Bab 1 Nisbah Rizab Berkanun
Cabar Diri Anda Rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan
di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima.
Jelaskan bagaimana nisbah
rizab berkanun boleh • Tindakan bank pusat mengubah nisbah rizab berkanun akan
membantu menyelesaikan mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu disimpan
masalah yang berikut: oleh bank perdagangan di bank pusat.
(a) Inflasi
(b) Kemelesetan ekonomi • Hal ini akan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan
untuk memberi pinjaman kepada masyarakat dan
membuat pelaburan.
• Nisbah rizab berkanun turut mempengaruhi penawaran
wang dalam ekonomi dan memberi kesan terhadap kuasa
beli masyarakat dalam ekonomi.
Nisbah rizab berkanun
Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi
Menaikkan nisbah rizab berkanun Menurunkan nisbah rizab berkanun
Bank perdagangan terpaksa menyimpan Bank perdagangan hanya menyimpan
lebih banyak wang tunai di bank pusat sedikit wang tunai di bank pusat
Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk
memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit
menurun meningkat
Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat
Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung
menurun meningkat
Ekonomi kembali
stabil semula
Rajah 1.24 Peningkatan dan penurunan nisbah rizab berkanun dalam menstabilkan ekonomi
90
Nisbah Rizab Tunai Ekonomi dan Kerajaan
Rizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank Cabar Diri Anda
perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang diterima.
Jelaskan bagaimana nisbah
• Simpanan wajib wang tunai oleh bank perdagangan rizab tunai boleh membantu
bertujuan memastikan bank tersebut mempunyai wang menyelesaikan masalah
yang mencukupi apabila pelanggan menuntut wang. yang berikut:
(a) Inflasi
• Simpanan ini tidak boleh digunakan untuk memberi (b) Kemelesetan ekonomi
pinjaman.
• Tindakan bank pusat mengubah nisbah rizab tunai akan
mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu disimpan
oleh bank perdagangan di bank masing-masing.
• Hal ini akan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan
untuk memberi pinjaman kepada masyarakat dan
membuat pelaburan.
• Nisbah rizab tunai turut mempengaruhi penawaran wang
dalam ekonomi dan seterusnya memberi kesan terhadap
kuasa beli masyarakat dalam ekonomi.
Nisbah rizab tunai
Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi
Menaikkan nisbah rizab tunai Menurunkan nisbah rizab tunai
Bank perdagangan terpaksa menyimpan lebih Bank perdagangan hanya menyimpan sedikit
banyak rizab tunai rizab tunai
Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk
memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit
menurun meningkat
Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat
Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung
menurun meningkat
Ekonomi kembali
stabil semula
Rajah 1.25 Peningkatan dan penurunan nisbah rizab tunai dalam menstabilkan ekonomi
91
Bab 1 Syarat Sewa Beli
Cabar Diri Anda Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa
membuat pinjaman sewa beli.
Jelaskan bagaimana syarat
sewa beli boleh membantu • Bank pusat mengawal syarat sewa beli dengan menetapkan
menyelesaikan masalah jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik
yang berikut: pinjaman berserta dengan faedah.
(a) Inflasi
(b) Kemelesetan ekonomi • Syarat sewa beli yang lebih ketat iaitu mengurangkan had
jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik
pinjaman akan mengurangkan pinjaman yang disalurkan
oleh institusi kewangan kepada masyarakat.
• Syarat sewa beli yang lebih longgar iaitu meningkatkan
had jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik
pinjaman akan meningkatkan pinjaman yang disalurkan
oleh institusi kewangan kepada masyarakat.
Semasa inflasi Syarat sewa beli
Semasa kemelesetan ekonomi
Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli
Deposit pinjaman ditingkatkan Deposit pinjaman diturunkan
Tempoh bayaran balik pinjaman Tempoh bayaran balik pinjaman
dipendekkan dipanjangkan
Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah dikurangkan
Permintaan akan menurun Permintaan akan meningkat
Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung
menurun meningkat
Ekonomi kembali
stabil semula
Rajah 1.26 Mengetatkan dan melonggarkan syarat sewa beli dalam menstabilkan ekonomi
92
Ekonomi dan Kerajaan
Surat Jaminan Kerajaan
Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang Cabar Diri Anda
dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman
daripada masyarakat atau institusi kewangan. Jelaskan bagaimana surat
jaminan kerajaan boleh
• Kerajaan membuat pinjaman dengan menjual surat membantu menyelesaikan
jaminan kepada orang ramai dan institusi kewangan. masalah yang berikut:
(a) Inflasi
• Sebaliknya, kerajaan menebus pinjaman apabila bank pusat (b) Kemelesetan ekonomi
membeli surat jaminan daripada orang ramai dan institusi
kewangan.
• Tindakan bank pusat menjual surat jaminan kerajaan boleh
mengurangkan aliran wang tunai dalam ekonomi. Hal ini
akan menurunkan keupayaan bank perdagangan memberi
pinjaman kepada masyarakat dan penciptaan kredit.
• Sebaliknya, tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan
dapat meningkatkan aliran wang tunai dalam ekonomi. Ini
akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan memberikan
pinjaman kepada masyarakat dan penciptaan kredit.
Surat jaminan kerajaan
Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi
Menjual surat jaminan kepada pasaran Membeli surat jaminan dalam pasaran
Orang ramai atau institusi membeli surat Orang ramai atau institusi menjual surat
jaminan dengan wang dalam pasaran jaminan dan memperoleh wang
Aliran wang tunai dalam ekonomi akan Aliran wang tunai dalam ekonomi akan
berkurang bertambah
Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk
memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit
menurun meningkat
Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat
Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung
menurun meningkat
Ekonomi kembali
stabil semula
Rajah 1.27 Penjualan dan pembelian surat jaminan kerajaan dalam menstabilkan ekonomi
93
Bab 1 Kadar Faedah
Cabar Diri Anda Kadar faedah merupakan kos yang ditanggung oleh peminjam
semasa membuat pinjaman.
Jelaskan bagaimana kadar
faedah boleh membantu • Bank pusat boleh mengawal penawaran wang dalam
menyelesaikan masalah ekonomi dengan mengubah kadar faedah.
yang berikut:
(a) Inflasi • Perubahan kadar faedah akan memberi kesan terhadap kos
(b) Kemelesetan ekonomi meminjam dan beban hutang peminjam.
• Kenaikan kadar faedah dapat mengurangkan jumlah
pinjaman yang dibuat oleh masyarakat.
• Penurunan kadar faedah akan menggalakkan masyarakat
untuk menambahkan jumlah pinjaman.
• Jumlah pinjaman yang diminta oleh masyarakat akan
mempengaruhi penawaran wang dalam pasaran.
Semasa inflasi Kadar faedah
Semasa kemelesetan ekonomi
Menaikkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah
Kos meminjam dan beban hutang peminjam Kos meminjam dan beban hutang
meningkat peminjam menurun
Jumlah pinjaman yang dibuat oleh Jumlah pinjaman yang dibuat oleh
masyarakat berkurang masyarakat bertambah
Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat
Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung
menurun meningkat
Ekonomi kembali
stabil semula
Rajah 1.28 Peningkatan dan penurunan kadar faedah dalam menstabilkan ekonomi
94
Ekonomi dan Kerajaan
Aktiviti 1.3.7
1. Maklumat di bawah menunjukkan kedudukan deposit dan rizab berkanun sebuah bank
perdagangan tempatan di bank pusat.
Tahun Deposit (RM juta) Rizab berkanun (RM juta)
2013 65 000 1 950
2016 68 000 2 720
(a) Berapakah nisbah rizab berkanun atas deposit bagi tahun 2013 dan tahun 2016?
(b) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku pada tahun 2016?
(c) Bagaimanakah tindakan bank pusat di atas dapat menyelesaikan masalah di 1(b)?
2. Maklumat di bawah berkaitan dengan syarat pinjaman bank pada dua tempoh masa.
Syarat pinjaman Januari 2016 September 2016
Pinjaman maksimum 80% 85%
Kadar faedah pinjaman 6% 4.5%
Tempoh bayaran balik
7 tahun 8 tahun
(a) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku pada bulan September 2016?
(b) Bagaimanakah perubahan syarat pinjaman di atas dapat menyelesaikan masalah
di 2(a)?
3. Jadual di bawah menunjukkan permintaan kereta, rumah dan kadar pengangguran dalam
ekonomi sesebuah negara.
Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun
Permintaan kereta (%) -7 -10 -14 -18 -20 -26
Permintaan rumah (%) -5 -12 -13 -17 -20 -23
Kadar pengangguran (%) 3.01 3.50 3.72 3.98 4.23 4.91
(a) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku dalam ekonomi di atas?
(b) Jelaskan lima alat dasar kewangan yang boleh digunakan oleh bank pusat untuk mengawal
keadaan ekonomi di atas.
1. Alat dasar kewangan digunakan oleh bank pusat untuk mengawal ekonomi dengan
mempengaruhi bekalan wang semasa inflasi dan kemelesetan ekonomi.
F 2. Antara alat dasar kewangan adalah seperti yang berikut:
O (a) Nisbah rizab berkanun
K (b) Nisbah rizab tunai
U
S (c) Syarat sewa beli
(d) Surat jaminan kerajaan
(e) Kadar faedah.
95
Bab 1
Kios INFO 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat
Dasar Kewangan dalam Ekonomi
Sebarang pembayaran
atau penerimaan faedah Perkara utama yang dipertimbangkan oleh peminjam apabila
(riba) adalah dilarang membuat pinjaman ialah kadar faedah. Perubahan dalam
dalam perbankan Islam. kadar faedah boleh mempengaruhi jumlah pinjaman yang
Sebaliknya, perbankan dibuat dalam ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana
Islam menggalakkan kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan peminjam kurang
konsep perkongsian untung meminjam akibat kos pinjaman yang tinggi.
(Mudarabah) dalam amalan
perbankan dari sudut Oleh itu, bank pusat telah menggunakan kadar faedah sebagai
pandangan Islam. salah satu alat dasar kewangan untuk mengawal bekalan wang
dalam ekonomi.
Kadar faedah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Kadar Faedah Tetap Kadar Faedah Terapung
• Tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman • Berubah mengikut turun naik Kadar Rujukan
• Oleh itu, peminjam tahu dengan tepat sepanjang tempoh pinjaman
berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran • Kadar Rujukan dikawal oleh bank pusat
setiap bulan • Perubahan dalam kadar faedah boleh
• Sesuai untuk peminjam yang tidak mahu
dipengaruhi oleh perubahan kadar faedah menyebabkan perubahan dalam bayaran
di pasaran ansuran bulanan atau tempoh pembayaran
pinjaman
Kios INFO Kesan Perubahan Kadar Faedah
Kadar Rujukan merupakan Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah boleh menyebabkan
komponen utama kadar kos pinjaman berubah. Keadaan ini menimbulkan kesan
pinjaman bagi pinjaman yang berlainan atas unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan
kadar terapung. Pada 2 ekonomi dari segi perbelanjaan dan pelaburan. Secara amnya,
Januari 2015, Kadar Asas kesan peningkatan kadar faedah boleh dibincangkan daripada
(Base Rate, BR) telah dari tiga aspek:
menggantikan Kadar
Pinjaman Asas (Base 1 Kesan terhadap pengguna 2 Kesan terhadap firma
Lending Rate, BLR) sebagai
Kadar Rujukan.
Sumber: Prospek dan Dasar,
tahun 2015
3 Kesan terhadap kestabilan ekonomi
96
Kesan terhadap Pengguna Ekonomi dan Kerajaan
• Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi kuasa beli Cabar Diri Anda
pengguna dan mengubah corak perbelanjaan mereka.
