The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-02-28 01:30:35

Hadirku Untukmu

Hadirku Untukmu

Murni bergolek ke kiri, lepas tu ke kanan berulang-ulang sendirian di atas katil, di biliknya
yang hanya diterangi oleh biasan cahaya bulan. Cahaya bulan bukan main lagi mencuri-
curi, menyelinap masuk tanpa kebenaran dari celah langsir tingkap cermin yang renggang,
tidak ditutup rapat.

Dia resah lain macam malam ini. Entah tersampok apa, dia sendiripun tidak tahu. Jiwanya
kacau, gelisah tidak tentu pasal. Insan lain enak melayan mimpi, tetapi dirinya menjadi
jaga tidak berbayar pula malam ini.

Gelisah kerana tidak selesa disebabkan cuaca panaskah?

Tidak mungkin, kerana cuaca malam ini agak dingin. Malah Murni boleh nampak melalui
cermin tingkap dari imbasan cahaja bulan, yang cuaca sedang berkabus di luar, sungguh
dingin sehinggakan Murni terpaksa menghidupkan alat pemanas di dalam bilik tidurnya.
Alat pemanas yang selalu hanya menjadi perhiasan, tetapi malam ini alat itu menjalankan
tugas. Tugas yang sudah sekian lama terhenti. Nasib baik masih lagi berfungsi.

Jarang berlaku cuaca dingin sebegini, tetapi tahun ini entah kenapa luar biasa pula
sejuknya. Cuaca dingin yang berlarutan berbulan-bulan. Apa hendak dikata, global
warming agaknya yang membuat cuaca di seluruh alam sudah tidak tentu arah.

Dalam resah, sempat pula Murni tersenyum. Tersenyum kepada diri sendiri kerana baru
perasan, sejak bila pula dia menjadi ahli kaji cuaca?

Itulah, gara-gara terpengaruh dengan siaran National Geographic yang selalu ditonton.

1

Aaahh.. apa hendak dipedulikan kesah cuaca, masalah yang ditanggungnya kini lebih berat
dari masalah global warming. Terus berkerut mukanya.. tidak lagi tersenyum. Tersedar
dirinya sama sahaja dengan keadaan cuaca yang kini sudah tidak tentu arah.

Tangan mencapai telefon pintar yang diletakkannya di atas meja sisi. Bukan dia hendak
membuat panggilan, sekarang sudah lewat malam, sudah pasti semua orang sedang tidur
dan enak melayan mimpi mereka masing-masing, baik jangan diganggu. Kecuali jika dia
sudi menadah telinga kena maki kerana mengejut orang yang sedang enak di alam mimpi.
Jika berani cubalah?

Keberangkalian, panggilan tidak akan berangkat!
Jadi apa tujuan Murni mengambil telefonnya?
Mata melerek ke arah skrin telefon.
Alahai..Melihat jam rupanya..
Tertera angka 03.08 begitu jelas sekali, terpampang.

“Hah! Sudah pukul 3 rupanya…” Bulat matanya, skrin telefon dirapatkan ke muka, betul-
betul di depan matanya seperti tidak percaya lagaknya yang waktu memang menunjukkan
angka 3. Sudah seperti cerita P.Ramlee pula. Murni membayangkan P.Ramlee sedang
mendendangkan lagu “Pukul Tiga Pagi“.

Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mataanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang

2

Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang

Murni tersenyum lagi.. Wajah P.Ramlee sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Terpampang
wajah biduan negara itu dengan misai nipis yang melintang sebagai Si Hero memujuk
Sarimah yang jelita sebagai Si Heroin.

Murni tersengeh, yang kena pujuk si Sarimah, yang Murni siapa pula yang sudi memujuk!
Dia bukannya ada Hero di dalam hidupnya! Wataknya lebih mencabar kerana dialah Hero
dan dia jugalah Heroin.
Kasihan…Hilang sesaat gundahnya.
Tetapi hanya sesaat!

Cepat-cepat dipadamnya wajah lelaki bermisai nipis itu dari kotak ingatannya bersama
lagu Pukul Tiga Pagi. Berbalik semula kepada angka jam. Angka jam direnung dengan
mata yang bulat. Angka tetap bertambah, walau berapa lamapun ditenung.

Tik..tik..tik..setiap saat angka berganti mengikut gerak nadi. Buang masa Murni sahaja.
Masa merenungpun sudah mengambil beberapa saat yang terbuang begitu sahaja.
Kemudian telefon diletakkannya semula ke meja sisi. Hanya terdengar keluhan panjang
seirama dengan detik jam berganjak tanpa jemu.

“Tik..tik.. tik..“ berganjak dan terus berganjak.

Dari angka 3, kini sudah menunjukkan angka 4 pula. Hanya beberapa jam sahaja lagi
subuh akan mengintai. Murni harus memaksa dirinya supaya melelapkan matanya.
Paksa dan paksa dan paksa lagi sehingga berjaya. Walaupun sudah beberapa kali dia
mencuba dan memaksa, tetapi tetap juga gagal.
Keresahan mengatasi segalanya.

3

Cuba jangan layan, boleh tak? Geram betul rasa di hati.

Apa lagi yang perlu dibuatnya. Solat sunat dua rakaat telah usai dilakukannya, ayat-ayat
mudah sentiasa di hujung bibir. Dapat juga dia merasa sedikit tenang, tetapi hanya buat
seketika. Namun, lagi dia cuba menghilangkan masalah itu dari fikirannya, lagi kuat
perasaan bimbang dan resahnya mengisi dada.

“Ishy.. kenapalah aku bertembung dengan dia.. Kenapa dia! Kenapa!“ Murni memarahi
dirinya sendiri dengan bercakap sendirian.

Tangan naik ke kepala, mengusutkan rambutnya. Ibarat kusutnya fikiran kini.
Itulah soalan yang berulang-ulang diucapkannya disepanjang malam yang dingin ini.
“Habislah aku kali ni..!” terkeluar kata-kata, Murni bercakap sendirian dengan nada geram
bercampur risau.

Sendiri menyoal, sendiri juga yang memberikan jawapan.
Pertemuan yang dimaksudkan ialah pertemuan yang tidak dirancang dengan seseorang
petang tadi.

Ohhh..Itu rupanya masalahnya!

Pertemuan itu betul-betul telah memenuhi ruang fikirannya sehinggakan dia tidak mampu
berfikir waras untuk menghumban perasaan ragu itu.

Dia bingung, geram, marah dan bimbang. Semua perasaan bercampur aduk di dalam
kepala otaknya yang kecil.

Rasanya, dia tidak mampu menanggung semuanya ini yang datang disaat-saat dia sudah
mula melupakan apa yang telah berlaku. Bukan mudah untuk dia mengubat luka di hati.

4

Bertahun-tahun dia berusaha mengubatinya, tetapi akhirnya hatinya terluka kembali hanya
dengan satu pertemuan.

Pertemuan yang tidak dia duga.

Itulah! Pertemuaan yang telah diatur oleh Ilahi. Andaikata tidak bertemu hari ini, akan
bertemu juga di waktu yang lain. Yang pasti pertemuan itu pasti akan berlaku. Kerana
pertemuan itulah bakal merobah kehidupan Murni.

“Badri, kenapalah kau datang sini. Kenapa?” getus Murni dengan nada geram.

Namun bila difikir-fikirkan, elok sahaja dibawa bertenang. Jangan diikutkan perasaan itu.
Perlahan-lahan dia bangun, selipar kain yang berwarna merah jambu disarung dan dia
berjalan lesu, lantas menekan suis lampu. Terus terang pemandangan yang tadinya hanya
cahaya bantuan cahaya bulan. Kini cahaya lampu memenuhi setiap ruang.

Langkah lesu dihayun lagi, mengheret kakinya yang lemah, berjalan perlahan menuju ke
dapur. Tangan mencapai mug yang tersangkut. Bekas plastik yang berisi air dituang ke
dalam mug. Mug kegemarannya, mug berwarna puteh yang dibelinya di IKEA satu ketika
dahulu. Kerusi ditarik perlahan agar tidak berbunyi, dia tidak mahu perbuatannya
mengganggu insan lain yang ada di dalam rumah yang sedang lena. Murni duduk sambil
menghirup perlahan air kosong yang terasa dingin seperti baru keluar dari peti sejuk. Dia
tidak dahaga sebenarnya, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengalihkan fikirannya dari
terus memikirkan hal itu.

Mata memandang hambar ke arah mug, bagaikan mahu tembus kaca mug di renung.
Mengharap dapat mengurangkan sedikit perasaan tidak tenteram sekarang ini. Namun tetap
gagal, Murni tetap buntu, apa lagi yang harus dilakukanya. Yang terdengar hanyalah
keluhan dan suara keloh resah. Terasa sejuk seluruh badan, sebaik sahaja air di dalam mug
habis diteguk.

5

Sudah tahu cuaca sejuk yang pergi minum air sejuk siapa suruh!.
Bukankah lebih elok, jika dia membancuh air teh panas, bukannya susah!.

Air panas sentiasa ada di dalam alat coway, cuma perlu tekan ke dalam mug dengan
goyang teh uncang, semudah A, B, C.

Kenapalah tidak terfikir semua itu?.
Murni mengelengkan kepala diatas kesilapannya memilih.
Benar! Apabila difikirkan selalunya kita silap dalam membuat pemilihan.
Selalu memilih yang tidak sepatutnya.

Malas punya pasal, orang sedang bingung, kepala tidak boleh berfikir waras. Ditambah
dengan kedinginan cuaca di luar, lagilah otak menjadi beku…hemm..otak beku seperti air
batu.

Jari Murni mencari-cari butang pyjamanya, lalu membutangkan semua butang sehingga
menutup leher. Grr..terasa sejuk.

“Sejuk betul musim tengkujuh tahun ini” bisiknya di dalam hati.

Mug yang kosong diletakkannya ke dalam sinki, Murni berjalan longlai kembali ke bilik.
Opsss! Dia tidak terus ke biliknya, tetapi di bilik sebelah!

Pintu bilik ditolak perlahan. Terlalu perlahan sehinggakan semutpun tidak dengar. Dia
tidak mahu mengganggu penghuni bilik itu, bilik Mila, anak remajanya. Esok dia perlu
bangun dalam keadaan segar untuk ke sekolah. Sama seperti dirinya yang perlu segar
untuk menjalankan tugas di Pejabat Daedah Bukit Fraser.

Tetapi, adakah dia akan segar untuk bertugas esok?

6

Sedangkan malam ini dia mengambil tugas si burung pungguk berjaga malam.

Jari bagaikan mengira sesuatu. Rupanya dia menghitung yang dia sudah lebih dari 8 tahun
berada di Bukit Fraser yang telah menjadi kampungnya kini. Setelah jemu berpindah
randah dari satu daerah ke satu daerah, akhirnya memilih tempat ini sebagai lokasi terakhir
pelariannya. Tetapi.. ya, ada tetapinya, adakah dengan pertemuan ini dia bakal berpindah
ke lokasi lain, sekali lagi? Murni menarik nafas panjang. Sudah terbayang, seksanya
berkemas untuk berpindah dan seksanya untuk memulakan hidup di tempat baru. Dia
belum ada jawapan lagi kepada soalannya sendiri.

Mungkin dia terpaksa berpindah lagi, dan mungkin juga tidak!

Jika boleh dia mahu pilihan yang kedua, “Mungkin juga tidak”. Tetapi itu hanya
harapannya sahaja.

Tangan lembut Murni mengusap perlahan kepala si anak. Mila bergerak, apabila
menyedari ada sesuatu mengganggu lenanya. Perlahan matanya terbuka. Terkejut juga dia
pada mulanya, tetapi merasa lega apabila dia tahu orang yang mengusap kepalanya,
hanyalah mama.

“Hemm.. ma.. kenapa ma…. dah siang ke?” tanyanya dengan suara mamai.
Murni tersenyum “belum lagi sayang… masih malam, saja mama nak tengok anak mama
tidur, dah.. dah.. sambung balik tidur tu..” jawab Murni.

