Bab 2
2.2 Perdagangan Antarabangsa
Menjelaskan konsep perdagangan antarabangsa.
Menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa kepada
ekonomi Malaysia.
Menghuraikan bentuk dan tujuan sekatan perdagangan
antarabangsa.
Menganalisis kesan tarif, subsidi dan kuota terhadap
perdagangan antarabangsa.
Menilai kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan
antarabangsa dan liberalisasi perdagangan.
Menjelaskan beberapa contoh blok ekonomi dan perjanjian
perdagangan.
Menjelaskan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan
terhadap negara ahli dan negara bukan ahli.
SEPINTAS LALU
Perdagangan antarabangsa di Malaysia boleh dikesan sejak
zaman dahulu. Menurut sumber-sumber bertulis dari China,
India, Arab dan Yunani, kegiatan perdagangan di rantau ini
berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu
Melaka. Negeri Melaka pernah berfungsi sebagai pusat
perdagangan di Asia Tenggara pada abad ke-15 Masihi
disebabkan oleh kedudukan geografiknya yang strategik.
Negeri Melaka telah dijadikan tempat tumpuan pedagang
dari kawasan Asia Tenggara dan Barat disebabkan Selat
Melaka merupakan laluan penting bagi kapal-kapal perdagangan China dan India. Kini, perdagangan
antarabangsa tidak hanya terhad pada laluan lautan. Penghantaran barang dagangan antara negara
boleh dilakukan melalui pengangkutan udara, laut atau darat.
Tahukah anda sebab-sebab perdagangan antarabangsa dijalankan sejak zaman Abad
dahulu lagi? Apakah kesan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan ke-21
atas perdagangan antarabangsa?
Anda boleh 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
menonton video
tentang perdagangan Perkembangan globalisasi akibat kemajuan dalam sistem
antarabangsa di sini: pengangkutan dan perhubungan telah menggalakkan
http://bukutekskssm.my/ perdagangan antarabangsa.
Ekonomi/Video2.mp4
Syarikat multinasional kini melihat dunia sebagai suatu pasaran
BM yang besar dan setiap keputusan yang dilakukan oleh firma
besar ini akan mempengaruhi ekonomi dunia.
140
Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli Malaysia dan Ekonomi Global
barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara
yang lain. Eksport
Urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara negara boleh
berlaku dalam tiga bentuk iaitu import, eksport dan entrepot.
Import
Entrepot
Import Entrepot Eksport
• Membeli barang dan • Membeli barang dari • Menjual barang dan
perkhidmatan dari negara luar negara dan menjual perkhidmatan kepada
lain semula kepada negara lain negara lain
• Berlaku apabila • Berlaku apabila sesebuah • Berlaku apabila
sesuatu barangan negara memproses pengeluaran barangan
tidak dikeluarkan atau barang import dan melebihi penggunaan
tidak mencukupi untuk mengeksportkannya atau keperluan rakyat
menampung keperluan semula ke negara lain tempatan
rakyat tempatan • Contoh: Singapura dan
Hong Kong
Sebab-sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan antarabangsa wujud akibat daripada pelbagai
perbezaan yang wujud antara satu negara dengan negara yang
lain. Antara perbezaan yang wujud termasuklah:
1 Sumber semula jadi 2 Iklim dan jenis tanih
3 Tingkat kecekapan pengeluaran 4 Budaya masyarakat
5 Harga faktor 6 Cita rasa pengguna
141
ElBab 2 Sumber Semula Jadi
emen • Sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan
Merentas Kurikulum kepada setiap negara adalah berlainan dengan negara lain.
Dengan kadar penggunaan • Contohnya, Malaysia dianugerahkan dengan bijih timah,
petroleum atau sumber tenaga Brunei kaya dengan simpanan petroleum dan Afrika Selatan
lain kini, sumber bahan api yang kaya dengan simpanan emas dan berlian.
sedia ada di bumi dianggar hanya
cukup untuk bertahan bagi • Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semula jadi
30-40 tahun. Oleh itu, sumber akan mengeksport sumber tersebut ke negara lain.
alternatif bagi bahan api sedang
gigih dikaji oleh pelbagai negara
di dunia.
Sumber:www.coriolis-energy.com,
tahun 2017
Rizab minyak (dalam bilion tong)
Pengeluaran minyak (syer pasaran dunia semasa)
Sumber: http://www.indexmundi.com/blog/index.php/2013/05/13/the-worlds-largest-oil-reserves-by-country/tahun 2013, tahun 2013
Rajah 2.4 Negara dengan simpanan minyak yang tinggi di dunia
Iklim dan Jenis Tanih
• Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara
adalah berbeza dengan negara yang lain akibat daripada
perbezaan iklim dan jenis tanih.
• Contohnya, tanah laterit dan tanah gambut di Malaysia adalah
sesuai untuk menanam tanaman kelapa sawit. Manakala
iklim Mediteranean adalah sesuai untuk menanam tanaman
buah-buahan sitrus seperti epal, anggur dan strawberi.
142
Tingkat Kecekapan Pengeluaran Malaysia dan Ekonomi Global
• Pengkhususan dan proses pengeluaran yang lebih cekap
Anda boleh memahami
membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu konsep faedah
barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah berbanding dengan lebih
berbanding dengan negara lain. lanjut melalui contoh
• Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos faktor pengeluaran dalam video ini:
yang murah telah mendorong pengeluaran secara besar- http://www.investopedia.
besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke negara lain. com/video/play/
• Negara yang mempunyai pengkhususan yang lebih tinggi explaining-comparative-
dalam pengeluaran sesuatu barang dikatakan mempunyai advantage/
faedah berbanding.
• Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh ENG
sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan sesuatu
barang dengan harga relatif atau kos lepas yang lebih Cabar Diri Anda
rendah berbanding dengan negara lain berdasarkan
sejumlah faktor pengeluaran dan pada tingkat teknologi 1. Apakah pengkhususan
yang sama. pengeluaran kawasan
• Contohnya, Amerika Syarikat mengkhusus dalam berikut di Malaysia?
pengeluaran kapal terbang telah mengeksport barang ini (a) Pontian, Johor
ke negara-negara lain. (b) Sekinchan, Selangor
(c) Raub, Pahang
Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS menggunakan model Boeing (d) Bayan Lepas, Pulau
737-800 yang dikeluarkan oleh Syarikat Boeing di Amerika Syarikat Pinang
untuk mengangkut penumpang ke destinasi domestik atau luar negara
2. Mengapakah kawasan
Budaya Masyarakat di atas mempunyai
• Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi pengkhususan seperti
yang disebut?
kecenderungan masyarakat dalam pengeluaran sesuatu
barangan. 143
• Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran
dan minat pekerja dalam mengeluarkan sesuatu barang dan
perkhidmatan.
• Contohnya, negara India yang terkenal dengan rempah
ratus disebabkan penggunaan rempah ratus dalam makanan
merupakan tradisi dan budaya dalam kalangan masyarakat
India.
Bab 2 Harga Faktor
Harga faktor buruh di • Harga faktor-faktor pengeluaran seperti upah buruh, sewa
Asia yang lebih rendah tanah dan faedah modal akan mempengaruhi pemilihan
membolehkan kilang kasut teknik pengeluaran bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
di Asia mengeluarkan kasut
dengan kos yang lebih rendah • Contohnya, bilangan buruh yang banyak dan kadar
Pelbagai jenis herba tradisi upah yang lebih murah di negara India dan negara China
yang diimport dari negara membolehkan pengkhususan dalam pengeluaran tekstil dan
China untuk keperluan pakaian serta barang elektronik yang berintensifkan buruh.
masyarakat tempatan
• Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Jepun yang secara
relatifnya mempunyai barang modal yang lebih murah dan
cekap akan mengkhusus kepada pengeluaran barang seperti
kapal terbang, kereta dan jentera yang berintensifkan modal.
Cita Rasa Pengguna
• Cita rasa masyarakat terutama yang terdiri daripada pelbagai
jenis kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi dengan
pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam negara sahaja.
• Oleh itu, para peniaga mengimport pelbagai jenis barang
dari luar negara untuk memenuhi cita rasa pengguna yang
berbeza-beza.
• Contohnya, pengimport tempatan akan mengimport ubat-
ubatan dan herba tradisi dari negara China untuk memenuhi
permintaan masyarakat Cina dan juga ratusan jenis rempah
dari negara India untuk memenuhi kehendak kaum India.
Aktiviti 2.2.1
(a) Murid dibahagikan mengikut kumpulan.
(b) Setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat dari Internet atau sumber lain dan mengkaji
tentang pengkhususan pengeluaran bagi negara-negara yang berikut:
(i) Malaysia (iv) Jepun
(ii) China (v) Perancis
(iii) Amerika Syarikat (vi) Afrika
(c) Wakil setiap kumpulan perlu membuat pembentangan di hadapan kelas.
1. Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara
F sebuah negara dengan negara yang lain.
O 2. Urus niaga antara negara boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu import, eksport dan entrepot.
K
U 3. Sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa ialah perbezaan dari segi sumber semula
S jadi, iklim dan jenis tanih, budaya masyarakat, tingkat kecekapan pengeluaran, harga faktor
dan cita rasa pengguna.
144
2.2.2 Kepentingan Perdagangan Antarabangsa Malaysia dan Ekonomi Global
Perdagangan antarabangsa yang dilakukan oleh sesebuah negara
sememangnya membawa banyak manfaat kepada individu, Cabar Diri Anda
masyarakat atau negara. Antara kepentingan perdagangan
antarabangsa kepada negara adalah seperti yang berikut: Secara amnya, kepentingan
perdagangan antarabangsa
1 Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara boleh dibincang daripada
tiga aspek iaitu:
2 Meluaskan pasaran (a) Pilihan
(b) Persaingan
3 Menambah pendapatan negara (c) Pertumbuhan ekonomi
Bolehkah anda
4 Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi mengkategorikan
kepentingan perdagangan
5 Menikmati barang dengan harga yang lebih murah antarabangsa dalam teks
mengikut aspek masing-
6 Meningkatkan kecekapan pengeluaran masing?
7 Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai Cabar Diri Anda
8 Menambah peluang pekerjaan 1. Nyatakan tiga contoh
barang lain yang tidak
9 Menggalakkan mobiliti tenaga buruh dikeluarkan dalam
negara tetapi boleh
10 Menggalakkan pelaburan diperoleh di luar negara.
11 Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang 2. Mengapakah barang-
barang tersebut tidak
Memperoleh Barang yang Tidak Dikeluarkan di dalam dikeluarkan tempatan?
Negara
• Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang 145
dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyatnya akibat
daripada perbezaan iklim, jenis tanih dan anugerah
sumber semula jadi.
• Melalui perdagangan antarabangsa, barang dan perkhidmatan
yang tidak dikeluarkan dalam negara dapat diperoleh dari
negara lain yang mengeksportnya.
• Contohnya, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan sitrus
yang tidak ditanam di Malaysia melalui aktiviti perdagangan
antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China.
• Sementara itu, pengimport di negara India dan China pula
akan mengimport minyak kelapa sawit dari negara kita.
Meluaskan Pasaran
• Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, penawaran
barang dan perkhidmatan yang berlebihan boleh dieksport
ke luar negara yang mempunyai pasaran yang lebih luas.
• Kejayaan menguasai pasaran yang lebih luas akan
meningkatkan keuntungan firma tempatan.
Bab 2 Menambah Pendapatan Negara
Penggunaan dron dalam • Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, kerajaan dapat
sektor pertanian di Malaysia mengutip duti import dan duti eksport untuk menambahkan
pendapatan negara.
Cabar Diri Anda
• Di samping itu, cukai keuntungan syarikat yang dikutip
Apakah kesan pengkhususan oleh kerajaan akan meningkat disebabkan peningkatan
pengeluaran sesebuah keuntungan firma tempatan melalui aktiviti perdagangan
negara dalam perdagangan antarabangsa.
antarabangsa terhadap unit
ekonomi yang berikut? Menggalakkan Pemindahan dan Penggunaan Teknologi
(a) Isi rumah
(b) Firma • Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, pengeluar
(c) Kerajaan tempatan boleh mengimport mesin, jentera dan peralatan
moden yang lebih canggih untuk meningkatkan daya
146 pengeluaran dan memajukan industri tempatan.