Apakah kebaikan dan
• Pinjaman bank membolehkan pengguna berbelanja keburukan berbelanja
melebihi kemampuan melalui kaedah bayaran secara kredit. melalui kaedah bayaran
secara kredit?
• Kaedah bayaran secara kredit dikenakan kadar faedah.
• Biasanya, pinjaman bank yang dibuat oleh pengguna
adalah digunakan untuk membiayai pembelian aset bukan
semasa seperti rumah dan kenderaan, pembelian barang
mewah seperti barang elektronik atau perabot rumah,
pakej pelancongan, perbelanjaan pelajaran atau pelaburan
kewangan.
• Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran
akan memberi kesan kepada pengguna seperti yang berikut:
Kadar faedah % Kadar faedah
%
0 Tahun 0 Tahun
Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan
• Apabila kadar faedah meningkat, kos • Apabila kadar faedah menurun, kos pinjaman
pinjaman akan meningkat. akan menurun.
• Pengguna akan mengurangkan jumlah • Pengguna akan meningkatkan jumlah
pinjaman kerana tidak ingin menanggung pinjaman kerana mampu dan sanggup
beban kewangan yang berat. menanggung kos faedah untuk memenuhi
kepuasan.
• Oleh itu, pengguna akan mengelakkan
bayaran secara kredit dan terpaksa • Oleh itu, pengguna akan menggunakan lebih
menyediakan lebih banyak wang tunai banyak kaedah bayaran secara kredit semasa
semasa perbelanjaan. perbelanjaan dan memperoleh barang yang
dikehendaki.
• Keadaan ini akan mengehadkan perbelanjaan
yang dibuat oleh pengguna dalam ekonomi. • Keadaan ini akan memperbanyakkan perbelanjaan
yang dibuat oleh pengguna dalam ekonomi.
• Perbelanjaan agregat dalam ekonomi akan
berkurang. • Perbelanjaan agregat dalam ekonomi akan
meningkat.
97
Bab 1 Kesan terhadap Firma
Cabar Diri Anda • Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi modal
kewangan yang diperoleh oleh firma.
Apakah kesan terhadap
firma sekiranya firma • Pinjaman bank merupakan salah satu sumber penting
tersebut melakukan bagi firma untuk mendapatkan modal tambahan dalam
pinjaman untuk melabur mengembangkan operasi sama ada membeli aset baharu
dalam perniagaannya? atau membina tapak pengeluaran baharu.
• Selain itu, modal pinjaman yang diperoleh juga boleh
digunakan sebagai pelaburan dalam aktiviti penyelidikan
dan pembangunan atau latihan kemahiran bagi pekerja
supaya produktiviti dan daya saing firma dapat ditingkatkan.
• Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran
boleh memberikan kesan kepada firma seperti yang berikut:
Kadar faedah % Kadar faedah
%
0 Tahun 0 Tahun
Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan
• Apabila kadar faedah meningkat, kos • Apabila kadar faedah menurun, kos
pinjaman akan meningkat. pinjaman akan menurun.
• Firma akan mengurangkan jumlah pinjaman • Firma akan menambahkan jumlah pinjaman
kerana tidak ingin menanggung beban bagi menjelaskan kos yang dibelanjakan
kewangan yang berat. untuk menjana keuntungan akan datang.
• Oleh itu, modal kewangan firma akan • Oleh itu, modal kewangan firma akan
berkurangan dan firma mungkin menghadapi bertambah dan firma mampu melabur
masalah kecairan tunai. dalam aktiviti pengeluarannya.
• Keadaan ini akan mengehadkan pelaburan • Keadaan ini akan menambahkan pelaburan
yang dibuat oleh firma kerana lebihan yang dibuat oleh firma kerana mempunyai
wang telah digunakan untuk membiayai lebihan wang setelah menjelaskan kos
kos pengeluaran. pengeluaran.
• Pelaburan agregat dalam ekonomi akan • Pelaburan agregat dalam ekonomi akan
berkurang. bertambah.
• Daya saing firma akan menurun kerana tidak • Daya saing firma akan meningkat kerana
mempunyai modal untuk meningkatkan mempunyai modal untuk meningkatkan
produktiviti atau mengembangkan operasi. produktiviti atau mengembangkan operasi.
98
Ekonomi dan Kerajaan
Kesan terhadap Kestabilan Ekonomi
Kesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan
memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara. Penggunaan
kadar faedah sebagai alat dasar kewangan harus digunakan
pada masa yang tepat supaya mencapai matlamat ekonomi.
Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan
• Kadar faedah dinaikkan semasa • Kadar faedah diturunkan semasa
ekonomi mengalami masalah inflasi. ekonomi mengalami masalah
pengangguran dan kemelesetan
• Perbelanjaan agregat pengguna dan ekonomi.
pelaburan firma akan menurun.
Kesannya, penawaran agregat barang • Perbelanjaan agregat pengguna dan
dan perkhidmatan dalam ekonomi akan pelaburan firma akan meningkat.
berkurang. Kesannya, penawaran agregat barang
dan perkhidmatan dalam ekonomi akan
• Kekurangan permintaan pengguna bertambah.
terhadap barang menyebabkan
firma tidak bermotivasi untuk • Lebihan permintaan pengguna terhadap
mengeluarkan lebih banyak barang. barang dalam pasaran menggalakkan
Firma juga tidak mempunyai modal firma untuk mengeluarkan lebih banyak
untuk mengembangkan operasi dan barang. Firma juga mempunyai modal
meningkatkan penawaran. untuk mengembangkan operasi dan
meningkatkan penawaran.
• Pada peringkat ini, masalah inflasi
dalam ekonomi semakin pulih kerana • Pada peringkat ini, masalah
bekalan wang dalam ekonomi telah pengangguran dan kemelesetan
dikurangkan. ekonomi semakin pulih kerana bekalan
wang dalam ekonomi telah bertambah.
• Sekiranya kadar faedah masih
dinaikkan, perbelanjaan agregat • Sekiranya kadar faedah masih
pengguna dan pelaburan firma akan diturunkan, perbelanjaan agregat
terus menurun lagi. pengguna dan pelaburan firma akan
terus meningkat lagi.
• Pengeluaran yang berkurangan
menyebabkan sesetengah firma yang • Perkembangan dalam aktiviti
tidak dapat menampung kos operasi pengeluaran firma mencipta banyak
terpaksa memberhentikan operasi atau peluang pekerjaan kepada masyarakat
mengurangkan pekerja. dan meningkatkan kuasa beli mereka.
Golongan ini mampu meminta lebih
• Keadaan ini akan menyebabkan kadar banyak barang dalam pasaran dan
pengangguran dalam ekonomi semakin menyebabkan harga barang dan
meningkat dan pertumbuhan ekonomi perkhidmatan semakin meningkat.
negara terbatas.
• Keadaan ini menyebabkan kadar inflasi
dalam ekonomi semakin meningkat.
99
Bab 1
Aktiviti 1.3.8
Baca petikan akhbar di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Penurunan Kadar Faedah
KUALA LUMPUR 13 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan
Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3% berbanding dengan 3.25% sebelum ini, dengan
alasan ekonomi global mencatat kadar pertumbuhan yang sederhana dan kelemahan sektor
luaran. Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang
diadakan hari ini. Malah menurut Bank Negara, penggunaan swasta akan disokong oleh
pertumbuhan dalam pendapatan dan guna tenaga, serta langkah-langkah yang dilaksanakan
oleh kerajaan. Penurunan OPR itu seterusnya dijangka mampu mendorong bank-bank tempatan
mengurangkan kadar faedah pinjaman kepada pengguna.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “OPR dikurangkan kepada 3%”,
Fadzil Zainol, 14 Julai 2016, Utusan Online
(a) Tonton video berkenaan dengan Kadar Dasar Semalaman Tonton video tentang
(OPR) di Internet. Kemudian, jelaskan konsep OPR. OPR di laman web ini:
http://www.investopedia.
(b) Setelah pengumuman Bank Negara Malaysia di atas, ramalkan com/video/play/
kesan kepada pihak yang berikut: overnight-rate/
(i) Pengguna ENG
(ii) Firma
(c) Jelaskan kesan penurunan kadar OPR atas ekonomi Malaysia.
(d) Bagaimanakah tindakan Bank Negara Malaysia di atas dapat
membantu menyelesaikan masalah yang berikut?
(i) Inflasi
(ii) Kemelesetan ekonomi
1. Kesan kadar faedah dinaikkan adalah seperti yang berikut:
(a) Pengguna: Kuasa beli menurun → Perbelanjaan menurun
F (b) Firma: Pelaburan menurun → Daya saing menurun
O (c) Ekonomi: Masalah inflasi diatasi → Masalah kemelesetan ekonomi mungkin berlaku
K
U 2. Kesan kadar faedah diturunkan adalah seperti yang berikut:
S (a) Pengguna: Kuasa beli meningkat → Perbelanjaan meningkat
(b) Firma: Pelaburan meningkat → Daya saing meningkat
(c) Ekonomi: Masalah pengangguran diatasi → Masalah inflasi mungkin berlaku.
100
Ekonomi dan Kerajaan
1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas
Objektif Makroekonomi Negara
Alat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk
mengatasi masalah ekonomi. Alat-alat dasar ekonomi yang
digunakan akan memberi kesan yang berbeza atas objektif
makroekonomi.
Alat Dasar Ekonomi
Dasar Fiskal Dasar Kewangan
Cukai Perbelanjaan Nisbah rizab Nisbah rizab Syarat sewa Kadar Surat jaminan
kerajaan berkanun tunai beli faedah kerajaan
Cukai
• Pengenaan cukai oleh kerajaan boleh mempengaruhi
pendapatan boleh guna pengguna dan keupayaan firma
untuk melabur.
• Kesannya, permintaan agregat dalam pasaran dan tingkat
pengeluaran firma juga berubah.
Objektif Menaikkan kadar cukai Menurunkan kadar cukai
makroekonomi
Guna tenaga Guna tenaga akan berkurang kerana Guna tenaga akan bertambah kerana
penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat
pengurangan pengeluaran peningkatan pengeluaran
Kestabilan Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
harga akibat lebihan penawaran barang akibat lebihan permintaan barang
dalam pasaran oleh firma dalam pasaran oleh isi rumah
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat
ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan
pendapatan negara merosot negara meningkat
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan merosot kerana kos pelaburan dalam meningkat kerana kos pelaburan
pembayaran ekonomi meningkat dalam ekonomi menurun
101
Bab 1
Perbelanjaan Kerajaan
• Perbelanjaan kerajaan boleh mempengaruhi kegiatan
pengeluaran dalam ekonomi.
• Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan
pembangunan, aktiviti pengeluaran dalam ekonomi akan
meningkat dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan
kepada masyarakat.
• Kadar pengangguran dalam negara akan menurun dan
kuasa beli masyarakat akan meningkat.
• Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi
dalam negara.
• Perbelanjaan pembangunan kerajaan untuk menyediakan
pelbagai kemudahan dalam negara juga dapat menarik
aliran masuk modal pelaburan dari luar negara atau
tempatan kepada ekonomi negara.
Objektif Meningkatkan perbelanjaan Menurunkan perbelanjaan
makroekonomi kerajaan kerajaan
Guna tenaga Guna tenaga akan meningkat kerana Guna tenaga akan menurun kerana
penuh peningkatan dalam peluang pekerjaan peluang pekerjaan yang terhad
kesan daripada pelaksanaan projek kesan daripada pengurangan projek
kerajaan pembangunan kerajaan
Kestabilan Tingkat harga umum akan meningkat Tingkat harga umum akan menurun
harga akibat lebihan permintaan barang akibat kurangan permintaan barang
dalam pasaran dalam pasaran
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat Pertumbuhan ekonomi menjadi
ekonomi kerana keluaran dan pendapatan perlahan kerana keluaran dan
negara meningkat pendapatan negara merosot
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan meningkat kerana banyak pelaburan merosot kerana kurang pelaburan
pembayaran kerajaan dalam ekonomi kerajaan dalam ekonomi
Nisbah Rizab Berkanun
• Nisbah rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank
perdagangan di bank pusat.
