tindakan dicetak dan diletakkanya ke tepi, untuk diambil tindakan kemudian. Sehelai demi
sehelai kertas yang sudah dicetaknya dibaca sekali lagi. Agar dia betul-betul faham
maklumat yang hendak disampaikan.
“Ada meeting dalaman pulak hari ni. Tergempar aje Tuan Megat ni.apa hal
agaknya?.Meeting kerap sangat, sampaikan sudah tak ada benda yang hendak dilaporkan,
Hayla boss… nasib baik kau yang boss, kalau aku yang boss, setahun sekali je kut,
meetingnya” Murni berleter sendiri perlahan, takut pula didengar oleh kakitangan yang lain
complaint pasal boss..
Kena berhati-hati, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
“Ada benda urgent agaknya tu…!” Murni sendiri menyoal, dan dia sendiri memberi
jawapan.
“Meeting pukul 10.00 pagi, apa agaknya yang hendak Tuan Megat bincangkan?” Murni
tertanya-tanya lagi.
Berulang-ulang soalan yang sama, sedangkan dia sendiri sudah memberi jawapan. Bila ada
mesyuarat, tentu ada benda yang perlu dibincangkan.
Memang setiap bulan ada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Megat Qalif, Pegawai
Daerah. Selalunya memberitahu kedatangan pegawai baru atau pemberitahuan pertukaran
pegawai. Paling tidak, Tuan Megat ingin bertanyakan perkara-perkara yang memerlukan
laporan, perkembangan yang perlu dia tahu. Agar dia tidak seperti orang bodoh, kerana
tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh anak buahnya sendiri. Tidak mengapa,
apa-apapun boleh aje, janji tidak melibatkan dirinya.
Teringat Murni akan Zamri. Bingkas bangun dan dia menuju keluarke bilik Zamri. Sudah
tinggal beberapa tapak sahaja lagi untuk sampai ke pintu bilik Zamri, Murni terhenti, dia
perlu memikirkan buat kali keduanya, sama ada betulkah tindakannya ini. Dia masih ada
50
peluang untuk membatalkannya. Bibir diketap, mata memandang ke siling sambil terkebil-
kebil. Bukan dia hendak memujuk, dia tidak pandai dalam hal seperti itu. Hanya sekadar
bertanya khabar. Kenapa pulang awal kelmarin dan semalam, tanpa menunggunya seperti
selalu. Itu sahaja persoalannya yang perlu jawapan dari Zamri, boleh kut..
Murni membetulkan baju kurungnya dan kemudian membetulkan kedudukan tudungnya,
manalah tahu sudah senget, lantas meneruskan langkah. Murni mengambil keputusan
untuk meneruskan sahaja niatnya.
Pintu bilik Zamri diketuk dan dia terus masuk apabila melihat Zamri hanya melihat dirinya
yang berjalan ke arahnya tanpa berkelip, malah membulatkan matanya. Seumpama orang
melihat sesuatu yang aneh. Murni buat muka selamba sahaja, lantaklah apa yang dia
sedang fikirkan, yang penting penjelasan perlu diraih.
Murni duduk tanpa dipelawa, sama sahaja seperti Zamri apabila berkunjung ke biliknya.
Zamri masih mendongak, memandang Murni, tanpa suara. Dia terkejut, apa hal pula Murni
datang berkunjung menemuinya. Dia hanya memerhati tanpa sebarang kata dari saat Murni
masuk sehingga dia sudah duduk dikerusi. Suasana sepi, dua-dua menunggu siapa yang
akan memulakan perbicaraan.
Di kepala Zamri memikirkan, Murni mimpi apa malam tadi? Tidak pernah-pernah dia ke
biliknya. Yang selalu berkunjung adalah dirinya ke bilik Murni, tetapi hari ini sudah lain.
Terbalik kot. Murni pula yang datang mencarinya. Bagaimanapun hatinya gembira dengan
kehadiran Murni di depan mata.
“Mimpi apa malam tadi, tak pernah-pernah you masuk bilik I, pagi ini you muncul, apa
hal?” Zamri bersuara dengan riak hairan, beralah, dia yang memulakan bicara. Hendak
diharapkan Murni, sampai esokpun dia boleh buat diam sahaja.
“Eh.. I dah tak boleh jumpa you ke? kalau macam tu I…” Murni seperti hendak bangun.
51
“Taakkk… saja tanya.. ishy.. susah betullah perempuan ni.. tak boleh tanya sikit, nak
sentap aje?” bersuara lagi Zamri, tetapi tersenyum.
Murni duduk semula. Memang dia tidak ada niatpun untuk beredar, saja acah..hendak lihat
apa reaksi Zamri. Menahannya pergi atau akan membiarkannya beredar. 99% akan
memilih jawapan pertama. Nasib baik Zamri pilih jawapan pertama, Murni lega.
Seandainya dia pilih jawapan kedua, baru padan muka Murni.
“Dua petang berturut-turut you balik tak beritahu I yang you balik awal, tup-tup time balik
I tengok bilik you dah gelap, you tak sihat ke..atau you marahkan I?” Tanya Murni,
menyampaikan apa tujuan sebenarnya ke bilik Zamri pagi ini.
“Hemm.. pasal tuuu “ jawab Zamri pendek dan mendatar.
Pasal dia balik awal, ingatkan hal yang lebih penting. Zamri mengalihkan pandangannya
ke skrin komputer. Mudah sahaja soalan Murni tu, soalannya kenapa dia balik awal?
“You sakit ke?” ulang Murni, apabila Zamri tidak menjawab soalannya. Lama Murni
menunggu jawapan.
“I tak sakit, tapi you mungkin..” jawab Zamri lemah, tanpa memandang Murni yang
membuat muka pelik.
Kenapa Zamri memberitahu dirinya yang sakit, sedangkan soalan “sakit” ditujukan kepada
Zamri bukan dirinya.
“I? you kata I yang sakit.. you ni kan Zam..kalau nak berguraupun biarlah betul!” ceria
sahaja bunyi Murni menafikan yang dirinya sakit seperti yang dimaksudkan Zamri.
“Ye la.. kelmarin you memang sakit, I yang tengokpun tak tahu nak buat apa, sebab I tak
tahu you sakit apa? Kalau you pening I boleh belikan panadol, kalau sakit perut I boleh
belikan pill Chi Kit Teck Aun. I yang memandangpun hampir sakit tengok you, you tahu
52
tak!.” Panjang lebar pula Zamri bermukadimah, dengan mata terbeliak masih tepat
memandang Murni.
Semua jenis ubat yang dia tahu disebutnya..
“Tapi..kalau you sakit lain, sakit yang hanya perempuan sahaja yang tahu tu.. I minta maaf,
I tak arif tentang perkara tu..” tersengeh sahaja dia. Ke situ pula fikirannya..
“I nak bantu, you tak terima, jadi baik aje I bawa diri..” bunyi rajuk si lelaki bernama
Zamri.
“Jadi you balik awal, bukan you marah I lah, tapi sebab lain.?.” soal Murni.
“Hemm.. nak marah you buat apa?.. tapi ada jugak sikit marahkan you. You degil sangat.
De….gil, tak mahu terima bantuan orang, konon hebat nak selesaikan masalah sendiri..”
kata Zamri, memerli Murni.
Murni sudah rasa kurang selesa. Memang tidak menyangka yang Zamri memang betul-
betul ingin membantunya. Muka Murni sudah memerah. Kena hentam oleh kata-kata
Zamri. Nanum dia akur, ada benarnya juga apa yang dikatakan si teman.
“Ahhh.. dah lah tu.. I tak apa-apa la....ha ni..apasal Tuan DO nak buat meeting kejap lagi
nii.., You have any idea, why?” pandai pula Murni memusing cerita, tidak mahu
memanjangkan cerita.
Dia segan, Zamri perasan rupanya keadaan dirinya yang tidak tentu arah sehari dua ini.
“Ahhh.. dah mula lah tu.. nak pusing cerita lain pulak. Nak corner cerita lain la tu...!”
Zamri mengalihkan pandangannya ke skrin komputer semula., malas dia hendak melayan
Murni yang sudah mengubah tajuk perbualan.
“Muni, as I said earlier, if you have any problem, you can tell me, I boleh jadi pendengar
yang baik, you tau tak? kita kan kawan, namapun kawan, so.. ini lah masanya kita perlukan
kawan untuk membantu, jangan simpan sorang-sorang, nanti bersarang kat dalam dada tu,
lagi susah.. bahaya, makan diri” bersungguh-sungguh Zamri menasihatkan kawannya yang
sudah sedikit blushing.
53
Blushing menahan malu.
“Okey lah Zam.. see you later kat meeting room nanti” Murni bangun, tidak mahu
menjawab apa yang telah Zamri katakan. Lagipun dia tidak mendapat jawapan kepada
soalannya, malah dia pula yang disoal siasat, baik sahaja dia pergi, sebelum ceritanya
terbongkar. Dia masih dengan prinsip dirinya, cuba menyelesaikan masalah sendiri. Kalau
boleh tidak mahu rahsianya selama ini di ketahui oleh orang lain.
Belum sempat berjalan Zamri bersuara lagi “Muni, I ikhlas okey.. ikhlas.. kalau you ada
apa-apa masalah tolong share dengan I. I will lend my ear or even my shoulder if you
need… I’m serious Muni.. serious..!!” Zamri mengulangi kata-katanya dengan bersungguh-
sungguh.
Murni terhenti menapak tetapi tidak menoleh, Murni pejamkan matanya. Dia terharu
mendengar ungkapan ambil beratnya dan kemudian meneruskan perjalanannya keluar
menuju ke biliknya. Dada sudah mulai sebak, cuma air mata yang ditahannya dari mengalir.
Sesampainya di bilik, Murni memikirkan apa yang dikatakan Zamri kepadanya. Ini bukan
pertama kali Zamri merayu sedemikian. Sudah banyak kali. Sudah tidak terkira. Namun
Murni buat endah tak endah sahaja. Kepercayaannya kepada insan yang bernama
“lelaki“ masih menebal. Apa jadi jika dia akan dikecewakan kali kedua. Tentunya luka
lebih parah lagi. Malah mangsa juga akan bertambah. Jika dahulu, hanya dia seorang yang
menanggungnya. Tetapi sekarang, Mila juga akan terbabit. Tambahan pula Murni
perhatikan Mila sudah terlalu rapat dengan uncle Zamrinya.
Yang terakhir dua bulan lalu, insiden Mila jatuh sungai semasa aktiviti mencari rama-rama
bersama kawan-kawan di airterjun Jeriau. Nasib baik Zamri dan Hamdan sedang
memancing di tempat berhampiran ketika itu. Terkejut Murni waktu itu, apabila melihat
Zamri mencepong Mila yang sudah basah kuyup. Mila pula sudah tidak sengan dengan
uncle Zamrinya. Mila tergelincir semasa projek mengumpul rama-rama anjuran sekolah.
Hari itu rama-rama entah ke mana, yang dapat dahi yang berbentuk rama-rama, berbekas
54
kesan terantuk batu. Nasib baik cuma lebam, tidak luka. Zamri memang suka memanjakan
Mila. Milapun sayangkan uncle Zam, selalu sahaja nama lelaki itu menjadi sebutan.
Menumpang kasih kerana dia tidak pernah ada lelaki yang boleh dipanggil bapa sepanjang
hidupnya.
Memang Murni banyak berfikir panjang selepas kejadian itu tetapi dia cuba keraskan hati
dengan menutup rapat pintu hatinya yang keras itu. Jika boleh tiada sesiapa yang berani
membuka hati itu. Tanpa dia sedar hati yang dikatakan keras itu sudah perlahan-lahan
terbuka. Dibuka oleh teman baiknya sendiri, lelaki yang bernama Zamri.
55
“Jom..” tiba-tiba terdengar suara Zamri yang sedang memegang folder coklat. Muncul
tanpa memberi salam, Dia sudah tercogok di hadapan pintu bilik Murni. Badannya berada
separuh di luar dan separuh di dalam bilik Murni. Main terjah sahaja, nasib baik Murni
sudah biasa dengan perangai Zamri. Murni bingkas bangun mencapai folder yang
sememangnya Murni letak di atas meja. Sudah habis merajuk rupanya pakcik ini, sudah
ceria seperti biasa dan sudah menyemput Murni seperti biasa. Berhasil juga rupanya
kunjungan tidak rasminya pagi tadi ke bilik Zamri.
“Ehh..dah pukul 10.00 ke Zam?.” Tanya Murni, tersenyum memandang kawannya di celah
daun pintu yang di rengang oleh badannya.
“Belum lagi, lagi 10 minit..” jawab Zamri, matanya meleret ke arah Murni yang berbaju
kurung cream berbunga merah kecil.
