Bab 2
Jadual 2.6 yang berikut menunjukkan imbangan dagangan
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2016.
Jadual 2.6 Imbangan dagangan Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2016
Tahun Nilai eksport barang Nilai import barang Imbangan dagangan
nampak (RM juta) nampak (RM juta) (RM juta)
2011 658,421 517,893 140,528
2012 644,864 531,835 113,029
2013 637,683 541,131 96,552
2014 678,865 565,538 113,327
2015 681,275 572,051 109,224
2016 686,075 584,693 101,382
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, tahun 2016
Cabar Diri Anda • Berdasarkan Jadual 2.6 di atas, didapati bahawa nilai eksport
nampak Malaysia adalah lebih tinggi daripada nilai import
Nyatakan dua contoh butiran nampak dari tahun 2011 hingga tahun 2016.
yang direkod di bawah akaun
perkhidmatan. • Oleh itu, Malaysia mencapai lebihan imbangan dagangan
bagi setiap tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016.
Akaun Perkhidmatan
Akaun perkhidmatan merekodkan eksport dan import barang
tak nampak dalam negara. Perbezaan antara jumlah nilai
eksport barang tak nampak dan jumlah nilai import barang
tak nampak dikenal sebagai imbangan perkhidmatan.
Imbangan perkhidmatan = Jumlah nilai eksport barang
tak nampak – Jumlah nilai
import barang tak nampak
Antara beberapa butiran penting yang direkodkan ialah
penerimaan dan pembayaran daripada aktiviti seperti:
01 02 03 04 05
Perjalanan dan Perkhidmatan Perkhidmatan Pembinaan Perkhidmatan
pengangkutan kewangan telekomunikasi, insurans dan
komputer dan
pencen
informasi
190
Akaun Pendapatan Malaysia dan Ekonomi Global
Akaun pendapatan merekodkan penerimaan dan pembayaran Cabar Diri Anda
pendapatan oleh sesebuah negara. Perbezaan antara jumlah
penerimaan dan jumlah pembayaran pendapatan sesebuah Apakah perbezaan antara
negara dikenal sebagai imbangan akaun pendapatan. pendapatan primer dengan
pendapatan sekunder?
Imbangan akaun pendapatan = Jumlah penerimaan pendapatan – Jumlah pembayaran pendapatan
Pendapatan tersebut terdiri daripada dua sumber iaitu:
Pendapatan Primer Pendapatan Sekunder
• Pampasan pekerja yang terdiri daripada • Pendapatan dalam bentuk bayaran
upah, gaji dan faedah lain yang diperoleh pindahan iaitu urus niaga yang tidak
oleh warganegara asing yang bekerja memerlukan balasan.
di Malaysia dan warganegara Malaysia
yang bekerja di luar negara. • Antaranya ialah biasiswa, bantuan,
kiriman wang dan derma.
• Pendapatan pelaburan yang merujuk
kepada pendapatan berbentuk untung
dan dividen (daripada pelaburan) yang
dibayar kepada pelabur asing yang
melabur di Malaysia serta pendapatan
yang diterima oleh warganegara Malaysia
yang melabur di luar negara.
Aktiviti 2.3.3A
Aliran Wang Keluar oleh Pekerja Asing
KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang dikirimkan ke negara asal oleh pekerja asing meningkat
sebanyak 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion pada tahun 2015. Menurut Timbalan Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, sebanyak RM28.21 bilion telah dihantar ke luar
negara oleh pekerja asing di negara kita.
“Merujuk kepada rekod, dari tahun 2011 hingga tahun 2015, destinasi utama kiriman wang
ke luar negara ialah Indonesia, diikuti dengan Bangladesh, Nepal, India dan Filipina. Dari aspek
peningkatan jumlah aliran wang keluar pada tahun 2011 adalah pada kadar 17.1 peratus dan
angka itu meningkat kepada 23.2 peratus pada tahun 2015,” katakan beliau.
Sumber: Wang pekerja asing RM34.75 bilion oleh Ahmad Mustakim Zulkifli, tahun 2016
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut.
(a) Bagaimanakah butiran di atas direkodkan dalam akaun semasa?
(b) Ramalkan kesan kepada akaun semasa Malaysia pada masa depan jika kita masih bergantung
pada pekerja asing.
(c) Mengapakah Malaysia perlu bergantung pada pekerja asing?
(d) Jelaskan kesan pergantungan kepada pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia.
(e) Bagaimanakah Malaysia boleh mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing?
191
Bab 2
Aktiviti 2.3.3B
Berdasarkan urus niaga berikut, pilih dan tandakan (✓) pada ruang berkenaan di bahagian A
dan bahagian B.
Bahagian A Bahagian B
Urus niaga Eksport nampak
Import nampak
Eksport tak nampak
Import tak nampak
Meningkatkan
defisit akaun
semasa
Mengurangkan
defisit akaun
semasa
Seorang pelajar Malaysia
melanjutkan pelajaran di Taiwan
Sebuah pasar raya besar Malaysia
membeli susu segar dari New
Zealand
Sebuah restoran di Amerika Syarikat
membeli 500 liter minyak masak dari
negara Malaysia
Firma perkapalan Malaysia
menginsuranskan kapalnya dengan
firma insurans di Britain
Syarikat Honda yang beroperasi di
Melaka menjual 1 000 buah kereta
ke negara India
Pegawai kedutaan Malaysia di
Australia menyewa sebuah rumah
peranginan di Australia
Pengeksport Filipina menghantar
barang ke Malaysia dengan kapal
terbang MAS
Seorang pelancong dari British
membayar tambang semasa menaiki
komuter di Malaysia
1. Akaun semasa merupakan komponen yang terbesar dalam imbangan pembayaran.
F 2. Akaun semasa terdiri daripada empat akaun yang berikut:
O (a) Akaun barangan
K (b) Akaun perkhidmatan
U
S (c) Akaun pendapatan primer
(d) Akaun pendapatan sekunder.
192
Malaysia dan Ekonomi Global
2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa
Akaun semasa merekodkan semua penerimaan dan pembayaran
negara dalam akaun barangan, perkhidmatan dan pendapatan.
Berdasarkan jumlah penerimaan dan pembayaran daripada
ketiga-tiga akaun, akaun semasa boleh dibahagikan kepada
dua jenis seperti berikut:
Lebihan akaun semasa Defisit akaun semasa
Penerimaan Pembayaran Penerimaan Pembayaran
RM RM RM RM RM RM
RM RM RM RM
RM RM
Jumlah penerimaan kewangan lebih besar Jumlah pembayaran kewangan lebih besar
daripada jumlah pembayaran kewangan daripada jumlah penerimaan kewangan
dalam akaun semasa
dalam akaun semasa
Aktiviti 2.3.4
(a) Berdasarkan Jadual 2.5 di muka surat 187, nyatakan jumlah penerimaan dan pembayaran
dalam akaun semasa bagi tahun 2011 hingga tahun 2016.
(b) Kenal pasti sama ada akaun semasa merupakan lebihan atau defisit bagi setiap tahun.
(c) Jelaskan cara anda mengenal pasti jenis akaun semasa pada setiap tahun.
(d) Adakah lebihan akaun semasa sama nilainya dengan lebihan imbangan pembayaran?
Jelaskan.
F Akaun semasa boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada jumlah penerimaan dan
O pembayaran kewangan seperti yang berikut:
K (a) Lebihan akaun semasa (Penerimaan > Pembayaran)
U
S (b) Defisit akaun semasa (Penerimaan < Pembayaran).
193
Bab 2 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan
Defisit Akaun Semasa
Cabar Diri Anda
Keadaan defisit atau lebihan akaun semasa boleh disebabkan
Apakah yang akan oleh pelbagai faktor seperti permintaan eksport dan import,
menambahkan penerimaan produktiviti negara, penerimaan pendapatan dan sebagainya.
kewangan sesebuah negara? Defisit atau lebihan akaun semasa juga akan menimbulkan
kesan terhadap ekonomi sesebuah negara.
Sektor perkilangan
Sebab Lebihan Akaun Semasa
Perkhidmatan Syarikat Lebihan akaun semasa berlaku apabila jumlah penerimaan
Penerbangan Malaysia kewangan melebihi jumlah pembayaran kewangan dalam
akaun semasa. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan lebihan
akaun semasa adalah seperti yang berikut:
1 Permintaan yang tinggi untuk eksport
2 Permintaan yang rendah untuk import
3 Peningkatan produktiviti
4 Peningkatan penerimaan pendapatan primer dan sekunder
Permintaan yang Tinggi untuk Eksport
• Apabila permintaan terhadap eksport adalah tinggi, penerimaan
kewangan dalam negara akan meningkat.
• Permintaan yang tinggi dalam eksport mungkin disebabkan
oleh faktor berikut:
(a) Peningkatan daya saing dalam pengeluaran barang
perkilangan
(b) Kejatuhan nilai mata wang
(c) Peningkatan pendapatan di negara-negara yang
mengimport barang atau perkhidmatan
Malaysia merupakan salah satu pengeluar kelapa sawit di
dunia. Kelapa sawit yang dikeluarkan oleh Malaysia mempunyai
permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa kerana
mempunyai kualiti yang tinggi
194
Malaysia dan Ekonomi Global
Permintaan yang Rendah untuk Import Kios INFO
• Apabila permintaan terhadap import adalah rendah, Kempen Beli Barangan
pembayaran kewangan ke luar negara akan menurun. Malaysia merupakan
susulan daripada Kempen
• Permintaan yang rendah dalam import mungkin disebabkan Beli Barangan Buatan
oleh faktor yang berikut: Malaysia yang telah
(a) Kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan dilancarkan pada tahun
barang dan perkhidmatan tempatan berbanding 1998. Penjenamaan semula
dengan barang dan perkhidmatan yang diimport kempen ini bertujuan untuk
(b) Kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara menggalakkan pengguna
menyebabkan kenaikan harga barang import membeli barangan buatan
(c) Berlakunya inflasi di negara lain menyebabkan Malaysia dan membantu
peningkatan harga barang import dan seterusnya pengusaha tempatan dalam
mengurangkan permintaan untuk import oleh rakyat menghadapi pertumbuhan
Malaysia ekonomi yang kurang
memberangsangkan.
Peningkatan Produktiviti Kempen ini juga bagi
mewujudkan dan
• Apabila produktiviti sesebuah negara meningkat, meningkatkan kesedaran
pengeluaran barang eksport akan meningkat. Oleh itu, lebih masyarakat tentang
banyak barang dieksport dan penerimaan wang dalam kualiti barangan dan
negara akan meningkat. perkhidmatan yang
ditawarkan di Malaysia
• Peningkatan produktiviti dalam negara mungkin disebabkan setaraf dengan piawaian
oleh faktor yang berikut: antarabangsa.
(a) Peningkatan kemahiran buruh
(b) Penggunaan kaedah pengeluaran yang lebih efisien Sumber: Portal Rasmi
yang membawa kepada peningkatan pengeluaran Kementerian Perdagangan
dengan kos purata yang lebih rendah dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, tahun 2017
Peningkatan Penerimaan Pendapatan Primer dan
Sekunder
• Peningkatan penerimaan pendapatan primer akan
mendorong kepada lebihan akaun semasa.