• Nisbah rizab berkanun boleh mempengaruhi keupayaan
bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat.
• Jumlah pinjaman dalam ekonomi akan mempengaruhi
kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam
ekonomi.
• Bekalan wang dalam ekonomi juga dapat dikawal dengan
nisbah rizab berkanun.
102
Ekonomi dan Kerajaan
Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab
makroekonomi berkanun berkanun
Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana
penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat
pengurangan modal penambahan modal
Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat
ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan
pendapatan negara merosot negara meningkat
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan berkurang kerana kurang peluang bertambah kerana banyak peluang
pembayaran pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi
Nisbah Rizab Tunai
• Nisbah rizab tunai merupakan simpanan tunai wajib bank
perdagangan di bank sendiri.
• Perubahan nisbah rizab tunai akan memberi kesan terhadap
keupayaan bank memberi pinjaman kepada masyarakat.
• Kesannya, bekalan wang dalam ekonomi dapat dikawal.
Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab tunai
makroekonomi tunai
Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana
penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat
pengurangan modal penambahan modal
Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat
ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan
pendapatan negara merosot negara meningkat
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang
pembayaran pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi
103
Bab 1
Syarat Sewa Beli
• Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma dalam
pinjaman untuk pembelian aset dan barang tahan lama.
• Sekiranya kerajaan mengetatkan syarat sewa beli, masyarakat
akan lebih sukar untuk membuat pinjaman.
• Kesannya, kuasa beli dan permintaan agregat dalam
ekonomi akan menurun.
Objektif Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli
makroekonomi
Guna tenaga Kuasa beli menurun menyebabkan firma Kuasa beli meningkat menyebabkan
penuh mengurangkan pengeluaran. Kesannya, firma menambahkan pengeluaran.
firma akan mengurangkan guna tenaga Kesannya, firma akan meningkatkan guna
kerana permintaan berkurang tenaga kerana permintaan meningkat
Kestabilan Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
harga akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat
ekonomi
perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan
pendapatan negara merosot negara meningkat
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan
pembayaran merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang
pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi
Surat Jaminan Kerajaan
• Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang
dikeluarkan oleh kerajaan apabila meminjam daripada
masyarakat atau institusi kewangan.
• Tindakan kerajaan membeli atau menjual surat jaminan
kerajaan akan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.
• Kesannya, kuasa beli pengguna dan permintaan agregat
dalam ekonomi akan dipengaruhi.
Bank Negara Malaysia menjalankan urus
niaga jual beli jaminan kerajaan
104
Ekonomi dan Kerajaan
Objektif Menjual surat jaminan kerajaan Membeli surat jaminan kerajaan
makroekonomi
Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana
Guna tenaga firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat
penuh pengurangan modal pelaburan penambahan modal pelaburan
Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna
Pertumbuhan meningkat
ekonomi Pertumbuhan ekonomi menjadi
perlahan kerana kegiatan ekonomi Pertumbuhan ekonomi menjadi
Kestabilan merosot. Kesannya, pendapatan pesat kerana kegiatan ekonomi
imbangan negara menurun meningkat. Kesannya, pendapatan
pembayaran negara meningkat
Aliran masuk wang ke dalam negara
merosot kerana kurang peluang Aliran masuk wang ke dalam negara
pelaburan dalam ekonomi meningkat kerana banyak peluang
pelaburan dalam ekonomi
Kadar Faedah
• Kadar faedah merupakan kos pinjaman yang dikenakan.
• Perubahan dalam kadar faedah akan menyebabkan turun
naik dalam kos pinjaman.
• Kos pinjaman merupakan pertimbangan utama bagi
peminjam sebelum mendapatkan pinjaman kewangan
daripada institusi bank.
Objektif Meningkatkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah
makroekonomi
Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana
penuh
firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat
kos pengeluaran meningkat kos pengeluaran menurun
Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat
akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat
Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat
ekonomi perlahan kerana kos pengeluaran kerana kos pengeluaran menurun
meningkat menyebabkan permintaan menyebabkan permintaan meningkat.
menurun. Kesannya, pendapatan Kesannya, pendapatan negara
negara menurun meningkat
Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara
imbangan
pembayaran merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang
pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi
105
Bab 1
Aktiviti 1.3.9
Tajuk di bawah merupakan isu semasa yang sering diperkatakan oleh masyarakat.
“Pada sesuatu masa rakyat didapati kurang berbelanja, tetapi pada sesuatu masa yang lain
pula rakyat didapati berbelanja berlebihan.”
Berdasarkan pernyataan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Jelaskan keadaan yang berlaku apabila “kebanyakan rakyat kurang berbelanja, manakala
pada sesuatu masa yang lain pula rakyat didapati berbelanja berlebihan”.
(b) Nyatakan alat dasar ekonomi yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kedua-dua keadaan
tersebut dengan melengkapkan jadual di bawah.
Alat Dasar Fiskal Alat Dasar Kewangan
(c) Kerajaan akan menggunakan dasar fiskal untuk mengatasi masalah inflasi. Jelaskan bagaimana
kerajaan menggunakan dasar berikut untuk mengatasi inflasi.
(i) Cukai
(ii) Perbelanjaan kerajaan
(d) Kesemua alat dasar ekonomi yang digunakan adalah untuk mencapai objektif makroekonomi.
Nyatakan empat objektif makroekonomi tersebut.
(e) Pada pendapat anda, jika negara mengalami keadaan pengangguran, yang manakah alat
dasar kewangan yang anda tahu boleh membantu dalam mengatasi masalah tersebut?
Bagaimanakah alat-alat tersebut digunakan untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi?
1. Alat dasar fiskal yang digunakan ialah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
F 2. Alat dasar kewangan yang digunakan ialah nisbah rizab berkanun, nisbah rizab tunai, syarat
O
K sewa beli, surat jaminan kerajaan dan kadar faedah.
U
S 3. Penggunaan alat dasar ekonomi yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza atas
objektif makroekonomi negara.
106
PETA Ekonomi dan Kerajaan
KONSEP
Bab 1: Ekonomi dan Kerajaan
1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi
Pengeluar dan majikan Mencapai objektif Mengawal selia pengeluar
• Mengeluarkan barang makroekonomi dan eksternaliti negatif
awam dan barang sosial • Guna tenaga penuh • Undang-undang dan
• Menggaji kakitangan • Kestabilan harga peraturan
• Pertumbuhan ekonomi
awam • Kestabilan imbangan • Subsidi
• Cukai
pembayaran
1.2 Penunjuk Ekonomi
Indeks Harga Pengangguran Keluaran Dalam Negara Kasar Imbangan
Pengguna • Kitaran pembayaran
• Berstruktur
Inflasi • Geseran Pertumbuhan ekonomi Kesan
• Inflasi tarikan • Imbangan
Kesan Sebab pertumbuhan ekonomi
permintaan pengangguran • Sumber alam semula jadi pembayaran
• Inflasi tolakan kos • Ekonomi • Jumlah penduduk dan lebihan
• Inflasi diimport • Sosial • Imbangan
bekalan tenaga buruh pembayaran
Kesan inflasi • Kemajuan teknologi defisit
• Harga barangan • Pelaburan dalam aktiviti
meningkat ekonomi
• Tabungan menurun • Sistem sosial dan sikap
• Pendapatan benar
masayarakat
menurun
• Pengangguran Akibat pertumbuhan ekonomi
• Penyediaan infrastruktur fizikal
menurun • Peningkatan taraf pendidikan
• Eksport berkurang
• Kadar faedah penduduk
• Peningkatan sifat keusahawanan
meningkat • Kestabilan politik dan sosial
107
Bab 1
1.3 Alat Dasar Ekonomi
Dasar fiskal Belanjawan negara Dasar kewangan
• Belanjawan defisit
Cukai (hasil < belanja) Nisbah rizab
• Cukai regresif • Belanjawan lebihan berkanun
• Cukai progresif (hasil > belanja)
• Cukai berkadar malar • Belanjawan seimbang • Simpanan
(hasil = belanja) wajib bank
Perbelanjaan kerajaan perdagangan di
• Perbelanjaan mengurus Hasil kerajaan bank pusat
• Perbelanjaan
Nisbah rizab tunai
pembangunan • Simpanan
wajib wang
tunai di bank
perdagangan
Hasil cukai Hasil bukan cukai Syarat sewa beli
• Bayaran denda dan • Syarat dan
Cukai langsung Cukai tak langsung
• Cukai pendapatan • Duti eksais penalti terma semasa
• Duti import • Bayaran lesen dan membuat
individu • Duti eksport pinjaman sewa
• Cukai pendapatan • Cukai barang dan permit beli
• Faedah dan pulangan
syarikat perkhidmatan Surat jaminan
• Cukai pendapatan (GST) pelaburan kerajaan kerajaan
• Cukai perjudian • Bayaran sewa, harta /
koperasi • Levi • Perjanjian
• Cukai pendapatan aset kerajaan pinjaman
• Dividen, royalti dan bertulis kerajaan
petroleum
• Cukai langsung bayaran tunai atas Kadar faedah
petroleum • Kos untuk
yang lain • Pemberian kerajaan
luar negeri dan agensi membuat
antarabangsa pinjaman
• Dividen daripada
saham dan GLC
108
Ekonomi dan Kerajaan
Rumusan
Ekonomi dan Kerajaan
Peranan kerajaan dalam Penunjuk Alat dasar
ekonomi ekonomi ekonomi
• Sebagai pengeluar dan majikan • Indeks harga pengguna • Dasar fiskal
• Jenis inflasi • Jenis hasil kerajaan
• Mencapai objektif • Kesan inflasi b • Kesan cukai regresif, progresif
makroekonomi a • Pengangguran dan berkadar malar
• Jenis pengangguran • Jenis perbelanjaan kerajaan d
• Mengawal selia pengeluar dan • Keluaran Dalam Negara Kasar • Dasar kewangan
eksternaliti negatif (KDNK) • Alat dasar kewangan
• Kadar pertumbuhan ekonomi • Kesan kadar faedah
• Sebab dan akibat pertumbuhan • Kesan alat dasar ekonomi atas
ekonomi c objektif makroekonomi
• Imbangan pembayaran
• Kesan imbangan pembayaran
a Objektif Makroekonomi
Objektif Makroekonomi
Guna tenaga Kestabilan Pertumbuhan Kestabilan imbangan
penuh harga ekonomi pembayaran
• Kadar pengangguran • Harga yang stabil • Peningkatan jumlah • Imbangan pembayaran
kurang daripada 4% • Inflasi sederhana keluaran barang dan lebihan yang stabil
• Semua tenaga buruh • Kuasa beli meningkat perkhidmatan dalam • Aliran masuk wang
digunakan dengan dan kos sara hidup negara ke dalam negara
sepenuhnya terkawal • Aktiviti ekonomi meningkat
• Tiada pembaziran berkembang pesat
faktor • Peluang pekerjaan
yang banyak
109
Bab 1
b Kesan Inflasi d Perbelanjaan Kerajaan
Buku Teks Guru • Emolumen
Harga • Bayaran khidmat
barang dan hutang
perkhidmatan
meningkat • Bekalan dan
perkhidmatan
Kadar faedah Pendapatan Perbelanjaan • Pencen dan
meningkat benar mengurus ganjaran
Kesan Inflasi masyarakat • Pemberian dan
menurun serahan kepada
kerajaan negeri
• Pemberian
subsidi
Nilai eksport Tabungan
berkurang masyarakat • Biasiswa,
menurun
Perbelanjaan dermasiswa dan
Kerajaan bantuan kerajaan
Buku Rujukan Internet • Sektor
perkhidmatan
ekonomi
• Sektor
perkhidmatan
Perbelanjaan sosial
pembangunan
• Sektor
keselamatan
• Sektor
pentadbiran am
c Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
Buku Teks Guru Buku Teks Guru
Pelaburan dalam Sistem sosial Penyediaan
aktiviti ekonomi dan sikap infrastruktur
masyarakat
fizikal
Sumber alam Sebab Kemajuan Kestabilan Akibat Peningkatan
semula jadi Pertumbuhan teknologi politik dan Pertumbuhan taraf
Ekonomi sosial Ekonomi pendidikan
penduduk
Jumlah penduduk dan Peningkatan sifat
bekalan tenaga buruh keusahawanan
Buku Rujukan Internet Buku Rujukan Internet
110
Ekonomi dan Kerajaan
Refleksi
✓ Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi
Menjelaskan peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan.
