The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yati Esa, 2024-06-05 00:37:53

TEMA A AKU DAN NEGARAKU

TEMA A AKU DAN NEGARAKU

74 LAMPIRAN 1 Gambar Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah


75 LAMPIRAN 2 1. Apakah yang anda nampak dalam gambar ini? 2. Apakah yang sedang berlaku? 3. Siapa yang ada dalam gambar? 4. Bilakah peristiwa ini berlaku? 5. Di manakah tempat berlakunya peristiwa ini? 6. Mengapa peristiwa ini penting?


76 LAMPIRAN 3 Peta pokok Mengkategorikan Kosa Kata Istilah dan Kosa Kata Umum KOSA KATA UMUM KOSA KATA ISTILAH 1 2 3 * Penggunaan kamus jika perlu.


77 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A1 - Kenali Diri Sendiri Dan Rakan Sebaya Tajuk: A1.5 - Memerihalkan peristiwa 31 Ogos 1957 MINGGU: _____________ Kemahiran: Menulis Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A2 Sejarah dan Kita Tajuk: A2.2 Memerihal peristiwa 31 Ogos 1957. Fokus: Membina ayat mudah atau asas. Kosa kata umum: merdeka, bendera, perang, penjajah Kosa kata istilah: patriotik Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.2 Membina dan menggunakan ayat mengikut konteks secara gramatis 1.2.1 Membina ayat tentang sesuatu peristiwa secara gramatis mengikut konteks Membina ayat mudah berkaitan peristiwa 31 Ogos 1957 Gambar, video, Set permainan susun suai gambar, lembaran soalan individu, peta bulatan, kad imbasan Ilmu: Sejarah Nilai: Cinta akan negara, menghargai, bersyukur dan berterima kasih KBAT: Mengaplikasi dan menganalisis


78 A1 Sejarah Dan Kita A 2.2 Memerihal peristiwa 31 Ogos 1957 Standard Kandungan 1.2 Membina dan menggunakan ayat mengikut konteks secara gramatis. Standard Pembelajaran 1.2.1 Membina ayat tentang sesuatu peristiwa secara gramatis mengikut konteks. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Menulis Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: membina soalan berdasarkan gambar berkaitan peristiwa 31 Ogos 1957. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah Nilai: Cinta akan negara, menghargai, bersyukur, berterima kasih KBAT: Mengaplikasi, menganalisis, menilai Sistem Bahasa Kosa kata umum: merdeka, bendera, perang, penjajah Kosa kata istilah: patriotik Sintaksis: Ayat tanya Morfologi: Kata tanya BBB Gambar, video, set permainan susun suai gambar, ganjaran, lembaran soalan individu, peta bulatan, kad imbasan Penilaian Tulisan


79 Set induksi: iv. Murid menonton tayangan video berkaitan peristiwa 31 Ogos 1957 yang disediakan oleh guru. v. Murid memberikan pendapat tentang kandungan video : merdeka, bendera, perang, penjajah vi. Guru mengaitkan video tersebut dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1: Aktiviti individu v. Murid menjawab soalan berkaitan video. vi. Murid dan guru berbincang tentang soalan yang diberikan. vii. Murid menulis situasi yang dapat dilihat dalam video dengan menggunakan peta bulatan. Langkah 2: Aktiviti kumpulan iv. Murid diberikan satu set permainan susun suai gambar. v. Setiap kumpulan perlu menamatkan permainan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Kumpulan yang berjaya akan diberikan bintang/ganjaran. Langkah 3: Aktiviti kumpulan i. Murid menggunakan gambar daripada set permainan dalam langkah 2 untuk membina tiga soalan mudah berpandukan kad kata tanya yang diberikan. ii. Murid mengemukakan soalan yang siap dibina untuk dijawab oleh kumpulan lain. Kumpulan yang berjaya akan diberikan bintang/ganjaran. Penutupan: iv. Murid menyebut senario yang dikaitkan dengan peristiwa 31 Ogos 1957. v. Murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini. Rujuk LAMPIRAN 1: Video https://youtu.be/md3H_UkUHnI Rujuk LAMPIRAN 2: Lembaran soalan individu Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Maklum balas ringkas oleh guru Rujuk LAMPIRAN 4: Peta bulatan Rujuk LAMPIRAN 5: Set permainan susun suai gambar PAK21: - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif - Ganjaran Rujuk LAMPIRAN 6: Kad kata tanya PAK 21: - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif - Ganjaran


