Mila memimpin tangan Murni, dia memberitahu ada kawan mama yang hendak
berjumpanya di luar pagar. Murni hanya mengikut tangan Mila yang menariknya laju.
Murni tertanya-tanya, siapa agaknya yang menganggu dirinya di hujung-hujung minggu ini.
“Mil.. perlahan sikit, mama tak boleh jalan selaju Mila..sabar.. sabar.. mama turun
ni..“ kata Murni.
“Tu... ah..!“lurus jari telunjuk Mila menghala ke arah seorang perempuan yang tercegat di
hadapan pintu pagar.
Terbuntang mata Murni..
Dia terkejut apabila melihat yang berdiri di tengah panas, adalah perempuan yang pernah
menganiaya dirinya.
Mila oh Mila.. perempuan itukah yang dikatakan kawan Mama?
Hairan Murni, apa lagi yang dia mahu!
Tidak puaskah angkara yang telah dia lakukan?
Membuak-buak rasa dada Murni.. bagaikan hendak meletop
Dia hendakkan Ammar, dia sudah dapat.
Dia hendakkan mama Ammar, dia sudah berjaya menguasainya.
Dia hendak menjadi Mrs. Ammar, peguam terkenal, dia sudah mendapat gelaran itu.
Dia hendakkan kedudukan di kalangan orang VIP kerana Ammar seorang peguam terulung.
Dia sudah berada di kalangan itu.
Dia juga telah berjaya menjadikan Murni dengan gelaran baru, JANDA
Yang paling sedih, dia juga telah berjaya menjadikan seorang budak perempuan anak
yatim terlalu awal..
Apa lagi yang dia MAHU!!
Murni tidak faham, jika seseorang itu tamak, memang apa sahaja yang dia ada, pasti tidak
cukup.
Murni mara ke arah Edwina. Walaupun masa 8 tahun yang ditinggalkan, sedikit sebanyak
merobah wajah Edwina, namun dia tetap nampak bergaya. Walau secantik mana pun wajah,
jika hati kotor, tidak guna juga. Tidak ada seri…
300
Murni cuba berlagak tenang demi untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, kerana
kehadiran Mila. Mila tidak sepatutnya tahu siapa sebenar perempuan yang dikatakan
kawan itu.
“Win..!” tegur Murni
“Muni.. “ Edwina pula membalas teguran Murni.
Mila hanya memerhati. Dia tersenyum, dia gembira kerana sudah berjaya menyatukan
pertemuan dua orang kawan. Memang sah kawan mama, kerana mereka kenal di antara
satu sama lain.
“Mila pergi masuk sayang, mama nak cakap dengan kawan mama..” pinta Murni.
Mila yang tidak tahu menahu hanya menurut dan meninggalkan mamanya dengan
perempuan yang dikatakan kawan.
Pastinya banyak cerita yang hendak mereka kongsikan, bisik Mila di dalam hati.
“Apa hal, kenapa you cari Muni lagi? Bukankah kau dah dapat apa yang kau mahu?”
Murni memulakan kata-kata dengan nada kasar, menggunakan ganti nama “kau“ dan “aku“.
Itupun setelah dia menoleh dan memastikan Mila sudah masuk ke dalam rumah.
“Sebab, ahhh… sebab aku tak sangka selama ini Ammar masih berhubung dengan kau,
sampai kau dapat anak haram tu..!! “ jawab Edwina kasar sambil jari menunding ke dalam
yang dimaksudkannya si Mila.
Bukan main celupar lagi mulut Edwina, menuduh Mila anak haram. Dia masih menyangka
selama ini Ammar menjalinkan hubungan dengan Murni.
“Hey, perempuan! Baik kau balik. Kalau kau tak tahu apa yang sebenarnya, baik kau balik
sekarang!“bentak Murni dengan kasar.
Edwina tiba-tiba datang merapati Murni dan hendak melepaskan satu tamparan yang sudah
lama dia hajatkan. Menampar perempuan sentiasa membuat hidupnya tercabar.
Tangannya sudah ringan sahaja hendak menghayun, terapi tangan tidak sempat sampai ke
pipi mangsa.
Ada satu tangan lain yang menghalang!
“Edwina!“ kedua-dua pasang mata tersentak mendengar suara lelaki yang bernada tinggi.
301
Kemunculan hero yang entah datang dari celah mana.
Tiba-tiba muncul...
Ammar datang dan menyekang tangan Edwina melindungi Murni dari mendapat tamparan.
Buat pertama kalinya, Ammar melindungi Murni. Perbuatan yang sepatutnya dia lakukan 8
tahun lalu. Murni terharu, tidak dia sangka Ammar datang melindungi dirinya. Murni tiba-
tiba rasa simpati dan hatinya yang mula cair dengan tindakan spontan itu.
“Ehh! Abang? Win.. ah..Win..“Edwina menjawab dengan nada terketar-ketar, terutama
apabila melihat wajah Ammar yang sudah seperti singa jantan yang lapar!
“Murni, you better get inside...“ pinta Ammar
“I will handle this..“ sambungnya lagi.
Sudah seperti drama melayu, episod Samarinda TV3. Seorang duda cuba meleraikan
pergaduhan di antara kedua-dua jandanya.
Sungguh kliche.
Cepat-cepat Murni masuk ke dalam rumah tanpa menoleh. Cepat-cepat dia menutup pagar
dan pintu rumah. Biarkan Ammar menyelesaikan masalah domestik mereka berdua. Murni
tidak mahu masuk campur, bukan urusannya pun. Tambah-tambah lagi apabila sudah tahu
Ammar sedang marah, telinganya sudah nampak memerah. Apa lagi apabila melihat
Ammar dengan mata terbeliak di hadapan perempuan yang sudah mengelabah. Dia pernah
melihat wajah itu kira-kira 9 tahun yang lalu.
Ahhh.. tak kuasa hendak melayan orang yang gila talak.
Lantaklah kau orang..
“Mana Win tahu, abang ada kat sini..?“ tengking Ammar
“Win ikut abang, banyak kali, bila Swee Mee kata abang kerap bercuti sejak akhir-akhir ini.
Win ikut kereta abang..“ terketar-ketar Edwina menjawab.
Jawab tetap perlu jawab..
Apabila seorang peguam mengutarakan soalan, jawapan perlu diraih.
“Habis tu! Buat apa kat rumah Murni ni?“ Tengking Ammar lagi.
302
“Abang tanya Win? Abang tu kenapa berada kat sini? Abang nak tengok anak haram abang
tu kan?“ tanya Edwina berani.
Memang cukup berani minah ini. Mulut tidak ada insuran, main cakap sahaja.
“Edwina!“ tangan sudah hampir memcicah pipi Edwina, tetapi terhenti.
Kemudian Ammar tunduk dan ketawa kecil. Tersedar, yang tadi Edwina yang hendak
menampar Murni, kini dia pula yang hendak kena tampar.
Nampaknya mereka berdua memang sepasang insan yang serasi, sama-sama kaki baran.
Cepat-cepat Ammar tersedar.
Sabar Ammar, sabar!
Ammar tersedar, kerana setahunya, Mila belum lagi mengetahui identiti sebenar dirinya.
“Kau diam, baik kau beredar. Tak malu ke buat hal di rumah orang?“ kata Ammar, cuba
mengawal perasaan marahnya, dengan cara menghalau Edwina pergi.
Edwina hairan, bekas suaminya masih boleh tertawa dengan kenyataannya.
Muka Edwina sudah naik pucat kerana hampir kena penampar sulong Ammar. Tidak
pernah lelaki yang pernah menjadi suaminya itu bertindak sedemikian rupa, tetapi
disebabkan Murni dan budak perempuan itu, dia boleh bertindak sedemikian.
Hebat! Hebat kau Murni.
“Assalamulaikum?“ kedua-dua insan berpaling ke arah suara memberi salam.
“La...awalnya Encik Ammar sampai? Kan janji pukul 11.00. Ni baru pukul 10.30?“ tanya
Zamri sambil tersenyum.
Zamri yang tidak tahu menahu, episod samarinda yang di filemkan di depan rumahnya.
Dia tersenyum dengan perempuan di sebelah Ammar. Amboi Ammar sudah berani bawa
perempuan pula, bisik hatinya. Ingatnya teman wanita baru si Ammar.
“Ehh! Dah jumpa Muni ke? Marilah masuk. apa hal kat luar aje? Panas ni!“ pelawa Zamri.
“Apa hal la pulak, Murni ni siang-siang tutup pintu?” kata hati kecil Zamri selepas
menolak pintu pagar dan perasan pintu rumah tertutup rapat.
Pelawa ayam sebenarnya, jika Murni tahu, mahu perang sabil!
303
Tanpa Zamri mengetahui, bukan setakat cuaca sahaja yang panas, hati mereka juga panas.
Panas tahap mampu mencairkan batu.
“Tak apalah Encik Zamri, kita jumpa tempat biasa aje. Saya tunggu kat sana? Tadi tergerak
hati nak singgah sekejap, nak tanya, Mila boleh naik basikal yang saya hantar semalam tak?
Takut besar sangat untuk dirinya Kuatir pula saya takut bahaya pula untuk dia, takut dia
jatuh...“ kata Ammar, cuba berhemah agar tidak ketara yang dia sedang marah.
Patutlah hatinya tergerak hendak singgah ke rumah Murni, rupanya bersebab. Dia
bertembung dengan Edwina yang sesedap rasa ingin mencederakan Murni yang disangka
penyebab dirinya diceraikan.
“Hemm..okey aje saya tengok dia kayuh. Nanti saya tanya Mila.! Ya lah, See you in half a
hour time. Orang jemput masuk, tak mahu pulak?“ kata Zamri, masih mampu tersenyum.
Phew!!lega juga di dada Zamri, bila Ammar menolak pelawaannya untuk masuk ke rumah.
“Terima kasih, nanti jumpa di tempat biasa..“ ulang Ammar.
Ammar beredar menuju keretanya tanpa mempedulikan Edwina yang terhinjut-hinjut
mengikutnya dari belakang.
Zamri hanya memerhati dan merasa hairan, siapa sebenarnya perempuan itu, Ammar tidak
melayan perempuan itu.
Teman wanita baru atau ahhh.. biarkanlah.
“Bang, siapa lelaki tu bang?“ Edwina masih mahu bertanya.
“Suami Muni..“ jawab Ammar, agar sekurang-kurangnya Edwina faham.
Nanti di tuduhnya pula Murni bermain kayu tiga.
“Ah!, suami Muni? Jadi abang..?“ jawapan yang membuat Edwina lagi pening.
“Apanya Win? Sudahlah tu! Win dah lupakah, kita dah tak ada apa-apa hubungan
lagi?“ tengking Ammar, dia sudah jemu dengan soalan Edwina.
“Tadi tu, Murni boleh saman awak tau! Mengganggu dia.. tahu tak?”kata Ammar dengan
kasar.
Edwina hanya tunduk malu dan sesal.
“Tapi Win masih sayangkan abang?“ Edwina pula masih berusaha memujuk.
304
“Tapi abang tidak..“ jawab Ammar berterus terang.
Jawapan yang telah beratus kali diberitahu, namun Edwina masih tidak mahu menerima
kenyataan.
“Cukuplah sendiwara tu Win, abang dah bosan! And please get lost, get lost from my sight
and my life Edwina“ Terus sahaja Ammar masuk ke keretanya dan menghidupkan engin
lalu meninggalkan Edwina yang terkulat-kulat di tengah panas dengan seribu satu
penyesalan.
Pertanyaan yang tidak ada sesiapapun yang sudi memperjelaskan kepadanya. Nasiblah kau.
Edwina yang masih terpacak di tengah panas, memerhatikan kereta Ammar meninggalkan
dirinya sambil menghentakkan kaki, geram ditinggalkan. Menghentak kaki bagaikan
seorang kanak-kanak tidak mendapat gula-gula. Tetapi perempuan ini menghantak kaki
kerana tidak mendapat perhatian bekas suami.
Kasihan dia.
Apa yang dia faham, Murni bukan penyebab dia diceraikan kerana Murni sudah bersuami.