• Misalnya, lebih banyak keuntungan diterima daripada
pelaburan di luar negara serta kiriman wang daripada rakyat
Malaysia yang bekerja di luar negara.
195
Bab 2
Implikasi Lebihan Akaun Semasa
Secara keseluruhannya, lebihan akaun semasa membawa kesan
positif terhadap ekonomi sesebuah negara. Implikasi lebihan
akaun semasa boleh dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:
1 Peningkatan dalam Pendapatan Negara
Peningkatan permintaan untuk eksport barang dan perkhidmatan akan meningkatkan
pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam negara. Hal ini akan menyebabkan peningkatan
pendapatan negara.
2 Peningkatan Guna Tenaga
Peningkatan permintaan untuk eksport barang dan perkhidmatan akan mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran
dalam negara.
3 Peningkatan Taraf Hidup
Kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan akan meningkatkan pendapatan masyarakat dan
seterusnya meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk.
4 Inflasi
Permintaan yang tinggi terhadap barang dan perkhidmatan akan menaikkan harga barang dan
perkhidmatan. Keadaan ini boleh membawa kepada peningkatan kadar inflasi.
5 Peningkatan Kadar Pertukaran Asing
Peningkatan permintaan terhadap eksport akan menambahkan permintaan terhadap mata wang
tempatan di pasaran luar negara. Oleh itu, kadar pertukaran asing akan meningkat.
196
Sebab Defisit Akaun Semasa Malaysia dan Ekonomi Global
Defisit akaun semasa berlaku apabila jumlah pembayaran
kewangan melebihi jumlah penerimaan kewangan dalam Cabar Diri Anda
akaun semasa. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan defisit
akaun semasa adalah seperti yang berikut: Sehingga September 2016,
terdapat 1.85 juta pekerja
1 Permintaan yang rendah untuk eksport asing yang bekerja di
pelbagai sektor ekonomi di
2 Permintaan yang tinggi untuk import Malaysia.
3 Penurunan produktiviti Sumber: www.
humanresourceonline.net
4 Peningkatan pembayaran pendapatan primer dan sekunder
Sekiranya bilangan pekerja
asing terus meningkat
pada masa depan, apakah
kesannya terhadap
akaun semasa imbangan
pembayaran Malaysia?
5 Kekurangan inovasi dan aktiviti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D)
Permintaan yang Rendah untuk Eksport Buah kurma yang diimport
dari luar negara mendapat
• Apabila permintaan terhadap eksport adalah rendah, permintaan yang tinggi di
penerimaan kewangan dalam negara akan menurun.
pasaran tempatan
• Permintaan eksport yang rendah mungkin disebabkan oleh Kerajaan mengawal import
faktor yang berikut: dari luar negara sama ada
(a) Penurunan daya saing dalam pengeluaran barang melalui tarif atau had kuantiti
perkilangan import. Tindakan kerajaan
(b) Kenaikan nilai mata wang Malaysia ini bertujuan untuk menjaga
(c) Penurunan pendapatan di negara-negara yang
mengimport barang atau perkhidmatan kepentingan pengeluar
tempatan supaya aktiviti
Permintaan yang Tinggi untuk Import pengeluaran dalam negara
• Apabila permintaan terhadap import adalah tinggi, tidak terjejas
pembayaran kewangan ke luar negara akan meningkat.
• Permintaan import yang tinggi mungkin disebabkan oleh
faktor yang berikut:
(a) Kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan
barang dan perkhidmatan import berbanding dengan
barang dan perkhidmatan tempatan
(b) Peningkatan import barang pengantara dan barang
modal
(c) Kenaikan nilai mata wang Malaysia menyebabkan
barang import menjadi lebih murah dan seterusnya
meningkatkan permintaan untuk import
197
Bab 2
Kios INFO Penurunan Produktiviti
Selain faktor dalaman • Apabila produktiviti sesebuah negara menurun,
negara, faktor luaran juga kecekapan pengeluaran barang eksport akan menurun.
boleh mempengaruhi Oleh itu, barang dieksport akan kurang berdaya saing dan
akaun semasa sesebuah penerimaan wang dalam negara akan menurun.
negara. Misalnya,
peningkatan persaingan • Defisit akaun semasa akibat daripada penurunan produktiviti
negara lain. Negara seperti boleh disebabkan oleh:
China, India, Vietnam (a) Buruh yang kurang mahir
dan Indonesia mampu (b) Penggunaan kaedah pengeluaran yang kurang efisien
menyediakan tenaga yang membawa kepada pengurangan pengeluaran
buruh yang lebih murah
akibat tenaga buruh yang Peningkatan Pembayaran Pendapatan Primer dan
ramai atau nilai mata Sekunder
wang tempatan yang kecil.
Kos buruh yang secara • Peningkatan pembayaran pendapatan primer akan
relatifnya lebih rendah mendorong kepada defisit akaun semasa.
menyebabkan pemindahan
operasi pengeluaran firma • Misalnya, lebih banyak keuntungan yang diterima oleh
ke negara berkenaan untuk pelabur asing dalam negara serta kiriman wang ke luar
menjimatkan kos. negara oleh rakyat asing yang bekerja di sesebuah negara.
Hal ini mengurangkan
pelaburan asing dalam
negara dan menyebabkan
defisit akaun semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada
Laporan Produktiviti 2015/2016
Tenaga buruh asing yang bekerja di negara kita akan mengirimkan
wang balik ke negara asal mereka
Kekurangan Inovasi dan Aktiviti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D)
• Kekurangan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
akan menyebabkan kekurangan penciptaan barang dan
perkhidmatan yang baharu.
• Tahap inovasi yang rendah akan mengurangkan daya saing
produk sesebuah negara di pasaran antarabangsa.
• Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap eksport
barang jatuh dan seterusnya mendorong kepada defisit
akaun semasa.
198
Malaysia dan Ekonomi Global
Implikasi Defisit Akaun Semasa Kios INFO
Secara keseluruhannya, defisit akaun semasa membawa kesan
negatif terhadap ekonomi sesebuah negara. Implikasi defisit Imbangan Pembayaran
akaun semasa boleh dilihat dalam aspek-aspek yang berikut: Malaysia Catat Lebihan
Akaun Semasa pada 2016
Penurunan dalam Pendapatan Negara
Imbangan Pembayaran
Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Malaysia mencatat lebihan
perkhidmatan akan mengurangkan pengeluaran barang akaun semasa sebanyak
dan perkhidmatan dalam negara. Hal ini menyebabkan RM25.169 bilion pada
kemerosotan pendapatan negara. tahun 2016 berbanding
RM34.658 bilion pada
Penurunan Guna Tenaga tahun 2015. Imbangan
Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Pembayaran Malaysia
perkhidmatan akan mengurangkan peluang pekerjaan dalam mencatatkan lebihan pada
negara. Keadaan ini akan meningkatkan kadar pengangguran akaun semasa sebanyak
dalam negara. RM12.2 bilion pada suku
keempat tahun 2016
Penurunan Taraf Hidup berbanding RM6 bilion
pada suku ketiga tahun
Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan pendapatan yang sama. Imbangan
masyarakat merosot dan seterusnya menurunkan kuasa beli akaun semasa mencatat
dan taraf hidup penduduk. lebihan yang lebih tinggi
bagi suku keempat pada
tahun 2016 disokong
terutamanya oleh lebihan
akaun barangan sebanyak
RM31.4 bilion berbanding
dengan lebihan RM26.5
bilion pada suku ketiga
tahun 2016.
Dipetik dan diubah suai daripada
http://www.malaysiakini.com/
news/372697, tahun 2017
Penurunan Kadar Pertukaran Asing Cabar Diri Anda
Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Jelaskan implikasi defisit
perkhidmatan akan mengurangkan permintaan terhadap akaun semasa terhadap unit
mata wang tempatan di pasaran luar negara dan seterusnya ekonomi yang berikut.
menurunkan kadar pertukaran asing. (a) Isi rumah
(b) Firma
(c) Kerajaan
199
Bab 2
Cara Mengatasi Defisit Akaun Semasa
Defisit akaun semasa boleh menimbulkan implikasi negatif
dalam ekonomi negara.
Kerajaan boleh mengatasi masalah ini melalui beberapa
tindakan berikut:
2 Kerajaan boleh meningkatkan 1 Kerajaan boleh meningkatkan
pelaburan dalam kemudahan peruntukan atau pelaburan atas sektor
dan infrastruktur seperti pendidikan dan sektor kesihatan
lapangan terbang, pelabuhan supaya dapat meningkatkan kualiti
dan stesen telekomunikasi sumber manusia dari segi kemahiran,
supaya dapat meningkatkan inovasi dan produktiviti. Hal ini boleh
aktiviti ekonomi khususnya meningkatkan daya saing negara di
industri berorientasikan eksport. peringkat antarabangsa.
4 Kerajaan boleh mengurangkan 3 Peningkatan insentif kerajaan
import dengan mengenakan seperti insentif pelaburan,
sekatan seperti tarif dan kuota pelepasan cukai, subsidi eksport
yang dapat membantu dan kelonggaran keperluan visa
meningkatkan permintaan untuk pelancong akan
barang tempatan. meningkatkan pelaburan asing
serta permintaan terhadap eksport
barang dan perkhidmatan.
200
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.3.5
USD bilion
40
30
20
10
MALAYSIA
0
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Tahun
-10
INDONESIA
-20
Sumber: World Bank Data, tahun 2015
Imbangan Akaun Semasa Negara Malaysia dan Indonesia antara tahun 2004 hingga tahun 2015
(a) Jelaskan arah aliran imbangan akaun semasa antara tahun 2006 hingga tahun 2011 untuk:
(i) Negara Indonesia
(ii) Negara Malaysia
(b) Pada tahun 2012 hingga tahun 2014, imbangan akaun semasa negara Indonesia mencatat
nilai defisit.
Jelaskan kesan yang mungkin dihadapi oleh negara Indonesia daripada keadaan tersebut.
(c) Malaysia mencatat imbangan lebihan akaun semasa dalam tempoh 2004 hingga 2015.
Apakah kesan kepada ekonomi Malaysia daripada keadaan tersebut?
1. Lebihan dan defisit akaun semasa disebabkan oleh pelbagai faktor seperti permintaan eksport
F dan import, produktiviti negara, penerimaan pendapatan dan sebagainya.
O
K 2. Lebihan akaun semasa memberi kesan positif terhadap ekonomi manakala defisit akaun
U semasa memberi kesan negatif terhadap ekonomi.
S
3. Defisit akaun semasa perlu ditangani oleh kerajaan.
201
Bab 2
2.4 Kadar Pertukaran Asing
Mendefinisikan kadar pertukaran asing.
Mengira kadar pertukaran asing berdasarkan harga jualan dan
harga belian mata wang asing.
Menjelaskan faktor yang mempengaruhi permintaan dan
penawaran mata wang asing.
Menganalisis penentuan dan perubahan kadar pertukaran
asing menggunakan gambar rajah permintaan dan penawaran.
Menerangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing
terhadap harga eksport dan import.