80 LAMPIRAN 1 Video Kemerdekaan Negara https://youtu.be/md3H_UkUHnI


81 LAMPIRAN 2 Lembaran soalan individu Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan video yang ditonton tadi. 1 Siapakah yang melaungkan perkataan ‘Merdeka’? _____________________________________________ 2 Berapa kali perkataan ‘Merdeka’ dilaungkan? _____________________________________________ 3 Apakah lagu yang dimainkan dalam video tersebut? _____________________________________________ 4 Apakah nama bendera yang diturunkan dalam video tersebut? _____________________________________________ 5 Apakah nama bendera yang dinaikkan dalam video tersebut? ______________________________________________


82 LAMPIRAN 3 Lembaran jawapan (Panduan Guru) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan video yang ditonton tadi. 1 Siapakah yang melaungkan perkataan ‘Merdeka’? _____________________________________________ 2 Berapa kali perkataan ‘Merdeka’ dilaungkan? _____________________________________________ 3 Apakah lagu yang dimainkan dalam video tersebut? _____________________________________________ 4 Apakah nama bendera yang diturunkan dalam video tersebut? _____________________________________________ 5 Apakah nama bendera yang dinaikkan dalam video tersebut? _____________________________________________ Tunku Abdul Rahman tujuh kali Negaraku Bendera Union Jack Bendera Persekutuan Tanah Melayu


83 LAMPIRAN 4 Peta bulatan PERISTIWA 31 OGOS 1957 Peristiwa 31 Ogos 1957


84 LAMPIRAN 5 Set permainan susun suai gambar Gambar 1 Gambar 2


85 LAMPIRAN 6 Kad kata tanya SIAPA APA MENGAPA


86 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A2 - Sejarah dan Kita Tajuk: A2.1 - Memerihalkan Peristiwa 31 Ogos 1957 MINGGU: _____________ Kemahiran: Membaca Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A2. Sejarah dan Kita Tajuk: A2.2 Memerihalkan peristiwa 31 Ogos 1957 Fokus: Membaca maklumat Kosa kata umum: merdeka, bendera, perang Kosa kata istilah: kenegaraan Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.2 Membina dan menggunakan ayat mengikut konteks secara gramatis 1.2.2 Menjelaskan sesuatu peristiwa secara bertatasusila mengikut konteks Membaca maklumat berpandukan set soalan bagi menjelaskan peristiwa berkaitan 31 Ogos 1957. Gambar, kertas, video, peta bulatan Ilmu: Sejarah Nilai: Cinta akan negara, menghargai, bersyukur, berterima kasih. KBAT: Mengaplikasi, menganalisis.


87 A1 Sejarah Dan Kita A 2.2 Memerihalkan peristiwa 31 Ogos 1957 Standard Kandungan 1.2 Membina dan menggunakan ayat mengikut konteks secara gramatis Standard Pembelajaran 1.2.2 Menjelaskan sesuatu peristiwa secara bertatasusila mengikut konteks Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Membaca Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Membaca maklumat berpandukan set soalan bagi menjelaskan peristiwa berkaitan 31 Ogos 1957. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah Nilai: Cinta akan negara, menghargai, bersyukur, berterima kasih KBAT: Mengaplikasi, menganalisis Sistem Bahasa Kosa kata umum: merdeka, bendera, perang Kosa kata istilah: kenegaraan Sintaksis – Ayat tunggal BBB Gambar, kertas, video, peta bulatan Penilaian Pemerhatian dan lisan