Murni melindungkan perasaan runsingnya dari pengetahuan si anak gadis dengan
senyuman.

Sekarang bukan masanya untuk Mila ketahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Mungkin
apabila dia dewasa sedikit, apabila dia boleh mengerti apa itu erti kehidupan. Bukannya
sekarang, dia masih mentah untuk menelan kesah hidup mamanya yang penuh berwarna

7

warni. Tetapi warna yang terlihat jelas adalah warna hitam. Murni juga tidak mahu Mila
mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga mereka berdua beranak,
tercampak jauh dari saudara mara. Murni sedar, mungkin sekarang dia boleh bercerita
dongeng kepada Mila, tetapi akan tiba waktunya nanti Mila akan mengetahui cerita yang
sebenar. Bukan lagi cerita dongeng atau rekaan. Masa itu akan tiba, apabila dia mula
bertanya itu dan ini untuk mengetahui lebih detail mengenai dirinya yang sebenar.
Terutama tentang hal bapanya. Selama-lama ini Murni hanya memberitahu yang si bapa
sudah meninggal, bukan meninggal dunia, tetapi meninggalkan mereka berdua. Sengaja
Murni hanya menyebut perkataan “meninggal” tanpa ada perkataan “dunia” dihujung.
Adakah Murni sudah bersedia untuk menjawab soalan yang bakal Mila tanya tatkala itu?
Wallahhualam.. hanya masa yang akan menentukannya kelak.

“Hemmm… “ Mila membetulkan kedudukan tidur yang tadi mengerekot ke kedudukan
yang lebih selesa. Menyambung semula lenanya dengan lebih selesa.

Spontan, Murni menarik tinggi stokin yang dipakai oleh Mila dan menarik perlahan
selimut agar dapat menutup seluruh tubuh si anak sehingga ke paras leher. Teddy bear
berwarna perang yang menjadi penemannya sejak kecil, dipeluknya kejap. Terus kembali
lena, menyambung semula mimpi yang terganggu tadi agaknya.

Perlahan Murni menutup semula pintu bilik Mila. Kali ini Murni betul-betul kembali
semula ke biliknya setelah menutup semula suis lampu dan sekali lagi memaksa matanya
agar terlelap. Harap-harap kali ini dia dapat melelapkan matanya. Separuh malam sudah
berlalu begitu sahaja, jangan pula dia tidak terlelap langsung, jawabnya dia tidak akan
cergas esoknya untuk menyelesaikan kes-kes berurusan dengan tanah yang bertimbun-
timbun di pejabat. Kena marah kelak dengan Tuan DO nanti. Murni juga cuba mengelak
dari dituduh sebagai pegawai Kerajaan yang hanya tahu makan gaji buta. Buat semua kerja
lambat. Tuduhan sebegitu sudah biasa didengar, sebut sahaja orang gomen, itulah
anggapan orang ramai, buat semua kerja selalu lembab!.

8

Mahu tidak mahu, dipaksanya juga memejamkan mata.
Layu dan layu dan layu, mata menjadi kuyu. Perlahan-lahan mata tertutup rapat, hanya
terdengar tarikan nafas halus, terlelap juga akhirnya dia.
Tugas berjaga malam sempat diserahkan kembali kepada si pungguk.
Hilang di alam lena, dan nampaknya malam ini Murni tidak sempat menganyam mimpi!

9

Murni tersentak dari lena apabila terdengar laungan azan subuh dari surau berdekatan.
Masyallah, terlajak tidur!

Sekejap benar rasanya dia lena…

Yelah tu.. yang berjaga waktu orang tidur siapa suruh?

Bingkas bangun untuk menunaikan suruhan wajib kerana ingin mengadu banyak perkara
kehadratNYA.

Hanya DIA yang maha mengetahui dan hanya DIA juga tempat Murni mengadu.

Panjang doanya pagi itu, mahu tidaknya, banyak doa yang hendak dipanjatkan
kepadaNYA. Semoga doa-doa itu dapat direstui dan dimakbulkan.

Amin..yarabullalamin..

Buang sahaja kesah si Badri jauh dari minda. Pagi ini dimulakannya seperti biasa, sama
seperti pagi-pagi sebelumnya. Sama seperti semalam dan hari sebelumnya, tidak ada
bezanya. Murni tidak mahu Mila mengesyaki ada sesuatu kelainan pada dirinya. Begitu
juga kerisauan di hati dilindung dari pengetahuan Kak Romlah, perempuan yang telah
membantu menguruskan urusan rumahnya semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki di
atas bukit ini sehingga kini.

“Mil... dah siap ke belum?“ terdengar jeritan lembut dari Kak Romlah kepada Mila dari
hujung tangga di tingkat bawah, suara ditala ke tingkat atas.

10

Mendongak dan menghalakan lehernya panjang agar nada suaranya terpantol terus ke bilik
Mila. Sedangkan Mila berada di dalam biliknya di tingkat atas masih terhegeh-hegeh
bersiap.

Malas dia hendak naik ke tingkat atas semata-mata menjenguk si gadis genit itu bersiap ke
sekolah. Kerap turun naik tangga membuat kakinya lenguh, dia bukannya muda lagi, dua
tahun lagi akan mencecah setengah abad. Rambutpun sudah berterabur uban di sana sini di
atas kepala. Di dalam rumah yang penghuninya semua perempuan, tak betah Kak Romlah
menyarung tudung.

“Kejap.. kejap.. Mak ..Mil dah nak siap dah ni..” Mila menjawab, bunyi nyaring suara
keluar dari dalam biliknya.

Begitulah jawapannya, sekejap konon. Sekejap yang dimaksudkan, mahu mengambil masa
sepuluh minit, silap haribulan lebih dari sepuluh minit. Entah apa yang diteleknya setiap
pagi, tak tahulah!.

“Cepat sikit Mil.., mama Mil dah lama tunggu kat meja ni..” bersuara lagi Kak Romlah,
meminjam nama Murni dengan harapan agar Mila turun segera.

Selalunya taktik yang diguna sering berjaya.

Kak Romlah terus berjalan menuju ke meja makan, mengetahui si anak dara sunti itu akan
menyusul. Murni sudah memulakan sarapan yang telah disediakan oleh kakak angkatnya
yang seorang ini.

“Kak, biarkanlah si Mil tu. Mari kita sarapan ..” pelawa Murni dengan cawan kopi sudah
berada tinggi di tangan, hanya menunggu untuk dihulur ke mulut.

11

Terus kopi dihirupnya perlahan. Sementara air kopi masih panas, jika sudah suam, sudah
kurang aroma kopi, sudah tidak enak lagi. Sudah hilang umph kopi.

Murni hanya mengambil secawan kopi setiap pagi, walaupun dia mengetahui kaffine tidak
baik untuk kesihatan. Entah kenapa, jika tidak meminum kopi, bagaikan kehilangan
sesuatu. Badan dirasakan lemah. Sebenarnya bukan disebabkan kerana tidak meminum
kopi, badan menjadi lemah. Tetapi disebabkan apa yang telah disimpan di dalam kepala
yang membuat diri yang tidak lemah, menjadi lemah, psikologi.

Ketagih kaffine lah tu!

“Kejap lagi turunlah dia tu…”kata Murni setelah sedar, terleka pasal kopi..
“Hemm…” Romlah hanya mengangguk lalu terus menarik kerusi dan meloloskan dirinya
duduk di sebelah Murni untuk turut sama bersarapan.

Kak Romlah yang menyediakan mee goreng berencah udang sebagai sarapan. Bekalan
untuk Mila juga sudah disediakannya di hujung meja, sudah dimasukkannya ke dalam beg
punjut kecil, bersama dengan sekotak kecil air jus Ribena sebagai bekalan Mila sewaktu
rehat nanti. Jadi, tidak perlulah dia bersusah payah berebut membeli makanan di kantin
sekolah. Tetapi biasalah, budak-budak, apa yang dibawa dari rumah selalu tidak dimakan.
Makanan di kantin sekolah juga menjadi pilihan.

“Tap..tap..tap” bunyi orang berlari menuruni tangga. Sudah tahu siapa gerangan. Si gadis
genit sudah siaplah tu!

Turun tangga bagaikan berlari
.
Tercegat, Mila muncul beruniform sekolah, berbaju kurung puteh dan berkain biru gelap
serta sudah menyandang beg galas. Beg jelas nampak sarat dengan buku di belakang
tercungap-cungap.

12

Kak Romlah membantu Mila menurunkan beg dan diletakkannya di kerusi yang masih
kosong.

“Mari makan, nanti tak sempat..” lalu Kak Romlah menyorong pinggan yang sudah berisi
mee ke hadapan Mila yang sudah sedia dengan sudu dan garpu di tangan.

Mug berisi air kopi panas juga sudah tersedia di sisi Mila.

Mila menyuap mee dengan rakus, sedap rasanya Mee Mak Milah.
Bagi dirinya, apa sahaja yang di masak Mak Romlah, semuanya enak.
“Mil..Millll, makan tu perlahan-lahan, nanti tercekik..” nasihat Kak Romlah.
Kak Romlah melayan Mila seperti anaknya sendiri, sehinggakan Mila memanggil dirinya
‘Mak’. Memangpun Mila anaknya, anak angkat tidak rasmi. Mila membesar di depan
matanya. Dari berumur beberapa jam sehinggalah sekarang, Kak Romlahlah orangnya
yang membantu Murni, sakit dan pening mereka.

Ringkas sahaja sarapan mereka setiap pagi, tetapi mereka sentiasa makan bersama untuk
menafaatkan masa yang berkualiti bersama. Waktu-waktu begini sahaja peluang Murni
untuk bertanya apa yang perlu diberitahu atau apa yang masih belum mendapat jawapan
pasti. Mengambil tahu apa yang berlaku di sekolah atau di rumah. Dia tidak mahu
membiarkan Mila merasa dirinya tidak diperdulikan, terutama soal pelajaran.
Maklumlah dialah ibu dan dia juga bapa kepada Mila.

Bukan senang untuk mendidik seorang anak bersendirian.

“Hal sekolah Mil, macammana? Mil belajar apa sekarang?” tanya Murni kepada Mila.
“Okey aje ma, oh ya! hari ni Mil balik lambat sikit, Mil ada koku.. seperti biasa Mil
tumpang Husna balik nanti, ya!” sambung Mila.

13

Murni angguk, mengerti anaknya akan balik lewat kerana aktiviti kokurikulum sekolah.
Aktiviti yang diwajibkan kepada setiap pelajar mengambil bahagian. Tambahan pula Mila
memang suka menghadiri aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya masa dapat dihabiskan
bersama kawan baiknya Husna dan kawan-kawan lain yang sebaya dengannya di sekolah.
Tidaklah dia duduk terperap bersendirian di rumah. Kak Romlah pastinya sebok dengan
urusan kerja mengemas, manalah dia ada masa hendak melayan Mila dua puluh empat jam.
Murnipun hanya akan sampai di rumah selepas jam 5.30 petang setiap hari, adakalanya
lambat sedikit. Sedangkan Mila dari jam 2.00 petang sudah tercogok di rumah. Dari itu
baiklah dia aktif dengan kokurikulumnya.

Ibu Husna, Fifi memang selalu menghantar Mila pulang setiap kali adanya aktiviti sebegini.
Tambahan pula mereka berjiran, di dalam satu kawasan perumahan quarters Kerajaan. Fifi,
surirumah sepenuh masa, sudah tentu dia dapat melapangkan masanya untuk menghantar
dan mengambil Husna dari sekolah setiap hari. Sekurang-kurangnya dapat juga Mila
menumpang sekali sekala jika ada aktiviti seperti ini. Murni juga berusaha memainkan
peranan mengambil pulang Husna dan Mila. Tidak manis jika asyik sentiasa
menumpangkan anaknya dengan orang sahaja tanpa penglibatan darinya. Nanti dikatakan
hanya pandai mengambil kesempatan pula. Hati jiran perlu dijaga, sebelum dibenci orang,
eloklah dielakkan sebelum ianya terjadi.