SEPINTAS LALU
Pernahkah anda melihat kedai pertukaran mata wang
semasa mengunjungi tempat-tempat pelancongan di
negara kita terutamanya di pusat beli-belah yang besar?
Kedai sebegini berfungsi sebagai pusat pertukaran mata
wang bagi pelancong asing untuk menukarkan mata wang
negara mereka kepada Ringgit Malaysia. Selain itu, rakyat
Malaysia yang ingin melancong ke negara lain juga boleh
menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang yang lain
untuk kegunaan semasa melancong. Kedai pertukaran mata
wang mempunyai satu papan notis besar yang memaparkan
tiga kolum, iaitu mata wang, harga belian dan harga jualan. Sumber: Max Money Changer, tahun 2017
Harga belian merupakan harga kedai itu membeli mata wang
asing daripada pelanggan manakala harga jualan merupakan harga kedai itu menjual mata wang
asing kepada pelanggan. Kedai pertukaran mata wang memperoleh untung daripada perbezaan
antara harga belian dan harga jualan.
Apakah kaitan antara harga jualan dan belian pertukaran asing dengan kadar pertukaran
asing? Andaikan sekarang anda ingin menukarkan Ringgit Malaysia yang dimiliki
kepada Dolar Singapura, apakah pertimbangan anda sebelum menukarkannya Abad
supaya memperoleh nilai yang maksimum? ke-21
2.4.1 Pertukaran Asing
Dalam hubungan perdagangan antarabangsa, setiap pembayaran
yang dibuat harus menggunakan mata wang negara pengeksport.
Contohnya, pengimport di Malaysia yang mengimport bahan
mentah dari Australia harus memperoleh Dolar Australia,
manakala pembeli dari China yang mengimport minyak kelapa
sawit dari Malaysia perlu mendapatkan Ringgit Malaysia.
202
Dengan kata lain, setiap negara yang terlibat dalam aktiviti Malaysia dan Ekonomi Global
perdagangan antarabangsa harus memiliki mata wang asing
atau pertukaran asing. Mata Wang
Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang Dolar Singapura (SGD)
dimiliki oleh sesebuah negara.
Antara beberapa mata wang di dunia adalah seperti jadual yang
berikut:
Negara Mata Wang Negara
Malaysia Ringgit Malaysia (MYR) Singapura
Contoh Contoh
Amerika Syarikat Dolar Amerika (USD) Indonesia Rupiah (IDR)
Contoh Contoh
Britain Pound Sterling (GBP) Thailand Baht (THB)
Contoh Contoh
Jepun Yen (JPY) Filipina Peso (PHP)
Contoh Contoh
Kesatuan Eropah Euro (EUR) China Ren Min Bi (CNY)
Contoh Contoh
India Rupee (INR) Australia Dolar Australia (AUD)
Contoh Contoh
Sumber: www.tes.com, tahun 2017
Jadual 2.7 Contoh mata wang bagi beberapa negara di dunia
203
Bab 2 Kepentingan Pertukaran Asing
Cabar Diri Anda Kepentingan pertukaran asing bagi sesebuah negara dapat
dilihat melalui beberapa aspek yang berikut:
Mengapakah peniaga di
sesebuah negara tidak 1 Membiayai import
menerima pembayaran
dalam nilai mata wang asing 2 Membayar balik pinjaman luar negara
semasa menjalankan urus
niaga antarabangsa? 3 Membuat pelaburan di luar negara
4 Mempertahankan nilai mata wang negara
Membiayai Import
• Seseorang pengimport yang ingin membeli barang atau
perkhidmatan dari negara lain perlu memperoleh dan
membuat bayaran dengan menggunakan mata wang negara
pengeksport atau mana-mana mata wang yang diterima
oleh pengeksport yang berkenaan.
• Contohnya, pengimport di Malaysia perlu membayar dalam
Yen Jepun apabila mengimport barang dari Jepun atau firma
mengimport jentera dari Singapura perlu mendapatkan
Dolar Singapura untuk membuat bayaran.
Membayar Balik Pinjaman Luar Negara
• Kerajaan sesebuah negara yang membayar balik faedah
atau jumlah pokok pinjaman bagi hutang negara yang
diperoleh dari sumber luar negara seharusnya membuat
bayaran dalam mata wang negara pemberi pinjaman atau
mana-mana mata wang yang diterima oleh negara pemberi
pinjaman.
• Contohnya, pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia dari Amerika Syarikat dan Jepun mesti dibayar
balik dalam mata wang Dolar Amerika dan Yen Jepun.
Membuat Pelaburan di Luar Negara
• Negara yang mempunyai banyak pertukaran asing akan
menggalakkan rakyatnya melabur di luar negara untuk
memperoleh pulangan yang lebih tinggi.
• Contohnya, rakyat Malaysia yang ingin melabur di negara-
negara seperti Vietnam, China, Arab Saudi, negara-negara
Timur Tengah, Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand
perlu memperoleh mata wang asing negara-negara tersebut.
204
Mempertahankan Nilai Mata Wang Negara Malaysia dan Ekonomi Global
• Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan rizab asing Cabar Diri Anda
negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya
jatuh dan sebaliknya. 1. Pada pendapat anda,
apakah tindakan yang
• Contohnya, Bank Negara Malaysia akan menggunakan patut diambil oleh Bank
rizab asing negara untuk membeli Ringgit Malaysia apabila Negara Malaysia apabila
nilainya jatuh. Akibatnya, permintaan terhadap Ringgit nilai mata wang Ringgit
Malaysia akan naik dan nilainya turut akan naik. Malaysia mengalami
kejatuhan?
• Sebaliknya, Bank Negara Malaysia akan menjual Ringgit
Malaysia dalam pasaran pertukaran asing apabila nilainya 2. Mengapakah Bank
naik terlalu tinggi berbanding dengan mata wang asing Negara Malaysia perlu
yang lain. Akibatnya, penawaran terhadap Ringgit Malaysia mempertahankan nilai
akan meningkat dan nilainya akan menurun. Ringgit Malaysia?
• Tindakan sedemikian adalah bertujuan untuk memberikan
keyakinan kepada orang ramai terhadap nilai mata wang
negara dan seterusnya menstabilkan nilai mata wang negara.
Aktiviti 2.4.1
1. Kenal pasti sama ada setiap urus niaga di bawah melibatkan pertukaran asing.
A Encik Halim telah menempah pakej percutian ke Los Angeles, Amerika Syarikat
dengan agensi pelancongan tempatan.
B Puan Rani membeli tiket kapal terbang ulang alik Singapura-Pulau Pinang melalui
Internet dan akan bertolak dari Lapangan Terbang Changi, Singapura.
C Daniel membeli mesin jentera terpakai daripada kilang milik Taiwan di Nilai untuk
kegunaan kilang pembuatan perabotnya di Shah Alam, Selangor.
2. Isikan ruang kosong bagi mata wang negara berikut.
Negara Mata wang
(a) Jepun
(b) Myanmar
(c) Perancis
(d) Filipina
(e) Indonesia
(f) Thailand
(g) Korea Selatan
1. Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara.
F 2. Kepentingan pertukaran asing adalah seperti yang berikut:
O (a) Membiayai import
K (b) Membayar balik pinjaman luar negara
U
S (c) Membuat pelaburan di luar negara
(d) Mempertahankan nilai mata wang negara.
205
Bab 2
2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
Sesebuah negara yang ingin menjalankan perdagangan
antarabangsa dengan negara yang lain harus memperoleh mata
wang negara pengeksport untuk tujuan melakukan pembayaran
semasa urus niaga dijalankan.
Anda boleh mengetahui Oleh itu, pembeli atau pengimport dari sesebuah negara yang
kadar pertukaran asing ingin membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain
yang terkini dari laman akan membeli mata wang negara pengeksport dengan
web yang berikut: menukarkan mata wang negaranya. Jumlah nilai mata wang
http://www.bnm.gov. asing yang diperoleh adalah bergantung pada kadar pertukaran
my/?tpl=exchangerates asing semasa.
ENG Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang
sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing.
Contohnya, kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia
dengan Dolar Amerika ialah RM4.4250 = USD1.
Kadar pertukaran mata wang antara negara yang berlainan
berubah setiap hari dalam pasaran pertukaran asing bergantung
pada harga jualan dan harga belian mata wang tersebut.
Harga mata wang sentiasa berubah mengikut keadaan dalam
pasaran pertukaran asing. Seperti barang dan perkhidmatan
dalam ekonomi, harga mata wang juga dipengaruhi oleh
permintaan dan penawaran mata wang.
Harga jualan mata wang Harga belian mata wang
Harga jualan mata wang bermaksud harga bank Harga belian mata wang merujuk kepada
atau money trader menjual mata wang asing harga bank atau money trader membeli mata
untuk mendapatkan mata wang tempatan wang asing dengan menukarkan mata wang
sesebuah negara. tempatan sesebuah negara.
Sebagai contoh, seorang peniaga Malaysia ingin Sebagai contoh, seorang peniaga Malaysia
membayar pengeksport di Kanada dengan yang mempunyai lebihan Rupiah selepas
Dolar Kanada. Bank atau money trader akan membayar pengeskportnya di Indonesia dan
menjualkan Dolar Kanada kepada peniaga pada ingin mendapatkan balik Ringgit Malaysia. Bank
harga jualan dan menerima bayaran Ringgit atau money trader akan membeli Rupiah yang
Malaysia daripada peniaga tersebut. dimiliki oleh peniaga pada harga belian dan
membayar peniaga dengan Ringgit Malaysia.