88 Set induksi: i. Murid menonton video berkaitan peristiwa 31 Ogos 1957. ii. Murid menjawab soalan berdasarkan video tersebut sambil dibimbing oleh guru. iii. Wakil murid membacakan jawapan dan semakan jawapan dibuat bersama-sama guru. iv. Guru mengaitkan video tersebut dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1: Aktiviti kumpulan i. Murid diberikan satu set permainan suai padan gambar berdasarkan lembaran jawapan. Setiap kumpulan perlu menamatkan permainan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. ii. Murid menyemak jawapan bersama-sama guru. iii. Wakil setiap kumpulan membacakan maklumat berkaitan gambar menerusi aktiviti Dragon Ball. Langkah 2: Aktiviti kumpulan i. Murid menyusun ayat- ayat yang dibekalkan kepada mereka agar membentuk satu perenggan. ii. Murid membaca perenggan menerusi teknik pemenggalan suku kata mengikut kumpulan. iii. Kumpulan yang baik bacaannya akan diberikan ganjaran. Penutupan: i. Murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru. Rujuk LAMPIRAN 1: Video https://youtu.be/md3H_UkUHnI Rujuk LAMPIRAN 2: Set soalan berdasarkan video Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Rujuk LAMPIRAN 4: Permainan suai padan gambar dengan maklumat Rujuk LAMPIRAN 5: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Rujuk LAMPIRAN 6: Maklumat untuk aktiviti Dragon Ball Rujuk LAMPIRAN 7: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Rujuk LAMPIRAN 8: Set ayat Rujuk LAMPIRAN 9: Perenggan PAK 21: - Pembelajaran Koperatif - Ganjaran 1 2 3 4 5


89 LAMPIRAN 1 Video Kemerdekaan Negara https://youtu.be/md3H_UkUHnI


90 LAMPIRAN 2 Set Soalan Berdasarkan Video Jawab soalan-soalan di bawah berpandukan video yang ditonton. 1 Bilakah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan? ________________________________________________________ 2 Di manakah kemerdekaan Tanah Melayu disambut pada 31 Ogos 1957? ________________________________________________________ 3 Siapakah nama tokoh yang melaungkan perkataan “Merdeka” dalam video tersebut? _________________________________________________________ 4 Mengapakah hari kemerdekaan disambut dengan meriah? __________________________________________________________ 5 Bagaimanakah keadaan rakyat yang datang meraikan hari kemerdekaan negara? __________________________________________________________


91 LAMPIRAN 3 Lembaran jawapan (Panduan Guru) 1. Bilakah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan? Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2. Di manakah kemerdekaan Tanah Melayu disambut pada 31 Ogos 1957? Kemerdekaan Tanah Melayu diraikan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957. 3. Siapakah nama tokoh yang melaungkan perkataan “Merdeka” dalam video tersebut? Tokoh yang melaungkan perkataan “Merdeka” dalam video tersebut ialah Tunku Abdul Rahman. 4. Mengapakah hari kemerdekaan disambut dengan meriah? Hari kemerdekaan disambut dengan meriah kerana negara bebas daripada penjajah. 5. Bagaimanakah keadaan rakyat yang datang meraikan hari kemerdekaan negara? Rakyat meraikan hari kemerdekaan negara dengan perasaan gembira, terharu dan bangga.


92 LAMPIRAN 4 Permainan suai padan gambar dengan maklumat Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Ulang tahun hari kemerdekaan disambut meriah bagi menghargai para pejuang negara. Saya meraikan sambutan hari kemerdekaan di sekolah dengan menyanyikan lagu patriotik. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman.


93 LAMPIRAN 5 Lembaran jawapan (Panduan Guru) Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Ulang tahun hari kemerdekaan disambut meriah bagi menghargai para pejuang negara. Saya meraikan sambutan hari kemerdekaan di sekolah dengan menyanyikan lagu patriotik. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman.


94 LAMPIRAN 6 Maklumat untuk aktiviti Dragon Ball Bulan kemerdekaan jatuh pada bulan ___________. Malaysia menyambut tahun kemerdekaan ke-_____ pada tahun ini. Berapakah warna yang terdapat dalam bendera Malaysia? Merdeka bermaksud bebas daripada_____________. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita?


95 LAMPIRAN 7 Lembaran jawapan (Panduan untuk guru) https://you Bulan kemerdekaan jatuh pada bulan ___________. Malaysia menyambut tahun kemerdekaan ke-_____ pada tahun ini. Berapakah warna yang terdapat dalam bendera Malaysia? ________________ Merdeka bermaksud bebas daripada_____________. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita? _______________ Ogos 62 Negaraku 4 penjajah.