• Perdagangan antarabangsa juga membuka peluang bagi
kemasukan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan
teknologi yang terkini dari luar negara.
Menikmati Barang dengan Harga yang Lebih Murah
• Pengkhususan yang berlaku dalam perdagangan antarabangsa
akan membawa kepada peningkatan dalam daya
pengeluaran dan kemahiran sumber manusia.
• Pengkhususan membolehkan pengeluaran barang
dilakukan secara besar-besaran pada kos yang lebih murah
dan mutunya lebih baik.
• Barang tersebut boleh dijual dengan harga yang lebih
murah.
• Contohnya, Amerika Syarikat yang berjaya mengeluarkan
kapal terbang pada harga yang lebih rendah dan Malaysia
yang dapat mengeluarkan minyak kelapa sawit pada harga
yang lebih murah akan melakukan aktiviti eksport dan
import antara satu sama lain untuk memperoleh manfaat
masing-masing.
Meningkatkan Kecekapan Pengeluaran
• Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mewujudkan
persaingan antara pengeluar dan barang yang dihasilkan
oleh sesebuah negara.
• Persaingan yang timbul akan mendorong pihak pengeluar
untuk mengeluarkan barang yang lebih bermutu dengan
kaedah pengeluaran yang paling cekap serta menghalang
firma monopoli daripada mengenakan harga yang tinggi.
• Persaingan dalam pasaran dunia juga akan menggalakkan
usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat
penggunaan teknologi yang terkini.
Menawarkan Pilihan Pengguna yang Pelbagai Malaysia dan Ekonomi Global
• Pelbagai jenis barangan telah berjaya diimport dari Pengguna boleh memilih
luar negara untuk memenuhi keperluan dan kehendak antara jenama keluaran
pengguna tempatan. tempatan mahupun jenama
yang diimport dari negara lain
• Masyarakat yang ingin membeli sesuatu barang mempunyai Penambahan peluang
pelbagai pilihan mengikut cita rasa dan kemampuan pekerjaan yang disebabkan
masing-masing.
oleh perdagangan
• Pilihan yang luas akan meningkatkan tingkat kepuasan antarabangsa
dan taraf hidup pengguna.
Tenaga buruh dari pelbagai
Menambah Peluang Pekerjaan negara menggalakkan
perkongsian ilmu dan
• Permintaan yang semakin meningkat terhadap barang
eksport sesebuah negara dalam perdagangan antarabangsa pengetahuan serta prosedur
telah mendorong pengeluar tempatan dan pelabur asing kerja antara pekerja tempatan
membesarkan skala pengeluarannya untuk mendapatkan
keuntungan yang maksimum. dan negara lain
Dasar ekonomi terbuka
• Pengembangan perniagaan akibat daripada aktiviti perdagangan
antarabangsa telah berjaya mewujudkan lebih banyak yang menggalakkan
peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah pelaburan asing mewujudkan
pengangguran.
pertambahan kawasan
Menggalakkan Mobiliti Tenaga Buruh perindustrian di Malaysia
• Melalui perdagangan antarabangsa, tenaga buruh di
sesebuah negara dapat bergerak ke negara lain.
• Contohnya, negara Indonesia dan Bangladesh yang
mempunyai ramai tenaga buruh telah berhijrah ke Malaysia
untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan
perladangan.
• Sebaliknya, Malaysia yang kekurangan tenaga buruh mahir
seperti doktor, jurutera, pensyarah dan ahli sains telah
mengimport tenaga buruh dari negara-negara maju.
Menggalakkan Pelaburan
• Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh sesebuah
negara dalam perdagangan antarabangsa telah menggalakkan
kemasukan pelaburan langsung asing. Perkongsian pintar
yang diadakan dengan pelabur asing telah membantu
mempercepat pertumbuhan ekonomi.
• Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada
pelabur asing untuk berkongsi bersama pegangan ekuiti
dalam sektor penerbangan, perhubungan dan kewangan
juga menggalakkan kemasukan pelabur asing.
147
Bab 2
Perdagangan antarabangsa Mewujudkan Hubungan Baik dengan Rakan Dagang
mewujudkan hubungan yang
• Perdagangan antarabangsa berjaya mewujudkan kerjasama
mesra antara negara dan persefahaman antara negara rakan dagang dari segi
politik, ekonomi, sosial dan budaya.
• Hubungan yang baik dan kerjasama yang diadakan akan
mewujudkan semangat saling membantu antara satu
negara dengan negara yang lain untuk mencapai taraf
hidup yang lebih baik.
Aktiviti 2.2.2
Perbahasan tentang Perdagangan Antarabangsa
(a) Murid dibahagikan kepada dua pasukan dalam aktiviti perbahasan ini iaitu pasukan penyokong
dan pasukan pembangkang.
(b) Tajuk perbahasan yang diberikan ialah “Perdagangan antarabangsa mendatangkan lebih
banyak kebaikan berbanding keburukan”.
(c) Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan tentang isi kandungan tajuk perbahasan
masing-masing.
(d) Perbahasan kedua-dua pasukan harus merangkumi aspek yang berikut:
(i) Ekonomi
(ii) Sosial
(iii) Politik
(e) Kedua-dua pasukan boleh mendapatkan maklumat daripada Internet. Isi perbahasan yang
dibentangkan harus disokong dengan fakta atau data statistik supaya lebih bernas.
(f) Tiga orang wakil pasukan perbahasan dilantik dalam setiap kumpulan untuk menjalankan
sesi perbahasan.
(g) Seorang murid dilantik sebagai penjaga masa. Setiap wakil hanya mempunyai lima minit
untuk membentangkan isinya.
(h) Guru berperanan sebagai pengadil dan menilai prestasi kedua-dua pasukan dalam perbahasan.
Kemudian, guru mengumumkan pasukan pemenang bagi aktiviti ini.
Kepentingan perdagangan antarabangsa adalah seperti yang berikut:
(a) Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara
(b) Meluaskan pasaran
(c) Menambah pendapatan negara
F (d) Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
O (e) Menikmati barang dengan harga yang lebih murah
K
U (f ) Meningkatkan kecekapan pengeluaran
S (g) Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai
(h) Menambah peluang pekerjaan
(i) Menggalakkan mobiliti tenaga buruh
(j) Menggalakkan pelaburan
(k) Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang.
148
Malaysia dan Ekonomi Global
2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Walaupun perdagangan antarabangsa membawa pelbagai
manfaat, namun perdagangan antarabangsa juga meninggalkan
kesan negatif terhadap ekonomi negara. Oleh itu, sekatan
perdagangan antarabangsa telah dilaksanakan oleh kerajaan
bagi mengawal kesannya terhadap ekonomi negara.
Bentuk Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan
luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport
dan import negara.
Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang dilaksanakan
kerajaan adalah seperti yang berikut:
1 Tarif 2 Subsidi Kios INFO
3 Kuota 4 Kawalan pertukaran asing
5 Embargo 6 Sekatan bukan ekonomi Tarif yang biasanya
dikenakan terhadap barang
Tarif import Malaysia ialah tarif
ad valorem dengan kadar
• Tarif merupakan cukai yang dikenakan atas barang yang purata sebanyak 6.1% bagi
diimport dari luar negara. barang perindustrian.
• Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import Sumber: https://www.export.
meningkat dan secara relatifnya lebih mahal berbanding gov/article?id=Malaysia-
dengan barang keluaran tempatan sesebuah negara.
Import-Tariffs, tahun 2017
• Tarif boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu tarif spesifik
dan tarif ad valorem:
Tarif
Tarif spesifik Tarif ad valorem
• Cukai tetap yang dikenakan atas setiap unit • Cukai yang dikenakan mengikut nilai barang
barang yang diimport. yang diimport.
• Contohnya, kerajaan Malaysia mengenakan • Contohnya, Malaysia mengenakan tarif
tarif berbentuk spesifik sebanyak RM300 berbentuk ad valorem sebanyak 10% atas
atas setiap unit mesin pemotong daging kasut sukan yang diimport.
yang diimport.
• Oleh itu, pengimportan kasut sukan yang
• Oleh itu, Firma MQ yang mengimport bernilai RM250 sepasang akan dikenakan
sebanyak 20 unit mesin pemotong daging cukai ad valorem sebanyak RM25 sepasang
haruslah membayar cukai spesifik sebanyak (10% × RM250).
RM6 000 (RM300 × 20 unit).
Rajah 2.5 Tarif spesifik dan tarif ad valorem
149
Bab 2 Subsidi
Cabar Diri Anda • Subsidi merujuk kepada bantuan kewangan yang
diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk
Pada pendapat anda, membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing.
apakah strategi yang baik
untuk mengurangkan daya • Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan
saingan barang import akan mengurangkan kos pengeluaran dan secara relatifnya
yang disubsidi oleh negara harga barang keluaran tempatan lebih murah. Justeru,
mereka? permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan
meningkat.
Kios INFO
• Subsidi juga boleh diberikan kepada pengeluar barang
Kuota merupakan langkah eksport utama negara agar harga barang eksport negara
yang lebih berkesan akan menjadi lebih murah dan lebih berdaya saing di
berbanding dengan tarif pasaran antarabangsa.
bagi menyekat kuantiti
barang import yang Kuota
permintaannya tidak anjal.
Hal ini demikian kerana • Kuota merujuk kepada sekatan perdagangan terhadap
kuantiti barang import jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka
yang permintaannya tidak masa tertentu.
anjal hanya akan berkurang
sedikit sahaja walaupun • Kuota merupakan had maksimum bagi sesuatu barang
kadar tarif yang tinggi yang boleh diimport, contohnya bilangan unit kereta yang
dikenakan. Oleh itu, kuota boleh diimport dalam tempoh masa setahun.
adalah lebih berkesan
kerana setelah kuota • Kuota akan menyebabkan penawaran terhadap barang
import dipenuhi, barang import berkurangan.
tersebut tidak dibenarkan
untuk diimport lagi. • Oleh itu, permintaan pengguna terhadap barang tempatan
akan meningkat.
Dipetik dan diubah suai daripada
Jenis-jenis Sekatan Ekonomi, Kawalan Pertukaran Asing
tahun 2017 • Kawalan pertukaran asing merujuk kepada cara kerajaan
mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport
tempatan mengikut arahan bank pusat agar kemasukan
barang import dari negara tertentu dapat dikawal.
• Dengan jumlah pertukaran asing yang terhad, hasrat
pengimport untuk mengimport lebih banyak barang import
akan terhalang.
• Contohnya, hasrat kerajaan untuk mengurangkan
kebergantungan import dari Amerika Syarikat dapat dicapai
dengan tindakan mengawal jumlah kuantiti Dolar Amerika
yang boleh dibeli oleh para pengimport dalam suatu jangka
masa tertentu.
• Sekatan ini dapat menggalakkan perkembangan industri
penggantian import negara.
150
Embargo Malaysia dan Ekonomi Global
• Embargo merujuk kepada perintah larangan atau Cabar Diri Anda
pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu.
1. Apakah tujuan kerajaan
• Dasar embargo jarang-jarang dilakukan kecuali atas alasan melaksanakan sekatan
keselamatan atau kepentingan negara. bukan ekonomi
dalam perdagangan
• Tindakan memulau barang dari negara tertentu akan antarabangsa?
menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan
negara lain. 2. Apakah perbezaan yang
wujud antara sekatan
• Contohnya, kerajaan Malaysia tidak membenarkan import bukan ekonomi dengan
barangan pertanian seperti buah-buahan dan peralatan sekatan perdagangan
pertahanan dari negara Israel atas dasar strategik negara antarabangsa yang
untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin. lain?
Sekatan bukan Ekonomi
• Sekatan bukan ekonomi merujuk kepada sekatan dalam
bentuk undang-undang, peraturan atau syarat-syarat
tertentu terhadap sesebuah negara.
• Sekatan bukan ekonomi bertujuan menjamin keselamatan
dan kesihatan rakyat negara.
