274
275 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A5- Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.5-Memerihalkan Pakaian Tradisional MINGGU: _____________ Kemahiran: Menulis Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A5 Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.5 Memerihalkan pakaian tradisional Fokus: Membina ayat berkenaan pakaian tradisional di Malaysia. Kosa kata umum: pakaian, tradisional. Kosa kata istilah: baju Melayu, baju kurung, cheongsam, samfu, doti, sari,Cina,India Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber 1.3.2 Merumuskan dan menyampaikan maklumat berdasarkan teks dan grafik dengan betul dan jelas. Membina empat ayat tunggal tentang pakaian tradisional masyarakat Malaysia berdasarkan perkataan yang diberi. Video, gambar, lembaran kerja, lembaran jawapan Ilmu: Sejarah, bahasa, seni. Nilai: Kreatif, inovatif, bekerjasama, berdikari, hormatmenghormati. KBAT: Mengaplikasi, menganalisis, mencipta.
276 A5 Seni Warisan Bangsa A5.5 Memerihalkan Pakaian Tradisional Standard Kandungan 1.3 Mengenal pasti maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. Standard Pembelajaran 1.3.2 Merumuskan dan menyampaikan maklumat berdasarkan teks dan grafik dengan jelas. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Menulis Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: membina empat ayat tunggal tentang pakaian tradisional masyarakat Malaysia berdasarkan perkataan yang diberi. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sejarah, bahasa, seni Nilai: Kreatif, inovatif, bekerjasama, berdikari, hormat-menghormati KBAT: Mengaplikasi, menganalisis, mencipta Sistem Bahasa Kosa kata umum: Pakaian, tradisional. Kosa kata istilah: Baju Melayu, Baju Kurung, Cheongsam, Samfu, Doti, Sari, Cina, India Sintaksis: Ayat tunggal BBB Video, gambar, lembaran kerja, lembaran jawapan Penilaian Penulisan dan pemerhatian
277 Set induksi i. Murid menonton video pakaian tradisional masyarakat Malaysia. ii. Murid memberikan pendapat tentang pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. iii. Guru mengaitkan perbincangan berkaitan video pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia dengan isi pembelajaran. Langkah 1: Aktiviti kumpulan i. Murid menganalisis dan mengkategorikan gambar pakaian tradisional. ii. Murid menamakan pakaian tradisional secara bertulis. iii. Murid menyemak jawapan dalam kumpulan menggunakan kaedah traffic lights dengan bantuan guru. Langkah 2: Aktiviti kumpulan i. Murid mencari perkataan tersembunyi dalam lembaran kerja. ii. Murid membuat semakan silang dengan menggunakan lembaran jawapan yang dibekalkan oleh guru. (Semakan silang sesama kumpulan ditetapkan oleh guru) Langkah 3: Aktiviti individu i. Murid membina sekurang-kurangnya empat ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi dengan bimbingan guru. Penutupan i. Murid merumuskan isi pelajaran dengan bimbingan guru. Rujuk LAMPIRAN 1: Videohttps://www.youtube.com/watch?v=z pKQnA8i9uI https://www.youtube.com/watch?v=n adK6oTL83M PAK 21: Menjana idea Rujuk LAMPIRAN 2: Gambar pakaian tradisional KBAT : Menganalisis Mengkategorikan PAK21: Pembelajaran koperatif Pembelajaran kolaboratif Penilaian kendiri Kaedah traffic lights Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran kerja 1 Rujuk LAMPIRAN 4 : Lembaran jawapan KBAT: Menganalisis Menilai PAK 21: - Pembelajaran koperatif - Penilaian tugasan kumpulan lain Rujuk LAMPIRAN 5: Lembaran kerja 2 KBAT : Mencipta
278 LAMPIRAN 1 Video https://www.youtube.com/watch?v=zpKQnA8i9uI https://youtu.be/nadK6oTL83M
279 LAMPIRAN 2 Gambar-gambar Pakaian Tradisional Mengkategorikan dan menamakan pakaian tradisional Malaysia mengikut kaum
280 LAMPIRAN 3 Lembaran Kerja 1 Carikan perkataan yang berkaitan dengan pakaian tradisional rakyat Malaysia. PAKAIAN TRADISIONAL B O Q G K J G A O J X F M U G M A S G N O E H C I R A S Y U H N W D X U U D O T I A I A P C B C S R F R U A B K I J L O A R Y A M B F U P S K K O E K U B H A J U P K K F X N A M C Y L S J F T Z F K U Z E I U G H B K C T M R U N F J U Z J P E Q M C C V D O K A O A R A E S Q B N L N N D V W I G B B D BAJU KURUNG BAJU MELAYU CHEONGSAM SAMFU SARI DOTI Tips. *Cari dari Google: Discovery education.com untuk mencipta teka silang kata dan lain-lain.