96 LAMPIRAN 8 Set ayat Sila susun ayat-ayat di bawah bagi membentuk perenggan. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman. Saya meraikan sambutan hari kemerdekaan di sekolah dengan menyanyikan lagu patriotik. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Ulang tahun hari kemerdekaan disambut meriah bagi menghargai pejuang negara.


97 LAMPIRAN 9 Aktiviti Membaca Menerusi Teknik Pemenggalan Suku Kata Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Ulang tahun hari kemerdekaan disambut meriah bagi menghargai para pejuang negara. Saya meraikan sambutan hari kemerdekaan di sekolah dengan menyanyikan lagu patriotik.


98 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A2 - Sejarah dan Kita Tajuk: A2.3 – Menerangkan kronologi kehidupan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A2. Sejarah dan Kita Tajuk: A2.3 Menerangkan kronologi kehidupan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan. Fokus: Menyampaikan kronologi kemerdekaan penduduk Tanah Melayu Kosa kata umum: tarikh, merdeka, negara Kosa kata istilah: patriotisme, kronologi Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber 1.3.1 Mengenal pasti kronologi sesuatu peristiwa daripada pelbagai sumber dengan betul dan jelas Menerangkan kronologi kehidupan masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan. Video, sampul gambar , stick-onnote Ilmu: Sejarah , Pengetahuan Am Nilai Murni: Patriotisme ,bangga akan negara, dan bersyukur KBAT : Menganalisis, menilai, pemikiran kritis


99 A1 Sejarah Dan Kita A 2.3 Menerangkan kronologi kehidupan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan. Standard Kandungan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber Standard Pembelajaran 1.3.1 Mengenal pasti kronologi sesuatu peristiwa daripada pelbagai sumber dengan betul dan jelas Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan Bertutur Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: menerangkan kronologi kehidupan masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah, Pengetahuan Am Nilai: Patriotisme, bangga akan negara, bersyukur KBAT: Menganalisis, menilai, pemikiran kritis Sistem Bahasa Kosa kata umum: tarikh, merdeka, negara Kosa kata istilah: patriotisme, kronologi BBB Video, sampul gambar, stick-on note Penilaian Lisan dan pemerhatian


100 Set induksi: i. Murid menonton video berkaitan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu sebelum merdeka hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. ii. Murid menyatakan pandangan mereka berkenaan kehidupan penduduk Tanah Melayu berdasarkan video yang ditonton. Langkah 1: Aktiviti Kumpulan i. Murid dibekalkan dengan sampul mengandungi gambar berkenaan kehidupan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka. ii. Murid menyusun gambar-gambar mengikut urutan/kronologi dalam peta alir yang dibekalkan. iii. Murid bergerak ke kumpulan lain untuk melihat hasil tugasan kerja yang dipamerkan. Bagi setiap kumpulan, murid yang tinggal akan berkongsi maklumat kumpulan sendiri. iv. Murid yang datang melawat boleh meninggalkan saranan atau pandangan tentang hasil kumpulan tersebut. Langkah 2: Aktiviti individu i. Murid menyusun maklumat mengikut urutan/kronologi tentang kehidupan masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka hingga negara mencapai kemerdekaan dalam carta alir. ii. Wakil murid menyebut maklumat penting yang diperoleh mereka. iii. Murid menyemak jawapan bersama-sama guru. Catatan: Pemerhatian dibahagikan kepada aspek: - ekonomi - sosial - pembangunan. Rujuk LAMPIRAN 1: Video https://youtu.be/VB8qEASGKyE https://youtu.be/UsWMmlKUhDE Rujuk LAMPIRAN 2: Gambar-gambar diambil daripada video yang digunakan semasa pelaksanaan set induksi serta gambar tambahan. Rujuk LAMPIRAN 3: Peta alir Aktiviti PAK21: Menganalisis Membuat keputusan - Rotating Review - Stay-stray - 2 stars and 1 wish - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif KBAT: Menganalisis,menilai,membuat keputusan Rujuk LAMPIRAN 4: Maklumat untuk disusun dalam carta alir Rujuk LAMPIRAN 5: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Aktiviti PAK21: - Komunikasi