Jual
$ Bayar
Bank / RM Pelanggan Bank / RM
money Bayar money Pelanggan
trader trader
Rp
Beli
206
Malaysia dan Ekonomi Global
Jadual 2.8 Kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia pada 3 Februari 2017 (Waktu 0900)
Unit mata wang asing Tarikh urus niaga: 3 Februari 2017
[=1 Malaysia ringgit] Masa: 0900
Harga belian Harga jualan
1 Australian Dollar AUD 3.3851 [0.2951] 3.3891 [0.2954]
1 Brunei Dollar BND 3.1301 [0.3190] 3.1351 [0.3195]
1 Canadian Dollar CAD 3.3960 [0.2942] 3.3993 [0.2945]
100 Cambodian Riel KHR 0.1089 [907.65] 0.1102 [918.64]
1 Chinese Renminbi CNY 0.6426 [1.5527] 0.6440 [1.5563]
1 EURO EUR 4.7613 [0.2098] 4.7674 [0.2100]
100 Hong Kong Dollar HKD 57.0269 [1.7519] 57.0806 [1.7536]
100 Indonesian Rupiah IDR 0.0331 [3,014] 0.0332 [3,018]
100 Japanese Yen JPY 3.9170 [25.4888] 3.9233 [25.5299]
100 Korean Won KRW 0.3857 [258.9524] 0.3862 [259.2769]
100 Phillippine Peso PHP 8.8873 [11.2396] 8.8971 [11.2520]
100 Saudi Arabian Riyal SAR 117.9560 [0.8467] 118.1098 [0.8478]
1 Singapore Dollar SGD 3.1307 [0.3190] 3.1345 [0.3194]
1 Swiss Franc CHF 4.4553 [0.2240] 4.4634 [0.2245]
100 Taiwanese New Dollar TWD 14.2278 [7.0154] 14.2544 [7.0285]
100 Thai Baht THB 12.6054 [7.9230] 12.6215 [7.9331]
1 U.K. Pound GBP 5.5397 [0.1803] 5.5464 [0.1805]
1 U.S. Dollar USD 4.4250 [0.2258] 4.4290 [0.2260]
100 Vietnamese Dong VND 0.0195 [5,111.77] 0.0196 [5,117.52]
1 IMF Special Drawing Right SDR – – – –
1 New Zealand Dollar NZD 3.2236 [0.3098] 3.2283 [0.3102]
100 Myanmar Kyat MMK 0.3266 [305.9381] 0.3269 [306.2260]
100 Indian Rupee INR 6.5799 [15.1727] 6.5908 [15.1977]
100 United Arab Emirates Dirham UAE AED 120.4541 [0.8292] 120.5958 [0.8302]
100 Pakistan Rupee PKR 4.2183 [23.6396] 4.2302 [23.7062]
100 Nepalese Rupee NPR 4.0874 [24.2177] 4.1292 [24.4655]
1 Egyptian Pound EGP 0.2405 [4.1431] 0.2414 [4.1582]
Nota: Nilai dalam kurungan merujuk kepada nilai mata wang Sumber: Bank Negara Malaysia, tahun 2017
asing yang bersamaan dengan satu Ringgit Malaysia
207
Bab 2 Contoh Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
Perdagangan antarabangsa yang semakin berkembang
Cabar Diri Anda menyebabkan pertukaran asing menjadi kebiasaan dalam
ekonomi sesebuah negara. Berikut merupakan contoh pengiraan
1. Nyatakan contoh urus pertukaran asing daripada Ringgit Malaysia kepada mata wang
niaga yang memerlukan asing atau sebaliknya.
pertukaran mata wang
yang berikut: (a) Menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang
(a) RM → USD asing
(b) SGD → RM
2. Jelaskan situasi yang
perlu menggunakan
harga belian dan harga
jualan mata wang
dalam pengiraan kadar
pertukaran asing.
Situasi:
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika:
Unit Mata wang Harga belian Harga jualan
1 Dolar Amerika (USD) (RM) (RM)
4.4250 4.4290
Andaikan seorang pengimport di Malaysia telah mengimport barang elektronik yang bernilai RM796 500
dari Amerika Syarikat. Berapakah jumlah mata wang Dolar Amerika yang diperlukan oleh pengimport
tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Amerika Syarikat?
Cara penyelesaian:
Bank atau money trader akan menjual Dolar Amerika kepada pengimport dan menerima bayaran dalam
Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga jualan akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat
pertukaran asing yang diberikan, harga jualan bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4290.
USD1 = RM4.4290
RM796 500 × USD1
RM4.4290
= USD179 837.435
208
Malaysia dan Ekonomi Global
(b) Menukarkan mata wang asing kepada
Ringgit Malaysia
Situasi:
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika:
Unit Mata wang Harga belian Harga jualan
1 Dolar Amerika (USD) (RM) (RM)
4.4250 4.4290
Andaikan seorang pengimport di Amerika Syarikat telah mengimport barang yang bernilai
USD36 000 dari Malaysia. Berapakah jumlah mata wang Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh
pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Malaysia?
Cara penyelesaian:
Bank atau money trader akan membeli Dolar Amerika daripada peniaga dan membayar dalam Ringgit
Malaysia. Oleh itu, harga belian akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat pertukaran
asing yang diberikan, harga belian bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4250.
USD1 = RM4.4250
USD36 000 × RM4.4250
USD1
= RM159 300
Berdasarkan kedua-dua contoh pengiraan di atas, didapati
bahawa hubungan antara mata wang tempatan dengan mata
wang asing adalah seperti yang berikut:
Jumlah mata wang tempatan × Unit mata wang asing
Harga jualan
Mata wang tempatan Mata wang asing
(Ringgit Malaysia) (Mata wang negara lain)
Jumlah mata wang asing × Harga belian
Unit mata wang asing
209
Bab 2
Contoh Situasi Lain
Contoh situasi 1:
Maklumat di bawah merupakan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika.
USD 1 = RM4.30
Syarikat Wang Zan Berhad di Malaysia telah mengimport tiga buah jentera kilang yang bernilai
RM456 500 dari Amerika Syarikat. Hitungkan jumlah Dolar Amerika yang perlu dibayar oleh
syarikat tersebut.
Cara penyelesaian:
RM4.30 = USD 1
—RM—RM4—546—.350—00– × USD 1
= USD106 162.79
Contoh situasi 2:
Maklumat di bawah berkaitan dengan Cik Doris.
Cik Doris dari London telah membuat tempahan pakej pelancongan ke Pulau Pinang
yang memerlukan perbelanjaan Pound Sterling sebanyak £4 800 selama lapan hari.
Hitungkan jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh Cik Doris untuk membuat bayaran
kepada ejennya di Malaysia dengan kadar pertukaran £1.00 = RM5.60.
Cara penyelesaian:
RM5.60 = £1
£4 800 × RM5.60
= RM26 880
210
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.4.2
Encik Mahmud merupakan pemilik sebuah firma yang menjalankan perniagaan import. Firma beliau
membeli barang elektronik daripada kilang elektronik di Amerika Syarikat dan menjualkannya di
pasaran tempatan.
Pada 11 Januari 2017, Encik Mahmud perlu membayar USD36 000 kepada kilang elektronik
tersebut. Jadual kadar pertukaran asing di Malaysia pada tarikh tersebut menunjukkan harga
seperti yang berikut:
Unit Mata wang Harga belian Harga jualan
(RM) (RM)
1 Dolar Amerika (USD) 4.4730 4.4770
(a) Sekiranya Encik Mahmud hanya mempunyai Ringgit Malaysia sebanyak RM150 000, adakah
nilai tersebut cukup untuk menjelaskan pembayaran di atas?
(b) Berapakah jumlah mata wang dalam Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh Encik Mahmud
untuk menjelaskan pembayarannya?
Pada 3 Februari 2017, kilang elektronik di Amerika Syarikat memberitahu Encik Mahmud
bahawa jumlah pembayaran pada 11 Januari 2017 telah tersilap kira. Kilang tersebut kemudian
memulangkan USD10 000 kepada beliau. Encik Mahmud memerlukan Ringgit Malaysia pada
masa itu lalu menukarkan pulangan wang tersebut. Jadual kadar pertukaran asing di Malaysia
pada tarikh tersebut menunjukkan harga seperti yang berikut:
Unit Mata wang Harga belian Harga jualan
(RM) (RM)
1 Dolar Amerika (USD) 4.4250 4.4290
(c) Berapakah jumlah mata wang dalam Ringgit Malaysia yang diterima oleh Encik Mahmud?
(d) Encik Mahmud mengalami keuntungan atau kerugian dalam proses pertukaran mata wang
asing ini?
(e) Berapakah nilai keuntungan atau kerugian tersebut?
(f) Sekiranya Encik Mahmud tidak menukarkan USD10 000 tersebut dan menyimpannya sehingga
hari ini, adakah tindakan tersebut suatu tindakan yang bijak?
F Pengiraan kadar pertukaran asing boleh berlaku dalam situasi seperti yang berikut:
O
K (a) Menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang asing
U
S (b) Menukarkan mata wang asing kepada Ringgit Malaysia.
211
Bab 2 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi
Permintaan dan Penawaran
Anda boleh menonton Mata Wang Asing
video berkaitan dengan
pasaran pertukaran asing Harga belian dan jualan mata wang asing adalah dipengaruhi
di laman web berikut: oleh permintaan dan penawaran mata wang tersebut dalam
http://www.investopedia. pasaran pertukaran asing. Antara faktor yang mempengaruhi
com/video/play/forex- permintaan dan penawaran mata wang asing adalah seperti
market-primer/ yang berikut:
ENG 1 Eksport negara
Cabar Diri Anda 2 Import negara
Pada pendapat anda, 3 Kadar faedah
bagaimanakah negara
Malaysia boleh 4 Cita rasa pengguna terhadap barangan import
meningkatkan eksport
barang keluaran tempatan 5 Spekulasi mata wang
ke luar negara?
Eksport Negara
• Permintaan terhadap mata wang sesebuah negara berlaku
apabila negara tersebut mengeksport barang atau
perkhidmatannya ke negara lain.
• Permintaan terhadap Ringgit Malaysia wujud apabila
Malaysia mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara
lain.
• Contohnya, permintaan terhadap Ringgit Malaysia berlaku
apabila negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat
dan China mengimport barang atau perkhidmatan dari
Malaysia. Permintaan terhadap Ringgit Malaysia oleh negara
asing adalah bertujuan untuk membuat bayaran kepada
pengeksport di Malaysia.
• Jumlah permintaan terhadap Ringgit Malaysia adalah
bergantung pada jumlah eksport barang dan perkhidmatan
ke luar negara.
• Justeru, apabila jumlah eksport barang dan perkhidmatan
Malaysia meningkat, permintaan terhadap Ringgit
Malaysia juga akan meningkat.
• Sebaliknya, apabila jumlah eksport barang dan
perkhidmatan Malaysia berkurang, permintaan terhadap
Ringgit Malaysia juga akan menurun.
212
Import Negara Malaysia dan Ekonomi Global
• Penawaran bagi mata wang sesebuah negara wujud apabila Cabar Diri Anda
negara tersebut mengimport barang atau perkhidmatan
dari luar negara. Apakah inisiatif yang
boleh diambil oleh
• Penawaran bagi Ringgit Malaysia bergantung pada import kerajaan Malaysia bagi
barang atau perkhidmatan negara. Penawaran bagi Ringgit mengurangkan permintaan
Malaysia berlaku apabila pengimport di Malaysia membeli rakyat terhadap barang
barang atau perkhidmatan dari negara lain supaya dapat yang diimport dari luar
membuat bayaran kepada pengeksport negara asing. negara?
• Contohnya, penawaran bagi Ringgit Malaysia berlaku
apabila pengimport di Malaysia mengimport barang
atau perkhidmatan dari negara asing seperti Jepun.
Penawaran bagi Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran
asing adalah bertujuan untuk memperoleh mata wang
asing supaya dapat membuat bayaran kepada pengeksport
di luar negara.
• Jumlah penawaran bagi Ringgit Malaysia adalah bergantung
pada jumlah import barang dan perkhidmatan dari luar
negara.
• Justeru, apabila jumlah import barang dan perkhidmatan
dari luar negara meningkat, penawaran bagi Ringgit
Malaysia juga akan meningkat.
• Sebaliknya, apabila jumlah import barang dan perkhidmatan
dari luar negara berkurang, penawaran bagi Ringgit
Malaysia juga akan menurun.
