The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-02-28 01:30:35

Hadirku Untukmu

Hadirku Untukmu

Tersintak Ammar dari lamunan apabila, pen yang dipegangnya terjatuh di atas kertas puteh
yang berada di hadapannya.

“Eh! Tak boleh.. tak boleh..“ tiba-tiba Ammar mengeleng-gelengkan kepalanya laju.
“Zamri baik, Murni pun.. ahhhh.. biarkanlah. Satu hari nanti Mila akan datang dengan
sendirinya mencari diarinya kerana dia dah siapa bapa dia sebenarnya! “ kata hati kecil
Ammar.
Itu hati kecil Ammar yang bersuara lembut, membisikkan. Tetapi ada satu suara kasar pula
yang menyampuk.
“Kenapa masih beralah! 8 tahun Murni dah bersama Mila, takkan seminggu tak
boleh?“ Ammar termakan kata-kata itu.
“Kalau nak cuba apa salahnya. nantilah tanya Zamri, manalah tahu dia setuju pinjamkan
Mila untuk cuti sekolah ni Kalau tanya Murni, confirm kena reject!”Ammar juga sudah
terpengaruh dengan cadangan mummy jarum.

Ammar menghela nafasnya panjang, ada benarnya juga apa yang mummy Tina cuba
sampaikan. Apa salahnya Mila tinggal dengannya untuk beberapa minggu cuti sekolah ini.
Bukannya dia akan tinggal dengan orang luar, diakan bapa kandungnya!
Tetapi apabila difikir balik, kasihan pula Murni. Murni tidak pernah berpisah dengan
anaknya. Dapat kebenaran berjumpa dengan si anak setiap hujung minggupun sudah
cukup bagus.
“Tap..tap..tap..tap..” Ammar mencapai semula pen yang tergolek di atas kertas dan
menghantukkan hujung pen ke atas kertas puteh itu.
Kini fikirannya penuh dengan cara yang paling baik untuk menjayakan hasratnya agar
Murni membenarkan Mila dapat bersamanya di cuti sekolah yang panjang ini.
Hilang fokusnya kepada kes bunuh yang sepatutnya diberi tumpuan padu.

Kes bunuh! Hendak di fikirkan, orang yang sudah terbunuh, sudah tentunya sudah menjadi
arwah. Si pembunuh pula, tentu sudah rasa bersalah di dalam hati. Apa lagi yang hendak di
fikirkan? Yang dia kena fikirkan ialah membantu si pembunuh agar di beri hukuman yang

350

setimpal. Kerana dia sudahpun menerima hukum alam, iaitu rasa bersalah selagi dia
bernafas, Perasaan itu akan melekat di hatinya. Orang bersalah memang selalu berada di
dalam ketakutan. Diri bagaikan di kejar bayangan, sedangkan bayangan itu adalah
bayangan diri sendiri! Ahhh.. lupakan sebentar kesah orang lain.
Yang perlu Ammar tumpukan sekarang ialah kesah dirinya sendiri. Tentang dirinya sendiri
yang sudah lama dia abaikan. Terlalu terikat dengan tugasnya sehinggakan dia lupa hidup
berkeluarga. Kini dia di beri peluang kedua, Ammar seharusnya rebut peluang ini.
Persoalannya, sanggupkah Ammar bersuara untuk menyampaikan hasratnya kepada Zamri?
Lelaki yang Ammar labelkan sebagai serorang lelaki yang baik. Bila memikirkan sifat
lelaki yang baik ini, buat Ammar tidak sampai hati untuk bersuara.
“Tap..tap..tap.. tap..” irama hantukan perlahan pen ke atas kertas bagaikan memberikan
inspirasi kepada Ammar. Ibarat signal code mose yang menghantar isyarat. Setiap huruf
melayang-layang membentuk perkataan di awangan. Perkataan-perkataan yang berterabur
bagaikan minta diatur untuk membentuk satu ayat. Hanya Ammar yang boleh
mencantummya menjadi satu ayat,
Walllah! Sudah tersusunpun ayat itu di fikiran Ammar.
“Mila… tunggu papa datang..” tiba-tiba Ammar bersuara sendirian

351

Kembali ke Fraser Hill

“Yang.. abang kena pergi Ampangan Kuala Kubu.. ada aduan dindingnya retak, Sayang
tumpang Shiha ya!” kata Zamri tanpa mendengar persetujuan dari Murni.
Tergesa-gesa betul dia kali ini.
Murni baru hendak membuka mulut untuk menjawab tanda setuju, tetapi Zamri sudah
hilang di sebalik pintu yang berlahan-lahan tertutup sendiri.
Mulutnya masih ternganga.. tidak terucap.
Murni juga mahu mengucapkan Selamat kepada si suami.
Tidak mengapa, perkara ini sudah biasa.
Routine biasa sahaja yang selalu dilakukan oleh si suami.
Demi tugas untuk negara.
Secara spontan, jari menekan nombor Shiha ..
Chauffer terdesak setiap kali Murni memerlukan.
Terima kasih teman sepejabat dan juga jiran.. Puan Norshiha.

Acap kali Murni menyelak langsir mengharap Zamri pulang. Hari sudah gelap, tidak
mungkin dia belum habis tugasan di Dam lagi. Bukan boleh nampak apa di waktu-waktu ni
di tempat jauh ke dalam hutan itu.
Telefon tidak diangkat, pesanan juga tidak dibaca.
Zamri singgah minum dan berehat di rumah teman agaknya, Murni cuba bersangka baik.
Dia angguk.. Ya, dia pergi relax dengan teman-teman.
Baik sahaja dia menonton TV sementara menunggu si suami.
Kak Romlah sudah lama pulang, Mila pula ada di atas entah-entahpun sudah lelap.

