KOD DAN NAMA PROGRAM C259-006-2:2020 MACHINING OPERATION TAHAP 2 KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI C259-006-2:2020-C02 LATHE MACHINE OPERATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. PERFORM LATHE MACHINE DAILY MAINTENANCE 2. INTERPRET PRODUCTION TECHNICAL DRAWING 3. PREPARE LATHE MACHINE CUTTING TOOLS AND TOOL HOLDER 4. SET UP LATHE MACHINE WORKPIECE 5. PERFORM LATHE MACHINE OPERATION 6. INSPECT FINISHED PRODUCT 7. PERFORM LATHE MACHINE DAILY HOUSEKEEPING NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 1 / 36 TAJUK: PENYELENGGARAAN HARIAN MESIN LARIK TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang asas penyelenggaraan pada mesin larik serta pemeriksaan yang perlu dilakukan. JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) TINGKAT 7-8, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 2/36 PENERANGAN: 1) PENGENALAN KEPADA ASAS PENYELENGGARAAN Peralatan biasanya akan haus atau rosak atau mengalami masalah dari masa ke semasa. Jika keadaan ini dapat dikenalpasti, maka kerja penyelenggaraan akan dapat dilaksanakan dengan lebih awal. Keadaan yang luarbiasa ini dapat dikenalpasti dengan serta merta melalui pengetahuan, pemeriksaan aturan biasa (routine check) dan pemeriksaan berjadual (periodical check). a) Tujuan Utama Penyelenggaraan Mesin Untuk memastikan dan mengekalkan mesin sentiasa berada dalam keadaan yang baik dari segi operasi dan kegunaannya. b) Penyelenggaraan Mesin Ia meliputi semua aktiviti yang berkaitan untuk memastikan peralatan boleh berfungsi dengan efisien atau mengembalikannya kepada keadaan asal. Antara aktiviti dalam penyelenggaraan mesin adalah: i) Baikpulih (Repair). ii) Penyelarasan (Calibration). iii) Pembersihan (Cleaning). iv) Pemeriksaan (Inspection). v) Rekaan (Fabrication). vi) Pembuatan (Manufacturing). Penyelenggaraan mesin ini selalunya melibatkan pemeriksaan yang kerap dan pembersihan. Oleh sebab yang demikian, untuk memastikan penyelenggaraan yang efektif perlu dipastikan peralatan dalam keadaan yang baik. Kadar kemunduran peralatan perlu sentiasa dikawal, begitu juga paras kecekapan peralatan. Bahagian penyelenggaraan juga bertanggungjawab mempertingkatkan pengeluaran dan menyelamatkan masa serta kos penyelenggaraan. Peralatan yang diselenggara dengan baik biasanya akan menghasilkan: i) Produk yang berkualiti. ii) Mempertingkatkan produktiviti. iii) Dapat mempertingkatkan jangka hayat peralatan.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 3/36 Tanpa penyelenggaraan, mesin akan menghadapi risiko kerosakan yang cepat dan jika terlalu banyak penyelenggaraan akan menyebabkan pembaziran. Rajah 1: Kepentingan Penyelenggaraan Mesin Untuk tujuan ini beberapa data diperlukan untuk membolehkan sesuatu kerja penyelenggaran terhadap sesuatu mesin atau peralatan itu dilakukan: i) Jangka hayat sesuatu alat yang dikeluarkan oleh pengilang. ii) Rekod kerosakan harian yang dicatatkan dalam bentuk jadual. iii) Rekod preventive maintenance. 1.1) Peralatan Perlindungan (PPE) Dan Keselamatan Bengkel Keselamatan bengkel boleh dikelaskan kepada tiga kategori: a) Keselamatan diri sendiri. b) Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin. c) Kekemasan tempat bekerja atau bengkel. a) Keselamatan diri sendiri. Kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan diri perkara- perkara yang berikut hendaklah di patuhi: i) Pakai pakaian bengkel yang sesuai seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Elakkan memakai pakaian yang longgar kerana pakaian yang
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 4/36 longgar mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau bergerak. ii) Pakai kasut yang mempunyai perlindung keselamatan. Ini boleh mengelakkan serpihan logam atau pun tatal yang tajam terkena kaki. iii) Gunakan perlindung mata seperti cermin mata, goggle atau alat pelindung. Ini dapat menghindarkan tatal atau serpihan logam masuk ke dalam mata. iv) Elakkan memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin dan rantai, kerana barang barang tersebut boleh memyebabkan kemalangan akibat terantuk ataupun tersangkut pada mesin atau alat-alat lain. v) Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan kawan lain sama ada melibatkan peralatan bengkel ataupun tidak. vi) Rambut mestilah pendek dan kemas. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang sedang berputar. vii) Pakai sarung tangan jenis kulit jika membuat kerja-kerja kimpalan, proses tindakan haba, proses menempa dan proses tuangan. b) Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin. Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan dalam bab-bab seterusnya yang khusus membincangkan mesin-mesin tertentu. Walaubagaimanapun dalam bab ini akan diterangkan lenagkah keselamatan secara umum yang mesti dipatuhi. i) Pastikan mana mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung. Ini dapat mengelakkan bahagian bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian. Antara bahagian- bahagian mesin yang dimaksudkan ialah: ● Takal dan tali sawat. ● Mata alat seperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji. ● Gear. ● Roda pencanai. ii) Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya, suis yang terdapat pada penutup gear. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 5/36 iii) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik. Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran. Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata alat penggarit dan sebagainya. iv) Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja. v) Laporkan kepada guru jika ada di antara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan. vi) Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila mesi dibersihkan. c) Pakaian dan alat perlindungan dibengkel Pakaian di bengkel boleh dikelaskan kepada tiga iaitu pakaian am, pakaian perlindungan dan peralatan perlindungan. i) Pakaian Am ● Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. ● Barang-barang seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah disimpan kerana boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku. ii) Pakaian perlindungan Pakaian perlindungan seperti googel atau pelindung muka, sarung tangan, kasut but, topeng dan apron perlu dipakai untuk keselamatan dan perlindungan semasa berada dibengkel.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 6/36 Safety Google Gloove Safety Shoes Ear Tuff Rajah 2: Pemakaian Bengkel Yang Sesuai 2) JADUAL PENYELENGGARAAN MESIN 2.1) Tarikh Dan Masa Jadual penyenggaraan boleh disediakan dengan pelbagai kaedah. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kepada masa yang hendak dijadikan rujukan bagi proses penyenggaraan, sebagai contohnya, sekali di dalam tempoh seminggu (weekly), sebulan (monthly), ataupun di dalam tempoh yang lain yang ditetapkan seperti 3 bulan atau 6 bulan. Perkara yang penting yang perlu ditekankan ialah tempoh masa tersebut mestilah tetap dan berkala kerana daripada jadual tersebut, sebarang kerosakan yang kebiasaannya terjadi akan dapat dikesan.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 7/36 Jadual penyenggaraan adalah amat penting bagi mengenalpasti dan mengekalkan keadaan mesin dalam keadaan baik serta dapat mengurangkan kerosakan bagi mencapai keadaan zero maintenance. Jadual penyenggaraan terbahagi kepada beberapa jenis penyelenggaraan seperti: a) Log book b) Penyelenggaraan harian / Services Maintenance Report c) Penyelenggaraan mingguan / Daily/Weekly Maintenance Checklist d) Penyelenggaraan bulanan / Monthly Maintenance Checklist e) Penyelenggaraan tahunan / Annual Maintenance Checklist 2.2) Maklumat Mesin Spesifikasi manual merupakan buku panduan yang disertakan bersama-sama sebarang mesin atau peralatan yang dibekalkan oleh pengeluar tersebut. Pada kebiasaannya, setiap manual akan dapat membantu dalam beberapa perkara seperti:- a) Kaedah untuk memasang (set-up) mesin yang diterima. b) Fungsi bahagian-bahagian dan suis-suis yang terdapat pada mesin. c) Langkah-langkah bagi menjalankan operasi mesin tersebut. d) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses troubleshoot mesin. e) Kaedah untuk menggantikan atau membaikpulih komponen-komponen tertentu dalam mesin. f) Maklumat-maklumat keselamatan (Safety Information) berkaitan mesin tersebut. g) Pelbagai maklumat teknikal dan maklumat keseluruhan berkaitan mesin tersebut. a) Kaedah untuk memasang (set-up) mesin yang diterima. Di dalam bahagian ini, terdapat arahan bagi mengeluarkan mesin daripada keadaan packing kepada keadaan sedia untuk digunakan. Kaedah untuk pemasangan (set-up) juga dinyatakan bagi memudahkan pengendali mesin memulakan operasi pemesinan. b) Fungsi bahagian-bahagian dan suis-suis yang terdapat pada mesin.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 8/36 Dalam bahagian ini terdapat gambarajah secara keseluruhan bagi mesin tersebut. Di dalam gambarajah tersebut dinyatakan nama bagi setiap bahagian yang ditanda. Pada kebiasaannya pihak pengeluar juga akan menyatakan fungsi bagi setiap bahagian atau komponen tersebut. c) Langkah-langkah bagi menjalankan operasi mesin tersebut. Setelah dikenalpasti bahagian-bahagian dan komponen yang membentuk mesin tersebut, maka bahagian seterusnya akan menerangkan bagaimana mesin tersebut berfungsi dan beroperasi. Dalam bahagian ini, pihak pengeluar akan menumpukan lebih perhatian kepada operasi yang dapat dijalankan oleh mesin tersebut dan langkah-langkah bagi mengendalikan mesin secara efisyen dan selamat. d) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses troubleshoot mesin. Dalam bahagian ini, dinyatakan beberapa jenis kerosakan kecil yang biasa berlaku pada mesin tersebut seperti mesin gagal untuk dihidupkan, mesin tehenti secara tiba-tiba (stuck), komponen gagal berfungsi, leakage dan sebagainya. Jenis-jenis kerosakan ini biasanya telah dianalisa terlebih dahulu oleh pihak pengeluar mesin tersebut. Selain itu, manual spesifikasi ini juga menyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya kerosakan yang dinyatakan itu berlaku. Bahagian ini juga lebih dikenali sebagai quick reference dan ia akan dapat memudahkan pengendali mesin tersebut sekiranya berlaku sebarang masalah. e) Kaedah untuk menggantikan atau membaikpulih komponen-komponen tertentu dalam mesin. Bahagian ini merupakan lanjutan daripada bahagian di atas (troubleshoot), tetapi ia lebih menekankan kerosakan-kerosakan yang agak serius tetapi masih boleh disenggarakan oleh pengandali mesin tersebut. Bagi kerosakan yang lebih kritikal, pengendali mesin hendaklah merujuk kepada pihak pengeluar kerana sebarang kesilapan dalam menyenggarakan mesin tersebut akan membawa kepada kerosakan yang lebih besar. f) Maklumat-maklumat keselamatan (Safety Information) berkaitan mesin tersebut. Bahagian ini merupakan bahagian yang penting untuk diambil perhatian sebelum memulakan operasi menggunakan mesin yang diterima. Ini adalah kerana bahagian ini menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 9/36 semasa hendak memulakan mesin dan semasa mesin dalam operasi. Selain peraturan penggunaan mesin, terdapat amaran-amaran keselamatan yang dinyatakan. g) Pelbagai maklumat teknikal dan maklumat keseluruhan berkaitan mesin tersebut. Bahagian ini merupakan penerangan secara keseluruhan bagi mesin tersebut di mana maklumat-maklumat penting dinyatakan seperti tempoh jaminan bagi mesin, jenis-jenis kerosakan yang diberi jaminan, dan maklumat mengenai pihak pengeluar. 2.3) Senarai Aktiviti Memandangkan mesin dan peralatan didalam bengkel kejuruteraan memerlukan kos yang tinggi. Kos penyelenggaraan terhadap mesin dan peralatan tersebut juga tinggi. Kebiasaannya pihak pengeluar akan membekalkan satu senarai semak (maintenance checklist) kepada pengguna bagi mengenalpasti tahap kerosakan mesin dan peralatan,sama ada mesin dan peralatan tersebut mengalami kerosakan major atau kerosakan minor.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 10/36 Jadual 1: Contoh Jadual Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan Rajah 2: Senarai Semak Penyelenggaraan Mesin