Cuma budak perempuan yang dia jumpa di awal tadi, kenapa dia memanggil Ammar, papa
Am? Ahh...Tidak kuasa pula dia hendak memikirkan lebih detail. Yang dia harus fikirkan
sekarang, ialah cara hendak mendapatkan semula Ammar kembali untuk dirinya. Mungkin
tidak sekarang, kerana Ammar masih marahkan dirinya. Andai dulu dia mampu
memisahkan dua sejoli itu sewaktu masih bergelar suami isteri. Kali ini lagi mudah, kerana
mereka sudah janda dan duda. Senyuman Edwina yang menjengkelkan membuat wajahnya
mirip wajah ibu tiri puteri Snow White sewaktu menaruh racun kepada buah epal.
Begitu besar harapan seorang janda bernama Edwina, sanggup buat apa sahaja demi
Ammar kembali kepadanya. Sedangkan Ammar memang tidak ada niat sedikitpun di hati
untuk rujuk kepadanya.
Kasihan kau, Edwina...
305
Sekembalinya Edwina ke Kuala Lumpur, Edwina resah. Tidurpun tak lena. Kepala
memikirkan apakah cara yang patut dia rencanakan yang mampu membuat Ammar
kembali kepadanya. Ammar perlu percaya yang dia sudah berubah, malahan dia harus
diberi peluang kedua.
Tetiba sakit pula hatinya mengetahui Murni yang kini nampak bahagia, walaupun bukan
Ammar yang membahagiakannya.
“Heeee… geram je aku tengok si Murni tadi. Entah apa ilmu dia guna. Suami dia
sayangkan dia, yang bekas suamipun masih tergiler-gilerkannya. Dasar perempuan
kampung, adalah tu. Bomoh mana yang dia sudah guna menderamkan jantan-jantan ni..”
bentak Edwina.
“Ah! Pergi mampuslah kau Murni. Sekarang my focus is on abang Ammar. You will be
mine for the second time. And this time you will not letting me go…for sure and as for you
Murni yang tidak semurni mana, aku akan buat kau menderita sepanjang hidup kau”kata
Edwina dengan perasaan girang.
“Aaaaa..!! Kali ini mesti berjaya…”kata Edwina lagi sambal tergelak besar lalu tangan
menutup suiz lampu.
Kali ini dia yakin, Hasrat jahatnya akan termakbul lagi.
Esok dia akan memulakan rancangannya. Malam ini dia perlu dapat rehat dan tidur yang
cukup.
Apabila cukup rehat dan tidur, idea jahatnya lagi aktif dan boleh membuahkan macam-
macam rancangan.
Bukan main lagi yakin usaha jahatnya akan berjaya lagi buat si perempuan gila talak ini.
Entah apa idea jahat yang telah syaitan bisikkan ke telinganya.
306
Kesah pertemuan singkat di antara Ammar, Murni dan si perempuan bernama Edwina
hilang tanpa persoalan.
Zamri tidak bertanya, malah Murni tidak menceritakannya.
Biarkan ianya lenyap bersama angin lalu.
Murni lega.
Bagi Zamri pula, yang dia tahu, Ammar bertujuan baik, ingin mengetahui sama ada hadiah
pemberiannya, sesuai atau tidak untuk si anak, takut pula, jika tidak sesuai akan
mengundang bahaya kepada anaknya, itu sahaja.
Pertemuanpun hanya di luar rumah.
Manakala, siapa si perempuan yang bersamanya, bukan halnya.
Dia hanya mengatur rancangan seperti yang telah diatur untuk si anak bertemu bapanya,
setiap kali si bapa berkunjung ke Fraser Hill. Sudah berbulan-bulan, rancangan berjalan
lancar. Selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak, selagi itu akan diusahakan oleh Zamri.
Asalkan Ammar tidak membuat tuntutan mahkamah, dan Mila masih di bawah jagaan
Zamri dan Murni. Minggu ini tidak terkecuali. Zamri akan menjemput Mila di Shahzan Inn
di mana Ammar menginap.
“Yang.. abang pergi ni..” katanya.
“Hem.. jangan lupa singgah belikan Muni blueberry muffin kat kafe Shahzan tu bang..”
laung Murni yang duduk bersila di atas hamparan, membaca buku resipi.
Kerjanya mengumpul buku resipi, tetapi mempraktiknya tidak.
“Ya.. sayang.. insyallah. Kalau tak ada blueberry, abang beli aje apa-apa muffin. Semua
muffinnya sedap…” kata Zamri.
Murni bangun dan mengekori suami dari belakang.
“Yalah. Tapi cari blueberry dulu, kalau tak ada barulah beli muffin yang lain..”balas Murni
lagi.
307
“Baiklah tuan puteri, patek akan usahakan..” dah mula dah, Zamri bergurau.
“Mengada-ngada..” kata Murni sambil tangan menampar manja belakang suami yang
sedang memakai kasut.
“Cukup-cukuplah tu bang..” jerit Murni kepada Zamri yang sudah di dalam kereta.
“Hati-hati, Mila pun..” nasihat Murni kepada kedua-dua insan yang sangat dia sayang.
Hanya terdengar suara tertawa dari Zamri yang tidak sudah-sudah suka menyakat si isteri.
Mila yang duduk di sebelah ayah Zam juga hairan. Sejak bila pula mama menjadi tuan
puteri!!
Dia tidak tahupun?
Murni terjenguk-jenguk di muka pintu. Bayang Zamri yang sepatutnya menjemput Mila di
Shahzan Inn tidak juga muncul. Entah berapa puluh kali dia menjenguk, dia sudah hilang
kiraan. Risau sangat sudah jam 8 malam, mereka masih belum pulang. Yang hairannya,
orang yang dijemput tak sampai, orang yang menjemputpun tak muncul. Ke mana agaknya
mereka?
Murni sesekejap bangun menuju ke muka pintu. Ini bukan seperti kucing hilang anak,
tetapi seorang perempuan kehilangan suami dan anak. Amboi hendak tukar peribahasa
pula…
Sudah penat, berdiri, bangun, berdiri, bangun , akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk
di sofa. Baru sofa hendak hangat, Murni nampak cahaya dari lampu kereta. Dia pasti
cahaya itu datangnya dari lampu kereta Zamri. Murni lega, orang yang ditunggu sudah
pulang. Tadi bersungguh-sungguh menunggu, bila sudah sampai, tidak mahu keluar pulak!
Buat-buat cool, seperti tidak ada apa-apa berlaku. Yang tadi risau bagai nak rak, hilang
serta-merta!
308
Mila terus berlari masuk sebaik sahaja sampai. Zamri mengunci pintu pagar dan berjalan
perlahan sambil tangan mengulis kumisnya yang sejemput.
“Best.. keluar dengan papa Am. Ma.. tadi, masa Mila makan kat restaurant mahal tu.
Adalah akak perempuan tu, kakak yang hidang makan tu la..dia tanya papa Am..Is she
your daughter? Papa Am kata Yes my daughter.. lagi dia cakap oh.. patutlah she looks just
like you…dia kata macam tu ma..” bersungguh-sungguh Mila bercerita.
Murni hanya menganggukkan kepala, tidak mahu Mila terhidu something fishy dengan
ceritanya.
“Tapi kan ma, Mil rasa nak cakap aje.. No..no..He is not my father, my father is at home
with my mum..” Mila menunjukkan reaksi dia bercakap semasa di restaurant, Mila siap
angkat tangan apabila dia hendak menunjukkan perkata “No”.
Terbuntang sedikit mata Murni, apabila mendengar penjelasan Mila.
“Betul ke ma, Mila ada rupa papa Am..” tanyanya lagi termengah-mengah.
Rasanya sungguh interesting cerita yang hendak disampaikan. Murni berharap, Mila hanya
bercerita dan tidak meninggalkan sebarang kesan difikirannya.
“Entah! Ma rasa Mil ikut rupa mama, ya tak bang.?.” tanya Murni kepada Zamri yang
sedang mengunci pintu hadapan.
“Hah… apa dia?” Zamri yang tidak tahu hujung pangkal, tiba-tiba ditanya soalan, mati
akal hendak menjawab soalan yang perlu dijawabnya secara spontan.
Akhirnya hanya menayangkan giginya yang sebaris.
“Sudahlah tu! Mil tentu dah penatkan. Pergi naik atas, mandi, lepas tu gi tidur..” arahan
dari Murni.
Sambil Murni memukul punggung Mila perlahan, untuk memintanya beredar.
Belum beberapa tapak Mila berjalan, Murni bersuara.
“Ehhh…nanti..Mila dah makan ke belum.ni.?” baru teringat, Murni hendak bertanyakan
anaknya sudah dinner atau belum.
“Dah.. “ jawabnya pendek dan berlari naik ke atas menuju ke biliknya.
Murni memegang pelipisnya. Bukan dia pening kepala tetapi pening dengan soalan
cupumas Mila.
309
Aduh! Nampaknya perlahan-lahan rahsia hidup Mila sudah tersingkap. Bagaimana
agaknya bila dia tahu cerita sebenar kelak?
Murni memandang ke arah Zamri, Zamri juga memandang ke arah Murni, kedua-dua
clueless.
310
Empat bulan masa berlalu begitu pantas. Mila sudah semakin rapat dengan Ammar.
Tambahan pula Ammar menyogoknya dengan hadiah yang tidak pernah Mila impi untuk
dia memiliki. Ammar pasti akan menjenguk Mila jika ada masa terluang. Banyak kes di
pejabat diserahkan kepada associate atau pembantunya. Mila lebih utama bagi dirinya. Dia
harus mengejar masa 8 tahun yang dia sudah tertinggal bersama Mila. Kini baru dia sedar,
selama ini telah mengabaikan dua insan yang tidak berdosa hanya kerana mengikut nafsu
amarahnya.
Murni makin naik bosan dan menyampah. Hendak ditegah, difikirkan dirinya zalim pula,
cuba memutuskan hubungan seorang anak dengan bapanya, berdosa besar, memutuskan
silatulrahim. Lebih-lebih lagi hubungan antara seorang ayah dan anak. Jika diberi peluang
pula, Ammar sudah naik tocang, dengan suka suki mendidik Mila menjadi materialistik.
Besaar masalah ini, rasanya lebih berat dari kes-kes jenayah yang pernah Ammar
selesaikan.
Mila masih tidak mengetahui identiti sebenar Ammar. Tidak tahu bagaimana hendak
memberitahu kenyataan sebenar.
Adakah Mila dapat menerima kebenaran ini?
Sudah bersediakah dia untuk mendengar apa yang sepatutnya dia ketahui diumur semuda
ini?
Apa pula tindakannya nanti apabila dia mengetahui?
Aduhai!.. berat..memang berat.
Yang paling berat ialah mulut, kerana tidak tahu cara bagaimana hendak membuka mulut
menjelaskan keadaan sebenar.
311
“Macammana bang.. what do you think? Should we tell her the truth? Is it the right time?.”
tanya Murni di samping Zamri yang berbaring dengan lengan tangan melintang di dahi.
Entah apa yang difikirkan oleh Zamri sehingga lengan tangan di dahi.
“Entah! Abangpun tak tahu. Kita dah arrange situation supaya tak ada drama rebut
merebut, so far so good buat masa ni Mila is still ours, tapi bila Mila sudah tahu Ammar tu
bapa dia, nampak gayanya kita kena beri dia untuk bersama dengan bapanya once in a
while. Murni sanggup ke? Sanggup berpisah dengan Mila. Maksud abang berpisah
sementara. bukan selamanya, tetapi kerap..” panjang lebar Zamri memikirkan
implikasinya.
Tangannya sudah tidak di dahinya lagi, tetapi sudah dijalinnya terletak di atas dada.
“Murni tak sanggup..” Murni menjawab soalan Zamri.
Sedih sahaja bunyinya.
Zamri berpaling ke arah Murni, cuba meminta agar Murni faham. Lambat laun Mila kena
tahu, apa hubungannya dengan Ammar. Tetapi yang masalahnya Murni tidak mahu faham-
faham. Masih menidakkan hak Ammar. Susah betul perempuan ini hendak faham. Zamri
sebenarnya bukan hendak menyerahkan Mila terus kepada Ammar. Dia sayang budak
perempuan itu, tetapi hakikat sebenar kena faham. Zamri faham, yang tidak faham-faham
ialah perempuan yang di sebelahnya yang sudah mula merapatkan tubuhnya, sehinggakan
boleh dilihat nafasnya yang turun naik. Kasihan pulak Zamri.
