mempunyai kedai runcit yang menjual pelbagai barangan, termasuk reben. Hanya balang
yang belum ada dan perlu dicari. Memandangkan perjalanan ke rumah Husna dan Mila,
melalui pekan, rakan-rakan yang lain meminta mereka sahaja untuk menguruskannya.
Kutipanpun tidaklah banyak mana, entah balang besar mana agaknya yang boleh mereka
beli dengan wang kutipan tersebut.
Husna mengeluarkan sampul kecil yang mengandungi duit kutipan. Kedua gadis genit itu
berlari menuju masuk ke Manis Jelita Store. Mereka berdiri di mana tersusunnya berbagai
jenis balang, dari saiz kecil hingga saiz besar. Malah berbagai bentuk. Dari satu balang ke
satu balang ditanya harga, akhirnya balang kaca jernih yang berbentuk enam segi dipilih.
Seperti balang kueh raya sahaja, jadilah. Kedua-duanya bersetuju untuk membelinya
kerana cukup dengan wang kutipan yang ada, cuba berbaki beberapa ringgit untuk
membeli kad ucapan di kedai buku Jollie. Kedai buku tersebut hanya bersebelahan Manis
Jelita Store.
Selesai membuat pembayaran kepada balang, kedua-dua gadis itu ke kedai sebelah untuk
membeli kad ucapan pula.
Mila memegang beg plastik balang yang baru dibeli, manakala Husna membelek dan
membaca setiap kad ucapan yang sesuai untuk diberi kepada Cikgu Ummayyah. Cikgu
Umayyah adalah cikgu kelas mereka.
“Pranggg..” bunyi seperti kaca berderai.
Mila terkejut kerana dilanggar oleh seorang lelaki yang menoleh selepas membuat
pembayaran, tanpa melihat ke belakang. Dia tidak menyedari Mila ada di belakangnya dan
terlanggar tangan Mila yang memegang balang tersebut. Balang jatuh berkecai. Serta merta
Husna menerpa ke arah Mila yang sudah menangis.
“Nana… dah pecah…!” kata Mila terketar-ketar, air mata sudah melilih.
“Maafkan pakcik.. maafkan pakcik.. pakcik tak perasan. Jangan nangis, nanti Pakcik ganti..
apa yang pecah tu..” tidak tentu arah lelaki itu dan dia cuba menenangkan Mila.
200
Entah kenapa, lelaki itu terasa sayu melihat budak perempuan yang di hadapannya
menangis. Satu perasaan yang sangat aneh, rasanya seperti mereka pernah berjumpa, tetapi
di mana? Susah untuk dia mengingatkan di mana, tetapi dia malas hendak mengimbas
perjumpaan itu sehingga dia dapat jawapannya di mana, kerana buat masa ini budak
perempuan itu perlu dipujuk. Apa yang berlaku adalah salahnya, tidak berhati-hati sewaktu
menoleh tadi.
“Pakkkciiik, pakcik kena ganti, itu untuk hadiah hari guru esok..” kata Husna dan segera
mendapatkan kawannya yang Mila hanya menangis. Lelaki itu membongkok dan
mengumpul kaca yang hanya sedikit sahaja terkeluar dari beg plastik. Kaca pecah banyak
yang masih tertinggal di dalam beg plastik.
“Pakcik… tolong gantikan ya..” tiba-tiba Mila bersuara terketar-ketar.
“Ye..ye.. pakcik ganti.. tadi beli kat mana, pakcik beli lain.. pakcik beli yang baru ya?”
Lelaki itu hanya mengikut sahaja agar dia mengganti apa yang sudah pecah.
Jika itu cara yang terbaik yang dapat dia lakukan, dia akan lakukan. Dia mengaku dia yang
gopoh, sudah tentu dia akan bertanggungjawab. Lagipun berapa sen sangatlah harga
barang yang pecah, lebih bernilai harga yang dia dapat kerana dapat mengembirakan dua
budak perempuan itu, priceless!
Hanya anggukkan dari kedua-dua gadis tanda setuju. Mereka merasa lega apabila lelaki itu
sanggup mengganti balang yang pecah. Jika tidak, manalah mereka hendak cari wang
untuk menganti membeli yang baru. Apa alasan yang boleh diberikan kepada kawan-
kawan yang berharap esoknya. Lagipun balang itu memang diperlukan esok.
Lelaki itu mengambil beg plastik yang berisi balang yang pecah dan membuangkannya di
tong sampah yang sedia ada di hadapan kedai.
Ketiga-tiga mereka berjalan menuju semula ke Manis Jelita Store. Lelaki itu membeli
semula balang yang sudah terpecah itu dengan balang yang serupa.
“Anak-anak ni sekolah kat mana, nama anak?” tanya lelaki itu dan menghulurkan beg
plastik yang mengandungi balang yang baru dibelinya kepada budak perempuan yang dia
rasa pernah berjumpa.
201
“Kat sekolah Jalan Lady Maxwell…saya Mila dan tu.. Husna, kita orang panggil dia
Nana” jawab Mila yang sudah hilang rasa sedunya, malah rasa senang pula berbicara
dengan lelaki yang baru beberapa minit sahaja dikenalinya. Lagipun sudah tidak ada
masalah yang perlu ditangisnya. Semua sudah dapat diatasi. Balang barupun sudah di
tangan.
“Hemm.. Mila sama Nana..” jawab si lelaki. Mudah sahaja mengikatkan nama dua anak
gadis ini.
“Terima kasih Pakcik.. sebab ganti” kata Mila lagi sambil mengangkat sedikit plastik beg
yang berisi balang yang baru.
“Mil, jom kita cari kad .. kad kita tak sempat tadi nak beli..” kata Husna.
“ye..ye..” jawab Mila.
Sebelum beredar Mila menoleh, masih memandang ke arah lelaki yang sudah
menyelesaikan masalahnya.
Hilang rasa sedihnya tadi. Mila terus meluru ke arah Husna dan jalan bersaing masuk
semula ke kedai buku Jolie. Si lelaki masih berdiri tegak memerhati telatah dua budak
perempuan itu, terutama yang bernama Mila.
Lelaki itu hanya memandang kedua-dua gadis genit itu meninggalkannya dengan mengepit
majalah Times yang baru dibeli sebentar tadi. Disebabkan majalah itu dia memecah barang
orang. Dia juga gembira, sekurang-kurangnya dia dapat mengembirakan hati dua orang
budak perempuan, kerana lalai tidak melihat apa yang ada di belakangnya. Yang budak
perempuan bernama Milapun satu, kenapa pula berdiri di belakang orang?
Ala.. budak-budak, bukannya dia fikirkan apa yang akan berlaku.
“Apa yang lambat sangat tadi tu Nana, ibu naik risau tunggu..” tegor Fifi, kerana memang
dia gelisah, menunggu di dalam kereta apabila kedua-dua gadis itu mengambil lebih dari
dua puluh minit hanya untuk membeli dua barang.
“Tadi tu kan bu, ada uncle tu terlanggar Mila, balang pecah. Lepas tu uncle tu ganti, tu
yang lambatnya tadi..” jelas Husna.
Mila hanya tunduk, takut temannya dimarahi ibu, hanya kerana dia yang telah
menyebabkan balang yang baru dibeli itu pecah. Silap-silap dia juga kena marah!
202
“Ooohhh.. ibu risau aje.. dah..dah.. tu.. semua dah ada ke?” tanya Fifi, kini baru dia
mengerti akan menyebab mereka lambat.
“Dah bu.. jom kita balik.., balang sama kad ni Nana tinggalkan dalam kereta ni aje ya bu?,
esok Nana ambil bawak sekolah” jelas Husna
“Hemm..” pendek sahaja jawapan Fifi dengan pandangan tertumpu di jalan raya yang
berbukit dan berjeram.
Manakala lelaki yang dipanggil pakcik oleh Mila dan Husna, masih berdiri tegak
memandang ke arah kereta yang dinaiki oleh dua gadis cilik berlalu meninggalkan dirinya.
Pandangan tidak beralih, pertemuannya dengan kedua gadis cilik itu memberikan dia idea.
Idea kepada misinya. Tujuan dia ke sini adalah untuk mendapat kepastian, sama ada anak
Murni yang didengar semasa perbualan tidak sengaja dengan Tengku Shahzan dan Tuan
DO tempoh hari ada kemungkinan anaknya atau anak siapa?.
Benarkah Murni sudah berkahwin selepas dia berpisah?
Jika benar Murni sudah berkahwin, budak itu sudah nyata, bukan anaknya. Jika bukan
anaknya pun apa salahnya, sekadar bertanya khabar, itu aje. Dia mahu meminta maaf dan
dia mahu hidupnya tenteram. Tidak mahu merasa dikejar rasa bersalah. Bersalah dengan
apa yang telah dilakukannya kepada Murni dulu. Sungguh, dia cukup insaf.
Pencarian esok akan bermula dari sekolah, sekolah di mana Mila dan Husna bersekolah.
Dia harus meminta bantuan, sesiapa sahaja boleh boleh menghulurkan bantuan.
Orang pertama yang boleh membantunya di dalam hal ini ialah guru besar di mana semua
budak perempuan sebaya anaknya bersekolah. Ammar sungguh berharap agar apa yang
dirancangnya berjaya. Berjaya untuk mengesan, murid yang ibunya bernama Murni Saliha
Majid dan murid atau mana-mana budak sekolah yang berbin atau bintikan namanya,
Ammar Aidid.
Tidak rugi untuk mencuba, semoga sukses! Bisik hati Ammar dengan semangat yang
membuak-buak
203
“Hulurkan mama sambal tu, sayang?” pinta Murni kepada Mila, agar menghulurkan
sambal tumis udang yang berada di hadapan Mila.
Mila terus sahaja menghulurkannya kepada mama.
“Tadi kan ma, Mil sama Nana pergi beli hadiah untuk hari guru esok, tapikan,balang yang
Mil beli tu pecah, ada pakcik tu langgarrr, tapi dia ganti balik, baik tau pakcik tu…” Mila
mula bercerita, dia sungguh terharu balang yang pecah dapat diganti.
“Iya.. hem.. pakcik tu memang baik.. kan bang?” sengaja Murni melibatkan Zamri agar
menyokong kenyataannya.
“Ya..ya..” jawab Zamri sambil berpaling ke arah Murni disebelahnya.
“Oh.. esok hari guru ke?. Jadi apa hadiah yang Mil nak beri, kenapa tak beritahu awal,
boleh kita beli satu hadiah untuk cikgu sekolah Mil..” ujar Murni lagi.
“Tak payah ma, kita orang dah kongsi-kongsi. Kita orang beli coklat bubuh dalam balang
yang Mil beli tu..” jelas Mila.
“Oh.. macam tu, baguslah .., esok hari guru Mil jangan nakal-nakal ya, belajar rajin-rajin
dan dengar cakap guru” nasihat Murni kepada anaknya.
“Ya.. ma..” Mila akur.
Murni tersenyum melihat anaknya. Dari hari kehari, nampak sudah semakin dewasa. Tidak
sangka kini sudah mengenjak ke alam remaja. Terlalu pantas masa meninggalkan kita,
sehinggakan kita tidak perasan. Bagaikan semalam dia melihat Mila belajar merangkak,
bertatih, bercakap dan berjalan, kini sudah menjadi anak gadis sunti. Tidak lama lagi akan
jadi gadis remaja.. Cepatnya!
“Fikir apa tu sayang..” terkejut Murni ditegur Zamri dari belakang.
“Tak.. Muni tengok Mila tu, diam tak diam Muni dah ada anak dara…” jawab Murni.
“Ialah budak makin besar, bukan makin kecil.. apa yang Muni nak hairankan, kitapun
makin tua bukan main muda tau? Kena ingat tu..” perli Zamri.
204
“Ala.. abang ni, orang cakap pasal Mila, dia cakap pasal kita pulak..”rajuk Murni
“Abang nak naik atas ni, ada apa nak bawak naik ke atas..” tanya Zamri.
“Ada..” Murni menghulur bakul laundry yang sudah penuh dengan pakaian yang sudah
dicuci dan sudah kering.
Pakaian yang baru diambil oleh Murni dari ampaian. Bakul laundry berpindah tangan,
Zamri mengambilnya tanpa bicara. Lagipun kerjanya mudah sahaja, dia hanya
menghantarnya ke bilik, yang melipat dan menyusun nanti tentu aje Murni.
“Cikgu, ada tetamu hendak berjumpa dengan cikgu, ada hal penting katanya” terdengar
suara kerani sekolah memaklumkan guru besar bahawa ada seseorang yang ingin
bertemunya.
“Siapa, siapa namanya dan apa tujuannya” tanya guru besar.
“Tak silap saya tadi nama dia Ammar Aidid, peguam dari Kuala Lumpur, ada urusan
pusaka, katanya tadi, kalau tak silap saya dengar tadi” panjang lebar pula kerani itu
memberi maklumat.
Guru besar harus mengetahui lebih lanjut perihal orang yang hendak berjumpa dengannya.
Jika sekadar hendak meminta maklumat ringkas, boleh sahaja diuruskan oleh pembantunya.
“Hem.. kalau macam tu, benarkan dia masuk..” terus sahaja Cikgu Sulaiman, guru besar
memberi kebenaran untuk Ammar berjumpa dengannya.
Hal pusaka, berat kes ni, pusaka siapa? Lagipun dia gembira sekiranya dapat membantu
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Pintu diketuk Ammar dan terus masuk apabila mendengar kebenaran diberi dari suara yang
datang dari dalam bilik.
“Assalamualaikum Cikgu, saya Ammar” Ammar menghulurkan tangan. Salam pengenalan.