• Contohnya, barang import seperti daging, susu tepung,
minuman berkhasiat akan diperiksa dan dikenal pasti ciri
keselamatan serta kandungan kesihatannya.
• Contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk seperti
yang berikut:
Produk yang memudaratkan pengguna
Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang
diimport harus bebas daripada sebarang penyakit dan bahan
kimia yang akan membahayakan kesihatan dan keselamatan
nyawa rakyat.
Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu
Barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati
piawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat
digunakan.
Produk yang tidak mematuhi peraturan dan undang-
undang kesihatan
Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah
mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah
digariskan oleh kerajaan.
151
Bab 2
Cabar Diri Anda Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa
1. Mengapakah kerajaan Antara tujuan kerajaan mengenakan sekatan perdagangan
memberi perlindungan antarabangsa adalah seperti yang berikut:
kepada industri muda
tempatan? 1 Melindungi industri muda tempatan
2. Adakah anda setuju 2 Menghadapi persaingan
dengan tindakan kerajaan
yang melindungi industri 3 Sebagai sumber hasil kerajaan
muda tempatan?
4 Mewujudkan peluang pekerjaan
Kios INFO
5 Memperbaiki imbangan pembayaran
Malaysia berada di
tangga ketiga daripada 6 Keselamatan
65 negara dalam aspek
menyediakan pembiayaan 7 Mengatasi masalah lambakan
kepada usahawan untuk
memulakan perniagaan Melindungi Industri Muda Tempatan
seperti sumber-sumber
kewangan berasaskan • Pengenaan tarif akan menaikkan harga barang import dan
pinjaman, geran dan mengurangkan persaingannya dengan barang keluaran
subsidi untuk Industri tempatan dalam pasaran tempatan.
Kecil dan Sederhana (IKS)
selain penajaan daripada • Industri muda dan industri penting tempatan dapat
peminjam swasta untuk berkembang maju, menjadi lebih kukuh dan juga lebih
firma yang baharu dan berdaya saing.
semakin berkembang.
• Di bawah payung perlindungan kerajaan, industri muda
Sumber: Utusan Malaysia, tempatan dapat berkembang dengan kukuh dan melakukan
pengeluaran secara besar-besaran untuk menikmati kos
Februari 2017 pengeluaran seunit yang lebih rendah.
Menghadapi Persaingan
• Sekatan perdagangan antarabangsa dapat memberikan
perlindungan kepada industri muda dan industri tempatan.
• Industri muda dan industri tempatan berpeluang meningkatkan
usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk
mengeluarkan barang yang lebih berkualiti.
• Perkembangan industri tempatan iaitu industri gantian
import yang pesat dan mantap akan mengurangkan
pergantungan negara terhadap pengimportan barang
perkilangan dan penggunaan dari luar negara.
• Malah, peningkatan daya saing dan keupayaan industri
tempatan akan menggalakkan eksport barang keluaran
tempatan ke luar negara.
152
Sebagai Sumber Hasil Kerajaan Malaysia dan Ekonomi Global
• Kutipan tarif daripada barang import merupakan salah satu Cabar Diri Anda
sumber pendapatan bagi kerajaan.
Apakah kesan terhadap
• Hasil daripada tarif membolehkan kerajaan membiayai ekonomi dan sosial negara
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. sekiranya hasil kerajaan
telah bertambah?
Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Ayam yang diimport dari China
• Perkembangan industri tempatan akibat daripada tarif, disekat masuk ke Malaysia
kuota dan subsidi yang dikenakan akan menawarkan lebih disebabkan virus avian
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
influenza (AI) yang berjangkit
• Keadaan ini membantu mengurangkan kadar pengangguran
dan meningkatkan pendapatan negara. Kios INFO
Memperbaiki Imbangan Pembayaran Pada Januari 2015,
Kementerian Pertanian dan
• Permintaan terhadap barang import akan berkurangan Industri Asas Tani telah
akibat daripada tarif dan kuota yang dikenakan atas barang menyekat kemasukan epal
import. jenis Gala dan Granny Smith
dari Amerika Syarikat ke
• Kejatuhan dalam nilai import akan mengurangkan pembayaran Malaysia kerana dipercayai
wang ke luar negara. tercemar oleh bakteria
Listeriosis. Sekatan itu
• Keadaan ini seterusnya memperbaiki kedudukan imbangan dilakukan berikutan
dagangan dan imbangan pembayaran negara. penerimaan notis daripada
Pentadbiran Makanan dan
Keselamatan Dadah (FDA) Amerika yang
memaklumkan tentang
• Sekatan perdagangan antarabangsa diadakan oleh sesebuah insiden pencemaran itu
negara untuk melindungi industri yang penting dan dan difahamkan telah
strategik seperti industri beras dan makanan agar tidak menyebabkan tiga kematian
terlalu bergantung pada bekalan import dari luar negara. dan ramai yang sakit di
Amerika Syarikat dan
• Sekatan perdagangan antarabangsa juga bertujuan untuk Kanada.
menghalang kemasukan barang-barang yang haram seperti
dadah atau barang makanan yang dicemari oleh penyakit Sumber: http://www.bharian.com.
atau bahan kimia yang berbahaya.
my/node/29805, tahun 2015
• Contohnya, daging lembu dan bahan tenusu import
yang dikenal pasti dicemari oleh bahan kimia yang
berbahaya akan terus disekat penggunaannya oleh rakyat
tempatan kerana menjejaskan kesihatan rakyat dan
keselamatan negara.
153
Bab 2 Mengatasi Masalah Lambakan
Cabar Diri Anda • Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang
di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada
Apakah yang dimaksudkan kos pengeluaran atau harga keluaran di pasaran dalam
dengan lambakan dan negara tersebut.
mengapakah aktiviti ini
dilakukan? • Tindakan lambakan yang dijalankan oleh negara pengeksport
bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam
negara atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa
monopoli di pasaran dunia.
• Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda
tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing.
• Pengenaan tarif dapat mengelakkan pasaran tempatan
daripada masalah lambakan pengeluar asing.
• Antilambakan merujuk kepada tindakan menyekat barang
import untuk menghalang penjualan lebihan barang di
pasaran tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk
terhadap ekonomi dalam negara.
Aktiviti 2.2.3
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan
meningkatkan sementara kuota pengimportan kubis bulat bagi memastikan bekalan yang
mencukupi di pasaran tempatan. Menterinya berkata, kubis bulat telah mengalami lonjakan
permintaan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Pengurangan kawasan tanaman sayur
di Cameron Highlands sebanyak 40 peratus dari 1,600 hektar ke 1,000 hektar dikenal pasti
sebagai antara punca bekalan kubis bulat tempatan menurun.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Kuota import kubis ditingkat sementara
untuk Tahun Baharu Cina”
(a) Mengapakah MOA mengenakan kuota pengimportan kubis bulat?
(b) Apakah kesan sekiranya MOA tidak meningkatkan sementara kuota pengimportan kubis bulat?
(c) Apakah kesan terhadap pengguna dan pengeluar tempatan apabila MOA meningkatkan kuota
pengimportan kubis bulat?
1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah
negara untuk mengawal eksport dan import negara.
2. Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa adalah seperti yang berikut:
F (a) Tarif (c) Kuota (e) Embargo
O (b) Subsidi (d) Kawalan pertukaran asing (f ) Sekatan bukan ekonomi
K
U 3. Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa ialah:
S (a) Melindungi industri muda tempatan (e) Memperbaiki imbangan pembayaran
(b) Menghadapi persaingan (f ) Keselamatan
(c) Sebagai sumber hasil kerajaan (g) Mengatasi masalah lambakan.
(d) Mewujudkan peluang pekerjaan
154
Malaysia dan Ekonomi Global
2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota
terhadap Perdagangan Antarabangsa
Pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif,
subsidi dan kuota akan meninggalkan kesan dalam ekonomi.
Kesan pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa ini dapat
dilihat dan dijelaskan dalam bentuk rajah.
Kesan Pelaksanaan Tarif
Harga (RM)
D0 S0 S
2
P0 E0 S1
P2 A E2
P1 B E1 Jumlah hasil
H G kerajaan
S0 S2 S1 D0
0 Q1 Q2 Q0 Q3 Q4 Kuantiti
kereta (unit)
Rajah 2.5 Kesan pelaksanaan tarif
• Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
• Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan
• PkjdueaamlndualkjauhtmipnkelgreakmrhaeittknauhtadaaainringmtiatDpiP0opD1re,t0rjmaupdmaiandlltaaaahhatinstpiekekbneakraneewytsaaaekriamadnQba1alkQaneh4gr.ea0tnQa E4d.1a.laTmingnkeagtarhaaragdaaklaehresteabdaincyaapkai0pQa1dadaPn1
• Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan kereta adalah 0Q3.
• Pada tingkat harga P2, jumlah penawaran kereta dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan
jumlah kereta diimport adalah sebanyak Q2Q3.
• Kerajaan akan memperoleh hasil cukai import sebanyak AE2GH.
155
Bab 2 Kesan Positif Tarif
Cabar Diri Anda • Harga kereta diimport akan meningkat kerana
pengimport memindahkan beban tarif kepada pengguna
Dengan berpandukan dengan menaikkan harga jualan.
Rajah 2.5, lukiskan gambar
rajah yang menunjukkan • Permintaan kereta diimport akan menurun manakala
kesan pelaksanaan tarif permintaan terhadap kereta keluaran tempatan akan
kerajaan atas barang import. meningkat disebabkan harga yang secara relatifnya lebih
Kemudian, jelaskan kesan rendah.
pelaksanaan tarif kerajaan
terhadap aspek-aspek yang • Penawaran kereta oleh pengeluar tempatan akan
berikut: meningkat kerana permintaan terhadap kereta keluaran
(a) Harga kereta tempatan telah meningkat.
(b) Permintaan kereta
(c) Penawaran kereta import • Jumlah kereta diimport akan berkurang. Oleh itu,
(d) Penawaran kereta perbelanjaan negara atas kereta import juga menurun.
tempatan • Kerajaan tempatan memperoleh hasil daripada kutipan
(e) Hasil kerajaan tarif.
• Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti
pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih
banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran
dalam negara akan menurun.
Cabar Diri Anda Kesan Negatif Tarif
1. Apakah kesan positif • Herotan (Distortion) dalam peruntukan sumber berlaku
dan kesan negatif apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan
pelaksanaan tarif lebih cekap dalam industri lain dialihkan ke industri
terhadap unit ekonomi penggantian import.
yang berikut?
(a) Isi rumah • Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih
(b) Firma besar kerana tarif menaikkan harga barang import.
(c) Kerajaan
• Pengguna terpaksa menggunakan barangan kurang
2. Mengapakah kerajaan bermutu seandainya perlindungan industri tempatan
masih melaksanakan tidak disertai dengan peningkatan mutu barangan
tarif walaupun sistem ini keluaran tempatan.
mempunyai kesan negatif
terhadap negara? • Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin
mengurangkan daya saing industri penggantian import
3. Adakah anda bersetuju untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.
dengan pelaksanaan
sistem tarif? Jelaskan • Negara mungkin akan menghadapi tindak balas yang
jawapan anda. sama daripada negara yang dikenakan tarif. Keadaan ini
akan menjejaskan perkembangan industri eksport negara.
156
Malaysia dan Ekonomi Global
Kesan Pelaksanaan Subsidi
Harga (RM)
D S SS
0 0
12
P E
0
0 E
1
P E
1
P22
S S1 S D
0 2 0
0 QQ Q QQ Kuantiti tepung
21 0 34 gandum (pek)
Rajah 2.6 Kesan pelaksanaan subsidi
• Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik
E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga
dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
• Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan Eg1a.nTdiunmgkaadt ahlaahrga0Qte3p. ung gandum dicapai pada
P1 dan jumlah kuantiti permintaan tepung
• Pada tingkat harga P1, jumlah penawaran tepung gandum dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah tepung gandum diimport adalah sebanyak Q1Q3.
• Selepas pemberian subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0
pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan tepung gandum adalah 0Q4.