281 LAMPIRAN 4 Lembaran Jawapan PAKAIAN TRADISIONAL B O Q G K J G A O J X F M U G M A S G N O E H C I R A S Y U H N W D X U U D O T I A I A P C B C S R F R U A B K I J L O A R Y A M B F U P S K K O E K U B H A J U P K K F X N A M C Y L S J F T Z F K U Z E I U G H B K C T M R U N F J U Z J P E Q M C C V D O K A O A R A E S Q B N L N N D V W I G B B D
282 LAMPIRAN 5 Lembaran Kerja 2 Bina ayat menggunakan perkataan yang diberikan. 1. Tahun Baharu Cina cheongsam ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. baju kurung kedai ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. Deepavali sari ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. warna samfu ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 5. lelaki India doti ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 6. baju Melayu masjid ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
283 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A5- Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.6-Membincangkan Tentang Cerita Rakyat MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A5 Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.6 Membincangkan tentang cerita rakyat Fokus: Membincangkan tentang cerita rakyat yang telah dibaca. Kosa kata umum: miskin, halau. Kosa kata istilah: nakhoda, sultan, derhaka, sumpah. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. 1.4.1 Bersoal jawab tentang sesuatu peristiwa secara bertatasusila. Menyatakan sifat-sifat utama Si Tanggang Video, petikan cerita, lembaran kerja Ilmu: Sastera, adab, bahasa. Nilai: menghormati orang tua, kasih sayang. KBAT: Mengaplikasi, menilai, menganalisis
284 A5 Seni Warisan Bangsa A5.6 Membincangkan tentang cerita rakyat Standard Kandungan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran 1.4.1 Bersoal jawab tentang sesuatu peristiwa secara bertatasusila. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan bertutur Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: menyatakan sifat-sifat utama Si Tanggang Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Sastera, adab, bahasa Nilai: Menghormati orang tua, kasih sayang KBAT: Mengaplikasi, menilai, menganalisis Sistem Bahasa Kosa kata umum: miskin, halau. Kosa kata istilah: nakhoda, sultan,derhaka,sumpah. Sebutan dan Intonasi BBB Video, petikan cerita, lembaran kerja Penilaian Lisan dan pemerhatian
285 Set induksi i. Murid memerhatikan gambar-gambar berkaitan cerita rakyat ii. Murid memberikan pendapat tentang gambargambar yang dipaparkan. iii. Guru mengaitkan gambar-gambar yang dipaparkan dengan aktiviti pembelajaran. Langkah 1: Aktiviti berpasangan i. Murid menonton video ”Si Tanggang” dan menulis beberapa kosa kata yang didengar dalam lembaran kerja yang dibekalkan. ii. Murid berkongsi kosa kata dengan pasangan. Langkah 2: Aktiviti kumpulan i. Murid mendengar bacaan petikan cerita ”Si Tanggang” oleh guru. Murid menggarisi kata adjektif dalam petikan. ii. Murid menyenaraikan sifat-sifat watak utama menggunakan peta buih. iii. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan dengan rakan-rakan sekelas. Penutupan i. Murid merumuskan isi pelajaran dengan bimbingan guru. Rujuk LAMPIRAN 1: Gambar-gambar berkaitan cerita rakyat Malin Kundang Pak Pandir Bawang putih bawang merah Inkuiri : Pelibatan Rujuk LAMPIRAN 2: https://www.youtube.com/watch?v=K fZA_nIV2PY RujukLAMPIRAN 3: Lembaran kerja Rujuk LAMPIRAN 4: Petikan cerita Rujuk LAMPIRAN 5: Peta buih PAK21: Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif Peta i-Think (peta buih) Komunikasi KBAT: Menganalisis
286 LAMPIRAN 1 Gambar-gambar Berkaitan Cerita Rakyat
287 LAMPIRAN 2 Video Kisah Si Tanggang https://www.youtube.com/watch?v=KfZA_nIV2PY
288 LAMPIRAN 3 Lembaran kerja (kosa kata) Tulis lima kosa kata yang anda dengar daripada video yang ditonton. Bil. Kosa kata 1. 2. 3. 4. 5.
