The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KP-C02-Lathe Application (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arissasabrii, 2024-06-11 06:26:04

Nota Kerja Larik

KP-C02-Lathe Application (3)

NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(7/8) Muka Surat: 37/39 3.3) Pengakuan Prosedur Setelah hasil pemeriksaan dilakukan, prosedur yang seterusnya perlu dijalankan adalah seperti di bawah bagi membuktikan barangan tersebut telah diterima dan produk dalam keadaan baik. a) Work Schedule – Jadual kerja hendaklah dilakukan supaya penghantaran peralatan tidak menjadi kelam kabut dan bercanggah dengan penghantaran barangan yang lain. Hal ini bagi memastikan perjalanan penghantaran barang berjalan dengan lancar dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan. b) Identifying Non-Compliance – Pihak pembekal mestilah mematuhi akan peraturan–peraturan yang telah sedia ada daripada pihak pelanggan supaya tidak berlakunya perkara dan masalah-masalah yang boleh menyulitkan lagi keadaan. c) Customer Acception – Setelah pemasangan peralatan telah siap, pihak pembekal akan menyerahkan dokumen penerimaan barangan sebagai bukti barangan tersebut telah diterima dari pihak pelanggan. d) Documentation – Selesai dibuat ujikaji, pihak pembekal akan menyerahkan dokumen penyerahan barang tersebut dan ditandatangani oleh ketua jabatan tersebut sebagai pengesahan rasmi dan mendapatkan bayaran sepenuhnya ke atas kerja yang dilakukan. e) Training – Setelah selesai semua proses pemasangan, dan penyerahan maka pihak pembekal juga akan memberi tunjuk ajar supaya dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang masalah mengenai kegunaannya dan kefungsian.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(7/8) Muka Surat: 38/39 SOALAN: 1. Namakan tiga (3) jenis mikrometer. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Terangkan punca ralat sifar pada mikrometer. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Berikan kegunaan angkup vernier. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. Berikan lima (5) pengakuan prosedur sesuatu produk. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 5. Terangkan secara ringkas keperluan prosedur bagi ‘Work Schedule’. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(7/8) Muka Surat: 39/39 RUJUKAN: 1. John R. Wright dan Larry D. Helsel (1999).”Introduction to Material and Processes”, Penerbit, ISBN No. 2. Webber, L & Wallace, M (2011), Quality Control For Dummies. Indiana: Wiley Publishing, Inc. 3. Jaafar Muhammad (2010). Kelakuan Organisasi. Petaling Jaya: Leeds Publication. 4. Dale H. Besterfield (2009). Quality Control. New Jersey: Pearson Prentice Hall 2. 5. Mumtaz Begum Abdul Kadir (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 6. Sabda S. (2008). Kerenah Organisasi: Mengagumi Pekerja Faktor Utama Produktiviti. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 7. Mohd Zaid Yusuf (2006). Teknologi Industri: Kawalan Mutu dan Peralatan. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.