“Ini kad saya” kemudian menghulurkan kad nama sebagai menguatkan lagi bahawa dia
seorang peguam.
Tangan disambut, begitu juga kad nama.
205
“Cikgu Sulaiman” balas guru besar sambil membelek kad nama yang masih di tangannya.
Cikgu Sulaiman sempat membaca sekali imbas.
Tertera nama, “Ammar Aidid Mustapha Kamal, .Ammar Rahim and Associates, Solicitor
dan juga alamat serta numbor telefon dan lain-lain informasi yang perlu ada di setiap kad
nama. Kad di letakkannya di atas meja.
“Ya.. Encik Ammar, apa yang saya dan sekolah ini boleh bantu Encik Ammar..” tegas
juga Cikgu Sulaiman meyoal.
“Begini Cikgu, saya sedang mencari anak saya, kalaulah dia salah seorang murid di
sekolah cikgu. Ceritanya begini, bekas isteri saya mengandung semasa kami berpisah dan
setelah 8 tahun mencari baru saya dapat tahu dia tinggal disini. Sekarang ni saya perlukan
waris untuk saya turunkan. Harta, taklah banyak mana, tetapi saya mahu anak saya ada
sedikit dana dari saya untuk pengajiannya. Saya hendak kongsi sumbangan, tidak mahu
bekas isteri seorang diri menyaranya. Saya tak mahu anak saya mengungkit kelak, tentu
dia tuduh saya ketepikan dia. Kalau boleh saya hendak dia memiliki syarikat yang saya
ada sekarang ni” panjang lebar Ammar menceritakan apa tujuan pertemuannya itu.
Cikgu Sulaiman hanya mendengar dengan tekun. Yalah orang Kuala Lumpur, orang
berada ni. Ada syarikat sendiri pula, siapalah agaknya budak yang bertuah ini yang bakal
mendapat durian runtuh!
Di kepala Ammar pula memikirkan perkara lain. Jika di sekolah itu ada murid yang
berbapakan Ammar Aidid, sudah sahlah itu anaknya, namun dia perlu yakin dan seratus
peratus pasti.
“Ohh.. begitu, Encik Ammar saya akan bantu kalau saya mampu. Tetapi kalau tak, saya
minta maaf. Encik Ammar ada detail budak tu..tak? berapa umur dia, lelakikah atau
perempuan” jelas cikgu Sulaiman.
“Terima kasih cikgu… 8 tahun pencarian saya ni., saya tak ada banyak detail, yang ada
nama ibu budak tu aje. Itupun kalau cikgu dan sekolah dapat membantu..” lemah sahaja
nada suara Ammar, seperti memohon simpati.
“Nama ibu…nama ibu.. apa nama ibunya Encik Ammar” kasihan pula cikgu Sulaiman,
apabila melihat Ammar yang 8 tahun sudah terpisah dengan anaknya.
206
“Umur tak berapa pasti pulak saya, cikgu.. tapi dalam lingkongan 7 atau 8 tahun gitu..
nama ibunya Murni Saliha Majid” terang Ammar.
“Tak apa, nanti saya minta kerani semak dalam system..hem.. kalau umur 7 atau 8 tahun,
mesti dalam darjah satu atau darjah dua, budak lelaki ke budak perempuan..jantina tak
pasti..” memang bersungguh-sungguh cikgu Sulaiman cuba memba
“Minta maaf cikgu, lepas bersalin tak pula bekas isteri beritahu anak mereka lelaki atau
perempuan, itulah masalah saya. Yang saya tahu, memang saya ada anak” Main hentam
sahaja Ammar, bersungguh bercerita untuk menyakinkan yang dia ada anak. Apa yang
perlu dirisaukannya. Jika benar itu anaknya atau tidak, tunggu sahaja, budak itu berbin atau
berbintikan siapa?
“Hem.. kasihan budak tu ya..8 tahun tak kenal bapak dialah ni? Nanti saya tulis apa-apa
detail yang boleh bantu pencarian ni ya Encik Ammar dan dan lepas ni saya minta kerani
tolong check” ujar cikgu Sulaiman, sambil tangan ligat mencatit apa yang perlu.
Kemudian menekan butang intercom.
Pandai kau Ammar, berlakun sampaikan cikgu Sulaimanpun jatuh kasihan. Hebat rupanya
lelaki yang bernama Ammar ini. Sudahlah pandai berhujjah, rupanya pandai berlakun juga.
Syabas Ammar, Syabas!
“Jo.. masuk kejap..” dengan suara garaunya. Guru besar, mesti tunjuk garang, tidak mahu
anak buah naik kepala.
Muncul kerani yang membantu Ammar diawal pertemuan. Jo, rupanya nama dia. Nama
sebenar mungkin Johan, Johari, Johar, yang pasti bukan GI Joe.
“Jo.. tolong semak siapa murid yang ada detail ni.. dalam darjah berapa ya..” sambil Jo
mengambil sehelai kertas dari tangan cikgu Sulaiman.
“Encik Ammar.. Johari..” Cikgu Sulaiman memperkenalkan kerani sekolahnya.
Kan dah kata, namanya Johari..
Sementara menunggu, cikgu Sulaiman berbual kesah pengalamannya di Fraser Hill dan
juga bertanya itu dan ini mengenai hal Ammar, bagaimana boleh mengetahui lokasi di
mana bekas isterinya berada.
207
Sedang leka berbual, mereka dikejutkan dengan ketukan pintu oleh Johari.
“Cikgu.. ada sorang murid yang ibunya nama Murni Musliha Majid dan bapanya Ammar
Aidid” terang dan jelas Ammar mendengar namanya disebut.
Muka Ammar terus memerah, terkejut. Sungguh, rupanya dia memang mempunyai anak
yang dia sendiri tidak tahu keujudanya.
“Sampai hati kau Murni, menyembunyikan hal ni..”bisik hati Ammar yang sudah sedikit
terbakar. Marah, diri rasa ditipu.
Belum sempat Johari hendak menghabiskan katanya, Ammar sudah berdiri dengan muka
yang merah. Berdiri tidak lama kerana kemudian seperti lemah lututnya mendengar
maklumat yang disampaikan.
Terus dia terduduk, apabila cikgu Sulaiman bergegas membantunya untuk bertenang.
“Encik Ammar, bertenang.. alhamdullillah, ada rupanya anak Encik Ammar kat
sini..”katanya.
Kemudian berpaling ke arah Johari “budak tu darjah berapa dan apa namanya, boleh Jo
tolong panggilkan dan bawa kat sini..” gembira sebenarnya cikgu Sulaiman, sekurang-
kurangnya dia dapat membantu pencarian seorang bapa, tanpa mengetahui apa yang
sebenarnya berlaku. Tahu tak lelaki yang di hadapannya yang telah menghalau ibu anak
malang itu jauh darinya.
“Nama dia Mimi Sharmila cikgu, dia dalam darjah dua Anggerik cikgu, saya akan bawa
dia kat sini..” jelas Johari lagi.
Hanya anggukan tanda setuju dari cikgu Sulaiman yang sudah kembali ke tempat
duduknya semula.
“Encik Ammar, macam nilah, saya boleh kenalkan Encik Ammar dengan anak Encik
Ammar, tapi yang lain tu Encik Ammar kena berbincang dengan bekas isteri Encik Ammar
la ya.. saya tak mahu kecoh-kecoh, Encik Ammar kan lawyer, tentu Encik Ammar faham
apa maksud saya..” jelas cikgu Sulaiman.
“Ya.. saya faham, cikgu, terima kasih banyak-banyak, sekurang-kurangnya saya dapat
berjumpa dengan anak saya. Dia tidak perlu tahu saya ayahnya buat masa ni, sampai dia
208
dah bersedia, takut nanti dia terkejut dan salah sangka pulak, kenapa baru sekarang saya
cari dia..” tanpa disedari air jernih mengalir di pipi Ammar, air mata gembira.
Di hatinya bertanya-tanya kenapalah Murni menyembunyikan perkara yang sebesar ini.
Dia harus bertemu dengan Murni secepat mungkin untuk membuat penyelesaian.
“Murni kau harus bersedia dengan jawapan yang terbaik untuk aku dengar!” bisik hati
seorang peguam.
Marah dan geram.
Sekali lagi, gangguan oleh ketukan pintu dan muncul Johari dengan seorang budak
perempuan.
“Selamat petang cikgu..ehh.. pakcik, pakcik pun ada? apa khabar pakcik.?” tegur Mila
kepada lelaki yang dia sangat terhutang budi. Baru semalam mereka berjumpa, hari ini
berjumpa lagi. Ada yang tidak kena, atau dia mahu balangnya semula? Hati Mila berkata-
kata, apa harus dilakukannya. Sedangkan baling yang dibeli oleh pakcik itu sudah
diserahkan kepada cikgu Sumayyah.
Aduh! matilah aku kali ini, risau bukan main lagi Mila dibuatnya oleh lelaki yang
dipanggilnya pakcik. Pakcik yang sudah berdiri betul-betul di hadapannya.
Ammar juga terkejut, berdiri di depannya yang dikatakan anaknya adalah budak
perempuan yang ditemui di kedai buku semalam. Budak yang dia telah memecahkan
balang kaca. Budak perempuan yang pernah dia jumpa, tetapi dia lupa di mana?
“Encik Ammar dah kenal budak ni ke?” tanya cikgu Sulaiman yang agak hairan, berkerut
mukanya memikirkan, tadinya diberitahu tidak pernah bertemu selama 8 tahun, tetapi kini
budak perempuan itu seperti kenal sahaja dengan bapanya. Cikgu Sulaiman tertanya-tanya.
Siapa yang kena tipu?
Dan siapa yang menipu?
“Saya jumpa dia kat kedai buku semalam… tak tahu pulak dia budak yang sama yang saya
cari..” jelas Ammar.
Baru Cikgu Sulaiman mengerti.
“Oh.. gitu.. kasihan..” kata Cikgu Sulaiman, faham.
“Mimi.. mimi kenal pakcik ni..?” sengaja cikgu Sulaiman menguji Mila.
209
“Saya Mila cikgu.. Mila.. bukan Mimi..” tegur Mila, apabila cikgu Sulaman memanggil
nama Mimi.
“Oh.. ye ke.. okeylah Mila.. Mila kenal pakcik ni..?” diulangnya lagi soalan yang tidak
terjawab.
“Kenal cikgu, semalam jumpa pakcik ni kat kedai buku, dia ganti balang yang terlanggar
pecah.. kan pakcik..?” Mila bertanya pula soalan kepada Ammar.
“Ya.. ya.. Mila..ni.. yang pa… pakcik nak jumpa Mila, nak tahu kalau semuanya okey..”
Ammar ingin memanggil dirinya papa tetapi terbantut.
“Semuanya okey pakcik.. nasib baik balang baru tu tak pecah. Cikgu Sumayyah pun suka
balang tu “ jawab Mila lega. Pakcik yang dihadapannya tidak mahu balangnya, tetapi
kenapa pula mencari dirinya?
“Cikgu.. boleh saya bawa Mila ke kantin kejap, sebab saya nak tahu lebih banyak lagi
perkara yang saya sudah tertinggal..” pinta Ammar, meminta kebenaran untuk dia bersama
anak yang tidak pernah dia ketahui keujudannya.
“Ya.. Encik Ammar, silakan.”Ammar berdiri dan berjabat tangan,
“Jumpa lagi, insyallah” sedih pula cikgu Sulaiman melihat keadaan Ammar yang
membuatkan dia jatuh kasihan.
“Jom Mila, pakcik belanja kat kantin, nak.?”tanya Ammar
“Tak boleh pakcik, nanti Mila tertinggal kelas, ,nanti mama marah..” jawab innocent
seorang budak.
“Tak apa sekejap aje, lepas tu Mila masuklah kelas semula..”pujuk Ammar
Mila memandang ke arah guru besar, Cikgu Sulaiman. Cikgu Sulaiman hanya
mengangguk. Nampak gayanya Mila terpaksa ke kantin bersama lelaki yang dipanggilnya
pakcik, tambahan lagi guru besar sudah memberi kebenaran.
Di sepanjang pertemuannya dengan Mila di kantin, banyak maklumat yang telah diberikan
oleh Mila tanpa dia sedari. Infomasi mengenai di mana mamanya bekerja, siapa
sebenarnya papa Zamri, apa yang digemarinya, siapa nama bapanya dan apa sudah terjadi
dengan bapanya.
210
Petang itu fikiran Ammar berkecamuk. Sampai hati selama ini Murni memberitahu Mila
yang dirinya sudah meninggal dunia. Sayu sungguh hatinya diperlakukan oleh Murni. Ini
membuatkan dirinya membara-bara ingin membuat penyelesaian secepat yang mungkin.
Dikala ini, dia sungguh gembira, gembira mengetahui rupanya dia ada mempunyai zuriat,
tetapi disebalik kegembiraan itu hatinya panas. Panas kerana Murni membunuhnya terlalu
awal, sedangkan dia masih hidup. Kenapa Murni sanggup memberitahu anaknya bahawa
dia sudah tiada di dunia. Apabila diperah kepala otaknya, baru dia teringat, Mila adalah
budak perempuan yang pernah dia lihat bersama Murni di Klinik beberapa bulan yang lalu.
Pertemuan yang singkat dengan anaknya hari ini amat memberi makna kepada dirinya.
Patutlah sejak dari pertemuan pertama di hadapan klinik dahulu, hatinya berdetik, seperti
ada sesuatu pada budak perempuan itu yang membuat hatinya sayu.
Ditambah pula dengan cerita borak kosong di Shahzan Inn yang membuat hatinya
bertambah ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai budak perempuan itu.