Peningkatan permintaan terhadap barang import akan menambahkan penawaran Ringgit Malaysia
di pasaran antarabangsa
213
Bab 2
Kios INFO Kadar Faedah
• Penurunan kadar faedah dalam negara akan mendorong
Kadar faedah merupakan
salah satu instrumen yang kepada pemindahan modal portfolio dari Malaysia ke
digunakan oleh kerajaan luar negara.
bawah dasar kewangan • Fenomena yang sedemikian akan meningkatkan permintaan
bagi mengawal bekalan terhadap mata wang asing.
wang dalam pasaran. • Sebaliknya, kenaikan kadar faedah dalam negara akan
menggalakkan pemindahan modal dari negara lain ke
emenEl Malaysia.
Merentas Kurikulum • Fenomena tersebut akan meningkatkan penawaran bagi
mata wang asing.
Selain Bandaraya Melaka,
terdapat empat tempat di Cita Rasa Pengguna terhadap Barangan Import
Malaysia juga mendapat • Sekiranya rakyat Malaysia suka membeli barang import,
pengiktirafan tapak warisan
dunia daripada UNESCO. permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
Tempat-tempat ini ialah: • Sebaliknya, jika rakyat Malaysia tidak suka membeli
(a) Taman Negara Mulu,
barang import, permintaan terhadap mata wang asing
Sarawak akan berkurang.
(b) Taman Kinabalu, Sabah
(c) Georgetown, Pulau Pinang Bandaraya Melaka Bersejarah telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai
(d) Lembah Lenggong, Perak salah satu tapak warisan dunia. Pengiktirafan ini akan menarik
pelancong asing ke Malaysia dan seterusnya meningkatkan
Cabar Diri Anda permintaan terhadap Ringgit Malaysia
Bagaimanakah aktiviti Spekulasi Mata Wang
spekulasi mata wang akan • Jika nilai mata wang Ringgit Malaysia diramalkan akan
mempengaruhi permintaan
dan penawaran mata wang? meningkat pada masa hadapan, permintaan terhadap
Ringgit Malaysia akan bertambah pada masa sekarang.
• Sebaliknya, jika nilai mata wang Ringgit Malaysia dalam
sebutan mata wang asing diramalkan akan merosot pada
masa hadapan, permintaan terhadap mata wang Ringgit
Malaysia akan merosot pada masa sekarang.
214
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.4.3
1. Nyatakan kesan terhadap permintaan atau penawaran mata wang asing apabila perkara yang
berikut berlaku dalam ekonomi Malaysia:
(a) Barang eksport Malaysia mendapat sambutan baik di pasaran antarabangsa
(b) Cita rasa masyarakat Malaysia berubah kepada barang elektronik keluaran negara asing
(c) Kadar faedah di Malaysia telah menurun
(d) Nilai mata wang Ringgit Malaysia dijangka akan merosot pada masa hadapan
(e) Kuasa beli masyarakat Malaysia telah meningkat
2. Tandakan (ü) pada permintaan atau penawaran terhadap Ringgit Malaysia dalam pasaran
pertukaran asing bagi setiap urus niaga di bawah.
Urus niaga Permintaan Penawaran
terhadap terhadap
Ringgit Malaysia
Ringgit Malaysia
Syarikat QL dari Malaysia mengimport
jentera kilang dari Negara Jepun
Encik Syahmi dari Kuala Selangor membeli
sebuah kereta import dari Negara Jerman
Syarikat MQ dari Pasir Gudang mengeksport
keluarannya ke Filipina
Encik Leong menghantar anaknya
melanjutkan pelajaran ke New Zealand
selama tiga tahun
Syarikat LMN dari Bangladesh mengimport
minyak kelapa sawit daripada Syarikat RB
Sawit di Malaysia
Syarikat Superling di Australia mengeksport
daging ke Syarikat Nice Meat di Malaysia
Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing adalah seperti berikut:
F (a) Eksport negara
O (b) Import negara
K
U (c) Kadar faedah
S
(d) Cita rasa pengguna terhadap barangan import
(e) Spekulasi mata wang.
215
Bab 2
2.4.4 Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing
Kadar pertukaran mata wang asing adalah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dan
penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.
Penentuan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD)
dapat diterangkan melalui rajah berikut:
RM / USD
D S
5.0
4.5 Lebihan
penawaran
E
0
4.0 Lebihan
S permintaan
D
0 QQQ Kuantiti dolar
102 (USD)
• Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika.
Paksi menegak menunjukkan harga Ringgit Malaysia berbanding dengan satu Dolar Amerika
atau dikenal sebagai kadar pertukaran Ringgit Malaysia. Paksi mendatar menunjukkan
kuantiti Dolar Amerika dalam pasaran pertukaran asing.
• Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar Amerika (DD) bersilang
dengan keluk penawaran Dolar Amerika (SS) pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
• Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi USD1.00 = RM5.00, hal ini bermakna
Ringgit Malaysia telah mengalami kejatuhan nilai.
• Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak
Q1Q2 dalam pasaran. Lebihan penawaran Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran
cenderung untuk menurun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk
DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
• Sebaliknya, andaikan kadar pertukaran menurun menjadi USD1.00 = RM4.00, hal ini
bermakna Ringgit Malaysia mengalami kenaikan nilai.
• Keadaan ini menyebabkan wujudnya lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1Q2 dalam
pasaran. Lebihan permintaan Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung
untuk naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk DD bersilang
dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
216
Malaysia dan Ekonomi Global
Aktiviti 2.4.4
1. Rajah di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia berbanding dengan
Dolar Singapura.
RM / SGD
DS
3.5
E0
3.0
2.5
SD
0 QQQ Kuantiti Dolar
102 (SGD)
(a) Tentukan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing.
(b) Sekiranya kadar pertukaran Ringgit Malaysia ialah RM3.50 seunit SGD, apakah yang akan
berlaku dalam pasaran pertukaran asing?
(c) Sekiranya kadar pertukaran Ringgit Malaysia ialah RM2.50 seunit SGD, apakah yang akan
berlaku dalam pasaran pertukaran asing?
2. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran dan permintaan Ringgit Malaysia dalam
pasaran pertukaran asing.
Kadar pertukaran Kuantiti penawaran Kuantiti permintaan
(RM seunit Pound Sterling) (RM juta) (RM juta)
18 68
5.00 26 56
5.20 34 44
5.40 42 32
5.60 50 20
5.80 58 8
6.00
(a) Lukis keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi mata wang Pound Sterling
pada kertas graf dengan skala yang bersesuaian.
(b) Berdasarkan rajah yang telah dilukis, nyatakan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
berbanding Pound Sterling di pasaran pertukaran asing.
(c) Mengapakah harga Ringgit Malaysia di (b) dikatakan sebagai kadar pertukaran?
F Kadar pertukaran asing ditentukan oleh titik persilangan antara permintaan dengan penawaran
O mata wang yang dicapai semasa:
K (a) Keluk DD mata wang bersilang dengan keluk SS mata wang
U
S (b) Kuantiti permintaan mata wang adalah bersamaan dengan kuantiti penawaran mata wang.
217
Bab 2
2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran
Asing terhadap Eksport dan Import
Kenaikan dan kejatuhan kadar pertukaran asing bergantung
kepada keadaan permintaan dan penawaran sesuatu mata wang
di pasaran pertukaran asing. Perubahan kadar pertukaran asing
bagi sesuatu mata wang akan mendatangkan kesan terhadap
eksport dan import negara yang berkenaan.
Cabar Diri Anda Kadar pertukaran asing menentukan berapa unit mata wang asing
yang boleh ditukar dengan seunit mata wang tertentu
Sekiranya kadar pertukaran
asing naik, adakah masa Kenaikan Kadar Pertukaran Asing
tersebut sesuai untuk anda
melancong ke luar negara? Kenaikan kadar pertukaran asing merujuk kepada perubahan
dalam kadar pertukaran asing yang membolehkan seunit mata
Jelaskan jawapan anda. wang sesebuah negara memperoleh lebih banyak unit mata
wang asing.
Dalam erti kata lain, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
bermakna harga mata wang asing menjadi lebih murah
berbanding dengan Ringgit Malaysia iaitu dengan jumlah
Ringgit Malaysia yang sama, lebih banyak mata wang asing
dapat diperoleh atau untuk mendapatkan satu unit mata wang
asing, semakin kurang Ringgit Malaysia diperlukan.
Kesan Terhadap Eksport
• Apabila kadar pertukaran asing bagi sesebuah negara naik
(contohnya Malaysia), harga barang eksport bagi negara
tersebut (Malaysia) akan menjadi lebih mahal di negara
asing atau dalam pasaran antarabangsa.
• Oleh itu, pengimport yang membeli atau mengimport
barang atau perkhidmatan dari Malaysia terpaksa membuat
bayaran yang lebih tinggi untuk mengimport barang
tersebut berbanding dengan keadaan sebelum berlaku
kenaikan kadar pertukaran.
218
Malaysia dan Ekonomi Global
Situasi 1 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika
USD1 = RM4.30 menjual minyak kelapa sawit Syarikat harus membuat
yang bernilai RM750 000 ke bayaran sebanyak:
Amerika Syarikat.
RM750 000 × USD1
RM4.30
= USD174 418.60
Pengimport Amerika
Pengeksport Malaysia Syarikat harus membuat
menjual nilai minyak kelapa
Situasi 2 sawit yang sama iaitu bayaran sebanyak:
USD1 = RM4.10 RM750 000 ke Amerika
Syarikat. RM750 000 × USD1
RM4.10
= USD182 926.83
• Kenaikan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang eksport Malaysia
meningkat sebanyak USD8 508.23 (USD182 926.83 – USD174 418.60).
• Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Amerika Syarikat terhadap barang atau perkhidmatan
eksport dari Malaysia telah menurun.
• Pengimport Amerika Syarikat terpaksa membuat bayaran lebih sebanyak USD8 508.23.
Kesan Terhadap Import
• Apabila kadar pertukaran asing bagi sesebuah negara naik
(contohnya Malaysia), harga barang import dari negara
asing (contohnya Amerika Syarikat) akan menjadi lebih
murah di Malaysia atau dalam pasaran antarabangsa.
• Oleh itu, pengimport yang membeli barang atau
perkhidmatan dari negara asing (Amerika Syarikat) akan
membuat bayaran yang lebih rendah untuk mengimport
barang tersebut berbanding dengan keadaan sebelum
kenaikan kadar pertukaran.
219
Bab 2
Situasi 1 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia
USD1 = RM4.30 membeli komputer riba yang harus membuat bayaran
bernilai USD500 000 dari sebanyak:
Amerika Syarikat. USD500 000 × RM4.30
= RM2 150 000
Situasi 2 Pengimport Malaysia membeli Pengimport Malaysia
USD1 = RM4.10 nilai komputer riba yang harus membuat bayaran
sama iaitu USD500 000 dari sebanyak:
Amerika Syarikat. USD500 000 X RM4.10
=RM2 050 000
• Kenaikan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang import dari
Amerika Syarikat telah menurun sebanyak RM100 000 (RM2 150 000 – RM2 050 000).
• Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Malaysia terhadap barang atau perkhidmatan
eksport dari Amerika Syarikat telah meningkat.
• Pengimport Malaysia membuat bayaran kurang sebanyak RM100 000.