101 Penutupan: i. Murid merumuskan pelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru. KBAT: - Pemikiran kritikal - Membuat keputusan


102 LAMPIRAN 1 Video berkaitan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu sebelum merdeka hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan https://youtu.be/VB8qEASGKyE https://youtu.be/UsWMmlKUhDE


103 LAMPIRAN 2 Gambar-gambar dalam sampul 1 2 3 4 5 6 7 8


104 LAMPIRAN 3 Peta alir 1 6 3 4 8 5 2 7


105 LAMPIRAN 4 Maklumat untuk disusun dalam carta alir Kemasukan buruh Cina dan India secara besar-besaran berlaku sehingga abad ke-20. Masyarakat majmuk terbentuk. Kedatangan penjajah Inggeris berlaku bermula pada abad ke-18. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia didiami oleh sebilangan besar orang Melayu, orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak bersama-sama sebilangan kecil bangsa lain.


106 LAMPIRAN 5 Lembaran jawapan (Panduan Guru) Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia didiami oleh sebilangan besar orang Melayu, orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak bersama-sama sebilangan kecil bangsa lain. Kedatangan penjajah Inggeris berlaku bermula pada abad ke-18. Kemasukan buruh Cina dan India secara besar-besaran berlaku sehingga abad ke-20. Masyarakat majmuk terbentuk.


107 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A2 - Sejarah dan Kita Tajuk: A2.4 – Menerangkan kehidupan penduduk Malaysia selepas merdeka MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A2. Sejarah dan Kita Tajuk: A2.4 Menerangkan kehidupan penduduk Malaysia selepas merdeka. Fokus: Kehidupan penduduk Malaysia selepas merdeka. Kosa kata umum: keindahan, tersohor Kosa kata istilah: patriotisme Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. 1.3.2 Merumuskan dan menyampaikan maklumat berdasarkan teks dan grafik dengan betul dan jelas. Menerangkan dan merumuskan maklumat berdasarkan teks yang dibaca dan bahan grafik berkaitan kehidupan penduduk Malaysia selepas mencapai kemerdekaan Video, gambar, petikan, lembaran kerja (jadual) Ilmu: Sejarah, Pengetahuan Am. Nilai Murni: Patriotisme, hormatmenghormati, bersyukur. KBAT: Mengaplikasi , menganalisis dan menilai.


108 A1 Sejarah Dan Kita A 2.4 Menerangkan kehidupan penduduk Malaysia selepas merdeka. Standard Kandungan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. Standard Pembelajaran 1.3.2 Merumuskan dan menyampaikan maklumat berdasarkan teks dan grafik dengan betul dan jelas. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan bertutur Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Menerangkan dan merumuskan maklumat berdasarkan teks yang dibaca dan bahan grafik berkaitan kehidupan penduduk Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah, Pengetahuan Am Nilai: Patriotisme, hormat-menghormati, bersyukur KBAT: Mengaplikasi, menganalisis dan menilai Sistem Bahasa Kosa kata umum: keindahan, tersohor Kosa kata istilah: patriotisme Sebutan dan intonasi Sintaksis BBB Video, gambar, petikan, lembaran kerja (jadual) Penilaian Lisan dan pemerhatian