“Murni, walaupun aku tahu adalah mustahil untuk aku memiliki mu semula, tetapi Mila
akan tetap menjadi milik ku sepenuhnya. Jangan main-main, ini Ammar Aidid!!” bisik hati
Ammar yang sedang marah.
Ammar lupa, sebelum ini dia bersungguh-sungguh memasang niat untuk memujuk Murni
kembali kepadanya. Tetapi hari ini hatinya panas apabila mendengar penjelasan innocent
seorang budak perempuan yang bernama Mila. Tindakan pertama yang perlu dilakukannya
ialah mempastikan Mila memang benar-benar anaknya, dihatinya 99 peratus mengatakan
Mila memang anaknya, tetapi 1 peratus lagi boleh sahaja merubahkan keputusannya. Straw
Mila yang diambil selepas minum di kantin digenggam erat, kerana itu akan digunakannya
nanti untuk mengenal DNA. Kemudian dia menghantar Mila semula ke kelasnya.
“Mila.. papa akan kembali lagi, dan kali itu Mila akan kembali bersama papa..” bisik hati
jahat Ammar.
211
“Puan, abang puan ada di bilik tetamu nak jumpa puan” suara Jamilah, operator cum
penyambut tetamu memberitahu Murni melalui telefon yang abangnya ada menunggu di
bilik tetamu.
“Abang?..” girang rasanya Murni, terbayang wajah abang Ghaous.
Satu-satunya abang yang Murni ada.
“Apa halnya pulak abang Ghaous datang tak beritahu ni…! Ada hal penting ni..” bisik
hatinya.
Tidak pernah dibuatnya membuat lawatan mengejut. Selalunya dia akan telefon, atau
sekurang-kurangnya menghantar pesanan ringkas jika ingin ke sini. Namun hatinya riang
dengan kunjungan mengejut ini.
“Tidak sempat hendak beritahu agaknya!” kata hati kecil Murni.
“Ya Jamie saya keluar ni, terima kasih..” jawab Murni dengan nada ceria.
“Mestilah nak buat surprise agaknya! abang Ghaous, abang Ghaous.. surpriselah sangat?”
kata Murni di dalam hati, namun senyuman masih dibibir memikirkan abang Ghaous yang
datang bertandang ke Fraser Hill, pasti dengan isteri dan anak-anaknya. Mila pasti gembira,
jika mengetahui kehadiran sepupu-sepupunya.
Langkah diatur laju, biar dia sahaja yang berjumpa dengan abang Ghaous dahulu, nanti
kemudian akan diberitahu Zamri untuk turut serta.
Tanpa mengetuk pintu, Murni terus menerpa masuk dengan gembira untuk bertemu abang
Ghaous.
“Hah! Awak? Macammana awak ada kat sini? Macamana awak tahu I kat sini?” Murni
terkejut dan secara spontan, soalan-soalan terkeluar dari mulutnya.
Ini baru betul dikatakan SURPRISE! Memang surprise sungguh.. but not a pleasant
surprise. Lelaki yang duduk di sofa bukan abang Ghaousnya, tetapi lelaki, Ishy.. tak tahu
hendak DIkatagorikan lelaki ini.
Lelaki yang paling dia benci.
212
Lelaki yang pernah tidur sebantal dengannya.
Lelaki yang membuatkan dirinya sengsara.
Lelaki yang sudah mungkir janji untuk untuk menjaganya sehingga akhir hayat.
Lelaki yang kononnya sanggup sehidup semati dengannya.
Lelaki yang membuat keputusan tanpa usul periksa,
Lelaki terakhir yang mahu dia bertemu di duni.
Tetapi lelaki ini adalah bapa kepada anaknya.
Senyuman yang sampai ke telinga tadi serta merta menjadi masam dan Murni ingin keluar
meninggalkan sahaja lelaki ini.
Sumpah! Murni tidak sudi bertemu dengan lelaki ini.
Lelaki itu terus bangun apabila Murni muncul dengan tiba-tiba.
“Murni, jangan pergi, abang ada nak cakap sikit dengan Murni.. please..” rayu Ammar
“Excuse me.. abang.. “ Ammar baru hendak membuka bicara tetapi dipintas oleh Murni.
“Abang! Abang siapa, dan nak cakap apa lagi..?” bentak Murni dengan nada suara agak
tinggi. Kemudian Murni perasan dia berada di pejabat, walaupun hatinya marah, tetapi
Murni terpaksa berhati-hati berbicara agar tidak menjadi perhatian .
“Maafkan abang, abang datang mengejut sebab abang dah tahu pasal anak kita..” jawapan
Ammar yang membuat Murni lemah.
Perkataan “anak kita” membuat Murni terus hilang punca.
Bagaimana dia tahu yang dia mempunyai anak?
Terhenti sejenak, yang tadi tangannya sudah bersedia untuk memulas tombol pintu, nekat
untuk meninggalkan sahaja bekas suaminya sendirian di dalam bilik. Tetapi ayat yang baru
dia dengar membuat dia berpaling tanpa kata-kata. Murni seperti tidak percaya dengan apa
yang baru sahaja dia dengar dari mulut Ammar. Perkataan “anak kita”, datang dari mulut
Ammar. Murni menjadi lemah, lemah longlai. Dia terkedu. Tangan yang tadinya di tombol
pintu, terlurut perlahan dibiarkan tertutup dengan sendirinya.
“Apa yang you tahu pasal Mila.?.” suara Murni kendur.
Tanpa Murni sedar, Murni telah menamakan “anak kita” yang bernama “Mila”.
“Mila, anak kita kan..?” bidas Ammar.
213
Sedangkan tanpa Murni tahu, Ammar memang sudah mengetahui nama anaknya ialah
Mimi Sharmila.
“So!..” Murni menjawab dengan nada tinggi.
“Kenapa Murni tak beritahu abang yang kita ada anak..?” soal Ammar tertanya-tanya
dengan tindakan Murni selama ini yang menyembunyikan anaknya dari pengetahuannya.
“Kita!.. excuse me.. kita..,Mila anak saya, bukan anak kita..!” garang suara Murni masih
mempertahankan Mila.
“Murni, jangan macam tu, please beri abang peluang nak betulkan keadaan yang sudah
lama tidak terurai, abang tahu Murni sudah bahagia sekarang ni.. itu abang tak mahu
ganggu. Jika Murni bahagia, abangpun bahagia, tapi tentang Mila, abang nak
bertanggungjawab. Tolong Murni, beri peluang abang..abang rayu Muni” rayu Ammar.
“Kalau Murni kata Mila bukan anak you, macammana?”kata Murni garang.
“Mana boleh, abang akan buat DNA test bila balik nanti, gerak hati abang menyatakan
Mila memang anak kita, abang dah jumpa Mila disekolah kelmarin”tegas Ammar
“Hah!.. Apa? You jumpa Mila di sekolah? Buat apa? Jangan rosakkan fikiran dia boleh
tak?” kata Murni, marah betul dia dengan Ammar.
“Selama ini dia tidak pernahpun bertanyakan siapa bapa dia,jangan nak memandai-mandai
pulak sekarang ni nak jadi bapa dia konon..tolong.. tolong jangan ganggu kami lagi” nada
marah masih di bibir Murni, tetapi juga menageh simpati.
Murni memang tidak boleh bertolak ansur dengan lelaki ini. Bila melibatkan tentang Mila,
Murni akan berusaha untuk melindunginya. Murni mahu Mila menjadi haknya yang
mutlak.
“Abang nak tahu kenapa Murni sembunyikan anak kita sampai sekarang. Kenapa tak
beritahu abang dulu yang Murni mengandung masa tu..kenapa? Kenapa Murni?” Ammar
pula meninggikan suara, menageh penjelasan.
Murni ketawa kecil..
“Apa? Nak Murni terangkan? Dah lupakah yang awak halau Murni macam Murni
perempuan hina sangat..Dah lupa dah ya! Masa tu nak dengar suara Murni pun tak mahu.
214
Macammana nak explain. Nak suruh terangkan konon…pergi mampuslah!” jawab Murni
geram.
“Okey! Murni nak tanya, kalau waktu tu Murni beritahu yang Murni mengandung, adakah
awak akan mengaku itu anak awak?” Murni geleng kepala dan ketawa kecil disambung.
Ammar sudah memegang kedua kepalanya dengan wajah yang sangat sedih. Menyedari
dia memang sudah membuat kesilapan yang amat besar.
“Silap-silap awak tak mengaku anak awakkan! Silap-silap awak tuduh Murni menjalang
dengan lelaki mana entah! Ada awak fikir tu semua?” sambung Murni lagi.
Ammar masih tidak dapat membalas apa yang telah diperjelaskan oleh Murni. Dia
mengaku, mungkin juga dia akan membuat apa yang telah Murni jelaskan. Di waktu itu dia
memang marahkan Murni, jika tidak, mana mungkin dia menceraikan Murni talak 3 sekali
gus!
“Dah puas! Itu anak Murni bukan anak awak..dah jangan ganggu kami lagi.. please!” kata
Murni dan dia ingin keluar meninggalkan si lelaki.
Tiba-tiba kedua-dua mata menala ke pintu masuk. Zamri tercegat di depan pintu dengan
badannya masih meregang pintu masuk. Terperanjat apabila melihat lelaki yang berdiri di
hadapan isterinya ialah lelaki yang dibantunya dua hari lalu. Dia juga terkejut kerana
bukan abang Murni seperti yang diberitahu Jamilah bahawa Murni bersama abangnya di
bilik tetamu. Dia juga hairan kerana pemandangan yang terhidang di depan mata amat
mencurigakan. Dia lihat si isteri menangis dan si lelaki juga dilihat sedih. Apa yang
berlaku sebenarnya, atau mereka hanya berdrama!
“Encik..Encik ni siapa sebenarnya? Apa hubungan Encik dengan isteri saya?” tanya Zamri.
Zamri terperanjat, hairan, geram, misteri dan penuh tanda tanya.
Murni terus menerpa ke arah Zamri dan Zamri memeluknya.
“Kenapa sayang, dan lelaki ni siapa? tanya Zamri ke telinga Murni.
“Abang, dia ni, Ex saya bang..Ex saya..”jawab Murni.
Murni memperkenalkan lelaki yang berada di hadapannya.
215
Murni tidak mahu Zamri salah sangka, memikirkan yang bukan-bukan. Takut pula dituduh
menjalinkan hubungan dengan lelaki lain pula. Alamatnya akan perang sabil nanti di
rumah, sedangkan mereka baru sahaja sebulan bernikah.
“Jadi, ada business yang Encik katakan tu ialah hendak menganggu isteri sayalah ya..!”
kata Zamri.
Pandai pula Zamri memulakan bicara. Marah nampaknya si Zamri.
“Tak..tak Encik Zamri, saya tidak mahu mengganggu rumahtanga Encik, saya cuma
hendak hak saya, Mila anak sayakan?..”jawab Ammar.
Ammar menjadi serba salah, adalah tidak wajar dia bertegang leher dengan lelaki yang
pernah menghulurkan bantuan kepadanya.
Kecil sungguh dunia ini, sana sini ada sahaja berhubung kait, seperti dalam soap opera
pula, seperti di dunia ini tidak ada penghuni lain. Pusing-pusing pasti berjumpa.
“Beginilah Encik…Encik Ammar, sini ofis, sekarang ni waku bekerja, why not kita
bincang baik-baik lepas kerja nanti, somewhere yang lebih sesuai” Zamri memberikan
pandangan.
Benar juga apa yang dikatakannya. Ikutkan Murni pasti dia tidak setuju kerana emosinya
masih marah kepada lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun cuba dilupakannya.
“Abang.. apa abang ni.. ini hal saya dengan dia, bukan hal abang! Murni tak mahu jumpa
dia lagi. Biarkan aje dia pergi dan jangan ganggu kami lagi” Murni membantah.
“Murni, anything about you and Mila, is my responsibility now..” jelas Zamri dengan tegas.
“Kita selesaikan cara baik, cara jerit-jerit tak tentu hala ni, tak mendatangkan apa-apa
faedah. Kita selesaikan, okey! Kan dulu abang dah janji, kita selesaikan sama-sama..” jelas
Zamri.
“Tapi bang.. dia nak ambil Mila dari Muni, mana boleh! Tak.. tak..Muni tak izinkan..”
jawab Murni.
“Tak ada siapa yang nak ambil Mila, sayang.. tu yang abang kata, elok kita berbincang.
Dah tu..buat bertenang” Zamri meminta Murni bertenang.
“Encik Ammar! Setuju tak rancangan saya?” tanya Zamri kepada Ammar.
216
Ammar hanya diam, dia juga perlu bertindak professional dan tenang.
“Okey saya setuju, di mana kita boleh berjumpa..” akhirnya Ammar bersuara.
“Okey,Encik Ammar dah setuju. Nanti jumpa di Coffee House Club Golf dalam 5.30
petang nanti, boleh?” cadangan Zamri
“Ya.. saya setuju, jumpa nanti di sana..” Ammar bingkas bangun dan meninggalkan suami
isteri yang masih merah inai dijari
Zamri yang tadinya berdiri, terus menghempaskan dirinya di atas sofa sambil meraut
rambutnya ke belakang sebaik sahaja bayang Ammar hilang dari pandangan. Kemudian
menarik tangan Murni yang masih tercegang, perasaan terkejut masih berbaki. Mahu
tidaknya, ingatkan abang Ghaous, rupanya abang Ghost.
“Dah tu.. mari sini” sambil merapatkan kepala Murni ke dada.
Zamri memang pandai menenangkan hati isterinya. Tangan Murni yang sudah sejuk kaku
digenggamnya erat.