Menjelaskan peranan kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi negara.
Menjelaskan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif.
Menganalisis dan menghubung kait ketiga-tiga peranan kerajaan.
1.2 Penunjuk Ekonomi
Menjelaskan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai alat ukuran inflasi.
Menerangkan jenis inflasi dan menganalisis kesan inflasi.
Mendefinisikan pengangguran dan menganalisis jenis pengangguran.
Mendefinisikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menjelaskan KDNK sebagai ukuran pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan data.
Menjelaskan sebab dan akibat pertumbuhan ekonomi.
1.3 Alat Dasar Ekonomi
Menjelaskan maksud dasar fiskal.
Mengklasifikasikan cukai langsung, cukai tak langsung dan hasil bukan cukai.
Mengenal pasti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
Menganalisis kesan belanjawan defisit dan belanjawan lebihan terhadap ekonomi negara.
Menjelaskan maksud dasar kewangan dan alat dasar kewangan yang digunakan oleh bank pusat.
Menganalisis kesan penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan terhadap ekonomi.
Menilai kesan atas objektif makroekonomi negara akibat alat dasar ekonomi yang berbeza.
ISTILAH BM - BI 1.3 Alat Dasar Ekonomi
• Dasar fiskal (Fiscal policy)
1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi • Cukai langsung (Direct tax)
• Barang awam (Public goods) • Cukai tak langsung (Indirect tax)
• Barang sosial (Social goods) • Hasil bukan cukai (Non-tax revenue)
• Makroekonomi (Macroeconomics) • Cukai regresif (Regressive tax)
• Guna tenaga penuh (Full employment) • Cukai progresif (Progressive tax)
• Imbangan pembayaran (Balance of payments) • Cukai berkadar malar (Flat tax)
• Majikan (Employer) • Agihan pendapatan (Income distribution)
• Perbelanjaan mengurus (Operating expenditure)
1.2 Penunjuk Ekonomi • Perbelanjaan pembangunan
• Indeks harga pengguna (Consumer
(Development expenditure)
price index) • Dasar kewangan (Monetary policy)
• Keluaran Dalam Negara Kasar (Gross • Belanjawan negara (National budget)
domestic product) 111
• Pertumbuhan ekonomi (Economic growth)
• Pengangguran (Unemployment)
• Inflasi (Inflation)
Bab 1
Latihan Sumatif 1
A Soalan Objektif
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1. Gambar di bawah menunjukkan perkhidmatan 4. Maklumat di bawah menunjukkan suatu
kerajaan. penunjuk ekonomi.
Tahun Indeks Harga Pengguna
(IHP)
2014
2015 123.7
116.1
Perubahan = 7.6%
Berdasarkan penunjuk ekonomi di atas,
apakah takrifan yang boleh dibuat?
Apakah matlamat utama kerajaan A Nilai wang menurun 7.6%
menyediakan perkhidmatan tersebut? B Kos hidup menurun 7.6%
A Menjana hasil kerajaan C Kos hidup meningkat 7.6%
B Memonopolikan pasaran D Taraf hidup menurun 7.6%
C Menjaga kebajikan masyarakat
D Memperoleh keuntungan jualan 5. Apakah punca berlakunya inflasi tolakan
kos dalam ekonomi?
2. Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli I Kenaikan harga saham
semula jadi. II Tuntutan kesatuan sekerja
A Lebih daripada seorang pengeluar III Kenaikan harga bahan mentah
B Berkuasa untuk menentukan harga IV Kenaikan pendapatan boleh guna
C Persaingan bukan harga amat penting pengguna
D Kebebasan firma untuk masuk dan A I dan II
keluar pasaran B I dan IV
C II dan III
3. Apakah objektif makroekonomi negara D III dan IV
yang ingin dicapai oleh kerajaan?
I Pertumbuhan ekonomi 6. Sekiranya kadar inflasi telah meningkat,
II Imbangan pembayaran defisit apakah kesannya terhadap aktiviti ekonomi
III Tingkat harga umum meningkat dalam sesebuah negara?
IV Kadar pengangguran kurang daripada 4% A Jumlah tabungan meningkat
A I dan II B Jumlah dan nilai eksport bertambah
B I dan IV C Kadar pengangguran menurun
C II dan III D Pendapatan boleh guna semakin
D III dan IV bertambah
112
7. Maklumat di bawah adalah berkaitan Ekonomi dan Kerajaan
dengan inisiatif kerajaan.
10. Antara penggunaan alat dasar kewangan
Sistem pendidikan negara sentiasa yang berikut, yang manakah boleh
dikaji semula supaya selaras dengan dijalankan untuk mengatasi masalah
keperluan pasaran buruh. pengangguran?
A Menurunkan nisbah rizab tunai
Tindakan kerajaan tersebut adalah untuk B Mengetatkan syarat sewa beli
mengatasi masalah C Menjual surat jaminan kerajaan
A pengangguran geseran D Menaikkan nisbah rizab berkanun
B pengangguran struktur
C inflasi tarikan permintaan 11. Pernyataan di bawah berkaitan dengan
D imbangan pembayaran defisit sejenis cukai.
8. Pilih pasangan yang benar tentang konsep Apabila tingkat pendapatan semakin
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). meningkat, kadar cukai yang dikenakan
semakin menurun.
Pemilikan sumber Tempat keluaran
Pernyataan di atas berkaitan dengan cukai
ekonomi barang A langsung
B tak langsung
A Firma tempatan Dalam dan luar C progresif
negara D regresif
B Firma tempatan Dalam dan luar 12. Antara faktor yang berikut, yang manakah
negara akan merangsang pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara?
C Firma tempatan Luar negara I Sikap masyarakat yang terbuka
dan asing II Kadar kelahiran yang menurun
III Agihan pendapatan yang seimbang
D Firma tempatan Dalam negara IV Insentif pelaburan dalam ekonomi
dan asing A I dan II
B I dan IV
9. Dasar fiskal boleh menggalakkan pertumbuhan C II dan III
ekonomi melalui D III dan IV
I kenaikan cukai
II penurunan cukai 13. Apabila kadar pertumbuhan ekonomi
III pertambahan perbelanjaan kerajaan melebihi kadar pertambahan penduduk,
IV pengurangan perbelanjaan kerajaan maka taraf kemakmuran rakyat
A I dan II A meningkat
B I dan IV B menurun
C II dan III C tidak berubah
D III dan IV D tidak dapat ditentukan
113
Bab 1
B Soalan Esei
Arahan: Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu unit ekonomi.
(a) Apakah unit ekonomi tersebut?
(b) Jelaskan matlamat utama unit ekonomi di(a).
(c) Jelaskan tiga peranan yang dimainkan oleh unit ekonomi ini.
2. Rajah di bawah berkaitan dengan inflasi.
Inflasi
Inflasi tarikan permintaan Inflasi tolakan kos Inflasi diimport
(a) Jelaskan punca yang menyebabkan ketiga-tiga jenis inflasi ini.
(b) Nyatakan kesan inflasi terhadap ekonomi dalam aspek yang berikut:
(i) Pendapatan benar isi rumah
(ii) Nilai eksport negara
(iii) Pengangguran
3. Perbualan di bawah menggambarkan suatu keadaan ekonomi.
Hai, Amir, ada baca surat khabar semalam? Betul, Abu. Di kawasan perumahan saya
Kadar pengangguran negara dilaporkan telah sudah ada dua buah kilang membuat
mencecah 5.6 peratus. Nampaknya banyak kilang pakaian ditutup pada bulan lepas.
besar telah memberhentikan pekerja.
114
Ekonomi dan Kerajaan
(a) Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?
(b) Jelaskan kesan keadaan ekonomi dari aspek:
(i) ekonomi
(ii) sosial
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi?
(b) Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi diukur?
(c) Mengapakah pertumbuhan ekonomi adalah berbeza antara negara?
(d) Mengapakah kerajaan amat mengutamakan pertumbuhan ekonomi dalam negara?
5. Rajah di bawah menunjukkan dasar ekonomi kerajaan.
Dasar ekonomi kerajaan
Dasar fiskal X
(a) Apakah X?
(b) Institusi yang manakah bertanggungjawab untuk melaksanakan X?
(c) Apakah alat dasar yang digunakan dalam X?
(d) Bagaimanakah X membantu mengatasi keadaan ekonomi berikut:
(i) Pengangguran
(ii) Inflasi
6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan negara?
(b) Bezakan antara belanjawan lebihan dengan belanjawan defisit.
(c) Bagaimana belanjawan lebihan boleh digunakan untuk menyelesaikan ketidakstabilan
ekonomi?
(d) Jelaskan kesan belanjawan defisit terhadap ekonomi sesebuah negara.
7. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu perbelanjaan kerajaan.
(a) (i) Apakah jenis perbelanjaan tersebut?
(ii) Terangkan secara ringkas jenis perbelanjaan di (a)(i).
(b) Mengapakah kerajaan menyediakan kemudahan tersebut?
(c) Jelaskan sumber hasil kerajaan untuk menanggung perbelanjaan di (a)(i).
(d) Berikan satu contoh bagi setiap jenis sumber hasil yang telah dijelaskan di (c).
Jawapan
Anda boleh menyemak jawapan anda bagi
Latihan Sumatif 1 di sini:
http://bukutekskssm.my/Ekonomi/Jawapan1.pdf
115
Bab 1
Kajian Kes
Bajet Dirangka Selaras Unjuran Pendapatan
Belanjawan negara merupakan anggaran perbelanjaan kerajaan berdasarkan unjuran
pendapatan yang bakal diraih. Penyediaan belanjawan negara bukan mudah seperti
penyediaan belanjawan peribadi. Belanjawan negara besar jumlahnya manakala belanjawan
peribadi setakat jumlah pendapatan bulanan individu. Tambahan pula, belanjawan negara
dibuat dalam jangka masa setahun.
Jumlah perbelanjaan boleh ditentukan, tetapi berapa pendapatan yang bakal diraih cuma
boleh diunjurkan berdasarkan sumber sedia ada dan yang dijangkakan. Sumber itu kebanyakan
dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk yang di luar kawalan. Jadi apa yang boleh dibuat
oleh kerajaan ialah melakukan unjuran setepat mungkin agar pendapatan sebenar yang
diraih tidak tersasar jauh daripada diunjurkan. Perbelanjaan yang dibuat perlulah dipastikan
supaya menyelesaikan masalah rakyat dan juga perlu merangsangkan ekonomi kerana akan
menentukan sasaran pendapatan dapat dicapai.