Comel betul nampaknya dia di mata Zamri. Kena dengan warna tudung merah jambu
lembut polos. Tidak nampakpun gaya seorang ibu kepada seorang anak yang sedang
meningkat remaja. Yang hairannya, dia tidak perasan pula penampilan Murni sewaktu
Murni berkunjung ke biliknya pagi tadi? Tetapi sekarang segala-galanya dia perasan,
segala keterampilan Murni dari kepala sehingga ke kaki, nampak cantik dan kena padan
dengan si pemakai. Tidak puas rasanya dia memuji, namun hanya di dalam hati. Macam tu
agaknya apabila seorang lelaki yang sudah gila bayang dengan seorang perempuan,
semuanya indah di mata.
Mereka berjalan seiring menuju ke bilik mesyuarat di tingkat atas.
“Eh,,,kejap kejap.. I lupa bawa map yang I dah letak coordinate tu. Nanti nak lapor kat
boss..” kata Murni seperti orang tergesa-gesa.
56
Dengan pantas berpatah balik ke biliknya.
Murni baru teringat yang dia perlu melaporkan semua kerja-kerja yang telah selesai dan
yang masih belum selesai kepada Tuan DO di dalam mesyuarat itu kelak. Sekurang-
kurangnya dia ada laporan yang hendak dimaklumkan. Jangan dikatakan tidak buat kerja
pula!.
Zamri hanya tercegat sambil mengelengkan kepalanya, melihat Murni berlari-lari anak ke
biliknya, nasib baik mereka belum berada jauh.
Memang Murni sudah kerap terlupa sekarang ni, entah apa yang difikirkannya sehingga
dia jadi begitu. Yang Zamri tahu, pastinya bukan urusan kerja, mahupun mengenai dirinya.
“Okey…. Jom” sapa Murni dengan termengah-mengah ke arah Zamri yang setia
menantinya.
Kertas bergulung di kepitnya.
Murni yang tidak mengetahui dirinya diperhatikan hanya selamba mengambil tempat
duduk bersebelahan Zamri, walaupun banyak lagi kerusi yang kosong di bilik mesyuarat
yang besar itu. Beberapa pasang mata yang sudah berada di dalam bilik mesyuarat hanya
memerhatikan sahaja kelakuan mereka. Ini bukan perkara luar biasa, mereka sudah lama
mengerti akan keakraban mereka berdua sejak dari dulu lagi. Sudahlah datang tadi berdua,
hendak dudukpun dekat-dekat sebelah menyebelah. Seperti tidak boleh dipisahkan sahaja.
Sejurus muncul Tuan Megat, lantas dia mengambil tempat di kerusi paling hujung, yang
sudah memang dikhaskan kepada sesiapa sahaja yang mempengerusikan mesyuarat.
Seperti biasa Tuan Megat memulakan mesyuaratnya dengan ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir. Mukhadimah sikit…Kemudian mengesahkan minit mesyuarat yang
57
lalu. Selang setengah jam tibalah perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit.
Mengikut agenda yang disediakan oleh Shiha, Pembantu Khas Pegawai Daerah, ada dua
perkara berbangkit yang akan dibincangkan. Perkara pertama, ialah perbincangan
mengenai aktiviti tahunan dan yang kedua penyusunan semula struktur Jabatan. Tanpa
banyak bicara, semua agenda dibincangkan dengan teratur dan dipersetujui tanpa bantahan
dari semua yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan agenda Lain-lain hal. Senarai agenda
yang inilah selalunya banyak perkara-perkara yang tidak perlu dibangkitkan akan
dibincang bersama. Ini mengakibatkan mesyuarat yang sepatutnya hanya mengambil masa
satu jam, melalut sampai berjam-jam.
Aktiviti tahunan yang dicadangkan iaitu Hari Keluarga Tahunan bagi Pejabat Daerah Bukit
Fraser. Aktiviti tahunan yang memang dinanti-nantikan oleh semua pegawai dan
kakitangan Pejabat Daerah Bukit Fraser. Tambahan pula peruntukan akan ditanggung
sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.
Penstrukturan semula, pula kali ini hanya melibatkan kakitangan sokongan, dimana kerani
di Bahagian Pentadbiran akan ditukarkan ke Bahagian Kewangan dan Bahagian
Pentadbiran mengambil tempat ke Bahagian Kewangan. Tujuan pertukaran ialah untuk
memberi peluang semua pegawai mengetahui semua skop kerja, multi tasking.
Memandangkan waktu sudah hampir waktu rehat tengahari, Tuan Megat menamatkan
mesyuarat dengan bertanya soalan kepada setiap pegawai yang hadir, jika mereka ada
perkara yang hendak mereka bincang atau hendak mereka maklumkan. Bagi diri Murni
tiada apa yang hendak dibangkitkan, kepada yang lain juga mengambil langkah selamat
iaitu dengan mengelengkan kepala.
Tuan Megat memandang tajam ke arah semua yang hadir.
“Saya hairan, setiap kali meeting tak ada orang yang bersuara kecuali saya, sepatutnya,
inilah masa jika ada perkara yang hendak dibincang diketengahkan? Tapi bila dah tamat
mesyuarat ada saja soksek soksek kat belakang!” tegur Tuan Megat.
Bergema suara Tuan Megat, bunyi seperti tidak puas hati.
58
Semua yang hadir saling pandang memandang diantara satu sama lain. Hangat ponggong
diperli oleh boss, pedas!
Memang betulpun apa yang dikatakan boss. Keluar sahaja dari bilik mesyuarat barulah ada
isu yang hendak dbangkitkan, seperti ada sahaja yang tidak puas hati.
“Murni, you think you can manage to handle AJK makanan sorang-sorang? Saya rasa
Sheha boleh tolong atau you prefer Zamri?” bergema lagi suara Tuan D.O, apabila melihat
Murni ternganga sahaja apabila Tuan D.O memberikan arahan.
Terus Murni memalingkan badannya ke jiran sebelah, Zamri.
“Apa hal pulak Tuan D.O ni, yang mana satu sebenarnya, Sheha atau Zamri?” keliru Murni
dbuatnya.
Bagi dirinya, mana-manapun boleh, tak ada hal punya. Atau Tuan DO menyakatnya.
Sudah pandai main perli pulak ni, atau arahan serious. Terfikir-fikir Murni, boss ni, yang
mana satu!
“Murni.. which one? Who do you prefer?” tiba-tiba Tuan Megat bersuara sambil tersenyum.
Tersenget misainya. Tuan DO mengulangi soalannya kepada Murni, apabila Murni masih
ternganga, tidak tahu apa jawapan yang paling tepat yang harus diberikan kepada bossnya.
Murni angkat kening ke arah Zamri, Zamri pula angkat bahu.
Ya juga! Manalah dia tahu? Soalan untuk Murni, bukan untuk dirinya?
Tangan DO menaikkan kaca mata yang melurut dihidungnya naik ke atas pangkal hidung.
Tangan yang memegang pen digoyang-goyangnya sementara menunggu jawapan dari
Murni yang serba salah..
Shiha atau Zamri?
“I pilih Shiha, Tuan, senang sikit…sebab bab masak memasak ni elok orang perempuan la.
Tapi bab makan mungkin boleh calon lelaki..”jawab Murni selamba.
Semua yang hadir tertawa apabila Murni memberi jawapan. Tepat jawapannya,
sehinggakan Tuan DO turut tersengeh.
59
Murni yang mengelabah apabila ditertawakan!
Dia rasa sudah betul pilihan dan jawapannya, yang kena tertawa tu kenapa?
Zamri hanya diam dan memandang ke arah Murni sambil mencebikkan muka.
Apa! ingat dia tidak pandai soal masak memasak ke?
Walaubagaimanpun, nasib baik kau pandai jawab Murni, boss saja menyakat tu sebenarnya.
“Ya lah.. Murni sama Shiha dan mungkin beberapa orang lagi untuk AJK makan, semua
setuju ya?” balas Tuan DO.
Yang lain hanya mengangguk sambil tersenyum sinis dengan jawapan jujur Murni.
Memang betul apa? Hal masak memasak eloklah orang perempuan, kerana jika orang
lelaki yang ditugaskan lain pula yang jadinya.
“AJK logistik?. Ada apa-apa cadangan?” tanya Megat Qalif lagi.
“Saya dan Misran okey aje Tuan..” balas Loqman, sambil memandang ke arah temannya
Misran yang duduk berselang 3 kerusi darinya.
“AJK games dan aktiviti?” tanya Tuan DO lagi.
Latiff memandang Hamdan, Hamdan pula memandang Zamri.
“Kami pun tak ada masalah Tuan, insyallah kami akan fikirkan apa akvititi dan games
yang akan diadakan kelak..” akhirnya Latiff bersuara bagi pihak kedua-dua rakan
sejawatnya.
“Hemm… in that case I conclude this meeting and the meeting is adjourn” Megat Qalif
bingkas bangun dan diikuti oleh yang lain-lain lalu meninggalkan bilik mesyuarat.
“Esok you ada hal tak?” tanya Zamri kepada Murni sambil berjalan perlahan dengan folder
masih di tangan masing-masing.
Kawan-kawan lain sudah lama hilang dari pandangan, cuma kelihatan Kamarul sedang
mengemas bilik mesyuarat supaya bilik tersebut kemas dan bersih untuk kegunaan
mesyuarat yang akan datang atau untuk kegunaan lain-lain Bahagian.
“Tak ada apa-apa kut.. kenapa?” Murni bertanya kepada soalan Zamri dengan muka hairan.
60
“Nak ajak you dan Mila gi tengok wayang kat Raub… cerita Ice Age 3.. ingat tak kita
tengok Ice Age 2 last year,, “ tanya Zamri beriya-iya.
“Hemmm.. tengoklah.. you jangan beritahu Mila.. kalau you tanya dia, hendak saja dia tu..
especially pergi dengan you..” kata Murni.
Zamri hanya tersengeh sahaja apabila Murni berkata sedemikian.
Tersusun giginya yang puteh dan kelihatan gigi taringnya yang kecil, jarang dia tersengeh
sebegitu lebar.
Terbayang Zamri kepada wajah comel Mila, jika dia mengujakan rancangan itu terus
kepada Mila. Pasti dia dapat jawapan yang tidak mengecewakan, dan Murni kena akur. Dia
memang mengetahui Mila sayang kepadanya, begitu juga dia. Zamri sudah menganggap
Mila seperti anak angkatnya. Anak angkatnya yang tidak rasmi. Bagaimana hendak
dijadikan anak secara rasmi, susah sungguh hendak meyakinkan si ibu untuk menerimanya
sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Dia sudah berusaha, dari Mila bayi sehingga
Mila sudah sekolah, jawapannya masih sama. Murni takut.. takut pisang berbuah dua kali.
Takut dikecewakan. Jika dahulu, hanya dia yang kecewa, tetapi kini akan melibatkan hati
anaknya juga. Dia tidak mahu Mila pula akan kecewa, dia tidak sanggup melihat hati kecil
itu dikecewakan.
Sedangkan Murni tidak perlu fikir perkara yang belum berlaku. Dia boleh sahaja mencuba.
Mungkin Zamri memang tersurat untuk dirinya, Kenapa perlu membuang masa, masa yang
kini sudah 8 tahun terbuang.
Di dalam perkara ini Zamri tidak pernah berputus asa, dia akan menunggu sehingga Murni
berkata “ya”. Bilakah waktu itu, dan akan tetap dinantinya, soal hati dan jodoh tiada siapa
dapat menduga. Semuanya dengan keizinan NYA jua.
61
“Ya la … I tahu.. that’s why I tanya you dulu.., Muni ..Muni.. keras betul hati you.. I
sanggup jadi bapa Mila..tapi you pulak tak mahu..” sempat pula Zamri mengusik Murni.
“You jangan mengada-ngada, boleh tak!..” geram sahaja bunyi suara Murni, tetapi dia tahu,
itu hanya gurauan dari Zamri sahaja. Sudah acap kali perkataan sebegitu didengarnya.
Sedangkan Zamri memang betul-betul bermaksudkan apa yang dikatanya. Hanya Murni
yang tidak mahu faham.
Murni terus masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja sampai. Zamri pula menuju ke biliknya,
tetapi kemudian berpatah balik dan terus menolak pintu bilik Murni. Murni yang belum
sempat sampai ke tempat duduknya berpaling apabila mendengar pintu biliknya ditolak
rakus.
“Jangan lupa esok… kira jadi aje la.. I pick you up at 11.00, boleh kita makan lunch
sebelum show pukul 3.00” Zamri seperti memaksa, tanpa menunggu jawapan Murni yang
terdiam, berdiri tidak berkotek. Hish.. lelaki ini sudah pandai membuat keputusan bagi
pihaknya pula, tetapi jika ini akan mengembirakan hati Mila, apalah salahnya.
“Hemm.. elok juga pergi jalan-jalan. Lapangkan kepala yang beserabut ni. Sekurang-
kurangnya, hilang sekejap masalah si Badri tu.” Bisik Murni.