KOD DAN NAMA PROGRAM C259-006-2:2020 MACHINING OPERATION TAHAP 2 KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI C259-006-2:2020-C02 LATHE MACHINE OPERATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. PERFORM LATHE MACHINE DAILY MAINTENANCE. 2. INTERPRET PRODUCTION TECHNICAL DRAWING. 3. PREPARE LATHE MACHINE CUTTING TOOLS AND TOOL HOLDER. 4. SET UP LATHE MACHINE WORKPIECE. 5. PERFORM LATHE MACHINE OPERATION. 6. INSPECT FINISHED PRODUCT. 7. PERFORM LATHE MACHINE DAILY HOUSEKEEPING. NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 1 / 15 TAJUK: PENGEMASAN TEMPAT KERJA MESIN LARIK TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang kerja-kerja pembersihan mesin dan peralatan serta pengurusan sisa bahan dan pengoperasian stor JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) TINGKAT 7-8, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 2/15 PENERANGAN: 1) PENGEMASAN Pengemasan (housekeeping) bukan setakat penjagaan terhadap kebersihan sematamata tetapi lebih daripada itu. Antara aspek lain yang diambil kira ialah kerapian serta meletakkan sesuatu peralatan atau mesin dan sebagainya pada tempat yang telah ditetapkan mengikut piawai yang bersesuaian. Pengemasan dianggap sebagai kegiatan yang bersifat preventif sekali gus sebagai upaya pengendalian. Pengemasan yang baik perlu diterapkan sejak awal memulai sesuatu proses, dikembangkan sesuai dengan perubahan yang terjadi, dipantau dan dinilai secara terus menerus melalui sokongan dan kerjasama semua pihak. 1.1) Tujuan Pengemasan Pengemasan yang dilakukan pada bengkel mempunyai beberapa tujuan: a) Supaya menjamin keselamatan pekerja, peralatan dan persekitaran kawasan tempat kerja. b) Dapat meningkatkan produktiviti kerja dan meninggikan tahap kesedaran pekerja. c) Dapat menjaga kebersihan persekitaran kawasan tempat kerja. d) Dapat meningkatkan tahap kualiti produk dan juga kerja yang dilakukan. e) Dapat mencari sesuatu peralatan atau mesin lebih teratur. f) Dapat menghapuskan segala peralatan atau mesin yang tidak digunakan lagi. g) Dapat mengurangkan inventori bermakna menjimatkan kos. h) Memudahkan proses mencari dan mengenal pasti sesuatu peralatan atau mesin yang dikehendaki. 1.2) Prosedur Pengemasan Amalan ‘5S’ merupakan pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf ‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seisi, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi ‘5S’. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 3/15 a) Sisih (Seiri) Sisih memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barangbarang yang tidak diperlukan di tempat kerja. b) Susun (Seiton) i) Merujuk kepada prinsip “setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan susun tertumpu kepada kaedah penyusunan teratur, kemas, berkesan dan selamat. ii) Antara kaedah penyusunan iaitu: ● Situasi semasa waktu kerja – Semua benda kerja yang tindakan sahaja berada di kawasan tempat kerja. ● Situasi selepas waktu kerja – Semua benda kerja hendaklah disusun dan disimpan semula ke tempat asal mengikut tatacara pengurusan yang betul. iii) Peralatan nasib yang jarang digunakan termasuk separa katif perlu disimpan mengikut prosedur pengurusan dengan kemas dan teratur bagi memudahkan capaian. c) Sapu (Seiso) i) Sapu adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja, peralatan atau mesin dalam keadaan bersih daripada habuk atau debu yang boleh menjejaskan kefungsian peralatan atau mesin serta kualiti produk dan juga kebersihan. ii) Sapu perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan ruang kerja sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. d) Seragam (Seiketsu) i) Seragam bermaksud keadaan, sebentuk dan sewarna sama ada ciri, susun atur, prosedur, piawai atau peraturannya. ii) Mewujudkan senarai semak peraturan inventori. iii) Mengadakan prosedur kerja pembersihan. iv) Mengadakan jadual penyelenggaraan. v) Mewujudkan model atau aktiviti susun atur yang seragam. vi) Kejayaan perlaksanaan amalan seragam boleh diukur melalui : ● Mempunyai piawai ruang tempat kerja yang lebih baik