289 LAMPIRAN 4 Petikan Cerita Kisah Anak Derhaka Si Tanggang Pada zaman dahulu, hidup seorang budak kampung yang bernama Si Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang pergi memburu dengan rakannya, Mudin. Mereka nampak sebuah kapal besar berlabuh untuk mencari air bersih. Si Tanggang cuba mendekati kapal besar itu walaupun dihalang oleh Mudin. Nasib malang menimpa Si Tanggang kerana ditemui oleh kelasi kapal. Si Tanggang ditangkap dan dibawa jauh dari kampungnya. Di atas kapal, Si Tanggang bekerja sebagai pencuci kapal. Disebabkan kerajinannya, nakhoda kapal telah mengambilnya sebagai anak angkat. Tidak lama kemudian, Si Tanggang dikahwinkan dengan seorang puteri raja. Setelah nakhoda kapal itu meninggal dunia, Si Tanggang dilantik sebagai nakhoda menggantikan bapa angkatnya. Pada suatu hari, Si Tanggang membawa isterinya belayar dan telah berlabuh setibanya di suatu tempat. Si Tanggang tidak menyedari bahawa dia telah berlabuh di kampung asalnya. Mudin, rakan lamanya nampak Si Tanggang dan segera menceritakan hal itu kepada ibu Si Tanggang. Ibu Si Tanggang begitu gembira dan terus menuju ke arah kapal besar anaknya. Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila anaknya tidak mengaku dirinya sebagai ibu. Sambil mengayuh sampan, ibu Si Tanggang bersumpah jika lelaki kaya yang ditemuinya itu anaknya, dia menyumpah Si Tanggang menjadi batu. Sejurus selepas itu, Si Tanggang dan kapalnya berubah menjadi batu. Demikianlah kisah balasan anak yang derhaka terhadap ibunya.
290 LAMPIRAN 5 Peta Buih Sifat-sifat Si Tanggang
291 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A5- Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.7-Membincangkan Tentang Alat Muzik Tradisional dan Tarian Tradisional MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A5 Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.7 Membincangkan tentang alat muzik tradisional dan tarian tradisional. Fokus: Menamakan dan menerangkan alatan muzik tradisional. Kosa kata umum: Muzik, irama. Kosa kata istilah: Gendang, sape, biola Cina, kompang, seruling, serunai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. 1.4.2 Berbincang tentang sesuatu peristiwa sebelum dan semasa dalam pelbagai situasi dengan betul, jelas dan bertatasusila. Menyenaraikan alat muzik tradisional di Malaysia dan menerangkan asal usul dan penggunaan alat muzik. Video, gambar, lembaran kerja, nota ringkas. Ilmu: Seni, bahasa. Nilai: Bekerjasama, rajin, tolongmenolong, kesabaran, menghargai,hormatmenghormati. KBAT: Mengaplikasi, menganalisis.