Terdengar bunyi hon di luar pagar. Bunyi hon dari bas Pak Kudin. Kak Romlah segera
mencapai beg galas yang terletak elok di atas kerusi. Mila terus menghirup air kopi yang
berbaki sambil berdiri, terus berlari mengambil baju dingin yang tersangkut di dinding
lalu pantas menyarungnya. Kak Romlah pula menyarungkan semula beg ke belakang Mila.
Pantas Mila mencapai tangan Murni dan Romlah bersalaman. Salamanpun seperti lalat
hinggap, main-main hujung-hujung jari sahaja. Adegan sebegini sudah menjadi kebiasaan
mereka setiap hari.

Mila berlari keluar menuju ke arah bas sekolah yang sedang menunggu tanpa menoleh.
Hayunan beg di belakang melambatkan pergerakannya. Murni dan Kak Romlah

14

melambaikan tangan walaupun Mila tidak melihat. Mila membalas lambaian, hanya
selepas berada di tangga bas.

Pak Kudin, pemandu bas memang sudah biasa dengan situasi ini, semua keluarga
penumpangnya berbuat demikian. Memang dicepatkannya masa untuk ke sekolah agar
tidak terlambat. Jika setiap penumpang sudah mengambil 10 saat melambai keluarga
mereka, 20 orang pasti memerlukan lebih kurang 5 minit. 5 minit yang penting agar tidak
terlambat sampai, ditakuti pagar sekolah tertutup jika terlambat lebih 5 minit tersebut yang
telah terlebih diguna untuk sessi melambai.

Nasib baik juga di Bukit Fraser ini tidak ada kesesakan lalu lintas, hanya jika berkabus
tebal yang akan mengganggu perjalanan kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan.
Seperti berlaku bulan Oktober ini yang dingin sehinggakan kabus tebal hampir setiap pagi.
Murni mengesekkan kedua belah tangannya untuk menghasilkan haba dari geseran, agar
panas sedikit tangannya. Pagi ini memang sejuk, seperti berada di negara empat musim
pula rasanya.

Bukan dia tidak biasa dengan cuaca begitu. Manakan boleh dilupakan, 5 tahun merantau di
United Kingdom demi untuk mendapatkan sekeping kertas yang ijazah, 15 tahun lalu. Dan
disitulah juga bermulanya sejarah hidupnya, sehinggakan dia terpaksa membawa diri
sehingga kini. Berjauhan dari keluarga dan juga jauh dari seseorang yang dia amat benci
dan tidak rela untuk bertemu.

Kenapa perlu difikirkan perkara yang sudah berlalu. Semua yang terjadi sudah tidak boleh
diundurkan lagi. Murni cuba tidak mahu melayan perasaannya yang memang sudah
berkecamuk. Kerisauan bagaikan terlukis diwajahnya, tidak dapat disorok.

“Murni sihat ke tak?.” terkejut Murni dari lamunan bila soalan ini diajukan oleh Romlah.
Suara dan pertanyaan Romlah membawa Murni kembali ke alam nyata. Tidak lagi berada
dikesah silamnya yang tidak semanis madu. Malah banyak yang pahit bagai hempedu.

15

“Kenapa akak tanya macam tu..?” Murni hairan dengan soalan Romlah. Orang tanya dia,
dia soal balik?

“Tak la, akak tengok Murni macam gelisah je. Murni tak sihat ke?” jawab Romlah.
Hebat betul Romlah ni, sehingga dapat menganggak yang Murni memang sedang gelisah.
“Kan dah kata! Nampak ketara sangat ke yang aku ni sedang gelisah..?” bisik hati kecil
Murni dengan mimik muka hairan, berkerut-kerut mukanya memikirkan yang dia tidak
dapat lindung kerisauannya.

“Muni sihat aje. Akak janganlah risau..” jawab Murni.

Murni tidak tahu sama ada pembohongannya berjaya atau tidak kerana, dari raut muka
Romlah nampak seperti dia tidak mempercayai jawapan yang diberikan. Jawapan Murni
tidak cukup menyakinkan dirinya. Namun Murni belum bersedia untuk berkongsi dengan
sesiapapun mengenai hal ini. Buat masa ini, biarlah dia tanggung sendiri.

Murni hanya akan bergerak ke pejabat pada jam 8.00 pagi. Sekarang baru jam 7.20 pagi.
Mila keluar awal, maklumlah sekolah bermula jam 8.45 pagi dan Pak Kudin perlu
mengambil beberapa penumpang lagi disepanjang jalan. Walaupun sekolah Mila tidaklah
jauh mana dari rumah, sama jauhnya dengan pejabat Murni. Tidak sampai 15 minit ke
destinasi, sama ada sekolah mahupun ke pejabatnya. Tetapi kedudukannya diarah
bertentangan.

Pagi ini secawan kopi tidak cukup untuk memberikan keceriaan kepada Murni seperti
kebiasaan paginya. Kemunculan Badri mengatasi segalanya, perkara ini perlu di ambil
berat, sehebat masalah negara kini, sehebat kehilangan pesawat MH370 yang kini sudah
menjadi satu misteri. Kalaulah si Badri itu ghaib sama seperti MH370, alangkah bagusnya,
bisik hati Murni…

Itupun KALAU!

16

Sepatutnya Murni tidak perlu runsing dengan pertemuaan itu, kerana dia hanya bertemu
Badri bukannya bekas suami. Badri hanya kawan baik bekas suaminya. Jika pertemuan
tersebut tidak disampaikan oleh Badri kepada bekas suami, sudah tentunya rahsia Murni
akan terus tersimpan rapi sampai bila-bila. Tetapi persoalannya, adalah Badri akan
bertindak mendiamkan diri? Murni sangkal, kerana mereka berdua memang berkawan baik
sejak dari Universiti di UK lagi. Sama-sama merantau jauh mencari ilmu. Malah Badri
cukup kenal dengan Murni, dari era zaman bercinta, berkahwin sehinggakan waktu
diceraikan, Badri masih menjadi kawan baik si bekas suami. Kecualilah jika mereka sudah
putus hubungan atau berlaku sesuatu yang memutuskan hubungan mereka, yang mana
Murni tidak ketahui sepanjang 8 tahun berlalu. Murni membuat berbagai andaian. 8 tahun,
satu jangka masa yang panjang, macam-macam boleh berlaku. Seratus peratus Murni
mengandaikan mereka sudah putus hubungan.
Yakinkah andaian kau tu Murni?

Murni menghela nafas yang panjang. Kenapa perlu dia memeningkan kepala kepada
perkara yang belum terjadi. Sepatutnya, jika terjadi nanti barulah harus difikirkan untuk
mencari cara penyelesaiannya. Namun Murni tidak boleh bertindak sedemikian, betul tak?
Dia harus bersedia, bersedia dengan apa sahaja perkara yang akan berlaku kelak. Murni
perlu bertindak matang. Menyediakan payung sebelum hujan, jika tidak ada payung dan
hari hujan, tentulah dia akan basah. Bukan sahaja dia akan basah oleh si air hujan, tetapi
juga dia akan basah oleh si air mata.

Sebenarnya dia sudah hidup gembira di sini. Berkali-kali Murni nekad yang dia sudah
tidak mahu berpindah randah lagi semata-mata untuk menghilangkan diri dari dikesan oleh
bekas suaminya. Melarikan diri seperti pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari pihak
berkuasa. Cukup-cukuplah dengan pelarian ini. Dia sudah jemu. Di sini jiwanya aman,

17

jauh dari bekas suaminya, jauh dari keluarga bekas suaminya dan juga jauh dari orang
yang mengenali dirinya. Jauh daripada manusia yang mengetahui kesah silamnya. Kesah
silam yang telah menghancurkan kebebasan hidupnya.

Murni malu, malu dengan tindakan bekas suaminya, 8 tahun lalu. Tindakan yang tidak
disangkanya. Sampai hati dia melafazkan talak, bukan satu, bukan dua, malah sekali gus
tiga.

Memang dari mata kasar, apa yang berlaku nampak seperti Murni melakukan satu
kesalahan yang besar, namun bekas suami sepatutnya mendengar penjelasan Murni dahulu
sebelum bertindak melulu.
Ini tidak!

Memang jantan tidak guna ini hendak memalukan dirinya sampai sanggup menjatuhkan
maruahnya dengan menceraikan dirinya dengan talak tiga. Dia tidak sedar sepanjang dua
tahun usia perkahwinan mereka, Murni makan hati berulamkan jantung, menelan segala
perbuatan ibu mertua sejak dia bergelar menantu di rumah itu. Itulah nasib yang terpaksa
diterimanya kerana menjadi menantu yang tidak direstui keluarga suami. Ingatkan karekter
Nyonya Mansoor, di dalam filem P. Ramlee, “Ibu Mertuaku” hanya ujud di layar perak,
rupanya tidak. Karekter itu rupanya juga ujud di zaman modern, malah lebih lecek.

Terang-terang Murni mengetahui musibah yang berlaku kepada dirinya dulu, adalah
angkara si ibu mertua. Itu kesah yang sudah menjadi sejarah. Biarkan ia kekal menjadi
sejarah dan pengajaran kepada Murni. Murni tidak perlu menghukum sesiapa, apalah kuasa
yang dia ada. Biarkan Allah sahaja yang membuat penilaian untuk pembalasan. DIA lagi
mengetahui.

Kerana itu Murni bertindak melarikan diri dan membawa hati yang luka, tanpa sempat
memberitahu bekas suami yang sepatutnya berita gembira baginya. Namun tindakan

18

melulu bekas suaminya itu bukan sahaja mengecewakan Murni tetapi juga satu lagi insan
yang bakal tidak berbapa. Insan yang sedang bernyawa di dalam perutnya.

Lokasi pelariannya hanya diketahui oleh keluarga Murni, Atie, kawan baiknya dan
beberapa orang keluarga terdekat sahaja. Bukan niat Murni untuk bersifat kejam kepada
anaknya, atau bersifat mementingkan diri sendiri kerana menyembunyikan keujudan anak
dari bapa bayi itu sendiri, tetapi adalah lebih baik begini dari terus ditohmah dengan
berbagai-bagai tuduhan. Silap haribulan bekas suami tidak mengaku yang dia bapa kepada
anak malang ini. Jika ini yang berlaku, akan menambah lagi sakit hati Murni yang sudah
sedia sakit. Dari itu lebih baik di sembunyikan sahaja.

Murni hanya mampu berdoa kepada ALLAH. DIA akan sentiasa berada bersama orang
yang teraniaya.

Di bukit ini, Murni dapat merasakan kebahagiaan dan ketenangan. Malah Murni gembira
kerana ditemukan dengan kawan-kawan baru, yang dapat memahami betapa peritnya hidup
seorang perempuan yang sedang mengandung, hidup seorang diri di tempat baru dan
peritnya seorang perempuan menyara seorang anak bersendirian. Bukan perit dari segi
ekonomi, kerana pendapatannya kukuh, tetapi perit dari segi emosi dan perasaan. Bagi
Murni kawan-kawan dan jiran adalah keluarganya di Bukit ini.

Berada jauh dari keluarga, kesunyian dan bersendirian tanpa seorang lelaki yang boleh
dipanggil suami yang sepatutnya berada disisi disaat-saat dia memerlukan.

Murni bersyukur, pertemuannya dengan keluarga Kak Romlah. Perempuan ini telah
membantu Murni dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke sini sehinggalah ke saat ini.
Sekurang-kurang perempuan yang bernama Siti Ramlah ini dapat juga meringankan
masalah yang dipikul oleh Murni.

19

“Hah! Lupakan la, aku kena kuat semangat, jangan ikutkan hati. Ini hanya perkara kecil,
perkara lebih besar dari inipun aku boleh handle.!.” Murni bercakap sendirian pagi ini,
semata-mata cuba memotivasikan dirinya sendiri. Sedangkan sebenarnya dia cuba
menafikan, apa yang sedang berkocak di dalam fikirannnya.

