G95
Dedaun Senja
Ibrahim Hamid
Profil Penulis: : Ibrahim Hamid
Nama : 23hb Mei, 1945
Tarikh lahir : Permatang Kuang, Penaga
Tempat lahir : Petani
Ibu bapa
Latar belakang : SK Permatang Sintuk
Pendidikan SM St Mark’s, Bagan Ajam
Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Kelayakan akademik : Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Pengalaman kerja : BA(Hons), Diploma Pendidikan
: Guru Bahasa Melayu dan Pengajian Am
Bahasa : Pegawai Urusan Pengambilan, SPP
Makanan kegemaran : Penerbit Kanan, Radio Pendidikan
: Guru Penolong Kanan
: Pengetua Sekolah
: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Nasi beriani dengan ayam rendang atau ayam
Pandangan keseluruhan : masak merah
tentang kehidupan Cheese and butter pilihan asas sarapan
Kamu boleh buat apa yang kamu mahu tetapi jangan
fikir kamu akan mendapat semua yang kamu
mahu.
1
Sinopsis:
Azimin, Bakri dan Karim sedang berusaha membersihkan kehidupan mereka yang bobrok
kepada kehidupan yanag lebih baik. Cara mereka hendak meninggalkan kehidpan yang jelik
itu adalah dengan usaha membetulkan pergaulan di antara mereka yang kotor dengan ikatan
perkahawinan. Azimin setuju mengahwinkan dua orang anak gadisnya dengan rakan-rakan
niaganya, Karim dan Bakri. Bakri sedia berkahwin dengan Azura, Kartina dan Hasnah. Karim
setuju mengambil Asfa sebagai isterinya. Kamal berkahwin dengan Erniyani dan Bobi tetapi
masih lagi dengan aktiviti seks bebasnya dengan Safiyah dan Salmah. Basri dan Farina juga
setuju berkahwin sebelum mereka terkorban dalam runtuhan Menara Karim. Perhubungan
antara Azimin dengan Farina adalah menjengkelkan kerana Farina adalah isteri Karim. Bakri
terus mengadakan hubungan seks bebas dengan Azura dan Hasnah kecuali dengan Kartina.
Karim menceraikan Farina kerana kecurangannya, dan dia sebaliknya terus mengadakan
perhubungan dengan Asfa, anak kekasih bekas isterinya.
2
Kata Pengantar
Kutulis cerita ini sebagai satu catatan memperomosikan pelancongan di Melaka. Latar tempat
adalah real di pinggir Bandaraya Melaka Bersejarah fokus kepada Pantai Puteri yang sentiasa
tersemat di hati. Cerita ini menyebut banyak kali tentang Melaka dan Pantai Puteri*.
Orang Melaka perlu menyantuni pelanacong-pelancong dengan muka manis kerana
kehadiran mereka adalah pembawa rezeki.
Ada orang mungkin kurang setuju dengan kewajaran cerita ini. Bagiku kebobrokan yang
ditemui dalam masyarakat adalah lumrah. Cerita ini adalah fiksyen yang tidak semestinya
benar. Apa yang penting adalah bagaimana hendak menonjolkan mesej bahawa dalam hati
manusia yang jelik seperti mereka dalam cerita ini ada juga keinginan mereka menjadi orang
baik-baik.
Dari Penaga bawa tenggiri,
Singgah di Pedas dekat Kota;
Tak sangka bermula di Pantai Puteri,
Asam pedas menemukan kita.
Wassalaam.
*Melaka disebut 177 kali;
Pantai Puteri disebut 103 kali.
3
Dedaun Senja
Bab 1
Seorang kelihatan berumur duduk di atas bangku panjang yang disediakan oleh pengurusan
pasaraya bagi kemudahan pelanggannya. Orang itu memakai pakaian lusuh, brim topi lembut
yang dipakainya menutupi sebahagian mukanya. Hampir tidak dikenali orang itu jika tidak
dilihat betul-betul. Dia memegang tongkat dengan tangannya sedikit bergoyang.
Beberapa orang singgah duduk di sebelahnya segera bangun tanpa menyapanya; mereka
kemudian pergi.
Seorang wanita muda duduk di sebelahnya. Dia berpakaian cantik; membimbit telefon di
tangan; membawa bebarapa buah beg beisi barang-barang yang baru dibelinya.
“Pakcik,” sapa wanita itu
Tongkat di tangan orange tua itu tiba-tiba terjatuh. Dia seolah-olah bersusah payah hendak
bangun mengambil tongkatnya itu tetapi wanita itu bingkas bangun mengambil tongkat orang
tua itu.
“Siapa nama pakcik?”
“Bob. Panggil Bakri, “ kata orang tua itu.
Ketika hendak berpisah, dia sempat memandang tepat wajah wanita itu. Masih muda. Belum
kahwin, agaknya. Dia melepaskan senyuman kepada anak gadis itu. Dia menganggukkan
kepala.
Tidak jauh dari situ, dia ternampak seorang wanita lain.Dia memerhatinya dengan penuh
minat. Bakri juga ternampak seorang kenalannya berjalan dengan seorang wanita yang
dikenalinya.
”Azimin. Belli belah?”
“ Ya. Saya bersama dengan Farina. Kita bercakap lagi lalin kali.”
Isteri Azimin juga nampak suaminya bersama Farina keluar dari kereta dan masuk ke
pasaraya. Berpimpmin tangan. Isteri Azimin mengatakan dalam hatinya bahawa suaminya
masih lagi kelihatan kacak sebab itulah ada orang hendakkan dia. Dia menepuk setering
keretanya dan beredar dari situ.
Di rumah isteri Azimin bertanya siapa wanita yang bersamanya di pasaraya tadi.
“Kawan lama, Darisa. Namanya Farina,” kata Azimin kepada isterinya, Darisa.
4
“ Itu bukan kawan kerana saya nampak sangat mesra.”
Di sebuah pejabat, penasihat kewangan syarikaat bercakap dengan bosnya.
“Tuan Karim boleh melepaskan lebih banyak tugas kepada anak-anak. Mereka sudah bersedia
dan memang patut diberi tanggungjawab yang lebih berat.”
“ Anak-anak saya? Saya kurang yakin dengan mereka setakat ini.Kamal suka menghabiskan
masa dan wang ringgit dengan wanita. Kartina pula sibuk dengan aktiviti sosialnya. Dia banya
menghabiskan masanya di rumah anak-anak yatim daripada menghabiskan masanya untuk
pekerjaannya,” kata Karim.
Karim mengajak penasihat kewangan syarikatnya makan tengah hari bersamanya. Mereka
keluaar dari pejabat.
Ssejak berada dalam kereta sampai ke tempat makan, Karim memikirkan perhubungan
isterinya, Farina dengan Azimin. Mereka kawan lama. Karim juga memikirkan tentang
hubungannya sendiri dengan anak gadis Azimin.
Mereka selepas makan, bersedia hendak balik. Tiba-tiba muncul dua orang anak gadis dan
terus menghampiri mereka.
“ Asfa dah makan belum?” Karim bertanya.
“Nak makanlah ni,” kata Asfa dan kemudian menyambung, “Kenalkan ini Bobi, adik Basri, anak
pakcik Bakri.”
“ Yalah. Lain kali makan dengan kami. Kami balik dulu ya.”
Karim memerhatikan Asfa. Dari sudut mata Karim, wajahnya bulat, matanya kecil, hidung
bulat. Karim mengagumi kulit Asfa yang putih melepak. Inilah wajah kesayangannya. Wajah
kekasihnya. Semua nampak sempurna bagi Karim. Cara Asfa berpakaian juga menarik hati
Karim. Apa yang dipakai oleh Asfa juga disukai Karim. Asfa pada hari itu memakai blouson
dress. Blouse berwarna biru yang dipakai oleh Asfa berlengan pendek dengan kain ketat
labuh.
Di rumah Azimin ditanya lagi oleh isterinya tentang kawan lamanya, Farina.
” Kami dari tempat sama, dari Ipoh. Kami besar bersama sebagai jiran, kemudian kami
berpindah dan sekarang kami jumpa di sini, di Melaka ini.”
Seorang gadis sedang berjalan ke keretanya. Dia lalu berdekatan dengan Bakri. Sseoranag
pejalan kaki menghampiri kereta Honda Civic lantas merentap beg tangannya.
Kejadian itu dilihat oleh Bakri. Apabila budak itu, berlari hendak melepaskan diri di
hadapannya, dia lantas menghayunkan tongkatnya ke lengan budak itu lalu beg tangan yang
diraagutnya itu pun trjatuh.
“Berhati-hati semasa berseorangan. Dia boleh mencederakan kamu. Siapa namanya?”
“ Saya Azura.”
5
“ Azura dah kenal saya kan? Saya Bakri.”
“ Terima kasih bang. Abang sudah tolong saya. Kita jumpa lagi,” kata Azura.
Terkejut besar Bakri kerana Azura memanggilnya “abang”. Dia terasa macam masih muda
walaupun sebenaarnya dia bukan lagi muda.
“ Yang lain-lain serah kepada pengurusan pasaranya. Mereka ada cctv.”
Bakri memerhatikan Azura, seorang gadis yang besar badannya, tinggi. Putih kulitnya dilihat
Bakri Ketika berdekatan. Wajahnya bujur sirih, dagu panjang. Manis senyumannya. Bakri
dapat melihat senyuman yang manis Ketika mereka hendak berpisah. dalam hati Bakri, Azura
cantik walaupun hidungnya tidak mancung sangat. Hidungnya bulat macam hidung kakaknya,
Asfa
Bab 2
Di tempat yang sama, Bakri duduk menyamar. Apa yang dia cari? Wanita yang tidak
memandang rupa, gaya, wang ringgit atau harta benda. Kebetulan wanita itu datang lagi.
Duduk di sebelahnya. Dia membawa makanan. Dia teringat hendak mengajak orang tua itu
makan bersama dengannya. Makan apa yang dia ada. Dia mengajak Bakri pergi ke medan
selera. Mereka makan di situ. Di situ bukanlah tempat orang kaya makan.
“ Saya Kartina. Anak Karim dengan Farina.”
“ Ya? Saya kenal ayah dan emak kamu.”
“ Saya bekerja dengan ayah. Pengarah Pemasaran,” ujar Kartina.
Kartina kemudian memberitahu dia belajar Pengajian Perdagangan di universiti tempatan,
walaupun ramai anak orang kaya Malaysia belajar di unversisti luar negara.
Kartina pada pandangan Bakri, seorang gadis yang cantik, kurus langsing, tinggi lammpai.
Bakri lihat dari dekat kulitnya putih melepak tetapi hiddungnya tidak mancung sangat, hidung
bulat.
Lepas makan, Kartina pelawa hendak menghantar Bakri balik ke rumahnya. Kemudian kereta
Perdana yang dipandu Kartina meluncur keluar ke Cheng, Taman Cheng Baru.
Dalam kereta sempat juga Bakri perhatikan pakaian yang menjadi kegemaran Kartina. Warna
hijau. Kartina memakai blouse berlengan panjanag dengan kain labuh tetapi tidak
sepenuhnya menutupi kakinya. Kartina memakai seluar panjang ketat bagi menutupi kakinya.
Sebelum itu di tempat letak kereta tadi, Bakri nampak lagi Azura baru hendak keluar dari
keretanya. Sempat juga mereka menjeling dan senyum antara satu sama lain.
Kartina dan Bakri sampai di Taman Cheng Baru. Ini tempat orang kaya. Dia perlu tahu siapa
Bakri ini.
6
Bakri minta pembantunya mengambil keretanya yang ditinggalkannya di parkir pasaraya
Tesco.
Di pejabat. Seorang wanita sedang tekun dan fokus dengan tugasnya. Dia kelihatan cantik
dengan pakaian mahalnya dan solekannya rapi. Masuk setiausaha pejabatnya membawa fail,
membuka fail itu, dan mengatakan,” Cik Asfa perlu bayaar hutang-hutang segera. Hutang
motorsikal berkuasa tinggi, hutang kad kredit, instalmen kereta, bil butik pakaian pun ada.”
“ Terima kasih. Kamu boleh pergi sekarang.”
Asfa mendekatkan telefonnya ke telinga dan bercakap,” Abang Karim, jumpa As di coffee
house. Sekarang.”
Tidak lama selepas itu kereta Honda Accord meluncur keluar.
Ketika Asfa dan Karim sedang minum, terserempak mereka dengan satu pasangan yang
nampak mesra. Yang lelakinya jauh lebih muda daripada teman wanitanya. Asfa mengenali
kedua-duanya. Karim juga kenal mereka. Asfa rasa serba salah kerana terserempak dengan
pasangan itu.
“Itu Basri, anak pakcik Bakri.”
“ Yang perempuan itu Darisa, ibu kamu.”
“ As ada hal jumpa abang. Tapi dah hilang mood. Tak apalah, lain kalilah,” kata Asfa kepada
Karim.
“Ada apa? Cakap saja. Abang tak kisah.”
“ Nak minta abang bayar bil ini. Boleh tak bang?”
Karim melihat jumlah yang kena bayar. Tidaklah banyak sangat. Dia mengeluarkan buku
ceknya; ditulisnya tiga ribu; diceraikan keratannya dan diberi kepada Asfa.
“ Nah.”
“ Terima kasih abang. Malu nak terima. Tapi abang dah beri, As ambillah,” kata Asfa.
Sempat dia mencubit lengan Karim. Dalam hatinya dia berkata aku sayang kepadamu. Hari
itu, Karim nampak Asfa memakai baju blouson biru, iaitu blouse dipakai bersama skirt ketat
labuh. Nampak sungguh keistimewaannya, terfikir dalam hati Karim.
Di sudut hujung sana, Basri sedang rancak berbual dengan ibu Asfa. Asfa fikir ibunya nampak
dia dengan Karim.
“ Ibu kamu ada budak mainan.”
“ Bukan ibu saya sahaja. Kak Farina pun pernah berpimpin tangan dengan Basri itu. Budak
mainan dua orang wanita berumur yang kaya.”
Muka Karim sedikit masam tetapi masih mampu tersenyum. Farina yang dimaksudkan oleh
Asfa itu adalah isterinya.
7
“Jom balik bang..”
Memang janggal dan kurang selesa memikirkan kehidupan mereka itu. Asfa sendiri sedar, dia
ada hubungan dengan suami orang.Dia tidak kesal kerena dia fikir tidak salah berkongsi
suami. Ssebaliknya ibunya dan isteri Karim tidak boleh berhubungan dengan lelaki lain.
Perhubungan seperti itu tidak akan kekal lama kertana perhubungan itu bersalahan dengan
agama dan moral.
Di Jalan Pantai Puteri, sebuah kereta Toyota Camry bergerak perlahan sepanjang pantai. Dari
simpang Tanjung Kling ke simpang Tangga Batu, kereta itu bergerak perlahan. Kereta itu
membuaat pusingan balik di stesen pam Petronas Tangga Batu dan balilk semula ke Pantai
Puteri.” Abang Kamal. Taka da tempat lain ke nak pergi?”
“Bobi, ada banyak tempat boleh pergi. Abang suka di sini. Rasa tenteram,” kata Kamal kepada
Bobi.
“Jangan ada sesiapa di sini sudahlahl. Bukan boleh percaya serratus peratus. Orang muda,
kacak, tinggi, banya duit pula, ramai orang hendakkan abang”
“Ha ha.”
“ Ingat bang, Bobi sayang abang seoranag saja tahu!”
“ Ekkk?”
“ Hem. Tuhan menghantar abang kepada Bobi.”
Kamal mendium pipi Bobi yang hallus gebu itu. Bobi tidak cuba mengelaknya.
Bobi pada pandangan Kamal adalah seorang gadis cantik yang tergolong dalam kategori A.
Ketika mencium Bobi, terbayang kecantikannya, kulitnya cerah tetapi tidaklah putih melepak,
mancung hidungnya. Kamal tertarik kepada keayuan wajah bujur sirih dan dagu Bobi yang
panjang.
“Kalau abang tinggaalkan Bobi, abang tak akan nampak Bobi berumahtangga, abang tahu.”
“ Jangan cemburu sangat.”
“ Dah mulalah tu. Tak bergaduh dengan Bobi, tak bolehkah?”
“ Eleh.. usik sikit-sikit tak kan tak boleh?”
“ Boleh tu boleh tapi jangan kaitkan dengan perempuan laln,. Sensistif,” kata Bobi.
“ Orang perempuan memang kuat cemburu.”
“ Lelaki pun sama. Boleh jadi lebih teruk daripada orang perempuan.”
“ Betullah kata kamu saying. Kes lelaki membunuh kerana cemburu ada pernah dengar,” kata
Kamal.