352

Murni menekan punat TV dan segera muncul berita memberitahu kemalangan di Kuala
Kubu Baru melibatkan ampangan pecah.
Terkejut Murni, dada sudah berkocak laju.
Doanya, Zamri tidak terlibat dengan kemalangan ini.
Ya.. dia sedang dalam perjalanan pulang.. bisik hati Murni.
Mata tertancap ke luar apabila nampak bias lampu kereta.
Ah! Kan sudah kata? Bisik hati Murni girang dan lega.
Suaminya sudah pulang.

Betul seperti yang dia harapkan, Zamri tidak terlibat dengan kemalangan itu.
Alhamdulillah.
Murni sudah mampu tersenyum.

Tetiba langkah Murni terhenti.
Eh! Bukan kereta Zamri?
Murni terkejut!
Rasa hendak pengsan pun ada..
Yang berdiri di luar pagar adalah Polis.

Ah! Beberapa bulan lepaspun perkara yang sama. Alhamdulillah polis bawa berita
memberitahu Zamri selamat . Harap kali ini berlaku yang sama.
Mahu tidak mahu, Murni mara ke arah si Polis memandangkan namanya di panggil
bertalu-talu.
“Puan.. Harap puan dapat bertenang. Kami ingin memberitahu, suami puan salah seorang
yang di bawa arus sewaktu ampangan pecah. Pihak bomba dan penyelamat sedang
berusaha mencari dan mengesan SAR (Save and Rescue)” kata si pegawai Polis dengan
satu nafas.
Murni terduduk di hadapan pagar.
Nampakmya kali ini berlainan berita yang Murni dengar.
Tetiba Murni saya ingin menjerit memanggil nama Zamri sekuat-kuat yang dia mahu.

353

Di fikirannya berat menyatakan Zamri selamat..
Ya Zamri selamat.
Abang.. pulanglah!!

Sehari suntuk pencarian, namun beberapa mangsa belum di temui, termasuk Zamri.
Murni di rumah tidak mampu berbuat apa-apa. Asyik termenung dan menangis. Keluarga
di kedua belah pihak berada sama untuk meneman Murni.
Dari sehari menjadi dua, tiga, usaha SAR menyelamat dan mencari dihentikan.
Murni jadi kemurungan. Dia diberi cuti rehat mengikut rekod yang dia ada. Tuan DO amat
prihatin tentang kebajikan pekerjanya.
Kini sudah tiga hari hilang, Zamri tetap tidak dapat dikesan.

Hanya keretanya sahaja yang masih terpakir di tempat pakir tanpa dirinya. Itu menguatkan
bukti Zamri mangsa yang hilang tanpa dikesan.

Kelmarin, kereta Zamri sudah diambil oleh suami Kak Romlah setelah menerima kunci
pendua dari Murni.
Kini sudah terpakir di garage rumahnya.
Keluarga tidak mahu menerima hakikat yang Zamri sudah tiada, kerana tidak menemui
jasad atau penanda yang dia sudah mati.
Murni tetap akan menunggu walaupun seribu tahun.
Dia yakin, Zamrinya ada di mana-mana, hanya belum ditemui sahaja.

354

Zamri membuka matanya perlahan, kepalanya terasa sakit, Dia rasa bagaikan dia
menjunjung sebiji batu di kepalanya.
Dia cuba memegang kepalanya, tetapi dia terkejut kerana kaki dan tangannya diikat.
Tetapi kenapa pula dia diikat?
Apa hal pula ini?
Insiden terakhir yang dia ingat dia sedang menuju ke kereta kerana hendak pulang selepas
selesai berbincang mengenai dinding ampangan yang retak itu.

Dia memandang sekeliling dan dia dapat rasakan yang berada di satu tempat yang cukup
asing baginya. Yang dia pasti dia berada di dalam pondok usang di dalam hutan.
Tetapi di mana?
Hutan mana pula?
“Ah! Dah sedarpun?”tersentak Zamri apabila terdengar suara seseorang lelaki, bersuara
dengan garang.
“Encik, saya di mana? Dan mengapa saya diikat?”tanya Zamri
“Jangan banyak soal?”hendiknya sambil tergelak kuat.
“Tugas kami untuk culik kau dan lepas tu kami tunggu arahan dari Mem!”katanya sambil
ketawa besar lagi.

“Mem!!” bisik Zamri.
Tentu mereka menunggu arahan dari seorang perempuan.
Siapa agaknya?
Apa yang dia mahu darinya.
Keluarga Zamri bukan jutawan yang mampu membayar tebusan.
Zamri memerah otaknya, adakah dia pernah menyakiti hati orang?
Ini angkara si cina Tu Ah ke?
Marahkan dirinya kerana kejadian benteng tembok konkrit tempoh hari?

355

Terbayang kesah pertemuannya bersama pengurus Tu Ah Holding, Mr. Lim beberapa
bulan dahulu di mana dia telah diarah untuk membuat pemeriksaan benteng tembok
konkrit yang tidak mengikut spesifikasi yang betul.
Mr. Lim siap mahu menghulurkan bungkusan kemungkinan wang untuk menyongok
Zamri agar tidak menyaman mereka, cukup sekadar memberi amaran.
Mr. Lim memasukkan bungkusan kecil itu ke dalam poket seluar Zamri.
Tetapi cepat-cepat Zamri pulangkan kembali bungkusan tersebut kepada si pemberi.
Zamri bukan pemakan rasuah, dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.
Hemmm.. kemungkinan besar dia punya angkara, bisik hati kecil Zamri.