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 11/36 3) PENYELENGGARAAN HARIAN MESIN LARIK 3.1) Pemeriksaan Kandungan/Tahap Haudralik (Check Level - Hydraulic And Lubrication Oil) Mesin dan bahagian yang bergerak akan berjalan dengan sempurna, selalunya diberi pelincir. Pemilihan pelincir yang betul dan sesuai, hendaklah dititik beratkan juga tempat penyimpan yang bersih. Kerja ini selalunya dilakukan oleh pekerja penyelenggaraan. Sebelum mesin itu digunakan pekerja yang berkenaan, hendaklah melihat terlebih dahulu semua minyak pelincir mencukupi. Pembelian dan penyimpanannya adalah mustahak dan juga mengelakkan dari bercampur dengan habuk dan lain–lain bahan yang tidak dikehendaki samada semasa menukar atau mengendalikannya Penggunaan minyak yang berlainan juga boleh dilakukan sekiranya kandungannya sama. Kebanyakkan industri hanya menggunakan 2 jenis pelincir iaitu: a) Jenis molybdenum b) Jenis disulphide Pelinciran dilakukan adalah bertujuan: a) Pelinciran adalah cara untuk menghindar geseran (friction) antara dua permukaan yang bersentuhan apabila sedang bergerak. b) Meninggikan kecekapan mesin dengan mengurangkan kuasa yang hilang disebabka oleh geseran dan haus. c) Membolehkan bahagian bergerak yang bersentuh tahan lebih lama dari akibat geseran dan haus. d) Menyalur keluar haba yang terjadi antara permukaan yang bergesiran. e) Menghalang permukaan bersentuhan dari karat akibat tindakan kimia yang lain. f) Menghalang kerosakkan yang lebih besar disebabkan bahagian tersekat kerana terlalu panas. g) Pelinciran adalah cara untuk menghindar geseran (friction) antara dua permukaan yang bersentuhan apabila sedang bergerak.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 12/36 Keadaan Pelinciran Terdapat tiga keadaan pelinciran iaitu: a) Pelinciran bendalir (fluid lubricition) Suatu keadaan pelinciran ideal dimana permukaan bersentuhan disaluti minyak supaya bahagian tadi dapat bergerak dengan senang tampa banyak geseran. b) Pelinciran sempadan (boundary lubrication) Keadaan ini berlaku bila bahagian yang beersentuhan kekurangan disaluti minyak. c) Pelinciran tekanan tinggi (extreme pressure lubrication) Pelinciran seperti ini digunakan untuk kerja berat yang tertakluk kepada tekanan (pressure) seperti terdapat pada ‘gearbox’ dan sistem hypold gear pada axle depan dan kereta. Sifat-Sifat Pelinciran Sesuatu bahan pelinciran perlu mempunyai ciri-ciri berikut untuk menjadi pelincir yang baik. a) Viscosity (Kelikatan) Kelikatan ialah cara mengukur kecairan atau kepekatan sesuatu pelincir lebih pekat sesuatu pelincir itu maka ia memberi lebih rintangan kepada pergerakkan. Semakin cair pelincir itu maka lebih mudahlah pergerakkan. Pada biasanya pelinciran yang pekat digunakan untuk kelajuan, perlahan dan kerja-kerja berat. Manakala pelincir cair digunakan untuk kelajuan tinggi dan kerja-kerja ringan. b) Adliesion (Melekat) Sifat melekat adalah penting juga kerana ianya menstabilkan kepekatan pelincir. Sifat melekat ini dapat dilakukan dengan mencampur minyak bintang dengan minyak galian (minerial oil). c) Rintangan pada cantuman Cantuman mungkin terjadi antara dua permukaan bersentuhan yang tertakluk kepada tekanan. Campuran bahan kimia seperti sulper clorine atau phosphorus pada pelincir amat baik untuk mengelak berlakunya cantuman. Haba yang membuat suhu kepanasan tinggi adalah satu ciri yang tidak baik keatas minyak pelincir kerana haba boleh merosakan sifat-
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 13/36 sifat pelincir. Haba boleh membuat pelincir mencapai ciri ‘Flash Point’. Flash Point adalah keadaan dimana bahan pelincir mengluarkan wap yang boleh mengilap (flash) dan boleh terbakar apabila dinyalakan. Jenis Pelinciran Pelinciran terbahagi kepada 3 jenis iaitu: a) Cecair Biasanya dalam bentuk minyak. Jenis berminyak terbahagi kepada tiga kelas iaitu: i) Minyak binatang dan sayuran yang dikenali sebagai fixed oil contohnya minyak turpentine didapati dari sayuran. ii) Minyak galian (mineral oil) didapati dari crude petroleum contohnya - Paraffin. iii) Soulube oil iaitu campuran minyak dari air untuk membentuk seperti bendalir penyejuk. Jenis cecair biasanya digunakan untuk kerja-kerja ringan dan pergerakkan yang laju seperti dalam engin motor, jenis cecair tidak sesuai digunakan pada bahagian yang terdapat suhu haba tinggi. b) Separa cecair Minyak separa cecair adalah seperti grease. Oleh kerana kepekatannya minyak grease amat sesuai untuk kerja-kerja sederhana berat yang digunakan dalam bearing. c) Padu Pelincir jenis padu amat sesuai untuk kerja-kerja berat dan juga yang tertakluk kepad tekanan. Contoh pelincir jenis padau ialah wax, graplite dan soorpstone. Pemilihan Jenis Pelinciran Pemilihan jenis pelinciran bergantung kepada faktor-faktor berikut: a) Kelajuan tempat yang hendak sistem pelinciran. b) Bebanan yang akan ditanggung. c) Kemudahan cara menyalur pelinciran.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 14/36 d) Tekanan (pressure) yang akan ditanggung. Ada kerja-kerja memerlukan ciri-ciri tertentu atau kelikatan yang tertentu. Dengan ini adalah wajar sekiranya pelincir yang digunakan mengikut arahan pihak pengeluar. Jadual 2: Menunjukkan Bahagian-Bahagian Mesin Larik Yang Perlu Dilakukan Pelinciran Lubricant Oil