Daaripada cerita anak-anaknya, cerita Azura, cerita Kartina daripada pemerhatiannya sendiri
Bakri pula mendapat tahu banyak perkara tentang manusia di sekelilingnya. Daripada anak
8
lelakinya, Basri, dia mendapata tahu tentang Darisa, dan Farina. Daripada Bobi, dia mendapat
cerita tentang Kamal, tentang Asfa, tentang Karim. Melalui Kartina, dia mendapat tahu sedikit
sebanyak cerita Kamal, tentang Farina, tentang Karim. Azura juga ada bercerita tentang
ayahnya, Azimin dengan Farina, tentang ibunya dengan Basr, tentang kakaknya Asfa dengan
Karim.
Aku sendiri ada cerita tentanga aku sedang mengejar Azura dan Kartina, kata Bakri dalam
hatinya.
Asfa banyak berhutang. Hutang biasa. Hutang kereta, hutang kad kredit, hutang motosikal
berkuasa tinggi, hutang butik pakaian berjenama dan hutang rumah.
Anaknya sendiri, Basri anak manja, boros, menghaiskan wang dengan kereta mewah, wanita;
memillih hiduup sendiri di apartmentnya. Apa yang merisaukan Bakri tentang Basri ialah
hubungannya dengan Darisa dan Farina yang lebih tua daripadany
Bab 3
Bakri meneruskan penyamarannya di tempat yang sama. Lebih satu jam, dia menunggu di
situ. Tiada siapa yang pedulikan dia. Dia berfikir tentu Kartina ada hal yanga tidak dapat
dielakkan, maka dia tidak dapat dating ke situ hari itu.
Bakri sebenaarnya telah senarai pendekkan dua orang gadis itulah sebagai calon kekasihnya..
Isterinya sudah uzur, menghabiskan lebih banyak masa di katilnya selain kerusi
roda.Kontaknya dengan Azura dan Kartina memenuhi masa sunyinya, menghiburkan
haatinya, membayangkan harapan masa depan yanga lebih bererti baginya.
Anak lelakinya, sepatutnya boleh meringankan stresnya tetapi menghampakannya..
Hubungan Basri dengan dua orang wanita kaya yang berumur membimbangkannya.
Hubungan Basri dengan Farina menjejaskan hubungan Bobi dengan Kamal. Sebenarnya,
hubungannya dengan Kartina juga boleh menjejaskan peluang Bobi mendapaatkan Kamal.
“Bassri, tidakkah kamu boleh tinggalkan Darisa dan Farina dan cari orang yang lebih sesuai
dengan kamu?
Basri tidak segera menjawab. Dia kurang bereminat dengan anak-anak gadis di luar sana
kerana mereka itu tidak punya apa-apa. Mereka tiada wang seperti Darisa dengan Farina.
“Bobi nakkan Kamal sahaja. Orang lain Bobi tidak berminat,”kata Bobi kepada ayahnya. Tiba-
tiba Bakri teringatkan kata-kata anaknya Bobi.
Orang tua yang nampak selekeh itu sedang memasukkan barang-barang dari troli ke dalam
keretanya di pekarangan tempat letak kereta. Azura nampak dan datang menolong
mengangkat barang-barang sampai habis.
“Terima kasih.”
“Terima kasih Kembali.”
9
“Saya Azura. Ini kad saya.”
Kad itu tidak dibacanya; terus dimasukkan kad it ke dalam koceknya. Dia tersenyum.
“Saya Bob. Panggil saya Bakri pun okey,” katanya.
Setelah Azura berlalu , Bakri meraba koceknya; mengeluarkan kad Azura dan didbacanya:
Azura Azimin, Penolong Pengarah Urusan.”Budak itu perlukan pengawal jika aku hendak
merapaatinya,”kata Bakri sendirian.
Bakri menghantar seorang pengawal kepada Azura. Azura bertanya kepada ayahnya adakah
dia tahu tentang perkara itu. Azura minta ayahnya membayar gaji pengawal itu.
Bakri juga menghantar seoranga pengawal kepada Kartina.
Kartina minta berjumpa dengan Bakri esoknya. Bakri menghantar kereta Mercdes Benz ke
pejabat Kartina. Kartina dibawa oleh pengawalnya ke kereta. Langkah Kartina terhenti kerana
dia mencari kereta Proton Exora yang selau Bakri pakai. Sudah tentu Proton Exora itu tiada di
situ. Hanya yang ada di situ adalah kereta Mercedes.
Pengawal membuka pintu kereta Mercedes Benz itu dan menyuruh Kartina masuk.
“Kereta siapa?”
“Masuk saja.
Walaupun dia merasa ragu-ragu tetapi pengawalnya dan pemandu ada bersama
menyebabkan kebimbangannya menjadi kurang.
Kartina dibawa ke pejabat Bakri. Mereka berjumpa di situ. Kartina sangat terperanjat melihat
.orang tua itu adalah penyamaran Bakri. Dia rasa tertipu. Bakri bukanlah orang tua yang
selekeh yang dia jumpa di pasaraya.. Pada hari itu Bakri memakai sut berwarna kuning sahara
beige.Pada pandangan Kartina, Bakri kacak bertambah-tambah laagi apabila dilihat dengan
pakaian begitu. Perasaan malu dan marah bermain-main dalam hatinya.
“ Maafkan saya,” kata Bakri.
“Kamu orang kaya. Kamu tipu saya.”
“ Kartina boleh panggil saya abang.”
“ Abang hantar saya balik.”
Bakri gembira. Kartina marah tetapi kesudiannya menyebut perkataan abang itu adalah tanda
kebaikan masa depannya.
Kartina yang memang cantik pada pandangan mata Bakri makin bertambah anggun dengan
pakaian sheath labuh berwarna hijau yang bertutup bahu dan dada, tidak seperti baju
bandeau tube yang macam berkemban.
Pengawal mengiringi Kartina keluar dari pejabat Bakri dan mereka terus pergi.
10
Bab 4
Kartina bersama dengan Asfa di kompleks beli belah.
“ Kita jarang berjumpa, Asfa.”
“ Kita sibuk dengan tugas kita. Lagi pun saya bukanlah sahabat rapat kamu. Bobi lebih rapat
dengan kamu.”
Kartina nampak ibunya dengan ayah Asfa. Asfa juga nampak ayahnya memegang tangan ibu
Kartina.
” Pemandangan biasa di sisni. Tak rasa pellik lagi tetapi tentu ada titik nokhtahnya.”
“ Aku fikir begitu juga walaupun aku rasa jengkel,” kata Asfa.
“ Ini yang menarik nak tengok ni, “ kata Kartina.
“ Ibu kamu dengan ayah saya, “ kata Asfa.
“ Mereka kawan lama. Dari tempat yanag sama. Berpisah kerana berpindah. Masing-masing
berkahwin dengan orang lain kemudian jumpa di sini, di Melaka ini,” kata Kartina.
“ Tengoklah tu, cara ayah saya pandang ibu kamu. Itu cara kekasih memandang orang yang
dikasihi. Itu bukan kawan.”
“ Kartina, kamu ok?” Asfa bertanya Kartina setelah melihat Kartina diam sahaja. Asfa nampak
pililhan pakaian yang dipakai oleh Kartina pada masa itu sungguh memperlihatkan kecantikan
Kartina. Asfa tahu baju kegemaran Kartina berwarna kebanyakannya hijau. Pada hari itu
Kartina memakai tunic dress, baju pendek mendedahkan kaki. Kartina memakai seluar
panjang ketat berwarna hitam.
“ Mereka curang.”
“ Mereka ibu bapa kita,” kata Asfa
Selepas minum mereka terus beredar dari situ. Mereka singgah ke meja di hujung sana.
“ Ibu,” kata Kartina kepada Farina, ibunya.
“ Ayah,” kata Asfa kepada Azimin, ayahnya.
Azimin bangun mempelawa mereka duduk minum bersama tetapi ditolak kerana mereka
baru sahaja selesai minum.
“ Kenalkan…,” kata Azimin.
“ Farina,” kata Kartina.
“ Ini Azimin. Ayah saya,” kata Asfa kepada Kartina.
Mereka ketawa.
Di rumah, Kartina bercakakp dengan ibunya.
11
“ Terus terang Tina rasa kurang selesa bila berjumpa ibu dengan baapa Asfa tu.”
“ Kamu jangan masuk campur boleh tidak? Kami kawan lama. Ibu kenal dia sejak kami tinggal
di Ipoh. Masa tu kami budak-budak lagi. Kami kawan baik.”
“ Kawan baik yana mesra. Berjalan berpegangan tangan. Eiii.”
“ Kamu sudah ada teman lelaki belum? Kalau belum carilah cepat jangan jadi anak dara tua.
Ibu dengar ada orang sedang memerhatikan kamu. Bakri betul tidak?”
“ Mana ibu dapaat cerita ini? Bakri itu kan lebih tua daripada Tina.?”
“ Lagi tua lagi banyak minyak kau tahu. Orang muda ada apa?”
“ Bukan semua orang muda tak ada apa-apa. Ramai orang muda dapat gelaran Datuk.”
“ Orang tua ni lebih matang. Terima sahajalah orang tua tu. Isterinya pun dah uzur.”
Kartina serba salah. Adakah ibunya bercakap ikhlas atau suka-suka hendak bercakap. Kaartina
juga risau tentang perhubungan ibunya dengan Basri.
“ Gigolo.”
“ Apa?” Tanya ibunya kepada Kartina.
Bab 5
Azura hilang kawalan terhadap dirinya di kelab dangdut. Tidak diketahui dari mana dia
mendapat dadah. Dia mengajak Bakri balik. Pengawalnya datang membawa Azura masuk ke
kereta. Mereka di penginapan Bakri sampai pagi. Apabila Azura sedar, dia tidak berpakaian.
“ Abang. Kita di mana? Aazura nak tidur lagi.”
“ Abang tunggu di sini. Tidurlah,” kata Bakri.
“ Abang tak usik Azura. Apakah Azura tidak cukup menggoda? Tidak cukup cantik bagi abang?”
“ Tidurlah dulu,” kata Bakri dan kemudian menyambung,”Sekejap lagi kita turun sarapan.”
Bobi berada dalam kereta bersama Kamal. Semasa Bobi hendak mengnkat tali pinggang
keledaar, Kamal nampak Bobi berpakaian kemas, cantik, terserlah kecantikan Bobi, anak
gadis Bakri.
Kamal mellihaat kehebatan Bobi berpakaian. Bobi pada hari itu memilih memakai baju
asymmetric maxis tetapi baju dipotong rencong di kaki sampai dekat lututnya. Bobi menutup
kakinya dengan seluar ketat panjang berwarna hitam.
Kamal juga berpakaian kemas. Dari sudut pandangan Bobi, Kamal juga seperti peragawan,
ganteng. Kamal memakai baju T dengan jaket.
Mereka berkereta ke kaki Gunung Ledang. Mereka makan-makan di situ dan terus ballik.
Kamal pelawa Bobi bermalam sahaja di situ tetapi ditolak Bobi.
12
“ Nak balik.”
“ Tak apa. Kita balik.”
“ Maaafkan Bobi. Bobi tidak mahu.”
Bobi hendak menangis, sebak.
“ Janganlah menangis.”
“ Jom kita balik.”
“ Maafkan Bobi saying.”
“ Emm..”
Kamal memeluk Bobi dan dicium pipi Bobi dengan mesra. Bobi tidak pula membantah.
Mereka kemudian balik ke Melaka.
Bakri dengan Kartina duduk di sebuah bangku panjang diperbuat daripada batu di Pantai
Puteri.
“ Abang tidak patut menyamaar, menipu Tina begitu,” kata Kartina.
“ Abang nak cari wanita yang tulen, yanag sejaati, yanga tak pandang wang ringgit, tidak
memandang rendah kepada orang miskin. Tina sahaja melayan abang seperti manusia. Orang
lain pandang abang pun tak nak.”
Karatina ketawa.
“ Banyak lagi halangan di depan kita,” kata Kartina kepada Bakri.
“ Ayah kamu, rakan niaga abang.”
“ Dia mungkin kenal abang. Mungkin dia tahu baik buruk abang. Yang baik tu tak apalah. Yang
buruk tentang abang boleh menghalang ayah terima abang.”
Kartina juga bercakap tentang ibunya kepada Bakri. Bakri tahu Farina, ibu Kartina, ada
hubungan dengan Azimin dan Basri, anaknya.
Bab 6
Di rumah rehat Azimin, Azimin dengan Farina sedang menonton televisyen. Berita tentang
kebakaran kilang sedang di udara. Azimin terus telefon pengurus kilalngnya.
“ Kita ada banyak stok di kilang.”
“ Asfa patut edarkan pakaian tu cepat, “ kata Azimin.
Farina menenangkan Azimin,” Biarlah mereka uruskan. Itu kerja mereka. Asfa tu boleh
diharap kerjanya.”
“ Mungkin kerja dia bagus tapi hal peribadinya membimbangakan saya.”
13
“ Saya tak berkenan dia mengganggu Karim.”
“ Karim yang hendakkan dia,” kata Farina.
“ Macam taka da orang lain,” kata Farina yang cemburukan suaminya dengan Asfa.
“ Asfa tu anak saya kan?” Azimin menegaskan.
“ Karim tu suami saya.”
Azimin ketawa. Dia macam hendak menyindir Farina yang seolah-olah ada dua suami.
“ Saya ada tiga suami.”
“ Saya masih muda. Masih cantik. Masih bergetah.”
Azimin ketawa.
“ Kalau Asfa kahwin dengan Karim, kamu nak panggil dia apa?”
“ Maduku sayanag.”
“ Siapa saya pula dengan kamu?” Azimin bertanya Farina.
“ Kamu mertua Karim. Karim panggil kamu ayah. Saya pun kena ikut panggil ayah juga.”
Azimin masuk ke dalam bilik, menukarkan pakaiannya dan merebahkan badannya atas katil.
Farina menjeling kemudian tersenyum.
Asfa sedang minum dengan Karim di coffee house. Mereka bercakap tentanag Azimin dan
Farina. Asfa risau tentang hubungan Azimin dengan Farina. Mereka tentu mahu menghalang
perhbungan Asfa dengan Karim.
Azura sungguh kelilhatan cantik pada malam itu. Bakri nampak Azura berpakaian cantik
menambahkan kehebatan penampilannya sebagai anak gadis golongan elit yang tinggi taraf
sosialnya.Tidak lepas mata Bakri memandang Azura yang memakai baju pencil dress warna
merah. Tali pinggang kecil melilit pinggangnya. Bakri melihat apa yang dipakai oleh Azura
adalah satu jenis pakaian yang bersopan, tidak seperti bandeau tube macam orang
berkemban.
Malam itu Azura mabuk lagi di Kelab Dangdut. Kelakuan Azura berulang lagi. Dia tidak dapat
mengawal dirinya lagi. Bakri membawa Azura balik ke penginapannya. Mereka tidur di situ.
Azura bangun tidur, mendapati dirinya telah ternoda. Bolehkah dia mengatakan dirinya
diperkosa? Sebenarnya dia yang menghidangkan ikan kepada kucing.
Bakri masih tidur di sisinya. Dia memeluk Bakri semahu-mahunya sampai melemaskan Bakri.
“ Abang, bagaimana Kartina tu?”
“ Biasalah. Baru mula nak rapat dengan dia. Dia marah abang menyamaar sebagai orang tua
selekeh dan miskin.
Azura masih teringat lagi bagaimana Bakri memandangnya ketika dia besama dengan Kartina.
14
“ Aku lebih baik daripada Kartina,” katanya dalam hati.
Bakri bangun dan mengambil sebuah kotak kecil dalam kotnya. Dia minta Azura bangun.
Azura bangun dalam keadaan tidak berpakaian. Kemudian dia menutup dadanya dengan
selimut. Bakri membuka kotak itu. Dia mengeluarkan seutas rantai emas. Dipakaikan ke leher
Azura. Azura memegang rantai itu dan mengucupnya.
“ Terima kasih, abang.”
“’ Suka?”
“Tentu suka sangat.”
Azuara mencium pipi Bakri dengan mesra. Dalam hatinya, dia berkata,” Inilah agaknya harga
diriku sekadar emas ini.”
Darisa menemani Basri di apartment Basri. Di situlah Basri selalu berjumpa Darisa dan Farina.
Perhubungan mereka itu, kata Basri perhubungan menemani untuk menghilangkan
kebosanan hidup bersendirian dan melepaskan desakan hawa nafsu.
Bagaimana mula mereka berjumpa? Basri selalu berjumpa dengan Azimin dan Farina. Darisa
pula selalu bertembung dengan Farina di tempat letak kereta di pasaraya. Darisa mengingarti
bagaimana dia pertama kali berjumpa Basri. Di tempat letak kereta, mereka bertengkar pasal
kereta mereka tercalar kerana bergesel semasa meletak kereta. Perfistiwa itu sedah lama.