Bagi Bajet 2017, sejajar dengan kelemahan ekonomi luaran, perbelanjaan kerajaan terus
ditumpukan kepada usaha merangsang permintaan domestik. Dalam hal ini, strategi
serampang dua mata terus digunakan. Sebagai contoh, langkah menaikkan kadar Bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Selain objektif utama membantu golongan berpendapatan rendah
menangani kenaikan kos sara hidup, BR1M juga adalah pakej merangsang ekonomi. BR1M
ini akan menyuntik RM6.8 bilion perbelanjaan ke dalam ekonomi yang dapat memanfaatkan
sektor perniagaan. Begitu juga dengan cadangan menaikkan elaun ketua kampung dan imam
serta Bantuan Khas masing-masing RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara.
Bantuan Khas kepada lebih 1.6 juta penjawat awam sahaja bakal menyuntik perbelanjaan
domestik tambahan sekitar RM800 juta.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bajet dirangka selaras unjuran pendapatan’ oleh Saidon Idris,
24 Oktober 2016
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut.
(a) (i) Berikan definisi belanjawan negara dan belanjawan peribadi.
(ii) Tunjukkan perbezaan antara kedua-dua belanjawan tersebut berdasarkan jadual
di bawah.
Ciri-ciri Belanjawan negara Belanjawan peribadi
Anggaran hasil / pendapatan
Kegunaan hasil / pendapatan
(b ) (i) Apakah kesan terhadap ekonomi negara apabila kerajaan memberikan Bantuan Rakyat
1 Malaysia (BR1M) kepada rakyatnya?
(ii) Apakah jenis belanjawan negara yang harus digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah tersebut?
(c) Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah belanjawan defisit?
116
Ekonomi dan Kerajaan
Kerja Tugasan
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk-tajuk di
bawah mengikut turutan nombor. Kumpulan 1 untuk tajuk 1, kumpulan 2 untuk tajuk 2 dan
seterusnya hingga ke kumpulan 5.
Kajian tentang arah aliran kadar inflasi atau kadar pengangguran di Malaysia dari
1 tahun 2012 hingga tahun 2015. Jelaskan kesan dan cadangkan cara mengatasi
masalah inflasi atau pengangguran.
Kajian tentang arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun
2 2012 hingga tahun 2015. Jelaskan kesan dan cadangkan cara mengatasi masalah
yang timbul dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.
3 Kajian tentang arah aliran KDNK di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun 2015.
Jelaskan arah aliran tersebut.
4 Kajian tentang Bajet Negara dari tahun 2014 hingga tahun 2015. Jelaskan secara
terperinci sumber pendapatan kerajaan dan peruntukan untuk perbelanjaan kerajaan.
Kajian tentang Imbangan Pembayaran di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun
5 2015. Jelaskan kedudukan imbangan pembayaran dan cadangkan cara mengatasi
situasi imbangan pembayaran defisit.
Setiap kumpulan boleh mencari maklumat daripada Internet, laporan-laporan ekonomi Bank
Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan, atau buku-buku yang berkaitan.
Laman Web bank pusat dan Kementerian Kewangan:
http://www.bnm.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
Bentangkan hasil kajian di depan kelas dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.
2. Maximus bekerja sebagai seorang akauntan di agensi kerajaan, manakala kawannya Tan Boon
Mui bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai akauntan juga. Pendapatan Maximus dan Tan
Boon Mui adalah sama. Cukai pendapatan yang dikenakan terhadap Maximus yang telah
berkeluarga adalah sebanyak RM1 000 setahun manakala Tan Boon Mui yang belum berkahwin
dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM2 000 setahun.
Mengapakah Maximus dan Tan Boon Mui dikenakan cukai pendapatan individu yang berlainan
antara satu sama lain? Murid-murid boleh mendapatkan maklumat daripada Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) melalui laman webnya iaitu www.cukai.gov.com.my.
117
Di Sisi Anda
Pada peringkat dunia, Malaysia berada pada tangga ke-10 negara yang paling kerap dilawati
menurut Tourism Highlights Edisi 2013 terbitan Organisasi Pelancongan Dunia (World Tourism
Organization, UNWTO) dengan ketibaan pelancong seramai 25 juta pada tahun 2012. Kuala
Lumpur turut dinobatkan sebagai bandar beli-belah ke-4 terbaik di dunia oleh CNN Travel
bagi dua tahun berturut-turut sejak tahun 2012. Selain itu, Best in Travel 2014 Lonely Planet
telah menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang mesti dilawati. Pengiktirafan
bertaraf dunia ini merupakan bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong.
Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/NTP-Report-2013/ETP_2013_BM.pdf
Setelah membaca petikan di atas, cuba anda
fikirkan perkara-perkara yang berikut:
(a) Apakah faktor yang mendorong
Malaysia sebagai tarikan pelancong
dunia?
(b) Apakah kesan terhadap Malaysia apabila
sektor pelancongan berkembang maju?
(c) Apakah mata wang yang digunakan
oleh pelancong asing semasa berbelanja
di negara kita?
(d) Apakah kesan terhadap negara
sekiranya masyarakat tempatan gemar
melancong ke luar negara?
(e) Bagaimanakah cara untuk menggalakkan
masyarakat tempatan untuk melancong
ke destinasi pelancongan tempatan?
Kata Kunci
• Globalisasi • Sekatan perdagangan • Liberalisasi perdagangan
• Syarikat multinasional antarabangsa • Blok ekonomi
• Pelaburan langsung asing • Perjanjian perdagangan
• Perdagangan • Tarif • Akaun semasa
• Subsidi • Kadar pertukaran asing
antarabangsa • Kuota
Malaysia dan Ekonomi Global
BAB Malaysia dan Ekonomi Global
2
Standard Kandungan:
2.1 Globalisasi 2.3 Imbangan Pembayaran
2.2 Perdagangan Antarabangsa 2.4 Kadar Pertukaran Asing
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan telah mendorong kepada proses
globalisasi. Proses globalisasi yang berlaku di dunia telah menyebabkan sempadan antara
negara semakin kurang nyata. Perdagangan antarabangsa telah menjadi kebiasaan
dalam kehidupan kita. Kita bebas memilih barang dengan pelbagai jenama yang
dikeluarkan oleh firma tempatan mahupun negara asing. Apabila menjalankan urus niaga
di peringkat antarabangsa, pertukaran mata wang asing akan terlibat dalam pembayaran
atau penerimaan wang.
Bab 2
Kios INFO 2.1 Globalisasi
Merujuk kepada Kamus Menerangkan maksud globalisasi.
Dewan Edisi Keempat, Menerangkan operasi syarikat multinasional.
globalisasi merupakan Menganalisis faktor penggalak globalisasi dalam ekonomi dari
proses yang membolehkan
sesuatu aktiviti (ekonomi, aspek peranan kerajaan serta peranan teknologi komunikasi
kebudayaan dan maklumat, pengangkutan dan pelancongan.
sebagainya) disebarkan Menilai kesan pelaburan langsung asing terhadap ekonomi
atau diperluas ke peringkat negara.
antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya
dengan adanya kemudahan
sistem komunikasi, dasar
terbuka dan sebagainya.
SEPINTAS LALU
Sekiranya anda ingin membeli sepasang kasut sukan, anda
mempunyai pelbagai pilihan jenama. Anda boleh memilih
jenama kasut buatan Malaysia atau dari luar negara. Anda juga
boleh memilih untuk membeli di kedai atau atas talian. Ubat
gigi yang anda beli mungkin dikeluarkan di negara Thailand dan
dipasarkan di Malaysia. Produk makanan jenama Adabi buatan
Malaysia boleh dibeli oleh pengguna di Jepun, Indonesia, Brunei,
Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.
Kemasukan barang dan perkhidmatan dari pelbagai negara
dari seluruh dunia memberi kesan kepada cara kita berpakaian,
makan, mengisi masa lapang dan juga berkomunikasi. Keadaan ini wujud kerana aktiviti perdagangan
telah merentasi sempadan negara dan kini merangkumi seluruh dunia.
Perniagaan kini menghadapi cabaran daripada persaingan jenama bukan sahaja
tempatan malah negara asing. Namun, sebagai seorang pengguna, apakah pendapat
anda berkenaan situasi ini? Tahukah anda mengapakah situasi tersebut berlaku Abad
dalam negara kita? ke-21
Anda boleh menonton 2.1.1 Globalisasi
video tentang globalisasi
di sini: Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
http://www.investopedia. pengangkutan dan perhubungan menyebabkan aliran maklumat,
com/video/play/ bahan dan manusia antara negara berlaku dengan pantas dan
globalization/ secara tidak langsung telah merangsang proses globalisasi di
dunia. Globalisasi menyebabkan sempadan antara negara
ENG seolah-olah tidak wujud dan dunia dianggap sebagai satu unit.
Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia,
firma dan kerajaan pelbagai negara.
120
Malaysia dan Ekonomi Global
Ciri-ciri Globalisasi
Apabila globalisasi berlaku dalam sesebuah negara, proses
interaksi dan integrasi antara unit ekonomi dalam negara
itu dengan negara lain akan meningkat. Proses globalisasi
memerlukan masyarakat sesebuah negara berfikir secara lebih
terbuka dan bersedia menerima pandangan atau kritikan
daripada pelbagai negara lain di dunia. Sesebuah negara
dikatakan mengalami proses globalisasi apabila muncul ciri-
ciri yang berikut dalam negara tersebut:
Pasaran baharu
• Perkembangan pasaran global dalam perkhidmatan perbankan,
insurans, pengangkutan dan lain-lain
• Kelonggaran undang-undang
• Pasaran pengguna global dengan jenama global
Peserta baharu
• Syarikat multinasional yang mengintegrasikan pengeluaran dan
pemasaran mereka, mendominasi pengeluaran dunia
• Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – organisasi pelbagai
hala pertama yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan
sesebuah negara mematuhi peraturan perdagangan bebas
• Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU),
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan lain-lain
• Peningkatan dalam organisasi yang menyelaraskan dasar seperti
G-7, G-8, OECD, IMF dan Bank Dunia
Kaedah komunikasi baharu
• Lebih cepat dan murah
• Internet dan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang
ramai secara serentak
• Telefon bimbit
• Mesin faks
• Pengangkutan yang lebih cepat dan lebih murah melalui udara,
kereta api, laut dan jalan raya
• Reka bentuk bantuan komputer dan pembuatan
Peraturan dan norma baharu
• Peluasan dasar ekonomi kapitalis yang merebak ke seluruh dunia seperti
penswastaan d an liberalisasi perdagangan
• Demokrasi sebagai pilihan politik
• Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia
• Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global – biodiversiti, lapisan
ozon, pelupusan sisa berbahaya, serta perubahan iklim
• Perjanjian perdagangan pelbagai hala
• Perjanjian pelbagai hala untuk perkhidmatan, harta intelek, komunikasi
• Perjanjian pelbagai hala mengenai pelaburan
121
Bab 2 Negara
Indeks
92
91
90
89
88
87
86
85
84
83
82
Ireland
Belanda
Belgium
Austria
Singapura
Sweden
Denmark
Portugal
Switzerland
Finland
Indeks Globalisasi
Sumber: http://globalization.kof.ethz.ch/media/filer_public/2015/03/04/rankings_2015.pdf, tahun 2015
Rajah 2.1 Sepuluh negara yang paling banyak terlibat dalam globalisasi pada tahun 2015
Tahap globalisasi dalam sesebuah negara dapat ditunjukkan
melalui indeks globalisasi yang mengambil kira tiga aspek
iaitu ekonomi, sosial dan politik.