Zup! Terasa panas kembali tangan Murni dek sentuhan dengan kasih sayang Zamri. Air
mata yang ditahannya tadi, mengalir dengan sendiri tanpa Murni sedar. Mengalir kerana
terharu, apabila ternyata Zamri ikhlas memilikinya dan Mila.
Perlahan Zamri menyika air mata dari pipi isterinya. Dia faham benar, Murni sekarang ini
hatinya gusar. Sudah dia jangka perkara ini akan berlaku, nasib baik kini mereka sudah sah
suami isteri, jika belum, manakan mampu dapat dia menenangkan Murni cara begini.
Murni rasa tenang apabila berada di dalam pelukan Zamri, tambahan pula kini berada di
dada sasa lelaki itu. Dia cukup rasa selamat. Irama degupan jantung bagaikan irama sakti
yang mampu menenangkan hatinya yang gusar.
Di dalam hati, bergema kata-kata “Sayang.. kaulah wira ku”.
“Macam ni Murni, Murni kena dengar cakap abang.. boleh..”kata Zamri.
Murni mendongakkan kepala memandang ke wajah Zamri. Manja sungguh perbuatannya.
“Murni kena ingat, Ammar juga ada hak ke atas Mila, Milapun kena tahu, lelaki tu bapa
dia. Sekarang ni kita kena fikir yang terbaik, terbaik untuk Mila, terbaik untuk Murni dan
terbaik untuk si Ammar..” sambung Zamri.
217
“Bang, tolong Muni.. Muni dah tak mampu nak fikir dah ni.. Muni buntu..”terketar-ketar
Murni bersuara.
“Abang faham, lepas ni pergi surau solat sunat dua rakaan, dan tunggu asar dah nak masuk
waktu dah pun.. lepas tu datang bilik abang, kita bincang sikit apa yang kita kena beritahu
si Ammar tu petang nanti..ya?”kata Zamri lembut
“Dah tu, jangan nangis lagi, nanti apa orang ingat kita bergaduh laki bini pulak, lain pulak
jadinya nanti, cerita hangat pengantin baru perang sabil..”gurau Zamri sambil jarinya
masih menyika air mata yang entah kenapa masih mengalir walaupun Murni sudah tidak
sedih lagi, malah bersemangat dengan sokongan yang telah diberikan Zamri.
Murni hanya menganguk dan kedua-duanya meninggalkan bilik tetamu. Takut pula akan
disalah sangka oleh kakitangan yang lain, terutama Jamilah yang sentiasa berada di depan
kaunter, sambil menjawab telefon dia juga memerhatikan semua gerak laku setiap yang
melintas di hadapannya. Kalau dia menjadi CNN tanpa cable, mahu satu Pejabat Daerah
tahu drama tidak berskrip menjadi tajuk utama perbualan.
Murni mengikut sahaja apa yang perlu dilakukannya. Selesai asar dia terus ke bilik
suaminya, tanpa singgah ke biliknya.
“Bang, macamana sekarang ni..?” belumpun duduk, Murni sudah mengemukakan soalan
yang merunsingkan dirinya.
“Firstly, Abang kena fikir yang terbaik untuk Mila, tak mahu terganggu emosi dia dengan
perkara ini, kalau Ammar tuntut hak penjagaan sepenuhnya terhadap Mila, abang tak
setuju, tapi kalau joint custody, abang boleh terima. Tapi kalau joint custody macam mana
pula? Dia kat KL, Mila kat sini…? Masalah jugak?”kata Zamri.
“iini yang peningnya ni…” sambungnya.
“Muni harap dia tak mintak hak penjagaan. Biar Mila duduk aje dengan kita macam
sekarang ni..” ulas Murni.
“Jangan fikir macam tu, Muni, memang kita harap Mila akan terus duduk dengan kita, tapi
Ammar? Dia pun pasti hendak anak dia duduk dengan dia jugak kan?.Jangan kita tamak,
fikir orang lain sama.” ulas Zamri.
218
“Jangan dia minta perintah mahkamah sudah! Kalau ada perintah mahkamah, susah kita
nak bantah, dia lawyer Murni.. lawyer, Muni dah lupa ke?” tenang sahaja Zamri berulas
satu persatu.
“Abang pun tak tahu apa yang kita kena buat sekarang ini, sebab kita tak tahu apa yang si
Ammar tu mahu. Macamni lah, kita pergi jumpa dia dulu petang ni dan kita dengar apa
yang ada dalam fikiran dia, malam nanti kita fikir lagi..kita kena professional Murni, abang
mahu cara aman, tak mahu marah marah..” fikir Zamri lagi.
Murni bangun meninggalkan suaminya, berjalan seperti zombie, di fikirannya berkecamuk.
Sedang Murni menolak pintu untuk keluar, muncul Hamdan yang menyengkang badannya
di pintu.
“Hello kawan! Aku jelouslah tengok kau orang berdua ni., kat rumah berdua, kat ofispun
berdua jugak, hishy untunglah kau Zam..” Hamdan menyakat, tanpa mengetahui mereka
berdua sedang bingong kerana membincangkan perkara yang rumit hendak mereka
diselesaikan. Penyelesaian perlu yang terbaik agar tidak melukakan hati mana-mana pihak.
Yang penting emosi Mila perlu dijaga. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak
putus dan tepung tidak berselerak.
“Kak Romlah, kami balik lambat sikit, Kak Romlah boleh tunggu tak? Ada hal penting
pulak petang ini..” Murni meminta Kak Romlah akan kelewatannya pulang petang ini.
“Yelah Muni, akak tunggu sampai Muni balik, Zam pun lambat juga ke?” tanya Kak
Romlah.
“Hemm.. Mila mana Kak, dia buat apa tu..”tanya Murni
“Ada kat atas, buat homework agaknya..”jawab kak Romlah
“Terimakasih Kak..selesai urusan tu, kami pulang segera” janji Murni kepada Kak Romlah.
“Ialah akak tunggu…” jawab Kak Romlah lemah sahaja bunyinya.
Kak Romlah menjulingkan matanya ke atas, “Apahal pulak mereka ini! Tak pernah-pernah
balik lewat, dah kahwin balik lewat pulak.. Ada hal kerja agaknya tu..” Kak Romlah
bermonolog sendiri.
Dia tidak mengetahui bahawa mulai hari ini perebutan hak penjagaan si anak angkatnya
Mila akan bermula!
219
Sebaik sahaja Murni masuk ke biliknya, dia tidak dapat menumpukan sepenuhnya dengan
tugas. Aduh!, susah jika selalu begini, pastinya nanti akan ditegur oleh boss. Penyelesaian
perlu dicari secepat yang mungkin. Tangannya menyelak semula fail yang masih terbuka
sebelum keluar berjumpa tetamu tidak diundangnya, namun masih tidak berupaya untuk
menyelesaikan tugasan. Fikirannya sungguh telah dipenuhi dengan masalah yang terbeban
di kepala. Berat sungguh, kalah masalah negara.
Badannya dipalingkan menghadap komputer. Murni menekan tanda E biru besar (internet
explore) mencari carian mengenai hak penjagaan anak. Sekurang-kuranya dia ada asas
pengetahuan mengenai haknya terhadap Mila. Murni tidak mahu dia perbodohkan, hanya
kerana tidak tahu hak yang sepatutnya.
Berderet link yang keluar, hanya menunggu untuk Murni pilih. Salah satu article yang
memberi Murni banyak informasi. Murni cuba memahami inti article itu sejelas-jelasnya.
Article dari Pusat Yayasan Islam bertajuk “Hak Penjagaan ke Atas Anak Selepas
Perceraian : Tanggungjawab Siapa?. Jari Murni menekan perlahan-lahan, cuba
menghadam setiap ayat yang terbentang didepan mata. Dia harus tahu dan mengerti
sejelas-jelasnya. Petang nanti Murni akan berdepan dengan bukan calang-calang orang,
dia adalah seorang penguam yang berkalibar dan seorang pakar mengenai hal ini. Dia
bekas suami dan dia ayah kepada anaknya.
Article dimulakan dengan sabda Rasulullah, pandai penulis ini menarik pembaca dengan
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).” Perceraian
dibenarkan dalam Islam atas sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi
bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi,
220
masalah seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan.”
Islam menetapkan sekiranya memilih untuk bercerai, ia perlulah dilakukan dengan tertib
dan beradab. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang
bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk dua kali). Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara
yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” Namun begitu, tidak ramai yang
berbuat demikian. Kebanyakannya sanggup membuka pekung di dada, menceritakan
keburukan pasangan hatta apa yang berlaku di dalam selimut pun sanggup diceritakan
tanpa segan silu.
Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak
seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan. Oleh sebab itu, bagi menjaga
kebajikan dan kelangsungan hidup anak agar dapat terus hidup dengan tenang dan gembira,
penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah (hak jagaan anak).
Hadhanah bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang
belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang
membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat
berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa.Apabila berlaku
perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar:
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:
´Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan
ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu
daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: “Engkaulah yang
lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak
berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya.
221
Terhenti Murni membaca article itu apabila dia mengulangi membaca ayat “anak pasangan
yang bercerai lebih berhak di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya..”
“Mila masih dibawah jagaan aku..” bisik hati Murni, sedikit gembira dengan penemuan
article tersebut. Dibacanya lagi article tersebut perlahan-lahan, agar dia dapat memahami
sepenuhnya.
“Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang
lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.
Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003,
ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam
masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu
tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah itu
tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan
bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu.”
Tiba-tiba terhenti membaca, ayat “ salah satu gugur hak penjagaan ialah TIDAK
BERSUAMI” sedangkan sekarang dia sudah bersuami. Aduh bagaimana sekarang ini, hati
Murni berdetak kencang, kerana risau, namun aricle dibacanya terus.
“Peruntukan Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang
menyatakan bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia
berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak
yang dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering
bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak tersebut
menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu murtad dan ibu itu
didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut.
Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan
seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu
tidak bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah.
222
Bekas suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan
mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di atas,
mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
Murni tersenyum apabila dia membaca terus article tentang, isteri yang sudah bersuami,
masih layak untuk menjaga anak bersama suami baru. Alhamdullillah, masih ada harapan
Mila akan bersamanya terus. Article dibaca lagi.
“Apabila ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris
terdekat iaitu: nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya; bapa; nenek sebelah bapa
hingga ke atas peringkatnya; kakak atau adik perempuan seibu sebapa; kakak atau adik
perempuan seibu; kakak atau adik perempuan sebapa; anak perempuan dari kakak atau
adik perempuan seibu sebapa; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; ibu saudara sebelah ibu; ibu
saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ´asabah atau
residuari´.
Berapakah had umur anak yang boleh dijaga oleh ibu? Menurut hujah kitab Kifayah al-
Akhyar, Juz 2, halaman 93: “Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia
mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak
itu berumur tujuh tahun (mumaiyiz).”
“Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut
kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan anak
perempuan pula berumur sembilan tahun. Selepas itu anak diberi pilihan untuk memilih
untuk tinggal bersama ibu atau bapa berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawa
Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang telah mumaiyiz supaya memilih sama
ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”
“Confirm Mila masih dibawah jagaannya kerana Mila baru berumur 8 tahun..” Murni
sudah mampu tersenyum, lega. Diterusnya lagi pembacaan
“Menurut Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan,
dianggap belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam
223
tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan tahun. Ini
bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan
yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap mumaiyiz. Walau bagaimanapun
dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah
boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.
Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak
terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah
kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Ini termaktub
dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian,
makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut.
Soal nafkah turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 di mana Allah berfirman
yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan
dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani
melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan
karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban
demikian…”
Perebutan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai
tidak akan berlaku sekiranya mereka faham akan hak dan tanggungjawab masing-masing.
Adalah baik sekiranya hak penjagaan anak dan nafkah mereka diselesaikan dengan cara
yang tenang dan jelas sebelum perceraian difailkan dimahkamah.
Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah
rasa dendam dan marah pada pasangan dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang
berlaku. Hak penjagaan anak perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan
amanah untuk dilaksanakan.
Kebanyakan pasangan merasakan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan hak
penjagaan anak. Apabila hak tersebut diberikan, mereka menganggap ia satu kemenangan
224
dan yang kalah tidak berpuas hati. Eloklah direnungkan pandangan Syed Sabiq dalam
kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219: ”Sesungguhnya setiap penjaga dan anak
jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih
penting daripada hak penjaganya.”
Selesai sahaja Murni menghabiskan pembacaan article tersebut, dia lega. Dari apa yang
difahaminya, ada harapan besar Ammar tidak dapat mengambil Mila begitu sahaja darinya.
Hak penjagaan anak perempuan yang dibawah umur sembilan tahun adalah dibawah
penjagaan ibu. Murni menarik nafas panjang, dia merasa lega, lega seleganya. Sekurang-
kurangnya, Mila akan berada bersamanya setahun lagi. Setahun, macam-macam boleh
berlaku!
Apa yang perlu dia tunggu sekarang ialah, mengetahui apakah permintaan Ammar petang
nanti. Buat sementara ini, baiklah diselesaikan kerja yang sudah terbengkalai, dengan
waktu kerja yang tinggal tidak berapa panjang. Jika diikutkan hatinya memang dia tidak
mampu untuk menjalankan tugasnya, tetapi dia perlu ingat, masalah peribadi jangan
dicampur jadukkan dengan urusan kerja di pejabat. Jika ini berlaku alamatnya, hasil kerja
menjadi haru biru dan tidak mempunyai qualiti langsung. Dari itu Murni kena elak dari
ianya berlaku, kerana prestasi kerja yang baik selama ini harus dipertahankan.