Mereka hampir melupainya. Kedua kali jumpa lagi di tempat yang sama. Mereka menegur
antara satu sama lain.
“Hai, Daraisa.”
Selepas itu mereka selalu menghabiskan masa di apartment Basri. Suatu hari, terperanjat
Basri kerana Darisa menghadiahinya seutas jam tangan berjenama.
Bassri membuka kotak jam tangan itiu dan dia nampak harga jam itu dilekatkan sebelah dalam
kotak itu iaitu RM15K. Basri memandang kepada Darisa dengan perasaan terharu. Dalam
hatinya berkata, Darisa tidak lokek dengan wang ringgitnya. Dia sanggup membelanjakan
wang yang banyak kepada orang yang membahagiakannya.
Saya nampak kereta kamu pun sudah lama. Tukarlah yang baru,” ujar Darisa.
“ Kalau darling nak belikan kereta, lagi baik. Abang tentu berterima kasih. Suka sangat,” kata
Basri.
Basri sangat gembira. Tidak mengapa melayan wanita berumur itu.Dia banyak wang. Dia tidak
tahu ke mana hendak membelanjakan wangnya. Dia memberi, aku terima!
Farina juga suka menghabiskan masa di apartment Basri bila-bila masa dia memerlukan Basri.
Suami Farina tidak mempedulikannya lagi kerana dia sibuk dengan teman wanita mudanya.
Suamminya juga tahu dia banyak menghabiskan masa dengan Azimin, kawan lamanya itu
selain Basri.
15
Sesbagaimana Darisa, Farina juga menghabiskan banyak wangnya kepada Basri. Orang
menganggap Basri toy boy mereka tetapi Farina menganggap Basri sebagai kekasih gelapnya.
Bab 7
Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Mereka bercakap sambal berdiri. Kartina memegang
lengan Bakri.
“ Aabang suka tempat ini,Pantai Puteri, Tanjung Kling. Ada kenangan tertanam di sini. Di
pantai ini dulu sebelum tahun 2000, pantainya panas. Tak canatik. Tidak ada banyak pokok
macam ni.Kami penduduk sekitar ramai-ramai menanam pokok ru ini sebagaimana yang
kamu lihat. Abang turut ikut menanam pokok ru ini dengan tangan ini. Sebab itulah abang
saying tempat ini.”
Sekarang pantai ini bersih, cantik teduh, sesuai untuk berkelah,” kata Kartina.
Bakri dan Kartina kemudian duduk di atas bangku di situ. Sambil memandang ke laut, mereka
sependapat pantai yang cantik itu terselamat daripada ombak besar dari Lautan Hindi kerana
adanya Sumatera. Sumatera mmelindunngi kita daripada ancaman bencana besar.
“ Bunyi ombak menghempas pantai hampir tidak kedengaran. Seballiknya di utara
sana,jangan pergi jauh, dekat Kampung Pasir Gebu, Penaga sudah cukup menakutkan abang.
Masa itu abang masih budak sekolah rendah. Kami bermalam di situ, di Kampung Pasir Bebu.
Tidak boleh tidur semalaman kerana bunyi deruaan angin dan ombak menghempas pantai,
merudum bunyinya.
“ Uuuuuuuu….dum. Uuuuuuu…dum.”
“ Tetapi dentuman ombak seperti itu adalah muzik bagi mereka yang tinggal di situ.”
“ Ada satu masalah dengan Pantai Puteri ini. Pengunjung-pengunjung tidak dapat bermain air
laut, tidak dapat mandi-manda.”
“ Mengapa?”
“ Ada obor-obor laut.”
Kartina berfikir, mengapa obor-obor itu pula yang menjadi masalah besar sampai orang ramai
tidak dapaat menggunakan pantai yang cantik itu. Di negara lain, ada orang bekerja
mengawasi pantai; mereka menggunakan bot untuk memberi perlindungan kepada orang
ramai yang mandi anda di situ. Obor-obor kalau ada mereka membuangnya seperti mereka
membuang sampah.
“ Negara kita belum sampai ke tahap itu,” kata Kartina.
Mereka beredar dari situ. Bakri membawa Kartina minum di coffee house dekat situ.
Farina dengan Azimin di rumah rehat Azimin. Mereka bercakap tentang anak-anak mereka.
16
“ Apa nak jadi dengan Asfa tu?”
“ Kamu risau tentang hubungannya dengan Karim?” Farina bertanya Azimin.
“ Ya. Tapi ada hal lain lagi.”
“Apa?”
“ Di pejabat. Macam kata orang, anak dara tua jadi ketua pejabat menakutkan orang
bawahannya.”
“ Garang sangat?”
“ Sangat tegas.”
“ Macam mana Karim tertarik hati kepada orang begitu.”
“ Mungkin dengan Karim dia bertukar menjadi orang lain. Boleh jadi dia manja dengan Karim,
kita tak nampak.”
Dalam hati Farina, mungkin Karim kecewa dengannya dan tidak dapat kemesraan seperti yang
diharapakan daripada dia. Azimin memeluk Farina di atas sofa. Katanya,” Kita masa awal
remaja dulu, selalu ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa kita.”
“ Aku masih ingat kamu selalu datang ke rumah aku. Akhirnya kita terlanjur.”
“ Aku masih ingat kita berjanji sehidup semati. Hidup bersama hingga akhir hayat,” kata
Azimin.
“ Tetapi kita terpaksa berpisah. Kamu berpindah dan kemudian aku ikut ibu bapa aku
berpindah kerana bertukar tempat kerja.”
“ Kemudian kita berjumpa kembali di sini, di Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Kita sudah
berkahwin dan masing-masing ada anak.”
“ Cinta yang mendalam itu kembali bersemarak dan sekarang sedang membakar diri kita,”
kata Farina.
Azimin memberi ciuman mesra kepada Farina yang sedikit pun tidak membantah.
Karim dengan Asfa di coffee house. Mereka bercakap tentang hubungan mereka. Cinta
mereka mungkin tidak dihalang secara tegas tetapi mungkin ayah Asfa tidak setuju dan
mungkin issteri Karim juga enggan menerimanya.
“ Ayah dengan kakak Farina tidak harus menghalang As kerana As tidak sikit pun cuba
menghalang perhubungan mereka. As tahu hubungan ayah dengan kakak Farina. Ramai orang
dah tahu. Keluarga Bakri pun sudah tahu tentang hubungan ayah dengan kakak Farina.”
“ Abang ingat Farina dan Azimin tidak ada hala tuju. Tidak boleh bertahan lama walaupun
mereka sudah lama kenal,” kata Karim.
“ Abang setujukah pehubungan isteri abang tu dengan Basri, anak bujang Bakri?”
17
“ Tentu tidak,” kata Karim dan seterusnya menyambung,” Apa yang boleh dibuat setakat ini
ialah melarang mereka dengan mujlut. Abang pun bukan suami yang lebih baik, As setuju
dengan abang?”
Hubungan Karim dengan Asfa menjadi alasan Farina tidak mahu menghentikan
perhubungannya dengan Azimin dan Basri.
“ Sekurang-kurangnya, cinta kita ada hala tuju. Boleh diperaktikkan, boleh diteruskan.
Mungkin ada halangan moral sahaja.”
“ Abang boleh berkahwin dengan As. As jadi isteri kedua, madu kakak Farina. Halal,” kata Asfa.
“ Farina tidak boleh berkahwin dengan Azimin atau dengan Basri selaagi abang ni suaminya.”
“ Budak sekolah pun tahu,” kata Asfa.
Bab 8
Bakri sedang minum di café denan Azura. Ketika jus limau itu serup-serup disedut, Bakri
Nampak Azura memakai rantai leher yang diberi olehnya.
“ Abang, bila kita boleh pergi bercuti? Kita berdua sahaja.”
“ Dalam negara atau luar negara?”
“ Suka hati abang, Kita tengok-tengok negara sendiri dahulu bagus juga.”
“ Abang suka pergi ke Kelantan. Kalau Azura suka ke Kelantan kita boleh rancangkan dengan
teratur sikit. Tak perlu tergesa-gesa.”
“ Betul ke orang kata gadis-gadis di Kelantan cantik-cantik?”
“ Bukan gadisya saja yang cantik, jandanya juga cantik-cantik.”
“ Azura cemburukan abang. Abang masih handsssome walaupun sudah tua,” kata Azura
sambil memandang kepada Bakri yang tersenyum.
Azura anak Azimin yang kedua. Adik kepada Asfa. Azimin tahu perhubungan anaknya dengan
Bakri walaupun perhubungan itu baru sahaja hendak berputik. Bakri sudah beristeri. Isterinya
sedang uzur dan berkerusi roda.
“ Ayah kamu tentu tidak suka abang. Abang dah tua.”
“ Abang baik. Abang murah hati,” kata Azura.
Ayahnya, Azimin mungkin jengkel dengan perhubungan Darisa dengan Basri, anak lelaki Bakri.
Azimin mungkin gunakan alasan ini untuk menghalang hubungan Azura dengan Bakri.
“ Ayah boleh menghalang Azura tetapi Azura tidak akan tunduk kepada kemahuan ayah,”
Ayahnya baik dengan Azura. Azura sebagai anak manja, memang susah hendak menolak
kemahuannya. Azura bimbang kepada yang seorang itu. Azura mula sebak hendak menangis.
18
“ Azura tak suka Kartina berbaik dengan abang.”
Bakri bangun dan mengesat air mata Azura; kemudian membimbing Azura berjalan ke pintu
lif. Azura memegang erat lengan Bakri. Keluar lif, mereka masuk bilik dan di atas katil kelihatan
beberapa beg pakaian baru dibeli Bakri untuk Azura.
“ Untukmu sayang,” kata Bakri kepada Azura.
Azura merah muka kerana teruja, gembira, dan berterima kasih dengan hadiah-hadiah itu.
Terlupa dia sekejap tentang Kartina.
Azura menanggalkan pakaiannya. Yang tinggal di badannya hanyalah coli dan seluar dalamnya
serta seutas rantai emas. Azura memperagakan semua pakaian yang ada di atas katil itu. Dia
gembira bukan sebab pakaian itu sahaja tetapi yang penting juga baginya adalah pakaian itu
pemberian Bakri. Bakri memerhati gelagat Azura dengan tersenyujm.
Bobi sedang minum dengan Kamal. Datang tiga orang anak gadis menyapa Kamal.
“ Hai, minum sama?”
“ Hai, silakan.”
“ Kenalkan, ini sahabat saya Bobi,” kata Kamal kepada tiga orang anak gadis itu.
Mereka bersalaman dengan Bobi. Bobi pelawa mereka minum bersama tetapi mereka
menolak. Mereka kemudian minta diri untuk berundur dan mereka berdar darti situ.
B obi mengejek kelakuan budak-budak itu.
“ Saya Rita he he…”
“ Saya Na Na kikk kik…”
“ Saya Ria ah ah…”
Kamal senyum sahaja. Bobi tidak senang dengan keadaan yang berlaku.
“ Eiii gedik.”
“ Mereka tu kenalan abang,” kata Kamal.
“ Bobi tak suka apa yang Bobi lihat ii. Tidak tahu bolehkah Bobi bersabar dengan abang.”
Mereka menghaabiskan minuman mereka kemudian beredar ke kereta Kamal. Mereka hilang
dari pandangan dilarikan kereta Kamal.
Anak-anak gadis tadi masih beraa di situ. Rancak berbual sambil mereka menyindir Bobi dan
Kamal.
“ Playb oy.”
“ Playboy yang perflu dijinakkan.”
Dalam kereta, kedengaran Kamal bekata,” Abang pun tidak suka ayah kamu bebaik-baik
dengan adik abang, Kartina. Ayah kamu dah tua untuk dia.”
19
Bobi menjeling tajam. Dia rasa tersindir. telinga Kamal.
Di Pantai Puteri, Bakri menolak kerusi roda Esah. Esah diserang angin ahmar.
“ Tempat ini tidak seperti dahulu lagi.. Redup. Sejuk. Ramai orang berkunjung ke sini hari
Ahad.”
Esah sambung lagi,”Esah tahu abang selalu datang le sini.”
“ Ya . Abang dengan Kartina dan Azura.”
“ Abang ada dua orang kekasih sekaligus. Esah kesal Esah jadi macam ni. Kalau Esah sihat,
abang tak jadi macam tu.”
“ Baru kenal-kenal, Esah. Entah esok tak ada lagi,” kata Bakri.
“ Tak apalah. Abang pilih elok-elok. Cari yang baik-baik. Tapi kalua abang nak kahwin, tunggu
Esah mati dulu..”
Bab 9
Bakri sedar itulah syarat yang harus budak-budak itu terima kalua mereka atau salah seorang
daripada mereka hendak bekahwin dengan dia.
“ Tunggu Esah mati dulu?”
Bakri bersama Kartina di Pantai Puteri. Mereka berdiri di situ. Bakri menyampaikan syarat
yang membolehkan mereka berkahwin.
Esah benarkan mereka berkahwin dengan syarat selepas dia meninggal dunia.
“ Kalau tak ikut? Kalau tak patuhi kehendaknya?”
“ Mungkin abang jadi papa kedana. Semua kekayaan yang ada ni, bapa Esah punya,” kata Balri
kepada Kartina.
“ Abang menumpang sajalah?”
Telefon dalam kocek Bakri berbunyi. Bakri memandang Kartina kemudian dia berkata,” Azura
bercakap .”
“ Ada apa Azura?”
“ Tentang syarat kak Esah tu , Azura ikut saja. Azura sanggup tunggu”
Bakri mematikan telefonnya dan beralih kepada Kartina.
“ Azura bercakap , abang?”
“ Hem.”
“ Dia sanaggup tunggu sampai abang bersedia.”
“ Tina juga sanaggup tunggu. Biar sampai tua.”
20
Dalam hati Bakri terdetik juga hendak melupoakan syarat Esah. Apa pilihan yang mereka ada?
Tunggu hingga Esah meninggal nampak mudah. Kalau terlalu lama, banyak masalah boleh
berlaku. Atau bagaimana kalua meeka berkahwin di luar negara? Berkahwin di Thailand tidak
diiktiraf oleh Malaysia.
“ Tins tidak mahu berkahwin di Thailand. Tina malu dengan ayah.”
Kartina bukan sahaja berdepan dengan syarat maut Esah, dia juga terpaksa bersaing dengan
Azura yang nampaknya bersungguh-sungguh hendakkan Bakri.
Bakri secara peribadi, tidak menganggap syarat Esah itu sebagai sesuatu yang membebankan.
Secara mudah, ikut sahaja kehendak Esah. Tetapi kalau dia enggan patuh kepada syarat Esah,
dia mungkin tidak mendapat apa-apa daripada harta bapa Esah. Esah boleh menamakan
anak-anaknya sebagai pewaris. Jika itu berlaku, anak-anak Bakri kaya raya sedangkan dia pula
papa kedana. Jika itu betuj-betul berlaku , dia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk
mendapatkan pewaarisan sebagai suami si mati. Kena selesai di mahkamah. Bukan mudah.
Pada fikiran Bakri, jika diikut cara Islam, dia akan mendapat bahagiannya walaupun tidak
mematuhi syarat Esah.
Bagi Kartina, dia sanggup tunggu hingga Esah meninggal dunia. Dia tidak mahu Bakari jagi
miskin sebab berkahwin dengannya. Mereka tidak mahu berkahwin di luar negara kerana
perkahwinan itu tidak diiktiraf oleh Malaysia. Begitulah pendapat Kartina. Kaartina fikir Azura
bersetuju dengan pendapatnya.
Sebenarnya itulah konflik mereka yang pertama. Mereka dspat selesaikan masalah mereka
melalui perbincangan. Mereka sedang menunggu apa pula masalah yang akan mereka hadapi
pada hari-hari muka. Konflik kecil antara Kartina dengan Azura dapat dikawal dengan
kesedaran iaitu mereka belum ada apa-apa ikatan; siapa yang lebih baik akan menang..
Kedua-duanya boleh menang. Kedua-duanya mungkin tidak akan mendapat apa-apa. Mereka
percaya tiada siapa boleh melawan takdir. Perhubungan mereka diteruskan malah dengan
lebih intim lagi.
Perhubungan Azura dan Kaartina Nampak baik di luarnya. Namun bagi kedua-duanya jika
ditanya, tiada seoranag pun yang merasa bahagia dengan keadaan yang ada sekarang.
Mereka tidak boleh mendaabik dada yang salah seorang daripada mereka telah berjaya
memiliki apa yang mereka rebutkan.
Bab 10
Dalam bilik mesyuarat Fesyen Rasa Kasih.