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 15/36 3.2) Penukaran Bendalir Pemotong Bendalir pemotong menjadi perkara yang sangat penting dalam operasi pemesinan seperti melarik, mencanai, meraut, menggerudi, melulas dan sebagainya. Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam pemesinan ialah untuk membebaskan haba daripada mata alat dan bendakerja. Tindakan geseran di antara muka tepi pemotong dengan benda kerja yang diricih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau mematahkan hujung matanya. Keadaan ini menghasilkan permukaan yang tidak baik dan kerja yang tidak tepat. a) Jenis-jenis bendalir pemotong Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada 4 jenis iaitu: i) Minyak pemotong atau minyak galian. ii) Minyak boleh larut. iii) Bendalir pemotong tiruan atau kimia. iv) Penyejuk khas. i) Minyak pemotong atau minyak galian Minyak galian boleh dikelaskan kepada jenis aktif dan tak aktif, bergantung pada kemampuannya menahan haba yang meningkat dalam pemesinan. Terdapat 3 jenis minyak galian yang aktif iaitu: ● Minyak pemesinan bersulfur – Sesuai untuk keluli lembut tetapi tidak sesuai untuk tembaga atau aloi Kuprum. ● Minyak galian sulfur berklorin – Sesuai untuk keluli lembut dan aloi krom nikel. ● Minyak galian berlemak – Sesuai untuk kerja memesin yang lasak dan berat. Minyak galian tidak aktif pula terdapat 3 jenis iaitu: ● Minyak galian biasa – Sesuai untuk logam berplumbum dan memotong benang.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 16/36 ● Minyak galian lelemak – Sesuai untuk kebanyakan logam ferus dan bukan ferus. ● Minyak galian lelemak bersulfur – Sesuai untuk menghasilkan permukaan yang sangat licin terutamanya didalam kerja-kerja penyudahan. ii) Minyak boleh larut Air merupakan bahan penyejuk yang paling baik tetapi boleh menyebabkan karat kepada benda kerja terutamanya logam-logam ferus. Selain itu, ia juga tidak mempunyai sifat pelinciran yang baik. Jika bendalir pemotong jenis ini dicampurkan kepada air, ia boleh menjadi bendalir pemotong yang mempunyai sifat cepat sejuk dan menahan daripada kekaratan. Minyak boleh larut dibekalkan dalam bentuk pekatan. Nisbah campuran berbeza-beza mengikut jenisnya. Contohnya, 5-bahagian minyak boleh larut dicampurkan kepada 1000 bahagian air. Minyak boleh larut ini sangat sesuai digunakan untuk memesin pada kelajuan yang tinggi. Terdapat 3 jenis minyak boleh larut: ● Minyak galian boleh larut – Digunakan untuk kegunaan am. ● Minyak boleh larut berlemak tinggi – Dugunakan dalam kerjakerja memesin yang lebih lasak. ● Minyak boleh larut tekanan lampau – Digunakan untuk kerjakerja memesin yang lasak iii) Bendalir pemotong tiruan atau kimia Bendalir pemotong jenis ini sesuai untuk logam ferus dan aloi aluminium sahaja. Sementara logam bukan ferus yang lain tidak disyorkan terutamanya sekali aloi magnesium, zink, kadmium atau plumbum. b) Fungsi bendalir pemotong Antara fungsi bendalir pemotong ialah: i) Untuk menyejukkan tepi pemotong mata alat.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 17/36 ii) Untuk menyejukkan bendakerja. iii) Mengurangkan geseran yang berlaku antara mata alat dengan bendakerja. iv) Membantu memecahkan tatal. v) Menghindarkan tatal daripada melekat kepada tepi pemotong mata alat. vi) Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal. c) Ciri-ciri bendalir pemotong i) Mempunyai sifat penyerap haba yang tinggi. Dengan ini penyejukkan dapat dibuat dengan lebih berkesan. ii) Mempunyai sifat pelinciran yang baik yang dapat mengurangkan geseran antara mata alat dengan benda kerja dan mengelakkan tatal daripada melekat pada tepi pemotongannya. iii) Mempunyai takat kilat yang tinggi. Jadi, ia tidak mudah terbakar dan bahaya-bahaya kebakaran dapat dielakkan. iv) Mempunyai kelikatan yang rendah, supaya ia dapat mengeluarkan tatal dengan mudah. v) Seelok-eloknya biarlah jernih ataupun tembus cahaya supaya tindakan memotong mata alat dapat dilihat dengan jelas. vi) Tidak menyebabkan mesin berkarat. vii) Tidak berbau busuk. viii) Tidak memudaratkan atau membahayakan pengguna. ix) Tidak menghalang proses pemotongan apabila digunakan. d) Kebaikan bendalir i) Menjimatkan Kos mata alat. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan mata alat lambat haus dan tahan lama serta dapat menjimatkan masa mengasah mata alat. ii) Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan dengan itu kerjakerja penghasilan produk dapat dilakukan dengan cepat. iii) Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesinmesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 18/36 iv) Meningkatkan mutu. Mata alat dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan serta ianya boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan tepat. e) Pemilihan bendalir pemotong Berikut adalah beberapa contoh pemilihan bendalir pemotong untuk berbagai-bagai jenis logam: Jadual 3: Jenis Logam Dan Bendalir Yang Sesuai Nama Logam Bendalir Pemotong Besi Tuang Kering Keluli : i. Karbon Rendah ii. Aloi Keluli iii. Keluli Tahan Karat Minyak Boleh Larut Pendingin Tiruan Minyak Bersulfur Loyang Kering Gangsa Kering Aluminium Kerosin Tembaga Campuran Minyak Babi dan Turpentin Refractometer sangat mudah digunakan. Cukup letakkan beberapa titis cecair pada prisma dan tahan unit kepada sumber cahaya. Perhatikan lensa mata dan baca timbangannya. Untuk menentukur, pastikan prisma bersih dan letakkan beberapa titis air paip di prisma. Garis pemisah mestilah pada sifar. Sekiranya tidak, putar skru penyesuaian sehingga ia dapat dilihat.