“Terima kasih Zam.. you always around when I need a shoulder to cry on..” ucapan yang
hanya mampu terungkap di dalam hati.
Beranikah kata-kata itu diluah kepada Zamri?
Eeeee… Tidaklah!!! Ya ampun…
62
Terdengar horn kereta berbunyi. Mila terus berlari membuka pintu depan, tanpa melihat
horn dari kereta siapa. Dia sungguh yakin, itu kereta uncle Zam. Mila, jika pasal uncle
Zam, bunyi keretapun dia sudah kenal. Mila sudah lama bersedia, sebaik sahaja Murni
memberitahu akan keluar bersama uncle Zam, Mila sudah mengeluarkan baju apa yang
akan dipakainya esok lalu digantungkannya di tombol pintu.
Mila tidak menghiraukan mama kerana dia tahu mama memang selalu bersiap lambat.
“Kak, saya gerak dulu. Ada apa-apa ke hendak pesan kat Raub.?.” jerit Murni., mengetahui
Kak Romlah berada di dapur, sebok berkemas sebelum pulang.
“Tak ada apa apa,yang penting Murni dan Mila, jaga diri baik-baik. Kunci jangan lupa
bawak, akak pun kejap lagi nak balik dah ni..!” jawab Kak Romlah, bersuara dengan nada
yang kuat untuk mempastikan Murni mendengar segala pesanannya.
Murni tanya satu, amanat yang dia dapat menjela-jela. Padan muka!
“Ya..ya. Ada ni ah, Muni ada bawa. Jumpa Isnin nanti kak..!” jawab Murni dan terus
berjalan keluar, meninggalkan Kak Romlah yang berjalan dan kemudian berdiri di tepi
pintu, melambai Mila yang sudah sedia duduk di seat belakang pajero Zamri, Murni masih
terkedek-kedek menuju ke arah kereta. Murni nampak Zamri memerhatinya dari dalam
kereta, membuat Murni rasa kekok berjalan. Mahu tidaknya, risau apabila diperhatikan
orang.
“Ape kenanya pulak, macam tak pernah tengok kita macam ni…”omel Murni.
“Ahhh.. lantaklah!” getus Murni lagi.
Seperti tahu-tahu sahaja, Murni mengambil tempat di sebelah pemandu.
63
Masih awal lagi, apa yang hendak dikejarkan. Turun ke Raub, tidak sampaipun 1 jam
pemanduan.
“Shall we..!” kata Zamri seraya mata melirik Murni yang terkial-kial menarik tali pinggang
keledar. Tali keledar tersanggut-sangkut.
Alahai cik Murni, kena perlahan-lahan tarik tali tu. Gambra agaknya.
“Hemm..” jawab Murni tanpa melihat wajah Zamri yang masih memandang ke arahnya.
Terukir senyuman manis Zamri. Senyum yang keluar dari hatia yang gembira.
Mahu rasanya dia yang menarik tali keledar itu untuk membantu Murni.
Tapikan! Hemm.. pasti terkena anggota badan Murni, tentu dia marah? Kecuali Zamri
hendak maut kena maki. Silap-silap rancangan menonton terpaksa dibatalkan, mahukah itu
terjadi? Dari itu biarkan sahaja Murni dengan masalah tali keledarnya.
“Mila.. okey tak kat belakang tu..!” tanyanya lagi, mengambil berat anak angkat yang
duduk di tempat duduk belakang.
“Mil.. okey uncle..!” jawab Mila bernada ceria.
Di dalam kereta bermacam-macam cerita dibangkitkan Zamri, banyak ditujukan kepada
Mila. Hendak pikat ibu, kena pikat hati anak dahulu. Amboi, pandai Zamri bermain politik,
hendak hidup, kena main drama sikit.
Zamri terus memandu ke gerai makan yang selalu mereka singgah. Dia sudah hafal, apa
kegemaran Murni dan juga Mila. Lapan tahun berkawan, dia sudah masak dengan hati budi
Murni. Terus sahaja pesanan dibuat, tanpa ragu-ragu, kerana Zamri tahu apa yang akan
dipesan adalah kegemaran mereka semua. Memang mereka kelihatan seperti satu keluarga,
cuma tidak rasmi sahaja.
“Ehhh.. Zam.. Zamrikan..?” tiba-tiba suara lelaki di belakang Zamri. Zamri bingkas
bangun, menoleh. Dari nada dan lenggok suara seperti suara orang yang dia kenal!
64
“La.. Sofian..rupanya,, apa khabar awak?”jawab Zamri dengan nada terkejut, lalu
menghulurkan tangan kepada Sofian, Murni juga turut berdiri.
“Ha..Murni, ini Sofian, class mate I masa sekolah menengah dulu” Zamri memperkenalkan
rakan sekolahnya kepada Murni.
“Kita berdua kena tangkap sebab hidap rokok dalam toilet sekolah. ingat tak Pian?“ kata
Zamri sambil kedua-duanya tertawa.
“Bapak kita berdua pula datang naik satu teksi sebab dipanggil oleh guru besar!” terus
mereka sambung ketawa apabila Sofian menambah insiden mereka di sekolah dulu.
“Itu kesah dulu.. nakal juga kita masa tu..ah..“ kata Sofian, mereka tertawa lagi.
“Lama kita tak jumpa ya. Hemmm ada 10 tahun kut. Ya, sejak kau tukar kat atas bukit tu..
jarang jumpa. Nama aje sama-sama orang Pahang. Apa kau buat kat sini? Kau tak balik
Jengkakah?” panjang lebar pula Sofian bertanya Zamri.
Zamri hanya mampu tersengeh menayang giginya seperti iklan ubat gigi colgate. Memang
pakai ubat gigi colgatepun.
“Mari la join kita orang..” Zamri mempelawa Sofian.
“Ohh.. terima kasih, tak boleh nak ganggu keluarga kau. Aku pun nak pergi sana, mereka
tunggu aku kat sana, keluarga aku..” sambil tangan Sofian menunjuk ke arah meja
keluarganya.
“Ya la.. contactlah aku.. ni kad aku..” lalu Zamri menghulur kad nama yang sudah
dikeluarkan dari dompetnya semasa berbual tadi.
“Jumpa lagi Zam. Kahwin tak jemput aku pun ya!..cantik bini kau?”kata Sofian sambil
tangan menepuk bahu Zamri dan beredar.
Zamri tidak membetulkan salah sangka temannya yang menyangka mereka adalah satu
keluarga. Biarkan! Sengaja dia hendak melihat reaksi Murni. Melenting minah tu apabila
dikatakan dirinya sebagai isteri.
Lets wait and see.
Sofian berlalu tanpa menoleh, menuju semula kemeja di mana keluarganya pasti ingin tahu
kenapa mereka lama menunggu.
65
“Zam.. kawan you tu dah salah sangka, I rasa dia ingat kita satu keluarga..” kata Murni.
perasan rupanya Murni.
Zamri dengan selamba menyambung makan tanpa rasa bersalah.
“Tak apa la. Memangpun niat I nak kita jadi kita satu keluarga, you tu saja yang susah
sangat nak terima..ala.. lagipun bukannya luak pun.. biarkan aje.. ” jawab Zamri lagi
bersahaja, lantas meneruskan makan.
Murni terhenti menyuap makanan. Zamri ni memang buat dirinya hilang selera. Mila yang
tidak mengerti apa-apa hanya sebagai pemerhati. Kenapalah dua orang ni.. agaknya
memang susah jadi orang dewasa, fikirnya.
“Hujung bulan ni I nak balik kampung, you nak ikut? “ tanya Zamri kepada Murni yang
sudah tidak menjamah makanan. Masih geram dengan tindakan Zamri, tidak membetulkan
salah sangka si kawan.
Siapa yang hendak mengaku isteri dia agaknya!
Pinggan tak retak, nasi tak dingin, dia yang hendak, tapi aku tak ingin.
Murni senyum sendiri apabila pandai pula mengubah pantun dua kerat ikut seleranya.
Pinggan makanan sudah ditolaknya ke tengah. Zamri menolak semula pinggan ke hadapan
Murni. Suka sangat merajuk perempuan ini sejak dua menjak ini, tidak boleh salah cakap
sikit. Dah jadi seperti filem hidustan pula, main tarik tolak pinggan.
“Tak mahu makan, tak apa, diri sendiri yang lapar nanti” getus Zamri.
Malas dia memujuk.
“Kesah balik kampung tu. Apa halnya pulak I kena ikut you..”kata Murni dengan nada
yang agak tinggi. Marah kerana Zamri tidak membetulkan keadaan ditambah pula dengan
soalan mengajaknya pulang ke kampung. Itu yang membuat marah Murni berganda-ganda.
“Mak I nak jumpa you. Dia nak jumpa perempuan yang bernama Murni Muslihah Majid,
perempuan yang anaknya yang dah tergila-gila..” Zamri menyebut nama penuh Murni.
“Ada I suruh.!.” garang sahaja nada suara Murni.
Hatinya masih geram.
66
Hish Zamri ni, kalau sehari tak ajak bergaduh, tak boleh agaknya.
Sah.. memang susah jadi dewasa. Mila mendongak melihat gelagat mama dan uncle Zam.
Berbual atau bergaduh, Mila tidak pasti. Kenapa uncle Zam tidak tanya dirinya? Yang
tanya mama buat apa? Kalau tanya Mila, memang Mila setuju nak ikut.
“Mil boleh ikut tak uncle?” tanya Mila kepada Zamri yang dengan tersenyum menjawab
“Boleh.. Mila boleh ikut uncle kalau mama jadi pergi.. okey sayang!” jelas Zamri.
“Hem.. jomlah mama pergi kampung uncle Zam.., dahlah kampung Wan Seri kita dah
lama tak balik..” Mila merayu kepada Murni dan terkilan kerana sudah lama tidak pulang
kekampung Murni di Johor Bharu.
Memang sudah hampir dua tahun Murni tidak menjengah kedua ibu bapanya, tetapi
mereka berhubung saban minggu melalui telefon. Atau mereka yang datang berkunjung,
sudah terbalik kut, orang tua yang melawat anaknya, bukan anak melawat orang tuanya.
Semua itu berlaku kerana Murni malas hendak bertembung dengan saudara maranya lain
yang duk sebok bertanya mengapa tak cari penganti, atau kadang tu, soalan mereka kenapa
tak cari bapa baru Mila.. Hish.. soalan-soalan cupumas yang tidak ada jawapan dan yang
sebenarnya malas hendak Murni jawab. Kerana perkara itu memang tidak ada jawapan.
“Ya..ya.. cuti sekolah hujung tahun nanti kita balik kampung mama ya..?, hem.. pasal
kampung uncle Zam, mama tak boleh pergi sebab itu bukan kampung kita, itu kampung
uncle..” jawab Murni, memperjelaskan agar Mila faham.
Zamri menarik muka masam.
Sudah tahu jawapan, Murni tidak akan mengikutnya pulang ke kampung. Tidak mengapa,
jika degil sangat perempuan ini, tahulah bagaimana dia akan aturkan rancangan. Selesaikan
satu persatu dahulu. Utamakan aktiviti Hari Keluarga dahulu. Zamri berbisik sendiri di
dalam hati. Jika tidak berjaya memujuk Murni pulang ke kampungnya pada bulan ini, akan
dicuba pada bulan hadapan, jika tidak berjaya juga akan dicuba di bulan yang lain dan
seterusnya sehingga berjaya. Dia perlu membuat sesuatu, penantiannya sudah terlalu lama,
kini sudah sampai ke kemuncak. Sudah alang-alang menunggu, baik teruskan sahaja
niatnya, kecualilah Murni memang bukan jodohnya.
67
Jangan lama sangat Murni.. jangan biarkan Zamri jadi fosil menunggu lama!
68
Jari Murni menekan nombor di skrin phone, wajah seseorang muncul di kepalanya.
“Assalamulaikum Atie. apa khabar awak..?” Murni bersuara sebaik sahaja mendengar
balasan suara di hujung talian.
Murni teringat teman baiknya Siti Karimah. Entah dari mana pula datangnya nama Atie,
Murnipun tak mengerti, sepatutnya panggilan namanya Siti atau Imah atau setidak-
tidaknya panggilan Mah. Mungkin singkatan dari nama Siti kut.. itu yang timbul panggilan
Atie. Teman yang baik, ibarat adik beradik, sepusat sepusing, emak lain bapa asing asing.
Rapat sejak dari bangku sekolah, kemudian terpisah kerana belajar di kolej yang berlainan.
Takdir menemukan mereka semula apabila sama-sama dapat melanjutkan pelajaran di
universiti luar negara yang sama kerana jurusan yang sama juga. Nasib baik tidak bekerja
di tempat yang sama. Jika tidak, mahu runtuh Bukit Fraser menjadi landai. Gara-gara dua
sahabat Murni Muslihah dan Siti Karimah. Kali ini, mereka terpisah. Kini Atie berada jauh
nun negeri di bawah bayu dan Murni tinggi di atas bukit. Namun tetap dengan kerjaya
yang mempunyai hubung kait mengenai hutan dan tumbuhan, apa lagi jika tidak
pembalakan.