• P0Qad2a+tiQn0gQk4atdahnarjguamPla2,hjutempulanhg penawaran tepung gandum dalam negara adalah sebanyak
gandum diimport adalah sebanyak Q2Q0.
• Jumlah tepung gandum yang diimport selepas subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding
dengan sebelum pemberian subsidi Q1Q3.
Kesan Pemberian Subsidi Cabar Diri Anda
• Harga tepung gandum keluaran tempatan akan menurun. Dengan berpandukan
• Permintaan terhadap tepung gandum keluaran tempatan Rajah 2.6, lukiskan gambar
rajah yang menunjukkan
akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih kesan pelaksanaan subsidi
murah daripada tepung gandum import. kerajaan atas barang import.
• Penawaran tepung gandum oleh pengeluar tempatan Kemudian, jelaskan kesan
akan meningkat kerana permintaan terhadap tepung pelaksanaan subsidi kerajaan
gandum keluaran tempatan telah meningkat. terhadap aspek-aspek yang
• Jumlah tepung gandum diimport akan berkurang. Oleh berikut:
itu, perbelanjaan negara atas tepung gandum import (a) Harga tepung gandum
akan menurun. (b) Permintaan tepung
• Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti
pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih gandum
banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran (c) Penawaran tepung
dalam negara akan menurun.
gandum import
(d) Penawaran tepung
gandum tempatan
(e) Hasil kerajaan
157
Bab 2
Kesan Pelaksanaan Kuota
Harga (RM)
D0 S 0 S
2
S
1
E
P0
0
E
P2 2
E
1
P
1
S0 S S D0
2 1
0 Q QQ Q Q Kuantiti
1 20 3 4 kereta (unit)
Kuota
Rajah 2.7 Kesan pelaksanaan kuota
• Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik
E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga
dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
• Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan
• PkjdueaamlndualkjauthimpnkelgreakmrhaeittknauhtadaaainringmtiatDpiP0opD1r,et0rjmaupdmaiadnllataaahhatintspiekekbneakarneewystaaaerkiamadnQba1alkQanehg4r.ea0tnaQE4d.1a.laTmingnkeagtarhaaragdaalkaehresteabdaincyaapkai0pQa1dadaPn1
• Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan kereta adalah 0Q3.
• Pada tingkat harga P2, jumlah penawaran kereta dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan
jumlah kereta diimport adalah sebanyak Q2Q3.
Cabar Diri Anda Kesan Kuota Import
• Harga kereta diimport akan meningkat kerana penawaran
Dengan berpandukan
Rajah 2.7, lukiskan gambar kereta import dalam pasaran tempatan telah berkurang.
rajah yang menunjukkan • Permintaan kereta diimport akan menurun manakala
kesan pelaksanaan kuota
import atas barang import. permintaan terhadap kereta keluaran tempatan akan
Kemudian, jelaskan kesan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih rendah.
pelaksanaan kuota import • Penawaran kereta oleh pengeluar tempatan akan
terhadap aspek-aspek meningkat kerana permintaan terhadap kereta keluaran
yang berikut: tempatan telah meningkat.
(a) Harga kereta • Jumlah kereta diimport akan berkurang. Oleh itu,
(b) Permintaan kereta perbelanjaan atas kereta import juga menurun.
(c) Penawaran kereta import • Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti
(d) Penawaran kereta pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih
banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran dalam
tempatan negara akan menurun.
(e) Hasil kerajaan
158
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.2.4
Jelaskan kesan tarif, subsidi dan kuota bagi setiap perkara yang berikut.
(a) Harga (d) Penawaran barang tempatan
(b) Permintaan (e) Hasil kerajaan
(c) Penawaran barang import (f ) Guna tenaga
Kesan pelaksanaan tarif, subsidi dan kuota atas perdagangan antarabangsa ialah:
F (a) Harga barang import secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan barang keluaran
O tempatan
K (b) Permintaan barang import berkurang manakala permintaan barang tempatan bertambah
U (c) Pengeluaran barang tempatan meningkat
S (d) Guna tenaga dalam negara meningkat
(e) Kadar pengangguran menurun.
2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Adakah anda telah
Perdagangan Antarabangsa dan memahami kebaikan
Liberalisasi Perdagangan dan keburukan sekatan
perdagangan antarabangsa?
Sekatan perdagangan antarabangsa dilaksanakan dengan Selesaikan semua soalan
matlamat untuk menjaga kebajikan rakyat. Pelaksanaan dasar dalam masa yang ditetapkan
ini telah mempengaruhi ekonomi negara dengan kesan positif dalam permainan mini ini.
mahupun kesan negatif. http://bukutekskssm.my/
Ekonomi/Permainan2.html
Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Antara kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa adalah
seperti yang berikut:
1 Mengurangkan penawaran barang import
2 Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
3 Mengurangkan pengangguran
4 Meningkatkan pendapatan negara
5 Memperbaiki imbangan pembayaran
6 Melindungi industri muda tempatan
159
Bab 2
Mengurangkan Penawaran Barang Import
• Tarif dan kuota yang dikenakan dalam sekatan perdagangan antarabangsa 1
akan menyebabkan jumlah penawaran barang import dalam pasaran tempatan
berkurang.
• Harga barang import menjadi secara relatif lebih mahal berbanding dengan barang
keluaran tempatan dan keadaan ini akan mengurangkan permintaan terhadap barang import.
Meningkatkan Permintaan terhadap Barang Tempatan 2
• Permintaan yang kurang terhadap barang import yang lebih mahal harganya
akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap barangan
buatan tempatan yang lebih murah harganya.
Mengurangkan Pengangguran
• Permintaan yang meningkat terhadap barang keluaran tempatan akan mendorong 3
pengeluar tempatan mengambil tindakan untuk menambahkan pengeluaran
barangan.
• Peningkatan dalam pengeluaran firma akan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan.
• Hal ini akan meningkatkan guna tenaga negara dan mengurangkan kadar pengangguran negara.
• Pertambahan pendapatan akan menaikkan taraf hidup rakyat.
Meningkatkan Pendapatan Negara
• Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada sumber 4
hasil kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
• Subsidi yang disalurkan kepada pengeluar tempatan negara akan menjadikan
harga barang eksport lebih murah dan berdaya saing dalam pasaran dunia.
• Permintaan terhadap barang eksport negara akan bertambah dan seterusnya meningkatkan
pendapatan negara.
Memperbaiki Imbangan Pembayaran
• Tarif, kuota dan kawalan pertukaran asing akan mengurangkan permintaan 5
terhadap barang import.
• Sebaliknya, subsidi yang diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan
permintaan terhadap eksport negara.
• Pengurangan dalam import negara dan peningkatan yang besar dalam eksport negara
akan membantu memperbaiki imbangan pembayaran negara.
Melindungi Industri Muda Tempatan
• Sekatan perdagangan antarabangsa bertujuan melindungi industri muda 6
tempatan yang belum kukuh daripada bersaing dengan firma asing yang lebih
besar dan cekap.
• Keadaan ini membolehkan industri tempatan mendapat permintaan yang lebih
tinggi dan keuntungan yang lebih lumayan.
• Industri muda tempatan berpeluang untuk berkembang maju, meningkatkan daya saing
dan produktivitinya di peringkat tempatan dan di luar negara pada masa depan.
160
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.2.5A
Encik Kamal merupakan Pengurus Pemasaran yang bekerja di Syarikat GVC di Malaysia manakala
Encik Tan merupakan Pengurus Besar yang bekerja di Syarikat CML di China. Perbualan berikut
merupakan perbualan telefon antara Encik Kamal dan Encik Tan.
Encik Kamal: Helo, Encik Tan. Syarikat kami akan menghantar barangan tempahan kepada
tuan pada minggu depan apabila stok dah sampai.
Encik Tan: Baguslah macam ini. Syarikat kami juga akan membekalkan komponen mesin
pemprosesan yang ditempah oleh syarikat tuan pada akhir bulan ini.
Bacakan petikan perbualan di atas dan lakukan aktiviti seperti yang berikut:
(a) Bahagikan murid kepada empat kumpulan.
(b) Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan manfaat yang diperoleh daripada hubungan
perdagangan antara Encik Kamal dan Encik Tan.
(c) Setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan dalam bentuk peta
i-Think dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa Cabar Diri Anda
Sekatan perdagangan antarabangsa sememangnya mendatangkan
banyak manfaat. Namun, pada masa yang sama, dasar kerajaan 1. Pihak manakah
ini juga membawa kesan negatif terhadap ekonomi negara. yang menerima
Antara keburukan sekatan perdagangan antarabangsa adalah kesan positif dalam
seperti yang berikut: sekatan perdagangan
antarabangsa?
1 Salah pengagihan sumber
2. Pihak manakah yang
2 Merugikan pengguna menerima kesan
negatif daripada
3 Pengagihan pendapatan yang tidak adil sekatan perdagangan
antarabangsa?
4 Mengurangkan eksport
3. Bagaimanakah
5 Mewujudkan monopoli sekatan perdagangan
antarabangsa
6 Ketidakcekapan dalam industri tempatan mempengaruhi kedua-dua
pihak-pihak tersebut?
161
Bab 2
Salah Pengagihan Sumber 11
• Dasar perlindungan dalam perdagangan antarabangsa menyebabkan banyak
sumber ekonomi akan beralih ke sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif
dan bukannya industri lain yang lebih cekap.
• Hal ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana pengagihan
sumber negara tidak lagi mengutamakan kecekapan pengeluaran.
Merugikan Pengguna 2
3
• Kenaikan harga barang import yang tidak disertai dengan usaha peningkatan 4
dalam kualiti barang tempatan akan merugikan para pengguna kerana terpaksa 5
menggunakan barang yang berkualiti rendah.
• Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang
import yang diperlukan akibat daripada kesan duti import.
Pengagihan Pendapatan yang Tidak Adil
• Tindakan Malaysia mengurangkan import dari negara lain mungkin akan dibalas oleh
negara tersebut dengan mengurangkan permintaan barang eksport dari negara kita.
• Apabila permintaan barang eksport berkurang, majikan dalam industri
pengeluaran barang eksport bertindak mengurangkan penggunaan tenaga buruh
dan pengeluaran barang eksport.
• Keadaan ini akan membawa kesan buruk terhadap pendapatan pekerja dalam
industri pengeluaran barang eksport negara berbanding dengan pekerja yang
tidak terlibat dalam industri pengeluaran barang eksport.
Mengurangkan Eksport
• Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan seperti tarif
cenderung untuk mengambil tindakan dengan mengurangkan import dari
Malaysia.
• Keadaan ini akan mengurangkan jumlah dan nilai eksport Malaysia.
Mewujudkan Monopoli
• Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan yang
berlebihan akan cenderung untuk bergabung dan mewujudkan monopoli dalam
pasaran tempatan.
• Kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif seperti
kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan sumber.
Ketidakcekapan dalam Industri Tempatan 6
• Industri tempatan yang dilindungi cenderung untuk bergantung pada kerajaan
dan tidak ada inisiatif untuk meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan
daya saing.
• Dalam jangka panjang, kebergantungan terhadap kerajaan akan mewujudkan
ketidakcekapan dalam operasi dan agihan sumber negara.
162
Liberalisasi Perdagangan Malaysia dan Ekonomi Global
Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan Anda boleh menonton
atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah video tentang liberalisasi
negara dengan negara yang lain. perdagangan di laman
web yang berikut:
Liberalisasi perdagangan atau perdagangan bebas meliputi http://www.investopedia.
kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, penurunan tarif, com/video/play/trade-
kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) liberalization/
dari luar ke dalam sesebuah negara.
ENG
Negara-negara yang terlibat secara langsung dalam perdagangan
bebas mempunyai hak untuk menjual barangannya kepada
negara lain tanpa sebarang sekatan.