292 A5 Seni Warisan Bangsa A5.7 Membincangkan Tentang Alat Muzik Tradisional dan Tarian Tradisional. Standard Kandungan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran 1.4.2 Berbincang tentang sesuatu peristiwa sebelum dan semasa dalam pelbagai situasi dengan betul, jelas dan bertatasusila. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan bertutur Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: menyenaraikan alat muzik tradisional di Malaysia dan menerangkan asal usul dan penggunaan alat muzik. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Seni, bahasa Nilai: bekerjasama, rajin, tolong-menolong, kesabaran, menghargai, hormatmenghormati KBAT: mengaplikasi, menganalisis Sistem Bahasa Kosa kata umum: muzik, irama. Kosa kata istilah: gendang, sape, biola Cina, kompang, seruling, serunai Sebutan dan Intonasi BBB Video, gambar,lembaran kerja, nota ringkas Penilaian Lisan dan pemerhatian
293 Set induksi i. Murid menonton tayangan video persembahan muzik tradisional. ii. Murid memberikan pendapat tentang tayangan video tersebut. iii. Guru mengaitkan tayangan video dengan isi pembelajaran. Langkah 1: Aktiviti kumpulan i. Murid melihat gambar pelbagai alat muzik tradisional. ii. Murid menamakan alat-alat muzik tradisional yang dilihat dan menyesuaikannya dengan kata kunci perkataan alat tersebut. iii. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Langkah 2: Aktiviti kumpulan i. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut alat muzik (kompang, gendang, biola Cina, serunai, sompoton, sitar, seruling). ii. Murid diminta mengisi carta yang disediakan berpandukan nota ringkas yang dibekalkan oleh guru. iii. Seorang ahli kumpulan akan menerangkan maklumat kumpulannya kepada ahli kumpulan lain. (stay-stray). Penutupan i. Murid membuat rumusan isi pelajaran dengan bimbingan guru. Rujuk LAMPIRAN 1: Video https://youtu.be/L7JAeWZUaJ8 https://youtu.be/IFlegF40Ub8 https://youtu.be/AwFWgMh-9CQ Rujuk LAMPIRAN 2: Gambar pelbagai alat muzik tradisional PAK21: Pembelajaran koperatif Pembelajaran Kolaboratif Stay-stray Komunikasi Rujuk LAMPIRAN 3: Lembaran kerja Rujuk LAMPIRAN 4: Nota ringkas KBAT: Menganalisis
294 LAMPIRAN 1 Video https://youtu.be/L7JAeWZUaJ8 https://youtu.be/IFlegF40Ub8 https://youtu.be/AwFWgMh-9CQ
295 LAMPIRAN 2 Gambar Pelbagai Alat Muzik Tradisional. Biola Cina(Erhu) E U Seruling S U L G
296 Sompoton S M O N Serunai E U N
297 Sitar I R Sape S E
298 Kompang Gendang E N N O P N
299 LAMPIRAN 3 Lembaran kerja Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat alat muzik tradisional kumpulan anda. Nama alat Asal /Lokasi Cara dimainkan Kompang
300 LAMPIRAN 4 Nota Ringkas Nama alat Asal usul Fungsi Biola Cina Merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional Cina. Muncul pada Dinasti Tang iaitu abad ketujuh dan popular di kawasan barat laut China pada masa itu. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga orkestra untuk mengiringi opera Cina Gendang Berasal dari Jawa sejak pertengahan abad kesembilan Masihi. Berkembang di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak. Pada masa dulu, gendang digunakan sebagai genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta mengiringi tarian klasik istana dan rakyat. Banyak digunakan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, orkestra alat muzik tradisional, drama, upacara perayaan, pertandingan. Digunakan juga untuk mengiringi, upacara menyambut ketibaan tetamu, acara perarakan pengantin serta memeriahkan majlis perkahwinan. Sitar Merupakan sejenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat ini dibawa oleh orang-orang Timur Tengah yang berhijrah ke India. Sering digunakan dalam seni muzik klasik Hindustan sejak tahun 1800- an Sitar memainkan peranan penting dalam muzik Hindustan. Biasanya alat muzik ini dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai solo bersama dengan alat muzik lain seperti tabla, sarod dan tambura. Seruling Merupakan alat muzik tiupan yang popular di negara China. Diperbuat daripada tulang haiwan satu ketika dahulu dan selepas itu, diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini. Seruling dan budaya muzik Cina dibawa masuk oleh imigran dari negara China ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka. Alat ini digunakan untuk menghasilkan muzik yang menghiburkan dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung. Sape Alat muzik ini berasal dari Sarawak. Pada masa dulu, alat ini dimainkan untuk upacara ritual di rumah panjang. Sape menjadi alat sosial bagi mengiringi tarian atau sebagai bentuk hiburan. Selain itu, alat muzik ini juga dimainkan dalam pelbagai kegiatan atau upacara adat suku kaum Iban.