“Sini sayang…” Zamri mendepakannnya tangan untuk Murni mengalas lengannya
menganti bantal.
Diciumnya rambut Murni yang wangi.
“Bang.. Muni nak tanya, abang jangan marah ya..!”tanya Murni.
Dah mula dah….
Kalau soalan begini yang timbul, adalah soalan yang tidak kena.
“Apa dia.?.” tanya Zamri.
“Ni.. Muni nak tanya ni, abang jangan marah.!.” ulang Murni.
312
Hish.. tanya aje la, wahai isteriku.
“Iaaa.. apaaa dia..?” Suara Zamri naik satu oktaf.
Bertanya banyak kali, tetapi soalannya tidak juga muncul.
Yang muncul bunga-bunga soalan!
“Abang tak marah.. kan! Betul abang tak marah nanti bila Muni tanya.?” tanya Murni lagi.
“Tak payah tanyalah Muni,. penat dah abang tunggu .. ”jawab Zamri mendatar.
Zamri sudah bosan menunggu soalan.
“Hem.. ialah ialah.!!., soalannya, kenapa abang baik sangat dengan si Ammar tu? Abang
tak cemburu langsung dengan dia ke Muni tengok? Abang tak ingat ke dia tu Ex Muni
tau!.. Setahu Muni orang lain pasti dah ditumbuknya si Ammar tu sampai hilang gigi. Ni
abang tidak? Tu yang jadi kemusykilan Murni..?”kata Murni.
Soalan Murni yang menjela-jela. Zamri sudah ada jawapan yang pendek sahaja untuk
soalan menjela-jela tu.
“Dia ada hak mutlak pada Mila..”jawab Zamri.
Terkejut Zamri apabila satu bantal kecil singgah ke mukanya sebaik sahaja dia menjawab
pendek kepada soalan Murni yang panjang menjela. Bantal kecil sempat disambutya.
Nasib baik bantal, kalau pisau!! Hish.. Murni ni.. sudah kenapa kau?
Segera Murni membelakangkan diri.
Merujuk pulak dah!
Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima.
Hemm.. susah betul!
Jawab salah, tak jawabpun salah juga!!
Hishy…
“Apa halnya pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua.
“Abang saja nak menyebelah jantan tu kan? Abang suka ke dia ambil Mila?” jawab Murni
dengan nada rajuk.
“Eh.!. tadi minta abang supaya jangan marah dengan soalan Muni. Sekarang ni dah
terbalik kot, siapa pulak yang marah..?” jawab Zamri.
313
“Dah, cuba pandang abang ni..” Zamri cuba memujuk.
“Dah merajuk pulak, tadi dia yang nak jawapan, bila orang dah beri jawapan, tak satisfy
pulak? Dah tu pandang abang niiii.!.”pinta Zamri sambil tangannya cuba memalingkan
badan Murni menghadapnya.
Namun Murni masih tidak menggerakkan dirinya.
Akhirnya Zamri biarkan.
“Murni.. Murni jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah, ingat tu..” tegur Zamri.
Yang sebenarnya dia tidak marah, sengaja mahu melihat reaksi Murni.
Perlahan-lahan Murni memalingkan badannya ke arah Zamri.
Zamri senyum, dia tahu Murni seorang isteri yang baik. Dia beruntung, dan bagi menjawab
soalan Murni kenapa Zamri tidak cemburukan Ammar. Biar Zamri menjawab sendiri
sahaja di dalam hati.
Jawapannya, dia tahu Murni tidak akan meninggalkannya, itu janji Murni kepadanya.
Yang tidak sedap tu, ampai suruh tumbuk sehingga tertanggal gigi tu nak buat apa?
Hendak kena tahan polis kerana mencederakan orang adalah! Orang yang hendak
dibelasah tu bukan sembarangan orang, lawyer beb! Masuk mahkamah sudah tentu kalah
punya! Murni lupa ke apa? Atau dia buat-buat lupa! Inilah jadinya jika terlalu lama duduk
di atas bukit, jadi orang bukit..
Murni… oh.. Murni, kadang tu ada juga sifat manja dan tidak matang dalam dirinya.
Itu yang membuat Zamri sayang kepada perempuan yang merajuk yang sudah berpindah
ke dalam pelukannya. Buat malam ini, baik diam sahaja dahulu sehingga hatinya yang
sedang sakit dengan jawapan Zamri itu sejuk.
Zamri tersenyum sumbing.
Murni menutup matanya, buat-buat tidur.
Zamri tahu dia hanya berpura-pura, sengaja dipeluknya si isteri ketat-ketat.
Murni yang menutup matanya, menyedari Zamri memerhati dirinya. Dalam pejam dia
berfikir. Betul juga apa yang dijelaskan oleh si suami. Ammar ada hak ke atas Mila,
314
kenapa mesti hendak direbutkan. Diapun sudah membuat sedikit penyelidikan tentang hal
ini, mengapa mesti ragu. Undang-udang Islam itu adil, apa yang termaktub oleh akta Islam,
adalah untuk kebaikan semua umatnya. Kenapa perlu berebut, kenapa perlu bertengkar,
kenapa perlu masuk mahkamah, sedangkan boleh diselesaikan secara aman. Seperti yang
Zamri lakukan. Turun naik mahkamah, bukannya dapat menyelesaikan perebutan dengan
cepat, silap-silap bertahun-tahun. Akhirnya anak-anak sakit jiwa jadi rebutan. Ibu dan bapa
yang merebut, anak jadi mangsa, mental dan fisikal!
Tersedar Murni, setiap tindakan yang Zamri lakukan adalah untuk kebaikan semua. Tiba-
tiba Murni tersenyum sendiri dengan mata masih terpejam.
“Apa hallah pulak tu.. ingatkan dah tidur, tapi tersenyum senyum tu kenapaaa?” tegur
Zamri apabila menyedari Murni tersenyum dalam tidur, yang berpura-pura tidur
sebenarnya.
“Taknak share dengan abang ke? Boleh abang senyum sekali..” tanya Zamri yang
sebenarnya ingin mendengar suara Murni yang dia tahu sudah tidak merajuk lagi.
“Ha! Aabang tahu, ini mesti pasal suruh abang tumbuk si Ammar sampai tertanggal gigi
dia tu kan?..” gurau Zamri.
“Kalau pasal tu, abang surrender, tak mahulah tumbuk orang sampai tertanggal gigi, sebab
abang takut, abang yang tertanggal gigi bukan dia! Takut pula nanti Muni tinggalkan
sebab abang yang sudah rongak..sudah rupa tua dari usia!” jawab Zamri.
Tiba-tiba Muni tertawa berderai “Abang ni..! “ sambil tangannya menumbuk perlahan ke
dada Zamri.
“Ehh! Apa ni..? Tak dapat tumbuk Ammar, nak tumbuk abang pulak ke?..” Gurau Zamri
lagi.
Zamri tahu perempuan yang tunjuk garang di sebelahnya ialah Murni Salihah, isterinya.
Dalam senyum dipeluknya Murni erat.
Sudah tidak bercerita pasal merongakkan orang, tetapi cerita yang lebih serious. Pada
mulanya rancak, tetapi kemudian, perlahan.. dan terus perlahan.. akhirnya terus senyap.
315
Mila menghayun kakinya sambil duduk makan sarapan. Memang kakinya terjuntai kerana
kerusi masih sedikit tinggi buat dirinya. Dari satu sudu ke satu sudu dimakannya nasi
lemak yang terhidang. Zamri dan Murni pun ada bersama semeja, tetapi pagi ini semuanya
senyap.
Kenapa?
Ada malaikat lalu ke?
Itulah orang tua-tua kata, jika semua orang senyap, ada malaikat lalu. If that the case,
alhamdullillah.. selalulah senyap, agar malaikat selalu lalu dan merahmati juga
memberkati semua penghuni isi rumah hambamu ini.
“Kenapa anak ayah senyap aje pagi ni..?” tegur Zamri, memecah kesunyian.
“Tak ada apa apa ayah Zam, cuma Mil tak da cerita..” jawab Mila, jujur.
“Hemm.. bila cuti sekolah?” tanya Zamri sengaja bertanya untuk memecah kesunyian.
“Oh..ya.. Mil lupa, sekolah ada beri surat…”jawab Mila lalu melompat turun dan terus ke
beg sekolah yang sudah disandarkannya di tepi pintu.
Surat dihulur kepada mama, kerana mama yang menadah tangan.
“Majlis penyampaian hadiah..hemm..21 November, hari Jumaat jam 8.00 pagi sehingga
12.00 tengahari di Dewan Sekolah..," Murni membaca dengan nada kuat apa yang
terkandung di dalam kertas yang baru dihulur oleh Mila. Bunyinya sudah seperti pembaca
berita di dalam TV sahaja lagaknya.
"Hemm..tarikhnya lagi 3 minggu. Kita pegi ya bang? Mila dapat no. 2. Tahniah sayang..”
Murni gembira dan memberi pujian kepada si anak.
“Ha ah. Mila dapat no. 2, lepas tu Mila dapat hadiah best karangan jugak tau ma.?.” jawab
Mila malu-malu, namun rasa bangga, kerana kejayaannya dapat mengembirakan si ibu.
“Ya sayang, nanti ayah Zam dan ma pergi ya. Beritahu cikgu macam tu..”jawab Murni.
316
“Mak Romlah?” tanya Mila,
Bertanya sama ada Romlah juga akan ikut sama menghadiri majlis penyampaian
hadiahnya nanti. Mila juga ingin kejayaannya dikongsi oleh ibu angkatnya.
“Nanti mama tanya dia ya sayang.!.” pujuk Murni.
Mila hanya angguk.
“Papa Am?” tanya Mila lagi, bersahaja..
Murni terkejut.
Berkerut dahinya.
Mila sudah mula teringatkan si Jantan tak guna itu. Murni memandang tajam ke arah
Zamri, mulut menjungkit, entah apa agaknya mahu diluahkannya tetapi tidak jadi. Zamri
hanya senyum kelat. Bukan salahpun seorang anak mengingatkan ayahnya. Salahke?
Namun Zamri masih membuat riak bersahaja. Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan
memulakan hari dengan bermasam muka dengan orang yang dia sayang.
“Nanti ayah Zam, tanyakan…” jawab Zamri mendatar.
Hendak jawab macammana lagi?
Dah si anak yang bertanya. Murni memandang semula ke arah Mila dan kemudian
berpaling ke arah Zamri. Muka sudah masam masam kelat. Terkedu dengan jawapan si
suami dengan janji akan memberitahu si bekas suami.
Gerampun ada di hati Murni.
“Nampaknya, Mila seperti sudah perlahan-lahan tahu, apa hubungannya dan siapa
sebenarnya Ammar dengannya..” bisik hati kecil Murni.
Perlahan-lahan juga cuba menerima hakikat sebenar.
“Hem.., Mila dah nak pegi dah..”tiba-tiba Mila seperti tidak sabar hendak meninggalkan
Zamri dan Murni.
Zamri memandang Murni, dengan muka berkerut. Murni seperti ada masalah sahaja. Tentu
ada yang tidak kena.
“Mil tak sihat ke?” tanya Murni seraya berjalan beriringan dengan si anak..
“Tak, Mila okey..” jawab Mila
317
“Jangan tipu, ma tahu Mil anak mama..” kata Murni lagi.
“Mil tak ada apa-apa.. Mil okey..” ulangnya, sebaik sahaja selesai menjawab soalan Murni,
Mila sudah sampai di hadapan pintu pagar.
Selalunya Pak Kudin yang menunggunya, tetapi hari ini dia pula yang menunggu bas Pak
Kudin.
“Adalah tu.. bergaduh dengan Nana agaknya..” Murni membuat andaian.
Murni yang berdiri di muka pintu, hanya memerhati anaknya yang tidak berpaling, berdiri
di depan pintu pagar yang sudah terbuka. Tidak lama kemudian muncul bas Pak Kudin.
Murni hanya melambai sehingga bas hilang dari pandangan tanpa lambalaian balas dari si
anak.
Hairan juga Murni dibuat oleh karenah si gadis sunti.