Cabar Diri Anda • Kesimpulannya, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan
Kenaikan kadar harga barang eksport Malaysia menjadi lebih mahal
pertukaran dan seterusnya nilai eksport dagangan Malaysia dengan
Amerika Syarikat akan menurun.
Kesan Kesan
terhadap terhadap • Sebaliknya, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
eksport berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan
import harga barang import dari negara asing (Amerika Syarikat)
menjadi lebih murah dan seterusnya nilai import dagangan
Malaysia dengan Amerika Syarikat akan meningkat.
• Kejatuhan nilai eksport negara berbanding dengan
kenaikan nilai import negara akan menyebabkan imbangan
dagangan Malaysia cenderung mengalami kurangan atau
defisit.
220
Kejatuhan Kadar Pertukaran Asing Malaysia dan Ekonomi Global
Kejatuhan kadar pertukaran asing merujuk kepada perubahan Anda boleh menonton
dalam kadar pertukaran asing yang menyebabkan seunit video di laman web yang
mata wang sesebuah negara memperoleh kurang unit mata berikut untuk mengetahui
wang asing. bagaimana nilai Dolar
Amerika yang rendah
Kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia bermakna harga menjejaskan ekonomi.
mata wang asing menjadi lebih mahal kepada Malaysia iaitu http://bukutekskssm.my/
dengan jumlah Ringgit Malaysia yang sama, lebih kurang mata Ekonomi/Video5.mp4
wang asing dapat diperoleh atau untuk mendapat satu unit
mata wang asing, semakin banyak Ringgit Malaysia diperlukan. BM
Kesan Terhadap Eksport
• Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh,
harga barang eksport negara Malaysia akan menjadi lebih
murah di negara asing atau dalam pasaran antarabangsa.
• Oleh itu, pengimport yang membeli barang atau
perkhidmatan dari Malaysia akan membuat bayaran
yang lebih rendah berbanding dengan keadaan sebelum
kejatuhan kadar pertukaran.
Situasi 1 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika
USD1 = RM4.00 menjual keluaran getah asli Syarikat harus membuat
yang bernilai RM950 000 ke bayaran sebanyak
Amerika Syarikat.
RM950 000 × USD1
RM4.00
= USD237 500
Situasi 2 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika
USD1 = RM4.20 menjual nilai keluaran getah Syarikat harus membuat
asli yang sama iaitu bayaran sebanyak:
RM950 000 ke Amerika
Syarikat. RM950 000 × USD1
RM4.20
= USD226 190.48
• Kejatuhan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang eksport
Malaysia telah menurun sebanyak USD11 309.52 (USD237 500 – USD226 190.48).
• Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Amerika Syarikat terhadap barang atau perkhidmatan
eksport dari Malaysia telah meningkat.
• Pengimport Amerika Syarikat membuat bayaran kurang sebanyak USD11 309.52.
221
Bab 2 Kesan Terhadap Import
Cabar Diri Anda • Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh,
harga barang import dari negara asing (contohnya Amerika
Jelaskan kesan terhadap Syarikat) akan menjadi lebih mahal di Malaysia atau dalam
ekonomi negara apabila pasaran antarabangsa.
import negara menurun.
• Oleh itu, pengimport Malaysia yang membeli barang atau
perkhidmatan dari negara asing (Amerika Syarikat) akan
membuat bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan
keadaan sebelum kejatuhan kadar pertukaran.
Situasi 1 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia
USD1 = RM4.00 membeli barang kosmetik harus membuat bayaran
yang bernilai USD450 000 sebanyak:
dari Amerika Syarikat. USD450 000 × RM4.00
= RM1 800 000
Situasi 2 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia
USD1 = RM4.20 membeli nilai barang harus membuat bayaran
kosmetik yang sama iaitu sebanyak:
USD450 000 dari Amerika USD450 000 × RM4.20
Syarikat. = RM1 890 000
• Kejatuhan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang import dari
Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak RM90 000 (RM1 890 000 – RM1 800 000)
• Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Malaysia terhadap barang atau perkhidmatan
eksport dari Amerika Syarikat telah menurun.
• Pengimport Malaysia terpaksa membuat bayaran lebih sebanyak RM90 000.
222
• Kesimpulannya, kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dan Ekonomi Global
Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika akan
menyebabkan harga barang eksport Malaysia menjadi lebih Cabar Diri Anda
murah dan seterusnya nilai eksport dagangan Malaysia
dengan Amerika Syarikat akan meningkat. Kejatuhan kadar
pertukaran
• Sebaliknya, kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan Kesan Kesan
harga barang import dari negara asing (Amerika Syarikat) terhadap terhadap
menjadi lebih mahal dan seterusnya nilai import dagangan eksport
Malaysia dengan Amerika Syarikat akan menurun. import
• Kenaikan nilai eksport negara berbanding dengan kejatuhan
nilai import negara akan menyebabkan imbangan dagangan
Malaysia semakin baik iaitu menjadi positif atau lebihan.
Aktiviti 2.4.5
1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut.
PETALING JAYA: Penurunan ringgit yang mendadak menyebabkan pelanggan bergegas
ke premis pengurup wang berlesen untuk menjual dan membeli mata wang asing.
Ada yang ingin mengambil kesempatan daripada kadar pertukaran yang lebih tinggi
dengan menukarkan mata wang asing mereka kepada Ringgit Malaysia, manakala ada
juga yang membeli mata wang asing kerana bimbang susut nilai akan berterusan.
Dipetik dan diubah suai daripada: http://www.beritaharian.sg/dunia/ramai-jual-atau-beli-mata-wang-asing-
berikutan-penurunan-dramatik-ringgit
(a) Mengapakah pelanggan bertindak sedemikian?
(b) Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana pelanggan
melindungi kedudukan wang mereka.
2. (a) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
(b) Kumpulan pertama diberi topik kesan kenaikan kadar pertukaran asing manakala kumpulan
kedua diberi topik kesan penurunan kadar pertukaran asing.
(c) Kedua-dua kumpulan dikehendaki membentangkan topik masing-masing dalam bentuk
infografik.
(d) Persembahan infografik boleh dibuat di atas kertas mahjung atau menggunakan
Microsoft PowerPoint.
Kesan perubahan kadar pertukaran asing atas eksport dan import negara adalah seperti berikut:
F Butiran Kenaikan kadar Kejatuhan kadar
pertukaran asing (RM naik) pertukaran asing (RM turun)
O Eksport negara
K Menurun Meningkat
Meningkat Menurun
U Import negara Cenderung merosot Cenderung baik
S
Imbangan dagangan
223
Bab 2
PETA KONSEP
Bab 2: Malaysia dan Ekonomi Global
2.1 Globalisasi
Ciri-ciri Faktor Syarikat Pelaburan langsung
globalisasi penggalak multinasional asing
• Pasaran • Peranan
baharu kerajaan Dorongan
• Peraturan dan • Peranan
norma baharu teknologi • Meluaskan Kesan positif Kesan negatif
• Kaedah maklumat pasaran • Pertumbuhan • Ketidakseimbangan
komunikasi • Pengangkutan
baharu • Pelancongan • Perlindungan ekonomi pendapatan
• Peserta baharu perdagangan • Pindahan • Kemusnahan alam
• Kos teknologi sekitar
pengangkutan • Meningkatkan • Aliran keluar
yang tinggi
kemahiran untung
• Bahan mentah modal insan
atau hasil bumi • Meningkatkan
yang unik modal
pelaburan
• Tenaga buruh
dengan
kemahiran
khusus
2.2 Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan Sekatan perdagangan Liberalisasi Blok Perjanjian
antarabangsa antarabangsa perdagangan ekonomi perdagangan
• Tiada sekatan • EU • AFTA
Kepentingan • Tarif dalam hubungan • GATT
• Pilihan • Kuota perdagangan
• Persaingan • Subsidi antarabangsa
• Pertumbuhan • Embargo
• Kawalan
ekonomi
pertukaran asing
• Sekatan bukan
ekonomi
Kebaikan, keburukan dan kesan
224
Malaysia dan Ekonomi Global
2.3 Imbangan Pembayaran
Akaun kewangan Akaun semasa Akaun modal
• Akaun barangan
(eksport dan import)
• Akaun perkhidmatan
• Akaun pendapatan
Lebihan akaun semasa Sebab dan implikasi akaun Defisit akaun semasa
Penerimaan > Pembayaran semasa Penerimaan < Pembayaran
• Permintaan eksport dan
import
• Produktiviti negara
• Pendapatan negara
2.4 Kadar Pertukaran Asing
Pertukaran asing Kadar pertukaran asing Kesan perubahan kadar
pertukaran asing terhadap
harga eksport dan import
Kepentingan Faktor permintaan dan Kadar pertukaran Kadar pertukaran
• Membiayai import penawaran pertukaran asing ↑ asing ↓
• Membayar balik
asing • Harga eksport ↑ • Harga eksport ↓
pinjaman luar negara • Eksport negara • Harga import ↓ • Harga import ↑
• Membuat pelaburan • Import negara
• Kadar faedah
di luar negara • Cita rasa pengguna
• Mempertahankan nilai
terhadap barangan
mata wang import
• Spekulasi mata wang
225
Bab 2
Rumusan
Malaysia dan Ekonomi Global
Globalisasi Imbangan pembayaran
• Maksud globalisasi • Komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan
Malaysia
• Syarikat multinasional a • Maksud imbangan pembayaran
• Struktur akaun semasa
• Faktor penggalak • Defisit dan lebihan akaun semasa
globalisasi b • Sebab dan implikasi defisit dan lebihan akaun semasa d
• Pelaburan langsung asing
Perdagangan antarabangsa Kadar pertukaran asing
• Konsep perdagangan antarabangsa • Maksud kadar pertukaran asing
• Kepentingan perdagangan antarabangsa • Pengiraan kadar pertukaran asing
• Bentuk dan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa c • Faktor permintaan dan penawaran
• Kesan sekatan perdagangan antarabangsa mata wang asing e
• Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa • Kesan perubahan kadar pertukaran
• Blok ekonomi dan perjanjian perdagangan asing
• Kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan
a Dorongan syarikat dalam operasi b Faktor penggalak globalisasi
antarabangsa
Kos Pelancongan
pengangkutan
yang tinggi
Meluaskan Dorongan Tenaga Peranan
pasaran Syarikat dalam buruh maklumat
teknologi
Operasi Peranan Faktor
Antarabangsa kerajaan Penggalak
Globalisasi
Perlindungan Bahan
perdagangan mentah
Pengangkutan
226
Malaysia dan Ekonomi Global
c Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
Tarif Subsidi Kuota
• Cukai yang dikenakan • Bantuan kewangan • Had maksimum jumlah
atas barang yang yang diberikan oleh barang yang boleh
diimport dari luar kerajaan kepada diimport
negara pengeluar tempatan
Kawalan Embargo Sekatan bukan
pertukaran asing ekonomi
• Had kerajaan atas • Dasar pemulauan • Sekatan dalam bentuk
pembelian pertukaran terhadap barangan undang-undang,
asing oleh pengimport dari negara tertentu peraturan, atau syarat-
syarat negara
d Sebab defisit akaun semasa e Faktor permintaan dan penawaran mata
wang
Buku Teks Guru Buku Teks Guru
Kekurangan Eksport
inovasi dan aktiviti negara
penyelidikan dan
Import
pembangunan
Permintaan Permintaan negara Faktor Kadar
eksport yang import yang faedah
permintaan
rendah Sebab defisit tinggi dan penawaran
akaun semasa Cita rasa mata wang
pengguna
terhadap
barang
Peningkatan Penurunan import Spekulasi
pembayaran produktiviti mata wang
pendapatan
Buku Rujukan Internet Buku Rujukan Internet
227
Bab 2
Refleksi
✓ Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
2.1 Globalisasi
Menerangkan maksud globalisasi.