“ Kita mendapat tempahan yang banyak. Kita mampu memenuhi permintaan. Kita ada
pekerja yang cukup. Kita ada kemahiran dan kepakaran. Kita boleh memenuhi kehendak
pasaran lebih-lebih lagi pasaran dalam negara. Tempahan luar negara walaupun tidak banyak
seperti di dalam negara tetapi lumayan.”
Asfa menunjukklan contoh-contoh pakaian yang sedang mereka usahakan.
21
Azimin bangun bercakap dengan memberi tahniah kepada Asfa atas kejayaan syarikat
memperolehi tempahan yang besar. Walaupun begitu, Azimin menasihatkan Asfa kebajikan
pekerja juga penting. Kita tidak boleh menganggap manusia itu sama seperti mesin.
“ Tahniah kepada kakak,” kata Azura kepada Asfa.
“ Terima kasih,” jawab Asfa.
Bakri menghantar Bobi ke pejabat Karim. Bobi diarah memberitahu Karim tempahan atau
pesanan membeli bahan-bahan binaan daripada syarikat Karim semakin berkurangan. Bobi
juga diarah meminta Karim beri keutamaan kepada syarikat Bakri apabila membeli bahan-
bahan binaan berkualiti.
Karim berjanji akan memberi perhatian yang lebih tentang permintaan Bakri. Bobi pula
ditanya tentang hubungannya dengan Kamal.
Menunggu di luar pejabt Karim adalah Kamal. Kamal dengan Bobi menaiki mini cooper Bobi.
Mereka pergi makan tengah hari di bandar.
Karim sedar sekarang dia menghadapi masalah dengan pekerja atau mungkin pekerja-pekerja
yang tidak jujur. Karim mendapaati ada bahan binaan kurang berkualiti. Ada invoice datang
daripada pembekal yang tidak ada dalam senarai syarikat. Ada lebih daripada seorang boleh
memesan atau membeli barang.
Karim memberitahu Pengurus Projek, langkah yang perlu diambil untuk memulihkan keadaan
yang tidak teratur.
“ Pengurus Projek sahaja boleh membeli barang secara serta merta kerana keperluan segera,”
kata Karim kepada Pengurus Projeknya.
“ Kamal perlu berada di pejabat tapak tiap-tiap hari.”
“ Pembelian perlu dibuat daripada pembekal yang ada dalam senarai sahaja,” pesan Karim
kepada Pengurus Projeknya. Katanya lagi, “ Pengurus Projek bertangggungjawab menentukan
kualiti barang seperti dalam spek.”
Karim juga mengingatkan Pengurus Projeknya memberi keutamaan kepada pembekal yang
sudah lama berurusniaga dengan syarikat mereka.
Bab 11
Mesyuaraat diberitahu perniagaan pakaian mereka membuahkan keuntungan yang lumayan.
Mereka banyak wang. Azimin bercadang mengembangkan perniagaan pakaian mereka. Dia
hendak membuka cawangan di bandar lain.
Asfa tidak setuju. Azura juga tidak setuju. Pengawasan yang berkesan ssusah diuruskan.
Mereka mahu ditambah sahaja kapasiti kilang yang ada dengan menambahkan mesin, ruang,
wang dan pekerja.
Siapa Pengurus Projeknya?
22
“ Azura,” kata Azimin menuding kepada Azura yang nampak agak terperanjat dengan
pengumuman ayahnya.
Mesyuarat akan datang mereka akan membentangkan kertas kerja tentang projek menaik
taraf kapasisti kilang Fesyen Rasa Kasih.
Kartina di rumah anak yatim. Rumah anak-anak yatim menyambut hari jadi Kartina sebagai
mengenangkan sumbangan Kartina kepada rumah anak-anak yatim itu. Jumlalh sumbangan
Kartina tidak diberitahu.
Apabila Kartina dan Pengetua selesai memberi ucapan, anak-anak yatim bersalaman dengan
Kartina dan Pengetua. Kartina memberi satu sampul berisi wang kepada tiap-tiap orang anak
yatim di situ.
Sebagai balasan, Kartina diberi sebakul bunga. Lagu selamat hari jadi dinyanyikan. Kartina
senyum terharu. Sempat juga Kartina berpaling kepada Pengetua dan mengucapkan terima
kasih.
Pengawal peribadi Kartina menyambut cenderamata itu dan dimasukkan ke dalam kereta.
Dalam mesyuarat Bobi memaklumkan bahawa keadaan syarikat masih stabil walaupun ada
sedkit masalah biasa. Walaupun masalah biasa, nampak tidak serius sekarang tetapi boleh
menjadi masalah besar kemudian jika kita tidak hati-hati dan tidak ditangani dengan betul.
Basri mencelah,” Tuan Pengerusi, bolehkah Penolong Pengarah (2) terangkan apakah masalah
yang dimaksudkan itu? Terima kasih.”
“Bobi, jelaskan,” kata Bakri.
“ Tuan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah. Masalah yang biasa dihadapi ialah pesanan
tidak menentu, berkurangan . Ada syarikat yang biasa berurusan dengan kita sekarang
mengurangkan permintaan. Syarikat yang boleh kita makskudkan kawan lama mula
mendapatkan bekalan daripada pesaing-pesaing kita. Yang ketiga, mutu barangan yang ada
di pasaran sekarang berbeza kualitinya. Ada yang murah dan ada yang mahal. Syaarikat-
syarikat biasanya lebih berminat membeli barang-barang yang kurang berkualiti kerana
murah. Kita bimbang dituduh membekalkan barang-barang yang kurang bermutu.”
Besoknya Bakri menghantar pekarja tahan lasaknya ke pejabat tapak binaan Karim dan
memberi amaran kepada Pengurus Projeknya supaya berhati-hati dengan tingkah lakunya.
Kamal memerhati keadaan itu dan menelefon Bakri; memberitahu Bakri apa yang berlaku,
apa yang dia nampak.
“ Saya tidak suka apa yang saya lihat ini. Saya harap tidak akan berulang lagi, Encik Bakri,”
kata Kamal.
Kamal terus melaporkan kejadian itu kepada ayahnya, Karim. Kamal berharap ayahnya tidak
mengambil tindakan kasar seperti yang dilakukan Bakri.
23
Bab 12
Asfa dengan kumpulan pakarnya sedanag mengumpulkan bahan-bahan untuk membuat
persembahan slaid dalam mesyuarat tidak berapa hari lagi. Asfa mendapatkan kepakaran
dalam negara. Dia menamakan sebuah kilang kecil tetapi mengawal bahan mentah dari
Kashmir.
Cadangan Asfa ialah beli saham mereka. Pemililk kilalng kecil itu orang muda yang
bersemangat dan kacak pula.
Azura juga ssibuk menyediakan kertas cadangannya dengan pembantu-pembantunya yang
cekap dan mahir. Dia mendapaatkan kepakaran dan tenologi dari Korea.
Dalam mesyuarat yang telah ditetapkan Asfa dan Azura membentangkan kerta kerja masing-
masing dengan persembahan slaid yang menyakinkan.
Asfa ingin bekerjasama dengan sebuah kilang kecil denan situasi menang-menang. Perincian
kerjasama perlu dibincangkan dan diputuskan dan didokumentasikan.
Azura pula membentangkan persembahan slaidnya yang meyakinkan dan tidak mudah untuk
ditolak begitu sahaja. Azura mencadangkan tambahan bangaunan enam tingkat. Mesin akan
dibeli dari Korea. Pekerja-pekerja maintenance dilatih dalam negara oleh kepakaran Korea
yang dibawa masuk.
Azimin setuju dengan kedua-dua kertas cadangan itu. Azimin dapati, Asfa menumpukan
kajiannya tentang kerjasama dengan syarikat lain dan bagaimana hendak mendapat bahan
mentah secara tetap dan terjamin. Manakala Azura memberi focus kepada perkembangan
ruang kilang, mesin dan pekerja. Azimin mahu kedua-dua kertas kerja itu disatukan. Seorang
Pengurus Projek (2) akan dilantik. Asfa dinamakan Pengurus Projek (2).
Azura, Bobi dan Kartina sedang minum di kompleks membeli belah. Mereka jarang dapat
bertemu kerana kesibukan masing-masing. Mereka wanita berkerjaya. Masa mereka santai
juga terhad tetapai tidak bereerti mereka tidak ada masa lapang langsung untuk
mengendurkan tekanan.
” Siapa yang akan jadi emak tiri saya kalau ayah saya berkahawin?”
Bobi memulakan cerita gurau sendanya.
“ Ayah kamu kahwin dengan siapa?” Azura bertanya.
“ Antara kamu berdua.”
“ Kalau kedua-duanya bagaimana?” Kartina mencelah.
“ Ha ha baiklah makcik, makcik,” kata Bobi menyindir Azura dan Kartina yang sedang berbuat
baik dengan ayahnya.
Mereka ketawa.
“ Kalau Bobi berkahwin dengan Kamalk, Kartina jadi adik ipaar Bobi,” kata Azura. Mereka
ketawa lagi.
24
“ KalauAzura berkahwin dengan ayah saya, saya kena panaggil dia makcik,” katana Bobi dasn
kemudian menyambung,” Kalau dua-dua kamu berkahwin dengan ayah saya?”
“ Azura jadi madu saya,” kata Kartina.
Azura ketawa. Bobi turut ketawa.. Mereka adalah sahabat yang boleh bergurau senda tentang
perkara-perkara sensittif.
Setelah menghabiskan minuman mereka, anak-anak gadis Azimin, Bakri dan Karim beredar
dari situ. Mereka diekori oleh pengawal Azura dan Kartina. Bobi tidak ada pengawal peribadi.
Kamal tidak beranggapan kawalan ke atas keselamatan Bobi perlu disegerakan.
Ketiga-tiga mereka berfikir apakah kesudahan yang akan berlaku kepada mereka pada masa
hadapan. Adakah meerka akan terpisah? Adakah mereka akan menjadi satu keluarga
bahagia? Masa yang akan menentukan. Perancangan Allah yang terbaik.
Sehingga pada masa itu, perhubungan Azura, Bobi dan Kartina adalah baik dan mesra
walaupun ada sedikit masalah antara Azura dengan Kartina. Apakah masalah antara Azura
dengan Kartina? Masalahnya mereka berebut hendakkan seorang lelaki yang sama. Mereka
tidak berkonfrantasi secara terbuka kerana mereka belum tahu siapa yang menjadi pilihan
lelaki itu. Masing-masing ada keyakinan diri dan masing-masing tidak mahu mengalah
Bab 13
Darisa bersama Basri di apartment Basri. Sehari suntuk dia berada di situ. Makanan mereka
dipesan dari luar. Di apartment Basri, Darisa memakai paakainan yang ringkas ( baju T dengan
seluar panjang). Dia menghabiskan masa bermanja dengan Basri. Kalau boleh, dia mahu Basri
duduk di sebelahnya sepanjang hari.
Telefon Darisa berdering. Darisa menjawab.
“ Di mana boleh dihantar?”
“ Apa? Sudah ada di sini? Di bawah ya?” Darisa menyimpan telefonnya ke dalam beg
tangannya. Darisa mengemaskan pakaian; melihat mukanya di cermin lalu mengajak Basri
turun ke bawah.
“ Turun ke bawah sekejap sayang. Ada orang tunggu di bawah.”
“ Siapa?” Basri bertanya.
“Kawan.”
Mereka turun bersama. Sampai di bawah, seorang lelaki muda melambai mereka . Di
sebelahnya terletak sebuah kereta Toyota Vellfire.
25
“ Ini dia buah hati puan yang satu lagi. Toyota Vellfire. Happy driving.”
Daraisa mengambil kunci kereta itu setelah menandatangani beberapa kelai dokumen.
“ Sayang. Nah. Hadiah untuk kamu,” kata Darisa sambil menyerahkan kunci kereta itu kepada
Basri.
“ Jangan bergurau.”
“ Tidak bergurau. Ini realiti. Sungguh-sungguh.”
“ Adui. Terima kasih Puan Darisa. Saya sayang Puan Darisa.”
Darisa menanrik telinga Basri. Manja. Mereka menaiki kereta itu dan hilang daripada
pandangan.
“ Saya pun ada duit macam Farina juga, darliing. Saya ada duit dan saya belanjakan duit itu.
Saya belanjakan duit itu kepada orang yang saya sayang,” kata Darisa kepada Basri.
Bakri dan Kartina di Pantai Puteri. Pengawal Kartina ada bersama tetapi tidak berdekatan
dengan mereka. Kartina berdiri rapat kepada Bakri sambil memegang lengan Bakri. Mereka
tidak banyak bercakap. Masing-masing memandang ke arah Selat Melaka.
“ Hebat orang Melaka menguasai negeri-negeri di Pantai Barat Sumatera. Bagaimanakah
Melaka mempunyai asset ketenteraan yang mencukupi untuk menguasai negeri lain.”
“ Bukan semua negeri itu dikuasai secara penaklukan. Ada negeri dikuasai melalul
perkahwinan keluarga istana.”
“ Bagaimana hendak pergi ke Sumatera dari Melaka?” Kartina bertanya Bakri.
“ Ada feri ke Dumai,” kata Bakri.
Mereka beredaar dari situ. Kemudian mereka minum di coffee house di situ. Dalalm ingatan
Bakri, Kartina tidak diberi apa-apa dan dia pun tidak meminta apa-apa daripada Bakri.
Berlainan dengan Azura, Bakri telah menghadiahkan rantai emas dan pakaian berjenama.
Di pejabat Bakri, Azura datang kerana dijemput. Dia diiringi oleh pengawalnya. Azura masuk
ke pejabat Bakri menakala pengawalnya tunggu di luar.
” Ingat tidak janji abang hendak pergi bercuti ke Kelantan?”
” Ingat. Bila hendak pergi?” Bakri bertanya Azura.
“ Batalkan kita pergi ke tempat lain.”
Bakri menunjukkan tiket kapalterbang.
“ Phuket? Ooii Sukanya. Abang memang baik. Murah hati degan Azura.
Malam itu juga mereka terbang ke Phuket. Bakri banyak memikirkan apakah hadiah yang
sesuai dibeli untuk Kartina. Dia membeli beberapa pasang blazers untuk Kartina.
26
Azura mabuk lagi di kelab. Bakri membawa Azura balik ke bilik dan mereka tidur bersama.
Mereka di Phuket dua malam dan kemudian balik ke Malaysia.
Mereka tidak banyak melihat kecantikan Phuket tetapi sempat juga mereka mendpatkan
boat melihat Teluk Phang Nga yang terkenal itu. Mereka dapat melihat tebing tinggi batu
kapur terdiri menegak dari air yang berwarna hijau. Sempat juga mereka melihat Pulau James
Bond dan Koh Pan Yee.
Teluk Phang Nga ramai dikunjungi pelancong luar negara.
Kartina dijemput ke pejabat Bakri. Dia datang dengan pengawalnya. Kartina memakai baju T
berlengan panjang, dengan seluar panjang yang kelihatan sederhana sahaja. Di pejabat, Bakri
menunggu dengan sabar. Kartina masuk terus berjumpa Bakri dan mencium Bakri dengan
mesra seolah-olah sangat merindui Bakri. Itulah kali pertama Kartina mencium Bakri.Bakri
membalas ciumannya juga dengan mesra.
“ Ada beberapa pasang blazers yang abang beli di Thailand. Materialnya dari Kashmir dan
dibuat di Italy. Cubalah pakai, sesuai tidak.”
Kartina menggayakan pakaian itu satu persatu ( lima pasang semuanya) dan dia puas hati dan
suka dengan fesyen dan kualiti kainnya.
“ Terima kasih, abang,”
“ Ini satu lagi,” kata Bakri.
Dipakaikanya rantai emas ke tangan Kartina. Rantai tangan emas yang tidak terlalu kasar
tetapi sedap dipandang.
Kartina memeluk Bakri tanda terima kasih. Bakri berpuas hati kerana dia telah berjaya
menggembirakan hati dua orang wanita yang dikasihinya
“ Bagaimana hendak melepaskan Bakri yang baik dan murah hati?”
Bab 14.
Azimin ingin menamatkan perhubungannya dengan Farina. Dia ingin melihat perusahaannya
bertambah berkembang maju. Azimin ingin mellihat anak-anaknya mewarisi wang yang
banyak. Dia ingin melihat Asfa dan Azura tidak lagi berhubung dengan Karim dan Bakri. Azimin
ingin melihat perkembangan kilangnya berjalan lancar.
Sementara isterinya pula, Darisa ingin menamatkan perhubungannya dengan Basri dan
menumpukan perhatian kepada rumahtangga khusus anak-anaknya.
Azimin bersetuju mendapatkan kerjasama dengan Syarikat Kain Ghazimin dengan pembelian
saham 49% berharga RM2 juta. Sebuah anak syarikat akan ditubuhkan bagi menguruskan
perniagaan dengan Syarikat Kain Ghazimin. Ghazimiin menggunakan sebagagian daripada
wang itu bagi menyelesaikan hutang peribadinya.