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 19/36 Rajah 3 : Refractometer Untuk Mengukur Kecairan Bendalir Penyejuk f) Tatacara menukar bendalir pemotong (bendalir penyejuk) i) Matikan suis mesin sebelum mula kerja-kerja menukar bendalir pemotong. ii) Sediakan peralatan-peralatan tertentu untuk membuka dan memasang tangki/tank bendalir pemotong. iii) Buang bendalir lama kedalam bekas/tong yang disediakan. iv) Bersihkan tangki menggunakan sarung tangan getah. Gunakan angina (udara mampat) jika perlu. v) Ketika kerja-kerja membersih, berhati-hati sebab tatal yang halus dan kecil mungkin terdapat didalam tangki tersebut. Gunakan berus yang sesuai untuk membuang tatal dan kekotoran. vi) Selepas itu gunakan kain yang bersih untuk kerja-kerja mengeringkan dan membuang saki baki kekotoran. Selepas kerja-kerja pembersihan selesai, masukkan bendalir pemotong yang baru kedalam tangki. Pastikan campuran bendalir yang digunakan betul mengikut sukatan. 3.3) Aplikasi Gris (Grease Application) Gris adalah pelincir yang terdiri daripada minyak pelincir yang digabungkan dengan ejen penebalan (Thickening Agent). Kandungan minyak diantara 85 – 95 peratus,gris dapat melakukan kerja pelinciran dengan lebih baik. Ciri-ciri gris dapat dibezakan melalui kandungan ejen penebalan seperti rintangan haba,rintangan air dan faktor cuaca. Pelbagai bahan lain turut ditambah untuk meningkatkan lagi prestasi gris.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 20/36 Rajah 4: Rajah Menunjukkan Bahagian-Bahagian Yang Perlu Diisi Lubricant Oil Oleh Pengilang (Manufacturer)
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 21/36 Rajah 5: Contoh Grease Lubrication Yang Terdapat Di Pasaran Rajah 6: Contoh Bahagian Yang Perlu Di Gris
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 22/36 3.4) Pembersihan Mesin Dan Peralatan Setiap Mesin dan peralatan mempunyai teknik dan prosedur pembersihan yang berbeza. Adalah amat penting bagi pengguna merujuk kepada Manual Book atau bertanya kepada penyelia kaedah yang betul untuk membersihkan sesuatu mesin dan peralatan bagi mengelakkan kemalangan,kecederaan dan kerosakan.Berikut merupakan contoh prosedur membersihkan mesin larik. a) Pastikan Mesin dimatikan terlebih dahulu. b) Simpan peralatan mesin ditempat yang sepatutnya. c) Bersihkan kawasan kerja menggunakan Berus Meja atau Berus Cat. d) Elakkan daripada menggerakkan bahagian sliding part seperti Carrige, Cross Slide,Tool Post dan Tail Stock pada mesin larik sebelum bahagian tersebut dibersihkan. e) Sapu dan bersihkan kawasan kerja. f) Buang tatal (chips) di tempat yang disediakan. g) Tatal (chips) bagi bahan yang berbeza hendaklah diasingkan. h) Bahan buangan dalam bentuk cecair hendaklah dimasukkan kedalam tong dan kaedah pelupusan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penguatkuasa. Rajah 7: Menunjukkan Larangan Menggunakan Air Compressor Pada Mesin Larik 4) KETIDAKNORMALAN MESIN LARIK 4.1) Tekanan Pam Tidak Stabil Dan Bunyi Yang Kuat (Unstable Pump And Loud Noise) Peronggaan pam merupakan satu masalah yang terjadi disebabkan penyenggaraan pam yang tidak betul. Peronggaan terjadi apabila bendalir tidak
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 23/36 memenuhi semua ruang pam. Ini bermakna terdapat ruang yang dipenuhi oleh udara yang akan memberi kesan kepada kecekapan operasi pam. Peronggaan terjadi apabila kelajuan bendalir yang dikeluarkan oleh pam terlalu laju manakala saluran masuk ke pam tersumbat. Apabila pam terus beroperasi maka terjadilah peronggaan di dalam pam. Apabila perkara ini berterusan, kawasan peronggaan akan diisi oleh wap bendalir yang terhasil disebabkan perbezaan tekanan dan suhu. Masalah peronggaan ini akan menjadi rumit disebabkan kejatuhan tekanan pada kawasan peronggaan akan menyebabkan ianya diisi oleh udara yang sedia terdapat didalam bendalir. Pam akan mengalami kerosakan apabila peronggaan yang terdapat di dalam minyak (tekanan rendah) bertemu dengan bendalir bertekanan tinggi. Kerosakan adalah disebabkan oleh getaran pam yang terhasil. Getaran pam boleh mengakibatkan kehausan pada komponen pam dan ia boleh merosakkan pam tersebut.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 24/36 Jadual 4: Senarai Semak Bagi Motor & Elektrical Troubleshoot
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 25/36 4.2) Gegaran Yang Kuat (Strong Vibration) Rajah 8: Checklist Bagi Mechanical Troubleshoot 5) PEMERIKSAAN PENYELENGGARAAN HARIAN Pekerjaan yang mustahak sekali pada penyelenggaran mesin adalah inspection (pemeriksaan/ujian). Sekiranya ada bahagian yang telah rosak hendaklah diganti sebelum kerosakan lebih besar berlaku. Cara-cara ujian/inspection terdiri daripada berbagai cara: a) Daily Inspection (Ujian Secara harian)
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 26/36 i) Sapukan kawasan yang terdedah pada leadscrew dan lurah dan pancutkan minyak yang sesuai untuk mengalihkan habuk dan serpihan besi. ii) Bersihkan kawasan yang terdedah disekeliling, suiz, rack, gear atau bars. iii) Periksa simpanan minyak pelincir dan sistem hidrolik. iv) Panaskan sistem elektronik dan hidrolik sekurangnya 30 minit. v) Periksa kuasa hidrolic untuk menentukan kebocoran minyak. Rajah 9: Rajah Menunjukkan Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dlakukan Pelinciran Lubricant Oil
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 27/36 b) Weekly (Ujian Secara mingguan) i) Membuat pemeriksaan semua kedudukan paksi rujukan untuk ketepatan dan fitness ii) Melaksanakan list pemeriksaan harian c) Monthly (Ujian secara bulanan) i) Melaksanakan senarai pemeriksaan mingguan. ii) Membuat pemeriksaan , bersihkan atau gantikan penapis-penapis udara. iii) Membuat pemeriksaan semua push button dan indicating light untuk operasi yang berkesan. iv) Membuat pemeriksaan semua solenoid dan suis limit untukoperasi yang berkesan. v) Membuat pemeriksaan coupling dan bolt untuk menguji kelonggaran dan kehausan. vi) Membuat pemeriksaan dan ketatkan semua sambungan hidrolik. vii) Membuat pemeriksaan semua motor elektrik. d) Every 90 days (Ujian suku tahun) i) Melaksanakan senarai ujian bulanan ii) Membuat penukaran minyak penyejuk iii) Membersihkan atau ganti penapis pada unit hidtoloc power iv) Membuat penggantian minyak gear v) Membuat pemeriksaan gearbox dan drives unit e) Every 6 months (Ujian setengah tahun) i) Membersihkan dan minyakkan motor elektrik. ii) Membuat pemeriksaan bearing iii) Membuat pemeriksaan couplingnya iv) Membuat pemeriksaan dan selaraskan system counter balance.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 28/36 Jadual 5: Semakan Ujian Penyelenggaraan Mesin Larik