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 4/15 ● Mempunyai impak visual yang positif ● Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP). e) Sentiasa Mengamalkan (Shitsuke) i) Sentiasa amal bermaksud usaha mengekalkan empat amalan ‘5S’ di atas di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di bengkel. ii) Sentiasa amal memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan semua pihak serta disiplin diri agar berkesan dan cekap. 2) PROSEDUR PELUPUSAN SISA BAHAN a) Menyenaraikan sisa bahan kimia dan buangan terjadual yang dihasilkan di tempat kerja. i) Kakitangan bahagian yang bertanggungjawab perlu menyenaraikan semua jenis sisa bahan kimia dan buangan terjadual yang terhasil daripada kerjakerja yang dijalankan di depoh seperti minyak pelincir terpakai, kain buruk, filter atau bekas tercemar dan lain-lain. b) Pengasingan dan pengumpulan sisa bahan kimia dan buangan terjadual i) Pelupusan sisa bahan kimia dan buangan terjadual bermula dengan proses pengasingan dan pengumpulan yang dikendalikan di peringkat bahagian. Pengasingan sisa bahan kimia dan buangan terjadual juga dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti letupan atau kebakaran ketika kerja pelupusan dilakukan. ii) Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan sisa bahan kimia ke dalam bekas khas yang telah dilabelkan dan menyimpannya di tempat yang selamat atau tempat penyimpanan yang telah dikenal pasti sehingga langkah pelupusan dijalankan. Sisa bahan kimia perlu dielakkan daripada terdedah kepada haba atau api. c) Bekas dan pelabelan sisa bahan kimia i) Semua sisa bahan kimia hendaklah dikumpulkan di dalam bekas yang bersesuaian dan dilabelkan dengan lengkap. ii) Sebaik-baiknya sisa bahan kimia dikumpulkan semula di dalam bekas asal atau bekas lain yang sesuai dan selamat. iii) Bekas sisa bahan kimia mestilah dalam keadaan baik semasa digunakan dan hendaklah diperiksa secara berkala iaitu sekurang-kurangnya pada


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 5/15 setiap minggu bagi memastikan tiada kebocoran atau tindak balas antara bekas dan sisa bahan kimia berkenaan. Elakkan juga pengisian sisa bahan kimia sehingga penuh ke dalam bekas tersebut. iv) Pelabelan pada bekas sisa bahan kimia mestilah menggunakan nama penuh sisa bahan kimia berkenaan. Elakkan penggunaan formula, simbol ataupun persamaan untuk sisa bahan kimia tersebut. v) Bekas-bekas sisa bahan kimia hendaklah dilabelkan dengan jelas mengikut jenis yang dinyatakan dan ditandakan dengan kod buangan terjadual. d) Bekas dan pelabelan sisa buangan terjadual i) Kakitangan yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan label dengan jelas pada bekas-bekas sisa buangan terjadual seperti tarikh sisa buangan terjadual dikeluarkan untuk kali pertama, nama, alamat dan nombor telefon depoh untuk menstorkan sisa buangan terjadual tersebut ii) Sebaik-baiknya buangan terjadual dikumpulkan semula di dalam bekas asal atau bekas lain yang sesuai dan selamat. iii) Bekas-bekas buangan terjadual hendaklah dilabelkan dengan jelas mengikut jenis yang dinyatakan dan ditandakan dengan kod sisa buangan terjadual. iv) Label pada bekas buangan terjadual mestilah tahan cuaca dan lasak serta perlu diletakkan pada latar belakang warna yang berbeza. e) Penyimpanan sisa bahan kimia dan buangan terjadual i) Sisa bahan kimia dan buangan terjadual hendaklah disimpan di dalam bekas yang sesuai, tahan lasak dan boleh mencegah tumpahan atau kebocoran sisa bahan kimia dan buangan terjadual ke alam sekeliling. ii) Bekas yang mengandungi sisa bahan kimia dan buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup sepanjang tempoh penyimpanan kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan sisa bahan kimia dan buangan terjadual. iii) Kawasan-kawasan bagi penyimpanan bekas sisa bahan kimia dan buangan terjadual hendaklah direka bentuk dan dibina dengan selamat serta diselenggarakan dengan sebaiknya bagi mencegah tumpahan dan kebocoran sisa bahan kimia dan buangan terjadual ke alam sekeliling. iv) Sisa bahan kimia dan buangan terjadual boleh disimpan selama 180 hari atau kurang dengan syarat kuantiti sisa bahan kimia dan buangan terjadual tidak melebihi dua puluh (20) tan metrik. Sisa bahan kimia dan buangan