Penat otak Zamri berlegar-legar cuba menyambung cebisan puzzle yang masih bersepah,
menunggu untuk dikutip dan disambung untuk membentuk satu arca yang jelas.
“Nah! Kau minum, kau pengsan dua hari, tentu lapar dan dahaga. Aku tak mahu kau
mampus. Tugas aku bukan sebagai pembunuh, tugas aku hanya untuk takut-takutkan kau
aje. Tak mahu lagi aku masuk penjara. Bilik penjara tu sudah kenal sangat dengan aku!
Biar je bilik penjara tu kenal dengan orang lain pulak!” katanya sambil ketawa besar.
Zamri terkejut sekali lagi dengan kemunculan si lelaki bermuka ganas itu.
Lalu si lelaki beredar meninggalkan Zamri dengan kedua tangan terikat botol air ditengah-
tengah ikatan tangan.
Memang betul! Zamri cukup dahaga.
Patutlah dia tidak dapat berfikir dengan baik. Rupanya dia kekurangan air di dalam badan.
Sebaik sahaja beberapa tegok aliran air mengalir di tekaknya, Zamri sudah rasa cukup puas.
Nikmat sungguh dirasa dengan air itu. Tiada benda lain yang dapat ditanding dengan
nikmat air yang mengalir di tekaknya.

Masyallah…
Setelah setengah botol air habis diteguk, baru Zamri dapat memikirkan apa yang sudah
berlaku kepada dirinya.
Ini pasti kena mengena dengan Tu Ah Holdings yang mengarahkan samseng-samseng itu
menakut-nakutkan dirinya agar tidak mengeluarkan saman.

356

Ya.. Mungkin!
Tetapi kenapa pula si samseng menyebut “Mem!” isteri si Tu Ah kah?
Zamri cuba mengimbas apa yang berlaku di ampangan.
Kali ini dia harus ingat dengan lebih terperinci. Setiap saat imbasan yang dia ingat amat
penting.

Dia teringat kali terakhir pergerakannya ialah dia berjalan menuju ke keretanya untuk
pulang setelah berbincang dengan beberapa jurutera untuk membaik pulih dinding yang
retak.
Tetiba terdengar bunyi kuat seperti guruh.
“Bombbbb!!” bunyi kuat seperti guruh bergema.
Zamri terus berlari tetapi terjatuh dan dia ingat ada tangan-tangan yang membantunya
bangun. Kemudian dia terasa ada satu benda keras menghantuk kepalanya.
Sama ada dia terantuk sendiri atau ada objek tumpul lain yang membantu.
Dia longlai dan pengsan.
Tahu-tahu dia sudah berada di tempat ini sebaik sahaja dia sedar. Menurut si samseng dia
sudah dua hari pengsan, lama betul.
“Murni.. Mila…” terpacul dua nama perempuan yang amat dia sayang.
“Oi gemuk..! Kau biarkan setan ni sendirian? Kalau dia lepas lari macammana?”tetiba
terdengar suara seorang lagi samseng yang baru sahaja mengetahui yang Zamri sudah
sedar.

Mengelar Zamri sebagai setan, siapa syaitan sebenarnya?
“Mana adaaaa… “jawab si lelaki yang dipanggil Gemuk.
“Dia baru sedar ma.., kalau dia mati lagi susah gua..”jawabnya sambil ketawa lagi
Memang suka ketawa si lelaki gemuk ini.
“Hey setan, kalau kau mahu selamat, kau beri bekerjasama.
Duduk situ diam-diam. Faham!”Herdik si gemuk lagi.
Bukan main rapat dia melaung ke muka Zamri.
Mulut berbau.. Meloyakan!

357

Entah bila kali terakhir memberus gigi.
Phui!!!
Menyenget hidung Zamri dibuatnya.
Perutnya yang tadinya lapar, terus kenyang dibuatnya.
Sial..
Kurang asam betul!
Beberapa minit kemudian, kedua-duanya tergesa-gesa keluar apabila terdengar seperti
tapak kaki orang mengharung daun-daun kering.
Zamri tidak boleh nampak, tetapi dari celah-celah papan dinding yang jarang, Zamri boleh
lihat ada seseorang yang memakai jersey sukan berwarna biru laut.
Adakah itu taukeh Tu Ah!

Adakah dia yang mengupah untuk menculik Zamri? Fikir Zamri
Tapi dari bentuk badan, itu bukan si cina Tu Ah, kerana saiz si jersey biru bersaiz kecil.
Cepat-cepat Zamri berpura-pura metutup mata apabila dia tahu kedua-dua penyangak
sedang menuju masuk ke pondok.
“Hey! Boss banyak baik hati hari ini, dia suruh beri kau makan. Tau!” si gemuk bersuara
lagi. Siap kakinya yang gemuk menguis badan Zamri.
Namun manakan bergerak.
Tapi cukup kurang ajar, mengguna kaki.
“Nah!” di hulurnya polisterin yang berisi makanan.
Dengan tangan terikat, Zamri menyuap perlahan rezeki yang ada.
Zamri perlu makan untuk tenaganya. Zamri akan berfikir bagaimana untuk melepaskan diri
apabila tiba waktunya dan juga apabila tenaganya cukup kuat.

Tetapi bilalah agaknya waktu dan saat yang sesuai itu akan tiba?
Esok kah?
Lusa kah?
Atau dia terus bersawang di pondok buruk itu…tinggal tengkorak!
Gulp!

358

Zamri telan air liur memikirkan keberangkalian 1:100
Huwaaaaa….

359

Pondok di bawah teduhan pokok-pokok di dalam hutan, Zamri dapat rasakan waktu siang
sangat pendek. Baru beberapa jam dia sedar dari pengsan, matahari sudah mulai
memudarkan warnanya. Sudah masuk maghrib rasanya, bisik Zamri.
Teringat akan satu surah nabi Noh sewaktu di dalam perut ikan paus.
Alamak lupa pulak!
Zikir sahaja, Allah maha mengetahui, bisik hati Zamri.
Bila sudah terdesak, apa-apa surahpun cukup berguna.
“Ya ALLAH, lindungilah hambamu yang teraniaya ini..” doa Zamri di dalam hati.
Manalah tahu, berkat doanya diperkenankan Ilahi, tetiba dua samseng itu berlembut hati
melepaskan dirinya.
Zamri tidak perlu alpa.
Dia akan menunggu peluang, untuk dia melepaskan diri.
Tetapi bagaimana?
Lari?
Mana mungkin?
Kaki masih terikat.
Usahkan kaki, tangan dan mulut juga diikat.
Bumyi mergastua dan makhluk lain di dalam hutan bersahut-sahutan.
Gelap malam bakal menjelma.