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 29/36 Segala-galanya akan menolong daripada kerugian pengeluaran masa. Preventive maintenance mengurangkan perbelanjaan untuk penyelenggaran. Untuk lebih berkesan lagi, lain-lain penyelenggaraan hendaklah dilakukan termasuk kerja rasmi yang dirancangkan. Perancangan kerja dan latihan kakitangan juga dikehendaki Kelebihan preventive maintenance: a) Mengurangkan kerosakan, meninggikan pengeluaran juga menjimatkan masa. b) Perbelanjaan kurang. c) Mengurangkan berlaku kerosakan dan mudah diperbaiki. d) Mengurangkan berlaku kerosakan yang besar. e) Oleh sebab selalu diawasi penggantian alat perkakas boleh dihadkan. f) Pengawasan alat ganti akan menghadapi pendaftaran yang kecil. g) Mutu pengeluaran yang baik. h) Keadaan tempat kerja yang selamat dan mudah membuat kerja. 5.1) Sistem Pengurusan Dokumen (Berasaskan Cloud). Sistem pengurusan dokumen (DMS) adalah sistem yang digunakan untuk menerima, mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas. Sebilangan besar mampu menyimpan rekod pelbagai versi yang dibuat dan diubah suai oleh pengguna yang berlainan (penjejak sejarah). Dalam kes pengurusan dokumen digital, sistem seperti itu berdasarkan program komputer. Istilah ini mempunyai beberapa pertindihan dengan konsep sistem pengurusan kandungan. Ia sering dilihat sebagai komponen sistem pengurusan kandungan perusahaan (ECM) dan berkaitan dengan pengurusan aset digital, pengimejan dokumen, sistem aliran kerja dan sistem pengurusan rekod. Bermula pada tahun 1980-an, sejumlah vendor mula mengembangkan sistem perisian untuk menguruskan dokumen berdasarkan kertas. Sistem ini berurusan dengan dokumen kertas, yang meliputi tidak hanya dokumen yang dicetak dan diterbitkan, tetapi juga foto, cetakan dan lain-lain. Kemudian pembangun mula menulis jenis sistem kedua yang dapat menguruskan dokumen elektronik, iaitu semua dokumen, atau fail, yang dibuat di komputer, dan sering disimpan di sistem fail tempatan pengguna. Sistem
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 30/36 pengurusan dokumen elektronik (EDM) terawal dikendalikan sama ada jenis fail proprietari, atau sebilangan besar format fail. Banyak sistem ini kemudian dikenali sebagai sistem pencitraan dokumen, kerana mereka memfokuskan pada penangkapan, penyimpanan, pengindeksan dan pengambilan format fail gambar. Sistem EDM berkembang ke titik di mana sistem dapat mengatur semua jenis format file yang dapat disimpan di rangkaian. Aplikasi berkembang untuk merangkumi dokumen elektronik, alat kolaborasi, keselamatan, aliran kerja, dan kemampuan audit. Walaupun banyak sistem EDM menyimpan dokumen dalam format fail asli mereka (Microsoft Word atau Excel, PDF), beberapa sistem pengurusan dokumen berasaskan web mula menyimpan kandungan dalam bentuk HTML. Sistem pengurusan dasar ini menghendaki kandungan diimport ke dalam sistem. Namun, setelah kandungan diimport, perisian bertindak seperti mesin pencari sehingga pengguna dapat mencari apa yang mereka cari dengan lebih cepat. Format HTML memungkinkan penggunaan aplikasi carian yang lebih baik seperti pencarian teks penuh dan penangkapan. Dokumen terdapat dalam pelbagai format, daripada kontrak dan borang hingga gambar dan e-mel. Walau bagaimanapun, apa sahaja bentuk dokumen, prinsip pengurusan dokumen tetap konsisten. Komponen umum pengurusan dokumen merangkumi: a) Penyimpanan: Berikan lokasi terpusat untuk dokumen yang mudah diakses dan dicari oleh pihak yang diberi kuasa. b) Anotasi: Tambahkan nota atau komen ke dokumen tanpa perlu mengedit dokumen itu sendiri. c) Daftar masuk dan daftar keluar: Pastikan perubahan pada dokumen oleh pengguna yang berbeza tidak menimpa satu sama lain, dengan sistem yang hanya membolehkan satu pihak melakukan pengeditan pada satu masa.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 31/36 d) Kawalan versi: Jejak dan catat perubahan dalam waktu nyata sehingga dengan setiap versi baru dokumen, Anda dapat melihat sejarah pengeditan dan kembali ke versi sebelumnya jika diperlukan. e) Jejak audit: Sokong inisiatif pematuhan anda dengan membolehkan pengguna yang berwenang melihat log siapa yang telah melihat atau menyunting dokumen anda, dan kapan. f) Keselamatan dan kawalan akses: Lakukan segala yang mungkin untuk memastikan akses ke dokumen hanya terhad kepada pihak yang diberi kuasa. Ini sangat penting dalam industri yang sangat terkawal. Kebaikan menggunakan Sistem Pengurusan Dokumen. a) Meningkatkan ketelusan di seluruh syarikat b) Carian yang cepat untuk mendapatkan pelbagai dokumen. c) Berkongsi kandungan maklumat dengan selamat secara dalaman dan luaran. d) Memupuk kerjasama pekerja dan organisasi. e) Simpan jejaki rujukan utama. f) Melindungi maklumat sensitif. g) Menyokong usaha pematuhan. h) Akses maklumat dengan selamat dari mana sahaja dengan pengurusan dokumen awan.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 32/36 Rajah 10: Struktur Sistem Pengurusan Dokumen Sumber terbuka (percuma) aplikasi system pengurusan dokumen a) Odoo Document Management System ( https://bit.ly/3xu0ItK ) b) Odoo Manufacturing DMS ( https://www.odoo.com/trial ) Rajah 11: Aplikasi Sistem Pengurusan Dokumen Berkaitan Penyelenggaraan Pengkomputeran awan Pengkomputeran awan adalah pengedaran skala besar paradigma pengkomputeran dimana ia didorong oleh skala ekonomi, ianya didalam kumpulan abstrak, maya, berskala dinamik, diurus kuasa pengkomputeran, penyimpanan, platform, dan perkhidmatan dihantar berdasarkan permintaan kepada pelanggan luaran Internet.