27
Asfa, anak sulung Azimin diharap dapaat meneruskan perniagaan pakaian mereka dan
kerjasama dengan Ghazimin dijangka dapat membekalkan penawawran bahan mentah yang
mencukupi dan berterusan kepada kilang mereka.
Asfa juga berharap dia dapat melakukan sesuatu tentang hubungannya dengan Karim.
Putuskan hubungan atau berkahwin dengan Karim sebagai isteri kedua atau minta Karim
ceraikan Farina dan berkahwin dengannya.
Apa yang dilakukan Azura dengan Bakri? Bagi Azura, dia sanggup menunggu Bakri dan
berkahwin dengannya selepas kematian Esah. Sementara itiu dia perlu bersaing dengan
Kartina.
Azura tidak mahu melepaskan Bakri kerana dia rasa bahagia berada di samping Bakri.
“ Bagaimana hendak melepaskan Bakri yang baik dan murah hati?” Azura bertanya dirinya
sendiri.
Mrnunggu kematian seseorang kemudian berhahwin dengan suami si mati? Adakah tidak
jijik? Aneh kalaupun tidak jijik. Aneh boleh diterima tetapi jijik tidak boleh diterima.
Perhubungannya tanpa ikatan perkahwinan sekarang adalah jijik sebenarnya. Kalau ada orang
berkata, menunggu kematian seseorang itu tidak bermoral mungkin Azura dapat terima
kerana dia rasa seolah-olah dia mendoakan kemaatian seseorang untuk mendapatkan faedah
bagi dirinya sendiri.
“ Aku tahu kehadiranku mungkin boleh mempercepatkan kematian Esah,” kata Azura dalam
hatinya.
Bakri masih ingat permintaan isterinya supaya tidak berkahwin sebelum kematiannya.
Baginya itu adalah satu permintaan yang ganjil. Bukan isterinya menentukan sama ada dia
tidak mahu melukai perasaan isterinya lebih-lebih lagi isterinya mengancam tidak memberi
apa-apa kepada Bakri daripada kekayaan ayahnya jika Bakri berkahwin lagi. Itu Bakri anggap
sebagai ancaman tidak mengikut undang-undang. Hanya sebagai menghormaatinya, lebih-
lebih lagi dalam keadaan kesihatan isterinya seperti itu, Bakri sanggup bersabar.
Bakri juga memandang berat tentang kelakuan dan tindak tanduk Basri, anak lelakinya.. Basri
yang hidupo mewah, menggunakan wang ringgit ayahnya, meikmati keseronokan hidup yang
tidak bermoral dengan dua orang wanita berumur yang kaya yang dia sendiri tahu dia tidak
akan memiliki mereka dalam keadaan biasa.
“ Abang boleh berhenti dengan gaya hidup kotor abang itu, “ kata Bobi kepada Basri.
“ Kamu jaga diri kamu sendiri,” jawab Basri kepada Bobi.
Bobi sahaja boleh memberi nasihaat kepada Basri tentang gaya hidup Basri itu. Ayah mereka
tidak berada dalam kedudukan yang baik untuk memberi nasihat kepada Basri. Basri akan
mengatakan ayanhnya seperti ketam.
Bobi nampak bersih gaya hidupnya. Dia hanya ada Kamal sebagai kekasihnya. Kamal adalah
orang bujang yang Bobi percaya boleh memimbingnya walauupun Kamal juga bukanlah
28
sempurna. Dia hanya berhasrat mendirikan rumahtangga dengan Kamal dan membina
keluarga sendiri berza daripada apa yang dilihat di sekelilingnya pada masa itu.
Karim dengan keluarganya tidak sunyi juga dengan kemelut. Farina yanag tidak dapat
melupakan kekasih lamanya merisaukan fikirannya. Walaupun agama Islam memberi
panduan yang jelas tentang perkahwinan tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka.
Karim tahu dia boleh berkahwin lain sama ada iisterinya suka atau tidak suka. Kalasu Farina
melepaskan Karim, bertambah senanglah Karaim berkahwin dengan Asfa.
“ Ayah boleh kahwin lagi.”
“ KaLau ayah kamu kahwin laagi, dia akan papakedana. Semua wang ini datuk kemu beri
emak, kata Farina kepada Kartina.
“ Ada hak suami di situ.”
Karim tahu, semua harta datuk Farina telah dibahagikan kepada mereka berempat. Farina
hanya boleh gertak Karim tetapi gertakan itu tidak menakutkan Karim.
Kartina ingin melihat syarikat keluarga mereka terus maju. Pendidikan tinggi yang diberi
kepada mereka dua beradik sangat bererti kepada Karim. Kartina mahu mendekatkan dirinya
dengan Bakri. Berdekatan dengan Bakri bermakna bahan-bahan binaan tetap mudah
diperolehi oleh syarikat pemaju perumahan ayahnya. Kartina tidak ada masalah jika disuruh
berkahwin dengan Bakri. Dia bersedia walaupun tidak disuruh.
“ Aku masih teringat bagaimana mula aku bertemu dengan Bakri yang menyamar sebagai
orang miskin yang selekeh. Mengingatinya membuatkan perasaan aku jadi mual tetapi
adakalanya menyenangkan menjadikan aku tersenyum sendirian,” kata hati Kartina.
Orang sekarang tidak terfikir hendak melakukan apa yang dilakukan oleh Bakri untuk mencari
wanita yang sesuai yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendakinya. Dia memilih Kartina kerana
mungkin kerana memenuhi ciri-ciri ciptaannya tetapi apakah pula ciri-ciri yang sama ada pada
Azura? Azura tidak pernah mendekatinya semasa penyamarannya. Dia hanya diperhati oleh
Bakri dari jauh.
Bab 15
Azimin sedang mengelamun. Dia bimbang tentang perusahaan pakaiannya. Banyak masa
perlu ditumpukannya untuk menguruskan kilang kecil itu. Dia tidak boleh ambil mudah,
membiarkan semua masalah ditanggung oleh Asfa dan Azura. Dia sendiri kena turun pada
Dia faham dalam perniagaan, ada beberapa perkara dia perlu beri perhatian. Orang kata dia
perlu beri perhatian kepada 3M iaitu manusia, mesin dan modal.
Fikir Azimin , kita perlukan kepakaran, kemahjiran, pengetahuan, kecekapan pekarja; pekerja
yanag bersemangat, sihat rajin patuh kepada arahan. Kita perlukan itu dalam perniagaan.
Semua keperluan itu kita anggap ada pada manusia.
29
Fikir Azimin lagi perusahaan perlukan teknologi, peralatan teknikal, pengurusan peralatan,
alat ganti, kakitangan teknikal. Semuanya boleh disebut sebagai ketegori Mesin dan berkaitan
dengannya.
Ada manusia, ada mesin tidak mencukuupi. Kita perlukan wang, kemudahan mendapat
pinjaman, kemampuan membayar balik hutanag, gaji dan upah, elaun dan bonus. Itulah wang
atau kapital yang digolong dalam kategori modal.
Memandang kepada perusahaannya, tahulah dia banyak yang perlu ditangnani segera atau
dalam jangkamasa panjang.
Setiausaha pejabatnya masuk dan memberitahu mesyuarat akan bermula bila-bila masa
ketika itu. Azimin terus bangun dan pergi ke billik messyuarat.
Asfa telah bersedia membentangkan kes produk tiruan yang menyebabkan pakaian jenama
syarikat mereka terjejas. Asfa meunjukkan baranag ftiruan yang ada dalam pasaran bersama
barang keluaran kolang mereka. Mesyuarat diberiahu tentang perbezaan bahan yang
digunakan oleh kilang Azimin. Bahan yang digunakan oleh kilang Azimin adalah lebih bermutu.
Asfa mencadangkan mereka mempertahankan keaslian produk mereka melalui iklan di media
cetak, media elektronik dan media sosial.
Azimin akan menghantarkan pengintip perniagaan ke tempat-tempat yang dijumpai barang
tiruan itu. Jualan mereka terjejas kerana adanya pesaingan dengan pakaian tiruan itu.
Pengintip diarah menddapatkan maklumat punca atau dari mana pakaian tiruan itu datang.
Pengintip itu perlu berkasar dan kalau gagal bekerjasama, paksa mereka beri maklulmat
sampai mereka dapat mencari pencuri keaslian produk mereka.
Mengikut siasatan mereka, rakan kongsi baru mereka terlibat dalam pengeluaran pakaian
tiruan. Ghazimin dikasari dan menyatakan kesanggupan akan menjual sahamnya 2% lagai
menjadikan pemilikan sahamnya tinggal 49%.
Bakri berbincang dengan Karim tentang kanaikan bahan binaan. Dia tidak dapat
membekalkan bahan-bahan binaan seperti dipersetujui dalam kontrak.
Karim memberitahu, projek yanag mereka usahakan sekarang mengikut harga dalam kkontak.
Kalau kenaikan harga dipersetujui tentu mereka menanggung perbelanjaan tambahan yang
besar. Harga jualan tidak boleh naik sewenang-wenang kerana telah menandatangani
perjanjian dengan pembeli. Mungkin mereka akan mendapat kerugian atau gulung tikar.
Karim berkeras tidak hendak membeli barang denan harga baru, harga semasa.
Bakri menghantar samsengnya ke tapak binaan Karim. Bakri membayar satu hari gaji penuh
kepada 50 orang pekerja. Lima puluh orang pekerja disuruh tidak bekerja pada hari itu. Karim
gelabah, terus bercakap dengan Bakri, setuju dengan harga barang yang baru. Keuntungan
Karim berkurangan kerana tindakan Bakri itu . Teringat hendak menamatkan kerjasama
dengan Bakri tetapi dia takut apa pula yang akan dibuat oleh Bakri lebih-lebih lagi Bakri sudah
lama jadi pembekal bahan-bahan binaan kepada syarikatnya.
30
Kartina sedih dengan apa yang berlaku. Kartina ingin bercakap dengan Bakri di Pantai Puteri
tentang perkara itu. Di Pantai Puteri, mereka lebih banyak berdiam diri daripada bercakap.
“ Abang. Boleh tidak kurangkan sedikit tekanan kepada ayah saya? Janganlah abang tegas
sangat dengan ayah.”
Kartina tahu bahan-bahan binaan itu adalah stok lama, bukan stok baru. Bakri setuju dengan
cadangan Kartina. Untuk penghantaran sselepas ini, Bakri sedia menjual dengan harga dalam
kontrak.
Mereka beredar dari situ menuju ke coffee house.
Darisa ke apartment Basri. Darisa terperanjat berjumpa Faarina di situ. Masing-masing tidak
merasa terlalu janggal kerana masing-masing sudah tahu perhubungan mereka dengan Basri.
Cuma Farina tersipu-sipu kerana tidak berpakaian sebagaimana sepatutnya.” Lain kali call
dulu sayang,” kata Basri kepada Darisa.
“ Saya nak serang hendap.”
“ Ni dah kena serang hendap.Puas hatailah? Boleh tidak masuk dalalm, saya sediakan
minuman.” Kata Basri kepada Darisa.
“ Tak payah susah-susah. Saya balik dulu.”
“ Malam ni saya free.”
“ Emm. Tengoklah,” kata Darisa.
Darisa keluar dari situ. Dalam hatinya kenapa mesti mereka berebut mendapatkan kasih
sayang seorang lelaki yanag tahu berseronok sahaja. Sesuatu perlu dilakukan, sekurang-
kurangnya salah seorang daripada mereka mengurangkan keterlibatannya kalaupun tidak
dapat menghentikan aktivitinya seratus peratus.
Darisa berfikir hendak berhenti berjumpa dengan Basri tetapi dia kurang yakin sama ada dia
mampu melakukannya. Terasa sayang sangat kepada Basri. Basri macam budak mainan,
tidak banyak karenah, tidak banyak masalah. Dia ikut apa yang dikehendaki Darisa sebab
itulah Darisa tidak peduli sangat menghabiskan wang kepadanya.
Farina pun berfikiran begitu. Sesuaatu perlu dilakukan. Kalau boleh jangan datang lagi ke
apartment Basri itu. Mampukah dia? Dia pun kurang yakin seperti Darisa juga.. Aktiviti mereka
berterusan begitu tanpa ada usaha-usaha menghentikannya atau sekurang-kurangnya
mengurangkan aktiviti tidak bermoral mereka.
“ Farina, belikan saya sepasang suit. Saya nak yang cantik.”
“ Kamu minta daripada orang yang salah. Saya isteri pemaju perumahan. Rumah ada.
Pakaian? Kamu boleh tanya Darisaa. Dia isteri kepada pekilang kain, pembuat pakaian.””
Kalau begitu nak rumahlah,” kata Basri yang mata duitan itui.
“ Jangan bimbang, kalau ada projek lain, saya cuba minta satu unit untuk kamu.”
“ Hadiah?”
31
“ Percuma sayang.”
Basri memeluk Farina dengan gembira.
Asfa sedang minum dengan Karim. Asfa juga sedang memikirkan masa depannya dengan
Karim. Karim diam sahaja apabila Asfa bercakap tentang perkahawinan. Berkahwin dengan
Karim bermakna bermadu dengan Farina. Dia kurang suka dengan Farina kerena aktiiviitnya
dengan ayahnya dan Basri. Kamal dan Kartina juga tidak suka apa yang berlaku antara ibunya
dan ayah Asfa dan Basri. Kamal minta ibunya kahwin sahaja dengan Azimin dan tinggalkan
Basri.
Apabila diajukan soalan begitu, jawaban Farina adalah dia tahu dia bukan isteri yang baik. Dia
bukan jahil. Tak boleh isteri orang disuruh berkahwin dengan orang lain.Kartina setuju dengan
pandangan ibunya. Kartina mengatakan tidak baik menyuruh ibunya bercerai. Kartina dan
Kamal sepatutnya menggalakkan ibu dan ayah mereka berbaik-baik bukan bercerai-berai.
“ Sabar Asfa.”
“ As sabarlah ni,” kata Asfa kepada Karim.
Asfa kemudian menukar tajuk pebualan. Asfa bercakap tentang keinginannya hendak
memiliki rumah kalau ada. Karim berjanji dengan Asfa kalau ada projek lain dia akan aasingkan
sebuah untuk Asfa.
“ As nak beli satu waktu harga rumah masih tidak begitu tinggi,. Tunggu lagi lama nanti makin
mahal pula.”
” Tak usah risau tentang itu. Nanti ambil kunci dan masuk saja.”
“ Maksud abang?”
“ Hadiah abang untuk buah hati abang sayang.”
Karim menggenggam tangan Asfa. Asfa membiarkan sahaja.
“ Terima kasih , abang. Itu janji abang,” kata Asfa mendahului terima kasih. Asfa menarik
tangannya daripada genggaman Karim, terus bangun hendak beredar dari situ. Karim juga
bangun dan mereka keluar dari situ.
Asfa nampak sungguh sayangkan Karim. Dia berjalan sambil memegang lengan Kaarim tanpa
rasa segan silu walaupun jelas sekali kelihatan perbezaan umur antara keduanya.
Dari Pantai Puteri, Bobi memandu kereta mini coopernya ke Tangga Batu, belok ke kiri ke
Sungai Udang, terus ke Masjid Tanah dan keTanjung Bidara. Di sebelah Bobi adalah Kamal,
buah hatinya. Mereka singgah di sebuah resosrt dan terus memesan makanan..
Mereka juga seperti yang lain memikirkan masa depan mereka.”
Bobi tengah mencari sebuah rumah yang sesuai.”
Kamal mempelawa Bobi membeli sebuah rumah dalam projek baru yang akan dibina oleh
syarikat keluarganya.
32
“ Abang cuba dapatkan harga pemaju, harga yang tidak termasuk keuntungan.”
“ Nak. Booking satu boleh?”
“ Ok. Kena tunggu projek itu dimulakan. Abang pun nak satu,” kata Kamal.
Kamal dan Bobi tidak mengetahui Asfa pun dijanjikan rumah daripada projek yang sama oleh
ayahnya. Ibunya menjanjikan sebuah rumah kepada Basri daripada projek yang sama,
Kartina tidak tahu ahli-ahll keluarga yang lain sedang memikirkan bagaimana hendak
mendapatkan sebuah rumah daripada projek yang bakal dibina. Kartina asyik bekerja untuk
kebaikan syarikat keluarga tetapi dia tidak dihargai dan dilupakan. Sudah pasti dia akan
berdepan dengan ayahnya suatu masa yang sesuai nanti, jika dia mendapat tahu perkara
tersebut
Azura, anak kedua Azimin masih tidak mampu berdikari. Dia masih perlukan banatuan
keluarga terutama ayahnya. Azura tidak tahu Asfa dijanjikan sebuah rumah oleh Karim.