Pantas dia berjalan ke pejabatnya, dengan senyuman diberikan kepada rakan-rakan yang
ditemuinya sejak dari tempat dia memakirkan kereta. Kini, sudah 8 tahun, wajah-wajah
ceria teman-teman di pejabat yang memberikan semangat untuk dia terus maju ke hadapan
dan meninggalkan bekas-bekas luka yang sudah hampir pulih.

Hanya tinggal parut di hati. Parut yang tidak mungkin akan hilang dan akan sentiasa
meninggalkan tanda untuk selamanya. Andai kata, Murni terpaksa meninggalkan tempat
ini, mampukah dia berbuat demikian?

Atau dia reda dan terima sahaja dengan apa yang bakal mendatang. Menadah sahaja
kepada parut yang bakal berdarah semula!

“Murni, kau seorang wanita yang cekal Murni! Hadapi sahaja apa yang akan berlaku.
Lambat laun, kau kena hadap juga” berkata-kata hati Murni dengan kata-kata semangat.
“Ya, aku boleh hadapi semua ini dahulu dan akan aku hadapinya di masa hadapan” masih
dengan kata-kata semangat.

Itu cuma kata hati!
Bagaimana dengan realiti?
Mampukah Murni berterusan begini?
Mampukah dia bertahan?

20

Murni terus memulakan tugasnya sebaik sahaja masuk ke pejabatnya. Apa yang berselirat
di kepala otaknya harus dibenamkan buat sementara waktu. Tumpuan kini diberikan
sepenuhnya ke atas plan tanah yang Murni bentang di atas meja. Kertas blueprint geran
terbentang memenuhi meja tulisnya. Alat-alat tulis seorang juruukur juga tersusun kemas
di atas meja. Kertas yang berwarna puteh tetapi nampak banyak garisan berwarna biru itu
di amatinya dengan berhati-hati dan teliti. Tidak mahu tersilap memberikan koordinate
untuk kebenaran pembalakan kepada Syarikat Andira. Dia perlu meletakkan Koordinate
yang sama seperti yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Parah nanti dirinya jika
tersilap meletakkan nombor, mahu banyak bukit yang akan gondol ditarah oleh Syarikat itu
kelak. Poket taukey balak kembung, tetapi alam sekitar merana untuk jangka panjang.

Dia mengerti akan risiko itu, jika dia melakukan kesilapan. Bukan sahaja dia mungkin
akan dibuang kerja, malah kerosakan alam sekitar jangka panjang akan berlaku dan
mengakibatkan beberapa lagi bencana lain. Mana tidaknya, disebabkan bukit-bukit sudah
botak, maka sudah tidak ada tadahan hujan. Akibatnya akan berlaku tanah runtuh dan
banjir kilat akan kerap berlaku. Bila hutan sudah botak, hidupan liar akan kehilangan
habitat, akibatnya akan menceroboh di perkampungan terdekat. Gajah, babi hutan dan lain-
lain bitangan pastinya mencari makanan di Kawasan yang tidak sepatutnya.

Tahu-tahu sahajalah, jika ini berlaku akan mengakibatkan pula kemusnahan yang lain
kepada ternakan atau hidupan liar yang akan menjadi mangsa. Silap-silap hari bulan, boleh
mengorbankan nyawa manusia. Itulah, akibat silap satu perkara, akan mengakibatkan
kemusnahan yang lain pula kelak.

Manusia sering menjadi tamak, tanpa memikirkan orang lain. Peluang yang diberi selalu
disalahgunakan. Dari itu Murni harus berhati-hati, tidak mahu perkara yang tidak diingini
itu terjadi.

21

Nahas jadinya.

Tetiba Murni teringat kesah semalam, ianya berlaku semasa Murni menghadap blueprint
yang sama. Fikiran melayang, seperti filem yang diulang tayang. Di kepala seperti ada
punat Play yang pandai-pandai mengulang tayang kesah semalam. Watak-watak utama,
tiba-tiba muncul memainkan wataknya. Bukan Murni minta, jika boleh mahu sahaja
dipadamkan dari kotak ingatan, tetapi dia tidak berdaya.

Di hentaknya pelipis dengan tapak tangan dengan harapan ingatan itu hilang, namun tiak
berjaya.

Akhirnya di menyerah dan layankan sahaja.

(Kesah semalam)

“Kusyuk nampak” terkejut Murni apabila terdengar teguran seorang lelaki, Zamrinamanya,
teman sekerja. Lelaki ini tidak makan saman malah yang setia bersama Murni sejak sekian
lama.

Entah berapa lama agaknya Zamri masuk ke biliknya. Murni langsung tidak perasan
kehadirannya kerana leka menandakan koordinate.

Murni dengan perlahan meletak pensel mechanical di hadapannya dan dia hanya mampu
tersenyum menunggu bicara selanjutnya dari lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.
Lega rasanya Murni menatap wajah tenang Zamri yang tersenyum manis. Jika senyuman
yang dia terima, pastinya berita baik yang bakal Murni dengar.

Murni hanya membulatkan matanya menunggu bicara lelaki yang seorang ini.
“Soory.. you tak sedar ke I ketuk pintu tadi?” suara lembut Zamri berbicara, apabila soalan
pertamanya tadi tidak mendapat jawapan.

22

Zamri hanya menerima memek muka si Murni yang membulatkan mata.

Zamri tidak menyangka yang kehadirannya masuk ke bilik tidak disedari oleh tuanpunya
bilik rupanya. Dia sudah menjadi penceroboh nampaknya.

Penceroboh? Kasar pula bunyinya.
Mungkin istilah tetamu tidak diundang, itu lebih lembut.
“I tak dengarpun? Sudah lama ke you dalam bilik I ni?” tanya Murni lalu menyambung
semula apa yang terhenti.
“Tak lah lama, tapi jika perokok, mahu juga separuh rokok sudah terbakar”jawabnya.
Murni memandang semula ke arah si lelaki. Mata Murni tidak berganjak ke arah wajah
tenang seorang lelaki kacak berkulit sawo matang, berambut lurus pendek yang disikat
kemas tetapi rambutnya sedikit menjungkit ke belakang. Zamri, seorang lelaki yang
bergaya berbadan sasa, sekali pandang seperti pelakon Korea Lee Min Ho sewaktu
melakonkan watak hero di dalam drama “Faith”. Cuma Lee Min Ho puteh langsat, tetapi
mamat ini warna kulit orang melayu tulin, sawo matang.
Kacak sangatkah Lee Min Ho itu! Sampaikan hendak dibandingkan dengan lelaki yang di
hadapannya? Iras sahaja, jangan hendak perasan!
Okay!!

“I tak dengar, you ketuk perlahan sangat agaknya” lemah sahaja suara Murni menjawab
soalan yang acuh tak acuh di jawabnya lalu tumpuan Murni beralih semula kepada kertas
di atas meja.

“Laaa, you tak dengar ke? Tapi I ketuk pintu tu,apa? tulah awak kusyuk sangat. dan I
minta maaf, kalau masuk tanpa kebenaran you?” Zamri menjelaskan yang dia memang ada
mengetuk pintu sebelum masuk.

Persoalan sama ada ketuk atau tidak, itu tidak Murni persoalkan.
Hajat menjenguk yang menjadi tanda tanya. Murni menagih jawapan.

23

Apa pula hajat kunjungannya kali ini?

Pasal ketuk pintu, mungkin terlalu perlahan sehingga tidak dapat didengari, atau memang
Murni berada di planet lain sewaktu dia mengetuk pintu, wallahualam.

“Muni, lunch nanti you free tak? Temankan I, kita ke Smokehouse, Sudah lama I tak
makan steak kat sana, teringin pulak! “ Zamri, menyambung bicara dengan mempelawa
Murni untuk makan bersama, lagi setengah jam akan tiba waktu makan tengahari.
Tersengeh-sengeh sahaja dia menunggu jawapan.
Ha! baru Murni tahu, hajatnya ingin makan berteman.
Murni senyum, ajak makan rupanya!
Ini rezeki ni! Tetapi Murni sudah ada jawapannya.

Zamri redha dengan jawapan yang bakal diterimanya. Sudah biasa dengan penolakkan dari
minah yang seorang ini. Susah betul untuk diajak keluar, terutama dengan lelaki. Sudah
tahu jawapannya, jawapan yang pasti mengecewakan. Cuma dia tidak akan putus asa.
Sekadar bertanya, bukan rugipun. Manalah tahu hari ini anginnya baik, tiba-tiba si minah
setuju.

Murni ada sebab untuk menolak pelawaan lelaki ini. Dia selalu mengelak pelawaan Zamri
kerana malas hendak menadah telinga dengan gossip yang bakal diterima. Murni sudah lali
dengan gossip antara dirinya dan Zamri. Mulut manusia memanglah begitu, pantang
melihat dua insan yang berlainan jantina berkawan rapat, sudah tentu dikatakan
menjalinkan hubungan intim. Tambah-tambah kepada perempuan seperti Murni. Walaupun
Zamri masih bujang dan dia pula sudah 8 tahun berstatus single. Atau lebih tepat berstatus
ibu tunggal, gelaran sedikit manis dari sebutan janda. Memang best sangat untuk dijadikan
bahan bualan dan selalu menjadi tajuk utama perbualan untuk membawang. Dia orang
hendak kata apa, katalah, bagi diri Murni tidak luakpun. Yang pasti dia dapat pahala dari
mereka-mereka yang membuat fitnah.

24

Satu lagi perkara, mungkin juga kerana faktor umur, kerana Zamri yang lebih muda 4
tahun darinya yang sudah mencicah 33 tahun, membuat Murni selalu menggelak. Murni
hairan, entah siapa yang ditunggu sehingga umurnya lewat begitu untuk berumahtangga.
Persoalan itu tidak Murni peduli. Dia boleh sahaja meminta ditukarkan ke tempat lain
setelah perkhidmatannya masuk ke tahun kelima, tetapi dia tidak membuat tindakan
demikian. Entah-entah dia memang sedang mencari, atau mungkin juga terlalu memilih.
Lantaklah, apa Murni perlu kesah. Yang penting dia seorang rakan sepejabat yang sangat
prihatin dan suka membantu. Jika difikirkan banyak juga pertolongan yang telah
dihulurkan oleh si Zamri sejak bersama satu pejabat sepanjang 8 tahun ini. Itu Murni tidak
pernah lupa.

Sebenarnya tidak ada apa yang kurang kepada lelaki ini. Sejak 8 tahun berkawan dengan
Zamri, Murni sudah dapat nilai lelaki ini. Jika hendak diikutkan, semua kritiria yang dicari
oleh seorang perempuan untuk calon suami, semua ada pada Zamri. Kacak,.mempunyai
kerjaya yang kukuh, gentleman dan sabar. Namun kenapa sehingga kini, dia masih
membujang? Sepengetahuan Murni, banyak juga calon-calon yang cuba mendekati dirinya,
namun tidak kekal lama, paling lama dua bulan. Sampaikan ada juga yang siap rekomen
calon adik atau sepupu mereka untuk diperkenalkan. Akhirnya Zamri tetap mencari Murni,
si janda beranak satu ini.

Faktor umur yang sedikit junior tidak sepatutnya dijadikan masalah besar. Malah Zamri
nampak matang dalam serba serbi. Kemungkinan kehidupan bujang ditempat begini yang
membuatkan dirinya matang dari usia sebenar. Mana tidaknya, tidak ramai lelaki yang
sebaya dengannya di pejabat ini. Yang ada ramai yang sudah senior, atau yang hanya
tinggal beberapa tahun sahaja lagi hendak bersara. Jadi, terpaksa ikut cara orang senior.
Matured sebelum waktunya. Dah tu, berkawan dengan lelaki yang sudah berusia, maka
terpaksa mengikut rentak orang berusia. Begitu juga pekerja perempuan, ramai yang sudah
beranak pinak atau yang sudah layak dipanggil kakak. Termasuk diri Murni, yang layak
Zamri panggil kak Murni.