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 33/36 Rajah 12: Struktur Perkomputeran Awan Berfungsi Peranan perkomputeran awan Terdapat tiga peranan utama perkomputeran awan adalah seperti berikut: a) Berkongsi sumber pengkomputeran yang boleh dikonfigurasi. b) Akses rangkaian atas permintaan. c) Disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Rajah 13: Rangkaian Perkomputeran Awan Rumusan perkomputeran awan Cloud computing adalah istilah payung yang digunakan untuk merujuk pembangunan dan perkhidmatan berasaskan internet. Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan secara percuma :
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 34/36 a) Google Drive : 15GB free. b) Box : 10GB free. c) OneDrive : 5GB free (1TB for students). d) Amazon Drive : 5GB (+unlimited photos with prime). e) iCloud : 5GB free. f) Dropbox : 2GB free (up to 18GB with referrals). g) BT Cloud 10GB – 1000GB free with BT b’band. Kelebihan menggunakan perkomputeran awan a) Kerjasama kumpulan dengan lebih mudah. b) Kebebasan menggunakan peranti. c) Kemudahan mendapatkan maklumat dan penyimpanan. d) Penjimatan dan kecekapan. Kelemahan menggunakan perkomputeran awan a) Memerlukan sambungan internet yang berterusan. b) Tidak berfungsi dengan baik dengan sambungan berkelajuan rendah. c) Ciri-ciri perkhidmatan mungkin terhad. d) Sistem boleh jadi perlahan pada masa-masa tertentu. e) Simpanan data mungkin tidak selamat. f) Simpanan data mungkin boleh hilang.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 35/36 SOALAN: 1. Apakah kepentingan jadual penyelenggaraan? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Senaraikan empat (4) jenis penyelenggaraan mesin __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Nyatakan unsur-unsur yang dicatatkan di dalam buku rekod penyelenggaraan. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. Terangkan aktiviti selepas menggunakan mesin dan peralatan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 5. Huraikan langkah-langkah pemeriksaan mesin dan peralatan. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(1/8) Muka Surat: 36/36 RUJUKAN: 1. John r. Wright dan Larry D. Helsel (1999). ”Introduction to Material and Processes”, Penerbit, ISBN No. 2. Teknologi Bengkel Mesin - Ibrahim Che Muda & N. Raimudaram DBP 1991. 3. Teknologi Bengkel Kejuruteraan - Tukang Larik N. Ramudaram Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1999
KOD DAN NAMA PROGRAM C259-006-2:2020 MACHINING OPERATION TAHAP 2 KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI C259-006-2:2020-C02 LATHE MACHINE OPERATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. PERFORM LATHE MACHINE DAILY MAINTENANCE. 2. INTERPRET PRODUCTION TECHNICAL DRAWING. 3. PREPARE LATHE MACHINE CUTTING TOOLS AND TOOL HOLDER. 4. SET UP LATHE MACHINE WORKPIECE. 5. PERFORM LATHE MACHINE OPERATION. 6. INSPECT FINISHED PRODUCT. 7. PERFORM LATHE MACHINE DAILY HOUSEKEEPING. NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 1 / 37 TAJUK: PENTAFSIRAN LUKISAN TEKNIKAL MESIN LARIK TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang lukisan teknikal, simbol-simbol pemesinan dan bahan kejuruteraan. JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) TINGKAT 7-8, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 2/37 PENERANGAN: 1) LUKISAN TEKNIKAL. Setiap negara mempunyai piawaian lukisan kejuruteraan tersendiri contohnya seperti berikut: British --------------------- BS 308 Jepun ---------------------- JIS Jerman ---------------------DIN Amerika ------------------- ANSI Hasil daripada banyak-banyak piawaian tersebut boleh mengelirukan terutama di industri pengeluaran barangan spare part. Ini kerana setiap negara itu mengguna ukuran dan standard mereka sendiri yang menyebabkan komponen yang sama seperti bearing mempunyai standard dan ukuran yang berlainan. Oleh itu komponen sesuatu negara itu hanya boleh diguna oleh negara itu saja. Ini merugikan pihak pengeluar kerana hasil mereka mempunyai pasaran terhad. Standard dan ukuran mereka tidak sama kerana sistem BS 308 mengguna ukuran imperial saperti inci, kaki, Ib dan sebagainya, manakala Jerman mengguna ukuran metrik dan Jepun pula piawaiannya dalam bahasanya tersendiri malah semua negara mengguna simbol bahasa mereka sendiri di dalam standard piawaian mereka menyebabkan orang lain susah hendak memahami lukisan kejuruteraan negara tersebut. Oleh yang demikian semua standard tadi diseragamkan dengan mengambil ciri-ciri kesamaan dan teknik terbaik yang mempunyai unsur yang boleh difahami oleh semua dirumuskan kedalam satu sistem dipanggil PIAWAIAN ISO Lukisan Kejuruteraan. 1.1) Simbol-Simbol Lukisan Teknik (Drawing Symbol) Simbol - simbol amat perlu di dalam lukisan teknik kerana ia memudahkan kerjakerja melakar lukisan yang rumit. Kadangkala sesuatu objek dan bentuk sangat susah dan terlalu rumit untuk dibuat dalam bentuk asal. Terdapat berbagai-bagai jenis simbol seperti: a) Simbol singkatan perkataan.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 3/37 b) Simbol muka keratan. c) Simbol bentuk sepering dan gear. d) Simbol untuk permukaan. e) Simbol memesin (surface texture symbol) a) Simbol Singkatan Perkataan Simbol Singkatan dalam Bahasa Inggeris yang selalu digunakan. Singkatan adalah sama ada “Singular “ atau “Plural“ Jadual 1 dan Jadual 2. Tanda titik tidak digunakan kecuali singkatan merupai perkataan contoh singkatan untuk perkataan Number “NO”.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 4/37 Jadual 1: Simbol Singkatan Perkataan