“Tanya khabar kita? Muni tanya kita?.. kita kat sini macam biasa aje. Yang nyata, kita
belum jumpa lagi Pengeran yang kita cari. Entah kat celah mana menyoroknya. Agaknya
kalau kita tukar nama Dayang Karimah, baru dapat jumpa Pengeran yang kita tunggu tu
kut…!” bunyi berkekek apabila kedua-duanya berderai ketawa dengan lawak si Atie.
“Tak payahlah nak tunggu Pengeran, Cik Atie oii, yang ada nama Tengku ke Raja, Syed ke
pun dah cukup lah tu, tangkap aje..Jika mahu tunggu pengeran, mahu jadi bini yang ketiga
atau yang keempat, Isteri pertama dan kedua confirm saudara mara yang ada gelaran
dayang tu!” Laung Murni cuba memerli Atie yang memang dia kenal sejak dari remaja
waktu zaman sekolah lagi berangan bersuamikan orang berketurunan, tak kiralah dari
69
keturunan raja atau pengeran. Gara-gara banyak menonton filem animasi princess. Sampai
merasakan diri teringin menjadi seorang puteri. Walaupun mereka berdua sama-sama
orang Johor, tetapi Atie memang suka berangan semacam. Sudah tahap gaban, tidak boleh
tidak. Tunggu punya tunggu, cari punya cari, umur sudah melepasi 30 an.
“Nak tangkapkan apanya Muni oi.. tak ada tengku, raja ke syed ke yang nak aku tangkap.
Yang ada rajagopal sama ada sayeed lahir hari Jumaat ada la..”jawab Atie sayu sahaja di
hujung talian kemudian sekali lagi mereka ketawa berderai.
“Oii cik akak, yang kau tu apa hal, ribut tidak, hujan tidak,. tiba-tiba call kita ni.. ahhh! Ni
mesti ada cerita baik punya, kalau tak.. haram kau nak contact kita, okey! sekarang cerita..
cerita.. kita dengar..” sedap punya bahasa, Cik Atie seorang ini. Namun Murni tersenyum
dihujung talian mendengar celoteh kawan baiknya yang satu ini.
“Apa? Perlu ada ribut sama hujan aje ke, baru aku boleh call kau? Apa lahhh kau ni
Atie..”jawab Murni sambil mencebekkan mulutnya. Memangpun dia tahu Atie memang
tidak dapat melihatnya yang mencebik muka kepadanya, tetapi apa dia kesah!.
“Tak la.. kita tahu sangat perangai kau tu.. kalau tak ada hal, tak ada nak telefon punya,
seingat kitalah, last sekali kau call kita last year..isnt it right?” bebel Atie
“Hemm.. sooorry.. aku busy sikit la.. lately, banyak pulak kerajaan negeri beri kelulusan
balak, jadi nak mengelakkan negeri Pahang jadi gondol, kenalah berhati-hati. Aku tahulah
tugas kau pun sama macam aku, tapi Sabah hutannya besar, seratus tahun pun boleh tahan
hutannya sebab tanam semulakan? Kat sini pun tanam semula jugak, tapi tak sebesar hutan
kat sana?” apalah melalut cerita pasal hutan pula Murni ni.
Sudahlah di pejabat uruskan mengenai perhutanan, dengan kawan sendiripun topik
perbuatan masih hal hutan.
“Kita gurau aje la.. sejak bila cik Murni Muslihah tak tahan bergurau ni.. by the way, apa
khabar my little princess? Little Mila .. Mimi Sharmila..”tanya Atie.
70
“Mila? Dah tak little lagi.. dah sekolahpun, dah masuk darjah dua tahun ni..”jawab Murni.
“Dah sekolah? Bilalah agaknya kita dapat jumpa budak comel tu.Tulah kau Murni duduk
jauh dari orang, nak pergi naik bukit tu bercinta tau? Lainlah naik heli ke atau ada cable car
ke? Drive pusing-pusing macam ular kena palu, naik pening kepala aku dibuatnya, rasa
nak termuntah tau!, dahlah tu nak naik kena waktu siang aje! Kalau naik malam jawabnya,
jumpa esok di dalam gaung!” Atie meluahkan tidak puas hatinya kepada Murni yang
duduk jauh di atas bukit.
“Ampun tuanku, nanti patik usahakan untuk sediakan heli untuk Dayang Karimah ya…!”
gurau Murni.
“Nantilah aku sediakan satu heli, khas untuk kau .. senang nak jumpa aku kat atas bukit ni..
tapi jangan tak datang pulak?” jawab Murni dan sekali lagi kedua-duanya ketawa, dengan
angan-angan Murni yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Sengaja hendak melayan minah yang lagi jauh membawa diri.
“Okey Murni.. now back to the reason… the reason you call me..I know you have
something to tell me.. you dah jumpa papa baru untuk Mila ke?” akhirnya Atie menyerkap
jarang tujuan panggilan Murni.
“Mana ada? Tak ada cerita lain kau ni. Asyik-asyik hal itu, naik loya aku. Aku dah serik
kau tak faham-faham ke?.. cerita tu will be the last item from my list..”jergah Murni.
Opps, salah rupanya sangkaan Atie. Jika bukan perkara itu, perkara apa pulak ya? Atie
tertanya-tanya.
“Habis tu?..” soal Atie
“Sorry… chill.. kawan chill..” sambung Atie lagi.
“Atie.. kau ingat Badri tak..?“ akhirnya Murni memulakan mukaddimah yang mengganggu
fikirannya sehari dua ini.
“Badri..hemm.. Badri.. kembar Ex kau tu dulu, masa kat UK dulu? of course aku kenal! ”
Atie mengetahui Murni memang tidak suka orang menyebut nama bekas suaminya.
“Hemm..” jawab Murni pendek.
71
“Kenapa dengan Bad tu.. don’t tell me, kau dengan dia. Eh..Murni...jangan Murni, Si Am..
oh.. sorry.. jantan tu. ceraikan kau, lepas tu kau nak kahwin dengan kawan baik dia pulak..
kau dah buang tabiat kea tau sudah tak ada jantan lain di muka bumi ni?“ Atie hampir
terlepas kata menyebut nama bekas suami Murni, tetapi nasib baik dia cepat perasan. Jika
terlepas menyebut nama bekas suaminya, mahu Murni mematikan talian, nasib baik dia
cepat sedar.
“Apa yang kau merepek ni Atie.. tunggulah aku cerita dulu, mana pulak kau dapat idea
yang aku hendakkan si Bad tu.. dia salah sorang yang aku tak mahu jumpa, tapi, you know
what?” belum sempat habis Murni berbicara, Atie potong kata.
“What?” tanya Atie dengan nada tidak sabar
“2 days ago, aku terjumpa dia. Dia datang kat sini main golf..” Murni menghabiskan
bicaranya yang tergantung kerana di potong oleh Atie.
“Habis tu..!” soalan tidak sabar Atie
“You still don’t get it.. do you? Kalau Badri beritahu Ex aku yang dia jumpa aku, nanti
tentulah dia tahu tentang Mila.!.”jawab Murni dan Murni tahu Atie tentu terlopong
mulutnya apabila mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni.
“Ya la.. Murni, jadi macammana sekarang.?.” kendur sahaja suara Atie di hujung talian.
Hilang sudah lawak jenakanya. Terus jadi serious dan simpati kepada Murni dan juga Mila.
Dia cukup mengerti kini, kenapa Murni jadi tidak tentu arah. Ini soal anaknya, soal Mila.
Apa akan terjadi sekiranya bekas suaminya tahu yang dia mempunyai anak dengan Murni.
Anak yang tidak pernah dimaklumkan kepadanya selama 8 tahun ini. Anak yang dia tidak
tahupun keujudannya.
“Aku bingong sekarang ni tau? Takut dia tuntut hak penjagaan, kalau dia tahu dia ada anak.
Tapi kalau Badri tak beritahu, aku selamat. Harap-harap dia tak beritahu. Macammana pun
aku kena bersedia..” sedih bunyi suara Murni dengan harapan yang belum pasti.
72
“Yalah Muni. Bagus you bersedia dengan apa je yang bakal mendatang. Beritahu apa yang
kita boleh tolong, I will always be at your side, no matter what..!” Atie memberi sedikit
semangat kepada temannya.
“Thanks, Atie, aku tahu kau sorang kawan yang baik. Kau selalu ada, bila aku memerlukan.
Buat masa ni tak apa-apa lagi, cuma tu aje nak cerita, mana lah tahu.. aku kena bersedia
kan.. always expect the unexpected.. “ jelas Murni.
“Ya la..kita setuju.. apa-apa pun just let me know okey.. kalau tidak tu, kau dan Mila boleh
aje tukar kat sini.. amacam.?.” Atie memberi cadangan.
Manalah tahu, boleh Murni fikirkan.
“Aku dah malas nak lari lagi.. cukup la.. lagipun aku dah suka kat sini, Mila pun..” jelas
Murni, sayu.
“Tak apa.. harap-harap nothing bad will happen.. okey Murni.. be strong, be brave dan
banyak berdoa sama banyak berzikir, sekarang hanya DIA aje yang boleh bantu
kita..insyallah..” kata-kata peransang yang sangat Murni perlukan di waktu begini.
“Thanks Atie, I will keep you updated from time to time. .. nanti aku call kau lagi tau!..
assalamulaikum.” Murni menamatkan perbualannya.
“Mualaikum salam.. ingat tu Murni.. be strong, banyak berdoa, aku tau, kau perempuan
yang kuat dan tabah.. jumpa Badri tu perkara kecik aje, banyak perkara besar yang dah kau
lalui, tapi kau dapat mengatasinya.. okey..yang penting kau kena ingat yang satu kat atas
sana.. dia aje yang boleh bantu kita insyallah. Atau mungkin pertemuan tu, ada
hikmahnya… kita tunggu aje apa hikmahnya..” kata penamat dari Atie yang panjang lebar,
dah macam ustazah..
Namun ada benarnya.
“Hemm… harap-harap macam tu la.. anyway, thanks again.. nanti kalau ada apa-apa aku
call kau lagi tau!.. bye..” Murni juga menamatan perbualannya dengan teman baiknya.
Sekurang-kurangnya terasa sedikit lega, apa yang terbuku telah diluahkannya kepada Atie.
73
Atie pasti mengerti, kerana Atie tahu segalanya hal ini. Sejak dari perkenalan, bercinta,
berkahwin dan diceraikan. Dicerai dengan talak tiga. Atielah tempat Murni mengadu suka
dan dukanya selain dari kedua ibubapanya.
“Atie.. kau ingat aku kuat, tapi sebenarnya aku tidak kuat seperti yang kau nampak. Aku
berlakon aje, mengaburkan pandangan orang. Aku tak mahu nampak lemah, especially
depan Mila. Ya Allah aku redha dengan ketentuan ini. Dari itu aku mohon kepadaMu Ya
Allah agar beri aku kekuatan untuk menghadapinya.. Aminnn.” Doa Murni bersungguh-
sungguh. Siap dia menyapu kedua belah tangannya ke muka sebaik sahaja selesai berdoa.
Berdoa dan dia akan terus berdoa kerana itu sahaja ikhtiar yang mampu dia lakukan setakat
ini .
74
Diam tak diam sudah dua bulan peristiwa Murni bertembung Badri berlalu. Alhamdullillah,
so far so good, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Waktu untuk Hari Keluarga,
Pejabat Daerah Bukit Fraser juga semakin hampir, hanya tinggal seminggu sahaja lagi.
Sebagai Ketua AJK Makanan, Murni sudah berbincang dengan semua pembantunya.
Maksud pembantunya ialah Shiha dan kawan-kawan, bukannya Zamri okey? Persiapan
untuk memasak bagi lebih kurang 50 orang sudah diaturkannya.
Kak Midah, emak saudara Shiha telah bersetuju menerima tempahan catering. Murni lega
kerana Kak Midah juga mengenakan harga yang sangat berpatutan dengan menu yang
simple tetapi mengenyangkan.
Untuk makan tengahari, Murni telah mencadangkan nasi minyak. Pilihan nasi minyak
dipilih kerana jika nasi minyak, tidak perlu lauk yang banyak seperti nasi puteh. Nasi
minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak korma, jelatah darat dan popadum.
Tidak ketinggalan buah, sama ada sebiji oren atau sebiji epal. Kak Midah juga akan
menyediakan makanan bagi minum petang, katanya dia akan menyediakan pisang goreng
panas dan cucur udang. Menu sebegini dikenakan hanya RM15 satu kepala. Memang
boleh sangat, kira murahlah tu.. Semua makanan akan disediakan di dalam bekas, lengkap
dengan lauk yang diasingkan di dalam plastik berasingan.