225
Dari jauh Murni sudah nampak Ammar yang sedang duduk di meja paling hujung Club
House di Club Golf tertua di Malaysia itu. Perasaan takutnya bertambah, disambarnya
lengan kiri Zamri, Zamri mengerti apa yang dirasakan oleh isterinya. Tangan kanan Zamri
menepuk perlahan tangan Murni yang melingkar di lengan kirinya sebagai memberi
semangat.
“Jangan risau sayang, kita cuba selesaikan secara baik, kita cuba mana yang boleh, yang
lain biar ALLAH yang akan tentukan” nasihat Zamri.
Murni hanya menarik nafas panjang. Namun dia lega dengan kata-kata semangat dari
Zamri. Setiap tapak melangkah, semakin hampir mereka ke arah Ammar. semakin berat
rasanya langkah Murni, tetapi semakin jelas pula wajah lelaki yang dulunya dia nekat tidak
mahu berjumpa yang kini sudah berdiri menanti mereka.
Aduhai!!!
“Jemput duduk Encik Zamri” jemput Ammar.
Lembut pula perangainya, pastinya ada helah.
Namun mereka mengambil tempat duduk seperti yang diperlawa. Hendak berbincang,
tentu kena duduk. Mana ada orang berbincang berdiri?
“Murni.. “ Ammar merenung bekas isterinya tajam.
Murni masih menarik, tidak berubah sama seperti kali terakhir Murni meninggalkannya.
Pertemuan tengahari tadi, Ammar tidak perasan akan kecantikan Murni kerana Murni tidak
memberi dia peluang langsung, terus meluru memarahinya. Tetapi petang ini, apabila di
dalam suasana tenang, Ammar dapat berpeluang mengamatinya. Tetapi kini dia sudah
melepas, Murni kini hak mutlak Zamri.
Mengapa dia terlambat 8 tahun?
Kau buat apa selama 8 tahun Murni menghilang?
226
Murni dengar Ammar memanggil namanya, tetapi dia pura-pura tidak mendengar.
“Sebelum kita berbincang, nak anything .. refreshment..coffee ke, tea ke..?” tanya Ammar,
relax sahaja dia. Ini, hendak berbincang atau hendak makan-makan?
“Muni nak apa-apa?” tanya Zamri kepada Murni yang hanya diam membisu.
Namun Zamri tetap bersikap professional.
Zamri yang bertanyakan isterinya, kerana dia tahu, jika Ammar yang bertanya pasti tidak
akan mendapat jawapan.
Memandangkan pelayan sudah berdiri menunggu untuk mengambil pesanan sebaik sahaja
dia melihat tetamu yang ditunggu sudah sampai.
“Bolehlah.. fresh orange please” jawab Murni.
Elok juga ada sesuatu untuk membasahkan tekak, kerana pastinya dia akan kehabisan air
liur, kerana membantah apa yang bakal dituntut Ammar.
“Saya pun..” jawab Zamri.
“Ialah.. saya nak tea.. so one tea and 2 fresh oranges please..” jawab Ammar, pelayan
mengangukkan kepala lalu meninggalkan mereka.
“Okey.. Encik Zamri, saya ke sini bukan hendak merosakkan rumahtangga Encik Zamri,
saya cuma hendak hak saya sebagai bapa kepada Mila.. itu aje. Murni I just don’t
understand why you hide all this from me! Kenapa?” Ammar memulakan perbicaraan
dengan soalan.
Soalan yang hanya Murni sahaja yang boleh menjelaskannya.
Murni ketap bibirnya, perlukah dia menjelaskan?
Adakah dengan penjelasannya nanti boleh merubah niat Ammar untuk mendapatkan
haknya?
Zamri memandang ke arah Murni yang masih mendiamkan diri. Zamri perlu memujuk
Murni, jika sekiranya Murni berterusan bertindak mendiamkan diri, masalah tidak akan
berganjak kemana-mana.
“Muni, abang rasa elok Murni cerita apa yang sebenarnya berlaku, at least Encik Ammar ni
faham situasi sebenar..jadi tak adalah salah sangka”kata Zamri
227
Murni juga memandang ke arah Zamri dengan muka sedih. Perlukah dia mengingat semula
peristiwa sedih yang sudah lama dia buang. Menyingkap semula kesah itu membuat dia
gelisah, bagaikan mecungkil semula kesah silamnya.
“Perlu ke bang?..” tanya Murni
Zamri hanya mengangguk.
“Hemmm.. okey.. Encik Ammar, I nak tanya you, if I told you 8 years ago, masa you
ceraikan I that I’m carrying your baby, adakah you akan terima baby tu? I doubt that you
will accept, sebab masa tu you difikiran diri you aje, you fikirkan mak you. you fikirkan
sepupu kesayangan you. Dan sudah tentu you fikirkan, I adalah perempuan jahat, isteri
yang tidak ada maruah, isteri yang tak jujur, tidak setia, malah yang ada banyak scandal
dengan lelaki lain sana sini, sampaikan kena tangkap khalwat di bilik hotel.. betul tak?”
Murni memulakan penjelasannya dengan sedikit terketar-ketar tetapi dengan nada perlahan,
maklumlah di tempat awam.
Jika didengar oleh pengunjung yang lain, diri sendiri juga yang malu. Kemudian Murni
memalingkan mukanya ke arah Zamri yang nampak tenang. Zamri hanya menganggukkan
kepala, meminta Murni meneruskan kata-kata. Ammar tunduk mendengar. Tangan Murni
masih digenggamnya erat.
“Well.. encik Ammar please tell me, what is your answer?” tanya Murni lagi
Ammar tunduk, mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Memang dia mengaku
bersalah. Bersalah kerana hanya mendengar sebelah pihak. Dia buta masa itu, buta oleh
kata-kata ibu dan sepupunya. Mengapalah seorang peguam, seorang yang cerdik, tetapi
masih boleh termakan cakap tanpa usul periksa. Di mana kewibawaannya sebagai seorang
yagn sepatutnya berlaku adil?.
“Murni.. abang minta maaf, abang terlalu percayakan Edwina masa tu. Tak sangka dia
boleh tipu keluarga abang dan abang percaya sampai begitu sekali. Sebabnya, ialah kerana
dia sepupu abang, abang tak sangka, memang abang tak sangka..” jelas Ammar lagi.
“You tahu tak, perempuan tu yang perangkap I, dia kata, awak ada tunggu saya kat hotel tu
sebab you minta I bawa some document, document for the next day hearing sebab you
228
sebok dengan client dari Singapura tu… I still remember, your Singaporean client yang
dituduh membunuh maid dari Melaka tu... I percayalah sebab memang you memang sebok
dengan client dari Singapore masa tu. Rupa-rupanya dia dah siap panggil JAIS siap-siap,
perangkap I dengan client Singapore tu.” Jelas Murni lagi.
“How could she!, tapi I cuba jelaskan, tapi you tak mahu dengar. Do you remember that
moment?” jelas Murni dengan garang.
“You tahu tak Encik Ammar, kasihan jugak pada that Singaporean tau.. diapun tak tahu
menahu yang I datang, sama-sama terkejut masa tu. Dia jugak percaya you yang suruh I
tunggu you di biliknya…sebab yang dia tahu you tunggu dia di lobby. Tetapi bila I
beritahu dia yang I isteri you that time, dia percayalah. Tahu-tahu, tak sampai 5 minit I
dalam bilik dia tunggu you, JAIS dah ketuk pintu. Nak cakap apa lagi! “ nada Murni masih
garang. Garang mengimbas peristiwa hitam dia ditangkap khalwat.
“That is why Murni, masa tu abang hilang pertimbangan, malu sebab Murni ditangkap
dengan client abang. Abang tak mahu masyarakat menanggap abang jual isteri untuk
business. Tapi silap abang jugak, tak fikir panjang, masa tu memang abang tak fikir
panjang.abang ikut emosi. .I’m sorry, I really am!” Ammar menghela nafasnya, menyesali
akan tindakannya yang tidak berfikir panjang.
“Maafkan abang..” katanya lagi dengan muka sedih.
“Okeylah Encik Ammar, sekarang Encik Ammar sudah tahu cerita yang sebenarnya, rasa
saya tidak perlu kita ungkit cerita lama. Yang sudah biarkanlah berlalu, kerana ianya tidak
akan dapat merubah apa-apa. Sekarang Encik Ammar sudah tahu situasi yang sebenar.
Murni diperangkap masa tu. 8 tahun saya lihat dia tidak tenteram. Jadi tak usahkan kita
ingatkan perkara yang sudah berlalu. Petang ni kita hendak bincang perkara yang lebih
berfaedah. Kesah Mila” jelas Zamri panjang.
Ammar hanya diam dengan sedikit mata berkaca oleh air mata yang tidak mengalir. Tahu
salah sendiri.
“Ya.. anak saya.. Mila.. bayangkan, sampai nama diapun saya tidak tahu, sehingga saya ke
sekolah baru saya tahu nama dia..” sambil mengelengkan sedikit kepalanya.
229
“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Mila membesar di depan mata
saya. Dari tapak kakinya 2 jari sehingga sekarang, dia sudah jadi seperti anak saya sendiri,
walaupun sekarang hanya sebagai bapa dirinya sahaja. Saya sayang Murni dan Mila, Encik
Ammar kena mengerti tu. Tolong! Encik Ammar, saya betul-betul minta budi bicara Encik
Ammar, tolong jangan keruhkan keadaan yang baru hendak cerah..” Jelas Zamri.
Ammar masih berdiam dengan luahan jujur Zamri. Ammar jatuh kasihan pula.
Sekali lagi matanya berkaca. Menyesal, terlepas waktu melihat anaknya, satu-satunya
anaknya membesar. Terlepas melihat dia si anak membuka mata sewaktu lahir ke dunia,
terlepas melihat si anak mengatur langkah pertamanya, terlepas melihat si anak tumbuh
gigi, terlepas melihat si anak berlari, terlepas menghantar si anak hari pertama ke sekolah,
terlepas menyambut setiap ulang tahun hari lahirnya dan banyak lagi yang tidak dapat
difikirkannya yang dia sudah terlepas. Dari itu dia ingin mengganti semula semua saat-saat
penting yang dia sudah terlepas. Masih belum terlambat, banyak lagi moment yang dia
boleh kongsikan bersama. Kali ini dia cuba untuk bersama anaknya yang baru hari ini dia
kenal namanya. Banyak lagi saat-saat indah yang bakal dia kongsi bersama. Tetapi semua
itu hanya akan termakbul dengan bantuan Murni. Murni kena memberi dia peluang dan
percaya kepadanya untuk merealisasikan semua itu.
Mahukah Murni memberi dia peluang itu?
“Abang tidak akan rampas Mila terus dari Murni. Abang juga tak mahu sakitkan hati
Murni lagi. Cukup cukuplah dengan apa yang dah berlaku, cuma abang nak minta Murni
cerita kepada Mila siapa abang yang sebenarnya. Ayahnya belum mati lagi, dan berilah
peluang abang ganti balik masa-masa yang abang sudah terlepas bersama dia… “ rayu
Ammar yang menala pandangannya ke arah Murni yang tunduk, kemudian dia berpaling
ke arah Zamri pula. Murni memang sengaja tunduk, dia tidak betah memandang wajah itu,
walaupun dia adalah suaminya satu ketika dahulu.
“Encik Zamri, terima kasih kerana menjaga Murni dan Mila selama ini, nampaknya saya
perlukan pertolongan Encik Zamri juga dalam perkara ini ” ujar Ammar lagi dengan nada
sayu. Menagih sempati dari Zamri.
230
Terkedu Murni, tidak disangka Ammar memang sudah berubah. Perubahannya bagaikan
langit dengan bumi. Mungkin masa sudah dapat merubahkan dirinya. Faktor umur juga
membuat seseorang itu menjadi lebih matang dan dewasa. Ya.. mungkin factor usia!.
Murni juga jatuh kasihan, hilang rasa risaunya. Ammar tidak cuba untuk merampas Mila
dari dirinya. Kerana sikapnya yang bertolak ansur, Murni mempertimbangkan untuk
menceritakan hal yang sebenar kepada Mila. Mila perlu mengetahui perkara yang sebenar.
Tetapi bagaimanalah agaknya Murni perlu memulakan perkara ini. Murni memandang ke
arah Zamri yang tenang.
Suaminya yang cool as a cucumber.
Murni kerap memberitahu Mila, yang bapanya sudah meninggal. Dia tidakpun menyebut
meninggal dunia. Maksud Murni sudah meninggalkan mereka berdua. Tetapi fikiran anak-
anak apabila diberitahu meninggal, sudah pastinya meninggal dunia. Yang hairannya, Mila
tidak pernah pula bertanya di mana kubur bapanya, untuk dia ziarah. Mila masih anak-anak,
mana dia fikir itu semua. Masih innocent.
“Macam inilah Encik Ammar, bagaimana kalau kita bincang lagi esok-esok. Berapa hari
lagi Encik Ammar akan berada disini? Bukannya apa, saya perlu berbincang dulu dengan
Murni.” Jelas Zamri.
“Saya faham Encik Zamri, saya cadang hendak balik KL lusa sebab nak hantar DNA test
tu. Jangan salah faham, bukan saya tidak percaya Mila tu anak saya. Cuma saya hendak in
writing, senang saya uruskan hak Mila untuk dana pengajian dia nanti.”bicara seorang
peguam, semua perlukan bukti.