Adakah dia pula, perlu menuntut Bakri memberikan dia dan Kartina sebuah rumah seorang?
Azura malu hendak bersuara. Kalau Kartina berjaya mendapatkannya dia menganggap itu
rezeki Kartina, bukan rezekinya. Dia tidak boleh samakan nasib dirinya dengan nasib orng lain.
Rezeki ditentukan Allah. Sedikit atau banyak terpulanglah kepada doa dan usaha kita, fikir
Azura.
Persahabatan Azura dengan Kartina berjalan seperti biasa tetapi mereka tetap bersaing
mendapatkan kasih sayang Bakri.Tidak perlu mereka bergaduh sekarang kerana mereka
belum tahu siapa yang akan dapat mengahwini Bakri. Pada masa itu, kedua-dua mereka
mempunyai peluang yang sama
Bab 16.
Asfa di pejabatnya. Kelihatan cantik seperti biasa. Si cantik manis ini duduk di kerusi pegawai
yang lasak, nampak kurang sesuai. Tetapi itulah pekerjaannya. Itulah bidang kerjaya yang
diceburi setelah tamat pengajiannya di universiti.
Sekarang Asfa sedang kusut memikirkan karenah pekerja. Lambat datang bekerja kerana
menguruskan anak kecil.
Seorang pekerja dibawa masuk. Asfa tercium bau hapak pakaian pekerja atau buruh binaan
itu. Keadaan itu biasa baginya. Buruh binaan tidak mungkin memakai minyak wangi ke tempat
kerja! Pekerja itu tidak berani memandang tepaat ke wajah Asfa, ketua pejabat yang belum
berkahwin itu. Namun nampak juga penampilan Asfa yang hebat. Kulit putih bersih.
Hidungnya bulat, begitulah seperti yang dilihat oleh pekerja itu.
“ Cik Asfa, saya minta maaf kerana lambat daatang kerja kerana saya kena jaga anak kecil.
Isteri saya sibuk menguruskan anak-anak yang hendak ke sekolah.”
Asfa mendiamkan diri. Dia faham masalah pekerja itu tetapi dia tidak mahu menunjukkan
muka simpati.
33
“ Cik Asfa, saya sangat perlukan sedikit wang untuk perbelanjaan harian. Kami sudah tidak
ada wang lagi untuk membeli beras. Perbelanjaan makin tinggi kerana harga barang-barang
sekarang mahal.”
Asfa faham pekerja-pekerja merungut tentang kenaikan harga barang sedangkan gaji tidak
naik. Asfa tidak memberi layanan baik kepada pekerja itu.
“ Ssaya tidak mahu awak lambat lagi ke tempat kerja,” kata Asfa dan sambungnya, “ Awak
nak pinjam duit minta daripada kelab kebajikan dan sukan syarikat.”
Bobi berada di pejabat ayahnya, Bakri. Bakri mendapat laporan Bobi tentang keadaan syarikat
terutama tentang bahan-bahan binaan. Penghantaran kepada pengguna berjalan lancar
sebagaimana yang diperlukan oleh industri.
“ Cuma kita risau pemaju-pemaju pilih barang yang murah dan kualitinya tidak boleh
dipertanggungjawabkan.”
“ Kita perlu berlaku adil kepada pembeli. Pembeli beli rumah ikut harga bahan yanag termasuk
dalam spek. Mereka bayar harga itu. Kita kena beri mereka barang yang mereka beli. Kita tak
patut tipu mereka.”
“ Karim telah memesan baranag-barang yang baik kualitinya tetapi kuanatitinya agak
berkurangan kerana mereka mungkin terpaksa membelli barang-barang yang tidak bermutu
daripada syarikat-syarikat lain..”
“ Dengar cerita Pengurus Projek ssyarikaat Karim telah diganti dengan orang lain..”
Di tempat minum, Karim sedang berbincang dengan Kamal dan Kartina.
Kartina menunjukkan beberapa invoice yang baru diterima. Setelah disemak senarai barang
dalam invoice itu bukan senarai baranag yang patut dipesan atau dibeli oleh syarikat mereka.
Harganya adalah harga barang berkualilti tinggi sebagaimana yang tercatat dalam spek.
Karim berkata,” Mereka ingat kita tidak tahu apa-apa. Itu kerja Pengurus Projek yang telah
dibuang kerja. Selepas ini semua pembelian mesti teratur. Ikut spek. Ikut kualiti dan harga
yang dipersetujui dalam kontrak.”
Kamal dan Kartina sudah mengagak itulah yang akan dikatakan oleh ayah mereka. Mereka
setuju. Makluman perlu diberi kepada pekerja berkaitan dasar pebelian baranag-barang
bahan binaan.
“ Karatina tolong pesan lunch di Shah Beach Resort untuk makan tengah hari kita.”
“ Baiklah ayah.”
Ssebuah Mercedes benz hitam, cermin gelap, meluncur perlahan dari Pantai Puteri.Di dalam
kereta itu Azura dengan Bakri sedang berkikir ke mana meeka hendak pergi. Mereka sampai
di simpang Tanjung Kling; belok ke kanan ke Klebang. Sampai di bulatan Dataran 1 Malaysia,
mereka belok ke kanan ikut jalan tepi laut hingga ke Melaka Raya. Mereka berhenti di Melaka
Raya 13. Bakri dan Azura masuk ke coffee house di situ. Mereka bermalam di Melaka Raya 13.
34
Selepas sarapan dan mereka pun check out. Sementara menunggu kereta Bakri, Azura
ternampak mini cooper Bobi berada di situ.
“ Itu kereta Bobi.”
“ Apa dia buat di sini?”
Muka Bakri berubah. Dia kelihatan marah. Dia juga malu kepada Azura. Bakri ingat Bobi budak
baik, tidak seperti rakan-rakannya. Bobi yang dia tahu, tidak seperti Azura, Asfa dan Kartina.
Keluarga Bakri ssebenarnya bukanlah bagus sangat. Dia sendiri berkepit dengan Azura dan
Kartina. Basri anak lelakinya, digula-gulakan oleh Darisa dan Farina. Kalau kepalanya, fikir
Bakri tidak betrul ekorya pun turut tidak betul. Bakri tidak dapat berbuat apa-apa kepada Bobi
kerana Bobi juga mungkin seperti Azura. Dia sebagai ketua keluarga patut berkelakuan baik,
boleh dicontohhi oleh anak-anaknya.
Bakri telefon Bobi.
“ Di mana kamu?”
“ Di rumah. Belum keluar lagi.”
“ Jangan temberang. Ini kereta kamu di sini, di Melaka Raya 13.”
“ Oh …bukan. Bobi tak pakai kereta tu. Kamal pinjam kereta tu. Kamal pakai kereta tu, ayah.
Kereta dia rosak.”
“ Ayah nak bercakap dengan emak,” kata Bakri kepada Bobi.
“ Boleh,” kata Bobi.
Apabila dapat mendengar suara Esah, barulah dia percaya Bobi bercakap benar. Dia malu lagi
kepada diri sendiri. Kenapa tidak? Dia sendiri hidup bergelumang dengan dosa. Dia hendak
menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Bobi bergaduh dengan Kamal kerana Kamal pakai keretanya kemudian bermalam di hotel.
“ Tak cukup rumah, tidur di hotel. Berparti, entah mabuk-mabuk, bawa wanita teman tidur
pula. Pakai kereta orang. Ayaah ingat kita ada di situ, maacam mana nak jadi menantu dia
kalua dia tahu kelakuan kamu begitu, abang Kamal?”
“ Yalah. Abang salah.”
Bobi tahu, Kamal tidak akan berjanji apa-apa. Dia tidak akan berjanji tidak mengulanginya lagi.
Apa lagi hendak bersumpah tidak akan melakukannya lagi. Seminggu mereka tidak berhubung
antara satu sama lain. Seminggu tidak kelihatan Bobi bersama dengan Kamal.
Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Mereka berdiri di situ. Tidak banyak mereka bercakap.
Perhubungan Bakri dengan Kartina adalah perhubungan yang berlainan, tidak seperti
perhubungan pasangan lain. Kartina, walaupun dia sayang Bakri tetapi dia tidak seperti Azura.
Kartina bukan Azura.
“ Kita akan menunggu Kak Esah meninggal.”
35
“ Ya. Kita tunggu dia meninggal sayang,” kata Bakri.
Petang itu agak sunyi di Pantai Puteri. Matahari berwana merah. Waktu itu hampir senja. Selat
Melaka tenang airnya pada ketika itu. Angin bertiup perlahan. Perasaan Kartina tidak begitu
tenang seperti keadaan sekelilingnya.
Mereka beredar dari situ.
Bab 17
Di pejabat Asfa , ada tiga orang pekerja dan seorang pengawal keselamatan. Tiga orang
pekerja itu berdiri di hadapan meja Asfa dan pengawal kesselamatan itu agak jauh dari
mereka.
“ Saya mahu kamu faham dengan masa bertugas atau waktu bekerja. Tak boleh ponteng, tak
boleh curi tulang, tak boleh datang lewat.”
Seterusnya Asfa mengomel lagi,” Kalau seorang kamu mengambil satu jam, sepuluh orang
bermakna sepuluh jam syarikat kehilangan waktu kerja. Sepuluh jam kerja adalah banyak
kerja yang boleh dilakukan. Banyak kerja yang syarikat rugi.”
Pekerja-pekerja itu nampak tidak messra majikan. Mereka tidak senyum. Mereka tidak
kelihatan seperti orang sedang didisiplinkan. Asfa diawasi oleh seorang pengawal
keselamatan.
Selepas pekerja-pekerja itu keluar, pembantunya pula masuk. Asfa diberitahu ada seorang
pereka fesyen yang mahir hendak berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih baik
daripada syarikat lain.
Fikir Asfa, dalam bisnes membuat pakaian, persaingan memang sengit. Pancing memancing
pekerja memang biasa. Asfa tidak berhasrat menghalang pekerjanya mendapat pendapatan
yang lebih di tempat lain. Biar dia pergi. Kalau dihalang pun macam-macam perkara tidak baik
boleh berlaku.
“ Biar dia pergi. Beri bonus kepada lain-lain pekerja dalam kumpulan itu,” kata Asfa kepada
pembantunya.
Di pejabat Bakllri, pembanataunya pelayani perasaan tidak senang Bakri tentang rasuah
dalam industri pembinaan.
“ Rasuah berlaku dalam tiap-tiap peringkat. Dari sebutharga, sampai ke tapak binaan. Rasuah
menjadikan harga rumah mahal.”
Bakri, dalam hatinya percaya, rasuah menjadikan harga barang binaan menjadi mahal dan
akhirnya beban kenaikan harga itu dilonggok ke atas kepala pengguna.. Tanpa suapan Bakri
masih mempunyai kelebihan dan kekuatan untuk memenangi tender.
“ Tuan menjual barang yang berkualiti yang ada jaminan.”
36
“ Saya membekalkan barang-barang yang dipesan dalam masa yang ditetapkan. Saya tahu
kelewatan merugikan mereka. Bagi saya tidak ada alasan lambat hantar kerana kehabisan
stok.”
” Syarikat ini stabil tuan. Tidak ada masalah kewangan.”
“ Saya mengekalkan persabaatan dengan kontraktor, tak kira besar atau kecil,” kata Bakri.
Bakri dengan pembantunya itu keluar bersama dan mereka pergi makan tengah hari.
Farina bertembung lagi dengan Darisa di rumah Basri. Farina mla hilang sabar kerana Darisa
banyak mengawal Bassri.
“ Bukan hak kamu seorang.”
“ Saya faham, lain kali saya call dulu.”
Darisa beredar dan balik. Farina mujla bermanja-manja dengan Basri.
“ rindu kamu saying,” kata Faraina.
Farina tidur di situ. Besok paginya baru dia balik.
Karim berada di pejabat tapak binaan dengan Kamal. Karim tahu ada pekerja mencuri barang
“ Bukan mencuri barang sahaja, ada yang ponteng kerja. Kemajuan kerja sangaat perlahan,”
kata Kamal memberi laporan kepada ayahnya.
Kamal yang berpejabat di tapak binaan tidak dapat menghalang penipuan itu serratus
peratus. Pengurus Projek yang baru belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan pekerja-
pekerja yang sudah lama bekerja di situ.
Karaim memasang cctv di tapak binaan.
Kartina diberitahu oleh Pengetua asrama anak yatim bahawa msereka perlu berbuaat sesuatu
dalam bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya mereka meraikan anak-anak yaatim itu berbuka
puasa dan kemudian membelikan mereka keperluan mereka menyambut aidil fitri. Pengetua
juga memaklumkan sumbangan orang ramai tidak bertambah dalam bulan Ramadhan tahun
itu.
“ Perbelanjaan bulan puasa meningkat. Pakaian anak-anak yatim itu perlu disediakan,” lapor
Pengetua itu kepada Kartina.
“ Mereka juga perlu diraikan dalam majlis berbuka puasa.”
Kartina minta Pengetua asrama anak-anak yatim itu menyediakan jadual untuk mereka
berabuka puasa dan membelikan pakaian untuk hari raya.Kartina dan Bakri hadir dalam majlis
berbuka puasa kemudian mereka ikut sama melihat anak-anak yntim memilih pakaian. Anak-
anak itu memilih baju Melayu, songkok, tudung, dan kasut. Anak-anak itu kemudian berataur,
bersalaman dengan Pengetua, Kartina dan Bakri sambil mengucapkan terima kasih.
37
Bab 18
Bakri diberi kepercayaan untuk mengurus selia dua kumpulan pelancong dari Selatan Thailand
dan Indonesia. Ahli rombongan itu terdiri daripada orang politik, pemaju masyarakat dan
kakitangan kerajaan. Bilangan mereka adalah 120 orang.
Dalam pertemuan Bakri dengan Azimin dan Karim, Bakri memaklumkan perjumpaan itu
bahawa pertama kali Malaysia mengadakan Visit Malaysia Year 1990, jumlalh pelancong yang
datang ke Malaysia adalah 7.4 juta orang berbanding 4.8 juta orang pada tahun sebelumnya
iaitu pada tahun 1989. Jumlah itu menggalakkan; menunjukkan kenaikan sebanyak 54.16%.
Tahun 2015 adalah tahun Visit Malaysia (2015). Temanya adalah Malaysia Year of Festivals
2015. Objektifnya adalah menggalakkan pelancong tinggal lebih lama di Malaysia.
Bakkri seterusnya menerangkan Portfolio Pembangunan Belia Pelancongan meminta
sumbangan rakyat mempromosikan Melaka kepada pelancong. Melaka menjadi destinasi
satu kumpulan pelancong dari Indonesia dan Selatan Thailand.
Kita sebagai jawatankuasa kecil, diminta membantu membawa pelaawat-pelawat itu
melawat tempat-tempat yang menarik di Melaka. Bakri juga meminta Azimin dan Karim
menyediakan senarai tempat-tempat yang akan dilawati. Mereka juga diminta menyediakan
draf prospectus yang kemudian akan dicetak dan boleh diedar kepada pelancong-pelancong.
Bakri menunjukklan satu contoh prospectus dari Kumamoto, Jepun. Kumamoto adalah
sebuah prefecture yang saiznya lebih kurang sama dengan Selangor. Apa yang menarik dalam
prospectus itu ialah matlamat mewujudkan perhubungan jalanraya yang efficient.
Mereka meletakkan matlamat bahawa perjalanan ke mana-mana sahaja dalam prefecture itu
boleh dibuat dalam masa tidak lebih 60 minit.
Boleh Melaka melakukannya? Melaka mungkin boleh tetapi Selangor kita tidak terfikir
matlaaat itu boleh cicapai dengan mudah kalua kita masih menggunakan teknologi lama.
Bakri mencadangkan kumpulan Azimin membawa 40 orang melawat kompleks membeli
belah di Melaka sambil melihat pemandangan negeri Melaka sepintas lalu dan ke tempat
membeli cenderamata yang terkenal di Melaka iaitu Jonker Walk. Asfa dan Azura diminta
mengenal pasti tempat-tempaat lawatan, jadual lawatan, tempat makan dan jadual rehat.
Bakri sendiri akan membawa 40 orang yang lain melawat tempat-tempat bersejarah,melihat
binaan-binaan iconic di Melaka. Basri dan Bobi diminta meyusun jadual lawatan, makan
tengah hari dan waktu rehat.
Bakri seterusnya menerangkan cadangan bagi kumpulan yang akan diuruskan oleh Karim.
Karim akan membawa 40 orang lagi melawat ke tempat-tempat pelancongan di Ayer Keroh,
Pantai Klebang dan Pantai Puteri. Dalam prospectus, ada tempat-tempat penginapan yang
baik. Karim diminta senaraikan beberapa buah hotel dan resorts di Melaka.