Pada tahun 2015, Malaysia berada pada tangga ke-26 di dunia
dan merupakan negara yang ke-2 tertinggi antara negara ASEAN
selepas Singapura. Pencapaian Malaysia dalam ketiga-tiga aspek
yang dinilai adalah seperti yang berikut:
Aspek yang dinilai Ekonomi Sosial Politik
Indeks globalisasi 80.30 74.65 83.70
Sumber: http://globalization.kof.ethz.ch/media/filer_public/2015/03/04/rankings_2015.pdf, tahun 2015
Aktiviti 2.1.1
(a) Nyatakan tiga contoh yang menunjukkan globalisasi dalam kehidupan anda.
(b) Malaysia dan Singapura mempunyai perbezaan dari segi tahap globalisasi. Bagaimanakah
perbezaan tersebut mempengaruhi kehidupan penduduk di kedua-dua negara?
(c) Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan daripada proses globalisasi?
F 1. Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai
O negara.
K
U 2. Ciri-ciri globalisasi termasuklah pasaran baharu, peraturan dan norma baharu, kaedah
S komunikasi baharu dan peserta baharu.
122
2.1.2 Syarikat Multinasional Malaysia dan Ekonomi Global
Proses globalisasi telah mengubah pemikiran dan pandangan Anda boleh menonton
pemilik firma. Dunia tanpa sempadan telah mencipta video tentang syarikat
pasaran yang luas bagi firma untuk memasarkan barang atau multinasional di laman
perkhidmatan masing-masing. Kini, semakin banyak syarikat web yang berikut:
multinasional telah muncul dalam ekonomi. http://www.investopedia.
com/video/play/
Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa multinational-
negara secara serentak. corporations/
Antara syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia ialah ENG
Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad, Maybank dan CIMB
Group. Misalnya, Syarikat Axiata Group Berhad mempunyai Cabar Diri Anda
pejabat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh,
Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand yang Selain contoh yang diberikan
menggajikan hampir 30 000 pekerja dengan hasil pendapatan dalam teks, nyatakan
sebanyak RM21.6 bilion pada tahun 2016 (www.axiata.com, dua contoh syarikat
tahun 2016). multinasional yang lain.
Sesebuah syarikat dianggap sebagai syarikat multinasional
sekiranya mempunyai tiga ciri yang berikut:
Ciri-ciri syarikat multinasional
Firma besar yang Pemindahan teknologi Semua cawangan
mempunyai yang canggih antara firma dikawal oleh
cawangan di cawangan di negara
firma induk di
beberapa buah yang berbeza negara asal
negara
Rajah 2.2 Ciri-ciri syarikat multinasional 123
Bab 2
Sudut DUNIA Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa
Nilai dagangan ASEAN pada Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang
tahun 2015 besar kepada firma yang ingin menjual atau mendapatkan faktor
pengeluaran. Sesebuah firma memasuki operasi antarabangsa
Negara Nilai dagangan disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:
(USD juta)
1 Meluaskan pasaran
Indonesia 292 977
2 Perlindungan perdagangan
Filipina 128 944
3 Kos pengangkutan yang tinggi
Vietnam 327 744
4 Bahan mentah atau hasil bumi yang unik
Thailand 417 147
5 Tenaga buruh dengan kemahiran khusus
Myanmar 28 275
Meluaskan pasaran
Malaysia 375 830 • Sesebuah firma yang ingin meluaskan pasarannya akan
Kemboja 19 676 memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara.
• Hal ini disebabkan penduduk di negara asal firma, misalnya
Laos 6 763
Malaysia adalah lebih kecil jika berbanding dengan
Singapura 663 109 penduduk di seluruh dunia.
• Misalnya, syarikat Proton memasuki pasaran Singapura,
Brunei 9 392 Thailand dan sebagainya supaya mendapat keuntungan
yang maksimum.
Sumber: http://data.aseanstats.org,
August 2016 Perlindungan Perdagangan
• Aktiviti eksport barangan ke negara tertentu disekat oleh
Cabar Diri Anda
pelbagai sekatan perdagangan seperti cukai.
Mengapakah kerajaan • Masalah ini boleh diatasi dengan membuka operasi
mengenakan cukai yang
tinggi atas kereta jenama pengeluaran di negara berkenaan.
negara asing yang diimport • Misalnya, Syarikat KIA, sebuah firma automobil dari Korea
tetapi cukai yang lebih
rendah bagi kereta yang Selatan bekerjasama dengan Syarikat Naza Automotive
sama apabila dikeluarkan di Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM), sebuah firma automobil
kilang tempatan? tempatan untuk mengeluarkan dan mengedarkan kereta
jenama KIA di Malaysia.
• Oleh sebab pengeluaran kereta tersebut dilakukan di
Malaysia, kadar cukai yang dikenakan atasnya adalah lebih
rendah berbanding dengan kereta KIA yang diimport dari
kilang asal di negara Korea Selatan.
124
Kos Pengangkutan yang Tinggi Malaysia dan Ekonomi Global
• Kebiasaannya, kos pengangkutan meliputi 10% daripada Cabar Diri Anda
kos pengeluaran sesuatu produk.
Apakah kesan kos
• Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi pengangkutan yang tinggi
pengeluaran akan meningkatkan kos pengeluaran. terhadap kehidupan seharian
anda?
• Pengeluar terpaksa menaikkan harga produk supaya
mendapat margin keuntungan.
• Peningkatan harga produk menyebabkan produk kehilangan
daya saingan di pasaran antarabangsa.
• Oleh itu, syarikat multinasional yang rasional akan
membuka tapak pengeluaran yang baharu di rantau-rantau
yang berhampiran dengan pasaran baharu yang disasarkan.
• Tindakan ini bukan sahaja menjimatkan kos pengangkutan
pengeluar, malah juga dapat memastikan pengedaran
produk kepada penjual atau pengguna dijalankan dengan
selamat dan menepati masa yang dijanjikan.
Harga minyak petrol yang semakin tinggi telah menyebabkan kos
pengangkutan semakin meningkat. Penentuan harga minyak sama ada
naik atau turun disebabkan oleh Mekanisme Penetapan Harga Minyak
(Automatic Pricing Mechanism), kadar pertukaran mata wang Ringgit
Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesan penghapusan
subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan. APM merupakan satu mekanisme
yang menstabilkan harga petrol dan diesel dalam negara sehingga ke
tahap tertentu. Oleh itu, harga runcit hanya perlu diselaraskan jika
berlaku perbezaan dalam harga semasa.
Bahan Mentah atau Hasil Bumi yang Unik Malaysia merupakan
pengeluar kelapa sawit yang
• Kekurangan bahan mentah di negara asal boleh menyebabkan kedua terbesar di dunia selepas
masalah gangguan atas aktiviti pengeluaran.
Indonesia
• Bahan mentah mungkin mengalami kerosakan atau
kehilangan dalam proses pengangkutan.
• Kadangkala, bekalan bahan mentah mungkin tidak dapat
menepati jadual pengeluaran kerana masalah luar jangkaan
yang timbul dalam perjalanan seperti cuaca buruk.
• Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya
dengan bahan mentah dapat mengatasi masalah tersebut.
• Misalnya, industri perabot di Malaysia menghadapi masalah
kekurangan sumber kayu dan memindahkan operasi
pengeluaran ke negara seperti Thailand, Vietnam dan
Indonesia untuk mengatasi masalah ini.
125
Bab 2 Tenaga Buruh dengan Kemahiran Khusus
Kos buruh yang rendah • Syarikat multinasional memulakan operasi di luar negara
menarik syarikat multinasional untuk menjimatkan kos buruh dalam proses pengeluaran
supaya dapat memaksimumkan keuntungan.
untuk membina tapak
pengeluaran di sesuatu negara • Negara seperti Thailand, Vietnam, China dan Indonesia
mampu menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran
dengan kos yang lebih rendah.
• Kos buruh yang rendah ini menarik syarikat multinasional
seperti Nike, Adidas dan Samsung untuk membuka kilang
di negara berkenaan.
• Kos upah yang lebih rendah membolehkan produk dapat
dikeluarkan dengan kos yang rendah dan seterusnya
menyediakan produk berharga rendah kepada pengguna.
• Daya saingan firma dari segi harga barang juga dapat
ditingkatkan.
Risiko bagi Syarikat Multinasional
Walaupun beroperasi di peringkat antarabangsa mendatangkan banyak kebaikan kepada syarikat
multinasional, tindakan membuka operasi baharu di negara lain sebenarnya mempunyai banyak risiko.
Antaranya adalah seperti yang berikut:
Risiko kehilangan aset akibat Tenaga buruh yang tidak
peperangan dalaman atau berkemahiran atau tidak
luaran kerana perbezaan bermotivasi dalam pengeluaran.
ideologi atau pandangan politik.
Risiko perubahan parti politik Kemungkinan menerima
di pasaran baharu kerana bantahan masyarakat
kerajaan baharu mungkin tempatan di pasaran baharu
melaksanakan polisi baharu kerana bayaran gaji yang
yang akan merugikan syarikat rendah dianggap sebagai
multinasional. mengeksploitasi hak mereka.
Kekurangan kemudahan asas Risiko kesukaran mendapat balik
di sesetengah negara kurang keuntungan kerana sesetengah
membangun menyukarkan negara mengehadkan syarikat
proses komunikasi antara multinasional hanya boleh
negara dan melambatkan mengalirkan sebahagian
keputusan. keuntungan keluar kepada firma
induk dan bakinya dikehendaki
dilaburkan semula dalam
pasaran tempatan.
Oleh itu, firma harus menjalankan analisis yang teliti dari segi politik, ekonomi dan sosial terhadap sesebuah
negara sebelum membuka operasi di negara tersebut.
126
Aktiviti 2.1.2 Operasi Global Maybank Malaysia dan Ekonomi Global
China
Uzbekistan
Vietnam
Hong Kong
Kemboja
Arab Saudi Pakistan Laos Filipina
Bahrain India Thailand Brunei
Papua New Guinea
Singapura
Indonesia
Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara serta menawarkan produk Islam
kelima terbesar di dunia. Pasaran utama Maybank meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Maybank beroperasi di 10 buah negara ASEAN dan mempunyai rangkaian cawangan sebanyak
1,177 pejabat di ASEAN. Maybank juga memiliki operasi di pusat kewangan antarabangsa
termasuk Hong Kong, Shanghai, London, New York dan Bahrain di samping mempunyai syarikat
sekutu di Pakistan dan Vietnam. Maybank mencatat pendapatan operasi bersih sebanyak
RM21.2 bilion dengan jumlah aset sebanyak RM708 bilion.
Sumber: http://www.maybank.com, tahun 2017
(a) Anda diminta menulis sebuah laporan tentang operasi antarabangsa Maybank. Laporan anda
harus meliputi aspek yang berikut:
(i) Bentuk aktiviti yang dijalankan oleh Maybank di pasaran global
(ii) Cabaran yang dihadapi oleh Maybank apabila beroperasi di peringkat global
(iii) Kelebihan memasuki pasaran global
(b) Anda diminta membentangkan hasil laporan anda di dalam kelas.
F 1. Syarikat multinasional ialah syarikat yang beroperasi di beberapa negara secara serentak.
O
2. Dorongan syarikat dalam operasi antarabangsa adalah seperti yang berikut:
K (a) Meluaskan pasaran (d) Bahan mentah atau hasil bumi yang unik
U (b) Perlindungan perdagangan (e) Tenaga buruh dengan kemahiran khusus.