“Kalau begitu, kami hendak minta diri. Kasihan Mila dan Kak Romlah, tunggu kami
lambat balik. Dia tak mahu tinggalkan Mila sorang-sorang kat rumah..lagipun hari dah
gelap ni..Encik Ammar tahulah tempat-tempat begini bila gelap, langsung tak ada apa-apa
aktiviti” Zamri memohon diri, dirasakan bekas suami Murni tidaklah sekejam yang
difikirkannya. Syukur alhamdullillah.
Sebenarnya dia lelah juga, lelahnya akan bertambah apabila sampai di rumah nanti. Lelah
melayan Murni dengan emosinya. Sebagai suami, dia akan tetap berada di sisi isteri.
Hanya anggukan dari Ammar. Semua berdiri untuk membawa haluan masing-masing.
231
“Tunggu..!” terhenti langkah Murni dan Zamri yang baru beberapa langkah dihayun.
Mereka menoleh ke arah suara, suara Ammar.
“Murni, abang nak minta satu lagi permintaan? Boleh tak abang jumpa Mila sekali lagi
sebelum abang balik KL..” Ammar merayu.
Murni memandang ke arah Zamri. Zamri tidak dapat berkata apa-apa, semua keputusan
adalah hak Murni.
“Hem.. bila..?” tanya Murni pendek.
“Bila-bila yang Murni rasa baik” jawab Ammar, teruja kerana nampak seperti Murni
memberi kebenaran.
“Baiklah, nanti Murni beritahu.. abang tolong ambil nombor telefon dia, Muni tak mahu
simpan. Abang aje yang simpan..” jelas Murni
“Oh ya.. Encik Ammar, Encik Ammar tolong beri nombor Encik Ammar dan nanti saya
buat miss call.. itulah nombor saya” ujar Zamri
Hanya anggukan dari Ammar tanda yang dia mengerti. Dihatinya ada rasa cemburu
melihat kemesraan Murni dan Zamri. Sepatutnya, dia yang berada di sebelah Murni, bukan
orang lain, tetapi apakan daya, semuanya sudah menjadi sejarah. Tidak sudah-sudah
Ammar menyesali dirinya. Apa hendak dikata, nasi sudah menjadi bubur, tidak mungkin
menjadi nasi semula. Apa yang boleh dibuat hanyalah dimakan sahaja, walaupun tidak
sekenyang nasi.
Buburpun buburla…
232
“Macammana Muni, si Ammar tu nak jumpa Mila sebelum dia balik, Muni benarkan ke
tak?” tanya Zamri yang sudah duduk beralaskan bantal di belakangnya sebaik sahaja Murni
membaringkan diri di sebelah.
“Entah!.. Abang fikir macammana?” Murni menyoal kembali soalan yang Zamri tanya
kepadanya.
“Abang rasa elok juga kita jumpakan dia orang tu, tapi jangan cerita pada Mila lagi tentang
siapa sebenar si Ammar nanti sampai the right time baru kita cerita. Kena perlahan-lahan,
nanti Mil terkejut, sebab selama ni, dia ingat bapanya sudah meninggal dunia!” jelas Zamri.
Murni yang di sebelah hanya setia mendengar, dia akan bersetuju dengan apa sahaja
rancangan Zamri, kerana Zamri kini suaminya. Tambahan dia sudah tidak boleh berfikir
dengan waras. Apa yang difikirkan ialah agar Mila tetap bersamanya, Ammar tidak ujud
langsung di dalam diari hidupnya. Jika itu yang dia rasa baik, maka itulah yang akan
dilaksanakan.
“Murni setuju aje, apa cakap abang. Milakan dah jadi anak abang. Kalau rancangan itu
abang kata baik, Muni ikut aje, asalkan si Ammar tu tak ambil Mila terus dari kita..” jelas
Murni. Lemah sahaja suaranya, seperti putus asa.
“Memanglah Mila tu memang anak abang, tapi kita kena ingat, Ammar lebih berhak
daripada abang. Kita tak boleh lari dari kenyataan dan hukum hakam ugama sayang oi…
Macammana kalau petang esok kita bawa Mila jumpa dia kat Shahzan Inn, kita dinner kat
sana. Lagipun dah lama kita tak keluar makan bersama, Cuma kali ini kita ada tetamu, si
Ammar tu la..”kata AZamri mengemukan cadangannya.
Itupun jika Murni setuju!
Murni memandang Zamri yang bercakap menoleh ke arahnya.
“Apa? Abang anggap dia tetamu?... Hheee bagi Murni, dia bukan tetamu, penyamun
adalah, penyamun yang nak ambil barang orang..” jawab Murni geram.
233
“Murni jangan cakap macam tu, orang yang Murni kata penyamun tu, bapa kepada anak
Murni tau?, penyamunpun dulu Murni sayang jugak kat dia kan? Jangan nak tipu, dulu
memang sayang kat dia kan?”ulang Zamri mengusik Murni.
“Abang!!. Dah tak ada maknanya, sayang taik kucing? Dulu lain sekarang dah jadi lain.!.”
bentak Murni, marah betul dia apabila Zamri mengusiknya dengan kata gurauan yang si
Ammar adalah kesayangan Murni satu ketika dahulu. Dah kenyataan, jika tidak, masakan
adanya Mila..
“Sudah, sudahlah tu.. setuju tak dengan rancangan abang ni?” Sambil tangan meraih tubuh
isteri yang merajuk.
“Esok beritahu Kak Romlah tak payah masak, masak untuk dia sama Mila aje untuk
lunch..” sambung Zamri lagi, apabila Murni hanya diam membisu.
Murni mendakap bantal kecil, cuba meleraikan pelukan Zamri yang semakin erat, merajuk
konon..
“Murni dengar tak, apa yang abang cakap tadi, setuju ke tidak?” tanya Zamri lagi.
“Hemm.. abang beritahulah si Ammar rancangan tu, belum tentu lagi dia setuju ke tidak..”
akhirnya Murni bersuara, mengharap agar Ammar tidak dapat hadir mengikut apa yang
dirancang Zamri.
“Esok abang uruskan. Dah tu.. jom tidur..” sambil tangan Zamri menekan punat lampu
tidur, serta merta suasana bilik menjadi gelap. Murni tidak lagi tidur dengan lampu
menyala kerana dia tidak lagi merasa takut, kerana dia sudah ada roommate yang bernama
Mohamad Zamrizal di sampingnya. Jimat sedikit duit letrik yang baru menaikkan tarif
harga letrik.
Eh! Kesah tarif letrik pula yang difikirkan, apa kes!
Esoknya
234
Suasana di Café House Shahzan Inn tenang. Ditambah pula dengan alunan musik yang
lembut memang membuat jiwa tenang. Irama yang perlahan, di antara dengar dengan tidak,
namun masih dapat diketahui dendangan siapa. Keluarga Zamri mengambil tempat
mengikut yang telah dibawa oleh pelayan. Terus si pelayan menghulur buku menu untuk
mereka membuat pilihan.
“Ayah Zam, Mil nak ice cream yang ni boleh tak?” Mila menunjukkan gambar banana
split yang ada di dalam buku menu restaurant Shahzan Inn. Montok sahaja jari Mila
menunjukkan gambar tersebut. Jangan tertipu Mila, nampak di dalam gambar memang
meleleh air liur, bila sampai belum tentu sama seperti di dalam gambar.
“Boleh.. Mil boleh order ice cream tu, tapi lepas kita makan nasi dulu, okey sayang. Sebab
itu dessert, kita kena makan dinner dulu.. ya?” Pujuk Zamri.
Mila hanya menganguk.
“Assalamulaikum.. maaf lambat” semua menala ke arah suara.
Ammar memberi salam dan meminta maaf di atas kelewatannya.
“Ehh.. uncle..mama..ayah Zam, uncle ni lah yang Mila cerita dulu, dia yang gantikan
balang yang pecah tu, tepas tu dia jumpa Mil kat sekolah.. kan uncle?” Mila bercerita
dengan nada ceria.
Dia tidak mengerti yang di hadapannya ialah bapa kandungnya. Memang sudah suratan
yang ditemukan dengan incident pecah memecah balang. Jika balang tidak pecah, sampai
ke sudah mereka tidak bertemu.
Kemunculan Ammar, membuktikan dia tidak membuat cerita, apa yang diceritakan adalah
benar-benar berlaku. Cuma ketika itu Zamri dan Murni tidak berminat mendengarnya.
Tidak mengetahui Ammar adalah orangnya yang disebut Mila, pakcik yang baik.
Baik ke, jika dia punca balang itu pecah?
Tang baik yang dimaksudkan Mila ialah kerana dia menganti dengan yang baru. Sudah
memang wajar dia patut mengantinyapun….
Bagi Mila, kemunculan Ammar patut diucapkan terima kasih kerana dia datang untuk
menyakinkan kedua ibu bapanya apa yang telah diceritakannya.
235
“Ya.. Encik Ammar, jemput duduk.. kamipun baru sahaja sampai…” Zamri
mempersilakan Ammar untuk bersama mereka.
Murni agak teragak-agak, dia kurang selesa dengan kehadiran Ammar, namun kerana
permintaan Zamri dia cuba sedaya upaya untuk menerima kehadiran lelaki yang dipanggil
tetamu itu.
“Hemm.. okey, kita boleh order, nanti lambat pula, Mil sekolah esok..” bicara Zamri lagi,
Nampaknya hanya Zamri yang menjadi jurucakap, Ammar tidak ada apa-apa yang hendak
dikatakan.Matanya tertumpu ke arah Mila, dan sekali-sekali ke arah Murni. Yang penting,
kehadiran dua orang perempuan yang sudah lama dicarinya sudah ada di depan mata.
Ingatkan hanya pencarian seorang perempuan, tetapi rupanya dua..
Dia terharu, tidak disangka suami Murni seorang yang baik, bertuah Murni menjadi
isterinya. Bukan sepertinya yang mensia-siakan Murni dahulu. Dia amat gembira dapat
ditemukan dengan Mila, anaknya tanpa perlu bertegang urat bertengkar, mahupun
memerlukan perintah mahkamah. Ingatkan orang yang begini hanya ada di dalam buku
cerita, rupanya ada ujud di dunia.
Betulkah?
“Encik Zamri tolong order apa yang sedap di sini, saya tak tahu sangat…” Ammar terpaksa
menyerahkan urusan pemilihan kepada Zamri.
“Kalau macam tu saya uruskan ya?” Zamri terus melambai ke arah pelayan yang sedang
menunggu isyarat.
“Tolong encik sediakan ini…, yang ini..ini..ini..ini.. dan ini.. untuk 4 orang ya?” Zamri
hanya menunjukkan gambar yang ada di dalam menu kad, dan pelayan mengambil nombor
kod yang tertera.
“Minumannya Encik.?.” tanya pelayan lagi
“Ia tak ya jugak.. Encik Ammar.. what is your drinks..” tanya Zamri sopan, tanpa
memikirkan yang Ammar bukanlah kawannya, malah sepatutnya saingannya.
“Fresh orange… ya fresh orange” jawab Ammar seperti tidak yakin.
“Okey.. 2 fresh orange, 1 juice tembikai, Mil.. nak apa?”
“Ice creamlah ayah., ayah Zam dah lupa ke?” jawab Mila.
236
Tersenyum Ammar melihat anaknya manja dengan Zamri sehingga memanggilnya ayah
tanpa rasa kekok, seperti ayahnya sendiri. Rasa terkilan dan cemburu juga menebal kerana
panggilan yang sepatutnya untuk dirinya. Mila hanya memanggilnya uncle seperti yang
Mila beritahu Zamri dan Murni diawal pertemuan tadi.
Mahu tidak dia cemburu!.
“Okey.. okey…Ayah Zam lupa pulak! Satu banana split”. Tangan si pelayan laju
memasukkan satu lagi order.
“Yey..!!” kata Mila sambil menepuk tangannya apabila Zamri turut memasukkan menu
banana split yang dimintanya.
Zamri senyum melihat Mila gembira.
“Eh..ehh.. nanti dulu, dan 1 botol besar mineral water..itu aje. Satu botol air mineral
cukupkan Sayang..?” tanya Zamri kepada Murni sebelum dia menamatkan pemilihannya.
Murni hanya senyum, dengan muka yang masam-masam manis. Zamri memanggilnya
Sayang di hadapan bekas suaminya.
Gasak kau!
Memang Zamri sudah terbiasa memanggilnya dengan panggilan itu, dia tidak berdrama
okey!
“Baik Encik..dalam 5 minit, the dinner will be ready..” pelayan meninggalkan meja Zamri
dan keluarga. Ammar tersenyum, tersenyum kerana gembira dapat berjumpa Mila, atau
tersenyum kerana panggilan “sayang“ itu?
Di meja makan, Zamri memberi peluang Ammar bermesra bersama Mila. Murni juga rasa
terharu melihat Ammar sayang kepada anaknya. Yang tidak tahu kenapa uncle yang baru
dikenalinya bertanya itu dan ini kepadanya ialah Mila. Namun dia seorang anak yang
mudah mesra dan disenangi. Sesiapa sahaja akan suka kepadanya. Ammar sungguh
berbangga Murni dapat mendidik anaknya sendirian.
“Terima kasih Encik Zamri, saya terharu, saya tidak sangka Encik Zamri dapat menerima
kehadiran saya secara mengejut ni..” kata Ammar.
237
Sebenarnya dia juga agak sangsi, bagaimana mudah sangat suami si Murni mempengaruhi
dirinya.
Apa sebenarnya permainan yang dimainkan?
Dia tahu atau tidak yang dirinya seorang peguam, jangan main-main!.
Tetapi apabila difikir kedua kali, ada betulnya juga, apa yang dilakukan, bertindak dalam
aman.