Kak Romlah pula bersetuju untuk menyediakan sarapan. Senang sahaja menu untuk
sarapan, Bee hoon goreng berencah udang dan dua jenis kueh manis. Sarapan juga akan
disedia di dalam bekas berasingan dengan harga RM6. Saja suka-suka hendak membantu,
kata Kak Romlah. Dia bercadang membuat kueh lapis dan bingka. Memang kueh buatan
Kak Romlah cantik dan sedap. Nampak gayanya hari itu nanti dipenuhi dengan aktiviti
75
makan..makan dan makan. Diharap semua games akan dapat dilaksanakan, jangan semua
kekenyangan, tak terlarat hendak mengambil bahagian dalam semua acara sukan rakyat.
Air pula akan disediakan sendiri oleh Murni dengan bantuan Kamarul. Air kopi dan teh di
dalam termos tahan panas agar sentiasa panas dan air laycee kotak untuk minuman makan
tengahari. Kudap-kudap juga tidak dilupa, bermacam-macam kudap-kudap disediakannya,
termasuk kacang cap tangan dan jajan-jajan lain. Maklumlah ramai kanak-kanak. Bekalan
air mineral tak usah cerita .. lebih dari 10 kotak sudah disediakannya. Sudah pastinya air
mineral banyak diperlukan, terutama selepas setiap acara sukan rakyat berlangsung.
Sukan Rakyat dibawah kelolaan Latiff and the geng, termasuk Zamri. Entah apalah
agaknya acara yang akan diketengahkan oleh mereka nanti. Tahun ini Tuan DO bersetuju,
venue Hari Keluarga tahun ini akan diadakan di Shahzan Resort. Tuan DO kenal rapat
dengan Tengku Shahzan, sehinggakan Tengku telah bermurah hati memberikan ruang
padang dan lain-lain aktiviti rekreasi seperti aktiviti berkuda dan aktiviti berkayak secara
percuma kepada semua anak-anak buah Megat Qalif pada hari tersebut. Itu juga secara
tidak langsung sebagai promosi dan cara beramal, charity begins at home, jadi bermula
dengan penduduk Bukit Fraser dahulu. Tidak rugi syarikatnya jika sehari diberikan
percuma, betul tak? Namun Pejabat Daerah masih menyewa dua bilik, satu untuk kegunaan
kaum lelaki dan satu untuk kegunaan kaum perempuan. Bilik ini perlu disediakan bagi
keluarga yang masih mempunyai anak kecil dan juga digunakan untuk menunaikan solat,
apabila sampai waktu. Maklumlah, acara akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga petang
selepas Asar. Takkan, setiap masuk waktu mereka terpaksa berkejar ke rumah untuk
menunaikan solat. Walaupun rumah mereka tidak jauh, tetapi adalah tidak masuk akal,
silap-silap bila sudah sampai di rumah masing-masing, terus tidak muncul di padang.
Mana hendak munculnya, terlelap kerana kekenyangan.
Mila tidak sabar-sabar menunggu hari keluarga ini. Memang setiap tahun, hari keluarga
memang ditunggunya walaupun dia mengerti dia tidak mempunyai keluarga yang
sempurna. Hanya dia dan mamanya, Murni. Namun setiap acara bagi kanak-kanak pasti
dia akan mengambil bahagian. Mila seperti kanak-kanak lain sentiasa gembira di mana
76
sahaja mamanya berada. Kanak-kanak seusia ini mana tahu erti kehidupan sebenar, yang
dia tahu semuanya indah.
“Ma.. cepatlah..” Mila bersuara seperti tidak sabar. Dia sudah berdiri di depan pintu kereta
menunggu Murni yang terhegeh-hegeh mengikat tali kasut di depan pintu yang sudah
dikuncinya. Kak Romlah berada di belakang Mila, sambil mengelengkan kepala. Dia
sudah menyimpan semua makanan untuk sarapan Hari keluarga di dalam bonet kereta
Murni. Bee hoon disediakan di rumah Murni. Murni turut membantu.
“Ma…cepat la..nanti lambat?” tegur Mila lagi.
“Ya la… sabar la.. anak mama ni.!.” gumam Murni
Mila terus masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang sebelahan pemandu dengan
muka mencerut.
Merajuk…Mamanya selalu lambat!
Murni terus menghidupkan engin kereta dan berlalu perlahan, mengetahui Mila marah
kepadanya kerana lambat bersiap.
“Kak.. semua dah adakan?” soalnya kepada Kak Romlah yang duduk di belakang.
“Dah Muni, akak dah simpan siap-siap..” jawab Kak Romlah laju.
“Hem.., okeylah macam tu..”Murni terus memandu.
Mila yang memakai kemeja-T sedondon dengan mama, warna mustard bertulisan hitam
“Hari Keluarga PDBF 2020” di poket.
Tangan Mila mengibas-ngibas mukanya dengan topi cap warna yang sama.
Perjalanan ke Shahzan Resort mengambil masa tidak sampai lima belas minit. Belum
ramai keluarga yang sampai walaupun mengikut agenda semua keluarga kena hadir
sebelum jam 9 pagi. Lagi 10 minit jam 9 pagi. Yang kelihatan hanya beberapa orang AJK
makanan dan AJK Games.
77
“Apa barang yang hendak dikeluarkan…” mendatar sahaja suara Zamri singggah ke
telinga Murni yang baru sahaja membongkok hendak mengeluarkan makanan untuk
sarapan dari bonet kereta.
Yang dia perasan Kak Romlah berada disisinya tadi, kini sudah lesap. Ke mana pula
hilangnya Kak Romlah dan kini tiba-tiba muncul Zamri pula. Murni mengetahui, Mila
sudah hilang bersama anak perempuan Hamdan yang sebaya dengannya sebaik sahaja
mereka sampai tadi.
“Eh..Zam.. niha.. barang untuk sarapan..” sambil tangan Murni secara spontan menghulur
bekas plastik empat segi yang sudah bertingkat 3 ke tangan Zamri.
“Ni.. aje..” soal Zamri seperti tidak percaya hanya tiga bekas untuk sarapan 50 orang
“Ada lagi.. yang tu I bawak..” jelas Murni
Mereka berjalan beriringan menuju ke meja yang sudah disediakan untuk semua makanan.
Semua telah diatur oleh AJK Logistik.
“Dah lama sampai..” Murni menyoal Zamri.
“Baru jugak.. Mil mana?” soal Zamri
“Tu..” Murni memuncungkan bibirnya ke arah Mila yang sedang bermain dengan
kawannya di bawah pokok di hujung padang.
Murni sebok mengeluarkan air mineral dari dalam kotak ke atas meja. Zamri pula entah ke
mana, sebok persediaan games pertama agaknya. Macam coklat chipsmore, kejap ada di
depan mata, kejap dah hilang entah ke mana. Itu tidak menjadi masalah, yang penting
barang yang berat sudah diuruskan olehnya. Terima kasih Zam, hanya di dalam hati.
Tuan DO belum nampak lagi, keluarga yang hadir sudah bertambah. Sejurus kemudian
kelihatan kereta Tuan DO memakir di tempat pakir VIP. Tuan Megat keluar bersama isteri
dan dua orang anaknya. Dituruti oleh Tengku Shahzan dan keluarga. Tuan DO menjemput
Tengku Shahzan dan keluarga sebagai tetamu VIP. Tetamu bagi aktiviti ini, bukankah
resort ini Tengku Shahzan yang punya! Takkan pula dia hendak menjadi tetamu di resort
sendiri?
78
Loqman sebagai Master of Ceremony. Dia memang pandai menjadi pengacara, kelakar
pulak tu. Ada ada saja celotehnya, benda yang tidak lucupun boleh jadi lucu dibuatnya.
Patut dicalunkan ke rancangan raja lawak mega dengan nama Manloq-loq. Pandai aje
Murni menukar nama orang!
Selepas pembukaan dan kata-kata aluan dari Tuan DO, dengan secara rasmi membuka Hari
Keluarga PDBF 2020 dengan hidangan pertama, sarapan pagi. Bagi Tuan DO, isteri dan
tetamu jemputan, Murni sudah sediakan di atas meja di hujung koridor. Siap dengan kopi
di dalam termos kecil. Itu pun jika Tengku Shahzan sudi hendak menjamah, dia boleh
sahaja order dari coffee house miliknya, jika dia mahu. Tetapi nampaknya dia sporting dan
sama-sama bergelak ketawa dengan Tuan Megat. Tuan Megat pula memang seorang boss
yang baik, sudah 8 tahun Murni mengenalinya. Dari Tuan DO masih berstatus bujang
sehingga sudah ada anak dua, memang tidak berubah, prihatin dan sporting dalam banyak
hal.
Acara dimulakan dengan sukan rakyat bagi kanak-kanak 6 ke 8 tahun, meniup balon
sehingga pecah. Tanpa disuruh, Mila sudah berada di padang untuk acara ini.
Keputusannya Mila mendapat tempat kedua, dia di kalahkan oleh anak lelaki Hamdan.
Lepas satu acara ke satu acara, yang mana Mila boleh menyertai, pasti ada dia. Ada yang
mendapat hadiah, tetapi ada juga yang tidak. Setiap hadiah yang dimenangi di serahkan
kepada Kak Romlah. Dia tidak langsung menganggu Murni yang sebok ke hulu dan ke
hilir membuat persedian, maklumlah Ketua AJK makanan.
Sehinggalah acara untuk keluarga, di mana permainan ini memerlukan 3 orang ahli.
Seorang bapa, seorang ibu dan seorang anak. Mila hendak menyertai, tetapi siapa sanggup
menjadi bapa olok-oloknya untuk acara ini sahaja!.
“Ma, Mila nak masuklah game ini boleh tak, mama?” Mila dengan termengah-mengah
kerana berlari mendapatkan mamanya dan bertanya Murni yang berdiri di meja makanan.
“Tak boleh sayang… kita tak cukup sorang lagi..” jawab lembut Murni.
79
Mila berlari pula ke arah Zamri yang sedang sebok menyusun hadiah di meja sebelah.
“Uncle, Mila nak masuk game ni la.. ma kata tak cukup orang, uncle jadi bapa tipu Mila
hari ni boleh tak? Hari ini aje..please…please!” tanyanya kepada Zamri mencugap-cungap.
Dengan kerut muka yang meminta simpati. Kasihan pula Zamri melihat Mila. Kepala Mila
diusapnya. Rambut yang diikat ekor kuda, terliang liuk apabila kepala Mila membalas
usapan tangan Zamri.
“Uncle boleh aje, jadi bapa betul-betul pun boleh.. mama setuju ke?” jawab Zamri kepada
Mila, tetapi Mila tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Zamri. Yang dia tahu, dia
mahu menyertai game itu dan awal perkataan uncle Zam ialah perkataan “boleh”.
Tangan Zamri di tariknya, Zamri hanya mengikut Mila yang mengheretnya ke tempat
Murni.
“Ma.. uncle Zam ada..dia kata dia okey” senang sahaja jawab Mila.
Zamri dan Murni saling pandang memandang. Zamri mengangkat bahu. Kasihan pula
Murni melihat Mila yang bersungguh-sungguh untuk menyertai acara itu.
“You tak kesah ke Zam..?” tanya Murni
“Apa salahnya, untuk hari ini aje, janji Mila happy.” Jawab Zamri
“Okey la.. jom ..” Murni setuju agar Mila bahagia.
Lagipun dia dan Zamri tidak mengambil satu acarapun kerana kedua-duanya sebok dengan
tanggungajawab AJK masing-masing.
Terdengar rioh sorakan apabila Zamri, Murni dan Mila turun ke padang bersama beberapa
lagi peserta lain. Kemunculan pasangan keluarga tidak rasmi mendapat sorakan hangat.
Acaranya mudah, ibu dan anak akan melilit satu roll tissue ke badan bapa seperti mumia.
Tissue roll perlu dililit dari kepala hingga ke kaki sehingga habis satu roll, kemudian si
bapa akan melompat ke barisan penamat di mana ibu dan anak menunggu.
Mudahkan!
80
Berbunyi sahaja whistle, Murni dan Mila melilit tissue roll ke badan Zamri yang tegak
tidak bergerak sehingga habis. Cepat sungguh dia melakukannnya. Selesai sahaja tugas
melilit, Murni dan Mila berlari ke barisan penamat menunggu Zamri yang melompat-
lompat ke arah mereka. Mila melompat-lompat sambil bertepuk tangan meminta uncle
Zam melompat lebih laju kerana saingannya sudah rapat. Murni hanya berdiri tersenyum
melihat kelatah si anak. Nampaknya Zamri adalah peserta pertama yang dapat menamatkan
acara ni. Di barisan penamat, Zamri hilang imbangan dan terus jatuh mendakap Murni.