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 5/37 Jadual 2: Simbol Singkatan Perkataan
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 6/37 b) Simbol Bentuk Spring dan Gear Jadual 3 di bawah menunjukkan tanda Simbol spring mengikut piawaian BS 308. Simbol Diagrammatic juga boleh digunakan bahagian yang lebih rumit bentuknya. Jadual 3: Simbol Bentuk Spring Dan Gear c) Simbol Untuk Permukaan Simbol untuk permukaan benda kerja perlu dikerjakan dalam berbagai penyudahan kerja mengikut kehendak kerja itu. Penyudahan kerja pada permukaan mempunyai simbol yang difahami seperti jadual di bawah Jadual 4 dan Jadual 5.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 7/37 Jadual 4: Simbol Untuk Permukaan
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 8/37 Jadual 5: Simbol Untuk Permukaan
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 9/37 d) Simbol Kelicinan Memesin (Surface Texture Simbol) Sekiranya perlu untuk menanda permukaan yang hendak dimesin, simbol di bawah digunakan lihat Rajah 1. Rajah 1: Simbol Kelicinan Memesin
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 10/37 Rajah 2: Simbol Kelicinan Memesin Yang Diberi Had/ Nilai e) Simbol Proses Pengeluaran Sekiranya proses pengeluaran untuk satu permukaan perlu dinyatakan, simbol seperti di bawah harus digunakan. Rajah 3: Proses Pengeluaran Rajah 4: Menunjukkan Permukaan Yang Ditunjukkan Tidak Perlu Dimesin Sama Sekali
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 11/37 1.2) Pendimensian (Dimensions) a) Pendimensian Pada Bendakerja Pendimensian lukisan melibatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai beberapa prinsip dan peraturan yang tertentu. Oleh itu, untuk mahir dalam pendimensian, seseorang pelukis harus membiasakan diri dengan prinsip dan peraturan tersebut. Amalan yang biasa dilakukan dalam pendimensian harus dipatuhi supaya hasil kerja itu mengikut system yang piawai. b) Garisan Pendimensian Proses pendimensian melibatkan penggunaan tiga jenis garisan seperti yang berikut: i) Garisan dimensi Garisan dimensi ialah garisan yang hujungnya ditandakan dengan anak panah. Anak panah itu menunjukkan titik mula dan titik akhir sesuatu ukuran. Garisan dimensi dilukis lebih ringan daripada garisan objek. Angka dimensi ditulis pada bahagian tengah garisan dimensi. ii) Garisan tambahan Garisan tambahan ialah garisan yang menandakan jarak yang didimensikan. Kehitamannya sama dengan garisan dimensi. Sungguhpun garisan tambahan diunjurkan daripada garisan objek, hujungnya hendaklah dijarakkan lebih kurang 1 mm dari pinggir objek seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Garisan tengah boleh digunakan untuk menggantikan garisan tambahan, jika dimensi perlu ditandakan antara garisan tengah dengan garisan tambahan atau antara dua garisan tengah. iii) Garisan penunjuk Garisan penunjuk mempunyai satu anak panah atau titik pada hujungnya. Garisan penunjuk digunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai bahagian objek yang ditunjukkannya. Kehitaman garisan penunjuk sama dengan kehitaman garisan dimensi.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 12/37 c) Peraturan Dimensi-dimensi hendaklah diatur mengikut kaedah yang dapat memberi penjelasan dan keringkasan bagi memudahkan bacaan. Susunan dimensi yang berselerak hendaklah dielakkan dengan menyusun dimensi-dimensi itu secara berselang-seli. Perkara-perkara berikut hendaklah diperhatikan: i) Dimensi hendaklah diletakkan supaya boleh dibaca dari bawah lukisan atau dari bahagian kanan. ii) Dimensi biasanya diletakkan pada atau lebih kurang pada pertengahan garisan dimensi. Dimensi itu hendaklah ditempatkan di atas garisan dimensi dan tidak menyentuhnya seperti Rajah 5 (a). iii) Bagi mengelakkan dimensi dilintas oleh garisan-garisan lain, dimensi itu boleh diletakkan berdekatan dengan satu penamatan seperti Rajah 5 (b). iv) Huruf dan simbol berikut kerap digunakan dengan dimensi bagi mengenalpasti bentuk sesuatu sifat dimensi. Huruf atau simbol ini hendaklah sama besar dengan angka yang berkaitan seperti Rajah 6. ø- diameter S - diameter sfera R - jejari SR - jejari sfera X - segiempat sama v) Apabila ada beberapa garisan dimensi selari yang berdekatan, dimensi-dimensi itu boleh diselangkan seperti Rajah 7(a) bagi mengelakkan angka-angka itu daripada bertindih, atau terpaksa mengikut sepanjang garisan dimensi. Dalam beberapa kes, garisan dimensi boleh dipendekkan seperti Rajah 7(b). vi) Dimensi boleh diletakkan pada hujung garisan pandu, hujung setentangnya berakhir pada garisan dimensi atau pemanjangannya seperti Rajah 8. vii) Sekiranya ruang terhad bagi pendimensian, dimensi hendaklah diletakkan pada pertengahan atau di atas, atau sebaris dengan pemanjangan salah satu garisan dimensi seperti Rajah 9. viii) Dimensi besar hendaklah diletakkan di luar dimensi kecil seperti Rajah 10. ix) Sekiranya kita perlu menunjukkan bahawa sesuatu sifat itu tidak dilukis mengikut skala, dimensinya hendaklah digaris seperti Rajah 11.
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 13/37 Rajah 7: Pengaturan Dimensi Bagi Mengelak Kesesakan (a) Biasa (b) Dimensi ofset Rajah 5: Kedudukan Dimensi Ø50 150 300 Ø 30 SR 22 SØ 40 Ø40 Ø80 40 R20 R22 Rajah 6: Kegunaan Huruf Dan Simbol Dengan Dimensi Ø 90 Ø 80 Ø 70
NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(2/8) Muka Surat: 14/37 Rajah 8: Pengaturan Dimensi Bagi Mengelak Kesesakan Ø 30 Rajah 9: Dimensi Pada Hujung Rajah 10: Dimensi Pada Hujung Garisan Pemanjangan Kepada Pandu Berakhir Pada Satu Garisan Pandu Permukaan 500 Ø 40 Ø 31 Ø 25 Ø 28 Ø 22 (b) Ø 20 Ø 12 Ø 50 Ø35 Ø18 Ø25 Rajah 12: Dimensi Besar Terletak Di Luar Dimensi Kecil Rajah 11: Penunjukkan Satu Sifat Tidak Dilukis Mengikut Skala