25

Orang muda lebih suka memilih untuk bekerja di Kuantan atau di Kuala Lumpur, tempat
yang lebih glamour. Bagi orang muda yang sukakan kesebokan, tempat ini dipanggil
tempat jin bertendang. Duduk di atas bukit ini, hendak buat apa? Malam hanya boleh
duduk di rumah, bukan ada panggung wayang pun, kelab-kelab langsung tidak ada.
Akibatnya aktiviti malam ialah mengira bintang di langit itupun jika cuaca cerah dan tidak
dingin, jika seperti sekarang ini, lupakanlah sahaja hendak membuka tingkap.. sejuk giler!!
Panjang pula Murni bermonolog sendirian.

“Occasion apa?” akhirnya Murni menyoal.

Zamri senyum. Nampaknya ada chance “setuju” kerana Murni ingin mengetahui lebih
lanjut.

Sebenarnya Murni tidak tergamak untuk menolak mentah-mentah. Tidak mahu
mengecilkan hati lelaki di hadapannya yang sabar menunggu jawapan, dengan mata
tertancap ke arah Murni yang tunduk ke arah kertas puteh besar di hadapannya. Sungguh,
Murni tidak sanggup menolak mentah-mentah, jika hendak menolak pelawaan tersebut,
perlu alasan yang boleh masuk dek akal. Itulah sebabnya Murni bertanya lebih detail,
sekurang-kurangnya Murni ada juga menunjukkan interestnya. Jawapan tidak perlu
diberikan serta merta, elok KIV dahulu sehingga benar-benar puas hati dengan tujuan
pelawaan. Yang sebenarnya jawapan sudah ada, cuma tidak mahu menjawabnya dengan
tergesa-gesa.

“Hemm… actually my 8th anniversary kat sini, ingat lagi tak? You pun baru lapor diri
masa tu, tak silap I, you report duty one week earlier. In that case the occasion is to
celebrate our 8th anniversary here.. macammana?” Beriya-iya lagaknya pelawaan Zamri.
Murni hanya tersenyum, dia mengangkat kepalanya memandang ke arah Zamri, sambil
mengangguk perlahan. Menangguk bukan tanda setuju, tetapi tanda faham.

26

“Hem.. dah lapan tahun kita kat sini rupanya ya? Diam tak diam sudah 8 tahun…8 tahun”
Murni hanya menganggukkan lagi kepalanya, dan berulang-ulang menyebut angka 8
seperti tidak percaya dia sudah berada 8 tahun di bukit ini. 8 tahun jugalah dia sudah lari
dari lelaki yang Mila sepatutnya memanggilnya ayah. Tiba-tiba pula wajah Mila muncul di
kepalanya.

“Ha ah dah 8 tahun kita kat sini dan dah 8 tahun kita berkawan..” jelas Zamri.

Murni senyum sumbing. Yang si Zamri mengenangkan tarikh tersebut tarikh bermulanya
dia dipertemukan, tetapi si Murni teringatkan tarikh dia meninggalkan bekas suami pula.
Atau lebih tepat, tarikh mendapat gelaran “J“.

Mengimbas kembali kesah mereka yang masih terkial-kial mengenal kerja mengenai
urusan tanah. Jauh berbeza dengan tugasnya di Putrajaya sebagai seorang Pegawai Tadbir
dan Diplomatik yang di tugaskan lebih kepada menghadiri mesyuarat dan membuat
laporan.

“Let me think about it?, I will let you know later.. boleh! siapa lagi ikut?” Murni ingin tahu
lebih detail dengan rancangan Zamri.

Dari percakapan Murni, seperti memberi harapan sahaja. Tetapi sebenarnya belum ada
jawapan yang pasti dari Murni. Masih fifty fifty.

“Hemmm…I ajak Latiff sama Hamdan, tapi dia orang kata dia ada hal pulak. Yang lain
you tahu-tahu aje lah, ramai yang balik rumah makan lunch bersama keluarga masing-
masing. Kita ni aje yang tak ada keluarga..” panjang lebar pula Zamri memberi jawapan
kepada soalan Murni yang pendek.

Sengaja dia menjelaskan sejelas-jelasnya agar Murni tidak salah sangka. Dan berharap
Murni menerima pelawaannya kali ini. Harapan yang ada jawapan fifty fifty juga.

27

“Excuse me, pembetulan! Apa pulak kita? You sorang aje yang tak ada keluarga. I kan ada
Mila?” jawab Murni dengan wajah yang agak kurang senang dengan ungkapan perkataaan
Zamri..”kita, tidak ada keluarga”.

“Oh.ya ke? Sorry..sorry.. I lupa pulak Mila. Sorry..sorry, I sorang aje yang tak ada
keluarga kat sini, maksud I orang yang masih single and available, macam you and I”
sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Sudah terlajak kata-kata dan kata-kata itu tidak Murni senangi. Nampaknya dia sudah
dapat jawapannya, jawapannya “Sorry.. next time aje..”. Itu jawapan yang sudah tinggal
20%. Zamri masih mengharap walaupun hanya tinggal 2%.

Dia berharap apa yang keluar dari mulutnya kali ini adalah perkataan dan jawapan yang
betul supaya Murni menerima pelawaannya.

“You tak takut kena gossip ke? Nanti merah lagi telinga, keluar lunch dengan I ni yang
ada title “J”..” sambil tersenyum, Murni masih mampu menyakat Zamri.

“Cik Muni..ooi you ni nak teman I atau tidak? Ada ke I suruh you isi apa-apa form untuk
tentukan you tu ada title “A” ke “B” atau “C”. Kelular lunch dengan I, aje kut? And
another thing, pasal title “J” tu, I suka at least ada title tu lagi bagus, taklah setakat A, B,
C malah sampai J ” kedua-dua tertawa dengan lawak antarabangsa dari Zamri.
Zamri masih mampu menjawab jawapan bodoh kepada soalan bodoh Murni.
“Kita keluar lunch aje Cik Muni, bukannya dating pun. Kalau dating tu lain la..!”
sambungnya lagi dengan suara meminta simpati. Bernada perlahan lalu menundukkan
kepalanya.

Nasib baik Zamri tidak membuat muka kasihan, jika itu yang berlaku, mahu luruh agaknya
hati si Murni.

28

“Kalau dating I tak ajak orang lain, I go straight to you, just the two of us” serious sahaja
bunyinya, menyambung percakapannya perlahan sambil pandangan dihalakan ke kakinya
sendiri. Tahu takut kena jerit si Murni!

“Kenapa nak pergi straight kat I, kalau you nak dating?, bukannya you nak date I kan?”
seloroh Murni lagi.
“I cerita pasal lunch ni, bukan pasal dating, sebab you salah seorang yang I ajak. Kalau I
ajak you date pun apalah salahnya. Kecuali kalau you tak sudi atau you sudah ada someone
special? ” tanya Zamri lagi.

“Ishy you ni, mana ada? Okey..okey… kita drop cerita dating mendating ni ya..” Murni
tidak mahu menjadi panjang meleret-leret.

“Iya la.. Iya la..I teman you. Kat mana tadi? Smokehouse kan? Okey, you ajak you belanja,
boleh?” Murni jatuh kasihan pula melihat yang Zamri ikhlas dengan pelawaannya.
Bukan Murni tidak mampu hendak membayar sehingga meminta Zamri untuk membayar,
sengaja dia hendak mengena Zamri agar tidak mempelawa dirinya lagi.
“No problem wahai tuan puteri Muni. Memang I nak bayar pun, tapi you janganlah order
yang mahal sampai lawan taukey sudah la..” Zamri berseloroh.

“Habis tu, tak kan you nak I order sky juice aje kut!”jawab Murni yang membuat kedua-
duanya ketawa berderai. Ceria sahaja nampaknya mereka dengan rancangan lunch mereka.
“Ia lah.. ia lah.. you orderlah apa yang you suka” Zamri mengalah, tidak kuasa bertekak
dengan Murni, yang penting Murni sudah menerima pelawaannya.

Zamri bangun dan meninggalkan bilik Murni, dengan hati yang berbunga-bunga. Selang
beberapa tapak berpatah balik ke bilik Murni. Pintu bilik Murni di buka rakus.

“Dengan kereta I!” dan terus menutup pintu bilik semula, tanpa menunggu jawapan dari
Murni yang memang sedari tadi masih memandang rakannya beredar keluar dari biliknya

29

dengan senyuman yang meleret. Hati Zamri gembira dengan persetujuan Murni. Bukan
senang si Murni ini hendak menerima pelawaan orang, tambah-tambah pula hanya mereka
berdua.
Murni menghela nafas, sambil menggelengkan kepalanya perlahan, Murni membetulkan
tudung lilit hijau bercorak batek lukis, mencapai semula pensel mechanical dan cuba
menghabiskan tugasnya yang terganggu tadi sebelum keluar bersama Zamri seperti yang
telah dipersetujuinya. Seperti paksa rela sahaja gamaknya. Murni tiba-tiba menukar
jawapan yang telah dia set di dalam minda. Ada apa yang terlukis di muka si Zamri hari ini
yang membuat Murni tiba-tiba setuju?
Entah..Murnipun tidak faham kenapa? sebab kasihan kot!
Atau ada sebab lain!
Hemmm.. Lu fikirlah sendiri cik Murni!!

30

(Masih lagi dengan kesah semalam)

Murni kerut muka sebaik sahaja melangkah masuk ke Restaurant Smokehouse. Suasana di
Restaurant Smokehouse riuh hari ini, tidak seperti selalu, suasana sentiasa aman damai
Langkah terhenti, menunggu Zamri yang terlewat beberapa langkah darinya kerana sebok
memastikan kereta betul-betul berada di kotak pakir.

Murni cebik mukanya..

“Perfectionist … masaklah perempuan yang jadi bini dia” bisik hati Murni.
“Patutlah pun…” hatinya masih berkata-kata. Bermaksud, patutlah belum bertemu dengan
pasangan, memilih sangat!

“Eh! Zam, ada apa ek?” tanya Murni sebaik sahaja Zamri berada di sebelah.
Pertanyaan kepada suasana rioh yang luar biasa di bukit yang jarang orang bertandang.
Zamri sekadar angkat bahu, peduli apa? Yang penting perut perlu di isi.
Mata Murni melilau memerhati sekeliling. Biasalah perempuan, sifat ingin tahu sentiasa
muncul, dalam apa jua keadaan.

Apabila pandangan sekeliling sudah di redah, baru Murni faham apabila dia lihat ada
sekumpulan pengunjung dari luar Fraser Hill rupanya. Mungkin dari bandar, kemungkinan
besar dari Kuala Lumpur, melihat dari cara mereka berpakaian mereka nampak memakai
pakaian seperti pemain golf, sudah pastinya pegawai-pegawai atasan kerajaan ataupun
ahli-ahli korporat yang mengatur tournament golf di Fraser Hill Royal Golf Club.
Club Golf tertua di Malaysia.

31

Tidak perlu kepoci sangat Murni, ikut sahaja seperti Zamri, relax dan cool. Jangan ambil
pusing urusan mereka. Hanya perlu memikirkan akan menekmati steak ribeye dengan jus
air tembikai yang akan dipesannya nanti, kerana Zamri yang akan membayar.

Murni tersenyum sendirian apabila teringatkan syarat yang kenakan oleh Zamri, “tak boleh
melebihi taukeh!, siapa taukeh sebenarnya!.

Murni dan Zamri mengambil tempat duduk yang sudah ditempah Zamri, meja makan yang
agak tersorok di sudut paling belakang. Kedudukan meja yang paling tepi ke dinding
bercermin kaca. Pandangan menghala ke mercu tanda Bukit Fraser, monument jam kecil di
tengah bulatan roundabout.