Kedua-duanya jatuh tergolek. Hampir mencium muka Murni, nasib baik, ada beralaskan
tissue roll yang telah berlilit di mukanya, hanya kelihatan mata sahaja. Punyalah malu
Murni apabila semua orang bersorak, termasuk Tuan DO. Yang lebih menghairan, buat
pertama kalinya, hati Murni berdenyut pantas, apabila mata bertemu mata. Tatkala itu
hanya tuhan sahaja yang tahu, berapa lajunya degupan jantung, Murni. Murni dapat
rasakan begitu juga Zamri. Sudah terkuak ke hati Murni yang selama ini ditutupnya kejap.
Cepat-cepat dia bangun meninggalkan Zamri yang terhegeh-hegeh bangun dan
mengoyakkan tissue roll sendiri dengan pantas. Bayang Murni sudah hilang dari
pandangan. Lama juga Murni menghilang, sehingga ke acara penghujung baru dia
kelihatan semula. Murni segan dan malu diperhatikan oleh semua mata yang dia kenal.
Malu yang amat sangat.
Di waktu penyampaian hadiah, Mila dengan bangga mengambilnya, tanpa Zamri atau
Murni yang sudah merah padam muka mereka. Mila tidak mengerti kenapa mama dan
uncle Zam jadi begitu, yang dia tahu dia sungguh seronok di dalam acara ini, tambahan
pula mendapat tempat pertama.
Loqman membuat pengumuman bahawa makan tengahari sudah disediakan. Semua yang
hadir diminta mengambil makanan yang sudah tersedia di atas meja bersama sebotol air
mineral dan sekotak air lychee.
Murni sebagai AJK makanan menunggu di hadapan meja untuk mengagihkan makanan
dengan bantuan Shiha dan Layla. Makanan Tuan DO dan keluarga sudah lama disediakan
81
di meja di hujung corridor, sama tempat mereka bersarapan tadi. Tengku Shahzan tidak
kelihatan, mungkin sebok menguruskan Resortnya.
Majlis penutup Hari keluarga diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan. Semua
keluarga diminta berkumpul untuk gambar berkumpulan. Kemudian pula gambar mengikut
keluarga. Bagi yang tidak berkeluarga, mereka mengambil gambar group single. Single
lelaki dan single perempuan. Zamri turut bersedia untuk bergambar di group lelaki single,
tetapi pengacara, Loqman menyakatnya.
“Zamri.. kau tak boleh masuk group tu.., kau kena masuk dalam group Murni.. nanti
disqualified hadiah keluarga tadi..” Loqman bersuara dengan pembesar suara sambil
ketawa.
Zamri geleng kepala… nanti kau Loqman, kenakan aku ya..
Tetapi Zamri masih bergambar di group bujang lelaki. Apabila giliran Murni dan Mila,
sekali lagi Loqman bersuara.
“Zamri.. Zamri mana. Zamri?.” mencari-cari Zamri dengan pembesar suara.
Hish Loqman ni memang dia hendak kena.
Tiba-tiba muncul Zamri yang ditolak oleh kawan-kawannya ke hadapan.
“Murni.. Zamri masuk dalam gambar keluarga you boleh tak?..” jelas Loqman
Murni malas hendak mengeruhkan keadaan, tak apa la.. hanya sekadar bergambar, apalah
salahnya. Yang penting Mila gembira hari ini, terutama uncle Zam bergambar memegang
bahunya. Murni di sebelah Zamri hanya tersenyum terpaksa, tidak mahu mencacatkan
gambar kenangan. Nanti dikatakan tidak sporting pulak. Namapun Hari Keluarga, untuk
menghilangkan stress setelah berbulan-bulan bekerja.
82
Namun kesah hari keluarga tahun ini mempunyai kelainan. Tajuk utama perbualan, kesah
Zamri terjatuh dan terpeluk Murni. Naik malu Murni dibuatnya, sehinggakan Tuan DO
pun tersenyum sumbing apabila beberapa kali berselisih dengannya. Zamripun sudah tiga
hari tidak datang bertandang ke bilik. Murni lagi. Memang tidak menjengok langsung ke
biliknya, jeling pun tidak. Tiga hari yang panjang, tiga hari yang membuat dada Murni
sesak, juga tiga hari yang Murni gunakan untuk berfikir.
Akhirnya Murni membuat keputusan, sebelum hatinya ditarik oleh magnet yang datang
dari hati Zamri, eloklah dia menebat dulu hatinya.
Wajah Atie bermain di mata, cadangan Atie berhijrah ke Sabah boleh diambil perhatian.
Hello Kota Kinabalu, bye-bye Bukit Fraser.
83
Mila menyorong basikal perlahan-lahan memasuki pintu pagar menuju ke ruang pakir yang
sempit kerana sudah terpakir kereta Murni. Jari kecilnya membuka sarung tangan dan
kemudian meletakkan kedua-dua sarung tangan tersebut di atas seat basikal lalu membuka
topi keledar di kepala. Kemudian tangan terus mencapai semula sarung tangan lalu menjijit
topi keledar, melangkah masuk ke dalam rumah.
"Mila dari mana ni.. pagi-pagi ni, Mama ingatkan Mila ada dalam bilik, rupanya dah keluar,
kenapa tak inform mama?." Mila tersentak apabila terdengar nada Mama lantas
membantutkan langkah Mila.
Mama sudah tersalah makan apa, memarahinya pagi-pagi cuti begini!
“Kenapa ni Ma?”tanya Mila
“Mil, pergi mana? Kenapa diam.. mama tanya Mil ni.?.” ulang Murni, apabila soalannya
tidak mendapat jawapan.
"Mil..hemm Mil .. berbasikal dengan uncle Zam.." terketar-ketar Mila memberitahu Murni.
Dia mengetahui mood Mamanya pagi ini kurang elok; Mila tunduk menunggu sahaja akan
dimarahi oleh Mama, terutama apabila sudah tersasul menjebut nama lelaki yang Mama
sangat benci sewaktu ini.. Zamri.
Murni mati-mati memikirkan Mila masih berselimut di hujug-hujung minggu begini.
Salah rupanya sangkaannya. Tup-tup Mila muncul didepan pintu, baru balik dari mana
entah.
Tangan yang tadinya pantas mengeringkan rambut, terhenti, murni baru selesai mandi
gamaknya.
Senyap kedua-duanya seketika, Mila meneruskan langkah naik ke atas menuju ke biliknya.
"Mil!..dengar sini..dengar tak mama bercakap Mil ni.." kedegaran nada marah, Murni
mula meninggikan suaranya lagi. Temperaturenya naik, terutama si anak menyebut nama
lelaki yang dia tidak mahu dengar buat masa ini.
84
"Berapa kali ma nak beritahu Mil.. kalau nak keluar ke mana-mana inform mama dulu..
kalau jadi apa-apa siapa yg susah?. Jerit Murni sambil menjegilkan biji matanya. Bagaikan
hendak terkeluar biji matanya. Nama lelaki itu betul-betul menekan suis kemarahannya
ketahap maksima.
Bagaikan singer betina yang lapar sahaja lagaknya. Jawapan Mila berbasikal dengan Zamri
memang menghantui fikirannya. Kenapa Mila keluar dengan lelaki itu. Mendengar nama
lelaki itu mampu membuat hatinya mendidih.. mendidih marah. Raksa mercury di dalam
thermometer melonjak ke paling atas sehingga tidak ada nombor.
"Mil pergi dengan uncle Izam ma.. bukan dengan orang yang ma tak kenal? Lagipun, pagi
tadi Mil masuk bilik mama, tengok ma masih lena.. tak jadi nak kejutkan..” Mila bersuara
perlahan sambil muka tunduk memandang kakinya sendiri.
“Wah..wah, dah pandai melawan. Mila,sejak akhir-akhir ni dah tak dengar cakap mama
ya”. Jerit Murni lagi.
Terkejut Mila melihat mamanya yang lain macam sahaja reaksinya. Marah betul dia
dengan uncle Izam. Apa salah uncle Zam.. dia tidak mengerti.
"Tak kesah..dengan uncle Zam ke dengan sesiapa sekalipun .. Mila kena beri tahu, mama
mati-mati ingatkan Mila masih tidur..?, ni mana uncle Zam..!" tengking Murni lagi.
Sebenarnya hanya marah dengan Zamri, jika dengan orang lain, rasanya dia tidaklah
semarah ini.
Yang bertanyakan Zamri buat apa?
Jika Zamri masih ada diluar, apa yang hendak dilakukan kepada lelaki itu?
"Dia dah balik rumah dialah ..” jawab Mila
Murni lega, sudah berambus rupanya lelaki itu.
Mila tunduk apabila dimarah begitu, berdiri tegak tanpa berkotek. Dia tahu mamanya
sedang naik hantu. Dia tidak faham, Mamanya memarahi uncle Zamri atau memarahi
dirinya.
“Ma.. Mil minta maaf, sebab Mil buat Mama marah..” terus berlari naik meninggalkan
Murni yang merasa serba salah, memarahi Mila tanpa mendengar penjelasan dari gadis
kecil itu terlebih dahulu.
85
Kemarahanya membuak-buak apabila Mila menyebut nama Zamri.
Marah betul Murni dengan Zamri kali ini.
Murni dengan Zamri sejak dua menjak ini asyik bercakaran sahaja, sejak insiden hari
keluarga entah kenapa Murni marah betul dengan Zamri. Sudah seminggu peristiwa itu
berlalu tetapi Murni masih malu diperli setiap kali bertembung dengan kawan-kawan
sepejabatnya, malah satu pejabat daerah Bukit Fraser.
Itulah sebabnya Murni mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Sabah pula. Dia
terpaksa berpindah juga kali ini, walaupun hatinya berat hendak meninggalkan bukit ini.
Namun keputusan sudah diambil. Dia harus tinggalkan tempat ini.
Pertama, kerana dia tidak ingin bekas suaminya menjejakinya.
Kedua, dia tidak mahu Zamri rapat dengannya. Walaupun sebenarnya dia juga sudah
perlahan-lahan menyimpan perasaan kepada lelaki yang bernama Zamri. Cuma dia cuba
nafikan. Rancangan untuk berpindah, belum diberitahu kepada sesiapa terutama Mila dan
Kak Romlah. Rancangan masih tertalu awal, Murni hanya meminta bantuan Atie
mencarikan jawatan kosong yang sesuai untuknya. Jika ada, dia ingin cuba memohonnya.
Sudah ada kerjaya baru urusan perpindahan akan diuruskannya. Jika tidak ada kerja, siapa
pula yang akan menanggung hidupnya dua beranak. Rancangan ini akan diberitahu apabila
sampai waktunya kelak.
Setelah beberapa minit Murni tersedar, kenapa dia marah sangat kepada anaknya. Dia
masih anak-anak, bukannya dia tahu apa yang sedang bersarang di kepala otaknya. Murni
rasa menyesal. Pastinya Mila juga hairan dengan perangai cepat marahnya sejak akhir-
akhir ini.
“Mil, maafkan mama..” bisik hati kecil Murni.
86
Selepas membersihkan diri, Mila berfikir sendiri di atas katil. Memikirkan apakah
salahnya sehingga dia dimarahi oleh mama begitu sekali. Apakah agaknya kesalahan uncle
Zam yang boleh membuat mama begitu marah sekali dengannnya. Mila yang tidak tahu
menahu yang mama mengisytiharkan perang dingin dengan uncle Zam. Manalah dia tahu
hal-hal orang dewasa ni complicated sungguh untuk difikirkannya.
Kalau boleh mahu sahaja dia menjadi seperti wakil pengaman, agar kedua belah pihak
aman dan ceria seperti dahulu. Tindakan perlu dilakukan, apalah agaknya yang perlu
dilakukan jika dia bertindak sebagai wakil pengaman diantara Mama dan uncle
kesayangannya. Perlukah Mila memberitahu uncle Zam tentang apa yang berlaku
kepadanya pagi ini, dimarahi Mama hanya kerana berbasikal dengannya. Sedangkan
aktiviti berbasikal selalu sahaja dilakukan jika ada kelapangan dengan uncle Zam, dan ada
kalanya juga Mamapun turut serta. Tetapi lain pula jadinya hari ini. Bagaikan dia
melakukan satu kesalahan yang amat besar. Kesalahan yang memang tidak boleh
dimaafkan. Kesalahannya ialah berbasikal bersama uncle Zamri.
Hayla Murni.. meroyan pula dia.
“Maafkan Mila, mama. Mila tak akan buat lagi..” dengan muka monyok dan tunduk Mila
menzahirkan kemaafan.
Sedih sungguh mukanya.
Kasihan kau Mila..
87
Murni hanya membiarkan sahaja deringan telefon bimbit tidak henti berbunyi. Sudah
banyak kali melaung-laung, memekakkan telinga sahaja. Dia sudah tidak terkira
bilangannya. Murni mengetahui siapa pemanggil kerana tertera nama di skrin. Mamat degil
dan tidak faham bahasa, apa lagi yang dia mahu!