Grrr…grohhh.. grrr..grohhh
Terdengar dengkuran si gemuk. Orang berbadan gemuk memang tidur berdengkurkah?
Aku tak gemuk tapi aku rasa akupun mendengkur, bisik Zamri.
Entah apa-apa, memikirkan perkara yang sepatutnya tidak berada di dalam kepala.

360

Di luar pondok, Zamri nampak dari hujung mata yang hanya dibuka segaris, Si garang
sebok melekakan diri agar tidak terlena. Zamri perlu diperhati setiap detik. Sesekali
matanya memandang ke arah Zamri yang pura-pura tidur.

Sedangkan setiap pergerakan kedua teman sebiliknya, setiap detik Zamri perhatikan.
Menunggu peluang untuk menyelamatkan dirinya.
Tapi bagaimana?
Hendak laripun hanya boleh lari seperti hantu pocong yang terlompat-lompat, jauh
manalah boleh pergi jika berlari gaya sedemikian.
Bertenang… bertenang.

Bila bertenang, urat-urat di otak boleh bersambung dengan baik sebab tidak bercelaru.
Misi pertama yang Zamri perlu fikirkan ialah untuk meleraikan ikatan di kaki.
Zamri teringat kesah satu filem inggeris yang pernah dia tonton.
Cara bagaimana mahu membuka ikatan di kaki apabila tangan teringat di belakang.
Caranya, cuba memasukkan kedua belah kaki ke tangan yang teringat ke belakang,
Bersungguh-sungguh Zamri mencuba tetapi tidak berjaya,
Usahkan kaki, hendak melepaskan punggungpun tidak sampai kerana tangan pendek.
Celaka!!! Omel Zamri. Marahkan adengan filem yang dia lihat rupanya temberang belaka.
Tertipu oleh propaganda orang barat.
“Huhukkk..”terdengar si garang terbatuk.
Tersedak asap rokok agaknya, gara-gara merokok untuk menghalau nyamok konon.
Sempat menyepak Zamri yang tergelimpang sebelum dia mencapai air botol kepunyaannya
yang berbaki.

Zamri mengeliat, kesakitan.
“Nanti kau.. tunggu aku lepas, aku sepak kau lagi kuat. Kau siap!!” kata Zamri geram di
dalam hati.

361

“Oi.. gemuk, your turn ma… aku pulak mahu tidur!” nyaring suara si garang mengejutkan
si gemuk.
Terpisat-pisat si gemuk duduk dan mengesek matanya.
“Yala..yala.. kau tidur, kejap lagi aku jaga kat luar” kata si gemuk tetapi mata masih
tertutup.
Tanpa berkata apa-apa, si garang terus membaringkan diri di hujung pondok.
Dari ekor mata, Zamri perhati, sekejap sahaja si garang sudah hanyut di alam mimpi.
Penat betul dia.

Dia percaya si teman gemuk akan mengambil shift berjaga.
Lagipun dia tahu si mangsa bernama Zamri tentu tidak boleh ke mana-mana di waktu gelap
gulita di hutan belantara Pahang ini, kecuali hendak mampus di baham binatang liar.
Silap haribulan sesat entah ke mana?
Namun, apa pilihan yang Zamri ada?
Bertahan dengan si penculik atau cuba melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan?
Keberangkalian sesat 1:10
Keberangkalian menjadi makanan binatang buas juga 1:10
Dari ekor mata, Zamri perhatikan si gemuk ada duduk di bawah pokok. Nampak gaya tak
lama kerana menguap setiap dua saat!

Sebentar lagi Zamri yakin si gemuk akan bertemu dengan si garang di alam mimpi.
Yang pasti Zamri tidak perlu di bawa bersama di dalam mimpi itu.
Biar Zamri mempunyai mimpi yang berasingan kerana dia mahu mimpinya menjadi realiti,
dia mahu mimpi tali yang mengikat pergelangan tangannya longgar supaya dia boleh
meloloskan tapak tangannya.
Bismillahirromanirrahim..
Dengan segala tenaga otaknya yang ada, Zamri menggoyang-goyangkan kedua tangannya
berulang-ulang.

Tap!! Berbunyi perlahan, apabila tali ikatan terlalu tegang dan menjadi longgar.

362

Segera Zamri menolak perlahan tapak tangan keluar dari ikat, namun masih berdiam diri
walaupun mengetahui ikatan tangan di belakangnya sudah bebas.
Zamri nampak si gemuk masih tersengut-sengut, cuba melawan ngantuknya.
Tidak sampai 5 minit, Zamri sudah pasti si gemuk yang tersandar di pokok sebenarnya
sudah lena.

Perlahan-lahan Zamri membuka ikatan kaki.
Berjingkit-jingkit berjalan keluar sebelum kedua-dua syaitan jebon terjaga.
Perlahan-lahan dia meninggalkan hotel kecil penginapan percuma di tengah hutan.
Berpandukan cahaya bulan di celah-celah daun pokok, Zamri berlari laju tanpa menoleh ke
belakang. Dia perlu berada sejauh mungkin dari mereka-mereka yang ingin menjadikan dia
mangsa.