“Zamri ni biar betul!, dia sengaja hendak mengena aku atau kebetulan?” bisik hati Murni
yang masih curiga dengan Zamri kerana sebaik sahaja sampai di Smokehouse, pelayan
sudah menunggu dan terus membawa mereka ke meja yang sudah di tempah khas buat
mereka. Tempahan khas, maksudnya sudah ada kad bertulis “reserved” di atas meja,
Pelayan terus mengambil kad tersebut lalu berlalu pergi.

Eleh! biarkanlah, kenapa mesti sangsi kepada Zamri, dia seorang lelaki jujur, bukan hari
ini kenal dengannya, sudah bertahun. Murni sudah masak dengan hati budinya. Lapan
tahun bersama sudah dapat menebak hati budi si Zamri. Murni cuba tidak mahu melayan
perasaannya yang sebok berkata-kata.

Hati yang curiga terus melayang apabila Murni terdengar dendangan lagu dari jukebox,
lagu ”Sometimes.. Britney Spears”, irama masih jelas boleh didengar walaupuan sesekali
tengelam oleh bunyi riuh kumpulan tersebut. Pasti pilihan para pengunjung asing yang
memilihnya, kerana lagu berentak agak gemalai, namun irama lagu ini dapat menceriakan
mood pendengar. Cuma keadaan bunyi bising orang berbual yang menganggu alunan
irama yang indah, jadi tengelam timbul.

32

Murni geleng kepala, rosak mood betul kumpulan ini, sudahlah ramai, masing-masing
bercakap kuat, seperti berada di pasar borong pula keadaannya. Sehinggakan bait-bait ayat
yang indah dari dendangan Britney itu tidak dapat didengar dengan aman. Murni memang
mengemari lagu ini dengan liriknya yang jiwang, nasib baik lagunya berirama rancak, jika
irama perlahan pasti tenggelam terus. Terdengar bercampur-aduk lirik pada chorus yang
Murni suka..

Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right, be with you day and night
Baby all I need is time

Yang lain dia tidak ingat, yang part chorus itu sahaja yang selalu dinyanyikannya sendirian
di dalam kereta jika ianya ke udara.

Murni humming mengikut irama yang hanya di dengar untuk dirinya. Kecewa, lalu
pandangan dihulurkannya keluar. Kelihatan sekumpulan anak muda sedang mengatur
posisi untuk bergambar berlatar belakangkan jam besar. Murni memikirkan entah yang
keberapa puluh ribu kali jam itu menyaksikan dirinya dirakamkan.

Zamri yang di hadapannya hanya tersenyum. Dia gembira jika Murni gembira. Kena pula
bait-bait lagu seperti memberi signal, kepadanya Baby, All I need is time. Murni, darling
you can have all the time you need, bisik hati kecil Zamri sambil tersenyum sendirian,
perasan. Yang tidak bestnya, kenapa pula ramai orang hari ini, kacau daun sahaja. Jarang
berlaku suasana begini, selalunya pengunjung dapat menekmati makanan dengan disulam
oleh halwa telinga melalui lagu-lagu pilihan pengunjung sendiri.

33

Pengunjung akan menghidupkan jukebox dengan memilih lagu-lagu mengikut turutan
token syiling yang dimasukkan. Murni juga tidak ketinggalan untuk memilih lagu
kegemarannya. Dia bercadang memilih lagu dari penyanyi Selena “I could fall in love” dan
“Kenangan Terindah” oleh Samsons. Duit syiling 50 sen dua keping sebagai token sudah
berada digenggamannya. Jangan salah sangka, Murni memang gemarkan lagu-lagu
romantik, tidak kena mengenapun dengan jejaka di sebelahnya.

“Zam, I pergi..” sambil tangan menunjukkan hala Jukebox. Zamri yang sebok melihat
buku menu hanya mengangguk laju. Dia mengerti ke mana Murni hendak pergi, apabila
melihat Murni menunjukkan duit syiling di tangannya.

“Ehhh..nanti.. you nak order apa?” tegur Zamri kepada Murni yang baru sahaja
mengangkat punggung untuk bangun.

“Set nombor 2 dengan air tembikai..” jawab Murni dan terus bangun.
Murni tahu kenapa Zamri menahannya bergerak, terus sahaja dia memberitahu apa yang
perlu di order untuk dirinya.

Perlahan dia mengatur langkah menuju ke Jukebox yang terletak berhampiran dengan
kumpulan pengunjung berpakaian golf tersebut. Dari ekor mata Murni perasan, Zamri
memerhatikan dirinya yang beredar dengan tangan masih memegang buku menu yang
sudah terbuka di hadapannya. Lagu Britney masih berdendang, sekurang-kurangnya,
Britney ada peminat yang dapat mendengar dendangannya dengan jelas.

Murni meneliti senarai lagu-lagu yang sudah dipilih oleh pengunjung dan juga meneliti
senarai lagu yang harus dipilihnya.

Dari pengamatan Murni dari senarai lagu yang telah dipilih, jika tidak bising, senarai lagu-
lagu pilihan pengunjung yang sudah tersenarai memang semuanya lullaby merdu belaka,
memang boleh menjadi halwa telinga. Murni senyum, dan mencari-cari pula lagu yang

34

sudah di kepalanya. Jari telunjuk melurut perlahan, satu persatu senarai lagu yang ada,
kerana dia perlu ingat nombor kod bilangan lagu yang akan dipilihnya kelak. Takut
tersalah tekan nombor, dan akan mendendangkan lagu yang bukan pilihannya.

“Assalamulaikkum.. cik. Ahhhh.. macam kenal lah? Ini.. ni Murni ke..?” garau suara
seorang lelaki, bersuara dengan jelas sekali menyebut namanya.
Ternganga mulut Murni yang masih membongkok mencari senarai lagu. Tetiba
semangatnya hilang entah ke mana. Dia terpaku.
Badan Murni terketar dengan satu suara yang dia cukup kenal, menghala ke corong
telinganya. Seperti bermimpi, hatinya berkata-kata, betulkah suara itu suara? Tidak kut!
Bukan dia!. Murni masih cuba menidakkan. Terhenti jarinya melurut di skrin Jukebox. Dia
tidak berani menoleh, di hati cuma dia berharap ianya bukan suara orang yang dikenalnya.
Biarlah jawapannya, Bukan!

Murni menutup mulutnya yang tadinya ternganga, apabila dia menoleh perlahan, terfana
melihat wajah si empuya suara. Suara dari seorang insan yang cuba dia elak dari berjumpa
selama ini, kini sudah berada tegak berdiri di hadapannya.
Harapan supaya jawapan BUKAN.. rupanya YA
Ya ALLAH!! Dada berdendang kencang. Dup dap dup dap
“Bad..” hanya satu ayat dari mulut Murni, tegak seperti patung cendana.
“Ia.. I.. ah..jadi betullah you ni Murni..?” jawabnya dengan riak terkejut, terkejut yang di
depan matanya perempuan yang tidak pernah terlintaspun akan dia temui.
Murni tunduk, entah penyakit apa yang menyerangnya tetiba dia merasa dirinya kecil
sebesar biji sawi.
Penyakit apa ah?

Came on Murni tidak sepatut berkelakuan lemah, dia sepatutnya tunjukkan yang dia
gembira selama ini di sini. Seperti ada kuasa dan tenaga yang menggasak dirinya agar
bertindak berani. Murni mendongak semula dan tersenyum, senyuman palsu diberi. Dia

35

perlu berlakon, kalau boleh, seperti pelakon yang boleh menang anugerah pelakon wanita
terbaik.

“Heyyy..Bad, you ke? Apa khabar awak?’tanya Murni
“Aku baik-baik aje. You masih macam dulu, tak berubah, malah makin cantik Aku tengok.
Lama tak jumpa kan? Ada tak 10 tahun?” Tanya Badri pula.
Dia cuba beramah mesra, sedangkan Murni gelisah.
Dup dap dup dap jantung mengepam darah ke kepala. Mukanya sudah memerah. Darah
sudah mengalir laju menyonsang ke kepala, mahu tidaknya terkejut besar. Namun Murni
perlu berlakon.. ya belakon. Senyuman palsu yang mampu diberikan kepada stranger
yang bukan stranger buat masa ini.
“Muni.. Care to join me?..” ajakan Badri buat Murni tambah risau.
“Sorry.. I’m with someone .”jawab Murni.
“Right.. right..” angguk Badri.
“You buat apa di sini?” sengaja Murni ingin tahu.
“Hemm.. I ada tournament golf dengan Mega Bistari” jawabnya seperti bangga menyebut
Mega Bistari, syarikat terulung masa kini.
“I perasan masa you masuk dengan lelaki tu. Tadi tu…suami you must be waiting? Tapi I
tak pasti, you atau orang lain, takut salah orang pulak, manalah tahu, pelandok dua serupa”
jelas Badri lagi.

“Salah tegur, takut kasut naik ke muka, baru padan muka I kan? Nasib baik betul,
Murni..ya Murni..” tersengeh sahaja Badri apabila mengetahui memang betul Murni yang
dia kenal sedang berdiri dihadapannya.
“Dia bukan.ehh.excuse me..I have to go..” Murni meninggalkan Badri dengan jawapan
tergantung-gantung apabila melihat tangan Zamri melambainya.
Murni berjalan pantas ke meja Zamri. Meninggalkan Badri yang berdiri tegak, tidak
mengerti apa yang telah berlaku. Ditinggalkan dengan seribu tanda tanya.
Cepat-cepat Murni menghenyakkan punggungnya dan hanya memandang ke arah pinggan
steak ribeye di depan mata.

36

“Awak! Kenapa?” tanya Zamri.
Namun tidak ada jawapan. Zamri biarkan Murni dengan perangainya.
Murni hilang selera, sehinggakan dia lupa dia ke Jukebox tadi bertujuan hendak memilih
lagu. Semuanya terbatal. Terus dia menjamah steak ribeye yang sudah menunggunya.
Berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia malas hendak menjawab, apabila Zamri
menyoalnya. Murni tidak ingat, yang dia tahu Zamri melambainya, kerana tidak mahu
steaknya sejuk, tidak enaklah pula nanti.
Lagipun Zamri tidak perlu tahu. Bukan kena mengena dengan dirinya. Jika mahu
diperjelaskan mahu berminggu ceritanya baru selesai.

Steak yang sepatutnya begitu enak, kini menjadi hambar. Steak sejuk ke, steak panas ke..
bagi Murni, semuanya tidak terasa apa-apa. Perbualannya dengan Zamri juga sudah tidak
tentu arah. Zamri juga hairan dengan perubahan sikap Murni yang tadinya ceria tiba-tiba
muram. Cepat betul mood perempuan ini berubah, seperti binatang sesumpah, seminit
ceria, seminit muram. Dia tidak faham betul dengan mood perempuan, selalu sangat ada
mood swing, terutama perempuan yang duduk di hadapannya sekarang. Berkerut-kerut
mukanya cuba memahami kenapa lain benar kelakuan Murni tatkala ini. Tadi elok sahaja
moodnya ceria semasa ke sini, kini sudah lain!.

Nampaknya lakonan Murni tidak menjadi, lupakanlah. Memang tidak layakpun menjadi
pelakon terbaik. Usahkan menjadi pelakon terbaik, pelakon tambahan yang jadi pemegang
tombakpun dia tidak layak.. hancuss.

“Siapa tu Muni..you kenal ke..?” soal Zamri cuma ingin tahu, hendak menjadi polis pencen
pulak dah!.

“Hem..” pendek sahaja jawapan Murni.
Jawapan yang tidak memberikan sebarang jawapan.

37

“Kita makan cepat sikit boleh?, I nak balik cepat la.. I nak habiskan kerja I..” pinta Murni
dan tangan kanan terus menolak pinggan yang masih penuh berisi ke tengah meja,
kemudian menghirup jus tembikai laju. Berharap jus tembikai tersebut dapat sedikit
sebanyak melegakan dirinya yang sudah tidak tentu arah.

“Hey..Murni, come on, please relax, baru pukul 1.30 tengahari ni..” Zamri cuba
mententeramkan Murni.