301 Tema: A - Aku Dan Negaraku Subtema: A5- Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.7-Membincangkan Tentang Alat Muzik Tradisional dan Tarian Tradisional MINGGU: _____________ Kemahiran: Mendengar dan bertutur Tema: A. Aku dan Negaraku Subtema: A5 Seni Warisan Bangsa Tajuk: A5.7 Membincangkan tentang alat muzik tradisional dan tarian tradisional. Fokus: Menamakan dan menerangkan tarian tradisional di Malaysia. Kosa kata umum: Tarian Kosa kata istilah: Zapin, ngajat, tarian singa, sumazau, kuda kepang, tarian Bharatanatyam Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif BBB Elemen-elemen yang ditekankan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. 1.4.2 Berbincang tentang sesuatu peristiwa sebelum dan semasa dalam pelbagai situasi dengan betul, jelas dan bertatasusila. Menyenaraikan tarian tradisional di Malaysia dan menerangkan asal usul tarian tradisional. Video, gambar, nota ringkas, lembaran kerja, carta Roda Bintang, set gambar dan nama tarian tradisional Ilmu: Seni, bahasa. Nilai: bekerjasama, rajin, tolongmenolong, kesabaran, menghargai, hormatmenghormati. KBAT: mengaplikasi, menganalisis.
302 A5 Seni Warisan Bangsa A5.7 Membincangkan Tentang Alat Muzik Tradisional dan Tarian Tradisional. Standard Kandungan 1.4 Berinteraksi tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran 1.4.2 Berbincang tentang sesuatu peristiwa sebelum dan semasa dalam pelbagai situasi dengan betul, jelas dan bertatasusila. Kemahiran bahasa yang menjadi fokus Mendengar dan bertutur Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: menyenaraikan tarian tradisional di Malaysia dan menerangkan asal usul tarian trasional. Elemen-elemen yang ditekankan Ilmu: Seni, bahasa Nilai: Bekerjasama,rajin ,tolong-menolong, kesabaran, menghargai, hormatmenghormati KBAT: Mengaplikasi, menganalisis Sistem Bahasa Kosa kata umum: Tarian Kosa kata istilah: Zapin, ngajat, tarian singa, sumazau, kuda kepang, tarian Bharatanatyam Sebutan dan Intonasi BBB Video, gambar, nota ringkas, lembaran kerja, carta Roda Bintang, set gambar dan nama tarian tradisional Penilaian Lisan dan pemerhatian
303 Set induksi i. Murid menyaksikan video persembahan tarian Tradional. ii. Murid memberikan sumbang saran tentang kandungan video yang disaksikan. iii. Guru mengaitkan perbincangan dengan isi pembelajaran. Langkah 1: Aktiviti kumpulan i. Murid diminta mengeja dan menyebut beberapa tarian tradisional yang dipaparkan. ii. Murid melabelkan tarian tradisional mengikut kaum atau etnik. iii. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Langkah 2: Aktiviti berpasangan i. Berdasarkan nama tarian tradisional, murid diminta membaca secara mentalis (senyap) nota ringkas yang diberikan. ii. Secara berpasangan (Search - Pair - Share ) murid berbincang tentang nota ringkas yang diberikan. iii. Murid mengisi carta yang disediakan. iv. Wakil murid membentangkan dapatan pasangan. Penutupan i. Murid mengisi roda bintang yang diberikan. ii. Murid menyatakan jenis tarian berdasarkan Carta Roda Bintang. Rujuk LAMPIRAN 1: Video persembahan tarian tradisional https://youtu.be/xl5GRcW5pbg Rujuk LAMPIRAN 2: Set gambar dan nama tarian tradisional Rujuk LAMPIRAN3 : Kad kata PAK21: Pembelajaran koperatif Pembelajaran Kolaboratif Komunikasi KBAT: Menganalisis Mengaplikasi Rujuk LAMPIRAN 4: Nota ringkas Rujuk LAMPIRAN 5: Lembaran kerja Rujuk LAMPIRAN 6: Carta Roda Bintang