Agak-agak sudah jauh, Zamri berhenti berlari dan berjalan pantas. Semak dan ranting-
ranting menghalang pelariannya. Luka di sana sini.
“Aummm…”Zamri terkejut mendengar bunyi binatang itu.
Dengan sekuat tenaga yang berbaki, Zamri lari lagi.
“Ya.. ALLAHHHH”…kedengaran nada suara Zamri dari kuat kepada perlahan.
Zamri lupa satu lagi keberangkalian.
Jatuh gaung 1:10

363

Perlahan-lahan Zamri membuka matanya segaris untuk mengetahui di mana dia berada.
Dia sangat-sangat berharap agar dia tidak ditangkap semula oleh dua penjahat, si gemuk
dan si garang.
Dari suara yang dia dengar, situasi sangat berbeza. Sewaktu berada di pondok, dia hanya
mendengar desiran angin dan suara mergastua.
Kali ini dia dapat mendengar suara orang perempuan dan gelak ketawa kanak-kanak.
Persoalan timbul, di manakah sebenarnya dia berada?

“Saudara! Alhamdulillah.. saudara sudah sedar” Zamri mendengar suara dari seorang lelaki
yang menyedari dia sudah sedar.
“Jangan takut, saudara selamat di sini. Saya Tok Batin Timor dari Kampung Bukit Rok,
Kami jumpa saudara pengsan dalam gaung… pengsan”katanya
Dari apa yang diberitahu, memberi kepercayaan kepada Zamri untuk membuka matanya
dan melihat sendiri kebenaran seperti yang diberitahu.
Ya ALLAH, sungguh bagai dikata.
Di hadapannya seorang lelaki yang Zamri fikir memang berbangsa orang Asli.
Syukur Ya ALLAH, dirinya masih bernyawa dan selamat.
Air di hulur sebagai santapan pertama Zamri sehari suntuk pengsan.
Perlahan-lahan Zamri menengok air yang di beri. Nekmat segelas air sungguh tidak dapat
ditafsirkan enaknya.

Lain sungguh rasanya.. mampu menyegarkan Zamri yang lama lena.
“Tttteerima Kasiihhh..Tok” kata Zamri tersekat-sekat.
“Usah cakap.. nanti aje la ah!” jawab Timor lalu berbahasa sesuatu kepada beberapa lelaki
yang ada.
“Rehat dulu.. nanti kita sambung..”katanya dan semua meninggalkan Zamri sendirian.
Kali ini Zamri betul-betul membuka luar matanya.

364

Dipandang sekeliling rumah papan yang tidak berbilik, umpama sebuah chalet ringkas
beratapkan rumbia.
Dari arah jendela yang terbuka luas, Zamri boleh nampak beberapa pondok yang
berkonsep sama seperti tempat dia berada.
Chalet atau resort manakah dia berada?
Setahunya dia lari dari dalam hutan. Sepengetahuan dirinya, tidak ada resort atau chalet
yang berhampiran dengan ampangan yang pecah itu.
Kecuali dia sudah di bawa jauh ke tempat lain oleh si penculik.
Kursss semangat! Zamri mengurut dadanya, terkejut apabila tiba-tiba tercegat seorang
kanak-kanak lelaki yang hanya berseluar pendek tanpa baju menghulurkan sepiring buah
betik yang sudah dikupas.

Zamri mengambil piring yang dihulur dan kanak-kanak tersebut lari meninggalkan dirinya
sebelum sempat beramah mesra.
Sambil menjamah buah yang diberi, Zamri berfikir lagi.
“Ini bukan resort, mahupun chalet. Ini perkampungan orang asli…ya kampung orang asli”
kata Zamri bersendirian.
Dia tahu keujudan kampung-kampung tersebut, cuma dia tidak pernah masuk sebegitu
dalam. Dia hanya masuk ke hutan-hutan yang sudah diterokai, sama ada untuk
pembangunan atau pertanian.Perkampungan-perkampungan ini berada jauh ke dalam.
Zamri cuba bangun.. tetapi malang. Kakinya tidak dapat digerakkan.
Zamri panik.. adakah dia mengalami patah kaki?
Atau sakit saraf?
Atau, adakah dia sudah lumpuh?
Impak terjatuh ke dalam gaung telah merosakkan saraf pinggang yang mengakibatkan
kakinya tidak berfungsi.
Kasian kau pinggang, macam-macam kau alami.
“Saudara.. jangan paksa” terdengar suara yang menamakan dirinya Tok Batin.
“Mengapa saya tidak boleh berdiri…”tanya Zamri.
Bagaikan Zamri sekarang di dalam bilik konsultasi di sebuah klinik.

365

“Sabar Encik.. sabar. Rasanya tidak ada apa-apa. Hanya saraf. Tapi ambil masa untuk pulih.
Ini saya ada bawa sedikit makanan, nanti boleh makan air akar kayu. Insyallah boleh
sembuh..” jawab Tok Batin.
Satu jawapan dan kata-kata motivasi yang sangat-sangat Zamri perlukan di saat ini.
Tetapi berapa lama?
Sehari… dua hari… seminggu… sebulan.. tapi jangan sampai bertahun!
Ohhh… TIDAAAAK!!

366

Ammar membancuh kopi segera sambil menyuap roti yang sudah disapu mentega kacang,
tetapi mata menala ke skrin televisyen. Maklumlah Berita Pagi sedang bersiaran.
Itulah rutin Ammar setiap pagi, orang bujang, sarapan ala kadar. Sewaktu berkahwin
dulupun itu juga sarapannya, tidak ada bezanya. Cuma sewaktu bersama Murni, adalah
orang meneman. Sewaktu bersama Edwina tak usah harap, waktu-waktu pagi begini masih
membongkang tidur.

Tidak perlu diingat kesah yang sudah berlalu. Fikirkan sahaja kesah yang bakal mendatang.