S (c) Kos pengangkutan yang tinggi
127
Bab 2 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
Layari laman web di Proses globalisasi membawa kebaikan kepada ekonomi
bawah untuk mengetahui Malaysia. Banyak syarikat multinasional melihat Malaysia
sebab-sebab syarikat sebagai suatu negara sedang membangun yang amat berpotensi
multinasional harus bagi perkembangan perniagaan mereka. Pelaburan syarikat
mempertimbangkan multinasional dalam Malaysia telah menyumbang kepada
Malaysia sebagai pendapatan negara dan juga pertumbuhan ekonomi tempatan.
pelaburan mereka.
http://www.mida.gov. Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan sumbangan
my/home/why-malaysia/ pelaburan modal asing dalam ekonomi dan telah melakukan
posts/?lg=MAL pelbagai inisiatif dari aspek seperti yang berikut:
BM 1 Peranan kerajaan 2 Infrastruktur teknologi maklumat
dan komunikasi yang maju
3 Infrastruktur pengangkutan yang baik 4 Pelancongan
Kios INFO Peranan Kerajaan
Lembaga Pembangunan • Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam
Pelaburan Malaysia (MIDA) menggalakkan globalisasi dalam sesebuah negara. Sebagai
merupakan agensi kerajaan pemimpin dalam negara, kerajaan mempunyai pengaruh
yang membantu firma yang terhadap pandangan masyarakat tempatan tentang proses
berhasrat untuk melabur globalisasi.
dalam sektor perkilangan
dan perkhidmatan, serta • Bagi Malaysia, kerajaan telah mengamalkan sifat terbuka
memudahkan pelaksanaan terhadap kemasukan syarikat multinasional. Perkara
projek-projek mereka. ini jelas dilihat apabila kerajaan melonggarkan kawalan
Pelbagai perkhidmatan terhadap aktiviti ekonomi. Dasar kerajaan, undang-
yang disediakan oleh MIDA undang atau insentif yang diberikan oleh kerajaan akan
termasuk menyediakan mempengaruhi perkembangan globalisasi dalam negara.
maklumat mengenai
peluang pelaburan dan • Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan
memudahkan firma luar seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adalah
untuk mencari rakan usaha untuk menggalakkan kerjasama antara negara dalam
sama. ekonomi.
• Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan
dan pelbagai insentif seperti pelepasan cukai dan taraf
perintis telah diperkenalkan untuk menarik syarikat
multinasional dari negara lain.
• Polisi kerajaan seperti pengecualian visa untuk rakyat
negara tertentu dan pemberian visa semasa ketibaan
bagi mengalu-alukan kepakaran dari negara lain untuk
menyumbang dalam ekonomi Malaysia.
128
Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang Maju El Malaysia dan Ekonomi Global
• Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada emen
suatu sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui Merentas Kurikulum
penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
Pengguna Internet Malaysia
• Perkembangan dalam ICT didorong oleh perkembangan
Internet. Pada tahun 2015, Malaysia
telah muncul sebagai negara
• Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun sesebuah ketiga yang mencatatkan
firma mempunyai cawangan di beberapa negara. peratusan tertinggi untuk
segmen pengguna Internet
• Kemudahan ICT seperti mel elektronik (e-mail) dan sidang dengan nilai sebanyak 67
video (video conferencing) memudahkan proses komunikasi. peratus selepas Singapura
dan Brunei daripada jumlah
• Masalah yang wujud dalam operasi perniagaan dapat keseluruhan pengguna
diselesaikan dengan mudah dan pantas. Internet di seluruh Asia
Tenggara kira-kira 252.4 juta.
• Pemindahan maklumat juga dapat dibuat dengan mudah,
pantas dan murah. Sumber: http://www.hmetro.com.
• Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan my/node/103534, tahun 2015
idea bergerak dengan pantas antara individu, antara
organisasi dan juga antara negara. E-dagang Malaysia
• Keadaan ini menggalakkan inovasi, produktiviti dan juga Hasil jualan aktiviti e-dagang
pertumbuhan ekonomi. di Malaysia pada tahun 2015
mencatat nilai sebanyak
• Malaysia mempunyai pengguna Internet hampir 20.1 juta USD2.1 bilion dan merupakan
orang yang menggunakan kemudahan ini untuk mengakses angka yang tertinggi di Asia
maklumat, membuat urus niaga kewangan, dan juga Tenggara.
pembelian barang atas talian (Malaysia Kini, tahun 2015).
Sumber: www.
• Pengguna boleh membeli pelbagai barang dari negara enterpriseinnovation.net/
lain melalui Internet dan kemajuan kemudahan ini telah article/southeast-asia-e-
menggalakkan perkembangan globalisasi. commerce-revenue-exceed-
25-b-2020-139583281, tahun 2016
Kemudahan sidang video (video conferencing) membolehkan wakil cawangan dari negara yang berbeza
untuk mengadakan mesyuarat pada masa yang sama
129
Bab 2
Infrastruktur Pengangkutan yang Baik
• Sistem pengangkutan meliputi pengangkutan darat, udara
dan air.
• Sistem pengangkutan telah mengalami evolusi yang
mendadak sepanjang peredaran zaman.
• Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor
penggalak yang besar dalam proses globalisasi.
• Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat
mengurangkan kos pengangkutan barang antara negara.
Keadaan ini membolehkan pengeluar menyediakan barang
pada harga yang lebih murah.
• Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang sangat
efektif kerana hampir semua bandar utama dihubungi oleh
jalan raya. Keadaan ini memudahkan aktiviti pemindahan
barang dan penumpang.
• Kewujudan syarikat pengangkutan udara seperti MAS
telah memudahkan pergerakan manusia dari satu negara
ke negara lain.
• Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan
mudah dengan adanya kemudahan penerbangan kos
rendah.
• Kebanyakan laluan penghantaran memerlukan cara
pengangkutan yang berbeza.
• Contohnya, barang yang dihantar melalui kapal laut akan
tiba di pelabuhan. Kemudian, barang tersebut akan dihantar
dengan lori kontena dari pelabuhan ke kilang atau syarikat.
u dalam Pemilihan Cara Pengangkutan
Penent Sifat barang Tarikh Global
sama ada tahan
penghantaran
lama atau
Jarak tidak yang telah
pengangkutan dijanjikan
Faktor Kos
geografi pengangkutan
yang
dikenakan
130
Malaysia dan Ekonomi Global
Pelancongan Cabar Diri Anda
• Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada Jelaskan bagaimana
ekonomi negara. faktor-faktor yang berikut
mempengaruhi proses
• Kerajaan Malaysia menjangkakan ketibaan 30.5 juta globalisasi dalam sesebuah
pelancong pada tahun 2016 dengan penerimaan perbelanjaan negara.
pelancong sebanyak RM103 bilion (Kementerian (a) Peranan kerajaan
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, tahun 2015). (b) Infrastruktur
• Memandangkan sumbangan besar sektor pelancongan pengangkutan yang baik
kepada ekonomi negara, pelbagai galakan dan insentif (c) Pelancongan
diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor (d) Infrastruktur teknologi
pelancongan. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan
proses globalisasi. maklumat dan komunikasi
yang maju
• Pembukaan lapangan terbang KLIA2 khusus untuk syarikat
penerbangan tempatan dan antarabangsa kos rendah juga
memudahkan pergerakan manusia di antara negara.
• Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan,
penginapan, pakej pelancongan atas talian telah mengurangkan
kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan.
• Misalnya, seorang rakyat Amerika boleh menempah tiket
penerbangan daripada Syarikat Penerbangan Malaysia
(Malaysian Airline System Berhad, MAS) dari Johor Bahru
ke Kuala Lumpur, menempah tiket kereta api daripada
Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (Electric Train Service,
ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dan
menempah homestay Felda Mata Ayer di Padang Besar,
Perlis secara atas talian.
• Perkembangan dalam sektor pelancongan memberi impak
besar kepada perkembangan globalisasi.
Jadual 2.1 Kedatangan pelancong dan pendapatan daripada industri pelancongan
Tahun Kedatangan (Juta orang) Penerimaan (RM bilion)
2015 25.72 69.1
2014 27.44 72.0
2013 25.72 65.4
2012 25.03 60.6
2011 24.71 58.3
2010 24.58 56.5
2009 23.65 53.4
2008 22.05 49.6
Sumber: Tourism Malaysia, http://www.tourism.gov.my/statistics, tahun 2016
131
Bab 2
Aktiviti 2.1.3
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Globalisasi di Malaysia
Globalisasi diunjurkan akan meningkat di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun yang akan
datang dipacu oleh keterbukaan budaya yang diukur melalui peningkatan pelancongan,
penggunaan telefon, jalur lebar mudah alih dan Internet. Indeks Globalisasi Ernst & Young yang
diterbitkan oleh Davos minggu ini menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-27 (Amerika
Syarikat tempat ke-28) daripada 60 negara globalisasi ekonomi terbesar dunia berdasarkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Malaysia meningkat enam anak tangga daripada kedudukan ke-33 pada 2009. Hal ini
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan untuk tempoh setahun. Malaysia
menyertai Hong Kong di tempat pertama, Singapura (3), dan Taiwan (12) sebagai empat
negara Asia yang berada di kedudukan 30 terbaik dunia.
Peningkatan kedudukan tersebut didorong oleh pertumbuhan KDNK dan sektor pelancongan
negara. Peningkatan pertukaran teknologi dan idea berikutan berlaku integrasi budaya serta
perdagangan telah membantu meningkatkan pencapaian globalisasi negara. Tenaga kerja,
pergerakan sektor perkhidmatan, dan barangan juga merupakan faktor penting dalam
menyumbang kepada pencapaian globalisasi negara.
Cabaran masa depan perniagaan negara adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara
globalisasi dan pasaran tempatan agar kedua-duanya kekal relevan. Peluang perniagaan
tumbuh dengan pantas di seluruh dunia dan perniagaan yang boleh dianggap strategik di
Malaysia juga turut meningkat kesan daripada globalisasi tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Proses globalisasi Malaysia dijangka meningkat”, 4 Februari 2011,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
(a) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan globalisasi meningkat di Malaysia?
(b) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh peniaga tempatan setelah
berlakunya globalisasi dalam ekonomi negara?
F Faktor penggalak globalisasi boleh dilihat dari aspek yang berikut:
O (a) Peranan kerajaan
K (b) Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju
U (c) Infrastruktur pengangkutan yang baik
S (d) Pelancongan.
132
Malaysia dan Ekonomi Global
2.1.4 Pelaburan Langsung Asing Kios INFO
Peningkatan persaingan dan kos di negara maju menyebabkan Pengecualian cukai
sebahagian besar syarikat multinasional memindahkan operasi bermaksud pendapatan
ke negara membangun dengan tujuan untuk memperoleh perniagaan dikecualikan
faktor pengeluaran pada harga yang lebih murah. daripada cukai pendapatan
untuk tempoh tertentu.
Perkembangan globalisasi dan kedatangan syarikat multinasional Contohnya, pengecualian
ke rantau Asia Tenggara dilihat sebagai suatu peluang cukai sebanyak 70%
untuk memajukan Malaysia. Dasar mesra pelaburan yang daripada pendapatan
diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia seperti pengecualian perniagaan sehingga
cukai, kredit pelaburan dan pelepasan cukai berjaya menarik 5 tahun untuk
banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. Pada aktiviti ekonomi yang
tahun 2015, jumlah pelaburan langsung asing di Malaysia ialah dipromosikan oleh kerajaan
RM43.4 bilion berbanding RM35.6 bilion pada tahun 2014 seperti pelancongan.
(Jabatan Perangkaan Malaysia, tahun 2015).
Kios INFO
Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat
oleh firma atau individu dari luar negara untuk memulakan Pelaburan langsung asing
operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di Malaysia. adalah berbeza dengan
pelaburan portfolio yang
Pelaburan langsung asing boleh dilakukan melalui beberapa merupakan pelaburan pasif
cara seperti yang berikut: dalam sekuriti negara lain
seperti saham dan bon.