109 Set induksi: i. Murid menonton video berkaitan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu sebelum merdeka dan video Kuala Lumpur moden. ii. Murid menyatakan pandangan mereka berkenaan keadaan kehidupan penduduk Tanah Melayu dan gambaran Kuala Lumpur moden berdasarkan video yang ditonton. Langkah 1 : Aktiviti Kumpulan i. Murid dibekalkan dengan sampul mengandungi gambar seni bina moden di Malaysia. ii. Murid menyatakan rumusan dan pandangan mereka tentang seni bina moden yang dilihat berpandukan perkataan/frasa yang tercatat pada bahagian sisi gambar. iii. Wakil murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Langkah 2: Aktiviti kumpulan i. Murid membaca petikan tentang kehidupan masyarakat Malaysia sebelum merdeka dan selepas negara mencapai kemerdekaan secara mentalis. ii. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti isi-isi penting bagi membuat kesimpulan yang sesuai tentang kehidupan masyarakat sebelum merdeka dan selepas negara mencapai kemerdekaan. iii. Wakil setiap kumpulan menerangkan pandangan mereka tentang kehidupan masyarakat Malaysia berdasarkan maklumat yang dibaca: a. perbezaan kehidupan (tidak bersatu/bersatu) b. pekerjaan masyarakat (Melayu, Cina, India dan lain-lain) c. kehidupan tradisional/moden ** a hingga c merupakan cadangan sahaja Rujuk LAMPIRAN 1: Video https://youtu.be/VB8qEASGKyE https://youtu.be/zpWSnpSeaQY Rujuk LAMPIRAN 2: Gambar-gambar seni bina moden di Malaysia ( Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya) Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran jawapan (Panduan Guru) Aktiviti PAK21: - Rotating Review - Stay-stray - 2 stars and 1 wish - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif - Komunikasi KBAT: Menganalisis, menilai Rujuk LAMPIRAN 4: Petikan kehidupan masyarakat Malaysia sebelum merdeka dan selepas negara mencapai kemerdekaan Aktiviti PAK21: - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif - Jelajah Pembelajaran - Komunikasi KBAT : - Menganalisis - Membuat rumusan/ulasan - Membuat keputusan


110 Langkah 3: Aktiviti individu i. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. ii. Murid menyemak jawapan bersama-sama guru. Penutupan: i. Murid menyebut maklumat penting yang dipelajari. ii. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini. Rujuk LAMPIRAN 5: Lembaran kerja (jadual) Rujuk LAMPIRAN 6: Lembaran jawapan (Panduan Guru)


111 LAMPIRAN 1 Video berkaitan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu sebelum merdeka hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan https://youtu.be/VB8qEASGKyE https://youtu.be/zpWSnpSeaQY


112 LAMPIRAN 2 Menghubungkan – pulau - tanah besar memudahkan Panjang - 13.5 kilometer Ketinggian-1482.9 kaki Dibuka – 31 Ogos 1999 mercu tanda-ikon Kuala Lumpur Dikenali-Perdana Putra Mercu tanda Gaya seni bina-MelayuIslam-Palladian Gambar seni bina di Malaysia Jambatan Pulau Pinang Menara Berkembar Petronas Jabatan Perdana Menteri


113 LAMPIRAN 3 Lembaran jawapan (Panduan Guru) 1. Gambar 1 Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar. Panjang jambatan ini ialah 13.5 kilometer. Jambatan ini memudahkan pengguna untuk bergerak dari Pulau Pinang ke tanah besar. 2. Gambar 2 Menara Berkembar Petronas mempunyai ketinggian 1482.9 kaki. Menara ini dibuka pada 31 Ogos 1999 serta menjadi mercu tanda dan ikon bagi bandar raya Kuala Lumpur. 3. Gambar 3 Jabatan Perdana Menteri Putrajaya yang dikenali juga dengan nama Perdana Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Gaya seni bina bangunan ini menggabungkan seni bina Melayu, Islam dan Palladian.


114 LAMPIRAN 4 Petikan kehidupan masyarakat Malaysia sebelum merdeka dan selepas negara mencapai kemerdekaan Lembaran kerja Nama Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Penduduk asal Tanah Melayu ialah orang Melayu dan orang Asli. Kedatangan penjajah Inggeris selepas itu telah membawa masuk orang Cina dan India untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu. Walaupun sebelum kemerdekaan telah ada kepelbagaian etnik di Tanah Melayu,namun begitu mereka hidup terpisah dan tidak bersatu. Selepas mencapai kemerdekaan, pelbagai kejayaan luar biasa dicapai oleh Malaysia. Perusahaan automobil negara iaitu PROTON dan PERODUA terus menjadi mercu kejayaan sehingga hari ini. Kejayaan Malaysia turut dilihat dalam pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan negara. Binaan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas muncul sebagai ikon Kuala Lumpur dan menjadi kebanggaan rakyat. Bidang pengangkutan dan perhubungan yang maju memberikan kemudahan kepada rakyat. Sistem pengangkutan yang moden seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, KTM dan PUTRA memudahkan dan menjimatkan masa pengguna. Tuntasnya, semua kejayaan Malaysia ini sangat bermakna dan menjadi kebanggaan negara. Semoga Malaysia terus cemerlang dan melakar kejayaan pada masa akan datang.