“Satu letupan telah berlaku di ampangan berhampiran Bukit Fraser, yang mana
membinasakan banyak kawasan pertanian dan penternakan. Yang lebih menyayat hati,
ianya juga telah mengorbankan seorang mangsa, pegawai dari Pejabat Daerah Bukit Fraser.
Encik Mohd Zamrizal Mohd Zaki masih belum ditermui, walaupun pihak Save and Rescue
(SAR) sudah mencari di kawasan beradius 2km. Pencarian masih diteruskan sebelum
malam…. ” pemberita siaran TV melaporkan.

Ternganga Ammar dengan cebisan roti masih tersentil di bibir. Terkejut yang amat sangat
dengan berita yang baru didengarnya dari kaca TV. Yang paling dia terkejut ialah apabila
nama Zamri disebut.
“Murni” tetiba nama itu yang terkeluar dari bibirnya membuat roti yang separuh terkeluar
dari mulutnya terus jatuh.
Perasaannya bercampur baur.
Gembira, kasihan dan risau, gembira.. dua kali gembira.
Gembira kerana peluang untuk Murni dimiliki ada peratusan tinggi.
Kasihan apabila Murni menjadi janda buat kali kedua.
Risau apabila apa yang diharapkan tidak menjadi.

367

Gembira yang kedua, akan ada peneman, tidaklah keseorangan lagi.
Tetapi!!
Ahhh…Tidak mengapa, belum cuba belum tahu…

Bingkas dia bangun tanpa menghabiskan roti mahupun air yang sudah hampir sejuk.
Tetiba dia rasa kenyang.
Terus menalifon setiausahanya memberitahu yang dia tidak masuk pejabat hari ini kerana
ada urusan yang perlu dia laksanakan.
Laju sahaja dia memandu ke arah lebuhraya ke pantai timur.
Ke mana lagi, jika tidak ke Bukit Fraser!!

Ammar memakir keretanya jauh dari rumah Murni kerana dia lihat banyak kereta yang
sudah sedia terpakir di sekitar rumah. Sudah tentu keluarga Murni dan Zamri sudah
berkampung di situ. Maklumlah di waktu ini Murni dan Mila memerlukan sokongan emosi
dan moral dari setiap insan yang rapat dengannya. Murni sudah tidak boleh berfikir dengan
waras. Kehilangan Zamri kali ini memberikan kesan yang amat berat kepada Murni yang
baru hendak mengenal erti Bahagia. Murni cukup risau kerana dia mengetahui kesihatan
Zamri yang tidak berapa stabil sejak kemalangan tempoh hari.
“Abang.. pulangla..” itu sahaja harapan Murni.
Dia mengharap agar Zamri tetiba muncul di hadapan rumah.
Puan Murni.. hanya magic dan cerita dongeng sahaja yang boleh merealisasikan
permintaannya.

Dari kejauhan, Ammar lihat seorang lelaki tua berbaju melayu dan bersongkok sedang
membuka pintu pagar.
Dia kenal lelaki itu
“Abah!” sepatah sahaja perkataannya.

368

Abah kepala otak hang! Memang Ammar boleh memanggil panggilan Abah sampai mati.
Tetapi sanggupkah gelaran itu terus disebut?
Ammar sudah tidak ada kena mengena dengan orang tua itu. Semuanya sudah terputus
apabila Ammar menceraikan Murni.
“Ke mana pula agaknya abah nak pergi..” Ammar berbicara sendiri.
Kemudian menyonsong seorang lagi lelaki yang hampir sebaya abah. Bapa Zamri mungkin.
Agaknya, kata Ammar lagi
Kemudian mereka berjalan seiring, nampak seperti menuju ke masjid berdekatan.
“Zamri sudah ditemuikah?” bisik hati Ammar.
Dari cermin sisi Ammar nampak seorang lelaki sedang berjalan, lantas Ammar membuka
cermin dan bertanya.

“Maafkan saya, ada apa ke masjid. Boleh saya tahu?”tanyanya
“Kenalan Zamrikah?” tanya si lelaki.
“Ya, Encik.. Ya. Saya kawan Zam..” jawab Ammar
“Ohh,,, kalau gitu marilah join solat hajat..” katanya dan terus beredar.
Ammar angguk.
Dari info yang diterima, Ammar tahu Zamri belum lagi ditemui.
Kehilangan Zamri sudah masuk hari ketiga ni…
“Hendak jumpa Murni dan Mila tetapi tak sesuai pulak! Next time aje..”kata Ammar
sendirian.
Kereta dihidupkan dan Ammar mahu memandu pulang.
Bukan kecewa, cuma belum masanya.
Kunjungan susulan pasti dia berhasil bertemu Murni dan Mila kerana pesaingnya sudah
hilang entah ke mana..
Harapan Ammar setinggi gunung.
Sama ada berjaya atau tidak dia mendaki, wallahualam.

369

Seminggu berlalu, pasukan S.A.R (Save and Rescue) diberhentikan kerana tidak ada
berjumpa sebarang petunjuk untuk mereka jejaki. Kes ditutup dengan andaian Zamri hilang
tanpa dikesan.

Berita yang disampaikan oleh pihak Polis memberi satu kejutan yang teramat berat untuk
Murni terima. Di dalam hatinya berat menyatakan suaminya masih hidup dan ada di dalam
hutan, cuma belum ditemui. Tetapi apakan daya, itu hanya gerak hatinya.
Apa lagi yang boleh dia lakukan?
Masuk sendirian ke dalam hutan dan melaungkan nama Zamri?
Kau gila ke apa, Murni?
Nanti bukan Zamri yang dengar, hidupan lain yang dengar dan ngap kau, mahu ke itu
terjadi?

