Bajet 2016?
Timbalan Menteri: Kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat pada tahun 2016 kerana
Kewangan II ekonomi negara dijangka berada dalam keadaan yang lebih mencabar
berbanding tahun 2015. Perbelanjaan berhemat perlu dibuat bagi
memastikan kerajaan mengawal kadar defisit negara kita kepada 3.1
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika kita tidak mengawal
perbelanjaan kerajaan, maka defisit negara akan bertambah besar dan juga
akan menurunkan atau menjejaskan penarafan negara kita oleh agensi
penarafan antarabangsa seperti Moody, Standard & Poor dan Fitch.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan
“Kawal perbelanjaan negara elak defisit naik”, 18 Januari 2016, http://www.bharian.com.my/node/115487
(a) Cari maklumat dalam Internet dan kenal pasti faktor yang Kios INFO
menyebabkan keadaan ekonomi bertambah mencabar pada
tahun 2016. Pendapatan kerajaan
bersamaan dengan hasil
(b) Apakah kesan kepada negara sekiranya mencatat defisit kerajaan.
tinggi sehingga menjejaskan penarafan negara?
1. Belanjawan negara ialah perancangan kerajaan yang meliputi jumlah hasil yang diperoleh
dan jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan dalam satu tempoh tertentu biasanya untuk
setahun.
F 2. Tiga jenis belanjawan negara adalah seperti berikut:
O (a) Belanjawan seimbang (Hasil kerajaan = Perbelanjaan kerajaan)
K (b) Belanjawan defisit (Hasil kerajaan < Perbelanjaan kerajaan)
U (c) Belanjawan lebihan (Hasil kerajaan > Perbelanjaan kerajaan)
S
3. Belanjawan defisit digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran atau kemelesetan
ekonomi.
4. Belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi masalah inflasi.
86
Ekonomi dan Kerajaan
1.3.6 Dasar Kewangan
Selain dasar fiskal yang telah diperkenalkan, satu lagi dasar
yang sering digunakan oleh kerajaan sebagai alat dasar ekonomi
ialah dasar kewangan.
Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan
ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga
supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang
stabil.
Dasar kewangan dilaksanakan oleh bank pusat iaitu Bank Kios INFO
Negara Malaysia. Dasar kewangan yang berbeza digunakan
bergantung kepada masalah ekonomi yang ingin diatasi. Dasar Salah satu fungsi bank
kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: pusat adalah untuk
mengawal kestabilan
Dasar kewangan Dasar kewangan ekonomi negara. Bank
mengembang menguncup pusat menjalankan fungsi
ini dengan melaksanakan
dasar kewangan.
Dasar kewangan mengembang Dasar kewangan menguncup
Dasar
kewangan
Matlamat Menambah bekalan wang dalam Mengurangkan bekalan wang dalam
dasar ekonomi ekonomi
Masalah Pengangguran atau kemelesetan Inflasi
ekonomi ekonomi
yang diatasi • Menaikkan nisbah rizab
berkanun
Cara • Menurunkan nisbah rizab
pelaksanaan berkanun • Menaikkan nisbah rizab tunai
• Menjual surat jaminan kerajaan
• Menurunkan nisbah rizab tunai • Mengetatkan syarat sewa beli
• Membeli surat jaminan kerajaan • Menaikkan kadar faedah
• Melonggarkan syarat sewa beli
• Menurunkan kadar faedah
87
Bab 1 • Bermatlamat untuk
mengurangkan bekalan wang
Dasar dalam ekonomi
Kewangan
Mengembang • Digunakan untuk mengatasi
masalah inflasi dalam
• Bermatlamat untuk ekonomi
menambahkan bekalan wang
dalam ekonomi • Apabila penawaran wang
dalam ekonomi berkurang,
• Digunakan untuk mengatasi aktiviti pelaburan dalam
masalah pengangguran atau ekonomi akan berkurang
kemelesetan ekonomi
• Aktiviti pengeluaran barang
• Apabila penawaran wang dan perkhidmatan akan turut
dalam ekonomi meningkat, berkurang
aktiviti pelaburan dalam
ekonomi akan bertambah • Pertumbuhan ekonomi yang
perlahan menyebabkan firma
• Aktiviti pengeluaran barang terpaksa mengurangkan
dan perkhidmatan akan turut bilangan pekerja
bertambah
• Pendapatan pengguna
• Firma memerlukan lebih menurun
banyak buruh untuk mengisi
kekosongan dalam aktiviti • Kuasa beli pengguna
pengeluaran menurun dan permintaan
agregat dalam pasaran juga
• Kadar pengangguran dalam menurun
ekonomi menurun dan
pendapatan masyarakat • Tingkat harga umum turun
meningkat • Inflasi dapat diatasi
• Kuasa beli pengguna akan Dasar
meningkat dan permintaan Kewangan
agregat dalam pasaran juga Menguncup
meningkat
• Kemelesetan ekonomi dapat
dipulihkan
Rajah 1.23 Dasar kewangan mengembang dan menguncup
88
Ekonomi dan Kerajaan
Aktiviti 1.3.6
Kaji kedua-dua situasi yang berikut dan jawab soalan yang berikut.
Situasi 1 Situasi 2
Tahun 2012 Tahun 2016
RM3.00 RM3.70
(a) Jelaskan keadaan ekonomi yang berlaku dalam Situasi 1 dan Situasi 2.
(b) Nyatakan dasar kewangan yang dapat menyelesaikan keadaan ekonomi dalam Situasi 1 dan
Situasi 2.
(c) Jelaskan cara kerajaan mengatasi keadaan ekonomi di (a) melalui dasar kewangan.
1. Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan
F bekalan wang dan kadar faedah supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan
O yang stabil.
K
U 2. Dasar kewangan boleh dibahagi kepada dua jenis:
S (a) Dasar kewangan mengembang: Menambah bekalan wang dalam ekonomi
(b) Dasar kewangan menguncup: Mengurang bekalan wang dalam ekonomi.
1.3.7 Alat Dasar Kewangan Cabar Diri Anda
Bank pusat menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal Apakah alat dasar kewangan
ekonomi dengan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. yang boleh digunakan oleh
bank pusat untuk mengawal
Antara alat dasar kewangan yang digunakan adalah seperti kestabilan ekonomi dalam
yang berikut: negara?
1 Nisbah rizab berkanun 2 Nisbah rizab tunai
3 Syarat sewa beli 4 Surat jaminan kerajaan
5 Kadar faedah
89