Hari Keluarga PDBF sudah dua minggu berlalu. Marahnya kepada lelaki ini masih
menebal. Akhirnya Murni kalah, talian yang tidak henti-henti berbunyi itu dijawabnya juga.
Daripada memekakkan telinga baik dijawab sahaja. Nasib baik Kak Romlah sudah pulang
ke rumah dan Mila ke rumah Tirah. Ingatkan hujung-hujung minggu begini, dia mahu
melegakan fikiran dengan bersendirian, tetapi ada pula melaun yang menalefon tidak henti-
henti.Orang itu tentunya kurang siuman atau kurang akal. Hanya orang kurang siuman
sahaja yang sanggup mendail setiap 5 minit. Hanya orang kurang akal yang tidak faham-
faham orang tidak mahu bercakap dengannya.
“Ha!!.... apa hal.!.” kasar sahaja bunyi nada suara Murni menjawab panggilan Zamri
“Assalamulaikum.. apa yang jawab kasar sangat ni… relax cuba buat relaxxx” jawab
Zamri cukup berlembut.
“Awak sudah makan?” sambungnya lagi.
“Mulaikumsalam…”laju sahaja Murni menjawab salam yang diberi.
Takut pula salam tidak berjawab, jatuh berdosa pula.
“Tanya kenapa? Perut I, lapar ke kenyang ke apa you kesah?”jawab Murni kasar.
“I kesah!” jawab Zamri, buat Murni terkesima.
“You nak apa cari I week-end ni..orang nak rehatpun tak senang”kendur juga kemarahan
Murni dengan teguran Zamri, tetapi masih berbaur marah.
“Saja.. nak tanya khabar you dengan Mil.. apa khabar awak?” Zamri sudah lali dengan
angin perempuan ini.
88
“Apa ke halnya pulak.. sejak bila you so caring…nak tanya khabar I dengan Mila bagai! ”
naik semula nada suara Murni satu oktaf.
“Dah lama.. you aje yang tak perasan..Mil mana?” jawab bersahaja Zamri.
Sudah masak dengan perangai perempuan ini. Marahnya sekejap sahaja, dia tahu,
marahnya tidak kemana.
“Kenapa tanya Mila pulak.?.” Murni pula yang bertanya.
“Saajee” jawab Zamri pendek dan meleret.
“Itu aje!.. kalau setakat nak tanya khabar.. baik tak usah call, buang masa I aje nak jawab
call you yang rajin sangat call I every 5 minutes..” jawapan dengan nada tidak puas hati
Murni.
Kena pula dapat jawapan yang tidak masuk akal dan menyakitkan hati.
Sah si lelaki ini kurang satu screw di kepala.
“Okeylah, kalau macam tu.. bye..” gesa Murni hendak mematikan talian.
Dari menghabiskan air liur bergaduh, baik hentikan sahaja perbualan. Dosapun tak
berkumpul banyak kerana marah pada orang tak tentu pasal.
“Ehhh..ehhh Murni.. nanti.. tunggu!. I ada something nak beritahu you ni..” Pulak! Murni
hairan, tadi kata tidak ada apa-apa, saje hendak bertanya khabar. Tetapi sekarang beritahu
ada benda yang hendak diberitahu pulak.
Wahai Encik Zamri, teka teki apakah ini!.
“Sebenarnya I ada hal penting nak cerita dengan you.. that is why I call you, we need to
talk.., I really mean it.. we need to talk..” lembut sahaja suara Zamri, membalas suara
Murni yang kasar, setiap kali menjawab pertanyaan yang dikemukakan Zamri.
“Talk about what Zam..? I segan tau.. segan..malu..you masih tak fahamke? ” jawab Murni
seperti hendak menangis.
“I want to talk about us.. dan apa yang you hendak malukan.. it was an accident okey..
accident..you tahu tak makna ac..ci.. dent. I tak ambil kesempatan pun.. it just happen, I
terjatuh kat badan you.. itu aje“ Zamri menjelaskan.
89
Menekan perkataan accident dengan menyebut satu syllable kata, satu persatu, perlahan-
lahan.
“Muni.. I want to see you.. , in half an hour time.. boleh..?, I want to tell you something.. I
will pick you up in half an hour time, I promise lepas ni I tak ganggu you lagi dah!” seperti
serious sahaja bunyi suara Zamri.
Betulkah pakcik ini tidak akan mengganggu hidupnya lagi.
“Zam.. what you want to tell me..you can just tell me now.. kenapa..tak boleh cakap
sekarang kat dalam telefon?” berkerut muka Murni memikirkannya, hairan pula dengan
suara Zamri yang serious. Tidak pernah dia berbicara serious begini disepanjang
persahabatan mereka. Boleh percaya ke pakcik ni! Mungkin betul dia ada benda yang
hendak disampaikan. Terus cair hati Murni, terus nada keras menjadi lembut.
“Tak boleh, I tak boleh cakap dalam telefon, itulah I need to see you..lagi setengah jam
okey..” Zamri mendesak Murni dan mematikan talian. Mahu tidak mahu Murni terpaksa.
“Zam.. zam nanti!“tetapi talian sudah dimatikan.
Hendak tak hendak, Murni kena bersiap. Dalam setengah jam Zamri akan datang
menjemputnya.
Sudah kes paksa rela!
“Apa ajelah si Zam ni.. tak serik-serik ke kena sakat.. “ bisik hati Murni, namun dia bersiap
juga untuk berjumpa Zamri.
Tapi jangan harap dia hendak keluar on time. Biar dia tunggu, kalau 8 tahun dia sabar
menunggu, takkan, sejam dia dah tak boleh sabar. Murni memang betul-betul hendak
menguji kesabaran Zamri.
Murni mengambil lebih dari setengah jam seperti yang diminta Zamri. 45 minit baru dia
muncul setelah Zamri menunggu hampir 20 minit di dalam kereta. Zamri sabar menunggu,
jika Murni mengambil masa lebih dari itu pun dia akan tunggu. Asalkan Murni muncul, itu
sahaja harapannya. Di dalam kereta, kedua-duanya membisu, tidak tahu apa topik
perbualan. Kereta Zamri meluncur menuju Allen Water.
90
Allen Water Restaurant
Mereka duduk di restaurant tepi tasik. Kelihatan beberapa pengunjung yang mengayuh bot
berpasangan. Zamri senyum, melihat pengunjung yang riang ria. Di dalam hati berkata-
kata, alangkah indahnya jika dia dan Murni yang mengayuh bot tersebut dengan riang ria.
Tetapi jangan mimpi, usahkan hendak berada di dalam satu bot, satu kereta pun asyik diam.
Jika naik bot, mahu bot tidak bergerak dibuatnya, kerana masing-masing tidak akan
mengayuhnya.
Cuaca sangat cantik dan terang, kelihatan berbalam-balam gunung di Banjaran Titiwangsa
yang menjadi latarbelakang tasek di Allen Water ini. Sesekali angin dingin menyapa muka
Murni dan terasa sungguh nyaman. Segar sedikit rasa dirinya, hilang sementara marah
kepada Zamri dek hembusan bayu segar.
“You nak minum apa?..” tanya Zamri apabila pelayan datang bertanya.
Namun tiada jawapan dari Murni. Hati Murni masih bengkak terutama dipaksa-paksa
begini.
“2 fresh orange please” mendatar sahaja suara Zamri membuat tempahan.
Mengetahui Murni memang pengemar jus, apa sahaja jus buah menjadi pilihannya. Tidak
perlu bertanya dua kali, memang pasti tidak akan mendapat jawapan. Zamri memesan
minuman bagi pihak Murni yang mengambil langkah untuk terus berdiam membisu.
“Hah… okey.. apa yang you beria-ia nak beritahu I.. tadi.. tak sabar I nak dengar..its better
be good okey..” baru Murni hendak bersuara kerana sudah tidak sabar Murni ingin
mengetahuinya.
“Relax Murni.. what a beautiful day, today ah!.. jangan spoil mood okey!.. nekmati hari
yang ceria ni sepenuhnya” jawapan Zamri yang tidak langsung ada kena mengena dengan
pertanyaan Murni.
91
Zamri masih tidak putus asa, cuba meredakan bahang yang masih panas di dada Murni
terhadap dirinya. Lagipun dia tahu, berita yang bakal disampaikan akan mengeruhkan lagi
suasana, bukan bertambah baik.
Cuaca yang cantik dan dingin juga tidak berjaya menyejukkan hati Murni yang tambah
terbakar oleh desakan Zamri untuk berjumpa.
“Muni, firstly I nak beritahu you, I ada satu hajat, hajat itu memerlukan you untuk ia
menjadi kenyataan” Zamri tunduk sambil menyedut jus oren yang telah berada di
hadapannya. Sebenarnya dia berat hati hendak menyampaikan, tetapi dia memaksa diri
untuk meluahkan memandangkan keadaan kini akan membuatkan jurang diantara dirinya
dengan Murni bertambah jauh. Sebelum ini berlaku, dia perlu mengambil tindakan pantas.
Dengan meluahkan apa sahaja yang terlah tersimpan di dalam hatinya selama ini.
“Apa hal pulak, hajat you tapi I pulak yang terlibat..? Pelik!” tanya Murni dengan wajah
berkerut-kerut, tidak memahami apa yang hendak disampaikan oleh Zamri. Memang
Murni tidak mahu faham.. sejak dari dahulu lagi, memang dia selalu lari dari tajuk, jika
Zamri cuba berbicara berbunga-bunga seperti ini. Dia rasa seram sejuk dan naik rimas.
“Muni… macam ni.. lah, senang cakap… I nak ambil you sebagai isteri I, you sudi tak?, I
rasa this is not the first time I melamar you.. dah berzaman, but I still did not get any
answer, but this time I nak you fikir baik-baik, for Mila’s sake.. Murni.. Mila needs a
father.. I sayang dia dan I sanggup jadi bapa dia, walaupun hanya sebagai bapa tiri..”
Zamri meluahkan hatinya. Zamri risau sebenarnya, adakah sudah tiba masanya dia
mengujakan hasratnya.
“Awak ni kenapa Zam?” jawab Murni sambil ketawa kecil
Lucu pula dirasanya.
Tetapi part mana yang lucunya?
Orang melama, yang dia ingat main-main pondok main kahwin-kahwin tu ke?
Nasib kaulah Zamri…
92
Adakah ini, salah waktu?
Sekarang bukan yang terbaik untuk dia melamar Murni?
Waktu mereka sedang perang dingin. Ditambah pula faktor persekitaran yang dingin,
bertambah-tambah dingin perhubungan mereka. Terutama hati perempuan di hadapannya
yang memang sudah beku dan tidak mudah dicairkan. Cik Murni, berapa lama agaknya
kau berguru dengan snow queen, sehingga kau berjaya membuat hatimu sekeras batu dan
sesejuk ice. Hamba ini, tidak sempat berguru dengan si Wizard, untuk mempelajari ilmu
saktinya bagaimana hendak mencairkan hati seorang perempuan. Sudah 8 tahun berusaha,
tetapi masih tidak berjaya. Rasanya, adakah ada penantian hamba ini bagi tahun yang
kesembilan?
Zamri sudah tidak melamar secara romantik lagi,lebih baik straight to the point, kerana
melamar secara romantik dia sudah cuba beberapa kali, tetapi tidak berjaya. Siap bunga
bagai.. akhirnya Murni ambil bunga tapi tidak juga ada jawapan. Cuma nasib si bunga,
baik sedikit, tidak tercampak ke dalam tong sampah.
Kali ini Zamri nekat, lantaklah apa Murni akan kata, janji dia akan terus mencuba sehingga
Murni bersetuju.
Murni hanya diam menunggu Zamri menghabiskan kata-katanya. Dia sudah naik muak..
“Kenapa? You sudah bersedia ke nak terima I dan Mila dalam hidup you, bukankah
banyak gadis-gadis lain yang muda dan yang lebih cantik.. kenapalah you masih cari janda
yang dah ada extra baggage ni. Sudah berapa kali you cuba, dan you tentu dah tahukan
jawapannya...” Murni sudah tidak malu lagi menjawab soalan Zamri.
“I tak hendak perempuan lain, I hendak you.. 8 tahun I tunggu..tunggu jawapan dari you..”
jelas Zamri.
Belum sempat Zamri menghabiskan kata-katanya Murni mencelah.
“Siapa suruh you tunggu, ada I suruh? I tak suruh kan! Terus terang, I memang suka
berkawan dengan you, tapi hanya sebagai kawan, sebab I banyak kekurangan dan I tak
93
mahu you rugi dalam banyak benda dan nanti you menyesal..” terang Murni, dia tegas
dengan pendiriannya.
“I pun banyak kekurangan, kalau you sudi terima kekurangan I, kenapa pula I boleh terima
kekurangan you. Kita ni manusia Muni, mana ada manusia yang sempurna?”jawab Zamri,
dia sedar dan faham tentang perkara itu.