115 LAMPIRAN 5 Lembaran kerja (jadual) BIL SOALAN JAWAPAN 1 Apakah nama binaan bangunan yang dinyatakan dalam petikan? 2 Tuliskan nama perusahaan automobil milik kerajaan Malaysia. 3 Senaraikan tiga sistem pengangkutan moden di Malaysia.


116 LAMPIRAN 6 Lembaran jawapan (Panduan guru) BIL SOALAN JAWAPAN 1 Apakah nama binaan bangunan yang dinyatakan dalam petikan? 1. Menara Kuala Lumpur 2. Menara Berkembar Petronas 2 Tuliskan nama perusahaan automobil milik kerajaan Malaysia. 1. PROTON 2. PERODUA 3 Senaraikan tiga sistem pengangkutan moden di Malaysia. 1. LRT 2. KTM 3. Monorel 4. PUTRA


117 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A2 - Sejarah dan Kita Tajuk: A2.5 – Menerangkan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A2. Sejarah dan Kita Tajuk: A2.5 Menerangkan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Fokus: Menerangkan sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Kosa kata umum: penjajahan, perjuangan, berkorban, sejarah, bahagia, mulia Kosa kata istilah: patriotisme, kolonialisasi Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi 1.4.1 Bersoal jawab tentang sesuatu peristiwa secara bertatasusila. Membincangkan peristiwa 31 Ogos 1957 bersama-sama rakan. Video, seni kata lagu tanggal 31, skrip, lembaran kerja, tiket keluar lmu: Sejarah Nilai: cinta akan negara KBAT: mengaplikasi


118 A1 Sejarah Dan Kita A 2.5 Menerangkan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Standard Kandungan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi Standard Pembelajaran 1.4.1 Bersoal jawab tentang sesuatu peristiwa secara bertatasusila Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan bertutur Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: membincangkan peristiwa 31 Ogos 1957 bersama-sama rakan. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah, jati diri Nilai: Cinta akan negara, menghargai, rasional, taat KBAT: Mengaplikasi Sistem Bahasa Kosa kata umum: penjajahan, perjuangan, berkorban, sejarah, bahagia, mulia Kosa kata istilah: patriotisme, kolonialisasi Sintaksis – Ayat tunggal Morfologi – Kata tanya BBB Video, seni kata lagu ’Tanggal 31’, skrip sketsa, lembaran kerja, tiket keluar Penilaian Lisan


119 Set induksi: i. Murid diminta berdiri dan menyanyikan lagu patriotik dengan sebutan dan intonasi yang betul berpandukan seni kata lagu yang dibekalkan. ii. Murid memberikan pendapat tentang penjajahan dan kemerdekaan negara. iii. Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pelajaran. Langkah 1: Aktiviti kumpulan i. Beberapa orang murid melakonkan sketsa merdeka bertajuk ”Ubi dan Beras” berdasarkan watak yang diberikan kepada mereka. ii. Kumpulan yang berjaya melakonkan sketsa yang terbaik akan diberikan ganjaran. Langkah 2: Aktiviti individu i. Murid menjawab soalan berdasarkan sketsa tersebut. ii. Murid berbincang dengan guru tentang jawapan bagi soalan yang berkaitan. Penutupan: i. Murid mengemukakan senarai penjajah yang pernah menguasai Tanah Melayu dalam tiket keluar. ii. Guru merumuskan isi pelajaran. Rujuk LAMPIRAN 1: Video lagu https://youtu.be/LbVjlyyfKfo dan Seni kata lagu patriotik ’Tanggal 31’ Rujuk LAMPIRAN 2: Skrip Sketsa Merdeka: Ubi dan Beras PAK21: - Ganjaran - Komunikasi - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kolaboratif Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran kerja Rujuk LAMPIRAN 4: Lembaran jawapan (Panduan Guru) PAK21: - Komunikasi Rujuk LAMPIRAN 5: Tiket Keluar- Segi tiga Saya