Zamri melilit tangannya ke bahu Murni. Cuba memujuk si isteri dengan jawapannya tadi.
“Biarkan dia sayang, dia dah besar, perlahan-lahan biar dia belajar tentang hidup, semua
ini akan datang naturally, sudah lumrah alam..” kata Zamri sambil mencium rambut
isterinya yang wangi.
Habit yang datang entah dari mana.
Murni membalas pelukan Zamri dengan memeluk pinggang Zamri. Murni mengerti,
lambat laun si anak akan tahu juga.
“Iya… anak kita dah besar. Muni rasa sudah masanya dia tahu segalanya..”kata Murni
seperti yakin sahaja yang dia sudah bersedia.
Persoalan, adakah dia benar-benar sudah bersedia?
“Hemm..” jawab Zamri sepatah.
Bukan perkataanpun, hanya bunyi seperti kumbang cari lubang..
Hatinya riang, akhirnya Murni sudah dapat menerima hakikat. Dia perlu melepaskan Mila
perlahan-lahan. Kuliah sebelum tidur malam tadi sungguh berkesan. Agaknya dia baru
nampak bahawa undang-undang Syariah itu adil kerana semua berpandukan al-quran dan
sunnah. Zamri kemudian mencium lagi rambut isterinya. Entah kenapa dia suka sangat bau
rambut Murni. Nasib baik wangi, seandainya hapak sanggupkah dia cium?.
318
Di Kuala Lumpur
Mummy Tina tidak dapat melelapkan matanya. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu.
Terganggu dengan soalan yang tidak ada jawapan. Dia menyelak buku ilmiah yang baru
dibelinya beberapa hari lalu. Buku yang dibeli sebelum singgah ke pejabat anaknya. Hari
yang sama di mana dia mendapat kejutan. Ammar memberitahu yang dia sudah ada anak!
Anak apa yang dimaksudkan? Anak dari darah dagingnya, anak tiri atau anak angkat?
Banyak perkara yang boleh di istilahkan sebagai anak. Jangan dimaksudnya anak mata
atau anak tekak, sudah! Entah kenapa si Ammar mahu bermain teka teki pula,
Menyusahkan orang betul budak bertuah ini!
Perkataan Ammar yang menyatakan dia mempunyai anak, masih teriyang-iyang di dalam
kepalanya. Sudah ditanya berkali-kali, tetapi Ammar buat layan tidak layan. Mummy Tina
sudah naik jemu.
Apa yang menghalang dari dia menceritakannya?
Mummy Tina tidak faham?
Apa yang disoroknya?
Dan kenapa?
Perkara sebesar inipun dia masih boleh main-main!
Hendak dikatakan rahsia, kini perkara itu bukan rahsia lagi kerana dia sudah
mengetahuinya, malah Ammar sudah terang-terang menyebut yang dia memang ada anak.
Mummy Tina geleng kepala, dia berdoa agar anak yang dimaksudkan bukan anak tidak sah
taraf, hasil dari hubungannya dengan entah perempuan mana.
Ammar, kau tak ingat dosa pahala ke?
Tang mana salahnya mummy mendidik Ammar?
Mummy terlalu mendesakkah yang membuat Ammar membuat perkara yang diluar jangka!
319
Sampai hilang ilmu agama!
“Bertenang-bertenang.. Tina” bisik hati kecil mummy Tina.
Fikir yang terbaik dan di dalam keadaan waras, jangan bertindak tergesa-gesa. Pujuk
sahaja Ammar untuk menceritakan perkara yang sebenar.
Tetapi bagaimana?
Mummy cuba melakar wajah si cucu. Lelakikah atau perempuan?
Berapa umurnya.
Adakah wajah si cucu serupa wajahnya si bapa dan bla..bla..bla.. melakar wajah di kotak
fikirannya.
Macam-macam wajah yang muncul.
“Hello…assalamualaikum..” akhirnya mummy Tina membuat keputusan berhubung
dengan si anak.
Sudah jam 11.30 malam. Tetapi dia tahu Ammar memang selalu tidur lewat. Waktu begini,
malam masih muda baginya.
“Mualaikumsalam.. mummy, kenapa call Am waktu ni. Am baru nak terlayang lelap tadi..”
jawab Ammar dengan nada meleret.
Orang yang terkejut dari tidur memang suara mamai.
Mummy Tina kerut muka.
“Eh! Dah tukar schedule tidur rupanya. Setahunya waktu ini dia masih sebok membaca
kes-kes yang masih belum selesai”, bisik hati si perempuan tua itu.
“Eh! Am dah tidur ke? Mummy ingatkan Am masih jaga. Sebab setahu mummy, Am
memang burung hantu.. tidur lewat..” jawab mummy.
Terdengar Ammar ketawa kecil.
Apalah mummy, menyamakan anak sendiri sebagai burung hantu.
“Dah lama dah, Am tidur awal. Tak macam dulu lagi, selalu tidur lewat. Faktor umur
agaknya mummy. Ha! yang mummy, kenapa tak tidur lagi?” tanya Ammar.
“Mummy tak boleh tidur, mummy teringatkan cucu mummy?” kata mummy Rina.
“Cucu mana pulak?” tanya Ammar.
Mummy Tina kerut muka lagi.
320
Hisham Ammar ni, jika selalu memberi jawapan yang membuat orang berkerut,
nampaknya bertambah lagi, kedut di muka mummy Tina dibuatnya. Cream anti wrinkle
yang paling mahal pun sudah tidak mujarab untuk menghapuskan kedut itu.
“La… Am ni cakap apa? Dua hari lepas kata Am dah ada anak, hari ini bila tanya, Am
tanya mummy balik, macammana ni? Anak Am, cucu mummy la! Jadi yang mana betul?
Am ada anak, atau Am memang hendak main-mainkan mummy?” bicara mummy Rina,
tidak puas hati dengan jawapan singkat Ammar.
Phuhhh… terbakar hati orang tua tu!
Ammar menepuk dahinya. Tersedar, cucu yang di maksud mummy Tina adalah Mila.
“Hemm..mummy maksudkan Mila, dia sihat walafiat dengan mama dialah?” kata Ammar.
Tidak perlu rasanya berselindung lagi dengan mummynya. Tetapi sebenarnya tergelincir
lidah.
Risau juga dia sudah beberapa hari Mummy mendesak Ammar ingin mengetahui perkara
ini. Di kuatiri mengganggu kesihatannya pula kerana asyik tidur lewat, berfikir.
“Oh..cucu mummy, perempuan rupanya, bila mummy boleh jumpa? Ammar kena bawa
mummy jumpa dia. Mummy hendak sangat jumpa dia dengan mamanya sekali. Bila
Ammar nikah dengan mamanya?” soalan perangkap lagi dari mummy Tina.
Pandai mummy mengeluarkan soalan-soalan perangkap.
“Mum.. boleh tak jawab hal ini esok aje .Am mengantuklah!. Esok-esok aje ya mum?
Assalamualaikum..” Ammar terus mematikan talian.
Itulah…, mummy Tina memerangkapnya dengan soalan-soalan yang membuat Ammar
secara tidak lansung memberikan jawapan kepada soalan yang sedang bermain di kepala.
Mummy kecewa, si anak masih tidak mahu berterus terang. Namun, dia terasa lega. Dia
mempunyai cucu perempuan rupanya. Tentu si cucu secomel bapanya atau mungkin
secantik mamanya. Mummy Tina sudah mampu tersenyum.
Bukan Ammar hendak terus berahsia tentang Mila. Lambat laun, mummy Tina akan tahu
juga. Cuma Ammar mahu mummy Tina benar-benar sudah bersedia untuk menerima Mila
321
sebagai cucunya, walaupun Mila adalah dari hasil perkahwinannya bersama Murni.
Menantu yang tidak pernah mendapat tempat di hati mummy. Ammar mahu melindung
Murni. Cukup-cukuplah penyeksaan yang telah Murni alami, semua anggara dari dirinya
yang kurang matang ketika itu. Ammar akan memastikan yang hati Murni tidak disakiti
oleh mummy Tina buat sekalian kalinya. Biarkanlah dia bahagia dengan kehidupan
barunya. Itu janji seorang duda yang menyesali perbuatan silamnya. Ahhh.. andai masa
dapat diundurkan, mahu saje dia memperbetulkan apa yang sudah tersilap.
Tetapi, bolehkah?
Jari Swee Mee, rancak memcatat sesuatu di atas kertas puteh. Mata sekejap di skrin
komputer dan kemudian beralih ke kertas puteh di hadapannya. Tekun sekali.
Fokusnya hilang apabila dia dikejutkan dengan kemunculan seseorang yang sudah
membuka pintu biliknya tanpa mengetuk pintu.
Sungguh kurang adab.
“Ahhh…Puan, Mr. Ammar is not in the office today, he’s on leave..” bersuara Swee Mee,
apabila nampak sahaja muka mummy Tina di celah daun pintu biliknya.
Kemarahannya kendur, ibu boss rupanya.
Harus tunjukkan muka manis, jangan nanti esok dapat notis sebulan untuk berhenti kerja
gara-gara si ibu tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
“Again! Is he taking leave every Friday? Sejak bila pula dia suka bercuti? Dah masuk dua
minggu saya tak dapat jumpa dia..” tanya mummy Tina.
Swee Mee hanya mampu tersengeh.
“Tak puan, only once a month.. macam tu..” jawab Swee Mee.
Mummy Tina hairan, sejak dua menjak ini Ammar kerap bercuti. Ke mana agaknya dia.
“Swee Mee, you tahu, mana dia pergi..?” soalan yang mengharapkan jawapan
322
“Maaf, puan, saya tak tahu.., but he is reachable anytime. Why don’t you call and find out
yourself? He will surely answer you” Swee Mee memberi pandangan.
“Dah.. tapi tak ada jawapan. Kadang tu tak berangkatpun” jawab mummy Tina, kecewa.
“Ohh.. mungkin tak ada signal, agaknya puan. Puan cuba kejap-kejap lagi, sayapun selalu
cuba banyak kali… .” kata si budak cina.
Bukannya, apa? Manalah tahu ada perkara mustahak yang seorang ibu hendak sampaikan
kepada anaknya. Swee Mee juga hairan, puan Tina juga kerap muncul di pejabat Ammar
sejak akhir-akhir ini. Sama naik dengan bekas isteri, Edwina. Kedua-dua perempuan ini
sebok menjadi spy, ingin mengetahui pergerakan bossnya. Dia yang terhempit untuk
memberi jawapan, selalunya jawapan bohong semata-mata ingin melepaskan dirinya dari
terus diasak dengan soalan-soalan yang tidak ada jawapan.
Susah juga dia hendak berbohong, berbohong sunat, demi menjaga kerjaya dan amanah
yang telah dipertanggungkan oleh boss.
“Hemm.. saya dah cuba banyak kali, tapi tak berangkat. Sebok agaknya. Dia keluar KL ke
Swee Mee?” soalan perangkap samar mummy Tina kepada Swee Mee.
“Saya tak tahu puan, sungguh saya tak tahu..” jawab jujur seorang setiausaha.
Memangpun dia tak tahu. Yang ini, dia memang bercakap benar. Orang dah tak tahu,
takkan hendak kata tahu pula!
“Ada tak seorang perempuan datang bersama seorang budak perempuan, jumpa Ammar.?.”
aduh, makcik Tina hendak jadi penyiasat tersohor pula.
“Tak ada. Kalau dengan budak perempuan tak ada, tapi kalau puan Edwina adalah!” jawab
Swee Mee jujur.
Edwina perempuan juga, cuma tak ada budak perempuan. Apa punya soalan, makcik ni,
buat Swee Mee pening kepala. Ibu kepada seorang peguam, menyoal mengalahkan si anak
yang memang seorang peguam.
323
“Hemmm.. kalau macam tu, tolong beritahu Ammar to call me, bila dia balik nanti.
Thanks..” dan mummy Tina beredar dengan perasaan yang susah hendak dikata,
berkecamuk. Antara marah dan kecewa.
“Hish.. susah juga rupanya ada anak yang berjawatan peguam. Selalu sangat suka berahsia.