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 6/15 terjadual tidak boleh disimpan melebihi dua puluh (20) tan metrik. f) Pemberitahuan penghasilan sisa bahan kimia dan buangan terjadual kepada Unit Pelupusan Aset, Jabatan Kewangan. i) Setiap bahagian hendaklah mengemukakan permohonan pelupusan sisa kimia dan bahan buangan terjadual dengan mengisi borang ADF 1/98 yang dikeluarkan oleh Unit Pelupusan Aset, Jabatan Kewangan. ii) Setelah permohonan diluluskan, Unit Pelupusan Aset akan menghantar kontraktor berdaftar ke bahagian yang berkenaan untuk mengambil sisa bahan kimia dan buangan terjadual tersebut untuk dilupuskan. iii) Unit Pelupusan Aset Jabatan Kewangan adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti premis yang sesuai untuk pelupusan dan kontraktor pengangkutan mestilah mempunyai kemudahan yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. (Sila Rujuk Laman Web; http://www.doe.gov.my kerana premis pelupusan sisa bahan kimia dan buangan terjadual sentiasa berubah mengikut kelulusan Jabatan Alam sekitar). g) Nota konsainan Bahan Buangan Terjadual daripada kontraktor berlesen i) Kakitangan yang bertanggungjawab akan menerima dua (2) salinan nota kosainan daripada kontraktor berlesen semasa proses pengambilan sisa bahan kimia dan buangan terjadual berlaku. ii) Kakitangan yang bertanggungjawab adalah dikehendaki untuk memastikan sisa bahan kimia dan buangan terjadual yang dikendalikan oleh kontraktor sampai ke tempat pelupusan dalam tempoh masa sepuluh (10) hari dari tarikh sisa bahan kimia dan buangan terjadual tersebut diangkut. iii) Dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari, kakitangan yang bertanggungjawab hendaklah memastikan sesalinan nota kosainan yang telah dilengkapkan bersama pengesahan / cop premis pelupusan yang telah ditetapkan, dikembalikan ke Unit Pelupusan Aset, Jabatan Kewangan. iv) Sesalinan lagi Nota Konsainan perlu disimpan di bahagian untuk rekod pemantauan. h) Pemberitahuan penghasilan sisa bahan kimia dan buangan terjadual kepada Jabatan Alam Sekitar oleh kakitangan di bahagian. i) Pemberitahuan kepada Jabatan Alam Sekitar hendaklah dibuat melalui Electronic Schedule Waste Information System (eSWIS), (Sila Rujuk Laman Web; http://www.doe.gov.my) di mana kakitangan yang bertanggungjawab perlu mendaftar penggunaan sistem ini terlebih dahulu dengan Jabatan