1 2 Cabar Diri Anda
Membina kemudahan Pengambilalihan Bagi setiap bentuk
pengeluaran di negara syarikat asing pelaburan langsung asing,
nyatakan satu contoh
lain 4 syarikat asing yang
menggunakan cara tersebut
3 Membuka subsidiari untuk mengembangkan
operasinya di Malaysia.
Usaha sama dengan
syarikat tempatan
133
Bab 2
RM Bilion Pelaburan Langsung Asing dalam Malaysia Tahun 2004–2015
70
60 Krisis Ekonomi Dunia
50
40
30
20
10
0 Tahun
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, tahun 2016
Rajah 2.3 Pelaburan langsung asing dalam Malaysia tahun 2014 – 2015
Kesan Positif Pelaburan Langsung Asing
Pelaburan langsung asing dalam ekonomi sesebuah
negara bermakna lebih banyak pelaburan modal oleh
syarikat multinasional dalam negara tersebut. Keadaan ini
boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam negara dan
mendatangkan manfaat seperti yang berikut:
1 Pertumbuhan ekonomi 2 Pindahan teknologi
3 Meningkatkan kemahiran 4 Meningkatkan modal
modal insan pelaburan
Kios INFO Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi • Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan
menyebabkan keluk keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh
kemungkinan pengeluaran sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu.
berpindah ke kanan.
• Kemasukan pelaburan langsung asing membantu
Barang pengguna (unit) pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi
yang canggih.
C1
C2 • Produktiviti pekerja meningkat disebabkan peningkatan
kemahiran serta penggunaan kaedah pengeluaran yang
C3 baharu.
0 K1 K2 K3 Barang • Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengeluaran
modal (unit) barang dan perkhidmatan akan meningkatkan keupayaan
pengeluaran dengan menggunakan sumber yang sedia ada.
134
Pindahan Teknologi Malaysia dan Ekonomi Global
• Pelaburan langsung asing membawa masuk teknologi yang Cabar Diri Anda
canggih ke sesebuah negara.
Pindahan teknologi dari
• Teknologi merujuk kepada kaedah yang digunakan dalam syarikat negara asing
proses pengeluaran. ke syarikat tempatan
memanfaatkan banyak pihak.
• Kemasukan mesin dan jentera, kaedah pengeluaran, kemahiran Jelaskan manfaat yang
dan tatacara baharu akan meningkatkan pengeluaran dan diterima oleh setiap pihak
juga produktiviti pekerja. yang berikut:
(a) Syarikat tempatan
(b) Pekerja syarikat
tempatan
(c) Kerajaan tempatan
(d) Syarikat negara asing
Penggunaan sistem automasi dan robotik boleh mengurangkan
kesilapan manusia dan menghasilkan lebih banyak keluaran dalam
masa yang lebih singkat
• Pengeluar tempatan yang membekalkan bahan mentah dan
komponen kepada syarikat multinasional diberi bimbingan
dan latihan serta dikenakan syarat yang ketat.
• Keadaan ini menyebabkan pengeluar tempatan berusaha
keras untuk meningkatkan mutu bahan mentah dan
komponen yang dikeluarkan supaya dapat meningkatkan
daya saing dan imej barang yang dikeluarkan oleh
pengeluar tempatan.
• Contohnya, pemindahan teknologi pembuatan dan
pemasangan kenderaan daripada Daihatsu Sendirian Berhad
kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad
(Perodua) menyebabkan peningkatan mutu keluaran dan
produktiviti pekerja Perodua.
Syarikat PLUS Malaysia Berhad menggunakan teknologi Turapan Anti-Gelincir dari Jerman untuk
mengurangkan jumlah kemalangan di lokasi-lokasi tertentu
135
Bab 2
Kios INFO Meningkatkan Kemahiran Modal Insan
Malaysia memerlukan • Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara
sekurang-kurangnya berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan pekerja yang
40 peratus pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi.
berkemahiran tinggi
daripada seluruh tenaga • Firma asing yang melabur di Malaysia membantu
kerja dalam usaha menjadi meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dengan
sebuah negara maju yang menyediakan pelbagai program latihan.
berpendapatan tinggi.
Ketika ini negara hanya • Dengan peningkatan kemahiran pekerja, produktiviti dan
memiliki 28 peratus keupayaan pekerja meningkat.
tenaga kerja berkemahiran
tinggi. Oleh itu, kerajaan • Selain kemahiran pekerja, pertumbuhan aktiviti pengeluaran
akan terus merekayasa juga sangat bergantung pada jumlah modal yang dimiliki
program latihan kemahiran oleh pengeluar.
agar lebih relevan dan
bersepadu bagi melahirkan Meningkatkan Modal Pelaburan
lebih ramai tenaga kerja
yang berkemahiran. • Modal merupakan faktor pengeluaran yang paling penting
dalam membangunkan ekonomi.
Sumber: Sinar Harian,
25 Julai 2016 • Melalui pelaburan langsung asing, lebih banyak modal
dapat dibawa masuk ke negara Malaysia dan ini dapat
Cabar Diri Anda menggalakkan pertumbuhan aktiviti pengeluaran dan
seterusnya pendapatan negara.
Apakah kesan positif
pelaburan langsung asing • Di samping itu, pemilikan ekuiti asing dalam firma Malaysia
dalam aspek yang berikut? juga dapat membantu firma tempatan yang menghadapi
(a) Guna tenaga masalah pembiayaan modal.
(b) Pendapatan negara
• Peningkatan modal membolehkan syarikat tempatan
menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih baik dan
meningkatkan keupayaan pengeluaran.
• Daya saingan firma tempatan dapat ditingkatkan dengan
peningkatan kemahiran pekerja dan penambahan modal.
Kemahiran yang diperoleh melalui kerjasama firma tempatan dengan firma asing tidak terhad
dalam aspek kemahiran teknikal sahaja, malah pekerja boleh mempelajari prosedur kerja,
kemahiran insaniah, budaya kerja dan sebagainya.
136
Malaysia dan Ekonomi Global
Kesan Negatif Pelaburan Langsung Asing
Walaupun pelaburan langsung asing mendatangkan banyak
manfaat kepada ekonomi negara, namun pelaburan langsung
asing juga membawa kesan negatif terhadap sesebuah negara
seperti yang berikut:
1 Ketidakseimbangan pendapatan
2 Kemusnahan alam sekitar 3 Aliran untung ke luar negara
Ketidakseimbangan Pendapatan Cabar Diri Anda
• Firma asing yang melabur di sesebuah negara menawarkan Sebagai seorang pengguna,
upah dan insentif yang lebih baik berbanding dengan firma adakah anda lebih suka
tempatan. membeli barang di
pusat beli-belah syarikat
• Situasi ini menyebabkan pekerja yang bekerja di firma multinasional berbanding
asing menerima pendapatan yang lebih tinggi dengan dengan pasar raya
kemudahan dan insentif yang lebih baik berbanding tempatan? Berikan alasan.
pekerja yang bekerja dalam firma tempatan.
• Oleh itu, wujudnya ketidakseimbangan pendapatan dalam
sesebuah negara.
• Syarikat multinasional seperti rangkaian pasar raya dan
pasar raya besar yang beroperasi di sesebuah negara
memberi kesan buruk kepada peniaga kecil yang terlibat
dalam perniagaan peruncitan.
• Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor
yang membawa keuntungan yang tinggi.
• Persaingan sengit menyebabkan kesukaran firma tempatan
untuk meneruskan operasi perniagaan dan menjejaskan
pendapatan peniaga tempatan.
Kemasukan pasar raya syarikat
multinasional ke dalam pasaran
tempatan mengubah corak
perbelanjaan masyarakat dan memberi
kesan terhadap jualan peniaga kecil
tempatan
137
Bab 2 Kemusnahan Alam Sekitar
Layari laman web di • Negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti
bawah dan melihat kesan bahan galian, hasil hutan dan hasil kehidupan laut.
bauksit atas penduduk
tempatan Pahang. • Sebahagian besar firma asing yang melabur di Malaysia
http://www.astroawani. ingin mengeksploitasi sumber alam yang ada di negara ini.
com/berita-malaysia/
penduduk-kuantan- • Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak
mengeluh-pencemaran- dikawal akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar.
bauksit-apa-
tindakan-64872 • Hal ini juga membawa pelbagai kesan buruk seperti
hakisan tanah, banjir kilat dan isu pencemaran yang lain.
BM
• Sebagai contoh, kegiatan perlombongan bauksit telah
memberi kesan pencemaran yang buruk terhadap alam
sekitar. Pengeluaran bauksit berlebihan tanpa kawalan
menyebabkan air sungai dan air laut berhampiran kawasan
perlombongan menjadi merah.
Cabar Diri Anda Firma yang kurang prihatin terhadap alam sekitar
di Malaysia mengakibatkan pencemaran
Mengapakah syarikat alam sekitar
multinasional menghentikan
operasi di sesebuah negara? Aliran Untung ke Luar Negara
• Firma yang melabur di sesebuah negara berhak untuk
membawa pulang keuntungan yang diperoleh ke negara asal.
• Negara yang menerima pelaburan langsung asing sukar
mengawal aliran keluar dividen dan keuntungan pelaburan.
• Aliran ke luar negara yang berlebihan dan berterusan akan
memberi kesan kepada kadar pertukaran asing sesebuah
negara.
• Tindakan firma asing membawa keluar keuntungan
pelaburan akan memberi kesan negatif kepada imbangan
pembayaran di sesebuah negara.
138
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.1.4
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
KUALA LUMPUR 2 Jun – Malaysia mengamalkan sikap memilih dalam menerima kehadiran
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan mengutamakan pelaburan-pelaburan yang bernilai
tinggi dan membangunkan tenaga mahir tempatan.
Kini berlakunya kecenderungan syarikat-syarikat multinasional (MNC) memindahkan pelaburan
mereka dari China ke ASEAN kerana ingin mendapatkan sumber yang murah. Namun, Malaysia
mengamalkan sikap memilih dengan mengutamakan pelaburan yang bernilai tinggi, melibatkan
syarikat-syarikat dalam rantaian operasi mereka dan membawa masuk teknologi mereka yang
canggih ke Malaysia.
Pada tahun 2015, Malaysia berjaya meraih FDI sebanyak RM36.1 bilion dengan syarikat-syarikat
Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan China merupakan pelabur terbesar ke dalam negara
sepanjang tahun lalu. Sektor elektrik dan elektronik seperti pengeluaran komponen elektrik
dan cakera keras merupakan antara subsektor utama yang dilaburkan di Malaysia oleh MNC.
Malaysia akan memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir tempatan dalam
usaha menarik FDI berteknologi tinggi ke negara ini. Hal ini kerana kebanyakan syarikat Barat
kini beralih arah melabur ke negara masing-masing kerana aktiviti pengeluaran mereka tidak
lagi memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai dan digantikan dengan teknologi
robotik yang lebih cekap.
Dipetik dan diubah suai daripada petikan
“Malaysia memilih terima pelaburan langsung asing”, 3 Jun 2016, Utusan Online
(a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan pelaburan langsung asing ke Malaysia.
(b) Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan mengutamakan pelaburan langsung asing
bernilai tinggi? Berikan alasan anda.
(c) Mengapakah berlaku pindahan pelaburan langsung asing dari negara China ke ASEAN?
(d) Jelaskan implikasi pelaburan langsung asing kepada Malaysia.
Pelaburan langsung asing memberikan kesan yang berikut terhadap ekonomi Malaysia:
Kesan positif Kesan negatif
F
O (a) Pertumbuhan ekonomi (a) Ketidakseimbangan pendapatan
K
U (b) Pindahan teknologi (b) Kemusnahan alam sekitar
S (c) Meningkatkan kemahiran modal insan (c) Aliran untung ke luar negara
(d) Meningkatkan modal pelaburan
139