Ketiga-tiga kumpulan itu dijadual melawat tempat-tempat yang sama di Bandar Hilir dan
Jonker Walk untuk mereka melihaat kesan-kesan sejarah Melaka dan membeli cenderamata.
38
Perjumpaan akan datang, Bakri tetapkan dua minggu selepas mesyuarat itu. Bakri minta Bobi
serahkan minit perjumpaan itu kepadanya dengan segera.
Bakri juga meminta Kartina berjumpa dengannya di tempat selalu mereka minum. Azura
memanndang Bakri dengan rasa cemburu. Kartina kurang setuju cara Bakri melayan Azura
begitu. Tentu Azura berasa kecil hati walaupun dia tahu betapa intimnya perbubungan Bakri
dengan Kartina.
“ Kamu tahu kedua-dua kamu mempunyai matlamat yanag sama. Akan tetapi, straategi kamu
hendak mencapai matlamat itu tidak sama, “ kata Bakri kepada Kartina.
“ Matlamat kami sama. Menunggu kak Esah meninggal. Tualah Tina.”
“ Azura pun akan tua juga.”
Dalam hati Bobi, dia mengatakan alangkah jijiknya mereka berdua itu seolah-olah tiada orang
lain. Mereka sanggup menunggu isteri Bakri, iaitu ibunya meninggal kemudian berharap Bakri
akan mengahwini sama ada Azura atau Kartina atau kedua-duanya sekali.
Bobi gembira kerana dia tidak terflibat dalam skandal sebagaimana ayahnya, Asfa, Azura,
Kartina dan Basri termasuk Azimin dan Karim. Bobi bernasib baik Kamal bukan suami orang.
Bagaimanapun, Bobi bimbang juga dengan aktiviti kelab yang digemari Kamal. Dia sentiasa
berdoa agar hubungannya denan Kamal tidak menghadapi masalah. Kita hanya boleh berdoa
dan berharap Allah merestui mereka. Fikir Bobi, kita hanya boleh merancang tetapi
perancangan Allah lebih baik. Bobi sentiasa berharap Kamal sentiasa akan mengingatinya
sebagaimana dia mengngati Kamal.
Jika sehari tidak bercakap atau bermesej dengan Kamal, Bobi rasa hari itu tidak ssempurna
baginya. Dia berharap Kamal sentiasa berada di mana-mana yang boleh dia bubungi apabila
diperlukan. Sehari tidak berjumpa, Bobi rasa seolah-olah pusingana dunia ini terhenti melihat
betapa sedihnya dia tenggelam dalam kerinduan.
“Sayang, kita minum bersama,” kata Bobi kepada Kamal melalui telefon.
“ Mengapa tak cakap tadi. Abang dah jauh ni.”
“ Bobi nak abang patah balik atau Bobi kejar abang?”
“ Baik. Baik. Tunggu. Abang datang.”
Tiba-tiba terasa kepada Kamal, memang Bobi hendak menyusahkannya tetapi apabila difikir
balik, inilah yang dikatakan cinta agaknya. Terdetik dalam hatinya membisikkan kata halus,
Bobi ini memang manja.
Melihat telatah adiknya, Bobi dengan Kamal, terlintas di hati Basri bahawa ada perasaaan
halus antara dua orang sedang bercinta. Mereka merindui, merajuk, membujuk, menitiskan
air mata atas nama cinta adalah perencah kasih bagi mereka yang sedang hangat bercinta.
Dia sendiri, apa yang telah terjadi kepadanya kerana terbelit dengan dua orang wanita
berumur tetapi kaya? Adakah itu juga cinta? Bukan cinta seperti gambaran Bobi dan Kamal
tetapi cinta materialistik dihiasi dengan mawar-mawar plastic.
39
Basri juga terfikir bagaimana cinta seorang tua kepada anak-anak gadis muda seperti ayahnya
dengan Azura dan Kartina. Apakah yang ada dalam hati kedua-dua anak gadis itu sampai
mereka sanggup menungu ibunya meninggal? Basri juga hairan bagaimana Azura dan Kartina
boleh bersaing secara terbuka, dia katakan kontak tanpa konflik! Di luarannya nampak biasa
sahaja tetapi air yang nampak tenang di permukaannya, dia tidak tahu betapa kuatnya arus
di bawahnya.Basri berharap kedua-duanya atau salah seorang daripadanya akan lemas ditarik
arus cinta tanpa belas kasihan. Dia berfikir begitu bukan kerana cemburukan ayahnya, tetapi
dia meresa jijik dengan perhubungan mereka.
Bab 19
Kartina di rumahnya sedang menonton televisysen sambil minum minuman sejuk. Teringat
juga oleh Kartina, penat-penat bekerja apa salahnya dia pergi bercuti sekali sekala. Dengan
siapa? Ayah dan emak? Dengan abang Kamal serta Bobi? Atau dengan Bakri?
Bila sesuai mereka pergi bercuti? Masa yang sesuai bagi mereka ialah masa selepas Visit
Malaysia lYear 2015. Atau selepas projek perumahan mereka siap dibina. Menunggu projek
perumahan itu siap memakan masa satu tahun lebih. Lama sangat. Maknanya dalam masa
terdekat, mereka tidak dapat bercuti kalau tujuannya hendak mengumpulkan famili. Secara
individu, mungkin Kartina boleh pergi bercuti. Bercuti sendirian tanpa ahli-ahli keluarga yang
lain. Bagi Kartina idea itu kurang menarik. Tiada siapa hendak berkongsi keseronokan bercuti
itu .
Cadangan bercuti dengan abangnya adalah saatu cadangan yang karut. Kamal tidak akan pergi
bercuti ke mana-mana tanpa Bobi. Kartina sendiri berasa kekok berjalan dengan abangnya.
Satu cara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan Bakri. Kartina kurang setuju bercuti
dengan Bakri seolah-olah mereka sedang berbulan madu. Tidak. Hanya tinggal satu peluang
atau satu kemungkinan iaitu dengan Bobi. Mungkin hanya abangnya, Kamal sahaja akan
menghalangnya tetapi Kartina boleh memujuk abangnya atau meyakinkan dia bahawa merela
insya Allah akan selamat.
Kartina bercakap dengan Bobi melalui telefon.
“ Eei. Seronmoknya. Ke mana kita hendak pergi, Tina?”
“ Kalau tiada halangan, mungkin hanya mereka berdua sahaja yang boleh bercuti dalam masa
yang terdekat ini.”
Kartina tidak memberi tahu ke mana destinasinya.
“ Tentu abang Kamal nak pergi sama?”
“ Tak mungkin. Kalau dua orang pembantu ayah ambil cuti serentak, ayah tentu menghadapi
masalah, ayah mungkin tidak membenarkan”
“ Kita pergi berdua, Bobi. Confirm,” kata Kartina kepada Bobi.
40
Rancangan Bobi dan Kartina hendak pergi bercuti sampai ke pengetahuan Azimin. Azimin
meminta Bobi dan Kartina mengajak Asfa ikut sama bercuti dengan mereka. Bobi rakan baik
Asfa. Kartina pun tidak ada masalah dengan Asfa. Mereka bersetuju.
Farina berada di rumah rehat Azimin. Rasa lama tidak bertemu dengan kekasih lama itu.
Farina berasa sangat rindu. Rasanya lama sungguh tidak berjumpa. Sesekali berjumpa Farina
rasa teringat zaman mereka remaja dahulu. Mereka sama-sama menonton video lucah di
rumah Faarina di Ipoh dan mereka terlanjur. Keterlanjuran mereka berulang sehinggalah
mereka terpisah kerana ibu bapa mereka berpindah. Mereka mengulanginya apabila mereka
berjumpa.
“ Asfa tu nampaknya rapat sangat dengan Karim,” kata Farina kepada Azimin.
Sebenarnya Farina hendak memberi ingatan kepada Azimin dia kurang senang tentang
perhubungan Asfa dengan Karim. Dia cemburu.
Azimin pun kurang senang dengan hubungan mereka, tetapi Asfa itu anaknya dan anaknya
itu mencintai Karim. Walaupun nampak macam skandal tetapi Azimin maklum, Asfa boleh
mengahwini Karim. Tidak seperti hubungannya dengan Farina yang tidak ada arah tujuan.
Azimin sedar dia tidak boleh menghhwini Farina kerana Farina isteri orang. Farina pun sedar
dia tidak boleh mengahwaini Azimin selagi dia menjadi isteri orang. Farina tidak dapat
membayangkan bagaimana akan berlaku, apa akan terjadi apaabila Asfa menjadi madunya!
Asfa dan Bobi merancang menjual pakaian online. Kilang mereka boleh membekalkan pakaian
kepada Asfa dan Bobi.. Mereka ada produk pakaian wanita dari kepala hingga ke kaki. Ada
tudung, ada telekung, baju kurung, jubah dan kasut bagi wanita. Bagi lelaki ada baju Melayu
lengkap, ada yang boleh dibeli sebahagian, ada jubah ada kasut dan songkok.” Kita perlukan
duta produk, persembahan video, slides dan group sosial di facebook.”
“ Kita perlukan bantuan professional untuk menyediakan penggambaran, dan kemudian
persembahan slides. Kita bincangakan lagi perkara ini kemudian.”
Mesysuarat jawatankuasa kecil Visit Malaysia Year 2015 di peringkat operasi diadakan di
pejabat operasi.
Bakri mempengerusikan mesyuarat itu.
Azura diminta membentangkan kertas cadangannya. Azura dengan menggunakan
persembahan slides, menunjukkan cadangannya kepada ahli-ahli mesyuarat tentang
cadangannya. Azura juga menunjukkan deraf prospectus yang diminta oleh mesyuarat yang
lepas.
Selain itu, Azura juga menyenaraikan tempat-tempat yang hendak dilawati oleh
kumpulannya. Azura membaca satu persatu kompleks membeli belah yang dipililh.
Mereka akan makan tengah hari di restoran assam pedas terkenal di Melaka. Selepas rehat,
mereka akan ke tempat-tempat rekreasi di Ayer Keroh, melihat keindahan pantai buatan di
Klebang dan Pantai Puteri, di Tanjung Keling. Lawatan mereka akan berakhir di Bandar Hilir,
melihat kesan-kesan sejarah Melaka, dan tempat membeli cenderamata di Jonker Walk.
41
Bab 20
Asfa dan Bobi dilihat sedang minum di coffee house di Pantai Puteri, Melaka. Masing-masing
dengan telefon, buku catatan dan pen di tangan. Mereka berbincang tentang bagaimana
hendak memulakan perniagaan online atau ebusiness.
“ Kenalpasti produk atau perkhidmatan yang hendak kita jual.” Asfa memulakan
perbincangan dengan Bobi.
“ Kita sudah tahu apa yang kita hendak jual. Kita hendak jual barangan berasaskan kain.
Maksudnya kita hendak jual pakaian.”
“ Dalam perniagaan ini, ada persaingan yang kuat. Kita perlu cari satu niche,” kata Asfa.” Ya
kita faham kita perlu memperkenalkan diri berlalinan daripada yang lain. Kita perlu pastikan
barangan kita tulen, bukan barangan tiruan.”
“ Kita perlukan kepakaran dalam bidang pakaian. Maksudnya kita perlu ada designer yang
berijazah atau sekurang-kurangnya berpengalaman dalam bidang fesyen pakaian.
Mereka sama-sama setuju mengkaji persaingan dalam bidang ini. Mereka perlu cari jalan
bagaimana hendak memenuhi ruang yang belum diteroka. Mereka menghabiskan minuman
mereka. Masisng-masing bersedia menangguhkan perbincangan mereka setakat itu.
Kemudian kelihatan sebuah Honda Accord dan Mini Cooper beredar keluaar dari sitiu.
Bakri duduk di atas bangku batu yang ada di Pantai Puteri. Bersamanya dan duduk di
ssebelahnya adalah Azura. Azura diam sahaja. Bakri pun tidak banyak bercakap.
Memmecah kesunyian, Azura membuka mulut,” Abang melebihkan Kartina daripada Zura.”
“ Ya ke? Abang tak sedar.”” Abang panggil Kartina di depan Zura seolah-olah Zuraa tidak ada
di situ. Seolah-olah Zura ni bukan siapa-siapa kepada abang.”
“ Abang tidak perlu minta kebenaran Zura untuk mendapatkan Tina,”
Azura merajuk; memukul paha Bakri dengan tangannya yang digenggam; kemudian menolak
bahu Bakri dengan bahunya. Bakri nampak air mata Azura bergenang. Azura betul-betul
cemburukan Kartina.
Bakri memeluk Azura.
Di apatment Basri, kellihatan Basri memakai tuala mandi kerana baru lepas mandi. Basri
sedang bercakap dengan Faarina melalui telefon. Basri minta sedikit wang untuk kegunaan
peribadi.
“ Dah dapat kereta , nak duit pula?” Farina menyindir Basri.
” Kereta Vellfire tu ke? Itu hadiah Daraisa. Farina tak bagi apa-apa pun, “ kata Basri kepda
Faarina walaupun dia masih ingat Farina menjanjikannya sebuah rumah..” Sayang minta duit
sikit ya. Boleh kan?”
42
“ Nak buat apa?”
“Nak tengok negara China.”
“ Amboi! Nanti saya pergi dahulu, kemudian baru saya fikirkan.”
“ Alaa. Susahnya. Tak apalah saya minta daripada Darisa.”
“ Mintalah kalua dapat. Dia baru sahaja bagi kamu kereta, sekarang nak duit pula’”
Basri rasa ssungguh kecewa, dibalingnya telefon itu ke atas katil. Dia berazam hendak terus
memujuk Farina untuk memberikan dia sedikit wang.
Asfa sedang minum dengan Karim di coffee house. Nampak benar perbezaan umur mereka
macam anak dengan ayah. Karim nampak muda sedkit daripada umur sebenarnya, pada
pandangan Asfa dengan pakaian cantik yang dipakainya, Karim nampak ganateng. Karim
memakai kemeja lengan panjang dan blazer. Asfa terasa benaar dia sangat mennyayangi
Karim. Asfa berharap Karim juga menyayanginya.
“ Abang tolong As buat bisnes kecik-kecik.”
“ Nak buat apa?”
“ Taklah selalu minta duit abang saja., “ kata Asfa.
“ Macam mana abang boleh tolong?”
“ Bagi sikit kontrak kat As. As nak buat sendiri.”
“ Apa yang ada ya?” Karim sedang berfikir.
“ Pakaian seragam pekerja, kasut keselamatan, makan tengah hari pekerja,” kata Asfa dengan
penuh harapan.
“ As ambail kontrak membekalkan jubin lantai. Mahu? Abang batalkan kontrak pembekal yang
lama kerana menipu.”
Asfa hampir menjerit kegembiraan . Dia menggemggam errat tangan Karaim.
“ Terima kasih, abang. Dua hari siap kontrak, tiga hari sain,” kata Asfa.
Malam itu Asfa tidak balik ke rumah
Bab 21
Asfa dengan Bobi menyambung perbincangan mereka hari itu di tempat yang sama. Mereka
berbincang bagaimana hendak memulakan perniagaan online. Pada kektika itu mereka
ditemani oleh Azura yang dicadangkan menjadi duta produk. Pengawal peribadi Azura juga
ada bersama.
Kata Azura,” Sekiranya sudah berpuas hati dengan perancangnan awal yang dibuat sebelum
ini, kita perlu mendaftar perniagaan kita.”
43
“ Kita perlu ada perancangan atau pelan perniagaan. Kita perlu beri perhatian tentang kos
pengeluaran,” kata Azura kemudian menyambung,” “ Kita perlu tahu kos perkapalan,
percukaian dan yuran web hosting.”
Bobi mengangguk tanda mengerti.
“ Saya sedang meneliti undang-undang perniagaan di negara ini. Kita mestti faham, kita perlu
mematuhi undang-undang,” Asfa menambah.
“ Kemudian bolehlah daftar perniagaan kita. Nama syarikat perlu pendek dan menarik
perhatian,” kata Bobi.
“ Macam mana nak buat online?” Azura bertanya.
“ “ Kita minum dulu, dan kemudian kita bincangkan tentang perkhidmatan web hosting. Kita
munngkin memerlukan nasihat pakar,” kata Asfa.
Mereka menghabiskan minuman masing-masing kemudian beredar dari situ. Pengawal
peribadi Azura mengikut dari belakang. Mereka diperhati koleh orang yang berada di situ.
Ketiga-tiga anak gadis itu sungguh bergaya. Agaknya itulah yang mereka fikirkan dalam kepala
mereka. Anak-anak gadis itu fashionable, trendy. Bagi orang di situ mereka menamakan anak-
anak gadis itu sebagai trend setters. Mereka berpakaian seperti orang hendak pergi ke majlis.