Buat orang pening kepala, yang dia pandai ialah beri orang clue. Clue untuk dicari sendiri
jawapannya..” omel mummy Tina dan terus berjalan menuju ke pakir di mana keretanya
terpakir.
Kecewa lagi untuk menjejaki si anak dan si cucu. Esok masih ada, akan dia cuba di waktu
dan di hari lain. Ammar, cukup-cukuplah menjadi peguam apabila bersama mummy.
Mummy perlukan seorang anak, bukan seorang peguam!! Jerit hati tua mummy Tina.
324
Kembali ke Fraser Hill
Murni terus berjalan ke satu sudut di porch. Mata Murni tersasar kepada sebuah kotak yang
duduk cantik di penjuru porch tersebut dengan nama Mila, besar terpampang. Dia sudah
tahu siapa penghantarnya. Kak Romlah keluar mendekati Murni, apabila melihat Murni
sudah bercekak pinggang hanya memandang tajam ke arah kotak tersebut. Mahu tembus
kotak itu direnungnya.
“Baru sampai petang tadi, akak tak bawa masuk sebab besar, lagipun berat. Tak larat akak,
mahu patah pinggang akak yang sudah reput ni...” berlawak pula Kak Romlah.
“Apa lagi, si Ammar ni.. Kak? Tak faham saya..”omel Murni yang sentiasaa tidak puas
hati dengan apa sahaja yang dibuat oleh Ammar.
Menoleh sahaja Murni, dia sudah bertentang dengan Zamri, hampir berlaga muka.
“Kenapa sayang..?” tanya Zamri, apabila melihat wajah ketat isterinya.
Berharap dengan bertanya dapat mengurangkan temperature badan Murni yang sedang
naik mencanak.
“Tu ah..!” jawabnya pendek dengan menunjukkan menggunakan muncung mulut
“Kenapa?” Zamri buat-buat tanya, sudah tahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
“Apa lagi? Satu lagi barang untuk Mila bang oi?” jawabnya geram dengan nada tinggi.
“Hemm.. itu.. biarkan aje sayang, orang memberi, bawak aje masuk. Tak baik menolak
pemberian orang” tegur Zamri.
Namun Murni buat tidak tahu, dia terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa
memperdulikan permintaan Zamri untuk membawa barang yang tersadai sudah setengah
hari itu masuk ke dalam rumah.
Zamri biarkan sahaja Murni dengan perasaannya. Dia masuk dan meletakkan beg sandang
yang dijinjingnya ke sofa dan kemudian mengangkat kotak tersebut bersama Kak Romlah
325
untuk disimpan di bawah tangga. Hendak minta tolong Murni! Sampai berkulat jawabnya
kotak itu.
Dia tidak mahu peduli..
Ada aku kesah!!
“Akak dah nak balik dah ke..?” tanya Zamri apabila melihat Kak Romlah sudah
menyandang beg tangannya.
“Ialah Zam, akak dah nak balik dah. Tengok-tengokkan Muni tu..” jawab Kak Romlah,
sambil leher memaling ke arah Muni yang sudah duduk di sofa. Meminta agar Zamri
memujuknya. Zamri seperti faham sahaja isyarat muka Kak Romlah.
“Terima kasih Kak, jumpa esok..hemm..pasal hal tu, akak tak payah risau, pandailah saya
nanti” jawab Zamri dengan penuh yakin.
Dia tahu marah Murni tidak lama, Murni akan cair dengannya.
Hanya anggukan dari Kak Romlah sahaja diterima. Kak Romlah tahu Murni sedang angin
satu badan. Baik sahajalah dia beredar segera. Dan dia juga tahu, Zamri pasti dapat
menyejukkan hati isterinya.
“Pandai-pandailah kau Zam” bisik Kak Romlah dalam hati lalu beredar meninggalkan
Zamri dengan misinya.
Misi memujuk.
Zamri duduk bersandar membaca buku ilmiah, beralaskan bantal di belakangnya. Murni
baru sahaja selesai menyapu cream apa entah ke muka seperti selalu, lalu terus
membaringkan diri bersebelahan Zamri. Hidung Zamri cukup tajam sekarang ni, deria
hidunya semakin sensitive sejak kebelakangan ini. Dia menjugkitkan hidungnya, kerana
kurang senang dengan bau yang melekat di muka Murni. Namun dia berdiam diri, tidak
mahu memberitahu si isteri yang dia tidak sukakan bauan itu.. hendak mampoos.. Mahu
kena tidur di sofa tingkat bawah kelak!!
326
“Bang.. nak tahu apa yang si Ammar tu beri Mila kali ni..?” Murni bersuara, Zamri
mendengar macam interesting sahaja apa yang Murni mahu sampaikan, sedangkan dia
sudah tahu. Zamri berhenti membaca, mata menala ke arah suara si isteri.
Petang tadi bukan main melenting marahkan pasal kotak yang sama, tetapi sekarang
macam teruja sahaja hendak menceritakan perihal si kotak.
“Apa?” tanya Zamri.
Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
“Rumahhh.. rumah yang dibuat dari plastik tu.. besar jugak, bolehlah muat 4 orang budak,
budak-budak besar Mila. Berapalah harganya tu.. ishy.. tak sudah-sudah..” dalam marah-
marah masih juga dia ingin tahu apa yang ada di dalam kotak yang diterima.
“Muni pasang dalam bilik Mil aje.. sempit bilik dia sikit, sebab dah ada rumah tu, habis tu
nak letak kat mana? Dia suruh juga pasang.. dah pemberian papa Am katanya..”sambung
penceritaan Murni.
Zamri kutip semula buku lalu menyambung membaca.
Murni memandang ke arah Zamri yang tidak berganjak membaca buku yang terbuka di
hadapannya. Tidak dia dengar apa-apa balasan dari Zamri. Murni tahu Zamri malas hendak
menjawab, nampaknya cerita yang disampaikannya tidak sehebat mana. Baik sahaja dia
tidur. Sedih dan rajuk rasanya apabila Zamri tidak layan, pasti ada benda yang lebih
menarik di dalam buku yang sedang dibacanya dari cerita Murni yang asyik tidak puas hati
dengan bekas suaminya.
Sebenarnya bukan Zamri tidak mahu melayan cerita si isteri, tetapi Zamri tidak mahu
menimbulkan rajuknya, Setiap kali Mila menerima hadiah, setiap kali juga Murni akan
merajuk. Akibatnya, dia selalu kena pujuk.
Diam tak diam, Murni terlelap sendiri walaupun sudah mengerti cerita yang hendak
disampaikan hambar.
Kasihan pula Zamri melihat isterinya yang sudah melelapkan mata di sisi. Terus buku
ditutup, menurunkan bantal dan terus berbaring di sebelah, mata menala ke siling. Sampai
bilalah agaknya cerita Ammar, Murni dan Mila sebagai watak utama ini akan berakhir.
Risau juga dia kerana dia sudah terjebak menjadi watak tambahan. Zamri hanya menarik
nafas yang panjang. Bukan dia mengeluh, cuma kadang tu rimas memikirkan yang
327
jawapannya tidak ada penghujungnya jika asyik main tarik-tarik tali. Sebelah sana tidak
mahu lepas, sebelah sini juga tidak mahu melepaskan. Habis tu Zamri yang ditengah-
tengah terpaksalah jadi pengadil. Pengadil yang berat sebelah, kerana tentu dia akan
menyebelahi isterinya.
Hendak menyebelah Ammar, hendak buat apa?
Bukan dapat apapun!
328
Cuaca musim tengkujuh bulan November menguasai persekitaran. Maklumlah duduk di
atas bukit begini, terasa dingin, tetapi nyaman. Andainya cuaca di seluruh Malaysia begini,
alangkah nekmatnya. Tetapi itu hanya impian. Jangan harap, terutama jika tinggal di Kuala
Lumpur yang sentiasa bergelut dengan kesesakan jalan raya, di mana penghuninya yang
sentiasa menghidu habuk dan jerubu.
Yang sentiasa berbahang panas cuaca,
Yang sentiasa perlu berhati-hati kerana penjenayah sentiasa memerhati.
Yang sentisa perlu cepat dan pantas,
Namun di Kuala Lumpur juga yang ramai peminat dan tumpuan.. hairankan?
Sungguh ironik.
Apa yang ironiknya, kerana Kuala Lumpur adalah lombong emas. Di mana, tempat inilah
punca untuk mendapatkan wang. Sama ada sedikit atau banyak, terserah! Jika jujur,
nampak gayanya akan mendapat untung kecil. Jika hendak kaya cepat nampaknya kena
bersendiwara, songlap sana songlap sini. Berhutang dengan cara, gali lubang sana, tutup
lubang sini. Begitulah gayanya hidup di Kuala Lumpur. Yang pandai menipu akan hidup
mewah dan berjaya. Yang jujur akan ketinggalan, silap-silap business bungkus..
Itulah lumrah alam sekarang ini. Sudah tidak kenal dosa pahala. Duit mengaburi mata.
Hendak hidup senang, sanggup buat apa sahaja. Ammar tahu itu, sudah berapa banyak kes
pecah amanah yang telah dikendalikannya. Sudah berapa banyak kes tipu, kes rasuah tak
usah hendak cerita! Ada sampai sanggup membunuh. Apa hendak di kata, dunia yang
sudah hampir akhir zaman. Manusia sudah tidak boleh berfikir dengan waras.
Itulah, apabila dapat menghidu udara yang segar seperti waktu ini Ammar rasakan amat
bertuah sekali. Tidak ada kes yang hendak difikirkan. Tidak ada habuk atau menghidu
329
angin dari pendingin udara yang entah berapa zaman tidak dibersihkan ventilationnya..
hemm...
Bergegas Mummy Tina mengikut langkah Ammar yang panjang menuju ke Dewan
Sekolah Lady Maxwell.
Ammar berdiri dengan sebelah tangan menjinjit satu beg kertas, menunggu mummy Tina
yang terkedek-kedek kerjalan ke arahnya. Mereka sudah terlambat sampai. Namun Ammar
masih mampu bersabar sambil mengambil peluang menghidu udara segar yang hanya
sesekali dinekmaninya.
Cuma harapan Ammar, agar upacara di mana nama anaknya dipanggil tidak terlepas. Dia
ingin sangat mendengar namanya disebut dihujung nama si anak. Betapa bangganya di
rasakan dirinya jika mendengar sebutan nama di akhir nama Mila apabila dipanggil kelak.
Dia ingin merasa perasaan itu. Tetapi Ammar jangka acara masih belum jauh kerana dia
sudah biasa, janji melayu. Jika acara sepatutnya jam 9.00 pagi, jam 10.00 pagi belum tentu
bermula.
Kelewatannya hari ini bukannya apa! Jika dirinya datang sendirian, sudah pasti dia sudah
lama sampai. Tetapi disebabkan mummy Tina hendak ikut, dia berusaha menguruskan
dirinya agar dia nampak cantik, Mummy tidak kerahuan menentukan apa pakaian yang
sesuai untuk dipakai bagi pertemuan pertama ini. Dia ingin nampak sempurna di mata cucu
yang bakal dia jumpa. Akibatnya, Ammar terlambat bergerak dari Kuala Lumpur. Bukan
terlambat sedikit, malah hampir satu jam. Hati Ammar sakit juga pada mulanya, tetapi
apabila difikirkan itu adalah mummy, Ammar tidak sampai hati mengeluarkan
ketidakpuasan hatinya. Dia tahu mummy gabra sebenarnya. Sama seperti perasaan yang di
alaminya sewaktu mencari Mila dahulu.
Mata Ammar melilau mencari tempat duduk. Dewan sekolah, tahu ajelah, bukannya
sehebat dewan mana-mana hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Ammar lihat, tempat
duduk di hadapan sudah penuh. Yang tinggal hanya beberapa kerusi di hujung dewan.
330
Itupun kedudukan tempat yang kosong pula tengah-tengah. Ammar dan mummy Tina
terpaksa meminta laluan untuk sampai ke tempat duduk yang kosong tersebut.
Keadaan riuh dengan dendangan persembahan, entah dari darjah mana. Ammar tidak
mengetahui kerana persembahan sudah dipertengahan. Tetapi dari lengok yang Ammar
nampak, lenggoknya seperti anaknya. Mila menari inang. Tersenyum lebar Ammar melihat
lengok Mila menari bersama kawan-kawannya. Masyallah, nasib baik sempat sampai..
andainya dia terlewat 5 minit, maknanya dia terlepas persembahan itu. Ammar menarik
nafas lega.