Kelebihan dan Kekurangan Liberalisasi Perdagangan
Kelebihan Kekurangan
(a) Interaksi dan transaksi antara negara- (a) Industri tempatan tidak mampu
negara yang terlibat akan menjadi bersaing dengan pelabur asing yang
lebih intensif tanpa dibatasi oleh apa- memasuki pasaran tempatan
apa peraturan atau undang-undang
(b) Sekatan pelaburan oleh negara maju
(b) Memudahkan pergerakan barang, dalam sesetengah industri seperti sektor
perkhidmatan dan sumber antara automotif
negara yang berbeza
(c) Kebanyakan Perjanjian Perdagangan
(c) Mengurangkan kos pengeluaran, Bebas (FTA) tidak bersifat dua hala,
meningkatkan kecekapan pengeluaran malah biasanya merugikan negara
dan daya saing negara sedang membangun
(d) Membolehkan penempatan sumber (d) Hasrat perkongsian kepakaran dan
negara ke dalam industri yang sesuai proses pemindahan teknologi tidak
untuk memperoleh keuntungan yang berlaku dengan sepenuhnya
maksimum
(e) Kebergantungan ekonomi negara
(e) Memperoleh keuntungan dan berjaya terhadap pelaburan asing dan industri
menambah tenaga kepakaran dalam luar mendominasi pasaran tempatan
jangka panjang
(f) Kemasukan pelaburan asing menambah
modal dan merancakkan kadar
pertumbuhan ekonomi negara,
terutamanya industri eksport negara
(g) Membuka persaingan yang sihat,
menggalakkan inovasi dan pemindahan
teknologi
(h) Memperluas pasaran pekerjaan
163
Bab 2
Aktiviti 2.2.5B
Tandakan (✓) bagi pernyataan yang tepat mengenai sekatan perdagangan dan liberalisasi
perdagangan di bawah.
Butiran Sekatan Liberalisasi
perdagangan perdagangan
Melindungi industri muda dan penting tempatan
Memperbaiki imbangan pembayaran negara
Menggalakkan persaingan antara barangan tempatan
dengan barangan import
Ekonomi tidak bergantung pada pelaburan asing
Meningkatkan guna tenaga dalam negara
Memudahkan pergerakan barang dan perkhidmatan antara
negara
Menggalakkan penggunaan barang buatan tempatan
Pengagihan sumber ke industri yang sesuai
Meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan tarif
Pelaburan asing dalam negara meningkat
Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan barang
Mengurangkan perbelanjaan negara terhadap barang import
Tidak wujud kuasa monopoli dalam pasaran tempatan
Menggalakkan inovasi dalam pengeluaran barang
Keselamatan pengguna terjamin semasa menggunakan
barang
1. Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan adalah seperti yang berikut:
Kebaikan Keburukan
(a) Mengurangkan penawaran barang import (a) Salah pengagihan sumber
F (b) Meningkatkan permintaan terhadap (b) Merugikan pengguna
O barang tempatan
(c) Pengagihan pendapatan yang tidak adil
K (c) Mengurangkan pengangguran
U (d) Meningkatkan pendapatan negara (d) Mengurangkan eksport
S (e) Mewujudkan monopoli
(e) Memperbaiki imbangan pembayaran (f ) Ketidakcekapan dalam industri tempatan
(f ) Melindungi industri muda tempatan
2. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan
perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
164
2.2.6 Blok Ekonomi dan Perjanjian Malaysia dan Ekonomi Global
Perdagangan
Cabar Diri Anda
Blok Ekonomi
1. Mengapakah wujudnya
Negara yang terletak di rantau berhampiran kebiasaannya blok ekonomi?
membentuk pakatan bersama supaya dapat saling membantu
dari segi ekonomi. Pakatan dalam ekonomi dikenal sebagai 2. Nyatakan beberapa
blok ekonomi. contoh blok ekonomi di
dunia dan senaraikan
Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri negaranya.
daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang
berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-
sama.
Tujuan pembentukan blok ekonomi adalah untuk melindungi
negara ahli daripada barang import dari negara bukan ahli
dan menggalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
Antara beberapa blok ekonomi di dunia adalah seperti yang
ditunjukkan dalam peta dunia yang berikut:
Perjanjian Kesatuan Kesatuan Ekonomi Eurosian
Perdagangan Eropah
Bebas Kesatuan Perjanjian
Amerika Perdagangan Perdagangan
Utara Bebas Eropah Bebas ASEAN
Sistem integrasi Kesatuan Liga Arab
Amerika Tengah Afrika
Pertubuhan Kerjasama
Asia Selatan
Negara-negara yang Kesatuan Negara-negara Forum
tidak tergolong Amerika Selatan Kepulauan Pasifik
mana-mana blok
Sumber: http://marketbusinessnews.com/financial-glossary/single-market/, tahun 2017
Rajah 2.8 Forum dan blok ekonomi dunia
Antara blok ekonomi di atas, Kesatuan Eropah (European
Union, EU) merupakan blok ekonomi yang jumlah nilai urus
niaganya adalah paling tinggi di dunia.
165
Bab 2
Kesatuan Eropah (European Union, EU)
Kios INFO KESATUAN EROPAH
Pada 23 Jun 2016, rakyat Sweden
Britain mengundi untuk
keluar dari Kesatuan Finland
Eropah dalam referendum
Kesatuan Eropah. Pada Denmark Estonia
29 Mac 2017, Perdana Latvia
Menteri Britain, Theresa
May memulakan proses Lithuania
untuk meninggalkan
Kesatuan Eropah dengan Ireland United Belanda Poland
menggunakan Artikel 50 Portugal Kingdom Jerman
Perjanjian Libson. Proses
untuk meninggalkan Belgium Czech Rep.
Kesatuan Eropah
mengambil masa selama Austria Slovakia
dua tahun. Luxembourg
Sumber: http://www.gov.uk, Perancis Slovenia Hungary Romania
Itali
tahun 2017
Bulgaria
Sepanyol Greece
Malta Cyprus
Sumber: www.nationsonline.org, tahun 2017
Rajah 2.9 Kesatuan Eropah
• Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh
kebanyakan negara di Eropah.
• Penubuhan EU bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun
yang sukar digugat oleh mana-mana negara pada masa itu.
• Objektif penubuhan EU adalah seperti yang berikut:
(a) Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
(b) Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas
(c) Memberi kebebasan pengaliran modal dalam kalangan negara anggota
(d) Menyelaraskan dasar kewangan dan dasar fiskal negara anggota
(e) Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota
• Sehingga pertengahan 2017, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang
sedang memohon untuk memasukinya.
• Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi EU adalah terbanyak di dunia iaitu
11.6 trilion Euro (AS$15.7 trilion).
• EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui Dasar Perdagangan Umum, Dasar Pertanian
/ Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau.
• Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (Eurozone).
• Institusi-institusi penting EU termasuklah Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis
Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah.
166
Malaysia dan Ekonomi Global
Perjanjian Perdagangan Kios INFO
Perjanjian perdagangan merujuk kepada perjanjian yang Skim CEPT merupakan satu
ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan perjanjian antara negara-
bagi isu tarif, kuota dan sekatan perdagangan lain semasa negara anggota ASEAN
menjalankan urus niaga sesama negara. Salah satu perjanjian untuk mengurangkan
perdagangan yang disertai oleh Malaysia ialah kawasan tarif setempat serta
Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area, AFTA). menghapuskan halangan
bukan tarif dalam 15 tahun.
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free
Trade Area, AFTA) Dipetik dan diubah suai daripada
www.lawphill.net/executive/
Myanmar Kawasan Perdagangan
Laos Bebas ASEAN execord/eo1993/eo_145_1993.
Vietnam Filipina html, tahun 2017
Thailand Brunei Darussalam
Kemboja Indonesia
Malaysia
Singapura
Sumber: http://www.worldatlas.com, tahun 2017
Rajah 2.10 Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
• Perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk
pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
• Sehingga pertengahan 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.
• Tujuan perjanjian AFTA adalah seperti yang berikut:
(a) Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia
melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN
(b) Menarik kemasukan pelaburan langsung asing dan teknologi baharu ke dalam ASEAN
(c) Pengguna dapat memperoleh barang dagangan daripada pengeluar yang lebih cekap
di ASEAN
(d) Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar negara
(e) Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan
meningkatkan mutu keluaran dan harga barangan
(f) Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran
dan meningkatkan kecekapan pengeluaran
• Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
ditubuhkan menggunakan Skim CEPT (Common Effective Preferential Tariff) sebagai mekanisme
utama mulai 1 Januari 1993 dan satu majlis yang bertaraf kabinet telah ditubuhkan untuk
mengawasi, menyelaras dan meninjau pelaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.
167
Bab 2 Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan
(General Agreement on Tariffs and Trade, GATT)
Cabar Diri Anda
• Malaysia adalah antara ahli World Trade Organization (WTO)
Apakah kesan terhadap yang terawal menjadi ahli dalam Perjanjian Am Mengenai
Malaysia dan negara-negara Tarif dan Perdagangan sejak tahun 1957.
lain yang terlibat dalam
GATT sekiranya perjanjian ini • Malaysia melibatkan diri yang aktif dalam rundingan WTO
dibatalkan? untuk memastikan peraturan dan langkah perdagangan
yang dirundingkan adalah adil.
Kios INFO
• Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu
World Trade Organization iklim perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat
(WTO) yang dikenal serta liberalisasi perdagangan yang berlanjutan.
sebagai Pertubuhan
Perdagangan Dunia • Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat,
merupakan sebuah peluang pekerjaan dan pemanfaatan kekayaan alam dunia.
pertubuhan yang ditubuhkan
untuk menggalakkan • GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara
perdagangan antarabangsa. pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva.
WTO menetap dan
melaksanakan perjanjian • Sehingga pertengahan 2017, sebanyak 164 buah negara
perdagangan. WTO juga terlibat dalam perjanjian ini.
membantu negara-negara
menyelesaikan masalah • Objektif utama GATT adalah mengurangkan halangan
yang dihadapi semasa dalam hubungan perdagangan bebas dan menghapuskan
menjalankan perdagangan. diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.
Sumber: www.wto.org • Sebagai sebuah negara perdagangan, keahlian Malaysia
dalam WTO telah membantu dalam pertumbuhan ekonomi
negara.
• Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh
Malaysia adalah layanan sama rata atas barangan di dalam
pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.
Aktiviti 2.2.6
Anda diminta mengumpul maklumat daripada Internet atau sumber lain tentang proses
pembentukan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan yang berikut:
(i) Kesatuan Eropah (EU)
(ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
(iii) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT)
F 1. Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang
O berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
K
U 2. Perjanjian perdagangan merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau
S lebih negara atas persetujuan bagi isu tarif, kuota dan sekatan perdagangan lain semasa
menjalankan urus niaga sesama negara.
168
Malaysia dan Ekonomi Global
2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Sudut DUNIA
Perdagangan
Rantau ASEAN bakal
Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau menjadi blok ekonomi global
perjanjian akan mempengaruhi ekonomi dalam negara tersebut paling pesat membangun
dan juga memberi kesan kepada negara bukan ahli. pada tahun ini dengan kadar
pertumbuhan 4.6 peratus
Kesan Positif Blok Ekonomi dan Perjanjian dan Keluaran Dalam Negara
Perdagangan Kasar (KDNK) gabungan
Kesan positif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan adalah 10 negara anggotanya
seperti yang berikut: mencecah AS$2.6 trilion.
Ekonomi ASEAN dijangka
1 Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran akan terus kukuh untuk
beberapa dekad akan datang.
2 Peluasan pasaran KDNK rantau itu juga
berupaya melebihi Jepun
3 Mobiliti modal dan tenaga kerja menjelang 2027 kerana
mampu mencapai angka
4 Peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak AS$6.4 trilion
pada tahun berkenaan.
5 Pertambahan peluang pekerjaan
Dipetik daripada:
6 Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan “Blok ekonomi paling pesat”,
7 Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah Nabil Basaruddin,
31 Januari 2017, Harian Metro
8 Penjagaan alam sekitar
Menggalakkan Pemindahan Teknologi dan Kepakaran
• Tingkat teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga
pakar telah menjadi penghalang utama bagi sebahagian
besar negara-negara sedang membangun untuk maju dalam
sektor ekonomi yang moden dan menguntungkan.
• Menerusi perjanjian perdagangan, kemasukan teknologi
moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti
Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman dapat membangunkan
ekonomi dan tahap teknologi di negara-negara membangun.
• Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai
kaedah pengendalian teknologi yang baharu melalui latihan
lanjutan dan usaha sama dalam bentuk kegiatan penyelidikan
dan pembangunan (R&D) tenaga manusia.
• Contohnya, teknologi robotik, teknologi reka bentuk,
kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan
dan sebagainya.
169
Bab 2
Peluasan Pasaran
Cabar Diri Anda • Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT),
penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan
Bagaimanakah blok ekonomi memberikan peluang kepada produk negara sedang
membantu meluaskan membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak
pasaran produk firma? yang sama rata.
• Era globalisasi yang terbuka telah memberikan kuasa
mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang
dan perkhidmatan.
• Contohnya, di Asia Tenggara, pengenalan Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan barangan dalam kalangan
negara ASEAN memasuki pasaran negara anggota dengan
lebih mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.
Jumlah Perdagangan Malaysia dengan Negara ASEAN bagi Pertengahan Tahun Pertama 2016
X: RM1.8bil X: RM0.04bil
M: RM0.4bil M: RM0.02bil
MYANMAR LAOS X: RM6.7bil
VIETNAM M: RM3.1bil
THAILAND
FILIPINA
X: RM21.4bil X: RM11.6bil X: RM1.1bil
M: RM20.8bil M: RM8.5bil M: RM0.4bil
X: RM53.8bil KEMBOJA
M: RM35.3bil
X: RM0.7bil BRUNEI
M: RM0.3bil
SINGAPURA
INDONESIA Petunjuk:
X: RM13.1bil X: Eksport
M: RM14.2bil M: Import
Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri MITI, tahun 2016
Rajah 2.11 Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN bagi pertengahan tahun pertama 2016
Mobiliti Modal dan Tenaga Kerja
• Kerjasama dan pakatan blok ekonomi membawa kepada
pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan,
peluasan pasaran dan berlakunya aliran buruh mahir dan
separa mahir yang menjadi pemangkin kepada kemajuan
ekonomi negara.
• Syarikat-syarikat multinasional Malaysia berpeluang
meningkatkan pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti
Telekom Malaysia Berhad, Maybank Berhad dan Petronas.
170
Malaysia dan Ekonomi Global
Peningkatan Pelaburan Langsung Asing Cabar Diri Anda
• Negara sedang membangun dan negara mundur tidak Apakah faktor-faktor yang
mempunyai teknologi yang canggih dan modal yang akan menarik pelaburan
mencukupi untuk menggerakkan sektor ekonomi moden langsung asing ke dalam
khususnya sektor perkhidmatan dan industri berteknologi sesebuah negara?
tinggi (HITEC).
• Kerjasama dan permuafakatan dengan negara anggota lain
yang maju akan membawa masuk pelaburan langsung
asing dan teknologi baharu ke sesebuah negara.
• Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
menyediakan lebih banyak peluang kepada tenaga buruh
tempatan untuk mempelajari dan menguasai teknologi
yang terkini dan moden.
• Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video,
e-dagang dan e-perbankan membolehkan peniaga dan
pengguna menjalankan urus niaga dengan lebih cepat dan
lancar.
• Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan
mampan akan menyumbang kepada peningkatan dalam
pendapatan negara.
Jadual 2.2 Aliran masuk Pelaburan Langsung Asing dalam ASEAN
Aliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (USD million)
Negara
Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015
Brunei Darussalam 725.5 568.2 171.3
Kemboja 1,274.9 1,726.5 1,701.0
Indonesia 18,443.8 21,810.4 16,916.8
Laos 426.7 913.2 1,079.2
Malaysia 12,297.4 10,875.3 11,289.6
Myanmar 2,620.9 946.2 2,824.5
Filipina 3,859.8 5,814.6 5,724.2
Singapura 60,379.6 74,420.3 61,284.8
Thailand 15,936.0 3,720.2 8,027.5
Vietnam 8,900.0 9,200.1 11,800.0
Jumlah 124,864.6 129,995.0 120,818.9
Sumber: http://asean.org/storage/2015/09/Table-25_oct2016.pdf, tahun 2016
171
Bab 2
Sudut DUNIA Pertambahan Peluang Pekerjaan
Satu Jajaran, Satu Laluan • Suntikan modal pelabur asing yang banyak membolehkan
industri di negara membangun berkembang pesat dan
Projek Satu Jajaran, Satu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Laluan (One Belt One Road)
yang dicadangkan oleh • Negara sedang membangun di Asia Pasifik yang telah
negara China merupakan menghasilkan produk industri seperti Malaysia, Thailand,
suatu wawasan besar- China dan Singapura memperoleh keuntungan melalui
besaran bagi mewujudkan pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan yang sihat dan
semula Laluan Sutera harga pasaran yang lebih stabil.
yang terkemuka berabad-
abad lamanya yang • Kadar pengangguran dapat dikurangkan, meningkatkan
menghubungkan benua Asia, taraf hidup dan menghapuskan lingkaran kemiskinan yang
Afrika dan Eropah. Projek selama ini menghimpit negara-negara sedang membangun.
ini akan menghubungkan
blok ekonomi utama dan Peningkatan Daya Saing Negara dan Kualiti Barangan
melibatkan lebih daripada
60 negara di dunia termasuk • Pembukaan kawasan pasaran dan perdagangan yang
negara Malaysia. lebih luas dalam kalangan negara anggota membolehkan
produk-produk perindustrian negara dapat dipasarkan
Sumber: http://www.bharian.com. dengan meluas.
my/node/96015, tahun 2015
• Pasaran bebas memberikan kuasa mutlak kepada kuasa
Negara-negara pengeksport pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan.
petroleum seperti Arab
Saudi, Iran dan Iraq akan • Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan
negara anggota dan bukan anggota akan mendorong pengeluar
membekalkan petroleum ke untuk meningkatkan mutu barang atau meminimumkan
negara yang kekurangan kos dengan menurunkan harga dan menawarkan banyak
sumber petroleum pilihan barang.
seperti Jepun
Perkongsian Sumber Tenaga dan Bahan Mentah
• Sesetengah negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan
tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor
perindustrian dalam negara.
• Negara tersebut bergantung pada negara luar bagi
memperoleh sumber kuasa tersebut. Contohnya, negara
Jepun bergantung pada negara-negara Teluk dan negara-
negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan
petroleum.
• Dalam hubungan perdagangan dan sistem ekonomi
yang terbuka, keadaan saling bergantung antara satu
sama lain sudah menjadi satu kemestian bagi negara-
negara anggota.
172
Penjagaan Alam Sekitar Malaysia dan Ekonomi Global
• Negara-negara anggota dalam ASEAN, APEC, EU dan lain-
Isu jerebu di rantau Asia
lain telah mewujudkan penjagaan alam sekitar secara Tenggara dapat ditangani
bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam dengan kerjasama antara
sekitar seperti pencemaran laut, jerebu dan isu berkaitan
dengan marin. negara-negara ASEAN
• Negara-negara anggota akan menjalankan usaha sama dalam
membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan Cabar Diri Anda
dan pemuliharaan apabila berlaku masalah pengurusan dan
penjagaan alam sekitar. 1. Pihak manakah yang
menerima kesan positif
Kesan Negatif Blok Ekonomi dan Perjanjian dalam blok ekonomi dan
Perdagangan perjanjian perdagangan?
Walau bagaimanapun, penglibatan dalam blok ekonomi dan
perjanjian perdagangan juga mendatangkan keburukan kepada 2. Pihak manakah yang
ekonomi dan sosial negara seperti yang berikut: menerima kesan
negatif daripada blok
1 Kegawatan ekonomi ekonomi dan perjanjian
perdagangan?
2 Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
3. Bagaimanakah
3 Corak penjajahan baharu ekonomi blok ekonomi dan
perjanjian perdagangan
4 Masalah lambakan barang mempengaruhi kedua-dua
pihak-pihak tersebut?
5 Pencemaran terhadap budaya tempatan
6 Ancaman kepada industri muda tempatan
Kegawatan Ekonomi Anda boleh menonton
video tentang perjanjian
• Aliran masuk modal antarabangsa yang banyak ke dalam perdagangan mengancam
negara rantau Asia Pasifik menyebabkan sistem kewangan pekerja Amerika melalui
negara rantau menjadi mudah ubah dan kurang stabil. laman web yang berikut:
http://bukutekskssm.my/
• Fenomena ini berlaku kerana dana asing boleh keluar atau Ekonomi/Video4.mp4
masuk secara mudah antara negara.
BM
• Penarikan keluar modal asing secara mendadak dari
sesebuah negara akan menyebabkan ekonomi negara
tersebut terjejas, menggugat operasi industri, menaikkan
kadar pengangguran dan peningkatan beban hutang luar
negara secara mendadak.
173
Bab 2
Sudut DUNIA Tekanan Ekonomi dan Bebanan Hidup Golongan Miskin
Pada 23 Jun 2016, seramai • Selaras dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani,
17.4 juta orang penduduk kerajaan akan menghapuskan pemberian subsidi dan kuota
Britain mengundi untuk dengan membuka ekonomi negara kepada pihak asing.
Britain keluar daripada EU
manakala 16.1 orang juta lagi • Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga
memilih kekal dalam blok barangan dan kos sara hidup.
kesatuan tersebut.
• Contohnya, kenaikan harga ubat-ubatan dan barangan
Keputusan undian itu farmasi akibat kemasukan syarikat farmaseutikal dan genetik
pada masa yang sama milikan Amerika Syarikat secara bebas tanpa kawalan akan
menyaksikan mata wang meningkatkan kos perubatan dalam kalangan masyarakat.
Britain, Pound Sterling Hal ini akan membebankan golongan miskin disebabkan
mencapai paras yang pendapatan mereka adalah lebih rendah.
terendah sejak lebih 31
tahun lalu berbanding Corak Penjajahan Baharu Ekonomi
dengan Dolar Amerika
Syarikat. • Pembukaan pintu ekonomi negara mendedahkan pasaran
tempatan kepada kuasa monopoli syarikat multinasional.
Sumber: http://www.utusan.com.
my/berita/nasional/brexit-britain- • Kekayaan sumber ekonomi negara sedang membangun
akan dikaut oleh pemodal asing yang mengutamakan
pilih-keluar-dari-eu-1.346528 keuntungan semata-semata.
Barangan murah merupakan • Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi
pilihan utama pengguna tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah
walaupun kurang bermutu dan beban kerja yang banyak.
• Wujud kuasa monopoli bank perdagangan tempatan oleh
syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing
bagi menjaga kepentingan masing-masing.
Masalah Lambakan Barang
• Lambakan barang bertujuan untuk mengurangkan lebihan
penawaran barangan dalam negara, menghapuskan pesaing
terdekat dan menguasai pasaran untuk membentuk kuasa
monopoli dalam pasaran antarabangsa.
• Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan
harga yang murah dan kurang berkualiti.
• Hal ini akan menjejaskan industri tempatan, peluang
pekerjaan penduduk tempatan, pendapatan isi rumah dan
juga pendapatan negara.
Pencemaran terhadap Budaya Tempatan
• Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat
dapat disebarkan secara berleluasa melalui Internet dan
televisyen satelit.
• Generasi muda terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai
dan budaya tempatan yang murni terhakis.
• Akhirnya, budaya luar menjadi dominan dan anak tempatan
hilang identiti diri dan runtuh nilai akhlaknya.
174
Ancaman kepada Industri Muda Tempatan Malaysia dan Ekonomi Global
• Penghakisan dasar perlindungan terhadap produk tempatan Cabar Diri Anda
menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa bersaing
dengan produk luar negara. Apakah aspek yang
menyebabkan syarikat
• Kuasa monopoli syarikat multinasional melalui tindakan tempatan kurang berdaya
penggabungan (merge) dan pengambilalihan (acquisition) saing berbanding dengan
menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil syarikat multinasional?
dan sederhana (IKS) tempatan terpaksa gulung tikar Berikan alasan anda.
kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat
besar dalam dan luar negara.