120 LAMPIRAN 1 Video lagu “Tanggal 31” https://youtu.be/LbVjlyyfKfo Seni kata lagu patriotik ’Tanggal 31’


121 LAMPIRAN 2 Skrip Sketsa Merdeka: Ubi dan Beras Pada suatu petang ada seorang lelaki tua dan cucunya berada di serambi rumah. Cucunya menegurnya. (Pelakon atuk dan cucu hanya miming sahaja. Ada suara latar) Ali: Atuk, atuk baca apa tu? Atuk: Atuk tengah baca bukulah cu. Ali: Buku apa tok? Atuk: Buku tentang sejarah penjajahan Jepun. Ali: Penjajahan tu apa tok? Atuk: Penjajahan tu ialah negara kita ditadbir atau dikuasai oleh negara lain. Ali: Oh macam tu .Kita kena jajah lagi ke tok? Atuk: Tak, kitakan dah lama merdeka. Ali: Atuk ceritalah sikit kisah Jepun tu. Ali nak dengar.. Atuk: Masa Jepun menjajah Malaysia masa tu namanya Tanah Melayu. Hidup masa tu susah. Anak-anak gadis selalu diganggu oleh tentera Jepun. Dua orang askar Jepun sedang mengejar dua orang anak gadis…berlaku adegan kejar mengejar…mereka meminta tolong… Atuk: Masa tu jugak orang Melayu makan ubi sahaja..jarang dapat makan nasi. Ali : Napa tok? Atuk: Masa ni nak dapat beras susah. Beras banyak kena rampas dengan Jepun. Adegan askar Jepun merampas beras daripada orang kampung… Jepun: Bagi sama saya! Perempuan Melayu: Tolong tuan, ini untuk anak kami tuan.. mereka dah lama tak makan… Jepun: Mau potong kepara ka? Selepas adegan ini ,adegan mereka memasak ubi dengan beras. Atuk: Mereka juga masak nasi campur ubi.. Kadang-kadang tak ada beras langsung. Makan ubi jer.. Sedih sangat masa ni. Ali: Kalau macam tu mesti masa ni semua orang kuruskan tok? Sebab tak makan nasi? Atuk: Haha…entahlah cu, ada yang gemuk gak. Tak la semua kurus. Ali : Sedihnya tok, kalau la Ali, dah tentu Ali tak selera nak makan. Atuk: Ha! Kamu patut bersyukur tau sekarang kita dah merdeka. .Dah tak ada dah kena makan ubi masa makan tengah hari. Ali: Yelah tok, kalau kita tak merdeka, tentu kita kena makan ubi sampai sekarangkan tok? Atuk: Hmm, mungkin… -TAMAT-


122 LAMPIRAN 3 Lembaran kerja Tuliskan jawapan dalam ruang jawapan yang disediakan di bawah. BIL. SOALAN JAWAPAN 1. Apakah maksud penjajahan? 2. Berikan nama negara yang menjajah negara kita. 3. Mengapakah kita patut bersyukur? 4. Apakah makanan yang dimakan oleh orang Melayu semasa penjajahan tersebut? Soalan cadangan sahaja.


123 LAMPIRAN 4 Lembaran jawapan (Panduan Guru) Tuliskan jawapan dalam ruang jawapan yang disediakan di bawah. BIL. SOALAN JAWAPAN 1. Apakah maksud penjajahan? Penjajahan merujuk kepada situasi negara kita ditadbir atau dikuasai oleh negara lain. 2. Berikan nama negara yang menjajah negara kita. Jepun 3. Mengapakah kita patut bersyukur? Kita patut bersyukur kerana negara kita sudah bebas daripada penjajahan. 4. Apakah makanan yang dimakan oleh orang Melayu semasa penjajahan tersebut? Ubi Nasi bercampur ubi Soalan cadangan sahaja.


Click to View FlipBook Version