“Tapi…” kata-kata Murni terhenti.
“Shu shu..shu.. tunggu I habis cakap dulu” Zamri memotong kata-kata Murni kerana dia
hendak menjelaskan sesuatu.
“Remember 2 months ago, masa kita lunch di Smokehouse, you jumpa that guy hemmm…
the group from KL yang main golf. Lepas tu you tak tentu arah, nak balik ofis cepat. I
tanya you tak mahu cerita. You know what? I balik awal that afternoon I pergi semula ke
Smokehouse dan confront that guy, nasib baik the group still around. Dia cerita banyak
kesah yang I tak tahu selama ini. Kini I dah tahu banyak kesah silam you. I tahu kenapa
you merajuk bawa diri sampai di sini. Dia ingat I suami you, I biarkan aje. For you info,
your ex is looking for you, dan dia tak tahupun keujudan Mila dan dia tidak tahu dia ada
anak, so untuk selamatkan Mila, you kena terima lamaran I this time, or else.. I takut bila
dia tahu nanti, dia akan tuntut Mila dari you, sebab dia lawyerkan? Lawyer yang berjaya.
Your friend.. apa ke namanya! Bad.. ya Badri told me your ex dah berpisah dengan wife
dia, perempuan yang perangkap you.. and they dont have any children, he is also looking
for you.. dia nak pujuk you semula.. dia menyesal salah sangka dengan incident tangkap
khalwat tu…” panjang lebar Zamri bercerita, sehingga terlihat urat-urat leher sewaktu
bercerita bersungguh-sungguh.
Dia harap penjelasannya yang panjang lebar akan dapat menyedarkan Murni dan akan
terus setuju dengan lamarannya. Harapan Zamri setinggi gunung, namun harapan untuk
gunung runtuh tetap ada. Bukan dia tidak kenal Murni, malah terlampau kenal sehingga
sudah tahu jawapan sebelum ada soalan!
Namun kali ini ada peluang besar..
94
Ya! Peluang cukup besar, terutama apabila melihat Murni yang ternganga di hadapannya,
mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang diluahnya seraya menelan air liur sebesar
guli satu persatu, bagaikan menelan kesah hidupnya diperkatakan oleh seorang lelaki yang
bukan ahli keluarganya.
Murni malu kesah silamnya di selak lelaki ini. Namun dia terima kenyataan kerana apa
yang diperkatakan semuanya benar, terfana mendengar setiap butir kata yang keluar dari
mulut Zamri. Terlalu detail, kesah hidupnya yang telah ditutupnya rapat-rapat, yang kini
sudah terburai keluar. Keluar dari mulut kawan karibnya yang kini bakal menjadi
musuhnya.
“I tahu dia ceraikan you talak 3, untuk rujuk semula dengannya you kena berkahwin
dahulu. That is why you tak mahu kahwin lagi, takut nanti kalau you janda semula dan dia
boleh nikah semula dengan you kan? But that is not going to happen if I’m your husband..
I will be at your side selagi you memerlukan I, kecualilah kalau you dah jemu dengan I..
itu cerita lain.. but for now, I want you to be my wife. I nak hentikan semua gossip dan juga
for Mila’s sake. Lagipun Islam membenarkan konsep cina buta tetapi si pelaku dimurkai
ALLAH, you tahu tu kan?” Tidak henti-henti Zamri menjelaskan pertemuan mereka kali
ini. Hinggakan tidak memberi peluang Murni mencelah.
Murni masih ternganga, dia terkejut, sehingga hilang kata-kata. Boleh diibaratkan Zamri
sedang membogelkan dirinya dengan membuka sehelai demi sehelai pakaian yang ada
pada dirinya, sehinggakan tidak adapun seurat benang.
Masyallah!!
95
(Masih di Allen Water)
Dia tidak menyangka rupanya Zamri begitu banyak mengetahui perihal dirinya. Dia juga
tidak sangka Zamri berjumpa Badri rupanya petang itu. Badri telah menceritakan
segalanya kepada Zamri.
“Kurang asam kau Badri! How could you.!. Cilaka punya jantan! Bukan main lagi pandai-
pandai memburaikan keaipan orang.. tak maluke? Jantan sial!” marah Murni kepada si
lelaki itu. Ingatkan perempuan sahaja boleh jadi mulut tempayan. Rupanya lelakipun tidak
kurang hebatnya. Lebih besar dari mulut tempayan!
Tetapi apabila mengetahui bekas suaminya sedang mencarinya, Murni rasa gelabah. Tiba-
tiba Murni rasa takut, takut hendak menerima kenyataan yang bekas suami sedang
mencarinya. Apa akan terjadi jika Badri memecah tembelang, tentang di mana dia berada
kepada bekas suami. Dan yang lebih dia takut apabila dia mengetahui tentang Mila. Murni
takut kehilangan Mila, dia sanggup buat apa sahaja asalkan Mila masih bersamanya. Murni
tahu Zamri boleh menerima dirinya dan Mila. Bagaimana pula dengan keluarga Zamri?
Bolehkah keluarganya menerima hakikat yang anak terunanya gilakan seorang janda yang
lebih tua darinya dan sudah beranak satu.
Murni perlu memikirkan Pelan B, iaitu menerima sahaja lamaran Zamri, tanpa perlu
memikirkan Pelan A yang masih belum difikirkan.
“Ahhh… bingong.. binggong.!!.” Murni menarik nafas panjang.
Berbagai soalan muncul bertalu-talu di minda yang sedia berserabut. Dia langsung tidak
dapat fokus dengan apa yang sedang Zamri cakapkan kepadanya. Yang dia nampak mulut
Zamri yang terkumat kamit. Otak Murni sudah dipenuhi dengan soalan-soalan yang bakal
didengarnya. Air jus yang sudah lama berada di atas meja terus dihirup tanpa meminta
kebenaran dari Zamri. Tekaknya tiba-tiba kering disebabkan kesah hidupnya yang
96
tunggang langgang telah diketahui Zamri dan akan jadi haru biru jika bekas suaminya
muncul semula dalam hidupnya. Menuntut haknya daripada Murni, hak yang menjadi
rahsia selama ini.
“Ya ALLAH.. selamatkan hambamu ni,tenangkan hatinya, dan berikan petunjuk agar
hambamu dapat memilih dengan tenang dan yang terbaik untuk dirinya. Hanya kau yang
mengetahui “ berastagrafar Murni.
Murni tunduk, air mata sudah berjujai turun. Mata ditutup dan kepala mengeleng-geleng,
seperti tidak percaya yang Zamri mengetahui segala kesah hidupnya yang penuh dengan
warna warni.. tetapi warna hitam yang melebihi dari warna ceria..
“Murni..Murni..” Zamri memegang kedua belah pipi Murni untuk menghalang dari terus
mengeleng dam mendongakkan muka Murni.
Terang sekali Zamri menyebut nama Murni yang selama ini hanya Muni, tanpa R.
“Murni.. dengar sini.. I sayang you and I need you and Mila beside me..trust me..sayang,
terimalah lamaran I, I promise I will try to protect you and Mila. Your ex masih ada hak
atas Mila, dia biological father Mila, sebab bila Mila mahu bernikah, dia kena jadi wali,
wali yang sebenar, kecuali jika dia tak mahu hadir… kena pakai wali hakim. But I can still
jadi bapa dia, as a step father… fikir Muni.. you fikir baik-baik.. Mila makin besar, sooner
or later, dia mesti tanya siapa bapa dia… I want to be with you to explain all this to her..”
sayu sahaja pujukan Zamri.
Sudah berani memegang muka Murni. Dia bukannya mengambil kesempatan, tetapi hanya
ingin Murni berhenti mengelengkan kepalanya. Geleng beribu kalipun tidak akan dapat
mengurangkan apa-apa, sakit leher lagi ada.
Mata Murni sudah merah dan berkaca. Air mata mengalir perlahan ke pipi. Lembut
rupanya hati perempuan ini, kelemahannya kepada Mila. Dia tidak sanggup kehilangan
Mila, Zamri tahu itu. Hidung sudah memerah. Dari menangis dalam diam, sudah
mengeluarkan esakan. Itulah kelebihan perempuan.. senjata melemahkah lelaki dengan air
mata..
97
Sungguh! Zamri juga cair apabila melihat perempuan menangis, tambahan pula di
hadapannya, perempuan yang amat dia sayang. Sayang dalam diam kerana perasaan
sayangnya tidak pernah berbalas.
Pengunjung yang lalu lalang sudah tidak dihiraukan drama tidak berepisod. Mereka pasti
mengangap, suami isteri yang sedang bergaduh kerana melihat Murni yang beresak-esak
menahan sedu dan Zamri sedang memujuk. Nampak sangat romantik, pujuk memujuk,
tanpa mereka tahu apa kesah sebenarnya.
“Sudah tu..” Zamri menghulur kertas tissue untuk Murni mengelap air matanya, dari dia
terus menyika air mata yang berlumba-lumba turun di pipinya yang puteh dengan belakang
tangan.
Jika perempuan yang sedang menangis di hadapannya kini, isterinya sudah pasti akan di
dakap agar dapat dia merasa lega. Tetapi apakan daya, perempuan itu tidak ada kaitan apa-
apa denganya. Langsung tidak ada ikatan apa-apa. Bukan girlfriend, bukan tunang, dan
juga bukan isteri. Hanya seorang perempuan yang dia sayang dan cinta, tetapi tidak
berbalas Dia hanya mampu memandang, tidak lebih dari itu.
“Dah.. nak I hantar balik ke atau macammna?I nak you relax dan fikirkan apa yang I
cakapkan tadi” kata Zamri lagi.
Kali ini hanya suara Zamri sahaja kedengaran.
Murni tidak bersuara langsung..
“Oh ya.. I jugak pernah tiga kali pergi jumpa mak dan abah you kat JB.”terang Zamri.
Bulat mata Murni yang masih merah, terhenti esakan, terkejut dengan apa yang baru
didengarnya.
“Hah! Jumpa mama dan abah?” Tetiba Murni bersuara.
Murni seperti tidak percaya apa yang baru didengarnya. Zamri memberitahu dia juga
pernah berjumpa dengan mama dan abah di Johor Bharu. Betul ke apa yang didengarnya,
atau Zamri hanya ingin dia berhenti menangis. Sungguh serious lelaki ini rupanya dengan
perhubungannya.
98
“Mama Seri..She is such a nice lady..dan Pak Cik Majid seorang yang open minded, abang
Ghaus juga baik..” sambung Zamri lagi. Zamri hanya memerhati Murni yang sudah
terbeliak biji mata, tanpa sepatah kata.
Murni hilang kata-kata, tidak disangka selama 8 tahun dia berkawan dengan Zamri, banyak
perkara yang berlaku yang tidak dia ketahui tentang lelaki ini. Semuanya mengenai dirinya
dan keluarganya. Pandai Zamri menyimpan rahsia. Patutlah mak selalu bertanya khabar
mengenai Zamri, ingatkan mak hanya sekadar bertanya kerana Murni sering juga
menceritakan kesah Zamri kepada mak. Maklumlah Zamri selalu membawa Murni dan
Mila keluar tengok wayang bersama. Tetapi itu hanya sekadar tengok wayang, tidak lebih
dari itu. Mila juga selalu memecah tembelang kepada nenek Serinya.
Ingatkan Murni tidak mahu membabitkan Zamri dari pengetahuan keluarganya. Rupanya
mereka sudah kenal mengenali diantara satu sama lain. Zamri juga sudah pernah berjumpa
dengan abang Ghous, abang sulungnya. Pandai betul lelaki ini menyimpan rahsia dan
berlakun, boleh jadi best actor, jikalau begini.
Lepas satu ke satu rahsia yang dibongkar Zamri kepada Murni. Rasanya sudah sampai
waktu untuk Murni mengetahui dia bersungguh-sungguh untuk menjadikan Murni
isterinya, bukan main-main.Zamri amat berharap kali ini dia akan mendapat jawapan yang
dinantikannya selama ini.
“Apa lagi yang you buat, yang I tak tahu.. apa lagi rahsia mengenai I dan keluarga I yang
you sorokkan.. apa lagi Zam..?” tanya Murni yang sudah tidak mengeluarkan air mata,
kerana terlalu terkejut dengan penjelasan Zamri.
“Dah tak ada rahsia lagi.. sebenarnya bukan rahsiapun.. I pergi berkunjung rumah parent
you, bukan I pergi sembunyi-sembunyi.. pergi atas jemputan. I terserempak dengan abang
Ghous masa dia datang sini 5 year ago.. remember!.. masa dia tengah makan durian kat
depan Café Mesra tu.., dia ajak I ke rumah dia..” jelas Zamri lagi.
“Kan you pun ada sama.. makan durian sampai tak ingat dunia..”tersenyum dia melihat
Murni yang masih ternganga. Mata dan hidung sudah kurang merahnya.
99