“Ya! I tahu. Cuma I nak kita sampai awal sikit kat ofis, lagipun kita belum solat zohor lagi
ni..” Murni memberi alasan untuk cepat meninggalkan restaurant dan sebelum Badri
datang lagi kepadanya bertanya itu dan ini. Tidak mengapa rasanya dia menjadi ustazah
seminit, mahu tunjuk alim tidak tinggal solat.

Yang sebenarnya Murni belum bersedia untuk menjawab apa-apa sahaja soalan daripada
lelaki itu. Terutama sekali hendak membuka pekong di dada, menceritakan kesah silamnya
yang sudah lama dicampaknya jauh dari sudut hatinya. Murni ingin menjadikan ianya
rahsia hidupnya. Biar dia sahaja yang tahu umpama lagu Dato’ Siti Nurhaliza “Biarlah
Rahsia”. Mampukah dia berbuat demikian?

“Baik bos!”jawab Zamri perlahan. Dia sudah malas mahu bertekak dengan si perempuan
yang cepat bertukar emosi. Hendak buat bagaimana? Helaan nafas sahaja yang dapat dia
lakukan. Zamri tahu ada yang tidak kena. Ok, fine, kali ini dia terpaksa mengikut rentak
Murni. Zamri pasti, mood Murni yang tadinya riang tetiba menjadi muram. mesti ada kena
mengena dengan lelaki yang dia lihat bercakap dengannya tadi. Tetapi apakan daya,
dirinya hanya rakan sekerja, tidak mahu pula dia bertindak kepoci untuk bertanya lebih-
lebih. Lainlah sekiranya Murni dengan rela hatinya menceritakan kepadanya atau meminta
pertolongannya. Walaupun di dalam hatinya membuak-buak ingin mengetahui siapakah
lelaki tersebut? Kerana lelaki itu mampu membuat emosi perempuan di hadapannya
mengelabah, serba tidak kena, dalam sekelip mata. Hebat sungguh si lelaki itu.

38

Dengan langkah longlai Zamri menguruskan pembayaran, lalu mereka bingkas bangun dan
terus meninggalkan restaurant, terutama si Murni yang nampak tergesa-gesa, bagaikan ada
orang mengejarnya.

Zamri hanya mampu menggelengkan kepala..

Di dalam kereta, kedua-duanya senyap sunyi, tiada yang menyoal dan sudah pastilah tiada
yang menjawab. Perjalanan yang hanya 5 minit dirasakan 5 jam oleh Murni. Dia mahu
cepat-cepat sampai ke pejabat. Dia mahu cepat sampai ke biliknya. Dia mahu bersendirian,
kalau boleh dia mahu menghilangkan diri. Andainya dia ada kuasa sakti, alangkah baiknya.
Mahu rasanya dia membuat dirinya halimunan. Hilang dari pandangan manusia, terutama
manusia yang baru dia temui, manusia yang bernama Badri.

Di kepala otaknya, soalan kenapalah dia menerima pelawaan Zamri hari ini. Jika dia tidak
ke restaurant itu tadi, tentu dia tidak akan bertemu dengan lelaki itu. Sesal tak sudah
dirasakannya. Tetapi sayang itu semua sudah berlaku.

Murni lupa pertemuan itu bukan dirancang oleh Zamri, manalah dia tahu ada lelaki lain
yang sedang menunggu Murni di restaurant tersebut? Bagi Zamri, Murni menerima
pelawaannya sudah cukup membuat hatinya girang dan berbunga. Bukan senang hendak
mengajak perempuan ini keluar, selalunya ada sahaja alasan. Malangnya hatinya hanya
sempat berbunga beberapa saat, bungapun tidak sempat kembang sepenuhnya sudah
kuncup kembali. Kasihan kau Zamri,
Kononnya mendapat bonus, rupanya bala.

Ingin rasanya Zamri menerangkan kepada Murni yang pertemuan itu bukan rancangannya.
“Cik Murni, pertemuannya dengan Badri sudah tertulis, jika tidak di restaurant, mungkin di
tempat lain. Menerima pelawaannyai bukan penyebabnya. Hanya DIA sahaja yang tahu,
Cuma menunggu detik, masa, tempat pertemuan dan cara pertemuan, namun pertemuannya

39

dengan Badri tetap akan berlaku. Hayla sayang….” Bisik hari Zamri yang sabar mengikut
rentak Murni.
Kegelisahan Murni sejak pulang dari lunch hanya diperhati oleh Zamri dari luar bilik.
Zamri hanya mampu melihat sahaja setakat ini. Dia tahu Murni gelisah, tetapi dia tidak
terdaya membantu kerana dia tidak cara untuk membantunya. Gelisah seperti kucing
kehilangan anak. Di dalam hati Zamri, ingin rasanya dia meminjamkan bahunya jika
bantuan darinya itu dapat sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang dialami Murni,
Persoalannya, mahukah Murni? Berulangkali di benak hatinya berkata-kata, dia mengaku
dia tidak berdaya membantu, tetapi sanggup membantu apa sahaja, kerana tanpa
pengetahuan Murni, Murnilah menyebab yang dirinya masih berada di atas bukit ini.

40

(Sambungan kesah semalam, panjang pula kesah semalam ya!)

Di sebelah petang, selepas menunaikan solat Zohor, Zamri cuba memberanikan dirinya
untuk mendekati Murni. Manalah tahu dia dapat membantu mana yang boleh. Tidak
sanggup rasanya membiarkan Murni yang dia tahu, jiwa kacau sekarang ini. Dia bersedia
membantu, jika Murni sudi berkongsi apa sahaja masalah yang sedang ditanggungnya,
hanya sebagai seorang kawan. Zamri tidak ada niat lain, dia ikhlas.

Laju langkahnya menuju ke bilik Murni, dipertengahan jalan dia terhenti, lantas berpatah
balik. Bimbang akan tindakannya kali ini akan merenggangkan hubungan persahabatannya.
Rugi pula bertahun-tahun berkawan, hancur musnah disebabkan dia hanya ingin membantu,
tetapi disalah ertikan oleh pihak sebelah. Tetapi, jika dia tidak bertindak sekarang, bila lagi?
Lantas dia menuruskan semula langkahnya.

Tap..tap..tap langkah diatur dengan yakin. Terhenti betul-betul di hadapan pintu bilik
Murni. Perlahan dia mengetuk pintu dan terus masuk apabila melihat Murni
memandangnya tanpa bicara tetapi memberikan senyuman, Senyuman yang tidak seikhlas
mana. Murni nampak tenang, tidak seperti semasa di Restaurant tadi. Alhamdulillah,
Zamri lega.

“Dah habis locate coordinate..?” tanyanya sambil tangan menarik kerusi di hadapan meja
supaya rapat mengadap Murni. Dia terus duduk tanpa perlu dipelawa. Baik sahaja dia
layan berborak dahulu, nanti-nanti boleh beritahu tujuannya singgah. Zamri mahu baca
mood si Murni dahulu, baru dia berani bertanya. Dia tidak mahu soalannya kelak akan
membuat Murni tidak selesa. Maklumlah hendak bertanya mengenai soalan peribadi orang
ni! Kena berhemah, takut nanti silap-silap kena halau keluar.

41

Hapahpun tak dapat!
Sejak bila pula Zamri sudah pandai menjaga tepi kain ni ah? Zamri bertanya kepada
dirinya sendiri.

Bukan begitu, sebenarnya lebih kepada ingin tahu. Sekurang-kurangnya Murni nampak
yang dia memang ambil berat tentang dirinya.

“Belum. Ada banyak lagi. Hemmm…Zam, apa cerita?” tanya Murni cuba melindung
kerunsingannya, berlakon seperti tidak ada apa-apa berlaku. Mechanical pensel dan
pembaris diletakkannya perlahan di atas kertas yang terbentang, mata tertancap tepat ke
mata hitam si Zamri. Buat Zamri terkesima.
Bila mata bertentang mata, baru dia perasan bebola mata Murni berwarna coklat, bukannya
hitam.

“Aduhai! Perempuan, jangan seksa perasaan aku lagi. Aku memang betul-berul gilakan
kau wahai perempuan” bukan main lagi bicara hati Zamri.. dap dap dap berimara santai.
“Kau cantik Murni, bila berlakon macam ni, lagi cantik dan menawan” bisik hati Zamri.
Itu kata hatinya, yang terluah lain pula!!
“I? I memang tak ada cerita, tapi I rasa you yang ada cerita kut…!” jawab Zamri sambil
jari telunjuknya di halakan ke mukanya sendiri.
Zamri cuba menyerkap jarang, harap-harap Murni tidak melenting. Ya Ampun. Bukan niat
dirinya hendak terus bertanya, tetapi Murni yang sudah mulakan, jadi baik sahaja harung
terus.

“I!. Cerita? Cerita apa pulak Zam? You ni kan ada-ada aje la..” jawab Murni, tunduk
sambil tersenyum, macamlah Zamri tidak boleh membaca fikirannya yang sedang
berkecamuk itu. Murni hendak berlakun drama apa? Zamri nampak muka gambra sudah
tertulis dimukanya, lagi mahu lindung!

42

“Oppss Sorry. As a friend, I tahu you are hiding something. I kenal you sudah lama Muni.
I bukan kenal you semalam? Kita sudah kenal lebih dari 8 tahun tau? Dari riak muka you I
dah tahu you ada masalah. tell me if you don’t mind to share?” kata Zamri straight to the
point, malas dia hendak berselindung. Jika berselindung, bukan ada faedahnya, malah lagi
kusut.

Murni tersentak, “Apa kenanya si Zamri ni? Baru makan steak sekeping sudah jadi berani
lain macam pula?” bisik Murni.
Namun hanya senyuman yang dilemparkan..
“Tak da la. I’m okey, percaya la!” Murni masih tetap berselindung, dia masih ragu-ragu
hendak bercerita, takut membuka pekong di dada sendiri pula. Namun riak muka sudah
nampak yang dia confirm berbohong.
“Come on Muni, its about that guy kan! The guy yang you jumpa tadi tu? Is he your ex or
some one from your past.?.”Kbooomm bertalu-talu soalan diajukan kepada Murni.
Biar banyak sekali soalan yang dilontarkan, sekurang-kurangnya dari banyak-banyak
soalan itu, mengena satu jawapn pun sudah cukup. Zamri sudah tidak malu langsung
bertanya. Sudah alang-alang bertanya, baik bertanya sampai mendapat jawapan.

Murni sudah menjelaskan yang dia okey, tetapi Zamri masih mendesak, cuba mengorek
cerita yang masih Murni cuba simpan hanya untuk dirinya. Soalan-soalan itu membuat hati
Murni geram. “Maaf Zamri, not for you to get involve…Memaksa betul dia ini. Tidak
faham atau sengaja tidak mahu faham?” bisik hati kecil Murni, namun dia harus bertenang.
Jangan melompat!

“Kenapa you interested sangat nak tahu?”tanya Murni dengan nada tenang lalu mencapai
semula mechanical pensel yang tadinya diletakkan di atas kertas.

Dia tunduk seakan-akan tekun membuat kerja. Malu pula rasanya apabila seorang lelaki
bersungguh-sungguh ingin mengetahui hal peribadinya. Lelaki yang tidak ada apa-apa

43

hubunganpun dengan dirinya, selain dari hubungan sebagai rakan sekerja. Tetapi mengapa
dia sangat mengambil berat tentang dirinya, sejak dulu lagi.

Hishy .. tak faham betul dia ni..!
“Muni, I ikhlas mahu dengar masalah yang you hadapi. Jika you sudi berkongsi, I sedia
mendengar. Itu pun jika you sudi bercerita” tanya Zamri perlahan bangun dan merapatkan
dirinya ke arah Murni yang masih duduk. Murni mendongak apabila melihat badan Zamri
mara ke hadapannya. Sudah tunjuk berani pula, bukan main rapat lagi. Naik seram rasa
Murni, dibuatnya.
Tindakan berani Zamri boleh dikategorikan gangguan seksual. Tapi Murni tahu Zamri
bertindakan demikian buat untuk mengganggunya.