“Mum..tu ah, yang atas pentas tu, cucu mummy yang mummy nak jumpa sangat tu..” kata
Ammar memuncungkan mulutnya.
“Yang mana satu?” Mummy Tina mengecilkan matanya, memerhati beberapa budak
perempuan yang rancak melenggangkan badan mereka mengikut irama inang yang lemah
gemalai.
“Tu ah! Yang pakai baju kebaya pink tu..” kata Ammar lagi.
Mummy Tina terpegun. Comel rupanya cucunya. Ada iras Ammar sewaktu kecil. Yang
lain, rautnya seperti dia kenal, tetapi nampak lebih kepada wajah Ammar!
“Comel cucu mummy..“ kata pujian dari mummy.
Ammar tersenyum dengan pujian, tengoklah, anak siapa? Tentulah comel..”bisik hati
Ammar.
Gembira sungguh si Ammar dengan pujian.
Mummy Tina merenung tepat ke arah cucunya yang asyik menari. Tidak sampai seminit,
tarian sudah tamat. Disambung dengan persembahan lain pula. Mummy Tina tidak
berminat, fikirannya teringatkan kesah lima hari lalu. Di mana Ammar tiba-tiba muncul di
depan rumah.
“La..balik sini, kenapa tak beritahu awal-awal, boleh mummy masak lauk kegemaran
Am..” tanya mummy Tina sewaktu membuka pintu, sebaik sahaja si anak keluar dari
kereta.
331
“Ammar dah makanpun. Mummy dah makan ke belum?” Ammar pula yang menyoal
mummynya.
“Dah. Manalah mummy tahu, yang Am nak balik, Mak Embunpun dah balik..”katanya lagi,
memberitahu pembantu rumah juga sudah pulang ke rumahnya.
“Saje nak jenguk mummy. Nanti kata Am tak jenguk pulak..”jawab Am terus duduk di
sofa dan menyandarkan kepalanya.
Letih benar nampaknya dia.
“Am nak air mummy ambilkan..?” tanya mummy.
“Tak apa, nanti kalau Am hendak, Am ambil sendiri..” jawab Ammar, nampak keletihan.
Bukan letih fizikal, tetapi letih otak.
“Kalau rasa diri tu tak terurus, kahwin ajelah Am. Kalau tak, pindah aje ke sini. Teman
mummy, lagi bagus..” pelawa mummy.
“Am belum bersedia nak kahwin lagi. Dah dua perkahwinan Am gagal. Nampak sangat,
Am yang tak pandai jaga bini..” getus Ammar.
“Pasal pindah semula kat sini, nanti Am fikirkan…”sambung Ammar lagi
“Oh ya? Sebenarnya tujuan Am balik ini ada hal…” Ammar terus berbicara.
“Hal apa?” tertanya-tanya mummy Tina kepada soalan Ammar.
Pulang ke rumah di mana dia dibesarkan, hanya kerana ada halkah?
“Pasal anak Am..” jawab Ammar.
“Anak? Kenapa dengan anak Am?” bertanya lagi mummy Tina.
Hish.. satu soalan, dan satu jawapan. Kenapa tidak terus sahaja sampaikan apa yang
terbuku di hati. Buat orang ternanti-nanti.
“Am nak pergi jumpa anak Am Jumaat ni, hari penyampaian hadiah dia kat sekolah. Mum
ada sebut nak jumpa dia jugakkan? Mummy nak ikut tak?” tanya Ammar kepada mummy
yang pada mulanya berhati-hati hendak menjawab, tetapi kemudian mengangguk laju.
“Tentulah nak..!” akhirnya Ammar menerima jawapan mummy.
“Oook. Kalau mum nak ikut, boleh , tapi dengan satu syarat..”Dah pulak.
“Hai! Nak jumpa cucu sendiripun kena bersyarat jugak..” terkejut mummy Tina.
332
Ammar sudah bersyarat pula.
“Am minta maaf kerana terpaksa buat semua ini. Sebab Am mahu jaga hati semua orang,
terutama anak dan ibunya. Kalau mummy setuju dengan syarat tu, baru mummy boleh ikut
Am” bagaikan bicara seorang peguam kepada anak guamnya.
Mummy terdiam, diam memikirkan. Sama ada hendak menerima syarat tersebut atau tidak.
Jika dia tidak bersetuju dengan syarat tersebut, adakah dia tidak ada peluang langsung
untuk bertemu dengan cucunya?
Tapi kalau dia terima syarat itu, bagus juga. Lagi cepat dia boleh bertemu si cucu.
“Yelah yelah.. apa syaratnya?” akhirnya mummy bersetuju. Mummy berharap agar syarat
yang diberi tidaklah berat sangat.
“Am dah prepare agreement. Mum kena tandangan. Bukan perjanjian yang Am nak
songlap harta mummy atau nak ugut mummy, bukan! Tapi hanya hendak melindungi anak
Am dan ibunya. Am harap mummy faham, kenapa Am kena buat macamni..”kata Ammar.
Agaknya hidup seorang peguam memang begitu, segalanya perlu ada black and white.
Semuanya perlu bertulis.
“Kalau mummy tak mahu sign..?” mummy Tina cuba bertanya, apa akan terjadi jika dia
tidak setuju.
“Am tak paksa. Tapi Am tak boleh bawa mummy jumpa dia..” Sudah tahu dah, itu
jawapannya.
Kata bukan mengugut, tetapi tanpa Ammar sedar, memang itu satu ugutan.
“Ammm ..ini mummy tau! Bukan client Am?” tanya mummy.
“Am tahu, tapi ini special case. Perjanjian ni tidak melibatkan orang lain. Antara Am dan
mummy aje..”jawab Ammar kendur
“Mummy tahulah anak mummy ni lawyer, tapi sampaikan dalam rumah sendiripun minta
sign menyain bagai, apa hal?”jawab mummy Tina, kurang senang dengan tindakan
Ammar.
“Bukan contract, cuma aku janji..”jawab Ammar kendur.
333
“Yalah, mummy sign, janji Am bawa mummy sekali. Mummy nak ikut jugak. Mummy
nak sangat jumpa cucu mummy tu..”kata mummy Tina. Berharap.
“Ok.. nanti Am ambil aku janji tu. Ada Am simpan dalam kereta..” jawab Ammar/
Ammar berjalan pantas mengambil sampul akujanji yang telah disediakannya. Amboi,
lawyer buruk ini, siap akujanji lagi. Pengajaran membuat kesilapan lalu, betul-betul
mengajarnya.
“Mum.. itu guru besar, cikgu…” tersentak mummy Tina dari lamunannya, kesah lima hari
lalu, hilang serta merta bersama angin dingin.
“Oh….dah lama rupanya Am berulang alik di sini. Sampai cikgu sekolahpun Am dah
kenal?”tanya mummy lagi.
“Tak lama, tapi cikgu tulah yang bantu Am cari anak Am dulu..”jawab Ammar
“Ooohh..” panjang sahaja bunyi O mummy Tina.
Tidak sia-sia mummy Tina bersetuju dengan perjanjian si anak lima hari lalu. Apa punya
anak, dengan ibu sendiripun hendak buat perjanjian bagai. Takut sangat si ibu akan
mencederakan cucu dan ibu kepada cucunya. Kadangkala mummy Tina terfikir, kenapa
Ammar bagitu over protective. Sedangkan, Mummy Tina tidak berniatpun hendak
mencederakan sesiapa.
Lepas satu persembahan ke satu persembahan. Ammar dan mummy Tina menunggu
sehingga selesai acara. Ammar sudah bersedia hendak memperkenalkan anaknya kepada
mummy Tina, serentak untuk memperkenalkan ibu kepada anaknya. Dia berharapan
mummy Tina tidak pengsan atau mengamuk, apabila mengetahui siapakah geragan ibu si
anak.
“Encik Zamri, ini ibu saya..” Ammar memperkenalkan mummy Tina kepada Zamri.
Zamri hanya senyum ke arah ibu Ammar.
“Mila, ini mummy Papa Am tau! Mila boleh panggil dia nenek..” kata Ammar
“Debuk..” satu tamparan di lengan Ammar.
“Apa pulak nenek. Hish, Am ni!! Apa nama tadi?” sambung mummy Tina
334
“Mila..” jawab Mila pendek,
“Ahhh...Mila panggil Nekta boleh? Panggil Nekta ya? Nek....ta...” pinta mummy Tina,
berulang-ulang menyebut Nekta. Entah dari singkatan nama mana, hanya dia yang tahu,
walaupun nama sebenarnya Kartina.
Mila hanya angguk. Nampaknya tambah satu nenek lagi bagi dirinya. Bila di kira, Mila ada
ramai nenek rupanya.
“Satu, Wan Seri. Dua, Tok Mek dan sekarang Nekta“ Mila membilang di dalam hatinya.
“Mak Ai! Mila dah ada 3 orang nenek sekarang, ada berapa lagi agaknya yang belum
muncul..“ berkata-kata lagi Mila di dalam hatinya.
Mummy Tina memeluk Mila dan diciumnya pipi yang tadinya disolek oleh guru untuk
persembahan tarian. Mila hanya diam. Orang seumur Nekta, sama umur lebih kurang Wan
Seri.
“Mama mana?” tanya Ammar perlahan kepada Mila.
Segan pula dia hendak bertanyakan Zamri. Hendak mampus, bertanyakan hal isteri orang.
“Mama pergi ladies kejap..” jawab Mila.
“Ni… papa Am dan Nekta beri, sebab Mila pandai” kelakar pula bunyi panggilan untuk
mummy namun dihulurnya beg kertas yang sentiasa dijinjing ke hulur ke hilir. Apa lagi
agaknya barang yang diberikan kepada Mila kali ini. Mila rasa seronok. Hari ini dia
mendapat banyak hadiah.
“Assalamulaikum..” terdengar suara Murni memberi salam.
Semua berpaling, termasuk mummy Tina.
“Mum?”sahut sepatah Murni dengan mata terbeliak.
“Murni?” kedua-duanya bersuara serentak dan terkejut.
Ammar hanya menunjukkan wajah dengan senyuman yang menampakkan giginya yang
sebaris…
Di dalam hati berdoa agar tidak ada adingan tarik rambut atau seangkatan dengannya.
335
Kembali di Kuala Lumpur
Dua hari kesah di Bukit Fraser berlalu. Teringat Ammar kepada mummy Tina. Sebaik
sahaja habis kerja, terus dia memandu pulang menuju ke rumah mummy. Nasib baik
pertemuan di atas bukit itu berlaku secara aman. Murni menerima kehadiran mummy.
Walaupun hanya pertemuan yang singkat, namun Ammar bersyukur, tidak ada adegan
yang memalukan berlaku.
Terima kasih Murni dan terima kasih mummy, bisik hati Ammar riang.
‘Assalamulaikum mum..” nyaring suara Ammar mencari mummy Tina. Pintu depan tidak
berkunci, tetapi penghuninya tiada. Ke mana pula mummy ni. Mak Embok, si pembantu
rumah juga tidak ada. Sejak dua menjak ini memang Ammar kerap pulang menjenguk
mummy. Tambahan pula rumah tersebut ialah rumah tempat dia membesar. Manakan
boleh dilupakan.
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat membesar.
Terjengul mummy di muka pintu dapur.
“Ahh..Am..rupanya, mummy ingatkan siapa tadi?”kata mummy meleret
Terpegun Ammar di depan pintu. Melihat bayang seseorang di belakang mummy Tina.
Hendak masuk atau tidak? Ammar berbelah bagi, apabila mengetahui siapa yang ada.
Dia tidak menyangka, kunjungannya ke rumah mummy, konon hendak menziarah si ibu,
tetapi rupanya mummy sudah ada tetamu. Tetamu yang sudah beberapa bulan, cuba dia
elak. Sejak peristiwa drama hindustan di bukit Fraser tempoh hari.
“La.. Am. Buat apa yang tercegat tu.. masuk… masuk… Edwinapun ada!” omel mummy
Tina.
Edwina hanya tersengeh apabila namanya disebut.