Mahu tak mahu, Murni terpaksa menerima hakikat itu.
Pihak keluarga Zamri telah mencadangkan dilakukan solat ghaib sahaja buat arwah Zamri.
Namun Murni mencadangkan solat hajat, walaupun sudah berpuluh solat hajat
dilaksanakan.
Atas pujukan keluarga, akhirnya Murni akur dan menerima hakikat, Zamri sudah tiada dan
tidak akan kembali.
Esok akan diadakan kenduri arwah.
“Mama, ayah, abah dan mek, buat je apa yang patut untuk abang” tanda persetujuan Murni
ikur dengan takdir yang terjadi untuk dirinya.
Tetapi kali ini dia bergelar balu, kerana kematian suami. Bukan janda.
Waima apapun gelaran yang diberi, hakikatnya tetap sama, ditinggalkan oleh suami.
Cuma balu apabila ditinggal mati, dan janda ditinggal hidup.

370

Walaupun kenduri arwah yang dilaksanakan, suasa tetap riuh, walaupun sepatutnya
suasana sedih. Murni tidak campur langsung. Dia hanya bersendiri di ruang tamu tanpa
mempeduli tetamu yang bersilih ganti bertemu dengannya mengucapkan takziah.
Dari kejauhan, terpacak si Ammar yang kononnya mahu bersua muka dengan Murni dan
Mila. Nampaknya, dia kecundang lagi hari ini. Ada keramaian. Dia tidak tahu keramaian
apakah yang sedang berjalan.
Zamri sudah selamat kembalikah? Tetapi dia tidak nampakpun Zamri!
Dia tidak mahu merosakkan majlis kerana kehadirannya mungkin akan mengeruhkan lagi
suasana.
Ammar hampa buat kali kedua…
Memandangkan banyak kenderaan yang sudah terpakir dan menyukarkan keretanya undur
untuk keluar, Ammar perlu berhati-hati mengundur.
Sedang asyik mengundur, tetiba dia perasan seseorang yang yang cukup dia kenal!
Tetapi bukan keretanya

“Edwina!, apa pulak dia buat di sini? Tak serik-serik betina ni, hendak kena penampar
agaknya” kata Ammar walaupun sebok berhati-hati mengundurkan keretanya keluar.
“Nanti kau, kejap lagi…” kata Ammar geram.
Lantas dia memakir keretanya semula jauh dari kereta tetamu Murni agar tidak menyekang
laluan. Dia berjalan laju ke arah kereta Edwina.
Dari cermin sisi, Edwina nampak Ammar jalan menuju ke arahnya.
Cepat-cepat dia keluar dari kereta untuk memperjelaskan kehadirannya di situ.
“Awak buat apa sini?” tanya Ammar kasar.
“Saya ikut abang la!, Abang buat apa sini?” jawab Edwina.
Rasa hendak kena penampar sahaja dari tangan Ammar, tetapi Ammar tahan
kemarahannya. Sifat sabar masih berbaki. Tidak guna mencederakan perempuan yang
bergelar bekas isteri.

371

“Apa awak peduli? Saya nak melawat anak sayalah?” jawab Ammar kasar
“Hendak melawat anak atau emak?”jawab Edwina seperti mengejek.
Heeee.. ringan sahaja tangan Ammar hendak menampar mulut si Edwina.
“Abang.. apa yang ada pada si Murni tu yang abang sanggup tergila-gilakan dia. Sebab dia
sudah janda semula, tu pasal abang asyik hendak ulang dia. Saya yang ada depan mata,
abang tak pandangpun. Bagus sangat ke janda tu!” kata Edwina yang cukup mencabar
kesabaran Ammar.

Kecil besar kecil besar sahaja Ammar memandang Edwina.
“Awak peduli apa? Tak malu! Baik jangan bertekak di sini. Pergi balik” Arah Ammar.
“Kenapa pakai macam jantan ni” soal Ammar apabila melihat Edwina memakai pakaian
lelaki siap cap di kepala.

“Saya tak mahu abang tahu saya mengekor abang la!” jawab Edwina.
Ada sesalan di hati sebenarnya. Dia ingat apabila dia berjaya menghapuskan Zamri, Murni
akan sengsara dan kecewa dalam hidup. Kerana dia cukup iri hati apabila melihat Murni
bahagia. Rupanya lebih teruk, apabila tindakannya memberi peluang bekas suami, iaitu
Ammar untuk mengisi ruang yang kosong dalam hidup Murni jika Murni mahu.
Salah pecaturan, rupanya.
Sedang asyik bertekak, terus senyap apabila melintas sebuah kereta saga merah buruk yang
enginnya berbunyi kuat. Warna merah sudah tenggelam kerana warna karat lebih banyak
dari warna asal.

Kedua-dua tertoleh ke arah kereta buruk itu.
Mereka tidak kenal siapa gerangan, kerana raut muka seperti orang asli sahaja. Mungkin
tetamu Murni.
Tanpa mengetahui, Zamri yang duduk di tengah-tengah bertemankan Tok Batin Timor
cepat-cepat membongkokkan badannya sebaik sahaja nampak mereka berdua.
Zamri bagaikan perasan susuk badan perempuan bercap itu.

372

Ya..ya.. baru dia teringat! Seperti boss si gemuk dan si garang di dalam hutan sewaktu dia
diculik.

Si perempuan mahupun Ammar tidak perasan siapa yang ada di dalam kereta buruk
tersebut. Masing-masing sebok bertengkar.

Zamri berhasrat mahu bertemu Murni dahulu sebelum ke balai polis berdekatan untuk
memberitahu dirinya selamat.
Nampaknya dia juga sudah mendapat satu petunjuk, angkara siapa yang menculiknya.
Semua akan dihuraikan nanti di balai polis.