Menerangkan operasi syarikat multinasional.
Menganalisis faktor penggalak globalisasi dalam ekonomi.
Menilai kesan pelaburan langsung asing terhadap ekonomi negara.
2.2 Perdagangan Antarabangsa
Menjelaskan konsep perdagangan antarabangsa dan kepentingannya kepada ekonomi.
Menghuraikan bentuk dan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa.
Menganalisis kesan tarif, subsidi dan kuota atas perdagangan antarabangsa.
Menilai kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa dan liberalisasi perdagangan.
Menjelaskan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan.
Menjelaskan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan.
2.3 Imbangan Pembayaran
Mengenal pasti komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan Malaysia.
Menerangkan maksud imbangan pembayaran.
Menjelaskan struktur akaun semasa dalam imbangan pembayaran.
Menjelaskan konsep defisit dan lebihan dalam akaun semasa.
Menganalisis sebab dan implikasi defisit dan lebihan dalam akaun semasa.
2.4 Kadar Pertukaran Asing
Mendefinisikan kadar pertukaran asing.
Mengira kadar pertukaran asing berdasarkan harga jualan dan harga belian mata wang asing.
Menjelaskan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing.
Menganalisis penentuan dan perubahan kadar pertukaran asing menggunakan gambar rajah
permintaan dan penawaran.
Menerangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing atas harga eksport dan import.
ISTILAH BM - BI • Blok ekonomi (Trade bloc)
• Perjanjian perdagangan (Trade agreement)
2.1 Globalisasi
• Globalisasi (Globalisation) 2.3 Imbangan Pembayaran
• Syarikat multinasional • Imbangan pembayaran
(Multinational company) (Balance of payments)
• Pelaburan langsung asing (Foreign • Akaun semasa (Current account)
• Defisit akaun semasa (Current account deficit)
direct investment) • Lebihan akaun semasa (Current
2.2 Perdagangan Antarabangsa account surplus)
• Perdagangan antarabangsa
2.4 Kadar Pertukaran Asing
(International trade) • Kadar pertukaran asing (Foreign
• Sekatan perdagangan antarabangsa
exchange rate)
(International trade barriers)
• Liberalisasi perdagangan
(Trade liberalisation)
228
Malaysia dan Ekonomi Global
Latihan Sumatif 2
A Soalan Objektif
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1. Pelaksanaan liberalisasi perdagangan 4. Apakah kesan positif daripada pelaburan
dan blok perdagangan adalah untuk langsung asing terhadap ekonomi Malaysia?
menggalakkan kerjasama antara negara A Peningkatan kadar pengangguran
dalam ekonomi. B Kepesatan pemindahan teknologi
C Penurunan pendapatan negara
Antara yang berikut, yang manakah D Kenaikan tingkat harga umum
berkaitan dengan faktor penggalak tersebut?
A Pemberian visa ketika ketibaan 5. Pilih kebaikan yang diperoleh daripada
B Kenaikan cukai bagi barang import perdagangan antarabangsa.
terpilih I Menghadapi persaingan
C Penglibatan sektor swasta dalam II Mengatasi masalah lambakan
pentadbiran kerajaan III Meningkatkan kecekapan pengeluaran
D Kebenaran menjalankan perniagaan IV Menggalakkan mobiliti sumber ekonomi
tanpa keperluan lesen A I dan II
B I dan IV
2. Mengapakah sesebuah firma mengembangkan C II dan III
operasi perniagaannya ke peringkat D III dan IV
antarabangsa?
A Pasaran tempatan yang tepu 6. Pilih bentuk sekatan yang diadakan dalam
B Kos upah yang rendah untuk buruh hubungan perdagangan antarabangsa.
tempatan I Cukai eksais
C Kadar pertukaran asing yang berubah II Duti import
dari semasa ke semasa III Kawalan pertukaran asing
D Kenaikan harga bahan mentah di IV Cukai barang dan perkhidmatan
pasaran antarabangsa A I dan II
B I dan IV
3. Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri- C II dan III
ciri suatu dorongan syarikat dalam operasi D III dan IV
antarabangsa.
7. Apakah tujuan sekatan perdagangan
• Pengedaran yang efektif antarabangsa dilaksanakan?
• Harga produk lebih murah A Menggalakkan pelaburan
• Berdekatan dengan pasaran B Melindungi industri muda tempatan
C Mewujudkan kuasa monopoli
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan D Menjamin hubungan politik yang kukuh
dengan maklumat di atas?
A Saiz pasaran
B Jenis pelanggan
C Kos pengangkutan
D Kos bahan mentah
229
Bab 2 12. Pernyataan di bawah menunjukkan satu
butir akaun dalam akaun semasa.
8. Apakah kesan pengenaan tarif dalam
hubungan perdagangan antarabangsa? Firma televisyen Malaysia membelanjakan
A Harga barang akan menurun berjuta-juta wang untuk bayaran kos
B Kadar pengangguran akan naik siaran program yang disediakan oleh
C Hasil kerajaan akan bertambah firma asing.
D Permintaan barang akan meningkat
Akaun yang manakah perbelanjaan tersebut
9. Antara yang berikut, yang manakah direkodkan?
merupakan kelebihan dasar liberalisasi A Akaun pendapatan
perdagangan? B Akaun perkhidmatan
I Kemasukan pelaburan langsung asing C Akaun dagangan
II Mewujudkan monopoli D Akaun modal
III Kebergantungan ekonomi negara
kepada pihak asing 13. Firma FAC dari Malaysia telah membeli
IV Menggalakkan inovasi dan pemindahan sebuah jentera kilang yang berharga
teknologi US$180 800 dari Amerika Syarikat. Kadar
A I dan II pertukaran asing adalah seperti yang
B I dan IV berikut:
C II dan III
D III dan IV Unit Mata Harga Harga jualan
wang belian (RM)
10. Komposisi eksport nampak Malaysia (RM)
terdiri daripada
A pertanian, perlombongan dan 1 USD 4.40 4.50
perkhidmatan pengeluar
B p e r k h i d m a t a n p e n g e l u a r , Berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang
perlombongan dan perkilangan diperlukan untuk pembayaran tersebut?
C p e m b u a t a n , p e r t a n i a n d a n A RM40 178
perlombongan B RM41 091
D pembuatan, perlombongan dan C RM795 520
pelancongan D RM813 600
11. Maklumat yang berikut menunjukkan urus 14. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan
niaga antarabangsa negara W. permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia
Eksport nampak RM76.8 bilion B Pertambahan dalam jumlah eksport
Import nampak RM78.6 bilion negara Malaysia
C Nilai Ringgit Malaysia dijangka
Apakah kesan daripada urus niaga di atas? meningkat pada masa hadapan
A Imbangan pembayaran positif D Kegemaran rakyat Malaysia membeli
B Imbangan pembayaran negatif barang buatan tempatan
C Imbangan dagangan negatif
D Imbangan dagangan positif
230
Malaysia dan Ekonomi Global
B Soalan Esei
Arahan: Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. (a) Apakah maksud globalisasi?
(b) Nyatakan faktor penggalak globalisasi di Malaysia.
2. Rajah di bawah menunjukkan suatu urus niaga bagi negara Malaysia.
INDIA U
MALAYSIA
(a) Apakah jenis urus niaga di atas?
(b) Terangkan tiga sebab berlakunya urus niaga dalam (a).
(c) Jelaskan kepentingan urus niaga dalam (a) kepada sesebuah negara dari segi:
(i) Pilihan pengguna
(ii) Persaingan
(iii) Pertumbuhan ekonomi
3. (a) Jelaskan kesan terhadap pihak yang berikut akibat kemasukan barang import yang murah.
(i) Pengeluar tempatan
(ii) Pengguna
(iii) Ekonomi negara
(b) Jelaskan tiga sekatan perdagangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
lambakan beras tempatan.
4. (a) Nyatakan empat faktor yang mendorong perkembangan syarikat multinasional.
(b) Jelaskan sumbangan pelaburan langsung asing kepada ekonomi Malaysia.
(c) Jelaskan kesan negatif yang mungkin berlaku akibat kemasukan pelaburan langsung asing
ke Malaysia.
5. Jadual di bawah menunjukkan data perdagangan Malaysia dengan negara China bagi tahun
2014 dan tahun 2015.
Butiran 2014 2015
(RM bilion) (RM bilion)
Jumlah dagangan
Eksport barang nampak 207.8 X
Import barang nampak
92.29 101.53
Y 129.36
231
Bab 2
(a) Hitungkan nilai bagi yang berikut:
(i) Nilai X dan Y
(ii) Imbangan dagangan Malaysia dengan negara China pada tahun 2014 dan tahun 2015
(iii) Peratus perubahan import nampak Malaysia pada tahun 2015 berbanding dengan
tahun 2014
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan eksport nampak Malaysia ke China.
6. Rajah di bawah menunjukkan imbangan akaun semasa bagi sebuah negara pada tahun 2000
dan tahun 2014.
Tahun 2000 Tahun 2014
Penerimaan Pembayaran
RM30 254 juta RM65 216 juta
Pembayaran Penerimaan
RM47 589 juta RM87 314 juta
(a) Apakah jenis akaun semasa pada tahun 2000 dan tahun 2014? Buktikan jawapan anda.
(b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan jenis akaun semasa pada tahun 2000.
(c) Jelaskan empat langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah di (b).
7. (a) Dengan menggunakan rajah keluk permintaan dan penawaran, jelaskan bagaimana kadar
US$1.00 = RM4.20 ditentukan dalam pasaran pertukaran asing.
(b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran bagi mata wang
asing.
8. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia (RM) berbanding
dengan Dolar Singapura (SGD) pada tahun 2015 dan 2016.
15 Jun 2015 15 Jun 2016
Unit Mata Harga belian Harga jualan Unit Mata Harga belian Harga jualan
wang (RM) (RM) wang (RM) (RM)
1 SGD 2.7560 2.8214 1 SGD 2.9922 3.0618
Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut
terhadap eksport dan import Malaysia.