336
Ammar menoleh ke belakang. Bukannya dia hendak pulang. Sudah sampai di depan pintu
rumah mummy. Dia hanya ingin memastikan, bagaimana dia boleh tidak perasan kereta
bekas isterinya..
Sah, memang tidak ada bayangpun kereta si Edwina terpakir di depan mahupun di luar
pagar.
“Am cari apa?”tanya mummy apabila melihat Ammar tertoleh-toleh ke belakang.
“Tak ada apa..” jawab Ammar dengan nada kecewa.
“Hemm...Win tadi datang dengan Makngah. Makngah keluar kejap. Nanti dia akan jemput
Win balik..“ terjawab persoalan Ammar.
Mummy seperti sudah pandai membaca apa yang ada di dalam fikiran si anak.
Baru Ammar mengerti.
“Apa hal ke sini?“ tanya Ammar acuh tak acuh kepada bekas isteri.
“Abanggg..Win datang jenguk maklong. Salah ke? Walaupun kita dah tak ada hubungan
suami isteri, tapi Win masih ada hubungan keluarga tau! Abang masih sepupu Win dan
mak abang, maklong Win..” jawab si gedik.
“Mum..Am tak boleh lama ni, saje nak jenguk mummy. Ni dah ada peneman, Am gerak
dululah..”jawab Ammar
Ammar merasa cukup tidak selesa dengan kehadiran Edwina. Sedangkan tujuan dia ke
rumah mummy Tina, bukan sekadar menjenguk tetapi ada perkara yang hendak di
bincangkan.
Ammar malas hendak menokok tambah. Yang dia pasti, Edwina pasti telah menceritakan
apa yang telah berlaku di Bukit Fraser beberapa bulan lalu. Dan Ammar juga pasti
ceritanya akan menjadi lebih sedap didengar dengan tokok tambah, cerita versi Edwina.
Sedangkan Edwina tidak tahu yang mummy Tina sudahpun tahu cerita sebenar. Ammar
juga berharap agar mummy Tina tidak akan terperangkap buat kali kedua dengan cerita-
cerita yang telah ditambah dengan gula, agar ianya manis menyebelahi diri Edwina,
ditambah hempedu agar buruk di sebelah satu lagi. Sedangkan Edwina tidak tahu, jika gula
berlebihan akan memudaratkan dirinya sendiri, confirm dapat kencing manis!
337
“Bang.. janganlah pergi dulu, kan abang baru aje sampai..!“ pujuk Edwina.
Kau pujuk selembut manapun, tak akan di makan Ammar.
Ammar sudah serik!
“Am balik lagi kat sini, nanti..“ jawab Ammar perlahan lalu menyalam si ibu.
Mummy hanya mampu mamandang.
Hendak buat macammana? Dia tidak mampu memaksa. Dia tahu hati anaknya masih
terguris dengan tindakan si bekas isteri. Jika tidak kerana pertalian saudara, mummy Tina
pun merasa marah juga. Tetapi kerana Edwina pilihannya, dia juga tidak secara langsung
turut merasa bersalah kerana memaksa Ammar menikahi Edwina dahulu. Manalah dia tahu,
rupanya Edwina berdrama.
Namun dia sedar, dia tidak akan terperangkap dengan cerita dongeng si Edwina. Terutama
apabila mengetahui mangsa ialah mangsa orang yang sama, 9 tahun yang lalu. Lantaklah
kau Edwina. Berbuih mulut kau berceritapun, mummy pasti tidak akan terjerat buat kali
kedua.
Cuma… Cuma Nekta oi! Jangan dilupa, jerat tidak lupa si kancil kerana si kancil selalu
terlupakan jerat, akibatnya si kancil terjerat!!
338
“Hem… bau sedap, akak masak apa hari ni..?” tanya Murni sebelum Kak Romlah pulang.
Murni menyungkitkan mulut dan hidungnya dengan aroma masak lemak tempoyak ikan
patin. Jika Kak Romlah masak enak setiap hari, nampaknya akan bertambah beberapa inci
di pinggang. Nampaknya, tak lama lagi kena tukar semua isi almari dengan pakaian yang baru,
sebab baju dah tidak muat.
“Masak lemak tempoyak ikan patin” jawab Kak Romlah.
“Eh! Akak balik dululah..” sambung kak Romlah lagi.
Terus sahaja perempuan separuh umur itu melangkah meninggalkan Murni dan Zamri
yang baru pulang dari pejabat. Mila sedang leka menonton. Menonton sambil meniarap,
dengan dua tangan menungkat dagunya. Murni tidak tahu filem apa yang ditonton, tetapi
sungguh ralit sehinggakan kepulangan merekapun tidak dihiraukan. Sekali imbas seperti
movie puss in boots. Murni dapat mengecam suara Antonio Bandaras sebagai si kucing
comel yang bernama “Puss”.
Mila sudah bercuti panjang. Cuti sekolah hujung tahun. Apa lagi, dia menghabiskan
masanya di rumah dengan berkubang di hadapan TV. Apa sahaja yang tersiar di skrin,
semua jadi bahan tontonan, walaupun banyak iklan dari cerita.
Iklanpun tidak jadi masalah.
Mata sentiasa bulat menonton.
Cuma suruh mengaji, tiba-tiba jadi lemah.
Cuma suruh mengulangkaji, tiba-tiba rasa menngantuk.
Murni sudah faham, kerana dia juga seperti Mila satu ketika dahulu.
Bukan perkara baru…
“Mila tengok cerita apa tu..?” tegur Zamri.
“Puss in boots, ayah Zam. Best.. kelakar gilerr.” Jawab Mila.
Matanya tidak beralih dari kata TV.
339
“Hemm.. kejap lagi mengaji Quran ya?” tanya Zamri lagi dia duduk disofa panjang.
“Hem....” hanya sepatah dari mulut Mila
Murni membuka tudung dan diletakkannya di belakang kerusi lalu duduk di sebelah Zamri.
Zamri merapati Murni dan mencium rambut Murni. Murni hairan dengan kelakuan Zamri
yang sejak akhir-akhir ini suka sangat mencium rambutnya. Namun dibiarkannya sahaja,
tak luakpun, malah tambah mesra.
“Sayang.. jom naik..!” Zamri bangkit dan menghulurkan tangan, meminta Murni
mengikutnya untuk naik ke bilik.
“Ahhh! Mila..ayah nak mandi dan solat, lepas itu kita makan ya..” kata Zamri
“Hemm.. okey..!” jawab Mila yang masih leka dengan dengan Puss in Boots.
Baru beberapa langkah dihajun, Zamri bersuara lagi.
“Lepas makan, kita mengaji Quran?” kata Zamri.
Hanya anggukan yang diterima dari Mila.
Tidak sampaipun setengah cerita Puss in Boot the three diablos ditonton Mila, kedua-
duanya Zamri dan Mila sudah turun.
Murni dengan kaftan batik berbunga berbagai warna. Zamri pula dengan baju melayu teluk
belanga dan berkain pelikat coklat, berkotak hijau. Zamri asyik memegang butang baju
melayu yang sebiji dilehernya. Sudah berkahwin dengan orang Johor, terpaksalah jadi
orang Johor juga. Zamri hanya mengaku dia orang Pahang hanya apabila dia balik ke
Jengka.
Zamri terus duduk di sofa, menumpang menonton cerita yang membuat Mila ralit. Murni
pula ke dapur untuk menyediakan makanan yang sudah dimasak oleh Kak Romlah siang
tadi.
Kelentang kelentung bunyi di dapur, Murni menyusun pinggan mangkuk dan menyediakan
lauk dan nasi.
“Abang.. Mila.. marilah dah siap ni..” panggil Murni.
Tanpa banyak bicara, kedua-dua nama yang disebut oleh Murni berjalan menuju ke meja
makan.
340
“Bau apa ni Muni…?” Zamri dengan muka yang mencebek.
“Masak lemak tempoyak ikan patin..” jawab Murni gembira.
Dia suka masakan itu, dia juga tahu Zamripun sama menyukai masakan tersebut.
“Masak lemak tempoyak ikan patin?..” Zamri menyuehkan mulutnya, seperti tidak suka
“Lauk tu boleh letak jauh sikit dari abang boleh tak? Kalau Muni sama Mila nak makan,
kau orang makanlah.. tapi tolong letak jauh sikit dari abang” pintanya.
Murni buat muka, berkerut, kenapa pula Zamri ni!
Sejak bila pula tidak suka masak tempoyak?
Bukankah ini salah satu lauk kegemarannya?
Murni hairan, tetapi sudah diminta untuk dijauhkan dari Zamri, Murni menurut dan
diletakkannya di hujung meja. Hanya dia dan Mila yang menekmatinya. Ada-ada saja
Encik Abang sayang sorang ni. Tak mahu makan, bagus juga, boleh Murni makan lebih.
Selesai makan, Zamri mengajar si anak mengaji Al-Quran.
Murni berkemas apa yang patut. Terdengar kaca berlaga, kerana Murni sebok mencuci
semua yang sudah digunakan.
Zamri pula berbicara perlahan, membetulkan apa sebutan yang tidak jelas. Zamri memang
pandai melayan Mila. Setiap teguran pasti didengar oleh Mila. Dia percaya seratus peratus
kepada ayah Zam.
Tidak lama kemudian terdengar semula suara Antonio Bandaras. Nampaknya mereka
menyambung menonton cerita animasi tersebut yang belum selesai ditonton Mila, kerana
Zamri mahu memyemak kerja sekolah Mila.
“Kau beruntung anakku, dapat seorang lelaki yang dipanggil ayah yang cukup
bertanggungjawab. Aku juga beruntung anakku, mendapat seorang lelaki seperti Zamri.
Andai kata yang duduk menyemak kerja sekolah itu bukan Zamri, sebaliknya Ammar,
adakah dia akan bertanggungjawab seperti itu?” Murni geleng kepala.
“Dia imam dan ayah kepada anakku sekarang ini, Murni… sedarlah kau Murni” bisik hati
Murni.
341
Terpandang mug yang sering dia gunakan, lantas berkata.
“Nak kopi tak sayang?”.
“Boleh jugak..sayang” jawab Zamri matanya tidak beralih dari buku kerja si anak.
“Mila?” Murni bertanya jika Mila juga perlukan kopi
“Tak ” jawab Mila pendek.
Murni menghulurkan kopi yang masih berasap kepada Zamri. Mata Zamri masih tersorot
ke kaca TV, dia menyambut mug yang berisi kopi dan terus menghirupnya.
Murni hanya memandang, biar betul abang Zamri, kopi tu masih panas, tengah berasap tu!..
Pantas Zamri menghulurkan semula mug kopi kepada Murni dan menjelirkan lidahnya.
Kan dah terbakar lidah! .
“Gelojoh juga suami aku rupanya” bisik hati Murni.
Murni menghirup kopinya, manakala kopi Zamri diletakkannya di meja sisi. Nanti
pandailah dia ambil sendiri.
Murni turut menonton, tetapi kerana hanya menonton sudah separuh jalan, dia tidak tahu
apa jalan ceritanya. Yang dia nampak seekor kucing dewasa dengan 3 ekor anak kucing
yang semuanya comel-comel tetapi nakal. Kucing yang berpakaian dan pandai bercakap.
Namapun animasi, tengok ajelah..
Tak payah hendak fikir logik tak logik…Layannnn.
Habis meminum, Murni ke dapur menghantar mugnya.
Dari belakang sofa, Murni memegang bahu Zamri dengan kedua belah tangannya.
“Bang Muni naik atas dulu, nak lipat kain..”kata Murni.
“Hemm..” jawapan dari Zamri, sama ada dia sedar atau tidak apa yang Murni cakapkan
wallahulam.
Mahu cepat selesai menyemak kerana dia juga mahu menonton cerita yang boleh membuat
Mila terkekek sendirian. Mana boleh tahan…Zamripun mahu tumpang sekaki.
342
Selang beberapa minit Zamri sudah duduk bersebelahan Mila. Dia sama naik dengan Mila,
terkekek ketawa. Apa yang melucukan, hanya dua beranak itu sahaja yang mengetahui.
Murni di tingkat atas melipat pakaian yang sudah diangkatnya dari jemuran siang tadi.