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 7/15 Alam Sekitar di negeri masing-masing bagi mendapatkan kod atau kata laluan bagi pengisian borang yang dilampirkan di dalam sistem tersebut. ii) Kakitangan yang bertanggungjawab boleh berurusan dengan Jabatan Alam Sekitar di negeri masing-masing bagi mendapatkan latihan penggunaan sistem eSWIS tersebut. iii) Setiap kali proses pelupusan sisa bahan kimia dan buangan terjadual berlaku, kakitangan yang bertanggungjawab adalah dikehendaki untuk memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar dengan mengisi Borang Notifikasi (2 nd Schedule), Borang lnventori (5 th Schedule) dan juga Nata Konsainan (6 th Schedule) melalui Electronic Schedule Waste Information System (eSWIS), dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari selepas hasil buangan tersebut dikeluarkan. i) Menyediakan inventori tahunan oleh kakitangan Bahagian i) Penyediaan inventori oleh kakitangan bahagian yang bertanggungjawab adalah penting bagi memastikan kuantiti sisa bahan kimia dan buangan terjadual yang dilupuskan dikemaskini dari semasa ke semasa. ii) Setiap tahun, sesalinan Laporan Ringkasan lnventori/ Summary Report of Inventory sisa bahan kimia dan buangan terjadual yang telah dicetak dari eSWIS hendaklah dihantar kepada Jabatan Pengurusan Risiko & OSHEN (RMO) dan Unit Pelupusan Aset, Jabatan Kewangan untuk direkodkan. j) Program latihan i) Penyelia bahagian adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang terlibat dalam proses pengenalpastian, pengendalian, pelabelan, pengangkutan, penyimpanan dan cara tindak balas semasa tumpahan atau pelepasan sisa bahan kimia dan buangan terjadual menghadiri program latihan yang secukupnya Jabatan Alam Sekitar. ii) Semua program latihan yang dihadiri oleh kakitangan hendaklah direkodkan oleh jabatan masing-masing 3) KLASIFIKASI SISA BERJADUAL 3.1) Rujukan a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. b) Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. c) Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 8/15 Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya), 2013. d) Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya (CSDS/ MSDS). 3.2) Penalti Merujuk kepada Seksyen 45 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tiap-tiap kesalahan yang terdiri daripada apa-apa ketinggalan atau keabaian untuk mematuhi atau apa-apa perbuatan yang dilakukan atau cuba hendak dilakukan berlawanan dengan peraturan ini boleh dikompaun sejumlah wang tidak melebihi RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu). 3.3) Jenis-Jenis Bekas Penstroran Sisa Bahan Kimia Dan Buangan Terjadual Jadual 1: Jenis Bekas Penstoran Sisa Bahan JENIS BEKAS JENIS BUANGAN TERJADUAL Open Top Drum (Plastik/Keluli) • Buangan pepejal. • Drum keluli tidak boleh digunakan untuk sisa berasid atau beralkali. • Contoh : sisa elektronik, sarung tangan yang tercemar dan lain-lain. Bunghole (Plastik/Keluli) • Buangan cecair tidak organik atau organik. • Drum keluli tidak boleh digunakan untuk bahan yang mengakis atau berbahaya seperti alkali atau asid. • Drum plastik serasi dengan kebanyakan pelarut. Pelarut yang tidak serasi dengan plastik seperti Diethyl Eter dan Chloroform perlu disimpan di dalam drum keluli.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 9/15 PP Bag 1 tone I jumbo bag • Buangan pepejal kering. • Contoh: habuk, abu, klinker, sisa elektronik, enapcemar kering, kain tercemar dan lain-lain. Intermediate Bulk Container (/BC) Tank ll1ir 11m1 I 11 11 ri - H-11/J/l 'I • Digunakan untuk pelbagai aliran sisa seperti minyak, pelarut dan asid . Jerrycan - - - - - • Buangan cecair tidak organik atau organik seperti sisa kimia, pelarut dan lain-lain.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 10/15 3.4) Kehendak Pelabelan Bagi Buangan-Buangan Terjadual Rajah 1: Cecair Mudah Terbakar Rajah 2: Bahan Toksik Buangan Rajah 3: Bahan Menghakis Buangan Rajah 4: Pepejal Mudah Terbakar