“You know where to find me, if you need me” Zamri bersuara perlahan seakan berbisik.
Lalu dia berdiri dan mengatur langkah, meninggalkan Murni tanpa menoleh. Murni pula
yang ternganga, terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Harap-harap tiada siapa di
luar biliknya, perasan apa yang telah Zamri lakukan sebentar tadi. Pasti sangkaan mereka
serong, sudahlah pergi makan tengahari bersama, selepas balik dari lunch, mereka masih
kelihatan bersama, tidak puas-puas berdua-duaankah? Kena pula jika mereka melihat
Zamri berbual dengannya dalam keadaan rapat dan berbisik-bisik.

Mampus! Pasti ada mereka ada modal bercerita tentang Murni dan Zamri yang digelar
belangkas. Headlines tu! Aduh.. Zamriiiii kenapa kau buat drama pulak. Tak sudah-sudah
Murni tidak puas hati dengan tindakan berani Zamri. Tapikan, si Zamri ini baik orangnya.
Eh! Apa pula melalut ni..No! stop it!”Fikiran Murni berlegar-legar memikirkan apakah
sebenarnya yang temannya yang satu ini hendak darinya.

Murni memang perasan Zamri cuba mendekati dirinya sejak dari dulu lagi. Sekarang ini
sudah semakin galak, sudah tidak segan-segan lagi. Tetapi Murni tetap dengan prinsip
hidupnya dan cuba mengelak dengan semua lelaki yang cuba mendekatinya, termasuk

44

Zamri. Pengalaman silam benar-benar sudah mengajarnya supaya dia berhati-hati dengan
spesis yang dipanggil LELAKI.

Banyak faktor yang perlu diambil kira hubungannya bersama Zamri.
Pertama kerana faktor umur.
Kedua Murni takut pengalaman pahitnya akan berulang, takut pisang berbuah dua kali.
Dan yang ketiga, dia belum bersedia untuk membuka hatinya untuk mana-mana lelaki
dalam hidupnya demi anaknya, takut berbapa tiri.
Keempat, dia janda manakala Zamri masih teruna. Pasti keluarganya tidak merestui
hubungan mereka. Keluarganya pasti mahukan yang terbaik untuk anak terunanya, bukan
dengan janda beranak satu. Nanti Zamri dapat anak instant pula.
Tetapi bila difikirkan kasihan pula kepada Mila yang tidak pernah merasa hidup
mempunyai seorang bapa. Kenapa Murni harus bersikap selfish, hanya mementingkan
dirinya sendiri sahaja!

Mungkin sekarang Mila masih anak-anak untuk mengerti. Dia akan mengerti dengan
sendirinya nanti apabila dia dewasa kelak. Buat masa ini biarkanlah keadaan seperti
sekarang ini. Tambahan pula, Murni tidak merasakan apa-apa perasaanpun terhadap Zamri,
walaupun sudah lebih 8 tahum berkawan rapat. Mungkin juga kerana Murni tidak pernah
memberi sedikit ruangpun dihatinya. Ditutupnya rapat-rapat, serapat-rapat yang dia boleh.
Murni nekat mahu membesarkan Mila sendirian. Bukan dia seorang sahaja yang
membesarkan anak-anak sendirian di zaman ni. Berlambak diluar sana. Anak-anak mereka
berjaya juga. Malah lebih sempurna dari anak-anak yang dididik bersama keluarga. Jika
ada keluarga tetapi berantakan setiap masa, lagi membuat anak-anak hilang arah.
Membesarkan anak-anak sendirian bukan bererti gagal dalam hidup. Malah sebenarnya
berjaya dalam hidup kerana dapat melepasi segala masalah hidup sendirian. Malah menjadi
insan itu lebih tabah, kuat dan berdikari. Itu kata Murni untuk mengukuhkan lagi prinsip
hidupnya. Tetapi benarkan prinsip hidupnya itu?
Eleh! Tipu..

45

Tiba-tiba satu semangat muncul, dia harus menutup semula pintu hatinya yang baru
terkuak sedikit, demi Mila.
“Maafkan Mama Mila..” bisiknya, perlahan.
“Tet..tet..tet..” bunyi deringan dari telefonnya.
Murni terkejut dari lamunan kesah semalam. Tangan mengapai telefon dan melihat
pesanan ringkas siapakah yang mengganggu lamunannya. Ala..entah egen mana yang
mempromosikan syarikat mereka. Telefon diletak semula. Murni kembali ke alam nyata.
Mana mungkin berterusan begini, jika terus begini semua kerja tidak akan siap. Murni
berastagafar panjang. Mukanya diraup beberapa kali sambil mengelengkan kepalanya.
Nekat di hati, tidak mahu memikirkan persoalan itu lagi. Periok nasi harus dijaga. Terus
dibuangnya kesah semalam jauh-jauh. Dikosongnya fikirannya, tidak ada nama Badri,
tidak ada nama bekas suaminya dan juga tidak ada nama Zamri. Habis dipadamnya di
kotak mindanya. Tumpuan padu diberikan kepada kerjanya.
Akhirnya Murni dapat menyelesaikan kerjanya menanda coordinate bagi Syarikat Andira.
Kerjanya harus dilangsaikan. Esok Murni akan memulakan tugas yang baru pula. Urusan
pecah geran Encik Mohd Taha Julmi yang dipanggilnya Pak Cik Taha. Seorang lagi insan
yang rapat dengannya, kerana dia adalah bapa Kak Romlah.

46

Mata Murni melerek ke dinding. Tanpa sepatah perkataan, mahupun sebarang bunyi,
Murni menghentikan tugasnya yang tadi tekun dilakukannya. Sudah hampir pukul 6.00
petang, rupanya. Itulah pasal, ralit sangat bekerja!

Tekun semata-mata menyekat otak fikirannya dari memikirkan hal kesah semalam.
Sesalunya, bekerja di tempat-tempat begini jarang ada tugasan lebih masa yang terlebih-
lebih sehingga memerlukannya pulang lewat malam. Semua pekerja balik on time, atau
terlebihpun paling lama sejam, itu sahaja.

Ala.. pulang lewat sedikit tidak menjadi masalah, anggap sahaja gentian waktu yang telah
digunakan untuk hal peribadi sewaktu waktu bekerja.
Bukan main lagi Murni dengan lenggang lengkoknya berjalan menuju ke bilik Zamri. Itu
memang sudah kebiasaannya setiap hari, menjengok si kawan baik. Namun tetiba petang
ini dia hairan, kenapa bilik si teman gelap, sudah pulangkah dia?.
Namun langkah diteruskan jua. Keraguan Murni terjawab, memang benar Zamri sudah
pulang. Tidak pernah Zamri pulang tanpa memberitahu dirinya?.
Apa sudah jadi ni?.

Zamri sudah pulang awal juga hari ini, sama seperti semalam. Selalunya dia akan singgah
ke bilik Murni untuk berjalan beriring ke ruang pakir. Kenapa dia tidak berbuat demikian
hari ini, dia marahkan Murnikah?.
Murni hairan dan rasa bersalah pula dihatinya. Adakah dia bersikap kasar atau adakah
perbualannya yang sambil lewa melayan Zamri sejak petang kelmarin. Atau perbuatannya
telah mengores hati kawannya yang seorang inikah?.
Perlukah Murni menerima bantuan atau pertolongan yang ingin dia hulurkan?
Bolehkah dia percaya kepada lelaki ini?.
Ini rahsia hidupnya!

47

Perlukah Zamri tahu?
Adakah dia membuka pekong di dadanya sendiri apabila memceritakan rahsia buruk
dirinya yang sekian lama sudah dimeterai dengan lilin cap mohor merah dengan amaran
jangan sekali-kali dibuka. Sekali dibuka, terlerai lilin dan tidak dapat ditutup semula..
Dengan longlai Murni berjalan ke pakir persendirian.
Murni bingong.

Dia sedar dan nampak ada kejujuran pada diri Zamri yang sudi berkongsi masalah demi
meringankan masalah yang ada di kepalanya. Tetapi mampukah Murni meluahkan semua
masalahnya kepada seorang lelaki yang tidak ada apa-apa ikatan dengannya? Silap-silap
Murni akan ditertawakan, mencurah segala masalah peribadi kepada seseorang yang tidak
ada ikatan. Hemmm.. Dia bukan saudara Murni, bukan juga abangnya, tidak juga tunang.
Bakal suami? Lagilah bukan!

Title isteri sudah sah-sah bukan. Dia hanya sekadar saudara seislam. Habis tu, hendak
berkongsi rahsia yang selama ini disimpannya kemas.
Wajarkah membuka rahsia itu?

Jangan buat kerja bodoh cik Murni, sayang. Itu hanya ibarat membuka kotak pendora
sahaja gamaknya. Terbuka sahaja kotak tersebut, maka tersebarlah segala rahsia kamu.
Kamu mahukah rahsia kamu diketahui orang?
Murni masih memikir-mikir akan tindakannya. Dia harus pasti 100 peratus, bukan 50 atau
99 peratus. Harus cukup 100 peratus pasti. 101 peratuspun boleh!
Langkah terus diayun lesu.

Tap..tap..tap..tetiba Murni terdengar seperti orang berjalan pantas, seperti mengejar sesuatu
di belakangnya. Hatinya mula rasa gembira mengharap yang di belakangnya adalah Zamri.
Segera dia menoleh dengan senyuman..
Ahhhh.. hampa, bukan Zamri.

48

Kamarul si Pembantu Am Pejabat yang turut tersenyum dan mengangkat tangan, laju
meninggalkan Murni tanpa bicara.

Dalam mengelamun, Murni tidak sedar sudah sampai ke kereta. Diperhatikan, kelihatan
hanya tinggal 3 buah kereta sahaja yang masih terpakir. Kereta Suzuki Swift puteh Murni,
kereta Perdana hitam Pegawai Daerah, Encik Megat Qalif dan kereta Viva merah saga
Kamarul yang sedang bergerak perlahan meninggalkan pakir.
Kereta Zamri? Memang tidak ada.. petak pakirnya sudah kosong.
Murni menghela nafas kecewa.

Pakcik Pengawal sudah sedia mengangkat papan penghalang untuk memberi laluan kepada
kereta Murni, sebaik sahaja dilihat Murni menggerakkan perlahan keretanya menuju keluar.
Tangan diangkat sebagai tanda terima kasih sebaik sahaja melepasi pondok pengawal.
Murni tersenyum, Pak Badar, pengawal bertugas hari ini dan dia membalas lambaian.
Alhamdullillah, selesai tugasnya hari ini tanpa ada apa-apa yang ditakuti Murni berlaku.
Cuma masalah dengan Zamri yang masih menjadi tanda tanya, Zamri merajuk dengannya.
Tidak mengapa, esok Murni akan cuba menyelesaikannya. Diharap missi memujuknya
akan berjaya.

Murni menjeling ke arah bilik Zamri sebaik sahaja sampai di pejabat. Kelihatan bilik itu
sudah terang, sudah sampai rupanya pakcik yang merajuk itu. Awal pula nampaknya dia
sampai. Namun langkah diteruskan menuju ke biliknya sendiri. Tetapi di dalam hati sudah
berdendang ceria, entah mengapa, melihat bilik Zamri yang sudah terang bagaikan
memberi cahaya kepada dirinya. Beg yang disandang dileraikan dan dimasukkan ke dalam
laci di tepi meja. Tangan pantas menekan punat komputer untuk menghidupkannya. Murni
menunggu sebentar sementara komputer menyala dan sedia berfungsi untuk diguna. Laju
sahaja dia menyemak pesanan-pesanan yang masih hitam, menunjukkan pesanan masih
belum dibaca. Satu persatu sehingga habis semua pesanan dibaca. Yang perlu diambil

49


Click to View FlipBook Version