Lebih baik dia menyelesaikan tugasnya dari sama-sama terjebak dengan tayangan animasi
itu. Terdengar suara dua beranak tidak henti henti ketawa terbahak-bahak. Murni di dalam
bilikpun turut tersenyum, tanpa mengetahui apa yang disenyumkan.
Yang ketara, Zamri sudah bukan lelaki yang sudah dewasa, di saat ini, mungkin dia merasa
umurnya lebih kurang seusia dengan Mila.
Sambil melipat pakaian, Murni terbayang wajah si Puss dengan matanya yang bulat,
telinganya yang kelepet, terkelip-kelip lalu menutup dadanya yang berbulu dengan topi
untuk meminta simpati. Bukan dada berbulu Antonio Bandaras, kerana dada berbulunya
hanya boleh dilihat oleh isterinya, Melanie Griffith. Dada berbulu si Puss la.. kucing
kuning yang memakai boots, comel sangat…
343
Tiba-tiba kepala Zamri rasa pening, rasa nak muntah pun ada.Entah kenapa, mustahil
pening kerana perut kosong! Pagi tadi sepinggan nasi lemak dengan sambal sotong habis
dibedalnya. Sambal sotong Murni memang class, no. 1, mana boleh miss. Kenapa ni ek?
Kerana tidak larat, dia menalifon Murni untuk datang ke bilik. Nasib baik kerja yang
diarahkan oleh Tuan DO sempat diselesaikannya.Ini baru jam 10.00 pagi, lama lagi hendak
petang untuk dia pulang dan berehat di rumah.
Tidak lama kemudian, pintu terkuak. Murni dengan wajah cemas mendekatinya. Diurutnya
pelipis Zamri, tetapi tangannya ditahan oleh Zamri dari terus mengurut pelipisnya.
“Kataaa peninggg.?.” bersuara Murni seperti tidak faham, tadi beritahu pening, hendak
diurut pelapis dilarang pula!
Habis apa yang harus Murni bantu. Itu sahaja cara untuk melegakan orang yang sedang
pening!.
“Hemm.. memang rasa pening. Abang rasa nak muntahpun ada jugak. Rasa macam mual
aje” jawab Zamri.
Murni kerut muka dengan kenyataan Zamri. Kasihan cik abang, migraine kah? Jika buat
kerja, sampai tak ingat nak berehat. Inilah padahnya. Itu kata Murni di dalam hati, tidak
sampai hati hendak diluah. Orang sedang sakit, jangan menambah sakit hati pula.
Murni meletakkan tangannya ke dahi Zamri.Tidak pula dirasanya panas. Penyakit apa pula
dia ni. Hish.. tak pernah-pernah dia sakit sebegini ganjil. Dunia modern, penyakitpun jadi
modern jugakah?
“Nak Muni bawa abang pergi klinik..?” tanya Murni lagi.
Muka berkerut-kerut, tidak dapat memahami apakah penyakit yang dihidap oleh si suami.
Memangpun dia bukan doktor, tetapi sakit yang biasa-biasa, tak perlu jadi doktorpun untuk
mengetahui.
344
“Entahlah.. tak payah gi kilinik rasanya, cuma abang nak minta rehat sekejap, tolong
inform boss please..” pinta Zamri untuk memaklumkan Tuan DO yang dia hendak metutup
pintu dan tidak mahu diganggu buat seketika.Bertujuan untuk berehat di biliknya sahaja
sebentar. Bak kata orang 40 winks.
“Nanti Muni beli panadol ya bang, risau pulak Muni, tengok abang macam ni.” Muka
Murni memang nampak muka cuak.
“Salah makan agaknya ni, Muni..” jawab Zamri yang cuba menafsirkan apa yang tidak
kena pada dirinya.
Hendak jadi doktor yang tak bertauliah pula, membuat andaian sendiri.Yelah, dia yang
sakit, dia juga yang menanggungnya, dan dia yang merasa. Jadi dia yang tahu hendak
mentafsirkan sakinya, apa yang dikatakan mungkin ada betulnya. Tetapi makanan apa pula
yang dia kata tersalah makan?Murni juga memakan makanan yang sama, tetapi tidak pula
sakit?
Hish.. abang Lee Min Ho Malaya ku.. bisik hati Murni. Sekali lagi Murni hanya mampu
berbicara di dalam hati, tidak terluah, demi menjaga hati si suami.
“Entahlah, abang rehat aje, Muni turun kat koperasi sekejap, lepas tu baru beritahu Tuan
Megat.” Kata Murni, berjalan pantas menuju ke pintu keluar.
Tangan sudah di tembol pintu, kemudian berpaling semula ke arah Zamri yang sudah
duduk di sofa.
“Betul ni.. tak mahu gi klinik?” ulang Murni dari jauh.
Hanya gelengan kepala dan tangan yang di angkat tinggi mengisyaratkan tanda “Tidak”
dari Zamri yang diterimanya. Zamri terus melentokkan kepalanya ke sofa yang memang
ada di biliknya dengan mata terpejam. Nasib baik ada isteri yang satu pejabat, dapat juga
dia bermanja-manja. Jika dia sakit, dan masih solo, jawabnya tanggunglah sendiri. Tetapi
bila difikirkan, sakit kepala begini, tidak pernah dirasakannya. Ini pertama kali dia
mengalaminya. Kenapa pula terjadi kepadanya? Kepala berasa berat dan kepala berpinar-
pinar..
345
Dalam sakit-sakit Zamri berfikir. Hendak dikatakan terlalu banyak berfikir, atau ada
banyak masalah. Setahu dia, tidak ada. Apa yang hendak difikirkannya dan apa pula
masalahnya. Yang adapun hanya masalah Ammar, tetapi bukanlah masalah besar
sebenarnya. Jika Murni memberikan kerjasama, sudah boleh kira settle. Masalah yang
boleh dipanggil masalah mungkin, bila dan cara hendak memberitahu apa sebenarnya
hubungan Ammar dengan Mila, itu sahaja. Atau, adakah sakit ini ada kena mengena
dengan kecederaan yang dialaminya kerana kemalangan dahulu? Sakit yang datang
kemudian.. orang kata apa tu..side effect..Entahlah..Harap-harap bukan penyakit susulan
kemalangan itu. Ini hal kepala, bahaya!
Kerja di pejabat juga tidak boleh dikatakan masalah kerana Zamri dapat menjalankan
tugasnya dengan baik, sama ada sewaktu bujang, mahupun setelah berumahtanga.
Baru hendak memikirkan punca penyakit, pintu terkuak lagi. Siapa lagi kalau bukan
isterinya, Murni masuk dengan segelas air suam di tangan.
“Nah bang..” Murni menghulur gelas air dan dua butir ubat yang telah di keluarkan dari
kelongsongnya. Zamri hanya tinggal ngap sahaja.
“Abang rehat aje.. nanti Muni beritahu Tuan Megat pasal abang dan jugak Jamie suruh
forward aje semua call abang kat Muni kalau ada panggilan untuk abang.. hemm?..” jelas
Murni.
Zamri hanya mengangguk, sudah tidak larat benar nampaknya dia. Di hati Murni, jika
selepas berehat tidak juga kebah, Murni nekat untuk membawanya ke klinik juga. Mahu
tak mahu, kali ini Zamri kena setuju. Arahan dari Mrs. Zamrizal.
“Hemm.. dah, Muni nak keluar, abang rehat, dalam satu jam Muni datang lagi.. ek..!” kata
Murni yang dipasti tidak ada tindak balas dari Zamri yang dia setuju dengan cadangan
Murni. Murni keluar, dan sebelum menutup pintu memandang semula ke arah Zamri yang
sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Kasihan pulak cik abang sorang yang
sedang sakit. Murni berharap ini bukan penyakit serious. Tetapi dia bukan doktor, manalah
346
dia tahu. Yang dia tahu Zamri memang sakit. Penyakit yang tidak pernah dia alami
sebelum ini.
Confirm ini penyakit misteri!.
347
Di Kuala Lumpur
Ammar meletakkan kertas puteh yang tadi begitu tekun dia baca, tiba-tiba fikirannya
beralih kesah beberapa minggu lepas. Cuba dia tepis, tetapi masih juga dia terkenangkan
apa yang diperbualkan bersama mummy di dalam kereta. Walaupun hanya perbualan
ringkas, tetapi besar maksudnya. Begitu bermakna kepada dirinya, malah begitu terkesan
kepada Mummy. Masih nyaring dan terang suara Mummy singgah ke gegendang
telinganya.
“Dah besar rupanya anak Am ya? Apa namanya, Mila? Hemm.. Mila, sedap nama
tu..“ Mummy mula berbual di dalam kereta sebaik sahaja dia duduk di sebelah.
Ammar kerut muka, di dalam hati bersuara “Dah mula dah…”
Ammar tahu dari reaksi pertemuan itu mumy terkejut pada mulanya apabila mengetahui,
ibu kepada cucunya adalah Murni. Tetapi dia menahan kejutan itu. Terutama apabila
melihat Murni tidak bertindak kasar, sebaliknya menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Lagipun Mummy Tina sudah terikat dengan aku janjinya bersama Ammar.
Salah satu clause, “Tidak boleh menyakitkan hati ibu mahupun anaknya”.
Mummy tidak mengetahui, itu semua adalah pesanan Zamri. Zamri meminta agar Murni
bersikap lembut dalam apa jua keadaan yang melibatkan Mila. Baginya kekerasan tidak
membawa apa-apa kebaikan dan tentunya tidak akan membawa apa-apa faedah!. Tersentuh
juga hati tua mummy Tina, apabila melihat perempuan yang pernah dia halau, dia herdik
dan dia benci dan dia kutuk, kini berada di hadapan matanya sedang menghulurkan tangan.
Dia sungguh terharu. Ingatkan perempuan itu pendendam, rupanya tidak. Jika Murni
seorang pendendam, rasanya kasut sudah naik ke muka Mummy. Tetapi perkara itu tidak
berlaku, sebaliknya dia mempamirkan riaksi bersahaja. Seperti tidak pernah perkara buruk
348
itu berlaku. Sungguh murni hati seorang yang bernama Murni. Semurni namanya.
Bagaimana dia boleh terlepas pandang, kebaikan perempuan itu selama ini?
Mana tidaknya terlepas pandang, kebencian yang datang dari hasutan Edwina yang telah
membutakan matanya di waktu itu. Bukan setakat buka mata, malah buta hati!
Bagi Murni nasihat Zamri selalu dipegangnya. Jangan berebut atau menggunakan
kekerasan apabila mengendalikan masalah Mila. Berebut dan kekerasan tidak mungkin
menyelesaikan masalah.
Menimbulkan masalah lagi ada! Itu kata abang Zamri, setiap kali dia melenting dengan
tindakan si bekas suami.
“Am! Bila mummy pandang Mila, sebijik iras Am masih kecil..“ kata Mummy Tina lagi.
Ammar tersenyum-senyum mendengar kata-kata si ibu. Dah kata dah, Mila memang anak
bapak!
“Am tak fikir ke nak ambil Mila? Atau sekurang-kurangnya pinjam sekali sakala bila cuti
sekolah, tak lama lagi cuti sekolah mulakan?“ kata Mummy bersuara.
“Mummyyyy...“ bersuara Ammar dengan satu oktaf, agar mummy diam sahaja, dia tidak
mahu mendengar mummy mengeluarkan cadangan yang luar alamnya.
Juga salah satu clause di dalam aku janji “Tidak dibenarkan masuk campur dalam apa
sahaja urusan berhubung dengan anaknya“. Jangan hendak pandai-pandai membakar batu
api kepadanya. Ammar tidak perlukan sesiapa menjadi batu api.
“ok..ok. Takkk.. mummy beri cadangan aje. Terserah pada Am..”segera mumy bersuara
apabila melihat wajah Ammar yang sudah bertukar.
Bertukar merah bukan hijau ya!
“Mummy bukan apa..” belum sempat Mummy Tina menghabiskan kata-katanya.
Mummy masih tidak mahu beralah.
“Mummy, boleh tukar cerita lain tak?..” tegur Ammar lagi.
“I’m sorry mum.. I love you and I love them too..“ kata Ammar kendur.
Wajahnya juga sudah berubah seperti sedia kala.
349