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 11/15 4) PROSEDUR PENYIMPANAN AKSESORI MESIN LARIK Sekiranya bengkel mempunyai kawasan ruang alat berpusat, anda dapat menyusun alat anda sedemikian dengan baik. Organisasi bilik alat boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori, seperti: a) alat yang aktif dan kerap digunakan. b) sandaran untuk alat penggunaan tinggi. c) penyimpanan alat yang tidak aktif dan jarang digunakan. d) barang yang diperlukan untuk penyelenggaraan alat / tekan. Sistem bilik alat yang ideal adalah sebahagian daripada aliran kerja pengeluaran dan penyediaan alat yang diperlukan untuk pekerjaan berikutnya terlebih dahulu. Kakitangan bilik alat mencari alat yang diperlukan, mengesahkan alat dalam keadaan baik, meletakkan alat tersebut di troli persediaan mudah alih, dan menghantarnya ke kawasan pemesinan untuk pemasangan dengan pesanan berikutnya. Rajah 5 : Troli Pesediaan Alat Pemesinan Agar proses ini menjadi efisien, alat-alat yang disimpan di ruang perkakas mesti siap digunakan semasa disimpan. Alat yang digunakan pada pekerjaan sebelumnya dan tidak lagi diperlukan di mesin dikembalikan ke ruang alat untuk pemeriksaan, penyelenggaraan, dan penyimpanan. Gambar di bawah menunjukkan kawasan ruang alat yang berbeza yang mempunyai kaedah yang teratur untuk menyimpan perkakasan lengkap yang siap digunakan dengan pelbagai jarak.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 12/15 Rajah 6 : Rak Penyimpanan Aksesori Mesin Dan Peralatan . Adalah biasa bagi ruang alat untuk mempunyai kabinet besar dengan laci yang diisi dengan perkakas. Biasanya bilik alat ini mempunyai alat aktif, alat sandaran, dan alat tidak aktif semuanya disimpan bersama. Anda benar-benar tidak tahu apa yang anda ada sehingga anda menemui laci yang betul dan petak yang betul di dalam laci itu. Jadual 2: Bahan berkapasiti sederhana Rajah 7 : Kabinet Besi Berlaci Tertutup Prosedur Operasi Standard (SOP) Penyimpanan Peralatan a) Butiran peralatan harus disimpan dalam kotak asalnya b) Kotak harus ditulis tarikh penerimaannya c) Kedudukan karton tidak seharusnya betul-betul atas lantai supaya tidak dirosakkan oleh tumpahan ataupun banjir. d) Hindarkan susunan bertingkat yang melampau tinggi kerana berat yang melampau akan dikenakan ke atas karton yang di bawah.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 13/15 e) Jika kotak dibuka dan sebahagian sahaja digunakan,maka label harus diubah mengikut yang sepatutnya. f) Peralatan kaca yang tidak disimpan dalam kotak,boleh disimpan di atas unit rak logam dengan pemisah tegak untuk mengasingkan peralatan tersebut mengikut kumpulan yang munasabah. g) Untuk bahan-bahan unit kecil, unit laci adalah lebih sesuai kerana boleh dibahagi ruang dengan mudah. h) Sebagai satu peraturan umum, barangan berat haruslah disimpan berhampiran paras lantai dan barangan yang lebih ringan pada rak yang lebih tinggi (kurangkan risiko kerja berat, meminimumkan risiko kecederaan). i) Peralatan yang mempunyai bahagian dan alat tambahan yang boleh ditanggalkan dapat menimbulkan masalah kerana terdapat kecenderungan untuk bahagian dan sesetengah bahagian kecil tidak mudah dikenal pasti dan mungkin dibuang. j) Lebih baik sekiranya semua alat tambahan yang begitu disimpan di dalam kotak atau beg dan dilekatkan pada peralatan berkenaan.


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(8/8) Muka Surat: 14/15 SOALAN: 1) Berikan tiga (3) prosedur dalam pembersihan mesin. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 2) Nyatakan tiga (3) prosedur pelupusan sisa bahan kimia berjadual. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 3) Nyatakan tiga (3) prosedur penyimpanan bahan kimia. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 4) Berikan dua (2) prinsip letakan peralatan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 5) Nyatakan tempat penyimpanan yang sesuai untuk bahan jenis mudah terbakar. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________


NO. KOD C259-006-2:2020-C02/KP(7/7) Muka Surat: 15/15 RUJUKAN: 1. https://www.lksotomotif.com/2019/10/pengertian-house-keeping-dan-tujuannya.html 2. http://anyflip.com/gixil/gtfy/basic 3. http://doe.my/eqa 4 July 2021


Click to View FlipBook Version