Hari itu Asfa memakai jump suit round neck berwaarna biru, Bobi memakai baju skator
pendek, lenggan pendek kimono berlipat, berwarna cerah, dipadan dengan seluar hitam
ketat, dan Azura pula memakai baju midi panjang berlengan panjang dipadan dengan seluar
panjang.
Mereka itu tentunya anak orang kaya, anak orang berada, fikir mereka yang berada di situ.
Farina datang ke apartment Basri. Basri ada di rumah. Kedatangan Farina menggembirakan
Basri. Basri percaya Faarina akan memberikannya sedikit wang yang diminta. Puas juga dia
memujuk Farina.
Sebagai orang yang lebih matang, Farina tidak segera memberi jawaban kepada permintaan
Basri. Dia suka melihat Basri berusaha keras memujuknya, melembutkan hatinya supaya
memberi aapa yanag dikehendakinya. Dalam hati Farina, ada tempat lembut untuk Basri. Dia
sayang Basri walaupun dia tahu perbuatan itu salah tetapi itulah masalahnya, itulah
kelemahannya. Farina sedaar dia ada wang. Banyak. Dia tidak tahu ke mana hendak
membelanjakan wangnya. Sekarang ada orang memintanya. Apa salahnya memberi sedikit
wang yang tersimpan itu kepada orang yang disayanginya.
“ Sayang puas dah pujuk takt ahu nak buat macam mana lagi.”
“ Tak payah pujuk lagi. Ada wang dalam beg tu. Ambillah.”
Basri menerkam beg tangan Farina macam kucing menerkam tikus dalam beg itu.
“ Semuanya?”
“ Ya. Semuanya,” kata Farina.
44
“ Tapi ada syarat. Duit itu untuk perbelanjaan sendiri sahaja.”
“ Ya sayang. Untuk keunaan sendiri sahaja. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah.”
Bergulung lidah Basri menyebut perkataan Arab itu.
Seperti biasa, Basri kemudian melayani kehendak nafssu Farina. Kedua-dua mereka tertidur
selepas itu.
Basri rasa sangaat bersalah kerana dia sedar dia sedang memeras wanita yang tidak berdaya
mengelaknya. Dia tidak paksa tetapi dengan pujuk rayulya melembutkan hati Farina yang
memang ada perasaan sayang kepadanya. Dia juga sedar kelemahan Farina itu. Dia tidak
bercadang meneruskan perbuatan memeras wanita kaya itu kerana wang kocek yang diberi
oleh Farina dan Darisa sudah cukup untuk dia hidup selesa.
“ Terima kasih atas hadiah ni sayang. Kalau boleh lain kali tak nak minta lagi. Malu.”
“ Kamu ada rasa malul? Di mana mallunya. Tunjuk sikit.”
Basri terus menerkam Farina yang belum gosok gigi itu. Dia pun belum gosok gigi juga.”
“ Cukuplah . Lemas aku.”
Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Fesyen Rasa Kasih, Azimin sedang dihantui perasaan
kurang senangnya terhadap Ghazimin. Azimin membentangkan keadaan semasa perjalanan
syarikat. Azimin mencadangakan pengambilan alih syarikat Ghazimin sepenuhnya untuk
mengelak penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan masalah lebih besar. Azimin bimbang
dengan keadaan hutang peribadi Ghazimin. Azimin takut Fesyen Rasa Kasih akan mendapat
kesan buruk daripadanya. Oleh sebab pengambilan alih syarikat Ghazimin memerlukan wang
yang banyak dan melibatkan pemegang-pemegang saham, Azimin mencadangkan satu
mesyuarat khas Lembanga Pengarah perrlu diadakan untuk meluluskan atau tidak
meluluskakn cadangan itu.
Asfa memberi taklimat ringkas tentang perniagaan dan perkembangan semasa syarikat
mereka.” Kita bernasib baik tidak ada persainagan kuat di pasaran, tidak ada barang tiruan.
Design kita digemaari dan laris.”
Azura pula memaklumkan mesyuarat tentang kemajuan ubahsuai kilang sedang rancak
berjalan.
“ Kita tidak ada masalah tentang bahan binaan, tidak ada masalah tentang pekerja, cuaca baik
dan keadaan jerebu tidak lama. Keadaan turun naik harga bahan binaan tidak banyak
memberi kesan kepada kita,” kata Azura.
Bobi dengan Kamal di Jalan Medeka, bersiar-bersiar. Mereka baaru sahaja turun dari Menara
Taming Sasri. Mereka kemudian pergi makan engah hari kdi restoran Kari Kepala Ikan Haji
Khamis @ Semabok. Bobi bercakap tentang Asfa dijanjikan sebuah rumah oleh Karim. Basri
dijanjikan sebuah rumah juga oleh ibu Kamal, Farina.
“ Bobi tidak ada apa-apa.”
45
“ Beli sendirilah. Kesian,” Kamal berseloroh dan kemudian menyambung,” Abang pun tidak
dijanjikan apa-apa. Buat kerja dapat gaji. Itu sahaja.”
“Bobi tahu Asfa dah ada rumah sendiri. Asfa tu kan kawan baik Bobi.”
“ Kalau nak beri percuma kepada semua orang, apa yang tinggal?” Kamal kemudian
menyambung,” Nasib baik mereka akan beri dengan wang meeka sendiri bukan duit syarikat.”
Mereka terus balik lepas makan. Dalam fikiran Kamal, ada betul juga keluhan Bobi itu. Ada
orang senang-senang dpaat rumah, ada orang kena bayar harga yang mahal, ada orang tak
dapat memiliki walau sebuah bilik apa lagi sebuah rumah. Kamal dengan Bobi tidak dapat apa-
apa, tidak dijanjikan apa-apa, dan tidak ada sebab mereka patut diberi rumah percuma. Kamal
iri hati dengan Basri dan Asfa. Dia rasa, ayahnya dan ibunya tidak sayangkan dia. Walau
bagaimanapun, Kamal segera merasa lega kerana dia tahu, semua kemewahan yang ada itu
akan jadi miliknya dan Kartina suatu hari nanti. Mereka hanya perlu bekerja keras untuk
menjaga harta mereka. Begitu juga Bobi, dia dan abangnya akan mewarisi syarikat ayahnya.
Mereka hanya perlu menjaganya supaya tidak terlingkup.
Karim memanggil mesyuarat Lembga Pengarah beberapa hari kemudian. Agenda utama
adalah pemberian dua buah rumah kepada Pengerusi dan isteri yang berharga RM600,000.
Seorang ahll Lembaga Pengarah menegur bahawa perkara itu idak perlu dibawa ke dalam
mesyuarat. Rumah-rumah itu milik pemegang-pemegang saham. Memberi percuma
bermakna mengambil wang pemegang -pemegang saham dna beri kepada Pengerusi.
Jumlahnya bukan sedikit. Dia tidak bersetuju.
Setelah lama juga berbincanag, ada pro dan ada kontra, mesyuaraat bersetuju memberi dua
buah rumah kepada Pengerusi dengan syarat harga rumah yang lain-lain dinaikkan untuk
menampung harga dua buah rumah tersebut.
Dua buah kereta Mercedes Benz masuk ke pekarangan coffee house di Pantai Puteri. Bakrki
dan Azimin bersalaman dan berjalan masuk ke coffee house. Mereka minum bersama. Kedua-
dua mereka berpakaian kemas. Azimin nampak Bakri memakai baju T dengan blazer. Bakri
memakai topi Dalas seperti dipakai oleh JR Ewing. Bakri juga senang melihat baju T dan blazer
yang dipakai Azimin. Bakri dan Azimin mendengar cerita tentang Karim minta Lembaga
Pengarah beri rumah kepadanya dan isterinya, Farina. Balri dan Azimin juga mendapat tahu
kepada siapa rumah itu akan diberi akhirnya. Anak-anak mereka terlibat.
“ Asfa dan Basri ada kaitan di seballik cerita ini.”
“ Asfa anak kamu, “ kata Bakri.
“ Basri anak kamu,” kata Azimin.
“ Jangan lupa kita ada anak yang lain,” kata Azimin.
“ Kamu ada Azura dan saya ada Bobi.”
“ Karim pun ada anak juga, Kamal dan Kartina,”kata Azimin.
46
“ Saya bersedia beri sabuah rumah sahaja,”kata Bakri memberitahaau hasratnya kepada
Azimin.
“ Saya rasa RM310k bukanlah sedikit.”
“ Saya beli untuk Azura. Kamu beli untuk Bobi,” kata Bakri.
“ Tak payah. Kita beli untuk anak kita sendiri sahaja. Saya beli untuk Azura dan kamu beli
untuk Bobi. Senang cerita,” kata Azimin.
“ Anak-anak Karim tu biar Karim pula yang selesaikan. Dia yang mulakan semua itu.”
“ Kita gunakan wang sendiri. Jangan ikut Karim tu. Nanti dia ingat kita tiru dia. Saya pun malu
dengan Lembaga Pengarah, nak gunakan duit syarikat.”
“ Setuju,” kata Bakri.
Kemudian Bakri terus telefon Karim membuat tempahan untuk dua unit condominium yang
sedang dalam pembinaan. Karim macam tidak percaya apa yang didengarnya, tetapi dia
adalah peniaga, dia perlu jual barang yang hendak dibeli. Bagus baginya, kalua ada pembeli.
Bagaimanapun, dia masih tertanya-tanya Bakri buat apa dengan kondo itu. Dia sudah ada
rumah yang baik, bukan sebuah pula. Karim mesti mendapatkan jawaban itu daripada
sumber maklumat yang lain.
Kartina berjumpa ibunya, Farina mengadu tentang rakan-rakannya mendapat hadiah rumah.
Kartina dan Kamal tidak mendapat apa-apa. Mengalir air mata Kartina menceritakan perkara
itu kepada ibunya.
“ Tina dengan abang Kamal pun kuat bekerja seperti mereka itu juga.”
“ Ada yang kurang serius, Tina. Basri dan Kamal tu, kurang fokus kepada pekerjaan mereka.”
“ Tapi ibu sayang Basri tu Ibu nak berikan dia rumah. Ibu beri dia wang. Ibu lupa Tina anak
ibu.”
Kartina menangis.
“ Jangan menangis sayang. Nanti ibu bincang dengan ayah kamu. Ibu janji,” kata Farina.
“ Ibu jangan hampakan harapan Tina. Ibu jangan tipu Tina.”
“ Okey sayang. Jangan menangis lagi,” kata Farina memujuk Kartina, anak gadisnya. Kartina
memeluk ibunya sambil menangis.
Kartina, Kamal dan juga Bobi belum mengetahui, ibu bapa mereka sedang berusaha
memberikan mereka satu unit kondominium seorang secara percuma, mereka akan
mendapat rumah percuma.
Bab 22
47
Perbincangan tentang penubuhan online business diteruskan. Asfa ditemani oleh adiknya
Azura dan sahabatnya Bobi. Mereka diawasi oleh pengawal peribadi Azura.”Kita perlu buat
websiste,” kata Asfa memulakan perbincangan.
“Website kita boleh kita buat sendiri, mengikut kemahuan kita sendiri atau lebih senang kita
gunakan perkhidmatan web hosting,”kata Bobi.
Äda banyak templates web hosting yang boleh kita pilih. Ada yang sangat rigid ada yang tidak
begitu highly structured, yang memberi kita ruang dan peluang membuat perancangan
sendiri. Yang ini memberikan kita kelonggaran yang lebih luas,”Asfa menerangkan.
Mereka juga sedar, mereka juga perlu tubuhkan online store. Mereka perlu kenal pasti site
design bersesuaian dan selari dengan produk yang hedak mereka jual.
“Kita perlu pastikan pengguna yang berpotensi hanya perlu mengetik tidak lebih daripada dua
kali untuk membuat pembelian,”sambung Asfa.
“Online store tu kedai ke?”Azura bertanya.
“Maknanya mencari pengedar yang bolelh dipercayai. Taaapi kita perlu awas pengedar yang
palsu atau penipu, “kata Bobi.
“Kita tidak perlu bimbang kerana kita sudah ada pembekal yang boleh dipercayai. Pembekal
yang beoleh dipercayai itu adalah kita sendiri iaitu Fesyen Rasa Kasih,”kata Asfa.
“Bagaimanapun, kita perlu daftarkan perniagaan kitä untuk mendapatkan pembekal yajng
lain selain Fesyen Rasa Kasih. Orang tak percayakan kita kalua kita tak daftaarkan perniagaan
kita.”
“Kita perlu tahu, pembekal hanya jual barang dalam lot kuantiti borong. Mereka tidak layan
pembelian runcit-runcit,”kata Bobi.
“Kita perlu cepat menghidu penipuan. Kalau terjumpa baramg yang sama harganya di
internet jangan kita terus percaya. Mungkin itu satu penipuan. Mereka jual kuantiti runcitan
pada harga yang tinggi. Kita akhirnya tak dapat untung, “kata Asfa.
Bobi mencelah, apa yang patut mereka buat ialalh dengan bertanya terus kepada pengilang
siapa pengedar di tempat mereka.
“Kita agihkan tugas menyediakan perancangan kepada Azura, pendaftaran dan design kepada
Bobi, dan online store kepada saya,”kata Asfa yang kemudian menyambung, ” Insya Allah.”
“Insya Allah. Aamiin,”kata Azura dan Bobi.
Mereka beredar dari situ setelah menghabiskan bihun goreng yang mereka pesan. Mereka
dikiuti oleh pengawal peribadi Azura. Seperti selalunya, banyak mata memerhatikan mereka.
Hebat anak-anak gadis sekarang, mungkin itu yang ada dalam fikiran mereka.
Karim dengan Farina sedang bercakap tentang pemberian rumah kepada Kamal dan Kartina.
Rayuan Kaartina meninggalkan kesan mendalam juga kepada Farina. Akhirnya mereka
berseetuju juga dengan cadangan memberi rumah kepada Kamal dan Kartina berdasarkan
48
kasih sayang kepada anak-anak meeka. Duit emak dan ayah sendiri digunakan bukan duit
syarikat dengan andaian pemberian itu adalah sebagai hadiah dan bonus kerana bekerja
“bagus”. Ibu bapa mereka tidak hendak menghampakan meeka, tidak mahu mereka terasa
rendah diri di mata rakan-rakan mereka dengan harapan harga diri mereka naik semula. Dan
harapan ayah dan ibu mereka supaya mereka sedar juga mereka tidak perlu meminta-minta
kerana pada suatu hari nanti semua wang dan harta benda ibu bapa mereka akan jatuh ke
tangan mereka juga.
Bab 23
Waktu pagi. Mereka masih belum bangun. Farina sudah sedar tetapi Azimin masih lagi tidur.
Farina mengejutkan Azimin supaya bangun tidur tetapi Azimin belum celik mata. Farina
memerhatikan Azimin yang masih tidur itu. Azimin tinggi orangnya, itulah pandangan Farina
terhadap Azimin. Kulitnya cerah. Azimin menyimpan janggut nipis.
“ Abang mengapa kita tidak kahwin saja,” bisik Farina ke telinga Azimin.
“ Kalau Karim ceraikan Ina, abang kahwin Ina ya?”
Farina teringat pengalaman mereka masa remaja di Ipoh. Mereka selalu ditinggalkan
sendirian di rumah dan kemudian Azimin datang ke rumahnya. Mereka menonton video
lucah, kemudian mereka terlanjur. Mereka mengulanginya banyak kali.
“ Apa?” Azimin bertanya Farina.
“ Abang kahwin Ina jika Karim ceraikan Ina.”
“ Tak boleh sayang.”
Kemudian Azimin menjelaskan ssebab-sebab dia tidak boleh berkahwin dengan Farina.
Azimin tidak setuju kerana Asfa ada hubungan dengan Karim.
“ Asfa cintakan Karim. Abang takut Karim buat aniaya kepada Asfa kerana dendam kepada
abang.”
Azimin pun terfikir juga, adakah Karim tidak marah kerana isterinya bercinta dengan orang
lain? Sudah tentulah dia marah, agak Azimin. Farina tahu Karim sedang memendam sahaja
perasaan marahnya kerana Karim tidak boleh menceraikannya.
Farina menceritakan,” Karim hidup senang kerana wang ayah Farina. Perceraian mungkin
tidak menguntungkan Karim. Karim hanya boleh berbangga dengan Asfa yang cantik dan
muda.”
Azimin juga tidak berani menceraikan kDarisa. Sama seperti Karimjuga,Azimin bergantung
hidupu denan harta ibu bapa Daraisa. Azmin teringat . dia ada menandatangani perjanjian
prerkahwinan dengan Darisa. Kalau mereka bercerai, Azimin tidak boleh mendapat apa-apa
bahagian harta daripada harta ibu bapa Darisa.
Farina bangun dan terus ke bililk air meningggalkan Azimin masih berselilmut.
49