• Contohnya, bidang atau industri automotif, kewangan
dan pengeluaran ubat-ubatan yang telah dikuasai oleh
negara maju menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa
keluar daripada industri tersebut. Hal ini disebabkan
pengeluar tempatan kurang berdaya saing jika dibanding
dengan pengeluar dari negara maju.
Aktiviti 2.2.7
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mengambil satu peranan yang
berikut:
(i) Pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan
(ii) Pemilik kilang yang mengeluarkan perabot tradisional
(iii) Kerajaan sesebuah negara
(a) Bincangkan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan atas peranan kumpulan masing-
masing.
(b) Bentangkan hasil perbincangan di depan kelas dengan persembahan Microsoft PowerPoint.
Kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan adalah seperti yang berikut:
Kesan positif Kesan negatif
(a) Menggalakkan pemindahan teknologi (a) Kegawatan ekonomi
dan kepakaran
(b) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup
F (b) Peluasan pasaran golongan miskin
O (c) Mobiliti modal dan tenaga kerja (c) Corak penjajahan baharu ekonomi
K
U (d) Peningkatan pelaburan langsung asing (d) Masalah lambakan barang
(e) Pencemaran terhadap budaya tempatan
S (e) Pertambahan peluang pekerjaan
(f ) Peningkatan daya saing negara dan kualiti (f ) Ancaman kepada industri muda tempatan
barangan
(g) Perkongsian sumber tenaga dan bahan
mentah
(h) Penjagaan alam sekitar
175
Bab 2
2.3 Imbangan Pembayaran
Mengenal pasti komposisi dagangan dan arah aliran
perdagangan Malaysia.
Menerangkan maksud imbangan pembayaran.
Menjelaskan struktur akaun semasa dalam imbangan
pembayaran Malaysia.
Menjelaskan konsep defisit dan lebihan dalam akaun semasa.
Menganalisis sebab dan implikasi defisit dan lebihan dalam
akaun semasa.
SEPINTAS LALU
Simpan kira merupakan proses merekod semua transaksi
kewangan dalam perniagaan. Transaksi seperti pembelian, jualan,
penerimaan dan pembayaran akan direkod dengan teliti supaya
semua aliran keluar dan masuk wang diambil kira. Maklumat
simpan kira boleh digunakan untuk menganalisis kedudukan
kewangan sesebuah perniagaan. Tanpa simpan kira, peniaga
tidak dapat mengenal pasti jumlah wang yang diterima, jumlah
wang yang dibayar atau keuntungan yang diperoleh.
Peniaga juga tidak dapat memastikan sama ada matlamat
kewangan yang ditetapkan dapat dicapai. Dengan bantuan
simpan kira, peniaga dapat menyelesaikan persoalan yang disebut dan membuat keputusan
kewangan yang lebih bijak berdasarkan maklumat simpan kira.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “The Importance of Proper Bookkeeping”, 12 Jan 2012,
http://www.smallbizaccountants.com/The-Importance-of-Proper-Bookkeeping
Setelah mengetahui kepentingan merekod urus niaga kewangan dalam perniagaan,
adakah anda tahu bahawa sebuah negara juga mempunyai rekod kewangan?
Bagaimanakah urus niaga itu direkod? Abad
ke-21
2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran
Perdagangan Malaysia
Secara amnya, komposisi dagangan Malaysia terdiri daripada
dua komponen utama seperti yang berikut:
Eksport Import
176
Komposisi Eksport Malaysia dan Ekonomi Global
Eksport merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang dijual Cabar Diri Anda
oleh Malaysia kepada negara asing.
Jelaskan perbezaan dalam
Eksport boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: komposisi eksport Malaysia
pada tahun 1970-an dengan
masa ini.
Eksport barang nampak Eksport barang tak nampak
Eksport Barang Nampak Kios INFO
• Eksport barang nampak merujuk kepada barang nyata yang Eksport menyebabkan
dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar negara. aliran masuk wang asing.
• Komposisi eksport barang nampak Malaysia terdiri daripada:
Pertanian
• Hasil keluaran daripada sektor pertanian dan perladangan.
• Contohnya, getah asli, biji koko, lada hitam, minyak kelapa
sawit dan hasil keluaran berasaskan kelapa sawit, kayu
dan hasil keluaran kayu, hasil laut serta bahan kimia organik.
Perlombongan
• Hasil keluaran daripada sektor perlombongan iaitu cari
gali sumber semula jadi.
• Contohnya, timah, petroleum mentah, gas asli dan gas asli
cecair.
Pembuatan
• Hasil keluaran sektor perkilangan.
• Contohnya, barangan elektrik dan elektronik, perkakas litar
elektrik, marjerin, kain kapas serta kapur dan simen, pakaian,
dan perabot.
177
Bab 2 Eksport Barang Tak Nampak
Perkhidmatan • Eksport barang tak nampak bermaksud perkhidmatan yang
pelancongan ditawarkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat asing.
• Misalnya, rakyat Amerika Syarikat menginap di sebuah
hotel di Pulau Manukan di Sabah dianggap sebagai eksport
barang tak nampak.
• Komponen eksport barang tak nampak Malaysia adalah
seperti yang berikut:
Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan pesakit asing di
Malaysia. Perbelanjaan ini merangkumi barang dan perkhidmatan
seperti penginapan, makanan, hiburan, pengangkutan domestik, hadiah
dan cenderamata yang diperoleh oleh pelawat asing ketika berada di
Malaysia.
Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma perkapalan Perkhidmatan
tempatan, tambang penumpang, bayaran kemudahan lapangan pengangkutan
terbang dan bayaran parkir pesawat serta bayaran perkhidmatan pos
dan kurier daripada firma asing atau rakyat asing.
Perkhidmatan Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan televisyen, perisian
telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma
komputer dan tempatan yang dilanggan oleh rakyat asing.
maklumat
Perkhidmatan pembinaan yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia Perkhidmatan
atau firma Malaysia di luar negara termasuk pembinaan bangunan, pembinaan
pemasangan jentera serta perkhidmatan penyewaan peralatan
pembinaan.
178
Perkhidmatan Malaysia dan Ekonomi Global
insurans dan
Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans bukan hayat,
pencen insurans semula, insurans tambang muatan, pencen dan perkhidmatan
tambahan kepada insurans oleh firma insurans Malaysia kepada rakyat
asing dan firma asing.
Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk simpanan atau Perkhidmatan
pinjaman, bayaran pengurusan aset, bayaran perkhidmatan operasi, kewangan
dan pengawalseliaan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat
tempatan dan firma tempatan dari luar negara.
Perkhidmatan Bayaran yang diterima oleh firma tempatan yang menyediakan
perkilangan perkhidmatan pemprosesan kepada pemilik barangan bagi aktiviti
pembuatan seperti pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan.
Bayaran bagi penggunaan hak intelek seperti paten, cap dagang, hak Bayaran
cipta, reka cipta, proses industri, rahsia perdagangan dan francais. penggunaan
harta intelek
Perkhidmatan Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan audiovisual, bayaran
peribadi, kepada pelakon, pengarah dan pengeluar, perkhidmatan pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan
budaya, dan yang disediakan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat asing.
rekreasi
179
Bab 2
Komposisi Import
Kios INFO Import merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang dibeli
oleh rakyat Malaysia daripada negara asing.
Import barang dan
perkhidmatan akan Import boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
menyebabkan aliran keluar
wang.
Import barang nampak Import barang tak nampak
Cabar Diri Anda Import Barang Nampak
Jelaskan perbezaan dalam • Import barang nampak merujuk kepada barang nyata yang
komposisi import Malaysia dibeli oleh rakyat Malaysia daripada luar negara.
pada tahun 1970-an dengan
masa ini. • Komposisi import barang nampak Malaysia terdiri daripada:
Barang pengantara
• Barang ini diimport dan diproses semula untuk menjadi
barang siap.
• Contohnya, makanan dan minuman, bahan api dan pelincir
serta alat ganti, dan kelengkapan pengangkutan.
Barang modal
• Barang yang diimport dari luar negara untuk membantu
proses pengeluaran serta meningkatkan keupayaan
pengeluaran firma.
• Contohnya, mesin, jentera, peralatan dan kelengkapan.
Barang pengguna
• Barangan ini diimport untuk kegunaan pengguna akhir.
• Contohnya, perabot, kenderaan, makanan dan minuman
serta pakaian.
180
Malaysia dan Ekonomi Global
Import Barang Tak Nampak
• Import barang tak nampak bermaksud perkhidmatan yang
ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia.
• Misalnya, seorang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran
ke sebuah kolej di United Kingdom.
• Perbelanjaan pelajar tersebut di United Kingdom dianggap
sebagai import barang tak nampak.
• Komponen import barang tak nampak terdiri daripada:
Ppeerklahnidcomnagtaann Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan pesakit Malaysia di luar
negara. Perbelanjaan ini merangkumi barang dan perkhidmatan seperti
penginapan, makanan, hiburan, pengangkutan domestik, hadiah dan
cenderamata yang diperoleh oleh pelawat Malaysia ketika melancong di
luar negara.
Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma perkapalan asing, pPeenrkghaindgmkauttaann
tambang penumpang, bayaran kemudahan lapangan terbang dan bayaran
parkir pesawat serta bayaran perkhidmatan pos dan kurier kepada firma
asing atau rakyat asing yang dibayar oleh rakyat Malaysia.
tePkleoermmkkohapmkiudltuumenmraikatdaatansni, Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan televisyen, perisian
komputer dan perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma asing
yang dilanggan oleh rakyat Malaysia.
Perkhidmatan pembinaan yang dilaksanakan oleh rakyat asing atau syarikat Peprekmhibdimnaaatann
asing di Malaysia termasuk pembinaan bangunan, pemasangan jentera serta
perkhidmatan penyewaan peralatan pembinaan.
181
Bab 2
Pienrskuphreiadnnmcseandtaann Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans bukan hayat, insurans
semula, insurans tambang muatan, pencen dan perkhidmatan tambahan
kepada insurans oleh firma insurans asing kepada rakyat Malaysia dan
firma Malaysia.
Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan audiovisual, bayaran pPeerdirabknahdirdie,mkbrauetdaasaniya
kepada pelakon, pengarah dan pengeluar, perkhidmatan pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan yang
disediakan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia.
Pekrekwhiadnmgaatnan Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk simpanan atau
pinjaman, bayaran pengurusan aset, bayaran perkhidmatan operasi dan
pengawalseliaan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat asing dan
firma asing dari Malaysia.
Bayaran yang diterima oleh firma asing yang menyediakan perkhidmatan Peprekrhkiidlamngataann
pemprosesan kepada pemilik barangan bagi aktiviti pembuatan seperti
pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan.
pheaBnratgaygaiunrantnealaenk Bayaran kepada rakyat asing bagi penggunaan hak intelek seperti paten,
cap dagang, hak cipta, reka cipta, proses industri, rahsia perdagangan
dan francais.
182
Malaysia dan Ekonomi Global
Arah Aliran Perdagangan Malaysia
Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah
menggalakkan perdagangan antarabangsa.
Nilai eksport iaitu penjualan barang dan perkhidmatan
keluaran Malaysia kepada negara asing semakin meningkat
setiap tahun.
Arah aliran bagi sepuluh barang utama eksport Malaysia boleh
dilihat dalam Jadual 2.3 yang berikut:
Jadual 2.3 Sepuluh barang utama eksport
Tahun 2015 Tahun 2016
Barangan RM % RM %
bilion bilion
Barangan Elektrik & Elektronik 277.92 35.7 287.72 36.6
Kimia & Bahan Kimia 55.13 7.1 58.99 7.5
Keluaran Petroleum 54.53 7.0 54.50 6.9
Gas Asli Cecair (LNG) 44.60 5.7 32.02 4.1
Minyak Sawit dan Keluaran Berasaskan Sawit 40.12 5.2 41.44 5.3
Jentera, Perkakasan & Peralatan 36.16 4.6 37.68 4.8
Barangan Perkilangan Logam 34.90 4.5 33.39 4.2
Barangan Optik & Saintifik 26.09 3.4 28.75 3.7
Petroleum Mentah 26.08 3.4 22.27 2.8
Keluaran Getah 20.18 2.6 20.25 2.6
Produk-produk Lain 161.64 20.8 168.92 21.5
Jumlah Nilai Eksport 777.35 100.0 785.93 100.0
Sumber: MATRADE, tahun 2016
• Berdasarkan Jadual 2.3, nilai eksport pada tahun 2016 Cabar Diri Anda
telah meningkat 1.1% berbanding dengan tahun 2015, iaitu
daripada RM777.35 bilion kepada RM785.93 bilion. Berdasarkan jadual 2.3
lengkapkan jadual di bawah.