304 LAMPIRAN 1 Video https://youtu.be/xl5GRcW5pbg
305 LAMPIRAN 2 Set Gambar Dan Nama Tarian Tradisional Tarian Ngajat T Tarian Bharatanatyam
306 Tarian Zapin Tarian Kipas
307 Kuda Kepang Tarian Singa
308 Tarian Sumazau
309 LAMPIRAN 3 Kad Kata India Melayu Kadazandusun Iban Cina
310 LAMPIRAN 4 Nota Ringkas Tarian Keterangan Tarian Zapin Tarian zapin berasal dari Parsi. Sangat terkenal di negeri Johor. Dipersembahkan terutamanya dalam majlis keramaian. Tarian Sumazau Tarian ini merupakan tarian tradisional masyarakat Kadazan di Sabah. Tarian ini dipersembahkan ketika memuja semangat padi dan menyambut tetamu. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong yang pelbagai jenis dan sebuah gendang. Tarian Ngajat Tarian ini merupakan tarian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Menggunakan alat seperti perisai dan pedang ketika menari. Tarian ini dianggap sebagai latihan berperang di samping sebagai tarian untuk menyambut kepulangan pahlawan. Tarian Ngajat biasanya diiringi gong, tetawak, bebendal dan engkromong. Kuda Kepang Tarian ini berasal dari Jawa, Indonesia. Tarian ini amat terkenal di negeri Johor. Dipersembahkan dalam satu kumpulan dengan diiringi paluan gong, gendang, rebana dan angklung. Penarinya kadangkala tidak sedarkan diri kerana diresapi semangat kuda kepang. Tarian Singa Tarian ini merupakan tarian tradisional masyarakat Cina. Pepatung seperti singa digunakan semasa persembahan. Dipersembahkan pada Tahun Baru Cina dan perasmian. Tarian Kipas Tarian Kipas berasal dari Korea. Tarian ini memerlukan sembilan orang penari wanita dan dua orang penari lelaki. Pakaian yang dipakai oleh penari ialah Cheongsam, Samfu dan pakaian tradisional Cina yang lain. Tarian ini banyak dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, Karnival Tradisional dan Budaya, majlis anjuran organisasi dan lain-lain lagi. Tarian Bharatanatyam Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Tarian ini banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu. Menurut tradisi awal, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari perempuan namun lama-kelamaan berkembang menjadi tarian yang sering dipersembahkan secara kelompok.
311 LAMPIRAN 5 Lembaran Kerja Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat tarian tradisional kumpulan anda. Nama tarian Asal /Lokasi Bagaimana? Tarian singa
312 LAMPIRAN 6 Carta Roda Bintang Sila sesuaikan gambar tarian dengan nama tarian yang dinyatakan. TARIAN SINGA TARIAN SUMAZAU TARIAN BHARATANATYAM TARIAN ZAPIN KUDA KEPANG TARIAN NGAJAT