“Mama! Ada orang macam uncle Zam kat luar…tapi bukan uncle Zam!” kata Mila kepada
Murni.
“Milaaaa… jangan main-main. Mila tahu tak, uncle Zam sudah tak ada…”jawab Murni.
“Ya.. tu ah! Sedang peluk Tok Ki” jawab Mila sambil jari menuding keluar.
Cukup-cukuplah berilusi anakku. Mamapun rindukan uncle Zam tapi masih boleh berada
di alam nyata. Ini confirm terlebih tengok cerita animasi, fikiranpun macam animasi, kata
Murni bersendirian.
“Betul ma.. uncle Zam tuh!” pujuk Mila lagi.
Yela.. yela.. apa salahnya menjengok.
Segera Murni menjengah dan nampak dari pandangan jauh, nampak susuk lelaki seperti
Zamri tetapi betulkah dia?
Dikecilkan matanya agar dapat fokus. Nampak macam Zamri tapi betulkah?

Zamri bagaikan tahu dirinya diperhatikan dari dalam dan dia terus menoleh!
YA ALLAH… Sungguh! Itu Zamri!

373

Segera Murni berjalan pantas, keluar untuk mendapatkan Zamri lalu memeluk
pinggangnya.
Murni mahu mendengar degup jantung Zamri. Dia rasa selamat dengan irama degupan
jantung lelaki itu. Dia rindu lelaki itu. Lelaki yang bergelar suami.
Perasaan segan dan malu tidak dapat dikawalnya.
Mata-mata tetamu di sekeliling hanya mampu melihat drama adegan yang sugguh ceria.
Mereka juga dapat merasakan kegembiraan teserlah di semua wajah yang hadir.
Hari ini sejarah tercacat…
Kenduri arwah untuk arwah Zamri bertukar kepada kenduri kesyukuran.
Kenduri yang paling bermakna buat Murni dalam hidupnya.

374

Setahun berlalu, semua aktiviti harian sudah kembali seperti normal. Sama seperti
kebiasaannya.
Kesah Zamri yang kembali, bagaikan mati hidup kembali sudah lama dilupakan.
Catatan takdir indah buat Murni dan Zamri sudah terlaksana.
“Lama dah si Ammar tak ke sini…”tanya Zamri
“Kenapa pulak teringatkan si jantan tu pulak, abang ni…?”jawab Murni.
“Baguslah. Tak datang terus lagi baik…!” sambung Murni.
Marahnya kepada Ammar masih disimpan.
“Dia tak rindu si Mila ke?” tanya Zamri lagi.
“Apa agaknya jadi pada si perempuan tu.. kan Murni?”tanya Zamri lagi.
“Perempuan mana?” tanya Murni dengan muka hairan.
Maklumlah bila suami bertanyakan khabar perempuan lain, tentulah panik.
“Yang kidnap abang tulah!”tanya Zamri
“Ohhh.. Edwina..” jawab Murni.
Lega

“Ammar segan dengan kita agaknya, sebab kes bini dia tu!” jawab Murni.
“Betina tu, rasanya dia sudah di penjara wanita Sungai Buluh. Tulah! Tak ada cari kerja,
cari kerja. Nasib baik abang hidup, Tuduhan hanya menculik. Jika abang …. Nauzubillah!
Lagi teruk hukumannya..”kata Murni.
“Hissy.. sayang ni!...”kata Zamri, menegur si isteri agar berhati-hati berbicara.
“Entah apa yang dia dengki sangat dengan Muni, tak fahamla. Dia mahu Ammar dia dah
dapat. Dia hendak Muni sengsara selamanya, agaknya. Tapi kenapa? Memang psycho dia
tu… “jawab Murni.

“Mama… adik dah jaga!”Mila bersuara dengan lantang dari bilik atas.

375

Murni bingkas bangun meninggalkan Zamri yang hanya memerhati si isteri bergegas ke
tingkat atas untuk mengambil Ziyad, anak lelakinya.
Ubat herba dan akar kayu yang telah menjadi ramuan khas buat dirinya sepanjang dirawat
di kampung orang asli telah berjaya memulihkan masalah kelelakiannya. Malah penyakit
yang cepat pening juga hilang.
Entah akar apa yang telah dicampur oleh Tok Batin untuk dirinya. Hanya Tok Batin yang
mengetahui.

Kerap juga Zamri menziarah Tok Batin Timor dengan membawa sedikit bekalan makanan
sebagai cenderahati.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat melindung.
Sebenarnya musibah letupan di ampangan sehingga dirinya diculik tidak semuanya
malapetaka.

Sudah tersurat yang ianya akan berlaku untuk kebaikan diri Zamri.
Murni muncul dengan Ziyad yang sudah berusia empat bulan.
Dihulurnya bayi lelaki kepada Zamri.
“Ala… ala anak papa. Dah bangun ya!” Zamri mengagah si anak.
“Tengok Muni.. dulu sayang jual mahal sangat dengan abang. Tunggu punya tunggu
sampai hendak dapat title bujang tua. Andai kata sayang terima je abang awal-awal dulu,
entah berderet anak kita.. kan Ziyad kan! Entah berapa orang agaknya adik si Mila!”
gurau Zamri di pagi hari Ahad.
“Ahhh… sudahlah abang ni. Gatal!” jawab Murni sambil mencebek mukanya.
Lalu meninggalkan Zamri tersengeh sendirian bersama Ziyad yang mengodek-godek
kakinya di atas pangkuan Zamri minta dilayan.Malas rasanya Murni hendak melayan borak
Zamri yang entah apa-apa.

Baik sahaja Murni ke dapur menyediakan sarapan.
Jika dilayan lagi merapu-rapu tidak tentu pasal.

376

Itulah, Every Cloud Has a Silver Lining. Kerana setiap yang berlaku ada sebab dan
hikmahnya.
Waima perkara buruk ada manisnya kemudian hari. Hidup ini tidak manis sentiasa.
Malah yang pahit itu lebih baik kerana membuat kita lebih tabah, dan cekal untuk
meneruskan penghidupan.

=TAMAT=

377


Click to View FlipBook Version