Zamri pula hairan, kenapa pula Ammar hendak rasa terharu!
Perlukah ada adegan jerit menjerit, pukul memukul, tumbuk menumbuk atau adegan
menarik rambut!
Memang bagus jika ada adegan ini semua menjadi tontonan orang, tetapi yang malu ialah
diri sendiri.
Hasilnya habuk pun tak ada!
Dari itu carilah pendekatan yang lebih berfaedah.
“Murni, abang juga nak minta maaf dengan apa yang telah berlaku, semua salah
abang..abang mengaku” sambung Ammar lagi.
Apa lagi yang perlu Murni katanya, semuanya sudah ditelan waktu. Sudah tidak berguna
lagi. Andai kata dia diberi peluang untuk balik di masa silam, belum tentu Murni akan
memilih untuk kembali, kerana dia bahagia dengan apa yang dia ada sekarang.
Kemudian Ammar membongkok untuk bercakap dengan Mila. Lengan Mila dipegangnya
“Mila, uncle suka dengan Mila, for a start boleh tak Mila panggil uncle, papa jugak, uncle
tak ada anak, jadi tak ada orang yang boleh panggil uncle, papa. At least kalau Mila
panggil uncle, papa, adalah uncle sorang anak .. jadi la..panggil uncle, papa Am”
permintaan Ammar yang diluar jangka.
Hanya datang secara tiba-tiba tanpa dia rancang. Yang paling terkejut ialah Zamri dan
Murni. Murni pandang Zamri dan Zamri pula memandang Murni. Mila yang tidak
mengerti juga tertanya-tanya. Memang tidak ada di dalam agenda pertemuan mereka
mengenai perkara ini. Pandai-pandai aje si lawyer ini. Itulah, namapun lawyer buruk, di
kepala otak sentiasa berfikir, memikirkan perkara yang tidak terfikir oleh orang lain..
238
Mila bermain dengan tangannya sendiri, dia serba salah dengan permintaan uncle yang
pernah memecahkan balangnya. Mila memandang ke arah Zamri kemudian pandangan ke
arah Murni. Yang dia nampak ayah Zam hanya tersenyum, namun muka mama, masam.
Masam seperti baru memakan asam kecut!
“Kenapa pulak nak kena panggil uncle yang baru Mila kenal dengan panggilan “Papa”?
Mila sudah ada papa… tu!.. ayah Zam!” jawab Mila.
“Bolehlah,.panggil uncle, papa Am” pujuk Ammar lagi, merayu-rayu.
“Kenapa pulak papa Am? Siapa nama uncle ya?” tanya Mila, hairan senang-senang sahaja
lelaki yang baru dikenalnya beberapa hari meminta untuk memanggil dirinya dengan
panggilan “papa”. Yang Mila hairan, ayah Zam diam sahaja dengan permintaan lelaki itu,
mama lagilah.. tidak bersuara sepatahpun, mahupun membantah.
Sepanjang yang Mila tahu, ayah Zam hanya boleh dipanggil ayah setelah ayah Zam
berkahwin dengan mama, lama jugak Mila memanggil dia uncle Zam sahaja. Tapi uncle
ini lain pulak, dia tak kahwinpun dengan mama? Tiba-tiba kena panggil papa. Yang lebih
menjadi misteri kepada Mila, siapa nama penuh uncle tersebut, hanya perlu singkatan Am.
Nama dia Amir kah?
Mungkin Amran kut
? Entah-entah Ammar, nama yang sama dengan arwah bapanya kerana Mila ada terdengar
ayah Zam memanggil lelaki itu dengan nama Ammar, cuma Mila tidak mendengarnya
dengan jelas. Mungkin dia tersalah dengar. Lagi pun bukan arwah bapanya seorang sahaja
yang bernama Ammar, ramai lagi lelaki di luar sana yang bernama Ammar, sama seperti
nama arwah bapanya. Bisik hati kecil Mila yang memang dia tidak mengerti. Seorang
lelaki yang muncul tiba-tiba dan meminta dirinya memanggilnya papa, bukankah itu satu
perkara yang misteri?.
Satu lagi yang menjadi kemusykilan Mila, lelaki yang dia kena panggil papa Am itu
membahasakan dirinya kepada mama, dengan panggilan abang, Ramai rupanya abang
mama ya!. Ini salah seorang abang Mama yang Mila tidak kenal. Lainlah uncle Ghous, itu
239
memang sah abang mama, uncle Zamri yang kini sudah menjadi ayah Zam juga mama
panggil abang kerana mama sudah kahwin dengan ayah Zam.
Entah! berapa ramai lagi abang-abang mama yang belum muncul. Mila tunjuk muka
bingong. Susah juga dia hendak mencernakan persoalan yang bermain di kepalanya.
Mungkin dia belum cukup dewasa untuk memahami agaknya. Tunggulah sedikit masa lagi,
bila dia sudah dewasa mungkin dia akan faham semua ini. Susah juga menjadi orang
dewasa ini rupanya.
“Uncle duduk sini ke?” Mila bertanya.
“Bukan uncle, papa Am..ya Mila, Papa Am duduk sini malam ni aje, esok papa Am kena
balik semula kat KL.., nanti bila papa Am free papa Am jumpa Mila lagi, boleh?” tanya
Ammar.
Mila memandang sekali lagi ke arah Zamri, Zamri mengangukkan kepala. Mila tidak mahu
memandang ke arah mama, kerana dia sudah tahu, muka mama tentu tidak berubah, masih
masam berkerut!
“Hemm.. uncle.. eh..papa Am kena tanya mama dengan ayah Zam..” jawab innocent
seorang budak.
Zamri hanya tersenyum dan mengangukkan kepala.
Murni tidak berkata apa-apa.
“Encik Zamri terima kasih dan maaf dengan tindakan saya berjumpa Murni siang tadi, saya
tak sangka pula dia cukup bencikan saya. Memangpun patut dia benci saya, saya buat salah
banyak kepadanya. Saya menyesal. Jadi, tolong jaga dia baik-baik… she is a good lady, I
terlepas dia..” Ammar mengucapkan terima kasih sambil berjabat tangan.
Zamri hanya tersengeh. Dia memang sudah tahu lama, isterinya seorang perempuan yang
baik, jika tidak buat apa dia sanggup menunggu selama 8 tahun.
Mila dan Murni sudah awal keluar meninggalkan kedua lelaki itu bersendirian.
“Tak ada masalah Encik Ammar, cuma saya minta bantuan Encik Ammar, tolong jangan
pisahkan Mila dari Murni. Mila nyawa Murni. Saya tak ada masalah juga untuk Encik
Ammar jumpa Mila, bila-bila masa yang Encik Ammar mahu. Yang jadi masalah sekarang,
240
bagaimana hendak terangkan siapa sebenarnya Encik Ammar.. itu sahaja. Harap Encik
Ammar dapat membantu saya dalam hal ini, kita kena cerita kepada dia perlahan-lahan,
takut dia tak boleh terima, dia masih anak-anak” Panjang lebar permintaan Zamri.
“Saya faham Encik Zamri. Saya pernah berlaku kejam kepada Murni, saya tak mahu buat
kesilapan kali kedua. Saya juga hendak minta pertolongan dari Encik Zamri. Harap Encik
Zamri tolong juga jaga Mila dan Murni baik-baik dan beri saya peluang untuk
bertanggungjawab. Bertanggungjawab kepada anak yang tidak tahu saya bapanya” Ammar
tunduk, sedih dengan tindakan yang telah dilakukannya.
“Don’t worry Encik Ammar, she will find out sooner or later…” jawab Zamri sambil
menepuk perlahan bahu teman dan juga seterunya.
“Oh..ya thanks for the dinner and I better be going, esok Mila sekolah..” sambung Zamri
lagi.
“Ya.. tak ada masalah, perkara kecil aje. Pertolongan encik Zamri lagi besar bagi saya. See
you later, nanti saya call bila saya nak ke mari lagi..” kata Ammar
Zamri berjalan pantas meninggalkan Ammar yang berdiri memerhatikan Zamri berlalu
pergi. Zamri pasti Murni dan Mila sudah lama menunggunya di dalam kereta di tempat
pakir. Zamri dapat rasakan Murni tidak selesa dengan pertemuan ini. Namun kerana Zamri
yang mengaturnya, dia terpaksa akur. Bagaikan terlepas dari mulut singa agaknya
dirasakan oleh Murni setelah mereka selesai menjamu makan malam tadi agaknya. Nasib
baik makanan boleh ditelan.
“Murni, maafkan abang, abang rasa inilah saja jalan yang terbaik untuk semua, yang
mampu abang fikirkan buat masa ini” Zamri bermonolog sendiri.
Zamri berharap ini adalah langkah pertama untuk memberi peluang Ammar mengenal Mila
dengan lebih rapat. Begitu juga Mila, agar dia dapat perlahan-lahan menerima lelaki yang
dipaksa menanggilnya Papa Am. Zamri juga berharap agar Ammar faham mengapa Zamri
sanggup menerima kehadirannya secara baik. Pertemuan yang dirancang secara aman,
supaya Ammar tidak lagi merobek semula luka di hati Murni. Hati yang baru sahaja
beransur pulih. Zamri akan berusaha apa sahaja untuk perempuan ini. Zamri tidak sanggup
241
lagi melihat Murni di dalam keadaaan berduka. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lihat
selama ini.
Berduka sekiranya Mila terpisah darinya.
Berduka sekiranya Ammar merampas Mila darinya kerana Mila adalah nyawanya. Kerana
Milalah dia terus hidup. Mengharung segalanya demi Mila. Yang Murni tidak tahu, Mila
juga nyawa Zamri.
“Cian dia, letih sangatlah tu.. sampai dah tertido..” bicara Zamri sebaik sahaja duduk di
tempat pemandu dan terlihat Mila yang sudah lena di tempat duduk belakang.
“Haah bang, dia dah tidur, tapi baik jugak dia tidur? Kalau dia tak tidur, hentamnya dia
tanya itu dan ini pasal si polan tu.. apa kita nak jawab? Lagipun dah memang time tidur
dia..” kata Murni.
Murni merasa lega kerana Mila sudah lelap.
“Ia jugak..nasib baik dia tak tanya. Sayang okey…?” teringat Zamri hendak bertanyakan
khabar si isteri, sambil memandu pulang.
“Hem… saya okey. Terima kasih bang, sekurang-kurangnya dia boleh terima rancangan
abang tu. Janji dia tak tuntut Mila, bang, saya rasa lega..”.ucap Murni lega.
“Jangan cepat sangat leganya Muni, panjang lagi perjalanan cerita Mila tu, abang harap
apa yang kita rancang si Ammar tu setuju, jangan lepas balik KL , dia ubah fikiran pulak!
“ getus Zamri.
Murni terdiam, ada juga benarnya kata-kata Zamri. Takut juga dia berubah fikiran. Jika ini
berlaku, Zamri dan Murni perlu memikirkan plan B. Plan B yang belum ada difikirkannya
lagi.
242
Satu ciuman singgah di pipi kiri Zamri. Zamri yang sedang duduk membaca buku ilmiah di
atas katil merasa hairan dan terkejut, dapat hadiah ciuman dari isteri tersayang.
“Apa pulak ni Muni…?”Zamri terkejut sebenarnya, tapi dia suka!
Buku diletakkannya di atas katil, tangannya singgah ke dahi Murni yang duduk betul-betul
di sebelahnya. Murni melentukkan kepala ke bahu Zamri, hemmm.. sungguh romantik.
“Tak demam pun..!” kata Zamri.
Zamri merasa dahi Murni yang tidak panas, dia ingatkan demam atau sakit, kerana
bertindak luar jangka tiba-tiba.
“Tanda terima kasih Muni pada abang, pasal hal tadi. Kalau abang tak ada, tak tahulah
Muni nak buat apa?” penjelasan Murni ke atas tindakannya.
“Oooh pasal tu! Abangpun bukan pandai manapun, orang yang abang nak hadap tu lagi
pandai. Itu aje yang terfikir, nasib baik aje tu dan juga dengan keredaan Tuhan..ahh..
ingatkan tadi tak sihat, tu yang perangai lain macam, tapi takkan dapat hadiah itu aje?”
Zamri senyum nakal, menagih hadiah yang lain pula.
“Haabis tu.. abang nak apa lagi..?” tanya Murni ngeri.
Itulah pandai-pandai beri signal. Cik abang ingat signal lampu hijau. Tapikan, perempuan
memang suka beri signal yang berbeza dari apa yang difikirkan oleh seorang lelaki. Itulah
pasal, memang susah hendak membaca signal yang diberi. Selalu yang keluar di mulut kata
lain, di dalam hati kata lain.
“Ha..ini…!!” terus Zamri menarik Murni dan dipeluknya ketat, dibalasnya ciuman di pipi
Murni bertalu-talu. Terkejut dan termengah-mengah Murni cuba mengelak dan menahan
ciuman Zamri. Terjerit-jerit Murni dibuatnya. Jeritan suka sebenarnya diperlakukan
sedemikian. Akhirnya dia berhenti dengan Murni masih di dalam pelukan.
“Kalau Muni gembira, abang lagi gembira” dikucupnya kepala Murni yang sudah berada
di dada. Murni hanya bermain dengan tangannya sendiri, dia suka dibelai begitu.
Mesra.
243
“Abanggg… Muni sayang abang, Muni sayang Mila juga. Muni tak mahu kehilangan
mana-mana permata hati Muni ni tau?..” jelas Murni dan meraih tangan Zamri untuk dia
genggam.