• Peningkatan dalam nilai eksport adalah disebabkan oleh
peningkatan dalam nilai eksport barangan elektrik dan Jenis eksport 2015 2016
elektronik sebanyak RM9.8 bilion, diikuti dengan produk- barang nampak (%) (%)
produk lain sebanyak RM7.28 bilion; dan kimia dan bahan Pertanian
kimia sebanyak RM3.86 bilion. Perlombongan
Perkilangan
• Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai eksport
sesetengah barangan seperti gas asli cecair sebanyak
RM12.58 bilion, diikuti petroleum mentah sebanyak
RM3.81 bilion, dan barang perkilangan logam sebanyak
RM1.51 bilion.
183
Bab 2
Selain menjual barang kepada negara lain, Malaysia juga
membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara asing. Nilai import barang dan perkhidmatan telah
meningkat setiap tahun.
Arah aliran bagi sepuluh barang utama import Malaysia boleh
dilihat dalam Jadual 2.4 yang berikut.
Jadual 2.4 Sepuluh barang utama import
Tahun 2015 Tahun 2016
Barangan RM % RM %
bilion bilion
Barangan Elektrik & Elektronik 201.32 29.3 209.94 30.1
Kimia & Bahan Kimia 64.83 9.5 68.01 9.7
Keluaran Petroleum 63.88 9.3 52.40 7.5
Jentera, Perkakasan & Peralatan 59.38 8.7 65.05 9.3
Barangan Perkilangan Logam 44.09 6.4 39.22 5.6
Kelengkapan Pengangkutan 36.37 5.3 41.35 5.9
Barangan Besi & Keluli 21.76 3.2 23.00 3.3
Barangan Optik & Saintifik 21.63 3.2 21.93 3.1
Barangan Makanan Diproses 17.73 2.6 18.66 2.7
Tekstil, Pakaian & Kasut 15.98 2.3 18.13 2.6
Produk-produk Lain 138.82 20.2 140.97 20.2
Jumlah Nilai Import 685.79 100.0 698.66 100.0
Sumber: MATRADE, tahun 2016
Cabar Diri Anda • Berdasarkan Jadual 2.4, nilai import pada tahun 2016 telah
meningkat 1.9% berbanding dengan tahun 2015, iaitu
1. Mengapakah barangan daripada RM685.79 bilion kepada RM698.66 bilion.
elektrik dan elektronik
merupakan import • Peningkatan dalam nilai import adalah disebabkan oleh
barang nampak utama peningkatan dalam nilai import barangan elektrik dan
Malaysia? elektronik sebanyak RM8.62 bilion, diikuti dengan jentera,
perkakasan dan peralatan sebanyak RM5.67 bilion, dan
2. Jelaskan punca kelengkapan pengangkutan sebanyak RM4.98 bilion.
kemerosotan import
keluaran petroleum. • Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai import
sesetengah barangan seperti keluaran petroleum sebanyak
RM11.48 bilion, diikuti barangan perkilangan logam,
sebanyak RM4.87 bilion, dan barangan optik dan saintifik
sebanyak RM0.3 bilion.
184
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.3.1
Teliti carta di bawah dan jawab soalan yang berikut:
Perubahan Struktur Eksport Malaysia ke China
Barangan eksport Tahun Barangan eksport Tahun
1990 2015
Minyak Sawit & Produk 44.5% Elektrik & Elektronik 42.6%
Berasaskan Sawit 10.4 %
15.8% Kimia & Produk Kimia 10.2%
Petroleum Mentah 11.0% 6.0%
6.3% Produk Petroleum
Getah Asli 6.0% 5.1%
2.9% Minyak Sawit & Produk 4.5%
Produk Kayu 3.2% Berasaskan Sawit
3.8%
Kayu Balak 2.2% Biji Serpihan Logam 3.2%
1.9% 2.4%
Elektrik & Elektronik 6.2% Barangan Perkilangan
RM1.7 Logam 2.4%
Minyak Sayur-sayuran bilion
Lain Gas Asli Cecair (LNG) 9.4%
Kimia & Produk Kimia Produk Getah
Kayu Gergaji & Kumai Jentera, Kelengkapan &
Peralatan
Lain-lain
Barangan Optik dan
Jumlah Eksport ke Saintifik
China
Lain-lain
Jumlah Eksport ke RM101.5
China bilion
Sumber: Laporan Ekonomi, tahun 2015/2016
(a) Apakah perubahan struktur eksport Malaysia ke China yang dapat anda perhatikan?
(b) Mengapakah perubahan yang anda kenal pasti di (a) berlaku?
(c) Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kajian di negara China.
Kajian Biro Perangkaan Negara China menunjukkan bahawa pendapatan boleh guna bagi
isi rumah di kawasan bandar negara China semakin meningkat bagi golongan isi rumah
berpendapatan sederhana.
Dipetik dan diubah suai daripada: https://www.forbes.com/sites/sarahsu/2016/11/18/high-income-inequality-
still-festering-in-china
Pada pendapat anda, wajarkah firma Malaysia menjadikan negara China sebagai pasaran
utama untuk memasarkan produk mereka? Berikan alasan anda.
F 1. Komposisi dagangan Malaysia terdiri daripada eksport dan import.
O
K 2. Eksport boleh dibahagi kepada eksport barang nampak dan eksport barang tak nampak.
U
S 3. Import boleh dibahagi kepada import barang nampak dan import barang tak nampak.
185
Bab 2 2.3.2 Imbangan Pembayaran
Sila layari laman web di Salah satu objektif makroekonomi yang ingin dicapai oleh
bawah untuk menonton kerajaan ialah imbangan pembayaran lebihan. Imbangan
video tentang imbangan pembayaran merekodkan semua urus niaga ekonomi antara
pembayaran: sebuah negara dengan negara lain merangkumi barang dan
http://www.investopedia. perkhidmatan, aset kewangan dan bayaran pindahan.
com/video/play/balance-
payments/ Imbangan pembayaran merupakan satu rekod sistematik
tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan
ENG sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.
Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran
debit dan kredit. Segala urus niaga ekonomi yang melibatkan
penerimaan kewangan direkodkan sebagai butiran kredit
manakala urus niaga ekonomi yang melibatkan pembayaran
kewangan direkodkan sebagai butiran debit.
186
Malaysia dan Ekonomi Global
Jadual 2.5 Imbangan pembayaran Malaysia (RM juta) dari tahun 2011 hingga tahun 2016
Butiran 2011 2012 RM juta 2015 2016
2013 2014
AKAUN SEMASA 99,324 50,176 35,485 48,554 35,155 29,023
1. Barangan f.o.b. (Bersih) 140,528 113,029 96,552 113,327 109,224 101,382
a. Eksport 658,421 644,864 637,683 678,865 681,275 686,075
b. Import 517,893 531,835 541,131 565,538 572,051 584,693
2. Perkhidmatan (Bersih) 1,457 -8,542 -9,592 -10,706 -20,632 -19,090
a. Pengangkutan -19,445 -22,040 -23,909 -26,050 -24,565 -23,513
b. Perjalanan 28,959 24,821 29,167 33,233 26,941 31,526
c. Perkhidmatan lain -7,533 -10,908 -14,632 -17,540 -22,405 -26,414
d. Urus niaga kerajaan -524 -415 -218 -349 -603 -689
3. Pendapatan Primer (Bersih) -21,600 -35,842 -33,977 -36,624 -32,112 -34,640
a. Pampasan Pekerja -2,331 -3,082 -4,007 -4,902 -5,595 -5,636
b. Pendapatan Pelaburan -19,269 -32,760 -29,970 -31,722 -26,517 -29,004
4. Pendapatan Sekunder (Bersih) -21,061 -18,469 -17,498 -17,443 -21,325 -18,629
AKAUN MODAL -133 241 -15 344 -1,135 108
1. Perolehan/pelupusan aset -119 334 7 300 -1,127 108
bukan kewangan bukan
pengeluaran
2. Pindahan modal -14 -93 -22 44 -8 0
AKAUN KEWANGAN 23,265 -23,015 -20,216 -79,955 -55,350 -1,126
1. Pelaburan langsung -9,337 -24,415 -6,276 -17,974 -1,810 14,131
2. Pelaburan portfolio 26,139 63,859 -3,012 -39,354 -26,122 -15,419
3. Derivatif kewangan -76 972 -253 -975 -663 -802
4. Pelaburan lain 6,539 -63,431 -10,675 -21,652 -26,755 964
ASET RIZAB -94,682 -3,873 -14,649 36,507 -3,750 -14,779
KESILAPAN DAN KETINGGALAN
BERSIH
-27,774 -23,529 -605 -5,450 25,080 -13,226
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, tahun 2016
187
Bab 2
Kios INFO Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen yang
utama, iaitu:
Derivatif kewangan
merupakan satu jenis Akaun Modal
instrumen kewangan yang • Akaun yang merekod perubahan bersih dalam
nilainya berasaskan kepada
aset seperti saham, bon, pemilikan aset.
pertukaran asing atau • Terdiri daripada butiran yang berikut:
komoditi. (a) Perolehan / Pelupusan aset bukan kewangan
(b) Pindahan modal
Akaun Semasa Akaun Kewangan
• Akaun yang merekodkan nilai • Akaun yang merekod aliran masuk modal dan
eksport dan import barang aliran keluar modal bagi sesebuah negara.
dan perkhidmatan serta
pendapatan. • Terdiri daripada butir-butir yang berikut:
(a) Pelaburan langsung
• Terdiri daripada butiran yang (b) Pelaburan portfolio
berikut: (c) Derivatif kewangan
(d) Pelaburan lain
(a) Akaun barangan
(b) Akaun perkhidmatan
(c) Akaun pendapatan primer
(d) Akaun pendapatan
sekunder
Aktiviti 2.3.2
Berdasarkan “Jadual 2.5 Imbangan Pembayaran Malaysia” di muka surat 187, murid diminta
membentuk beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta menjelaskan butiran akaun yang
terdapat dalam imbangan pembayaran. Anda digalakkan mencari bahan rujukan daripada sumber
luaran seperti Internet dan buku rujukan lain untuk mendapatkan maklumat.
F 1. Imbangan pembayaran merekod jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan
O sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.
K
U 2. Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen utama iaitu akaun semasa, akaun
S modal dan akaun kewangan.
188
2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Malaysia dan Ekonomi Global
Pembayaran
Sila layari laman web di
Akaun semasa merupakan salah satu komponen utama dalam bawah untuk menonton
imbangan pembayaran. Akaun semasa merupakan bahagian video berkaitan dengan
yang terbesar dan penting dalam imbangan pembayaran. akaun semasa:
http://www.investopedia.
Akaun semasa merupakan akaun yang merekodkan nilai com/video/play/current-
eksport dan import barang serta perkhidmatan dan juga account/
pendapatan.
ENG
Akaun semasa terdiri daripada empat butiran yang utama iaitu:
1 Akaun barangan 2 Akaun perkhidmatan
3 Akaun pendapatan primer 4 Akaun pendapatan sekunder
Akaun Barangan
Akaun barangan merekodkan jumlah nilai eksport barang
nampak dengan jumlah nilai import barang nampak. Perbezaan
antara jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai
import barang nampak dikenal sebagai imbangan dagangan.
Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport barang nampak
– Jumlah nilai import barang nampak
Terdapat tiga jenis imbangan dagangan iaitu:
Eksport Import
Import Imbangan Eksport
dagangan
seimbang
Eksport Import
Imbangan Imbangan
dagangan lebihan dagangan defisit
189