Jawapan
Anda boleh menyemak jawapan anda bagi
Latihan Sumatif 2 di sini:
http://bukutekskssm.my/Ekonomi/Jawapan2.pdf
232
Malaysia dan Ekonomi Global
Kajian Kes
Malaysia merupakan pengeluar getah asli yang kelima terbesar di dunia, selepas Thailand,
Indonesia, Vietnam dan China. Pengeluaran getah asli di Malaysia meningkat sebanyak
4.1% daripada 0.67 juta tan metrik pada tahun 2014 kepada 0.72 juta tan pada tahun
2015. Eksport getah asli mencatatkan penurunan sebanyak 6.5% daripada 1.2 juta tan pada
tahun 2014 kepada 1.1 juta tan pada tahun 2015. Namun begitu, Malaysia tetap merupakan
pengeksport bersih yang utama di dunia untuk getah asli. Banyak negara lain di dunia
memilih Malaysia sebagai sumber bekalan getah mentah gred SMR (Standard Malaysian
Rubber) yang berkualiti.
Eksport barangan getah dari Malaysia mencecah RM15 bilion pada tahun 2014 dan
menghampiri RM18 bilion pada tahun 2015. Eksport barangan getah pada tahun 2015
telah mencatatkan pertumbuhan tahunan positif sebanyak 18.6%. Keadaan ini disebabkan
oleh peningkatan dalam eksport sarung tangan getah yang menyumbangkan sebanyak 72.8%
kepada jumlah eksport barangan getah tahun ini.
Jumlah hasil eksport daripada sarung tangan getah pada tahun 2016 dijangka mencatat nilai
sebanyak RM14.3 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 14% berbanding dengan tahun 2015.
Malaysia kekal sebagai pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia dengan anggaran
jumlah pengeluaran sebanyak 133.6 bilion sarung tangan pada tahun 2016 yang mewakili
syer pasaran dunia sebanyak 63%.
Sumber: 1. Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia, tahun 2017
2. Eksport revenue from rubber gloves to hit RM14.3 billion this year, 16 Julai 2016
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut.
(a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi pengeluar getah asli yang kelima
terbesar di dunia.
(b) Mengapakah eksport getah asli mengalami penurunan pada tahun 2015?
(c) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan eksport sarung tangan getah Malaysia.
(d) Berikan ulasan anda tentang prospek industri getah di Malaysia.
233
Bab 2
Kerja Tugasan
Kadar Pertukaran Mata Wang Asing dari tahun 2012 hingga tahun 2015
Mata wang asing Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015
Akhir Disember
Dolar Amerika Syarikat 3.0583 3.2815 3.4950 4.2920
Dolar Singapura 2.5030
100 Yen Jepun 3.5576 2.5943 2.6449 3.0356
Pound Sterling 4.9420
Franc Swiss 3.3480 3.1281 2.9255 3.5645
Euro 4.0412
100 Baht Thai 9.9910 5.4076 5.4396 6.3607
100 Rupiah Indonesia 0.0317
100 Won Korea 0.2865 3.6950 3.5353 4.3419
100 Peso Filipina 7.4446
Renminbi China 0.4909 4.5263 4.2513 4.6918
9.9757 10.627 11.9222
0.0269 0.0281 0.0311
0.3108 0.3201 0.3651
7.3908 7.8066 9.1494
0.5422 0.5637 0.6610
Sumber: Kementerian Kewangan, Laporan Ekonomi 2015/2016
Jadual di atas menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan beberapa mata
wang negara asing.
Bincang dalam kumpulan dan bentangkan jawapan anda dalam kelas.
(a) Jelaskan prestasi Ringgit Malaysia berbanding dengan mata wang yang berikut:
(i) Pound Sterling
(ii) Yen Jepun
(iii) Rupiah Indonesia
(b) Hitungkan peratus penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika antara
tahun 2012 dengan tahun 2015.
(c) Penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika membawa pelbagai
implikasi kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Bincangkan.
(d) Andaikan seorang rakyat Malaysia membeli satu unit pangsapuri di London berharga
£600 000 pada tahun 2012. Berapakah nilai pangsapuri dalam Ringgit Malaysia pada tahun
2012 dan tahun 2015?
(e) Hitungkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika dengan Dolar Singapura pada tahun 2015.
234
Glosari
A Pembahagian jumlah pendapatan antara individu
atau kumpulan dalam ekonomi.
Agihan pendapatan Akaun yang merekodkan jumlah nilai eksport
Akaun barangan barang nampak dan jumlah nilai import barang
nampak.
Akaun kewangan Akaun yang merekod aliran masuk modal dan
Akaun modal aliran keluar modal bagi sesebuah negara.
Akaun pendapatan Akaun yang merekod perubahan bersih dalam
Akaun perkhidmatan pemilikan aset.
Akaun semasa Akaun yang merekodkan penerimaan dan
Antilambakan pembayaran pendapatan dalam negara.
Akaun yang merekodkan eksport dan import
B barang tak nampak dalam negara.
Akaun yang merekodkan nilai eksport dan import
Barang awam barang serta perkhidmatan dan juga pendapatan.
Tindakan menyekat barang import untuk
Barang kawalan menghalang penjualan lebihan barang di pasaran
tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk
terhadap ekonomi dalam negara.
Barang yang dapat digunakan oleh seseorang
individu tanpa mengurangkan faedah
penggunaan individu lain (non rivalrous) dan
tidak boleh menghalang individu lain daripada
menggunakannya (non excludable).
Barang penggunaan asas yang diisytiharkan di
bawah kawalan kerajaan dan tidak dibenarkan
menaikkan atau menurunkan harganya tanpa
persetujuan kerajaan.
235
Barang sosial Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat
Belanjawan defisit terbesar kepada semua masyarakat.
Belanjawan lebihan Keadaan belanjawan negara yang mempunyai
jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah
Belanjawan negara perbelanjaan kerajaan.
Belanjawan seimbang Keadaan belanjawan negara yang mempunyai
jumlah hasil kerajaan lebih daripada jumlah
Blok ekonomi perbelanjaan kerajaan.
C Suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil
yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan
Cukai yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan
Cukai berkadar malar datang.
Cukai karbon
Cukai langsung Keadaan belanjawan negara yang mempunyai
Cukai progresif jumlah hasil kerajaan bersamaan dengan jumlah
Cukai regresif perbelanjaan kerajaan.
Cukai tak langsung
Satu kumpulan negara yang terdiri daripada
beberapa negara yang berada dalam rantau yang
berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi
bersama-sama.
Bayaran wajib rakyat dalam bentuk wang yang
dikenakan oleh kerajaan.
Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun
pendapatan berubah.
Sejenis cukai persekitaran yang dikenakan atas
kandungan bahan api.
Sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh
dipindahkan kepada pihak lain.
Bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi
apabila pendapatan bertambah.
Bentuk cukai yang kadarnya semakin menurun
apabila pendapatan bertambah.
Sejenis cukai yang beban cukainya boleh
dipindahkan kepada pihak lain.
236
D Satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui
perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan
Dasar fiskal agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.
Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal yang bertujuan untuk meningkatkan
permintaan agregat melalui pengurangan kadar
Dasar fiskal menguncup cukai dan pertambahan perbelanjaan kerajaan.
Dasar harga maksimum Dasar fiskal yang bertujuan untuk mengurangkan
Dasar harga minimum permintaan agregat melalui peningkatan kadar
Dasar kewangan cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
Dasar kewangan mengembang Dasar penetapan harga yang lebih rendah daripada
Dasar kewangan menguncup tingkat harga keseimbangan.
Defisit akaun semasa
Dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada
E tingkat harga keseimbangan.
Eksport Cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi
Eksport barang nampak melalui kawalan bekalan wang dan kadar faedah
Eksport barang tak nampak supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam
Eksternaliti negatif keadaan yang stabil.
Dasar kewangan yang bermatlamat untuk
menambahkan bekalan kewangan dalam pasaran.
Dasar kewangan yang bermatlamat untuk
mengurangkan bekalan kewangan dalam pasaran.
Keadaan di mana jumlah pembayaran kewangan
lebih besar daripada jumlah penerimaan kewangan
dalam akaun semasa.
Urus niaga menjual barang dan perkhidmatan
kepada negara lain.
Barang nyata yang dikeluarkan dalam Malaysia dan
dijual ke luar negara.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat
Malaysia kepada rakyat asing.
Kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat
selain pengeluar dan pengguna barang itu.
237
Embargo Perintah larangan atau pemulauan dengan negara
Emolumen tertentu atas alasan keselamatan atau kepentingan
Entrepot negara.
Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan.
F Urus niaga mengimport barang daripada luar
negara dan menjual semula kepada negara lain.
Faedah berbanding
Faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang
G sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan
harga relatif atau kos lepas yang lebih rendah
Globalisasi berbanding dengan negara lain berdasarkan
Guna tenaga sejumlah faktor pengeluaran dan pada tingkat
Guna tenaga penuh teknologi yang sama.
H Proses interaksi dan integrasi antara manusia,
firma dan kerajaan pelbagai negara.
Harga belian mata wang Penduduk berumur 15 tahun hingga 64 tahun
Harga jualan mata wang yang mempunyai pekerjaan dalam pelbagai
Hasil bukan cukai kegiatan ekonomi.
Hasil kerajaan Keadaan dalam ekonomi apabila kadar
pengangguran berada pada paras yang rendah iaitu
238 kurang daripada 4%.
Harga bank atau money trader membeli mata wang
asing dengan menukarkan mata wang tempatan.
Harga bank atau money trader menjual mata wang
asing untuk mendapatkan mata wang tempatan
sesebuah negara.
Hasil yang diterima oleh kerajaan daripada sumber
pendapatan yang lain selain daripada pengutipan
cukai.
Semua jenis pendapatan yang diterima oleh
kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, dan lesen.
I Perbezaan antara jumlah penerimaan pendapatan
dengan jumlah pembayaran pendapatan dalam
Imbangan akaun pendapatan negara.
Imbangan dagangan Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang
Imbangan pembayaran nampak dengan jumlah nilai import barang nampak.
Imbangan perkhidmatan Satu penyata kewangan yang merekodkan aliran
wang masuk (jumlah penerimaan) dan keluar
Import (jumlah pembayaran) kesan daripada perdagangan
Import barang nampak antarabangsa dalam tempoh satu tahun.
Import barang tak nampak
Indeks harga pengguna Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang tak
nampak dengan jumlah nilai import barang tak
Inflasi nampak.
Inflasi diimport Urus niaga membeli barang dan perkhidmatan
Inflasi tarikan permintaan daripada negara lain.
Inflasi tolakan kos Barang nyata yang dibeli oleh Malaysia dari luar
negara lain.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing
kepada rakyat Malaysia.
Perubahan harga purata sekumpulan barang dan
perkhidmatan yang terpilih dalam ekonomi bagi
suatu tahun berbanding dengan suatu tahun dasar.
Kenaikan tingkat harga umum barang dan
perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah
ekonomi.
Kenaikan tingkat harga umum apabila harga
barang yang diimport dari luar negara meningkat.
Kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan
masyarakat terhadap barang dan permintaan
melebihi penawarannya dalam pasaran.
Kenaikan tingkat harga umum apabila kos
pengeluaran meningkat.
K Kos yang ditanggung oleh peminjam untuk
membuat pinjaman.
Kadar faedah
Kadar faedah yang berubah mengikut turun naik
Kadar faedah terapung Kadar Rujukan sepanjang tempoh pinjaman.
239