“Abang tahu, abangpun sayang Muni dan Mila, don’t worry Muni, kita kena hadapi aje
apa-apa sahaja rintangan yang mendatang ni bersama-sama as long as abang ada Muni
dan Mila bersama. Kena ingat tu, Tuhan hanya menduga orang yang dia sayang. Ini cuma
dugaan kecil aje. Patut bersyukur apabila diduga, dia menambahkan lagi ingatan kita
kepada Nya.. Ada orang tu lagi hebat dugaan mereka, dan mereka tabah..“ kata Zamri
tenang.
Murni senyum.
Tak nampak pula kopiah tok haji di atas kepala Zamri. Bercakap sudah berbunyi seperti
ustaz. Dah pulak! Kalau pakai kopiah tu ustaz. Habis tu, kalau tak pakai kopiah tidak boleh
dipanggil ustaz? Bukan kopiah yang menentukan seseorang itu ustaz atau tidak cik Murni
oi!
“Baiklah ustaz Zamri..” bisik hati Murni
Tetapi yang diluahkan “Terima kasih bang..” kan dah kata.
Lain yang diucapkan lain yang di dalam hati.
Zamri hanya senyum.
Terserlah lesung pipit di kedua pipinya.
Eh! Lee Min Ho ada lesung pipitkah?
Tapi Lee Min Ho Malaya ni ada okey!
“Hemmm.. dah tu, esok kita kerja. Nanti terlambat bangun pulak, susah kita nanti nak
berjawab pulak!” Zamri mengetatkan lagi pelukan.
Serta merta bilik yang tadinya terang menjadi gelap, namun masih terdengar suara orang
berbisik dan merengek. Kata hendak tidur, tetapi masih banyak lagi cerita yang hendak
dibicarakan. Sesekali terdengar gelak ketawa kecil. Buatlah apa yang mereka suka, jangan
terlambat bangun esok sudah!.
244
Mila membelek mainan barunya di hadapan Murni.
“Baik betul uncle tu eh, papa Am tu ya ma, tengok ni dia belikan Mila ni, tapi sebab apa
ya? Bukan birthday Mila, birthday Mila lama lagi..?” gembira Mila menunjukkan set anak
patong Barbie siap dengan kereta sorong kepada anak patung tersebut. Bukan itu sahaja,
siap beberapa set pakaian yang boleh ditukar ganti.
Kotak bungkusan kiriman dengan Pos Laju yang telah diterima petang semalam, cuma
baru dibuka sekarang.
Mila memasukkan semula anak patung tersebut dan dia mengangkat kotak tersebut dan
meletakkannya di sudut ruang tamu. Tidak berapa berminat hendak bermain anak patung
tersebut sendirian. Jika ada berteman, pasti seronok. Namun dia tetap gembira dengan
pemberian Papa Am. Tidak kiralah hadiah itu untuk apa, yang penting dia dapat hadiah.
Takkan hendak tunggu hari jadi sahaja baru dapat hadiah? Lagipun orang sudah memberi,
kita terima sahaja la..
“Mesti mahal ni kan ma..?” tambahnya lagi.
Mila berjalan ke arah Murni yang sedang menyelak suratkhabar. Bagi Murni apa sahaja
yang ada kena mengena dengan lelaki itu, buat dia alergi. Tetapi demi kegembiraan si
anak, Murni terpaksa berlakun.
Hari Sabtu begini, Murni lebih suka berehat, malas dia hendak keluar. Zamri pula bersama
geng golfnya. Selepas subuh tadi sudah hilang
Apakah seronoknya bermain golf itu agaknya? Murni tidak mengerti. Kenapa perlu
bersusah payah memukul sebiji bola sehingga sampai masuk ke satu lobang. Jika menyabet
rumput di belakang dan di hadapan rumah, lagi ada faedahnya. Sekurang-kurangnya tak
perlu mengupah Pak Dali memotong rumput. Sudah selamat RM35. Tetapi disebabkan
sudah kena badi golf, tidak mengira panas atau hujan, sekiranya ada teman pasti mereka
menghayun batang besi bengkok tersebut.
Murni teringat soalan Mila, terus menjawabnya, lupakan kesah Zamri dan golfnya.
“Mahallah agaknya, mamapun tak tahu… tapi jangan leka main aje, pelajaran kena ingat
juga..” pesannya.
245
Kadang kala, Murni kasihan juga kepada si bekas suami. Mungkin sebagai salah satu cara
untuk dia membalas waktu yang dia hilang bersama anaknya. Caranya dengan
memanjakan Mila dengan memberikannya hadiah. Tetapi Murni harap jangan terlalu
memanjakannya, dikuatiri Mila terleka.
“Mil tahulah ma. Mil janji Mil tak leka. Ni Mil nak pegi jumpa Nana kat padang mainan
dengan basikal, boleh tak ma! bukan Nana aje, ada dua tiga orang lagi, semua kawan
sekolah Mil”jawab Mila.
Mila sedang meningkat remaja, dia lebih suka berbasikal bersama kawan-kawan.
Berintereksi bersama teman, satu aktiviti yang sihat, apa salahnya, dari bermain anak
patung sendirian, tak best.
“Boleh, tapi jangan lama sangat ya..lunchtime balik tau” Murni memberi kebenaran.
“Hemm.., Mil balik sebelum lunch” janjinya kepada mama.
“Hati-hati.. tengok kereta..kiri kanan baru jalan ya sayang..” pesan Murni
Mila tidak menjawab pesan Murni kerana dia terus mengayuh basikalnya, dengan helmet
di kelapa dan knee pad di lutut. Di fikirannya sudah di set akan pulang ke rumah sebelum
waktu makan tengahari.
“Abang selisih dengan Mil, kejap tadi, dia dengan basikal, pergi mana dia tu..?” tanya
Zamri sebaik sahaja muncul di depan pintu.
Tangan menyeret troli golf yang masih dengan beg golf. Mata Murni tersorot ke arah
suara, tangan terhenti seketika menyelak suratkhabar. Entah berapa kali dia menyelak
suratkhabar tersebut, tetapi tidak ada berita yang menarik. Yang banyak disiarkan, kesah
jenayah dan kemalangan, sudah naik takut Murni bila difikirkan. Bukan sahaja berlaku di
luar negeri, malah lebih hebat lagi di negara sendiri.
“Hah! abang, dah balik dah.. macammana hari ni, berapa birdie dan berapa bogey abang
dapat hari ini..?” soalan Zamri tidak terjawab, ditambah dengan soalan lain.
“Hahh..apa dia? Muni tanya apa? Birdie? Bogey? Hari ni tak banyak, abang dapat buat
double bogey aje.. tupun nasib baik sebab angin tak kuat pagi ni..tu hah.Tadi abang selisih
246
dengan Mila, kat depan tu, dia pegi mana?” Zamri menjawab soalan Murni dan juga
mengulangi soalannya yang masih tergantung tanpa jawapan.
Zamri menurunkan beg golf biru dari trolli dan mengeluarkan satu persatu setiap 13 batang
golf yang tegak berdiri di dalam beg. Murni hanya memandang Zamri yang leka mengelap
kayu golf. Murni tahu, kayu golf perlu dibersihkan sebelum disimpan semula ke dalam beg
golf. Untuk kayu golf yang khas, selalunya yang paling baik dan mahal, dipanggil driver,
digunakan semasa Tee off di Tee box. 3 batang yang dipanggil wood batang golf ini
diperbuat dari kayu dipanggil 3 wood juga untuk Tee off, hanya perlu pilih sebatang yang
rasa sesuai. Kayu ini selalunya kepala dibungkus dengan ponjot. Untuk apa, Murni tidak
mengerti, cuba tanya Zamri, yang Murni pasti juga tidak akan mendapat jawapannya
kenapa perlu dibungkus dengan ponjot tersebut. Bagi 5 batang lagi yang diperbuat dari
besi, yang dipanggil 5 iron, memang perlu dibersihkan kepalanya untuk mengelakkan dari
berkarat dan juga membuang tanah atau rumput yang tersangkut. Begitu juga perlu
dibersihkan kepada batang golf yang tertulis S yang bermaksud sand wedge, dan P untuk
pitching. Akhir sekali putter, yang digunakan apabila sampai di green, satu-satunya batang
golf yang boleh digunakan di green untuk menolak bola golf ke dalam lubang kecil yang
terpacak bendera. Lubang yang hanya muat-muat untuk sebiji bola golf. Siapalah agaknya
yang memulakan permainan ini, sampaikan menjadi ketagih bila sudah terkena
penyakitnya.
“Mil pergi jumpa Nana dan kawan-kawan dari sekolah kat playground depan tu.. dah Muni
pesan, dia kena balik sebelum lunchtime” jelas Murni.
Zamri hanya diam.
“Abang!.. dengar tak Muni cakap ni.!.” sergah Murni, tadi bertanya sampai dua kali, bila
Murni sudah memberi jawapan, dia buat endah tak endah sahaja mendengar.
Zamri masih leka dengan peralatan golfnya, kini sedang membersihkan kasut golf pula.
Sarung tangan yang hanya sebelah dimasukkan ke dalam poket golf beg. Kemudian
mengheret semula troli beserta set yang sudah bersih ke dalam stor di sebelah bilik tamu.
247
“Abang dengar sayang, abang dengar. Tolong sayang ambilkan abang air sikit..?” pinta
Zamri.
Murni jeling, tahu pulak dahaga, ingatkan sudah cukup kenyang dengan kayu golf tu.
Murni mengomel sendiri, tidak berani disuarakan. Marah pun marah juga, tetapi sayangnya
kepada Zamri tidak ada bandingannya. Murni berjalan menuju ke dapur untuk mengambil
air yang dipinta.
“Muni goreng beenhoon ni, marilah kita sarapan. Lagipun Muni belum sarapan lagi, saja
nak tunggu abang, nasib baik abang balik awal. Kalau balik lambat, berkeronconglah perut
Muni.. jawabnya” jelas Murni dari dapur.
Tangan sudah tersedia air untuk dihulurkan kepada Zamri.
Zamri menapak ke dapur dan mengambil gelas yang dihulur, terus meneguknya lalu
duduk di meja makan. Memandang Murni mengisi beehoon ke pinggan di hadapannya.
“Dah cukup tu.. abang tak lapar sangat. Muni tu yang lapar, baik cepat makan, nanti perut
masuk angin, abang jugak yang susah nanti. Lain kali jangan tunggu, kalau rasa nak makan,
makanlah dulu…” tegur Zamri.
Memang Murni sudah memulakan suapannya, tidak perlu mendengar leteran si suami,
yang mana Murni tahu, tentunya sudah bersarapan di Club bersama geng golf.
“Abang nak tahu apa yang Ammar hantar semalam? Dia hantar Barbie doll dengan baby
stole. Muni tak kesah kalau dia hendak beri Mila hadiah, tapi Muni tak sukalah bang, cara
dia manjakan Mila dengan barang-barang macam mahal macam tu…” Murni
menyampaikan ketidakpuasan hatinya tentang Ammar.
Baru dua minggu mengenali Mila, sudah disogok dengan barang yang mahal-mahal begitu.
“Muni tak boleh macam tu. Mil anak dia jugak, anak yang dia tak tahu ujudnya. 8 tahun
baru tahu dia ada anak, of course dia excited, lagipun dia cuba nak ganti balik masa yang
dia dah terlepas. Itu mungkin salah satu cara dia nak tebus balik masa yang terlepas tu.
Muni kena faham. Kalau kita ditempat dia macammana?” ujar Zamri lagi.
248
“Abang ni sokong siapa? Memang padanpun dia, dulu buang Muni macam kain buruk aje”
Murni kecewa dengan jawapan Zamri, ingatkan Zamri akan memberi sokongan padu
kepadanya, ini tidak?
Jawapan yang diberi membuat hati Murni mendidih geram.
Zamri sudah menghidu masalah isterinya “merajuk”. Zamri terus bangun dan memegang
bahu Murni dan mencium kepala si isteri.
“Jangan macam tu sayang, abang sayang Muni dan abang sayang Mila, tapi dalam hal ni
abang kena act neutral. Abang tak mahu Mila jadi mangsa, mangsa rebutan. Abangpun tak
mahu Murni kehilangan Mila. Sayang kena ingat, kita kena berhati-hati buat tindakan,
jangan sampai Ammar libatkan mahkamah. Sayang kena ingat tu, Ammar cenderung
dalam hal tu. Dah sudah, abang nak mandi, lepas sayang makan, teman abang kat atas ya..
boleh tak?” pujuk Zamri.
Murni diam membatu. Dia mengerti kenapa Zamri bertindak sedemikian. Buat masa ini
Murni tidak di dalam keadaan yang membolehkan dia berfikiran waras. Apa yang di
kepalanya ialah ingin Mila menjadi haknya yang total sahaja. Nasib baik ada orang seperti
Zamri, orang yang masih boleh berfikir dengan waras untuk menyelesaikan masalah ini
agar kedua-dua belah pihak mendapat faedah. Win win situation. Tidak ada siapa yang
untung, dan tidak ada siapa yang rugi.
Ehh.. mana boleh macamtu, Murni nak menang..
Selepas mencuci pinggan yang telah digunakan dan mengemas meja, Murni dengan longlai
melangkah ke bilik di tingkat atas. Entah apa lagi yang Cik Abang Zamri mahu darinya.
“Hemm.. apa-apa aje cik abang sayang ni, siang-siang buta macam ni” getus Murni dalam
senyum, memikirkan yang lain.
Apa-apapun dia akur akan kehendak Zamri. It’s better be good Abang sayang. Jika sekadar
hendak berbual kosong, kedai kopi, baik ajelah dia berkebun cuti hujung-hujung minggu
begini. Malas dia hendak melayannya. Jika pasal si Ammar lagilah boleh belah!
249